Dokumen tersebut membahasikan pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik antara konstruktivisme dan latih tubi. Ia menjelaskan pengertian kedua-dua kaedah tersebut serta beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih kaedah seperti gaya pembelajaran pelajar dan topik pengajaran.
4. Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.Idea utama Kognitivisme pula adalah perwakilan mental. Kognitivsme mempunyai dua ciri utama. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melaui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Jika maklumat baru secocok dengan skema yang ada, maka maklumat itu akan diterima. Jika sebaliknya, maklumat itu akan mungkin ditolak atau diubahsuai, atau skema akan diubah suai. Jean Piaget merupakan penggerak utama Kognitivisme.
Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Sebarang maklumat baru yang diterima akan disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baru dalam minda dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan guru.
3.2.1Ciri – ciri pembelajaran secara konstruktivisme.
Pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai beberapa ciri – ciri utama. Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid – murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang 1993). Dengan ini, model ini menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru kerana ia merupakan pembelajaran secara dua hala yang memerlukan komunikasi berlaku semasa aktiviti pembelajaran.
Pembelajaran secara konstruktivisme juga menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid. Guru pula akan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Apabila guru banyak menerima soalan daripada murid dan mendengar banyak idea, guru boeh menggunakannya sebagai bahan pengajaran. Guru juga boleh menilai kembali rancangan pengajaran yang telah dibuat sesuai dengan keperluan murid.
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Seorang guru perlu menyesuaikan aktiviti pengajaran mengikut keperluan murid-murid dan sikap murid-murid dalam kelas. Guru juga perlu mengenal pasti kecerdasan murid-murid yang terdapat di dalam kelas yang diajar. Selain memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, hubungan antara guru dan murid serta murig dengan murid menjadi lebih erat. Proses pembelajaran yang aktif meningkatkan kefahaman murid dan membantu murid berfikir.
Ciri lain pembelajaran secara konstruktivis adalah guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan proses pembelajaran murid. Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan persekitaran individu sangat berpengaruh pada pola pembelajaran sosial ini. Manusia biasanya akan belajar daripada apa yang selalu dilihat. Menurut Bandura (1977),
quot;
Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on theeffects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most humant behavior is learned obsevationally through modelling: from observing others one forms an idea of hor new behavior are performed, and on later occation this coded information serves as aguide for actionquot;

Pembelajaran secara konstruktivis juga menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Proses inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Proses pembelajaran secara inkuiri amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang.
Selain itu, ia memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Pengetahuan baru dibina dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Murid-murid terlibat secara langsung dengan dunia sebenar dan membina sendiri kefahaman mereka sesuai. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. Konstruktivesme menekankan proses pembelajaran murid-murid dengan membina dan mengembangkan idea mereka sendiri.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran murid-murid secara kerjasama (Mok, 2010). Sewaktu pembelajaran koperatif, murid-murid berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Dalam pembelajaran secara koperatif, guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan pemberi arahan. Murid-murid yng berada dalam kumpulan membincangkan secara koperatif mengenai pelajaran atau tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran secara konstruktivis menyokong pembelajaran secara koperatif.
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, hasil pembelajaran bukanlah satu-satunya tujuan utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran adalah penting kerana pembelajaran yang bermakna membantu ingatan yang lebih lama dan kekal. Pembelajaran yang aktif meningkatkan minat murid-murid untuk belajar dan mendalami ilmu yang dipelajari.
3.2.2Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme kepada murid.
Dalam proses membina pengetahuan yang baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebgai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea menjadi lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan sittuasi yang baru. Kefahaman konsep membantu murid dalam menjana idea yang lebih baik dan sesuai dengan apa yang dipelajari. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Murid yang belajar secara konsruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Selain itu, mereka akan lebih banyak berinteraksi dan mempunyai kemahiran sosial yang baik. Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteaksi dengan rakan – rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Suasana pembelajaran yang seronok sangat berkesan terhadap pembelajaran murid. Ini adalah kerana murid dapat belajar dengan selesa mengikut cara mereka sendiri. Murid juga mereka tidak tertekan, dipaksa dan dikongkong oleh guru dalam mempelajari sesuatu isi pelajaran.
3.3Pandangan Mengenai Konstruktivisme.
