SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 28
1.0 PENGENALAN

Peta Negeri Kelantan
Nama “Kelantan” dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutam” iaitu nama Melayu
bagi pokok Melaleuca Leucadendron. Menurut beberapa tokoh mengatakan bahawa nama
Kelantan berasal daripada perkataan “kilatan” atau “ kolam tanah”. Selain itu, negeri Kelantan
juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan
Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu. Sejarah awal negeri Kelantan tidak begitu
jelas, tetapi menurut penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di Zaman
Prasejarah. Pada awalnya, negeri Kelantan mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan,
Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Pada tahun 1411, Raja Kumar (Raja Kelantan), telah
membebaskan negeri Kelantan dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila
memeluk islam. Kemudian Kelantan menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir
abad ke -15. Pada 1800, Raja Muhammad adalah sultan pertama negeri Kelantan. Pada tahun
1820-an, negeri Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta
negeri termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan
pertikaian yang menimpa negeri- negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan
penting di negeri Kelantan pada abad ke-19. Negeri Kelantan merupakan negeri pertama di

1
Malaya yang ditakluki oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Negeri Kelantan dan negeri-negeri lain
menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, negeri Kelantan menjadi salah satu
daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Kelantan Darul Naim atau nama singkatannya Kelantan merupakan salah sebuah negeri daripada
13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Negeri Kelantan mempunyai keluasan
lebih kurang 14,922 km² yang terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan
Laut China Selatan dan bersempadan dengan negara Thailand. Negeri Kelantan ialah sebuah
negeri Agraria atau pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan
perkampungan nelayan. Berdasarkan pada Bancian Tahun 2010, negeri Kelantan mempunyai
seramai 1539.60 juta orang penduduk di mana menurut statik Bancian Tahun 2010, majoriti
penduduk negeri Kelantan merupakan kaum Melayu sebanyak 1442.5000 juta orang, diikuti
dengan kaum Cina 51.6000 juta orang, kaum India 3.8000 juta orang dan lain-lain kaum 9.2000
juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia ,2010). Terdapat 11 bandar- bandar utama di negeri
Kelantan termasuklah Kota Bharu (Ibu Negeri), Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Tanah
Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Selain itu, Negeri Kelantan merupakan negeri yang kurang maju dan termiskin jika dibandingkan
dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
pada harga malar Negeri Kelantan pada tahun 2010 ialah sebanyak RM10.004 juta, KDNK per
kapita pada harga semasa Negeri Kelantan ialah RM 8273 juta dan pertumbuhan KDNK Negeri
Kelantan pada 2010 adalah 4.1% (Laporan Kerajaan Negeri Kelantan, 2010).Memang tidak
dinafikan bahawa sektor perindustrian merupakan sektor terpenting bagi perkembangan ekonomi
sesebuah negara dan merupakan tunggak kepada prestasi ekonomi secara keseluruhannya. Bagi
Negeri Kelantan sektor perindustrian terus berkembang dengan bertambahnya bilangan
penubuhan industri di tapak- tapak perindustrian yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Tambahan pula, pembangunan sektor perindustrian dapat mengukuhkan ekonomi Negeri
Kelantan yang sebelumnya bergantung semata-mata kepada sektor pertanian tradisional. Sektor
perindustrian ini juga dijangka dapat menyerap guna tenaga yang meningkat dari setahun ke
setahun dan seterusnya dapat mengurangkan masalah pengangguran di Negeri Kelantan dan
2
perkembangan sektor perindustrian ini dapat meningkat pendapatan perkapita rakyat Negeri
Kelantan.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN
Faktor – faktor pengerak bagi sektor perindustrian ini adalah diperlukan untuk pembangunan
yang pesat pada masa akan datang. Negeri Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai
sumber semulajadi yang belum diterokai seperti kayu balak. Dengan pembangunan pesat
dalam sektor perindustrian ia dapat meningkatkan ekonomi Negeri Kelantan.

2.1 Populasi Di Negeri Kelantan

Populasi merupakan satu agen utama dalam memajukan sektor perindustrian di
Negeri Kelantan. Hal ini boleh dilihat melalui carta 1.0 menunjukkan jumlah
penduduk Negeri Kelantan pada tahun 2006 sehingga 2010, pada tahun 2006 ialah
sebanyak 1.53 juta orang, dan meningkat sebanyak 1.56 juta orang, pada tahun 2007,
seterusnya meningkat dari 1.60 juta orang sehingga 1.63 juta orang iaitu pada tahun
2008 sehingga tahun 2009 . Tetapi pada tahun 2010, mendapati bahawa berlaku
penurunan jumlah penduduk Negeri Kelantan iaitu sebanyak 1.54 juta orang. Selain
itu, dalam jadual 1 merupakan jumlah penuduk mengikut etnik di Negeri Kelantan
pada tahun 2006 sehingga 2010. Pada tahun 2006 mendapati bahawa jumlah
penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3156.2 juta orang di mana jumlah
Bumiputera iaitu 16441 ribu orang manakala bagi kaum Cina adalah sebanyak 997.1
ribu orang dan kaum India 194.6 ribu orang dan lain-lain adalah 23.0 ribu orang. Pada
tahun 2007, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3194.4 juta orang, jumlah
Bumiputera adalah 1668.7 ribu orang manakala bagi kaum Cina dan India adalah
sebanyak 1007.9 dan 196.8 ribu orang dan lain- lain adalah sebanyak 24.4 ribu orang.
Pada tahun 2008 pula, jumlah penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3231.9
juta orang, di mana jumlah Bumiputera adalah sebanyak 1693.3 ribu orang, bagi
kaum Cina adalah sebanyak 1018.4 ribu orang dan bagi kaum India pula sebanyak
199.1 ribu orang dan lain- lain ialah sebanyak 25.7 ribu orang. Seterusnya, pada tahun
3
2009, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3269.1 juta orang di mana jumlah
Bumiputera pada ketika tahun itu adalah seramai 1718.2 ribu orang manakala jumlah
kaum Cina dan kaum India adalah sebanyak 1028.4 dan 201.2 ribu orang dan lainlain adalah sebanyak 27.0 ribu orang. Namun pada tahun 2010, mendapati jumlah
penduduk Negeri Kelantan mengalami penurunan mendadak iaitu sebanyak 1539.6
juta orang, di mana jumlah penduduk Bumiputera sebanyak 1442.5 ribu orang,
mengikuti kaum Cina adalah sebanyak 51.6 ribu orang dan kaum India sebanyak 3.8
ribu orang dan seterusnya lain- lain adalah sebanyak 9.2 ribu orang.

Carta 1.0: Jumlah penduduk, Kelantan, 2006-2010.

4
Jadual 1: Jumlah penduduk mengikut daerah pentadbiran dan kumpulan etnik, Kelantan,
2006 – 2010.

Sumber: Data Banci Penduduk dan Perumahan, 2010.

Carta 1.1 : Jumlah penduduk mengikut jantina, Kelantan, 2006-2010.

5
Carta 1.1 menunjukkan bilangan penduduk perempuan adalah kekal melebihi
penduduk lelaki. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010 mendapati bahawa nisbah
jantina ialah 101.0 lelaki bagi setiap perempuan dengan bilangan penduduk lelaki
773.7 ribu orang dan perempuan 765.9 ribu orang. Dalam konteks ini, apabila
populasi di Negeri Kelantan meningkat hal ini dapat meningkatkan pembangunan
perindustrian di Negeri Kelantan kerana penawaran guna tenaga yang murah menjadi
daya tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian di Negeri
Kelantan. Peningkatan populasi dapat mengeluarkan tenaga buruh yang murah dan
seterusnya ia dapat menjimatkan kos pengeluaran perindustrian di Negeri Kelantan.

2.2 Kemudahan Sistem Pengangkutan

Bagi menggalakkan perkembangan sektor perindustrian di Negeri Kelantan,
kemudahan infrastruktur amat penting kerana sistem pengangkutan ini juga
merupakan pemacu utama pembangunan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Di
mana komponen sistem pengangkutan terdiri daripada sistem jalanraya, perkhidmatan
keretapi dan perkhidmatan udara. Sistem pengangkutan yang baik adalah penting bagi
memasarkan hasil keluaran sektor perindustrian samaada untuk dipasarkan di dalam
negeri atau di eksport terus keluar negeri.

a. Jalanraya
Pada tahun 1993, negeri Kelantan mempunyai sistem jalanraya sepanjang 2316.80
kilometer di mana 81.4% daripadanya sudah berturap. Bagi jalan negeri pula,
meliputi 1314.07 kilometer iaitu kira-kira 57% manakala jalan persekutuan pada
ketika tahun itu adalah sepanjang 1002.73 kilometer atau 43% daripada jumlah sistem
jalanraya di Negeri Kelantan. Pada masa kini jumlah jalan raya yang terdapat di
Negeri Kelantan ialah sepanjang 21,3100 km (UPEN 2004). Terdapat dua lebuhraya
utama di Kelantan iaitu lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Bandar kota
Bharu dengan pelaburan Pulau Pinang dan bandar- bandar lama di Pantai Barat dan
Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang sejauh 115km.

6
b. Perkhidmatan Keretapi
Selain sistem jalanraya, pengangkutan keretapi juga didapati di Negeri Kelantan yang
menghubungkan Kota Bharu dan beberapa bandar lain seperti Tumpat, Pasir Mas,
Wakaf Bharu, Gua Musang terus ke Kuala Lipis, Kuala Lumpur dan Pelabuhan
Klang. Jadual 2 menunjukkan laluan utama keretapi yang menghubungkan Wakaf
Bharu (Kota Bharu) dengan bandar- bandar utama di Semenanjung Malaysia. Secara
amnya, pengangkutan keretapi merupakan salah satu pengangkutan yang efisien
kerana kos yang rendah dapat mengangkut kontena dari bandar ke pelabuhan utama.

Jadual 2 : Laluan Utama Keretapi
Destinasi

Masa perjalanan (jam)

Jarak (km)

Wakaf Bharu- Kuala Lumpur

13

688

Wakaf Bharu – Port Dickson

12

655

Wakaf Bharu – Johor Bharu

14

708

Wakaf Bharu - Butterworth

17

1078

Sumber: Kelantan; Socio-Economic Profile 1995

c. Pengangkutan Udara
Seperti negeri-negeri lain, Kelantan juga mempuntai perkhidmatan pengangkutan
udara iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di Pengkalan Chepa
dengan keluasan landasan 1981 meter panjang dan lebar 37 meter dan boleh
mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 737 dan kapal terbang kecil. Melalui
pengangkutan udara, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menyediakan lima
penerbangan utama antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan satu penerbangan ke
Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu dan Kuala Terengganu. Perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak MAS adalah untuk menampung keperluan di Negeri Kelantan
terutama untuk mengeksport hasil perindustrian. Di samping itu, perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak MAS bukan sahaja untuk kegiatan mengeksport hasil
perkilangan malah ia juga dapat meningkatkan keperluan penggunaan mengguna
perkhidmatan tersebut.

