SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1.0 PENGENALAN

Persoalan pemikiran dan masalah masyarakat seringkali terabai atau senyap malahan

seperti tiada dalam perbincangan masyarakat Melayu. Ada beberapa sebab mengapa

ianya tidak dibincangkan dan dibangunkan. Menurut pemikir Hungaria–Jerman, iaitu

Karl Mannhein (1958) dalam bukunya yang bertajuk Ideology and Utopia: An

Introduction to the Sociology of Knowledge. Dalam hal ini, pentinglah kita

mengenengahkan pendekatan sosiologi ilmu. Konsep–konsep utama pemikiran Karl

Mannheim terbahagi kepada empat jenis iaitu sosiologi pengetahuan , konsep ideologi ,

sosiologi Politik dan kehidupan sosial. Sosiologi pengetahuan adalah kajian tentang

hubungan antara fikiran manusia dan konteks sosial yang mempengaruhinya, dan

kesan idea-idea besar terhadap masyarakat.


      Kajian ini bukan bidang khusus dari sosiologi, tetapi mempelajari soalan-soalan

asas tentang luas dan batasan pengaruh sosial di dalam kehidupan individu dan dasar

sosial-budaya pengetahuan manusia tentang dunia . Sosiologi pengetahuan merupakan

cabang sosiologi yang mempelajari hubungan antara pengetahuan dan masyarakat

yang fokus kajiannya adalah keadaan sosial dan keadaan eksistensial dari

pengetahuan, terutama yang berkaitan eksistensi sosiologi dari pengetahuan dan

masyarakat .


   Menurut Mannheim, analisis struktur dari teori-teori pengetahuan itu sebenarnya

tidak dirancang untuk membezakan teori pengetahuan dengan pelbagai bentuk elemen

pendukung dan katrakteristik yang ada pada setiap teori.    Oleh itu, mengurangkan

perbezaan-perbezaan antara konsep liberalisme sebagai suatu sistem politik dan

liberalisme sebagai suatu struktur pengetahuan. Sosiologi pengetahuan merupakan

                                          1
cabang sosiologi yang mempelajari hubungan antara pengetahuan dan masyarakat

Sistem pengetahuan, terutama yang berkaitan eksistensi sosiologi dari pengetahuan

dan masyarakat .




2.0 OBJEKTIF KAJIAN

      a) Mengenal pasti konsep-konsep utama dalam pemikiran Karl Mannheim .

      b) Mengenal pasti bagaimana idea utama terbantut atau terkandas berdasarkan

         pemikiran Beliau dalam konteks masyarakat Melayu .

      c) Mengenal pasti tentang jenis kategori-kategori pemikiran.

      d) Mengenal pasti pengertian kebudayaan mengikut kepada konsep perspektif .




3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Karl Mannheim merupakan salah seorang tokoh pemikir Barat dan pengasas Sosiologi

klasik serta pengasas teori sosiologi intektual manusia pada abad ke-20 . Idea

pemikiran Karl Mannheim       yang paling       mempengaruhi dan terkesan terhadap

kehidupan dahulu sehingga kehidupan kini adalah sosiologi pengetahuan ,sosiologi

politik,konsep ideologi dan   kehidupan sosial bermasyarakat .       Idea –idea yang

diperkenalkan oleh beliau     sangat   mencoraki dan tidak lari daripada kehidupan

sosialosasi Melayu di negara kita      yang saling berkaitan meskipun amalan dan

perspektif pemikiran berbeza dengan Barat.


   Pelbagai halangan dalam pemikiran Karl Mannheim itu sendiri telah menyebabkan

kehidupan kelompok Melayu hidup dalam ruang ringkup dimensi dunia mereka sendiri


                                            2
sehingga gagal melakukan perubahan secara besar-besaran dam meluas ekoran masih

dibebani permasalahan     permasalahan ideologi,pengaruh feudalisme, dan lain –lain

secara berterusan tanpa penghujung .          Selain itu , Masyarakat Melayu dilihat

terumbang-ambing kerana tidak memiliki asas yang cukup kuat               yang boleh

diagungkan,populis mahupus dibanggakan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti

keintelektualan, kebudayaandan keseniaan dan sebagainya berbanding bangsa lain di

dunia.




4.0 SOROTAN LITERATUR

         Penerapan sosiologi ilmu ini dapat menbedah dan merungkai persoalan

keterkaitan produk dari penafsiran agama dengan latar dan lingkungan sosial yang

membentuk sesuatu penafsiran itu. Dalam erti kata lain juga, pendekatan sosiologi ilmu

dapat menjelaskan mengapa sebagai idea, tafsiran atau memahaman tertentu diterima

pakai sementara sebahagianya pula ditolak, malah ditendang.


         Ianya juga melihat pada corak pemikiran yang ada padanya terselit di dalam

kepentingan kelompok yang mengambur makna sebenar mengapa sebahagiannya

menjadi dominan dan yang lainya terpinggir di dalam masyarakat. Pada masa yang

sama, aspek agensi manusia menjadi ketara dalam akumulasi, preservasi, reformulasi

dan penyebaran ke dalam sesuatu kelompok mengikut afiliasi kelas, penerimaan dan

sebagainya, menjadi tumpuan dalam sosilogi ilmu.




                                          3
5.0 ANALISIS KAJIAN


Di antara buku terpenting dalam mengenali pendekatan sosiolgi ilmu ialah karya Karl

Mannhein, ialah Ideology and Utopia. Di dalam buku ini, dapat kita rumuskan beberapa

aspek penting dari kaedah sosiologi ilmu yang tersedia pakai.


   a)     Sesuatu idea tidak wujud dalam kondisi vakum. Maknanya, setiap idea yang

          ada dalam masyarakat telah terkondisi dalam lingkungan sosial, sejarah,

          ekonomi, politik mahupun ideologi.

   b)     Di dalam setiap masyarakat, kelompok sosial menjadi ketara. Setiap

          kelompok dapat dikenali melalui perilaku, cara berfikir atau aksi serupa yang

          dikongsi oleh ramai individu di dalamnya.

   c)     Walaupun setiap invidu mampu berfikir secara sendiri, tidak semua pendapat

          dan sentiment yang terbit dan muncul secara nutural dari dalam diri individu

          tersebut.    Sebaliknya,   seringkali individu tersebut mengambil idea dan

          sentiment yang berlegar di dalam kelompok sosialnya.

   d)     Manusia tidak bertindak dalam lingkungan sosialnya secara persendirian.

          Sebaliknya, dia bertindak sengan atau bertentangan dengan manusia-

          manusia lain di dalam kelompok-kelompok teratur yang beragam. Di dalam

          rangka ini juga, mereka akan berfikir dengan atau bertentangan antara satu

          sama lain.    Makanya, terjadi pertarungan idea (competition of ideas) dan

          deminasi kelompok (group dominance) dalam masyarakat.

   e)     Di dalam setiap fenomena sosial, ada aktor sosialnya. Aktor sosial ini

          mempromosikan dan mengadvokasikan sesuatu idea, atau membiarkan idea

          itu terbit dan berleluasa sehingga menjadi dominan di dalam masyarakat.

                                           4
Pada masa yang sama, ketiadaan sesuatu idea atau sentiment adalah

          disebabkan adanya proses pelemahan, peminggiran dan penindasan oleh

          sesetengah pihak yang berkepentingan.



   Dari perkara-perkara yang disebutkan di atas, dapat kita rumuskan bahawa kita

tidak akan memahami aliran pemikiran tertentu selagi origin sosialnya kabur. Inilah

kelebihan pendekatan sosiologi ilmu yang dapat kita garap dan terapkan di dalam

diagnosis pemikiran di kalangan masyarakat kita. Di dalam aspek ini, Mannheim ada

menyatakan dua corak berfikir (styles of thinking) yang telah menjadi mapan di zaman

ini: ideologi dan utopia. Kedua-dua aspek ini akan dibincangkan dalam menilai corak

pemikiran yang dapat kita lihat dikalangan masyarakat Melayu. Di dalam apa jua kajian

terhadap pemikirannya, beberapa asumsi penting harus diketengahkan dahulu


   Di sini, dua corak pemikiran akan dibincangkan: ideology dan utopia. Seperti yang

dibincangkan Mannheim, kita memahami fungsi ‘ideologi’ melalui konflik politik di mana

“rullling groups can in their thinking become so intensely interest-bound to a situation

that they are simply no longer able to see certain fact which would undermine their

sense of domination.” Pada masa yang sama. “in certain situations the collective

unconscious of certain groups obscures the real condition of society both to itself and to

others and thereby stabilizes it”


   Sebaliknya, ‘utopia’ membawa maksud yang berlawanan dari konsep ideologi, iaitu

“certain oppressed groups are intellectually so strongly interested in the destruction and

transformation of a given condition of society that they umvittingly see only those

elements in the situation which tend to negate it.” Pada masa yang sama, pemikiran

                                            5
utopia tidak mampu mendiagnosiskan kondisi sedia ada masyarakat. Malah, mereka

tidak berminat dengan keadaan sedia ada kerana pemikiran mereka sudah tertumpu

pada cara-cara merubah realiti tersebut.         Menurut Mannheim lagi, “the collective

unconscious (dalam pemikiran utopia), guided by wishful representation and the will to

action, hides certain aspects of reality. It turns its back on everything which would shake

its belief or parahyse its desire to change things”




5.1 KONSEP IDEOLOGI


   Ideologi ialah satu sistem pemikiran yang mempengaruhi tingkah laku seseorang

individu. Ia juga jauh berbeza dengan corak pemikiran utopia yang tidak mampu untuk

mendiagnosiskan kondisi sedia ada masyarakat dan hanya tertumpu kepada cara-cara

merubah realiti sebenar masyarakat agar terus mencapai tahap tertinggi. (ideologi dan

Utopia ) . Konsep ideologi dalam sosialisasi Melayu banyak di tuju kepada bidang

politik yang sentiasa mengalami perubahan . Menurut Mannheim ideologi memiliki

fungsi yang ampuh melibatkan kumpulan pemerintah terutama berkaitan pemikiran

mereka yang menjadikan sesuatu pekerjaan dan perbuatan akan mendatangkan serta

memberi faedah dan keuntungan semata-mata. Malahan mereka juga tidak melihat

fakta-fakta tertentu bersifat populis,ortodoks,sekular yang akan melemahkan rasa

penguasaan mereka        dalam arena politik. Ideologi juga melihat kepada pemikiran

kolektif yang bersifat logik dan bukan logik dalam kumpulan tertentu adakah mampu

mengaburi     keadaan sebenar diri sendiri ,orang lain dan masyarakat            sehingga

mewujudkan kestabilan .


                                             6
5.2 Sosiologi Politik


Politik merupakan suatu langkah dan cara yang boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja

sebagai satu medium untuk memilih satu kuasa yang mampu memimpin dan menjadi

wadah untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian masyarakat. Walhal          politik

juga menjadi lambang kepada kematangan cara berfikir dan rasional dalam membuat

sesuatu keputusan untuk sama-sama merasai dan bernaung di bawah struktur feudal

yang telah mantap dan stabil . Di Malaysia apabila memperkatakan soal perkembangan

sejarah politik ia tidak boleh dipisahkan dengan elemen feudalisme yang     sentiasa

melekat dan sebati dalam segala keadaan .


   Menurut Karl Mannheim , pengawasan dan pengendalian oleh “totalitarian “ yang

terkawal bukanlah merupakan pengingkaran di atas kebebasan berkaitan modenisasi

sebaliknya satu proses yang membenarkan masyarakat memiliki kekuasaan          untuk

melakukan pilihan secara bebas tanpa ada aturan dan paksaan . Justeru kawalan

sosial merupakan suatu alat dehumanisasi yang melihat dan mengubah kehidupan

secara semulajadi   bukan seperti mana menerusi proses eliminasi yang berdasarkan

kepada penilaian terhadap sifat –sifat manusia .




5.3 Bagaimana Idea Utama Terbantut dan Tiada Kemajuan (Kejituan)


Terdapat beberapa aspek yang menjadi halangan dalam pembentukan idea utama

dalam konteks masyarakat Melayu berdasarkan teori pemikiran yang dilakar oleh Karl

Mannheim. Antara ciri-ciri tersebut adalah kegagalan sistem politik , aspek sosiologi

keintelektualan ,konsep ideologi ,dan kehidupan sosial .

                                           7
Pertama ,asas pemikiran tersebut dapat dilihat dari segi kegagalan sistem politik

dalam kelompok masyarakat Melayu . Gagasan pemikiran dan inelektual yang

diperkenal oleh Karl Mannheim masih belum berjaya untuk diterjemah ke dalam identiti

sosialisasi melayu itu sendiri . Hal ini tejadi kerana beliau hanya hidup dalam

persekitaran masyarakat Barat di negara maju pada sekitar abad 20 yang terdedah

dengan sistem politik berasaskan penentangan dan        kekacauan dan sentiasa tidak

stabil pada struktur asasnya . Selain itu Karl Mannheim mungkin tersilap membuat

perhitungan dan kesimpulan tepat kerana telah menyamakan corak sistem politik Barat

dengan corak politik Melayu dan bangsa lain seiringan dak selari antara satu sama lain


   Seperti sedia maklum , sistem politik Melayu sememangnya telah sebati dengan

dengan ideologi feudalisme semenjak dahulu lagi dan tidak mudah untuk mengikis dan

membuang pengaruh tersebut disebabkan ianya telah diterima seterusnya diamalkan

dalam pelbagai aspek kehidupan dalam sesuatu masyarakat tersebut. Konsep

Feudalisme merujuk kepada pemujaan dan terlalu mengagung-agungkan sesuatu

kuasa golongan atasan dan berpengaruh tanpa batasan tertentu .


     Pendekatan pemikiran politik     Karl Mannheim yang cuba menerapkan dan

memasukkan unsur       ekstremis dan kekuatan fizikal dalam politik langsung tidak

munasabah dan tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana ia tidak mencerminkan ukur

tara bangsa itu sendiri . Sesuai lah dengan identiti Melayu yang lebih bersandarkan

sifat-sifat murni seperti lemah lembut,berani ,bertolak ansur serta lain-lain dalam

kehidupan . Justeru ,sistem politik Melayu dan Barat tidak boleh disamakan antara

satu sama lain kerana ianya jauh berlawanan dari segi pendekatan yang cuba

digunakan .

                                           8
Seterusnya,konsep utama yang cuba diketengahkan oleh Karl Mannheim juga tidak

mencapai objektif atau matlamat sebenar dalam konteks politik Melayu disebabkan

cara pendekatan yang telah digunakan jelas tersasar daripada konsep asal pendekatan

sosiologi . Ia kerap melemparkan kekeliruan dan kekaburan idealogi ekoran kegagalan

untuk   menjelaskan   keberkaitan   antara       konsep   politik   berasaskan   demokrasi

Barat.liberalisme dan secular dengan konsep kuasa dalam kelompok Melayu . Malahan

fakta –fakta sejarah berkaitan perkembangan kebangkitan dan kejatuhan kuasa politik

gagal dibahas dan diselidiki dengan mendalam oleh kerana ia nya dilingkupi oleh

pengaruh politik moden yang telah mulai bertapak kukuh dalam masyarakat Melayu di

Malaysia .


   Konsep utama Karl Mannheim turut gagal dipraktikkan dalam politik Melayu kerana

gagal menerokai dan menyelusuri susul galur politik yan telah mengalami evolusi politik

bercorak feudal kepada sistem politik berasaskan demokrasi berparlimen seperti mana

yang wujud pada masa sekarang . Ianya turut gagal untuk menjelaskan elemen kuasa

pada era Monarki berjaya mempengaruhi konsep Negara bangsa Malaysia yang moden

telah terbina dan dihantui dengan pelbagai idealisme baru. Kelemahan konsep Karl

Mannheim juga boleh diperhalusi degan kegagalan untuk memahami secara terperinci

dan tepat    berkenaan konsep dan corak pemerintahan sesuatu Negara terutama

pergerakan politik yang lebih menitikberatkan kesepaduaan dan perhubungan

berterusan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah dalam sistem

hieraki .


   Sistem politik Di Negara Malaysia kini jelas becampur aduk dalam pelbagai aspek

malahan masih kuat dipengaruhi       dan dikongkong oleh ideologi feudalisme masa

                                             9
lampau. Ternyata konsep nepotisme ,pilih kasih dan sikap diskriminasi serta

penindasan seringkali berlaku keatas ahli-ahli atau para pengikut yang terlalu taksub

dengan kepimpinan sesebuah parti politik yang dianggap cukup berpengaruh dan

disanjung tinggi bertunjangkan pegangan kuasa yang dimiliki berbanding parti kecil dan

lemah . Parti UMNO , PAS ,PKR ,DAP dan lain lain merupakan organisasi yang cukup

berpengaruh dan telah mulai bertapak semenjak sebelum kemerdekaan Negara lagi .


   Fahaman feudalisme dalam sistem pemerintah feudal moden masa kini ternyata

memberi hak secara mutlak monopoli kekuasaan kepada para pemimpin dan ketua-

ketua parti untuk meminda atau menggubal sesuatu piagam dan akta parti yang telah

lapuk dan tidak relevan dengan keadaan semasa dengan sesuka hati ,sekiranya

berlaku percanggahan pemikiran beliau dengan pemikiran golongan ahli parti terutama

dalam kerangka utama pembentukan agenda politik mereka .


   Disebabkan terlalu mengejar dan mengendong tahap kekuasaan yang tertinggi

dalam status sosial, sesebuah kelompok masyarakat Melayu sanggup berpecah belah

dalam pelbagai perkara sesama mereka           berpunca daripada tingkat keilmuan dan

penafsiran pemikiran yang berbagai-bagai sehingga menimbukkan perpecahan dan

perbalahan yang ternyata merugikan bangsa itu sendiri . Kerakusan kuasa juga

kelihatan tidak terkawal dan tenat dalam konteks era feudal masa kini kerana ahli

anggota masyarakat yang menganggotai sesuatu parti sanggup mengambil perbagai

tindakan subvertif berbentuk ancaman dan provokasi terhadap pihak lawan bertujuan

mengekalkan kewibawaan dan kemegahan seterusnya mengaut kepercayaan dan

menjadi lambang jati diri mereka sendiri . Disamping itu , para pengikut setia parti

dilarang sama sekali mengkritik kelemahan dan kepincangan organisasi serta para

                                          10
pemimpin tertinggi mereka secara terus dan membuta tuli kerana dibimbangi akan

menimbulkan     aib dan menghilangkan rasa kepercayaan serta sokongan ahli dan

anggota masyarakat    luar    kepada pengurusan dan daya kepimpinan               parti dalam

tempoh masa yang singkat.


      Ahli-ahli yang membelakangi parti dengan mensabotaj, membelot dan keluar

parti akan dianggap menderhaka dan tidak berterima kasih dengan segala kesenangan

dan sumbangan yang diberikan terhadap mereka . Jelaslah bahawa                    tingkahlaku

tersebut seolah-olah mencabar konsep kuasa yang selama ini dipegang oleh orang

Melayu yang pantang menderhaka kepada seseorang ketua . Selanjut nya, sebilangan

ahli –ahli yang lantang bersuara       secara berterusan mengkritik dasar dan corak

pemerintahan akan terus terancam dan kedudukan mereka dalam parti akan terus

tergugat daripada mendapat keistimewaan dan kekebalan undang-undang politik yang

selama ini tidak disentuh langsung oleh sesiapa sahaja. Gonlongan ini akan sukar

mendapat pembelaan yang sewajar daripada golongan aritoskrat sekiranya ditimpa

masalah disebabkan tindakan menyimpang yang telah dilakukan .


   Sebaliknya   ,terdapat    juga   golongan    intelektual   dan    ahli–ahli   politik   yang

berpendidikan tinggi telah mengkritik secara tersembunyi            terhadap golongan yang

menyalahguna     konsep kuasa terutama berkaitan              kelemahan dan kepincangan

sesebuah parti yang mengelirukan . Kritikan tersebut dilakukan dengan pelbagai cara

seperti bentuk penulisan karya,makalah , dan penggunaan media teknologi maklumat .

Misalnya ,Ishak Haji Mohammad atau Pak Sako dan Tun Sri Lanang dalam bentuk

penulisan karya telah mengkritik kelemahan dan kejelikan golongan pemerintah Melayu

yang telah terjebak dengan pelbagai salah guna kuasa ,rasuah ,penindasan dan

                                           11
sebagainya. Berbalik kepada era moden ,para intelektual dan pengkritik telah

memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat seperti ruangan blog dan laman

sesawang persendirian untuk mengkritik dan menghentam parti politik mahupun mana

–mana     tokoh politik yang gagal membela rakyat dan kemajuan meskipun bakal

berhadapan dengan tindakan undang-undang.




5.4 Aspek Sosiologi Keintelektualan


Halangan kedua pembentukan idea utama dapat dikaji dari aspek halangan

peningkatan tahap keilmuan orang Melayu . Pada dasarnya kemunculan dan

pertambahan keintelektualan golongan cerdik pandai dalam kalangan orang melayu itu

sendiri telah membawa kepelbagaian perubahan dalam kehidupan seharian kelompok

masyarakat mencangkupi pelbagai aspek seperti sistem politik , sistem ekonomi ,

sistem sosial ,dan kebudayaan . Maka telah lahir pelbagai generasi intelektual dalam

pelbagai cabang ilmu seperti sains ,kesusasteraan ,agama ,ilmu sekular setanding

dengan para pemikir termasyur lain . Meskipun begitu , proses keintelektualan yang

berterusan telah mencetuskan pelbagai polimik dan corak pemikiran yang belbagai-

bagai .


