SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 47
Perkembangan Seni Di Malaysia
 Sejarah pada tahun 30-40an
   Seni halus Malaysia bermula pada sekitar 1930-an dengan
   terciptanya karya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah
   Ariff, dan tokoh-tokoh lain.
  Pada masa itu, pelukis Malaysia bebas daripada sebarang
   kongkongan kerana belum terdedah kepada tradisi atau
   aliran agung dari Barat.
  Pendedahan hanya tertumpu pada karyawan di sekeliling
   mereka dan penghasilan rakan seperjuangan.
  Disebabkan mereka tidak berpeluang mendapat bimbingan,
   kebanyakan hasil karya mereka adalah mentah dan tidak
   halus.
Sejarah pada tahun 50-an
   Pada awal tahun 1950-an, Malaysia mula
    mempunyai pelukis yang berkedudukan dan
    dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff,
    Cheong Soo Pieng, Khaw Sia dan tokoh-tokoh.

   Pelukis asing yang aktif ialah Chuah Thean Teng
    (China) dan Mohd. Hoessein Enas (Indonesia).
    Mereka kemudian menetap di Malaysia.
    Namun alam seni halus Malaysia masih dalam
    keadaan yang suram dan kurang
    memberangsangkan. Karya-karya seni dalam
    pameran jarang dibeli dan pameran yang diadakan
    sekali-sekala juga cepat dilupakan disebabkan
    kurangnya publisiti dan ulasan melalui media
    massa.
 Pada tahun 1952, Tay Hooi Keat yang kembali
  ke Pulau Pinang dari UK selepas mendapat
  pendedahan di luar negara telah
  memperkenalkan konsep baru yang
  memeranjatkan masyarakat seni halus
  tempatan, The Penang Art Teacher‟s Council
  telah ditubuhan di bawah bimbingan beliau.
 Dalam tahun 1950-an banyak penubuhan telah
  ditubuhkan antaranya:
  i. Wednesday Art Group
  ii. Selangor Art Society
  iii. Angkatan Pelukis Semenanjung
  iv. Thursday Art Group
   Kumpulan pelukis keluaran Akedemi Seni Nanyang seperti Lai
    Foong Moi, Khoo Sui-Ho, Cheah Yew Saik, dan lain-lain telah
    membawa balik gaya yang dipengaruhi oleh beraneka aliran
    catan Eropah dan juga catan Cina.

   Menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi suatu simbol yang
    menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Alam seni Malaysia
    mula beubah daripada bertaraf picisan kepada bertaraf
    antarabangsa.

   Kesedaran baru, sikap tanggungjawab, dan pembangunan seni
    lukis adalah selaras dengan kewajipan dan penglibatan pelukis
    disebabkan pelukis tanah air telah mendapat pendidikan seni
    secara formal di luar negara.

   Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 sangat
    bermakna bagi para pelukis tanah air.
    Pelukis-pelukis tempatan mula mendapat sokongan yang positif
    serta pengiktirafan, dan ini menambahkan keyakinan karyawan
Sejarah pada tahun 1960an
   Penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960
    telah memberi peluang kepada guru-guru yang
    berpengalaman untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
    seni melalui kursus sepenuh masa selama setahun.

   Penuntut yang berbakat besar akan diberi peluang untuk
    dihantar menghadiri kursus penuh di luar negara. Usaha
    kerajaan ini telah melahirkan sekumpulan guru seni yang
    lebih mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajaran
    mata pelajaran pendidikan seni.

   Kakitangan akademik seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas
    seperti Syed Ahmad Jamal , Yeoh Jin Leng, Anthony Lau,
    Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan tokoh-tokoh lain
    seperti Ismail Zain dan kumpulan telah memainkan peranan
    penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
   Tokoh-tokoh ini telah membuka jalan bagi deria baru sikap
    pengajaran seni lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada
    daya cipta, dan membuka ruang bagi luahan pemikiran.
   Gaya catan beraneka daripada aliran realisme kepada
    impresionisme dan ekspresionisme kepada abstrak
    ekspresionisme mengikut pengaruh dan pendedahan setiap
    karyawan.
   Pandangan-pandangan yang kritikal turut dilahirkan terhadap
    seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media
    massa seperti perbincangan, ceramah, syarahan, laporan,
    pameran dan sebagainya.
   Karya-karya yang bermutu tinggi dan matang muncul . Acara
    seni lukis diutamakan dan pameran seni kerap dirasmikan oleh
    para menteri atau orang kenamaan dengan meliputi pelbagai
    media massa.
   Semangat pelukis Malaysia bertambah baik kerana berpeluang
    menyertai pelbagai jemputan pameran yang besar di seberang
    laut.
   Penubuhan Institut Teknologi Mara pada 1967 telah melahirkan
    sekumpulan pendidik seni serta usahawan Melayu dalam
    bidang seni di Malaysia.
   Antara pelukis terkenal daripada ITM adalah seperti : Ruzaika
    Omar Basree, Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain.
 Seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan
  kaum di Malaysia apabila menjelang kemerdekaan
  Malaysia pada tahun 1957. Persepsi masyarakat
  terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf
  rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat
  antarabangsa.
 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar
  kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana
  Menteri Malaysia yang pertama. Ini membawa kesan
  yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia
  semenjak beliau menjadi setiausaha selama sepuluh
  tahun ini kerana beliau berusaha dengan bersungguh-
  sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan
  serta karya-karya mereka.
 Balai Seni Lukis Negara dirasmikan oleh YTM Tunku
  Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran
  pembukaan telah memaparkan karya-karya pelukis
  tempatan seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah
  Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin,
  Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi
  Keat dan Yong Mun Sen.
Sejarah pada tahun 1970an
   Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng,
    Joseph Tan dan lain-lain mendebarkan keadaan seni lukis tempatan
    dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan
    mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan
    pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

   Catan “hard-edge” yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat
    yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck
    telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

  Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan
  yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan
  Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.
 Pelukis Malaysia generasi kedua tahun 1970-an telah meninggikan
  taraf seni cetakan. Karya catan yang wujud juga mengandungi nilai
  ikon dengan tegasan monolitik.
Pertubuhan-petubuhan Seni
     Sebelum Merdeka
 PENANG IMPRESIONALIST

 THE PENANG CHINESE ART CLUB

 THE PENANG ART TEACHER GROUP

 THURSDAY ART GROUP

 Majlis Kesenian (MK)

