SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Penduduk Taman Ros,
Taman Ros,
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.

Ketua Polis Daerah Kampar,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar,
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.                                              14 MAC 2008.

Tuan,

Masalah Penduduk Taman Ros

Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Ros ingin
membuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi.

2      Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penagih terdapat di taman perumahan
kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana wujud pelbagai masalah lain
yang ditimbulkan oleh mereka seperti kecurian dan sebagainya. Malahan, penutup
longkang di hadapan rumah kami juga turut dicuri untuk dijual bagi mendapatkan
wang untuk membeli dadah.

3       Kewujudan mereka ini disebabkan oleh projek perumahan yang terbengkalai
tidak jauh dari taman kami sejak enam tahun dahulu. Mereka menjadikan
rumah-rumah tersebut sebagai rumah mereka.Kami juga amat bimbang akan
keselamatan diri, keluarga dan juga harta benda kami. Pihak kami gagal menangkap
mereka kerana mereka mencuri pada tengah malam.

4      Selain itu, ketenteraman kami juga sering diganggu terutamanya pada waktu
larut malam oleh kegiatan lumba haram yang melibatkan penunggang-penunggang
motosikal. Bunyi enjin motosikal yang bising di jalan raya di hadapan taman kami
benar-benar membingitkan telinga.

5      Pihak kami amat berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yang
sewajarnya dengan segera untuk membantu kami. Kerjasama daripada pihak tuan
kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

`tàetÅÄ|
( MAT RAMLI BIN HALIM )
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Ros.
1    Penduduk gagal menangkap penagih kerana...

     A    mereka melakukan kegiatan itu kerana sulit
     B    mereka melakukan kegiatan itu di luar taman
     C    mereka melakukan kegiatan itu pada tengah malam
     D    mereka melakukan kegiatan itu pada hari cuti sahaja

2    Apakah tanggapan penulis tentang kehadiran penagih-penagih di taman
     tersebut?
     A    Keramahan penduduk taman itu
     B    Rumah terbengkalai berdekatan taman itu
     C    Tidak terdapat balai polis di taman tersebut
     D    Sikap penduduk yang tidak mementingkan keselamatan

3    Di manakah kegiatan lumba motosikal haram selalu diadakan?

     A    Taman permainan kanak-kanak
     B    Kawasan lapang di taman itu
     C    Lorong antara rumah-rumah di taman itu
     D    Jalan raya berhadapan dengan taman itu

4    Yang berikut ialah penyataan tentang petikan kecuali...

     A    Penduduk amat risau akan keselamatan mereka
     B    Kegiatan lumba motosikal haram dilakukan oleh penagih
     C    Ketenteraman penduduk terganggu dengan bunyi bising yang
          membingitkan telinga
     D    Penduduk taman tersebut meminta bantuan pihak polis untuk mengatasi
          masalah mereka

5    Rangkai kata membingitkan telinga bermaksud...

     A    bunyi yang merdu
     B    keadaan yang sesak
     C    bunyi yang sangat bising
     D    telinga yang dijangkiti kuman


JAWAPAN

1.   C      2.     B      3.      D       4.     B       5.     C
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.                                             17 MAC 2008.


Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Matematik, ingin
memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah.

2.    Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempena
Minggu Matematik seperti ketetapan di bawah:

              Tarikh :     24 Mac hingga 27 Mac 2008
              Hari :       Isnin hingga Rabu
              Masa :       2.30 petang

3.     Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktiviti
tersebut diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepas
digunakan.

4.     Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian dan
pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Zainal
( ZAINAL ARIFFIN BIN SALLEH )
Setiausaha,
Persatuan Matematik.
1    Apakah tujuan utama surat itu ditulis?

     A    Memberitahu tentang Minggu Matematik
     B    Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah
     C    Menjemput Guru Besar merasmikan Minggu Matematik
     D    Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan

2    Pertandingan Kuiz Matematik yang dirancang itu akan berlangsung selama...

     A    seminggu
     B    dua hari
     C    tiga hari
     D    empat hari

3    Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud...