   Pada zaman pasca merdeka telah lahir dua golongan berpengaruh iaitu kaum tua

dan kaum muda yang membawa manifesto dan ideologi masing-masing . Kaum tua

dilabel sebagai ortodoks kerana terikat dengan fahaman keagamaan berlandas Al-

Quran dan hadis manakala, kaum muda lebih terarah kepada pemikiran ala liberal

dalam membawa tranformasi kepada masyarakat melayu .Sacara tidak langsung


                                         12
seseorang individu dalam kelompok masyarakat perlu mengikut dan menyelosori idea

dan persetujuan mereka meskipun memiliki pemahaman dan pandangan berlawanan

terhadap sesuatu maslahah umum .




5.5 Dari Segi Ideologi


Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas tingkah laku seseorang .

Dalam dimensi Melayu permasalahan ideologi sangat meruncing terutama          kepada

golongan aristokrat, administokrat , dan pemimpin Melayu bermula dari era feudal

sehingga era moden       ia masih tetap bertelegah dan sentiasa mencengkam sosial

masyarakat . Perbezaan ideologi jelas amat ketara pada kondusi nya kerana ia mampu

membawa kepada proses perpecahan dan kekalutan rantaian kehidupan bersosial .

masyarakat sehingga membawa kepada tahap perpecahan struktur kepimpinan yag

telah dibina secara kukuh . Sewaktu zaman feudal ,sekiranya terdapat sekelompok

kecil masyarakat disyaki memiliki ideologi ,fahaman      berbeza dan wujud elemen

percanggahan maka secara automatik kelompok tersebut akan terkeluar atau dipingir

oleh kekuatan kumpulan majoriti yang mendominasi keseluruhan masyarakat dengan

mutlak .


      Ideologi merupakan salah satu nilai yang mengandungi cita-cita yang ingin

dicapai dalam pelbagai bidang kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Dengan demikian ideologi sangat berperanan dalam kehidupan berbangsa dan

bernegara. Ideologi dibagi menjadi dua bentuk, ideologi sebagai pemikiran tertutup dan

pemikiran terbuka. Sebagai sistem pemikiran tertutup ideologi ini tidak bertolak ansur


                                          13
dengan     idea-idea   dan   keyakinan-keyakinan   yang   bertentangan   dengannya.

Sedangkan sebagai pemikiran terbuka, ideologi menerima kebebasan dan toleransi

terhadap idea-idea dan keyakinan-keyakinan yang lain. Ada pelbagai macam ideologi di

dunia, diantaranya adalah liberalisme, kapitalisme, kolonialisme, nasionalisme,

sosialisme, marxisme, fasisme, feminisme dan ekologisme. Bahawa ideologi adalah

suatu pemikiran yang menjadi dasar seseorang, sekelompok orang bahkan bangsa dan

negara untuk mencapai tujuannya. Ideologi juga sangat berguna bagi kehidupan

bangsa dan negara sebagai identiti bersama agar masyarakat mengetahui ke arah

mana kehidupan bersama hendak dituju.


Sekiranya pemikiran utopia lebih dominan dikalangan akarumbi dan gerakan-gerakan

massa Melayu-Islam, pemikiran ideologi pula dapat dilihat dari kelompok elit yang

berkuasa. Satu contoh yang paling ketara iaitu konsep “ Islam Hadhari” yang menjadi

slogan UMNO sewaktu pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.             Islam Hadhari boleh

dikatakan berfungsi sebagai ideologi kerana unsur utamanya ialah melawan dan

menyaingi laungan Islam versi PAS, iaitu musuh politik pemerintahan UMNO. Setelah

mengalami krisis legitimasi politik setelah penyingkiran matan Timbalan Perdana

Menteri, Anwar Ibrahim dari UMNO, parti pemerintah memerlukan nafas baru untuk

menambat hati pengundi.      Di bawah perdana menteri baru iaitu Abdullah Ahmad

Badawi konsep Islam Hadhari telah dicanang sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-11

(Mac 2004) yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi undi terbesar sejak tahun

1979.


        Pendekatan islam kini seperti menjadi trend dalam politik untuk mengenegahkan

ideologi masing-masing. Sekiranya, Islam Hadhari mengandungi unsur-unsur ideologi,

                                          14
konsep Negara Islam yang dipropakan oleh PAS juga mempunyai corak pemikiran

berlandaskan ideologi.   Seiringan dengan konsep Islam Hadhari, manifesto PAS pada

pilihanraya Umum Malaysia 2004 mengangkat tema “ Negara Islam”. Namun apa yang

dimaksudkan dengan Negara Islam tidak pernah diperjelaskan secara konsistem oleh

PAS. Jika ada pun penjelasan yang diberikan oleh PAS tidak konkrit dan terburu-buru.

Contohnya.    Sebagai parti yang memerintah di negeri Kelantan dan Kedah, PAS

setakat mengangkat isu-isu seperti hukum hudud (undang – undang islam), menutup

aurat, dan kaunter berasingan untuk lelaki dan perempuan di pasaraya-pasaraya.


      Sebagai contoh , golongan rakyat telah terikat dengan konsep ‘Daulat dan

Derhaka’ yang mencorak dan memegang kehidupan supaya tidak melakukan sesuatu

perbuatan yang dianggar menentang dan menghina keistimewaan          kuasa dan hak

mutlak pemerintah kerana rakyat yang berkelakuan sedemikian akan menerima

hukuman dan pembalasan yang amat berat di atas kesalahan yang dilakukan . Dari

segi lingkungan kotak pemikiran tradisi kemelayuan, Bangsa Melayu kelihatan begitu

terlalu taksub dan menyuarakan sepenuh pendirian        dalam menyokong      segala

perbuatan,idealisme ,mahupun fakta yang dikeluarkan oleh para pemimpin mahupun

golongan cerdik pandai yang mempunyai          kepentingan dan agenda tertentu .

Ketaksuban dan pemujaan kuasa tertinggi telah menjadi pegangan dan telah diwarisi

secara turun temurun daripada generasi terdahulu . feudalisme juga telah menjadi

sebahagian daripada kebudayaan masyarakat Melayu sendiri yang masih berterusan di

guna pakai sehingga ke hari ini .




                                         15
5.6 Kehidupan Sosial


Bangsa Melayu turut memiliki sistem sosial tersendiri seperti mana bangsa –bangsa

lain iaitu sistem hieraki atau sistem srata    yang melibatkan dua teras utama iaitu

golongan pemerintah dan golongan yang diperintah . Sistem sosialisasi masyarakat

tersebut   terpaksa diamalkan kerana ia telah menjadi simbol         kemelayuan dan

membentuk rantaian perhubungan dinamis dan saling melengkapi antara satu sama

lain . Namun begitu , sistem tersebut sering kali menimbulkan pelbagai permasalahan

konflik sama ada bersifat luaran atau dalaman antara golongan tersebut . Sebagai

mana dalam sejarah Melayu diceritakan Hang Jebat          telah bertindak menderhaka

kepada Sultan Mahmud Syah dengan mengamuk dan membunuh rakyat sebagai tanda

protes akibat tindak berpuas hati dan marah dengan kematian Hang Tuah .


      Berbalik kepada realiti kini   ,kemelut hieraki masih berterusan berlaku dan

sentiasa ada gerakan untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan yang tidak memenuhi

kehendak rakyat . Hal ini akan bertambah kritikal sekira nya golongan rakyat tersebut

mengambil tindakan agresig seperti memboikot ,mengadakan protes atau bantahan

secara undang-undang, demontrasi dan pilihan raya bagi memilih kepimpinan baru

setelah berjaya menyingkirkan pemimpin yang telah kehilangan sokongan rakyat .


5.7 Utopia Dalam Pemikiran Keagamaan Masyarakat Melayu


Pemikiran utopia menunjuk pada pemikiran yang tidak dapat mengenali situasi

masyarakat, kerana para pemikirnya tidak memperhatikan situasi realitinya, tetapi ingin

mengubah situasi yang ada saat ini (status quo). Dalam usaha mewujudkan hal

tersebut, mereka menolak segala sesuatu yang akan menggugat kepercayaan mereka,


                                          16
atau melemahkan keinginan mereka untuk mengubah keadaan. Kerana begitu kuat

keinginan untuk mengubah keadaan yang ada, mereka hanya melihat hal-hal yang

menafikan kenyataan yang ada (Mannheim 1936:36).


       Sebagai ciri-ciri pemikiran utopia di kalangan umat Islam Asia Tenggara: Di

dalam makalahnya, Shaharuddin Maaruf (Religion and Utopia Thinking Among the

Muslim of Southeast Asia, 2000/2001) telahpun membincangkan beberapa aspek dari

corak berfikir utopia yang muncul dikalangan masyarakat Muslim Asia Tenggara.

Menurut   beliau,   pemikiran   utopialah   yang   membangkitkan   aliran-aliran   yang

mempunyai kecenderungan akhir zaman (millenarian), populis, eskatologikal dan

ortodoks. Termasuk juga, aliran yang melaungkan penubuhan Negara Islam dan

implementasi hukum Islam. Kesemua aliran ini menunjukkkan ciri-ciri: (1) menolak dan

menafikan orde sedia ada; (2) mengusulkan alternative yang radikal beza dari orde

sedia ada; (3) mengaburkan apa jua realiti yang mencabar idea dan keinginan mereka

untuk perubahan; (4) formulasi idea mereka bertujuan memobilisasikan kelompok

massa ke arah perubahan dan bukannya bersifat mendiagnosis realiti sedia ada; dan

(5) bersifat populis dan bukan intelektual dari segi gaya berfikir walaupun kelihatan

‘intelektual’ dari penampilan luaran dan lebih jauh lagi merupakan dasar tuntutan

pendirian negara-negara Islam dan pelaksanaan hukum Islam’. Maaruf (2000/200) ms

2-3.


       Di dalam pemikiran utopia Muslim dikalangan masyarakat Melayu, ada beberapa

idea yang seringkali dilaung-laungkan: (a) Islam sebagai ‘ad-Din’ – dalam erti syumul

atau sempurna, dan terkandung di dalamnya segala macam penyelesaian terhadap

segala macam persoalan dan masalah yang dihadapi dunia masa kini; (b) sekularisme,

                                            17
termasuk juga segala macam isu dunia seperti merbahaya dan menjadi musuh Islam;

(c) Barat sebagai peradaban yang menghadapi krisis, terutamanya kerana sifatnya

yang dekaden, tidak bermoral dan ateistik; (d) manusia sebagai kerdil dan tidak

berupaya semata-mata untuk menundukkan dia di depan kehebatan dan kebesaran

Tuhan; (e) adanya tingkatan ilmu di mana ilmu-ilmu agama menduduki tingkat tertinggi

berbandig ilmu-ilmu “duniawi”; (f) keunggulan dan kesempurnaan masa lalu, maknanya

perlu dihidupkan masa lampau di zaman ini; (g) menolak realiti dan konteks masa kini

dan segala dimensi sosialnya.


