SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
13          CERITA


                                              Bahagian B
                                    [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                              [30 markah]


Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh
di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


      lelaki                kecil               peralatan            menahan               barang

   mengutip             menghidangi              pondok            mempelawa               pulang



                                 SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN

         Saya dan kawan-kawan saya menuju ke …(1)… perhentian bas. Kami bercadang hendak
  pergi ke bandar Sitiawan, Manjong. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan
  sekolah dan buku rujukan UPSR.
         Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang …(2)… tua. Dengan tidak semena-
  mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua …(3)… yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.
         Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan
  raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik
  kerana mengalami luka ...(5)... sahaja.
        Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya.
  Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
          Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah.
  Dia ...(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima
  kasih atas pertolongan saya kepadanya.
        Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku-buku rujukan tidak
  kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam
  kesusahan. Saya melangkah dengan hati yang gembira.




                                                                                                     30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA               13               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
14         SITUASI ATAU KEPERIHALAN


                                              Bahagian B
                                    [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                              [30 markah]


Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong
membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya.
Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   kumpulan                 sibuk              berkumpul                 kerja                bersatu

     ikatan                 balai               kelihatan             sempena                menjayakan



                          PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA

        Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk
  kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... Sambutan
  Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
         Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah ...(2)... di
  luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti
  gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis.
         Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan
  kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan
  termasuklah taman permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya.
         Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di
  perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)...
  hati menjayakan program gotong-royong ini.
         Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas
  telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun
  mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah.
          Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)...
  silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan.
  Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.




                                                                                                        30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA                14               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
15         FAKTA


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     diasuh               diperoleh          dimanfaatkan          khazanah              meneroka

     ruang                 rujukan              selesa                  proses             bantu



                                     PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU

        Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam
  membantu melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul
  pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah.
         Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku-
  buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber
  kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.
         Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu
  daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga
  murid-murid ...(5)... berkomunikasi lisan secara ilmiah.
         Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu
  ini boleh ...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat
  membantu menarik minat murid-murid untuk ...(7)... ilmu.
        Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi
  mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad
  imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber.
         Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu
  didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah
  pusat sumber sebagai sahabat setia anda.




                                                                                                    30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA              15               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
16          PERIBAHASA (BENTUK CERITA)


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Tuliskan suatu karangan cerita berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian
Tidak Berguna”.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


     belajar               menjadi            menyuntik                  bijak             video

     berasa                dicipta              perahu                  berfikir         menyesal



                SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

        Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
  Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa
  juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.
         Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal
  kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu,
  kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika
  berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian.
          Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap
  hari, dia bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat
  menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat.
        Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal
  kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi
  sudah ...(7)... bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
        Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
  berguna”. Kita mesti berhati-hati dan …(8)… terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak
  …(9)… boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya.
       Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”
  mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)...
  membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia.




                                                                                                    30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA              16               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
17        SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita
kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   kejayaan               membaca                sedih              sempena                bidang

     kagum                berazam              diselitkan               salam              diingati



                              SURAT MENYATAKAN UCAPAN TAHNIAH

                                                                           No. 5, Jalan Budi 1,
                                                                           25/21A, Taman Sri Muda,
                                                                           46000 Shah Alam,
                                                                           Selangor Darul Ehsan.
                                                                           12 Januari 2006.

        Menemui sahabatku Alia Farhana yang ...(1)... selalu, semoga saudari berada dalam
  keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.
  Saudari,
         Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas ...(2)... cemerlang saudari
  memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat
  kebangsaan ...(3)... sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya mengetahui berita ini melalui akhbar
  Berita Harian.
        Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah …(4)… esei saudari
  dalam majalah Mekar. Esei itu sungguh menarik dan mencuit hati. Jalan ceritanya ada …(5)…
  babak humor dan saspens.
        Sesungguhnya, saya ...(6)... akan hasil penulisan saudari yang bertajuk “Tekal Menempuh
  Hidup”. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang ...(7)... dan menyayat hati.
           Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam …(8)… penulisan ini. Saya
  ...(9)... untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.
         Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan ...(10)... saya kepada keluarga saudari.


                                                                                 Saya yang benar,
                                                                                NurliyanaHusna




UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA              17               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
18          SURAT KIRIMAN RASMI


Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu
dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


       sejak              suasana               segala               ucapan                cuaca

       aduan              tindakan              segera              keadaan                lampu



                          SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS

  Ketua Kelas.
  Tahun Enam Bestari,
  SK Sungai Tungku,
  36000 TELUK INTAN.

  Guru Besar,
  SK Sungai Tungku,
  36000 TELUK INTAN.                                                               14 Januari 2006.

  Tuan,

  ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS

  Dengan ...(1)... hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
  2.    Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu …(2)…. Aduan
  saya ialah tentang kerosakan …(3)… dan kipas angin di kelas kami.
  3.   Untuk pengetahuan tuan, kerosakan ini berlaku ...(4)... awal tahun. Perkara ini telah
  menimbulkan ...(5)... kelas yang kurang selesa. Perkara ini amat dirasai pada awal pagi dan pada
  waktu tengah hari.
  4.    Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika …(6)… mendung. Kipas angin yang
  tidak berfungsi pula menyebabkan …(7)… dan iklim di dalam kelas yang kurang selesa.
  Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar.
  5.    Harapan saya agak pihak sekolah dapat mengambil ...(8)... yang sewajarnya. Semoga
  kesulitan yang kami alami, akan ...(9)... berakhir.
  Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ...(10)... terima kasih. Sekian.


  Saya yang benar,
               Rizalman
  (RIZALMAN BIN KHUSAIRI)
  Ketua Kelas,
  Tahun Enam Bestari.




UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA              18               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
19        CATATAN


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti
sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   perutusan              sambutan                ucapan                  jamuan                 drama

     cerah                sukaneka                 juadah                 antara               dimulakan



                               CATATAN SAMBUTAN HARI GURU 2005

  JUMAAT, 20 MEI 2005
  7.45 pagi
  Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2005. Semuanya
  kelihatan ceria. Cuaca juga …(1)… pada hari itu.
  8.00 pagi
  Acara dimulakan dengan ...(2)... daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang
  Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca ...(3)... Datuk Ketua Pengarah
  Pelajaran Malaysia. Utusan Ketua Pengarah Pelajaran Perak pula dibacakan oleh Puan Rohaya Karim
  8.45 pagi
  Sukaneka ...(4)... dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari kasut gergasi pula
  dijalankan. Perlawanan bola jaring turut diadakan ...(5)... murid dan guru.
  9.45 pagi
  Persembahan …(6)… Hari Guru 2005 dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga
  menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan …(7)… yang
  berjudul “Guru Agung”.
  11.00 pagi
  Majlis berhenti rehat, kami menikmati ...(8)... yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki
  tangan sekolah, dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua ...(9)... yang
  tersedia membuka selera kami.
  11.45 pagi
  Upacara penyampaian hadiah acara …(10)… mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah
  disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu.




                                                                                                           30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA                 19                 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
20        BERITA


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah
sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    pameran                bacaan              istimewa             melukis              menyertai

   menerima               bercerita           dirasmikan            kategori             memupuk



                                       BERITA PAMERAN BUKU 2005

  KOTA BHARU, 25 Disember – Suatu pameran buku telah diadakan pada 24 Disember 2005
  bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa.
  Pameran ini telah ...(1)... oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abdul Rashid, Pengarah Bahagian
  Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
           Banyak syarikat dan kedai buku ...(2)... pameran ini. Pameran yang diadakan selama
  seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis bahan
  ...(3)... dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku rujukan, dan majalah.
        Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan ...(4)... minat membaca di
  kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, ...(5)... itu juga merupakan satu daripada langkah
  untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah.
        Sempena pameran buku ini, pertandingan …(6)… dan melukis turut diadakan.
  Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu
  manakala satu …(7)… lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua.
        Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk ...(8)... disediakan bagi kedua-dua kategori
  pertandingan. Para pemenang akan ...(9)... hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis.
  Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka.
        Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga ...(10)... sehingga 50%.
  Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku yang diadakan
  juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak
  berpuas hati dengan kejayaan pameran pada kali ini.




