SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
EDU 3105 2013
1
1.0 PENGENALAN
Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk
oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan
pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini
sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar.
Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat
dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif
yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan
pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk
lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan
teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu
juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur.
ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:-
A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )
S = State objective ( Nyatakan Objektif )
S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media
Dan Bahan )
U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan
Bahan )
R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan
Pelajar )
E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)
Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah
berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait
EDU 3105 2013
2
antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap
bagi satu sesi pengajaran.
2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE
Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap
langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa
Melayu Tahun 5. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian
selama 90 minit untuk kelas 5 yang memiliki seramai 30 orang pelajar.
2.1 Analisis Pelajar (Analyze Learners)
Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.
Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira
dari pelbagai aspek, antaranya ialah kebolehan pelajar sebelum bermulanya
pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras
motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada
supaya pengajaran guru cepat difahami oleh pelajar.
Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran.
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini
berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan
kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan
menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk
menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami
mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda
maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
EDU 3105 2013
3
2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran
Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah
pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan
sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka
secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya
perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience), peringkat boleh diukur
(Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan
memudahkan pencapaian objektif tercapai.
2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)
Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang
digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza.
Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan
simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi.
Guru memberi penerangan tentang antara sebab berlaku pencemaran alam
sekitar. Murid dalam kumpulan tertentu menyenaraikan masalah yang menyebabkan
pencemaran serta kesan pencemaran kepada kehidupan di bumi.Kaedah ini dipilih
kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan rakan-rakan yang lebih pandai
sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan
yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang
secara aktif.
2.4 Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor
asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah
EDU 3105 2013
4
dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD-
Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan
mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan
pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi.
Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi, video
dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar
memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran
kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami
apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti
buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika
menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu
lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat
sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih
menarik.
2.5 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu
dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi.
Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang
aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu
untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta
merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954).
Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan
pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan
perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta
menuliskan ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberi.
EDU 3105 2013
5
2.5.1 Perbincangan
Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan
pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa
pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mengemukakan seberapa
banyak punca pencemaran alam sekitar.
2.5.2 Soal jawab
Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah
pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana
ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah
dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
dengan tujuan :
i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar
iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir
iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir
2.5 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)
Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu
serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana
keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat
memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.
EDU 3105 2013
6
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Bestari
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Manusia Perihatin Bumi Terpelihara
Tarikh : 18 Mac 2013
Masa : 60 minit ( 0810-0910 )
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Membina dan menulis lima ayat majmuk dengan betul
berdasarkan ayat-ayat tunggal diberi.
ii. Membaca petikan dengan kuat dan lancar dengan
intonasi yang betul.
iii. Menyatakan punca-punca pencemaran dan akibat
daripada pencemaran.
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks
tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan tajuk yang diberikan.
Fokus Sampingan:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan
memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi
berdasarkan tanda baca.
EDU 3105 2013
7
1.5 Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
Aras 2 (1) Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara menggunakan kata, ungkapan,
dan ayat yang sesuai.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk,
sebutan dan intonansi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kesihatan
Nilai : Kerjasama, menghormati dan menghargai alam.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan
kemahiran meramal
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis
dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyertai aktiviti gotong-royong di
taman perumahan dan di sekolah.
BBM : Power point, lambaran kerja dan carta bergambar.
Langkah /
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Murid ditayangkan
video berkaitan
berkaitan
pencemaran alam
sekitar.
1. Murid menonton tayangan video
dan menghayatinya.
2. Murid diminta member pandangan
tentang hal yang berlaku dalam
tayangan video.
3. Guru menerangkan kaitan video
dengan tajuk pelajaran.
KB :
Menghubungkait,
inferens
BCB: Menonton
dengan aktif
BBM : Power point
EDU 3105 2013
8
Langkah 1
(15 minit)
Lisan
Membaca petikan
bertajuk “Manusia
Perihatin Bumi
Terpelihara” dalam
power point.
1.Apakah jenis
pencemaran yang
berlaku di dalam
petikan?
=(Pencemaran
sungai/ air )
2. Nyatakan lain-lain
pencemaran yang
sering berlaku di
kawasan anda ?
=pencemaran udara
=pencemaran bunyi
i) 1.Guru menayangkan petikan / teks
bertajuk “Manusia Perihatin Bumi
Terpelihara “
ii) 2. Murid membaca petikan itu
secara senyap.
3. Murid membaca kuat mengikut
intonasi yang betul dalam secara
bergilir mengikut kumpulan meja (3
kumpulan)
4. Guru mengemukakan beberapa
soalan kepada murid berkaitan
dengan tajuk petikan tersebut.
5. Murid mengemuka jawapan yang
sesuai.
-pencemaran sungai
-pencemaran udara
-pencemaran bunyi
KB : Membuat
inferens
BCB : i) membaca
dengan intonansi
yang betul.
ii)mendengar
dengan aktif.
BBM : Manusia
Perihatin Bumi
Terpelihara
power point
Analisin murid : Murid dalam kelas ini seramai 30 orang. Bilangan lelaki dan perempuan yang boleh
dikatakan seimbang. Murid-murid dalam kelas ini juga terdiri dari murid sederhana kebijaksanaan
mereka.
Langkah 2
(10 minit)
Membaca
Punca-punca
pencemaran:
A).Pencemaran
Sungai /Air
-sisa toksik
-air kumbahan
-sampah
B) Pencemaran
Udara
-asap pembakaran
hutan
-asap dari kilang
-asap kenderaan
-bau busuk dari
kilang/ amalan
penternakan
C) Pencemaran
i) 1. Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
ii) 2. Murid diminta membuat
perbincangan tentang punca-punca
pencemaran.
3.Wakil setiap kumpulan membentang
hasil perbincangan di hadapan kelas.
KB:Menghubungkait
kan, menjana
Idea
BCB : Memproses
maklumat dan
melaporkan
maklumat.
KP : Verbal
linguistik,visual,
Intrapersonal.
Nilai :
Kerjasama,
berusaha
BBM : power point
EDU 3105 2013
9
Bunyi
-bunyi
kenderaan/kilang
Objektif : Objektif yang disasarkan oleh guru adalah sama dikalangan murid-murid. Ini kerana murid
adalah hampir sama peringkat kebolehan. Dalam hal ini mereka diharap dapat memahami dan
menulis ayat majmuk serta memahami ayat tunggal.
Pemilihan Media : Media yang digunakan guru adalah terdiri dari gabungan pelbagai sumber.
Contohnya ialah lambaran kerja, bahan maujud, tayangan video, serta powerpoint yang dijangka
menarik perhatian murid-mnurid.
