SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 8
SITI SOLEHAH BINTI SAFFINEE
IPG KAMPUS DARULAMAN
PENDIDIKAN BIMBINGAN & KAUNSELING
SEM 1 JAN 2013 – PBK 3101
MODEL KAUNSELING BRAMMER, EGAN DAN IVEY
PENGENALAN
Model kaunseling mempunyai peringkat atau fasa tersendiri dalam menjalankan
sesuatu proses kaunseling. Dalam erti kata lain kaunselor perlu membantu klien
berdasarkan fasa tersebut sehingga mencapai matlamat klien. Dalam setiap fasa tersebut
kaunselor akan mengaplikasikan teori atau kemahiran yang tertentu bagi menerokai
masalah klien. Iai dijalankan mengikut langkah tertentu tanpa disedari oleh klien.Dengan
adanya pembahagian fasa, kaunselor boleh membantu menyelesaikan permasalahan klien
dengan mudah. Disampng itu juga sesuatu sesi dapat dijalankan dengan lebih lancar dan
konsisten kerana kaunselor dapat mengetahui kelemahan diri pada tahap tertentu dan juga
dapat memperbaikinya untuk sesi yang akan datang. Fasa dan model kaunseling adalah
berbeza mengikut pandangan tokoh-tokoh. Walau bagaimanapun,setiap fasa perlu
dikendalikan dengan baik supaya tidak berlaku urusan yang tidak selesai dalam diri klien.
MODEL DALAM KAUNSELING
FASA DAN PROES DALAM KAUNSELING
Dalam sumber-sumber yang dinyatakan oleh para tokoh, fasa atau tahap model
kaunseling adalah berbeza-beza namun terdapat juga persamaan pada tahap tertentu
kerana ia adalah tahap penting yang perlu dilalui oleh kaunselor ketika membantu klien
menyelesaikan permasalahan.
Model Brammer
Menurut Brammer (1999), menyatakan bahawa proses kaunseling mempunyi lapan
peringkat, iaitu tiga fasa. Fasa pertama ialah sebelum proses kunseling iaitu peringkat pra
persediaan, fasa kedua pula ialah semasa proses kaunseling ( peringkat penyediaan,
kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan
dan oerancangan ) manakala fasa ketiga ialah selepas proses kaunseling iaitu peringkat
penamatan.
Fasa 1:
Dalam peringkat ini, perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh kaunselor adalah
mengkaji latar belakang klien.Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara teratur
dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memhami persoalan sebenar
kliennya.Ditahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan yang baik dengan klien
dan seterusnya member pertolongan.Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah
menjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi tersebut.Kaunselor tersebut perlu menyatakan
tujuan pertemuan dengan jelas dan menunjukkan perlakuan yang sentiasa pihatin dan sedia
membantu klien.
Dua komponen penting yang perlu diambil kira dalam tahap ini ialah:
1.Tempat sesi kaunseling dijalankan
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan
tempat serta menentukan masa yang sesuia untuk berbincang bagi mengelakkan sebarang
gangguan semasa sesi berlangsung. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan
klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut
dapat dijalankan dengan jayanya.
2.Tahap kemampuan kaunselor dengan klien
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan
sama ada dirinya mahupun klien. Sebagai contoh, kaunselor yanag kelihatan letih akan
menimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu, kaunselor harus peka
pada tahap kemampuan klien.Klien juga mungkin kelihatan lemah ataupun tidak member
kerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap kemampuan kedua-dua pihak ini
harus dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar proses kaunseling dapat diajalankan
dengan lancar. Apabila kaunselor denagn klien masing-masing bersedia untuk memulakan
sesi, persetujuan antara kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi memulakan proses
kaunseling. Seperti yang dikatakan oleh Brammer pada tahun 1973, menganggap
persetujuan ini adalah sebagai satu kontrak antara kaunselor dengan klien serta sebagai
tanda persetujuan untuk memulakan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak
ini, akan berubah paa bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.
Fasa 2 : semasa proses kaunseling
Setelah memastikan peringkat pra persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan
kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu, “semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini,
beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan,
penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan.
1. Peringkat penyediaan dan kemasukan
Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dank lien akan berlaku. Sewaktu
memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan
yang menakutkan serta mempamerkan perlakuan seperti ingin membantu.Umpamanya
perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah
disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dank lien juga perlu diberi perhatian bagi
memudahkan proses komunikasi. Tambahan daripada itu, keadaan tempat juga merupakan
satu perkara penting dalam permulaan hun=bungan anatara klien dan kaunselor. Ini amat
penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangakan serta menggalakkan
klien untuk meluahkan perasaannya.
2. Peringkat penetapan/penjelasan
Pada peringkat ini kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang
persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat
kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh digunakan
iaitu:
i. Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan kaunselor akan terus
mendorong klien untuk terus bercerita
ii. Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak
mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk
bercerita.
Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan “ soal selidik” kepada klien kerana ini akan
menyebabkan klien terasa terancam dan takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan
pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, kasih sayang, hormat dan
terbuka.Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat seorang pendengar yang baik
dan kritikal serta membantu kllien jika menghadapi keadaan tersekat-sekat sewaktu
meluahkan pengalaman dan perasaan.Kaunselor juga harus menggalakkan klien untuk
menghurai dan menentukan penyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongna yang
dikehendaki. Di tahap ini kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa yang
sedang menghadapi permasalah tersebuat iaitu sama ada diri klien itu sendiri ataupun
melibatkan diri orang lain. Kaunselor juga harus mencungkil kehendak sebenar kllien dan
menetapkan matlamat sebenar klien.
3. Peringkat penstrukturan
Diperingkat ini kaunselor dank lien akan menetakan sama ada hubungan mereka ini boleh
diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran
membantu klien, memenuhi hahrapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya
perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien perlu
memnetukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah
klien melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor. Tahap
penstruturan ini kaan menentukan sifat, batasana dan matlamat perhubungan menolong.
Kontrak kaunseling kan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dank
klien bagi berusaha mencapai matalamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk
menepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan berasa lebih komited menjalankan
sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan
4. Peringkat perhubungan
Dalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan perhubungan
antara kaunselor dan klien.Perhubungan yang terbina dengan baik melalui keyakinan dan
rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling.Pada peringkat ini kaunselor
harus mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta
menunjukkan kemesraan.
5. Peringkat penerokaan
Pada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari segi pendirian,
matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu klien. Antara langkah-
langkah yang boleh diambil oleh kaunselor ialah mengeratkan hubungan agar perasaan
yakin, percaya dan selamat timbul dipihak klien.Yang kedua menggalakkan klien meneroka
masalah dan perasaannya abgi mencapai kesedaran kendiri. Ketiga, kaunselor boleh
memutuskan asama ada akan meneruskan hubungan sesi kauseling ini atau
menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Keempat pula, kaunselor boleh member
panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai
matlamatnya.
6. Peringkat perancangan
Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada
rancangan tindakan yang khusus.Kaunselor seboleh-bolehnya harus menolong klien
merancang strategi-strategi yang hrus diambil termasuk langkah-langkah pelaksanaan
strategi tersebut.Peringkat ini merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang
diharapkan oleh klien dan menyesuaikan tindakanya yang bakal diambil.
Fasa 3 : peringkat penamatan
Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga hasil atau
pencapaian klien akan dirumuskan, jika msih terdapat matlamat-matlamat yang tidak
dicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti. Dapat dirimuskan bahawa peringkat
penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi
atau teknik yang telah diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak berkesan mungkin
sesi dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling telah ditamatkan
ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus. Sebaliknya kaunselr harus
mengikuti perkembangan klien yang dibantunya.