7
2.3 Polisi Kerajaan Dalam Sektor Perindustrian

Untuk meningkatkan sektor perindustrian, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu
polisi iaitu memberi galakan supaya pemodal - pemodal tempatan dan asing akan
melabur bersama- sama dalam industri di Malaysia. Di mana pelabur -pelabur ini
bukan sahaja bertindak sebagai pembekal modal tetapi juga memberi pengetahuan
dalam penggunaan teknologi, teknik pengurusan, teknik kemahiran dan memberi
peluang pekerjaan serta pertumbuhan sumbangan industri ke dalam ekonomi
Malaysia termasuk ekonomi Negeri Kelantan. Galakan-galakan ini akan memberikan
pelepasan cukai pendapatan dan pembangunan kepada syarikat- syarikat yang
melabur dalam bidang- bidang baru atau yang mahu mengembangkan perniagaan
yang sedia ada.

Bagi tujuan galakan ini, Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakan
Pelaburan (1968) telah diwujudkan. Di dalam Akta Galakan Pelaburan (1968) dan
Akta Penggalakan Pelaburan (1968) terdapat beberapa bentuk galakan dan pelepasan
cukai yang utama iaitu taraf perintis, elaun cukai pelaburan, elaun industri, elaun
infrastruktur dan galakan eksport .Galakan dan pelepasan cukai

ini merupakan

beberapa bentuk insentif yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam Akta
Penggalakan Pelaburan 1968.
i.

Taraf Perintis (TP)
Sesebuah

syarikat

yang

diluluskan

TP

boleh

menikmati

beberapa

pengecualian yang berikut:


Keluaran atau aktiviti yang digalakkan.
Syarikat akan diberi pengecualian terhadap 70% daripada pendapatan
berkanunnya selama 5 tahun. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya
akan dikenakan cukai pendapatan syarikat mengikut kadar semasa.



Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan.
Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai
Timur Semenanjung Malaysia meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang,

8
dan daerah Mersing di Johor akan diberikan pengecualian terhadap 85%
daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun.


Keluaran atau aktiviti yang digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi.
Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan, iaitu
terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun.



Keluaran atau aktiviti yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang
diluluskan. Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai
pendapatan, iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun
(syarikat IKS yang mengeluarkan barangan perantaraan).



Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai
kepentingan nasional termasuk syarikat bertaraf MSC dan keluaran atau
aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai taraf
dunia.



Syarikat penyelidikan dan pembangunan kontrak (syarikat R&D kontrak)
syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan iaitu
terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun.

ii.

Elaun Cukai Pelaburan (ECP)
ECP ialah galakkan yang dibaeri secara pilihan kepada TP dan direka bentuk
untuk projek yang mempunyai modal pelaburan yang besat dan tempoh
pulang modal yang panjang. Seperti TP, syarikat yang diberi ECP akan
menikmati tahap pengecualian yang berbeza bergantung pada jenis keluaran
atau aktiviti yang digalakkan seperti yang berikut:


Keluaran atau aktiviti yang digalakkan.
Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan
perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, jentera, mesin, dan alat
peralatan lain yang digunakan untuk projek yang diluluskan) yang
dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang
pertama.

9


Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan.
Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai
Timur Semenanjung Malaysia meliputi kawasan Kelantan, Terengganu,
Pahang, dan daerah Mersing di Johor akan diberi satu kadar elaun
sebanyak 80% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan
dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.



Keluaran atau aktiviti digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi.
Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan
perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari
tarikh perbelanjaan modal yang pertama.



Keluaran yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang
diluluskan.
Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan
perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari
tarikh perbelanjaan modal yang pertama.



Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai
kepentingan nasional termasuk syarikat bertarafkan MSC dan keluaran
atau aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai
taraf dunia;
1. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan
perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari
tarikh yang perbelanjaan modal yang pertama.
2. Syarikat yang telah diberi taraf sebagai Syarikat Koridor Raya
Multimedia (MSC) juag layak mendapat insentif bagi projek strategic
ini di smaping insentif lain di bawah “ Bill of Guarantees”.
3. Syarikat dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang
mengeluarkan barangan perantaraan yang mencapai tarf dunia dari
segi

harga,mutu,

dan

keupayaan

pengeluaran

adalah

layak

memperoleh ECP. Syarikat yang memulakan operasi juga layak tetapi
insentif hanya diberikan atas pelaburan tambahan.

10
4. Aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D), insentif yang
berlainan diberi kepada syarikat yang khusus menjalankan aktiviti
R&D, iaitu insentif bagi “Syarikat R&D” dan insentif bagi “Syarikat
R&D Kontrak”.
5. Syarikat Latihan Teknikal atau Vokasional, syarikat akan diberkan
satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang
layak dilakukan dalam tempoh 10 tahun dari dan tarikh perbelanjaan
modal yang pertama.

iii.

Elaun Penyelarasan Perindustrian (EPP)
EPP diberkan kepada syarikat dalam sektor perindustrian terpilih (sektor
berasaskan kayu, tekstil, jentera, dan kejuruteraan, pengecapan, acuan,
perkasasan dan cetakan) yang beropersi sebelum 31 Disember 1990 dan telah
terlibat dalam aktiviti penyelarasan perindustrian tertentu seperti penyusunan
semula, pembentukan semula, atau pencantuman di kalangan sektor
berkenaan. Syarikat diberi elaun sebanyak 60% hingga 100% berdasarkan
altiviti penyelarasan perindustrian yang dijalankan. Elaun diberi atas
perbelanjaan modal yang layak dilakukan bagi tempoh 5 tahun.

iv.

Elaun Infrastruktur (EI)
EI diberikan kepada mana- mana syarikat pemastautin di Malaysia yang
menjalankan aktiviti perkilangan, hotel, pelancongan, atau lain-lain aktiviti
perdagangan dan perindustrian di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai
Timur, Semenanjung Malaysia. Syarikat akan diberikan elaun sebanyak 100%
berdasarkan perbelanjaan modal bagi pembinaan infrastruktur (seperti
pembinaan semula, penambahan, atau pembaikan mana- mana struktur kekal
termasuk jambatan, jeti, pelabuhan atau jalanraya).

11
v.

Potongan Dua Kali Bagi Penggalakkan Eksport
Insentif ini diberi kepada mana- mana syarikat permastautin di Malaysia yang
mencari peluang eksport bagi barangan perkilangan, barangan perkhidmatan,
dan barang pertanian. Perbelanjaan yang layak untuk potongan dua kali ialah:
a) Pengiklanan di luar negeri
b) Pembekalan sampel percuma ke luar negeri
c) Penyelidikan pasaran eksport
d) Penyediaan tender untuk membekalkan barangan keluar negeri
e) Penghantaran maklumat teknikal ke luar negeri
f) Barangan- barangan pameran dan atau penyertaan dalam pameran
perdagangan atau perindustrian yang di adakan dalam negeri diluluskan
oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
g) Tambang perjalanan ke luar negeri bagi kakitangan syarikat atau urusan
perniagaan
h) Perbelanjaan penginapan dan belanja sara hidup peniaga- peniaga
Malaysia yang pergi ke luar negeri atas urusan perniagaan tertakluk
kepada maksimum RM 200 sehari; dan
i) Kos penyelenggaraan pejabat jualan di luar negeri bagi menggalakkan
eksport.

2.4 Modal

Faktor modal juga merupakan satu faktor asas untuk menggerakkan sektor
perindustrian di Negeri Kelantan. Kepesatan sektor perindustrian di Kelantan
sebahagian besarnya digerakkan oleh modal dari Kerajaan Persekutuan untuk
membiayai projek-projek di Negeri Kelantan. Kestabilan politik jangka panjang di
Malaysia dan di Negeri Kelantan telah menarik kemasukkan modal tempatan
mahupun asing untuk melabur didalam pelbagai jenis sektor perindustrian di
Malaysia mahupun di Negeri Kelantan. Hal ini menyebabkan dana tempatan daripada
pinjaman Kerajaan Persekutuan dan intitusi kewangan setempat juga semakin
meningkat.
12
3.0 SUMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN

3.1 Peluang Pekerjaan dan Arah Aliran Tenaga Kerja

Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh apabila majoriti penduduk
Kelantan bekerja di pelbagai sektor bagi mengurangkan masalah pengangguran.
Secara keseluruhan, sektor perkilangan di Kelantan meningkatkan jumlah tenaga
buruh daripada 319.4 ribu orang pada tahun 1982 kepada 554.3 ribu orang pada tahun
2011dan peratusan kadar pengangguran jatuh kepada 2.0 peratus daripada 4.8 peratus
iaitu sebanyak 15.2 ribu orang bilangan penganggur pada tahun 1982 kepada 10.8
ribu orang bilangan penganggur bagi tahun 20111. Tahun 2007 dan 2008, Kelantan
mencatat peningkatan hasil daripada pengilangan produk makanan dan minuman
dengan 20.4 peratus (RM 398.9 juta) kepada 34.3 peratus (RM 884.2 juta). Jumlah ini
tidak keseluruhan penduduk Kelantan memonopoli pasaran pekerjaan terutama dalam
sektor perkilangan kerana tahun 2008-2009 menunjukkan peningkatan ketara pada
bilangan pekerja asing perempuan iaitu sebanyak 2074 orang yang mana merangkumi
hampir 73 peratus bilangan keseluruhan pekerja asing di negeri Kelantan2(lampiran).
Jadual 2: Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Kelantan, 2008-2011
Bilangan / Number (‘000)

%

Tenaga buruh

Penganggur

Luar

Kadar

Kadar

Labor force

Employment

Unemployed

tenaga

penyertaan

pengangguran

buruh

tenaga buruh Unemployment

Outside

Labor

labor force

Tahun

Bekerja

participate

force rate

rate
2008

500.9

486.4

14.5

418.5

54.5

2.9

2009

517.8

505.2

12.6

432.7

54.5

2.4

2010

547.2

534.2

13.1

412.1

57.0

2.4

2011

554.3

543.5

10.8

431.7

56.2

2.0

Sumber: Unit Perancangan Ekonomi Negara (keseluruhan jadual tahun 1982-2011 di lampiran)
1
2

Jadual 1: Perangkaan utama tenaga buruh, Kelantan, 1982-2011 (hal. 4). Unit Perancangan Ekonomi Negara
Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011.(hal.56-57)

13
Guna tenaga dalam IKS/PKS menerusi Projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali
mewujudkan peluang pekerjaan dengan penglibatan pengusaha-pengusaha IKS
dengan penglibatan sektor pengeluaran makanan hasil laut (kilang pemprosesan hasil
laut). Sumbangan sektor perkilangan membawa kepada potensi mengusahakan
kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) walaupun penglibatan pengusaha tempatan
menjalankan kegiatan dengan saiz modal yang kecil sebagai penyumbang terbesar
dalam guna tenaga.

Bilangan pekerja mengikut pekerjaan di negeri Kelantan adalah menerusi pekerjaan
pengeluaran dan yang berkaitan, operator peralatan pengangkutan dan buruh mencatat
bilangan 79.9 ribu orang tahun 1982 yang seterusnya peningkatan secara fluctuate.
Pada tahun 1999 dan 2000 kategori pekerjaan ini memonopoli pasaran pekerjaan di
negeri Kelantan masing-masing dengan jumlah 122.2 ribu orang dan 119.6 ribu
orang. Pekerjaan operator loji dan mesin serta pemasang meningkat daripada 32.4
ribu kepada 38.0 ribu orang pada tahun 2009-20113. Ini adalah hasil daripada
sumbangan guna tenaga dalam PKS dan seterusnya meningkat kepada 38.0 ribu orang
pada tahun 20114.

