SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 33
Nama ahli kumpulan

      Khadijah binti Md Isa
       Rohaida binti Husain
     Siti Aishah binti Md Zain
      Siti Norma binti Azmin
Disediakan untuk: Pn Rodiah Binti
               Ahmad
DEFINISI MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur dan mendengar merupakan dua
kompenen dalam kemahiran lisan
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti
penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula
merupakan kemahirannyang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat.

Kebolehan mendengar dan bertutur dengan baik serta
berkesan penting dalam kehidupan seharian. Seorang
pendengar yang baik dapat memahami dan memproses
maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.
Seorang penutur yang baik pula dapat menyampaikan
perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan
dalam interaksi tersebut.
Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran mendengar
dan bertutur adalah terlibat. Walaupun kemahiran ini
berhubung rapat namun, ia merupakan kemahiran yang
berbeza. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan
bersama-sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklah
diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa
bertindak balas daripada apa yang didengar. ( Kamarudin
Hj. Husin. 1999) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tegasnya kebolehan untuk bertutur dengan lancar dapat
mempengaruhi perkembangan pemikiran dan pengertian
seseorang individu. Disamping itu, kemahiran tersebut juga
dapat memperkembangkan kebolehan untuk membaca.
Justeru itu, kemahiran mendengar dan bertutur dianggap
sebagai asas untuk perkembangan kemahiran bahasa yang
lain iaitu membaca.
OBJEKTIF PENGAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

• Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am
  dan media massa

• Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan
  hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi.

• Mendengar dan mengenal sebutan, intonasi dan gaya pengucapan
  yang baik dalam pelbagai situasi.

• Mendengar dan memahami bahagian ayat dan unjuran, maklumat
  tertentu, fakta, idea dan hujah, maksud keseluruhan dan nilai dalam
  prosa dan puisi.

• Menerima, memberi dan menyampaikan arahan, pesanan, panduan
  dan tunjuk ajar.
PRINSIP PENGAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


• Guru perlu memahami ciri-ciri yang terangkum dalam kemahiran
  mendengar sebelum menentukan tujuan-tujuan pengajarannya.
• Guru perlu mengetahui faktor-faktor yang dapat mempengaruhi
  keberkesanan mendengar di kalangan murid-muridnya. Seseorang murid
  boleh menjadi pendengar yang baik, jika fikirannya tenang kerana ia dapat
  menumpukan perhatiannya terhadap bahan yang didengarinya. Faktor-
  faktor persekitaran fizikal dan sosial murid-murid, keadaan fizikal serta
  psikologi murid-murid dan pengalaman murid juga mempengaruhi proses
  mendengar.
• Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah di
  pelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.
• Pelbagai aktiviti kemahiran mendengar perlu dirancang oleh guru bagi
  mendorong murid-murid menguasai kemahiran mendengar.
• Manakala prinsip kemahiran bertutur pula ialah guru perlu
  mendorong murid –murid berinteraksi dengan rakan –rakan
  mereka. Murid-murid akan tergerak untuk berkomunikasi jika
  pembelajaran dalam bilik darjah mempunyai objektif untuk
  membolehkan mereka berkomunikasi.

• Guru perlu memperkembangkan hubungan yang positif di kalangan
  murid-murid serta di antara guru dengan murid. Dengan cara ini,
  akan terbentuk persekitaran yang sihat bagi membantu seseorang
  murid itu menguasai kemahiran bertutur.

• Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika
  murid-murid mempunyai pengalaman tentang perkara-perkara
  yang dibincangkan. Guru perlu mendedahkan murid kepada
  pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar,
  lawatan, keratan akhbar, bahan bacaaan dan bahan rakaman.
AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran mendengar
 Mengenal pasti bunyi sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan
  termasuklah bunyi atau punca bunyi alam sekitar yang mungkin
  menghasilkan bunyi. Aktiviti jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti
  mendengar dan melaksanakan tugas. Contohnya, mendengar rakaman
  dan memadankan bunyi yang diperdengarkan itu dengan gambar-gambar
  yang diberi, mewarnakan gambar-gambar yang sesuai dengan bunyi yang
  diperdengarkan, memadankan gambar-gambar yang menunjukkan
  suasana yang terdapat pada bunyi yang diperdengarkan.
 Mengecam berbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan, serta sikap
  penutur daripada sesuatu perbualan, lakonan, atau drama yang
  diperdengarkan.
Kemahiran Bertutur
 Latih tubi
   Dijalankan bagi melatih murid-murid menguasai bunyi
bahasa,      sebutan dan pola ayat yang digunakan oleh guru. Latihan
dimulakan       dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid
meniru dan       mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai
, dalam     kumpulan besar, kemudin kumpulan kecil dan selanjutnya
secara individu.

