SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 30
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Hukum Al-Nasakh dan Pembahagiannya


1.0    Pendahuluan


Sememangnya dalam syari’at Islam mempunyai konsep nasikh dan mansukh, namun
jumhur ulamak sepakat hanya beberapa ayat dan surah tertentu sahaja yang terlibat.
Mustahil berlaku nasakh terhadap semua ayat al-Quran.


2.0    Pengertian Nasakh


2.1    Nasakh dari segi bahasa boleh diertikan kepada makna-makna berikut:-



       2.1.2   Izalat   َ ‫إِزال‬
                        ‫َة‬        ( menghilangkan) seperti :    َّ ِ ُ ‫ِ َالش‬
                                                               َ‫َنسخت َّمسَالظل‬
       Maksudnya : Matahari menghilangkan bayang.



       2.1.2     ِ ِ
               ‫ن قلَوَتويل‬         (memindahkan atau menyalin) seperti:   ‫ُ ِب‬
                                                                          َ ‫نسختَالكتا‬
       Maksudnya : Saya menyalin buku.


2.2    Nasakh dari segi istilah ulama’ usul Fiqh ialah:



              ٍ ُ ٍّ ِ ٍ ِ ٍّ ِ ٍ ُ ِ ُ
       ََُ‫بيانَانتِهاءَحكمَشرعيَبِطريقَشرعيَمت راخَعنه‬
Maksudnya: Menyatakan terhenti sesuatu hukum syara’ dengan adanya jalan syara’ yang
terkemudian membatalkannya.




                                                 -1-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




2.3       Huraian



Bayan (    َ‫ ) بيان‬adalah umum merangkumi menyatakan permulaan ( ‫ ) إبتدأ‬seperti
menyatakan atau menerangkan mujmal atau am atau mutlak dan menyatakan terhenti
(   ‫) انتهاء‬

            ‫ ) إبتدأ‬Gunanya ialah untuk mengeluarkan semua jenis menyatakan
      Ibtida’(

permulaan ( ‫ ) إبتدأ‬seperti menerangkan / menyatakan mujmal , am dan mutlak.

Hukum Syari’e gunanya untuk mengeluarkan hukum akal iaitu hukum, al-biratu al-
asliyah ( terlepas tanggungjawab pada asal) kerana menyatakan terhenti al-biratu al-
asliyah dengan disyari’atkan hukum-hukum pada permulaan tidak dinamakan nasakh.
Pensyari’atan puasa Ramadhan adalah menyatakan terhenti al-biratu al-asliyah yang
menghendaki tinggal puasa maka ia tidak dinamakan nasakh kerana hukum syara’ ialah
Khitab Allah sedangkan al-biratu alasliyah bukanlah khitab Allah.


2.4       Menurut Istilah


          2.4.1   Terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil lain yang
          membatalkannya.


          2.4.2   Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yang telah sedia ada dengan
          sesuatu hukum syarak berdasarkan dalil dan nas yang tiba kemudian daripadanya.




                                             -2-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Menurut Ibn al-Hijab al-Maliki, nasakh ialah menggantikan atau merubah hukum syarak
dengan dalil yang turun kemudian. Di mana dalam nasakh terdapat dua nas yang turun
tidak bersama. Nas yang turun terdahulu dinamakan dengan yang diganti atau mansukh
dan nas yang turun kemudian disebut nasikh atau yang mengganti.1


3.0       Syarat al-Nasakh


Untuk menasakhkan sesuatu nas seharusnya dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:


3.1       Iaitu hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali bukan
hukum akal yang telah tetap. Contohnya: Setiap yang hidup pasti mati. Ia tidak mungkin
dapat dinasakhkan lagi.


3.2       Iaitu hukum yang dinasakhkan bukan hukum yang berbentuk menyeluruh atau
kulli. Justeru itu al-Qawa’id al-Kulliyyah serta apa yang disepakati oleh ulamak sudut
kebaikan dan keburukan sepeti amanah, adil, zalim, bohong dan lainnya tidak mungkin
dapat dinasakhkan.


3.2       Hendaklah hukum yang diganti turunnya lebih dahulu daripada pengganti .


3.3       Hukum yang digantikan sabit berdasarkan nas dan tidak ditentukan
penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan berdasarkan nas.
Jika begitu, akan menimbulkan percanggahan kerana yang menurunkan nas pengganti
dan yang diganti atau nasikh dan mansukh adalah Allah. Justeru itu ulamak Fiqh sepakat
jihad tidak akan dinasakhkan. Sebagaimana sabda nabi daripada riwayat Anas bin Malik:



1
    Badran Abu al-Aynayn ( 1969 ), Usul al-Fiqh, hal. 422




                                                  -3-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Maksudnya : Jihad itu berlangsung sejak aku diutuskan hingga orang terakhir di kalangan
umatku membunuh Dajjal.2




3.4        Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai
keahlian taklif. Di samping itu menasakhkan hukum sebelumnya.


3.5        Hendaklah pengganti adalah khitab daripada Allah yang kedudukannya adalah
sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut kekuatan sabit dan
dilalahnya.


3.6        Jelas berlaku pertentangan di antara dua dalil, iaitu al-Nasikh dan al-Mansukh
benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas itu masih dapat
dikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinkan , seperti : Ta’wil, nas tersebut
tidak dapat dinasakh. Menurut pendapat imam al-Syafi’e dan imam Ahmad, hukum yang
menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia
berlawanan dengannya, tetapi sama sudut jenis.3




3.7        Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlaku al-
Nasakh, seperti: Hukum furu’. Seterusnya kaedah al-Nasakh mestilah berdasarkan syarak
dan berlaku sewaktu hayat baginda.




2
    Abu Daud, al-Jihad, 2170
3
    Badran Abu al-Aynayn Badran, Usul al-Fiqh Islami ( t.t) , hal. 443 dan 444




                                                     -4-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




4.0        Hikmat al-Nasakh


4.1        Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia, di mana kadang-kadang
kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.4 Ia adalah matlamat utama disyari’atkan
hukum, kerana kemaslahatan-kemaslahatan ini kadang-kadang berlainan dengan sebab
berlainan keadaan dan masa dan apabila disyaria’atkan sesuatu hukum kerana ada
kemaslahatan kemudian hilang ia ( kemaslahatan) maka yang sesuai ia dengannya pada
ketika itu ialah tamat hukum yang disyariatkan kerananya.


Sebagai contohnya adalah seperti berikut:


Diriwayatkan bahawa satu rombongan orang-orang Arab datang ke Madinah pada
beberapa hari Hari raya korban dan mereka memerlukan kemudahan dan kelapangan.
Lalu Rasulullah (SAW) melarang mereka dari menyimpan daging-daging korban demi
untuk memenuhi kemaslahatan ini. Ketika keadaan ini berakhir dan orang-orang yang
datang ke Madinah tidaklah lagi memerlukan kemudahan dan kelapangan maka
hukumnya pun berubah iaitu diharuskan menyimpan daging-daging korban. Rasulullah
(SAW) telah bersabda berhubung dengan itu:-



َََ‫إَِّناَن هيتُكمَعنَادخاِرَُلُوِمَاألضاحىَأل َل ََّاََََّاََِّ َ َََّ َََ ََُُواَو َ َِروا‬
    ََُ‫ِ ج ِ َالد فة لتَدفت فكلَ َادخ‬
         َّ                          ِ                          ُ      ِّ ِ ُ           َّ
Maksudnya : Sesungguhnya aku telah melarang kamu dari menyimpan daging-daging
korban kerana rombongan yang datang ke Madinah pada beberapa hari tasyrik, maka
makanlah dan simpanlah kamu.




4
    Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, juz 2, ( 1986 ) , hal.934, 937 dan 938




                                                      -5-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




4.2    Kadangkala untuk menghilangkan kesempitan .


Ia selaras dengan dasar syaria’t yang tidak membebankan umatnya. Di antara contohnya
melarang dari minum arak pada peringkat permulaaan sedangkan ia terkenal di kalangan
Arab dan di antara kebiasaan mereka ialah meletakkan atau menuangkan minuman arak
ke dalam bekas-bekas tertentu, lalu baginda melarang mereka dari minum minuman yang
harus di dalam bekas-bekas yang pada masa dahulu mereka menuangkan arak ke
dalamnya demi untuk menutup jalan dan menjauhkan mereka dari setiap perkara yang
membawa mereka kepada mereka kepada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang
diharamkan, lalu sebahagian daripada para sahabat mengadu kepada Rasullullah tentang
kesulitan dan kesempitan yang mereka tempuhi akibat dari larangan ini, maka
rasullullah(SAW) mengharuskan mereka meminum minuman yang harus di dalam semua
bekas dan membataskan larangan kepada minum minuman yang memabukkan
sebagaimana sabdanya:

                             ُّ ُِ        َّ ِ ُ ِ ِ ُ ُ
         ,َُ ‫كنتَن هيتُكمَاألشربةَِفَالظُّروف،َوإِنَظرفاًَالَُيلَشيئاًَوالَُيرم‬
           ‫ُ ِّ ُه‬                                                          ُ ُ
                           ‫فاشربُواَفِيماَشئتُ َ,َوالَتشربُو َ َ ََرا‬
                               ِ
                             ً‫اَمسك‬ُ            ‫ِ م‬
Maksudnya: Dahulu aku melarang kamu dari meminum minum-minuman di dalam
bekas-bekas ( bekas arak ) dan sesungguhnya arak tidaklah menghalalkan sesuatu dan
mengharamkannya, maka minumlah kamu dalam mana-mana bekas yang kamu
kehendaki dan jangan kamu meminum minuman yang memabukkan.




4.3    Meraikan beransur-ansur syari’at


Ini tidak akan mengejutkan mereka yang disyaria’tkan hukum baginya dengan suatu
syari’at yang menyulitkan mereka atau yang meliarkan jiwa-jiwa mereka daripadanya.




                                          -6-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Di antara maksud beransur-ansur ialah datang hukum-hukum taklifi sedikit demi sedikit
dan selarasnya dengan keadaan –keadaan mereka yang disyariatkan hukum-hukum
baginya supaya jiwa-jiwa mereka bersedia menerimnya dan beramal mengikut kehendak
Allah . Di antara contohnya ialah :


4.3.1 Bahawa sembahyang pada mulanya diwajibkan dua rakaat pada waktu pagi dan
petang sebagai kasihan belas terhadap manusia kerana mereka baru sahaja dengan Islam
dan belum merasai kelazatan munajat di dalamnya. Maka ketika jiwa mereka merasai
tenteram dan tenang Allah menjadikannya lima kali sembahyang di dalam waktu-waktu
dan rakaat tertentu.


4.3.2 Bahawa hukuman ke atas zina pada permulaan Islam ialah dikurung di dalam
rumah bagi perempuan dan disakiti dengan perkataan bagi lelaki sebagaimana dijelaskan
oleh al-Quran:




(Surah al-Nisa’ : 15 dan 16)

Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-
perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi
terhadap perbuatan mereka, kemudian kalau-kalau keterangan-keterangan saksi terhadap
perbuatan mereka, kemudian kalau keterangan-keterngan saksi itu mengesahkan




                                          -7-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) di dalam
rumah hingga mereka sampai ajalnya atau hingga Allah mengadakan bagi mereka jalan
keluar ( dari hukuman itu ).


Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu
(setelah thabit kesalahan mereka ) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya, kemudian
jika mereka bertaubat memperbaiki keadaan diri ( yang buruk itu ) maka biarkanlah
mereka kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat lagi amat luas
rahmatNya.


5.0    Bahagian-bahagian Nasakh


Nasakh terbahagi kepada empat bahagian,


5.1     Nasakah secara terus terang


Iaitu bahawa syara’ menyatakan secara terus terang bahawa syariatnya yang terkemudian
membatalkan syariatnya dahulu seperti firman Allah:




(Surah a-Anfal: 65 dan 66




                                          -8-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Maksudnya: Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk
berperang, jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar nescaya mereka dapat
menewaskan dua ratus orang ( dari pihak musuh yang kafir itu ), dan jika ada di antara
kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir,
disebabkan meraka ( yang kafir itu ) orang-orang yang tidak mengerti.


Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu ( apa yang telah diwajibkan dahulu)
kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu jika ada di antara kamu
seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang , dan
jika ada di antara kamu seribu orang nescaya dapat menewas dua ribu orang dengan izin
Allah, dan ingatlah Allah beserta orang-orang yang sabar.


5.2    Nasakh Secara Kandungan


Iaitu bahawa disyari’atkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum yang terlebih
dahulu dengan sekiranya tidak mungkin dihimpun atau disatukan di antara dua hukum
melainkan dibatalkan salah satu daripadanya maka dihukum bahawa hukum yang
terkemudian, menasakhkan hukum yang terdahulu dengan tidak dinyatakan secara
terang-terang bahawa hukum yang terkemudian menasakhkan hukum yang terdahulu di
antara contohnya:




(Surah al-Baqarah: 180)
Maksudnya : Kamu diwajibkan apabila seorang kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia ) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
dengan cara yang baik, sebagimana sesuatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.




                                           -9-
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Allah telah mewajibkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat melalui ayat ini,
kemudian ia mensyari’atkan hukum-hukum yang bertentangan dengan hukum-hukum di
dalam ayat tersebut dengan menghukum membahagikan harta peninggalan mengikut
bentuk yang datang di dalam ayat mengenai pembahagian pusaka iaitu firman Allah :




( Surah al-Nisa’: 11 )

Maksudnya Allah perintahkan kamu tentang ( pembahagian pusaka untuk) anak-anak
kamu iaitu bahagian seorang anak-anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan.


Dalam sambungan ayat ini dan dan berikutnya telah diterangkan dengan jelas
pembahagian-pembahagian pusaka selain dari anak-anak, dengan sebab itu kita dapati
bahawa hukum yang kedua menasakhkan hukum pertama secara kandungannya atau
tidak langsung kerana tidak mungkin dikompromikan di antara keduanya kecuali dengan
nasakh, dan menunjuk ke atas nasakh ini oleh sabda Rasulullah selepas turun ayat pusaka
:

                    ٍَ ‫إِنَاهللَأعطىَكلَذيَحقَحقهَُفالَوصيَّةَلِوار‬
                    ‫ِ ِث‬                  َّ ٍّ ِ َّ ُ          َّ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang mempunyai hak akan
haknya maka tidak sah wasiat kepada waris.




                                         - 10 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




5.3    Nasakh Keseluruhan


Ialah bahawa syara’ membatalkan secara keseluruhan akan hukum yang terdahulu dan
merangkumi setiap orang mukalaf. Di antara contohnya ialah firman Allah:




Surah al-Baqarah: 234


Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka
meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka ( ber’idah)
selama empat bulan sepuluh hari.


Hukum ayat ini telah menasakhkan hukum yang terdahuu disyari’atkanNya bagi
kesemua perempuan-perempuan yang terkandung dalam firman Allah :




Surah al-Baqarah : 240


Maksudnya : Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta meninggalkan
isteri-isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati
( makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) sehingga setahun lamanya dengan tidak
disuruh pindah dari tempat tinggalnya.




                                            - 11 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Maka hukum beri’dah perempuan yang mati suaminya selama setahun yang difahamkan
dari ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat pertama yang menunjukkan bahawa hukum
ber’idah perempuan yang mati suami adalah selama empat bulan sepuluh hari sahaja.


5.4     Nasakh Sebahagian


Iaitu bahawa syara’ telah mensyari’atkan hukum secara umum dan merangkumi tiap-tiap
orang mukalaf kemudian membatalkan hukum ini untuk sebahagain daripada orang-orang
mukalaf.


Di antara contohnya ialah firman Allah:




Surah al-Baqarah : 234

Maksdunya : Orang-orang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-
isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beri’dah) empat bulan sepuluh
hari.


Kerana ayat ini menunjuk secara umumnya bahawa ‘idah perempuan yang mati
suaminya sama ada ia pada masa itu sedang mengandung atau tidak ialah empat bulan
sepuluh hari.




                                          - 12 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Kemudian turun firman Allah:




Surah al-Talak : 4

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung tempoh ‘idahnya ialah
hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.


Ayat ini telah menunjukkan secara umumnya bahawa perempuan mengandung sama ada
diceraikan atau mati suaminya ‘idahnya ialah melahirkan anak kandungannya, justeru itu,
ayat ini menasakhkan ayat pertama secara sebahagian, kerana hukum ‘idah perempuan
yang tidak mengandung dan mati suaminya masih kekal berdasarkan kepada kehendak
ayat pertama iaitu empat bulan sepuluh hari.5


6.0        Cara-cara berlaku Nasakh


Nasakh terkadang adalah ia dengan disyaria’tkan hukum baharu sebagai gantinya dan
terkadang adalah ia tanpa diganti dengan hukum baharu.


Kemudian hukum baharu sebagai ganti daripada hukum yang dimansukhkan terkadang
adalah ia sama dengan hukum yang dimansukhkan atau telebih ringan atau terlebih berat
daripadanya.
Di antara contoh nasakh dengan hukum yang sama dengan hukum yang sama dengan
hukum yang dimansukhkan ialah dinasakh menghadap ke Baitul Maqdis dengan ke
Baitullah al-Haram di dalam solat.


5
    Badran Abu al-Aynayn ( 1969 ), Usul al-Fiqh, hal. 471-473




                                                  - 13 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Di antara contoh nasakh dengan hukum yang terlebih ringan dengan menghukum yang
dinasakh ialah nasakh pengharaman melakukan persetubuhan pada waktu-waktu malam
di bulan Ramadhan setelah jaga daripada tidur dengan diharuskannya pada waktu malam
Ramadhan kerana firman Allah:




Surah al-Baqarah : 187

Maksudnya : Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan ister-isteri
kamu .


Di antara contoh nasakh dengan hukum yang terlebih berat daripada hukum yang
dinasakh ialah nasakh harus meminum arak dengan diharamkannya.


Di antara contoh nasakh tanpa diganti dengan hukum baharu ialah nasakh harus nikah
muta’ah yang adalah ia diharuskan oleh Rasulullah (SAW) di dalam sebahagian daripada
beberapa peperangan kemudian baginda mengharamkannya tanpa diganti dan bersabda ia

              َ َََّ َِ‫يأيُّهاَالن ََُاِ َََِّكنتَقد َ ََ َََُ َُ ََ ِ َ َِ ََِ ََ َََِِالَِّ َ َ,َو‬
                           ِ
              ‫َّاس ن ُ ُ َأذنت لكم ِفَاالستمتاع ب نساء َإن اهلل‬     ِ
          ‫قد حَّم ذلِك اِل َِم القيامة،َفمن كان عنده م هن شىء ليخل سب له‬
                   َّ ِ                      ِ ِ                     ِ ِ
         َََُ‫ََ ََ ََرََ ََ َََ ََيَوََ َ ََ َ َ َ َ َََ َ ََ ََ َََُ َنَ َُ َََّ َ َ ََفَََُ َ ََ ََِي‬
                                       ًَ‫َوالَََ َ َُو ََِّاَآت يتُموهن ََئ‬
                                        ‫َ تأخذَاَم ُ ُ َّ َشي ا‬     ُ
Maksdunya : Wahai manusia sesungguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu
bernikah mut’ah dengan perempuan-perempuan dan bahawasanya Allah mengharamkan
demikian itu sehingg Hari Qiamat, maka barangsiapa ada di sisinya mana-mana
perempuan daripada mereka hendaklah ia melepaskannya dan jangan sama sekali kamu
mengamal sesuatu daripada apa yang kamu telah memberikannya kepada mereka.




                                                     - 14 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




7.0        Harus Berlaku Nasakh


Nasakh berlaku semasa hayat rasulullah (SAW) kerana nasakh tidak berlaku kecuali
melalui wahyu dan ia ( wahyu) berkemungkinan turun semasa hayatnya Rasulullah
(SAW) Rasulullah (SAW) dan tidak berkemungkinan nasakh dan dibatalkan kerana
baginda adalah kesudahan para nabi dan rasul-rasul dan tidak ada lagi nabi selepasnya
sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran :


Adapun selepas wafatnya Rasululah (SAW) maka tidak berlaku nasakh mana-mana
hukum sama sekali kerana wahyu tidak ada lagi pada masa itu, dengan sebab itu maka
kesemua hukum-hukum yang diamalkan pada masa hayat Rasullullah (SAW) dan tidak
lahir daripada baginda suatu yang menasakhkannya adalah ia teguh dan tetap selepas
firmannya,




Surah al-Akhrab : 40


Maksudnya: “Bukanlah nabi Muhammad itu ( dengan sebab ada anak angkat) menjadi
bapa yang sebenar bagi seorang daipada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah rasulullah
(SAW) dan kesudahan segala anbia’.”Kerana itulah syaria’tnya adalah kesudahan
syaria’t-syaria’t langit dan ia kekal sehingga ke hari Qiamat.6




6
    Badran Abu al-Ay’nayn Badran, ( 1969 ) ,Usul al-Fiqh , hal. 478




                                                    - 15 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




8.0    Dalil-dalil Yang Menasakhkan


Mengikut kaedah umum dalam syari’at Islam bahawa sesuatu dalil tidak boleh
dinasakhkannya kecuali oleh dalil sama kuat dengannya atau terlebih kuat daripadanya,
jika sekiranya dalil itu mutawatir maka tidak bolek dinasakhkannya kecuali oleh dalil
mutawatir atau masyhur pada pandangan ulamak Hanafi.


Sekiranya dalil itu khabar ahad maka harus dinasakhkannya oleh hadis ahad kerana ia
sepertinya dari segi kekuatan dan hadis mutawatir dan masyhur kerana kedua-duanya
terlebih kuat daripadanya.


Dan jika sekiranya ia qath’i al-dilalah maka tidak harus dinasakhkannya kecuali dalil
qath’i al-dilalah.


Berdasar kepada umum tersebut dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pandangan
ulamak tentangnya sebagaimana berikut:


8.1     Dinasakh al-Quran dengan al-Quran atau al-Sunnah


Al-Quran harus dinasakhkan dengan al-Quran apabila sama kedua-duanya dari segi
dilalah kerana sama dari segi kekuatan.