Jadual 3: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2000
Bilangan / Number (‘000)
Tahun
Year

Kategori pekerjaan / Category of Occupation¹
Jumlah
Total

6(Pekerja dari sektor 7(Pekerja dari sektor
primer;pertanian)

kedua;perkilangan)

1982

304.3

123.8

79.9

1990

377.7

145.5

98.8

2000

425.7

110.9

119.6

Nota:¹ Pekerjaan dikelaskan mengikut “Kamus Pengelasan Pekerjaan, 1980”.(keseluruhan jadual
tahun 1982-2011 di lampiran)
3

Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut
klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 1998”.
4
Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut
klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 2008”

14
Bilangan mengikut industri, sektor perkilangan mencatatkan 34.6 ribu orang pekerja
pada tahun 1982 dan tahun 201l sebanyak 51.0 ribu orang5. Tingkat gunatenaga bagi
industri tekstil dan sumbangannya adalah tertinggi iaitu sebanyak 25 peratus bagi
tahun 2005-2010 (Jan-Apr), industri produk elektrik dan elektronik sebanyak 23
peratus yang tertumpu di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa I dan II. Tempoh
tahun 2009,guna tenaga mencatat peningkatan sebanyak 40.32 peratus iaitu seramai
682 guna tenaga berbanding dengan tahun sebelumnya, 485 guna tenaga bagi semua
jenis industri perkilangan6. Sumbangan jumlah guna tenaga mengikut kumpulan
berubah pada tahun 2009 apabila peratusan tertinggi adalah daripada pembuatan
komponen dan papan elektronik sebanyak 10.8 peratus, pembuatan produk plastik
pada peratusan kedua tertinggi dengan jumlah pekerja mencatat 114 914 orang iaitu
6.8 peratus.

3.2 Pelaburan Asing dan Tempatan

Pelaburan berperanan membawa masuk aliran dana ke dalam setiap sektor,
terutamanya sektor perkilangan yang disasarkan melalui pelaburan domestik dan
“Foreign Direct Investment” (FDI) dengan menyokong inovasi dan meningkatkan
produktiviti. Sehingga Disember 2012, Kerajaan Negeri telah menerima pelaburan
sebanyak RM 2.54 bilion yang mana sejumlah RM 2.45 bilion (lebih 97%) adalah
pelaburan swasta dan RM 82 juta adalah pelaburan asing. Di dalam 19 projek yang
diluluskan oleh Kerajaan Negeri, 1 projek adalah meliputi projek kilang simen7.
Menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)8 yang meliputi negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor adalah destinasi pelaburan yang
distingtif, dinamik da kompetitif yang menawarkan pakej komprehensif kepada para
pelabur dari seluruh dunia yang menggariskan lima kelompok ekonomi utama dan
salah satu daripadanya adalah sektor pembuatan (perkilangan). Hal ini berikutan
5

Jadual 12: Bilangan penduduk bekerja mengikut industri, Kelantan, 1982-2011. Industri dikelaskan mengikut
“Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008”
6
Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 37-39)
7
Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.51-52)
8
Laporan Tahunan 2009. ECERDC. (hal. 91-95)

15
pelaksanaan projek Taman Halal Pasir Mas, Kelantan yang dibiayai kerajaan Pusat
bernilai RM63.16 juta.

Sumbangan sektor perkilangan di negeri Kelantan dari sudut pelaburan
memperlihatkan pelbagai insentif-insentif fiskal ECER ditawarkan, termasuklah,
pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun, Elaun Cukai Pelaburan (ITA)
sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak, pengecualian cukai
jualan dan juga diberikan insentif khas kepada syarikat-syarikat berdasarkan merit
bagi setiap kes. Kerajaan pusat turut menawarkan insentif bukan fiskal kepada
kerajaan negeri ECER dari segi pemberian kadar diskaun untuk premium tanah, cukai
dan taksiran, jaminan bagi tempoh pajakan tanah untuk tempoh waktu tertentu dan
kelonggaran khas dalam pengambilan tenaga kerja ekspatriat (orang yang
berkewarganegaraan asing tinggal di sesuatu negara). Sehubungan dengan itu juga,
Bank Negara Malaysia menawarkan secara eksklusif terhadap para pelabur
menikmati kelonggaran khas dalam pertukaran matawang asing menerusi melabur di
syarikat-syarikat berstatus ECER yang menerima insentif fiskal. Ini menarik minat
pelabur-pelabur dalam dan luar untuk terus melabur di dalam sektor pembuatan
(perkilangan) negeri Kelantan.

Pada tahun 2009, pertumbuhan pelaburan dalam sektor pembuatan (perkilangan)
dengan nilai modal pelaburan sebanyak RM 110.7 juta bagi pelaburan luar dan RM
16.23 juta adalah pelaburan domestik9. Bagi tahun tersebut, empat (4) projek yang
telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)10. Prestasi
pelaburan meningkat sepanjang tahun 2010 yang mencatat 6 projek telah diluluskan
sepanjang tahun 2005-2010 (Jan-Apr) bagi industri tekstil dan produk tekstil.

Tambahan pula menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutamanya di
negeri Kelantan yang memfokuskan pengeluaran perkilangan bagi produk asas tani,

9

Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.37)
Laporan Sektor Perkilangan dan Perkhidmatan 2009 (hal.24-25)

10

16
produk halal, membaiki dan membina sampan, getah-kayu berasaskan kluster dan
kraftangan, tekstil serta pakaian11.

Pelaburan terbaru iaitu menerusi 5 projek telah diluluskan pada tahun 2011 yang
bernilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM 128 591 573 dan tahun 2012 , projek
yang diluluskan berkurang kepada 4 projek yang mencatatkan nilai pelaburan
domestik RM 4 386 555 dan bagi pelaburan asing adalah sebanyak RM 110 700
00012. Nilai pelaburan asing bagi tahun 2012 meningkat daripada RM 38 650 994
pada tahun 2011. Pada Januari-Disember 2012 dan 2011, pelaburan domestik
menunjukkan penurunan sebanyak RM 85 554 024 iaitu tahun 2011 mencatatkan
nilai pelaburan domestik adalah yang paling tinggi iaitu RM 89 940 579 berbanding
pelaburan asing. Penempatan strategik kilang-kilang dalam kawasan perindustrian
secara sistematik13 adalah insentif dari Kerajaan Negeri untuk tarik pelabur ke
Kelantan contohnya melalui Projek pelabuhan Tok Bali yang menelan belanja RM

11

http://www.ecerdc.com.my/ecerdc/manufacturing.htm
Projek yang diluluskan mengikut negeri, Januari-Disember 2012 dan 2011 (dalam RM), yang dikeluarkan oleh
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
13
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
12

17
3.2 bilion menerusi pelaburan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 230 juta dan
RM 3 bilion pelaburan dari syarikat swasta14.

3.3 Perkembangan Infrastruktur

Pertambahan sektor perkilangan di negeri Kelantan, kerajaan negeri menaiktaraf
rangkaian jalanraya dan jalan kereta api yang diselenggarakan apabila kemudahan
tersebut merupakan jalan alternatif bagi kenderaan industri perkilangan beroperasi.
Contohnya; Lebuh Raya Timur-Barat yang melibatkan kos pembinaan adalah RM
296 juta adalah merupakan infrastruktur terbaik yang dibina bagi memudahkan sistem
pengangkutan dan perhubungan Gerik (Perak) dengan Jeli (Kelantan). Lebih banyak
industri atau perniagaan iaitu diwujudkan kawasan-kawasan Bandar dan kilang
kerana pengguna boleh sampai ke kawasan terbabit tanpa sebarang masalah. Jalan
raya di Gua Musang adalah jalan alternatif yang digunakan oleh industri perkilangan
balak menghantar barangan ke luar dari negeri tersebut. Begitu juga lain-lain industri
perkilangan. Perkongsian jalan alternatif tersebut dengan lain-lain pengguna adalah
bahaya sama sekali, jadi kerajaan negeri dengan bantuan JKR negeri Kelantan
membina Lebuhraya Timur-Barat khas bagi lain-lain pengguna.

Pembangunan projek Halal Hub melalui Industri Marin di Tok Bali yang
dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan memberi
kemudahan penyewaan ke atas lot-lot, bangunan kilang dan mesin peralatan. Ini selari
dengan menggalakkan produktiviti dari pengusaha-pengusaha Bumiputera memenuhi
piawaian dan keperluan masyarakat Islam dan juga antarabangsa15. Ini seterusnya
sebagai landasan industri gas, minyak dan luar pantai beroperasi. Pelabuhan Tumpat
dan Kuala Krai dijadikan sebagai alternatif sistem pengangkutan untuk hasil simen,
marmar dan granite yang diusahakan di Gua Musang. Pelabuhan di Pantai Senok,
Bachok dijadikan sebagai pengkalan bagi perusahaan gas, minyak dan petrokimia.

14
15

Utusan Kelantan- Tok Bali pemangkin Ekonomi
Melalui laman web : www.pkink.gov.my

18
Peruntukan Kerajaan Pusat adalah untuk membina infrastruktur asas bagi Taman
Halal Pasir Mas, Kelantan dan juga pembinaan kilang-kilang operasi. Hal ini
bertujuan membantu PKS meningkatkan pasaran produk halal yang menepati
piawaian antarabangsa serta memperkenalkan ke peringkat persada global. Selain itu
juga untuk menarik ramai pelabur-pelabur domestik dan asing melabur ke atas projek
terutamanya dalam sektor perkilangan.

3.4 Peratusan Sumbangan dalam KDNK

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Kelantan pada tahun 2008 telah
menyumbang RM 9273 juta atau 1.76 peratus kepada KDNK Malaysia dan
mencatatkan sektor pembuatan (perkilangan) menyumbang kepada ekonomi negeri
Kelantan sebanyak 4.31 peratus selepas sektor pertanian. Pengkhususan dalam kilang
pembuatan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi kriteria penting
dalam menjana produktiviti dan inovasi. Menurut perangkaan ini, KDNK negeri
Kelantan merekod pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus sehinggakan kadar kemiskinan
jatuh kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada tahun 200716.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, Negeri Kelantan
mencatatkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga unjuran 2015 iaitu RM 353 juta
kepada RM 525 juta. Tahun 2007 mencatat sebanyak RM 369 juta sehingga
bertambah kepada RM 400 juta (RM 9273 juta jumlah keseluruhan aktiviti ekonomi).
Sumbangan kepada KDNK oleh sektor ini masih rendah berbanding lain-lain negeri.
Data menunjukkan negeri Kelantan lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan dan
pertanian.

16

Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 24-25)

19
Peratusan

Sumbangan

Aktiviti

Ekonomi

Mengikut

Negeri

pada

Harga

Malar

2000

Tahun 2010

Menerusi jadual di atas, peratusan sumbangan mengikut aktiviti ekonomi bagi negeri
Kelantan pada tahun 2000 khusus sektor pembuatan (perkilangan) mencatatkan 4.7
peratus iaitu peratusan yang terendah berbanding lain-lain negeri. Aktiviti ekonomi di
negeri Kelantan mulai meningkat kepada sektor perkhidmatan yang mencatatkan 73.8
peratus iaitu mencatatkan peratusan yang ketiga tertiga mengikut negeri. Sektor
kedua tertinggi di negeri Kelantan adalah pertanian yang mencatatkan bilangan 19.4
peratus.