 Dialong dan Nyayian
   Merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Teknik
latih tubi dialong adalah sama dengan teknik latih tubi pola ayat.
Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru
dan dihafal oleh murid-murid. Aktiviti nyayian dapat membantu murid
menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan
bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.
 Latihan Pandang dan sebut
   Merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang
dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu kad-kad imbasan
bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu
ini digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid dapat menghasilkan
pertuturan yang diperlukan oleh guru.


 Karangan Lisan
  Merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan oleh
murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut
adalah dalam bentuk bersoal jawab, latihan penghasilan dan karangan
bebas.
KESIMPULAN


• Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kompenan kemahiran
  lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guru-guru bahasa. Mendengar dan
  bertutur merupakan proses yang kompleks kerana dalam proses
  mendengar dan bertutur seseorang individu itu bukan sahaja
  menggunakan mulut dan alat pendengarannya, tetapi individu tersebut
  juga perlu menggunakan otaknya unyuk mentafsirkan bunyi-bunyi bahasa
  yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap bunyi
  bahasa tersebut. Oleh itu, murid-murid perlu dilatih melalui beberapa
  aktiviti pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar dan
  bertutur dengan baik.
KAEDAH MENDENGAR SECARA
     AKTIF DAN PASIF
• Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar
  dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai
  dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah
  satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf
  pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu
  proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan
  bidang psikologi.

• Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada
  penggunaan      telinga, tetapi  kepada    kesemua
  pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi
  komunikasi tidak verbal.
KEPENTINGAN MENDENGAR AKTIF
 Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar
 dengan aktif di antaranya adalah seperti yang berikut:

 i) Dengan mendengar secara aktif kita akan lebih banyak belajar.
 ii) Lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih
 berpengalaman.
 iii) Kita akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati
 orang            yang            bercakap          kepada             kita.
 iv) Dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang
 bercakap.
 v) Kita akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat
 orang lain. Kita dapat mengikuti arahan dengan lebih baik, rapi dan hanya
 membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kecuaian dalam mendengar.
Mengikut Barker (1971) terdapat tiga faedah daripada proses
mendengar dengan aktif, iaitu:

i)   Mendengar       membantu   anda   mengembangkan
     pengetahuan dan kemahiran.
ii) Dapat memperkembangkan perbendaharaan kata dan
     mudah berbahasa. Mendengar merupakan asas
     pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iii) Mendengar membolahkan anda melihat mesej yang
     penting dan tidak penting.
KAEDAH MENDENGAR SECARA AKTIF

• Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai
  mendengar secara interaktif.
• Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah
  pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing
  berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.
  Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh
  mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan
  bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun
  mengucapkan semula.
• Pelajar berpeluang mempraktikkan mendengar secara
  interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang
  dapat membantu penguasaan kemahiran itu.
• wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa
  yang diperkatakan dari segi :
  Intensif.
  Empati.
  Membina kemahiran mendengar yang efektif.
  Membina kemahiran bertindak balas.

1).Intensif.
    Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan
    secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan
    pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat.
    Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar
    pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan purata
    pertuturan seseorang penutur. Proses ini memberi peluang kepada
    minda untuk berfikir semasa mendengar. Otak manusia juga dapat
    meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika
    proses mendengar sedang berlaku.
2) Empati

  Empati memerlukan pendengar menganggap diri
  mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia
  untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa
  yang disampaikan oleh penutur. Cabaran kepada
  seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan
  menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan
  segala pertikaian yang timbul dalam hatinya sehinggalah
  penutur selesai bercakap. Pendengar juga perlu
  mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah
  yang dihadapi di samping bersedia memberi buah fikiran
  dari kaca mata pendengar dan penutur.
3) Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif.

Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran
mendengar yang efektif. Antaranya ialah :

  Mengadakan interaksi secara berhadapan.
  Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan
  badan.
  Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti
  anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya.
  Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas.
  Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika
  tidak perlu.
  Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan
  rasa kurang senang dalam kalangan pendengar.
  Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur
  dan pendengar.
4). Membina Kemahiran Bertindak Balas.

  Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran
  mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya
  tindak balas yang negatif. Untuk membina
  kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu
  perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan
  bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian
  serta- merta terhadap kerja yang baik oleh pelajar
  serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat
  pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah
  ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat
  diperbaiki .
Mendengar Pasif

 Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran
  mendengar yang paling rendah.

Ciri-ciri mendengar Pesif
 Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya
  menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan
  dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang
  didengarnya.
 Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan
  mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara
  yang didengar itu.
Sambungan …

Banyak perkara yang boleh mendorong
kanak-kanak mendengar secara pasif.
Antaranya ialah, mungkin kerana bahan
yang diperdengarkan itu tidak menarik
minat mereka atau kerana bahan itu terlalu
sukar untuk difahami dan tidak bermakna
kepada mereka.
KOMUNIKATIF
Definisi Komunikatif
• Menurut Adena Ayob& Khairuddin Mohamad ( Kaedah
  Pengajaran Bahasa Melayu), komunikatif merupakan pendekatan
  yang berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan penggunaan
  bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai
  untuk pembelajaran bahasa.

• Manakala menurut Kamarudin Haji Husin (Perkaedahan Mengajar
  Bahasa) pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa
  bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai
  alat komunikasi. Matlamat pengajaran adalah untuk
  memperkembangkan keupayaan tersebut.

• Pendekatan komunikatif ini memberi penekanan kepada
  keupayaan penutur dalam berkomunikasi dengan melibatkan
  pengetahuan dan kebolehan bahasanya.
• Dengan kata lain, pendekatan komunikatif ini
  lebih mengutamakan penguasaan kecekapan
  bahasa dan kecekapan komunikasi dalam
  sesuatau interaksi lisan.
• Oleh itu, sesuatu aktiviti lisan yang dirancang
  dalam pendekatan komunikatif bagi melatih
  kemahiran bertutur mengandungi dua aktiviti
  utama yakni aktiviti latihan ketepatan
  penggunaan unsur-unsur bunyi dan struktur
  bahasa serta aktiviti menggunakan unsur-unsur
  bahasa yang dilatih dalam sesuatu interaksi
  lisan.
• Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir
  yang ingin dicapai oleh pelajar ialah supaya mereka
  boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.
• Yakni, pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa
  untuk berhubung dengan pihak lain dalam berbagai-
  bagai situasi.
• Pendekatan komunikatif tidak mementingkan
  penguasaan bahasa secara pencilan tetapi
  pendekatan ini menitikberatkan penguasaan pelajar
  dalam kecekapan berkomunikasi iaitu cekap
  menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri dengan
  menggunakan      kecekapan      nahu     (tatabahasa),
  sosiobudaya dan kognitif pelajar itu sendiri.
Ciri-Ciri Pendekatan Komunikatif
• Brumfit dan Finocchiaro (1997) membicarakan 22 ciri
  pendekatan komunikatif dalam pengjaran bahasa. Ciri-ciri
  pendekatan komunikatif dalam pengajaran komunikatif
  tersebut adalah seperti berikut:
• 1) Makna merupakan aspek penting
• 2) Percakapan harus berpusat di sekitar fungsi komunikatif
  dan tidak dihafal secara normal.
• 3) Kontekstualisasi merupakan aspek penerokaan utama
  dalam mencerap ilmu.
• 4) Belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi.
• 5) Komunikasi efektif dianjurkan.
• 6) Latih tubi dibolehkan, tetapi tidak boleh membebankan.
• 7) Ucapan yang dapat difahami dijadikan keutamaan.
• 8) Setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan
  mantap.
• 9) Keupayaan untuk berkomunikasi boleh didorong sejak
  awal.
• 10) Penggunaan bahasa yang berkesan akan diberikan
  penekanan.
• 11) Terjemahan digunakan dalam pengajaran jika perlu.
• 12) Membaca dan menulis dimulakan lebih awal.
• 13) Sistem bahasa dipelajari melalui aktiviti berkomunikasi.
• 14) Komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas.
• 15) Variasi linguistik merupakan konsep utama dalam
  pengajaran.
• 16)    Urutan     pengajaran     ditentukan      berdasarkan
  pertimbangan isi, fungsi atau makna untuk meneguh minat
  murid.
• 17) Guru mendorong murid supaya bersama-sama
  dengannya untuk menggunakan bahasa.
• 18) Bahasa dicipta oleh murid melalui cuba jaya.
• 19) Kefasihan bahasa merupakan fokus utama, selain
  ketepatan yang dinilai dalam konteks bukan abstrak.
• 20) Murid digalakkan berinteraksi dengan orang lain melalui
  kelompok atau pasangan sama ada secara penulisan atau
  lisan.
• 21) Guru tidak boleh meramalkan apakah bahasa yang akan
  digunakan oleh murid.
• 22) Motivasi intrinstik murid akan timbul melalui minatnya
  terhadap hal-hal yang dikomunikasikan.
Proses Pengajaran Komunikatif

