SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1
KERTAS KONSEP
PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 Pengenalan
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja
dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi
seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni
pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan
mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
1.1 Objektif Pertandingan
1.1.1 Membina keyakinan diri.
1.1.2 Meluaskan pengetahuan.
1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
1.1.4 Memupuk semangat patriotisme.
1.1.5 Menjana daya saing secara positif.
2.0 Peserta
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah
bantuan kerajaan.
3.0 Peringkat Pertandingan
Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-
3.1 Peringkat Daerah
3.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta
mengendalikan pertandingan di peringkat ini.
3.1.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah /
bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2
3.2 Peringkat Negeri
3.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.
3.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu
diwujudkan.
3.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.
3.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah
menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
3.3 Peringkat Kebangsaan
3.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
3.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolah
menengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakili
negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.
3.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing
dan seorang pegawai pengiring.
4.0 Format Pertandingan
Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib
bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian
ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa
Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta pidato
TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-
masing.
4.1 Bahagian Pertama
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang
telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan. Tajuk akan diberi TIGA
(3) minggu sebelum pertandingan.
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3
4.2 Bahagian Kedua
4.2.1 Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja
selesai pertandingan pidato bahagian pertama .
4.2.2 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan
atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
4.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan
di meja ketua hakim dan menyerahkannya kepada juru acara tanpa
membuka sampul tersebut.
4.2.4 Juru acara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah
berada di atas pentas.
4.2.5 Masa persediaan SATU (1) minit bermula sebaik sahaja juru acara
selesai membacakan tajuk pidato spontan. Semasa persediaan di pentas,
peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.
4.2.6 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa
persedian dan DUA (2) kali menandakan tamatnya masa persediaan dan
bermulanya masa pidato spontan.
4.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan pidato spontan sebelum
tamatnya masa persediaan.
4.3 Syarat-syarat Pertandingan
4.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5) minit untuk pidato bahagian
pertama, dan TIGA (3) minit untuk pidato bahagian kedua.
4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1) minit sebelum tamat,
dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.
4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi
setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4
4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di
semua kategori dan peringkat pertandingan.
4.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam
sekolah / blazer / pakaian kebangsaan yang tidak menunjukkan
identiti sekolah. Pakaian mestilah sopan dan sesuai.
4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-
mana peraturan di atas.
4.4 Pemilihan Tajuk
4.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri
Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato
Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang
tersiar dalam media massa negara.
4.4.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan
4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini
disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.
4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada
peserta negeri tiga(3) minggu sebelum Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan
secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.4 Enam belas (16) orang peserta setiap negeri dalam
pertandingan peringkat saringan. Enam (6) orang peserta
akan dipilih ke peringkat separuh akhir. Tiga (3) orang
peserta terbaik dipilih untuk ke pertandingan akhir
peringkat kebangsaan.
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
4.5 Peraturan Pemarkahan
4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama
4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/
isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data /
bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.
Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
Huraian – 4 markah
Data / contoh – 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 =
27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).
4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan
tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )
4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan
yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)
4.5.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan
kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
6
4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
4.5.2.1 Isi ( 40 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea /
isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.
Panduan Pemarkahan
Idea / isi – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2
= 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).
4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )
4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan
yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)
4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam terlebih
dahulu sebelum memulakan pidato. Peserta juga
digalakkan memberikan kata alu-aluan selepas
memberi salam. Lima markah maksimum akan
dipotong jika peserta menyentuh isu
sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang
kurang sopan.
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
7
4.6 Panduan Kepada Panel Hakim
4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.
4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan
(semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai
pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM
JURI.
4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5.0. Tarikh Pertandingan
5.1 Peringkat Daerah :
5.2 Peringkat Negeri :
5.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :
Tempat :
5.4 Peringkat Akhir Kebangsaan :
Tempat :
6.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri.
Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan
yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu
masa,
7.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaansuhasah
 
Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...
Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...
Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...FaFai S.
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGAinun Bariah Jaafar
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awamaimm reka
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 
Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013
Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013
Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013aishahsukar2777
 
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docxKertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docxKhaidirZain
 

Was ist angesagt? (20)

8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Laporan sambutan-bulan-kemerdekaan
Laporan sambutan-bulan-kemerdekaanLaporan sambutan-bulan-kemerdekaan
Laporan sambutan-bulan-kemerdekaan
 
Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...
Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...
Bahasa melayu kontekstual ( bahasa tubuh, mimik muka, gerakan mata, gerakan t...
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
 
