SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 82
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
     SEKOLAH RENDAH (PGSR)
       MOD KURSUS DALAM CUTI


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM


                  SEMESTER 4


                     MODUL


PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH




       INSTITUT PENDIDIKAN GURU
       KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

       Berkuat kuasa pada Jun 2010
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,       berketrampilan,     berakhlak       mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                     Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.




                         Cetakan September 2009
                       Kementerian Pelajaran Malaysia

        Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
        ada     kepentingan    komersial,   tidak   dibenarkan   sesiapa
        mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
        ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
        dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
        mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
        daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
        Pelajaran Malaysia.




                                        i
KANDUNGAN
                                                         MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan                               iii

Falsafal Pendidikan Guru                                     iii

Kata-Alu-aluan                                               iv

Panduan Pembelajaran                                        v-vii

Pengenalan                                                  viii

Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul )                         ix

Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan                  1
        pembelajaran setiap Bidang Kegiatan
        mengikut Tahap 1 dan 2

   1.1 Sinopsis                                              1
   1.2 Hasil Pembelajaran                                    1
   1.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini.                1
   1.4 Kandungan
       1.4.1 Pengenalan Bidang Pendidikan Seni Visual        2
              Sekolah Rendah

      1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman             14
            langsung dan apresiasi setiap bidang
            kegiatan.
            - mengikut tahap, minat dan latar belakang
            - untuk merangsang perkembangan deria
            - untuk perkembangan Jasmani, Emosi,
              Rohani, Intelek, Sosial dan Estetik
                                                            23
       1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk
             setiap bidang kegiatan
            - mengikut tahap, minat dan latar belakang
            - untuk merangsang perkembangan deria
            - untuk perkembangan JERISE

      1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak
           - untuk setiap bidang kegiatan tahap 1           32
            - untuk setiap bidang kegiatan tahap 2
            - untuk 5P KBSR
                                       i
1.5 Latihan A
                                                37




Tajuk 2    Meneroka Alat dan Bahan              39


  2.1 Sinopsis                                  40
  2.2 Hasil Pembelajaran
  2.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini.    41
  2.4 Kandungan : Meneroka Alat dan Bahan

      2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi
            Pelbagai jenis alat dan bahan       42


     2.4.2 Meneroka / Membuat eksperimentasi
           perisian- perisian                   56



  2.5 Latihan B


 Rujukan

 Panel Penulis Modul

 Panel Pemurni Modul

 Ikon Modul




                                   ii
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
 YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
 PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
 SARJANA MUDA PERGURUAN.

 MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
 PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.




Cetakan Jun 2010
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
PANDUAN PELAJAR



Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam
interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan
Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah atau
tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincang
dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.


Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran
anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali
semula    untuk   belajar   secara        formal   selepas   beberapa   tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran
arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan
corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.


Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran
anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran
kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat
melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan
hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.


Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangka
masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan
sasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap
tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari
atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dua
latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman
dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini.



                                     vi
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda
agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A
menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.


Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir
kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan
dan Penilaian.


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.


  i.    Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai
        untuk setiap kursus.
 ii.    Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan
        sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar
        menghafal.
 iii.   Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar
        merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat,
        memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat.
 iv.    Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada
        pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan
        juga sumber internet.
 v.     Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan
        pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu
        tahun pengajian.
 vi.    Pengetahuan       kandungan   dan   pedagogi sentiasa    dinamik   dan
        bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan
        maklumat        dengan   menggunakan   kemudahan   ICT    dan   Online
        Learning(OLL).
vii.    Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada
        pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar
        untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di
        bilik darjah.


Selamat maju jaya.
                                      vi
PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual


PENGENALAN

Kursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
(Teaching and Learning of Visual Art Education) melibatkan teori dan amali
dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini
mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 – Perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teori
dalam proforma), Tajuk 2 – Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1
amali dalam proforma).
         Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan
pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi
setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan,
pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap,
minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap
bidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak .
Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2.
Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid.
Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid.
Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio-
budaya .
Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik
yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-
persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.
       Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil
kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah
secara        e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman
setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan
dan pembacaan.       Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk
mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang
dipelajari.




                                       v
AGIHAN TAJUK
           Panduan kepada pengguna


Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.


(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)


                                                 Interaksi
 Bil.                 Tajuk/Topik               Bersemuka    Modul      Jum.
                                                   (jam)     (jam)      Jam

        Teori
  1                                                 12         0         12
        Pengenalan empat bidang kegiatan PSV
        KBSR: Menggambar, Membuat Corak dan
        Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan
        serta Mengenal Kraf Tradisional.

        Teori
  2                                                  0         9         9
        Perancangan aktiviti pengajaran dan
        pembelajaran setiap Bidang Kegiatan
        mengikut Tahap 1 dan 2

        Teori
  3                                                  9         0         9
        Persediaan Mengajar

        Amali
  4                                                  0         6         6
        Meneroka Alat dan Bahan

        Amali
  5                                                  6         0         6
        Meneroka Tajuk dan Isi kandungan
        mengikut tema

        Amali
  6                                                  9         0         9
        Menghasilkan karya Menggambar,
        Membuat Corak dan Rekaan

        Amali
  7                                                  9         0         9
        Menghasilkan karya Membentuk dan
        Membuat binaan serta Kraf traditonal


              Jumlah keseluruhan                    30         15        45




                                      vi
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




                       Perancangan aktiviti pengajaran dan
 TAJUK 1           pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut
                                  Tahap 1 dan 2



1.1 Sinopsis
Kursus ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Tumpuan diberi terhadap          perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan
mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan
mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
 1.   Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidan kegiatan iaitu
      Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat
      Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional

 2.   Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
      mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

3.    Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini


                                   Perancangan
                                      aktiviti
                                  pengajaran dan
                                   pembelajaran




Menggambar             Membuat Corak             Membentuk dan               Mengenal Kraf
                        dan Rekaan               Membuat Binaan               Tradisional



                                         1
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4 Kandungan

1.4.1 Pengenalan Bidang PSV SR
Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat
bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan,
Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.




            Rajah 1. Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR



                   P e n g e n a la n S e n i V i s u a l

              Me nggam bar                                      M e m b e n tu k d a n
                                                                M e m b u a t B in a a n


                                          K u ri k u lu m
                                           PS V SR




               Me m bua t C orak                             K r a f T r d is io n a l
                d a n R e ka a n




                                   Rajah 2.
 Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah




                                                  2
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4.1.1 Menggambar


Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan
untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan
pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas
menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti
menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan
dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.




a) Definisi Menggambar




  Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
                       dihasilkan di atas permukaan rata.




      Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di
atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan
imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih
jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek




                                        3
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3.



                          Menggambar
                            Lukisan                  Catan
          Mozek                                                             Kolaj




           Capan                                                       Montaj
                                         Teknik
                                       Menggambar

          Gurisan                                                      Cetakan




          Percikan                                                      Resis
                           Stensilan               Gosokan




                                        Rajah 3


Teknik Catan
Apabila seseorang     mengecat,    hasilnya       ialah   catan.   Teknik     catan   ialah
caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.


Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau
jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar.




                                          4
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya
cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.
Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan
boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan
warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan
cetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoam
adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir
itu akan memberi kesan yang berlainan.


Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan
teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan
untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti
kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di
peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.


Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di
atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang
berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda
boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat
gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
bentuk yang dihasilkan.


Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna
akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh
kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
bentuk yang dihasilkan.


                                         5
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik
dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang
berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan
kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya
kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.


Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan
sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara
berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang
keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris
pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan.


Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah
bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas
sesuatu   permukaan    seperti   kertas,   plastik   dan   papan   secara   tersusun,
bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak
bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan
bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang
dihasilkan.



       Nyatakan aktiviti apakah yang selaras dengan kenyataan di bawah.
    Jenis Aktiviti                              Kenyataan
                       sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai
                       kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
                       bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang
                       di atas stensil dan diserap oleh kertas
                       Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan ‘strawboard’
                       atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas
                       permukaan dan dicetak atas kertas.

                                           6
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




                           cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan
                           dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas,
                           bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi
                           warna air boleh dipercik dari berus

                           anda menggunakan warna air bersama warna lilin

                           Kepingan gambar-gambar disusun dan digam



1.4.1.2 Membuat Corak dan Rekaan




                 http://media-files.gather.com/images/d982/d251/d744/d224/d96/f3/full.jpg




Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah
keranakebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati
dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan
ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan
corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti
yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu
yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh
diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:
      alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
      bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting
      geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
      abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
      rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.




                                                    7
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah:



         Membuat Rekaan Dan Corak
       Jenis susunan corak




                                     Rajah 4



         Membuat Rekaan Dan Corak
    Teknik Corak
                                               Titisan

        Tarikan
                                                                Renjisan
                                  Corak Tidak
                                   Terancang
          Lipatan

                                                             Ikatan dan
                                                                Celup
                                     Tiupan
          Pualaman



                                    Rajah 5
                    Teknik menghasilkan corak tidak terancang



                                        8
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4.1.3 Membentuk Dan Membuat Binaan




                      http://www.japonya.org/icerik/2009/05/origami-450x338.jpg


Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain
dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas.
Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari
sebelum masuk ke alam persekolahan.


       Dalam bidang           ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini
akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada
pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail,
stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan                              lihat
bagaimana    teknik,      alat   dan     bahan,       tema      ditentukan      dan   juga     tentang
persembahan hasil kerja.


       Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap
aspek seni dari       segi    bentuk,      ruang,      struktur,      imbangan     dan      kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas
bila   mereka    membentuk           dan     membina sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk       dan      membuat        binaan        juga     mendedahkan        pelajar      dengan
penggunaan      pelbagai      bahan,       alat   dan        teknik    penghasilan.   Ini     memberi
peluang   kepada         murid     berinteraksi        secara         kreatif   dengan      alat   dan
bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.



                                                  9
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9
aktiviti seperti berikut:


  (a) Arca timbul                    (f) Model
  (b) Arca asemblaj                  (g) Diorama
  (c) Arca mobail                    (h) Boneka
  (d) Arca stabail                    (i) Topeng
  (e) Origami



1.4.1.4 Mengenal Kraf Tradisional




                               www.bestbatik.com/batik/images


Kraf   Tradisional boleh      didefinisikan sebagai       perusahaan          atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang         melibatkan      kemahiran         kerja-kerja     tangan   serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.


Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
(a) Alat Domestik                            (e) Seni Tekat
(b) Alat Permainan                           (f) Tembikar
(c) Alat Pertahanan Diri                     (g) Seni Anyaman
(d) Batik                                    (h) Seni Ukiran Kayu


                                             10
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Alat    domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk
memberi kemudahan       dan    digunakan       sebagai     peralatan   harian      kepada
masyarakat tradisional pada ketika itu.


Alat Permainan seperti Wau       adalah     salah   satu    permainan    tradisi     yang
dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai
padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah,
Perlis, Pahang, Selangor dan Johor.
Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau
Bayan




  Cuba anda senaraikan nama-nama wau yang terdapat di Malaysia dengan
  melayari internet.




Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan.
Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka
hingga kini   masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak,
Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah
Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat
dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris
Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali,
Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada
masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis
persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.


Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan         kepulauan Melayu dan dianggap bidang
kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai
corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.
Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik


                                          11
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk
menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah
diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.
Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik
semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan
mengikut peredaran zaman.


Seni Tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji,
tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat,
disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul
dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.


      Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan
pakaian dan kelengkapan      keluarga    raja-raja    atau    istana.   Seni    tekat
diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka.
Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka
banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak,
Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri
yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.


Tembikar
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan
penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai
Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia.
Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.
Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar
yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan
kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk
tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif,
ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan
berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi
lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.


                                        12
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Anyaman
Anyaman     merupakan           satu    proses           menjalin       helaian   daun    pandan,
mengkuang, bilah buluh,           rotan,       lidi,    bertam,     paku-pakis    ribu-ribu     atau
bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui
teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.


Kelarai   ialah   corak    atau        motif      berbentuk       dam     pada    anyaman      yang
melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang
tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap
harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi
menunjukkan       kesan.        Pembikinan              kelarai   adalah dirancang        dengan
menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
Kelarai ini diantaranya ialah:


   (a) Kelarai berakar                             (f) Kelarai anak ikan
   (b) Kelarai beras patah                         (g) Kelarai kepala lalat
   (c) Kelarai bunga cengkeh                       (h) Kelarai mata punai
   (d) Kelarai tampuk manggis                      (i) Kelarai sisik kelah
   (e) Kelarai bunga mempelas                      (j) Kelarai tapak harimau


Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan
untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada
zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang
Melayu    dalam   bentuk tampak            dan         mendapat     tempat    yang   istimewa     di
kalangan masyarakat        di     negara ini.          Seni ukiran      Melayu    yang   unik     ini
diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam,                               kepala
sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.
Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari
ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.




