1. 1.0 PENGENALAN
Bidang fonetik dan bidang fonologi adalah saling berkaitan antara satu
sama lain. Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Matlamat tajuk
ini adalah untuk membantu kami mengenali bunyi bahasa Bahasa Melayu
dan seterusnya mengenal pasti alat-alat artikulasi atau alat pertuturan yang
dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Selain dari itu, kerja
kursus ini bertujuan untuk menjelaskan huruf-huruf dan simbol-simbol
fonetik, fonem, fonem segmental, fonem suprasegmental, sebutan dan
penyukuan dalam Bahasa Melayu. Kerja kursus ini juga membantu dalam
membuat latihan transkripsi sebutan penyukuan dalam Bahasa Melayu.
2. 1.1 TEORI FONETIK DAN FONETIK
DEFINISI FONETIK
Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current English
(1992:671)
fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”.
Mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873),
fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group
of languages”.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan
definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan
penerimaan bunyi bahasa.
3. Pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang
sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik
Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah
Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and
Communication menyatakan: Fonetik ialah bidang yang memperkatakan
bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang
kajian yang dikenali sebagai fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal
gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang
dikenali sebagai fonetik akustik).
Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia karya Abdullah Hassan
memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkaji bunyi bahasa
dari segi penyebutan, pendengaran atau sifat-sifatnya. Fonetik amnya ialah
pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40)
Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjauan
menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan
rumus yang melibatkan pengeluarannya.”(1992:2)
4. DEFINISI FONOLOGI
Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa.(edisi 4, 2010 )
Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut
fungsinya.
Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi
terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertiantentang
fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah sub bidang linguistik yang
mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah
fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa
tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut.
Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi
dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)
5. 1.1.2 FONOLOGI
1.1.1 FONETIK
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui
mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna.
Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang
bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu,
bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang
bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi
FONETIK FONEMIK
6. 1.1.3 FONEMIK
Fonetik - kajian yang ditinjau dari segi
bahan fizik atau jizim yang
mewujudkan bentuk ucapan.
Sifat bunyi atau fonetik
akustik
Alat-alat yang
menghasilkan bunyi atau
fonetik artikulasi
Pendengaran, iaitu bunyi
yang keluar dari mulut atau
fonetik auditori
FONEMIK
Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi
sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi
atau struktur bunyi bahasa itu.
FONEM
Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan
perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan layang.
Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b]
dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan
perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem.
Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam
kurungan / /.
7. 1.2 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
Definisi Artikulasi dan Artikulator
Kamus Dewan edisi 4 menyatakan artikulasi sebagai cara atau
proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas.
Organ atau alat artikulasi penting dalam sistem aliran udara
yang menyebabkan penghasilan bunyi bahasa berlaku.
(a) Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan
bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang
dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
8. 1.3 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU
1.3.1 DEFINISI
1.3.2 LAMBANG HURUF RUMI
26 HURUF RUMI
21 HURUF
KONSONAN
5 HURUF VOKAL
Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya
sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk. (Marzukhi Nyak Abdullah,
1977:42).
9. No Fonem Huruf kecil Huruf besar No Fonem Huruf kecil Huruf besar
1 /a/ a A 14 /n/ n N
2 /b/ b B 15 /o/ o O
3 /c/ c C 16 /p/ p P
4 /d/ d D 17 /q/ q Q
5 /e/ e E 18 /r/ r R
6 /f/ f F 19 /s/ s S
7 /g/ g G 20 /t/ t T
8 /h/ h H 21 /u/ u U
9 /i/ i i 22 /v/ v V
10 /j/ j J 23 /w/ w W
11 /k/ k K 24 /x/ x X
12 /l/ l L 25 /y/ y Y
13 /m/ m M 26 /z/ z Z
HURUF DALAM BAHASA MEMELAYU
1.3.2 HURUF VOKAL DAN KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU
25FONEM@
BUNYI
19 FONEM
KONSONAN
6 FONEM
VOKAL DAN
DIBERI
LAMBANG
HURUF
RUMI
SEPERTI
DIBAWAH
Huruf f,q,v,x, dan z – melambangkan bunyi pinjaman Bahasa Arab dan
Bahasa Inggeris
f, q, z fikir, qadar,zaman
v, x vot, xenon
10. 1.3.3 HURUF VOKAL DALAM BAHASA MALAYSIA
Huruf Vokal Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan
a
e taling
e pepet
i
o
u
[a]
[é]
[e]
[i]
[o]
[u]
ada
semak
selak
bilik
botol
duduk
[a.da]
[sé.mak]
[se.lak]
[bi.lik]
[bo.tol]
[du.duk]
5
FONEM
VOKAL
i
e ( 2 fonem)
/e/ -e taling
/ₔ/- e pepet.. ejaan
lama @ ejaan Zaaba
au
o
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir.