      Secara umum, pemikiran utopia ini mula menjadi dominan dikalangan

masyarakat Melayu semenjak zaman revivalisme Islam pada tahun-tahun 1970an dan

berlanjutan hingga sekarang. Sebab-sebab munculnya gerakan Islam (atau disebut

juga sebagai gerakan ‘dakwah’). Faktor terakhir ini yang paling signifikan dalam

mensosialisasikan pemikiran utopia dikalangan masyarakat Melayu. Jika kita lihat,

tulisan-tulisan para pemikir revivalis inilah yang menjadi bahan utama dalam sesi-sesi

usrah yang dikendalikan oleh kelompok-kelompok gerakan dakwah seperti Angkatan

Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM). Makalah-makalah dan

buku-buku yang menterjemahkan kepada bahasa Melayu, disebar-luaskan kepada

masyarakat umum. Jika kita kaji tulisan-tulisan ini, unsur utopianya amat ketara.

Antaranya ialah semangat anti-Barat yang begitu kuat, laungan meng’islam’kan segala

aspek sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya, teriakan menghidupkan

‘syariah Islam’ dengan memasukkan hukuman hudud dalam kanun jenayah Negara,

menyeru supaya wanita memakai hijab, niqab atau purdah dan diasingkan pergaulan

mereka diruang awam serta menyempitkan peranan mereka kepada rumahtangga, dan


                                         18
penyeruan ke arah penubuhan ‘Negara Islam’ yang mencipta masyarakat Islam yang

‘berpandukan Qur’an dan Sunnah’.


           Namun, unsur pemikiran utopia bukan hanya didatangkan dari luar. Seperti yang

dikritik    oleh   Shahruddin   Maaruf,   tulisan-tulisan   pemikir   besar   Dunia   Melayu

kontemporer, Syed Muhammad Naquib al-Attas, memaparkan unsur utopia yang amat

kuat. Sebagai contoh, tulisan al-Attas, Islam and Secularism dan Risalah Untuk Kaum

Muslimin begitu berpengaruh hingga ke hari ini. Setiap aktivis Islam yang menentang

sistem sekular serta meletakkan masalah masyarakat Islam kepada proses

‘pembaratan’ dan penyimpangan dari ‘epistemologi Islam’, pasti akan merujuk kepada

karya Syed Muhammad Naquib al-Attas, terutamanya Islam and Secularism.




6.0 Dapatan kajian


Bidang sosiologi intelektual merupakan bidang paling penting untuk dikembangkan

dalam ilmu-ilmu sosial. Mannheim menyatakan bahawa kelas proletariat merupakan

kelompok sosial yang pertama sadar akan identiti sosialnya, sedangkan kaum

intelektual merupakan kelompok terakhir yang berusaha untuk mengerti kepentingan

sosialnya (Mannheim 1993:74). Bertolak dari penjelasan mengenai kelas oleh kaum

proletariat yang menganggap tidak adanya kemungkinan kaum intelektual menjadi hal

yang berbeza selain menjadi kelas tertentu, munculnya kesedaran seperti ini di

kalangan kaum intelektual dianggap sebagai hal yang sulit terjadi (Mannheim 1993:74–

75). Bidang sosiologi intelektual diharapkan dapat memberikan pemahaman mengenai

posisi kaum intelektual dalam masyarakat.


                                              19
Dalam situasi Dunia Ketiga adalah untuk memahami identiti sosial, kaum

intelektual dan kemungkinan peranannya dalam masyarakat.        Hal ini menjadi lebih

penting dalam masyarakat, tempat kaum intelektual menjadi kelompok yang tidak

memiliki keberanian dan tidak berada di posisi yang sesuai. Dalam situasi seperti ini,

satu masalah yang penting adalah yang berkaitan dengan pengertian kaum intelektual

terhadap pemikiran sosio-keagamaan dalam masyarakatnya. Hal ini merupakan suatu

pensyaratan yang seharusnya dipenuhi, jika kaum intelektual ingin memberikan

sumbangan pemikiran yang dapat memperkuatan masyarakat. Namun, hal itu jarang

dilakukan di kalangan pakar ilmu-ilmu sosial muslim dan Malaysia. Signifikansi seperti

ini dapat dipahami jika kita melihat permasalahan melalui konsep ideologi dan utopia

yang telah diungkapkan oleh Karl Mannheim 1936: ms 36.


      Kata ideologi pertama kali dikumandangkan oleh Antoine Destutt de Tracy

(1754-1836) yang hidup pada masa revolusi Perancis. Perubahan pengertian ideologi

terjadi seiring tampilnya tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels dalam The German

Ideology (1846). Marx yang menyusuri masyarakat kapitalis mengemukakan bahawa

ideologi lahir dari sistem masyarakat yang terbagi dalam kelas-kelas. Karl Marx

menyimpulkan bahawa ideologi dalam masyarakat kapitalis yang terpolarisasi antara

kelas kapitalis dan kelas pekerja tidaklah berbicara tentang kebendaan atau kenyataan

empiris tetapi berbicara tentang kemanfaatan, kepentingan dan keuntungan.




                                          20
7.0 Metologi Kajian


Kaedah penyelidikan yang dipakai adalah kaedah sekunder iaitu kaedah perpustakaan.

Ia tertumpu pada buku-buku yang ada dalam perpustakaan tersebut. Buku-buku yang

berkaitan dengan tajuk adalah menjadi keutamaan untuk di jadikan instrumen kajian

dan selain daripada buku, tesis-tesis, journal dan majalah juga ada banyak terbabit

dalam kajian perpustakaan ini.


      Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuat kajian lapangan semasa

semester khas. Namun mengikut kajian yang diperoleh telah memberi banyak

pengetahuan tentang perihal-perihal politik yang sedang berlega kini. Ini merupakan

satu kajian yang begitu produktif kerana melalui banyak pembacaan ia telah memberi

input atau pengetahuan dan boleh dikatakan sebagai satu praktikal yang berunsur teori

yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk masa depan.




8.0 Penutup


      Hasil daripada penilai ringkas di atas, pendekatan sosiologi ilmu penting untuk

merungkai realiti dalam masyarkat Melayu. Melalui penelitian dan kajian ini, kita akan

dapat membongkar dan merungkai pemikiran-pemikiran dan aliran yang ada di

kalangan masyarakat Melayu semasa. Pada masa yang sama, kita dapat mengetahui

mengapa sesuatu corak respons terhadap sesuatu isu begitu dominan. Sehubungan

dengan itu juga, tiadanya pemahaman terhadap sesuatu konsep atau tiadanya corak

pemikiran yang berbeza menunjukkan bagaimana sesebuah kelompok atau masyarakat



                                         21
belum dapat berhadapan dengan beberapa aspek realiti yang sedia ada. Seperti mana

yang diungkapkan oleh Mannheim,


“The absence of certain concepts indicates very often not only the absence of certain

point of views, but also the absence of a drive to come to grips with certain life-

problems.”


       Akhir sekali, ketiadaan perspektif dan konsep yang berbeza inilah yang akan

menghambat masyarakat dalam melihat realiti yang sedang dihadapi secara sedia ada.

Sekiranya kekosongan ini, terutama dari aspek pemikirannya, dibiarkan berterusan,

maka masyarakat itu akan menjadi regresif dan tidak mampu bergerak ke hadapan.

Seperti mana tulis Mannheim,


“When, however, any human activity continues over a long period without being

subjected to intellectual control or criticism it tends to get out of hand”


Di sinilah pentingnya diwujudkan semangat kritis yang dapat menunjukkan corak-corak

pemikiran sama ada bersifat sosiologi ideologi , politik dan kehidupan sosial sebagai

upaya melihat dan menangani kondisi sebenar masyarakat disebalik kekaburan yang

ada.




                                              22

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinyaJuhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinyaJuhdi Heryadi
 
TRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRI
TRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRITRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRI
TRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRIFaridaMufidah2
 
Psikologi dakwah
Psikologi dakwahPsikologi dakwah
Psikologi dakwahLBB. Mr. Q
 
The way to belief felix siauw
The way to belief felix siauwThe way to belief felix siauw
The way to belief felix siauwRohaedah Abdullah
 
Pemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesiaPemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesiaTrisna Nurdiaman
 
Psikologi agama 1
Psikologi agama 1Psikologi agama 1
Psikologi agama 1elmakrufi
 
Al Ghazali Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali  Kritik kepada FilosufAl Ghazali  Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali Kritik kepada FilosufRaja Aidil Angkat
 
01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORER
01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORER01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORER
01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORERfissilmikaffah1
 
teori asal usul agama
teori asal usul agamateori asal usul agama
teori asal usul agamamkazree
 
2.1 ahammiyyatusy syahadatain
2.1 ahammiyyatusy syahadatain2.1 ahammiyyatusy syahadatain
2.1 ahammiyyatusy syahadatainIsalzone Faisal
 
Resume - Membumikan Al Qur'an
Resume - Membumikan Al Qur'anResume - Membumikan Al Qur'an
Resume - Membumikan Al Qur'anSuya Yahya
 
Hubungan ilmu kalam dengan filsafat islam
Hubungan ilmu kalam dengan filsafat islamHubungan ilmu kalam dengan filsafat islam
Hubungan ilmu kalam dengan filsafat islamYandra Helira
 
Presentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah Kuliah 1 Show
Presentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah   Kuliah 1 ShowPresentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah   Kuliah 1 Show
Presentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah Kuliah 1 ShowMarhamah Saleh
 
(01) Peraturan hidup-dalam-islam
(01) Peraturan hidup-dalam-islam(01) Peraturan hidup-dalam-islam
(01) Peraturan hidup-dalam-islamArwan Amin
 
Tatacara mengemban
Tatacara mengembanTatacara mengemban
Tatacara mengembanImas Siti M
 

Was ist angesagt? (20)

Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinyaJuhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
 
TRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRI
TRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRITRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRI
TRILOGI EPISTEMOLOGI MUHAMMAD ABED AL-JABIRI
 
Ramadhan dan perubahan
Ramadhan dan perubahanRamadhan dan perubahan
Ramadhan dan perubahan
 
Pengantar psikologi dakwah
Pengantar psikologi dakwahPengantar psikologi dakwah
Pengantar psikologi dakwah
 
Psikologi dakwah
Psikologi dakwahPsikologi dakwah
Psikologi dakwah
 
Dakwah dan komunikasi
Dakwah dan komunikasiDakwah dan komunikasi
Dakwah dan komunikasi
 
The way to belief felix siauw
The way to belief felix siauwThe way to belief felix siauw
The way to belief felix siauw
 
Pemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesiaPemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesia
 
Psikologi agama 1
Psikologi agama 1Psikologi agama 1
Psikologi agama 1
 
Al Ghazali Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali  Kritik kepada FilosufAl Ghazali  Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali Kritik kepada Filosuf
 
01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORER
01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORER01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORER
01.2 METODE STUDI FIQIH KONTEMPORER
 
teori asal usul agama
teori asal usul agamateori asal usul agama
teori asal usul agama
 
2.1 ahammiyyatusy syahadatain
2.1 ahammiyyatusy syahadatain2.1 ahammiyyatusy syahadatain
2.1 ahammiyyatusy syahadatain
 