Anith teori pembuktian
Anith teori pembuktianAnith teori pembuktian
Anith teori pembuktian
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awam
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013
Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013
Kertas kerja bicara berirama daerah kuala selangor 2013
 
Surat lawatan penjara
Surat lawatan penjaraSurat lawatan penjara
Surat lawatan penjara
 
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docxKertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
 

Andere mochten auch

Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanMd Ramli Sabran
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Md Ramli Sabran
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraSiti Aishah
 
Pertandingan bercerita
Pertandingan berceritaPertandingan bercerita
Pertandingan berceritanoranizamurad
 
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampangKertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampangMohd Noor CK
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.
Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.
Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.Muhsin Hariyanto
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanimza90
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanAtie Duckling
 
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesanZainul Mukhtar
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisWendy Lim Siew
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Nor Zura
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanandry_dwi
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 

Andere mochten auch (20)

Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013
 
konsep bicara_berirama
konsep bicara_beriramakonsep bicara_berirama
konsep bicara_berirama
 
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
 
Pertandingan bercerita
Pertandingan berceritaPertandingan bercerita
Pertandingan bercerita
 
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampangKertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.
Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.
Kompilasi materi ceramah ramadhan 1432 h.
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesan
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
 
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 

Ähnlich wie PIDATO PIALA KPM

KoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .doc
KoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .docKoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .doc
KoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .docNorAzizahTaib1
 
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-26 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2SALBIAH AHMAD
 
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-26 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2C'tra Govindan
 
Kertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasaKertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasaZamelia Rain
 
PAPARAN POSPEDA JATENG.pptx
PAPARAN POSPEDA JATENG.pptxPAPARAN POSPEDA JATENG.pptx
PAPARAN POSPEDA JATENG.pptxIdaalkhonsa
 
Petunjuk kegiatan
Petunjuk kegiatanPetunjuk kegiatan
Petunjuk kegiatanImsiKMFS
 
2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptx
2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptx2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptx
2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptxMOHDASYRAFBINABDJALI
 
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)Cns Cfamea
 
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)Baren Barnabas
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRoza Yus
 
A. buku panduan peraturan pertandingan terkini
A. buku panduan peraturan pertandingan  terkiniA. buku panduan peraturan pertandingan  terkini
A. buku panduan peraturan pertandingan terkinisrjb
 
Buku panduan peraturan pertandingan terkini
Buku panduan peraturan pertandingan  terkiniBuku panduan peraturan pertandingan  terkini
Buku panduan peraturan pertandingan terkinisrjb
 
20140918090918 contoh rph pelajar ppg
20140918090918 contoh rph pelajar ppg20140918090918 contoh rph pelajar ppg
20140918090918 contoh rph pelajar ppgZaihassira Zainuddin
 
Juklak fsi4
Juklak fsi4Juklak fsi4
Juklak fsi4ImsiKMFS
 

Ähnlich wie PIDATO PIALA KPM (20)

KoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .doc
KoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .docKoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .doc
KoAkademik Bahasa Melayu Ren 2013 Bercerita .doc
 
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-26 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
 
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-26 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
6 1kertas-konsep-bicara-berirama ms138-141-2
 
Bm 012 2016
Bm 012 2016Bm 012 2016
Bm 012 2016
 
Kertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasaKertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasa
 
PAPARAN POSPEDA JATENG.pptx
PAPARAN POSPEDA JATENG.pptxPAPARAN POSPEDA JATENG.pptx
PAPARAN POSPEDA JATENG.pptx
 
M1.docx
M1.docxM1.docx
M1.docx
 
Petunjuk kegiatan
Petunjuk kegiatanPetunjuk kegiatan
Petunjuk kegiatan
 
2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptx
2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptx2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptx
2. PANDUAN BINA & GUNA MODUL - kak liza.pptx
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
 
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
Tes Keterampilan Berbicara (Speaking Skill Test)
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
 
A. buku panduan peraturan pertandingan terkini
A. buku panduan peraturan pertandingan  terkiniA. buku panduan peraturan pertandingan  terkini
A. buku panduan peraturan pertandingan terkini
 
Buku panduan peraturan pertandingan terkini
Buku panduan peraturan pertandingan  terkiniBuku panduan peraturan pertandingan  terkini
Buku panduan peraturan pertandingan terkini
 