Adapun dinasakh al-Quran dengan al-Sunnah para ulamak berselisih pendapat tentang
harusnya:




                                          - 16 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Jumhur ulamak berpendapat bahawa harus dinasakh al-Quran dengan hadis mutawatir
kerana ia seumpama al-Quran dari segi kekuatan dan dengan hadis masyhur pada
pandangan ulamak Hanafi kerana ia hampir dengannya dari segi kekuatan tetapi tidak
harus dinasakh al-Quran dengan hadis Ahad kerana ia lebih rendah daripada al-
Quran dari segi kekuatan. Ini adalah kerana yang terlebih rendah tidak boleh
menasakhkan yang terlebih kuat. Ini adalah pendapat yang rajih.


Sebahagian daripada ulamak di antaranya ulamak al-Syafi’e berpendapat bahawa tidak
harus dinasakhkan al-Quran degan al-sunnah walaupun ia Mutawatir atau Masyhur.


Di antara alasan jumhur ulamak ialah bahawa Allah telah mewajibkan wasiat kepada
kedua ibu bapa dan keluarga-keluarga terdekat dengan firmanNya:-




Surah al-Baqarah:180

Maksudnya : Kamu diwajibkan , apabila seseorang dari kamu hampir mati jika ia
meninggal harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk bapa dan kaum kerabat dengan cara
yang baik , sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa.


Kemudian dinasakhkan kewajipan tersebut dengan sabda rasulullah (SAW):

                  ٍَ ‫الَوصيَّةَلِوار‬
                  ‫ِ ِث‬                     Maksudnya: Tidak sah wasiat untuk waris


(diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi.)7


7
    Haji Hassan bin Haji Ahmad, ( 2002 ) , Usul Fiqh , hal. 503




                                                     - 17 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Di antara alasan al-Imam al-Syafi’e tentang tidak harus dinasakh al-Quran dengan al-
Sunnah ialah firman Allah:




Surah al-Baqarah:106

Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan (batalkan) atau yang
kami tinggalkan (atau tangguhkan ) kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya
atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah amat
berkuasa atas tiap-tiap sesuatu .


Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menyandarkan ganti ayat yang dinasakhkan
itu kepada dirinya sendiri dan yang didatang diganti oleh Allah ialah al-Quran sahaja,
maka yang menasakhkan al-Quran ialah al-Quran bukan al-Sunnah dan Allah telah
menjelaskan bahawa ia menjadikan pengganti terlebih baik daripada yang dinasakhkan
atau sama denannya. Al-Sunnah tidaklah ia terlebih baik dari al-Quran dan tidak sama
dengannya, oleh itu, al-Sunnah tidak layak menjadi pengganti al-Quran dan
menasakhkannya. Dan Allah juga telah mengusuli ayat dengan firmanNya:-




Surah al-Baqarah:106

Maksudnya: “Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah amat berkuasa atas tiap-tiap
sesuatu,” maka ia menjadikan nasakh dari mereka yang mempunyai kekuasaan yang
sempurna iaitu Allah.




                                           - 18 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Oleh yang demikian, maka menasakhkan itu adalah ia dari pihaknya sahaja dan iaitulah
al-Quran bukan al-Sunnah.


8.2    Nasakh al-Sunnah Dengan al-Sunnah


Harus dinasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah jika sama keduanya dari segi thabit dan
dilalah ( petunjuk) maka jika sekiranya ia mutawatir, maka tidak boleh dinaskhkannya
kecuali dengan mutawatir atau masyhur di sisi ulama’ Hanafi. Dan jika ia hadis ahad,
maka harus dinasakhkannya dengan hadis mutawatir dan mayshur kerana kedua-duanya
terlebih kuat dari ahad sebagaimana ia diharuskan nasakh dengan hadis ahad.


8.3    Nasakh al-Sunnah Dengan al-Quran


Harus dinasakhkan al-sunnah dengan al-Quran walaupun ia mutawatir atau masyhur
mengikut pendapat yang rajih daripada beberapa pendapat para fuqaha’ kerana al-sunnah
adalah wahyu dari Allah sebagaimana al-Quran dan tidak ada halangan dinasakh wahyu
dengan wahyu yang lain kerana ada persamaan di antara keduanya dari segi ini dan
kerana thabit nasakh al-sunnah dengan al-Quran di dalam beberapa masalah di antaranya:


8.3.1 Bahawa menghadap Baitul Maqdis di dalam solat pada permulaan Islam adalah
thabit dengan al-sunnah dan dinasakhkannya dengan menghadap ke Baitullah al-Haram
melalui firman Allah :




Surah al-Baqarah : 144




                                          - 19 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Maksudnya: Maka palinglah mukamu ke arah Masji al-Haram ( tempat letaknya
Ka’abah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.


8.3.2   Makan , minum dan bersetubuh dengan perempuan pada malam-malam bulan
Ramadhan adalah diharamkan selepas solat ‘Isyak atau tidur walaupun sekejap selepas
Maghrib sehinggalah masuk waktu Maghrib malam berikutnya. Hukum ini adalah thabit
dengan al-Sunnah Saidina “Umar (RA) telah bersetubuh dengan isterinya selepas ‘Isyak
lalu beliau menghadap Rasulullah (SAW) dan menceritakan apa yang telah beliau
lakukan . Baginda Rasulullah menjawab :” Engkau tidak sepatutnya melakukan demikian
wahai ‘Umar”, maka bangun beberapa orang sahabat mengaku bahawa mereka juga
sudah terlibat dengan perkara tersebut selepas solat ‘Isyak, maka turunlah firman Allah :




Surah al-Baqarah : 187


Maksudnya : Dihalal bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan isteri-isteri
kamu, isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai
pakaian bagi mereka, Allah mengetahui bahawa kamu sesungguhnya mengkhianati diri
sendiri lalu tuhan menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang,
setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi




                                           - 20 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




kamu, dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih ( cahaya
siang ) dari benang hitanm ( kegelapan malam) iaitu waktu fajar , kemudian
sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (Maghrib)


Dengan ini nyatala kepada kita bahawa al-sunnah dinasakhkan dengan al-Quran.


8.4    Nasakh dengan Ijma’


Jumhur ulamak berpendapat bahawa ijma’ tidak harus menasakhkan nas dari al-Quran
dan al-Sunnah kerana nas adalah jika ianya qath’i maka tidak mungkin berlaku ijma’
menyalahinya dan jika ia adalah zanni maka mungkin berlaku ijma’ meyalahinya tetapi
ijma’ ini hanya berlaku kerana berdasarkan kepada dalil yang rajih, atau kuat pada
pandangan ulamak-ulamak- yang sepakat tentang nas tersebut dan di dalam keadaan ini
tidaklah yang menasakhkan nas itu ijma’ malah yang menasakhkannya itu ialah nas yang
terbina ijma’ ke atasnya.




8.5    Nasakh Ijma’ Dengan al-Quran atau al-Sunnah


Sebagaimana tidak harus ijma’ menasakh al-Quran atau al-sunnah begitu pula tidak harus
al-Quran atau al-sunnah menasakhkan ijma’, kerana yang menasakh mestilah
terkemudian daripada yang dinasakh. Al-Quran dan al-Sunnah adalah mendahului ijma’,
kerana ijma’ tidak dikira hajat kecuali setelah wafat baginda Rasulullah (SAW). Oleh
yang demikian, maka tidaklah harus al-Quran atau al-Sunnah menasakhkan ijma’.




                                          - 21 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




8.6    Nasakh Ijma’ Dengan Ijma’


Tidak harus dinasakh ijma’ dengan ijma’ yang lain, kerana ijma’ apabila terlaksana wajib
beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya. Oleh yang demikian apabila berlaku
ijma’ selepasnya yang mana ia menyalahinya maka ijma’ yang terkemudian itu tidak sah
dan tidak boleh beramal dengannya.


Beginilah kebanyakan ulamak usul Fiqh membuat ketetapan secara itlaqnya dan tidak
membezakan di antara ijma’ dengan ijma’. Ketetapan ini hanya tertentu dengan bentuk
ijma’ yang bersandar kepada selain daripada maslahah seperti al-Quran atau al-Sunnah
atau qias.


Adapun ijma’ yang bersandar kepada maslahah maka harus ia dinasakhkan dengan ijma’
yang terkemudian apabila berubah maslahah yang dibenarkan ijma’ terdahulu, kerana
kehujahan ijma’ yang bersandar kepada maslahah hanya ia dengan memandang kepada
terlaksana maslahah yang hanya para ulama’ mujtahidun telah ijma’ atau sepakat tentang
hukum yang hanya berdasarkan kepadanya (maslahah). Jika berlaku perubahan kepada
maslahah tersebut, maka tidaklah ijma’ yang berdasar kepada maslahah yang sudah
berubah itu jadi hujah , dan harus menyalahinya dan disyari’atkan hukum berdasarkan
kepada maslahah yang ada.




                                          - 22 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




8.7    Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-
Qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’


Tidak harus dinasakah al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga
tidak harus dinasakh qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana
disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah tidak ia menyalahi nas al-Quran dan al-Sunnah
atau Ijma’ dan jika sekiranya ia menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan tidak boleh
beramal dengannya.


8.8    Dinasakh Qias dengan Qias


Tidak harus qias menasakhkan qias yang lain sebagaimana ia juga tidak harus
dinasakhkan dengan qias yang lain kerana qias tidak dikenali kecuali dengan pemikiran
dan ijtihad. Qias tidak menjadi hujah kecuali dengan dipandang kepada mujtahid yang
sampai ia kepadanya dengan ijtihadnya. Adapun orang lain daripadanya terdiri daripada
para mujtahidin tidaklah ia jadi hujah di sisinya dan tidak wajib ia beramal dengannya.


Berdasarkan kepada perkara ini jika adalah dua qias yang berlainan itu lahir salah satu
daripada keduanya dari seorang mujtahid dan yang satu lagi lahir dari mujtahid yang lain
nescaya tidak berlaku pertentangan di antara keduanya yang menyebabkan salah satu
daripada keduanya menasakhkan dan yang satu lagi dinasakhkan kerana kehujahan tiap-
tiap satu daripada keduanya adalah ia dipandang kepada empunya sahaja.


Adapun jika kedua-dua qias itu lahir dari seorang mujtahid sahaja , nescaya qias yang
kedua adalah bertentangan dengan qias yang pertama tetapi tidak sah bahawa qias yang
kedua menasakhkan qias yang pertama, kerana qias lahir dari pemikiran dan ijtihad tidak
ada jalan baginya di dalam menasakh hukum-hukum dan di dalam keadaan ini wajiblah
ke atas mujtahid itu meneliti untuk memberati (tarjih) salah satu ke atas yang satu lagi,




                                            - 23 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




dan jika nyata baginya berat salah satu daripada keduanya hendaklah ia beramal
dengannya , dan jika tidak nyata baginya berat salah satu daripada keduanya hendaklah ia
beramal dengan salah satu daripada dua qias yang hatinya tenteram dengannya, dan
nyatalah ini dengan jelasnya pada masalah-masalah Istihsan , iaitu ketika berhimpun di
dalam satu masalah dua qias yang bertentangan: salah satunya zahir ‘ilatnya dan yang
satu lagi tersembunyi ‘ilatnya, di sini tidaklah boleh dianggap salah satu daripada
keduanya itu menasakhkan yang satu lagi. Hanya hendaklah mujtahid itu hendaklah
beramal dengan yang rajih (berat) daripada keduanya. Ia (rajih) pada kebiasaannya ialah
qias yang tersembunyi ‘ilatnya dan dinamakannya sebagai istihsan.




