SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1.0 TAJUK ARTIKEL
Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT).

2.0 PENULIS
Azwan Ahmad (Smk Syed Alwi, Kangar, Perlis), Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains
Malaysia, P.P), Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P), Abd. Rahman
Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P).

3.0 SUMBER
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bil. 7, (2005) 14-24

4.0 RUMUSAN ARTIKEL
Artikel ini membincangkan tentang kepentingan efikasi guru terhadap teknologi
maklumat dan komunikasi, (ICT) serta pengaruhnya dalam pengajaran subjek sejarah.
Berdasarkan hipotesis yang dilakukan oleh penyelidik, efikasi guru terhadap ICT serta
kekerapan guru menggunakan ICT dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi keyakinan
beliau mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam kelas.
Efikasi bermaksud keyakinan. Menurut Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi
guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap diri sendiri untuk menyusun atur dan
melakukan satu siri tindakan. Bagi Powell dan Anderson pula, efikasi guru adalah perasaan
puas hati terhadap pelajaran yang diperoleh apabila mampu mempraktikkannya dengan baik.
Merujuk kepada kajian-kajian lepas, penyelidik telah memetik beberapa idea tentang efikasi
guru. Menurut Allinder, (1995) guru-guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi
mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya, mudah menerima ide-ide baru
dan mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru. Justeru guru yang berefikasi tinggi akan
menghadapi kegagalan dengan usaha yang lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar
sehingga berjaya. Sebaliknya guru yang berefikasi rendah mempunyai aspirasi yang rendah
dan akan cuba mengelakkan diri daripada menghadapi tugasan pengajaran sukar dan mudah
berputus asa atau stress.

1
Penyelidik juga membuat kutipan data yang mampu membuktikan wujud hubungan
efikasi guru terhadap ICT dengan tindakan menggunakan ICT dalam sesi pengajaran sama
ada untuk mencari maklumat, menyampaikan maklumat, memilih isi kandungan pelajaran
atau menjadikan ICT sebagai alat bantuan pengajaran. Penyelidik juga telah memilih subjek
kajian sejarah kerana bagi beliau, kombinasi ICT dalam mata pelajaran sejarah akan
menjadikan subjek ini lebih menarik dan diminati oleh pelajar. Hal ini kerana rata-rata rakyat
Malaysia menganggap subjek Sejarah sebagai subjek yang mengantuk. Pada hal menurut
Abd. Rahim (2001), Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang statis, tradisional,
mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan deskriptif seperti yang difahami oleh
kebanyakan orang. Sehubungan itu, guru Sejarah perlu mempunyai kepercayaan yang positif
dan keyakinan kendiri untuk menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu kreatif dan bijak menggunakan
kaedah pengajaran yang sesuai dengan aliran semasa. Sentuhan ICT dalam mata pelajaran di
sekolah adalah salah satu idea baru yang boleh diaplikasikan. Justeru, satu anjakan
paradigma harus dilakukan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih berkesan, menarik
dan menggembirakan melalui ICT seperti menyediakan montaj, komik, video, audio, web
portal, blog dan laman sosial yang berilmiah.
Namun begitu, berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau, efikasi guru sejarah terhadap
ICT dan aplikasi dalam pengajaran masih kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kelemahan
guru dalam mengendalikan teknologi. Ketandusan inovasi dan pembaharuan ini
menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan
membosankan. Kelemahan ini juga menjadi penghalang kepada aktiviti pengajaran untuk
menjadi lebih menarik dan terbuka. Kebanyakan guru sejarah hanya berpandukan kepada
buku teks semata-mata. Hasilnya, kebanyakan murid hanya mampu menghafal kandungan
buku teks namun gagal mengutip nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kandungan
pelajaran. Oleh itu penyelidik telah memetik pendapat Harris (2000) dalam mengkategorikan
penggunaan ICT dalam P&P iaitu:-

i.

pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan elektronik,
bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu
topik dan hubungan elektronik dengan pakar
2
ii.

koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi artikel,
sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.

iii.

projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada
pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan
kajian.
Kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sahaja tidak menjamin

pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru
untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan
masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi
yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi aspirasi ini, guru harus
melakukan perubahan ideologi. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak
kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan
kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Jika
keperluan tersebut mampu di aplikasikan, maka proses P&P pasti lebih menarik.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat 4 objektif kajian yang telah diketengahkan oleh penyelidik menerusi kajian ini.
Antaranya adalah mengukur tahap efikasi kendiri guru terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi, (ICT). Kedua, mengenal pasti penglibatan guru sejarah dalam
menggunakan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, menganalisis hubung
kait antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT.
Keempat, mengkaji kesan efikasi kendiri guru terhadap ICT dengan amalan pengajaran
sejarah berbantukan ICT.

6.0 KAEDAH KAJIAN
Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk deskriptif kuantitatif. Kutipan
data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dihantar oleh penyelidik sendiri
kepada responden kajian. Pertama, penyelidik telah mengukur amalan guru Sejarah
terhadap penggunaan ICT. Soalan soal selidik tersebut menghendaki guru menjawab
kecenderungan mereka menggunakan ICT mengikut keperluan masing-masing. Terdapat dua
3
tujuan yang digunakan oleh guru Sejarah semasa menggunakan ICT.

