SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 24
Downloaden Sie, um offline zu lesen
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

(MBMMBI)
1	 Apakah itu Dasar MBMMBI?
	

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul.

	
2	 Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
	

Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan
pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Tamil dan sekolah menengah.

	

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan
matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

	
3	 Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
	

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa
Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi
kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan
serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

	
4	 Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
	

Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan
seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran
matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk
memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini
memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami
kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolahsekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan,
sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains
dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa
kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.

	
5	 Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
	

Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

1
2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa
Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa
Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau
bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid
sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris
sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan
pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan
dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah,
penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada
tahun 2021.
	
6	 Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
	

KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk
melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru
dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan
nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus
berikut:
a.	 Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher
Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
b.	 Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan
opsyen bahasa Inggeris
c.	 Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers
(RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
d.	 Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan
1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5

	

Bahagian Pendidikan Guru juga mengendalikan program latihan dan peningkatan
profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:
Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia:
i.

Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)

ii. KDP 4 Minggu

(MBMMBI)

iii. Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

2

Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris:
i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris
	
7	 Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
berkualiti?(BPG/ELTC/IPGM)
	

Institut Pendidikan Guru

	

a.	
		

IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan 		
selepas tamat pengajian dan di tempatkan di sekolah.

b.		 “Teacher Study “ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
c.	 Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan
pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d.	 Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan
Professional , Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.
Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
	

Praktikum – 3 kali praktikum :
a.	 Semester 5 – 4 minggu
b.	 Semester 6 – 8 minggu
c.	 Semester 7 – 12 minggu

	

Semester 8 – pelajar akan menjalani internship dengan menjalankan kajian permasalahan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di
sekolah sebagai guru permulaan.

	
	

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu
inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan
professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara
berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk
dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

	

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan
akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti
keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk
pembangunan profesionalisme secara berterusan.

8	 Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi
bagi menampung penambahan waktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris?
	

ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT)
untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di
sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah
menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
yang telah bersara dari seluruh negara

(MBMMBI)

ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris

9	 Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa
Inggeris?
	

Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai
pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi
pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati
Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

	

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru
bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru
(IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:

	

a.	

IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak

	

b.	

IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

3
c.	

IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu

	

d.	

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan

	

e.	

English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur

	

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor
dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan
profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah
dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan
selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.

	

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam
aspek seperti berikut:
a.	 Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa
Inggeris;
b.	 Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c.	 Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d.	 Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e.	 Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f.	 Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g.	 Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h.	 Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi dalam kalangan guru sekolah

	
10	 Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
	

English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan
profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:
a.	 Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
•	

Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan
buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru
bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.

b.	 Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)

4

CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran
kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.

•	
	

Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan p & p
untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi
dengan lebih berkesan.

•	

(MBMMBI)

•	

OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk murid.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital
pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian
kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan
digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan
diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

	
11	 Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
	

Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam
pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.
12	 Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?
Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
•	

Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan
untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau
assessment for learning)

•	

Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan
untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari
(pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

Pentaksiran Formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian,
memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih
penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas
kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis
tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis
atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan
seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
Pentaksiran Sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan
kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai
dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran
murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid
dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
13	 Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat
UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa.
	

Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga
tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut
akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

14	 Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari
segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat
prauniversiti?
Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif
untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif
tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa
Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan
guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa
Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan
bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar
MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun
universiti.

(MBMMBI)

	

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

5
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)
1	

Mengapakah KSSR diperkenalkan?

	

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum
sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

2	

Apakah maksud Kurikulum Standard?

	

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
didefinisikan seperti berikut:
•	

•	

3	

Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KBSR

KSSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6
Tunjang:

√ Keterampilan Diri	 Reka bentuk kurikulum
berasaskan 3 Bidang:

√ Komunikasi

√ Komunikasi

√ Kerohanian, Sikap & Nilai

√ Manusia dan Alam Kelilingnya

√ Kemanusiaan

√ Perkembangan Diri Individu

√ Perkembangan Fizikal & Estetika

Bahan Kurikulum:

√ Sains dan Teknologi

√ Sukatan Pelajaran

Bahan Kurikulum:

Reka bentuk kurikulum:

√ Dokumen Standard Kurikulum

√ Linear

Reka bentuk kurikulum:

Organisasi Kurikulum:

√ Modular

Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan

Organisasi Kurikulum:

√ Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)

6

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)

√ Modul Teras Asas, Modul Teras Tema &

√ Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
Modul Elektif

Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)

Fokus:

√ Mata pelajaran Teras & Elektif
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)
secara eksplisit

3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul)
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

	

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping
penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

5	

Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?

	

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap
satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan
Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual
dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

6	

Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

	

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada
literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula
diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin
ilmu Sains.

7	

Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T)
dikurangkan berbanding di SK?

	

Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK,
maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.

8	

Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?

	

KSSR tidak mengalakkan penjurusan.

9	

Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?

	

Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan
dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum
dan aktiviti kokurikulum.

10	 Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
	

Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains .
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

(KSSR)

4	

7
11	
	

Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan
kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.

12	 Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam p&p?
	

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) tidak perlu digunakan
tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.

dalam setiap kali sesi p&p

13	 Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi
	

Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya
ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains
menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan
secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

14	 Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard
pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu?
	

Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap
kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan
dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana
yang digariskan dalam DSK TMK.

15	 Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa
Inggeris?
	

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid.
Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P &
P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral
speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

16	 Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
	

Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk
memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.

17	 Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
	

Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.
bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.

Walau

(KSSR)

18	 Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi?

8

	

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK
sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut
kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai
dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu
•	

Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di
makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki

•	

Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan
pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
•	

Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan
aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal
komputer bagi tujuan p&p bersama murid

19	 Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan
menggunakan makmal dalam satu masa?
	

sekiranya

semua

guru

hendak

Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer
riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula
harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh
diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer,
pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.

20	 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan
pembelajaran yang melibatkan komputer?
	

Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet
KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya
pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak
yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui
pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian
alternatif boleh digunakan.

21	 Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
	

KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat
dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses
maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283

22	 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
	

KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p
seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan
buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.