20
Pembahagian Peratusan (%) mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010

Berdasarkan jadual di atas, pembahagian peratusan mengikut aktiviti ekonomi bagi
negeri Kelantan pada tahun 2010 khusus sektor pembuatan (perkilangan)
mencatatkan 0.3 peratus iaitu menyaksikan bahawa tiada perubahan dalam peratusan
berbanding tahun 200917 (jadual di lampiran). Begitu juga bagi lain-lain sektor di
negeri Kelantan yang rata-rata adalah mencatat peratusan yang sama pada tahun
2009.

17

http://www.statistics.gov.my

21
4.0 PROSPEK

Dalam tahun 2013, dijangka iklim pelaburan dalam sektor perindustrian Negeri Kelantan
akan bertambah rancak terutama sektor perkilangan. Hal ini kerana banyak projek yang
dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan beserta dengan bermodalkan pelabur domestik dan asing
mampu menjana pendapatan kepada penduduk tempatan iaitu terutamanya penduduk Negeri
Kelantan. Penduduk Negeri Kelantan yang rata-ratanya adalah penduduk yang mengerjakan
aktiviti ekonomi tradisional baik sebagai nelayan mhupun petani. Jadi, dengan pelaksanaan
projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali serta projek yang berkait rapat dengan sektor
pembuatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Program Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER) dijangka dapat menampung kapasiti lebih dari 2000 tenaga buruh bagi
mengelakkan pengangguran.

Walaubagaimanapun, sumbangan aktiviti perindustrian adalah relatif rendah. Aktiviti
perindustrian masih lagi bergantung kepada industri kotej, berskala kecil dan berskala
sederhana. Bilangan industri berskala besar adalah kecil dan tertumpu di Kota Bharu dan
Kuala Krai. Isu utama dalam perindustrian ialah kurang kemasukan pelaburan. Kebanyakan
pengusaha perindustrian adalah pengusaha tempatan yang menjalankan kegiatan dengan
bersaiz modal yang kecil. Malahan, aktiviti ekonomi yang dilakukan hanya tertumpu dan
lebih kepada memenuhi permintaan tempatan serta sekitar dalam negara. Dari segi
infrastruktur, amatlah diperlukan yang sebenar-benarnya mampu menampung jumlah
kepadatan penduduk negeri Kelantan.

Kelantan mampu bersaing dengan negara jiran dari segi kos modal. Kos hidup di negeri ini
masih rendah berbanding negeri-negeri perindustrian di wilayah barat. Dengan keluasan
tanah di Kelantan mampu menampung keperluan sektor perindustrian. Kelantan masih lagi
mempunyai kawasan-kawasan perindustrian yang belum dimajukan.

22
5.0 MASALAH

Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh Negeri
Kelantan dalam mempertingkatan dan memajukan Negerinya dalam sektor
perindustrian yang dikatakan kurang membangun daripada negeri-negeri yang lain di
Malaysia. Industri di negeri Kelantan lebih berintensifkan buruh berbanding yang
kawasan yang terdapat di pantai barat Semenanjung Malaysia.

5.1 Kemudahan Infrasturuktur

Antara salah satu masalah yang berlaku di Kelantan menyebabkan negeri ini kurang
membangun daripada negeri maju yang lain ialah kemudahan infrasturuktur yang
sangat terbatas. Negeri ini tidak mempunyai tempat pergudangan dan pelabuhan yang
besar contohnya pelabuhan udara,air dan darat seperti yang terdapat di Negeri
Selangor iaitu Pelabuhan Port Klang, Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, dan di
Pulau Pinang Pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan pusat pedagangan

yang

utama di Malaysia. Lokasi perairan yang strategik menyebabkan pedagang membuat
pelabuhan persinggahan yang bagi kapal-kapal yang singgah diperairan untuk
penyimpanan dan pengagihan barang dagangan mereka. Kelantan hanya mempunyai
pelabuhan darat yang terhad di Kuala Krai untuk menyokong kegiatan pengeksportan
dan pengimportan melalui laluan kereta api. Namun, Pelabuhan Kuantan dan
Pelabuhan di Kemaman Pahang telah disediakan untuk member khidmat kepada
pedagang-pedagang yang beroperasi di sekitar kawsan koridor pantai timur. Keduadua pelabuhan ini pelabuhan yang khusus dan tidak mampu untuk mengendalikan
barang-barang tertentu.

23
5.2 Jaringan Jalan Raya

Kurangnya jaringan jalan raya yang mencukupi dan terhad, antara penyebabkan
masalah bagi negeri Kelantan ini kurang membangan daripada negeri yang lain.
Negeri di kawasan Selatan, barat dan utara Malaysia mempunyai kemudahan jaringan
jalan raya yang baik dan cekap contohnya Lebuh Raya Utara-Selatan. Jaringan jalan
raya merupakan salah satunya model pengangkutan yang terpenting kepada
pemangkin pembangunan ekonomi Negara bagi menghubungkan kawasan pertanian,
perikanan dan kawasan perindustrian dan perlombongan dengan bandar-bandar yang
besar. Kekurangan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya ,jalan
kereta api dan sebagainya menyebabkan perkembangan industri di Kelantan terbantut.
Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan mentah sukar di bawa
masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar untuk dipasarkan ke pasaran
dengan cepat dan berkesan. Ini akan merugikan pengusaha terutama jika keluaran itu
adalah barangan yang cepat rosak dan tdak tahan lama.

5.3 Pengendalian Kargo

Kelantan tidak mempunyai perkhidmatan pengendalian kargo udara. Kebanyakan
pengendalian kargo dilakukan melalui jalan raya. Oleh kerana tiada kemudahan
pelabuhan dan kemudahan kargo udara, negeri ini tidak memenuhi syarat untuk
membina kawasan perindustrian perdagangan bebas cukai (free trade zone, FTZ).
Walau bagairnanapun, terdapat beberapa kilang di Pengkalan Cepa yang diberikan
status Pengilang Berlesen (Licensed Manufacturing Warehouses, LMW) yang
membebaskan mereka dari cukai import dan eksport terhadap bahan dan barangan
yang diperdagangkan.

5.4 Kurang Keyakinan Pelabur

Kelantan kurang mendapat keyakinkan kepada para pelabur bahawa negeri ini dapat
menawarkan perkhidmatan sokongan yang cekap dan memuaskan dari segi
24
perindustrian. Ini kerana lokasinya yang kurang strategik dengan kemudahan
infrasturuktur yang terhad menyebabkan Kelantan kurang pelabur yang datang untuk
melabur di kawasan berkenan untuk mempertingkatkan dan memajukan lagi kawasan
perindustrian di negeri tersebut. Rata-ratanya pelabur lebih meminati untuk melabur
dikawasan yang mempunyai lokasi yang strategik untuk membangunkan suatu
kawasan perindustrian. Ini bertujuan untuk pelabur dapat memaksimumkan
keuntungan syarikat mereka sendiri dalam pada masa yang sama dapat
meminimumkan kos output dan input.

25
6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, dapat dijelaskan bahawa Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh
memandangkan jumlah penduduknya yang ramai.

Maka wujudnya sektor-sektor seperti

perkilangan dan IKS di sana telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan,
sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran. Seperti yang dijelaskan oleh Hukum Okun,
dengan pengurangan kadar pengangguran akan meningkatkan KDNK Negara tersebut. Hukum
itu terpakai untuk negeri Kelantan juga, sekaligus memberikan kesan kepada KDNK Negara.
Pengurangan kadar pengangguran menyebabkan ekonomi negeri tersebut meningkat.

Selain faktor buruh, penglibatan pelaburan asing dan tempatan serta perkembangan infrastruktur
memainkan peranan dalam meningkatkan perkembangan ekonominya.

Selain itu juga, dapat disimpulkan disini bahawa sektor pekerjaan dalam bidang pertanian
menurun daripada tahun 1990 sehingga 2000 manakala daripada sektor pengeluaran pulang
meningkat daripada tahun 1982 sehingga tahun 2000 (rujuk Jadual 2). Hal ini mungkin kerana
perubahan peredaran masa daripada sektor pertanian kepada sektor industri. Selain itu juga
minat yang kurang daripada golongan muda untuk terus mewarisi kemahiran pertanian nenek
moyang mereka dan lebih selesa memilih untuk berimigrasi ke bandar dan mencari peluang
pekerjaan di sana.

26
7.0 CADANGAN

Daripada apa yang telah kami kaji dan perolehi maklumat mengenai negeri Kelantan ini, kami
dapati terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan Kelantan terus maju
dan dapat memberi sumbangan kepada KDNK Negara selain daripada dapat meningkatkan lagi
pencapaian ekonomi mereka.

6.1 Kemudahan infrastruktur
Dengan memperbanyakkan kemudahan infrastruktur yang bersesuaian dengan lokasi,
ia dapat memudahkan perhubungan Kelantan dengan negeri lain dan sekaligus dapat
meningkat ekonomi negeri.

Sebagai contoh, dengan pembinaan lebuhraya dan

menghubungkan Kelantan dengan negeri lain daripada segi pengangkutan misalnya.

6.2 Pengendalian kargo
Apabila pengendalian karrgo ini dibina, maka ia akan memudahkan perantaraan
perhubungan daripada pelabuhan laut dan udara. Dengan wujudnya kargo sebegini,
ia memudahkan pelabur misalnya untuk terus tiba di Kelantan tanpa perlu singgah di
tempat lain secara berperingkat hanya untuk memastikan dapat membuat urusan
perniagaan dengan Kelantan.

6.3 Menarik minat pelabur tempatan dan asing
Kajian mendapati pelabur kurang berminat serta tidak yakin untuk melabur di
Kelantan. Hal ini mungkin mereka merasakan tidak akan mendapat keuntungan yang
lumayan apabila melabur di Kelantan akibat kekangan faktor-faktor lain.

Maka

Kelantan harus menarik minat pelabur agar yakin dan berminat untuk melabur di
Kelantan dengan menawarkan keuntungan yang lumayan selain faktor persekitaran
yang sejahtera.

Contohnya, menarik minat pelabur melalui sektor pelancongan

seperti membangunkan zon pelancongan pantai di Pantai Cahaya Bulan dan Pantai
Mek Mas yang terletak di Kota Bharu.

27
6.4 Meningkatkan pembangunan di kawasan pusat
Dengan pembangunan di kawasan pusat yang strategik, ia dapat menjamin
penglibatan pelabur serta meningkatkan banyak peluang pekerjaan di negeri tersebut
dan dapat meningkatkan ekonomi mereka. Sebagai contoh, dengan memberi tumpuan
kepada pembangunan di Kubang Kerian dalam sektor pendidikan. Tambahan pula
Kubang Kerian sememangnya di kenali sebagai pusat pendidikan di sana dengan
tertubuhnya institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu,
memberi tumpuan pada pembangunan di Kuala Krai yang terkenal dengan kemahiran
buruh mereka dalam seni kraftangan.

Selain Kubang Kerian dan Kuala Krai,

Pengkalan Chepa juga antara pusat yang strategik untuk dibangunkan oleh kerajaan
pusat, memandangkan dengan terbinanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di
sana.

