2. Apakah PBS?
Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan
dilapor oleh sekolah.
LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai,
kriteria, panduan dan peraturan
Bertujuan membolehkan calon mengukur tahap
penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai
berbanding kriteria yang ditetapkan
Membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri
(assessment for learning)
3. Konsep PBS
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada
perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila
pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa
yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau
pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran,
pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah
dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi
matapelajaran berkenaan.
4. Konsep PBS
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha
mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan
oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran
murid dan pengurusan evidens.
5. Konsep PBS
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses
pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan
skema penskoran.
6. Konsep PBS
Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada
perumusan skor oleh guru pentaksir bagi
mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan
skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang
telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang
telah dibina.
7. Konsep PBS
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip
dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah
8. Konsep PBS
Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan
tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang
sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan
dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan
dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti
9. Konsep PBS
Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor
pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup
tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang
ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan
menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum
dalam Huraian Sukatan Pelajaran
10. Konsep PBS
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor
pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan
melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan
pemantauan.
11. Konsep PBS
Pelaporan positif - skor yang dilaporkan
menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh
diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa
12. Komponen PBS
Projek
Calon melaksanakan tugasan di sekolah
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
13. Komponen PBS
Kerja Kursus / PEKA
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang
dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu
pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
14. Komponen PBS
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi
konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
15. Komponen PBS
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi
konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Sekolah mengeluarkan sijil
16. Komponen PBS
Modul
Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi
LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai
panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah / LPM mengeluarkan sijil
17. Dasar Pelaksanaan PBS
Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan
kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69
Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi
fizikal ada sebelum menawarkan mata pelajaran yang
ada komponen PBS
Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah
Pelajaran Negeri 2 tahun sebelum
Sekolah bertanggungjawab memastikan skor yang
diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan
evidens yang autentik
18. Dasar Pelaksanaan PBS
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens
calon termasuk evidens produk calon yang berpindah
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon
termasuk penghantaran skor ke LPM
Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada
komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon
yang mengulang
Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak
hadir. Sekolah boleh memohon pengecualian kepada
Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan
dokumen sokongan
19. Dasar Pelaksanaan PBS
Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah
yang menawarkan mata pelajaran yang diambil.
Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar
semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah
baru
Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-
syarat yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran
tersebut
20. Ciri-ciri PBS
Keserasian dengan kehendak kurikulum
Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang
ingin dikembangkan dalam P&P
Berpusatkan calon
Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan
kriteria dan tidak relatif kepada calon lain
Luwes
Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah –
ditaksir bila calon bersedia
Berpaksikan pembinaan insan
Menanam aspek nilai murni
21. Ciri-ciri PBS
Telus dan terbuka
Calon berpeluang mengetahui apa ditaksir, bila ditaksir,
bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat
Kebolehlaksanaan dan sistematik
Format mengambilkira aspek pentadbiran pentaksiran boleh
dilaksanakan dengan sistematik
Kepelbagaian instrumen
Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak
untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon
Formatif dan berterusan
Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan
memperbaiki skor
22. Ciri-ciri PBS
Mempunyai skor
Skor mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi jika dilaksanakan mengikut prosedur yang
ditetapkan
Pelaporan positif
Skor dilaporkan untuk menggalakkan calon
memperbaiki tahap penguasaan dari semasa ke semasa
Penyelarasan dan pemantauan berterusan
Untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut
prosedur
23. Perancangan Pentaksiran
Perancangan
Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga
Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan
pelaksana PBS yang telah dilantik.
Penataran
Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka
dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat
dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah,
pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-
murid tentang pelaksanaan PBS.
24. Perancangan Pentaksiran
Pelaksanaan Pentaksiran
Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak
ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah
ditetapkan seperti dalam buku Format Pentaksiran
Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan
pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul
dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran,
penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
25. Perancangan Pentaksiran
Pemantauan
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat
dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
Pengesanan
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi
pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta
impaknya untuk tujuan memperbaikiaprogram itu.
26. Perancangan Pentaksiran
Laporan
Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri
akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS
untuk penambahbaikan.