Pertama, guru

menggunakan ICT untuk mencari maklumat sejarah (EPIK) dan kedua,

untuk

menyampaikan maklumat sejarah (EPICT). Kedua, penyelidik turut mengukur tahap efikasi
guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM) dan
pemilihan isi kandungan semasa pengajaran sejarah (AICTUP). Responden dikehendaki
menjawab dengan instrumen kajian tersebut berpandukan skala `Likert` yang memberi lima
gerak balas mengikut darjah persetujuan. Nilai kebolehpercayaan ‘Cronbach Alpha’ yang
diperoleh bagi item-item kajian ini daripada kajian rintis adalah sangat meyakinkan iaitu
sebanyak 0.91.
Selain itu, penyelidik juga membuat rujukan di perpustakaan dan menghadiri persidangan
yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang tajuk tersebut. Berdasarkan
bibliografi, penyelidik telah merujuk kepada bahan ilmiah seperti buku, artikel dan jurnal.

7.0 RESPONDEN KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan responden seramai 95 orang guru Sejarah yang dipilih secara
rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di seluruh negeri Perlis. Responden
dipilih secara rawak mengikut demografi sosial yang berbeza seperti berlainan jantina, etnik
dan pengalaman mengajar. Teknik pemilihan responden secara pensampelan ini
menggambarkan keseluruhan masyarakat guru di Negeri Perlis dengan tahap efikasi dan
teknik penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.

8.0 HASIL KAJIAN:
Hasil kajian yang diperoleh penyelidik terhadap enam pemboleh ubah yang disenaraikan
dalam jadual 1 terhadap tahap dan tujuan penggunaan ICT menunjukkan prestasi yang
sederhana. Wujud hubung kait bagi pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah
dimalarkan. Misalnya, korelasi antara efikasi guru sejarah dengan amalan pengajaran
berbantukan ICT menunjukkan tahap yang sederhana kerana memperoleh skor min sebanyak
3.45. Secara spesifiknya tahap yang sama dalam efikasi guru sejarah terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM), dan efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi
kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT (AICTUP).
Sebaliknya dapatan Jadual 1 turut melaporkan bahawa tahap amalan pengajaran Sejarah
4
berbantukan ICT masih pada tahap rendah kerana memperoleh skor min sebanyak 2.61.
Situasi yang sama dapat dilihat pada amalan amalan penggunaan ICT untuk mencari
maklumat sejarah (EPIK), dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran
sejarah (EPICT). Sementara itu hasil korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat
hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi guru dengan amalan pengajaran
Sejarah menggunakan ICT dan dimensinya iaitu nilai koefisien “r” antara 0.69 hingga 0.76.
Dapatan daripada Jadual 2 menunjukkan bahawa efikasi guru Sejarah terhadap
penggunaan ICT berbantukan ICT menyumbang sebanyak 36.0 % varians terhadap
perubahan amalan kerja. Hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah (β=0.442) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan
terhadap amalan penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah
terhadap pemilihan isi kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT
(AICTUP). Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan
penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah. Pola dapatan yang serupa dapat dilihat dalam
Jadual 2 apabila hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah (ICTMM) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan
terhadap amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah (β=0.482), dan amalan
penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah (β=0.327).
Keputusan ini mengukuhkan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan
ICT untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan
pengajaran sejarah di kalangan guru.

9.0 ANALISIS
Secara kasarnya, keputusan yang diperoleh penyelidik ini dapat dianalisis dengan
merujuk kepada Jadual 1 dan 2. Semua data yang diperoleh daripada responden telah
dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variabel
bebas dan bersandar (dipaparkan dalam Jadual 1). Manakala kesan efikasi kendiri guru
Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan ICT pula telah dianalisis dengan
menggunakan analisis regresi berganda serta dilaporkan dalam Jadual 2. Manakala
5
interpretasi tahap amalan dan efikasi kendiri guru mencatat skor min di antara “1.0 hingga
2.9” menunjukkan tahap amalan rendah, skor min antara “3.0 hingga 3.9” menunjukkan
tahap amalan sederhana, dan jika skor min di antara “4.0 hingga 5.0” menunjukkan tahap
amalan tinggi.
Merujuk kepada Jadual 1, tahap efikasi keseluruhan guru terhadap ICT adalah sederhana
dengan min 3.45 jika dibandingkan dengan amalan keseluruhan yang rendah terhadap ICT
yang hanya 2.61. Sewajarnya data perlulah sama agar kesan efikasi ini benar-benar
merangsang penggunaan ICT. Namun, sesetengah guru tidak menggunakan ICT meskipun
mereka mempunyai keyakinan terhadapnya. Hal ini disebabkan kekurangan teknologi yang
disediakan oleh pihak sekolah atau kekangan masa untuk mengendalikan. Selain itu, min
bagi (AICTMM) lebih rendah 3.31 berbanding min (AICTUP) 3.65. Hal ini menunjukkan
bahawa kebanyakan guru akan menggunakan ICT ketika mencari isi kandungan pelajaran
dan kurang mengaplikasikan dalam pengajaran. Hal ini disebabkan guru kurang yakin
menggunakan teknologi di hadapan pelajar dan kekurangan teknologi di sekolah. Min bagi
(EPIS) 2.42 pula lebih rendah dengan min (EPICT) 2.79. Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan guru akan menggunakan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah
berbanding mencari maklumat tambahan subjek sejarah. Hal ini disebabkan guru lebih gemar
menggunakan ICT seperti LCD dan Power Point semasa mengajar dan tidak pula mencari
maklumat tambahan di luar silibus pengajaran. Oleh itu, korelasi efikasi guru terhadap ICT
dengan tujuan penggunaannya bergantung pada kepentingan pengajaran tersebut.
Merujuk pada Jadual 2 pula, interpretasi yang dapat saya lihat terhadap efikasi guru
dalam menggunakan ICT lebih cenderung semasa menyampaikan pengajaran sejarah
(AICTMM) berbanding semasa pemilihan isi kandungan pelajaran (AICTUP). Hal ini
disebabkan oleh persepsi guru sejarah yang lebih yakin menggunakan ICT untuk
menyampaikan pengajaran seperti menggunakan slide show atau memainkan video semasa
pengajaran berbanding menggunakan teknologi seperti internet untuk memilih isi kandungan
pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