Model Egan
Menurut Egan, model dalam proses menolong adalah seperti peta yang akan membantu
kaunselor tahu apa yang perlu dilakukan semasa berinteraksi dengna klien. Selain itu juga,
model berperanan menjadi panduan kepada kaunselor dala menentukan dimana kaunselor
berada ketika bersama klien. Seterusnya
1. Present scenario ( scenario semasa )
i. Teknik penceritaan
Kaunselor akan membantu klien untuk menceritakan masalah yang dialami. Dalam fasa ini
akan menyatakan isu yang wujud dalam diri atau persekitarannya yang menjadi penghalang
kepada kefungsian dirinya. Tugas kaunselor adalah mendengar dengan aktif dan memberi
focus kepada peristiwa-peristiwa asas atau yang signifikan dengannya.
ii. Teknik blinspot
Dalam kaedah ini kaunselor akan membantu klien supaya lebih sedar dan mengatasi titik
buta yang dialami dan seterusnya mengembangkan perspekti baru dalam dirinya untuk
mengatasi masalah. Satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kaunselor ialah
membantu klien mengenalpasti blinspot bagi mengatasi masalah dan peluang yang terlepas.
iii. Mencari kekuatan
Kaunselor akan membantu klien mengenalpasti dan bertindak atas masalah, isu, atau
peluang yang boleh mendatangkan kelainan. Laverage adalah istilah yang digunakan
secara umum bagi dua langkah ini.Yang pertama ialah saranan yang bernilai, kedua pula,
jika klien telah menceritakan kisahnya, mendedhakan / mencatatkan masalah pada setiap
masa atau situasi masalah yang dibincangkan menjadi semakin komplek. Selepas iu criteria
diperlukan bagi menentukan apa jenis masalah yang harus dilakukan terlebih dahulu.
2. Preferred scenario ( scenario yang diingini )
Pada tahap ini, pendekatan yang lebih kearah kepada mengurus masalah.Menurut Egan
terdapat dua tahap untuk menangan masalah. Yang pertama, menganalisis masalah yang
dialami klien, yang kedua teroka penyelesaian dan kemudian bertindak mengurus masalah
dan peluang yang tidak digunakan.
i. Kemungkinan
Pada tahap ini kaunselor akan membantu klien mengembangkan kemungkinan untuk masa
depannya yang lebih baik. Kaunselor akan membantu klien melihat kemungkinan yang akan
berlaku sekiranyanya keadaan permasalahan klien menjadi lebih baik.
ii. Agenda
Kaunsellor seharusnya membantu klien menterjemah kemungkinan kepada agenda-agenda
yang realistic dan boleh dicapai. Berbagai kemungkinan boleh dikembangkan berdasarkan
kepada matlamat yang mungkin diperolhi dalam proses menolong. Ini bermaksud, kaunselor
akan mendedahkan klien untuk melakukan perkara-erkara yang boleh dicapai oleh klien
untuk menyelesaiakan masalah yang dialaami.
iii. Komitmen
Kaunselor membantu klien mengenalpasti galakan yang membolehkan mereka untuk
meningkatkan komitmen kepada agenda yang telah dibentuk. Dalam tahap ini klien akan
memilih sndiri agenda mengikut pandangannya dan pemikirannya. Kaunselor yang berkesan
akan menyerahkan tanggungjawab kepada klien untuk membuat pilihan mereka sendiri.
3. Getting there ( menuju matlamat )
Dalam tahap ini, kaunselor perlu membantu klien untuk menjelaskan matlamat yang kabur
supaya klien dapat dibantu menuju kearah atau tujuan yang betul. Ada klien yang tahu apa
yang mereka inginkan tetapi tidak tahu bagaimana matlamat tersebut hendak dicapai. Jadi
tugas kaunselor adalah membantu klien tersebut melaksanakan matalamatnya.
Terdapat banyak strategi untuk membantu klien mencapai matlamat yang diingini.
Langkah 1 : Brainstorming
Kaunselor akan membantu klien untuk melaksanakan agenda yng telah dirancang
atau disenaraikan dalam tahap dua. Klien akan dibantu untuk memikirkan bagaiaman untuk
mencapai matlamat yang telah dirancang berdasarkan strategi-strategi. Preferred scenario
merupakan matlamat, penamat, kejayaan atau hasil-hasil yang ingin dicapai dala proses
menolong. Sementara itu, strategi pula adalah satu set tindakan yang dibentuk untuk
mencapai matlamat tersebut. Setiap sub matlamat yang dibuat kemudiannya perlu
mempunyai strategi-strateginya tersendiri. Proses divide and conquer boleh membawa
kepada kejayaan dan penyelesaian masalah walaupun pada mulanya kelihatan mustahil.
Kaunselor perlu membantu klien menzahirkan seberapa banyak stretegi atau jalan yang
akan meningkatkan kemungkinan untuk salah satu atau kombonasi beberapa strategi yang
dibentuk akan sesuai dengan keadaan klien. Teknik seperti brainstorming dan fantasi
selalunya akan membantu klien mengenalpasti strategi berbeza untuk mencapai matlamat.
Langkah 2 : Memilih strategi terbaik
Kaunselor akan membantu klien memilih strategi yang terbaik yang menepati
persekitaran dan keupayaan klien. Setelah beberapa pilihan tindakan yang berbeza
dikenalpasti, klien dan kaunselor bersama-sama mengkaji pilihan yang ada dan cuba
