SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

NURUL HAFIZAH BT MASNI
M20111000332
SBP 6024 (Technology And Innovation In Teaching And Learning Biology)

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN

3

ISI
1.

APA INTEGRASI ICT

4

2.

MENGAPA PERLU INTEGRASI ICT

5

3.

STRATEGI INTEGRASI ICT

1
●

6

●

PERANAN GURU

7

●

SOKONGAN DARI PIHAK LUAR

8

●
4.

PERANAN PEMIMPIN SEKOLAH

KEMUDAHAN (Peralatan teknologi) DI SEKOLAH

9

HALANGAN MENGINTEGRASI ICT
●

PENERIMAAN GURU

●

KEMUDAHAN (Peralatan teknologi) DI SEKOLAH

11

LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN

12

5.

CADANGAN

12

6.

RUMUSAN

14

7.

RUJUKAN

15

INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

PENGENALAN
Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi
ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Kemajuan ini telah membawa
pelbagai perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. Untuk mencapai matlamat Koridor
Raya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif mengintegrasikan ICT (teknologi
maklumat dan komunikasi) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah amat
tepat dan penting. Kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang
berpandukan kepada penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran, pengajaran dan

2
pembelajaran. Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dari sudut pengajaran pula, ICT digunakan
sebagai tutor dan alat demonstrasi. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menawarkan
matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) sebagai matapelajaran pilihan dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia bermula tahun 2000. Usaha ini dapat membantu merperkasakan
penggunaan ICT dikalangan pelajar dan guru disamping meningkatkan qualiti pendidikan.

Melalui integrasi ICT, beberapa perubahan berlaku dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada
pengajaran berpusat pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar ini membenarkan
pelajar mengambil peranan yang lebih proaktif, bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan
bahan-bahan pembelajaran pelbagai serta melalui pengalaman belajar dan kemahiran menilai
yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat mereka. Cara ini akan menjadikan pelajar lebih
fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan proses penerokaan dan penemuan
berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya “Business @ The
Speed of Thought” menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran
tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan “hands on” dan
menggunakan sepenuhnya segala persoalan yang ada dalam diri pelajar.

Pengenalan kepada ICT ini telah membawa sikap positif dikalangan pelajar kerana ICT
menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding kaedah tradisional.
Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta melihat dan
memahami contoh-contoh praktikal. Guru memainkan peranan penting dalam setiap proses
pembelajaran bermula dari penyediaan sebelum pengajaran, semasa dan selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru membuat perancanagan dengan teliti akan
merugikan pelajar dan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran kurang berkesan.
APA ITU INTEGRASI ICT
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud pengunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan

3
teknologi mesti berhubungkait dengan kaedah pengajaran. Setiap strategi itu harus menjurus
kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar
menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran. Matlamat utama mengintegrasi ICT
dalam kurikulum adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi
mengguna, mengurus dan memahami ICT. Melalui penerapan kemahiran ICT itu, pelajar akan
dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dengan meneroka ilmu pengetahuan tanpa
sempadan. Elemen yang penting dalam mengintegrasikan ICT ialah pemahaman guru terhadap
isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Guru memainkan peranan penting
dalam setiap proses pembelajaran bermula dari penyediaan sebelum pengajaran, semasa dan
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru membuat perancangan dengan
teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kurang
berkesan. Penggunaan ICT juga akan membawa kepada penemuan pelbagai kaedah baru dan
inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, guru boleh menggunakan
video atau animasi untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar mengenai
sesuatu konsep.

MENGAPA PERLU INTEGRASI ICT
Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan amat penting kerana
mampu meningkatkan mutu dan kepelbagaian dalam penyampaian dan pengajaran.
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan pelajar
untuk meneroka dan mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Portal-portal
pendidikan yang disediakan sama ada tempatan atau luar negara dapat memberi kefahaman
yang lebih kepada pelajar mengenai sesuatu matapelajaran. Bahan-bahan multimedia interaktif
seperti visual grafik, teks muzik, video serta animasi juga dapat membantu mengukuhkan lagi
kefahaman pelajar terhadap seuatu konsep. Multimedia interaktif ini juga berkesan dalam
menyimpan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan boleh di capai semula dalam
waktu yang singkat. Melalui penggunaan ICT ini, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran

4
seperti kemahiran menganalisis data, mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas
dan menjalankan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kandungan dalam
pembentangan itu juga boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dengan menggunakan
aplikasi-aplikasi yang terdapat di komputer seperti video.

Selain itu, penggunaan komunikasi elektronik (email) antara guru dan pelajar sesama sendiri
atau dengan guru dan pelajar dari sekolah lain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
bertukar-tukar idea berkaitan pelajaran. Penggunaan alat teknologi di makmal-makmal sains
juga memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi teori yang dipelajari semasa di dalam
kelas. Mereka dapat melihat hasil penyelidikan sendiri dengan jelas dan bukan sekadar melihat
gambar-gambar spesimen didalam buku teks. Senario ini dapat memaksimakan penggunaan
ICT dan mewujudkan budaya berteknologi di sekolah dan negara.

STRATEGI MENGINTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Peranan pemimpin sekolah
Strategi untuk memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak hanya
terletak di bahu guru-guru tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Mereka perlu menjadi model
sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan respon kepada perubahan. Pemimpin sekolah
perlu menyediakan satu polisi yang dapat membantu menjayakan penguasaan ICT dikalangan
guru dan pelajar. Polisi itu harus selari dengan dasar dan matlamat kementerian pendidikan
negara dan sekolah. Kandungan polisi perlu dikemaskini dan disemak sentiasa terutama
apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar-dasar
kementerian pendidikan. Pihak jabatan pendidikan negeri dan daerah juga perlu turun padang
untuk melihat dan memastikan polisi itu tepat dan boleh di aplikasikan disekolah.

5
Selain itu, pemimpin sekolah perlu menganjurkan seminar atau pelbagai bentuk program yang
dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT dikalangan pelajar, guru dan juga
kakitangan pentadbiran sekolah. Antaranya adalah dengan mengadakan bengkel penggunaan
ICT, kelas-kelas komputer dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat melaksanakan
penggunaan ICT di sekolah dengan berjaya dan menyeluruh.

