1. KEBAHAGIAAN MEMBERI DAN MENERIMA
Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda
yang maksudnya:´Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada
seorang
mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada
hari
kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang
memberi
minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi
minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan
dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi
pakai
kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah
memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.´(H.R.at-Tirmidzi)
Kredit foto: Al-Azhar Peduli
Huraian
1. Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan
pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi
meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan
asasi.
2. Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan
hati seseorang berasa tenang dan damai.
3. Juga ketika orang lain memberikan sesuatu pada kita, maka terimalah
dengan hati yang ikhlas diiringi dengan senyuman dan ungkapkanlah
kegembiraan hati kita kepadanya dengan ucapan terima kasih yang
sebenarnya sangat bererti bagi orang yang memberi.
2. 4. Pemberian memerlukan penerimaan, pemberian yang tulus juga
memerlukan
penerimaan yang tulus. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W, bahawa
tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah,
maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.
5. Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian
orang lain. Namun begitu apabila tibanya suatu saat di mana tibanya masa
untuk diri kita menerima, maka terimalah juga dengan suatu ketulusan,
jangan merasa rendah diri, tapi bertekadlah dalam hati untuk berusaha
membalas pemberian tersebut kepadanya atau dalam ertikata lain µsaat
kita menerima sesuatu kita sesungguhnya sedang belajar untuk memberi
sesuatu¶.
*Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia*
http://rahsiasedekah.wordpress.com