28

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie International economics

Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )SitiNatasya97
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2TASYA97
 
Latih tubi graf modul penggal2 edited
Latih tubi graf modul penggal2  editedLatih tubi graf modul penggal2  edited
Latih tubi graf modul penggal2 editedzalinabasir
 
A157388 tugasan 2
A157388 tugasan 2A157388 tugasan 2
A157388 tugasan 2nrsyzwni
 
taburan penduduk
taburan penduduktaburan penduduk
taburan penduduksyaz.wani
 
Bandar mapan skala
Bandar mapan skalaBandar mapan skala
Bandar mapan skalanamirazd
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliaisyamafiza
 
Penilaian Bandar Petaling Jaya
Penilaian Bandar Petaling JayaPenilaian Bandar Petaling Jaya
Penilaian Bandar Petaling JayaDaniaFarishya1
 
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAHPEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAHSiti Fazlin
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Lmcp 1532 : Pembangunan Bandar Mapan
Lmcp 1532 : Pembangunan Bandar MapanLmcp 1532 : Pembangunan Bandar Mapan
Lmcp 1532 : Pembangunan Bandar MapanAlif1377
 
Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991
Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991
Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991Nur Azmina Mohd Yusop
 
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikNoredatul Gabo
 

Ähnlich wie International economics (16)

Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Tesis geografi
Tesis geografiTesis geografi
Tesis geografi
 
Latih tubi graf modul penggal2 edited
Latih tubi graf modul penggal2  editedLatih tubi graf modul penggal2  edited
Latih tubi graf modul penggal2 edited
 
A157388 tugasan 2
A157388 tugasan 2A157388 tugasan 2
A157388 tugasan 2
 
taburan penduduk
taburan penduduktaburan penduduk
taburan penduduk
 
Bandar mapan skala
Bandar mapan skalaBandar mapan skala
Bandar mapan skala
 
Bandar anda (a163926)
Bandar anda (a163926)Bandar anda (a163926)
Bandar anda (a163926)
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
 
Penilaian Bandar Petaling Jaya
Penilaian Bandar Petaling JayaPenilaian Bandar Petaling Jaya
Penilaian Bandar Petaling Jaya
 
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAHPEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Lmcp 1532 : Pembangunan Bandar Mapan
Lmcp 1532 : Pembangunan Bandar MapanLmcp 1532 : Pembangunan Bandar Mapan
Lmcp 1532 : Pembangunan Bandar Mapan
 
Kemapanan bandar anda
Kemapanan bandar andaKemapanan bandar anda
Kemapanan bandar anda
 
Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991
Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991
Bandar saya nur azmina bt mohd yusop a155991
 
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
 

Kürzlich hochgeladen

BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 

Kürzlich hochgeladen (7)

BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 

International economics

  • 1. 1.0 PENGENALAN Peta Negeri Kelantan Nama “Kelantan” dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutam” iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca Leucadendron. Menurut beberapa tokoh mengatakan bahawa nama Kelantan berasal daripada perkataan “kilatan” atau “ kolam tanah”. Selain itu, negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu. Sejarah awal negeri Kelantan tidak begitu jelas, tetapi menurut penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di Zaman Prasejarah. Pada awalnya, negeri Kelantan mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Pada tahun 1411, Raja Kumar (Raja Kelantan), telah membebaskan negeri Kelantan dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk islam. Kemudian Kelantan menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke -15. Pada 1800, Raja Muhammad adalah sultan pertama negeri Kelantan. Pada tahun 1820-an, negeri Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta negeri termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri- negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan penting di negeri Kelantan pada abad ke-19. Negeri Kelantan merupakan negeri pertama di 1
  • 2. Malaya yang ditakluki oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Negeri Kelantan dan negeri-negeri lain menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, negeri Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Kelantan Darul Naim atau nama singkatannya Kelantan merupakan salah sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Negeri Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km² yang terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan negara Thailand. Negeri Kelantan ialah sebuah negeri Agraria atau pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Berdasarkan pada Bancian Tahun 2010, negeri Kelantan mempunyai seramai 1539.60 juta orang penduduk di mana menurut statik Bancian Tahun 2010, majoriti penduduk negeri Kelantan merupakan kaum Melayu sebanyak 1442.5000 juta orang, diikuti dengan kaum Cina 51.6000 juta orang, kaum India 3.8000 juta orang dan lain-lain kaum 9.2000 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia ,2010). Terdapat 11 bandar- bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (Ibu Negeri), Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa. Selain itu, Negeri Kelantan merupakan negeri yang kurang maju dan termiskin jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga malar Negeri Kelantan pada tahun 2010 ialah sebanyak RM10.004 juta, KDNK per kapita pada harga semasa Negeri Kelantan ialah RM 8273 juta dan pertumbuhan KDNK Negeri Kelantan pada 2010 adalah 4.1% (Laporan Kerajaan Negeri Kelantan, 2010).Memang tidak dinafikan bahawa sektor perindustrian merupakan sektor terpenting bagi perkembangan ekonomi sesebuah negara dan merupakan tunggak kepada prestasi ekonomi secara keseluruhannya. Bagi Negeri Kelantan sektor perindustrian terus berkembang dengan bertambahnya bilangan penubuhan industri di tapak- tapak perindustrian yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Tambahan pula, pembangunan sektor perindustrian dapat mengukuhkan ekonomi Negeri Kelantan yang sebelumnya bergantung semata-mata kepada sektor pertanian tradisional. Sektor perindustrian ini juga dijangka dapat menyerap guna tenaga yang meningkat dari setahun ke setahun dan seterusnya dapat mengurangkan masalah pengangguran di Negeri Kelantan dan 2
  • 3. perkembangan sektor perindustrian ini dapat meningkat pendapatan perkapita rakyat Negeri Kelantan. 2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN Faktor – faktor pengerak bagi sektor perindustrian ini adalah diperlukan untuk pembangunan yang pesat pada masa akan datang. Negeri Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai sumber semulajadi yang belum diterokai seperti kayu balak. Dengan pembangunan pesat dalam sektor perindustrian ia dapat meningkatkan ekonomi Negeri Kelantan. 2.1 Populasi Di Negeri Kelantan Populasi merupakan satu agen utama dalam memajukan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Hal ini boleh dilihat melalui carta 1.0 menunjukkan jumlah penduduk Negeri Kelantan pada tahun 2006 sehingga 2010, pada tahun 2006 ialah sebanyak 1.53 juta orang, dan meningkat sebanyak 1.56 juta orang, pada tahun 2007, seterusnya meningkat dari 1.60 juta orang sehingga 1.63 juta orang iaitu pada tahun 2008 sehingga tahun 2009 . Tetapi pada tahun 2010, mendapati bahawa berlaku penurunan jumlah penduduk Negeri Kelantan iaitu sebanyak 1.54 juta orang. Selain itu, dalam jadual 1 merupakan jumlah penuduk mengikut etnik di Negeri Kelantan pada tahun 2006 sehingga 2010. Pada tahun 2006 mendapati bahawa jumlah penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3156.2 juta orang di mana jumlah Bumiputera iaitu 16441 ribu orang manakala bagi kaum Cina adalah sebanyak 997.1 ribu orang dan kaum India 194.6 ribu orang dan lain-lain adalah 23.0 ribu orang. Pada tahun 2007, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3194.4 juta orang, jumlah Bumiputera adalah 1668.7 ribu orang manakala bagi kaum Cina dan India adalah sebanyak 1007.9 dan 196.8 ribu orang dan lain- lain adalah sebanyak 24.4 ribu orang. Pada tahun 2008 pula, jumlah penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3231.9 juta orang, di mana jumlah Bumiputera adalah sebanyak 1693.3 ribu orang, bagi kaum Cina adalah sebanyak 1018.4 ribu orang dan bagi kaum India pula sebanyak 199.1 ribu orang dan lain- lain ialah sebanyak 25.7 ribu orang. Seterusnya, pada tahun 3
  • 4. 2009, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3269.1 juta orang di mana jumlah Bumiputera pada ketika tahun itu adalah seramai 1718.2 ribu orang manakala jumlah kaum Cina dan kaum India adalah sebanyak 1028.4 dan 201.2 ribu orang dan lainlain adalah sebanyak 27.0 ribu orang. Namun pada tahun 2010, mendapati jumlah penduduk Negeri Kelantan mengalami penurunan mendadak iaitu sebanyak 1539.6 juta orang, di mana jumlah penduduk Bumiputera sebanyak 1442.5 ribu orang, mengikuti kaum Cina adalah sebanyak 51.6 ribu orang dan kaum India sebanyak 3.8 ribu orang dan seterusnya lain- lain adalah sebanyak 9.2 ribu orang. Carta 1.0: Jumlah penduduk, Kelantan, 2006-2010. 4
  • 5. Jadual 1: Jumlah penduduk mengikut daerah pentadbiran dan kumpulan etnik, Kelantan, 2006 – 2010. Sumber: Data Banci Penduduk dan Perumahan, 2010. Carta 1.1 : Jumlah penduduk mengikut jantina, Kelantan, 2006-2010. 5
  • 6. Carta 1.1 menunjukkan bilangan penduduk perempuan adalah kekal melebihi penduduk lelaki. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010 mendapati bahawa nisbah jantina ialah 101.0 lelaki bagi setiap perempuan dengan bilangan penduduk lelaki 773.7 ribu orang dan perempuan 765.9 ribu orang. Dalam konteks ini, apabila populasi di Negeri Kelantan meningkat hal ini dapat meningkatkan pembangunan perindustrian di Negeri Kelantan kerana penawaran guna tenaga yang murah menjadi daya tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Peningkatan populasi dapat mengeluarkan tenaga buruh yang murah dan seterusnya ia dapat menjimatkan kos pengeluaran perindustrian di Negeri Kelantan. 2.2 Kemudahan Sistem Pengangkutan Bagi menggalakkan perkembangan sektor perindustrian di Negeri Kelantan, kemudahan infrastruktur amat penting kerana sistem pengangkutan ini juga merupakan pemacu utama pembangunan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Di mana komponen sistem pengangkutan terdiri daripada sistem jalanraya, perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan udara. Sistem pengangkutan yang baik adalah penting bagi memasarkan hasil keluaran sektor perindustrian samaada untuk dipasarkan di dalam negeri atau di eksport terus keluar negeri. a. Jalanraya Pada tahun 1993, negeri Kelantan mempunyai sistem jalanraya sepanjang 2316.80 kilometer di mana 81.4% daripadanya sudah berturap. Bagi jalan negeri pula, meliputi 1314.07 kilometer iaitu kira-kira 57% manakala jalan persekutuan pada ketika tahun itu adalah sepanjang 1002.73 kilometer atau 43% daripada jumlah sistem jalanraya di Negeri Kelantan. Pada masa kini jumlah jalan raya yang terdapat di Negeri Kelantan ialah sepanjang 21,3100 km (UPEN 2004). Terdapat dua lebuhraya utama di Kelantan iaitu lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Bandar kota Bharu dengan pelaburan Pulau Pinang dan bandar- bandar lama di Pantai Barat dan Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang sejauh 115km. 6
  • 7. b. Perkhidmatan Keretapi Selain sistem jalanraya, pengangkutan keretapi juga didapati di Negeri Kelantan yang menghubungkan Kota Bharu dan beberapa bandar lain seperti Tumpat, Pasir Mas, Wakaf Bharu, Gua Musang terus ke Kuala Lipis, Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang. Jadual 2 menunjukkan laluan utama keretapi yang menghubungkan Wakaf Bharu (Kota Bharu) dengan bandar- bandar utama di Semenanjung Malaysia. Secara amnya, pengangkutan keretapi merupakan salah satu pengangkutan yang efisien kerana kos yang rendah dapat mengangkut kontena dari bandar ke pelabuhan utama. Jadual 2 : Laluan Utama Keretapi Destinasi Masa perjalanan (jam) Jarak (km) Wakaf Bharu- Kuala Lumpur 13 688 Wakaf Bharu – Port Dickson 12 655 Wakaf Bharu – Johor Bharu 14 708 Wakaf Bharu - Butterworth 17 1078 Sumber: Kelantan; Socio-Economic Profile 1995 c. Pengangkutan Udara Seperti negeri-negeri lain, Kelantan juga mempuntai perkhidmatan pengangkutan udara iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di Pengkalan Chepa dengan keluasan landasan 1981 meter panjang dan lebar 37 meter dan boleh mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 737 dan kapal terbang kecil. Melalui pengangkutan udara, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menyediakan lima penerbangan utama antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan satu penerbangan ke Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu dan Kuala Terengganu. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MAS adalah untuk menampung keperluan di Negeri Kelantan terutama untuk mengeksport hasil perindustrian. Di samping itu, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MAS bukan sahaja untuk kegiatan mengeksport hasil perkilangan malah ia juga dapat meningkatkan keperluan penggunaan mengguna perkhidmatan tersebut. 7
  • 8. 2.3 Polisi Kerajaan Dalam Sektor Perindustrian Untuk meningkatkan sektor perindustrian, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu polisi iaitu memberi galakan supaya pemodal - pemodal tempatan dan asing akan melabur bersama- sama dalam industri di Malaysia. Di mana pelabur -pelabur ini bukan sahaja bertindak sebagai pembekal modal tetapi juga memberi pengetahuan dalam penggunaan teknologi, teknik pengurusan, teknik kemahiran dan memberi peluang pekerjaan serta pertumbuhan sumbangan industri ke dalam ekonomi Malaysia termasuk ekonomi Negeri Kelantan. Galakan-galakan ini akan memberikan pelepasan cukai pendapatan dan pembangunan kepada syarikat- syarikat yang melabur dalam bidang- bidang baru atau yang mahu mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Bagi tujuan galakan ini, Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakan Pelaburan (1968) telah diwujudkan. Di dalam Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakan Pelaburan (1968) terdapat beberapa bentuk galakan dan pelepasan cukai yang utama iaitu taraf perintis, elaun cukai pelaburan, elaun industri, elaun infrastruktur dan galakan eksport .Galakan dan pelepasan cukai ini merupakan beberapa bentuk insentif yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1968. i. Taraf Perintis (TP) Sesebuah syarikat yang diluluskan TP boleh menikmati beberapa pengecualian yang berikut:  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan. Syarikat akan diberi pengecualian terhadap 70% daripada pendapatan berkanunnya selama 5 tahun. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dikenakan cukai pendapatan syarikat mengikut kadar semasa.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan. Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, 8
  • 9. dan daerah Mersing di Johor akan diberikan pengecualian terhadap 85% daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi. Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan, iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang diluluskan. Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan, iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun (syarikat IKS yang mengeluarkan barangan perantaraan).  Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai kepentingan nasional termasuk syarikat bertaraf MSC dan keluaran atau aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai taraf dunia.  Syarikat penyelidikan dan pembangunan kontrak (syarikat R&D kontrak) syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun. ii. Elaun Cukai Pelaburan (ECP) ECP ialah galakkan yang dibaeri secara pilihan kepada TP dan direka bentuk untuk projek yang mempunyai modal pelaburan yang besat dan tempoh pulang modal yang panjang. Seperti TP, syarikat yang diberi ECP akan menikmati tahap pengecualian yang berbeza bergantung pada jenis keluaran atau aktiviti yang digalakkan seperti yang berikut:  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, jentera, mesin, dan alat peralatan lain yang digunakan untuk projek yang diluluskan) yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama. 9