     A    merayu kelulusan
     B    meminta keizinan
     C    mengharap bantuan
     D    memerlukan kesahihan

4    Apakah jenis surat tersebut?

     A    Surat penjelasan
     B    Surat permohonan
     C    Surat pengumuman
     D    Surat pemberitahuan

5    Pada pendapat kamu, mengapakah Persatuan Matematik perlu menulis surat
     untuk memohon menggunakan dewan sekolah?
     A    Dewan sekolah hanya untuk majlis rasmi sekolah.
     B    Dewan sekolah tidak boleh digunakan sesuka hati.
     C    Untuk memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.
     D    Untuk memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh
          tersebut.


JAWAPAN

1.   B      2.        D    3.       B     4.   B     5.      D

More Related Content

What's hot

Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Ummu Umar
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
shirleyku
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Surat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolahSurat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolah
Asma Shahrin
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
Nur Afifa
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruan
bmerni
 

What's hot (20)

Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiContoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsian
 
19259799 surat-cuti-sakit
19259799 surat-cuti-sakit19259799 surat-cuti-sakit
19259799 surat-cuti-sakit
 
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPMTeknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Surat cuti anak
Surat cuti anakSurat cuti anak
Surat cuti anak
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
 
Surat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolahSurat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolah
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruan
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
 
Bab 1 TINGKATAN 4.pptx
Bab 1 TINGKATAN 4.pptxBab 1 TINGKATAN 4.pptx
Bab 1 TINGKATAN 4.pptx
 
Format karangan
Format karanganFormat karangan
Format karangan
 

Similar to Petikan surat rasmi

Similar to Petikan surat rasmi (20)

Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5
Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5
Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Paket soal tes umum semua
Paket soal tes umum semuaPaket soal tes umum semua
Paket soal tes umum semua
 
Toun 2013 bhs indonesia 1
Toun 2013   bhs indonesia 1Toun 2013   bhs indonesia 1
Toun 2013 bhs indonesia 1
 
Soalan pertengahan tahun psk t1 2015
Soalan  pertengahan tahun psk t1 2015Soalan  pertengahan tahun psk t1 2015
Soalan pertengahan tahun psk t1 2015
 
Materi Bahasa Indonesia Kelas 3
Materi Bahasa Indonesia Kelas 3Materi Bahasa Indonesia Kelas 3
Materi Bahasa Indonesia Kelas 3
 
Isi tugas ppt
Isi tugas pptIsi tugas ppt
Isi tugas ppt
 
Bahasa Indonesia Kelas 3
Bahasa Indonesia Kelas 3Bahasa Indonesia Kelas 3
Bahasa Indonesia Kelas 3
 
Isi tugas ppt
Isi tugas pptIsi tugas ppt
Isi tugas ppt
 
Soal try out 2014 us
Soal try out 2014 usSoal try out 2014 us
Soal try out 2014 us
 
Bab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umumBab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umum
 
Bab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umumBab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umum
 
Bab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umumBab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umum
 
Bab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umumBab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umum
 
Bab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umumBab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umum
 
Bab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umumBab 1 tempat umum
Bab 1 tempat umum
 
Bahasa indonesia (b)
Bahasa indonesia (b)Bahasa indonesia (b)
Bahasa indonesia (b)
 
Try Out Ujian Nasional 2012 - SMP Kristen Elkana Pasuruan
Try Out Ujian Nasional 2012 - SMP Kristen Elkana PasuruanTry Out Ujian Nasional 2012 - SMP Kristen Elkana Pasuruan
Try Out Ujian Nasional 2012 - SMP Kristen Elkana Pasuruan
 
SOAL PTS KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
SOAL PTS  KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docxSOAL PTS  KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
SOAL PTS KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
 