                                           - 24 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




9.0        Kesimpulannya


Berhubung dengan dalil-dalil yang menasakh oleh sebahagian akan sebahagiannya yang
lain bahawa al-Quran harus dan sah menasakh oleh sebahagiannya akan sebahagiannya
yang lain, begitu juga al-Sunnah sah bahawa berlaku nasakh sesamanya apabila
persamaan dari segi thabit dan dilalah.


Mengikut pendapat yang rajih bahawa sah berlaku nasakh menasakhkan di antara al-
Quran dan al-Sunnah.


Ijmak tidak sah menasakhkan al-Quran atau al-Sunnah dan tidak sah dinasakhkannya
dengan keduanya. Begitu juga ia tidak sah dinasakhkannya dengan ijmak yang lain
kecuali apabila ijmak yang pertama itu bersandar kepada sesuatu maslahah kemudian
maslahah itu berubah dan berlaku ijmak yang lain bersandar kepadanya ( maslahah yang
berubah ) maka ijmak yang terkemudian menasakhkan ijmak yang pertama.


Manakala qias begitu juga tidak sah ia menasakhkan ak-Quran atau al-Sunnah atau ijmak
atau qias sebagaimana ia tidak boleh dinasakhkannya dengan salah satu daripada empat
dalil tersebut.8




8
    Zakiuddin Sya’ban ,( t.t) , Usul Fiqh Islami, hal. 313-318




                                                      - 25 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




9.1     Hukuman Yang Boleh Dinasakh Dan Tidak Boleh Dinasakh




Hukum-hukum syara’ tidaklah boleh dinasakhkan semua malah ada di antaranya yang
menerima dinasakhkan dan ada di antaranya tidak menerima dinasakhkan.




Hukum-hukum yang tidak menerima atau tidak boleh dinasakhkan


9.1.1 Hukum-hukum yang berbentuk asas atau asli seperti beriman dengan Allah, para
malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat dan seperti seluruh asal asal ‘aqidah dan ‘ibadat.


9.1.2   Hukum-hukum bagi segala sifat-sifat yang mulia dan keji yang tidak akan
berubah dengan sebab berubah keadaan-keadaan dan umat-umat seperti keadilan,
kebenaran, menunaikan amanah, berbuat baik dengan kedua ibu bapa dan seperti
mensyirikkan sesuatu dengan Allah, membunuh seseorang dengan tidak sebenar,
menderhaka kepada kedua ibu bapa, mendusta dan menzalimi orang lain.


9.1.3   Hukum-hukum cabang syara’ yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara’
seperti jihad ke jalan Allah kerana ia tetap berkekalan sehingga qiamat. Sabda Rasulullah
(SAW) :



                                َ ‫اْلِهادَماضَاِلَي وِمَالقيام‬
                                ‫ِ ة‬
                                ِ                  ٍ ُ
Maksudnya : Jihad itu berterusan sehingga hari qiamat.




                                             - 26 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Dan seperti pengharaman nikah mut’ah yang mana ia telah diharuskan oleh Rasulullah
(SAW) dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kerana hajat atau dharurat
kemudian diharamkannya selama-lamanya dengan sabda Rasulullah (SAW) selepas
pembukaan Mekah :
                     ِ
                     ‫اء‬        ِ      ِ ِ ُ           ِ
                   ,َ ‫يأيُّهاَالنَّاسَإِنَِّكنتَقدَأذنتَلكمَِفَاالستِمتاعَبِالنِّس‬
                                                  ُ             ُ ُ ُ
                        ‫ِ ه‬       ‫َّ ِ ِ ِ ِ ِ ن‬
                       َُ‫َوإِنَاهللَقدَحرمَذلكَالَي ومَالقيامة،َفم َََكانَعند‬
                                                                            َّ
                                         ِ ُ
                                                              َّ ِ        َّ ُ ِ
                    ًَ‫َمن هنَشىءَف ليُخلَسبِي لهَُوالَتأخذواَمَّاَآت يتُموهنَشيئ‬
                     ‫ُ ُ َّ ا‬                ُ
Maksudnya:Wahai manusia atau tuan, Seseunnguhnya aku telah memberi keizinan
kepada kamu untuk melakukan nikah muta’ah dengan perempuan-perempuan dan
sesungguhnya Allah telah mengharamkan demikian itu sehinggalah ke hari qiamat, maka
barangsiapa yang masih ada di sisinya mana-mana perempuan melalui nikah muta’ah
maka hendaklah ia melepaskannya dan jangan kamu mengambil sesuatu pun dari apa
yang telah kamu berikan kepada mereka.


Adapun hukum-hukum yang menerima atau boleh dinasakhkan ialah hukum-hukum
cabang syara’ yang tidak dinaskan oleh syara’ berkekalannya.9




Cara Mengetahui Mansukh


Di antara kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh ialah bahawa nasakh tidak terlaksana
kecuali apabila berlaku pertentangn di antara dua nas iaitu sekira-kira tidak mungkin
dihimpun di antara keduanya dan beramal dengan kedua-duanya sekali maka apabila
didapati pertentangan ini di antara dua nas nescaya adalah nas yang terkemudian
menasakhkan nas yang terdahulu dan tidak diketahui terdahulu salah satu daripada

9
    Zakiudin Syaaban ,(t.t) Usul Fiqh al-Islami, hal. 312 dan 313




                                                     - 27 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




keduanya dan terkemudian yang satu lagi kecuali dengan naqli dan ia mempunyai banyak
cara di antaranya :


1.         Bahawa didapati di dalam nas itu sendiri perkara yang menunjuk kepadanya dan
nas yang terdahulu, seperti sabda Rasulullah (SAW):

              ‫ِّ ُ ِ َالد‬    ِ ِّ
          ‫كنتَن هيتُكمَعنَزيارةَِالقبُورَأالَف زورهاَفِإنَّهاَتُذكرَاآلخرةَوتُزهدَِف ُّن يا‬
                                                             ِ ُ ِ              ُ
                                  ُ                ُُ                                   ُ ُ
Maksudnya : Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur maka hendaklah kamu
menziarahinya kerana bahawasanya ia memperingatkan akhirat dan memperzuhudkan
dunia.


Maka bahawasanya hadis ini menunjukkan kepada bahawa larangan dari menziarahi
kubur adalah mendahului suruhannya, oleh yang demikian, maka suruhan menziarahi
kubur adalah menasakhkan larangan menziarahinya.


     2.        Kata perawi : Bahawa hadis begini terdahulu daripada hadis-hadis begini atau
               hadis sekian atau ayat sekian lahir semasa peranag Uhud dan hadis lain atau
               ayat lain lahir semasa perang Badar, atau kata perawi : Adalah yang terakhir
               dari dua perkara daripada Rasulullah (SAW) begini, seperti kata Jabir (RA):



     َُ َّ‫َ ََ َِ ََ َ ََرَ ََ َِ ََر َوََِ ََِ َ َََّ ََُ َََ ََو ََ ََتََر ََالو َ ََ ََّ َ ََّ ََِالَن‬
                                                   ِ
     ‫كان آخر األم ين من َس َل اهلل صلى اهلل عليه َسلم ك َضؤ ماَمست ار‬
                               ُُ                                           ُ         ِ         ِ
Maksudnya : Akhir dua perkara dari rasulullah (SAW) adalah tidak berwudhuk kerana
makan sesuatu di sentuh oleh api (sesuatu yang dimasak dengan api).


Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hiban, maka hadis ini menunjuk bahawa suruhan
berwudhu kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api terdahulu daripada tidak atau




                                                    - 28 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




tinggal berwudhuk kerananya. Oleh sebab itu, tinggal berwudhuk adalah menasakhkan
suruhnya kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api.


       1. Ijma’ ulamak bahawa salah satu daripada dua dalil yang bertentangan nasakh
           yang satu lagi seperti nas ini menasakhkan hukum begini.


Perhatian :


Tidak thabit nasakh dengan ada salah satu daripada dua nas yang bertentangan ditulisan
di dalam al-Quran selepas yang satu lagi, kerana tertib surah-surah dan ayat-ayat di dalam
al-Quran tidaklah berdasarkan kepada tertib turun ayat-ayat al-Quran.


Tidak thabit nasakh mengikut ulamak Syafi’e dengan kata sahabat bahawa adalah
hukumannya begini kemudian dinasakhkan kerana kemungkinan bahawa perkataannya
itu lahir dari ijthadnya tidak dari Rasulullah (SAW).


Tetapi para ulama Hanafi menthabitkan nasakh dengan perkataan sahabat kerana sahabat
adalah ‘adil maka apabila ia menceritakan nasakh adalah ia menunjukkan bahawasanya
ia lahir dari pendengarannya dari Rasulullah (SAW) maka diterima perkataannya tentang
demikian itu.10




10
     Zakiudin Sya’ban , ( t.t.) , Usul Fiqh al-Islami , hal. 318 dan 319




                                                       - 29 -
SLQ 3332 Usul Fiqh 2




Bibliografi



Badran Abu al-Aynayn Badran , Usul al-Fiqh, : 1969 , Kaherah : Darul Maarif.

Badran Abu al-Aynayn Badran, Usul al-Fiqh Islami, ( t.t ), Iskandariah : Muasassah
Syabab al-Jami’ah .

Haji Hassan bin Haji Ahmad, Usul al-fiqh, 2002 , Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul
Majid.

Zakiuddin Sya’ban , Usul Fiqh Islami , ( t.t) , Kaherah : Dar al-Taalif .