 THE WEDNESDAY ART GROUP
PENANG IMPRESIONALIST
 Ditubuhkan di pulau Pinang dalam tahun
  1928
 Ahli-ahlinya adalah pegawai-pegawai
  dagang Eropah, terutama suri-suri rumah
  berbangsa Inggeris
 Dua orang pelukis tempatan yang
  menjadi penggerak iaitu: Pn. Lim Cheng
  Kung (isteri seorang jutawan yang memberi
  sumbangan kewangan kepada kumpulan ini)
  dan Abdullah Ariff (guru lukis kapada ahli-ahli
  pertubuhan)
THE PENANG CHINESE ART
CLUB
 Ditubuhkan dalam tahun 1936 oleh Lee
  Cheng Yong, Yong Mun Sen, Tay Hooi
  Keat, Kuo Ju Ping dan lain-lain.
 Ahli-ahli kelab terpengaruh kuat
  dengan sikap dan konsep romantis
  Inggeris kesan pendedahan kepada
  lukisan-lukisan 'Penang Impressionist',
 Gaya catan ahli-ahli aliran realisme dan
  impressionisme melibatkan juga catan
  berus Cina.
 Pertubuhan dibubarkan pada tahun 1939
THE PENANG ART TEACHER
GROUP
 Ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah
  naungan Jabatan Pelajaran Pulau
  Pinang
 Ahlinya Tay Hooi Keat merupakan
  rakyat Malaysia yang pertama
  menerima biasiswa Kementerian
  Pelajaran untuk menuntut di luar negara
  dalam jurusan Seni Halus di Camberwell
  School of Art London
Majlis Kesenian (MK)
   Ditubuhkan pada tahun 1952 oleh mereka yang sedar akan kepentingan
    menjaga, menggiatkan dan meperbaharui seni dan pertukangan tempatan

   Objektif
    a. Bertanggungjawab memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti seni seperti
       muzik, drama, dan seni rupa
    b. Menjaga seni seni dan pertukangan tempatan
    c. Menggalak dan mengembangkan pengetahuan dan amalan seni yang
        lebih luas di Persekutuan tanah melayu

   Majlis ini menerima bantuan tahunan daripada pihak kerajaan. Pengasas MK
    ialah Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji Abbas.

   Sumbangan MK:
    a. mempromosi aktiviti kesenian di peringkat kebangsaan
    b. menaja pameran-pameran seni lukis Malaysia di negara-negara asing
    c. Pertubuhan awam yang pertama menggesa kerajaan mepertimbangkan
       keperluan penubuhan Balai seni Lukis Negara dan Sekolah Seni Negara
THURSDAY ART GROUP
   Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957

   Diketuai oleh Tay Hooi Keat

   Ahli-ahlinya: Tay Hooi Keat, Abdullah Arif, Kuo Ju Ping, Lee
    Joo For, Lim Tong Juen, William K.K Lau, dan lain-lain

   Objektif persatuan: memperkenalkan konsep-konsep seni lukis
    yang baru

   Aktiviti: mengadakan kelas-kelas lukisan pada setiap hari
    Khamis dan Sabtu bagi pelukis-pelukis muda serta mengadakan
    sesi perbincangan dan pameran-pameran.

   Corak organisasi hampir sama dengan Wednesday Art Group
THE WEDNESDAY ART
GROUP
   Ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur.

   Pengasasnya Perter Harris bertugas sebagai pengawas seni lukis Jabatan
    Pelajaran

   Ahli-ahlinya : Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh,
    Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam, Hajeddar Abdul Majid, Mustapha
    Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, Laiu Siat Moi, Grace Selvanayagam,
    Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat dan lain-lain.

   Tema kumpulan : „Seni sebagai wadah Ekpresi Diri „. Kumpulan ini
    memperkenalkan estetika dan cara seni lukis kepada golongnan muda dan yang
    berminat terutamanya guru-guru seni lukis. Turut memperkenalkan “gouache”
    bahan yang lebih liut dari cat air serta penggunaan berus yang besar dan keras
    menggantikan berus yang halus dan lembut.

   Aktiviti Mengadakan aktiviti pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan
    figura, gubahan dan lakonan

   Gaya catan: aliran impresionis, post impresionis dan gaya tersendiri

   Asas Falsafah yang disemai oleh kumpulan ini menjadi tanaga pembimbing
    dalam bidang seni lukis hari ini.
MAJLIS KESENIAN MELAYU

PERSATUAN PELUKIS
MALAYSIA

KUMPULAN ANAK ALAM
MAJLIS KESENIAN
MELAYU
   Ditubuhkan pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaung.

   Pada tahun 1959 diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)
    Pada tahun 1964 diubah: Angkatan Pelukis SeMalaysia.

   Ahli-ahli pada peringkat awalnya: Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris
    Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Kemudiannya: Mazli Mat Som dan Syed Ahmad Jamal

   Objektif
    i. Menyatupadukan pelukis-pelukis dan peminat-peminat seni lukis di seluruh tanah air
    ii. Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan
    iii. Berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan
          antarabanngasa.

   Ciri-ciri istimewa APS : catan berbentuk manusia secara realis menggunakan media cat minyak
    dan pastel. Mempunyai pengikut yang ramai daripada kalangan pelukis berpendidikan Melayu.
    Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur.

   Aktiviti-aktiviti:
    Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas
    Kelas Arca oleh Idris Salam
    Kelas grafik oleh Zakaria Noor
    Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin
    Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas-kelas diajar
    dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis terkemuka yang
    kebanyakannya pensyarah-pensyarah.
PERSATUAN PELUKIS
MALAYSIA
   Ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-pelukis Nasional

   Bertukar nama ke Persatuan Pelukis Malaysia pada tahun 1980.

   Objektif:
    -memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan yang
      mewakili pelukis
    -Memajukan perkembangan seni lukis di Malaysia
    -Menjadikan seni lukis sebagai elemen yang penting dalam perancangan
     pembangunan negara
    -Menjadi unsur tenaga daya kreatif yang penting ke arah kesempurnaan jiwa bangsa dan
      nadi negara

   Jawatankuasa peringkat awal PPM
    Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff, Ruzaikha
    Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian Seng, Hassim Hassan dll.

     Aktiviti:
    -mengadakan Pameran Perdana
    -Menngadakan khidmat nasihat kepada pelukis-pelukis yang ingin mengadakan pameran
    -Mengadakan ceramah, bengkel dan seminar tentang seni lukis
    -Menerbitkan majalah seni

   Persatuan ini tidak terikat dengan aliran-aliran atau pengaruh tertentu, ahli-ahli
    berkarya mengikut gaya masing-masing

   PPM dikatakan sebagai payung kepada pelukis-pelukis
    Malaysia kerana kemampuannya menggabungkan pelukis-pelukis Malaysia untuk
    menjalankan aktiviti yang memenuhi hasrat memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis.
KUMPULAN ANAK ALAM
   Ditubuhkan pada Mei 1974 sebagai kumpulan serpihan APS.

   Pengasasnya: Abdul Latiff Mohidin

   Aktiviti kumpulan meliputi bidang seni lukis, kesusasteraan dan teater.

   Mereka mengenepikan realiti untuk membentuk sesuatu yang berterusan serta
    mengubah kesedaran manusia dengan berbagai-bagai cara bagi merasai
    alam semesta. Mereka bertindak dengan agrersif dan mahukan satu bentuk
    dan gaya baru dalam berkarya.

   Gaya catan banyak dipengaruhi oleh gaya abstrak ekspresionis dan mereka
    berani membuat eksprimen tanpa mempedulikan kritikan yang diterima.