11. 1.3.4 HURUF KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU
Huruf Konsonan Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan
b
c
d
f
g
gh
h
j
k
kh
l
m
n
ng
ny
p
q
r
s
sy
t
v
w
x
y
z
[b]
[c]
[d]
[f]
[g]
[gh]
[h]
[j]
(1)[k]
(2) ?
(3)
(4)[q]
[kh]
[l]
[m]
[n]
[ng]
[ny]
[p]
[q]
[r]
[s]
[sy]
[t]
[v]
[w]
[z]
[y]
[z]
bola
catat
dada
fakir
gabus
ghazal
harga
jaga
kala
kapak
nikmat
kadi
khairat
lalai
madah
nafkah
ngeri
nyala
papar
qari
rapat
saham
syirik
tajam
virus
wajah
xylem
yuran
zapin
[bo.la]
[ca.tat]
[da.da]
[fa.kir]
[ga.bus]
[gha.zal]
[har.ga]
[ja.ga]
[ka.la]
[ka.pa?]
[ni mat]
[qa.di]
[khai.rat]
[la.lai]
[ma.dah]
[naf.kah]
[nge.ri]
[nya.la]
[pa.par]
[qa.ri]
[ra.pat]
[sa.ham]
[syi.rik]
[ta.jam]
[vi.rus]
[wa.jah]
[zi..lem]
[yu.ran]
[za.pin]
Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus
udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk
hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Terdapat 27
fonem atau bunyi konsonan dalam Bahasa Melayu.
12. Jadual 1:Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu
1.3.5 JENIS –JENIS HURUF KONSONAN
KONSONAN
PINJAMAN GANDINGAN ASAL
Konsonan Asal Bahasa Melayu
Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Konsonan
tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan
gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan
gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006).
Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19
bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.
Cara sebutan - konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu
letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.
13. Cara
Sebutan
Daerah Sebutan
Bibir
Gusi
Gusi-LKeras
Lelangit
Keras
Lelangit
Lembut
PitaSuara
1 2 3 4 5 6
Letupan tb p t k
b b d g
Letusan tb č
b j
Sengau
an
b m n
Geseran tb f s Š x h
b v z
Getaran b r
Sisian b l
Separuh
Vokal
b w y
Jadual 2 :Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan
1.3.5.1 KONSONAN PINJAMAN
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada
Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk
mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain
seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada
tempat lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti
„Abdullah, Sa‟odah, Nor „Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan
tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang
dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.
14. 1.3.6 HURUF DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU
Huruf Diftong Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan
ai
au
oi
[ai]
[au]
[oi]
pantai
pulau
sepoi
[pan.tai]
[pu.lau]
[se.poi]
Jadual 3 : Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu
TATATINGKAT BAHASA
WACANA
AYAT
KLAUSA
FRASA
MORFEM
FONEM
Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan perkataan
lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu
satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah
Hassan,2006:44).
15. Rajah 1 : menerangkan peranan huruf dalam pembinaan maksud dalam Bahasa
Melayu
1.4 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU
1.4.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
Huruf Simbol bunyi
a [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə]
i [i]
o [i]
u [u]
Jadual 4: Simbol Vokal Bahasa Melayu
Simbol Fonetik
Vokal Konsonan Diftong
16. 1.4.2 Simbol Konsonan dan Diftong
Huruf Simbol bunyi
b [b]
c [č]
d [d]
g [g]
h [h]
j [j]
k [k], [/], [Q]
l [l]
m [m]
n [n]
p [P]
q [q]
r [r]
s [s] [š]
t [t]
v [v]
w [w]
x [z]
y [Y]
z [z]
Jadual 5: Simbol Konsonan
17. Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi
ai [ai]
au [au]
oi [oi]
Jadual 6: Simbol Diftong
5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap
Konsonan Rangkap Simbol bunyi
gh [ ]
ny [ ɲ ]
ng [ ŋ ]
sy [ ∫ ]
th [ ]
dz [ ð ]
kh [ x ]
Jadual 6: Konsonan Gandingan dan Rangkap
Ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang
mewakili dua huruf dalam Bahasa Melayu.