Wahbah al-Zuhaili , Usul al-Fiqh al-Islami, cet. 1: 1986, Damsyik : Dar al-Fikr, ,




                                            - 30 -

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Ushul Fiqh - Syara man Qoblana
Ushul Fiqh - Syara man QoblanaUshul Fiqh - Syara man Qoblana
Ushul Fiqh - Syara man QoblanaRendra Fahrurrozie
 
Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1Kamarudin Jaafar
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan HidupFirdhaus Sakaff
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyriibn3ula
 
Ayat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihatAyat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihatIzzati Zainal
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaahmuzani anh
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliJaladi Muda
 
1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhid1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhidwk_aiman
 
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektifNorlaily Kakly
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudZafirah Abdullah
 

Was ist angesagt? (20)

Konsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukhKonsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukh
 
Hukum Mandub
Hukum MandubHukum Mandub
Hukum Mandub
 
Mantik moden
Mantik modenMantik moden
Mantik moden
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Qiyas
QiyasQiyas
Qiyas
 
Ushul Fiqh - Syara man Qoblana
Ushul Fiqh - Syara man QoblanaUshul Fiqh - Syara man Qoblana
Ushul Fiqh - Syara man Qoblana
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyri
 
Ayat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihatAyat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihat
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazali
 
1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhid1. asas pengenalan ilmu tauhid
1. asas pengenalan ilmu tauhid
 
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
 

Andere mochten auch

Ibadah Dan Akhlak
Ibadah Dan AkhlakIbadah Dan Akhlak
Ibadah Dan Akhlakkuliahnet
 
Eksistensi martabat manusia agama islam
Eksistensi martabat manusia agama islamEksistensi martabat manusia agama islam
Eksistensi martabat manusia agama islam-
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisBudak Baik
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanAffwan Lokman
 

Andere mochten auch (7)

Kuliah usul fiqh sb
Kuliah usul fiqh sbKuliah usul fiqh sb
Kuliah usul fiqh sb
 
Ibadah Dan Akhlak
Ibadah Dan AkhlakIbadah Dan Akhlak
Ibadah Dan Akhlak
 
Pres, u.qur'an
Pres, u.qur'anPres, u.qur'an
Pres, u.qur'an
 
Eksistensi martabat manusia agama islam
Eksistensi martabat manusia agama islamEksistensi martabat manusia agama islam
Eksistensi martabat manusia agama islam
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
 
AQIDAH,SYARIAH,AKHLAK
AQIDAH,SYARIAH,AKHLAKAQIDAH,SYARIAH,AKHLAK
AQIDAH,SYARIAH,AKHLAK
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
 

Ähnlich wie Tugasan usul fiqh2

Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptxDisusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptxAdeWahyufin
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqhIM UMAZ
 
BUKLET Kewajiban Syariah Islam plus cover
BUKLET Kewajiban Syariah Islam plus coverBUKLET Kewajiban Syariah Islam plus cover
BUKLET Kewajiban Syariah Islam plus coverAnas Wibowo
 
Makalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukhMakalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukhLutfi Widad
 
Makalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukhMakalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukhMuhammad Iqbal
 
Power Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptx
Power Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptxPower Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptx
Power Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptxlanawalakumisnun
 
konsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.pptkonsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.pptnimalfaiz1
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam  Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam rosasitihajar
 
BUKLET Kewajiban Syariah Islam PDF
BUKLET Kewajiban Syariah Islam PDFBUKLET Kewajiban Syariah Islam PDF
BUKLET Kewajiban Syariah Islam PDFAnas Wibowo
 
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)Marhamah Saleh
 

Ähnlich wie Tugasan usul fiqh2 (20)

Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa MansukhUlumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
 
Pembentangan usul
Pembentangan usulPembentangan usul
Pembentangan usul
 
Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptxDisusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 
BUKLET Kewajiban Syariah Islam plus cover
BUKLET Kewajiban Syariah Islam plus coverBUKLET Kewajiban Syariah Islam plus cover
BUKLET Kewajiban Syariah Islam plus cover
 
Ilmu nasikh mansukh
Ilmu nasikh mansukhIlmu nasikh mansukh
Ilmu nasikh mansukh
 
Bab i uq
Bab i uq Bab i uq
Bab i uq
 
Makalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukhMakalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukh
 
Makalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukhMakalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukh
 
naskh wa mansukh
naskh wa mansukhnaskh wa mansukh
naskh wa mansukh
 
Presentation psi
Presentation psiPresentation psi
Presentation psi
 
Power Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptx
Power Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptxPower Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptx
Power Point ulumul Qur'an (Nasakh- .pptx
 
Pengertian fiqh
Pengertian fiqhPengertian fiqh
Pengertian fiqh
 
Pengertian fiqh
Pengertian fiqhPengertian fiqh
Pengertian fiqh
 
konsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.pptkonsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.ppt
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam  Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam
 
BUKLET Kewajiban Syariah Islam PDF
BUKLET Kewajiban Syariah Islam PDFBUKLET Kewajiban Syariah Islam PDF
BUKLET Kewajiban Syariah Islam PDF
 