  • 10.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan. Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia meliputi kawasan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan daerah Mersing di Johor akan diberi satu kadar elaun sebanyak 80% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.  Keluaran atau aktiviti digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.  Keluaran yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang diluluskan. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.  Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai kepentingan nasional termasuk syarikat bertarafkan MSC dan keluaran atau aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai taraf dunia; 1. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh yang perbelanjaan modal yang pertama. 2. Syarikat yang telah diberi taraf sebagai Syarikat Koridor Raya Multimedia (MSC) juag layak mendapat insentif bagi projek strategic ini di smaping insentif lain di bawah “ Bill of Guarantees”. 3. Syarikat dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mengeluarkan barangan perantaraan yang mencapai tarf dunia dari segi harga,mutu, dan keupayaan pengeluaran adalah layak memperoleh ECP. Syarikat yang memulakan operasi juga layak tetapi insentif hanya diberikan atas pelaburan tambahan. 10
  • 11. 4. Aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D), insentif yang berlainan diberi kepada syarikat yang khusus menjalankan aktiviti R&D, iaitu insentif bagi “Syarikat R&D” dan insentif bagi “Syarikat R&D Kontrak”. 5. Syarikat Latihan Teknikal atau Vokasional, syarikat akan diberkan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 10 tahun dari dan tarikh perbelanjaan modal yang pertama. iii. Elaun Penyelarasan Perindustrian (EPP) EPP diberkan kepada syarikat dalam sektor perindustrian terpilih (sektor berasaskan kayu, tekstil, jentera, dan kejuruteraan, pengecapan, acuan, perkasasan dan cetakan) yang beropersi sebelum 31 Disember 1990 dan telah terlibat dalam aktiviti penyelarasan perindustrian tertentu seperti penyusunan semula, pembentukan semula, atau pencantuman di kalangan sektor berkenaan. Syarikat diberi elaun sebanyak 60% hingga 100% berdasarkan altiviti penyelarasan perindustrian yang dijalankan. Elaun diberi atas perbelanjaan modal yang layak dilakukan bagi tempoh 5 tahun. iv. Elaun Infrastruktur (EI) EI diberikan kepada mana- mana syarikat pemastautin di Malaysia yang menjalankan aktiviti perkilangan, hotel, pelancongan, atau lain-lain aktiviti perdagangan dan perindustrian di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Syarikat akan diberikan elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal bagi pembinaan infrastruktur (seperti pembinaan semula, penambahan, atau pembaikan mana- mana struktur kekal termasuk jambatan, jeti, pelabuhan atau jalanraya). 11
  • 12. v. Potongan Dua Kali Bagi Penggalakkan Eksport Insentif ini diberi kepada mana- mana syarikat permastautin di Malaysia yang mencari peluang eksport bagi barangan perkilangan, barangan perkhidmatan, dan barang pertanian. Perbelanjaan yang layak untuk potongan dua kali ialah: a) Pengiklanan di luar negeri b) Pembekalan sampel percuma ke luar negeri c) Penyelidikan pasaran eksport d) Penyediaan tender untuk membekalkan barangan keluar negeri e) Penghantaran maklumat teknikal ke luar negeri f) Barangan- barangan pameran dan atau penyertaan dalam pameran perdagangan atau perindustrian yang di adakan dalam negeri diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) g) Tambang perjalanan ke luar negeri bagi kakitangan syarikat atau urusan perniagaan h) Perbelanjaan penginapan dan belanja sara hidup peniaga- peniaga Malaysia yang pergi ke luar negeri atas urusan perniagaan tertakluk kepada maksimum RM 200 sehari; dan i) Kos penyelenggaraan pejabat jualan di luar negeri bagi menggalakkan eksport. 2.4 Modal Faktor modal juga merupakan satu faktor asas untuk menggerakkan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Kepesatan sektor perindustrian di Kelantan sebahagian besarnya digerakkan oleh modal dari Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek-projek di Negeri Kelantan. Kestabilan politik jangka panjang di Malaysia dan di Negeri Kelantan telah menarik kemasukkan modal tempatan mahupun asing untuk melabur didalam pelbagai jenis sektor perindustrian di Malaysia mahupun di Negeri Kelantan. Hal ini menyebabkan dana tempatan daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan dan intitusi kewangan setempat juga semakin meningkat. 12
  • 13. 3.0 SUMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN 3.1 Peluang Pekerjaan dan Arah Aliran Tenaga Kerja Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh apabila majoriti penduduk Kelantan bekerja di pelbagai sektor bagi mengurangkan masalah pengangguran. Secara keseluruhan, sektor perkilangan di Kelantan meningkatkan jumlah tenaga buruh daripada 319.4 ribu orang pada tahun 1982 kepada 554.3 ribu orang pada tahun 2011dan peratusan kadar pengangguran jatuh kepada 2.0 peratus daripada 4.8 peratus iaitu sebanyak 15.2 ribu orang bilangan penganggur pada tahun 1982 kepada 10.8 ribu orang bilangan penganggur bagi tahun 20111. Tahun 2007 dan 2008, Kelantan mencatat peningkatan hasil daripada pengilangan produk makanan dan minuman dengan 20.4 peratus (RM 398.9 juta) kepada 34.3 peratus (RM 884.2 juta). Jumlah ini tidak keseluruhan penduduk Kelantan memonopoli pasaran pekerjaan terutama dalam sektor perkilangan kerana tahun 2008-2009 menunjukkan peningkatan ketara pada bilangan pekerja asing perempuan iaitu sebanyak 2074 orang yang mana merangkumi hampir 73 peratus bilangan keseluruhan pekerja asing di negeri Kelantan2(lampiran). Jadual 2: Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Kelantan, 2008-2011 Bilangan / Number (‘000) % Tenaga buruh Penganggur Luar Kadar Kadar Labor force Employment Unemployed tenaga penyertaan pengangguran buruh tenaga buruh Unemployment Outside Labor labor force Tahun Bekerja participate force rate rate 2008 500.9 486.4 14.5 418.5 54.5 2.9 2009 517.8 505.2 12.6 432.7 54.5 2.4 2010 547.2 534.2 13.1 412.1 57.0 2.4 2011 554.3 543.5 10.8 431.7 56.2 2.0 Sumber: Unit Perancangan Ekonomi Negara (keseluruhan jadual tahun 1982-2011 di lampiran) 1 2 Jadual 1: Perangkaan utama tenaga buruh, Kelantan, 1982-2011 (hal. 4). Unit Perancangan Ekonomi Negara Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011.(hal.56-57) 13
  • 14. Guna tenaga dalam IKS/PKS menerusi Projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali mewujudkan peluang pekerjaan dengan penglibatan pengusaha-pengusaha IKS dengan penglibatan sektor pengeluaran makanan hasil laut (kilang pemprosesan hasil laut). Sumbangan sektor perkilangan membawa kepada potensi mengusahakan kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) walaupun penglibatan pengusaha tempatan menjalankan kegiatan dengan saiz modal yang kecil sebagai penyumbang terbesar dalam guna tenaga. Bilangan pekerja mengikut pekerjaan di negeri Kelantan adalah menerusi pekerjaan pengeluaran dan yang berkaitan, operator peralatan pengangkutan dan buruh mencatat bilangan 79.9 ribu orang tahun 1982 yang seterusnya peningkatan secara fluctuate. Pada tahun 1999 dan 2000 kategori pekerjaan ini memonopoli pasaran pekerjaan di negeri Kelantan masing-masing dengan jumlah 122.2 ribu orang dan 119.6 ribu orang. Pekerjaan operator loji dan mesin serta pemasang meningkat daripada 32.4 ribu kepada 38.0 ribu orang pada tahun 2009-20113. Ini adalah hasil daripada sumbangan guna tenaga dalam PKS dan seterusnya meningkat kepada 38.0 ribu orang pada tahun 20114. Jadual 3: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2000 Bilangan / Number (‘000) Tahun Year Kategori pekerjaan / Category of Occupation¹ Jumlah Total 6(Pekerja dari sektor 7(Pekerja dari sektor primer;pertanian) kedua;perkilangan) 1982 304.3 123.8 79.9 1990 377.7 145.5 98.8 2000 425.7 110.9 119.6 Nota:¹ Pekerjaan dikelaskan mengikut “Kamus Pengelasan Pekerjaan, 1980”.(keseluruhan jadual tahun 1982-2011 di lampiran) 3 Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 1998”. 4 Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 2008” 14
  • 15. Bilangan mengikut industri, sektor perkilangan mencatatkan 34.6 ribu orang pekerja pada tahun 1982 dan tahun 201l sebanyak 51.0 ribu orang5. Tingkat gunatenaga bagi industri tekstil dan sumbangannya adalah tertinggi iaitu sebanyak 25 peratus bagi tahun 2005-2010 (Jan-Apr), industri produk elektrik dan elektronik sebanyak 23 peratus yang tertumpu di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa I dan II. Tempoh tahun 2009,guna tenaga mencatat peningkatan sebanyak 40.32 peratus iaitu seramai 682 guna tenaga berbanding dengan tahun sebelumnya, 485 guna tenaga bagi semua jenis industri perkilangan6. Sumbangan jumlah guna tenaga mengikut kumpulan berubah pada tahun 2009 apabila peratusan tertinggi adalah daripada pembuatan komponen dan papan elektronik sebanyak 10.8 peratus, pembuatan produk plastik pada peratusan kedua tertinggi dengan jumlah pekerja mencatat 114 914 orang iaitu 6.8 peratus. 3.2 Pelaburan Asing dan Tempatan Pelaburan berperanan membawa masuk aliran dana ke dalam setiap sektor, terutamanya sektor perkilangan yang disasarkan melalui pelaburan domestik dan “Foreign Direct Investment” (FDI) dengan menyokong inovasi dan meningkatkan produktiviti. Sehingga Disember 2012, Kerajaan Negeri telah menerima pelaburan sebanyak RM 2.54 bilion yang mana sejumlah RM 2.45 bilion (lebih 97%) adalah pelaburan swasta dan RM 82 juta adalah pelaburan asing. Di dalam 19 projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri, 1 projek adalah meliputi projek kilang simen7. Menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)8 yang meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor adalah destinasi pelaburan yang distingtif, dinamik da kompetitif yang menawarkan pakej komprehensif kepada para pelabur dari seluruh dunia yang menggariskan lima kelompok ekonomi utama dan salah satu daripadanya adalah sektor pembuatan (perkilangan). Hal ini berikutan 5 Jadual 12: Bilangan penduduk bekerja mengikut industri, Kelantan, 1982-2011. Industri dikelaskan mengikut “Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008” 6 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 37-39) 7 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.51-52) 8 Laporan Tahunan 2009. ECERDC. (hal. 91-95) 15
  • 16. pelaksanaan projek Taman Halal Pasir Mas, Kelantan yang dibiayai kerajaan Pusat bernilai RM63.16 juta. Sumbangan sektor perkilangan di negeri Kelantan dari sudut pelaburan memperlihatkan pelbagai insentif-insentif fiskal ECER ditawarkan, termasuklah, pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun, Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak, pengecualian cukai jualan dan juga diberikan insentif khas kepada syarikat-syarikat berdasarkan merit bagi setiap kes. Kerajaan pusat turut menawarkan insentif bukan fiskal kepada kerajaan negeri ECER dari segi pemberian kadar diskaun untuk premium tanah, cukai dan taksiran, jaminan bagi tempoh pajakan tanah untuk tempoh waktu tertentu dan kelonggaran khas dalam pengambilan tenaga kerja ekspatriat (orang yang berkewarganegaraan asing tinggal di sesuatu negara). Sehubungan dengan itu juga, Bank Negara Malaysia menawarkan secara eksklusif terhadap para pelabur menikmati kelonggaran khas dalam pertukaran matawang asing menerusi melabur di syarikat-syarikat berstatus ECER yang menerima insentif fiskal. Ini menarik minat pelabur-pelabur dalam dan luar untuk terus melabur di dalam sektor pembuatan (perkilangan) negeri Kelantan. Pada tahun 2009, pertumbuhan pelaburan dalam sektor pembuatan (perkilangan) dengan nilai modal pelaburan sebanyak RM 110.7 juta bagi pelaburan luar dan RM 16.23 juta adalah pelaburan domestik9. Bagi tahun tersebut, empat (4) projek yang telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)10. Prestasi pelaburan meningkat sepanjang tahun 2010 yang mencatat 6 projek telah diluluskan sepanjang tahun 2005-2010 (Jan-Apr) bagi industri tekstil dan produk tekstil. Tambahan pula menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutamanya di negeri Kelantan yang memfokuskan pengeluaran perkilangan bagi produk asas tani, 9 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.37) Laporan Sektor Perkilangan dan Perkhidmatan 2009 (hal.24-25) 10 16
  • 17. produk halal, membaiki dan membina sampan, getah-kayu berasaskan kluster dan kraftangan, tekstil serta pakaian11. Pelaburan terbaru iaitu menerusi 5 projek telah diluluskan pada tahun 2011 yang bernilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM 128 591 573 dan tahun 2012 , projek yang diluluskan berkurang kepada 4 projek yang mencatatkan nilai pelaburan domestik RM 4 386 555 dan bagi pelaburan asing adalah sebanyak RM 110 700 00012. Nilai pelaburan asing bagi tahun 2012 meningkat daripada RM 38 650 994 pada tahun 2011. Pada Januari-Disember 2012 dan 2011, pelaburan domestik menunjukkan penurunan sebanyak RM 85 554 024 iaitu tahun 2011 mencatatkan nilai pelaburan domestik adalah yang paling tinggi iaitu RM 89 940 579 berbanding pelaburan asing. Penempatan strategik kilang-kilang dalam kawasan perindustrian secara sistematik13 adalah insentif dari Kerajaan Negeri untuk tarik pelabur ke Kelantan contohnya melalui Projek pelabuhan Tok Bali yang menelan belanja RM 11 http://www.ecerdc.com.my/ecerdc/manufacturing.htm Projek yang diluluskan mengikut negeri, Januari-Disember 2012 dan 2011 (dalam RM), yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). 13 Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan 12 17
