Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Tranformasi pendidikan & 11 anjakan
1. GELOMBANG 1 PELAN TRANFORMASI PENDIDIKAN
MALAYSIA 2013-2015
Gelombang 1: 2013 – 2015 sepertimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Pelan Tindakan: Pembentukan Dan Aplikasi Kurikulum Dan Pentaksiran Abad Ke-21
o Gelombang 1 (2013 - 2015): Penambahbaikan Kurikulum Sedia Ada Dan Persediaan Untuk
Perubahan Struktur
Memurnikan dan menilai semula kandungan kurikulum sejajar dengan standard
antarabangsa
mempergiat sistem sokongan bagi guru untuk meningkatkan penyampaian kurikulum
Penambahbaikan kerangka pentaksiran bagi meningkatkan jumlah soalan kemahiran berfikir
aras tinggi
merintis International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme (MYP) sebagai
pendekatan alternatif kepada pembelajaran
Memperkenal LINUS 2.0 dan meluaskan skop untuk literasi Bahasa Inggeris
Pelan Tindakan: Mewujudkan Penguasaan Bahasa Secara Meluas
o Gelombang 1 (2013 – 2015): Memperkukuh Sistem Sedia Ada
meningkatkan standard Bahasa Malaysia terutama di sekolah Jenis Kebangsaan
memartabat Bahasa malaysia sebagai Bahasa Ilmu
memperkukuh pengajaran Bahasa Inggeris
Pelan Tindakan: Bekerjasama Dengan Komuniti Untuk Mengutamakan Keperluan Murid
o Gelombang 1 (2013-2015): Pelaksanaan Penambahbaikan Jangka Pendek Bagi Kejayaan
Segera
Pelan Tindakan: Meningkatkan Akses Dan Keberhasilan
o Gelombang 1 (2013-2015): Meningkatkan Akses Dan Meletakkan Asas Untuk Pembaharuan
Seterusnya
Pelan Tindakan: Pembangunan Strategi Peringkat Kebangsaan Bagi Pendidikan Pintar
Cerdas
o Gelombang 1 (2013-2015): Mengenal Pasti Aspek Yang Perlu Ditambah Baik
Pelan Tindakan: Meningkatkan Kualiti Pendidikan Khas Dan Program Inklusif
o Gelombang 1 (2013-2015): Mengukuhkan Asas Sedia Ada
Pelan Tindakan : Mempercepatkan Peningkatan Sekolah Melalui Daerah Dan Negeri
o Gelombang 1 (2013 - 2015): Mentransformasi Kepimpinan Negeri Dan Daerah
2. mengupaya kepimpinan tempatan
menetapkan sistem untuk mencapai matlamat yang sama
memberi sokongan kepada organisasi yang paling memerlukan
memantau, menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan
Pelan Tindakan: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan
o Gelombang 1 (2013-2015): Meningkatkan Standard Dan Sistem Sokongan
Meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih dan ambilan guru baharu
Mengukuhkan kaitan antara prestasi dengan kompetensi
Menekankan pembangunan profesionalisme berterusan
Meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru
Pelan Tindakan: Memastikan Seorang Pengetua Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap
Sekolah
o Gelombang 1 (2013 Hingga 2015): Meningkatkan Standard Pemilihan Dan Sistem Sokongan
Menggunakan kriteria pemilihan yang tidak berasaskan tempoh perkhidmatan dan
membangunkan proses pemilihan yang standard
Semakan semula insentif bagi jawatan yang sukar diisi
Mewujudkan program residensi pengetua/guru besar dan mengukuhkan program immersion
sedia ada
Mengukuhkan kaitan antara prestasi dengan kompetensi
Memperkukuh program pembangunan profesionalisme
Pelan Tindakan: Merapatkan Jurang Pelaksanaan
o Gelombang 1 (2013-2015) : Menetapkan Semula Peranan Dan Mengukuhkan JPN Dan PPD
membangunkan visi yang jelas
menghalusi peranan dan tanggungjawab di peringkat pusat, negeri dan daerah
memperkukuh kepimpinan JPn dan PPD
Penempatan SiSC+ dan SiPartners+ sepenuh masa
meningkatkan pembinaan keupayaan dan pengurusan prestasi semua pegawai JPN dan
PPD
menyatukan sistem pengumpulan dan pengurusan data untuk membina platform bagi
membuat keputusan
Pelan Tindakan: Memaksimumkan Keberhasilan Murid Untuk Setiap Ringgit Yang
Dibelanjakan
o Gelombang 1 (2013 - 2015): Mewajarkan Kejayaan Segera
Kajian semula dasar dan program nasional
menyemak semula proses perolehan
3. menerapkan bajet berasaskan outcome (Obb) dalam pengurusan kewangan
Pelan Tindakan: Mengguna Pakai Standard Infrastruktur Sekolah Seragam, Disesuaikan
Dengan Keperluan Setempat
o Gelombang 1 (2013 Hingga 2015) : Memastikan Infrastruktur Asas Yang Mempunyai
Standard Baik Untuk Semua Sekolah
Pelan Tindakan: Memanfaatkan ICT Untuk Pembelajaran
o Gelombang 1 (2013 Hingga 2015): Mempertingkatkan Asas ICT
menyediakan infrastruktur untuk jaringan dan landasan pembelajaran melalui 1Bestarinet
Pembekalan lebih banyak peralatan ICT
memastikan semua guru dan pegawai Kementerian celik ICT
Peralihan kepada kandungan yang direka pengguna
Pengurusan data bersepadu untuk sekolah dan Kementerian
Pelan Tindakan: Penyelarasan Dengan Sistem Pendidikan Berprestasi Tinggi
o Gelombang 1 (2013 – 2015): Peluasan Segera Prasekolah Dan Meningkatkan Enrolmen
Pada Semua Peringkat Pendidikan
Peningkatan enrolmen dan penambahbaikan kualiti prasekolah
Pengekalan umur permulaan bagi pendidikan formal
Peningkatan enrolmen pendidikan rendah