                                                                                                     30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA              20               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
21         LAPORAN


                                              Bahagian B
                                    [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                              [30 markah]


Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan
laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


  mendirikan               berehat            mengadakan             bertolak             ceramah

     patrol                 tamat               diarahkan           ditetapkan            anggota



                               LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
                             SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUNGKU

        Pada hari Jumaat, 10 Mac 2006 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... pengakap dan enam
  orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan telah ...(2)... perkhemahan
  pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.
        Di lokasi perkhemahan, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang
  tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di
  samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak.
        Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa
  untuk riadah dan ...(6)... selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan
  mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik dengan pengawasan guru-guru pengiring.
        Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ...(7)... diadakan. Ceramah
  disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”.
  Ceramah ini …(8)… pada pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami masuk ke khemah masing-
  masing untuk berehat dan tidur.
        Ahad, 12 Mac 2006, berakhirlah perkhemahan anggota pengakap pada kali ini. Kira-kira
  pukul 2.30 petang, kami ...(9)... supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat
  perkhemahan. Setengah jam kemudian, kami ...(10)... meninggalkan Teluk Batik untuk pulang ke
  rumah masing-masing.


  Laporan disediakan oleh,                                                             20 Mac 2006.
                Shafiq Nabil
  (SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI)
  Setiausaha Pertubuhan Pengakap,
  Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku.




                                                                                                     30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA               21               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
22        DIALOG


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di
hospital, kamu ingin tahu tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    melawat              perjalanan              basikal              menjenguk           menghantar

    bantuan               menjalani              terlantar              seluruh           kemalangan



                 PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG TERLANTAR DI HOSPITAL

 Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu
 kemalangan jalan raya. Yang berikut adalah perbualan kami.
 Ramli      :   Apa khabar, Karim?
 Karim      :   Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini.
 Ramli      :   Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku?
 Karim      :   Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan
                kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di
                simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman.
 Ramli      :   Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku?
 Karim      :   Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba,
                sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas
                jalan raya, basikal saya putus dua. Sungguh dasyat kemalangan tersebut.
 Ramli      :   Apakah kecederaan yang awak alami?
 Karim      :   Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya
                mengalami luka dan calar-balar.
 Ramli      :   Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital?
 Karim      :   Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar
                saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan
                ...(9)... sebuah van yang lalu ketika kemalangan itu berlaku.
 Ramli      :   Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah.
 Karim      :   Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini.
                Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan sekelas kita.
 Ramli      :   Sama-sama. Baiklah, salam kamu saya akan sampaikan apabila ke sekolah nanti.




                                                                                                       30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA                22                ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
23         UCAPAN


                                              Bahagian B
                                    [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                              [30 markah]


Sekolah kamu telah mengadakan majlis jamuan perpisahan kerana pertukaran guru kelas kamu ke
sekolah lain. Selaku ketua kelas, kamu telah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tulislah ucapan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    terharu                 tugas                dahulu             serangkap              tingkah

   mengajar                berjumpa           membimbing             bertukar            mengambil



                           UCAPAN SEMPENA MAJLIS JASAMU DIKENANG

       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SK Behrang, Puan
 Norehan binti Kamaruddin, barisan penolong kanan, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan.
 Selamat sejahtera. Terlebih ...(1)... saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang
 berucap dalam majlis ini.
 Hadirin yang dihormati,
      Sebagaimana yang kita sedia maklum, Puan Zaleha binti Ahmad akan ...(2)... ke sekolah lain.
 Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan ...(3)... atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau
 menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi.
        Beliau telah ...(4)... di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah
 bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu ...(5)... dan menasihati kami.
 Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa dan pengorbanan
 beliau mengasuh dan mendidik tetap kami kenang hingga ke akhir hayat.
        Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Marikh ...(6)... kesempatan untuk memohon maaf
 atas segala kesalahan tutur kata dan ...(7)... laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu selama
 ini sukar untuk kami membalasnya. Jasamu ibarat permata yang menyinar.
      Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan ...(8)...
 dengan selesa. Dengan tulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan
 kepada kami. Harapan kami agar kita dapat ...(9)... lagi pada suatu hari nanti.
        Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah ...(10)... pantun daripada saya.
        Kalau ada jarum yang patah,
        Jangan disimpan di dalam peti;
        Kalau ada silap dan salah,
        Jangan disimpan di dalam hati.
 Sekian, terima kasih.




UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA               23               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
24          SYARAHAN


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi
ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


    dialirkan              dibuang            berbahaya            disebabkan             hidupan

     negatif             keadilannya          merugikan            kegunaan             pencemaran



                           KESAN PENCEMARAN AIR KEPADA KEHIDUPAN

       Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-
 penolong Kanan, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji ...(1)..., serta rakan-rakan yang
 dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk
 menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”.
 Hadirin yang dihormati,
        Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi ...(2)...
 oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah sampah-sarap dan sisa-sisa minyak ...(3)... ke dalam
 laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
       Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah ...(4)... ke dalam
 sungai dan ke dalam laut. Perkara ini mengakibatkan ...(5)... air yang berterusan. Kita terpaksa
 mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air yang telah tercemar itu.
       Manusia menggunakan air untuk ...(6)... harian, pertanian dan perindustrian. Jika air
 tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat ...(7)... untuk
 kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit.
       Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan …(8)… air, seperti rumpair, ikan, dan
 sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang …(9)… kepada kehidupan nelayan. Pendapatan
 para nelayan juga turut terjejas.
 Hadirin yang budiman,
         Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak
 ...(10)... kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut.
 Sekian, terima kasih.




                                                                                                    30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA              24               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
25        PERBAHASAN


                                             Bahagian B
                                   [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                             [30 markah]


Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang,
kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan
Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.


   kelahiran               pelbagai          berpeleseran          mengawasi            mengasuh

  menentukan             berakhirlah          menyokong             peranan              menjejaki



   Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid

        Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan
 pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk ...(1)..
 tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru
 dalam Membentuk Disiplin Murid”.
       Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap ...(2)... seseorang insan.
 Sebelum kanak-kanak itu ...(3)... alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik-
 beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut.
       Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan ...(4)... dan masa
 yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna.
 Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan ...(5)...
 kerenah anak didik mereka.
 Hadirin yang dihormati,
       Setelah tamat waktu persekolahan, ...(6)... peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat
 memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan
 penting ...(7)... anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna.
       Ibu bapa perlu memberi perhatian dan ...(8)... anak-anak mereka supaya tidak melakukan
 perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan ...(9).... Jika ibu bapa
 gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar
 untuk dibendung.
         Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada
 peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh ...(10)... agar
 nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing.
 Sekian, terima kasih.




                                                                                                     30


UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA              25               ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Langkah keselamatan mengangkat barang
Langkah keselamatan mengangkat barangLangkah keselamatan mengangkat barang
Langkah keselamatan mengangkat barang
Salwa Zakaria
 
Nota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasNota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemas
Britney Sim
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
An Hawa
 
Note Expansion - Section C
Note Expansion - Section CNote Expansion - Section C
Note Expansion - Section C
Linda Midy
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
wykheng
 
Kata sendi nama 介词
Kata sendi nama 介词Kata sendi nama 介词
Kata sendi nama 介词
tqj
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
Lim Moi
 

Was ist angesagt? (20)

Langkah keselamatan mengangkat barang
Langkah keselamatan mengangkat barangLangkah keselamatan mengangkat barang
Langkah keselamatan mengangkat barang
 
Nota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasNota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemas
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Sajak bangkitlah ~
Sajak   bangkitlah ~Sajak   bangkitlah ~
Sajak bangkitlah ~
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
 
Note Expansion - Section C
Note Expansion - Section CNote Expansion - Section C
Note Expansion - Section C
 
Teknik Menjawab Peribahasa
Teknik Menjawab PeribahasaTeknik Menjawab Peribahasa
Teknik Menjawab Peribahasa
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
科学技能
科学技能科学技能
科学技能
 
Anak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuAnak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipu
 
Surat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsrSurat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsr
 
peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5
 
Kata sendi nama 介词
Kata sendi nama 介词Kata sendi nama 介词
Kata sendi nama 介词
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
 
Panduan menulis berita
Panduan menulis beritaPanduan menulis berita
Panduan menulis berita
 
Pantun Muafakat
Pantun MuafakatPantun Muafakat
Pantun Muafakat
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
 
KERTAS PENERANGAN K1
KERTAS PENERANGAN K1KERTAS PENERANGAN K1
KERTAS PENERANGAN K1
 

Andere mochten auch (12)