23	 Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan
KSSR?
	

KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru
berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU,
pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.

	

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata
pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan.

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

(KSSR)

24	 Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

9
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

(TPV)
1	
	
	

Bagaimana kaedah memohon.
1.	 Isi borang atas talian. www.moe.gov.my
2.	 Isi borang hantar ke SMV/T yang dipohon.

2	
	

Bilakah keputusan permohonan diketahui?
10 hari selepas keputusan PMR diumumkan.(on line)

3	
	

Bagaimana nak semak keputusan permohonan?
Secara online. www.moe.gov.my , atau Hubungi sekolah yang dipohon.

4	
	

Ada 2 borang dalam talian. Isi kedua-dua atau salah satu?
Isi satu sahaja secara online.(Jika ada capaian)
	 Jika gagal boleh guna borang, lengkapkan dan hantar ke sekolah yang dipohon untuk
diproses.

5	

Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan
Kemahiran?
Kolej Vokasional.
	 -	 Pengajian selama 4 tahun.(Sijil Kolej Vokasional dari Tahap 1 hingga tahap 4)
	 -	 Guna system semester.
	 -	 15 SMV rintis untuk tahun 2012. (rujuk lampiran)
•	 Bidang Teknikal.
	 -	 Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
•	 Bidang Vokasional.
	 -	 Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
•	 Latihan Kemahiran.
	 -	 Pengajian selama 2 tahun
	 -	 Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3)
	 -	 Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1)

	

	
6	
	

10

Dalam 4 Kategori sekolah, apakah kursus yang ditawarkan oleh KV, Teknik, Vokasional
dan Kemahiran?
Sekolah yang telah dirintiskan sebagai KV akan menawarkan kursus KV sahaja.

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
SMT akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja, SMV (selain KV rintis) akan
menawarkan kursus bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran.

7	

Bila dapat keputusan PMR sebenar, bagaimanakah pemilihan kemasukan?
•	
Bagi kemasukan ke KV, bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran permohonan dan
tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan.
•	
Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan
manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga Peperiksaan
Malaysia).

8	

Adakah Sijil dan Diploma KV diiktiraf oleh MQA atau tidak?
Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA.

	
9	
	

Lepasan KV tiada SPM, bolehkah sambung pengajian ke IPTA/S?
Boleh. Sambungan Pengajian mestilah berkaitan dengan sijil/Diploma KV yang diperolehi.
Pencapaian yang memenuhi syarat kemasukan IPTA/S yang dipohon. (Mou antara KPM
dengan mana-mana ILKA/S dan IPTA/S terlibat sedang dipergiatkan untuk menyambut
pelajar lepasan KV kelak)

10	
	

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui maklumat lanjut tentang KV/SMV.
Layari laman web www.moe.gov.my atau Hubungi sekolah yang berkenaan.

11	

Apa perlu dibuat apabila tidak dapat meneruskan akses permohonan secara online
kerana kombinasi No. KP dan Angka Giliran tidak sama?
Hubungi BPTV dengan memberi butiran berikut; Nama, No. Kad Pengenalan, Angka Giliran,
Nama dan nombor telefon penjaga.

12	
	

13	
	

14	
	
15	
	

Saya merupakan guru di sekolah menengah harian. Bagaimanakah caranya untuk
saya lakukan bagi membolehkan saya berpindah ke Sekolah Menengah Vokasional?
Pemohonan pertukaran guru-guru yang berjawatan dan GC mestilah melalui Sistem
Pertukaran Guru di eGTukar. Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
yang ada di sekolah yang dimohon atau atas keperluan perkhidmatan.
Bagaimana caranya untuk saya lakukan agar saya dapat berpindah kerana pengetua
di sekolah saya tidak meluluskan pemohonan saya ini?
Pemohonan pertukaran mestilah mendapat sokongan Pengetua sekolah terlebih dahulu.
Jika pengetua tidak menyokong bermakna perkhidmatan masih diperlukan di sekolah itu
berdasarkan opsyen guru berkenaan.
Saya merupakan guru yang baru dilantik dan masih belum sah jawatan. Bolehkah
pemohonan saya diluluskan kerana saya mempunyai masalah keluarga?
Segala kelulusan pemohonan adalah atas keperluan penjawatan dan perkhidmatan.

(TPV)

	

Semasa saya mengisi pertukaran secara ‘online’. Saya dapati maklumat peribadi saya
salah. Kepada siapa perlu saya maklumkan perkara ini?
Pada kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran ada membuat surat siaran supaya guruguru mengemaskini data-data melalui eGTukar yang dilakukan oleh Guru Penolong Kanan
atau guru data. Rujuk kepada Guru Penolong Kanan atau guru data bagi tujuan pembetulan.
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

11
16	
	

Bolehkah sesuatu pertukaran itu dilakukan dalam tempoh 24 jam?
Kelulusan pertukaran akan di bawa mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran. Tempoh kelulusan
bergantung kepada kes – kes tertentu untuk diluluskan dalam mesyuarat.

17	

Bolehkah saya menukar lokasi penempatan saya walaupun semasa pemohonan saya
telah ditempatkan di lokasi yang berlainan?
Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah
dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah.

	

18	
	

19	
	

20	
	

21	

Pemohonan pertukaran saya telah diluluskan. Terima kasih saya ucapkan. Namun
begitu, saya ingin mengubah lokasi pertukaran saya itu ke tempat lain. Apakah
tindakan yang perlu saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini?
Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah
dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah.
Selama 7 tahun saya telah mencuba memohon untuk bertukar ke negeri Kelantan.
Apakah faktor yang menyebabkan pemohonan saya ini tidak diluluskan. Bagaimanakah
caranya untuk saya memenuhi hajat saya ini?
Segala kelulusan bergantung kepada kekosongan. Rata-rata sekolah di Negeri Kelantan
telah cukup kouta guru di situ.
Tuan, suami saya bertugas di sebuah syarikat perikanan di Pahang. Dan saya berhajat
untuk bertukar di sana. Saya kini mengajar di Kuala Lumpur. Tempat yang ingin saya
pohon tidak mempunyai bidang yang saya ajar kini. Apa yang harus saya lakukan bagi
membolehkan saya dapat berpindah ke negeri Pahang berdekatan dengan tempat
suami saya bertugas?
Puan disarankan untuk merujuk bidang yang puan mengajar di sekolah – sekolah yang
berhampiran pada PPD negeri yang puan mohon. Sekiranya ada, puan boleh terus membuat
pemohonan pertukaran.