memilih pilihan yang terbaik sama ada satu atau beberapa kombinasi pilihan terbaik. Pilihan
yang dibuat perlu diambil kira dari sudut nilai klien itu sendiri.
Langkah 3 : Menukar strategi menjadi rancangan
Kaunselor prlu membantu klien merumus rancangan iaitu step by step untuk
melaksanakan setiap matlamat yang dibina. Klien akan lebih mudah bertindak sekiranya
mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah. Tempoh masa
yang realistic bagi melksanakan setiap langkah perlu dititik beratkan. Cabaran yang perlu
diatasi dalam model ini ialah tuntutan disiplin dalam menjalankan sesi yang perlu dipikul oleh
klien iu sendiri. Matlamat, strategi serta tindakan mesti dibuat oleh klien itu sendiri dan
kaunselor hanya membantu klien bertindak.
Model Ivey
Menurut Ivey, terdapat lima tahap dalam proses kaunseling yang perlu digunakan oleh
kaunselor dalam membantu klien bangkit menyelesaikan masalah dan menjadikan sesuatu
sesi itu Berjaya.
1. Memulakan sesi – hubungan repo dan penstrukturan
Dalam tahap ini kaunselor akan membina hubungan baik dengan klien supaya klien berasa
selesa dengan kaunselor dan percaya kepada kaunselor tersebut. Hubungan repo ini perlu
dilakukan sebelum penstrukturan dijalankan.Penstrukturan perlu dilakukan bagi
menerangkan secara ringkas tentang kaunseling dan tujuan sesi.Selain daripad itu,
penstrukturan juga dapat menjelaskan tanggungjawab kaunselor dank lien spenjang sesi
berlangsung.
2. Mendapatkan data – melakar cerita, masalah atau isu yang dikemukakan oleh
klien
Dalam tahap ini, kaunselor akan memberikan tumpuan kepada masalah yang dikemukan
oleh klien bagi melancarkan perjalanan sesi. Ketika ini, klien akan menceritakan semua
erkara yang ingin dikongsi bersama kaunselor dan kaunsellor perlu bersikap terbuka
terhadap klien. Kemahiran-kemahiran perlu digunakan supaya kaunselor tidak lari daripada
topic yang dibincangkan leh klien dan menjadikan sesi lebih terarah untuk mencapai
matlamat yang diingini. Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor supaya apa
yang diceritakan oleh klien dapat difahami oleh kaunselor sekalaigus tidak hilang tumpuan
terhadap klien. Iaitu rumusan kecil, dorongan minima, refleksi isi dan lain-lain.
3. Saling merangka matlamat
Kaunselor perlu focus kepada matlamat utama klien dalam sesuatu perkara yang
dibincangkan. Selain itu, perangkaan matlamat juga penting bagi mendapatkan keadaan
yang ideal dengan kehidupan klien.
4. Tahap bekerja – meneroka alternative bagi mencabar ketidak selarasan klien dan
konflik untuk bercerita semula.
Pada tahap ini, kaunselor bekerja kearah resolusi terhadap isu klien.Kaunselor perlu
mengambil berat terhadap klien supaya klien berpuas hati sepanjang sesi kaunseling
berlangsung. Tugas seorang kaunselor adalah meneroka kemungkinan-kemungkinan dan
membantu klien mendapatkan cara yang baru untuk bertindak dengan lebih baik. Tahap ini
melibatkan model penyelesaian yang kreatif iaitu menjamna alternative,dan memutus untuk
membuat pilihan berdasarkan alternative-alternatif tersebut. Ianya melibatkan tahap
penerokaan dalaman yang lama. Umumnya ditahap ini, model asas penyelesaian masalah
iaitu menjelaskan matlamat atau hasil yang diinginkan dan seterusnya menjana alternative
untuk membuat tindakan
5. Penamatan – rumusan dan bertindak keara cerita baru
Dalam tahap penamatan, aabila perkara ataupun masalah yang dihadapi oleh lien dapat
diselesaikan, klien akan mendapaat perubahan di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah
laku klien didalam kehidupan sehari-harian. Kebanyakkan klien yang menjalani sesi ini tidak
berubah kearah tingkah laku yang lebih baik tetapi kekal seperti sedia kala.
RUMUSAN
Secara keseluruhan, model kaunseling adalah satu proses yang dapat dibahagikan kepada
beberapa peringkat sehingga mencapai penamatan. Secara umumnya, proses kaunseling
ini bermula dengan membina hubungan, membuat penstrukturan, penerokaan,
mengenalpasti masalah, mencari alternative, melaksanakan pemilihan dan
penamatan.Pembahagian peringkat dilakukan secara tidak langsung oleh kaunselor tanpa
disedari oleh klien.Ia banyak membantu kaunselor memahami klien dengan sebaik mungkin.
Kaunselor dapat menyelami ruang dalaman dan membantu mereka menyelesaikan masalah
mereka.Dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil berat tentang perkara ini bagi menjadikan
sesuatu sesi berjalan dengan produktif.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9   Kemahiran Asas KaunselingBab 9   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuzakwan azhar
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergJessika Denis
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingeaglered007
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Hafezah Yusof
 