Penulisan ucapan
Penulisan ucapanPenulisan ucapan
Penulisan ucapan
 
TEKS Penutupan mc imec
TEKS Penutupan mc imecTEKS Penutupan mc imec
TEKS Penutupan mc imec
 
PPT MESYUARAT GURU 1/2014 SJKT LDG BKT SERAMPANG,TANGKAK
PPT MESYUARAT GURU 1/2014 SJKT LDG BKT SERAMPANG,TANGKAKPPT MESYUARAT GURU 1/2014 SJKT LDG BKT SERAMPANG,TANGKAK
PPT MESYUARAT GURU 1/2014 SJKT LDG BKT SERAMPANG,TANGKAK
 
Teks mc kem kecemerlangan upsr
Teks mc kem kecemerlangan upsrTeks mc kem kecemerlangan upsr
Teks mc kem kecemerlangan upsr
 
Visi & misi kpm
Visi & misi kpmVisi & misi kpm
Visi & misi kpm
 
Cara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuatCara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuat
 
Teks Pengacara Majlis Penutupan Kem Motivasi | SK Skarok
Teks Pengacara Majlis Penutupan Kem Motivasi | SK SkarokTeks Pengacara Majlis Penutupan Kem Motivasi | SK Skarok
Teks Pengacara Majlis Penutupan Kem Motivasi | SK Skarok
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiahTeks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
 
PENGURUSAN SUMBER (Pusat Sumber Sekolah)
PENGURUSAN SUMBER (Pusat Sumber Sekolah)PENGURUSAN SUMBER (Pusat Sumber Sekolah)
PENGURUSAN SUMBER (Pusat Sumber Sekolah)
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmian
 
rangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssrrangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssr
 

Mehr von Sanusi Barawi Sanusi (11)

Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5Attachments 2011 12_5
Attachments 2011 12_5
 
Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
 
Teka teki dan kisah lawak
Teka teki dan kisah lawakTeka teki dan kisah lawak
Teka teki dan kisah lawak
 
Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
 
Attachments 2011 12_1
Attachments 2011 12_1Attachments 2011 12_1
Attachments 2011 12_1
 
Pelaksanaan pak di dalam bilik darjah
Pelaksanaan pak di dalam bilik darjahPelaksanaan pak di dalam bilik darjah
Pelaksanaan pak di dalam bilik darjah
 
Pak konsep edited
Pak konsep editedPak konsep edited
Pak konsep edited
 
Akses kendiri
Akses kendiriAkses kendiri
Akses kendiri
 
Kuiz
KuizKuiz
Kuiz
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Bahan 2
Bahan 2Bahan 2
Bahan 2
 