10.0

SUMBANGAN HASIL KAJIAN
Kajian ilmiah yang dilakukan oleh penyelidik ini sedikit sebanyak telah memberi

beberapa sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Kajian yang dilakukan pada tahun
6
2005 ini memberi gambaran kepada saya bahawa kesedaran guru dan kesediaan guru
terhadap ICT pada ketika itu berada pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, aplikasi ICT
dalam sistem pendidikan di Malaysia masih di tahap yang kurang memberangsangkan
terutama di kawasan luar bandar dan di negeri-negeri kurang maju seperti Perlis. Oleh itu,
dapatan kajian yang diperoleh dapat memberi kesimpulan yang menyeluruh tentang tahap
efikasi guru sejarah terhadap ICT dalam pengajaran mahupun dalam kegunaan mereka
seharian pada tahun semasa. Dapatan kajian yang membuktikan efikasi guru sejarah
mempunyai tahap efikasi yang sederhana ini mampu memberi kesedaran kepada guru dan
kerajaan terhadap kepentingan ICT dalam subjek sejarah agar proses P&P ini menjadi lebih
menarik dan mencabar.
Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap efikasi guru sejarah yang sederhana
terhadap pemilihan isi kandungan sejarah dan juga penggunaan ICT untuk mengajar sejarah.
Oleh itu, hasil kajian ini dapat menyokong kajian Jamaluddin et al. (2000), bahawa kesediaan
guru menggunakan ICT berkait dengan sikap positif dalam menerima perubahan dari segi
strategi dan kaedah pengajaran. Terdapat guru sejarah yang masih mempunyai sikap fobia,
takut serta negatif menerima perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah lama
yang bersandarkan buku teks, nota edaran atau menulis pada papan hijau sahaja. Oleh itu,
guru sejarah perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengurus kaedah pengajaran. Kerajaan
pula harus mempergiatkan latihan dan kursus kemahiran kepada guru-guru sejarah untuk
lebih mahir mengendalikan alatan teknologi dalam pengajaran.
Dari sudut tahap amalan penggunaan ICT pula, guru sejarah didapati secara
keseluruhannya masih lagi pada tahap rendah sama ada dari segi mencari maklumat mahu
pun dari segi

menyampaikan pengajaran.

Dapatan ini

menggambarkan bahawa

pengintegrasian ICT dalam P&P dalam kalangan guru sejarah masih lagi pada tahap yang
tidak memuaskan. Hal ini disebabkan bahan dan kandungan pelajaran masih kurang untuk
diakses di laman sesawang atau di portal-portal rasmi pendidikan. Oleh itu kajian ini penting
untuk menggalakkan pihak yang terbabit mempergiatkan pembinaan portal dan laman sosial
berbentuk ilmiah untuk di jadikan medium pertukaran idea atau penyampaian maklumat
kepada pelajar dan guru. Hal ini keran, pengisian pelajaran subjek-subjek seperti Sejarah
memerlukan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan perkembangan
semasa.
7
Sehubungan dengan itu, kajian ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa
wujud hubungan antara tahap efikasi guru sejarah terhadap pengajaran berbantukan ICT.
Semakin tinggi tahap efikasi guru terhadap amalan penggunaan ICT, maka semakin tinggi
tahap untuk mengajar Sejarah berbantukan ICT. Manakala dapatan kajian ini juga
menunjukkan bahawa hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan terhadap amalan
penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi
kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Dapatan ini
menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran
sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.
Keputusan ini dikukuhkan lagi apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan ICT
untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan
pengajaran sejarah di kalangan guru sejarah.
Kelemahan yang dikesan ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang berkaitan.
Guru sejarah terutamanya harus berani memecahkan kaedah tradisi dan status quo yang sedia
ada dengan menggunakan ICT untuk mencari maklumat pengajaran dan menyampaikan
pengajaran sejarah. Melalui penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran sejarah akan
menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Guru sejarah seharusnya membiasakan diri
menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka agar pelajar akan terangsang untuk
menghayati dan mengikuti pelajaran sejarah dengan penuh minat. Berikutan dengan ini, saya
sebagai guru yang bakal mengajar mata pelajaran Pengajian Am juga perlu peka terhadap
teknologi dan maklumat ini agar dapat mewujudkan proses pengajaran yang lebih menarik
dan sesuai dengan aliran semasa yang menghendakkan guru yang kreatif dan inovatif dalam
melaksanakan pengajaran. Pelbagai teknik dan kemahiran perlu saya tingkatkan untuk
membina efikasi yang berkesan dalam pengajaran.