18. 1.5 FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
1.5.1 DEFINISI FONEM SEGMENTAL
FONEM
SEGMENTAL
VOKAL
KONSONANDIFTONG
Fonem yang boleh dipisahkan atau dipenggalkan di antara satu sama lain.
Unsur-unsur segmental ialah setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau
penggalan daripada arus tuturan.
Fonem vokal
Udara keluar
melalui mulut
Bunyi bersuara
Terhasil – udara
keluar dari paru-
paru secara
bebas/ tanpa
sekatan
Bunyi vokal berbeza
bergantung kepada
bentuk rongga di atas
glotis yang dilalui
udara semasa bunyi
vokal diucapkan
19. FONEM VOKAL
FONEM
VOKAL
/ a /
/ ə /
/ u // o /
/ i /
FONEM KONSONAN
PINJAMAN
/f/
fikir
/x / (kh)
xatam
/q/
qari
/Š/ (sy)
Šor
/ž /(dz /dh)
žalim
/z/
beza
/ₔ/ (gh)
ₔaib
/ð/(dh)
ðarab
/θ/ (th)
θala θa
20. 1.6FONEM SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
FONEM
SUPRASEGMENTAL
(SS)
Konsep kontras -
tentukan taraf
fonem bunyi SS
Dalam Bahasa
Melayu bunyi SS
ditutur secara
sistematis
Dalam lain bahasa
( cth. Bahasa Cina) -
bunyi SS bezakan
makna
FONEM
SUPRASEGMENTAL
( Kamus Dewan )
Tekanan
Panjang-
pendek
Jeda-
(persendian)
Intonasi
Nada
(tona)
21. 2.1 LAKARAN DAN PELABELAN ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
.2.1.1 ALAT-ALAT ARTIKULASI
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan
bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat
dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
Alat – alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi
22. Rajah Alat Artikulasi
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
23. 2.1.2 ALAT ALAT BAHAGIAN DALAM TUBUH
Paru-paru
Bahagian mengepam
udara keluar untuk
penghasilan bunyi.
Kualiti bunyi yang
dihasilkan bergantung
kepada
pengembangan dan
pengepaman keluar
udara daripada paru-
paru
Trakea
Merupakan saluran
udara antara larinks an
paru-paru.
Membolehkan laluan
udara masuk ke paru-
paru dan keluar
kembali,
Larinks
Tisu yang dinamakan
pita suara.
Terlibat dalam
menghasilkan semua
suara.
Farinks
Menghubungkan larinks dengan
bahagian atas rongga tekak, anak
tekak dan rongga hidung.
Esofagus
Bukan alat yang terlibat secara
langsung dalam artikulasi
Pita suara
Boleh dirapatkan dan
direnggangkan.Pita
suarabergetar
dinamakan bersuara.Di
sinilah terhasilnya bunyi
hentian glotis
Kotak suara
Fungsinya terbahagi
kepada dua:
i)Fungsi
biologi:melindungi paru-
paru dengan menahan
butir-butir makanan dan
cecair daripada
memasuki trakea.
ii)Fungsi bahasa :
menghasilkan bunyi -
bunyi bahasa mengikut
kedudukan posisinya
yang diubah suai.
Epiglotis
Berfungsi sebagai
penutup daripada
makanan dan minuman
memasuki trakea.
Tidak berfungsi dalam
penghasilan bunyi.
24. 1.2.3 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI
Bibir
Terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan
dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang
berbagai-bagai.
Berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar
daripada rongga mulut.
Lidah
Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif.
Terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung
lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah
penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi
vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah
merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke
mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.
Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Gusi
Merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi
ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan
sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan.
25. Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
LELANGIT KERAS
Bermula dari sempadan gusi di bahagian atas rongga mulut hinggalah ke
lelangit lembut.. Mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit.
LELANGIT LEMBUT
Bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas rongga
mulut. Bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga mulut. Boleh
diturunkan atau dinaikkan dan boleh diturun dan dibuka saluran tekak ke
rongga hidung.
26. 2.2 CARA PENGELUARAN BUNYI
2.2.1 BUNYI VOKAL
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh
lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
27. i) Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga
hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan
pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari
paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa
sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran
kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampar.
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
ii) Vokal Depan Separuh Sempit ( )
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah diturunkan 1/3 daripada
titik vokal sempit..Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak
dan tutup rogga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir terhampar.