   Ahli kumpulan berkarya dan tinggal bersama-sama, menekankan semangat
    kebebasan romantik, menitikberatkan peranan individu, kederiaan tetapi
    sentiasa menyedari ragam tan tempo estetika sezaman

   Ahli-ahli yang aktif: Abdul Latiff Mohidin, Khalil Ibrahjim, Ismail
    Abdullah, Mustapha Hj. Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali Rahamad, Siti
    Zainon dan lain-lain
Syed Ahmad Jamal

Mohamad Hoessein Enas

Abdul Latiff Mohidin

Yong Mun Seng

Redza Piyadasa

Harun Mokhtar

Awang Damit Ahmad
Syed Ahmad Jamal
1.   Beliau dilahirkan di Bandar Maharani (Muar) pada tahun 1929.
2.   Beliau telah meneruskan pelajaran peringkat tinggi di
     - Chelsea School of Art (1951-1955),
     - Institute of Education, London University (1955-1956)
     - School of Art Institute Chicago (1963-1964)
     - University of Hawaai, Honolulu (1973-1974).
3.   Beliau juga merupakan pelopor aliran ekspressionisme abstrak di
     Malaysia pada tahun 1960-an.
4.   Dalam pandangan beliau terhadap seni, beliau mengatakan
     bahawa sesebuah karya perlulah dilihat sebagai sesuatu yang
     memiliki kewujudan, mistik dan makna tersendirinya.
5.   Beliau juga berpendapat bahawa seni yang terhasil daripada alam
     khayalan dalaman perlu diluahkan dengan kerelaan dan bermotif
     serta bersifat individualistik. Melalui kaedah ini, pemikiran pelukis
     dapat diluahkan secara langsung dan bebas.
6.   Beliau juga aktif dalam bidang penulisan akhbar, kertas kerja, forum
     dan buku ilmiah berkaitan seni tampak.
7.   Penglibatan dan sumbangan beliau dalam seni tanah air telah diiktiraf oleh
     pihak kerajaan dengan penganugerahan Anugerah Seniman Malaysia serta
     dianugerah sebagai Anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN)
Karya-karya Syed Ahmad
  Jamal



  Harapan 1962         Umpan 1959         Gunung Ledang 1978     Jendela Angkasa 1959
Media : Cat Minyak   Media : Cat Minyak    Media : Cat Minyak      Media : Cat Minyak




  Mandi Laut           Sidang Roh             Duel In The Snow       Catch a Falling Star
Mohamad Hoessein

    Enas di Bogor (Jawa) Indonesia
    Beliau dilahirkan
     pada tahun 1924 dan berhijrah ke Malaysia pada
     tahun 1947.

   Beliau tidak pernah menerima kursus secara formal di mana-mana
    institusi seni.
   Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan
    naturalistik dengan menonjolkan figura dan potret yang bertemakan
    budaya tempatan.
   Hasil-hasil karya beliau menonjolkan wajah-wajah yang membawa
    mesej kebudayaan tempatan dengan melalui penampilan pakaian dan
    kegiataan sosial masyarakat Malaysia pada masa itu.
   Karya beliau banyak menggunakan media pastel dan minyak.
   Beliau turut mengasaskan Majlis Kesenian Melayu yang kemudian
    ditukar kepada Angkatan Pelukis Semenanjung yang bergerak dalam
    pelbagai bidang kesenian seperti tarian, muzik, seni tampak, seni
    sastera dan seni lakonan.
   Pada tahun 1990, lima tahun sebelum kematian beliau, Mohammed
    Hoessein Enas telah diperakui dengan gelaran „Royal Portrait Painter‟
    (Pelukis Potret Diraja) oleh Sultan Selangor.
Karya-karya Mohamad Hoessein
Enas



 Gadis Penumbuk Padi 1959    Gadis Melayu (1950)
    Media : Cat Minyak       Media : Cat Minyak




   Morning Mist (1990)      Pengantin Perempuan Iban (1963)
   Media : Cat Minyak       Media : Cat Minyak
Abdul Latiff Mohidin
   Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1941.
   Beliau mendapat pendidikan di
    - Hochschule fur Bidlende Kunste, Berlin(1960-1964)
    - Atelier La Courrier, Paris (1968),
    - Pratt Graphic Centre,New York (1970)
 Beliau dikenali sebagai artis dua dunia seni, iaitu:
  a. Seni Halus
  b. Puisi (puisi terkenalnya adalah “Sungai Mekong”)
 Hasil-hasil karya beliau jelas menggambarkan persamaan pemikirannya.
  Sajaknya pula digambarkan sebagaimana ia melukis, iaitu soal-soal
  seperti warna, ruang dan masa yang diluahkan dalam lukisan dan
  sajaknya.
   Beliau merupakan pengasas Kumpulan Anak Alam pada Mei 1974
   Beliau memenangi pelbagai anugerah seperti
    - S.E.A Writer Award di Bangkok (1984)
    - Guest Artist Award, Anugerah Puisi Putra 1 (1980)
    - John D. Rockfeller 3rd Fund, New York (1970)
Karya-karya Abdul Latiff
Mohidin
         Pago-pago         Two Standing Figure
         (1984)            (1968)
         Media :           Media : Cat Minyak
         Cat Minyak




         Rawa rawa 2
                              Twilight Imago
         (1998)
                              (1968)
         Oil on Canvas
                              Media : Cat
                              Minyak
Yong Mun
Seng
   Beliau dilahirkan di Kuching
    Sarawak pada tahun 1896.
   Beliau mendapat pendidikan di Negara China
    dan terdedah dengan lukisan China
   Beliau menggunakan bahan media cat air dan
    cat minyak.
   Kebanyakan karya beliau adalah bertemakan
    bumi Malaysia.
   Beliau turut menjadi perintis seni lukis moden
    Malaysia bernama Abdullah Ariff
Karya-karya Yong Mun
Seaside Village (1950)




        Seng


               Down (1955)               Rumah Atap Di Tepi Laut (1960)
               Media: Cat Air            Media : Cat Air




                   Self Portrait" 1941    Seaside Village 1950
                   Media : Cat Air        Media : Cat Air
Redza
    Piyadasa
    Beliau dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939.

   Beliau merupakan seorang pengkritik seni halus
    yang terkenal.
   Beliau menerima pendidikan di
    - Malayan Teacher College
    - Brinsford Lodge
    - Wolverhampton, England(1958-1959)
    - Hornsey College of Art, London, England(1967)
    - University Of Hawaii,Honolulu, Hawaii (1975-1977)

   Menerusi karyanya, beliau banyak mengingatkan kita kepada
    masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya contohnya,
    penghijrahan dan asimilasi budaya, sejarah politik dan sosial serta
    tradisi dan warisan tempatan.

   Terdapat beberapa karya beliau yang dipersembahkan secara gambar
    foto dengan imej menghadap ke depan.
Karya-karya Redza Piyadasa




 Haji Family (1986)
 Media : Campuran
                      Baba Family (1986)
                      Media:Campuran
Harun

     Mokhtar
    Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Selangor
    pada tahun 1963.
   Beliau mendapatkan pedidikan di
    Institut Teknologi Mara(1983-1987)
   Hasil karya beliau banyak menggambarkan tentang manusia dan kebudayaan
    yang diwarisi melalui media catan.

   Beliau turut mengaplikasikan prinsip rekaan dalam catan.

   Selain itu, penerapan nilai-nilai murni juga ditonjolkan melalui watak-watak
    dalam keluarga dan jiran tetangga juga terdapat dalam karya beliau.
   Catan beliau menggunaan teknik kecatan(painterly) dan menerapkan nilai-nilai
    dekorasi, terutamanya melalui latar belakang dalam bentuk seni bina.