11.0

APLIKASIKAN

HASIL

KAJIAN

DENGAN

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN MASA KINI:
Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini memberi kesedaran
kepada pihak yang berkaitan terhadap pentingnya membina efikasi guru terhadap ICT
8
dalam pengajaran dan pembelajaran, P&P. Dunia hari ini berdepan dengan gelombang
globalisasi telah mencorakkan pemikiran generasi muda untuk lebih sukakan cabaran dan
kelainan. Teknik pengajaran tradisi berpandukan buku teks dan nota edaran menjadi
kurang relevan untuk dipraktikkan pada hari ini. Oleh itu, aplikasi ICT sangat penting
dalam setiap subjek di sekolah. Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi yang
disarankan pula perlulah menarik dan tidak menjerumus ke arah kelalaian. Oleh itu,
kerajaan dan kementerian pelajaran harus merencana dasar dan perangkaan yang selari
dengan perkembangan semasa agar sistem pendidikan negara dapat dipertingkatkan
sekali gus dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.
Berdasarkan hasil kajian, kita boleh mendapati bahawa implikasi efikasi dan
amalan guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan amalan penggunaan
ICT guru sejarah dalam melaksanakan pengajaran sejarah dipengaruhi oleh tahap efikasi
mereka. Lantaran itu, bagi memperkasakan efikasi guru terhadap ICT, guru perlu lebih
berani dan yakin mencuba perubahan dan pembaharuan seperti mengajar menggunakan
bantuan laman portal, video, komik digital dan forum digital. Pendekatan ini sangat
sesuai dengan corak pembelajaran hari ini. proses P&P pula pasti akan menjadi lebih
menarik dan tidak membosankan.
Hasil kajian yang diperoleh pada tahun 2005 ini juga memberi perbandingan yang
ketara pada tahun ini 2013 yang mana, sistem pembelajaran telah pun mengalami
penambahbaikan dari aspek aplikasi ICT. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Tindakan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025), yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, kerajaan telah menetapkan beberapa usaha dalam menerapkan
teknologi dalam pendidikan. Antara usaha yang sedang dilakukan adalah:i.

Meningkatkan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah pada penghujung 2013.

ii.

Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan perpustakaan video guru menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran
kritikal 2013.

iii.

Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan
kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.
Oleh itu, dunia pendidikan negara akan mengalami 3 gelombang yakni:9
i.

Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mempertingkatkan Asas ICT

ii.

Gelombang 2 (2016-2020) : Memperkenal Inovasi dalam ICT

iii.

Gelombang 3 (2020 – 2025): Mengekalkan Penggunaan Sistem ICT yang Inovatif

Petikan ucapan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin di Persidangan
Antarabangsa Pameran Pendidikan Digital Asia pada 27 Mei 2013 lalu telah memberi
gambaran kepada struktural pendidikan negara untuk mengalami perubahan:
"Bagi memastikan keberkesanan usaha penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pendidikan, pihak kementerian akan memastikan semua
guru-guru terlatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015. Kementerian juga
akan menyediakan lebih banyak peralatan digital seperti tablet atau telefon pintar
kepada guru-guru dan pelajar dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran
kreatif dan inovasi".
Hasil kajian dan pemantauan dari ahli akademik telah menemui beberapa keputusan dan
pengecaman prestasi guru dan murid mengaplikasikan ICT dalam pendidikan. Hasil kajian
juga menunjukkan bahawa sentuhan ICT mampu mengangkat prestasi pendidikan negara
agar tidak jauh ketinggalan.

12.0

PENUTUP
Kesimpulannya, kesan efikasi guru terhadap penggunaan ICT akan mempengaruhi

kekerapan dan amalan menggunakan ICT dalam sistem pengajaran mereka sama ada ketika
mencari maklumat, menyampaikan pengajaran, mencari isi kandungan pelajaran atau
menjalankan proses pengajaran. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kemahiran dan efikasi
terhadap ICT sekali gus dapat merealisasikan aspirasi kerajaan dalam PIPP negara. Selain itu,
efikasi guru terhadap ICT juga tidak mencukupi untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam
P&P. Penyediaan kelengkapan dan peruntukan untuk membina sistem pendidikan era baru
ini juga perlu seiringan dengan tahap dan kemahiran guru. Justeru itu, kemudahan
infrastruktur juga akan mempengaruhi sistem pendidikan negara ini. Oleh itu, semua pihak
terutamanya guru serta barisan kepimpinan pendidik negara harus bersama memajukan diri
dari pelbagai aspek agar kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan sekali gus dapat melahirkan
generasi muda yang mampu menjadi aset negara.
10
13.0

PETA MINDA

KESAN EFIKASI GURU TERHADAP ICT
DALAM PENGAJARAN SEJARAH
BERBANTUKAN ICT
DEFINISI DAN KONSEP
EFIKASI GURU
TERHADAP ICT

KEPENTINGAN ICT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

KESAN EFIKASI GURU
TERHADAP ICT DALAM
PENGAJARAN.









HUBUNGKAIT EFIKASI GURU
TERHADAP ICT DENGAN APLIKASI ICT
DALAM P&P

Rumusan Jurnal
Objektif
Kaedah kajian
Responden
Hasil kajian
Analisis kajian
Sumbangan hasil kajian
Aplikasi hasil kajian dengan pengajaran dan
pembelajaran masa kini

11

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinanNorshaidi Mohd Nor
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranInovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranRiyanSah2
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Fina Finaie
 
Cara penulisan laporan kajian yang baik
Cara penulisan laporan kajian yang baikCara penulisan laporan kajian yang baik
Cara penulisan laporan kajian yang baiknooriza kassim
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandunganSivabala Naidu
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnalmariulfah
 

Was ist angesagt? (20)

Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranInovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Cara penulisan laporan kajian yang baik
Cara penulisan laporan kajian yang baikCara penulisan laporan kajian yang baik
Cara penulisan laporan kajian yang baik
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Overview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan InstruksionalOverview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan Instruksional
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 

Andere mochten auch

Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalsitimarlizah
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalRohana Hamid
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikanamirsmkt
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelsharilzal
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelnortex
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasNur Kareena
 