1) Guru memberikan situasi dan soalan tugasan
   kepada murid.
2) Murid berbincang bersama-sama rakan tentang
   soalan tugasan yang diberikan oleh guru.
3) Murid bertanya dan berbincang dengan guru.
4) Murid menjalankan wawancara di hadapan bilik
   darjah.
5) Guru memberikan pandangan dan saranan untuk
   penambaikan.
Prinsip Pendekatan Komunikatif
Terdapat 3 prinsip pendekatan komunikatif:
1) Murid perlu mengetahui tujuan setiap
   aktiviti bahasa yang dilaksanakan.
2) Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam
   konteks wawancara.
3) Pengajaran bahasa perlu berpandukan
   proses komunikasi yang sebenar.
Kesimpulan
 Hakikatnya,     prinsip     komunikatif
  menitikberatkan faktor-faktor kognitif
  dan sosiobudaya untuk mempengaruhi
  kecekapan         berbahasa        dan
  berkomunikasi bagi seseorang penutur
  dalam masyarakat bahasa.
 Dalam pendekatan komunikatif, struktur
  bahasa diajar supaya komunikasi lebih
  berkesan dengan kecekapan berbahasa
  yang sesuai dengan fungsi komunikasi.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmiKemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmiFahmi Haikal
 
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103Ieta Yahya
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifketerampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifTohir Haliwaza
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Hazean Erdawaty
 
Keterampilan Berbicara
Keterampilan BerbicaraKeterampilan Berbicara
Keterampilan BerbicaraIjal Mustofa
 
keterampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifketerampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifTohir Haliwaza
 
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaPengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaNando A-stlye
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa nak4145
 
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuuPeringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuuAdila S. Sabri
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamVini Fakhriyani Ulfah
 
07 silabusbahasaindonesiajadi
07 silabusbahasaindonesiajadi07 silabusbahasaindonesiajadi
07 silabusbahasaindonesiajadiYagus Yuwono
 
Teknik pengajaran keterampilan kalam
Teknik pengajaran keterampilan kalamTeknik pengajaran keterampilan kalam
Teknik pengajaran keterampilan kalamQurrota A'yun
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’ermahfir
 
Rppbahasainggrissmpberkarakterkelasix
RppbahasainggrissmpberkarakterkelasixRppbahasainggrissmpberkarakterkelasix
RppbahasainggrissmpberkarakterkelasixEloy Xaverius Kalla
 

Was ist angesagt? (19)

Kemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmiKemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmi
 
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
PELAJARAN
PELAJARANPELAJARAN
PELAJARAN
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifketerampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa
 
Keterampilan Berbicara
Keterampilan BerbicaraKeterampilan Berbicara
Keterampilan Berbicara
 
Meningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicaraMeningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicara
 
keterampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifketerampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktif
 
Pembelajaran Berbicara
Pembelajaran BerbicaraPembelajaran Berbicara
Pembelajaran Berbicara
 
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaPengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuuPeringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalam
 
07 silabusbahasaindonesiajadi
07 silabusbahasaindonesiajadi07 silabusbahasaindonesiajadi
07 silabusbahasaindonesiajadi
 
Teknik pengajaran keterampilan kalam
Teknik pengajaran keterampilan kalamTeknik pengajaran keterampilan kalam
Teknik pengajaran keterampilan kalam
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
 