Contoh: kole, tauge, bendi, elok
28. iii) Vokal Depan Separuh Luas [ a ]
Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari
kedudukan separuh sempit. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
rongga tekak utuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir
terhampar. .
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
iv) Vokal Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan
serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke
belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir
terhampar. .
Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat
29. v) Vokal Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah tinggi ke lelangit
lembut. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa
sekatan. Pita suara bergetar. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang
vi) Vokal Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 dari kedudukan
mengeluarkan vokal belakang sempit. Lelangit lembut dinaikkan ke
belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-
paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar.
Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang
30. vii) Vokal Belakang Separuh Luas [ כ ]
Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan
mengeluarkan vokal belakang separuh sempit. Lelangit lembut
dinaikkan ke belakang rongga tekak menutup rongga hidung. Udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara
bergetar. Bentuk bibir dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam
bahasa Melayu.
31. 2.2.2 BUNYI-BUNYI KONSONAN
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima
sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak
atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak
bersuara.
2.2.2.1 Konsonan Letupan - p, d, ?
Dua bibir dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui
rongga mulut tersekat di antara rapatan dua bibir dan udara dilepaskan
serta merta. Pita suara tidak bergetar ( bunyi tidak bersuara ) Maka,
keluarlah bunyi [p].
Contoh : pasu, apit, atap
Hujung lidah dirapatkan ke gigi gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat
ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-
paru melalui rongga mulut tersekat di bahagian rapatan hujung lidah dan
gigi -gusi . Pita suara tidak bergetar ( bunyi bersuara) terbitlah bunyi
letupan gusi bersuara [d]. Contoh daun, tanduk, abad.
32. Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar
daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara
menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.
Contoh: budak, sakat,kakak
2.2.2.2 Konsonan Letusan – c, j
Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit
keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan
menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan
tersekat pada rapatan depan lidah dan lelangit keras. Udara yang tersekat
dilepaskan perlahan-lahan. Pita suara tidak bergetar ( bunyi tidak bersuara)
33. Bunyi [ j ] Hadapan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Lelangit lembut
dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung.
Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat pada rapatan
depan lidah dan lelangit keras. Udara yang tersekat dilepaskan perlahan-
lahan. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara )
2.2.2.3 Konsonan Sisian – l
Hadapan lidah dirapatkan ke bahagian tengah gigi – gusi. Lelangit
lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak dan menutup rongga hidung.
Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan keluar melalui tepian/sisian
lidah. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara )
Contoh: laju, bekal, dalam
34. 2.2.2.4 Konsonan Sengauan – m, ny
Bunyi[m] Bibir atas dan bawah dirapatkan. Lelangit lembut
diturunkan dan menutup rongga mulut. Udara dari paru-paru melalui
rongga hidung. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara)
Contoh : musuh, demam, talam
Bunyi Ny [Л] bergetar Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras.
Lelangit lembut diturunkan dan menutup rongga mulut. Udara dari paru-
paru melalui rongga hidung. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara)
Contoh: nyonya, lanyak
35. 2.2.2.5 Konsonan Getaran – r
Hadapan lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke
rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui
rongga tekak dan menggetarkan pita suara, melalui rongga mulut,
menggetarkan depan Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi
bersuara [r].
2.2.2.6 Konsonan Geseran – s,h
Bunyi [s] Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat
sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga
hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi
tidak bersuara.
36. Bunyi [h] Pita suara disempitkan. Lelangit lembut dinaikkan dan menutup
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar di antara pita suara yang
disempitkan,bergeser. Disebabkan melibat pita suara tidak dapat dikatakan
bergetar atau tidak bunyi bersuara atau tidak bersuara.
37.
38. 2.2.2.7 Konsonan separuh vokal – w, y
Bunyi [ w ] Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Pita suara
digetarkan, lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal
tengah [ә ]
Bunyi [ y ] Hadapan lidah diangkat agak tinggi ke lelangit keras. Bibir
dihamparkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.
Pita suara digetarkan , lidah bergerak pantas ke kedudukan untu
mengeluarkan vokal tengah [ә ]
39. 2.3 BUNYI DIFTONG
Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila
berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari
satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.