Perkara yang lebih penting dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah kemudahan prasarana dan peralatan teknologi yang lengkap seperti makmal komputer,
makmal-makmal sains yang mempunyai alat teknologi canggih dan lain-lain. Pemimpin sekolah
hendaklah memastikan fasiliti dan segala alat-alat teknologi itu lengkap, berkeadan baik serta
boleh digunakan. Pemimpin sekolah juga perlu melantik seorang penyelaras ICT, dimana
mereka telah diberi kursus yang menyeluruh mengenai penggunaan alat teknologi di sekolah.
Penyelaras ini bertindak membantu pemimpin sekolah dan memastikan semua peralatan
teknologi berkeadaan baik selepas digunakan oleh pelajar dan guru. Sekiranya terdapat
perubahan pada dasar pembelajaran dan pengajaran, penyelaras ini juga perlu menghadiri
kursus sepertimana guru-guru sertai. Ini kerana, penyeleras ICT ini akan membantu pemimpin
sekolah dalam melaksanakan perubahan polisi dan kaedah penggunaan ICT yang menepati
kehendak kementerian pendidikan serta bersesuaian dengan kemudahan atau peralatan
teknologi yang terdapat di sekolah.
Peranan guru
Teori pembelajaran behaviorisme menyatakan bahawa proses pembelajaran itu berlaku apabila
seseorang itu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Menurut teori kognitivisme pula,
pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam
pemikiran seseorang. Guru berperanan menyampai dan memastikan maklumat tersebut
diterima oleh pelajar. Justeru itu, aktiviti pembelajaran yang mengaplikasikan teori behaviorisme
dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan
kandungan pengajaran. Aktiviti ini merangkumi demostrasi, melayari laman sesawang yang
berkaitan pelajaran, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Kaedah

6
pembelajaran tutorial ini memerlukan guru menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran serta memastikan peralatan ICT lengkap
dan berkeadaan baik. Guru perlu membahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
pelajar yang cemerlang atau berprestasi baik dan kumpulan pelajar yang lemah. Cara ini bagi
memudahkan guru untuk menjalankan penilaian di akhir sesi pembelajaran. Pelajar yang lemah
akan diberi latih tubi manakala yang cemerlang akan diberi latihan berbentuk penggayaan.
Mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran itu berlaku apabila seseorang dapat
membina atau menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru. Teori ini
menekankan kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran
yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Dalam konteks ini, guru
berperanan sebagai fasilitator dan ICT sebagai alat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran
dijalankan. Kaedah pembelajaran secara penerokaan membolehkan pelajar mencari maklumat
atau bahan-bahan daripada internet yang boleh digunakan untuk menjana dan menguji
hipotesis dalam penyelesaian masalah. Guru harus memastikan para pelajar memanipulasi
(membanding dan menilai) maklumat yang diperoleh terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini
bagi mengelakan pelajar keliru dan salah tafsir atau salah guna maklumat yang diperoleh
daripada internet kerana adakalanya terdapat perbezaan dengan fakta yang terdapat didalam
buku teks sekolah. Kaedah ini, secara tidak langsung dapat mengajar para pelajar cara
memproses maklumat dan menganalisis data yang diperolehi.

Penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru
menjalankan pembelajaran secara kolaboratif didalam kelas. Guru dan pelajar dari lokasi atau
sekolah yang berbeza boleh menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai
bentuk seperti teks, animasi, video dan sebagainya berkaitan sesuatu matapelajaran. Cara ini
dapat menerapkan budaya kerja berpasukan disekolah. Dalam ketaksuban menggunakan ICT
disekolah, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas untuk memantau dan memastikan
disiplin pelajar baik semasa menggunakan internet, komunikasi elektronik (email) dan
sebagainya. Guru harus memastikan para pelajar tidak melayari laman sesawang yang boleh
meruntuhkan moral mereka. Disamping itu, guru harus bekerjasama dengan penyelaras ICT

7
untuk menyekat laman sesawang yang tidak berkaitan dengan pembelajaran daripada diakses
oleh pelajar.
Sokongan daripada pihak luar
Bagi memaksimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, sokongan dari
pihak luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik serta ibu bapa amat penting. Mereka
bukan sahaja boleh memberi sokongan dalam bentuk kewangan malah apa juga bantuan yang
disalurkan amat dihargai oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, Syarikat Telekom Malaysia dapat
menyediakan talian internet tanpa wayar percuma disekolah bagi memudahkan guru dan
pelajar mengakses internet untuk mencari sumber rujukan dalam pembelajaran. Syarikat
swasta yang ingin menyumbang komputer atau alat-alat teknologi disekolah juga amat
digalakan. Mereka juga boleh membantu sekolah dengan melanggan jurnal-jurnal pendidikan
sebagai bahan tambahan rujukan dalam pembelajaran.

Selain daripada itu, badan-badan akademik dari universiti tempatan boleh menghantar wakilwakil mereka terutama dari fakulti teknologi dan maklumat untuk memberi bengkel dan latihan
kepada guru dan pelajar mengenai penggunaan ICT dan aplikasi-aplikasi komputer yang sesuai
untuk digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Mereka dari fakulti pendidikan
juga digalakan untuk menyumbang idea dan kepakaran bagi meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran disekolah.

Seperti sediamaklum, setiap negeri mempunyai pusat sumber tersendiri yang banyak
mengandungi bahan rujukan. Pihak sekolah boleh mendapatkan nasihat mengenai penggunaan
ICT dan mewujudkan kolaborasi antara pusat sumber sekolah dan pusat sumber negeri.
Sebagai contoh guru-guru boleh mengakses bahan rujukan yang terdapat dipusat sumber
negeri dengan percuma dan dapat meminjam buku atau bahan-bahan yang boleh digunakan
dalam sesi pembelajaran. Sokongan moral daripada ibu bapa juga amat diperlukan dalam
usaha memperluaskan penggunaan ICT. Bagi ibu bapa yang mempunyai kemudahan internet
dirumah, mereka boleh membantu anak-anak untuk mencari sumber bahan rujukan tambahan

8
untuk setiap matapelajaran. Cara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan
ICT dalam bidang pendidikan.
Kemudahan (peralatan teknologi) di sekolah
Kemudahan komputer dan alat teknologi merupakan elemen penting untuk mengintegrasikan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer hendaklah
mencukupi dalam setiap sesi pembelajaran dimana tiada istilah sebuah komputer untuk
kegunaan 2 atau 3 orang pelajar. Selain itu, talian internet amat diperlukan bagi setiap pelajar
untuk mencari maklumat tambahan dan bahan rujukan bagi sesuatu matapelajaran. Ini dapat
meningkatkan pengetahuan pelajar disamping kemahiran memproses dan menganalis data.
Dengan adanya kemudahan internet juga, guru dan pelajar boleh menjalankan sesi
pembelajaran secara forum. Pelajar dapat bertanyakan pelbagai soalan mengenai sesuatu topik
secara terus seperti sesi pembelajaran di kelas. Guru akan memberi respon kepada pelajar
dengan cepat dan pantas. Disamping itu, penggunaan komunikasi elektronik (email) amat di
galakkan untuk bertukar-tukar idea mengenai pelajaran dengan guru dan pelajar dari sekolah
lain. Mereka dapat menerima bahan pembelajaran dalam pelbagai bentuk seperti teks, video,
animasi dan sebagainya yang mampu meningkatkan lagi pemahaman tentang sesuatu konsep.
Berdasarkan kajian Mayer dan Chandler (2001), animasi yang dibina berlandaskan teori atau
prinsip amat berkesan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Semasa pembentangan
dijalankan, guru dan para pelajar boleh menggunakan alat pemancar (projector) yang
disambung ke komputer dan boleh disaksikan di papan layar putih. Pembentangan itu akan
menjadi lebih menarik dan bermanfaat jika disertakan video atau animasi berkaitan topik yang
dibentangkan.

