SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
Contents
REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN......................................................................................... 1
Model Assure ................................................................................................................................................ 5
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran ................................................................................................ 5
Model ASSURE .............................................................................................................................................. 6
   1. Analisis Pelajar ...................................................................................................................................... 6
   2.Ciri-ciri umum pelajar ............................................................................................................................ 6
   3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber ...................................................................................... 8
   4. Gunakan Media dan Bahan Sumber ..................................................................................................... 9
   5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran .................................................................................................. 9
   6. Nilai dan Semak Semula ........................................................................................................................ 9
MODEL ADDIE ......................................................................................................................................... 10
Analisis ........................................................................................................................................................ 10
Reka Bentuk Perisian .................................................................................................................................. 11




REKA BENTUK PENGAJARAN

 PENGENALAN

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perludifikirkan oleh
pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga
di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik
perlu memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan
merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk
pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut
Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum
memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran
bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.


 REKA BENTUK PENGAJARAN

                                                                                 1
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi
pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang
boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi
keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan
pembelajaran.

Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu
displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses
pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan
spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001)
menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajar
bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif
(2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi
hasil pembelajaran.

Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:


i. Menentukan pencapaian objektif

ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai


iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar


iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar


v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran


vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka
bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:


       i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan
       pembelajaran
       ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan
       pembelajaran dengan sistematik


       iii.   Dapat   menilai   komponen    dan   urutan    aktiviti   pengajaran   dan   pembelajaran




                                                  2
Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu
pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakannpembentukanperisian. Secara
umumnya, model yang digunakan dalammembangunkan perisiannberasal adalah daripada kejuruteraan
perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai modelndiperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya
proses yangn dicadangkan hampir sama.

Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka
bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah:

i. Model ADDIE

ii. Model ASSURE

iii. Model Hanaffin and Peck

iv. Model Robert Glasea

v. Model Branson

vi. Model Resier and Dick

vii. Model Van Patten

viii. Model Gentry

ix. Model Dick and Carey

x. Model Air Terjun

xi. Model Prototyping

xii. Model Smith and Ragan

xiii. Model Jerold Kemp

xiv. Model Gerlach and Ely

xv. Model Diamon




Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
       i.     Model berorentasikan bilik darjah
       ii.    Model orentasi produk
       iii.   Model orentasi system
       iv.    iv. Model orentasi teknologi



                                                 3
Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajarandalam bilik darjah
serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dan
kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaranberorentasikan bilik darjah ini ialah Model
ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.


Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk
pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian,
produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada
percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).


Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu
kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar.
Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang
banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick
and Carey (1996).

Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan
dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi
tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk
pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping
(1998)




                                                  4
Model Assure



Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

   Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai
media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model
yang sesuai.

    Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.
Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku
secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang
berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara
berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah

   1.   Tarik perhatian pelajar.
   2.   Beritahu objektif pembelajaran.
   3.   Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
   4.   Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.
   5.   Bimbing pembelajaran pelajar.
   6.   Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
   7.   Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
   8.   Taksir pencapaian pelajar.
   9.   Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.

Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan
penggunaan media.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media
dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media
dalam bilik darjah masing-masing.




                                              5
Model ASSURE

Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.




   1.   Analyse Learners (Analisis Pelajar)
   2.   State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
   3.   Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
   4.   Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
   5.   Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
   6.   Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang
pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-
aspek berikut:

   1. Ciri-ciri umum pelajar.
   2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
   3. Gaya belajar


Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan,
budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis
pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu
pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada
                                              6
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia
ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan
dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi
soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman
pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber
pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk
kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran.
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model
Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya
pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi
merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju
pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani
proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai.
Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak
mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

   1.   Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
   2.   Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
   3.   Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
   4.   Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)


Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar.
Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada
secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur
pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara
perkataan yang sesuai digunakan ialah

        melakar
        menamakan
        meramal

                                               7
membaca
       menjawab
       melukis
       menilai
       melabel
       menjelas


Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk
syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian
objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu
guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.



Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti
atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran
pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang
belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga
aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.
Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat

       melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia
       sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
       Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai
       sultan.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan
sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-
aspek berikut:

       Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
       dicapai.
       Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
       Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan
sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.

       Adakah bahan ini menepati kurikulum?
       Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
       Adakah laras bahasanya jelas?
                                              8
Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
       Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
       Adakah bahan ini berkualiti?
       Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
       Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
       Adakah ada panduan pengguna?


Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat menjimatkan masa.


4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan
bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah
menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat
membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm
objektif pengajaran dan pembelajaran.

       Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
       Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
       Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran
seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat
mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk
perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus
mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan
pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat
mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian
masalah.


6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua
aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya
dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif,
media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

                                              9
MODEL ADDIE




                      Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE


Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili
oleh aliran kerja di bawah:


Analisis
Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara
menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-
selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun perisian perlu
mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga,
aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran
dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:

       Analisa(Analysis)
       Reka Bentuk(Design)
       Pembangunan(Development
       Perlaksanaan(Implementation)
       Penilaian(Evaluation)


                                             10
i) Matlamat perisian
ii) Objektif perisian
iii) Kumpulan sasaran
iv) Kandungan perisian
v) Pendekatan pedagogi
vi) Strategi penggunaan perisian


Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem
yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.


Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satulakaran
fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam
proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk perisian
multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangkadalam fasa
analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan
perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan
pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi
pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan
mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisianperlu
dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses
membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama.

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian
multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah
digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.

Proses kerja dalam fasa ini ialah:
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan

                                              11
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.


Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi
memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini
juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi
menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan.
Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.




                                              12

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Modul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionalModul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionaldaud5530
 
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulumPeringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulumIzzat Najmi
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Qian Tan
 
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1surayahhusein
 
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan InstruksiKaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan InstruksiMohd Shukri Suib
 
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranEdu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranFahmi Zakaria
 
modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
 modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia) modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)Wee She
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputergovernment
 

Was ist angesagt? (16)

Hsp tmk
Hsp tmkHsp tmk
Hsp tmk
 
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionalModul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulumPeringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
 
Addie model
Addie modelAddie model
Addie model
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
 
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan InstruksiKaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
 
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranEdu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
 
sukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimediasukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimedia
 
RPH MASTERI
RPH MASTERIRPH MASTERI
RPH MASTERI
 
Model+addie
Model+addieModel+addie
Model+addie
 
modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
 modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia) modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
 
Modul plc
Modul plcModul plc
Modul plc
 

Ähnlich wie Pismp 4 d 250612 (1)

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcAhmad Sharimi
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekmfadzil1969
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekmfadzil1969
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)ernie yanti
 
Table3 sjh3073 12.1.2015
Table3 sjh3073  12.1.2015Table3 sjh3073  12.1.2015
Table3 sjh3073 12.1.2015nursarina
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)Nasran Syahiran
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasiRamlah Lanlah
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdfAzalidaTajudin1
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01nahrul_khair
 
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsBengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsKamaludin Ahmad
 
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikanBab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikanHaniza Sahudi
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanMahesh Hesh
 

Ähnlich wie Pismp 4 d 250612 (1) (20)

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gc
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
 
Nota teknologi
Nota teknologiNota teknologi
Nota teknologi
 
Table3 sjh3073 12.1.2015
Table3 sjh3073  12.1.2015Table3 sjh3073  12.1.2015
Table3 sjh3073 12.1.2015
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsBengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
 
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikanBab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 

Pismp 4 d 250612 (1)

  • 1. Contents REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN......................................................................................... 1 Model Assure ................................................................................................................................................ 5 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran ................................................................................................ 5 Model ASSURE .............................................................................................................................................. 6 1. Analisis Pelajar ...................................................................................................................................... 6 2.Ciri-ciri umum pelajar ............................................................................................................................ 6 3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber ...................................................................................... 8 4. Gunakan Media dan Bahan Sumber ..................................................................................................... 9 5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran .................................................................................................. 9 6. Nilai dan Semak Semula ........................................................................................................................ 9 MODEL ADDIE ......................................................................................................................................... 10 Analisis ........................................................................................................................................................ 10 Reka Bentuk Perisian .................................................................................................................................. 11 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perludifikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian. Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. REKA BENTUK PENGAJARAN 1
  • 2. Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran. Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran. Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah: i. Menentukan pencapaian objektif ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut: i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2
  • 3. Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakannpembentukanperisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalammembangunkan perisiannberasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai modelndiperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yangn dicadangkan hampir sama. Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah: i. Model ADDIE ii. Model ASSURE iii. Model Hanaffin and Peck iv. Model Robert Glasea v. Model Branson vi. Model Resier and Dick vii. Model Van Patten viii. Model Gentry ix. Model Dick and Carey x. Model Air Terjun xi. Model Prototyping xii. Model Smith and Ragan xiii. Model Jerold Kemp xiv. Model Gerlach and Ely xv. Model Diamon Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu: i. Model berorentasikan bilik darjah ii. Model orentasi produk iii. Model orentasi system iv. iv. Model orentasi teknologi 3
  • 4. Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajarandalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaranberorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck. Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990). Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996). Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998) 4
  • 5. Model Assure Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah 1. Tarik perhatian pelajar. 2. Beritahu objektif pembelajaran. 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. 4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran. 5. Bimbing pembelajaran pelajar. 6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. 8. Taksir pencapaian pelajar. 9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran. Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. 5
  • 6. Model ASSURE Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan. 1. Analyse Learners (Analisis Pelajar) 2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) 3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) 4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) 5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula) 1. Analisis Pelajar Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek- aspek berikut: 1. Ciri-ciri umum pelajar. 2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 3. Gaya belajar Ciri-ciri umum pelajar Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Pengetahuan sedia ada 6
  • 7. Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Gaya Pembelajaran Pelajar Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. 2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu. Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: 1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) 2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) 3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) 4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah melakar menamakan meramal 7
  • 8. membaca menjawab melukis menilai melabel menjelas Situasi dan Syarat Perlakuan Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan. 3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek- aspek berikut: Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya. Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas? 8
  • 9. Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna? Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa. 4. Gunakan Media dan Bahan Sumber Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru. Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. 5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah. 6. Nilai dan Semak Semula Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. 9
  • 10. MODEL ADDIE Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah: Analisis Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal- selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut: Analisa(Analysis) Reka Bentuk(Design) Pembangunan(Development Perlaksanaan(Implementation) Penilaian(Evaluation) 10
  • 11. i) Matlamat perisian ii) Objektif perisian iii) Kumpulan sasaran iv) Kandungan perisian v) Pendekatan pedagogi vi) Strategi penggunaan perisian Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya. Reka Bentuk Perisian Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satulakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangkadalam fasa analisis. ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian. iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna. iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang. Pembangunan Perisian Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisianperlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama. Perlaksanaan Perisian Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan. Proses kerja dalam fasa ini ialah: i) Membangunkan perisian ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan 11
  • 12. iii) Menguji kestabilan perisian iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan lagi kualiti perisian. Fasa Penilaian Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif. 12