   Beliau juga mendapat anugerah seperti
    - Anugerah Utama, Bakat Muda Sezaman,
    - Balai Seni Lukis Negara dan Anugerah Utama,
    - Art&Design Competition,Institut Teknologi Mara.
    - Saguhati Mekarcitra 50 Tahun Kemerdekaan (2007)
Karya-karya Harun Mokhtar




Media: Cat Air                            Media : Cat Air




                 Kerbau (2007) Media : Cat Air
AWANG DAMIT
AHMAD
   Beliau dilahirkan di Kuala Penyu, Sabah
     pada tahun 1956.
   Beliau telah mengambil kursus seni halus di UITM
    (School of Art and Design of ITM) dan telah dipilih
    sebagai pelajar terbaik pada tahun 1983.
   Selain itu, beliau meneruskan pelajarannya di
    Catholic University of America in Washington DC
    pada tahun 1988 dan berjaya memperoleh Master's
    Degree in Fine Art pada tahun 1990.
   Kini, beliau merupakan seorang pensyarah seni
    halus UITM.
   Beliau turut menyandang jawatan penting seperti
    Curator of the Art Gallery dan Ketua Jabatan Seni
    Halus sebelum menjadi Associate Professor pada
    tahun 2000.
Karya-karya Awang Damit
Ahmad




                       IRAGA PERJALANAN
                       UTARA YANG RAPUH
                       DAN TERHAKIS
    IRAGA PERJALANAN   Mixed On Canvas
    UTARA II/08        (2008)
    Mixed On Canvas
    (2008)
Institut Perguruan Sultan Idris (SITC)

Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK)

Akademi Seni Nanyang

Institut Teknologi Mara

Institut-institut Swasta
Institut Perguruan Sultan Idris
(SITC)


   Ditubuhkan pada tahun 1922 bertempat di
    Tanjung Malim, Perak.
   SITC = Sultan Idris Training College
   Objektif
    i. Menyediakan guru-guru yang boleh mengajar
    mata pelajaran seni di Sekolah Rendah Melayu
    bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1930-
    an dan 1940-an
   Sukatan pelajaran merangkumi : Lukisan,
    Catan, Grafik, Kraf tangan.
Maktab Perguruan Ilmu Khas
(MPIK)
    Ditubuhkan pada tahun 1960
      di Kuala Lumpur.
    Ciri-ciri kursus
    i. Terbuka kepada guru terlatih
       yang berpengalaman.
    ii. Kursus sepenuh masa
        bertempoh 1 tahun ditawarkan
    Jabatan Pendidikan Seni diketuai oleh Peter Harris dan
     kakitangan terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng,
     Anthony Lau, Lee Joo For, Jolly Koh.
    Objektif :
     Melahirkan guru-guru seni berpengalaman luas tentang selok-
     belok aspek seni halus, seni grafik dan kraf tangan.
    Insentif seperti tawaran melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di
     universiti luar negara ditawarkan kepada guru cemerlang.
    Pelukis terkenal daripada MPIK adalah seperti: Redza Piyadasa,
     Othman Mansor, Ahmad Khalid Yusof, Dr. Chew Teng Beng dan
     lain-lain
Akademi Seni Nanyang
   Ditubuhkan pada tahun 1937 di Singapura.
   Pengasasnya ialah Lim Hak Tai (pengetua 1937-1963)
   Pada peringkat awal penubuhan, hanya terdapat 14
    pelajar dan 4 pensyarah sepenuh masa iaitu, Lim Hak Tai (cat air&cat
    minyak) Kao Fei Tse (asas lukisan) Chang Meng Tee (grafik) Chung Ting
    Wei (pensyarah sambilan)
   Pernah ditutup semasa Perang Dunia Kedua dan mengalami masalah
    kewangan pada 1946.
   Kursus yang ditawarkan adalah mengikut model akademi Beaux-arts
    (iaitu akademi seni halus kerajaan Perancis yang dianggap sebagai
    institut yang paling penting di dunia)
   Kursus diploma yang bertempoh 3 tahun diperkenalkan pada 1950-an
   Pelukis keluaran Akademi Seni Nanyang seperti : Cheah Yew Saik, Jehan
    Chan, Kuo Ju Ping, Lai Foong Moi, Tew Nai Tong dan lain-lain.
   Gaya catan dipengaruhi oleh catan Eropah seperti aliraan impresionis,
    post-impresionis, kiubisme, ekspresionisme dan juga gaya lukisan dan
    catan Cina
Institut Teknologi Mara
   Ditubuhkan pada tahun 1967 di Kuala Lumpur
   Objektif
   i. Memperkembangkan kecenderungaan dan bakat individu
    pelajar dalam bidang seni.
  ii. Menyediakan pelajar bagi mendapatkan pekerjaan yang
    baik dalam sektor awam dan swasta.
 iii. Menyebarkan kesedaran bari perubahan terhadap alam
    sekitar, kebudayaan dan masyarakat.
 iv. Melahirkan usahawan Melayu dalam seni tertentu dengan
    mengadakan latihan kemahiran secara profesional hingga
    peringkat diploma.
 Kursus seperti : Seni halus, grafik, logam, foto, tekstil, reka
    fesyen, reka industri,tembikar dan pendidikan seni bagi
    diploma perguruan turut ditawarkan.
 Pelukis-pelukis terkenal seperti : Syarifah Fatimah Syed
    Zubir, Ruzaika Omar Basree, Dzulkifi Buyong,Amron Omar,
    Ponirin Amin dan lain-lain.
Institut-institut Swasta
   Kini banyak institut ataupun universiti swasta telah
    banyak menawarkan kursus-kursus seni sama ada
    peringkat diploma dan sijil, atau Ijazah Sarjana
    Muda Sastera dalam program berkembar dengan
    universiti luar negara.

   Kursus yang ditawarkan adalah seperti bidang seni
    halus, seni grafik, catan Cina, Arca, tembikar, muzik,
    fotografi, seni reka fesyen, seni reka hiasan
    dalaman, grafik komputer, multimedia dan lain-lain.

   Contoh institut swasta adalah seperti Kolej Seni
    Lukis Kuala Lumpur (KLCA), Institut Seni Lukis
    Malaysia(MIA), Saito Academy of Graphic Design,
    Limkokwing University, College of Creative
    Technology, The One Academy of Communication
    Design dan lain-lain
UIZ !!!
SOALAN 1
    Berikut yang manakah 3 karya
       Syed Ahmad Jamal ???
  I          II      III       IV




JAWAPAN : I, III dan IV
SOALAN 2

  Yong Mun Seng berasal dari
        negeri mana???


       JAWAPAN :
   KUCHING, SARAWAK
Soalan 3
 Adakah pelukis terkenal Hoessein Enas
   dilahirkan di Malaysia? Kalau bukan,
       manakah negara asalnya???