                                                   13
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap
        bidang kegiatan.



        Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama
        ini dalam pelajaran seni iaitu:

        (i) pemerhatian

        (ii) penerokaan

        (iii) penghasilan (pembuatan)

        (iv) apresiasi dan perlanjutan


 1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif

 Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu
 diberi kepada perkara berikut:
        pengetahuan sedia ada murid;
        benda yang konkrit;
        minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
        bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
        mencetus idea dan imaginasi.


  Sila anda berkerjasama dengan rakan anda dan cuba berikan definisi deria
  dan huraikan fungsinya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
                          Pendidikan Seni Visual.




 Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
 manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
 mendapatkan      imej     mental.   Kegiatan-kegiatan    ini   akan   membantu      terus
 menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
 persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
 bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan
 dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.
 Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni



                                            14
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.




 Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang
 lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui
 kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni
 visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam
 meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual
 yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta
 mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.



       Sila berbincang dengan rakan anda dan huraikan kenyataan di atas.



1.4.2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan
aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:


(i) penerokaan
      aktiviti kecil mudah ringkas;
      cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
      penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
      mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;
       bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
      aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
      menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

ii) penghasilan / membuat / pengalaman
      penggunaan alat bahan dan teknik;
      tatacara, langkah dan proses membuat;
      amalan tertib kerja



                                          15
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




      keselamatan semasa bekerja; dan
      penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil




          “Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah
       untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
       pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
       murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
       alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
       menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
       selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

           Daripada kenyataan di atas, apakah yang anda harapkan boleh
       berlaku dan menampakkan perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid
       di sekolah anda?



1.4.2.3 Pengalaman Langsung


       Bezakan makna pengalaman langsung dengan pengalaman tidak
       langsung. Sila rujuk sumber-sumber yang sahih.

       Bekerjasamalah dengan rakan anda.


Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang
tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai
asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras
dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi
sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di
sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan
kemahiran.

       Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,
alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan
mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf

                                        16
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses
pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan
maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran
yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan
teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi    secara    berkesan,   membuat     pilihan,   membuat     interpretasi,
menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

      Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara
tidak langsung     memberikan pengalaman         langsung kepada       murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan
melalui kegiatan pemerhatian ini.

      Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,
murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud
dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan
ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan
dengan semua keadaan.

      Semasa      menggambar        umpamanya,    kanak-kanak     dapat    mengalami
pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang
digambarkan.     Ini   membantunya      dalam    memahami       sesuatu    idea    dan
menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea
baru dari benda konkrit.




                                         17
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4.2.4 Apresiasi




  Apresiasi      didefinisikan sebagai        kajian mengenai        pelukis-pelukis atau
  pandai      tukang mengenai            hasil-hasil   seni       mereka,     faktor      yang
  mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih
  tema     dan    "subject     matter"    serta     gaya    dan    stail tertentu      mereka.
  Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari
  aspek-aspek kognitif.


          Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi.




Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria
pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara
arca    dan   binaan      di    sentuh. Apresiasi      seni       secara    aktif   melibatkan
penggunaan       bahasa      untuk   berkomunikasi         dengan orang      lain   apa    yang
difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta
perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.


       Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama
aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti
mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti
mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
      aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,
       jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;
      aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;
      aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;
      penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
      perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
      penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan
       kandungan.



                                               18
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.


Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua
pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:


(a) Pendekatan secara logik
(b) Pendekatan secara psikologi


Pendekatan Secara Logik
Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan
pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian
dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.


 .                              Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik
                                pelukis,
     Secara Penerangan
                                media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.

 .                              Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul
                                dan menyusun gambar-gambar
     Secara Pemerhatian
                                Analisa, penilaian, perbandingan antara satu
                                dengan yang
     Secara Perbandingan
                                lain serta menimbulkan kesedaran.
                                Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail.
                                menghubungkan diri dengan pelukis/pandai
  Secara Penghasilan
                                tukang, gaya
                                konsep dan zaman.




 Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan
 pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda.




                                         19
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Pendekatan Secara Psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi,      lebih     bersifat     emosi   dan    perasaan      dalaman       kepada
penghasilan      dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat
meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.                             Secara
ini    akan   lebih   realistik     dan      dapat   menerima       'response'   dan pendapat
orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat
yang digunakan.


Kaedah Apresiasi Seni
Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah:
(a) Hedonistik                  (c) Organistik         (e) Elektik
(b) Kontekstualistik            (d) Normistik


Kaedah Hedonistik
Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan,
pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta
merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan.


      Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi
menyatakan kaedah         ini     tidak   diterjemahkan      oleh    otak   (pemikiran)    cuma
berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan
terdapat pelbagai citarasa.


Kaedah Konstekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah,
sistematik dan kefahaman serta kejelasan.              Ianya berkait dengan pengetahuan
sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.


      Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman,
rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap                       dalam pengamatan karya,
kefahaman       konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu


                                                20
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




pendekatan yang menarik oleh pemerhati.


Kaedah Organistik
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang
teratur   dan terancang.          Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara
harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan.                     Penekanan kriteria kepada
aspek     tata   letak,    tata   atur, ruang dan penataan cahaya. Ini           akan     dapat
membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan,
unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.


Kaedah Normistik
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari
aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan
pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya
lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai
akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah
melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.


Kaedah Elektik
Kaedah     ini   lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah
gabungan persepsi          penilai    seni   tentang    tanggapan      positif   dan    negatif.
Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan
bahan. Kaedah        ini    untuk      pemerhatian      secara     rawak,    tidak     menjurus
kepada     aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang
baik.




                                                21
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Proses Apresiasi Seni
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai
proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat
tahap:
    (a) Menggambarkan ( Description )
    (b) Menganalisa              ( Analysis          )
    (c) Tafsiran                 ( Intrepetation )
    (d) Penilaian                ( evaluation        )


Menggambarkan
Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat
tampak/objek pada karya.Sebagai contoh :




                                           Karya Latif Maulan
Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik
 dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan
                                     cahaya yang terpancar dari atas.




Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni,
prinsip rekaan dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya.
(iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.


                                                   22
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Tafsiran
(i)    Mencari   makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu
juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda,
simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(ii)   Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan)
untuk menjelaskan makna tersebut.
(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan
budaya masyarakat setempat.


Penilaian
Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi
individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya
pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang
tajam.
Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.
(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.
(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.




                                          23
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

1.4.3.1 Tema
        Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara
        berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.


   a. Alam semulajadi dan objek persekitaran




                        http://www.anthonydelia.com/images/unfettered.jpg


   Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai
   sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi
   sumber   idea   dan ilham     untuk     menghasil      produk     seni.    Daripada   objek
   persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek
   domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau,          meja      dan   sebagainya.
   Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek                    dimana peringkat seterusnya
   akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan,
   integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna,
   jalinan, rupa dan bentu




                                               24
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis




              http://www.sell-arts.com/images/items/10012/1012058_0.jpg


Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda
yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri,
sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis.
Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya
mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-
quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah
yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya.
Menurut   Frued   lagi,   perasaan     dalaman     inilah   yang    menjadi   motivasi
atau penggerak minda dalam berkarya.


c. Aliran dan tema sejagat




              http://elliottback.com/wp/wp-content/moma-starry-night.jpg


                                         25
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan
kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari
idea     yang     berbagai,        keunikan        ciptaan      berlaku       dan        akhirnya
mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang
lebih   besar,   jelmaan perasaan         dalam     berkarya     mengguna         alam    sekitar
menjadi suatu keunikan ciptaan dan
mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art'
misalnya adalah     suatu     aspek     pengkaryaan       yang     berani,    mencabar       dan
sanggup menerima rintangan.


d. Keperluan dan pengalaman hidup harian




                 http://www.gourmetcookshop.com.au/shop/images/uploads/japanese


Ciptaan cawan, sudu, senduk,              periuk dan alat-alat domestik yang                 lain
merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan.
Pada bidang yang          lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas,
basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang
mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang
dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan
mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat
memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif
seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan
dan lebih tinggi nilai estetikanya.



                                              26
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan
pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan
pembelajaran.


e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism




             http://www.digitalart.ab.ca/art/romanticism/images/sabine-women.jpg



Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia
dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang
berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya.




   Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda
   untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang
   tersenarai di atas dengan melayari internet. Serahkan tugasan ini kepada
   Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah.




                                             27
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4.3.2 Isi kandungan

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat
bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar             2. Membuat Corak dan Rekaan 3.
Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini
menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai
nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

         Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi
dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan
membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan,
Gurisan, Capan, Mozek dan Poster.

         Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi
diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali
pelbagai      alat,   bahan   dan    kegunaannya.      Kegiatan     menggambar       akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus.

         Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid
dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami
dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

         Aktiviti   menggambar    mudah     direka   bentuk supaya       sesuai   dengan
perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian
kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara
pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang
bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-
kanak.


                                            28
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



         Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid
memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan
kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui
kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan
dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atau
Catan.

         Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan                 ini menegaskan
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat
memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu
model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan
murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini
memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj,
Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.

         Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian
dan cerita.

         Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja
seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan
dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri,
Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar.




                                         29
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




      Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf
tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan
fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi
pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang
kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

1.4.3.2 Alat dan Bahan

Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik
       Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan
mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid
mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang
akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni
menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan
bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak
jika hendak disenaraikan.


      Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni
menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna
dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah
seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas
pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat
tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering ataumedia basah
semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Selain dari
itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam
aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang
digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil
kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.




                                        30
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan
dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan
media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar:


      Berbagai jenis pensil
      Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
      Kapur berwarna
      Oil pastel
      Artline atau marker
      Berbagai jenis pen
      Gouche, akrilik, cat minyak
      Stensil
      Kolaj
      Capan, cetakan
      Lilin
       Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
      Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,
      sayur-sayuran, dan buah-buahan
      Penyedut minuman
      Gunting, pisau lipat, gam
      Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna



       Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.
Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,
krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus.
Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media
basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon,
arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak
dan cat akrilik.


       Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat
dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.


                                          31
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan
penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.


           Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada
pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan
memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.


           Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan
membuat binaan          berkaitan dengan proses yang mesti            dilakukan dalam
menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga
dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk
disamping       memerhati     dan   meneliti    sfera-sfera   objek yang akan dibuat.
Seterusnya       menentukan    rangka    dan     rupa   bentuk   melalui   pertimbangan
permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis
luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan
berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek
realiti.


Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti
kepada bidang-bidang di bawah:


               Bidang                    Aktiviti                  Alat dan bahan
   1. Menggambar                    Catan Minyak

   2. Membuat corak                      Capan
       dan rekaan
   3. Membentuk                     Patung Puppert
      dan membuat binaan
   4. Kraf Tradisional                  Anyaman




                                           32
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang
berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni
visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-
kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975).
Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu
kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat
dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak
adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

      Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja
seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan
refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus
berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

      Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan
rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap
imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti
kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran
mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui
aspek berikut:

   a. Aspek Kognitif
       Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
       melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
       masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

   b. Aspek Fizikal
       Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran
       pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada
       otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.




                                           33
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



   c. Aspek Kreativiti
      Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
      mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam
      pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan
      akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal
      di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti
      pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya
      kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

   d. Aspek Persepsi
      Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan
      menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual
      menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi
      sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek
      yang terdapat di sekeliling mereka.

Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali
objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling
mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek
melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya
persepsi mereka.

     Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak
selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses
pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu
dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya
satu bentuk hasil karya yang unik.

   a. Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi
      Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
      berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan
      untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan
      dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi
      untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.


                                        34
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



   b. Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
      Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
      kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan
      semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman
      mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi
      selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu
      menajamkan daya intuisi kanak-kanak.



Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan
penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep
kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang
memikirkan soal kecantikan karya mereka.          Selain itu, aktiviti melukis juga
menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenai
karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk
bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran
dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan
peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif
kanak-kanak dengan cara yang positif.

Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak


Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan
perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contoh
soalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut:
1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya?
  Bagaimana jika buaya boleh terbang?
2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu.
  Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya?
3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang?
4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung,
  Bagaimanakah keadaannya?




                                        35
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




       Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi
yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh
perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi
contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau
kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi
diantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej
unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna
dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri
mereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan
yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual
sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan
yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu
difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti
yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.


Contoh soalan.
   1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau
       muda?
   2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut?
       Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka.


Komen hasil kerja murid dan kita boleh berkomunikasi tentang:
1. Apa yang kita suruh murid buat
2. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan
3. perasaan terhadap hasil kerja sendiri
4. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi
5. bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan
6. kadar banding, saiz, susunan corak
7. penggunaan alat dan bahan
8. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan
9. usaha murid terhadap hasil kerja mereka
10. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan


                                           36
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi
yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti
serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan
seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya
imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-
kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti
kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang
baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan
imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna
mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta
mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-
kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat
membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh
diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan
bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan
daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana
objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil
seni mereka

       Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas
seperti membentuk,     mengunting,        melakar   dan    mewarna,      anda    sebagai
guru   perlu    memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan
dan    pengalaman      murid     serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah
dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.


       Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh
murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari
kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam
pembelajaran,     misalnya     aktiviti   yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-
tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan
kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran
Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.


                                            37
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




      Begitu    juga   dengan aktiviti   pemulihan,    anda    sebagi    guru   tidak
dapat lari     daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.
Pemulihan amat perlu untuk murid- murid       yang    menghadapi     masalah     atau
kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan
Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang
akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.


1.5 Rumusan


Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan
dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.


      Dengan empat bidang merangkumi          menggambar, membuat rekaan dan
corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk
melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek
estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat
diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam
kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan
dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan
budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.




                                         38
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



Aktiviti 1.1



    Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid
    disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya
    sendiri.

    Apakah strategi pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan masalah
    tersebut dan huraikan langkah-langkah tersebut dalam bentuk rancangan harian
    pengajaran dan pembelajaran anda.

    Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi
    kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan
    murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih
    kepada kemahiran yang lain.



Aktiviti 1.2




               http://getfantasticdeals.com/library/Monet-CornerGardenMontgeron.jpg


    Gambar di atas adalah karya pelukis terkenal dunia yang telah dihasilkan pada
    kurun yang ke19. Cuba anda membuat apresiasi seni dengan menggunakan
    pendekatan yang disarankan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967)

    Apresiasi seni anda itu mestilah disiapkan dalam bentuk tugasan. Tugasan
    anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Arial” saiz 12 dilangkau
    baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.



                                              39
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




TAJUK 2                     Amali Meneroka Alat dan Bahan



2.1 Sinopsis

Tajuk ini meliputi proses meneroka alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.Tajuk ini juga adalah untuk
membantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi alat dan bahan
pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Penekanan juga
diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang
kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk
meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan
karya bagi kesemua empat bidang             tersebut. Anda hendaklah membuat
pertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan alat dan
bahan untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual.


2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
   1. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen alat dan bahan untuk
      meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan
      pembelajaran setiap bidang kegiatan.

   2. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui
      perisian-perisian dalam proses penghasilan karya

   3. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan




                                       40
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini




                         Meneroka Alat dan
                              Bahan



      Meneroka / Membuat                                   Meneroka / Membuat
  eksperimentasi pelbagai jenis                              eksperimentasi
         alat dan bahan                                     perisian-perisian




2.4 KANDUNGAN

Meneroka Alat dan Bahan


 Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang boleh
               anda sediakan untuk menghasilkan hasil karya ini.




                      http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi




                                           41
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




  Alat :



  Bahan:




Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan yang anda tahu. Kemudian cuba
anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut.




                          http://images.ask.com/pictures




           Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan
                          Menggambar seperti di atas?




                                             42
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual



2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan

Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang
optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian
dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan
tentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak
disasarkan.



      Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang
terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.                 tajuk ini
disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui
penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui
asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis
aktiviti menggambar.



      Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.
Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,
krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk
menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah.
Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin
dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat
akrilik atau kekuda dan alat ‘masking’.     Permukaan untuk catan adalah seperti
kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain
adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat
‘masking’.




                                          43
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




      Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah
caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai
kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.



      Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan
      oleh tiga orang berikut:
      Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu.
      (a) Ali menggunakan berus leper untuk menempelkan cat yang tebal dan
         pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke
         pendek yang berulang-ulangan. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan.

      (b) Ahmad menggunakan berus basuhan lembut untuk menyapukan warna
         lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Kesan lutsinar dan
         separuh lutsinar dihasilkan.

      c) Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan
         dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain.
         Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.



 Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
 gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
 bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
 papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat
 atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
 gambar.




                                       44
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




    Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh
    tiga orang berikut:
    Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu.

 (a) Mala menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk
     menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang
     panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung
     rumah.

 (b) Muthu menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk
     menggambarkan awan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan
     ditampal untuk menggambarkan air sungai.

 (c) Swee Ling mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang
 berwarna
     hijau untuk menggambarkan rumput.



    Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda.
                  Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir.
   Mereka perlu membuat perbandingan, membuat pilihan dan membuat keputusan
                    bahan apa patut digunakan untuk benda apa.
        Mereka membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan.




Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej
pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas
permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino,
‘strawboard’ , papan lapis dan ‘polyfoam’. Gambar boleh diukir di permukaan lino,
papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas
permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir
itu akan memberi kesan yang berlainan.


      Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori
cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan
bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu
permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan
berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan


                                         45
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan
memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air
bersama ‘cow gum’. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun
‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal.
Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan
permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di
kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu.
Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna
air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan.
Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau
kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang
kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu
contoh teknik resis.



  Sila rujuk sumber proses penghasilan batik dilakukan bersama-sama rakan
  anda samada di internet, video, buku atau sebagainya.




 Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Azman
 dengan cara berikut:

 (a) Azman melukis seekor katak. Azman meletakkan kertas di atas kulit pokok.
     Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di
     bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit
     pokok yang kasar itu.


Dalam aktiviti ini Azman sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit
katak dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran
berfikir. Azman perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza.




                                        46
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




        Untuk    menghasilkan     karya     dengan      teknik   gurisan,   anda   boleh
menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang
lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna
krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas
kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan
untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis
alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada
garisan yang dihasilkan.


Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas
warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti
kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada
mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi
jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.




                           http://www.flickr.com/photos/ongkyw


Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam gambar wayang kulit kemudian jawab soalan
yang berikut:




                                           47
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




        (a) Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar
            tadi.
        (b) Apakah teknik yang digunakan dalam kerja penghasilan patung
            wayang kulit itu?
        (c) Bagaimana penggunaan unsur seni mengambil peranan dalam
            lengkap-melengkapi patung itu sehingga terhasilnya imej yang
            menarik?



Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat
dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus
dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis.


Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran
mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya.
       1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia
       adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini
       memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya.
       2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh
       tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar.
       3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik
       yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum
       menggambar.


Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda
akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:
       1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
       2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
       3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
       4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
       5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
6. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:


                                          48
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




      Corak tidak terancang                Corak terancang

            Pualaman                            Lukisan

            Renjisan                             Catan

      Lipatan warna dengan                      Cetakan
               kertas
               Tiupan                            Capan

               Titisan                  Lipatan dan guntingan

       Ikatan dan celupan                        Resis

      Renjisan dan percikan                      Kolaj



Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di
dalam rajah di bawah:
       Corak tidak terancang                          Alat dan Bahan
   Pualaman

   Tiupan

   Ikatandan
   celupan

   Renjisan dan
   percikan




Cara membentuk dan membuat binaan



                                          49
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




                  http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads




                  http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads


Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan
membuat      binaan berkaitan     dengan      proses    yang   mesti   dilakukan   dalam
menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga
dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk
disamping     memerhati     dan    meneliti      sfera-sfera   objek yang akan dibuat.
Seterusnya    menentukan      rangka     dan     rupa   bentuk    melalui   pertimbangan
permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis
luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan


                                            50
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek
realiti.


Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya?
Anda boleh:
1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan;
2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan
     objek;
3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;
4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;
5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang
     mempunyai ilusi pergerakan;
6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;
7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;
8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;
9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses
     membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;
10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling
    sesuai dan menyatakan kesannya;
11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses
     menghasil bentuk rekaan;


Penentuan Alat dan Bahan
Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa
pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat
binaan, antaranya:
1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;
2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah
     kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya;
3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu,
     gam dan sebagainya; dan


4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus


                                         51
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual




yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.


Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada
pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan
memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna.
Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh:


(a) Rujukan kepada Objek Sebenar


   1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;
   2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;
   3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan
      melalui deria pendengaran;
   3. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk
      kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa
      sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.


(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
   Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa
  kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:
   1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan
      alat dan bahan.
   2. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawas
      urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian
      objek .
   3. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan
      bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.
   4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan
      mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan
      penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.
   5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat
      dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas
      dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat


                                        52
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105
Psv3105

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambarPenerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambarsafarinsalwa
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanAni Anne
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativitisafarinsalwa
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Boss
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Perkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysiaPerkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysiaIPGKTI
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanEzzatul Nadeera Idris
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarAngel Spaghcoroni
 
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.Megalah Parthipan
 

Was ist angesagt? (20)

Penerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambarPenerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambar
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaan
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativiti
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Perkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysiaPerkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysia
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
 

Ähnlich wie Psv3105

Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjahPejal Ragbi Terengganu
 
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxCopy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxAriniKumalaSari1
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
PPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptx
PPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptxPPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptx
PPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptxFitriRahyuni
 
Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliavi_lib9
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Pengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptx
Pengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptxPengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptx
Pengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptxFebriHenni1
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxElyIrmawati
 
pdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdf
pdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdfpdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdf
pdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdfAHMADYUSUP22
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
PPT Modul.pptx
PPT  Modul.pptxPPT  Modul.pptx
PPT Modul.pptxnolilita2
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
modul ajar rpp PAI madrasah.pptx
modul ajar rpp PAI madrasah.pptxmodul ajar rpp PAI madrasah.pptx
modul ajar rpp PAI madrasah.pptxAgung683983
 

Ähnlich wie Psv3105 (20)

Panduan edu3103
Panduan edu3103Panduan edu3103
Panduan edu3103
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxCopy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
PPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptx
PPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptxPPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptx
PPT GP TATAP MUKA MODUL C TK PEDAGOGIK.pptx
 
Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpli
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Pengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptx
Pengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptxPengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptx
Pengembangan Modul Ajar PERGUNU.pptx
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptx
 
Modul Ajar.pptx
Modul Ajar.pptxModul Ajar.pptx
Modul Ajar.pptx
 
pdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdf
pdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdfpdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdf
pdf-aksi-nyata-merancang-modul-projek_compress (2).pdf
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
PPT Modul.pptx
PPT  Modul.pptxPPT  Modul.pptx
PPT Modul.pptx
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
modul ajar rpp PAI madrasah.pptx
modul ajar rpp PAI madrasah.pptxmodul ajar rpp PAI madrasah.pptx
modul ajar rpp PAI madrasah.pptx
 