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokzakwan azhar
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienKepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienRamadas Daughter
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)Herney Aqilah Kay
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger spBen PHu
 

Was ist angesagt? (20)

Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9   Kemahiran Asas KaunselingBab 9   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
 
terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individu
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
 
25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunseling
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
 
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompok
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienKepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
 
Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger sp
 
Teori Alfred Adler
Teori Alfred AdlerTeori Alfred Adler
Teori Alfred Adler
 
6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling
 

Ähnlich wie Model kaunseling

Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)Nazrul azizi
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongSolehah Saffinee
 
Proses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer ModelProses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer Modelqqilah
 
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxPROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxssuserebee75
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingAdila S. Sabri
 
perhubungan menolong
perhubungan menolongperhubungan menolong
perhubungan menolongzakwan azhar
 
Proses konseling
Proses konseling Proses konseling
Proses konseling Rizal Fahmi
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3irenelina91
 
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxPPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxNigarKalfa
 
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunselingAmin Upsi
 
ESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaStiunus Esap
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingeaglered007
 

Ähnlich wie Model kaunseling (20)

Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolong
 
Proses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer ModelProses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer Model
 
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxPROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
 
Penstrukturan
PenstrukturanPenstrukturan
Penstrukturan
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
perhubungan menolong
perhubungan menolongperhubungan menolong
perhubungan menolong
 
4. 4.1
4. 4.14. 4.1
4. 4.1
 
Neny3
Neny3Neny3
Neny3
 
DASAR-DASAR KONSELING
DASAR-DASAR KONSELINGDASAR-DASAR KONSELING
DASAR-DASAR KONSELING
 
Proses Kaunseling
Proses KaunselingProses Kaunseling
Proses Kaunseling
 
Proses konseling
Proses konseling Proses konseling
Proses konseling
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3
 
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxPPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
 
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling
 
ESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencana
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunseling
 
Bab 2 Kaunseling
Bab 2    KaunselingBab 2    Kaunseling
Bab 2 Kaunseling
 
M5 kb4
M5 kb4M5 kb4
M5 kb4
 
KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING
KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELINGKEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING
KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING
 