Terdapat beberapa pandangan mengenai konstruktivisme. Antaranya ialah dengan pendekatan konstruktivisme, murid terlibat secara aktif di dalam kelas. Ini disokong oleh Meor Ibrahim (2001) dalam Chong Lih Shun (2008) telah menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik, penekanan perlu diberikan kepada pendekatan konstruktivisme, dengan memberi peluang kepada murid supaya terlibat secara aktif. Sebagai contoh jika guru ingin mengajar topik Poligon Tingkatan 1, guru telah meminta supaya murid membentuk 5 kumpulan. Kemudian, guru akan memberikan setiap kumpulan satu bentuk poligon. Guru akan meminta pelajar berbincang di dalam kumpulan dengan menyatakan bilangan bucu, bilangan sisi dan bilangan segi tiga yang boleh dibentuk daripada poligan berkenaan. Cara ini akan menjadikan murid bergerak dan dapat mengelakkan murid menjadi pasif apabila berada di dalam kelas.
Selain itu, konstruktivisme juga menyebabkan murid dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain di dalam kelas. Ini secara tidak langsung menjadikan komunikasi dua hala antara murid dan guru. Konstruktivisme mengganggap bahawa murid adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka kuasai sebelum ini (Billett 1996; Kerka 1997 dalam Chong Lih Shun 2008). Aktiviti perbincangan dalam kumpulan menjadikan para murid di dalam kelas bercakap antara satu sama lain dan ini dapat mengelakkan murid bersikap pasif di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, bahkan pendekatan konstruktivisme juga akan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Ahmad Ramli (2002) dalam Chong Lih Shun (2008), pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konstruktivisme dapat menggalakkan dan memberi ruang kepada murid untuk mengamal dan memperkembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Sebagai contoh apabila seorang guru ingin mengajar topik Pepejal Geometri II Tingkatan 2, guru telah meminta supaya murid membentuk 5 kumpulan. Kemudian, guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk melukis rumah atau bangunan daripada beberapa bentuk pepejal geometri yang telah dipelajari. Dengan ini, murid dapat menyumbang idea dan pandangan masing-masing dan dari sini juga guru menggalakkan murid berfikir bagaimana mengaplikasikan apa yang mereka belajar. Guru juga boleh mengaitkan bentuk-bentuk bangunan yang sedia ada dengan menunjukkan gambar bangunan yang mengaplikasikan pepejal geometri.
Di samping itu, melalui pendekakatan konstruktivisme murid dapat menghayati apa yang mereka belajar dengan mendalam. Menurut Confrey (1985) dalam Fadhlina Mohd Azizuddin (2008), konstruktivisme membantu murid-murid dalam pembelajaran untuk memperkenalkan pembinaan yang lebih berkesan di mana murid akan menghayati mata pelajaran secara mendalam. Maksudnya ialah murid dapat memahami dan merasai apa yang mereka belajar dengan lebih jelas dan mendalam kerana mereka sendiri membuat aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Ini secara tidak langsung akan membuatkan murid mudah mengingati dan memahami sesuatu topik yang mereka belajar.
3.4Kelemahan Latih Tubi.
Guru perlulah memberi perhatian terhadap kaedah pengajaran yang digunakan dengan topik yang ingin diajar kerana tidak semua topik bagi Matematik sesuai dengan konstruktivisme atau pun latih tubi. Bagi sesetengah topik Matematik yang memerlukan pelajar mengingati rumus seperti Trigonometri, kaedah latih tubi amat sesuai.
Selain itu, latih tubi hanya sesuai untuk pemahaman konsep. Ini terbukti daripada kajian ahli psikologi Buswell dan Repp (1930) dalam Adzmi (2003) tentang bentuk latih tubi yang lebih berkesan. Rumusan mereka ialah untuk menguasai sesuatu kemahiran, latih tubi yang singkat tetapi kerap adalah lebih berkesan daripada latih tubi yang memakan masa yang panjang.