Rppbahasainggrissmpberkarakterkelasix
RppbahasainggrissmpberkarakterkelasixRppbahasainggrissmpberkarakterkelasix
Rppbahasainggrissmpberkarakterkelasix
 

Ähnlich wie KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2Mohamad Saad Mohamad Nain
 
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdfKEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdfaffrina1
 
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUliya amalina
 
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptxTOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptxlsyii
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabHazizah Samat
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Abd Mutalib
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutharisanua
 
Karya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatKarya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatTum-tum Rizla
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANRasit Masrii
 
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...aMaLiA sHoOp
 
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanPentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanIzzati Zamburi
 
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Mitha Ye Es
 

Ähnlich wie KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (20)

Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdfKEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
 
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptxTOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
 
Pertemuan 3
Pertemuan 3Pertemuan 3
Pertemuan 3
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arab
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
 
Presentasi Tugas BK
Presentasi Tugas BKPresentasi Tugas BK
Presentasi Tugas BK
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 
Karya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatKarya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyat
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
 
Menyimak
MenyimakMenyimak
Menyimak
 
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanPentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
 
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
 

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

  • 1. Nama ahli kumpulan Khadijah binti Md Isa Rohaida binti Husain Siti Aishah binti Md Zain Siti Norma binti Azmin Disediakan untuk: Pn Rodiah Binti Ahmad
  • 3. Kemahiran bertutur dan mendengar merupakan dua kompenen dalam kemahiran lisan Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahirannyang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kebolehan mendengar dan bertutur dengan baik serta berkesan penting dalam kehidupan seharian. Seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Seorang penutur yang baik pula dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.
  • 4. Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur adalah terlibat. Walaupun kemahiran ini berhubung rapat namun, ia merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa bertindak balas daripada apa yang didengar. ( Kamarudin Hj. Husin. 1999) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Tegasnya kebolehan untuk bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi perkembangan pemikiran dan pengertian seseorang individu. Disamping itu, kemahiran tersebut juga dapat memperkembangkan kebolehan untuk membaca. Justeru itu, kemahiran mendengar dan bertutur dianggap sebagai asas untuk perkembangan kemahiran bahasa yang lain iaitu membaca.
  • 5. OBJEKTIF PENGAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR • Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa • Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi. • Mendengar dan mengenal sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang baik dalam pelbagai situasi. • Mendengar dan memahami bahagian ayat dan unjuran, maklumat tertentu, fakta, idea dan hujah, maksud keseluruhan dan nilai dalam prosa dan puisi. • Menerima, memberi dan menyampaikan arahan, pesanan, panduan dan tunjuk ajar.
  • 6.
  • 7. PRINSIP PENGAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR • Guru perlu memahami ciri-ciri yang terangkum dalam kemahiran mendengar sebelum menentukan tujuan-tujuan pengajarannya. • Guru perlu mengetahui faktor-faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan mendengar di kalangan murid-muridnya. Seseorang murid boleh menjadi pendengar yang baik, jika fikirannya tenang kerana ia dapat menumpukan perhatiannya terhadap bahan yang didengarinya. Faktor- faktor persekitaran fizikal dan sosial murid-murid, keadaan fizikal serta psikologi murid-murid dan pengalaman murid juga mempengaruhi proses mendengar. • Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah di pelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. • Pelbagai aktiviti kemahiran mendengar perlu dirancang oleh guru bagi mendorong murid-murid menguasai kemahiran mendengar.