2.3.1 Diftong [ai]
Keadaan bibir agak terhampar. Hujung lidah terkena gigi bawah. Depan lidah
pada kedudukan seperti membunyikan vocal depan rendah [ a ] Lidah secara
cepat digeluncurkan kearah cara membunyikan vocal depan tinggi [ I ] Anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara
digetarkan. Contoh perkataan aising, hairan, pandai
40. 2.3.2 Diftong [au]
2.3.3 Diftong [oi]
Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. Hujung lidah kena gigi
bawah. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan
rendah [a] Lidah digeluncurkan secara cepat kea rah cara
membunyikan vokal belakang tinggi [ u ] dengan lidah melengkung ke
arah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi
menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara
digetarkan. Contoh perkataan aurat, audit, pulau, pisau.
Keadaan bibir daripada bundar ke hampar. Depan lidah pada kedudukan sebelum
membunyikan vocal separuh tinggi[ o ]. Lidah digeluncurkan secara cepat kea rah
cara membunyikan depan tinggi[ I ] dengan lidah dinaikkan kea rah lelangit keras,
rendah sedikit daripada cara membunyikan vocal [ I ]. Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Contoh
perkataan boikot,amboi, sepoi.
41. Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada
pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan
untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan
pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada
kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula
bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
42. 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
45. 3.3 ULASAN TERHADAP KESAN DIALEK DAERAH TERHADAP PENGUASAAN
BAHASA MELAYU STANDARD TERUTAMA DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM
KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH
Dialék merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah
atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat
daerah (negeri dan lain-lain)
Penggunaan bahasa dialek daerah adalah bertujuan memudahkan
komunikasi antara penduduk setempat. Semasa berkomunikasi, mereka akan
mewujudkan kemesraan sesama mereka. Hubungan antara mereka menjadi
lebih erat, berasa tenang dan terhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu
sama lain menggunakan bahasa daerah.
Namun demikian, penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran mengakibatkan mutu Bahasa Melayu secara lisan akan
merosot dan menimbulkan kekeliruan semasa penyampaian guru. Sebagai
contoh situasi di sebuah sekolah di daerah Gua Musang seorang guru Bahasa
Melayu yang berasal dari Kedah meminta murid - murid Tahun 1 Wira berlari
bebas untuk set induksi tajuk Pentingnya Menjaga Kesihatan. Murid-murid
tersebut hanya berdiri dan memerhati antara satu sama lain kerana tidak
memahami arahan yang diberi oleh guru. Guru kemudian beraksi melakukannya
dan seorang murid memberitahu itu adalah [# huŋga ko? se #] Guru kemudian
menyebut ayat tersebut dan mereka melaku aktiviti dengan gembira.
Seterusnya, dialek daerah tidak seharusnya digunakan secara meluaskan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan
bahawa dialek daerah ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga
merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang
46. tercemar secara meluas akan melahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak
mustahil kegagalan murid-murid di sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan dialek daerah.
Penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai sebutan bahasa standard
dengan berkesan dan betul. Bagi murid di negeri Kedah menyebut ayat ular
besar melingkar atas pagar sebagai: [ # ulaq bəsaq meliŋkaq? ataθ pagaq?# ]
manakala murid di negeri Melaka menyebut ayat yang sama dengan [# ulau
besau meliŋkau atas pagau # ]
Selain itu, kesan dialek daerah ialah maksud bahasa gagal
diterjemahkan oleh murid. Situasi di sebuah sekolah di daerah Baling seorang
guru Bahasa Melayu mengarah seorang murid ke bilik A untuk membaca buku
tetapi murid tersebut pergi ke bilik air disebabkan [ # ε # ] itu adalah dialek bagi
air di daerah Baling.
Kesan penggunaan dialek daerah juga mengehadkan penguasaan kosa
kata murid-murid. Sebagai contoh, di sekolah guru-guru mengambil jalan mudah
dan cenderung mengguna dialek daerah sebagai bahasa pengantar dengan
alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan. Hal ini
menyebabkan murid-murid akan berasa keliru dan sukar untuk menguasai
Bahasa Melayu yang betul. Hal ini terbawa-bawa ketika mereka menulis
karangan. Sebagai contohnya, murid di negeri Kedah menulis karangan
mengguna dialek daerah [ #saya ada kucin #][ # tekoh-tekoh saya bagi makan
nasi?#] yang sepatutnya ditulis „saya ada kucing. Kadang-kadang saya berinya
makan nasi.
Bahasa amat penting dalam kehidupan seseorang kerana bahasa
merupakan wahana utama untuk menyampaikan idea. Bahasa dapat
menggambarkan tahap keintelektualan atau mencerminkan status penuturnya.