Kepelbagaian Teknik Pengajaran Berkesan
Kepelbagaian Teknik Pengajaran BerkesanKepelbagaian Teknik Pengajaran Berkesan
Kepelbagaian Teknik Pengajaran BerkesanKuan Tee 0420
 
Slide ulasan jurnal
Slide ulasan jurnalSlide ulasan jurnal
Slide ulasan jurnalsuzanasaudin
 

Andere mochten auch (20)

Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Contoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnalContoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnal
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnal
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikan
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
META ANALISIS
META ANALISISMETA ANALISIS
META ANALISIS
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
 
Kepelbagaian Teknik Pengajaran Berkesan
Kepelbagaian Teknik Pengajaran BerkesanKepelbagaian Teknik Pengajaran Berkesan
Kepelbagaian Teknik Pengajaran Berkesan
 
Rangkuman Kitab Muqadimah (Ibnu Khaldun)
Rangkuman Kitab Muqadimah (Ibnu Khaldun) Rangkuman Kitab Muqadimah (Ibnu Khaldun)
Rangkuman Kitab Muqadimah (Ibnu Khaldun)
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Ulasan pk
Ulasan pkUlasan pk
Ulasan pk
 
Slide ulasan jurnal
Slide ulasan jurnalSlide ulasan jurnal
Slide ulasan jurnal
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 

Ähnlich wie Ulasan jurnal pendidikan

Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 zailaamir
 
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044nik_mastura
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN Shemila Elaine Ambrose
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanEffa Zulaikha Zahir
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)
La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)
La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)FKIP UHO
 
Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauansiti75
 
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptx
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptxPENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptx
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptxddand
 

Ähnlich wie Ulasan jurnal pendidikan (20)

Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
 
Asg 3
Asg 3Asg 3
Asg 3
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)
La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)
La tahang pemanfaatan informasidankomunikasi(tik)
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Untitled 1
Untitled 1Untitled 1
Untitled 1
 
Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauan
 
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptx
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptxPENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptx
PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN PACE BERBASIS ICT.pptx
 

Mehr von peningla

gender study
gender studygender study
gender studypeningla
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1peningla
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012peningla
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3peningla
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4peningla
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5peningla
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltuspeningla
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8peningla
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9peningla
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanpeningla
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um studentpeningla
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalamanpeningla
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...peningla
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye peningla
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...peningla
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunpeningla
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirpeningla
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)peningla
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)peningla
 

Mehr von peningla (20)

gender study
gender studygender study
gender study
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltus
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um student
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
 