              JAWAPAN
 TIDAK. Beliau berasal daripada
        Bogor, Indonesia.
Buku
1. Rahmat Salihon (2005). Teks Lengkap
   Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.
   Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti.
2. Kathleen Chee (2012). Fokus Sukses SPM
   Tingkatan 4 & 5. Selangor Darul Ehsan:
   Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Internet
1. http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-
    326309.html
2. http://senismkcs.blogspot.com/2011/03/tokoh-
    seni-malaysia.html
Sekian Terima
    Kasih

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance asihwiniy viniy
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratIzzat Hakim
 
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan PenutupUlangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan PenutupNorhayati Ismail
 
Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)
Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)
Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Mcc Goh
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seniMuhammad Ismail
 
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
Media dan teknik
Media dan teknikMedia dan teknik
Media dan teknikilaazmil2
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digitalzainiaman
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanFairuz Alwi
 

Was ist angesagt? (20)

Poster
PosterPoster
Poster
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Kraf
KrafKraf
Kraf
 
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan PenutupUlangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
 
Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)
Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)
Kuliah 10 2016 kritikan seni visual (STPM)
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
 
Post Impresionisme
Post ImpresionismePost Impresionisme
Post Impresionisme
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
Media dan teknik
Media dan teknikMedia dan teknik
Media dan teknik
 
Seni Arca
Seni ArcaSeni Arca
Seni Arca
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
 

Ähnlich wie Sejarah Seni Visual Malaysia

Perkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysiaPerkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysiaIPGKTI
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALMaryam Ahmad
 
Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)
Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)
Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Seni Lukis Moden di Malaysia.pptx
Seni Lukis Moden di Malaysia.pptxSeni Lukis Moden di Malaysia.pptx
Seni Lukis Moden di Malaysia.pptxsabariahrafie
 
Syed ahmad jamal
Syed ahmad jamalSyed ahmad jamal
Syed ahmad jamalHasni Hamid
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaNorhayati Ismail
 
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)Mcc Goh
 
Dato ibrahim hussien
Dato ibrahim hussienDato ibrahim hussien
Dato ibrahim hussienartziq
 
Akedemi nanyang
Akedemi nanyangAkedemi nanyang
Akedemi nanyangfazrul
 
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2
Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2
Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2Norhayati Ismail
 
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEzad Azraai Jamsari
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia ArifahAzlanShah2
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
SENI VISUAL STPM .Seni pelaburan
SENI VISUAL STPM .Seni pelaburanSENI VISUAL STPM .Seni pelaburan
SENI VISUAL STPM .Seni pelaburanzainiaman
 

Ähnlich wie Sejarah Seni Visual Malaysia (20)

Perkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysiaPerkembangan pendidikan seni di malaysia
Perkembangan pendidikan seni di malaysia
 
Sejarah seni visual
Sejarah seni visualSejarah seni visual
Sejarah seni visual
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENAL
 
Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)
Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)
Kuliah 2 2016 penaungan teori seni visual (STPM)
 
Seni Lukis Moden di Malaysia.pptx
Seni Lukis Moden di Malaysia.pptxSeni Lukis Moden di Malaysia.pptx
Seni Lukis Moden di Malaysia.pptx
 
Syed ahmad jamal
Syed ahmad jamalSyed ahmad jamal
Syed ahmad jamal
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
 
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
 
Dato ibrahim hussien
Dato ibrahim hussienDato ibrahim hussien
Dato ibrahim hussien
 
Akedemi nanyang
Akedemi nanyangAkedemi nanyang
Akedemi nanyang
 
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
 
Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2
Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2
Kuliah 6 Sejarah Seni di Malaysia 2
 
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Kump. 5
Kump. 5Kump. 5
Kump. 5
 
sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2
 
SENI VISUAL STPM .Seni pelaburan
SENI VISUAL STPM .Seni pelaburanSENI VISUAL STPM .Seni pelaburan
SENI VISUAL STPM .Seni pelaburan
 