Psv3105

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM SEMESTER 4 MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010
  • 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan September 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  • 3. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii Falsafal Pendidikan Guru iii Kata-Alu-aluan iv Panduan Pembelajaran v-vii Pengenalan viii Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) ix Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan 1 pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 1.1 Sinopsis 1 1.2 Hasil Pembelajaran 1 1.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 1 1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang Pendidikan Seni Visual 2 Sekolah Rendah 1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman 14 langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan Estetik 23 1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan JERISE 1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak - untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 32 - untuk setiap bidang kegiatan tahap 2 - untuk 5P KBSR i
  • 4. 1.5 Latihan A 37 Tajuk 2 Meneroka Alat dan Bahan 39 2.1 Sinopsis 40 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 41 2.4 Kandungan : Meneroka Alat dan Bahan 2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi Pelbagai jenis alat dan bahan 42 2.4.2 Meneroka / Membuat eksperimentasi perisian- perisian 56 2.5 Latihan B Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul ii
  • 5. MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 6. PANDUAN PELAJAR Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dua latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini. vi
  • 7. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai untuk setiap kursus. ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar menghafal. iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat. iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan juga sumber internet. v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu tahun pengajian. vi. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT dan Online Learning(OLL). vii. Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di bilik darjah. Selamat maju jaya. vi
  • 8. PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual PENGENALAN Kursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual (Teaching and Learning of Visual Art Education) melibatkan teori dan amali dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 – Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teori dalam proforma), Tajuk 2 – Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1 amali dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap, minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak . Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2. Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid. Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid. Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio- budaya . Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan- persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari. v
  • 9. AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus) Interaksi Bil. Tajuk/Topik Bersemuka Modul Jum. (jam) (jam) Jam Teori 1 12 0 12 Pengenalan empat bidang kegiatan PSV KBSR: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Teori 2 0 9 9 Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 Teori 3 9 0 9 Persediaan Mengajar Amali 4 0 6 6 Meneroka Alat dan Bahan Amali 5 6 0 6 Meneroka Tajuk dan Isi kandungan mengikut tema Amali 6 9 0 9 Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan Amali 7 9 0 9 Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat binaan serta Kraf traditonal Jumlah keseluruhan 30 15 45 vi
  • 10. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Perancangan aktiviti pengajaran dan TAJUK 1 pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 1.1 Sinopsis Kursus ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidan kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional 2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. 3. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menggambar Membuat Corak Membentuk dan Mengenal Kraf dan Rekaan Membuat Binaan Tradisional 1
  • 11. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang PSV SR Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Rajah 1. Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR P e n g e n a la n S e n i V i s u a l Me nggam bar M e m b e n tu k d a n M e m b u a t B in a a n K u ri k u lu m PS V SR Me m bua t C orak K r a f T r d is io n a l d a n R e ka a n Rajah 2. Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 2
  • 12. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4.1.1 Menggambar Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar. a) Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek 3
  • 13. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3. Menggambar Lukisan Catan Mozek Kolaj Capan Montaj Teknik Menggambar Gurisan Cetakan Percikan Resis Stensilan Gosokan Rajah 3 Teknik Catan Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Teknik Kolaj Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. 4
  • 14. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Teknik Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Teknik Gosokan Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Teknik Stensilan Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. 5
  • 15. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Teknik Percikan Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan. Teknik Gurisan Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Teknik Mozek Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. Nyatakan aktiviti apakah yang selaras dengan kenyataan di bawah. Jenis Aktiviti Kenyataan sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan ‘strawboard’ atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. 6
  • 16. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi warna air boleh dipercik dari berus anda menggunakan warna air bersama warna lilin Kepingan gambar-gambar disusun dan digam 1.4.1.2 Membuat Corak dan Rekaan http://media-files.gather.com/images/d982/d251/d744/d224/d96/f3/full.jpg Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah keranakebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:  alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;  bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting  geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;  abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan  rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. 7
  • 17. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah: Membuat Rekaan Dan Corak Jenis susunan corak Rajah 4 Membuat Rekaan Dan Corak Teknik Corak Titisan Tarikan Renjisan Corak Tidak Terancang Lipatan Ikatan dan Celup Tiupan Pualaman Rajah 5 Teknik menghasilkan corak tidak terancang 8
  • 18. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4.1.3 Membentuk Dan Membuat Binaan http://www.japonya.org/icerik/2009/05/origami-450x338.jpg Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan. Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. 9
  • 19. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut: (a) Arca timbul (f) Model (b) Arca asemblaj (g) Diorama (c) Arca mobail (h) Boneka (d) Arca stabail (i) Topeng (e) Origami 1.4.1.4 Mengenal Kraf Tradisional www.bestbatik.com/batik/images Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu: (a) Alat Domestik (e) Seni Tekat (b) Alat Permainan (f) Tembikar (c) Alat Pertahanan Diri (g) Seni Anyaman (d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu 10
  • 20. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan Cuba anda senaraikan nama-nama wau yang terdapat di Malaysia dengan melayari internet. Keris Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja. Batik Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik 11
  • 21. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman. Seni Tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Tembikar Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan. 12
  • 22. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Anyaman Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini diantaranya ialah: (a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan (b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat (c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai (d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah (e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau Ukiran Kayu Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini. 13
  • 23. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan 1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:  pengetahuan sedia ada murid;  benda yang konkrit;  minat, kecenderongan dan latar belakang murid;  bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan  mencetus idea dan imaginasi. Sila anda berkerjasama dengan rakan anda dan cuba berikan definisi deria dan huraikan fungsinya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni 14
  • 24. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. Sila berbincang dengan rakan anda dan huraikan kenyataan di atas. 1.4.2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: (i) penerokaan  aktiviti kecil mudah ringkas;  cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;  penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;  mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba  aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan  menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik. ii) penghasilan / membuat / pengalaman  penggunaan alat bahan dan teknik;  tatacara, langkah dan proses membuat;  amalan tertib kerja 15
  • 25. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual  keselamatan semasa bekerja; dan  penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil “Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.” Daripada kenyataan di atas, apakah yang anda harapkan boleh berlaku dan menampakkan perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid di sekolah anda? 1.4.2.3 Pengalaman Langsung Bezakan makna pengalaman langsung dengan pengalaman tidak langsung. Sila rujuk sumber-sumber yang sahih. Bekerjasamalah dengan rakan anda. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf 16
  • 26. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara tidak langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit. 17
  • 27. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4.2.4 Apresiasi Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:  aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;  aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;  aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;  penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;  perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan  penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan. 18
  • 28. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu: (a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. . Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, Secara Penerangan media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh. . Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar Secara Pemerhatian Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang Secara Perbandingan lain serta menimbulkan kesedaran. Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai Secara Penghasilan tukang, gaya konsep dan zaman. Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda. 19
  • 29. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Pendekatan Secara Psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Kaedah Apresiasi Seni Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (c) Organistik (e) Elektik (b) Kontekstualistik (d) Normistik Kaedah Hedonistik Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan. Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. Kaedah Konstekstualistik Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu 20
  • 30. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual pendekatan yang menarik oleh pemerhati. Kaedah Organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. Kaedah Normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. 21
  • 31. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa ( Analysis ) (c) Tafsiran ( Intrepetation ) (d) Penilaian ( evaluation ) Menggambarkan Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat tampak/objek pada karya.Sebagai contoh : Karya Latif Maulan Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas. Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya. (iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan. 22