Ulasan jurnal pendidikan

  • 1. 1.0 TAJUK ARTIKEL Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 2.0 PENULIS Azwan Ahmad (Smk Syed Alwi, Kangar, Perlis), Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains Malaysia, P.P), Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P), Abd. Rahman Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P). 3.0 SUMBER Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bil. 7, (2005) 14-24 4.0 RUMUSAN ARTIKEL Artikel ini membincangkan tentang kepentingan efikasi guru terhadap teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT) serta pengaruhnya dalam pengajaran subjek sejarah. Berdasarkan hipotesis yang dilakukan oleh penyelidik, efikasi guru terhadap ICT serta kekerapan guru menggunakan ICT dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi keyakinan beliau mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam kelas. Efikasi bermaksud keyakinan. Menurut Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap diri sendiri untuk menyusun atur dan melakukan satu siri tindakan. Bagi Powell dan Anderson pula, efikasi guru adalah perasaan puas hati terhadap pelajaran yang diperoleh apabila mampu mempraktikkannya dengan baik. Merujuk kepada kajian-kajian lepas, penyelidik telah memetik beberapa idea tentang efikasi guru. Menurut Allinder, (1995) guru-guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya, mudah menerima ide-ide baru dan mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru. Justeru guru yang berefikasi tinggi akan menghadapi kegagalan dengan usaha yang lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar sehingga berjaya. Sebaliknya guru yang berefikasi rendah mempunyai aspirasi yang rendah dan akan cuba mengelakkan diri daripada menghadapi tugasan pengajaran sukar dan mudah berputus asa atau stress. 1
  • 2. Penyelidik juga membuat kutipan data yang mampu membuktikan wujud hubungan efikasi guru terhadap ICT dengan tindakan menggunakan ICT dalam sesi pengajaran sama ada untuk mencari maklumat, menyampaikan maklumat, memilih isi kandungan pelajaran atau menjadikan ICT sebagai alat bantuan pengajaran. Penyelidik juga telah memilih subjek kajian sejarah kerana bagi beliau, kombinasi ICT dalam mata pelajaran sejarah akan menjadikan subjek ini lebih menarik dan diminati oleh pelajar. Hal ini kerana rata-rata rakyat Malaysia menganggap subjek Sejarah sebagai subjek yang mengantuk. Pada hal menurut Abd. Rahim (2001), Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang statis, tradisional, mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan deskriptif seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Sehubungan itu, guru Sejarah perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu kreatif dan bijak menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan aliran semasa. Sentuhan ICT dalam mata pelajaran di sekolah adalah salah satu idea baru yang boleh diaplikasikan. Justeru, satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih berkesan, menarik dan menggembirakan melalui ICT seperti menyediakan montaj, komik, video, audio, web portal, blog dan laman sosial yang berilmiah. Namun begitu, berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau, efikasi guru sejarah terhadap ICT dan aplikasi dalam pengajaran masih kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kelemahan guru dalam mengendalikan teknologi. Ketandusan inovasi dan pembaharuan ini menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan. Kelemahan ini juga menjadi penghalang kepada aktiviti pengajaran untuk menjadi lebih menarik dan terbuka. Kebanyakan guru sejarah hanya berpandukan kepada buku teks semata-mata. Hasilnya, kebanyakan murid hanya mampu menghafal kandungan buku teks namun gagal mengutip nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kandungan pelajaran. Oleh itu penyelidik telah memetik pendapat Harris (2000) dalam mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P iaitu:- i. pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan elektronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar 2
  • 3. ii. koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi artikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis. iii. projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan kajian. Kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sahaja tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi aspirasi ini, guru harus melakukan perubahan ideologi. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Jika keperluan tersebut mampu di aplikasikan, maka proses P&P pasti lebih menarik. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat 4 objektif kajian yang telah diketengahkan oleh penyelidik menerusi kajian ini. Antaranya adalah mengukur tahap efikasi kendiri guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT). Kedua, mengenal pasti penglibatan guru sejarah dalam menggunakan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, menganalisis hubung kait antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Keempat, mengkaji kesan efikasi kendiri guru terhadap ICT dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT. 6.0 KAEDAH KAJIAN Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk deskriptif kuantitatif. Kutipan data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dihantar oleh penyelidik sendiri kepada responden kajian. Pertama, penyelidik telah mengukur amalan guru Sejarah terhadap penggunaan ICT. Soalan soal selidik tersebut menghendaki guru menjawab kecenderungan mereka menggunakan ICT mengikut keperluan masing-masing. Terdapat dua 3
  • 4. tujuan yang digunakan oleh guru Sejarah semasa menggunakan ICT. Pertama, guru menggunakan ICT untuk mencari maklumat sejarah (EPIK) dan kedua, untuk menyampaikan maklumat sejarah (EPICT). Kedua, penyelidik turut mengukur tahap efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM) dan pemilihan isi kandungan semasa pengajaran sejarah (AICTUP). Responden dikehendaki menjawab dengan instrumen kajian tersebut berpandukan skala `Likert` yang memberi lima gerak balas mengikut darjah persetujuan. Nilai kebolehpercayaan ‘Cronbach Alpha’ yang diperoleh bagi item-item kajian ini daripada kajian rintis adalah sangat meyakinkan iaitu sebanyak 0.91. Selain itu, penyelidik juga membuat rujukan di perpustakaan dan menghadiri persidangan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang tajuk tersebut. Berdasarkan bibliografi, penyelidik telah merujuk kepada bahan ilmiah seperti buku, artikel dan jurnal. 7.0 RESPONDEN KAJIAN Kajian ini telah melibatkan responden seramai 95 orang guru Sejarah yang dipilih secara rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di seluruh negeri Perlis. Responden dipilih secara rawak mengikut demografi sosial yang berbeza seperti berlainan jantina, etnik dan pengalaman mengajar. Teknik pemilihan responden secara pensampelan ini menggambarkan keseluruhan masyarakat guru di Negeri Perlis dengan tahap efikasi dan teknik penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah. 8.0 HASIL KAJIAN: Hasil kajian yang diperoleh penyelidik terhadap enam pemboleh ubah yang disenaraikan dalam jadual 1 terhadap tahap dan tujuan penggunaan ICT menunjukkan prestasi yang sederhana. Wujud hubung kait bagi pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah dimalarkan. Misalnya, korelasi antara efikasi guru sejarah dengan amalan pengajaran berbantukan ICT menunjukkan tahap yang sederhana kerana memperoleh skor min sebanyak 3.45. Secara spesifiknya tahap yang sama dalam efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM), dan efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT (AICTUP). Sebaliknya dapatan Jadual 1 turut melaporkan bahawa tahap amalan pengajaran Sejarah 4