Resume - Membumikan Al Qur'an
Resume - Membumikan Al Qur'anResume - Membumikan Al Qur'an
Resume - Membumikan Al Qur'an
 
Hubungan ilmu kalam dengan filsafat islam
Hubungan ilmu kalam dengan filsafat islamHubungan ilmu kalam dengan filsafat islam
Hubungan ilmu kalam dengan filsafat islam
 
Agar Hidup Lebih Bermakna
Agar Hidup Lebih BermaknaAgar Hidup Lebih Bermakna
Agar Hidup Lebih Bermakna
 
Presentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah Kuliah 1 Show
Presentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah   Kuliah 1 ShowPresentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah   Kuliah 1 Show
Presentasi Fiqh Siyasah Dan Muamalah Kuliah 1 Show
 
(01) Peraturan hidup-dalam-islam
(01) Peraturan hidup-dalam-islam(01) Peraturan hidup-dalam-islam
(01) Peraturan hidup-dalam-islam
 
Tatacara mengemban
Tatacara mengembanTatacara mengemban
Tatacara mengemban
 
Materi Dakwah
Materi DakwahMateri Dakwah
Materi Dakwah
 

Ähnlich wie SOSI_PENGETAHUAN

Mengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyo
Mengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyoMengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyo
Mengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyoSaddam Tjahyo
 
Modul pancasila sbg ideologi terbuka
Modul pancasila sbg ideologi terbukaModul pancasila sbg ideologi terbuka
Modul pancasila sbg ideologi terbukaLukman Priasmoro
 
Ideologi pancasila__dan_konstitusi
Ideologi  pancasila__dan_konstitusiIdeologi  pancasila__dan_konstitusi
Ideologi pancasila__dan_konstitusiBayu Prasetyo
 
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika PolitikMacam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politiknorma 28
 
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika PolitikMacam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politiknorma 28
 
Pertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptx
Pertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptxPertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptx
Pertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptxnairaazkia89
 
Slide karl mannheim
Slide karl mannheimSlide karl mannheim
Slide karl mannheimSuff Fyee
 
Pancasila sebagai ideologi
Pancasila sebagai ideologi Pancasila sebagai ideologi
Pancasila sebagai ideologi yuli ana
 
kelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptx
kelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptxkelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptx
kelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptxipgm0722
 
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem Etika
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem EtikaMacam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem Etika
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem Etikanorma 28
 
Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...
Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...
Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...norma 28
 
1. teori kritis
1. teori kritis1. teori kritis
1. teori kritisevinurleni
 
Makalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbukaMakalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbukaSeptian Muna Barakati
 
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di DuniaSejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunianorma 28
 
Teori sosiologi klasik
Teori sosiologi klasikTeori sosiologi klasik
Teori sosiologi klasikIndraDermawan9
 
Materi p kn kelas xii
Materi p kn kelas xiiMateri p kn kelas xii
Materi p kn kelas xiifhnx
 

Ähnlich wie SOSI_PENGETAHUAN (20)

Mengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyo
Mengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyoMengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyo
Mengenal ideologi besar dunia oleh saddam cahyo
 
Modul pancasila sbg ideologi terbuka
Modul pancasila sbg ideologi terbukaModul pancasila sbg ideologi terbuka
Modul pancasila sbg ideologi terbuka
 
Ideologi dan jenis
Ideologi dan jenisIdeologi dan jenis
Ideologi dan jenis
 
Ideologi pancasila__dan_konstitusi
Ideologi  pancasila__dan_konstitusiIdeologi  pancasila__dan_konstitusi
Ideologi pancasila__dan_konstitusi
 
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika PolitikMacam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
 
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika PolitikMacam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Etika Politik
 
Pertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptx
Pertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptxPertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptx
Pertemuan 12- Pemikiran ekonomi ISlam Mazhab Kritis.pptx
 
Slide karl mannheim
Slide karl mannheimSlide karl mannheim
Slide karl mannheim
 
Pancasila sebagai ideologi
Pancasila sebagai ideologi Pancasila sebagai ideologi
Pancasila sebagai ideologi
 
kelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptx
kelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptxkelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptx
kelompok-4-teori-teori-sosial keluarga.pptx
 
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem Etika
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem EtikaMacam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem Etika
Macam-macam Ideologi Dunia Sebagai Sistem Etika
 
Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...
Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...
Nilai-nilai Dari Macam-macam Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Berkesinamb...
 
1. teori kritis
1. teori kritis1. teori kritis
1. teori kritis
 
Makalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbukaMakalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbuka
 
Bab 1 kelas 3
Bab 1 kelas 3Bab 1 kelas 3
Bab 1 kelas 3
 
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di DuniaSejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
Sejarah Perumusan Macam-macam Ideologi di Dunia
 
Teori sosiologi klasik
Teori sosiologi klasikTeori sosiologi klasik
Teori sosiologi klasik
 
Materi p kn kelas xii
Materi p kn kelas xiiMateri p kn kelas xii
Materi p kn kelas xii
 
Makalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbukaMakalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbuka
 
Makalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbukaMakalah pancasila sebagai ideologi terbuka
Makalah pancasila sebagai ideologi terbuka
 

Kürzlich hochgeladen

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxKaista Glow
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimNodd Nittong
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxSelviPanggua1
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 

Kürzlich hochgeladen (20)