  • 8. • Manakala prinsip kemahiran bertutur pula ialah guru perlu mendorong murid –murid berinteraksi dengan rakan –rakan mereka. Murid-murid akan tergerak untuk berkomunikasi jika pembelajaran dalam bilik darjah mempunyai objektif untuk membolehkan mereka berkomunikasi. • Guru perlu memperkembangkan hubungan yang positif di kalangan murid-murid serta di antara guru dengan murid. Dengan cara ini, akan terbentuk persekitaran yang sihat bagi membantu seseorang murid itu menguasai kemahiran bertutur. • Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid-murid mempunyai pengalaman tentang perkara-perkara yang dibincangkan. Guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaaan dan bahan rakaman.
  • 9. AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Kemahiran mendengar  Mengenal pasti bunyi sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan termasuklah bunyi atau punca bunyi alam sekitar yang mungkin menghasilkan bunyi. Aktiviti jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti mendengar dan melaksanakan tugas. Contohnya, mendengar rakaman dan memadankan bunyi yang diperdengarkan itu dengan gambar-gambar yang diberi, mewarnakan gambar-gambar yang sesuai dengan bunyi yang diperdengarkan, memadankan gambar-gambar yang menunjukkan suasana yang terdapat pada bunyi yang diperdengarkan.  Mengecam berbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan, serta sikap penutur daripada sesuatu perbualan, lakonan, atau drama yang diperdengarkan.
  • 10. Kemahiran Bertutur  Latih tubi Dijalankan bagi melatih murid-murid menguasai bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat yang digunakan oleh guru. Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai , dalam kumpulan besar, kemudin kumpulan kecil dan selanjutnya secara individu.  Dialong dan Nyayian Merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Teknik latih tubi dialong adalah sama dengan teknik latih tubi pola ayat. Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafal oleh murid-murid. Aktiviti nyayian dapat membantu murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.
  • 11.  Latihan Pandang dan sebut Merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu kad-kad imbasan bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu ini digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang diperlukan oleh guru.  Karangan Lisan Merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut adalah dalam bentuk bersoal jawab, latihan penghasilan dan karangan bebas.
  • 12. KESIMPULAN • Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kompenan kemahiran lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guru-guru bahasa. Mendengar dan bertutur merupakan proses yang kompleks kerana dalam proses mendengar dan bertutur seseorang individu itu bukan sahaja menggunakan mulut dan alat pendengarannya, tetapi individu tersebut juga perlu menggunakan otaknya unyuk mentafsirkan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap bunyi bahasa tersebut. Oleh itu, murid-murid perlu dilatih melalui beberapa aktiviti pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar dan bertutur dengan baik.
  • 13. KAEDAH MENDENGAR SECARA AKTIF DAN PASIF
  • 14. • Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. • Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.
  • 15. KEPENTINGAN MENDENGAR AKTIF Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif di antaranya adalah seperti yang berikut: i) Dengan mendengar secara aktif kita akan lebih banyak belajar. ii) Lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman. iii) Kita akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada kita. iv) Dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercakap. v) Kita akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Kita dapat mengikuti arahan dengan lebih baik, rapi dan hanya membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kecuaian dalam mendengar.
  • 16. Mengikut Barker (1971) terdapat tiga faedah daripada proses mendengar dengan aktif, iaitu: i) Mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran. ii) Dapat memperkembangkan perbendaharaan kata dan mudah berbahasa. Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iii) Mendengar membolahkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.
  • 17. KAEDAH MENDENGAR SECARA AKTIF • Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. • Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. • Pelajar berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.
  • 18. • wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi : Intensif. Empati. Membina kemahiran mendengar yang efektif. Membina kemahiran bertindak balas. 1).Intensif. Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat. Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa mendengar. Otak manusia juga dapat meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses mendengar sedang berlaku.
  • 19. 2) Empati Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur. Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dalam hatinya sehinggalah penutur selesai bercakap. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia memberi buah fikiran dari kaca mata pendengar dan penutur.
  • 20. 3) Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif. Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif. Antaranya ialah : Mengadakan interaksi secara berhadapan. Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan. Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya. Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas. Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu. Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar. Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar.