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
 

Mehr von Kamarudin Jaafar

Mehr von Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Tugasan usul fiqh2

  • 1. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Hukum Al-Nasakh dan Pembahagiannya 1.0 Pendahuluan Sememangnya dalam syari’at Islam mempunyai konsep nasikh dan mansukh, namun jumhur ulamak sepakat hanya beberapa ayat dan surah tertentu sahaja yang terlibat. Mustahil berlaku nasakh terhadap semua ayat al-Quran. 2.0 Pengertian Nasakh 2.1 Nasakh dari segi bahasa boleh diertikan kepada makna-makna berikut:- 2.1.2 Izalat َ ‫إِزال‬ ‫َة‬ ( menghilangkan) seperti : َّ ِ ُ ‫ِ َالش‬ َ‫َنسخت َّمسَالظل‬ Maksudnya : Matahari menghilangkan bayang. 2.1.2 ِ ِ ‫ن قلَوَتويل‬ (memindahkan atau menyalin) seperti: ‫ُ ِب‬ َ ‫نسختَالكتا‬ Maksudnya : Saya menyalin buku. 2.2 Nasakh dari segi istilah ulama’ usul Fiqh ialah: ٍ ُ ٍّ ِ ٍ ِ ٍّ ِ ٍ ُ ِ ُ ََُ‫بيانَانتِهاءَحكمَشرعيَبِطريقَشرعيَمت راخَعنه‬ Maksudnya: Menyatakan terhenti sesuatu hukum syara’ dengan adanya jalan syara’ yang terkemudian membatalkannya. -1-
  • 2. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 2.3 Huraian Bayan ( َ‫ ) بيان‬adalah umum merangkumi menyatakan permulaan ( ‫ ) إبتدأ‬seperti menyatakan atau menerangkan mujmal atau am atau mutlak dan menyatakan terhenti ( ‫) انتهاء‬ ‫ ) إبتدأ‬Gunanya ialah untuk mengeluarkan semua jenis menyatakan Ibtida’( permulaan ( ‫ ) إبتدأ‬seperti menerangkan / menyatakan mujmal , am dan mutlak. Hukum Syari’e gunanya untuk mengeluarkan hukum akal iaitu hukum, al-biratu al- asliyah ( terlepas tanggungjawab pada asal) kerana menyatakan terhenti al-biratu al- asliyah dengan disyari’atkan hukum-hukum pada permulaan tidak dinamakan nasakh. Pensyari’atan puasa Ramadhan adalah menyatakan terhenti al-biratu al-asliyah yang menghendaki tinggal puasa maka ia tidak dinamakan nasakh kerana hukum syara’ ialah Khitab Allah sedangkan al-biratu alasliyah bukanlah khitab Allah. 2.4 Menurut Istilah 2.4.1 Terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil lain yang membatalkannya. 2.4.2 Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yang telah sedia ada dengan sesuatu hukum syarak berdasarkan dalil dan nas yang tiba kemudian daripadanya. -2-
  • 3. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Menurut Ibn al-Hijab al-Maliki, nasakh ialah menggantikan atau merubah hukum syarak dengan dalil yang turun kemudian. Di mana dalam nasakh terdapat dua nas yang turun tidak bersama. Nas yang turun terdahulu dinamakan dengan yang diganti atau mansukh dan nas yang turun kemudian disebut nasikh atau yang mengganti.1 3.0 Syarat al-Nasakh Untuk menasakhkan sesuatu nas seharusnya dengan memenuhi syarat tertentu iaitu: 3.1 Iaitu hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali bukan hukum akal yang telah tetap. Contohnya: Setiap yang hidup pasti mati. Ia tidak mungkin dapat dinasakhkan lagi. 3.2 Iaitu hukum yang dinasakhkan bukan hukum yang berbentuk menyeluruh atau kulli. Justeru itu al-Qawa’id al-Kulliyyah serta apa yang disepakati oleh ulamak sudut kebaikan dan keburukan sepeti amanah, adil, zalim, bohong dan lainnya tidak mungkin dapat dinasakhkan. 3.2 Hendaklah hukum yang diganti turunnya lebih dahulu daripada pengganti . 3.3 Hukum yang digantikan sabit berdasarkan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan berdasarkan nas. Jika begitu, akan menimbulkan percanggahan kerana yang menurunkan nas pengganti dan yang diganti atau nasikh dan mansukh adalah Allah. Justeru itu ulamak Fiqh sepakat jihad tidak akan dinasakhkan. Sebagaimana sabda nabi daripada riwayat Anas bin Malik: 1 Badran Abu al-Aynayn ( 1969 ), Usul al-Fiqh, hal. 422 -3-
  • 4. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Maksudnya : Jihad itu berlangsung sejak aku diutuskan hingga orang terakhir di kalangan umatku membunuh Dajjal.2 3.4 Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif. Di samping itu menasakhkan hukum sebelumnya. 3.5 Hendaklah pengganti adalah khitab daripada Allah yang kedudukannya adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut kekuatan sabit dan dilalahnya. 3.6 Jelas berlaku pertentangan di antara dua dalil, iaitu al-Nasikh dan al-Mansukh benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas itu masih dapat dikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinkan , seperti : Ta’wil, nas tersebut tidak dapat dinasakh. Menurut pendapat imam al-Syafi’e dan imam Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi sama sudut jenis.3 3.7 Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlaku al- Nasakh, seperti: Hukum furu’. Seterusnya kaedah al-Nasakh mestilah berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat baginda. 2 Abu Daud, al-Jihad, 2170 3 Badran Abu al-Aynayn Badran, Usul al-Fiqh Islami ( t.t) , hal. 443 dan 444 -4-
  • 5. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 4.0 Hikmat al-Nasakh 4.1 Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia, di mana kadang-kadang kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.4 Ia adalah matlamat utama disyari’atkan hukum, kerana kemaslahatan-kemaslahatan ini kadang-kadang berlainan dengan sebab berlainan keadaan dan masa dan apabila disyaria’atkan sesuatu hukum kerana ada kemaslahatan kemudian hilang ia ( kemaslahatan) maka yang sesuai ia dengannya pada ketika itu ialah tamat hukum yang disyariatkan kerananya. Sebagai contohnya adalah seperti berikut: Diriwayatkan bahawa satu rombongan orang-orang Arab datang ke Madinah pada beberapa hari Hari raya korban dan mereka memerlukan kemudahan dan kelapangan. Lalu Rasulullah (SAW) melarang mereka dari menyimpan daging-daging korban demi untuk memenuhi kemaslahatan ini. Ketika keadaan ini berakhir dan orang-orang yang datang ke Madinah tidaklah lagi memerlukan kemudahan dan kelapangan maka hukumnya pun berubah iaitu diharuskan menyimpan daging-daging korban. Rasulullah (SAW) telah bersabda berhubung dengan itu:- َََ‫إَِّناَن هيتُكمَعنَادخاِرَُلُوِمَاألضاحىَأل َل ََّاََََّاََِّ َ َََّ َََ ََُُواَو َ َِروا‬ ََُ‫ِ ج ِ َالد فة لتَدفت فكلَ َادخ‬ َّ ِ ُ ِّ ِ ُ َّ Maksudnya : Sesungguhnya aku telah melarang kamu dari menyimpan daging-daging korban kerana rombongan yang datang ke Madinah pada beberapa hari tasyrik, maka makanlah dan simpanlah kamu. 4 Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, juz 2, ( 1986 ) , hal.934, 937 dan 938 -5-
  • 6. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 4.2 Kadangkala untuk menghilangkan kesempitan . Ia selaras dengan dasar syaria’t yang tidak membebankan umatnya. Di antara contohnya melarang dari minum arak pada peringkat permulaaan sedangkan ia terkenal di kalangan Arab dan di antara kebiasaan mereka ialah meletakkan atau menuangkan minuman arak ke dalam bekas-bekas tertentu, lalu baginda melarang mereka dari minum minuman yang harus di dalam bekas-bekas yang pada masa dahulu mereka menuangkan arak ke dalamnya demi untuk menutup jalan dan menjauhkan mereka dari setiap perkara yang membawa mereka kepada mereka kepada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang diharamkan, lalu sebahagian daripada para sahabat mengadu kepada Rasullullah tentang kesulitan dan kesempitan yang mereka tempuhi akibat dari larangan ini, maka rasullullah(SAW) mengharuskan mereka meminum minuman yang harus di dalam semua bekas dan membataskan larangan kepada minum minuman yang memabukkan sebagaimana sabdanya: ُّ ُِ َّ ِ ُ ِ ِ ُ ُ ,َُ ‫كنتَن هيتُكمَاألشربةَِفَالظُّروف،َوإِنَظرفاًَالَُيلَشيئاًَوالَُيرم‬ ‫ُ ِّ ُه‬ ُ ُ ‫فاشربُواَفِيماَشئتُ َ,َوالَتشربُو َ َ ََرا‬ ِ ً‫اَمسك‬ُ ‫ِ م‬ Maksudnya: Dahulu aku melarang kamu dari meminum minum-minuman di dalam bekas-bekas ( bekas arak ) dan sesungguhnya arak tidaklah menghalalkan sesuatu dan mengharamkannya, maka minumlah kamu dalam mana-mana bekas yang kamu kehendaki dan jangan kamu meminum minuman yang memabukkan. 4.3 Meraikan beransur-ansur syari’at Ini tidak akan mengejutkan mereka yang disyaria’tkan hukum baginya dengan suatu syari’at yang menyulitkan mereka atau yang meliarkan jiwa-jiwa mereka daripadanya. -6-
  • 7. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Di antara maksud beransur-ansur ialah datang hukum-hukum taklifi sedikit demi sedikit dan selarasnya dengan keadaan –keadaan mereka yang disyariatkan hukum-hukum baginya supaya jiwa-jiwa mereka bersedia menerimnya dan beramal mengikut kehendak Allah . Di antara contohnya ialah : 4.3.1 Bahawa sembahyang pada mulanya diwajibkan dua rakaat pada waktu pagi dan petang sebagai kasihan belas terhadap manusia kerana mereka baru sahaja dengan Islam dan belum merasai kelazatan munajat di dalamnya. Maka ketika jiwa mereka merasai tenteram dan tenang Allah menjadikannya lima kali sembahyang di dalam waktu-waktu dan rakaat tertentu. 4.3.2 Bahawa hukuman ke atas zina pada permulaan Islam ialah dikurung di dalam rumah bagi perempuan dan disakiti dengan perkataan bagi lelaki sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran: (Surah al-Nisa’ : 15 dan 16) Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan- perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka, kemudian kalau-kalau keterangan-keterangan saksi terhadap perbuatan mereka, kemudian kalau keterangan-keterngan saksi itu mengesahkan -7-
  • 8. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) di dalam rumah hingga mereka sampai ajalnya atau hingga Allah mengadakan bagi mereka jalan keluar ( dari hukuman itu ). Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu (setelah thabit kesalahan mereka ) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya, kemudian jika mereka bertaubat memperbaiki keadaan diri ( yang buruk itu ) maka biarkanlah mereka kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat lagi amat luas rahmatNya. 5.0 Bahagian-bahagian Nasakh Nasakh terbahagi kepada empat bahagian, 5.1 Nasakah secara terus terang Iaitu bahawa syara’ menyatakan secara terus terang bahawa syariatnya yang terkemudian membatalkan syariatnya dahulu seperti firman Allah: (Surah a-Anfal: 65 dan 66 -8-
  • 9. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Maksudnya: Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang, jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang ( dari pihak musuh yang kafir itu ), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir, disebabkan meraka ( yang kafir itu ) orang-orang yang tidak mengerti. Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu ( apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang , dan jika ada di antara kamu seribu orang nescaya dapat menewas dua ribu orang dengan izin Allah, dan ingatlah Allah beserta orang-orang yang sabar. 5.2 Nasakh Secara Kandungan Iaitu bahawa disyari’atkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum yang terlebih dahulu dengan sekiranya tidak mungkin dihimpun atau disatukan di antara dua hukum melainkan dibatalkan salah satu daripadanya maka dihukum bahawa hukum yang terkemudian, menasakhkan hukum yang terdahulu dengan tidak dinyatakan secara terang-terang bahawa hukum yang terkemudian menasakhkan hukum yang terdahulu di antara contohnya: (Surah al-Baqarah: 180) Maksudnya : Kamu diwajibkan apabila seorang kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia ) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagimana sesuatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. -9-
  • 10. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Allah telah mewajibkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat melalui ayat ini, kemudian ia mensyari’atkan hukum-hukum yang bertentangan dengan hukum-hukum di dalam ayat tersebut dengan menghukum membahagikan harta peninggalan mengikut bentuk yang datang di dalam ayat mengenai pembahagian pusaka iaitu firman Allah : ( Surah al-Nisa’: 11 ) Maksudnya Allah perintahkan kamu tentang ( pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak-anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan. Dalam sambungan ayat ini dan dan berikutnya telah diterangkan dengan jelas pembahagian-pembahagian pusaka selain dari anak-anak, dengan sebab itu kita dapati bahawa hukum yang kedua menasakhkan hukum pertama secara kandungannya atau tidak langsung kerana tidak mungkin dikompromikan di antara keduanya kecuali dengan nasakh, dan menunjuk ke atas nasakh ini oleh sabda Rasulullah selepas turun ayat pusaka : ٍَ ‫إِنَاهللَأعطىَكلَذيَحقَحقهَُفالَوصيَّةَلِوار‬ ‫ِ ِث‬ َّ ٍّ ِ َّ ُ َّ Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang mempunyai hak akan haknya maka tidak sah wasiat kepada waris. - 10 -