47. Kenyataan ini bermakna bahawa bahasa yang digunakan oleh individu yang
berpelajaran tinggi lazimnya berlainan daripada mereka yang tidak berpelajaran.
Bahasa turut menjadi lambang sesuatu bangsa sehingga timbulnya ungkapan
“ Bahasa Jiwa Bangsa”. Sehubungan dengan hal itu, guru perlu menggunakan
pelbagai variasi bahasa sama ada yang tersurat dan tersirat. Salah satu cara
untuk mencapai hasrat tersebut adalah melalui penggunaan Bahasa Melayu
standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru dan murid-murid mengaplikasikan penggunaan Bahasa
Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
maka memudahkan kedua-dua pihak mencapai objektif sesuatu kemahiran
pelajaran. Penggunaan Bahasa Melayu standard mudah difahami, jika tidak
faham mereka boleh merujuk kamus. Amalan penggunaan Bahasa Melayu
standard dapat meningkat keyakinan diri melalui pertuturan, pembacaan dan
penulisan murid. Segala masalah dan salah faham dalam pengajaran dan
pembelajaran juga dapat diselesaikan dan diperbetulkan dengan mudah.
Tuntasnya, pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu standard semasa
proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan berkesan agar
usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dapat dicapai. Peranan guru sangat
penting di sekolah sebagai pembimbing murid-murid dan pelaksana dasar
kerajaan iaitu dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan
Bahasa Kebangsaan negara kita. Seterusnya, penguasaan Bahasa Melayu
standard ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-
murid dalam Bahasa Melayu. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan
dicapai dengan mudah tanpa usaha yang bersungguh-sungguh seperti kata
pepatah “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
48. Tepatlah sekali kata-kata pengarang sajak dibawah yang mengandungi
maksud yang tersurat dan tersirat.
DIRGAHAYU BAHASAKU
Ahmad Sarju
Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh
Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
dibumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam
Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru
( September 2000 )
Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia ( PENA )
49. Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan
melaksanakan
Sebagai kesimpulan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
harus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3M
khususnya kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid dapat dicapai. Peranan
guru sangat penting di sekolah sebagai pembimbing murid-murid dalam pembelajaran
kemahiran menulis. Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu Penulisan di sekolah
rendah. Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan melaksanakan
kajian lanjut seperti yang dicadangkan. Hal ini amat penting dan bermakna dalam
membantu pelbagai pihak untuk mendapatkan hasil pencapaian yang terbaik.
Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh seperti kata pepatah “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”.
RUJUKAN
Dasar Bahasa Kebangsaan telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai
?Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita, sekiranya situasi
pengunaan bahasa dialek tidak dibendung, ia akan menjadi barah
dalam masyarakat kita dan sudah tentu akan memudaratkan pengguna
dan nilai Bahasa Melayu.
.
50. Contohnya,keracunan bahasa dapat kita lihat dan dibaca saban hari di
majalah, rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen yang telah
dicampuradukkan pengunaan dengan kata-kata lain yang tidak
sesuai.Hal ini menyebabkan mutu dan nilai Bahasa Melayu semakin
merosot.
Kedudukan Bahasa Melayu tergugat
Dasar Bahasa Kebangsaan telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita, sekiranya situasi
pengunaan bahasa dialek tidak dibendung, ia akan menjadi barah
dalam masyarakat kita dan sudah tentu akan memudaratkan pengguna
dan nilai Bahasa Melayu.
3.Lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu
-Contohnya di sekolah,guru-guru mengambil jalan mudah dan
cenderung mengguna Bahasa Dialek sebagai bahasa pengantar
dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang
disampaikan.Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar akan berasa keliru
dan sukar untuk menguasai Bahasa Melayu yang betul.
4.Masalah pembinaan masyarakat berwawasan
-Keracunan dalam penyampaian dan pengunaan laras bahasa yang
dicampuradukkan dengan bahasa yang tidak sesuai dalam konteks
pengunaan yang semakin setara menunjukkan sudah semestinya tidak
akan dapat membina minda masyarakat untuk maju dan mengejar
kemajuan.
pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing
sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan
tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa
antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan
perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus
sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada
51. dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini,
apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini
akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.
Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan
walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak
atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa
kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan
menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar
di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap
menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca
majalah berupa bahasa rojak dan pasar.
Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang
mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam
bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab
patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa
yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat
mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan
perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu „bagaimana acuannya,
begitulah kuihnya.‟ Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap
perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika
pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa
kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.