Sivik
SivikSivik
Sivik
 
Karya seni india
Karya seni indiaKarya seni india
Karya seni india
 

Kürzlich hochgeladen

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 

Kürzlich hochgeladen (12)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 

Sejarah Seni Visual Malaysia

  • 1.
  • 2. Perkembangan Seni Di Malaysia Sejarah pada tahun 30-40an  Seni halus Malaysia bermula pada sekitar 1930-an dengan terciptanya karya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, dan tokoh-tokoh lain.  Pada masa itu, pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada tradisi atau aliran agung dari Barat.  Pendedahan hanya tertumpu pada karyawan di sekeliling mereka dan penghasilan rakan seperjuangan.  Disebabkan mereka tidak berpeluang mendapat bimbingan, kebanyakan hasil karya mereka adalah mentah dan tidak halus.
  • 3. Sejarah pada tahun 50-an  Pada awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia dan tokoh-tokoh.  Pelukis asing yang aktif ialah Chuah Thean Teng (China) dan Mohd. Hoessein Enas (Indonesia). Mereka kemudian menetap di Malaysia.  Namun alam seni halus Malaysia masih dalam keadaan yang suram dan kurang memberangsangkan. Karya-karya seni dalam pameran jarang dibeli dan pameran yang diadakan sekali-sekala juga cepat dilupakan disebabkan kurangnya publisiti dan ulasan melalui media massa.
  • 4.  Pada tahun 1952, Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari UK selepas mendapat pendedahan di luar negara telah memperkenalkan konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni halus tempatan, The Penang Art Teacher‟s Council telah ditubuhan di bawah bimbingan beliau.  Dalam tahun 1950-an banyak penubuhan telah ditubuhkan antaranya: i. Wednesday Art Group ii. Selangor Art Society iii. Angkatan Pelukis Semenanjung iv. Thursday Art Group
  • 5. Kumpulan pelukis keluaran Akedemi Seni Nanyang seperti Lai Foong Moi, Khoo Sui-Ho, Cheah Yew Saik, dan lain-lain telah membawa balik gaya yang dipengaruhi oleh beraneka aliran catan Eropah dan juga catan Cina.  Menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi suatu simbol yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Alam seni Malaysia mula beubah daripada bertaraf picisan kepada bertaraf antarabangsa.  Kesedaran baru, sikap tanggungjawab, dan pembangunan seni lukis adalah selaras dengan kewajipan dan penglibatan pelukis disebabkan pelukis tanah air telah mendapat pendidikan seni secara formal di luar negara.  Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 sangat bermakna bagi para pelukis tanah air. Pelukis-pelukis tempatan mula mendapat sokongan yang positif serta pengiktirafan, dan ini menambahkan keyakinan karyawan
  • 6. Sejarah pada tahun 1960an  Penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960 telah memberi peluang kepada guru-guru yang berpengalaman untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni melalui kursus sepenuh masa selama setahun.  Penuntut yang berbakat besar akan diberi peluang untuk dihantar menghadiri kursus penuh di luar negara. Usaha kerajaan ini telah melahirkan sekumpulan guru seni yang lebih mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan seni.  Kakitangan akademik seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal , Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan tokoh-tokoh lain seperti Ismail Zain dan kumpulan telah memainkan peranan penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
  • 7. Tokoh-tokoh ini telah membuka jalan bagi deria baru sikap pengajaran seni lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada daya cipta, dan membuka ruang bagi luahan pemikiran.  Gaya catan beraneka daripada aliran realisme kepada impresionisme dan ekspresionisme kepada abstrak ekspresionisme mengikut pengaruh dan pendedahan setiap karyawan.  Pandangan-pandangan yang kritikal turut dilahirkan terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa seperti perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya.  Karya-karya yang bermutu tinggi dan matang muncul . Acara seni lukis diutamakan dan pameran seni kerap dirasmikan oleh para menteri atau orang kenamaan dengan meliputi pelbagai media massa.  Semangat pelukis Malaysia bertambah baik kerana berpeluang menyertai pelbagai jemputan pameran yang besar di seberang laut.  Penubuhan Institut Teknologi Mara pada 1967 telah melahirkan sekumpulan pendidik seni serta usahawan Melayu dalam bidang seni di Malaysia.  Antara pelukis terkenal daripada ITM adalah seperti : Ruzaika Omar Basree, Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain.
  • 8.  Seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia apabila menjelang kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.  Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia semenjak beliau menjadi setiausaha selama sepuluh tahun ini kerana beliau berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.  Balai Seni Lukis Negara dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya pelukis tempatan seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.
  • 9. Sejarah pada tahun 1970an  Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.  Catan “hard-edge” yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.  Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.  Pelukis Malaysia generasi kedua tahun 1970-an telah meninggikan taraf seni cetakan. Karya catan yang wujud juga mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.
  • 10. Pertubuhan-petubuhan Seni Sebelum Merdeka PENANG IMPRESIONALIST THE PENANG CHINESE ART CLUB THE PENANG ART TEACHER GROUP THURSDAY ART GROUP Majlis Kesenian (MK) THE WEDNESDAY ART GROUP
  • 11. PENANG IMPRESIONALIST  Ditubuhkan di pulau Pinang dalam tahun 1928  Ahli-ahlinya adalah pegawai-pegawai dagang Eropah, terutama suri-suri rumah berbangsa Inggeris  Dua orang pelukis tempatan yang menjadi penggerak iaitu: Pn. Lim Cheng Kung (isteri seorang jutawan yang memberi sumbangan kewangan kepada kumpulan ini) dan Abdullah Ariff (guru lukis kapada ahli-ahli pertubuhan)
  • 12. THE PENANG CHINESE ART CLUB  Ditubuhkan dalam tahun 1936 oleh Lee Cheng Yong, Yong Mun Sen, Tay Hooi Keat, Kuo Ju Ping dan lain-lain.  Ahli-ahli kelab terpengaruh kuat dengan sikap dan konsep romantis Inggeris kesan pendedahan kepada lukisan-lukisan 'Penang Impressionist',  Gaya catan ahli-ahli aliran realisme dan impressionisme melibatkan juga catan berus Cina.  Pertubuhan dibubarkan pada tahun 1939
  • 13. THE PENANG ART TEACHER GROUP  Ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah naungan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang  Ahlinya Tay Hooi Keat merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima biasiswa Kementerian Pelajaran untuk menuntut di luar negara dalam jurusan Seni Halus di Camberwell School of Art London
  • 14. Majlis Kesenian (MK)  Ditubuhkan pada tahun 1952 oleh mereka yang sedar akan kepentingan menjaga, menggiatkan dan meperbaharui seni dan pertukangan tempatan  Objektif a. Bertanggungjawab memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti seni seperti muzik, drama, dan seni rupa b. Menjaga seni seni dan pertukangan tempatan c. Menggalak dan mengembangkan pengetahuan dan amalan seni yang lebih luas di Persekutuan tanah melayu  Majlis ini menerima bantuan tahunan daripada pihak kerajaan. Pengasas MK ialah Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji Abbas.  Sumbangan MK: a. mempromosi aktiviti kesenian di peringkat kebangsaan b. menaja pameran-pameran seni lukis Malaysia di negara-negara asing c. Pertubuhan awam yang pertama menggesa kerajaan mepertimbangkan keperluan penubuhan Balai seni Lukis Negara dan Sekolah Seni Negara
  • 15. THURSDAY ART GROUP  Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957  Diketuai oleh Tay Hooi Keat  Ahli-ahlinya: Tay Hooi Keat, Abdullah Arif, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juen, William K.K Lau, dan lain-lain  Objektif persatuan: memperkenalkan konsep-konsep seni lukis yang baru  Aktiviti: mengadakan kelas-kelas lukisan pada setiap hari Khamis dan Sabtu bagi pelukis-pelukis muda serta mengadakan sesi perbincangan dan pameran-pameran.  Corak organisasi hampir sama dengan Wednesday Art Group