(TPV)

	

Saya telah membuat pemohonan ke sekolah di negeri Johor. Bolehkah sekiranya saya
memohon untuk menukar lokasi ke negeri Melaka walaupun pemohonan pertukaran
ke negeri Johor itu belum diluluskan?
Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah
dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah.

12

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

(PBS)
Konsep PBS
1	

Apa itu PBS?

	

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir
bidang akademik dan bukan akademik.

	

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

	

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

	

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

2	

Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

	

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS
yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana
dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan
PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3	

Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

	

Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan
modal insan yang bertaraf dunia.

4	

Bila PBS mula dilaksanakan?

	

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai
Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR 100% PBS pada 2014.

5	

Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?
•	

PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding dengan pentaksiran sedia ada yang
lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS
mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala
fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir
pembelajaran yang merupakan assessment of learning.
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

13
•	

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana
murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

	

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran
merujuk kepada pernyataan standard.

•	

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling
sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
-	 boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
-	 boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran
murid
-	 lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan
murid
-	 mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

6	

Apakah standard prestasi?

	

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian
atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu
tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal
pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat
dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk dengan kepada standard yang ditetapkan.

7	

Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

	

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

	

• 	 Pementoran

	

• 	 Penyelarasan

	

• 	 Pemantauan

	

• 	 Pengesanan
• 	 Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

(PBS)

• 	 Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran
dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan.

14

• 	 Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard
Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.
• 	 Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
8	

Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan

	

Laporan deskriptif dan formatif dapat dijana melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1
hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).
9	

Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

	

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan kesilapan.

	

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan
pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi
meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10	

Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

	

PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan
modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara
berterusan dan menyeluruh.

11	

Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

	

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana
mereka:

	

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

	

- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

	

- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

12	

Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

	

Setiap guru merupakan guru terlatih yang telah menjalani kursus asas perguruan.
walaubagaimanapun mereka akan tetap diberi pendedahan mengenai Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
Jawatankuasa PBS
Apakah peranan YDP Majlis Pengetua Daerah dan YDP Majlis Guru Besar Daerah
sebagai Ahli Jawatankuasa PBS Daerah?

	

YDP Majlis Pengetua/Guru Besar adalah mewakili semua Pengetua/Guru Besar dalam
daerah berkenaan untuk membawa isu-isu dan hasrat pelaksana (guru di sekolah) ke dalam
mesyuarat JK PBS Daerah

2	

Sejauh manakah kuasa JK PBS Sekolah dalam pengoperasian PBS?

	

JK PBS boleh membuat keputusan dalam menetapkan pengoperasian PBS peringkat
sekolah asalkan ianya mematuhi garis panduan dan arahan pelaksanaan yang ditetapkan

3	

Bagaimanakah keanggotaan JK PBS Sekolah bagi sekolah kurang murid dalam?

	

Pelantikan JK PBS Sekolah adalah tertakluk kepada keperluan sekolah bagi sekolah kurang
murid, seorang guru mungkin perlu memegang lebih daripada satu folio

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

(PBS)

1	

15
Pelaksanaan PBS
1	

Adakah LINUS saling melengkapi dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

	

Ya. LINUS boleh digunakan dalam pentaksiran PBS kerana kemahiran yang terdapat dalam
LINUS terdapat dalam KSSR

2	

Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?

	

Keperluan mengadakan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun bergantung kepada
keputusan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Sekiranya sekolah ingin menjalankannya
maka, soalan atau tugasan untuk ujian tersebut mestilah diolah/bina mengikut deskriptor
standard prestasi

3	

Bolehkah sekolah melaksanakan pengoperasian komponen PBS mengikut kekuatan
sumber yang ada dan menggunakan pendekatan tertentu?

	

Sekolah boleh melaksanakan pengoperasian PBS menggunakan sumber yang ada dan
juga menggunakan pendekatan sesuai seperti yang diputuskan oleh JK PBS sekolah selagi
pengubahsuaian tidak bercanggah dengan panduan pelaksanaan dan peraturan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4	

Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara melaksanakan
kohort PBS yang lepas?

	

Tidak perlu kerana pentaksiran PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa.

5	

Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS?

	

Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing-masing dan pentaksiran
PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk ditaksir

6	

Bagaimanakah pengoperasian PBS bagi murid dari golongan OKU dilaksanakan?
Adakah mereka akan diberikan pengecualian?

	

Murid OKU juga akan ditaksir mengikut standard prestasi yang dibina khas untuk golongan
tersebut. Oleh yang demikian mereka tidak diberi pengecualian

Pentaksir Sekolah

Boleh kerana pentaksiran mata pelajaran dilakukan semasa P&P dan guru yang hanya
mengajar boleh mentaksir muridnya

2	

16

Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?

	

(PBS)

1	

Bolehkah seseorang guru yang tidak mengajar mata pelajaran menjadi pentaksir dan
seterusnya membuat pentaksiran?

	

Tidak boleh kerana pentaksiran PBS dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
Pelaporan
1	

Bolehkah ibu bapa mendapatkan laporan prestasi murid bila diperlukan?

	

Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun
laporan prestasi tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pembelajaran dan pengajaran
(P&P) dan pentaksiran topik dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut

2	

Siapakah yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid?

	

Guru mata pelajaran yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid sekiranya
diperlukan. Laporan dikeluarkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS)

3	

Bilakah guru boleh mula memasukkan data standard prestasi murid ke dalam SPPBS?

	

Pihak sekolah perlu menunggu arahan pelaksanaan yang akan dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan pada awal tahun

4	

Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan?

	

Boleh. Murid boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan daripada guru. Laporan
boleh dikeluarkan atau dicetak terus daripada system Aplikasi SPPBS

5	

Bolehkah pihak-pihak yang berkepentingan seperti wakil rakyat, pertubuhan NGO,
pihak swasta dan pihak lain selain ibu bapa mendapatkan rumusan pelaporan prestasi
untuk tujuan memberi sumbangan dan motivasi kepada murid?

	

Pihak-pihak yang berkepentingan boleh mendapatkan rumusan pelaporan prestasi sekolah
sekiranya dipersetujui oleh JK PBS Sekolah berkenaan

6	

Bolehkah sekolah membuat ranking
bagaimana caranya?

	

Sekolah boleh membuat ranking murid-muridnya dengan menggunakan atau merujuk
evidens yang dapat disempurnakan oleh murid-murid semasa pentaksiran PBS

7	

Adakah pelaporan PBS boleh digunakan sebagai asas kepada pemilihan penerima
anugerah kecemerlangan murid di sekolah?

	

Pelaporan PBS memang wajar dijadikan asas atau kriteria kepada pemilihan penerima
anugerah dan perlu disokong dengan evidens murid

8	

Adakah ibu bapa diberi kemudahan untuk mencapai sistem yang boleh mengeluarkan
pelaporan bagi anak-anak mereka?

	

Pada masa ini ibu bapa perlu mendapatkan laporan prestasi anak- anak mereka daripada
guru di sekolah

(PBS)

di kalangan murid-muridnya? Jika boleh,

Penjaminan Kualiti
1	

Apakah maksud penyelarasan?

	

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

17
peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan perlu dilakukan dari aspek penskoran
untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan
kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia/ Ketua Bidang / Guru Cemerlang mata pelajaran
dan Penyelaras luaran terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, JPN
dan PPD.

3	

Apakah yang dikatakan pementoran?

	

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

4	

Siapakah yang boleh melaksanakan pementoran?

	

Pementoran boleh dilakukan oleh mentor dalaman yang terdiri daripada Ketua Panitia,
Jurulatih Utama , Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara mentor
luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus.

5	

Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan?

	

Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan.

6	

Siapakah yang boleh melaksanakan pemantauan?

	

Pemantauan boleh dilakukan oleh pemantau dalaman terdiri daripada guru yang dilantik oleh
JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau Luaran terdiri pegawai Bahagian di Kementerian
Pelajaran Malaysia.

7	

Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan
sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?

	

Sekolah boleh malah digalakkan untuk melakukan silang pemantauan dan silang
penyelarasan dengan sekolah berhampiran kerana dengan kerjasama tersebut boleh
meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pelaksanaan PBS

8	

Sejauh manakah intergriti guru boleh dipercayai dalam pelaksanaan PBS?

	

Intergriti guru tidak boleh dipertikaikan dalam pelaksanaan PBS ini kerana adanya mekanisme
penjaminan kualiti yang akan dijalankan sepanjang pelaksanaan PBS iaitu pementoran,
penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

9	

18

Siapakah yang melaksanakan penyelarasan?

	

(PBS)

2	

Bolehkah sekiranya guru yang dipantau adalah Guru Besar atau Guru Penolong Kanan?

	

Boleh sekiranya Guru Besar/Pengetua atau Guru Penolong Kanan mata pelajaran berkenaan.

10	
	

Bagaimanakah dengan pelaporan PBS bagi murid yang berpindah?
Sekolah perlu memaklumkan perpindahan tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
pihak JPN akan memproses perpindahan murid itu melalui sistem Apllikasi SPPBS dan
pelaporan murid akan dapat diakses oleh sekolah baru.

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
Pengurusan Evidens Dalam PBS
Bolehkah fail showcase disediakan di hujung tahun?

	

Tidak. Fail Showcase (FS) perlu disediakan pada awal tahun iaitu sesi awal persekolahan
kerana selain boleh dijadikan rujukan untuk Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase
(FS) juga boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan pencapaian band murid jika
diperlukan.

2	

Berapakah bilangan fail yang perlu disediakan untuk menyimpan evidens murid dalam
PBS?

	

Satu Fail Perkembangan Murid (FPM) yang perlu disediakan untuk seorang murid bagi
menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran.

3	

Adakah evidens terbaik yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM)
mengikut pencapaian dalam setiap band atau hanya evidens dalam band tertinggi
sahaja yang disimpan?

	

Evidens terbaik pada deskriptor tertinggi sahaja yang disimpan dalam Fail Perkembangan
Murid (FPM). Evidens bagi pencapaian band sebelum itu boleh diserahkan kembali kepada
murid.

4	

Bilakah evidens murid boleh dilupuskan?

	

Evidens murid bagi Pentaksiran Sekolah boleh diserahkan kepada murid tersebut setelah
pencapaian standard prestasinya direkodkan dalam SPPBS.

5	

Bagaimanakah hendak membuktikan kepada pihak yang memerlukan evidens
berbentuk lisan?

	

Pihak berkenaan boleh melihat pencapaian murid yang direkodkan di dalam SPPBS. Guru
juga boleh meminta Ketua Panitia membuat pengesahan evidens tersebut. Jika perlu murid
boleh dipanggil untuk membuktikan pencapaiannya.

(PBS)

1	

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

19
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

SATU MURID SATU SUKAN

(1Murid 1Sukan)
1	

Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?
i.	

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah.

ii.	 Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun.
2	

Kenapa Dasar 1Murid 1Ssukan Ini Diwujudkan?
i.	

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid
untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang
kurang atau tidak aktif;

ii.	 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
iii.	 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi.
3	

Apakah Objektif Dasar 1Murid 1Sukan Ini?
i.	

Meningkatkan kecergasan jasmani;

ii.	 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
iii.	 Memupuk perpaduan di antara kaum;
iv.	 Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid;
v.	 Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui
pendekatan berasaskan learning through play;
vi.	 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
vii.	 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
4	

Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai,
menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka
bagi kegunaan sepanjang hayat.

5	

Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1Murid
1Sukan Ini?

	

20

Apakah Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan Ini?

	

Sebelum pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip
berikut:

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim
i.	

Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;

ii.	 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan
pihak sekolah;
iii.	 Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang
melibatkan pergerakan fizikal.
iv.	 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah
sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan
merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
v.	 Asas kepada Dasar 1Murid 1Sukan adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran
PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;
vi.	 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;
vii.	 Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah; dan
viii.	 Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan
hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif
setiap murid.
Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Ini?
i.	

Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah
Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah.
Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah.

ii.	 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah
sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan
aktiviti 1Murid 1Sukan

(1Murid 1Sukan)

6	

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Soalan-Soalan Lazim

21
Dasar dasar kpm bm (ncm)

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
ELena LuLia
 
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
KPM- ex KPLI students
 
Ppg module tsl3105 topic 2 developing listening & speaking
Ppg module tsl3105 topic 2 developing listening & speakingPpg module tsl3105 topic 2 developing listening & speaking
Ppg module tsl3105 topic 2 developing listening & speaking
Jojo PaPat
 
Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.
Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.
Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.
rotikampe
 

Was ist angesagt? (20)

Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksia
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Slot 5 Prinsip CASPER
Slot 5 Prinsip CASPERSlot 5 Prinsip CASPER
Slot 5 Prinsip CASPER
 
Aspek seni bahasa utama
Aspek seni bahasa  utamaAspek seni bahasa  utama
Aspek seni bahasa utama
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
 
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Ppg module tsl3105 topic 2 developing listening & speaking
Ppg module tsl3105 topic 2 developing listening & speakingPpg module tsl3105 topic 2 developing listening & speaking
Ppg module tsl3105 topic 2 developing listening & speaking
 
Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.
Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.
Bahan bengkel pengenalan lo 0 bjek pembelajaran.
 

Andere mochten auch (7)

Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesanCiri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
 
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
 

Ähnlich wie Dasar dasar kpm bm (ncm)

Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
izah123
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Ting Ting Fiona
 
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
Saiza Baharom
 
Pembentangan trend bahasa pengantar
Pembentangan trend bahasa pengantarPembentangan trend bahasa pengantar
Pembentangan trend bahasa pengantar
Az Nieda
 
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
Zoraimi
 
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBIkumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
Izawati Saat
 
Perancangan panitia bi 2013
Perancangan  panitia  bi 2013Perancangan  panitia  bi 2013
Perancangan panitia bi 2013
jed jeki
 
Garispanduan2 131127195116-phpapp02
Garispanduan2 131127195116-phpapp02Garispanduan2 131127195116-phpapp02
Garispanduan2 131127195116-phpapp02
Aminorashid Salamon
 

Ähnlich wie Dasar dasar kpm bm (ncm) (20)

Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Mbmmbi
MbmmbiMbmmbi
Mbmmbi
 
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBIBuku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
 
Meeting With Teachers (Sec)
Meeting With Teachers (Sec)Meeting With Teachers (Sec)
Meeting With Teachers (Sec)
 
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. bahasa
5. bahasa5. bahasa
5. bahasa
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptxCopy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
 
(Group 8) ppsmi mbmmbi
(Group 8) ppsmi mbmmbi(Group 8) ppsmi mbmmbi
(Group 8) ppsmi mbmmbi
 
Pembentangan trend bahasa pengantar
Pembentangan trend bahasa pengantarPembentangan trend bahasa pengantar
Pembentangan trend bahasa pengantar
 
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)
 
Garis panduan 2
Garis panduan 2Garis panduan 2
Garis panduan 2
 
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBIkumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
 
Perancangan panitia bi 2013
Perancangan  panitia  bi 2013Perancangan  panitia  bi 2013
Perancangan panitia bi 2013
 
Garispanduan2 131127195116-phpapp02
Garispanduan2 131127195116-phpapp02Garispanduan2 131127195116-phpapp02
Garispanduan2 131127195116-phpapp02
 

Mehr von Osman Hj Mohamed (15)

2 final strategi menjayakan dual language programme
2 final strategi menjayakan dual language programme2 final strategi menjayakan dual language programme
2 final strategi menjayakan dual language programme
 
Poac dlm pengurusan
Poac dlm pengurusanPoac dlm pengurusan
Poac dlm pengurusan
 
Swot
SwotSwot
Swot
 
Aspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisisAspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisis
 
Pecahan fail pengurusan pss
Pecahan fail pengurusan pssPecahan fail pengurusan pss
Pecahan fail pengurusan pss
 
Tatacara pelupusan aset
Tatacara pelupusan aset Tatacara pelupusan aset
Tatacara pelupusan aset
 
Karaktor
KaraktorKaraktor
Karaktor
 
Penggredan pss
Penggredan pssPenggredan pss
Penggredan pss
 
Sgdu4143 pengurusan strategik
Sgdu4143 pengurusan strategikSgdu4143 pengurusan strategik
Sgdu4143 pengurusan strategik
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum
 
Kepimpinan pengajaran
Kepimpinan pengajaranKepimpinan pengajaran
Kepimpinan pengajaran
 
Nota slide pengurusan strategik
Nota slide pengurusan strategikNota slide pengurusan strategik
Nota slide pengurusan strategik
 
Nota pengujian
Nota pengujianNota pengujian
Nota pengujian
 
Pelan strategik lengkap
Pelan strategik lengkapPelan strategik lengkap
Pelan strategik lengkap
 
Contoh fail kuasa gpm pkg kampong gajah
Contoh fail kuasa gpm pkg kampong gajahContoh fail kuasa gpm pkg kampong gajah
Contoh fail kuasa gpm pkg kampong gajah
 

Dasar dasar kpm bm (ncm)

  • 1.
  • 2.
  • 3. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) 1 Apakah itu Dasar MBMMBI? Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. 2 Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI? Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. 3 Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah? Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p. 4 Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan? Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolahsekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p matematik dan sains dalam bahasa Malaysia. 5 Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah? Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 1
  • 4. 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. 6 Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI? KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut: a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5 Bahagian Pendidikan Guru juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI: Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia: i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) ii. KDP 4 Minggu (MBMMBI) iii. Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka 2 Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris: i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris 7 Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti?(BPG/ELTC/IPGM) Institut Pendidikan Guru a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan di sekolah. b. “Teacher Study “ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 5. c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid. d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional , Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian. Praktikum – 3 kali praktikum : a. Semester 5 – 4 minggu b. Semester 6 – 8 minggu c. Semester 7 – 12 minggu Semester 8 – pelajar akan menjalani internship dengan menjalankan kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris. Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. 8 Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut: i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun yang telah bersara dari seluruh negara (MBMMBI) ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris 9 Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris? Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu: a. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak b. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 3
  • 6. c. IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu d. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan e. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi. Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut: a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris; b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi dalam kalangan guru sekolah 10 Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI? English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru: a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) • Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka. b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) 4 CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif. • Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan p & p untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. • (MBMMBI) • OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk murid. Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa. 11 Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 7. pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa. 12 Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah? Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu; • Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning) • Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning) Pentaksiran Formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Pentaksiran Sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. 13 Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa. Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI. 14 Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti? Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti. (MBMMBI) DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 5
  • 8. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) 1 Mengapakah KSSR diperkenalkan? KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. 2 Apakah maksud Kurikulum Standard? KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: • • 3 Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? KBSR KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: √ Keterampilan Diri Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: √ Komunikasi √ Komunikasi √ Kerohanian, Sikap & Nilai √ Manusia dan Alam Kelilingnya √ Kemanusiaan √ Perkembangan Diri Individu √ Perkembangan Fizikal & Estetika Bahan Kurikulum: √ Sains dan Teknologi √ Sukatan Pelajaran Bahan Kurikulum: Reka bentuk kurikulum: √ Dokumen Standard Kurikulum √ Linear Reka bentuk kurikulum: Organisasi Kurikulum: √ Modular Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan Organisasi Kurikulum: √ Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) 6 Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) √ Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & √ Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 9. Modul Elektif Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Fokus: √ Mata pelajaran Teras & Elektif Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Fokus: 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan. 5 Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). 6 Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains. 7 Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu. 8 Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR? KSSR tidak mengalakkan penjurusan. 9 Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. 10 Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi? Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains . DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim (KSSR) 4 7
  • 10. 11 Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu. 12 Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam p&p? Elemen Merentas Kurikulum (EMK) tidak perlu digunakan tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian. dalam setiap kali sesi p&p 13 Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. 14 Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu? Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK. 15 Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris? Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. 16 Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan? Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan. 17 Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1? Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini. Walau (KSSR) 18 Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi? 8 Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu • Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 11. • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid 19 Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan menggunakan makmal dalam satu masa? sekiranya semua guru hendak Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan. 20 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer? Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan. 21 Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283 22 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p? KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p. 23 Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR? KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim (KSSR) 24 Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? 9
  • 12. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL (TPV) 1 Bagaimana kaedah memohon. 1. Isi borang atas talian. www.moe.gov.my 2. Isi borang hantar ke SMV/T yang dipohon. 2 Bilakah keputusan permohonan diketahui? 10 hari selepas keputusan PMR diumumkan.(on line) 3 Bagaimana nak semak keputusan permohonan? Secara online. www.moe.gov.my , atau Hubungi sekolah yang dipohon. 4 Ada 2 borang dalam talian. Isi kedua-dua atau salah satu? Isi satu sahaja secara online.(Jika ada capaian) Jika gagal boleh guna borang, lengkapkan dan hantar ke sekolah yang dipohon untuk diproses. 5 Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran? Kolej Vokasional. - Pengajian selama 4 tahun.(Sijil Kolej Vokasional dari Tahap 1 hingga tahap 4) - Guna system semester. - 15 SMV rintis untuk tahun 2012. (rujuk lampiran) • Bidang Teknikal. - Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM) • Bidang Vokasional. - Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM) • Latihan Kemahiran. - Pengajian selama 2 tahun - Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3) - Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1) 6 10 Dalam 4 Kategori sekolah, apakah kursus yang ditawarkan oleh KV, Teknik, Vokasional dan Kemahiran? Sekolah yang telah dirintiskan sebagai KV akan menawarkan kursus KV sahaja. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 13. SMT akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja, SMV (selain KV rintis) akan menawarkan kursus bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran. 7 Bila dapat keputusan PMR sebenar, bagaimanakah pemilihan kemasukan? • Bagi kemasukan ke KV, bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan. • Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga Peperiksaan Malaysia). 8 Adakah Sijil dan Diploma KV diiktiraf oleh MQA atau tidak? Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA. 9 Lepasan KV tiada SPM, bolehkah sambung pengajian ke IPTA/S? Boleh. Sambungan Pengajian mestilah berkaitan dengan sijil/Diploma KV yang diperolehi. Pencapaian yang memenuhi syarat kemasukan IPTA/S yang dipohon. (Mou antara KPM dengan mana-mana ILKA/S dan IPTA/S terlibat sedang dipergiatkan untuk menyambut pelajar lepasan KV kelak) 10 Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui maklumat lanjut tentang KV/SMV. Layari laman web www.moe.gov.my atau Hubungi sekolah yang berkenaan. 11 Apa perlu dibuat apabila tidak dapat meneruskan akses permohonan secara online kerana kombinasi No. KP dan Angka Giliran tidak sama? Hubungi BPTV dengan memberi butiran berikut; Nama, No. Kad Pengenalan, Angka Giliran, Nama dan nombor telefon penjaga. 12 13 14 15 Saya merupakan guru di sekolah menengah harian. Bagaimanakah caranya untuk saya lakukan bagi membolehkan saya berpindah ke Sekolah Menengah Vokasional? Pemohonan pertukaran guru-guru yang berjawatan dan GC mestilah melalui Sistem Pertukaran Guru di eGTukar. Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah yang dimohon atau atas keperluan perkhidmatan. Bagaimana caranya untuk saya lakukan agar saya dapat berpindah kerana pengetua di sekolah saya tidak meluluskan pemohonan saya ini? Pemohonan pertukaran mestilah mendapat sokongan Pengetua sekolah terlebih dahulu. Jika pengetua tidak menyokong bermakna perkhidmatan masih diperlukan di sekolah itu berdasarkan opsyen guru berkenaan. Saya merupakan guru yang baru dilantik dan masih belum sah jawatan. Bolehkah pemohonan saya diluluskan kerana saya mempunyai masalah keluarga? Segala kelulusan pemohonan adalah atas keperluan penjawatan dan perkhidmatan. (TPV) Semasa saya mengisi pertukaran secara ‘online’. Saya dapati maklumat peribadi saya salah. Kepada siapa perlu saya maklumkan perkara ini? Pada kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran ada membuat surat siaran supaya guruguru mengemaskini data-data melalui eGTukar yang dilakukan oleh Guru Penolong Kanan atau guru data. Rujuk kepada Guru Penolong Kanan atau guru data bagi tujuan pembetulan. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 11
  • 14. 16 Bolehkah sesuatu pertukaran itu dilakukan dalam tempoh 24 jam? Kelulusan pertukaran akan di bawa mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran. Tempoh kelulusan bergantung kepada kes – kes tertentu untuk diluluskan dalam mesyuarat. 17 Bolehkah saya menukar lokasi penempatan saya walaupun semasa pemohonan saya telah ditempatkan di lokasi yang berlainan? Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah. 18 19 20 21 Pemohonan pertukaran saya telah diluluskan. Terima kasih saya ucapkan. Namun begitu, saya ingin mengubah lokasi pertukaran saya itu ke tempat lain. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini? Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah. Selama 7 tahun saya telah mencuba memohon untuk bertukar ke negeri Kelantan. Apakah faktor yang menyebabkan pemohonan saya ini tidak diluluskan. Bagaimanakah caranya untuk saya memenuhi hajat saya ini? Segala kelulusan bergantung kepada kekosongan. Rata-rata sekolah di Negeri Kelantan telah cukup kouta guru di situ. Tuan, suami saya bertugas di sebuah syarikat perikanan di Pahang. Dan saya berhajat untuk bertukar di sana. Saya kini mengajar di Kuala Lumpur. Tempat yang ingin saya pohon tidak mempunyai bidang yang saya ajar kini. Apa yang harus saya lakukan bagi membolehkan saya dapat berpindah ke negeri Pahang berdekatan dengan tempat suami saya bertugas? Puan disarankan untuk merujuk bidang yang puan mengajar di sekolah – sekolah yang berhampiran pada PPD negeri yang puan mohon. Sekiranya ada, puan boleh terus membuat pemohonan pertukaran. (TPV) Saya telah membuat pemohonan ke sekolah di negeri Johor. Bolehkah sekiranya saya memohon untuk menukar lokasi ke negeri Melaka walaupun pemohonan pertukaran ke negeri Johor itu belum diluluskan? Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah. 12 DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 15. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Konsep PBS 1 Apa itu PBS? PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. 2 Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. 3 Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang? Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. 4 Bila PBS mula dilaksanakan? PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR 100% PBS pada 2014. 5 Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada? • PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding dengan pentaksiran sedia ada yang lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 13
  • 16. • Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. • PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi 6 Apakah standard prestasi? Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk dengan kepada standard yang ditetapkan. 7 Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: • Pementoran • Penyelarasan • Pemantauan • Pengesanan • Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. (PBS) • Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. 14 • Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. • Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. 8 Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan Laporan deskriptif dan formatif dapat dijana melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 17. diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). 9 Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan kesilapan. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. 10 Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS? PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. 11 Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid 12 Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? Setiap guru merupakan guru terlatih yang telah menjalani kursus asas perguruan. walaubagaimanapun mereka akan tetap diberi pendedahan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jawatankuasa PBS Apakah peranan YDP Majlis Pengetua Daerah dan YDP Majlis Guru Besar Daerah sebagai Ahli Jawatankuasa PBS Daerah? YDP Majlis Pengetua/Guru Besar adalah mewakili semua Pengetua/Guru Besar dalam daerah berkenaan untuk membawa isu-isu dan hasrat pelaksana (guru di sekolah) ke dalam mesyuarat JK PBS Daerah 2 Sejauh manakah kuasa JK PBS Sekolah dalam pengoperasian PBS? JK PBS boleh membuat keputusan dalam menetapkan pengoperasian PBS peringkat sekolah asalkan ianya mematuhi garis panduan dan arahan pelaksanaan yang ditetapkan 3 Bagaimanakah keanggotaan JK PBS Sekolah bagi sekolah kurang murid dalam? Pelantikan JK PBS Sekolah adalah tertakluk kepada keperluan sekolah bagi sekolah kurang murid, seorang guru mungkin perlu memegang lebih daripada satu folio DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim (PBS) 1 15