Penggunaan Media : Murid-murid terlibat terus dengan penggunaan media yang digunakan oleh
guru dalam pengajaran dan dalam aktiviti yang dirancang. Murid diberi peluang menjalankan aktiviti
melalui powerpoint yang dirancang.
Langkah 3
(15 minit)
Menulis
Contoh:
1.Sungai itu kotor.
(a.tunggal)
2.Sungai itu kotor
kerana sampah
dibuang di situ.
(a.majmuk)
Aktiviti Pengayaan:
Perkataan sinonim.
Intip-intai
Timbul-terapung
Toksik-beracun
Sisa-lebihan
Melapor-mengadu
Aktiviti Pemulihan:
Mengisi tempat
kosong dalam ayat
dengan kata hubung.
Kerana
Dan
Kalau
i)
ii) 1.Guru menunjukkan contoh ayat
tunggal dan ayat majmuk.
Latihan Bertulis:
2.Guru mengedar lambaran kerja
kepada murid.
3.Murid-murid (berpasangan)
membina / menulis lima ayat majmuk
berdasarkan ayat tunggal.
4.Murid merujuk kamus perkataan
sinonim untuk mencari maksud
perkataan.
5. Guru membimbing murid
melengkapkan tempat kosong dengan
kata hubung.
KB : Menjana idea,
menghubungkaitkan
, membuat inferens.
BCB : Mengumpul,
memproses,
mencatat dan
melaporkan
maklumat.
KP :
Intrapersonal;interpe
rsonal, visual,
verbal-linguistik.
Nilai : Bekerjasama,
menghargai,.
BBM :
lambaran latihan.
EDU 3105 2013
10
Sambil
Tetapi
Penglibatan Murid : Murid terlibat aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Mereka digalak
mengemukakan pandangan tentang punca pencemaran dan kesan pencemeran. Murid-murid juga
diberi peluang membimbing rakan-rakan dalam mengemukakan pandangan dan jawapan yang
munasabah.
Penilaian : Murid-murid dinilai dengan cara mereka menjawab soalan dan aktiviti melalui lambaran
kerja yang diedar oleh guru.
Penutup
(3 minit)
Guru merumus isi
pelajaran dan
menyatakan nilai
murni yang harus
ada pada setiap
masyarakat.
i) 1. Murid menyatakan nilai-nilai
murni yang telah guru nyatakan dan
tidak dinyatakan.
Nilai-nilai murni :
Menghargai,
Bersyukur
bertanggungjawab
Bekerjasama
Refleksi_______________________________________________________________
_________________________________________________________________
EDU 3105 2013
11
4.0 PENUTUP
Terdapat enam langkah pengajaran terdapat dalam Model ASSURE harus difahami
oleh setiap guru apabila mengguna Model ASSURE dalam mengajar murid di sekolah.
Dengan memahami setiap langkah maka dijangka aktiviti yang dirancang oleh guru
akan menarik minat murid. Maka dengan itu pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan akan menjadi lebih mudah dilakukan. Disamping itu objektif pelajaran juga
dijangka dapat dicapai. Langkah-langkah yang berfokuskan kepada murid ini juga dapat
menekankan kepentingan interaksi murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dengan pengelibatan yang menyeluruh dan aktif murid , maka aktiviti
yang dijalankan akan berjalan dengan lancar dan berkesan.
EDU 3105 2013
12
5.0 REFLEKSI
Tugasan projek ini adalah antara yang sangat mencabar. Maka itu, ketika sesi
perjumpaan dengan pensyarah mengajar saya banyak kali bertanya perkara yang saya
tidak faham. Di awal menerima tugasan ini saya sangat kebinggungan. Antara bidang
yang saya kurang memahami dalam tugasan ini ialah yang berkaitan dengan
persembahan multimedia ( elektronik ) yang memuatkan pelbagai grafik.
Namun setelah menerima banyak penjelasan yang diberikan oleh pensyarah maka
saya mendapat keyakinan sedikit demi sedikit. Di samping itu saya juga banyak
bertanya dan meminta pandangan rakan-rakan yang lain. Mereka juga banyak
membantu. Di samping itu, saya juga melayari laman-laman web yang turut menambah
kefahaman kepada saya tentang tugasan ini. Masa yang saya ambil untuk
menyelesaikan tugasan ini agak lama terutamanya persembahan multimedia dan
kadang-kadang saya terpaksa berjaga sehingga pukul 1.00 pagi.
Walau bagaimana pun, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga sangat bersyukur kerana menyiapkan
tugasan ini, saya telah banyak mendapat ilmu terutama perkara yang berkaitan dalam
tajuk. Ilmu yang berguna ini memberikan semangat kepada saya dalam menjadikan
anak-anak didik saya lebih mudah mempelajari Bahasa Melayu.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah mengajar mata
pelajaran ini iaitu Encik Muhammad Fariduddin Wajdi Anthony kerana telah banyak
membantu menerangkan perkara yang saya muskil pada awalnya. Tidak ketinggalan
kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan atas kata perangsang dan dorongan.
Sekian, terima kasih.
RABI ANAK IMPEN
730211135509
KUMPULAN : BAHASA MELAYU ( PPGBMM3 )
EDU 3105 2013
13
BIBLIOGRAFI
Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2006).Teknologi dan Reka Bentuk Grafik Digital.
Kuala Lumpur. Venton Publishing.
Mohd. Jizat Abdol, Abdul Razak Idris, Jessnor Elmy.(2006). Teknologi Pengajaran dan
Pembelajaran. UTM
Noriati A.Rashid. (2009).Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam.
Oxford Fajar.
Wan Zah Wan Ali.(2008).HBEM3103.Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur :
OUM
Laman Sesawang
http://rostamhamzah68.blogspot.com/2012/11/model-assure.html
http://jalall6791.blogspot.com/2013/01/contoh-rph-berdasarkan-model-assure.html
http://www.slideshare.net/tanaipoh/rph-model-assure
http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/model-assure.html