  • 32. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tafsiran (i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. (ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. (iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Penilaian Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. (c) Sejarah seni. (d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang. 23
  • 33. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan 1.4.3.1 Tema Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. a. Alam semulajadi dan objek persekitaran http://www.anthonydelia.com/images/unfettered.jpg Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentu 24
  • 34. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis http://www.sell-arts.com/images/items/10012/1012058_0.jpg Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status- quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya. c. Aliran dan tema sejagat http://elliottback.com/wp/wp-content/moma-starry-night.jpg 25
  • 35. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. d. Keperluan dan pengalaman hidup harian http://www.gourmetcookshop.com.au/shop/images/uploads/japanese Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. 26
  • 36. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran. e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism http://www.digitalart.ab.ca/art/romanticism/images/sabine-women.jpg Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya. Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang tersenarai di atas dengan melayari internet. Serahkan tugasan ini kepada Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah. 27
  • 37. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4.3.2 Isi kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan, Gurisan, Capan, Mozek dan Poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus. Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak- kanak. 28
  • 38. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atau Catan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj, Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri, Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar. 29
  • 39. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 1.4.3.2 Alat dan Bahan Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering ataumedia basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton. 30
  • 40. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar:  Berbagai jenis pensil  Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil  Kapur berwarna  Oil pastel  Artline atau marker  Berbagai jenis pen  Gouche, akrilik, cat minyak  Stensil  Kolaj  Capan, cetakan  Lilin  Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah  Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,  sayur-sayuran, dan buah-buahan  Penyedut minuman  Gunting, pisau lipat, gam  Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. 31
  • 41. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti. Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti kepada bidang-bidang di bawah: Bidang Aktiviti Alat dan bahan 1. Menggambar Catan Minyak 2. Membuat corak Capan dan rekaan 3. Membentuk Patung Puppert dan membuat binaan 4. Kraf Tradisional Anyaman 32
  • 42. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak- kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: a. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. b. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. 33
  • 43. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual c. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. d. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. a. Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma. 34
  • 44. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual b. Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contoh soalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut: 1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya? Bagaimana jika buaya boleh terbang? 2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu. Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya? 3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang? 4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung, Bagaimanakah keadaannya? 35
  • 45. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi diantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. Contoh soalan. 1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau muda? 2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut? Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka. Komen hasil kerja murid dan kita boleh berkomunikasi tentang: 1. Apa yang kita suruh murid buat 2. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan 3. perasaan terhadap hasil kerja sendiri 4. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi 5. bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan 6. kadar banding, saiz, susunan corak 7. penggunaan alat dan bahan 8. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan 9. usaha murid terhadap hasil kerja mereka 10. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan 36
  • 46. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak- kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak- kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan. Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan- tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan. 37
  • 47. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk murid- murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat. 1.5 Rumusan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Dengan empat bidang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 38
  • 48. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Aktiviti 1.1 Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri. Apakah strategi pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan masalah tersebut dan huraikan langkah-langkah tersebut dalam bentuk rancangan harian pengajaran dan pembelajaran anda. Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain. Aktiviti 1.2 http://getfantasticdeals.com/library/Monet-CornerGardenMontgeron.jpg Gambar di atas adalah karya pelukis terkenal dunia yang telah dihasilkan pada kurun yang ke19. Cuba anda membuat apresiasi seni dengan menggunakan pendekatan yang disarankan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967) Apresiasi seni anda itu mestilah disiapkan dalam bentuk tugasan. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Arial” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4. 39
  • 49. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual TAJUK 2 Amali Meneroka Alat dan Bahan 2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi proses meneroka alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Penekanan juga diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan alat dan bahan untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. 2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen alat dan bahan untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. 2. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya 3. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan 40
  • 50. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Meneroka Alat dan Bahan Meneroka / Membuat Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis eksperimentasi alat dan bahan perisian-perisian 2.4 KANDUNGAN Meneroka Alat dan Bahan Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang boleh anda sediakan untuk menghasilkan hasil karya ini. http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi 41
  • 51. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Alat : Bahan: Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut. http://images.ask.com/pictures Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan Menggambar seperti di atas? 42
  • 52. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik atau kekuda dan alat ‘masking’. Permukaan untuk catan adalah seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat ‘masking’. 43
  • 53. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu. (a) Ali menggunakan berus leper untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan. (b) Ahmad menggunakan berus basuhan lembut untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan. c) Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. 44
  • 54. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu. (a) Mala menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah. (b) Muthu menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air sungai. (c) Swee Ling mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk menggambarkan rumput. Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat perbandingan, membuat pilihan dan membuat keputusan bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Mereka membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ , papan lapis dan ‘polyfoam’. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan 45
  • 55. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan. Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air bersama ‘cow gum’. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Sila rujuk sumber proses penghasilan batik dilakukan bersama-sama rakan anda samada di internet, video, buku atau sebagainya. Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Azman dengan cara berikut: (a) Azman melukis seekor katak. Azman meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu. Dalam aktiviti ini Azman sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit katak dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran berfikir. Azman perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza. 46
  • 56. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. http://www.flickr.com/photos/ongkyw Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam gambar wayang kulit kemudian jawab soalan yang berikut: 47
  • 57. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual (a) Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi. (b) Apakah teknik yang digunakan dalam kerja penghasilan patung wayang kulit itu? (c) Bagaimana penggunaan unsur seni mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi patung itu sehingga terhasilnya imej yang menarik? Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis. Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya. 1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. 2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar. 3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: 1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; 2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; 3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; 4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan 5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. 6. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu: 48
  • 58. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Corak tidak terancang Corak terancang Pualaman Lukisan Renjisan Catan Lipatan warna dengan Cetakan kertas Tiupan Capan Titisan Lipatan dan guntingan Ikatan dan celupan Resis Renjisan dan percikan Kolaj Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di dalam rajah di bawah: Corak tidak terancang Alat dan Bahan Pualaman Tiupan Ikatandan celupan Renjisan dan percikan Cara membentuk dan membuat binaan 49
  • 59. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan 50
  • 60. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti. Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya? Anda boleh: 1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan; 2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek; 3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan; 4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk; 5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan; 6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan; 7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar; 8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan; 9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan; 10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya; 11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan; Penentuan Alat dan Bahan Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya: 1. bahan terbuang yang diguna pakai semula; 2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya; 3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan 4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus 51
  • 61. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh: (a) Rujukan kepada Objek Sebenar 1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek; 2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia; 3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran; 3. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar. (b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan: 1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek . 3. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang. 4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat 52