Model kaunseling

  • 1. SITI SOLEHAH BINTI SAFFINEE IPG KAMPUS DARULAMAN PENDIDIKAN BIMBINGAN & KAUNSELING SEM 1 JAN 2013 – PBK 3101 MODEL KAUNSELING BRAMMER, EGAN DAN IVEY PENGENALAN Model kaunseling mempunyai peringkat atau fasa tersendiri dalam menjalankan sesuatu proses kaunseling. Dalam erti kata lain kaunselor perlu membantu klien berdasarkan fasa tersebut sehingga mencapai matlamat klien. Dalam setiap fasa tersebut kaunselor akan mengaplikasikan teori atau kemahiran yang tertentu bagi menerokai masalah klien. Iai dijalankan mengikut langkah tertentu tanpa disedari oleh klien.Dengan adanya pembahagian fasa, kaunselor boleh membantu menyelesaikan permasalahan klien dengan mudah. Disampng itu juga sesuatu sesi dapat dijalankan dengan lebih lancar dan konsisten kerana kaunselor dapat mengetahui kelemahan diri pada tahap tertentu dan juga dapat memperbaikinya untuk sesi yang akan datang. Fasa dan model kaunseling adalah berbeza mengikut pandangan tokoh-tokoh. Walau bagaimanapun,setiap fasa perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlaku urusan yang tidak selesai dalam diri klien. MODEL DALAM KAUNSELING FASA DAN PROES DALAM KAUNSELING Dalam sumber-sumber yang dinyatakan oleh para tokoh, fasa atau tahap model kaunseling adalah berbeza-beza namun terdapat juga persamaan pada tahap tertentu kerana ia adalah tahap penting yang perlu dilalui oleh kaunselor ketika membantu klien menyelesaikan permasalahan. Model Brammer Menurut Brammer (1999), menyatakan bahawa proses kaunseling mempunyi lapan peringkat, iaitu tiga fasa. Fasa pertama ialah sebelum proses kunseling iaitu peringkat pra persediaan, fasa kedua pula ialah semasa proses kaunseling ( peringkat penyediaan, kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan oerancangan ) manakala fasa ketiga ialah selepas proses kaunseling iaitu peringkat penamatan. Fasa 1: Dalam peringkat ini, perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh kaunselor adalah mengkaji latar belakang klien.Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memhami persoalan sebenar kliennya.Ditahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan yang baik dengan klien
  • 2. dan seterusnya member pertolongan.Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi tersebut.Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan menunjukkan perlakuan yang sentiasa pihatin dan sedia membantu klien. Dua komponen penting yang perlu diambil kira dalam tahap ini ialah: 1.Tempat sesi kaunseling dijalankan Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuia untuk berbincang bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa sesi berlangsung. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. 2.Tahap kemampuan kaunselor dengan klien Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya mahupun klien. Sebagai contoh, kaunselor yanag kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu, kaunselor harus peka pada tahap kemampuan klien.Klien juga mungkin kelihatan lemah ataupun tidak member kerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar proses kaunseling dapat diajalankan dengan lancar. Apabila kaunselor denagn klien masing-masing bersedia untuk memulakan sesi, persetujuan antara kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi memulakan proses kaunseling. Seperti yang dikatakan oleh Brammer pada tahun 1973, menganggap persetujuan ini adalah sebagai satu kontrak antara kaunselor dengan klien serta sebagai tanda persetujuan untuk memulakan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini, akan berubah paa bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri. Fasa 2 : semasa proses kaunseling Setelah memastikan peringkat pra persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu, “semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan. 1. Peringkat penyediaan dan kemasukan Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dank lien akan berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang menakutkan serta mempamerkan perlakuan seperti ingin membantu.Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dank lien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Tambahan daripada itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara penting dalam permulaan hun=bungan anatara klien dan kaunselor. Ini amat
  • 3. penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangakan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya. 2. Peringkat penetapan/penjelasan Pada peringkat ini kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh digunakan iaitu: i. Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan kaunselor akan terus mendorong klien untuk terus bercerita ii. Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita. Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan “ soal selidik” kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien terasa terancam dan takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, kasih sayang, hormat dan terbuka.Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat seorang pendengar yang baik dan kritikal serta membantu kllien jika menghadapi keadaan tersekat-sekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaan.Kaunselor juga harus menggalakkan klien untuk menghurai dan menentukan penyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongna yang dikehendaki. Di tahap ini kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa yang sedang menghadapi permasalah tersebuat iaitu sama ada diri klien itu sendiri ataupun melibatkan diri orang lain. Kaunselor juga harus mencungkil kehendak sebenar kllien dan menetapkan matlamat sebenar klien. 3. Peringkat penstrukturan Diperingkat ini kaunselor dank lien akan menetakan sama ada hubungan mereka ini boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu klien, memenuhi hahrapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien perlu memnetukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah klien melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor. Tahap penstruturan ini kaan menentukan sifat, batasana dan matlamat perhubungan menolong. Kontrak kaunseling kan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dank klien bagi berusaha mencapai matalamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan berasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan 4. Peringkat perhubungan Dalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan perhubungan antara kaunselor dan klien.Perhubungan yang terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling.Pada peringkat ini kaunselor