  • 16. THE WEDNESDAY ART GROUP  Ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur.  Pengasasnya Perter Harris bertugas sebagai pengawas seni lukis Jabatan Pelajaran  Ahli-ahlinya : Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam, Hajeddar Abdul Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, Laiu Siat Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat dan lain-lain.  Tema kumpulan : „Seni sebagai wadah Ekpresi Diri „. Kumpulan ini memperkenalkan estetika dan cara seni lukis kepada golongnan muda dan yang berminat terutamanya guru-guru seni lukis. Turut memperkenalkan “gouache” bahan yang lebih liut dari cat air serta penggunaan berus yang besar dan keras menggantikan berus yang halus dan lembut.  Aktiviti Mengadakan aktiviti pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan figura, gubahan dan lakonan  Gaya catan: aliran impresionis, post impresionis dan gaya tersendiri  Asas Falsafah yang disemai oleh kumpulan ini menjadi tanaga pembimbing dalam bidang seni lukis hari ini.
  • 17. MAJLIS KESENIAN MELAYU PERSATUAN PELUKIS MALAYSIA KUMPULAN ANAK ALAM
  • 18. MAJLIS KESENIAN MELAYU  Ditubuhkan pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaung.  Pada tahun 1959 diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) Pada tahun 1964 diubah: Angkatan Pelukis SeMalaysia.  Ahli-ahli pada peringkat awalnya: Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Kemudiannya: Mazli Mat Som dan Syed Ahmad Jamal  Objektif i. Menyatupadukan pelukis-pelukis dan peminat-peminat seni lukis di seluruh tanah air ii. Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan iii. Berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabanngasa.  Ciri-ciri istimewa APS : catan berbentuk manusia secara realis menggunakan media cat minyak dan pastel. Mempunyai pengikut yang ramai daripada kalangan pelukis berpendidikan Melayu. Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur.  Aktiviti-aktiviti: Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas Kelas Arca oleh Idris Salam Kelas grafik oleh Zakaria Noor Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas-kelas diajar dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis terkemuka yang kebanyakannya pensyarah-pensyarah.
  • 19. PERSATUAN PELUKIS MALAYSIA  Ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-pelukis Nasional  Bertukar nama ke Persatuan Pelukis Malaysia pada tahun 1980.  Objektif: -memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan yang mewakili pelukis -Memajukan perkembangan seni lukis di Malaysia -Menjadikan seni lukis sebagai elemen yang penting dalam perancangan pembangunan negara -Menjadi unsur tenaga daya kreatif yang penting ke arah kesempurnaan jiwa bangsa dan nadi negara  Jawatankuasa peringkat awal PPM Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff, Ruzaikha Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian Seng, Hassim Hassan dll. Aktiviti: -mengadakan Pameran Perdana -Menngadakan khidmat nasihat kepada pelukis-pelukis yang ingin mengadakan pameran -Mengadakan ceramah, bengkel dan seminar tentang seni lukis -Menerbitkan majalah seni  Persatuan ini tidak terikat dengan aliran-aliran atau pengaruh tertentu, ahli-ahli berkarya mengikut gaya masing-masing  PPM dikatakan sebagai payung kepada pelukis-pelukis Malaysia kerana kemampuannya menggabungkan pelukis-pelukis Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang memenuhi hasrat memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis.
  • 20. KUMPULAN ANAK ALAM  Ditubuhkan pada Mei 1974 sebagai kumpulan serpihan APS.  Pengasasnya: Abdul Latiff Mohidin  Aktiviti kumpulan meliputi bidang seni lukis, kesusasteraan dan teater.  Mereka mengenepikan realiti untuk membentuk sesuatu yang berterusan serta mengubah kesedaran manusia dengan berbagai-bagai cara bagi merasai alam semesta. Mereka bertindak dengan agrersif dan mahukan satu bentuk dan gaya baru dalam berkarya.  Gaya catan banyak dipengaruhi oleh gaya abstrak ekspresionis dan mereka berani membuat eksprimen tanpa mempedulikan kritikan yang diterima.  Ahli kumpulan berkarya dan tinggal bersama-sama, menekankan semangat kebebasan romantik, menitikberatkan peranan individu, kederiaan tetapi sentiasa menyedari ragam tan tempo estetika sezaman  Ahli-ahli yang aktif: Abdul Latiff Mohidin, Khalil Ibrahjim, Ismail Abdullah, Mustapha Hj. Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali Rahamad, Siti Zainon dan lain-lain
  • 21. Syed Ahmad Jamal Mohamad Hoessein Enas Abdul Latiff Mohidin Yong Mun Seng Redza Piyadasa Harun Mokhtar Awang Damit Ahmad
  • 22. Syed Ahmad Jamal 1. Beliau dilahirkan di Bandar Maharani (Muar) pada tahun 1929. 2. Beliau telah meneruskan pelajaran peringkat tinggi di - Chelsea School of Art (1951-1955), - Institute of Education, London University (1955-1956) - School of Art Institute Chicago (1963-1964) - University of Hawaai, Honolulu (1973-1974). 3. Beliau juga merupakan pelopor aliran ekspressionisme abstrak di Malaysia pada tahun 1960-an. 4. Dalam pandangan beliau terhadap seni, beliau mengatakan bahawa sesebuah karya perlulah dilihat sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan, mistik dan makna tersendirinya. 5. Beliau juga berpendapat bahawa seni yang terhasil daripada alam khayalan dalaman perlu diluahkan dengan kerelaan dan bermotif serta bersifat individualistik. Melalui kaedah ini, pemikiran pelukis dapat diluahkan secara langsung dan bebas. 6. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan akhbar, kertas kerja, forum dan buku ilmiah berkaitan seni tampak. 7. Penglibatan dan sumbangan beliau dalam seni tanah air telah diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan penganugerahan Anugerah Seniman Malaysia serta dianugerah sebagai Anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN)
  • 23. Karya-karya Syed Ahmad Jamal Harapan 1962 Umpan 1959 Gunung Ledang 1978 Jendela Angkasa 1959 Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Mandi Laut Sidang Roh Duel In The Snow Catch a Falling Star
  • 24. Mohamad Hoessein  Enas di Bogor (Jawa) Indonesia Beliau dilahirkan pada tahun 1924 dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1947.  Beliau tidak pernah menerima kursus secara formal di mana-mana institusi seni.  Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik dengan menonjolkan figura dan potret yang bertemakan budaya tempatan.  Hasil-hasil karya beliau menonjolkan wajah-wajah yang membawa mesej kebudayaan tempatan dengan melalui penampilan pakaian dan kegiataan sosial masyarakat Malaysia pada masa itu.  Karya beliau banyak menggunakan media pastel dan minyak.  Beliau turut mengasaskan Majlis Kesenian Melayu yang kemudian ditukar kepada Angkatan Pelukis Semenanjung yang bergerak dalam pelbagai bidang kesenian seperti tarian, muzik, seni tampak, seni sastera dan seni lakonan.  Pada tahun 1990, lima tahun sebelum kematian beliau, Mohammed Hoessein Enas telah diperakui dengan gelaran „Royal Portrait Painter‟ (Pelukis Potret Diraja) oleh Sultan Selangor.
  • 25. Karya-karya Mohamad Hoessein Enas Gadis Penumbuk Padi 1959 Gadis Melayu (1950) Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Morning Mist (1990) Pengantin Perempuan Iban (1963) Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak
  • 26. Abdul Latiff Mohidin  Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1941.  Beliau mendapat pendidikan di - Hochschule fur Bidlende Kunste, Berlin(1960-1964) - Atelier La Courrier, Paris (1968), - Pratt Graphic Centre,New York (1970)  Beliau dikenali sebagai artis dua dunia seni, iaitu: a. Seni Halus b. Puisi (puisi terkenalnya adalah “Sungai Mekong”)  Hasil-hasil karya beliau jelas menggambarkan persamaan pemikirannya. Sajaknya pula digambarkan sebagaimana ia melukis, iaitu soal-soal seperti warna, ruang dan masa yang diluahkan dalam lukisan dan sajaknya.  Beliau merupakan pengasas Kumpulan Anak Alam pada Mei 1974  Beliau memenangi pelbagai anugerah seperti - S.E.A Writer Award di Bangkok (1984) - Guest Artist Award, Anugerah Puisi Putra 1 (1980) - John D. Rockfeller 3rd Fund, New York (1970)