Di makmal sains pula, terdapat mikroskop elektronik yang boleh digunakan bersama komputer.
Setiap spesimen itu dapat dilihat dengan jelas dan boleh cetak berwarna dengan menggunakan
mesin pencetak (printer). Menurut Lazarowitz dan Tamir (1994), di dalam makmal sains
komputer digunakan sebagai alat antara muka (interface) bersama peralatan makmal yang lain
bagi mengawal eksperimen, mengumpul dan merekod data eksperimen serta menganalisis
data menerusi graf atau secara stastistik. Ciri utama yang membolehkan komputer digunakan

9
dengan meluas dalam makmal sains adalah keupayaan untuk menyimpan data atau maklumat,
memproses maklumat dengan pantas mengikut kehendak pengguna, memaparkan maklumat
dalam pelbagai bentuk dan mewujudkan suasana interaktif dalam pembelajaran. Kaedah ini
dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dan mengaplikasikan teori-teori
yang mereka pelajari.

Bagi unit pentadbiran, setiap kakitangan harus disediakan sebuah komputer bagi memudahkan
urusan mentadbir dan penyediaan dokumen. Setiap komputer itu mesti mempunyai kemudahan
mengakses internet. Ini penting kerana kakitangan pentadbiran banyak berhubung dengan
pihak luar. Mereka kerap menggunakan komunikasi elektronik (email) dalam setiap urusan
rasmi dengan pihak luar seperti pejabat pendidikan daerah, kementerian pendidikan dan
sebagainya.
Kemudahan dan peralatan teknologi ini harus dipantau penggunaannya oleh penyelaras ICT.
Tindakan ini bagi memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan cukup untuk setiap
sesi pembelajaran. Peralatan yang rosak mesti dibaiki dengan segera untuk melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran mencapai tahap maksimum dan membanggakan disamping meningkat
kecemerlangan pelajar dan sekolah.
HALANGAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Penerimaan guru
Guru-guru muda dalam lingkungan umur 25-40 disekolah tidak mempunyai sebarang masalah
untuk menggunakan ICT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka cekap dan pantas
mengaplikasikan segala program-program yang terdapat di dalam komputer. Kerajaan juga ada
mengarahkan agar semua maktab perguruan seluruh Malaysia dilengkapi dengan jaringan
teknologi maklumat dan komunikasi menjelang berahkirnya Rancangan Malaysia Kelapan pada
2010. Ini bagi memastikan pendedahan dan penguasaan ICT dikalangan bakal guru selari
dengan perlaksaan ICT di sekolah. Masalah ini timbul dikalangan guru-guru senior atau yang

10
sudah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan. Golongan ini sukar menerima perubahan
cara pembelajaran dari tradisional ke moden. Mereka mengalami masalah untuk menggunakan
program-program yang terdapat didalam komputer semasa sesi pembelajaran. Bagi mereka,
sudah terlambat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran ICT dan penggunaan komputer.
Golongan ini hanya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan-soalan peperiksaan
dan kerja-kerja berkaitan pentadbiran. Kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam perisian pemprosesan perkataan (Microsoft word)
kerana mereka kerap mengaplikasikan perisian itu untuk menyiapkan tugasan. Jabatan
pendidikan juga ada menghantar mereka ke bengkel kemahiran pengusaan ICT namun
keberkesanannya kurang. Kajian Bakhtiar (1995), menyatakan kepentingan kemahiran bagi
seseorang guru untuk menggunakan komputer dengan baik dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Guru perlu mengambil inisiatif dengan menghadiri kursus-kursus
untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer dan ICT.

Kemudahan dan alat tekonologi disekolah luar bandar dan pedalaman
Sekolah-sekolah dibandar mempunyai bilangan komputer yang mencukupi dan dilengkapi
dengan peralatan teknologi yang canggih. Para pelajar dan guru tidak berdepan masalah untuk
mengaplikasikan ICT semasa sesi pembelajaran. Bagi mereka internet dihunjung jari dan
penerokaan ilmu tanpa sempadan. Berlainan senario disekolah luar bandar dan pedalaman,
jumlah komputer yang disediakan sedikit dan tidak mencukupi. Pelajar terpaksa berkongsi 2
atau 3 orang untuk menggunakan sesebuah komputer. Talian internet juga masih tiada di
sekolah-sekolah kawasan pedalaman. Namun, mereka masih bersyukur kerana dapat
mempelajari cara-cara menggunakan komputer. Guru-guru disekolah pedalaman juga masih
mengajar menggunakan cara tradisional. Justeru itu, untuk memperkasakan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran, kementerian dan jabatan pendidikan perlu menyediakan
dan memastikan jumlah komputer cukup dan kelengkapan alat teknologi sempurna di sekolah.
Setiap makmal komputer mesti mempunyai bilangan komputer yang mencukupi dengan jumlah
pelajar semasa sesi pembelajaran dijalankan. Talian internet perlu disediakan unutk memberi

11
kemudahan kepada guru dan pelajar mencari sumber rujukan tambahan mengenai sesuatu
matapelajaran. Alat pemancar (projector) dan papan layar putih perlu dibekalkan supaya guru
dan pelajar dapat menggunakannya semasa sesi pembentangan.
CADANGAN
Bagi memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, beberapa cadangan
perlu difikirkan untuk di aplikasi di sekolah-sekolah. Pertama sekali, pemimpin sekolah mesti
peka dalam semua aspek penggunaan ICT disekolah termasuklah kemudahan peralatan
teknologi, tahap penguasaan kemahiran ICT dikalangan guru-guru dan kakitangan pentadbiran.
Kementerian pendidikan perlu mengadakan seminar atau kursus kepada semua pemimpin
sekolah di negara dan bengkel yang lengkap mengenai kemahiran penggunaan ICT di sekolah.
Dalam seminar itu, pihak kementerian perlu menjelaskan dengan terperinci bidang tugas
mereka bagi mengelakan sebarang masalah berlaku semasa perlaksaan ICT di sekolah.
Pemimpin sekolah merupakan nadi kepada kejayaan sesebuah sekolah.