27. Pentadbiran PBS
JK Peringkat Kebangsaan
JK Peringkat Negeri
JK Peringkat Daerah
JK Peringkat Sekolah
28. JK Peringkat Kebangsaan
Penasihat: Pengarah Peperiksaan
Pengerusi: Timb Pengarah Pep (Operasi)
Naib Pengerusi: Ketua Sektor SPPMALN
Setiausaha: KPP SPPMALN
AJK: Semua pegawai mata pelajaran
Semua pegawai pembina
Ketua Pentaksir Kebangsaan
29. JK Peringkat Negeri
Penasihat: Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi: Timbalan Pengarah PelajaranNegeri
Naib Pengerusi 1: Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Naib Pengerusi 2: Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan
Setiausaha 1: KPP Penilaian & Peperiksaan
Setiausaha 2: KPP Pengurusan Akademik
Ahli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Pen Pengarah Penilaian dan Peperiksaan
Pen Pengarah Sains & Matematik
Pen Pengarah Teknik & Vokasional
Pen Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan
Pen Pengarah Bahasa
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri
30. JK Peringkat Daerah
Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha: Pen PPD (Akademik)
AJK: Pen PPD (T & V)
Pen PPD (Bahasa)
Pen PPD (Sains & Matematik)
Pen PPD (Pend Islam & Moral)
Pen PPD (Sains Sosial & kemanusiaan)
Pen PPD (Peperiksaan)
Semua Pengetua
Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasan
Ketua Pentaksir Sekolah
31. JK Peringkat Sekolah
Pengerusi: Pengetua / Guru Besar
Naib Pengerusi: Pen Kanan Akademik
Setiausaha S/U Peperiksaan
P Setiausaha Pen S/U Peperiksaan
AJK Guru Kanan
Guru Cemerlang
Ketua Panitia
Ketua Pentaksir Sekolah
32. Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
Sebelum pentaksiran
Menerima surat siaran PBS daripada JPN
Menerima dokumen PBS daripada JPN
Menubuhkan JK PBS sekolah
Melantik Ketua Pentaksir Sekolah setiap mata pelajaran
Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir
Menyediakan jadual pelaksanaan PBS
Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang
mencukupi
Menamakan pentaksir di kalangan guru mata pelajaran yang akan
melaksanakan PBS – berperanan menguruskan segala urusan
berkaitan pentaksiran
Memberi taklimat kepada calon
Memastikan setiap murid ada fail PBS
33. Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
Semasa pentaksiran
Pentaksiran dijalankan semasa P&P
Penyelarasan dalaman
Pemantauan dalaman
Pentaksir merekod skor dalam BSI
Pentaksir menyimpan evidens dengan selamat
Pentaksir memaklumkan skor kepada calon dan calon
tandatangan di BSI
Pentaksir memindahkan skor dengan betul dari BSI ke
Borang Markah Induk berdasarkan format pentaksiran
mata pelajaran
34. Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
Selepas pentaksiran
Borang Skor Individu dan Borang Markah Induk disemak
dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar dan disimpan di
sekolah
S/U peperiksaan memastikan pentaksir memasukkan
markah ke dalam aplikasi LPM
S/U peperiksaan dan pentaksir menyemak markah yang
dimasukkan dalam aplikasi LPM
S/U peperiksaan menyerah cetakan Senarai Keseluruhan
Markah calon untuk disahkan oleh Pengetua / Guru Besar
Mengeluarkan sijil / penyataan pencapaian PBS calon
35. Pelaksanaan PBS
Petugas Pentaksiran
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasasan
Ketua Pentaksir Sekolah
36. Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
Guru terlatih
Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
Disahkan dalam jawatan
Berpengalaman
37. Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Negeri
Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Guru terlatih
Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
Disahkan dalam jawatan
Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan
38. Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Kawasan / Pentaksir Kawasan
Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Guru terlatih
Opsyen berkaitan mata pelajaran
Berpengalaman
Disahkan dalam jawatan
39. Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Sekolah
Dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
Guru terlatih
Opsyen mata pelajaran berkaitan
Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti
berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan
sekurang-kurangnya 3 tahun
Dilantik dalam jawatan
40. Tugas Pentaksir Sekolah
Sebelum pentaksiran
Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan
dan sekolah
Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan
kepada calon
41. Tugas Pentaksir Sekolah
Semasa Pentaksiran
Membimbing dan membantu calon meningkatkan
prestasi
Mentaksir calon
Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-
lain yang berkaitan.
Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan
dalam urusan penyelarasan
42. Tugas Pentaksir Sekolah
Selepas Pentaksiran
Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan
selepas diselaraskan oleh PN/PKw
Menyerahkan skor kepada SUP
Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat
selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan
Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada
PKw
Memastikan borang penskoran individu yang
berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru
Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
Menyelesaikan kes-kes khas
44. Isu-Isu
Guru GSTT – boleh membuat pentaksiran dengan syarat dilatih
Pentaksir mendakwa ada sekolah yang menghantar markah
yang tidak diselaraskan ke LPM
Pentaksir minta sekolah dapatkan surat akuan ibu bapa bagi
anak yang tidak melaksanakan KK
Pelajar yang tidak hadir pastikan diberi surat peringatan 3 kali –
menjaga kepentingan sekolah
Guru keluar bertugas – pohon izin drp Pengetua / Guru Besar
kerana penting bagi pelaksanaan PBS
Kerjasama pihak sekolah dalam menerima lawatan pentaksir
boleh diperbaiki
Terlalu ramai guru dari sesebuah sekolah dilantik sebagai
pentaksir kawasan / negeri
45. Penutup
Sekolah diberi kuasa menentukan gred pentaksiran
calon
KUASA + TANGGUNGJAWAB
Berjaya atau gagal bergantung kepada integriti, sikap
dan komitmen pelaksana
Memberi kesan kepada kehidupan generasi akan
datang