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Petikan surat rasmi

  • 1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya Persatuan Penduduk Taman Ros, Taman Ros, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan. Ketua Polis Daerah Kampar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan. 14 MAC 2008. Tuan, Masalah Penduduk Taman Ros Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Ros ingin membuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi. 2 Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penagih terdapat di taman perumahan kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana wujud pelbagai masalah lain yang ditimbulkan oleh mereka seperti kecurian dan sebagainya. Malahan, penutup longkang di hadapan rumah kami juga turut dicuri untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. 3 Kewujudan mereka ini disebabkan oleh projek perumahan yang terbengkalai tidak jauh dari taman kami sejak enam tahun dahulu. Mereka menjadikan rumah-rumah tersebut sebagai rumah mereka.Kami juga amat bimbang akan keselamatan diri, keluarga dan juga harta benda kami. Pihak kami gagal menangkap mereka kerana mereka mencuri pada tengah malam. 4 Selain itu, ketenteraman kami juga sering diganggu terutamanya pada waktu larut malam oleh kegiatan lumba haram yang melibatkan penunggang-penunggang motosikal. Bunyi enjin motosikal yang bising di jalan raya di hadapan taman kami benar-benar membingitkan telinga. 5 Pihak kami amat berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dengan segera untuk membantu kami. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang menjalankan tugas, `tàetÅÄ| ( MAT RAMLI BIN HALIM ) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Ros.
  • 2. 1 Penduduk gagal menangkap penagih kerana... A mereka melakukan kegiatan itu kerana sulit B mereka melakukan kegiatan itu di luar taman C mereka melakukan kegiatan itu pada tengah malam D mereka melakukan kegiatan itu pada hari cuti sahaja 2 Apakah tanggapan penulis tentang kehadiran penagih-penagih di taman tersebut? A Keramahan penduduk taman itu B Rumah terbengkalai berdekatan taman itu C Tidak terdapat balai polis di taman tersebut D Sikap penduduk yang tidak mementingkan keselamatan 3 Di manakah kegiatan lumba motosikal haram selalu diadakan? A Taman permainan kanak-kanak B Kawasan lapang di taman itu C Lorong antara rumah-rumah di taman itu D Jalan raya berhadapan dengan taman itu 4 Yang berikut ialah penyataan tentang petikan kecuali... A Penduduk amat risau akan keselamatan mereka B Kegiatan lumba motosikal haram dilakukan oleh penagih C Ketenteraman penduduk terganggu dengan bunyi bising yang membingitkan telinga D Penduduk taman tersebut meminta bantuan pihak polis untuk mengatasi masalah mereka 5 Rangkai kata membingitkan telinga bermaksud... A bunyi yang merdu B keadaan yang sesak C bunyi yang sangat bising D telinga yang dijangkiti kuman JAWAPAN 1. C 2. B 3. D 4. B 5. C
  • 3. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya Persatuan Matematik, Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 17 MAC 2008. Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Matematik, ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah. 2. Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempena Minggu Matematik seperti ketetapan di bawah: Tarikh : 24 Mac hingga 27 Mac 2008 Hari : Isnin hingga Rabu Masa : 2.30 petang 3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktiviti tersebut diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepas digunakan. 4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Zainal ( ZAINAL ARIFFIN BIN SALLEH ) Setiausaha, Persatuan Matematik.
  • 4. 1 Apakah tujuan utama surat itu ditulis? A Memberitahu tentang Minggu Matematik B Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah C Menjemput Guru Besar merasmikan Minggu Matematik D Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan 2 Pertandingan Kuiz Matematik yang dirancang itu akan berlangsung selama... A seminggu B dua hari C tiga hari D empat hari 3 Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud... A merayu kelulusan B meminta keizinan C mengharap bantuan D memerlukan kesahihan 4 Apakah jenis surat tersebut? A Surat penjelasan B Surat permohonan C Surat pengumuman D Surat pemberitahuan 5 Pada pendapat kamu, mengapakah Persatuan Matematik perlu menulis surat untuk memohon menggunakan dewan sekolah? A Dewan sekolah hanya untuk majlis rasmi sekolah. B Dewan sekolah tidak boleh digunakan sesuka hati. C Untuk memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. D Untuk memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh tersebut. JAWAPAN 1. B 2. D 3. B 4. B 5. D