Jentera kedua penggerak kejayaan penggunaan ICT di sekolah ialah guru. Sebelum memberi
pendidikan kepada pelajar, seseorang guru itu mesti mempunyai kemahiran yang lengkap
disamping ilmu pengetahuan yang luas. Salah satu kemahiran yang perlu ada pada masa kini
ialah kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mahir
mengaplikasikan semua program yang terdapat didalam komputer dan menggunakan alat-alat
teknologi yang terdapat disekolah. Oleh itu, sebelum seseorang guru itu dihantar mengajar ke
sebuah sekolah, pihak kementerian pendidikan perlu mewajibkan mereka menghadiri bengkel
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di akhir bengkel tersebut, guru itu perlu
menyediakan satu pembentangan yang menggunakan segala kemahiran yang di tunjuk ajar. Ini
bertujuan untuk menilai tahap penguasaan guru terhadap ICT. Bagi golongan guru senior atau
telah lama berkhidmat yang sukar menerima perubahan dalan kaedah pembelajaran dan tidak
mahir dalam penggunaan ICT, mereka perlu menghadiri seminar bahawa pentingnya
penggunaan ICT di sekolah. Pihak kementerian perlu menyediakan seminar ini untuk
membantu mereka menerima perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta

12
menukarkan persepsi kearah lebih positif. Mereka juga akan di bimbing untuk menggunakan
ICT semasa sesi pembelajaran.

Kemudahan dan peralatan teknologi di semua sekolah sama ada bandar, luar bandar atau
pedalaman mesti lengkap dan mencukupi. Bagi sekolah di bandar, guru dan pelajar tidak
mempunyai masalah untuk menggunakan ICT semasa sesi pembelajaran tetapi di luar bandar
dan pedalaman senarionya berbeza. Berkongsi menggunakan komputer adalah senario biasa
bagi pelajar-pelajar. Justeru itu, kementerian dan jabatan pendidikan perlu bekerjasama
menyediakan keperluan dan peralatan teknologi yang mencukupi di setiap sekolah. Bilangan
komputer didalam makmal komputer sekolah mestilah mencukupi dengan jumlah pelajar
semasa sesi pembelajaran. Selain itu, jabatan pendidikan juga perlu menyediakan kemudahan
internet untuk membolehkan guru dan para pelajar mencari bahan rujukan tambahan. Mereka
juga boleh menggunakan komunikasi elektronik (email) untuk bertukar-tukar idea mengenai
pelajaran dengan guru dan pelajar dari sekolah lain.

Di makmal sains pula, peralatan teknologi canggih amat diperlukan untuk melancarkan proses
pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan mikroskop elektronik bersama komputer. Setiap
specimen itu dapat dilihat dengan jelas dan boleh cetak berwarna dengan menggunakan mesin
pencetak (printer). Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dan
mengaplikasikan teori yang mereka belajar didalam kelas. Oleh itu, pihak yang
bertanggungjawab perlu menyediakn kemudahan yang lengkap didalam makmal bagi
memudahakan guru dan pelajar menjalankan penyelidikan.

RUMUSAN
Natijahnya, integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan
jayanya melalui sokongan dan usaha bersungguh-sungguh pelbagai pihak tanpa mengira
batasan. Pemimpin sekolah dan guru merupakan nadi kepada perlaksanaan ICT di sekolah.
Mereka adalah tunjang kepada kecemerlangan akademik para pelajar dan juga kejayaan
penguasaan kemahiran ICT. Badan akademik dari universiti tempatan telah banyak
menyumbang kepakaran untuk membantu guru-guru dan pelajar mendalami kemahiran ICT dan

13
komputer. Sokongan moral daripada ibu bapa dalam menjayakan perlaksanaan ICT ini juga
penting untuk membakar semangat para pelajar agar sentiasa berusaha mencari ilmu. Di
samping itu, kemudahan dan peralatan teknologi yang lengkap merupakan penyumbang utama
kepada kejayaan perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian
pendidikan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi memastikan pada era
globalisasi ini tiada lagi pelajar yang tidak mendapat peluang untuk menimba ilmu. Penglibatan
pihak swasta dalam perlaksanaan ICT ini menunjukkan mereka peka dengan perkembangan
pendidikan negara. Bagi mereka, kecemerlangan pelajar adalah tanggungjawab bersama
kerana para pelajar inilah yang akan jadi pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka
peneraju generasi akan datang.

RUJUKAN
Aida Suraya Md. Yunus, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub dan Othman Talib (20008). Amalan dalam
Pengajaran & Pembelajaran: Sains, Matematik & Pembelajaran Berasaskan ICT.
Universiti Putra Malaysia
Azian Abdullah (2006). Deconstructing Secondary Education: The Malaysia Smart School
Initiative. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 10th SEAMEO INNOTECTH
International Conference. 15-17 November, Singapura.
Bakhtiar Mansor (1995). Membina “Empowerment” Pengupayaan Dalam Pengurusan
Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Frost & Sullivan (2005). Benchmarking of the Smart School Integrated solution. Kuala Lumpur.
Multimedia Development Corporation.
Gates, B. (1999). Bussiness @ The Speed Of Thought. New York: Penguin books.
Jerry Wellington (2000). Teaching and Learning Secondary Science: Using ICT in Teaching and
Learning Science, m.s:195. New York: Madison Avanue
Lazarowitz, R & Tamir, P. (1994). Research using laboratory instruction in science. Dalam D.L.

14
Grabel (Ed.), Handbook of Research on Science Teaching And Learning. New York:
Macmilan Library Reference
Leonard R.Newton & Laurence T.Rogers (2001). Integrating Information and Communications
Technology in Education: Teachning Science with ICT. New York: Continuum.
Lim Bee Yeok (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer
Dikalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
MDC Smart School Department (2005) Malaysia Smart School Roadmap 2005-2020: An
Educational Odyssey – A consultative paper on the expansion of the smart school
initiave to all schools in Malaysia. Kuala Lumpur. Multimedia Development Corporation.
Smart School Project Team (1997) Smart School Flagship Application: The Malaysia Smart
School – A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur. Ministry of Education Malaysia.

Smart School Project Team (1997) The Malaysian Smart School Implementation Plan. Kuala
Lumpur. Ministry of Education Malaysia.