Walau bagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Kajian Tengku Zawawi, kaedah latih tubi selalu digunakan guru sekolah rendah memandangkan mereka hanya mampu menyampaikan konsep dan asas operasi pecahan berdasarkan kepada kefahaman instrumental yang dilakukan secara prosedural. Pelajar hanya didedahkan kepada petua dan rumus yang perlu dihafal dan digunakan dalam proses pengiraan. Guru akan melakukan ulangan sesi pengajaran untuk pelajar yang masih tidak faham pelajaran yang disampaikan. Walau bagaimanapun sesi pengajaran yang diberikan ini hanya berbentuk bimbingan menyelesaikan masalah. Latih tubi begini menjadi bahaya kepada pelajar yang menggunakan salah konsep secara berterusan dalam proses penyelesaian masalah matematik (Allsopp et al. 2007). Kebanyakan guru menganggapkan pelajar memahami pelajaran jika mereka dapat selesaikan masalah dan tidak memahami pelajaran jika tidak dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu, bimbingan hanya diberi kepada latihan menyelesaikan masalah sahaja.
Namun begitu ia tidak harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kaedah ini. Menjawab soalan latih tubi adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk berjaya dalam peperiksaan. Kaedah menjawab soalan latih tubi secara berterusan membantu mengekalkan maklumat yang diproses oleh otak ke dalam memori dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Cockroft, 1982; Skemp, 1987; Souviney, 1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan pelajar terhadap matematik tidak hanya bergantung kepada kefahaman konsep semata-mata. Latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk benar-benar telah dikuasai sepenuhnya.
3.5Peranan Guru Dan Murid Serta Cabaran Dalam Kelas Konstruktivis.
Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme.
3.5.1Peranan Guru.
Antara peranan guru dalam kelas konstruktivis ialah guru bertindak sebagai fasilitator. Maksud guru sebagai fasilitator di sini ialah guru hanya memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Jika terdapat perkara yang tidak difahami oleh murid, maka murid boleh terus bertanya kepada guru.
Selain itu, guru hendaklah menggalakkan pelajar menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Ini bermaksud guru hendaklah member peluang kepada murid untuk mengutarakan pandangan dan idea mereka kerana kadang-kadang terdapat perkara yang mereka fikir tetapi tidak terlintas difikiran guru. Jika pandangan yang diberikan oleh murid tidak tepat atau salah, guru hendaklah mengambil kira pandangan mereka. Guru tidak boleh terus menolak jawapan yang diberikan oleh mereka kerana ini akan menyebabkan murid merasa rendah diri dan berkemungkinan mereka tidak akan menyuarakan pandangan mereka lagi pada masa akan datang. Oleh itu, guru hendaklah membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat dan juga menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Guru juga hendaklah menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. Koperatif di sini bermaksud aktiviti dilakukan di dalam kumpulan dan dengan ini akan membuatkan murid bekerjasama dengan yang lain.
Di samping itu, guru perlu menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Selain itu, jika guru bertanya soalan, guru perlulah memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan dan untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Guru juga perlu mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis, menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid dan membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
3.5.2Peranan Murid.
Manakala bagi peranan murid pula, murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Murid juga hendaklah selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Dengan itu, komunikasi dua hala akan diaplikasikan. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
Bukan itu sahaja, murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Selain itu, murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
3.5.3Cabaran Guru Konstruktivis.
Terdapat beberapa cabaran yang perlu guru hadapi apabila menggunakan pendekatan konstruktivisme. Antaranya ialah guru akan merasa mereka tidak mengajar. Ini adalah kerana guru hanya memantau dan kebanyakan aktiviti murid yang akan melakukannya sendiri. Guru juga akan merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi. Akan tetapi guru harus ingat bahawa guru perlu juga memberi penerangan untuk mengukuhkan lagi konsep murid.
Sesetengah orang ada mengatakan bahawa amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik. Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah. Walaupun terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu harus dipandang sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru.
4.0Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek Matematik yang sesuai ialah konstruktivistme. Ini adalah kerana kaedah ini akan menjadikan pelajar dan guru dapat berinteraksi secara dua hala. Secara tidak langsung, pembelajaran akan berpusatkan murid dan bukannya guru. Selain itu, dapat disimpulkan bahawa peranan guru dalam P&P adalah amat penting. Dunn (1990) menyatakan kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru. Manakala Abdul Razak (1993) juga mendapati bahawa minat para pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru. Jadi, jika cara pengajaran yang digunakan oleh guru tidak sesuai, murid tidak akan dapat menerima pembelajaran tersebut.