Attachments 2011 12_5

  • 1. 13 CERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan. Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. lelaki kecil peralatan menahan barang mengutip menghidangi pondok mempelawa pulang SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN Saya dan kawan-kawan saya menuju ke …(1)… perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar Sitiawan, Manjong. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang …(2)… tua. Dengan tidak semena- mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua …(3)… yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka ...(5)... sahaja. Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah. Dia ...(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya kepadanya. Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku-buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan. Saya melangkah dengan hati yang gembira. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 13 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 2. 14 SITUASI ATAU KEPERIHALAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya. Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kumpulan sibuk berkumpul kerja bersatu ikatan balai kelihatan sempena menjayakan PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah ...(2)... di luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis. Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya. Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)... hati menjayakan program gotong-royong ini. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah. Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)... silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 14 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 3. 15 FAKTA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. diasuh diperoleh dimanfaatkan khazanah meneroka ruang rujukan selesa proses bantu PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku- buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita. Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga murid-murid ...(5)... berkomunikasi lisan secara ilmiah. Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu ini boleh ...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat membantu menarik minat murid-murid untuk ...(7)... ilmu. Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia anda. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 15 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 4. 16 PERIBAHASA (BENTUK CERITA) Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Tuliskan suatu karangan cerita berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. belajar menjadi menyuntik bijak video berasa dicipta perahu berfikir menyesal SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik. Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian. Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat. Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi sudah ...(7)... bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan …(8)… terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak …(9)… boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya. Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)... membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 16 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 5. 17 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kejayaan membaca sedih sempena bidang kagum berazam diselitkan salam diingati SURAT MENYATAKAN UCAPAN TAHNIAH No. 5, Jalan Budi 1, 25/21A, Taman Sri Muda, 46000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 12 Januari 2006. Menemui sahabatku Alia Farhana yang ...(1)... selalu, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat. Saudari, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas ...(2)... cemerlang saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat kebangsaan ...(3)... sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya mengetahui berita ini melalui akhbar Berita Harian. Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah …(4)… esei saudari dalam majalah Mekar. Esei itu sungguh menarik dan mencuit hati. Jalan ceritanya ada …(5)… babak humor dan saspens. Sesungguhnya, saya ...(6)... akan hasil penulisan saudari yang bertajuk “Tekal Menempuh Hidup”. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang ...(7)... dan menyayat hati. Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam …(8)… penulisan ini. Saya ...(9)... untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti. Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan ...(10)... saya kepada keluarga saudari. Saya yang benar, NurliyanaHusna UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 17 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 6. 18 SURAT KIRIMAN RASMI Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. sejak suasana segala ucapan cuaca aduan tindakan segera keadaan lampu SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Ketua Kelas. Tahun Enam Bestari, SK Sungai Tungku, 36000 TELUK INTAN. Guru Besar, SK Sungai Tungku, 36000 TELUK INTAN. 14 Januari 2006. Tuan, ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Dengan ...(1)... hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu …(2)…. Aduan saya ialah tentang kerosakan …(3)… dan kipas angin di kelas kami. 3. Untuk pengetahuan tuan, kerosakan ini berlaku ...(4)... awal tahun. Perkara ini telah menimbulkan ...(5)... kelas yang kurang selesa. Perkara ini amat dirasai pada awal pagi dan pada waktu tengah hari. 4. Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika …(6)… mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula menyebabkan …(7)… dan iklim di dalam kelas yang kurang selesa. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. 5. Harapan saya agak pihak sekolah dapat mengambil ...(8)... yang sewajarnya. Semoga kesulitan yang kami alami, akan ...(9)... berakhir. Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ...(10)... terima kasih. Sekian. Saya yang benar, Rizalman (RIZALMAN BIN KHUSAIRI) Ketua Kelas, Tahun Enam Bestari. UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 18 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 7. 19 CATATAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. perutusan sambutan ucapan jamuan drama cerah sukaneka juadah antara dimulakan CATATAN SAMBUTAN HARI GURU 2005 JUMAAT, 20 MEI 2005 7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2005. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga …(1)… pada hari itu. 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ...(2)... daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca ...(3)... Datuk Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Utusan Ketua Pengarah Pelajaran Perak pula dibacakan oleh Puan Rohaya Karim 8.45 pagi Sukaneka ...(4)... dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari kasut gergasi pula dijalankan. Perlawanan bola jaring turut diadakan ...(5)... murid dan guru. 9.45 pagi Persembahan …(6)… Hari Guru 2005 dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan …(7)… yang berjudul “Guru Agung”. 11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati ...(8)... yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki tangan sekolah, dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua ...(9)... yang tersedia membuka selera kami. 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara …(10)… mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 19 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 8. 20 BERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. pameran bacaan istimewa melukis menyertai menerima bercerita dirasmikan kategori memupuk BERITA PAMERAN BUKU 2005 KOTA BHARU, 25 Disember – Suatu pameran buku telah diadakan pada 24 Disember 2005 bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa. Pameran ini telah ...(1)... oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abdul Rashid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak syarikat dan kedai buku ...(2)... pameran ini. Pameran yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis bahan ...(3)... dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku rujukan, dan majalah. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan ...(4)... minat membaca di kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, ...