  • 5. berbantukan ICT masih pada tahap rendah kerana memperoleh skor min sebanyak 2.61. Situasi yang sama dapat dilihat pada amalan amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah (EPIK), dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah (EPICT). Sementara itu hasil korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi guru dengan amalan pengajaran Sejarah menggunakan ICT dan dimensinya iaitu nilai koefisien “r” antara 0.69 hingga 0.76. Dapatan daripada Jadual 2 menunjukkan bahawa efikasi guru Sejarah terhadap penggunaan ICT berbantukan ICT menyumbang sebanyak 36.0 % varians terhadap perubahan amalan kerja. Hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (β=0.442) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan terhadap amalan penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT (AICTUP). Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah. Pola dapatan yang serupa dapat dilihat dalam Jadual 2 apabila hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (ICTMM) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan terhadap amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah (β=0.482), dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah (β=0.327). Keputusan ini mengukuhkan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah di kalangan guru. 9.0 ANALISIS Secara kasarnya, keputusan yang diperoleh penyelidik ini dapat dianalisis dengan merujuk kepada Jadual 1 dan 2. Semua data yang diperoleh daripada responden telah dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variabel bebas dan bersandar (dipaparkan dalam Jadual 1). Manakala kesan efikasi kendiri guru Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan ICT pula telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda serta dilaporkan dalam Jadual 2. Manakala 5
  • 6. interpretasi tahap amalan dan efikasi kendiri guru mencatat skor min di antara “1.0 hingga 2.9” menunjukkan tahap amalan rendah, skor min antara “3.0 hingga 3.9” menunjukkan tahap amalan sederhana, dan jika skor min di antara “4.0 hingga 5.0” menunjukkan tahap amalan tinggi. Merujuk kepada Jadual 1, tahap efikasi keseluruhan guru terhadap ICT adalah sederhana dengan min 3.45 jika dibandingkan dengan amalan keseluruhan yang rendah terhadap ICT yang hanya 2.61. Sewajarnya data perlulah sama agar kesan efikasi ini benar-benar merangsang penggunaan ICT. Namun, sesetengah guru tidak menggunakan ICT meskipun mereka mempunyai keyakinan terhadapnya. Hal ini disebabkan kekurangan teknologi yang disediakan oleh pihak sekolah atau kekangan masa untuk mengendalikan. Selain itu, min bagi (AICTMM) lebih rendah 3.31 berbanding min (AICTUP) 3.65. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru akan menggunakan ICT ketika mencari isi kandungan pelajaran dan kurang mengaplikasikan dalam pengajaran. Hal ini disebabkan guru kurang yakin menggunakan teknologi di hadapan pelajar dan kekurangan teknologi di sekolah. Min bagi (EPIS) 2.42 pula lebih rendah dengan min (EPICT) 2.79. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru akan menggunakan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah berbanding mencari maklumat tambahan subjek sejarah. Hal ini disebabkan guru lebih gemar menggunakan ICT seperti LCD dan Power Point semasa mengajar dan tidak pula mencari maklumat tambahan di luar silibus pengajaran. Oleh itu, korelasi efikasi guru terhadap ICT dengan tujuan penggunaannya bergantung pada kepentingan pengajaran tersebut. Merujuk pada Jadual 2 pula, interpretasi yang dapat saya lihat terhadap efikasi guru dalam menggunakan ICT lebih cenderung semasa menyampaikan pengajaran sejarah (AICTMM) berbanding semasa pemilihan isi kandungan pelajaran (AICTUP). Hal ini disebabkan oleh persepsi guru sejarah yang lebih yakin menggunakan ICT untuk menyampaikan pengajaran seperti menggunakan slide show atau memainkan video semasa pengajaran berbanding menggunakan teknologi seperti internet untuk memilih isi kandungan pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 10.0 SUMBANGAN HASIL KAJIAN Kajian ilmiah yang dilakukan oleh penyelidik ini sedikit sebanyak telah memberi beberapa sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Kajian yang dilakukan pada tahun 6
  • 7. 2005 ini memberi gambaran kepada saya bahawa kesedaran guru dan kesediaan guru terhadap ICT pada ketika itu berada pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, aplikasi ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia masih di tahap yang kurang memberangsangkan terutama di kawasan luar bandar dan di negeri-negeri kurang maju seperti Perlis. Oleh itu, dapatan kajian yang diperoleh dapat memberi kesimpulan yang menyeluruh tentang tahap efikasi guru sejarah terhadap ICT dalam pengajaran mahupun dalam kegunaan mereka seharian pada tahun semasa. Dapatan kajian yang membuktikan efikasi guru sejarah mempunyai tahap efikasi yang sederhana ini mampu memberi kesedaran kepada guru dan kerajaan terhadap kepentingan ICT dalam subjek sejarah agar proses P&P ini menjadi lebih menarik dan mencabar. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap efikasi guru sejarah yang sederhana terhadap pemilihan isi kandungan sejarah dan juga penggunaan ICT untuk mengajar sejarah. Oleh itu, hasil kajian ini dapat menyokong kajian Jamaluddin et al. (2000), bahawa kesediaan guru menggunakan ICT berkait dengan sikap positif dalam menerima perubahan dari segi strategi dan kaedah pengajaran. Terdapat guru sejarah yang masih mempunyai sikap fobia, takut serta negatif menerima perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah lama yang bersandarkan buku teks, nota edaran atau menulis pada papan hijau sahaja. Oleh itu, guru sejarah perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengurus kaedah pengajaran. Kerajaan pula harus mempergiatkan latihan dan kursus kemahiran kepada guru-guru sejarah untuk lebih mahir mengendalikan alatan teknologi dalam pengajaran. Dari sudut tahap amalan penggunaan ICT pula, guru sejarah didapati secara keseluruhannya masih lagi pada tahap rendah sama ada dari segi mencari maklumat mahu pun dari segi menyampaikan pengajaran. Dapatan ini menggambarkan bahawa pengintegrasian ICT dalam P&P dalam kalangan guru sejarah masih lagi pada tahap yang tidak memuaskan. Hal ini disebabkan bahan dan kandungan pelajaran masih kurang untuk diakses di laman sesawang atau di portal-portal rasmi pendidikan. Oleh itu kajian ini penting untuk menggalakkan pihak yang terbabit mempergiatkan pembinaan portal dan laman sosial berbentuk ilmiah untuk di jadikan medium pertukaran idea atau penyampaian maklumat kepada pelajar dan guru. Hal ini keran, pengisian pelajaran subjek-subjek seperti Sejarah memerlukan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan perkembangan semasa. 7