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 

SOSI_PENGETAHUAN

  • 1. 1.0 PENGENALAN Persoalan pemikiran dan masalah masyarakat seringkali terabai atau senyap malahan seperti tiada dalam perbincangan masyarakat Melayu. Ada beberapa sebab mengapa ianya tidak dibincangkan dan dibangunkan. Menurut pemikir Hungaria–Jerman, iaitu Karl Mannhein (1958) dalam bukunya yang bertajuk Ideology and Utopia: An Introduction to the Sociology of Knowledge. Dalam hal ini, pentinglah kita mengenengahkan pendekatan sosiologi ilmu. Konsep–konsep utama pemikiran Karl Mannheim terbahagi kepada empat jenis iaitu sosiologi pengetahuan , konsep ideologi , sosiologi Politik dan kehidupan sosial. Sosiologi pengetahuan adalah kajian tentang hubungan antara fikiran manusia dan konteks sosial yang mempengaruhinya, dan kesan idea-idea besar terhadap masyarakat. Kajian ini bukan bidang khusus dari sosiologi, tetapi mempelajari soalan-soalan asas tentang luas dan batasan pengaruh sosial di dalam kehidupan individu dan dasar sosial-budaya pengetahuan manusia tentang dunia . Sosiologi pengetahuan merupakan cabang sosiologi yang mempelajari hubungan antara pengetahuan dan masyarakat yang fokus kajiannya adalah keadaan sosial dan keadaan eksistensial dari pengetahuan, terutama yang berkaitan eksistensi sosiologi dari pengetahuan dan masyarakat . Menurut Mannheim, analisis struktur dari teori-teori pengetahuan itu sebenarnya tidak dirancang untuk membezakan teori pengetahuan dengan pelbagai bentuk elemen pendukung dan katrakteristik yang ada pada setiap teori. Oleh itu, mengurangkan perbezaan-perbezaan antara konsep liberalisme sebagai suatu sistem politik dan liberalisme sebagai suatu struktur pengetahuan. Sosiologi pengetahuan merupakan 1
  • 2. cabang sosiologi yang mempelajari hubungan antara pengetahuan dan masyarakat Sistem pengetahuan, terutama yang berkaitan eksistensi sosiologi dari pengetahuan dan masyarakat . 2.0 OBJEKTIF KAJIAN a) Mengenal pasti konsep-konsep utama dalam pemikiran Karl Mannheim . b) Mengenal pasti bagaimana idea utama terbantut atau terkandas berdasarkan pemikiran Beliau dalam konteks masyarakat Melayu . c) Mengenal pasti tentang jenis kategori-kategori pemikiran. d) Mengenal pasti pengertian kebudayaan mengikut kepada konsep perspektif . 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Karl Mannheim merupakan salah seorang tokoh pemikir Barat dan pengasas Sosiologi klasik serta pengasas teori sosiologi intektual manusia pada abad ke-20 . Idea pemikiran Karl Mannheim yang paling mempengaruhi dan terkesan terhadap kehidupan dahulu sehingga kehidupan kini adalah sosiologi pengetahuan ,sosiologi politik,konsep ideologi dan kehidupan sosial bermasyarakat . Idea –idea yang diperkenalkan oleh beliau sangat mencoraki dan tidak lari daripada kehidupan sosialosasi Melayu di negara kita yang saling berkaitan meskipun amalan dan perspektif pemikiran berbeza dengan Barat. Pelbagai halangan dalam pemikiran Karl Mannheim itu sendiri telah menyebabkan kehidupan kelompok Melayu hidup dalam ruang ringkup dimensi dunia mereka sendiri 2
  • 3. sehingga gagal melakukan perubahan secara besar-besaran dam meluas ekoran masih dibebani permasalahan permasalahan ideologi,pengaruh feudalisme, dan lain –lain secara berterusan tanpa penghujung . Selain itu , Masyarakat Melayu dilihat terumbang-ambing kerana tidak memiliki asas yang cukup kuat yang boleh diagungkan,populis mahupus dibanggakan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti keintelektualan, kebudayaandan keseniaan dan sebagainya berbanding bangsa lain di dunia. 4.0 SOROTAN LITERATUR Penerapan sosiologi ilmu ini dapat menbedah dan merungkai persoalan keterkaitan produk dari penafsiran agama dengan latar dan lingkungan sosial yang membentuk sesuatu penafsiran itu. Dalam erti kata lain juga, pendekatan sosiologi ilmu dapat menjelaskan mengapa sebagai idea, tafsiran atau memahaman tertentu diterima pakai sementara sebahagianya pula ditolak, malah ditendang. Ianya juga melihat pada corak pemikiran yang ada padanya terselit di dalam kepentingan kelompok yang mengambur makna sebenar mengapa sebahagiannya menjadi dominan dan yang lainya terpinggir di dalam masyarakat. Pada masa yang sama, aspek agensi manusia menjadi ketara dalam akumulasi, preservasi, reformulasi dan penyebaran ke dalam sesuatu kelompok mengikut afiliasi kelas, penerimaan dan sebagainya, menjadi tumpuan dalam sosilogi ilmu. 3
  • 4. 5.0 ANALISIS KAJIAN Di antara buku terpenting dalam mengenali pendekatan sosiolgi ilmu ialah karya Karl Mannhein, ialah Ideology and Utopia. Di dalam buku ini, dapat kita rumuskan beberapa aspek penting dari kaedah sosiologi ilmu yang tersedia pakai. a) Sesuatu idea tidak wujud dalam kondisi vakum. Maknanya, setiap idea yang ada dalam masyarakat telah terkondisi dalam lingkungan sosial, sejarah, ekonomi, politik mahupun ideologi. b) Di dalam setiap masyarakat, kelompok sosial menjadi ketara. Setiap kelompok dapat dikenali melalui perilaku, cara berfikir atau aksi serupa yang dikongsi oleh ramai individu di dalamnya. c) Walaupun setiap invidu mampu berfikir secara sendiri, tidak semua pendapat dan sentiment yang terbit dan muncul secara nutural dari dalam diri individu tersebut. Sebaliknya, seringkali individu tersebut mengambil idea dan sentiment yang berlegar di dalam kelompok sosialnya. d) Manusia tidak bertindak dalam lingkungan sosialnya secara persendirian. Sebaliknya, dia bertindak sengan atau bertentangan dengan manusia- manusia lain di dalam kelompok-kelompok teratur yang beragam. Di dalam rangka ini juga, mereka akan berfikir dengan atau bertentangan antara satu sama lain. Makanya, terjadi pertarungan idea (competition of ideas) dan deminasi kelompok (group dominance) dalam masyarakat. e) Di dalam setiap fenomena sosial, ada aktor sosialnya. Aktor sosial ini mempromosikan dan mengadvokasikan sesuatu idea, atau membiarkan idea itu terbit dan berleluasa sehingga menjadi dominan di dalam masyarakat. 4
  • 5. Pada masa yang sama, ketiadaan sesuatu idea atau sentiment adalah disebabkan adanya proses pelemahan, peminggiran dan penindasan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan. Dari perkara-perkara yang disebutkan di atas, dapat kita rumuskan bahawa kita tidak akan memahami aliran pemikiran tertentu selagi origin sosialnya kabur. Inilah kelebihan pendekatan sosiologi ilmu yang dapat kita garap dan terapkan di dalam diagnosis pemikiran di kalangan masyarakat kita. Di dalam aspek ini, Mannheim ada menyatakan dua corak berfikir (styles of thinking) yang telah menjadi mapan di zaman ini: ideologi dan utopia. Kedua-dua aspek ini akan dibincangkan dalam menilai corak pemikiran yang dapat kita lihat dikalangan masyarakat Melayu. Di dalam apa jua kajian terhadap pemikirannya, beberapa asumsi penting harus diketengahkan dahulu Di sini, dua corak pemikiran akan dibincangkan: ideology dan utopia. Seperti yang dibincangkan Mannheim, kita memahami fungsi ‘ideologi’ melalui konflik politik di mana “rullling groups can in their thinking become so intensely interest-bound to a situation that they are simply no longer able to see certain fact which would undermine their sense of domination.” Pada masa yang sama. “in certain situations the collective unconscious of certain groups obscures the real condition of society both to itself and to others and thereby stabilizes it” Sebaliknya, ‘utopia’ membawa maksud yang berlawanan dari konsep ideologi, iaitu “certain oppressed groups are intellectually so strongly interested in the destruction and transformation of a given condition of society that they umvittingly see only those elements in the situation which tend to negate it.” Pada masa yang sama, pemikiran 5
  • 6. utopia tidak mampu mendiagnosiskan kondisi sedia ada masyarakat. Malah, mereka tidak berminat dengan keadaan sedia ada kerana pemikiran mereka sudah tertumpu pada cara-cara merubah realiti tersebut. Menurut Mannheim lagi, “the collective unconscious (dalam pemikiran utopia), guided by wishful representation and the will to action, hides certain aspects of reality. It turns its back on everything which would shake its belief or parahyse its desire to change things” 5.1 KONSEP IDEOLOGI Ideologi ialah satu sistem pemikiran yang mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Ia juga jauh berbeza dengan corak pemikiran utopia yang tidak mampu untuk mendiagnosiskan kondisi sedia ada masyarakat dan hanya tertumpu kepada cara-cara merubah realiti sebenar masyarakat agar terus mencapai tahap tertinggi. (ideologi dan Utopia ) . Konsep ideologi dalam sosialisasi Melayu banyak di tuju kepada bidang politik yang sentiasa mengalami perubahan . Menurut Mannheim ideologi memiliki fungsi yang ampuh melibatkan kumpulan pemerintah terutama berkaitan pemikiran mereka yang menjadikan sesuatu pekerjaan dan perbuatan akan mendatangkan serta memberi faedah dan keuntungan semata-mata. Malahan mereka juga tidak melihat fakta-fakta tertentu bersifat populis,ortodoks,sekular yang akan melemahkan rasa penguasaan mereka dalam arena politik. Ideologi juga melihat kepada pemikiran kolektif yang bersifat logik dan bukan logik dalam kumpulan tertentu adakah mampu mengaburi keadaan sebenar diri sendiri ,orang lain dan masyarakat sehingga mewujudkan kestabilan . 6
  • 7. 5.2 Sosiologi Politik Politik merupakan suatu langkah dan cara yang boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja sebagai satu medium untuk memilih satu kuasa yang mampu memimpin dan menjadi wadah untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian masyarakat. Walhal politik juga menjadi lambang kepada kematangan cara berfikir dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan untuk sama-sama merasai dan bernaung di bawah struktur feudal yang telah mantap dan stabil . Di Malaysia apabila memperkatakan soal perkembangan sejarah politik ia tidak boleh dipisahkan dengan elemen feudalisme yang sentiasa melekat dan sebati dalam segala keadaan . Menurut Karl Mannheim , pengawasan dan pengendalian oleh “totalitarian “ yang terkawal bukanlah merupakan pengingkaran di atas kebebasan berkaitan modenisasi sebaliknya satu proses yang membenarkan masyarakat memiliki kekuasaan untuk melakukan pilihan secara bebas tanpa ada aturan dan paksaan . Justeru kawalan sosial merupakan suatu alat dehumanisasi yang melihat dan mengubah kehidupan secara semulajadi bukan seperti mana menerusi proses eliminasi yang berdasarkan kepada penilaian terhadap sifat –sifat manusia . 5.3 Bagaimana Idea Utama Terbantut dan Tiada Kemajuan (Kejituan) Terdapat beberapa aspek yang menjadi halangan dalam pembentukan idea utama dalam konteks masyarakat Melayu berdasarkan teori pemikiran yang dilakar oleh Karl Mannheim. Antara ciri-ciri tersebut adalah kegagalan sistem politik , aspek sosiologi keintelektualan ,konsep ideologi ,dan kehidupan sosial . 7