(5)... itu juga merupakan satu daripada langkah untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah. Sempena pameran buku ini, pertandingan …(6)… dan melukis turut diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu manakala satu …(7)… lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua. Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk ...(8)... disediakan bagi kedua-dua kategori pertandingan. Para pemenang akan ...(9)... hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka. Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga ...(10)... sehingga 50%. Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak berpuas hati dengan kejayaan pameran pada kali ini. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 20 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 9. 21 LAPORAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. mendirikan berehat mengadakan bertolak ceramah patrol tamat diarahkan ditetapkan anggota LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUNGKU Pada hari Jumaat, 10 Mac 2006 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan telah ...(2)... perkhemahan pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Di lokasi perkhemahan, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak. Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan ...(6)... selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik dengan pengawasan guru-guru pengiring. Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ...(7)... diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”. Ceramah ini …(8)… pada pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami masuk ke khemah masing- masing untuk berehat dan tidur. Ahad, 12 Mac 2006, berakhirlah perkhemahan anggota pengakap pada kali ini. Kira-kira pukul 2.30 petang, kami ...(9)... supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat perkhemahan. Setengah jam kemudian, kami ...(10)... meninggalkan Teluk Batik untuk pulang ke rumah masing-masing. Laporan disediakan oleh, 20 Mac 2006. Shafiq Nabil (SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 21 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 10. 22 DIALOG Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di hospital, kamu ingin tahu tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. melawat perjalanan basikal menjenguk menghantar bantuan menjalani terlantar seluruh kemalangan PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG TERLANTAR DI HOSPITAL Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Yang berikut adalah perbualan kami. Ramli : Apa khabar, Karim? Karim : Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini. Ramli : Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku? Karim : Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman. Ramli : Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku? Karim : Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya putus dua. Sungguh dasyat kemalangan tersebut. Ramli : Apakah kecederaan yang awak alami? Karim : Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya mengalami luka dan calar-balar. Ramli : Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital? Karim : Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan ...(9)... sebuah van yang lalu ketika kemalangan itu berlaku. Ramli : Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah. Karim : Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan sekelas kita. Ramli : Sama-sama. Baiklah, salam kamu saya akan sampaikan apabila ke sekolah nanti. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 22 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 11. 23 UCAPAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Sekolah kamu telah mengadakan majlis jamuan perpisahan kerana pertukaran guru kelas kamu ke sekolah lain. Selaku ketua kelas, kamu telah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulislah ucapan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. terharu tugas dahulu serangkap tingkah mengajar berjumpa membimbing bertukar mengambil UCAPAN SEMPENA MAJLIS JASAMU DIKENANG Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SK Behrang, Puan Norehan binti Kamaruddin, barisan penolong kanan, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat sejahtera. Terlebih ...(1)... saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini. Hadirin yang dihormati, Sebagaimana yang kita sedia maklum, Puan Zaleha binti Ahmad akan ...(2)... ke sekolah lain. Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan ...(3)... atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi. Beliau telah ...(4)... di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu ...(5)... dan menasihati kami. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa dan pengorbanan beliau mengasuh dan mendidik tetap kami kenang hingga ke akhir hayat. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Marikh ...(6)... kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan ...(7)... laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu selama ini sukar untuk kami membalasnya. Jasamu ibarat permata yang menyinar. Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan ...(8)... dengan selesa. Dengan tulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan kepada kami. Harapan kami agar kita dapat ...(9)... lagi pada suatu hari nanti. Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah ...(10)... pantun daripada saya. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih. UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 23 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 12. 24 SYARAHAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. dialirkan dibuang berbahaya disebabkan hidupan negatif keadilannya merugikan kegunaan pencemaran KESAN PENCEMARAN AIR KEPADA KEHIDUPAN Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong- penolong Kanan, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji ...(1)..., serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Hadirin yang dihormati, Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi ...(2)... oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah sampah-sarap dan sisa-sisa minyak ...(3)... ke dalam laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah ...(4)... ke dalam sungai dan ke dalam laut. Perkara ini mengakibatkan ...(5)... air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air yang telah tercemar itu. Manusia menggunakan air untuk ...(6)... harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat ...(7)... untuk kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit. Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan …(8)… air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang …(9)… kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas. Hadirin yang budiman, Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak ...(10)... kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut. Sekian, terima kasih. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 24 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
  • 13. 25 PERBAHASAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang, kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kelahiran pelbagai berpeleseran mengawasi mengasuh menentukan berakhirlah menyokong peranan menjejaki Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk ...(1).. tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap ...(2)... seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu ...(3)... alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik- beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut. Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan ...(4)... dan masa yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna. Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan ...(5)... kerenah anak didik mereka. Hadirin yang dihormati, Setelah tamat waktu persekolahan, ...(6)... peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting ...(7)... anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan ...(8)... anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan ...(9).... Jika ibu bapa gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar untuk dibendung. Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh ...(10)... agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing. Sekian, terima kasih. 30 UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 25 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B