  • 11. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 5.3 Nasakh Keseluruhan Ialah bahawa syara’ membatalkan secara keseluruhan akan hukum yang terdahulu dan merangkumi setiap orang mukalaf. Di antara contohnya ialah firman Allah: Surah al-Baqarah: 234 Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka ( ber’idah) selama empat bulan sepuluh hari. Hukum ayat ini telah menasakhkan hukum yang terdahuu disyari’atkanNya bagi kesemua perempuan-perempuan yang terkandung dalam firman Allah : Surah al-Baqarah : 240 Maksudnya : Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati ( makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. - 11 -
  • 12. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Maka hukum beri’dah perempuan yang mati suaminya selama setahun yang difahamkan dari ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat pertama yang menunjukkan bahawa hukum ber’idah perempuan yang mati suami adalah selama empat bulan sepuluh hari sahaja. 5.4 Nasakh Sebahagian Iaitu bahawa syara’ telah mensyari’atkan hukum secara umum dan merangkumi tiap-tiap orang mukalaf kemudian membatalkan hukum ini untuk sebahagain daripada orang-orang mukalaf. Di antara contohnya ialah firman Allah: Surah al-Baqarah : 234 Maksdunya : Orang-orang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri- isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beri’dah) empat bulan sepuluh hari. Kerana ayat ini menunjuk secara umumnya bahawa ‘idah perempuan yang mati suaminya sama ada ia pada masa itu sedang mengandung atau tidak ialah empat bulan sepuluh hari. - 12 -
  • 13. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Kemudian turun firman Allah: Surah al-Talak : 4 Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung tempoh ‘idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Ayat ini telah menunjukkan secara umumnya bahawa perempuan mengandung sama ada diceraikan atau mati suaminya ‘idahnya ialah melahirkan anak kandungannya, justeru itu, ayat ini menasakhkan ayat pertama secara sebahagian, kerana hukum ‘idah perempuan yang tidak mengandung dan mati suaminya masih kekal berdasarkan kepada kehendak ayat pertama iaitu empat bulan sepuluh hari.5 6.0 Cara-cara berlaku Nasakh Nasakh terkadang adalah ia dengan disyaria’tkan hukum baharu sebagai gantinya dan terkadang adalah ia tanpa diganti dengan hukum baharu. Kemudian hukum baharu sebagai ganti daripada hukum yang dimansukhkan terkadang adalah ia sama dengan hukum yang dimansukhkan atau telebih ringan atau terlebih berat daripadanya. Di antara contoh nasakh dengan hukum yang sama dengan hukum yang sama dengan hukum yang dimansukhkan ialah dinasakh menghadap ke Baitul Maqdis dengan ke Baitullah al-Haram di dalam solat. 5 Badran Abu al-Aynayn ( 1969 ), Usul al-Fiqh, hal. 471-473 - 13 -
  • 14. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Di antara contoh nasakh dengan hukum yang terlebih ringan dengan menghukum yang dinasakh ialah nasakh pengharaman melakukan persetubuhan pada waktu-waktu malam di bulan Ramadhan setelah jaga daripada tidur dengan diharuskannya pada waktu malam Ramadhan kerana firman Allah: Surah al-Baqarah : 187 Maksudnya : Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan ister-isteri kamu . Di antara contoh nasakh dengan hukum yang terlebih berat daripada hukum yang dinasakh ialah nasakh harus meminum arak dengan diharamkannya. Di antara contoh nasakh tanpa diganti dengan hukum baharu ialah nasakh harus nikah muta’ah yang adalah ia diharuskan oleh Rasulullah (SAW) di dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kemudian baginda mengharamkannya tanpa diganti dan bersabda ia َ َََّ َِ‫يأيُّهاَالن ََُاِ َََِّكنتَقد َ ََ َََُ َُ ََ ِ َ َِ ََِ ََ َََِِالَِّ َ َ,َو‬ ِ ‫َّاس ن ُ ُ َأذنت لكم ِفَاالستمتاع ب نساء َإن اهلل‬ ِ ‫قد حَّم ذلِك اِل َِم القيامة،َفمن كان عنده م هن شىء ليخل سب له‬ َّ ِ ِ ِ ِ ِ َََُ‫ََ ََ ََرََ ََ َََ ََيَوََ َ ََ َ َ َ َ َََ َ ََ ََ َََُ َنَ َُ َََّ َ َ ََفَََُ َ ََ ََِي‬ ًَ‫َوالَََ َ َُو ََِّاَآت يتُموهن ََئ‬ ‫َ تأخذَاَم ُ ُ َّ َشي ا‬ ُ Maksdunya : Wahai manusia sesungguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu bernikah mut’ah dengan perempuan-perempuan dan bahawasanya Allah mengharamkan demikian itu sehingg Hari Qiamat, maka barangsiapa ada di sisinya mana-mana perempuan daripada mereka hendaklah ia melepaskannya dan jangan sama sekali kamu mengamal sesuatu daripada apa yang kamu telah memberikannya kepada mereka. - 14 -
  • 15. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 7.0 Harus Berlaku Nasakh Nasakh berlaku semasa hayat rasulullah (SAW) kerana nasakh tidak berlaku kecuali melalui wahyu dan ia ( wahyu) berkemungkinan turun semasa hayatnya Rasulullah (SAW) Rasulullah (SAW) dan tidak berkemungkinan nasakh dan dibatalkan kerana baginda adalah kesudahan para nabi dan rasul-rasul dan tidak ada lagi nabi selepasnya sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran : Adapun selepas wafatnya Rasululah (SAW) maka tidak berlaku nasakh mana-mana hukum sama sekali kerana wahyu tidak ada lagi pada masa itu, dengan sebab itu maka kesemua hukum-hukum yang diamalkan pada masa hayat Rasullullah (SAW) dan tidak lahir daripada baginda suatu yang menasakhkannya adalah ia teguh dan tetap selepas firmannya, Surah al-Akhrab : 40 Maksudnya: “Bukanlah nabi Muhammad itu ( dengan sebab ada anak angkat) menjadi bapa yang sebenar bagi seorang daipada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah rasulullah (SAW) dan kesudahan segala anbia’.”Kerana itulah syaria’tnya adalah kesudahan syaria’t-syaria’t langit dan ia kekal sehingga ke hari Qiamat.6 6 Badran Abu al-Ay’nayn Badran, ( 1969 ) ,Usul al-Fiqh , hal. 478 - 15 -
  • 16. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 8.0 Dalil-dalil Yang Menasakhkan Mengikut kaedah umum dalam syari’at Islam bahawa sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkannya kecuali oleh dalil sama kuat dengannya atau terlebih kuat daripadanya, jika sekiranya dalil itu mutawatir maka tidak bolek dinasakhkannya kecuali oleh dalil mutawatir atau masyhur pada pandangan ulamak Hanafi. Sekiranya dalil itu khabar ahad maka harus dinasakhkannya oleh hadis ahad kerana ia sepertinya dari segi kekuatan dan hadis mutawatir dan masyhur kerana kedua-duanya terlebih kuat daripadanya. Dan jika sekiranya ia qath’i al-dilalah maka tidak harus dinasakhkannya kecuali dalil qath’i al-dilalah. Berdasar kepada umum tersebut dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pandangan ulamak tentangnya sebagaimana berikut: 8.1 Dinasakh al-Quran dengan al-Quran atau al-Sunnah Al-Quran harus dinasakhkan dengan al-Quran apabila sama kedua-duanya dari segi dilalah kerana sama dari segi kekuatan. Adapun dinasakh al-Quran dengan al-Sunnah para ulamak berselisih pendapat tentang harusnya: - 16 -
  • 17. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Jumhur ulamak berpendapat bahawa harus dinasakh al-Quran dengan hadis mutawatir kerana ia seumpama al-Quran dari segi kekuatan dan dengan hadis masyhur pada pandangan ulamak Hanafi kerana ia hampir dengannya dari segi kekuatan tetapi tidak harus dinasakh al-Quran dengan hadis Ahad kerana ia lebih rendah daripada al- Quran dari segi kekuatan. Ini adalah kerana yang terlebih rendah tidak boleh menasakhkan yang terlebih kuat. Ini adalah pendapat yang rajih. Sebahagian daripada ulamak di antaranya ulamak al-Syafi’e berpendapat bahawa tidak harus dinasakhkan al-Quran degan al-sunnah walaupun ia Mutawatir atau Masyhur. Di antara alasan jumhur ulamak ialah bahawa Allah telah mewajibkan wasiat kepada kedua ibu bapa dan keluarga-keluarga terdekat dengan firmanNya:- Surah al-Baqarah:180 Maksudnya : Kamu diwajibkan , apabila seseorang dari kamu hampir mati jika ia meninggal harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik , sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa. Kemudian dinasakhkan kewajipan tersebut dengan sabda rasulullah (SAW): ٍَ ‫الَوصيَّةَلِوار‬ ‫ِ ِث‬ Maksudnya: Tidak sah wasiat untuk waris (diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi.)7 7 Haji Hassan bin Haji Ahmad, ( 2002 ) , Usul Fiqh , hal. 503 - 17 -
  • 18. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Di antara alasan al-Imam al-Syafi’e tentang tidak harus dinasakh al-Quran dengan al- Sunnah ialah firman Allah: Surah al-Baqarah:106 Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan (batalkan) atau yang kami tinggalkan (atau tangguhkan ) kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu . Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menyandarkan ganti ayat yang dinasakhkan itu kepada dirinya sendiri dan yang didatang diganti oleh Allah ialah al-Quran sahaja, maka yang menasakhkan al-Quran ialah al-Quran bukan al-Sunnah dan Allah telah menjelaskan bahawa ia menjadikan pengganti terlebih baik daripada yang dinasakhkan atau sama denannya. Al-Sunnah tidaklah ia terlebih baik dari al-Quran dan tidak sama dengannya, oleh itu, al-Sunnah tidak layak menjadi pengganti al-Quran dan menasakhkannya. Dan Allah juga telah mengusuli ayat dengan firmanNya:- Surah al-Baqarah:106 Maksudnya: “Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,” maka ia menjadikan nasakh dari mereka yang mempunyai kekuasaan yang sempurna iaitu Allah. - 18 -
  • 19. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Oleh yang demikian, maka menasakhkan itu adalah ia dari pihaknya sahaja dan iaitulah al-Quran bukan al-Sunnah. 8.2 Nasakh al-Sunnah Dengan al-Sunnah Harus dinasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah jika sama keduanya dari segi thabit dan dilalah ( petunjuk) maka jika sekiranya ia mutawatir, maka tidak boleh dinaskhkannya kecuali dengan mutawatir atau masyhur di sisi ulama’ Hanafi. Dan jika ia hadis ahad, maka harus dinasakhkannya dengan hadis mutawatir dan mayshur kerana kedua-duanya terlebih kuat dari ahad sebagaimana ia diharuskan nasakh dengan hadis ahad. 8.3 Nasakh al-Sunnah Dengan al-Quran Harus dinasakhkan al-sunnah dengan al-Quran walaupun ia mutawatir atau masyhur mengikut pendapat yang rajih daripada beberapa pendapat para fuqaha’ kerana al-sunnah adalah wahyu dari Allah sebagaimana al-Quran dan tidak ada halangan dinasakh wahyu dengan wahyu yang lain kerana ada persamaan di antara keduanya dari segi ini dan kerana thabit nasakh al-sunnah dengan al-Quran di dalam beberapa masalah di antaranya: 8.3.1 Bahawa menghadap Baitul Maqdis di dalam solat pada permulaan Islam adalah thabit dengan al-sunnah dan dinasakhkannya dengan menghadap ke Baitullah al-Haram melalui firman Allah : Surah al-Baqarah : 144 - 19 -
  • 20. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Maksudnya: Maka palinglah mukamu ke arah Masji al-Haram ( tempat letaknya Ka’abah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. 8.3.2 Makan , minum dan bersetubuh dengan perempuan pada malam-malam bulan Ramadhan adalah diharamkan selepas solat ‘Isyak atau tidur walaupun sekejap selepas Maghrib sehinggalah masuk waktu Maghrib malam berikutnya. Hukum ini adalah thabit dengan al-Sunnah Saidina “Umar (RA) telah bersetubuh dengan isterinya selepas ‘Isyak lalu beliau menghadap Rasulullah (SAW) dan menceritakan apa yang telah beliau lakukan . Baginda Rasulullah menjawab :” Engkau tidak sepatutnya melakukan demikian wahai ‘Umar”, maka bangun beberapa orang sahabat mengaku bahawa mereka juga sudah terlibat dengan perkara tersebut selepas solat ‘Isyak, maka turunlah firman Allah : Surah al-Baqarah : 187 Maksudnya : Dihalal bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan isteri-isteri kamu, isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka, Allah mengetahui bahawa kamu sesungguhnya mengkhianati diri sendiri lalu tuhan menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang, setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi - 20 -