Pendidikan menengah diwajibkan untuk semua
Pengekalan tempoh pendidikan formal sedia ada
Pelan Tindakan: Penciptaan Laluan Pendidikan Yang Pelbagai
o Gelombang 1 (2013-2015): Pengukuhan Pendidikan Vokasional
Meningkatkan kesedaran dan bimbingan terhadap laluan pendidikan dan kerjaya di sekolah
Membantu Pelan Transformasi Vokasional
Pengukuhan laluan pendidikan agama
Penyediaan bantuan untuk murid berkeperluan khas dan murid pintar cerdas
Penjenamaan semula Tingkatan 6
Hala Tuju Pendidikan: Penambahbaikan Interaksi Dan Integrasi Bagi Semua Jenis Sekolah
o Gelombang 1 (2013-2015): Penyediaan Asas
Pengukuran perpaduan nasional dalam sistem pendidikan
Menambah baik transisi daripada sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah menengah
kebangsaan
4. Pelan Tindakan: Menuju Ke Arah Sistem Pembelajaran
o Gelombang 1 (2013 To 2015): Menyokong Pelibatan Ibu Bapa Dan Inisiatif Sektor Swasta
Menggalakkan kesedaran melalui kempen pendidikan kebangsaan
Pelancaran sarana pelibatan untuk sekolah
Penyusunan semula bantuan kewangan bagi mengukuhkan penglibatan ibu bapa
Memudahkan pemberian biasiswa daripada sektor swasta
Meningkatkan program pengambilan sekolah angkat
Meningkatkan jaringan Sekolah Amanah
5. 11 anjakan sistem pendidikan Malaysia seperti mana yang
dinyatakan dalam Ringkasan Eksekutif - Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa
Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan
standard antarabangsa
Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula
kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017
Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100%
menjelang 2020
Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur
6+ tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan
vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan
Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan
keperluan khusus
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris
Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah,
dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi
menggantikan kelas Peralihan
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi
pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai
prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras
nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan
penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi
antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi
6. 4. Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan
Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30%
teratas
Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan
individu dan latihan berasaskan sekolah
Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan
mengurangkan beban pentadbiran
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar
bidang khusus menjelang 2016
Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses
pensijilan mulai 2025
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah
Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan
proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan
lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah,
kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan
keberhasilan murid
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan
Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik
dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014
Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti
pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai
dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan
prestasi besar
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015,
bermula dengan Sabah dan Sarawak
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata
pelajaran kritikal pada 2013
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan
kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
7. 8. Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap
bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN
kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014
Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan
utama mulai 2013
Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana
penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah
(SAPS)
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum
setempat dan kualiti guru mulai 2016
1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti
miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan
melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan
merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan
anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan
kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan mulai 2013
Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi
memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan
maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan
persekitarannya