  • 18. 3.2 bilion menerusi pelaburan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 230 juta dan RM 3 bilion pelaburan dari syarikat swasta14. 3.3 Perkembangan Infrastruktur Pertambahan sektor perkilangan di negeri Kelantan, kerajaan negeri menaiktaraf rangkaian jalanraya dan jalan kereta api yang diselenggarakan apabila kemudahan tersebut merupakan jalan alternatif bagi kenderaan industri perkilangan beroperasi. Contohnya; Lebuh Raya Timur-Barat yang melibatkan kos pembinaan adalah RM 296 juta adalah merupakan infrastruktur terbaik yang dibina bagi memudahkan sistem pengangkutan dan perhubungan Gerik (Perak) dengan Jeli (Kelantan). Lebih banyak industri atau perniagaan iaitu diwujudkan kawasan-kawasan Bandar dan kilang kerana pengguna boleh sampai ke kawasan terbabit tanpa sebarang masalah. Jalan raya di Gua Musang adalah jalan alternatif yang digunakan oleh industri perkilangan balak menghantar barangan ke luar dari negeri tersebut. Begitu juga lain-lain industri perkilangan. Perkongsian jalan alternatif tersebut dengan lain-lain pengguna adalah bahaya sama sekali, jadi kerajaan negeri dengan bantuan JKR negeri Kelantan membina Lebuhraya Timur-Barat khas bagi lain-lain pengguna. Pembangunan projek Halal Hub melalui Industri Marin di Tok Bali yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan memberi kemudahan penyewaan ke atas lot-lot, bangunan kilang dan mesin peralatan. Ini selari dengan menggalakkan produktiviti dari pengusaha-pengusaha Bumiputera memenuhi piawaian dan keperluan masyarakat Islam dan juga antarabangsa15. Ini seterusnya sebagai landasan industri gas, minyak dan luar pantai beroperasi. Pelabuhan Tumpat dan Kuala Krai dijadikan sebagai alternatif sistem pengangkutan untuk hasil simen, marmar dan granite yang diusahakan di Gua Musang. Pelabuhan di Pantai Senok, Bachok dijadikan sebagai pengkalan bagi perusahaan gas, minyak dan petrokimia. 14 15 Utusan Kelantan- Tok Bali pemangkin Ekonomi Melalui laman web : www.pkink.gov.my 18
  • 19. Peruntukan Kerajaan Pusat adalah untuk membina infrastruktur asas bagi Taman Halal Pasir Mas, Kelantan dan juga pembinaan kilang-kilang operasi. Hal ini bertujuan membantu PKS meningkatkan pasaran produk halal yang menepati piawaian antarabangsa serta memperkenalkan ke peringkat persada global. Selain itu juga untuk menarik ramai pelabur-pelabur domestik dan asing melabur ke atas projek terutamanya dalam sektor perkilangan. 3.4 Peratusan Sumbangan dalam KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Kelantan pada tahun 2008 telah menyumbang RM 9273 juta atau 1.76 peratus kepada KDNK Malaysia dan mencatatkan sektor pembuatan (perkilangan) menyumbang kepada ekonomi negeri Kelantan sebanyak 4.31 peratus selepas sektor pertanian. Pengkhususan dalam kilang pembuatan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi kriteria penting dalam menjana produktiviti dan inovasi. Menurut perangkaan ini, KDNK negeri Kelantan merekod pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus sehinggakan kadar kemiskinan jatuh kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada tahun 200716. Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, Negeri Kelantan mencatatkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga unjuran 2015 iaitu RM 353 juta kepada RM 525 juta. Tahun 2007 mencatat sebanyak RM 369 juta sehingga bertambah kepada RM 400 juta (RM 9273 juta jumlah keseluruhan aktiviti ekonomi). Sumbangan kepada KDNK oleh sektor ini masih rendah berbanding lain-lain negeri. Data menunjukkan negeri Kelantan lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan dan pertanian. 16 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 24-25) 19
  • 20. Peratusan Sumbangan Aktiviti Ekonomi Mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010 Menerusi jadual di atas, peratusan sumbangan mengikut aktiviti ekonomi bagi negeri Kelantan pada tahun 2000 khusus sektor pembuatan (perkilangan) mencatatkan 4.7 peratus iaitu peratusan yang terendah berbanding lain-lain negeri. Aktiviti ekonomi di negeri Kelantan mulai meningkat kepada sektor perkhidmatan yang mencatatkan 73.8 peratus iaitu mencatatkan peratusan yang ketiga tertiga mengikut negeri. Sektor kedua tertinggi di negeri Kelantan adalah pertanian yang mencatatkan bilangan 19.4 peratus. 20
  • 21. Pembahagian Peratusan (%) mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010 Berdasarkan jadual di atas, pembahagian peratusan mengikut aktiviti ekonomi bagi negeri Kelantan pada tahun 2010 khusus sektor pembuatan (perkilangan) mencatatkan 0.3 peratus iaitu menyaksikan bahawa tiada perubahan dalam peratusan berbanding tahun 200917 (jadual di lampiran). Begitu juga bagi lain-lain sektor di negeri Kelantan yang rata-rata adalah mencatat peratusan yang sama pada tahun 2009. 17 http://www.statistics.gov.my 21
  • 22. 4.0 PROSPEK Dalam tahun 2013, dijangka iklim pelaburan dalam sektor perindustrian Negeri Kelantan akan bertambah rancak terutama sektor perkilangan. Hal ini kerana banyak projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan beserta dengan bermodalkan pelabur domestik dan asing mampu menjana pendapatan kepada penduduk tempatan iaitu terutamanya penduduk Negeri Kelantan. Penduduk Negeri Kelantan yang rata-ratanya adalah penduduk yang mengerjakan aktiviti ekonomi tradisional baik sebagai nelayan mhupun petani. Jadi, dengan pelaksanaan projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali serta projek yang berkait rapat dengan sektor pembuatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Program Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka dapat menampung kapasiti lebih dari 2000 tenaga buruh bagi mengelakkan pengangguran. Walaubagaimanapun, sumbangan aktiviti perindustrian adalah relatif rendah. Aktiviti perindustrian masih lagi bergantung kepada industri kotej, berskala kecil dan berskala sederhana. Bilangan industri berskala besar adalah kecil dan tertumpu di Kota Bharu dan Kuala Krai. Isu utama dalam perindustrian ialah kurang kemasukan pelaburan. Kebanyakan pengusaha perindustrian adalah pengusaha tempatan yang menjalankan kegiatan dengan bersaiz modal yang kecil. Malahan, aktiviti ekonomi yang dilakukan hanya tertumpu dan lebih kepada memenuhi permintaan tempatan serta sekitar dalam negara. Dari segi infrastruktur, amatlah diperlukan yang sebenar-benarnya mampu menampung jumlah kepadatan penduduk negeri Kelantan. Kelantan mampu bersaing dengan negara jiran dari segi kos modal. Kos hidup di negeri ini masih rendah berbanding negeri-negeri perindustrian di wilayah barat. Dengan keluasan tanah di Kelantan mampu menampung keperluan sektor perindustrian. Kelantan masih lagi mempunyai kawasan-kawasan perindustrian yang belum dimajukan. 22
  • 23. 5.0 MASALAH Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh Negeri Kelantan dalam mempertingkatan dan memajukan Negerinya dalam sektor perindustrian yang dikatakan kurang membangun daripada negeri-negeri yang lain di Malaysia. Industri di negeri Kelantan lebih berintensifkan buruh berbanding yang kawasan yang terdapat di pantai barat Semenanjung Malaysia. 5.1 Kemudahan Infrasturuktur Antara salah satu masalah yang berlaku di Kelantan menyebabkan negeri ini kurang membangun daripada negeri maju yang lain ialah kemudahan infrasturuktur yang sangat terbatas. Negeri ini tidak mempunyai tempat pergudangan dan pelabuhan yang besar contohnya pelabuhan udara,air dan darat seperti yang terdapat di Negeri Selangor iaitu Pelabuhan Port Klang, Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, dan di Pulau Pinang Pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan pusat pedagangan yang utama di Malaysia. Lokasi perairan yang strategik menyebabkan pedagang membuat pelabuhan persinggahan yang bagi kapal-kapal yang singgah diperairan untuk penyimpanan dan pengagihan barang dagangan mereka. Kelantan hanya mempunyai pelabuhan darat yang terhad di Kuala Krai untuk menyokong kegiatan pengeksportan dan pengimportan melalui laluan kereta api. Namun, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan di Kemaman Pahang telah disediakan untuk member khidmat kepada pedagang-pedagang yang beroperasi di sekitar kawsan koridor pantai timur. Keduadua pelabuhan ini pelabuhan yang khusus dan tidak mampu untuk mengendalikan barang-barang tertentu. 23
  • 24. 5.2 Jaringan Jalan Raya Kurangnya jaringan jalan raya yang mencukupi dan terhad, antara penyebabkan masalah bagi negeri Kelantan ini kurang membangan daripada negeri yang lain. Negeri di kawasan Selatan, barat dan utara Malaysia mempunyai kemudahan jaringan jalan raya yang baik dan cekap contohnya Lebuh Raya Utara-Selatan. Jaringan jalan raya merupakan salah satunya model pengangkutan yang terpenting kepada pemangkin pembangunan ekonomi Negara bagi menghubungkan kawasan pertanian, perikanan dan kawasan perindustrian dan perlombongan dengan bandar-bandar yang besar. Kekurangan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya ,jalan kereta api dan sebagainya menyebabkan perkembangan industri di Kelantan terbantut. Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan mentah sukar di bawa masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar untuk dipasarkan ke pasaran dengan cepat dan berkesan. Ini akan merugikan pengusaha terutama jika keluaran itu adalah barangan yang cepat rosak dan tdak tahan lama. 5.3 Pengendalian Kargo Kelantan tidak mempunyai perkhidmatan pengendalian kargo udara. Kebanyakan pengendalian kargo dilakukan melalui jalan raya. Oleh kerana tiada kemudahan pelabuhan dan kemudahan kargo udara, negeri ini tidak memenuhi syarat untuk membina kawasan perindustrian perdagangan bebas cukai (free trade zone, FTZ). Walau bagairnanapun, terdapat beberapa kilang di Pengkalan Cepa yang diberikan status Pengilang Berlesen (Licensed Manufacturing Warehouses, LMW) yang membebaskan mereka dari cukai import dan eksport terhadap bahan dan barangan yang diperdagangkan. 5.4 Kurang Keyakinan Pelabur Kelantan kurang mendapat keyakinkan kepada para pelabur bahawa negeri ini dapat menawarkan perkhidmatan sokongan yang cekap dan memuaskan dari segi 24
  • 25. perindustrian. Ini kerana lokasinya yang kurang strategik dengan kemudahan infrasturuktur yang terhad menyebabkan Kelantan kurang pelabur yang datang untuk melabur di kawasan berkenan untuk mempertingkatkan dan memajukan lagi kawasan perindustrian di negeri tersebut. Rata-ratanya pelabur lebih meminati untuk melabur dikawasan yang mempunyai lokasi yang strategik untuk membangunkan suatu kawasan perindustrian. Ini bertujuan untuk pelabur dapat memaksimumkan keuntungan syarikat mereka sendiri dalam pada masa yang sama dapat meminimumkan kos output dan input. 25
  • 26. 6.0 KESIMPULAN Secara ringkasnya, dapat dijelaskan bahawa Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh memandangkan jumlah penduduknya yang ramai. Maka wujudnya sektor-sektor seperti perkilangan dan IKS di sana telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan, sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran. Seperti yang dijelaskan oleh Hukum Okun, dengan pengurangan kadar pengangguran akan meningkatkan KDNK Negara tersebut. Hukum itu terpakai untuk negeri Kelantan juga, sekaligus memberikan kesan kepada KDNK Negara. Pengurangan kadar pengangguran menyebabkan ekonomi negeri tersebut meningkat. Selain faktor buruh, penglibatan pelaburan asing dan tempatan serta perkembangan infrastruktur memainkan peranan dalam meningkatkan perkembangan ekonominya. Selain itu juga, dapat disimpulkan disini bahawa sektor pekerjaan dalam bidang pertanian menurun daripada tahun 1990 sehingga 2000 manakala daripada sektor pengeluaran pulang meningkat daripada tahun 1982 sehingga tahun 2000 (rujuk Jadual 2). Hal ini mungkin kerana perubahan peredaran masa daripada sektor pertanian kepada sektor industri. Selain itu juga minat yang kurang daripada golongan muda untuk terus mewarisi kemahiran pertanian nenek moyang mereka dan lebih selesa memilih untuk berimigrasi ke bandar dan mencari peluang pekerjaan di sana. 26
  • 27. 7.0 CADANGAN Daripada apa yang telah kami kaji dan perolehi maklumat mengenai negeri Kelantan ini, kami dapati terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan Kelantan terus maju dan dapat memberi sumbangan kepada KDNK Negara selain daripada dapat meningkatkan lagi pencapaian ekonomi mereka. 6.1 Kemudahan infrastruktur Dengan memperbanyakkan kemudahan infrastruktur yang bersesuaian dengan lokasi, ia dapat memudahkan perhubungan Kelantan dengan negeri lain dan sekaligus dapat meningkat ekonomi negeri. Sebagai contoh, dengan pembinaan lebuhraya dan menghubungkan Kelantan dengan negeri lain daripada segi pengangkutan misalnya. 6.2 Pengendalian kargo Apabila pengendalian karrgo ini dibina, maka ia akan memudahkan perantaraan perhubungan daripada pelabuhan laut dan udara. Dengan wujudnya kargo sebegini, ia memudahkan pelabur misalnya untuk terus tiba di Kelantan tanpa perlu singgah di tempat lain secara berperingkat hanya untuk memastikan dapat membuat urusan perniagaan dengan Kelantan. 6.3 Menarik minat pelabur tempatan dan asing Kajian mendapati pelabur kurang berminat serta tidak yakin untuk melabur di Kelantan. Hal ini mungkin mereka merasakan tidak akan mendapat keuntungan yang lumayan apabila melabur di Kelantan akibat kekangan faktor-faktor lain. Maka Kelantan harus menarik minat pelabur agar yakin dan berminat untuk melabur di Kelantan dengan menawarkan keuntungan yang lumayan selain faktor persekitaran yang sejahtera. Contohnya, menarik minat pelabur melalui sektor pelancongan seperti membangunkan zon pelancongan pantai di Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Mek Mas yang terletak di Kota Bharu. 27
  • 28. 6.4 Meningkatkan pembangunan di kawasan pusat Dengan pembangunan di kawasan pusat yang strategik, ia dapat menjamin penglibatan pelabur serta meningkatkan banyak peluang pekerjaan di negeri tersebut dan dapat meningkatkan ekonomi mereka. Sebagai contoh, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan di Kubang Kerian dalam sektor pendidikan. Tambahan pula Kubang Kerian sememangnya di kenali sebagai pusat pendidikan di sana dengan tertubuhnya institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu, memberi tumpuan pada pembangunan di Kuala Krai yang terkenal dengan kemahiran buruh mereka dalam seni kraftangan. Selain Kubang Kerian dan Kuala Krai, Pengkalan Chepa juga antara pusat yang strategik untuk dibangunkan oleh kerajaan pusat, memandangkan dengan terbinanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sana. 28