Piktograf adalah ilustrasi data menggunakan gambar atau simbol yang sama bentuk dan saiz untuk mewakili frekuensi suatu item. Ia menggunakan gambar yang merujuk kepada data untuk mewakilkan bilangan atau jumlah secara visual seperti menunjukkan jualan komputer mingguan atau bilangan ikan yang dibela. Contoh menunjukkan cara mengira jumlah ikan dan simbol yang diperlukan untuk mewakili jenis VCD paling lar
1. Piktograf /Pictogram
Piktograf juga dikenali sebagai carta gambar.
Piktograf merupakan ilustrasi data menggunakan
gambar atau simbol yang sama bentuk dan sama
saiz bagi mewakili frekuensi atau kekerapan
sesuatu perkara atau item.
Gambar atau simbol yang digunakan selalunya
merujuk kepada apakah data tersebut. Misalnya,
piktograf di bawah menunjukkan jualan komputer
untuk Syarikat ABC dalam seminggu.
3. Contoh 1 :
Piktogram dibawah menunjukkan bilangan
ikanyang dibela oleh Din, Kong dan Ramu di dalam
akuarium masing-masing. Kirakan jumlah ikan yang
dibela oleh mereka.
Din
Kong
Ramu
mewakili 13 ekor ikan
4. Penyelesaian :
Jumlah ikan dalam piktogram = 10
Jumlah ikan yang dibela dalam akuarium
= 10 X 13 = 130 ekor ikan
5. Contoh 2 :
Jadual di bawah menunjukkan jenis dan bilangan
VCD yang dijual oleh sebuah kedai dalam sehari.
Jika data-data di atas diwakilkan dalam bentuk
piktogram dengan simbol O mewakili 12 VCD
terjual. Berapakah simbol O yang diperlukan untuk
mewakili jenis VCD yang paling laris dijual?
6. Penyelesaian :
VCD yang paling laris adalah VCD Permainan
Komputer.
Bilangan VCD Permainan Komputer = 192
Bilangan simbol yang diperlukan
= 192 / 12
= 16 simbol O diperlukan