15

More Related Content

What's hot

Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPRain_Ain
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1artventure ipkt
 
Teknologi Pendidikan
Teknologi PendidikanTeknologi Pendidikan
Teknologi Pendidikandr2200s
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikandigitalsejarah
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054shamsuhaila85
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 

What's hot (20)

Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
 
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Modul istilah
Modul istilahModul istilah
Modul istilah
 
Teknologi Pendidikan
Teknologi PendidikanTeknologi Pendidikan
Teknologi Pendidikan
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 

Viewers also liked

Viewers also liked (16)

La Tecnologia Educativa
La Tecnologia EducativaLa Tecnologia Educativa
La Tecnologia Educativa
 
Unidad geog mundial
Unidad geog mundialUnidad geog mundial
Unidad geog mundial
 
Semana 1 - Abril
Semana 1 - AbrilSemana 1 - Abril
Semana 1 - Abril
 
Chen rss
Chen rssChen rss
Chen rss
 
20121018104243
2012101810424320121018104243
20121018104243
 
Ian Griffith
Ian GriffithIan Griffith
Ian Griffith
 
Wiridan
WiridanWiridan
Wiridan
 
Unidad geog mundial
Unidad geog mundialUnidad geog mundial
Unidad geog mundial
 
Triptic campussincro 3
Triptic campussincro 3Triptic campussincro 3
Triptic campussincro 3
 
IS Unified "Digital Enterprise Management System" (ERP for IT, ITIL, CMMI,PMI...
IS Unified "Digital Enterprise Management System" (ERP for IT, ITIL, CMMI,PMI...IS Unified "Digital Enterprise Management System" (ERP for IT, ITIL, CMMI,PMI...
IS Unified "Digital Enterprise Management System" (ERP for IT, ITIL, CMMI,PMI...
 
Presentation.slides
Presentation.slidesPresentation.slides
Presentation.slides
 
20140320090257
2014032009025720140320090257
20140320090257
 
Marketing strategies
Marketing  strategiesMarketing  strategies
Marketing strategies
 
Corporate Glass Ceiling Effect
Corporate Glass Ceiling EffectCorporate Glass Ceiling Effect
Corporate Glass Ceiling Effect
 
Honda STPD analysis
Honda STPD analysis Honda STPD analysis
Honda STPD analysis
 
Freshwater, Brackish water and Marine fish culture of India by Dr. S. G. Chebbi
Freshwater, Brackish water and Marine fish culture of India by Dr. S. G. ChebbiFreshwater, Brackish water and Marine fish culture of India by Dr. S. G. Chebbi
Freshwater, Brackish water and Marine fish culture of India by Dr. S. G. Chebbi
 

Similar to Latihan1.docx

Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivfatimah Baharin
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanEffa Zulaikha Zahir
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasisookvon
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasinormazua
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasisaifatul
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasiwmaswa80
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasiJack Ong
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasinormazua
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02fidera94
 
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daringSyaiful Ahdan
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dlldr2200s
 

Similar to Latihan1.docx (20)

Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Ict islam
Ict islamIct islam
Ict islam
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
K4 globalisasi
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02
 