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalTharani Kanappan
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiNik Ibrahim Nik Mat
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahPowerful Gurlz
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 

Was ist angesagt? (20)

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 

Andere mochten auch

Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureContoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureSuraliza Shukor
 
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHInteraksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHsuhaimi zulkipli
 
rancangan pengajaran harian sejarah spm
rancangan pengajaran harian sejarah spmrancangan pengajaran harian sejarah spm
rancangan pengajaran harian sejarah spmimanniesa87
 
Contoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelContoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelMohd Nor Ahmad
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure sharifah mu'minah
 

Andere mochten auch (9)

Rph blog pi shaliza
Rph blog pi shalizaRph blog pi shaliza
Rph blog pi shaliza
 
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureContoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
 
Rph inkuiri penemuan
Rph inkuiri penemuanRph inkuiri penemuan
Rph inkuiri penemuan
 
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHInteraksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
 
rancangan pengajaran harian sejarah spm
rancangan pengajaran harian sejarah spmrancangan pengajaran harian sejarah spm
rancangan pengajaran harian sejarah spm
 
Contoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelContoh rph assure_model
Contoh rph assure_model
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 

Ähnlich wie Model assure dan rph

Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran Dewi Zulaeva
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Tugas 1 evaluasi program pendidikan
Tugas 1 evaluasi program pendidikanTugas 1 evaluasi program pendidikan
Tugas 1 evaluasi program pendidikanAlandWijaya
 
Pengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan AjarPengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan AjarQueenDaresa
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 thong
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"yuniasih331
 
Ppt tekpen sukma
Ppt tekpen sukmaPpt tekpen sukma
Ppt tekpen sukma240108
 
Pp tekno uas sukma
Pp tekno uas sukmaPp tekno uas sukma
Pp tekno uas sukmadewi1717
 
Pembelajaran tematik
Pembelajaran tematikPembelajaran tematik
Pembelajaran tematikFelix Baskara
 

Ähnlich wie Model assure dan rph (20)

Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Tugas 1 evaluasi program pendidikan
Tugas 1 evaluasi program pendidikanTugas 1 evaluasi program pendidikan
Tugas 1 evaluasi program pendidikan
 
Pengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan AjarPengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan Ajar
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Model ASSURE (Kajian Kes)
Model ASSURE (Kajian Kes)Model ASSURE (Kajian Kes)
Model ASSURE (Kajian Kes)
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
 
Ppt tekpen sukma
Ppt tekpen sukmaPpt tekpen sukma
Ppt tekpen sukma
 
Pp tekno uas sukma
Pp tekno uas sukmaPp tekno uas sukma
Pp tekno uas sukma
 
Pembelajaran tematik
Pembelajaran tematikPembelajaran tematik
Pembelajaran tematik
 
Pembelajaran tematik
Pembelajaran tematikPembelajaran tematik
Pembelajaran tematik
 