20140918090918 contoh rph pelajar ppg
20140918090918 contoh rph pelajar ppg20140918090918 contoh rph pelajar ppg
20140918090918 contoh rph pelajar ppg
 
Rpp kls ix sm 2 th 12
Rpp kls ix sm 2 th 12Rpp kls ix sm 2 th 12
Rpp kls ix sm 2 th 12
 
Juklak fsi4
Juklak fsi4Juklak fsi4
Juklak fsi4
 
Pecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksjPecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksj
 

Mehr von Md Ramli Sabran (16)

Bahagian012 C
Bahagian012 CBahagian012 C
Bahagian012 C
 
Bahagian012 B
Bahagian012 BBahagian012 B
Bahagian012 B
 
Bahagian012 A
Bahagian012 ABahagian012 A
Bahagian012 A
 
Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3
 
TACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_CTACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_C
 
TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2
 
TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1
 
TACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_ATACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_A
 
Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
 
Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2
 
Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013
 

PIDATO PIALA KPM

  • 1. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1 KERTAS KONSEP PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1.0 Pengenalan Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman. 1.1 Objektif Pertandingan 1.1.1 Membina keyakinan diri. 1.1.2 Meluaskan pengetahuan. 1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku. 1.1.4 Memupuk semangat patriotisme. 1.1.5 Menjana daya saing secara positif. 2.0 Peserta 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah bantuan kerajaan. 3.0 Peringkat Pertandingan Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :- 3.1 Peringkat Daerah 3.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di peringkat ini. 3.1.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah / bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.
  • 2. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2 3.2 Peringkat Negeri 3.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 3.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan. 3.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. 3.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan. 3.3 Peringkat Kebangsaan 3.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 3.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolah menengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakili negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan. 3.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing dan seorang pegawai pengiring. 4.0 Format Pertandingan Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing- masing. 4.1 Bahagian Pertama Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan. Tajuk akan diberi TIGA (3) minggu sebelum pertandingan.
  • 3. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 3 4.2 Bahagian Kedua 4.2.1 Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama . 4.2.2 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. 4.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim dan menyerahkannya kepada juru acara tanpa membuka sampul tersebut. 4.2.4 Juru acara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah berada di atas pentas. 4.2.5 Masa persediaan SATU (1) minit bermula sebaik sahaja juru acara selesai membacakan tajuk pidato spontan. Semasa persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik. 4.2.6 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa persedian dan DUA (2) kali menandakan tamatnya masa persediaan dan bermulanya masa pidato spontan. 4.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan pidato spontan sebelum tamatnya masa persediaan. 4.3 Syarat-syarat Pertandingan 4.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5) minit untuk pidato bahagian pertama, dan TIGA (3) minit untuk pidato bahagian kedua. 4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1) minit sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan. 4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah. 4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
  • 4. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 4 4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong. 4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan. 4.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah / blazer / pakaian kebangsaan yang tidak menunjukkan identiti sekolah. Pakaian mestilah sopan dan sesuai. 4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana- mana peraturan di atas. 4.4 Pemilihan Tajuk 4.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa negara. 4.4.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan 4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada peserta negeri tiga(3) minggu sebelum Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 4.4.2.4 Enam belas (16) orang peserta setiap negeri dalam pertandingan peringkat saringan. Enam (6) orang peserta akan dipilih ke peringkat separuh akhir. Tiga (3) orang peserta terbaik dipilih untuk ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan.
  • 5. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 5 4.5 Peraturan Pemarkahan 4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama 4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah ) Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya. Panduan Pemarkahan Idea/isi tepat – 2 markah Huraian – 4 markah Data / contoh – 3 markah Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah). 4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah ) Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. 4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah ) 4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan) 4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan) 4.5.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.
  • 6. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 6 4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan) 4.5.2.1 Isi ( 40 markah ) Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas. Panduan Pemarkahan Idea / isi – 5 markah Huraian – 10 markah Data / contoh – 4 markah Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah). 4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah ) Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. 4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah ) 4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan) 4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan) 4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam terlebih dahulu sebelum memulakan pidato. Peserta juga digalakkan memberikan kata alu-aluan selepas memberi salam. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.
  • 7. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 7 4.6 Panduan Kepada Panel Hakim 4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong. 4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. 4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI. 4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 5.0. Tarikh Pertandingan 5.1 Peringkat Daerah : 5.2 Peringkat Negeri : 5.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan : Tempat : 5.4 Peringkat Akhir Kebangsaan : Tempat : 6.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri. Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa, 7.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia