SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Pembangunan Blog                                                                   1

PENGENALAN KEPADA BLOG


Definisi Blog


Blog merupakan suatu catatan atau tulisan yang terdapat di jaringan internet. Catatan
yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan,
dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam
blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.


Kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan mengemaskini blog disebut blogging.


Individu yang melakukan blogging disebut dengan blogger (blogawan).


Kepentingan Blog


Dengan adanya blog, seseorang dapat bertukar-tukar maklumat tentang sesuatu
perkara yang mereka tahu dan mendapat maklumbalas daripada ulasan-ulasan yang
diberikan oleh pembaca blog. Oleh itu, catatan yang dilakukan dapat dikongsi oleh
sesiapa sahaja yang melawat ke blog anda.


Blog juga sering menjadi salah satu sumber rujukan utama untuk mengetahui berita-
berita semasa secara rasmi atau tidak. Ia juga menjadi medan atau tempat seseorang
memperkenalkan diri dan juga produk mereka.


Faedah Penghasilan Blog


1. Kewujudan blog secara pesat telah menyebabkan banyak perkara yang telah
   diutarakan (fakta sahih atau tidak) dan secara tidak langsung dapat membantu
   pengguna blog bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat dan memperoleh
   maklumbalas tentang sesuatu perkara secara positif. Keupayaan menilai sesuatu
   perkara itu amat pening bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.
2. Blog boleh menjadi tempat penyimpanan maklumat yang boleh dirujuk pada bila-bila
   masa sahaja.
Pembangunan Blog                                                                        2

3. Blog mampu memupuk budaya berfikir dan membaca serta pencernaan minda yang
   lebih meluas. Ia meingkatkan kreativiti kepada blogawan dalam membentuk karaktor
   diri dan blog serta persekitaran blog yang dihasilkan.
4. Seseorang blogawan dapat mempelajari teknik menulis yang lebih baik dari masa ke
   masa, ia berkembang bersama pemikiran. Ia mampu memperbaiki corak penulisan
   seseorang dan memperkembangkan teknik menulis yang lebih matang. Blog juga
   mampu menajamkan lagi teknik penulisan seseorang dan menjadikan seseorang itu
   lebih kreatif.
5. Blog juga mampu menjadi senjata serangan pena kepada individu yang berniat tidak
   baik kepada seseorang atau sesebuah kumpulan tertentu. Serangan peribadi adalah
   suatu budaya yang perlu dielakkan dalam menulis catatan bagi mengelakkan
   berlakunya perkara negatif.


Ciri-ciri Sesebuah Blog


1. Blog tidak mengklasifikasikan helaian halaman melalui sistem indeks muka surat
   yang berfungsi menyusun kesemua catatan secara berturutan seperti mana
   kebiadaan yang terdapat di dalam sesebuah laman web.
2. Blog menggunakan sistem penyusunan kesemua catatan lama melalui kaedah
   susunan mengikut tarikh, bulan dan tahun serta kaedah pelabelan. Setiap catatan
   dapat dilabelkan dengan apa sahaja perkataan. Sistem label membolehkan
   kesemua catatan dapat dipaparkan mengikut label yang diberi.
3. Setiap catatan mempunyai ciri-ciri seperti tarikh dan masa catatan yang dikirim,
   penulis catatan, ruangan ulasan bagi pembaca, tajuk blog dan label setiap catatan.
4. Catatan    terkini   akan   diletakkan   sebelum   catatan   terdahulu.   Susunan   ini
   menggunakan kaedah susunan kronologi. Catatan terbaru akan berada paling
   teratas di dalam semua catatan yang dibuat.
Pembangunan Blog                                                               3

Contoh- contoh Penggunaan Blog


Berikut adalah beberapa contoh penggunaan blog yang popular pada masa kini.
   •   Online diary / online journal / personal blog – Blog pribadi, tentang
       seseorang
   •   Political Blog – Blog berkaitan politik
   •   Travel Blog – Blog berkategorikan travelling, atau panduan travelling
   •   Fashion Blog – Blog mengenai fashion
   •   Music Blog – Blog tentang muzik
   •   Education Blog – Blog tentang pendidikan




                                  Rajah 1: Blog pribadi




                               Rajah 2: Blog Perniagaan
Pembangunan Blog                              4




                   Rajah 3: Blog pendidikan
Pembangunan Blog                                                                   5

MENGHASILKAN BLOG SENDIRI


Penciptaan Blog


Google Blogger telah dipilih sebagai platform untuk penciptaan akaun blog untuk modul
ini. Google Blogger dipilih kerana ia mempunyai tahap keselamatan data yang boleh
dipercayai serta menawarkan perkhidmatan secara percuma tanpa had simpanan data.
Google Blogger juga mempunyai fungsi editor yang mudah dan senang untuk
dikendalikan dan amat sesuai untuk seseorang blogawan.


Google Blogger boleh dilayari melalui dua URL (uniform resource locator) iaitu:
           i.     http://www.blogger.com
           ii.    http://www.blogspot.com


Google Blogger menyediakan tiga langkah mudah untuk menghasilkan bloh secara
mudah dan cepat. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah:
   1. Menghasilkan akaun Blogger (akaun google).
   2. Menamakan blog.
   3. Memilih templat yang sesuai untuk blog.


Langkah-langkah Penciptaan Blog Baru


1. Untuk menghasilkan blog baru, langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka
   laman web Google Blogger. Rajah 4 menunjukkan antaramuka laman web Google
   Blogger.
Pembangunan Blog                                                                  6




                       Rajah 4: Antaramuka Google Blogger


2. Untuk    mencipta    blog,   sila   klik   pada    butang    ’Create   a    Blog’




3. Selepas butang tersebut diklik, antaramuka seperti di dalam Rajah 5 akan
   dipaparkan.
   Pengguna yang telah mempunyai akaun google, langkah untuk pendaftaran blog
   dipendekkan iaitu anda hanya perlu rakam masuk (sign in) ke akaun google.
   Manakala, pengguna yang masih tidak mempunyai sebarang akaun dari
   perkhidmatan google. Perlu mengikuti langkah-langkah seperti yang dipaparkan di
   dalam Rajah 5.
Pembangunan Blog                                                                7




                   Rakah 5: Antaramuka penciptaan akaun Google


  i.   Alamat e-mel (Email Address)
       Alamat e-mel yang sudah wujud. Mesti mempunyai akaun e-mel dari penyedia e-
       mel. Anda akan menggunakan alamat e-mel ini untuk log masuk ke dalam akaun
       Google Blogger atau servis lain yang disediakan oleh google.
Pembangunan Blog                                                                  8

  ii. Taip semula alamat e-mel (Retype email address)
     Taip semula alamat e-mel untuk mengelakkan kesalahan ejaan untuk alamat e-
     mel yang diberi. Fungsi ini penting untuk memastikan semua maklumat dapat
     dihantar ke alamat e-mel yang betul


  iii. Masukkan kata laluan (Create a password)
     Kata laluan haruslah tidak kurang daripada 8 aksara. Kata laluan yang
     mempunyai kombinasi angka dan huruf adalah amat digalakkan untuk
     memungkinkan ia selamat dari diteka oleh oleh yang tidak bertanggungjawab.


  iv. Taip semula kata laluan (Retype passwrod)
     Taip semula kata laluan bagi memastikan kata laluan yang dimasukkan adalah
     sama dengan apa yang anda taip sebelum ini.


  v. Papar nama (Display name)
     Memaparkan nama bagi identiti blog anda. Nama ini akan dipaparkan pada
     setiap bahagian catatan kiriman anda.


  vi. Notifikasi e-mel (Email notification)
     Anda boleh memilih samada untuk menanda atau tidak pada ruangan ini. Jika
     anda pilih untuk menanda pada kotak yang disediakan, ini bermakna anda akan
     diberikan e-mel notifikasi berkaitan dengan pengumuman, servis, serta
     maklumat-maklumat terkini yang lain.


  vii. Tarikh lahir (Birthday)
     Anda perlu memasukkan tarikh lahir anda di ruangan ini mengikut format yang
     disediakan.


  viii. Pengesahan perkataan (Word verification)
     Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang
     diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan      di sebelah untuk
     menukar paparan aksara.
Pembangunan Blog                                                                          9

   ix. Penerimaan terma syarat (Acceptance on terms)
        Anda perlu menanda pada bahagian ini untuk menentukan bahawa anda telah
        bersetuju dengan terma dan peraturan yang ditetapkan. Sila klik pada bahagian
        ’Syarat Perkhidmatan’ untuk mengetahui terma dan peraturan yang ditetapkan.


4. Setelah    semua    maklumat    diisi,   anda   perlu   klik   pada   butang   ’continue’



                          untuk melakukan langkah seterusnya.


5. Apabila butang ’continue’ telah diklik, antaramuka untuk memberikan nama kepada
   blog seperti di dalam Rajah 6 akan dipaparkan.




                  Rajah 6: Antaramuka untuk menetapkan nama blog.


   i.   Tajuk blog (Blog title)
        Cipta tajuk untuk blog anda. Tajuk blog akan menjadi identiti blog anda dan akan
        dipaparkan pada blog anda serta di dalam profil blog anda.
Pembangunan Blog                                                                          10

   ii. Alamat blog (URL) (Blog address (URL))
       Cipta alamat URL untuk blog anda sendiri. Nama bagi alamat URL blog anda
       akan   menjadi    sub-domain     kepada     alamat    blogspot.com.   Alamat    anda
       seharusnya tidak mempunyai ruangan kosong di antara 2 perkataan, serta
       pastikan ia diletakkan bersama tanda sengkang ’-’ atau ’_’.


       Tips: Alamat URL yang bersifat unik akan senang diidngati.


   iii. Pengesahan perkataan (Word verification)
       Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang
       diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan              di sebelah untuk
       menukar paparan aksara.


6. Setelah    semua     maklumat   diisi,   anda   perlu    klik   pada   butang   ’continue’



                          untuk meneruskan ke langkah seterusnya.


7. Apabila butang ’continue’ telah diklik, maka anda akan dipaparkan antaramuka untuk
   memilih templat yang sesuai untuk blog yang dihasilkan (seperti yang dipaparkan di
   dalam Rajah 7).
Pembangunan Blog                                                               11




                     Rajah 7: Antaramuka untuk memilih templat.


8. Anda boleh memilih mana-mana templat mengikut citarasa masing-masing. Setelah



   templat telah dipilih, sila klik pada butang ’comtinue’                  untuk
   meneruskan ke langkah seterusnya.


9. Paparan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8 akan dipaparkan apabila anda
   menekan butang ’continue’. Ini bermakna, blog anda telah berjaya dihasilkan dan
   anda boleh memulakan aktiviti ’blogging’ sekarang.
Pembangunan Blog                                                    12




             Rajah 8: Antaramuka blog yang telah berjaya dicipta.
Pembangunan Blog                                                                 13

Memulakan Catatan Baru


Untuk memulakan catatan baru, klik pada pautan ’Catatan Baru’ (’New Post’) yang
terdapat pada hadapan papan pemuka. Antaramuka seperti Rajah 9 akan dipaparkan.




                                                        1                5


                                      2




                                           3




                                                                             4
        6                 7

                        Rajah 9: Antamuka untuk memulakan catatan baru


 1.   Tajuk (Title)
      Masukkan tajuk catatan baru anda. Ia akan dipaparkan pada bahagian atas
      setiap catatan.


 2.   Senarai alatan mudah guna (Option tools)
      Alatan bantuan yang dapat digunakan untuk memudahkan anda membuat
      catatan.


 3.   Medan catatan
      Ruang untuk anda membuat catatan pada blog.
Pembangunan Blog                                                               14

 4.   Label
      Melabelkan catatan. Ia digunakan untuk memudahkan pengasingan setiap
      catatan mengikut kategori. Ia boleh dianggap sebagai kata kunci untuk setiap
      catatan.


 5.   Edit HTML
      Berfungsi bagi penambahan sebarang kod HTML atau JavaScript. Kod-kod
      HTML dapat digunakan sebagai fungsi tambahan yang mungkin tiada pada
      senaraian alatan mudah guna yang disediakan oleh blogger.com.


 6.   Butang ’TERBITKAN CATATAN’ (PUBLISH POST)
      Klik butang ini untuk menerbitkan catatan anda.


 7.   Butang ‘SIMPAN SEKARANG’ (SAVE NOW)
      Butang ini berfungsi untuk menyimpan catatan tanpa menerbitkannya. Catatan
      tidak akan disiarkan selagi ia tidak diterbitkan. Fungsi simpan catatan juga
      dilakukan secara automatik oleh blogger.com bagi mengelakkan kehilangan data
      semasa menghasilkan catatan.
Pembangunan Blog                                                              15

Susun Atur Blog


Fungsi lain yang terdapat di dalam Papan Pemuka         ialah tetapan susun atur
(customize). Di dalam struktur susun atur ini akan mengandungi 4 pecahan tetapan
utama seperti berikut:


   i.    Elemen laman (Page elements)
         Opsyen penyusunan reka letak laman.




                            Rajah 10: Antaramuka Elemen Laman


         Rajah 10 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai elemen laman pada
         blog yang dihasilkan. Elemen Laman membenarkan setiap elemen pada
         bahagian blog diubahsuai kedudukan dan diatur mengikut keperluan semasa.
         Anda boleh menggunakan teknik ’tarik dan lepas’ untuk menyusun kedudukan
         elemen tersebut.
Pembangunan Blog                                                              16

  ii.    Fon dan warna (Fonts and colors)
         Menentukan jenis dan warna fon bagi keseluruhan blog.




                 Rajah 11: Antaramuka untuk menetukan jenis dan warna fon.


         Rajah 11 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai jenis dan warna pada
         blog yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk memilih jenis dan warna fon
         mengikut citarasa masing-masing. Blogger.com akan menggunakan jenis dan
         warna fon lalai mengikut templat yang telah dipilih sekiranya anda tidak
         melakukan sebarang perubahan pada bahagian ini.


  iii.   Edit HTML
         Mengubahsuai kod-kod HTML serta meletakkan kod-kod HTML tambahan
         kepada templat.
Pembangunan Blog                                                                   17




         Rajah 12: Antaramuka untuk melakukan pengubahsuaian pada kod HTML


       Rajah 12 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai kod HTML pada blog
       yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk menambah kod-kod HTML dan juga
       kod JavaScript yang baru pada blog anda. Bahagian ini juga amat berguna
       sekiranya anda ingin memasukkan templat blog yang tidak terdapat di dalam
       senarai templat yang disediakan oleh blogger.com. Selain itu, bahagian ini juga
       amat berguna untuk anda memasukkan fungsi-fungsi widget tambahan ke
       dalam blog anda.
Pembangunan Blog                                                                   18

  iv.   Pilih templat baru (Pick new template)
        Memilih templat lalai yang disediakan oleh blogger.com.




          Rajah 13: Antaramuka untuk menukar templat untuk blog yang dihasilkan.


        Rajah 13 menunjukkan antaramuka untuk anda menukar templat untuk blog
        yang telah dihasilkan. Anda hanya perlu memilih templat yang bersesuaian dan
        ia boleh dilakukan berulang kali.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tutorial membuat blog di blogspot
Tutorial membuat blog di blogspotTutorial membuat blog di blogspot
Tutorial membuat blog di blogspotHery Sucahyono
 
Modul pengenalan membuat blog dengan blogspot
Modul pengenalan membuat blog dengan blogspotModul pengenalan membuat blog dengan blogspot
Modul pengenalan membuat blog dengan blogspotMuhammad Nurwegiono
 
Cara membuat blog
Cara membuat blogCara membuat blog
Cara membuat blogArief Arief
 
Tutorial membuat blog
Tutorial membuat blogTutorial membuat blog
Tutorial membuat blogSiti Nurohmah
 
Power point blogger1
Power point blogger1Power point blogger1
Power point blogger1bki-2
 
Panduan dasar blogspot
Panduan dasar blogspotPanduan dasar blogspot
Panduan dasar blogspotrezacausar
 
SIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat Blog
SIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat BlogSIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat Blog
SIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat Blogfeni oktavia
 
SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...
SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...
SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...Google
 
Tugas TI 5 rizal bagus 140240017
Tugas TI 5 rizal bagus 140240017Tugas TI 5 rizal bagus 140240017
Tugas TI 5 rizal bagus 140240017bagus9958
 
Presentasi kelompok 2
Presentasi kelompok 2Presentasi kelompok 2
Presentasi kelompok 2Zulfa Mazid
 
SMA Negeri 1 IV Angkat
SMA Negeri 1 IV AngkatSMA Negeri 1 IV Angkat
SMA Negeri 1 IV Angkataan_choto
 
Cara upload
Cara uploadCara upload
Cara uploadxak3e
 

Was ist angesagt? (18)

Tutorial membuat blog di blogspot
Tutorial membuat blog di blogspotTutorial membuat blog di blogspot
Tutorial membuat blog di blogspot
 
Modul pengenalan membuat blog dengan blogspot
Modul pengenalan membuat blog dengan blogspotModul pengenalan membuat blog dengan blogspot
Modul pengenalan membuat blog dengan blogspot
 
Cara membuat blog
Cara membuat blogCara membuat blog
Cara membuat blog
 
Tutorial membuat blog
Tutorial membuat blogTutorial membuat blog
Tutorial membuat blog
 
Power point blogger1
Power point blogger1Power point blogger1
Power point blogger1
 
ASAS MEMBINA BLOG
ASAS MEMBINA BLOGASAS MEMBINA BLOG
ASAS MEMBINA BLOG
 
Upra tik
Upra tikUpra tik
Upra tik
 
Upra tik
Upra tikUpra tik
Upra tik
 
Panduan dasar blogspot
Panduan dasar  blogspotPanduan dasar  blogspot
Panduan dasar blogspot
 
Panduan dasar blogspot
Panduan dasar blogspotPanduan dasar blogspot
Panduan dasar blogspot
 
SIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat Blog
SIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat BlogSIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat Blog
SIM Feni Oktavia, Hapzi Ali, Opsi Membuat Blog
 
SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...
SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...
SIM, Angga Ali Praja, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Opsi membuat Blog ata...
 
PPT PMP DEDEH
PPT PMP DEDEHPPT PMP DEDEH
PPT PMP DEDEH
 
Tugas TI 5 rizal bagus 140240017
Tugas TI 5 rizal bagus 140240017Tugas TI 5 rizal bagus 140240017
Tugas TI 5 rizal bagus 140240017
 
Presentasi kelompok 2
Presentasi kelompok 2Presentasi kelompok 2
Presentasi kelompok 2
 
Cara upload
Cara uploadCara upload
Cara upload
 
SMA Negeri 1 IV Angkat
SMA Negeri 1 IV AngkatSMA Negeri 1 IV Angkat
SMA Negeri 1 IV Angkat
 
Cara upload
Cara uploadCara upload
Cara upload
 

Ähnlich wie Pengenalan kepada blog v2

Asas Membina Blog - Bah I
Asas Membina Blog - Bah IAsas Membina Blog - Bah I
Asas Membina Blog - Bah IMohd Irwan
 
Ujian tengah semester media pembelajaran
Ujian tengah semester media pembelajaranUjian tengah semester media pembelajaran
Ujian tengah semester media pembelajaranzaida.masruroh
 
Belajarcepat Internetdan Blog
Belajarcepat Internetdan BlogBelajarcepat Internetdan Blog
Belajarcepat Internetdan Bloggajah4094
 
Bagaimana membina blog di blogspot.com
Bagaimana membina blog di blogspot.comBagaimana membina blog di blogspot.com
Bagaimana membina blog di blogspot.comnotarazi
 
Petunjuk Membuat blogdetik
Petunjuk Membuat blogdetikPetunjuk Membuat blogdetik
Petunjuk Membuat blogdetikHIMTI
 
UTS Media Pembelajaran
UTS Media PembelajaranUTS Media Pembelajaran
UTS Media PembelajaranVella Sevilla
 
Buku panduan seminar blogger
Buku panduan seminar bloggerBuku panduan seminar blogger
Buku panduan seminar bloggerParwito An
 
Pembutan email dan pembutan blog
Pembutan email dan pembutan blogPembutan email dan pembutan blog
Pembutan email dan pembutan blogAhmad Sayadi
 
TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7
TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7
TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7SK Sungai Embak
 
Asas membina blog guru (plug tmk5)
Asas membina blog guru (plug tmk5)Asas membina blog guru (plug tmk5)
Asas membina blog guru (plug tmk5)SMK HUTAN MELINTANG
 
Training Module- Buat BLOG
Training Module- Buat BLOGTraining Module- Buat BLOG
Training Module- Buat BLOGHanim Zabidi
 
Cara membuat blog ppt
Cara membuat blog ppt Cara membuat blog ppt
Cara membuat blog ppt firdamariaulfa
 
Topik 7 blog
Topik 7   blogTopik 7   blog
Topik 7 blogChamp14n
 
Panduan asas blogspot
Panduan asas blogspotPanduan asas blogspot
Panduan asas blogspotreezalljr
 
Nota buat blog
Nota buat blogNota buat blog
Nota buat blogFaz Arif
 
Menerapkan Pengelolaan Informasi Melalui Blog
Menerapkan Pengelolaan Informasi Melalui BlogMenerapkan Pengelolaan Informasi Melalui Blog
Menerapkan Pengelolaan Informasi Melalui BlogFajar Kurniasih
 

Ähnlich wie Pengenalan kepada blog v2 (20)

Asas Membina Blog - Bah I
Asas Membina Blog - Bah IAsas Membina Blog - Bah I
Asas Membina Blog - Bah I
 
Ujian tengah semester media pembelajaran
Ujian tengah semester media pembelajaranUjian tengah semester media pembelajaran
Ujian tengah semester media pembelajaran
 
Belajarcepat Internetdan Blog
Belajarcepat Internetdan BlogBelajarcepat Internetdan Blog
Belajarcepat Internetdan Blog
 
Bagaimana membina blog di blogspot.com
Bagaimana membina blog di blogspot.comBagaimana membina blog di blogspot.com
Bagaimana membina blog di blogspot.com
 
Petunjuk Membuat blogdetik
Petunjuk Membuat blogdetikPetunjuk Membuat blogdetik
Petunjuk Membuat blogdetik
 
UTS Media Pembelajaran
UTS Media PembelajaranUTS Media Pembelajaran
UTS Media Pembelajaran
 
Power point aulia
Power point auliaPower point aulia
Power point aulia
 
Buku panduan seminar blogger
Buku panduan seminar bloggerBuku panduan seminar blogger
Buku panduan seminar blogger
 
Pembutan email dan pembutan blog
Pembutan email dan pembutan blogPembutan email dan pembutan blog
Pembutan email dan pembutan blog
 
Blog
BlogBlog
Blog
 
Bab v
Bab vBab v
Bab v
 
TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7
TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7
TMK Tahun 5 - Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 7
 
Asas membina blog guru (plug tmk5)
Asas membina blog guru (plug tmk5)Asas membina blog guru (plug tmk5)
Asas membina blog guru (plug tmk5)
 
Panduan Dasar Blogspot
Panduan Dasar BlogspotPanduan Dasar Blogspot
Panduan Dasar Blogspot
 
Training Module- Buat BLOG
Training Module- Buat BLOGTraining Module- Buat BLOG
Training Module- Buat BLOG
 
Cara membuat blog ppt
Cara membuat blog ppt Cara membuat blog ppt
Cara membuat blog ppt
 
Topik 7 blog
Topik 7   blogTopik 7   blog
Topik 7 blog
 
Panduan asas blogspot
Panduan asas blogspotPanduan asas blogspot
Panduan asas blogspot
 
Nota buat blog
Nota buat blogNota buat blog
Nota buat blog
 
Menerapkan Pengelolaan Informasi Melalui Blog
Menerapkan Pengelolaan Informasi Melalui BlogMenerapkan Pengelolaan Informasi Melalui Blog
Menerapkan Pengelolaan Informasi Melalui Blog
 

Pengenalan kepada blog v2

  • 1. Pembangunan Blog 1 PENGENALAN KEPADA BLOG Definisi Blog Blog merupakan suatu catatan atau tulisan yang terdapat di jaringan internet. Catatan yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan, dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan mengemaskini blog disebut blogging. Individu yang melakukan blogging disebut dengan blogger (blogawan). Kepentingan Blog Dengan adanya blog, seseorang dapat bertukar-tukar maklumat tentang sesuatu perkara yang mereka tahu dan mendapat maklumbalas daripada ulasan-ulasan yang diberikan oleh pembaca blog. Oleh itu, catatan yang dilakukan dapat dikongsi oleh sesiapa sahaja yang melawat ke blog anda. Blog juga sering menjadi salah satu sumber rujukan utama untuk mengetahui berita- berita semasa secara rasmi atau tidak. Ia juga menjadi medan atau tempat seseorang memperkenalkan diri dan juga produk mereka. Faedah Penghasilan Blog 1. Kewujudan blog secara pesat telah menyebabkan banyak perkara yang telah diutarakan (fakta sahih atau tidak) dan secara tidak langsung dapat membantu pengguna blog bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat dan memperoleh maklumbalas tentang sesuatu perkara secara positif. Keupayaan menilai sesuatu perkara itu amat pening bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan. 2. Blog boleh menjadi tempat penyimpanan maklumat yang boleh dirujuk pada bila-bila masa sahaja.
  • 2. Pembangunan Blog 2 3. Blog mampu memupuk budaya berfikir dan membaca serta pencernaan minda yang lebih meluas. Ia meingkatkan kreativiti kepada blogawan dalam membentuk karaktor diri dan blog serta persekitaran blog yang dihasilkan. 4. Seseorang blogawan dapat mempelajari teknik menulis yang lebih baik dari masa ke masa, ia berkembang bersama pemikiran. Ia mampu memperbaiki corak penulisan seseorang dan memperkembangkan teknik menulis yang lebih matang. Blog juga mampu menajamkan lagi teknik penulisan seseorang dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif. 5. Blog juga mampu menjadi senjata serangan pena kepada individu yang berniat tidak baik kepada seseorang atau sesebuah kumpulan tertentu. Serangan peribadi adalah suatu budaya yang perlu dielakkan dalam menulis catatan bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif. Ciri-ciri Sesebuah Blog 1. Blog tidak mengklasifikasikan helaian halaman melalui sistem indeks muka surat yang berfungsi menyusun kesemua catatan secara berturutan seperti mana kebiadaan yang terdapat di dalam sesebuah laman web. 2. Blog menggunakan sistem penyusunan kesemua catatan lama melalui kaedah susunan mengikut tarikh, bulan dan tahun serta kaedah pelabelan. Setiap catatan dapat dilabelkan dengan apa sahaja perkataan. Sistem label membolehkan kesemua catatan dapat dipaparkan mengikut label yang diberi. 3. Setiap catatan mempunyai ciri-ciri seperti tarikh dan masa catatan yang dikirim, penulis catatan, ruangan ulasan bagi pembaca, tajuk blog dan label setiap catatan. 4. Catatan terkini akan diletakkan sebelum catatan terdahulu. Susunan ini menggunakan kaedah susunan kronologi. Catatan terbaru akan berada paling teratas di dalam semua catatan yang dibuat.
  • 3. Pembangunan Blog 3 Contoh- contoh Penggunaan Blog Berikut adalah beberapa contoh penggunaan blog yang popular pada masa kini. • Online diary / online journal / personal blog – Blog pribadi, tentang seseorang • Political Blog – Blog berkaitan politik • Travel Blog – Blog berkategorikan travelling, atau panduan travelling • Fashion Blog – Blog mengenai fashion • Music Blog – Blog tentang muzik • Education Blog – Blog tentang pendidikan Rajah 1: Blog pribadi Rajah 2: Blog Perniagaan
  • 4. Pembangunan Blog 4 Rajah 3: Blog pendidikan
  • 5. Pembangunan Blog 5 MENGHASILKAN BLOG SENDIRI Penciptaan Blog Google Blogger telah dipilih sebagai platform untuk penciptaan akaun blog untuk modul ini. Google Blogger dipilih kerana ia mempunyai tahap keselamatan data yang boleh dipercayai serta menawarkan perkhidmatan secara percuma tanpa had simpanan data. Google Blogger juga mempunyai fungsi editor yang mudah dan senang untuk dikendalikan dan amat sesuai untuk seseorang blogawan. Google Blogger boleh dilayari melalui dua URL (uniform resource locator) iaitu: i. http://www.blogger.com ii. http://www.blogspot.com Google Blogger menyediakan tiga langkah mudah untuk menghasilkan bloh secara mudah dan cepat. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah: 1. Menghasilkan akaun Blogger (akaun google). 2. Menamakan blog. 3. Memilih templat yang sesuai untuk blog. Langkah-langkah Penciptaan Blog Baru 1. Untuk menghasilkan blog baru, langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka laman web Google Blogger. Rajah 4 menunjukkan antaramuka laman web Google Blogger.
  • 6. Pembangunan Blog 6 Rajah 4: Antaramuka Google Blogger 2. Untuk mencipta blog, sila klik pada butang ’Create a Blog’ 3. Selepas butang tersebut diklik, antaramuka seperti di dalam Rajah 5 akan dipaparkan. Pengguna yang telah mempunyai akaun google, langkah untuk pendaftaran blog dipendekkan iaitu anda hanya perlu rakam masuk (sign in) ke akaun google. Manakala, pengguna yang masih tidak mempunyai sebarang akaun dari perkhidmatan google. Perlu mengikuti langkah-langkah seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.
  • 7. Pembangunan Blog 7 Rakah 5: Antaramuka penciptaan akaun Google i. Alamat e-mel (Email Address) Alamat e-mel yang sudah wujud. Mesti mempunyai akaun e-mel dari penyedia e- mel. Anda akan menggunakan alamat e-mel ini untuk log masuk ke dalam akaun Google Blogger atau servis lain yang disediakan oleh google.
  • 8. Pembangunan Blog 8 ii. Taip semula alamat e-mel (Retype email address) Taip semula alamat e-mel untuk mengelakkan kesalahan ejaan untuk alamat e- mel yang diberi. Fungsi ini penting untuk memastikan semua maklumat dapat dihantar ke alamat e-mel yang betul iii. Masukkan kata laluan (Create a password) Kata laluan haruslah tidak kurang daripada 8 aksara. Kata laluan yang mempunyai kombinasi angka dan huruf adalah amat digalakkan untuk memungkinkan ia selamat dari diteka oleh oleh yang tidak bertanggungjawab. iv. Taip semula kata laluan (Retype passwrod) Taip semula kata laluan bagi memastikan kata laluan yang dimasukkan adalah sama dengan apa yang anda taip sebelum ini. v. Papar nama (Display name) Memaparkan nama bagi identiti blog anda. Nama ini akan dipaparkan pada setiap bahagian catatan kiriman anda. vi. Notifikasi e-mel (Email notification) Anda boleh memilih samada untuk menanda atau tidak pada ruangan ini. Jika anda pilih untuk menanda pada kotak yang disediakan, ini bermakna anda akan diberikan e-mel notifikasi berkaitan dengan pengumuman, servis, serta maklumat-maklumat terkini yang lain. vii. Tarikh lahir (Birthday) Anda perlu memasukkan tarikh lahir anda di ruangan ini mengikut format yang disediakan. viii. Pengesahan perkataan (Word verification) Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk menukar paparan aksara.
  • 9. Pembangunan Blog 9 ix. Penerimaan terma syarat (Acceptance on terms) Anda perlu menanda pada bahagian ini untuk menentukan bahawa anda telah bersetuju dengan terma dan peraturan yang ditetapkan. Sila klik pada bahagian ’Syarat Perkhidmatan’ untuk mengetahui terma dan peraturan yang ditetapkan. 4. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’ untuk melakukan langkah seterusnya. 5. Apabila butang ’continue’ telah diklik, antaramuka untuk memberikan nama kepada blog seperti di dalam Rajah 6 akan dipaparkan. Rajah 6: Antaramuka untuk menetapkan nama blog. i. Tajuk blog (Blog title) Cipta tajuk untuk blog anda. Tajuk blog akan menjadi identiti blog anda dan akan dipaparkan pada blog anda serta di dalam profil blog anda.
  • 10. Pembangunan Blog 10 ii. Alamat blog (URL) (Blog address (URL)) Cipta alamat URL untuk blog anda sendiri. Nama bagi alamat URL blog anda akan menjadi sub-domain kepada alamat blogspot.com. Alamat anda seharusnya tidak mempunyai ruangan kosong di antara 2 perkataan, serta pastikan ia diletakkan bersama tanda sengkang ’-’ atau ’_’. Tips: Alamat URL yang bersifat unik akan senang diidngati. iii. Pengesahan perkataan (Word verification) Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk menukar paparan aksara. 6. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya. 7. Apabila butang ’continue’ telah diklik, maka anda akan dipaparkan antaramuka untuk memilih templat yang sesuai untuk blog yang dihasilkan (seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 7).
  • 11. Pembangunan Blog 11 Rajah 7: Antaramuka untuk memilih templat. 8. Anda boleh memilih mana-mana templat mengikut citarasa masing-masing. Setelah templat telah dipilih, sila klik pada butang ’comtinue’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya. 9. Paparan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8 akan dipaparkan apabila anda menekan butang ’continue’. Ini bermakna, blog anda telah berjaya dihasilkan dan anda boleh memulakan aktiviti ’blogging’ sekarang.
  • 12. Pembangunan Blog 12 Rajah 8: Antaramuka blog yang telah berjaya dicipta.
  • 13. Pembangunan Blog 13 Memulakan Catatan Baru Untuk memulakan catatan baru, klik pada pautan ’Catatan Baru’ (’New Post’) yang terdapat pada hadapan papan pemuka. Antaramuka seperti Rajah 9 akan dipaparkan. 1 5 2 3 4 6 7 Rajah 9: Antamuka untuk memulakan catatan baru 1. Tajuk (Title) Masukkan tajuk catatan baru anda. Ia akan dipaparkan pada bahagian atas setiap catatan. 2. Senarai alatan mudah guna (Option tools) Alatan bantuan yang dapat digunakan untuk memudahkan anda membuat catatan. 3. Medan catatan Ruang untuk anda membuat catatan pada blog.
  • 14. Pembangunan Blog 14 4. Label Melabelkan catatan. Ia digunakan untuk memudahkan pengasingan setiap catatan mengikut kategori. Ia boleh dianggap sebagai kata kunci untuk setiap catatan. 5. Edit HTML Berfungsi bagi penambahan sebarang kod HTML atau JavaScript. Kod-kod HTML dapat digunakan sebagai fungsi tambahan yang mungkin tiada pada senaraian alatan mudah guna yang disediakan oleh blogger.com. 6. Butang ’TERBITKAN CATATAN’ (PUBLISH POST) Klik butang ini untuk menerbitkan catatan anda. 7. Butang ‘SIMPAN SEKARANG’ (SAVE NOW) Butang ini berfungsi untuk menyimpan catatan tanpa menerbitkannya. Catatan tidak akan disiarkan selagi ia tidak diterbitkan. Fungsi simpan catatan juga dilakukan secara automatik oleh blogger.com bagi mengelakkan kehilangan data semasa menghasilkan catatan.
  • 15. Pembangunan Blog 15 Susun Atur Blog Fungsi lain yang terdapat di dalam Papan Pemuka ialah tetapan susun atur (customize). Di dalam struktur susun atur ini akan mengandungi 4 pecahan tetapan utama seperti berikut: i. Elemen laman (Page elements) Opsyen penyusunan reka letak laman. Rajah 10: Antaramuka Elemen Laman Rajah 10 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai elemen laman pada blog yang dihasilkan. Elemen Laman membenarkan setiap elemen pada bahagian blog diubahsuai kedudukan dan diatur mengikut keperluan semasa. Anda boleh menggunakan teknik ’tarik dan lepas’ untuk menyusun kedudukan elemen tersebut.
  • 16. Pembangunan Blog 16 ii. Fon dan warna (Fonts and colors) Menentukan jenis dan warna fon bagi keseluruhan blog. Rajah 11: Antaramuka untuk menetukan jenis dan warna fon. Rajah 11 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai jenis dan warna pada blog yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk memilih jenis dan warna fon mengikut citarasa masing-masing. Blogger.com akan menggunakan jenis dan warna fon lalai mengikut templat yang telah dipilih sekiranya anda tidak melakukan sebarang perubahan pada bahagian ini. iii. Edit HTML Mengubahsuai kod-kod HTML serta meletakkan kod-kod HTML tambahan kepada templat.
  • 17. Pembangunan Blog 17 Rajah 12: Antaramuka untuk melakukan pengubahsuaian pada kod HTML Rajah 12 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai kod HTML pada blog yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk menambah kod-kod HTML dan juga kod JavaScript yang baru pada blog anda. Bahagian ini juga amat berguna sekiranya anda ingin memasukkan templat blog yang tidak terdapat di dalam senarai templat yang disediakan oleh blogger.com. Selain itu, bahagian ini juga amat berguna untuk anda memasukkan fungsi-fungsi widget tambahan ke dalam blog anda.
  • 18. Pembangunan Blog 18 iv. Pilih templat baru (Pick new template) Memilih templat lalai yang disediakan oleh blogger.com. Rajah 13: Antaramuka untuk menukar templat untuk blog yang dihasilkan. Rajah 13 menunjukkan antaramuka untuk anda menukar templat untuk blog yang telah dihasilkan. Anda hanya perlu memilih templat yang bersesuaian dan ia boleh dilakukan berulang kali.