Tajuk_10.pptx
Tajuk_10.pptxTajuk_10.pptx
Tajuk_10.pptx
 
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
 

Latihan1.docx

  • 1. INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH NURUL HAFIZAH BT MASNI M20111000332 SBP 6024 (Technology And Innovation In Teaching And Learning Biology) ISI KANDUNGAN PENGENALAN 3 ISI 1. APA INTEGRASI ICT 4 2. MENGAPA PERLU INTEGRASI ICT 5 3. STRATEGI INTEGRASI ICT 1
  • 2. ● 6 ● PERANAN GURU 7 ● SOKONGAN DARI PIHAK LUAR 8 ● 4. PERANAN PEMIMPIN SEKOLAH KEMUDAHAN (Peralatan teknologi) DI SEKOLAH 9 HALANGAN MENGINTEGRASI ICT ● PENERIMAAN GURU ● KEMUDAHAN (Peralatan teknologi) DI SEKOLAH 11 LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN 12 5. CADANGAN 12 6. RUMUSAN 14 7. RUJUKAN 15 INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH PENGENALAN Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Kemajuan ini telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. Untuk mencapai matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif mengintegrasikan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah amat tepat dan penting. Kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan kepada penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran, pengajaran dan 2
  • 3. pembelajaran. Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dari sudut pengajaran pula, ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menawarkan matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) sebagai matapelajaran pilihan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula tahun 2000. Usaha ini dapat membantu merperkasakan penggunaan ICT dikalangan pelajar dan guru disamping meningkatkan qualiti pendidikan. Melalui integrasi ICT, beberapa perubahan berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusat pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar ini membenarkan pelajar mengambil peranan yang lebih proaktif, bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan bahan-bahan pembelajaran pelbagai serta melalui pengalaman belajar dan kemahiran menilai yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat mereka. Cara ini akan menjadikan pelajar lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya “Business @ The Speed of Thought” menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan “hands on” dan menggunakan sepenuhnya segala persoalan yang ada dalam diri pelajar. Pengenalan kepada ICT ini telah membawa sikap positif dikalangan pelajar kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta melihat dan memahami contoh-contoh praktikal. Guru memainkan peranan penting dalam setiap proses pembelajaran bermula dari penyediaan sebelum pengajaran, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru membuat perancanagan dengan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran kurang berkesan. APA ITU INTEGRASI ICT Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud pengunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan 3
  • 4. teknologi mesti berhubungkait dengan kaedah pengajaran. Setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran. Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Melalui penerapan kemahiran ICT itu, pelajar akan dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dengan meneroka ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Elemen yang penting dalam mengintegrasikan ICT ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Guru memainkan peranan penting dalam setiap proses pembelajaran bermula dari penyediaan sebelum pengajaran, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru membuat perancangan dengan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Penggunaan ICT juga akan membawa kepada penemuan pelbagai kaedah baru dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, guru boleh menggunakan video atau animasi untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar mengenai sesuatu konsep. MENGAPA PERLU INTEGRASI ICT Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan amat penting kerana mampu meningkatkan mutu dan kepelbagaian dalam penyampaian dan pengajaran. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan pelajar untuk meneroka dan mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada tempatan atau luar negara dapat memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar mengenai sesuatu matapelajaran. Bahan-bahan multimedia interaktif seperti visual grafik, teks muzik, video serta animasi juga dapat membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap seuatu konsep. Multimedia interaktif ini juga berkesan dalam menyimpan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan boleh di capai semula dalam waktu yang singkat. Melalui penggunaan ICT ini, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran 4
  • 5. seperti kemahiran menganalisis data, mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas dan menjalankan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kandungan dalam pembentangan itu juga boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di komputer seperti video. Selain itu, penggunaan komunikasi elektronik (email) antara guru dan pelajar sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah lain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar idea berkaitan pelajaran. Penggunaan alat teknologi di makmal-makmal sains juga memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi teori yang dipelajari semasa di dalam kelas. Mereka dapat melihat hasil penyelidikan sendiri dengan jelas dan bukan sekadar melihat gambar-gambar spesimen didalam buku teks. Senario ini dapat memaksimakan penggunaan ICT dan mewujudkan budaya berteknologi di sekolah dan negara. STRATEGI MENGINTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Peranan pemimpin sekolah Strategi untuk memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terletak di bahu guru-guru tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Mereka perlu menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan respon kepada perubahan. Pemimpin sekolah perlu menyediakan satu polisi yang dapat membantu menjayakan penguasaan ICT dikalangan guru dan pelajar. Polisi itu harus selari dengan dasar dan matlamat kementerian pendidikan negara dan sekolah. Kandungan polisi perlu dikemaskini dan disemak sentiasa terutama apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar-dasar kementerian pendidikan. Pihak jabatan pendidikan negeri dan daerah juga perlu turun padang untuk melihat dan memastikan polisi itu tepat dan boleh di aplikasikan disekolah. 5
  • 6. Selain itu, pemimpin sekolah perlu menganjurkan seminar atau pelbagai bentuk program yang dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT dikalangan pelajar, guru dan juga kakitangan pentadbiran sekolah. Antaranya adalah dengan mengadakan bengkel penggunaan ICT, kelas-kelas komputer dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat melaksanakan penggunaan ICT di sekolah dengan berjaya dan menyeluruh. Perkara yang lebih penting dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kemudahan prasarana dan peralatan teknologi yang lengkap seperti makmal komputer, makmal-makmal sains yang mempunyai alat teknologi canggih dan lain-lain. Pemimpin sekolah hendaklah memastikan fasiliti dan segala alat-alat teknologi itu lengkap, berkeadan baik serta boleh digunakan. Pemimpin sekolah juga perlu melantik seorang penyelaras ICT, dimana mereka telah diberi kursus yang menyeluruh mengenai penggunaan alat teknologi di sekolah. Penyelaras ini bertindak membantu pemimpin sekolah dan memastikan semua peralatan teknologi berkeadaan baik selepas digunakan oleh pelajar dan guru. Sekiranya terdapat perubahan pada dasar pembelajaran dan pengajaran, penyelaras ini juga perlu menghadiri kursus sepertimana guru-guru sertai. Ini kerana, penyeleras ICT ini akan membantu pemimpin sekolah dalam melaksanakan perubahan polisi dan kaedah penggunaan ICT yang menepati kehendak kementerian pendidikan serta bersesuaian dengan kemudahan atau peralatan teknologi yang terdapat di sekolah. Peranan guru Teori pembelajaran behaviorisme menyatakan bahawa proses pembelajaran itu berlaku apabila seseorang itu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Menurut teori kognitivisme pula, pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Guru berperanan menyampai dan memastikan maklumat tersebut diterima oleh pelajar. Justeru itu, aktiviti pembelajaran yang mengaplikasikan teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pengajaran. Aktiviti ini merangkumi demostrasi, melayari laman sesawang yang berkaitan pelajaran, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Kaedah 6