  • 21. 4). Membina Kemahiran Bertindak Balas. Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang negatif. Untuk membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian serta- merta terhadap kerja yang baik oleh pelajar serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaiki .
  • 22. Mendengar Pasif  Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Ciri-ciri mendengar Pesif  Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya.  Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu.
  • 23. Sambungan … Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.
  • 25. Definisi Komunikatif • Menurut Adena Ayob& Khairuddin Mohamad ( Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu), komunikatif merupakan pendekatan yang berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan penggunaan bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk pembelajaran bahasa. • Manakala menurut Kamarudin Haji Husin (Perkaedahan Mengajar Bahasa) pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai alat komunikasi. Matlamat pengajaran adalah untuk memperkembangkan keupayaan tersebut. • Pendekatan komunikatif ini memberi penekanan kepada keupayaan penutur dalam berkomunikasi dengan melibatkan pengetahuan dan kebolehan bahasanya.
  • 26. • Dengan kata lain, pendekatan komunikatif ini lebih mengutamakan penguasaan kecekapan bahasa dan kecekapan komunikasi dalam sesuatau interaksi lisan. • Oleh itu, sesuatu aktiviti lisan yang dirancang dalam pendekatan komunikatif bagi melatih kemahiran bertutur mengandungi dua aktiviti utama yakni aktiviti latihan ketepatan penggunaan unsur-unsur bunyi dan struktur bahasa serta aktiviti menggunakan unsur-unsur bahasa yang dilatih dalam sesuatu interaksi lisan.
  • 27. • Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir yang ingin dicapai oleh pelajar ialah supaya mereka boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. • Yakni, pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa untuk berhubung dengan pihak lain dalam berbagai- bagai situasi. • Pendekatan komunikatif tidak mementingkan penguasaan bahasa secara pencilan tetapi pendekatan ini menitikberatkan penguasaan pelajar dalam kecekapan berkomunikasi iaitu cekap menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri dengan menggunakan kecekapan nahu (tatabahasa), sosiobudaya dan kognitif pelajar itu sendiri.
  • 28. Ciri-Ciri Pendekatan Komunikatif • Brumfit dan Finocchiaro (1997) membicarakan 22 ciri pendekatan komunikatif dalam pengjaran bahasa. Ciri-ciri pendekatan komunikatif dalam pengajaran komunikatif tersebut adalah seperti berikut: • 1) Makna merupakan aspek penting • 2) Percakapan harus berpusat di sekitar fungsi komunikatif dan tidak dihafal secara normal. • 3) Kontekstualisasi merupakan aspek penerokaan utama dalam mencerap ilmu. • 4) Belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi. • 5) Komunikasi efektif dianjurkan. • 6) Latih tubi dibolehkan, tetapi tidak boleh membebankan.
  • 29. • 7) Ucapan yang dapat difahami dijadikan keutamaan. • 8) Setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan mantap. • 9) Keupayaan untuk berkomunikasi boleh didorong sejak awal. • 10) Penggunaan bahasa yang berkesan akan diberikan penekanan. • 11) Terjemahan digunakan dalam pengajaran jika perlu. • 12) Membaca dan menulis dimulakan lebih awal. • 13) Sistem bahasa dipelajari melalui aktiviti berkomunikasi. • 14) Komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas. • 15) Variasi linguistik merupakan konsep utama dalam pengajaran.
  • 30. • 16) Urutan pengajaran ditentukan berdasarkan pertimbangan isi, fungsi atau makna untuk meneguh minat murid. • 17) Guru mendorong murid supaya bersama-sama dengannya untuk menggunakan bahasa. • 18) Bahasa dicipta oleh murid melalui cuba jaya. • 19) Kefasihan bahasa merupakan fokus utama, selain ketepatan yang dinilai dalam konteks bukan abstrak. • 20) Murid digalakkan berinteraksi dengan orang lain melalui kelompok atau pasangan sama ada secara penulisan atau lisan. • 21) Guru tidak boleh meramalkan apakah bahasa yang akan digunakan oleh murid. • 22) Motivasi intrinstik murid akan timbul melalui minatnya terhadap hal-hal yang dikomunikasikan.
  • 31. Proses Pengajaran Komunikatif 1) Guru memberikan situasi dan soalan tugasan kepada murid. 2) Murid berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang diberikan oleh guru. 3) Murid bertanya dan berbincang dengan guru. 4) Murid menjalankan wawancara di hadapan bilik darjah. 5) Guru memberikan pandangan dan saranan untuk penambaikan.
  • 32. Prinsip Pendekatan Komunikatif Terdapat 3 prinsip pendekatan komunikatif: 1) Murid perlu mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa yang dilaksanakan. 2) Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wawancara. 3) Pengajaran bahasa perlu berpandukan proses komunikasi yang sebenar.
  • 33. Kesimpulan  Hakikatnya, prinsip komunikatif menitikberatkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya untuk mempengaruhi kecekapan berbahasa dan berkomunikasi bagi seseorang penutur dalam masyarakat bahasa.  Dalam pendekatan komunikatif, struktur bahasa diajar supaya komunikasi lebih berkesan dengan kecekapan berbahasa yang sesuai dengan fungsi komunikasi.