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
 
Utama 1
Utama 1Utama 1
Utama 1
 

Model assure dan rph

  • 1. EDU 3105 2013 1 1.0 PENGENALAN Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur. ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula) Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait
  • 2. EDU 3105 2013 2 antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran. 2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 5 yang memiliki seramai 30 orang pelajar. 2.1 Analisis Pelajar (Analyze Learners) Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat difahami oleh pelajar. Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
  • 3. EDU 3105 2013 3 2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience), peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. 2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods) Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi. Guru memberi penerangan tentang antara sebab berlaku pencemaran alam sekitar. Murid dalam kumpulan tertentu menyenaraikan masalah yang menyebabkan pencemaran serta kesan pencemaran kepada kehidupan di bumi.Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan rakan-rakan yang lebih pandai sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang secara aktif. 2.4 Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah
  • 4. EDU 3105 2013 4 dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD- Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi, video dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik. 2.5 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberi.
  • 5. EDU 3105 2013 5 2.5.1 Perbincangan Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mengemukakan seberapa banyak punca pencemaran alam sekitar. 2.5.2 Soal jawab Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan : i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir 2.5 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise) Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.
  • 6. EDU 3105 2013 6 3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Bestari Bilangan Murid : 30 orang Tema : Alam Sekitar Tajuk : Manusia Perihatin Bumi Terpelihara Tarikh : 18 Mac 2013 Masa : 60 minit ( 0810-0910 ) Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Membina dan menulis lima ayat majmuk dengan betul berdasarkan ayat-ayat tunggal diberi. ii. Membaca petikan dengan kuat dan lancar dengan intonasi yang betul. iii. Menyatakan punca-punca pencemaran dan akibat daripada pencemaran. Hasil Pembelajaran: Fokus Utama : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. Fokus Sampingan: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.
  • 7. EDU 3105 2013 7 1.5 Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. Aras 2 (1) Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Ilmu : Bahasa Melayu, Kesihatan Nilai : Kerjasama, menghormati dan menghargai alam. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran meramal Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyertai aktiviti gotong-royong di taman perumahan dan di sekolah. BBM : Power point, lambaran kerja dan carta bergambar. Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Murid ditayangkan video berkaitan berkaitan pencemaran alam sekitar. 1. Murid menonton tayangan video dan menghayatinya. 2. Murid diminta member pandangan tentang hal yang berlaku dalam tayangan video. 3. Guru menerangkan kaitan video dengan tajuk pelajaran. KB : Menghubungkait, inferens BCB: Menonton dengan aktif BBM : Power point
  • 8. EDU 3105 2013 8 Langkah 1 (15 minit) Lisan Membaca petikan bertajuk “Manusia Perihatin Bumi Terpelihara” dalam power point. 1.Apakah jenis pencemaran yang berlaku di dalam petikan? =(Pencemaran sungai/ air ) 2. Nyatakan lain-lain pencemaran yang sering berlaku di kawasan anda ? =pencemaran udara =pencemaran bunyi i) 1.Guru menayangkan petikan / teks bertajuk “Manusia Perihatin Bumi Terpelihara “ ii) 2. Murid membaca petikan itu secara senyap. 3. Murid membaca kuat mengikut intonasi yang betul dalam secara bergilir mengikut kumpulan meja (3 kumpulan) 4. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid berkaitan dengan tajuk petikan tersebut. 5. Murid mengemuka jawapan yang sesuai. -pencemaran sungai -pencemaran udara -pencemaran bunyi KB : Membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii)mendengar dengan aktif. BBM : Manusia Perihatin Bumi Terpelihara power point Analisin murid : Murid dalam kelas ini seramai 30 orang. Bilangan lelaki dan perempuan yang boleh dikatakan seimbang. Murid-murid dalam kelas ini juga terdiri dari murid sederhana kebijaksanaan mereka. Langkah 2 (10 minit) Membaca Punca-punca pencemaran: A).Pencemaran Sungai /Air -sisa toksik -air kumbahan -sampah B) Pencemaran Udara -asap pembakaran hutan -asap dari kilang -asap kenderaan -bau busuk dari kilang/ amalan penternakan C) Pencemaran i) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii) 2. Murid diminta membuat perbincangan tentang punca-punca pencemaran. 3.Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan di hadapan kelas. KB:Menghubungkait kan, menjana Idea BCB : Memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : Verbal linguistik,visual, Intrapersonal. Nilai : Kerjasama, berusaha BBM : power point