  • 7. pembelajaran tutorial ini memerlukan guru menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran serta memastikan peralatan ICT lengkap dan berkeadaan baik. Guru perlu membahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar yang cemerlang atau berprestasi baik dan kumpulan pelajar yang lemah. Cara ini bagi memudahkan guru untuk menjalankan penilaian di akhir sesi pembelajaran. Pelajar yang lemah akan diberi latih tubi manakala yang cemerlang akan diberi latihan berbentuk penggayaan. Mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran itu berlaku apabila seseorang dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru. Teori ini menekankan kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Dalam konteks ini, guru berperanan sebagai fasilitator dan ICT sebagai alat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kaedah pembelajaran secara penerokaan membolehkan pelajar mencari maklumat atau bahan-bahan daripada internet yang boleh digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Guru harus memastikan para pelajar memanipulasi (membanding dan menilai) maklumat yang diperoleh terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini bagi mengelakan pelajar keliru dan salah tafsir atau salah guna maklumat yang diperoleh daripada internet kerana adakalanya terdapat perbezaan dengan fakta yang terdapat didalam buku teks sekolah. Kaedah ini, secara tidak langsung dapat mengajar para pelajar cara memproses maklumat dan menganalisis data yang diperolehi. Penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru menjalankan pembelajaran secara kolaboratif didalam kelas. Guru dan pelajar dari lokasi atau sekolah yang berbeza boleh menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, animasi, video dan sebagainya berkaitan sesuatu matapelajaran. Cara ini dapat menerapkan budaya kerja berpasukan disekolah. Dalam ketaksuban menggunakan ICT disekolah, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas untuk memantau dan memastikan disiplin pelajar baik semasa menggunakan internet, komunikasi elektronik (email) dan sebagainya. Guru harus memastikan para pelajar tidak melayari laman sesawang yang boleh meruntuhkan moral mereka. Disamping itu, guru harus bekerjasama dengan penyelaras ICT 7
  • 8. untuk menyekat laman sesawang yang tidak berkaitan dengan pembelajaran daripada diakses oleh pelajar. Sokongan daripada pihak luar Bagi memaksimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, sokongan dari pihak luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik serta ibu bapa amat penting. Mereka bukan sahaja boleh memberi sokongan dalam bentuk kewangan malah apa juga bantuan yang disalurkan amat dihargai oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, Syarikat Telekom Malaysia dapat menyediakan talian internet tanpa wayar percuma disekolah bagi memudahkan guru dan pelajar mengakses internet untuk mencari sumber rujukan dalam pembelajaran. Syarikat swasta yang ingin menyumbang komputer atau alat-alat teknologi disekolah juga amat digalakan. Mereka juga boleh membantu sekolah dengan melanggan jurnal-jurnal pendidikan sebagai bahan tambahan rujukan dalam pembelajaran. Selain daripada itu, badan-badan akademik dari universiti tempatan boleh menghantar wakilwakil mereka terutama dari fakulti teknologi dan maklumat untuk memberi bengkel dan latihan kepada guru dan pelajar mengenai penggunaan ICT dan aplikasi-aplikasi komputer yang sesuai untuk digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Mereka dari fakulti pendidikan juga digalakan untuk menyumbang idea dan kepakaran bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran disekolah. Seperti sediamaklum, setiap negeri mempunyai pusat sumber tersendiri yang banyak mengandungi bahan rujukan. Pihak sekolah boleh mendapatkan nasihat mengenai penggunaan ICT dan mewujudkan kolaborasi antara pusat sumber sekolah dan pusat sumber negeri. Sebagai contoh guru-guru boleh mengakses bahan rujukan yang terdapat dipusat sumber negeri dengan percuma dan dapat meminjam buku atau bahan-bahan yang boleh digunakan dalam sesi pembelajaran. Sokongan moral daripada ibu bapa juga amat diperlukan dalam usaha memperluaskan penggunaan ICT. Bagi ibu bapa yang mempunyai kemudahan internet dirumah, mereka boleh membantu anak-anak untuk mencari sumber bahan rujukan tambahan 8
  • 9. untuk setiap matapelajaran. Cara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Kemudahan (peralatan teknologi) di sekolah Kemudahan komputer dan alat teknologi merupakan elemen penting untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer hendaklah mencukupi dalam setiap sesi pembelajaran dimana tiada istilah sebuah komputer untuk kegunaan 2 atau 3 orang pelajar. Selain itu, talian internet amat diperlukan bagi setiap pelajar untuk mencari maklumat tambahan dan bahan rujukan bagi sesuatu matapelajaran. Ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar disamping kemahiran memproses dan menganalis data. Dengan adanya kemudahan internet juga, guru dan pelajar boleh menjalankan sesi pembelajaran secara forum. Pelajar dapat bertanyakan pelbagai soalan mengenai sesuatu topik secara terus seperti sesi pembelajaran di kelas. Guru akan memberi respon kepada pelajar dengan cepat dan pantas. Disamping itu, penggunaan komunikasi elektronik (email) amat di galakkan untuk bertukar-tukar idea mengenai pelajaran dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Mereka dapat menerima bahan pembelajaran dalam pelbagai bentuk seperti teks, video, animasi dan sebagainya yang mampu meningkatkan lagi pemahaman tentang sesuatu konsep. Berdasarkan kajian Mayer dan Chandler (2001), animasi yang dibina berlandaskan teori atau prinsip amat berkesan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Semasa pembentangan dijalankan, guru dan para pelajar boleh menggunakan alat pemancar (projector) yang disambung ke komputer dan boleh disaksikan di papan layar putih. Pembentangan itu akan menjadi lebih menarik dan bermanfaat jika disertakan video atau animasi berkaitan topik yang dibentangkan. Di makmal sains pula, terdapat mikroskop elektronik yang boleh digunakan bersama komputer. Setiap spesimen itu dapat dilihat dengan jelas dan boleh cetak berwarna dengan menggunakan mesin pencetak (printer). Menurut Lazarowitz dan Tamir (1994), di dalam makmal sains komputer digunakan sebagai alat antara muka (interface) bersama peralatan makmal yang lain bagi mengawal eksperimen, mengumpul dan merekod data eksperimen serta menganalisis data menerusi graf atau secara stastistik. Ciri utama yang membolehkan komputer digunakan 9
  • 10. dengan meluas dalam makmal sains adalah keupayaan untuk menyimpan data atau maklumat, memproses maklumat dengan pantas mengikut kehendak pengguna, memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk dan mewujudkan suasana interaktif dalam pembelajaran. Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dan mengaplikasikan teori-teori yang mereka pelajari. Bagi unit pentadbiran, setiap kakitangan harus disediakan sebuah komputer bagi memudahkan urusan mentadbir dan penyediaan dokumen. Setiap komputer itu mesti mempunyai kemudahan mengakses internet. Ini penting kerana kakitangan pentadbiran banyak berhubung dengan pihak luar. Mereka kerap menggunakan komunikasi elektronik (email) dalam setiap urusan rasmi dengan pihak luar seperti pejabat pendidikan daerah, kementerian pendidikan dan sebagainya. Kemudahan dan peralatan teknologi ini harus dipantau penggunaannya oleh penyelaras ICT. Tindakan ini bagi memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan cukup untuk setiap sesi pembelajaran. Peralatan yang rosak mesti dibaiki dengan segera untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap maksimum dan membanggakan disamping meningkat kecemerlangan pelajar dan sekolah. HALANGAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penerimaan guru Guru-guru muda dalam lingkungan umur 25-40 disekolah tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan ICT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka cekap dan pantas mengaplikasikan segala program-program yang terdapat di dalam komputer. Kerajaan juga ada mengarahkan agar semua maktab perguruan seluruh Malaysia dilengkapi dengan jaringan teknologi maklumat dan komunikasi menjelang berahkirnya Rancangan Malaysia Kelapan pada 2010. Ini bagi memastikan pendedahan dan penguasaan ICT dikalangan bakal guru selari dengan perlaksaan ICT di sekolah. Masalah ini timbul dikalangan guru-guru senior atau yang 10