  • 18. Pelaksanaan PBS 1 Adakah LINUS saling melengkapi dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah? Ya. LINUS boleh digunakan dalam pentaksiran PBS kerana kemahiran yang terdapat dalam LINUS terdapat dalam KSSR 2 Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan? Keperluan mengadakan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Sekiranya sekolah ingin menjalankannya maka, soalan atau tugasan untuk ujian tersebut mestilah diolah/bina mengikut deskriptor standard prestasi 3 Bolehkah sekolah melaksanakan pengoperasian komponen PBS mengikut kekuatan sumber yang ada dan menggunakan pendekatan tertentu? Sekolah boleh melaksanakan pengoperasian PBS menggunakan sumber yang ada dan juga menggunakan pendekatan sesuai seperti yang diputuskan oleh JK PBS sekolah selagi pengubahsuaian tidak bercanggah dengan panduan pelaksanaan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 4 Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara melaksanakan kohort PBS yang lepas? Tidak perlu kerana pentaksiran PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa. 5 Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS? Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing-masing dan pentaksiran PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk ditaksir 6 Bagaimanakah pengoperasian PBS bagi murid dari golongan OKU dilaksanakan? Adakah mereka akan diberikan pengecualian? Murid OKU juga akan ditaksir mengikut standard prestasi yang dibina khas untuk golongan tersebut. Oleh yang demikian mereka tidak diberi pengecualian Pentaksir Sekolah Boleh kerana pentaksiran mata pelajaran dilakukan semasa P&P dan guru yang hanya mengajar boleh mentaksir muridnya 2 16 Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir? (PBS) 1 Bolehkah seseorang guru yang tidak mengajar mata pelajaran menjadi pentaksir dan seterusnya membuat pentaksiran? Tidak boleh kerana pentaksiran PBS dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 19. Pelaporan 1 Bolehkah ibu bapa mendapatkan laporan prestasi murid bila diperlukan? Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun laporan prestasi tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan pentaksiran topik dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut 2 Siapakah yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid? Guru mata pelajaran yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid sekiranya diperlukan. Laporan dikeluarkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) 3 Bilakah guru boleh mula memasukkan data standard prestasi murid ke dalam SPPBS? Pihak sekolah perlu menunggu arahan pelaksanaan yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada awal tahun 4 Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan? Boleh. Murid boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan daripada guru. Laporan boleh dikeluarkan atau dicetak terus daripada system Aplikasi SPPBS 5 Bolehkah pihak-pihak yang berkepentingan seperti wakil rakyat, pertubuhan NGO, pihak swasta dan pihak lain selain ibu bapa mendapatkan rumusan pelaporan prestasi untuk tujuan memberi sumbangan dan motivasi kepada murid? Pihak-pihak yang berkepentingan boleh mendapatkan rumusan pelaporan prestasi sekolah sekiranya dipersetujui oleh JK PBS Sekolah berkenaan 6 Bolehkah sekolah membuat ranking bagaimana caranya? Sekolah boleh membuat ranking murid-muridnya dengan menggunakan atau merujuk evidens yang dapat disempurnakan oleh murid-murid semasa pentaksiran PBS 7 Adakah pelaporan PBS boleh digunakan sebagai asas kepada pemilihan penerima anugerah kecemerlangan murid di sekolah? Pelaporan PBS memang wajar dijadikan asas atau kriteria kepada pemilihan penerima anugerah dan perlu disokong dengan evidens murid 8 Adakah ibu bapa diberi kemudahan untuk mencapai sistem yang boleh mengeluarkan pelaporan bagi anak-anak mereka? Pada masa ini ibu bapa perlu mendapatkan laporan prestasi anak- anak mereka daripada guru di sekolah (PBS) di kalangan murid-muridnya? Jika boleh, Penjaminan Kualiti 1 Apakah maksud penyelarasan? Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 17
  • 20. peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan perlu dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia/ Ketua Bidang / Guru Cemerlang mata pelajaran dan Penyelaras luaran terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, JPN dan PPD. 3 Apakah yang dikatakan pementoran? Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. 4 Siapakah yang boleh melaksanakan pementoran? Pementoran boleh dilakukan oleh mentor dalaman yang terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama , Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus. 5 Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan? Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. 6 Siapakah yang boleh melaksanakan pemantauan? Pemantauan boleh dilakukan oleh pemantau dalaman terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau Luaran terdiri pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. 7 Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama? Sekolah boleh malah digalakkan untuk melakukan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran kerana dengan kerjasama tersebut boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pelaksanaan PBS 8 Sejauh manakah intergriti guru boleh dipercayai dalam pelaksanaan PBS? Intergriti guru tidak boleh dipertikaikan dalam pelaksanaan PBS ini kerana adanya mekanisme penjaminan kualiti yang akan dijalankan sepanjang pelaksanaan PBS iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. 9 18 Siapakah yang melaksanakan penyelarasan? (PBS) 2 Bolehkah sekiranya guru yang dipantau adalah Guru Besar atau Guru Penolong Kanan? Boleh sekiranya Guru Besar/Pengetua atau Guru Penolong Kanan mata pelajaran berkenaan. 10 Bagaimanakah dengan pelaporan PBS bagi murid yang berpindah? Sekolah perlu memaklumkan perpindahan tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pihak JPN akan memproses perpindahan murid itu melalui sistem Apllikasi SPPBS dan pelaporan murid akan dapat diakses oleh sekolah baru. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 21. Pengurusan Evidens Dalam PBS Bolehkah fail showcase disediakan di hujung tahun? Tidak. Fail Showcase (FS) perlu disediakan pada awal tahun iaitu sesi awal persekolahan kerana selain boleh dijadikan rujukan untuk Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) juga boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan pencapaian band murid jika diperlukan. 2 Berapakah bilangan fail yang perlu disediakan untuk menyimpan evidens murid dalam PBS? Satu Fail Perkembangan Murid (FPM) yang perlu disediakan untuk seorang murid bagi menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran. 3 Adakah evidens terbaik yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) mengikut pencapaian dalam setiap band atau hanya evidens dalam band tertinggi sahaja yang disimpan? Evidens terbaik pada deskriptor tertinggi sahaja yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM). Evidens bagi pencapaian band sebelum itu boleh diserahkan kembali kepada murid. 4 Bilakah evidens murid boleh dilupuskan? Evidens murid bagi Pentaksiran Sekolah boleh diserahkan kepada murid tersebut setelah pencapaian standard prestasinya direkodkan dalam SPPBS. 5 Bagaimanakah hendak membuktikan kepada pihak yang memerlukan evidens berbentuk lisan? Pihak berkenaan boleh melihat pencapaian murid yang direkodkan di dalam SPPBS. Guru juga boleh meminta Ketua Panitia membuat pengesahan evidens tersebut. Jika perlu murid boleh dipanggil untuk membuktikan pencapaiannya. (PBS) 1 DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 19
  • 22. DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim SATU MURID SATU SUKAN (1Murid 1Sukan) 1 Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan? i. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. ii. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. 2 Kenapa Dasar 1Murid 1Ssukan Ini Diwujudkan? i. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; ii. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan iii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. 3 Apakah Objektif Dasar 1Murid 1Sukan Ini? i. Meningkatkan kecergasan jasmani; ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni; iii. Memupuk perpaduan di antara kaum; iv. Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid; v. Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan learning through play; vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. 4 Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai, menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka bagi kegunaan sepanjang hayat. 5 Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan Ini? 20 Apakah Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan Ini? Sebelum pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim
  • 23. i. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan; ii. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah; iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. v. Asas kepada Dasar 1Murid 1Sukan adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini; vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan; vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Ini? i. Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan (1Murid 1Sukan) 6 DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim 21