  • 8. Pertama ,asas pemikiran tersebut dapat dilihat dari segi kegagalan sistem politik dalam kelompok masyarakat Melayu . Gagasan pemikiran dan inelektual yang diperkenal oleh Karl Mannheim masih belum berjaya untuk diterjemah ke dalam identiti sosialisasi melayu itu sendiri . Hal ini tejadi kerana beliau hanya hidup dalam persekitaran masyarakat Barat di negara maju pada sekitar abad 20 yang terdedah dengan sistem politik berasaskan penentangan dan kekacauan dan sentiasa tidak stabil pada struktur asasnya . Selain itu Karl Mannheim mungkin tersilap membuat perhitungan dan kesimpulan tepat kerana telah menyamakan corak sistem politik Barat dengan corak politik Melayu dan bangsa lain seiringan dak selari antara satu sama lain Seperti sedia maklum , sistem politik Melayu sememangnya telah sebati dengan dengan ideologi feudalisme semenjak dahulu lagi dan tidak mudah untuk mengikis dan membuang pengaruh tersebut disebabkan ianya telah diterima seterusnya diamalkan dalam pelbagai aspek kehidupan dalam sesuatu masyarakat tersebut. Konsep Feudalisme merujuk kepada pemujaan dan terlalu mengagung-agungkan sesuatu kuasa golongan atasan dan berpengaruh tanpa batasan tertentu . Pendekatan pemikiran politik Karl Mannheim yang cuba menerapkan dan memasukkan unsur ekstremis dan kekuatan fizikal dalam politik langsung tidak munasabah dan tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana ia tidak mencerminkan ukur tara bangsa itu sendiri . Sesuai lah dengan identiti Melayu yang lebih bersandarkan sifat-sifat murni seperti lemah lembut,berani ,bertolak ansur serta lain-lain dalam kehidupan . Justeru ,sistem politik Melayu dan Barat tidak boleh disamakan antara satu sama lain kerana ianya jauh berlawanan dari segi pendekatan yang cuba digunakan . 8
  • 9. Seterusnya,konsep utama yang cuba diketengahkan oleh Karl Mannheim juga tidak mencapai objektif atau matlamat sebenar dalam konteks politik Melayu disebabkan cara pendekatan yang telah digunakan jelas tersasar daripada konsep asal pendekatan sosiologi . Ia kerap melemparkan kekeliruan dan kekaburan idealogi ekoran kegagalan untuk menjelaskan keberkaitan antara konsep politik berasaskan demokrasi Barat.liberalisme dan secular dengan konsep kuasa dalam kelompok Melayu . Malahan fakta –fakta sejarah berkaitan perkembangan kebangkitan dan kejatuhan kuasa politik gagal dibahas dan diselidiki dengan mendalam oleh kerana ia nya dilingkupi oleh pengaruh politik moden yang telah mulai bertapak kukuh dalam masyarakat Melayu di Malaysia . Konsep utama Karl Mannheim turut gagal dipraktikkan dalam politik Melayu kerana gagal menerokai dan menyelusuri susul galur politik yan telah mengalami evolusi politik bercorak feudal kepada sistem politik berasaskan demokrasi berparlimen seperti mana yang wujud pada masa sekarang . Ianya turut gagal untuk menjelaskan elemen kuasa pada era Monarki berjaya mempengaruhi konsep Negara bangsa Malaysia yang moden telah terbina dan dihantui dengan pelbagai idealisme baru. Kelemahan konsep Karl Mannheim juga boleh diperhalusi degan kegagalan untuk memahami secara terperinci dan tepat berkenaan konsep dan corak pemerintahan sesuatu Negara terutama pergerakan politik yang lebih menitikberatkan kesepaduaan dan perhubungan berterusan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah dalam sistem hieraki . Sistem politik Di Negara Malaysia kini jelas becampur aduk dalam pelbagai aspek malahan masih kuat dipengaruhi dan dikongkong oleh ideologi feudalisme masa 9
  • 10. lampau. Ternyata konsep nepotisme ,pilih kasih dan sikap diskriminasi serta penindasan seringkali berlaku keatas ahli-ahli atau para pengikut yang terlalu taksub dengan kepimpinan sesebuah parti politik yang dianggap cukup berpengaruh dan disanjung tinggi bertunjangkan pegangan kuasa yang dimiliki berbanding parti kecil dan lemah . Parti UMNO , PAS ,PKR ,DAP dan lain lain merupakan organisasi yang cukup berpengaruh dan telah mulai bertapak semenjak sebelum kemerdekaan Negara lagi . Fahaman feudalisme dalam sistem pemerintah feudal moden masa kini ternyata memberi hak secara mutlak monopoli kekuasaan kepada para pemimpin dan ketua- ketua parti untuk meminda atau menggubal sesuatu piagam dan akta parti yang telah lapuk dan tidak relevan dengan keadaan semasa dengan sesuka hati ,sekiranya berlaku percanggahan pemikiran beliau dengan pemikiran golongan ahli parti terutama dalam kerangka utama pembentukan agenda politik mereka . Disebabkan terlalu mengejar dan mengendong tahap kekuasaan yang tertinggi dalam status sosial, sesebuah kelompok masyarakat Melayu sanggup berpecah belah dalam pelbagai perkara sesama mereka berpunca daripada tingkat keilmuan dan penafsiran pemikiran yang berbagai-bagai sehingga menimbukkan perpecahan dan perbalahan yang ternyata merugikan bangsa itu sendiri . Kerakusan kuasa juga kelihatan tidak terkawal dan tenat dalam konteks era feudal masa kini kerana ahli anggota masyarakat yang menganggotai sesuatu parti sanggup mengambil perbagai tindakan subvertif berbentuk ancaman dan provokasi terhadap pihak lawan bertujuan mengekalkan kewibawaan dan kemegahan seterusnya mengaut kepercayaan dan menjadi lambang jati diri mereka sendiri . Disamping itu , para pengikut setia parti dilarang sama sekali mengkritik kelemahan dan kepincangan organisasi serta para 10
  • 11. pemimpin tertinggi mereka secara terus dan membuta tuli kerana dibimbangi akan menimbulkan aib dan menghilangkan rasa kepercayaan serta sokongan ahli dan anggota masyarakat luar kepada pengurusan dan daya kepimpinan parti dalam tempoh masa yang singkat. Ahli-ahli yang membelakangi parti dengan mensabotaj, membelot dan keluar parti akan dianggap menderhaka dan tidak berterima kasih dengan segala kesenangan dan sumbangan yang diberikan terhadap mereka . Jelaslah bahawa tingkahlaku tersebut seolah-olah mencabar konsep kuasa yang selama ini dipegang oleh orang Melayu yang pantang menderhaka kepada seseorang ketua . Selanjut nya, sebilangan ahli –ahli yang lantang bersuara secara berterusan mengkritik dasar dan corak pemerintahan akan terus terancam dan kedudukan mereka dalam parti akan terus tergugat daripada mendapat keistimewaan dan kekebalan undang-undang politik yang selama ini tidak disentuh langsung oleh sesiapa sahaja. Gonlongan ini akan sukar mendapat pembelaan yang sewajar daripada golongan aritoskrat sekiranya ditimpa masalah disebabkan tindakan menyimpang yang telah dilakukan . Sebaliknya ,terdapat juga golongan intelektual dan ahli–ahli politik yang berpendidikan tinggi telah mengkritik secara tersembunyi terhadap golongan yang menyalahguna konsep kuasa terutama berkaitan kelemahan dan kepincangan sesebuah parti yang mengelirukan . Kritikan tersebut dilakukan dengan pelbagai cara seperti bentuk penulisan karya,makalah , dan penggunaan media teknologi maklumat . Misalnya ,Ishak Haji Mohammad atau Pak Sako dan Tun Sri Lanang dalam bentuk penulisan karya telah mengkritik kelemahan dan kejelikan golongan pemerintah Melayu yang telah terjebak dengan pelbagai salah guna kuasa ,rasuah ,penindasan dan 11
  • 12. sebagainya. Berbalik kepada era moden ,para intelektual dan pengkritik telah memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat seperti ruangan blog dan laman sesawang persendirian untuk mengkritik dan menghentam parti politik mahupun mana –mana tokoh politik yang gagal membela rakyat dan kemajuan meskipun bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang. 5.4 Aspek Sosiologi Keintelektualan Halangan kedua pembentukan idea utama dapat dikaji dari aspek halangan peningkatan tahap keilmuan orang Melayu . Pada dasarnya kemunculan dan pertambahan keintelektualan golongan cerdik pandai dalam kalangan orang melayu itu sendiri telah membawa kepelbagaian perubahan dalam kehidupan seharian kelompok masyarakat mencangkupi pelbagai aspek seperti sistem politik , sistem ekonomi , sistem sosial ,dan kebudayaan . Maka telah lahir pelbagai generasi intelektual dalam pelbagai cabang ilmu seperti sains ,kesusasteraan ,agama ,ilmu sekular setanding dengan para pemikir termasyur lain . Meskipun begitu , proses keintelektualan yang berterusan telah mencetuskan pelbagai polimik dan corak pemikiran yang belbagai- bagai . Pada zaman pasca merdeka telah lahir dua golongan berpengaruh iaitu kaum tua dan kaum muda yang membawa manifesto dan ideologi masing-masing . Kaum tua dilabel sebagai ortodoks kerana terikat dengan fahaman keagamaan berlandas Al- Quran dan hadis manakala, kaum muda lebih terarah kepada pemikiran ala liberal dalam membawa tranformasi kepada masyarakat melayu .Sacara tidak langsung 12
  • 13. seseorang individu dalam kelompok masyarakat perlu mengikut dan menyelosori idea dan persetujuan mereka meskipun memiliki pemahaman dan pandangan berlawanan terhadap sesuatu maslahah umum . 5.5 Dari Segi Ideologi Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas tingkah laku seseorang . Dalam dimensi Melayu permasalahan ideologi sangat meruncing terutama kepada golongan aristokrat, administokrat , dan pemimpin Melayu bermula dari era feudal sehingga era moden ia masih tetap bertelegah dan sentiasa mencengkam sosial masyarakat . Perbezaan ideologi jelas amat ketara pada kondusi nya kerana ia mampu membawa kepada proses perpecahan dan kekalutan rantaian kehidupan bersosial . masyarakat sehingga membawa kepada tahap perpecahan struktur kepimpinan yag telah dibina secara kukuh . Sewaktu zaman feudal ,sekiranya terdapat sekelompok kecil masyarakat disyaki memiliki ideologi ,fahaman berbeza dan wujud elemen percanggahan maka secara automatik kelompok tersebut akan terkeluar atau dipingir oleh kekuatan kumpulan majoriti yang mendominasi keseluruhan masyarakat dengan mutlak . Ideologi merupakan salah satu nilai yang mengandungi cita-cita yang ingin dicapai dalam pelbagai bidang kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Dengan demikian ideologi sangat berperanan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Ideologi dibagi menjadi dua bentuk, ideologi sebagai pemikiran tertutup dan pemikiran terbuka. Sebagai sistem pemikiran tertutup ideologi ini tidak bertolak ansur 13
  • 14. dengan idea-idea dan keyakinan-keyakinan yang bertentangan dengannya. Sedangkan sebagai pemikiran terbuka, ideologi menerima kebebasan dan toleransi terhadap idea-idea dan keyakinan-keyakinan yang lain. Ada pelbagai macam ideologi di dunia, diantaranya adalah liberalisme, kapitalisme, kolonialisme, nasionalisme, sosialisme, marxisme, fasisme, feminisme dan ekologisme. Bahawa ideologi adalah suatu pemikiran yang menjadi dasar seseorang, sekelompok orang bahkan bangsa dan negara untuk mencapai tujuannya. Ideologi juga sangat berguna bagi kehidupan bangsa dan negara sebagai identiti bersama agar masyarakat mengetahui ke arah mana kehidupan bersama hendak dituju. Sekiranya pemikiran utopia lebih dominan dikalangan akarumbi dan gerakan-gerakan massa Melayu-Islam, pemikiran ideologi pula dapat dilihat dari kelompok elit yang berkuasa. Satu contoh yang paling ketara iaitu konsep “ Islam Hadhari” yang menjadi slogan UMNO sewaktu pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Islam Hadhari boleh dikatakan berfungsi sebagai ideologi kerana unsur utamanya ialah melawan dan menyaingi laungan Islam versi PAS, iaitu musuh politik pemerintahan UMNO. Setelah mengalami krisis legitimasi politik setelah penyingkiran matan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dari UMNO, parti pemerintah memerlukan nafas baru untuk menambat hati pengundi. Di bawah perdana menteri baru iaitu Abdullah Ahmad Badawi konsep Islam Hadhari telah dicanang sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-11 (Mac 2004) yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi undi terbesar sejak tahun 1979. Pendekatan islam kini seperti menjadi trend dalam politik untuk mengenegahkan ideologi masing-masing. Sekiranya, Islam Hadhari mengandungi unsur-unsur ideologi, 14