  • 11. sudah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan. Golongan ini sukar menerima perubahan cara pembelajaran dari tradisional ke moden. Mereka mengalami masalah untuk menggunakan program-program yang terdapat didalam komputer semasa sesi pembelajaran. Bagi mereka, sudah terlambat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran ICT dan penggunaan komputer. Golongan ini hanya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan kerja-kerja berkaitan pentadbiran. Kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam perisian pemprosesan perkataan (Microsoft word) kerana mereka kerap mengaplikasikan perisian itu untuk menyiapkan tugasan. Jabatan pendidikan juga ada menghantar mereka ke bengkel kemahiran pengusaan ICT namun keberkesanannya kurang. Kajian Bakhtiar (1995), menyatakan kepentingan kemahiran bagi seseorang guru untuk menggunakan komputer dengan baik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru perlu mengambil inisiatif dengan menghadiri kursus-kursus untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer dan ICT. Kemudahan dan alat tekonologi disekolah luar bandar dan pedalaman Sekolah-sekolah dibandar mempunyai bilangan komputer yang mencukupi dan dilengkapi dengan peralatan teknologi yang canggih. Para pelajar dan guru tidak berdepan masalah untuk mengaplikasikan ICT semasa sesi pembelajaran. Bagi mereka internet dihunjung jari dan penerokaan ilmu tanpa sempadan. Berlainan senario disekolah luar bandar dan pedalaman, jumlah komputer yang disediakan sedikit dan tidak mencukupi. Pelajar terpaksa berkongsi 2 atau 3 orang untuk menggunakan sesebuah komputer. Talian internet juga masih tiada di sekolah-sekolah kawasan pedalaman. Namun, mereka masih bersyukur kerana dapat mempelajari cara-cara menggunakan komputer. Guru-guru disekolah pedalaman juga masih mengajar menggunakan cara tradisional. Justeru itu, untuk memperkasakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kementerian dan jabatan pendidikan perlu menyediakan dan memastikan jumlah komputer cukup dan kelengkapan alat teknologi sempurna di sekolah. Setiap makmal komputer mesti mempunyai bilangan komputer yang mencukupi dengan jumlah pelajar semasa sesi pembelajaran dijalankan. Talian internet perlu disediakan unutk memberi 11
  • 12. kemudahan kepada guru dan pelajar mencari sumber rujukan tambahan mengenai sesuatu matapelajaran. Alat pemancar (projector) dan papan layar putih perlu dibekalkan supaya guru dan pelajar dapat menggunakannya semasa sesi pembentangan. CADANGAN Bagi memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, beberapa cadangan perlu difikirkan untuk di aplikasi di sekolah-sekolah. Pertama sekali, pemimpin sekolah mesti peka dalam semua aspek penggunaan ICT disekolah termasuklah kemudahan peralatan teknologi, tahap penguasaan kemahiran ICT dikalangan guru-guru dan kakitangan pentadbiran. Kementerian pendidikan perlu mengadakan seminar atau kursus kepada semua pemimpin sekolah di negara dan bengkel yang lengkap mengenai kemahiran penggunaan ICT di sekolah. Dalam seminar itu, pihak kementerian perlu menjelaskan dengan terperinci bidang tugas mereka bagi mengelakan sebarang masalah berlaku semasa perlaksaan ICT di sekolah. Pemimpin sekolah merupakan nadi kepada kejayaan sesebuah sekolah. Jentera kedua penggerak kejayaan penggunaan ICT di sekolah ialah guru. Sebelum memberi pendidikan kepada pelajar, seseorang guru itu mesti mempunyai kemahiran yang lengkap disamping ilmu pengetahuan yang luas. Salah satu kemahiran yang perlu ada pada masa kini ialah kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mahir mengaplikasikan semua program yang terdapat didalam komputer dan menggunakan alat-alat teknologi yang terdapat disekolah. Oleh itu, sebelum seseorang guru itu dihantar mengajar ke sebuah sekolah, pihak kementerian pendidikan perlu mewajibkan mereka menghadiri bengkel penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di akhir bengkel tersebut, guru itu perlu menyediakan satu pembentangan yang menggunakan segala kemahiran yang di tunjuk ajar. Ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan guru terhadap ICT. Bagi golongan guru senior atau telah lama berkhidmat yang sukar menerima perubahan dalan kaedah pembelajaran dan tidak mahir dalam penggunaan ICT, mereka perlu menghadiri seminar bahawa pentingnya penggunaan ICT di sekolah. Pihak kementerian perlu menyediakan seminar ini untuk membantu mereka menerima perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta 12
  • 13. menukarkan persepsi kearah lebih positif. Mereka juga akan di bimbing untuk menggunakan ICT semasa sesi pembelajaran. Kemudahan dan peralatan teknologi di semua sekolah sama ada bandar, luar bandar atau pedalaman mesti lengkap dan mencukupi. Bagi sekolah di bandar, guru dan pelajar tidak mempunyai masalah untuk menggunakan ICT semasa sesi pembelajaran tetapi di luar bandar dan pedalaman senarionya berbeza. Berkongsi menggunakan komputer adalah senario biasa bagi pelajar-pelajar. Justeru itu, kementerian dan jabatan pendidikan perlu bekerjasama menyediakan keperluan dan peralatan teknologi yang mencukupi di setiap sekolah. Bilangan komputer didalam makmal komputer sekolah mestilah mencukupi dengan jumlah pelajar semasa sesi pembelajaran. Selain itu, jabatan pendidikan juga perlu menyediakan kemudahan internet untuk membolehkan guru dan para pelajar mencari bahan rujukan tambahan. Mereka juga boleh menggunakan komunikasi elektronik (email) untuk bertukar-tukar idea mengenai pelajaran dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Di makmal sains pula, peralatan teknologi canggih amat diperlukan untuk melancarkan proses pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan mikroskop elektronik bersama komputer. Setiap specimen itu dapat dilihat dengan jelas dan boleh cetak berwarna dengan menggunakan mesin pencetak (printer). Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dan mengaplikasikan teori yang mereka belajar didalam kelas. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakn kemudahan yang lengkap didalam makmal bagi memudahakan guru dan pelajar menjalankan penyelidikan. RUMUSAN Natijahnya, integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui sokongan dan usaha bersungguh-sungguh pelbagai pihak tanpa mengira batasan. Pemimpin sekolah dan guru merupakan nadi kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Mereka adalah tunjang kepada kecemerlangan akademik para pelajar dan juga kejayaan penguasaan kemahiran ICT. Badan akademik dari universiti tempatan telah banyak menyumbang kepakaran untuk membantu guru-guru dan pelajar mendalami kemahiran ICT dan 13
  • 14. komputer. Sokongan moral daripada ibu bapa dalam menjayakan perlaksanaan ICT ini juga penting untuk membakar semangat para pelajar agar sentiasa berusaha mencari ilmu. Di samping itu, kemudahan dan peralatan teknologi yang lengkap merupakan penyumbang utama kepada kejayaan perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian pendidikan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi memastikan pada era globalisasi ini tiada lagi pelajar yang tidak mendapat peluang untuk menimba ilmu. Penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaan ICT ini menunjukkan mereka peka dengan perkembangan pendidikan negara. Bagi mereka, kecemerlangan pelajar adalah tanggungjawab bersama kerana para pelajar inilah yang akan jadi pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka peneraju generasi akan datang. RUJUKAN Aida Suraya Md. Yunus, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub dan Othman Talib (20008). Amalan dalam Pengajaran & Pembelajaran: Sains, Matematik & Pembelajaran Berasaskan ICT. Universiti Putra Malaysia Azian Abdullah (2006). Deconstructing Secondary Education: The Malaysia Smart School Initiative. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 10th SEAMEO INNOTECTH International Conference. 15-17 November, Singapura. Bakhtiar Mansor (1995). Membina “Empowerment” Pengupayaan Dalam Pengurusan Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Frost & Sullivan (2005). Benchmarking of the Smart School Integrated solution. Kuala Lumpur. Multimedia Development Corporation. Gates, B. (1999). Bussiness @ The Speed Of Thought. New York: Penguin books. Jerry Wellington (2000). Teaching and Learning Secondary Science: Using ICT in Teaching and Learning Science, m.s:195. New York: Madison Avanue Lazarowitz, R & Tamir, P. (1994). Research using laboratory instruction in science. Dalam D.L. 14
  • 15. Grabel (Ed.), Handbook of Research on Science Teaching And Learning. New York: Macmilan Library Reference Leonard R.Newton & Laurence T.Rogers (2001). Integrating Information and Communications Technology in Education: Teachning Science with ICT. New York: Continuum. Lim Bee Yeok (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Dikalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. MDC Smart School Department (2005) Malaysia Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational Odyssey – A consultative paper on the expansion of the smart school initiave to all schools in Malaysia. Kuala Lumpur. Multimedia Development Corporation. Smart School Project Team (1997) Smart School Flagship Application: The Malaysia Smart School – A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur. Ministry of Education Malaysia. Smart School Project Team (1997) The Malaysian Smart School Implementation Plan. Kuala Lumpur. Ministry of Education Malaysia. 15