  • 21. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 kamu, dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih ( cahaya siang ) dari benang hitanm ( kegelapan malam) iaitu waktu fajar , kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (Maghrib) Dengan ini nyatala kepada kita bahawa al-sunnah dinasakhkan dengan al-Quran. 8.4 Nasakh dengan Ijma’ Jumhur ulamak berpendapat bahawa ijma’ tidak harus menasakhkan nas dari al-Quran dan al-Sunnah kerana nas adalah jika ianya qath’i maka tidak mungkin berlaku ijma’ menyalahinya dan jika ia adalah zanni maka mungkin berlaku ijma’ meyalahinya tetapi ijma’ ini hanya berlaku kerana berdasarkan kepada dalil yang rajih, atau kuat pada pandangan ulamak-ulamak- yang sepakat tentang nas tersebut dan di dalam keadaan ini tidaklah yang menasakhkan nas itu ijma’ malah yang menasakhkannya itu ialah nas yang terbina ijma’ ke atasnya. 8.5 Nasakh Ijma’ Dengan al-Quran atau al-Sunnah Sebagaimana tidak harus ijma’ menasakh al-Quran atau al-sunnah begitu pula tidak harus al-Quran atau al-sunnah menasakhkan ijma’, kerana yang menasakh mestilah terkemudian daripada yang dinasakh. Al-Quran dan al-Sunnah adalah mendahului ijma’, kerana ijma’ tidak dikira hajat kecuali setelah wafat baginda Rasulullah (SAW). Oleh yang demikian, maka tidaklah harus al-Quran atau al-Sunnah menasakhkan ijma’. - 21 -
  • 22. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 8.6 Nasakh Ijma’ Dengan Ijma’ Tidak harus dinasakh ijma’ dengan ijma’ yang lain, kerana ijma’ apabila terlaksana wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya. Oleh yang demikian apabila berlaku ijma’ selepasnya yang mana ia menyalahinya maka ijma’ yang terkemudian itu tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya. Beginilah kebanyakan ulamak usul Fiqh membuat ketetapan secara itlaqnya dan tidak membezakan di antara ijma’ dengan ijma’. Ketetapan ini hanya tertentu dengan bentuk ijma’ yang bersandar kepada selain daripada maslahah seperti al-Quran atau al-Sunnah atau qias. Adapun ijma’ yang bersandar kepada maslahah maka harus ia dinasakhkan dengan ijma’ yang terkemudian apabila berubah maslahah yang dibenarkan ijma’ terdahulu, kerana kehujahan ijma’ yang bersandar kepada maslahah hanya ia dengan memandang kepada terlaksana maslahah yang hanya para ulama’ mujtahidun telah ijma’ atau sepakat tentang hukum yang hanya berdasarkan kepadanya (maslahah). Jika berlaku perubahan kepada maslahah tersebut, maka tidaklah ijma’ yang berdasar kepada maslahah yang sudah berubah itu jadi hujah , dan harus menyalahinya dan disyari’atkan hukum berdasarkan kepada maslahah yang ada. - 22 -
  • 23. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 8.7 Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al- Qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ Tidak harus dinasakah al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga tidak harus dinasakh qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah tidak ia menyalahi nas al-Quran dan al-Sunnah atau Ijma’ dan jika sekiranya ia menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya. 8.8 Dinasakh Qias dengan Qias Tidak harus qias menasakhkan qias yang lain sebagaimana ia juga tidak harus dinasakhkan dengan qias yang lain kerana qias tidak dikenali kecuali dengan pemikiran dan ijtihad. Qias tidak menjadi hujah kecuali dengan dipandang kepada mujtahid yang sampai ia kepadanya dengan ijtihadnya. Adapun orang lain daripadanya terdiri daripada para mujtahidin tidaklah ia jadi hujah di sisinya dan tidak wajib ia beramal dengannya. Berdasarkan kepada perkara ini jika adalah dua qias yang berlainan itu lahir salah satu daripada keduanya dari seorang mujtahid dan yang satu lagi lahir dari mujtahid yang lain nescaya tidak berlaku pertentangan di antara keduanya yang menyebabkan salah satu daripada keduanya menasakhkan dan yang satu lagi dinasakhkan kerana kehujahan tiap- tiap satu daripada keduanya adalah ia dipandang kepada empunya sahaja. Adapun jika kedua-dua qias itu lahir dari seorang mujtahid sahaja , nescaya qias yang kedua adalah bertentangan dengan qias yang pertama tetapi tidak sah bahawa qias yang kedua menasakhkan qias yang pertama, kerana qias lahir dari pemikiran dan ijtihad tidak ada jalan baginya di dalam menasakh hukum-hukum dan di dalam keadaan ini wajiblah ke atas mujtahid itu meneliti untuk memberati (tarjih) salah satu ke atas yang satu lagi, - 23 -
  • 24. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 dan jika nyata baginya berat salah satu daripada keduanya hendaklah ia beramal dengannya , dan jika tidak nyata baginya berat salah satu daripada keduanya hendaklah ia beramal dengan salah satu daripada dua qias yang hatinya tenteram dengannya, dan nyatalah ini dengan jelasnya pada masalah-masalah Istihsan , iaitu ketika berhimpun di dalam satu masalah dua qias yang bertentangan: salah satunya zahir ‘ilatnya dan yang satu lagi tersembunyi ‘ilatnya, di sini tidaklah boleh dianggap salah satu daripada keduanya itu menasakhkan yang satu lagi. Hanya hendaklah mujtahid itu hendaklah beramal dengan yang rajih (berat) daripada keduanya. Ia (rajih) pada kebiasaannya ialah qias yang tersembunyi ‘ilatnya dan dinamakannya sebagai istihsan. - 24 -
  • 25. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 9.0 Kesimpulannya Berhubung dengan dalil-dalil yang menasakh oleh sebahagian akan sebahagiannya yang lain bahawa al-Quran harus dan sah menasakh oleh sebahagiannya akan sebahagiannya yang lain, begitu juga al-Sunnah sah bahawa berlaku nasakh sesamanya apabila persamaan dari segi thabit dan dilalah. Mengikut pendapat yang rajih bahawa sah berlaku nasakh menasakhkan di antara al- Quran dan al-Sunnah. Ijmak tidak sah menasakhkan al-Quran atau al-Sunnah dan tidak sah dinasakhkannya dengan keduanya. Begitu juga ia tidak sah dinasakhkannya dengan ijmak yang lain kecuali apabila ijmak yang pertama itu bersandar kepada sesuatu maslahah kemudian maslahah itu berubah dan berlaku ijmak yang lain bersandar kepadanya ( maslahah yang berubah ) maka ijmak yang terkemudian menasakhkan ijmak yang pertama. Manakala qias begitu juga tidak sah ia menasakhkan ak-Quran atau al-Sunnah atau ijmak atau qias sebagaimana ia tidak boleh dinasakhkannya dengan salah satu daripada empat dalil tersebut.8 8 Zakiuddin Sya’ban ,( t.t) , Usul Fiqh Islami, hal. 313-318 - 25 -
  • 26. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 9.1 Hukuman Yang Boleh Dinasakh Dan Tidak Boleh Dinasakh Hukum-hukum syara’ tidaklah boleh dinasakhkan semua malah ada di antaranya yang menerima dinasakhkan dan ada di antaranya tidak menerima dinasakhkan. Hukum-hukum yang tidak menerima atau tidak boleh dinasakhkan 9.1.1 Hukum-hukum yang berbentuk asas atau asli seperti beriman dengan Allah, para malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat dan seperti seluruh asal asal ‘aqidah dan ‘ibadat. 9.1.2 Hukum-hukum bagi segala sifat-sifat yang mulia dan keji yang tidak akan berubah dengan sebab berubah keadaan-keadaan dan umat-umat seperti keadilan, kebenaran, menunaikan amanah, berbuat baik dengan kedua ibu bapa dan seperti mensyirikkan sesuatu dengan Allah, membunuh seseorang dengan tidak sebenar, menderhaka kepada kedua ibu bapa, mendusta dan menzalimi orang lain. 9.1.3 Hukum-hukum cabang syara’ yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara’ seperti jihad ke jalan Allah kerana ia tetap berkekalan sehingga qiamat. Sabda Rasulullah (SAW) : َ ‫اْلِهادَماضَاِلَي وِمَالقيام‬ ‫ِ ة‬ ِ ٍ ُ Maksudnya : Jihad itu berterusan sehingga hari qiamat. - 26 -
  • 27. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Dan seperti pengharaman nikah mut’ah yang mana ia telah diharuskan oleh Rasulullah (SAW) dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kerana hajat atau dharurat kemudian diharamkannya selama-lamanya dengan sabda Rasulullah (SAW) selepas pembukaan Mekah : ِ ‫اء‬ ِ ِ ِ ُ ِ ,َ ‫يأيُّهاَالنَّاسَإِنَِّكنتَقدَأذنتَلكمَِفَاالستِمتاعَبِالنِّس‬ ُ ُ ُ ُ ‫ِ ه‬ ‫َّ ِ ِ ِ ِ ِ ن‬ َُ‫َوإِنَاهللَقدَحرمَذلكَالَي ومَالقيامة،َفم َََكانَعند‬ َّ ِ ُ َّ ِ َّ ُ ِ ًَ‫َمن هنَشىءَف ليُخلَسبِي لهَُوالَتأخذواَمَّاَآت يتُموهنَشيئ‬ ‫ُ ُ َّ ا‬ ُ Maksudnya:Wahai manusia atau tuan, Seseunnguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu untuk melakukan nikah muta’ah dengan perempuan-perempuan dan sesungguhnya Allah telah mengharamkan demikian itu sehinggalah ke hari qiamat, maka barangsiapa yang masih ada di sisinya mana-mana perempuan melalui nikah muta’ah maka hendaklah ia melepaskannya dan jangan kamu mengambil sesuatu pun dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka. Adapun hukum-hukum yang menerima atau boleh dinasakhkan ialah hukum-hukum cabang syara’ yang tidak dinaskan oleh syara’ berkekalannya.9 Cara Mengetahui Mansukh Di antara kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh ialah bahawa nasakh tidak terlaksana kecuali apabila berlaku pertentangn di antara dua nas iaitu sekira-kira tidak mungkin dihimpun di antara keduanya dan beramal dengan kedua-duanya sekali maka apabila didapati pertentangan ini di antara dua nas nescaya adalah nas yang terkemudian menasakhkan nas yang terdahulu dan tidak diketahui terdahulu salah satu daripada 9 Zakiudin Syaaban ,(t.t) Usul Fiqh al-Islami, hal. 312 dan 313 - 27 -
  • 28. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 keduanya dan terkemudian yang satu lagi kecuali dengan naqli dan ia mempunyai banyak cara di antaranya : 1. Bahawa didapati di dalam nas itu sendiri perkara yang menunjuk kepadanya dan nas yang terdahulu, seperti sabda Rasulullah (SAW): ‫ِّ ُ ِ َالد‬ ِ ِّ ‫كنتَن هيتُكمَعنَزيارةَِالقبُورَأالَف زورهاَفِإنَّهاَتُذكرَاآلخرةَوتُزهدَِف ُّن يا‬ ِ ُ ِ ُ ُ ُُ ُ ُ Maksudnya : Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur maka hendaklah kamu menziarahinya kerana bahawasanya ia memperingatkan akhirat dan memperzuhudkan dunia. Maka bahawasanya hadis ini menunjukkan kepada bahawa larangan dari menziarahi kubur adalah mendahului suruhannya, oleh yang demikian, maka suruhan menziarahi kubur adalah menasakhkan larangan menziarahinya. 2. Kata perawi : Bahawa hadis begini terdahulu daripada hadis-hadis begini atau hadis sekian atau ayat sekian lahir semasa peranag Uhud dan hadis lain atau ayat lain lahir semasa perang Badar, atau kata perawi : Adalah yang terakhir dari dua perkara daripada Rasulullah (SAW) begini, seperti kata Jabir (RA): َُ َّ‫َ ََ َِ ََ َ ََرَ ََ َِ ََر َوََِ ََِ َ َََّ ََُ َََ ََو ََ ََتََر ََالو َ ََ ََّ َ ََّ ََِالَن‬ ِ ‫كان آخر األم ين من َس َل اهلل صلى اهلل عليه َسلم ك َضؤ ماَمست ار‬ ُُ ُ ِ ِ Maksudnya : Akhir dua perkara dari rasulullah (SAW) adalah tidak berwudhuk kerana makan sesuatu di sentuh oleh api (sesuatu yang dimasak dengan api). Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hiban, maka hadis ini menunjuk bahawa suruhan berwudhu kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api terdahulu daripada tidak atau - 28 -
  • 29. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 tinggal berwudhuk kerananya. Oleh sebab itu, tinggal berwudhuk adalah menasakhkan suruhnya kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api. 1. Ijma’ ulamak bahawa salah satu daripada dua dalil yang bertentangan nasakh yang satu lagi seperti nas ini menasakhkan hukum begini. Perhatian : Tidak thabit nasakh dengan ada salah satu daripada dua nas yang bertentangan ditulisan di dalam al-Quran selepas yang satu lagi, kerana tertib surah-surah dan ayat-ayat di dalam al-Quran tidaklah berdasarkan kepada tertib turun ayat-ayat al-Quran. Tidak thabit nasakh mengikut ulamak Syafi’e dengan kata sahabat bahawa adalah hukumannya begini kemudian dinasakhkan kerana kemungkinan bahawa perkataannya itu lahir dari ijthadnya tidak dari Rasulullah (SAW). Tetapi para ulama Hanafi menthabitkan nasakh dengan perkataan sahabat kerana sahabat adalah ‘adil maka apabila ia menceritakan nasakh adalah ia menunjukkan bahawasanya ia lahir dari pendengarannya dari Rasulullah (SAW) maka diterima perkataannya tentang demikian itu.10 10 Zakiudin Sya’ban , ( t.t.) , Usul Fiqh al-Islami , hal. 318 dan 319 - 29 -
  • 30. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 Bibliografi Badran Abu al-Aynayn Badran , Usul al-Fiqh, : 1969 , Kaherah : Darul Maarif. Badran Abu al-Aynayn Badran, Usul al-Fiqh Islami, ( t.t ), Iskandariah : Muasassah Syabab al-Jami’ah . Haji Hassan bin Haji Ahmad, Usul al-fiqh, 2002 , Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid. Zakiuddin Sya’ban , Usul Fiqh Islami , ( t.t) , Kaherah : Dar al-Taalif . Wahbah al-Zuhaili , Usul al-Fiqh al-Islami, cet. 1: 1986, Damsyik : Dar al-Fikr, , - 30 -