  • 4. harus mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta menunjukkan kemesraan. 5. Peringkat penerokaan Pada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu klien. Antara langkah- langkah yang boleh diambil oleh kaunselor ialah mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan selamat timbul dipihak klien.Yang kedua menggalakkan klien meneroka masalah dan perasaannya abgi mencapai kesedaran kendiri. Ketiga, kaunselor boleh memutuskan asama ada akan meneruskan hubungan sesi kauseling ini atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Keempat pula, kaunselor boleh member panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya. 6. Peringkat perancangan Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus.Kaunselor seboleh-bolehnya harus menolong klien merancang strategi-strategi yang hrus diambil termasuk langkah-langkah pelaksanaan strategi tersebut.Peringkat ini merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikan tindakanya yang bakal diambil. Fasa 3 : peringkat penamatan Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan, jika msih terdapat matlamat-matlamat yang tidak dicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti. Dapat dirimuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak berkesan mungkin sesi dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling telah ditamatkan ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus. Sebaliknya kaunselr harus mengikuti perkembangan klien yang dibantunya.
  • 5. Model Egan Menurut Egan, model dalam proses menolong adalah seperti peta yang akan membantu kaunselor tahu apa yang perlu dilakukan semasa berinteraksi dengna klien. Selain itu juga, model berperanan menjadi panduan kepada kaunselor dala menentukan dimana kaunselor berada ketika bersama klien. Seterusnya 1. Present scenario ( scenario semasa ) i. Teknik penceritaan Kaunselor akan membantu klien untuk menceritakan masalah yang dialami. Dalam fasa ini akan menyatakan isu yang wujud dalam diri atau persekitarannya yang menjadi penghalang kepada kefungsian dirinya. Tugas kaunselor adalah mendengar dengan aktif dan memberi focus kepada peristiwa-peristiwa asas atau yang signifikan dengannya. ii. Teknik blinspot Dalam kaedah ini kaunselor akan membantu klien supaya lebih sedar dan mengatasi titik buta yang dialami dan seterusnya mengembangkan perspekti baru dalam dirinya untuk mengatasi masalah. Satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kaunselor ialah membantu klien mengenalpasti blinspot bagi mengatasi masalah dan peluang yang terlepas. iii. Mencari kekuatan Kaunselor akan membantu klien mengenalpasti dan bertindak atas masalah, isu, atau peluang yang boleh mendatangkan kelainan. Laverage adalah istilah yang digunakan secara umum bagi dua langkah ini.Yang pertama ialah saranan yang bernilai, kedua pula, jika klien telah menceritakan kisahnya, mendedhakan / mencatatkan masalah pada setiap masa atau situasi masalah yang dibincangkan menjadi semakin komplek. Selepas iu criteria diperlukan bagi menentukan apa jenis masalah yang harus dilakukan terlebih dahulu. 2. Preferred scenario ( scenario yang diingini ) Pada tahap ini, pendekatan yang lebih kearah kepada mengurus masalah.Menurut Egan terdapat dua tahap untuk menangan masalah. Yang pertama, menganalisis masalah yang dialami klien, yang kedua teroka penyelesaian dan kemudian bertindak mengurus masalah dan peluang yang tidak digunakan. i. Kemungkinan Pada tahap ini kaunselor akan membantu klien mengembangkan kemungkinan untuk masa depannya yang lebih baik. Kaunselor akan membantu klien melihat kemungkinan yang akan berlaku sekiranyanya keadaan permasalahan klien menjadi lebih baik.
  • 6. ii. Agenda Kaunsellor seharusnya membantu klien menterjemah kemungkinan kepada agenda-agenda yang realistic dan boleh dicapai. Berbagai kemungkinan boleh dikembangkan berdasarkan kepada matlamat yang mungkin diperolhi dalam proses menolong. Ini bermaksud, kaunselor akan mendedahkan klien untuk melakukan perkara-erkara yang boleh dicapai oleh klien untuk menyelesaiakan masalah yang dialaami. iii. Komitmen Kaunselor membantu klien mengenalpasti galakan yang membolehkan mereka untuk meningkatkan komitmen kepada agenda yang telah dibentuk. Dalam tahap ini klien akan memilih sndiri agenda mengikut pandangannya dan pemikirannya. Kaunselor yang berkesan akan menyerahkan tanggungjawab kepada klien untuk membuat pilihan mereka sendiri. 