  • 9. EDU 3105 2013 9 Bunyi -bunyi kenderaan/kilang Objektif : Objektif yang disasarkan oleh guru adalah sama dikalangan murid-murid. Ini kerana murid adalah hampir sama peringkat kebolehan. Dalam hal ini mereka diharap dapat memahami dan menulis ayat majmuk serta memahami ayat tunggal. Pemilihan Media : Media yang digunakan guru adalah terdiri dari gabungan pelbagai sumber. Contohnya ialah lambaran kerja, bahan maujud, tayangan video, serta powerpoint yang dijangka menarik perhatian murid-mnurid. Penggunaan Media : Murid-murid terlibat terus dengan penggunaan media yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan dalam aktiviti yang dirancang. Murid diberi peluang menjalankan aktiviti melalui powerpoint yang dirancang. Langkah 3 (15 minit) Menulis Contoh: 1.Sungai itu kotor. (a.tunggal) 2.Sungai itu kotor kerana sampah dibuang di situ. (a.majmuk) Aktiviti Pengayaan: Perkataan sinonim. Intip-intai Timbul-terapung Toksik-beracun Sisa-lebihan Melapor-mengadu Aktiviti Pemulihan: Mengisi tempat kosong dalam ayat dengan kata hubung. Kerana Dan Kalau i) ii) 1.Guru menunjukkan contoh ayat tunggal dan ayat majmuk. Latihan Bertulis: 2.Guru mengedar lambaran kerja kepada murid. 3.Murid-murid (berpasangan) membina / menulis lima ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal. 4.Murid merujuk kamus perkataan sinonim untuk mencari maksud perkataan. 5. Guru membimbing murid melengkapkan tempat kosong dengan kata hubung. KB : Menjana idea, menghubungkaitkan , membuat inferens. BCB : Mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : Intrapersonal;interpe rsonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : Bekerjasama, menghargai,. BBM : lambaran latihan.
  • 10. EDU 3105 2013 10 Sambil Tetapi Penglibatan Murid : Murid terlibat aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Mereka digalak mengemukakan pandangan tentang punca pencemaran dan kesan pencemeran. Murid-murid juga diberi peluang membimbing rakan-rakan dalam mengemukakan pandangan dan jawapan yang munasabah. Penilaian : Murid-murid dinilai dengan cara mereka menjawab soalan dan aktiviti melalui lambaran kerja yang diedar oleh guru. Penutup (3 minit) Guru merumus isi pelajaran dan menyatakan nilai murni yang harus ada pada setiap masyarakat. i) 1. Murid menyatakan nilai-nilai murni yang telah guru nyatakan dan tidak dinyatakan. Nilai-nilai murni : Menghargai, Bersyukur bertanggungjawab Bekerjasama Refleksi_______________________________________________________________ _________________________________________________________________
  • 11. EDU 3105 2013 11 4.0 PENUTUP Terdapat enam langkah pengajaran terdapat dalam Model ASSURE harus difahami oleh setiap guru apabila mengguna Model ASSURE dalam mengajar murid di sekolah. Dengan memahami setiap langkah maka dijangka aktiviti yang dirancang oleh guru akan menarik minat murid. Maka dengan itu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan menjadi lebih mudah dilakukan. Disamping itu objektif pelajaran juga dijangka dapat dicapai. Langkah-langkah yang berfokuskan kepada murid ini juga dapat menekankan kepentingan interaksi murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan pengelibatan yang menyeluruh dan aktif murid , maka aktiviti yang dijalankan akan berjalan dengan lancar dan berkesan.
  • 12. EDU 3105 2013 12 5.0 REFLEKSI Tugasan projek ini adalah antara yang sangat mencabar. Maka itu, ketika sesi perjumpaan dengan pensyarah mengajar saya banyak kali bertanya perkara yang saya tidak faham. Di awal menerima tugasan ini saya sangat kebinggungan. Antara bidang yang saya kurang memahami dalam tugasan ini ialah yang berkaitan dengan persembahan multimedia ( elektronik ) yang memuatkan pelbagai grafik. Namun setelah menerima banyak penjelasan yang diberikan oleh pensyarah maka saya mendapat keyakinan sedikit demi sedikit. Di samping itu saya juga banyak bertanya dan meminta pandangan rakan-rakan yang lain. Mereka juga banyak membantu. Di samping itu, saya juga melayari laman-laman web yang turut menambah kefahaman kepada saya tentang tugasan ini. Masa yang saya ambil untuk menyelesaikan tugasan ini agak lama terutamanya persembahan multimedia dan kadang-kadang saya terpaksa berjaga sehingga pukul 1.00 pagi. Walau bagaimana pun, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga sangat bersyukur kerana menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak mendapat ilmu terutama perkara yang berkaitan dalam tajuk. Ilmu yang berguna ini memberikan semangat kepada saya dalam menjadikan anak-anak didik saya lebih mudah mempelajari Bahasa Melayu. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah mengajar mata pelajaran ini iaitu Encik Muhammad Fariduddin Wajdi Anthony kerana telah banyak membantu menerangkan perkara yang saya muskil pada awalnya. Tidak ketinggalan kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan atas kata perangsang dan dorongan. Sekian, terima kasih. RABI ANAK IMPEN 730211135509 KUMPULAN : BAHASA MELAYU ( PPGBMM3 )
  • 13. EDU 3105 2013 13 BIBLIOGRAFI Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2006).Teknologi dan Reka Bentuk Grafik Digital. Kuala Lumpur. Venton Publishing. Mohd. Jizat Abdol, Abdul Razak Idris, Jessnor Elmy.(2006). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. UTM Noriati A.Rashid. (2009).Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar. Wan Zah Wan Ali.(2008).HBEM3103.Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : OUM Laman Sesawang http://rostamhamzah68.blogspot.com/2012/11/model-assure.html http://jalall6791.blogspot.com/2013/01/contoh-rph-berdasarkan-model-assure.html http://www.slideshare.net/tanaipoh/rph-model-assure http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/model-assure.html