  • 27. Karya-karya Abdul Latiff Mohidin Pago-pago Two Standing Figure (1984) (1968) Media : Media : Cat Minyak Cat Minyak Rawa rawa 2 Twilight Imago (1998) (1968) Oil on Canvas Media : Cat Minyak
  • 28. Yong Mun Seng  Beliau dilahirkan di Kuching Sarawak pada tahun 1896.  Beliau mendapat pendidikan di Negara China dan terdedah dengan lukisan China  Beliau menggunakan bahan media cat air dan cat minyak.  Kebanyakan karya beliau adalah bertemakan bumi Malaysia.  Beliau turut menjadi perintis seni lukis moden Malaysia bernama Abdullah Ariff
  • 29. Karya-karya Yong Mun Seaside Village (1950) Seng Down (1955) Rumah Atap Di Tepi Laut (1960) Media: Cat Air Media : Cat Air Self Portrait" 1941 Seaside Village 1950 Media : Cat Air Media : Cat Air
  • 30. Redza  Piyadasa Beliau dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939.  Beliau merupakan seorang pengkritik seni halus yang terkenal.  Beliau menerima pendidikan di - Malayan Teacher College - Brinsford Lodge - Wolverhampton, England(1958-1959) - Hornsey College of Art, London, England(1967) - University Of Hawaii,Honolulu, Hawaii (1975-1977)  Menerusi karyanya, beliau banyak mengingatkan kita kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya contohnya, penghijrahan dan asimilasi budaya, sejarah politik dan sosial serta tradisi dan warisan tempatan.  Terdapat beberapa karya beliau yang dipersembahkan secara gambar foto dengan imej menghadap ke depan.
  • 31. Karya-karya Redza Piyadasa Haji Family (1986) Media : Campuran Baba Family (1986) Media:Campuran
  • 32. Harun  Mokhtar Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Selangor pada tahun 1963.  Beliau mendapatkan pedidikan di Institut Teknologi Mara(1983-1987)  Hasil karya beliau banyak menggambarkan tentang manusia dan kebudayaan yang diwarisi melalui media catan.  Beliau turut mengaplikasikan prinsip rekaan dalam catan.  Selain itu, penerapan nilai-nilai murni juga ditonjolkan melalui watak-watak dalam keluarga dan jiran tetangga juga terdapat dalam karya beliau.  Catan beliau menggunaan teknik kecatan(painterly) dan menerapkan nilai-nilai dekorasi, terutamanya melalui latar belakang dalam bentuk seni bina.  Beliau juga mendapat anugerah seperti - Anugerah Utama, Bakat Muda Sezaman, - Balai Seni Lukis Negara dan Anugerah Utama, - Art&Design Competition,Institut Teknologi Mara. - Saguhati Mekarcitra 50 Tahun Kemerdekaan (2007)
  • 33. Karya-karya Harun Mokhtar Media: Cat Air Media : Cat Air Kerbau (2007) Media : Cat Air
  • 34. AWANG DAMIT AHMAD  Beliau dilahirkan di Kuala Penyu, Sabah pada tahun 1956.  Beliau telah mengambil kursus seni halus di UITM (School of Art and Design of ITM) dan telah dipilih sebagai pelajar terbaik pada tahun 1983.  Selain itu, beliau meneruskan pelajarannya di Catholic University of America in Washington DC pada tahun 1988 dan berjaya memperoleh Master's Degree in Fine Art pada tahun 1990.  Kini, beliau merupakan seorang pensyarah seni halus UITM.  Beliau turut menyandang jawatan penting seperti Curator of the Art Gallery dan Ketua Jabatan Seni Halus sebelum menjadi Associate Professor pada tahun 2000.
  • 35. Karya-karya Awang Damit Ahmad IRAGA PERJALANAN UTARA YANG RAPUH DAN TERHAKIS IRAGA PERJALANAN Mixed On Canvas UTARA II/08 (2008) Mixed On Canvas (2008)
  • 36. Institut Perguruan Sultan Idris (SITC) Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Akademi Seni Nanyang Institut Teknologi Mara Institut-institut Swasta
  • 37. Institut Perguruan Sultan Idris (SITC)  Ditubuhkan pada tahun 1922 bertempat di Tanjung Malim, Perak.  SITC = Sultan Idris Training College  Objektif i. Menyediakan guru-guru yang boleh mengajar mata pelajaran seni di Sekolah Rendah Melayu bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1930- an dan 1940-an  Sukatan pelajaran merangkumi : Lukisan, Catan, Grafik, Kraf tangan.
  • 38. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK)  Ditubuhkan pada tahun 1960 di Kuala Lumpur.  Ciri-ciri kursus i. Terbuka kepada guru terlatih yang berpengalaman. ii. Kursus sepenuh masa bertempoh 1 tahun ditawarkan  Jabatan Pendidikan Seni diketuai oleh Peter Harris dan kakitangan terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Jolly Koh.  Objektif : Melahirkan guru-guru seni berpengalaman luas tentang selok- belok aspek seni halus, seni grafik dan kraf tangan.  Insentif seperti tawaran melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di universiti luar negara ditawarkan kepada guru cemerlang.  Pelukis terkenal daripada MPIK adalah seperti: Redza Piyadasa, Othman Mansor, Ahmad Khalid Yusof, Dr. Chew Teng Beng dan lain-lain
  • 39. Akademi Seni Nanyang  Ditubuhkan pada tahun 1937 di Singapura.  Pengasasnya ialah Lim Hak Tai (pengetua 1937-1963)  Pada peringkat awal penubuhan, hanya terdapat 14 pelajar dan 4 pensyarah sepenuh masa iaitu, Lim Hak Tai (cat air&cat minyak) Kao Fei Tse (asas lukisan) Chang Meng Tee (grafik) Chung Ting Wei (pensyarah sambilan)  Pernah ditutup semasa Perang Dunia Kedua dan mengalami masalah kewangan pada 1946.  Kursus yang ditawarkan adalah mengikut model akademi Beaux-arts (iaitu akademi seni halus kerajaan Perancis yang dianggap sebagai institut yang paling penting di dunia)  Kursus diploma yang bertempoh 3 tahun diperkenalkan pada 1950-an  Pelukis keluaran Akademi Seni Nanyang seperti : Cheah Yew Saik, Jehan Chan, Kuo Ju Ping, Lai Foong Moi, Tew Nai Tong dan lain-lain.  Gaya catan dipengaruhi oleh catan Eropah seperti aliraan impresionis, post-impresionis, kiubisme, ekspresionisme dan juga gaya lukisan dan catan Cina
  • 40. Institut Teknologi Mara  Ditubuhkan pada tahun 1967 di Kuala Lumpur  Objektif i. Memperkembangkan kecenderungaan dan bakat individu pelajar dalam bidang seni. ii. Menyediakan pelajar bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dalam sektor awam dan swasta. iii. Menyebarkan kesedaran bari perubahan terhadap alam sekitar, kebudayaan dan masyarakat. iv. Melahirkan usahawan Melayu dalam seni tertentu dengan mengadakan latihan kemahiran secara profesional hingga peringkat diploma.  Kursus seperti : Seni halus, grafik, logam, foto, tekstil, reka fesyen, reka industri,tembikar dan pendidikan seni bagi diploma perguruan turut ditawarkan.  Pelukis-pelukis terkenal seperti : Syarifah Fatimah Syed Zubir, Ruzaika Omar Basree, Dzulkifi Buyong,Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain.
  • 41. Institut-institut Swasta  Kini banyak institut ataupun universiti swasta telah banyak menawarkan kursus-kursus seni sama ada peringkat diploma dan sijil, atau Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam program berkembar dengan universiti luar negara.  Kursus yang ditawarkan adalah seperti bidang seni halus, seni grafik, catan Cina, Arca, tembikar, muzik, fotografi, seni reka fesyen, seni reka hiasan dalaman, grafik komputer, multimedia dan lain-lain.  Contoh institut swasta adalah seperti Kolej Seni Lukis Kuala Lumpur (KLCA), Institut Seni Lukis Malaysia(MIA), Saito Academy of Graphic Design, Limkokwing University, College of Creative Technology, The One Academy of Communication Design dan lain-lain
  • 43. SOALAN 1 Berikut yang manakah 3 karya Syed Ahmad Jamal ??? I II III IV JAWAPAN : I, III dan IV
  • 44. SOALAN 2 Yong Mun Seng berasal dari negeri mana??? JAWAPAN : KUCHING, SARAWAK
  • 45. Soalan 3 Adakah pelukis terkenal Hoessein Enas dilahirkan di Malaysia? Kalau bukan, manakah negara asalnya??? JAWAPAN TIDAK. Beliau berasal daripada Bogor, Indonesia.
  • 46. Buku 1. Rahmat Salihon (2005). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti. 2. Kathleen Chee (2012). Fokus Sukses SPM Tingkatan 4 & 5. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Internet 1. http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid- 326309.html 2. http://senismkcs.blogspot.com/2011/03/tokoh- seni-malaysia.html
  • 47. Sekian Terima Kasih