  • 8. Sehubungan dengan itu, kajian ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa wujud hubungan antara tahap efikasi guru sejarah terhadap pengajaran berbantukan ICT. Semakin tinggi tahap efikasi guru terhadap amalan penggunaan ICT, maka semakin tinggi tahap untuk mengajar Sejarah berbantukan ICT. Manakala dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan terhadap amalan penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah. Keputusan ini dikukuhkan lagi apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah di kalangan guru sejarah. Kelemahan yang dikesan ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang berkaitan. Guru sejarah terutamanya harus berani memecahkan kaedah tradisi dan status quo yang sedia ada dengan menggunakan ICT untuk mencari maklumat pengajaran dan menyampaikan pengajaran sejarah. Melalui penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran sejarah akan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Guru sejarah seharusnya membiasakan diri menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka agar pelajar akan terangsang untuk menghayati dan mengikuti pelajaran sejarah dengan penuh minat. Berikutan dengan ini, saya sebagai guru yang bakal mengajar mata pelajaran Pengajian Am juga perlu peka terhadap teknologi dan maklumat ini agar dapat mewujudkan proses pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan aliran semasa yang menghendakkan guru yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pengajaran. Pelbagai teknik dan kemahiran perlu saya tingkatkan untuk membina efikasi yang berkesan dalam pengajaran. 11.0 APLIKASIKAN HASIL KAJIAN DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA KINI: Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini memberi kesedaran kepada pihak yang berkaitan terhadap pentingnya membina efikasi guru terhadap ICT 8
  • 9. dalam pengajaran dan pembelajaran, P&P. Dunia hari ini berdepan dengan gelombang globalisasi telah mencorakkan pemikiran generasi muda untuk lebih sukakan cabaran dan kelainan. Teknik pengajaran tradisi berpandukan buku teks dan nota edaran menjadi kurang relevan untuk dipraktikkan pada hari ini. Oleh itu, aplikasi ICT sangat penting dalam setiap subjek di sekolah. Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi yang disarankan pula perlulah menarik dan tidak menjerumus ke arah kelalaian. Oleh itu, kerajaan dan kementerian pelajaran harus merencana dasar dan perangkaan yang selari dengan perkembangan semasa agar sistem pendidikan negara dapat dipertingkatkan sekali gus dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan negara. Berdasarkan hasil kajian, kita boleh mendapati bahawa implikasi efikasi dan amalan guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan amalan penggunaan ICT guru sejarah dalam melaksanakan pengajaran sejarah dipengaruhi oleh tahap efikasi mereka. Lantaran itu, bagi memperkasakan efikasi guru terhadap ICT, guru perlu lebih berani dan yakin mencuba perubahan dan pembaharuan seperti mengajar menggunakan bantuan laman portal, video, komik digital dan forum digital. Pendekatan ini sangat sesuai dengan corak pembelajaran hari ini. proses P&P pula pasti akan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Hasil kajian yang diperoleh pada tahun 2005 ini juga memberi perbandingan yang ketara pada tahun ini 2013 yang mana, sistem pembelajaran telah pun mengalami penambahbaikan dari aspek aplikasi ICT. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025), yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan telah menetapkan beberapa usaha dalam menerapkan teknologi dalam pendidikan. Antara usaha yang sedang dilakukan adalah:i. Meningkatkan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah pada penghujung 2013. ii. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal 2013. iii. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus. Oleh itu, dunia pendidikan negara akan mengalami 3 gelombang yakni:9
  • 10. i. Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mempertingkatkan Asas ICT ii. Gelombang 2 (2016-2020) : Memperkenal Inovasi dalam ICT iii. Gelombang 3 (2020 – 2025): Mengekalkan Penggunaan Sistem ICT yang Inovatif Petikan ucapan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin di Persidangan Antarabangsa Pameran Pendidikan Digital Asia pada 27 Mei 2013 lalu telah memberi gambaran kepada struktural pendidikan negara untuk mengalami perubahan: "Bagi memastikan keberkesanan usaha penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan, pihak kementerian akan memastikan semua guru-guru terlatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015. Kementerian juga akan menyediakan lebih banyak peralatan digital seperti tablet atau telefon pintar kepada guru-guru dan pelajar dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran kreatif dan inovasi". Hasil kajian dan pemantauan dari ahli akademik telah menemui beberapa keputusan dan pengecaman prestasi guru dan murid mengaplikasikan ICT dalam pendidikan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sentuhan ICT mampu mengangkat prestasi pendidikan negara agar tidak jauh ketinggalan. 12.0 PENUTUP Kesimpulannya, kesan efikasi guru terhadap penggunaan ICT akan mempengaruhi kekerapan dan amalan menggunakan ICT dalam sistem pengajaran mereka sama ada ketika mencari maklumat, menyampaikan pengajaran, mencari isi kandungan pelajaran atau menjalankan proses pengajaran. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kemahiran dan efikasi terhadap ICT sekali gus dapat merealisasikan aspirasi kerajaan dalam PIPP negara. Selain itu, efikasi guru terhadap ICT juga tidak mencukupi untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam P&P. Penyediaan kelengkapan dan peruntukan untuk membina sistem pendidikan era baru ini juga perlu seiringan dengan tahap dan kemahiran guru. Justeru itu, kemudahan infrastruktur juga akan mempengaruhi sistem pendidikan negara ini. Oleh itu, semua pihak terutamanya guru serta barisan kepimpinan pendidik negara harus bersama memajukan diri dari pelbagai aspek agar kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan sekali gus dapat melahirkan generasi muda yang mampu menjadi aset negara. 10
  • 11. 13.0 PETA MINDA KESAN EFIKASI GURU TERHADAP ICT DALAM PENGAJARAN SEJARAH BERBANTUKAN ICT DEFINISI DAN KONSEP EFIKASI GURU TERHADAP ICT KEPENTINGAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KESAN EFIKASI GURU TERHADAP ICT DALAM PENGAJARAN.        HUBUNGKAIT EFIKASI GURU TERHADAP ICT DENGAN APLIKASI ICT DALAM P&P Rumusan Jurnal Objektif Kaedah kajian Responden Hasil kajian Analisis kajian Sumbangan hasil kajian Aplikasi hasil kajian dengan pengajaran dan pembelajaran masa kini 11