  • 15. konsep Negara Islam yang dipropakan oleh PAS juga mempunyai corak pemikiran berlandaskan ideologi. Seiringan dengan konsep Islam Hadhari, manifesto PAS pada pilihanraya Umum Malaysia 2004 mengangkat tema “ Negara Islam”. Namun apa yang dimaksudkan dengan Negara Islam tidak pernah diperjelaskan secara konsistem oleh PAS. Jika ada pun penjelasan yang diberikan oleh PAS tidak konkrit dan terburu-buru. Contohnya. Sebagai parti yang memerintah di negeri Kelantan dan Kedah, PAS setakat mengangkat isu-isu seperti hukum hudud (undang – undang islam), menutup aurat, dan kaunter berasingan untuk lelaki dan perempuan di pasaraya-pasaraya. Sebagai contoh , golongan rakyat telah terikat dengan konsep ‘Daulat dan Derhaka’ yang mencorak dan memegang kehidupan supaya tidak melakukan sesuatu perbuatan yang dianggar menentang dan menghina keistimewaan kuasa dan hak mutlak pemerintah kerana rakyat yang berkelakuan sedemikian akan menerima hukuman dan pembalasan yang amat berat di atas kesalahan yang dilakukan . Dari segi lingkungan kotak pemikiran tradisi kemelayuan, Bangsa Melayu kelihatan begitu terlalu taksub dan menyuarakan sepenuh pendirian dalam menyokong segala perbuatan,idealisme ,mahupun fakta yang dikeluarkan oleh para pemimpin mahupun golongan cerdik pandai yang mempunyai kepentingan dan agenda tertentu . Ketaksuban dan pemujaan kuasa tertinggi telah menjadi pegangan dan telah diwarisi secara turun temurun daripada generasi terdahulu . feudalisme juga telah menjadi sebahagian daripada kebudayaan masyarakat Melayu sendiri yang masih berterusan di guna pakai sehingga ke hari ini . 15
  • 16. 5.6 Kehidupan Sosial Bangsa Melayu turut memiliki sistem sosial tersendiri seperti mana bangsa –bangsa lain iaitu sistem hieraki atau sistem srata yang melibatkan dua teras utama iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah . Sistem sosialisasi masyarakat tersebut terpaksa diamalkan kerana ia telah menjadi simbol kemelayuan dan membentuk rantaian perhubungan dinamis dan saling melengkapi antara satu sama lain . Namun begitu , sistem tersebut sering kali menimbulkan pelbagai permasalahan konflik sama ada bersifat luaran atau dalaman antara golongan tersebut . Sebagai mana dalam sejarah Melayu diceritakan Hang Jebat telah bertindak menderhaka kepada Sultan Mahmud Syah dengan mengamuk dan membunuh rakyat sebagai tanda protes akibat tindak berpuas hati dan marah dengan kematian Hang Tuah . Berbalik kepada realiti kini ,kemelut hieraki masih berterusan berlaku dan sentiasa ada gerakan untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan yang tidak memenuhi kehendak rakyat . Hal ini akan bertambah kritikal sekira nya golongan rakyat tersebut mengambil tindakan agresig seperti memboikot ,mengadakan protes atau bantahan secara undang-undang, demontrasi dan pilihan raya bagi memilih kepimpinan baru setelah berjaya menyingkirkan pemimpin yang telah kehilangan sokongan rakyat . 5.7 Utopia Dalam Pemikiran Keagamaan Masyarakat Melayu Pemikiran utopia menunjuk pada pemikiran yang tidak dapat mengenali situasi masyarakat, kerana para pemikirnya tidak memperhatikan situasi realitinya, tetapi ingin mengubah situasi yang ada saat ini (status quo). Dalam usaha mewujudkan hal tersebut, mereka menolak segala sesuatu yang akan menggugat kepercayaan mereka, 16
  • 17. atau melemahkan keinginan mereka untuk mengubah keadaan. Kerana begitu kuat keinginan untuk mengubah keadaan yang ada, mereka hanya melihat hal-hal yang menafikan kenyataan yang ada (Mannheim 1936:36). Sebagai ciri-ciri pemikiran utopia di kalangan umat Islam Asia Tenggara: Di dalam makalahnya, Shaharuddin Maaruf (Religion and Utopia Thinking Among the Muslim of Southeast Asia, 2000/2001) telahpun membincangkan beberapa aspek dari corak berfikir utopia yang muncul dikalangan masyarakat Muslim Asia Tenggara. Menurut beliau, pemikiran utopialah yang membangkitkan aliran-aliran yang mempunyai kecenderungan akhir zaman (millenarian), populis, eskatologikal dan ortodoks. Termasuk juga, aliran yang melaungkan penubuhan Negara Islam dan implementasi hukum Islam. Kesemua aliran ini menunjukkkan ciri-ciri: (1) menolak dan menafikan orde sedia ada; (2) mengusulkan alternative yang radikal beza dari orde sedia ada; (3) mengaburkan apa jua realiti yang mencabar idea dan keinginan mereka untuk perubahan; (4) formulasi idea mereka bertujuan memobilisasikan kelompok massa ke arah perubahan dan bukannya bersifat mendiagnosis realiti sedia ada; dan (5) bersifat populis dan bukan intelektual dari segi gaya berfikir walaupun kelihatan ‘intelektual’ dari penampilan luaran dan lebih jauh lagi merupakan dasar tuntutan pendirian negara-negara Islam dan pelaksanaan hukum Islam’. Maaruf (2000/200) ms 2-3. Di dalam pemikiran utopia Muslim dikalangan masyarakat Melayu, ada beberapa idea yang seringkali dilaung-laungkan: (a) Islam sebagai ‘ad-Din’ – dalam erti syumul atau sempurna, dan terkandung di dalamnya segala macam penyelesaian terhadap segala macam persoalan dan masalah yang dihadapi dunia masa kini; (b) sekularisme, 17
  • 18. termasuk juga segala macam isu dunia seperti merbahaya dan menjadi musuh Islam; (c) Barat sebagai peradaban yang menghadapi krisis, terutamanya kerana sifatnya yang dekaden, tidak bermoral dan ateistik; (d) manusia sebagai kerdil dan tidak berupaya semata-mata untuk menundukkan dia di depan kehebatan dan kebesaran Tuhan; (e) adanya tingkatan ilmu di mana ilmu-ilmu agama menduduki tingkat tertinggi berbandig ilmu-ilmu “duniawi”; (f) keunggulan dan kesempurnaan masa lalu, maknanya perlu dihidupkan masa lampau di zaman ini; (g) menolak realiti dan konteks masa kini dan segala dimensi sosialnya. Secara umum, pemikiran utopia ini mula menjadi dominan dikalangan masyarakat Melayu semenjak zaman revivalisme Islam pada tahun-tahun 1970an dan berlanjutan hingga sekarang. Sebab-sebab munculnya gerakan Islam (atau disebut juga sebagai gerakan ‘dakwah’). Faktor terakhir ini yang paling signifikan dalam mensosialisasikan pemikiran utopia dikalangan masyarakat Melayu. Jika kita lihat, tulisan-tulisan para pemikir revivalis inilah yang menjadi bahan utama dalam sesi-sesi usrah yang dikendalikan oleh kelompok-kelompok gerakan dakwah seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM). Makalah-makalah dan buku-buku yang menterjemahkan kepada bahasa Melayu, disebar-luaskan kepada masyarakat umum. Jika kita kaji tulisan-tulisan ini, unsur utopianya amat ketara. Antaranya ialah semangat anti-Barat yang begitu kuat, laungan meng’islam’kan segala aspek sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya, teriakan menghidupkan ‘syariah Islam’ dengan memasukkan hukuman hudud dalam kanun jenayah Negara, menyeru supaya wanita memakai hijab, niqab atau purdah dan diasingkan pergaulan mereka diruang awam serta menyempitkan peranan mereka kepada rumahtangga, dan 18
  • 19. penyeruan ke arah penubuhan ‘Negara Islam’ yang mencipta masyarakat Islam yang ‘berpandukan Qur’an dan Sunnah’. Namun, unsur pemikiran utopia bukan hanya didatangkan dari luar. Seperti yang dikritik oleh Shahruddin Maaruf, tulisan-tulisan pemikir besar Dunia Melayu kontemporer, Syed Muhammad Naquib al-Attas, memaparkan unsur utopia yang amat kuat. Sebagai contoh, tulisan al-Attas, Islam and Secularism dan Risalah Untuk Kaum Muslimin begitu berpengaruh hingga ke hari ini. Setiap aktivis Islam yang menentang sistem sekular serta meletakkan masalah masyarakat Islam kepada proses ‘pembaratan’ dan penyimpangan dari ‘epistemologi Islam’, pasti akan merujuk kepada karya Syed Muhammad Naquib al-Attas, terutamanya Islam and Secularism. 6.0 Dapatan kajian Bidang sosiologi intelektual merupakan bidang paling penting untuk dikembangkan dalam ilmu-ilmu sosial. Mannheim menyatakan bahawa kelas proletariat merupakan kelompok sosial yang pertama sadar akan identiti sosialnya, sedangkan kaum intelektual merupakan kelompok terakhir yang berusaha untuk mengerti kepentingan sosialnya (Mannheim 1993:74). Bertolak dari penjelasan mengenai kelas oleh kaum proletariat yang menganggap tidak adanya kemungkinan kaum intelektual menjadi hal yang berbeza selain menjadi kelas tertentu, munculnya kesedaran seperti ini di kalangan kaum intelektual dianggap sebagai hal yang sulit terjadi (Mannheim 1993:74– 75). Bidang sosiologi intelektual diharapkan dapat memberikan pemahaman mengenai posisi kaum intelektual dalam masyarakat. 19
  • 20. Dalam situasi Dunia Ketiga adalah untuk memahami identiti sosial, kaum intelektual dan kemungkinan peranannya dalam masyarakat. Hal ini menjadi lebih penting dalam masyarakat, tempat kaum intelektual menjadi kelompok yang tidak memiliki keberanian dan tidak berada di posisi yang sesuai. Dalam situasi seperti ini, satu masalah yang penting adalah yang berkaitan dengan pengertian kaum intelektual terhadap pemikiran sosio-keagamaan dalam masyarakatnya. Hal ini merupakan suatu pensyaratan yang seharusnya dipenuhi, jika kaum intelektual ingin memberikan sumbangan pemikiran yang dapat memperkuatan masyarakat. Namun, hal itu jarang dilakukan di kalangan pakar ilmu-ilmu sosial muslim dan Malaysia. Signifikansi seperti ini dapat dipahami jika kita melihat permasalahan melalui konsep ideologi dan utopia yang telah diungkapkan oleh Karl Mannheim 1936: ms 36. Kata ideologi pertama kali dikumandangkan oleh Antoine Destutt de Tracy (1754-1836) yang hidup pada masa revolusi Perancis. Perubahan pengertian ideologi terjadi seiring tampilnya tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels dalam The German Ideology (1846). Marx yang menyusuri masyarakat kapitalis mengemukakan bahawa ideologi lahir dari sistem masyarakat yang terbagi dalam kelas-kelas. Karl Marx menyimpulkan bahawa ideologi dalam masyarakat kapitalis yang terpolarisasi antara kelas kapitalis dan kelas pekerja tidaklah berbicara tentang kebendaan atau kenyataan empiris tetapi berbicara tentang kemanfaatan, kepentingan dan keuntungan. 20
  • 21. 7.0 Metologi Kajian Kaedah penyelidikan yang dipakai adalah kaedah sekunder iaitu kaedah perpustakaan. Ia tertumpu pada buku-buku yang ada dalam perpustakaan tersebut. Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk adalah menjadi keutamaan untuk di jadikan instrumen kajian dan selain daripada buku, tesis-tesis, journal dan majalah juga ada banyak terbabit dalam kajian perpustakaan ini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuat kajian lapangan semasa semester khas. Namun mengikut kajian yang diperoleh telah memberi banyak pengetahuan tentang perihal-perihal politik yang sedang berlega kini. Ini merupakan satu kajian yang begitu produktif kerana melalui banyak pembacaan ia telah memberi input atau pengetahuan dan boleh dikatakan sebagai satu praktikal yang berunsur teori yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk masa depan. 8.0 Penutup Hasil daripada penilai ringkas di atas, pendekatan sosiologi ilmu penting untuk merungkai realiti dalam masyarkat Melayu. Melalui penelitian dan kajian ini, kita akan dapat membongkar dan merungkai pemikiran-pemikiran dan aliran yang ada di kalangan masyarakat Melayu semasa. Pada masa yang sama, kita dapat mengetahui mengapa sesuatu corak respons terhadap sesuatu isu begitu dominan. Sehubungan dengan itu juga, tiadanya pemahaman terhadap sesuatu konsep atau tiadanya corak pemikiran yang berbeza menunjukkan bagaimana sesebuah kelompok atau masyarakat 21
  • 22. belum dapat berhadapan dengan beberapa aspek realiti yang sedia ada. Seperti mana yang diungkapkan oleh Mannheim, “The absence of certain concepts indicates very often not only the absence of certain point of views, but also the absence of a drive to come to grips with certain life- problems.” Akhir sekali, ketiadaan perspektif dan konsep yang berbeza inilah yang akan menghambat masyarakat dalam melihat realiti yang sedang dihadapi secara sedia ada. Sekiranya kekosongan ini, terutama dari aspek pemikirannya, dibiarkan berterusan, maka masyarakat itu akan menjadi regresif dan tidak mampu bergerak ke hadapan. Seperti mana tulis Mannheim, “When, however, any human activity continues over a long period without being subjected to intellectual control or criticism it tends to get out of hand” Di sinilah pentingnya diwujudkan semangat kritis yang dapat menunjukkan corak-corak pemikiran sama ada bersifat sosiologi ideologi , politik dan kehidupan sosial sebagai upaya melihat dan menangani kondisi sebenar masyarakat disebalik kekaburan yang ada. 22