3. Getting there ( menuju matlamat ) Dalam tahap ini, kaunselor perlu membantu klien untuk menjelaskan matlamat yang kabur supaya klien dapat dibantu menuju kearah atau tujuan yang betul. Ada klien yang tahu apa yang mereka inginkan tetapi tidak tahu bagaimana matlamat tersebut hendak dicapai. Jadi tugas kaunselor adalah membantu klien tersebut melaksanakan matalamatnya. Terdapat banyak strategi untuk membantu klien mencapai matlamat yang diingini. Langkah 1 : Brainstorming Kaunselor akan membantu klien untuk melaksanakan agenda yng telah dirancang atau disenaraikan dalam tahap dua. Klien akan dibantu untuk memikirkan bagaiaman untuk mencapai matlamat yang telah dirancang berdasarkan strategi-strategi. Preferred scenario merupakan matlamat, penamat, kejayaan atau hasil-hasil yang ingin dicapai dala proses menolong. Sementara itu, strategi pula adalah satu set tindakan yang dibentuk untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap sub matlamat yang dibuat kemudiannya perlu mempunyai strategi-strateginya tersendiri. Proses divide and conquer boleh membawa kepada kejayaan dan penyelesaian masalah walaupun pada mulanya kelihatan mustahil. Kaunselor perlu membantu klien menzahirkan seberapa banyak stretegi atau jalan yang akan meningkatkan kemungkinan untuk salah satu atau kombonasi beberapa strategi yang dibentuk akan sesuai dengan keadaan klien. Teknik seperti brainstorming dan fantasi selalunya akan membantu klien mengenalpasti strategi berbeza untuk mencapai matlamat. Langkah 2 : Memilih strategi terbaik Kaunselor akan membantu klien memilih strategi yang terbaik yang menepati persekitaran dan keupayaan klien. Setelah beberapa pilihan tindakan yang berbeza dikenalpasti, klien dan kaunselor bersama-sama mengkaji pilihan yang ada dan cuba memilih pilihan yang terbaik sama ada satu atau beberapa kombinasi pilihan terbaik. Pilihan yang dibuat perlu diambil kira dari sudut nilai klien itu sendiri.
  • 7. Langkah 3 : Menukar strategi menjadi rancangan Kaunselor prlu membantu klien merumus rancangan iaitu step by step untuk melaksanakan setiap matlamat yang dibina. Klien akan lebih mudah bertindak sekiranya mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah. Tempoh masa yang realistic bagi melksanakan setiap langkah perlu dititik beratkan. Cabaran yang perlu diatasi dalam model ini ialah tuntutan disiplin dalam menjalankan sesi yang perlu dipikul oleh klien iu sendiri. Matlamat, strategi serta tindakan mesti dibuat oleh klien itu sendiri dan kaunselor hanya membantu klien bertindak. Model Ivey Menurut Ivey, terdapat lima tahap dalam proses kaunseling yang perlu digunakan oleh kaunselor dalam membantu klien bangkit menyelesaikan masalah dan menjadikan sesuatu sesi itu Berjaya. 1. Memulakan sesi – hubungan repo dan penstrukturan Dalam tahap ini kaunselor akan membina hubungan baik dengan klien supaya klien berasa selesa dengan kaunselor dan percaya kepada kaunselor tersebut. Hubungan repo ini perlu dilakukan sebelum penstrukturan dijalankan.Penstrukturan perlu dilakukan bagi menerangkan secara ringkas tentang kaunseling dan tujuan sesi.Selain daripad itu, penstrukturan juga dapat menjelaskan tanggungjawab kaunselor dank lien spenjang sesi berlangsung. 2. Mendapatkan data – melakar cerita, masalah atau isu yang dikemukakan oleh klien Dalam tahap ini, kaunselor akan memberikan tumpuan kepada masalah yang dikemukan oleh klien bagi melancarkan perjalanan sesi. Ketika ini, klien akan menceritakan semua erkara yang ingin dikongsi bersama kaunselor dan kaunsellor perlu bersikap terbuka terhadap klien. Kemahiran-kemahiran perlu digunakan supaya kaunselor tidak lari daripada topic yang dibincangkan leh klien dan menjadikan sesi lebih terarah untuk mencapai matlamat yang diingini. Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor supaya apa yang diceritakan oleh klien dapat difahami oleh kaunselor sekalaigus tidak hilang tumpuan terhadap klien. Iaitu rumusan kecil, dorongan minima, refleksi isi dan lain-lain. 3. Saling merangka matlamat Kaunselor perlu focus kepada matlamat utama klien dalam sesuatu perkara yang dibincangkan. Selain itu, perangkaan matlamat juga penting bagi mendapatkan keadaan yang ideal dengan kehidupan klien. 4. Tahap bekerja – meneroka alternative bagi mencabar ketidak selarasan klien dan konflik untuk bercerita semula.
  • 8. Pada tahap ini, kaunselor bekerja kearah resolusi terhadap isu klien.Kaunselor perlu mengambil berat terhadap klien supaya klien berpuas hati sepanjang sesi kaunseling berlangsung. Tugas seorang kaunselor adalah meneroka kemungkinan-kemungkinan dan membantu klien mendapatkan cara yang baru untuk bertindak dengan lebih baik. Tahap ini melibatkan model penyelesaian yang kreatif iaitu menjamna alternative,dan memutus untuk membuat pilihan berdasarkan alternative-alternatif tersebut. Ianya melibatkan tahap penerokaan dalaman yang lama. Umumnya ditahap ini, model asas penyelesaian masalah iaitu menjelaskan matlamat atau hasil yang diinginkan dan seterusnya menjana alternative untuk membuat tindakan 5. Penamatan – rumusan dan bertindak keara cerita baru Dalam tahap penamatan, aabila perkara ataupun masalah yang dihadapi oleh lien dapat diselesaikan, klien akan mendapaat perubahan di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien didalam kehidupan sehari-harian. Kebanyakkan klien yang menjalani sesi ini tidak berubah kearah tingkah laku yang lebih baik tetapi kekal seperti sedia kala. RUMUSAN Secara keseluruhan, model kaunseling adalah satu proses yang dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat sehingga mencapai penamatan. Secara umumnya, proses kaunseling ini bermula dengan membina hubungan, membuat penstrukturan, penerokaan, mengenalpasti masalah, mencari alternative, melaksanakan pemilihan dan penamatan.Pembahagian peringkat dilakukan secara tidak langsung oleh kaunselor tanpa disedari oleh klien.Ia banyak membantu kaunselor memahami klien dengan sebaik mungkin. Kaunselor dapat menyelami ruang dalaman dan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.Dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil berat tentang perkara ini bagi menjadikan sesuatu sesi berjalan dengan produktif.