SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
SENARAI TUGAS GURU BIASA/GURU PENOLONG
1. GURU BIASA
Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau
bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru.
Senarai Tugas
1.0 Tugas Mengajar
1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang ditetapkan.
1.2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
1.3. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
1.4. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan
menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
1.5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan
melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.
1.6. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa
buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya
pada masa yang dikehendaki.
1.7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan
soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
1.8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
1.9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
1.10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
di- keluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan/PPD.
1.11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/ Sains
Pertanian dan mengawasi penggunaan peralatan.
1.12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan
sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan
Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama.
1.13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran
dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
1.15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang
digunakan dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan
mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
1.16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang
diajar.
1.17. Membantu menguruskan Bank Soalan.
2.0 Pentadbiran bilik darjah:
2.1 Menyimpan daftar kelas.
2.2 Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah.
2.3 Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga.
2.4 Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman,
Peperiksaan Luaran, MSSJ, Majalah Sekolah, projek sekolah, derma PIBG
dan lain-lain pungutan).
2.5 Kad 001/Fail peribadi pelajar.
2.6 Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan.
2.7 Buku Pelaporan Kokurikulum.
2.8 Penyediaan surat-surat akuan sijil.
3.0 Peperiksaan Dalaman:
3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan).
3.2 Pengawasan peperiksaan.
3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip.
3.4 Penggredan markah
3.5 Penganalisisan keputusan.
4.0 Peperiksaan Luaran:
4.1 Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar.
4.2 Kutipan-kutipan yuran.
4.3 Pengawasan peperiksaan.
5.0 Penjagaan Disiplin:
5.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya.
5.2 Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga.
5.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar.
5.4 Menasihati dan menunjuk ajar.
5.5 Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah.
6.0 Pentadbiran Sekolah:
6.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran.
6.2 Jadual Waktu.
6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal, bengkel, bilik ERT, bilik
Pendidikan Seni, bilik Sukan, bilik rawatan, Pusat Sumber dan lain-lain.
6.4 Buku-buku teks.
6.5 Biasiswa dan kebajikan.
6.6 Perpustakaan.
6.7 Bimbingan dan kerjaya.
7.0 Aktiviti-aktiviti Ko-kurikulum:
7.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan.
7.2 Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap
aktiviti ko-kurikulum.
8.0 Tugas-tugas Separa Profesional:
8.1 Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak
langsung dengan pelajar-pelajar.
8.2 Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat,
permainan-permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolah-
sekolah dan sebagainya).
8.3 MSSD, MSSJ, MSSM, PSKPPJ.
8.4 Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesional yang diselenggarakan oleh
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor dan Pejabat Pendidikan
Daerah.
8.5 Projek-projek pembangunan sekolah.
8.6 Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas.
8.7 PIBG.
8.8 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan
profesion dari masa ke masa.
9.0 Tugas-tugas Bukan Profesion:
9.1 Penjagaan bangunan sekolah.
9.2 Pembersihan dan keceriaan sekolah.
9.3 Penyeliaan kerja-kerja pekerja am yang berkenaan.
9.4 Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan.
9.5 Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya
perlu).
9.6 Pengurusan sekolah.
9.7 Mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah.
9.8 Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar.
10.0 Tugas-tugas lain:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari
masa ke masa
2. GURU TINGKATAN
Senarai Tugas
1.0 Kebajikan Dan Disiplin Pelajar
1.1. Menjaga kebajikan dan tingkah laku setiap pelajar dalam tingkatan
jagaannya. Harus mengenali setiap pelajar dalam pengawasannya dan
berusaha untuk membantu mereka dalam apa jua bentuk dan cara yang
boleh memajukan kedudukan akademik, kokurikulum, perwatakan, kelakuan,
personaliti dan sahsiah mereka.
1.2. Menanamkan semangat kerjasama dan sepunya dalam diri pelajar,
menghormati guru-guru, menyayangi rakan dan sekolah secara
keseluruhannya.
1.3. Memastikan pelajarnya berdisiplin di dalam dan di luar kelas.
1.4. Menjaga keselamatan pelajar di kelasnya.
2.0 Kebersihan Dan Keceriaan Kelas
2.1. Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
2.2. Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas berada
dalam keadaan baik. Apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan kepada pihak
pentadbiran.
2.3. Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas dilengkapkan dengan jadual
waktu kelas, senarai buku teks, senarai jenis-jenis yuran, jadual tugasan, kata
hikmat, pekeliling sekolah, peraturan kecemasan, maklumat-maklumat terkini
dan guntingan dari akhbar dan majalah dapat membantu ke arah matlamat
tersebut. Galakan pelajar mewujudkan sudut mata pelajaran di papan
kenyataan kelas tersebut.
2.4. Galakan pelajar mewujudkan sudut bacaan kelas.
2.5. Pastikan kelas dalam jagaannya sentiasa ceria dan selesa untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Jadual Kedatangan Kelas ( Dokumen Rasmi Kementerian Pendidikan)
3.1. Buku tersebut adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan sentiasa di audit
oleh Juruaudit Kementerian. Oleh itu, segala butir kewangan, kedatangan
dan peribadi pelajar hendaklah sempurna, kemas dan lengkap.
3.2. Nama pelajar hendaklah mengikut ejaan di dalam Kad Pengenalan atau
Surat Beranak .
3.3. Pastikan alamat pelajar lengkap.
3.4. Pada setiap bulan Guru Tingkatan hendaklah menutup Buku Kedatangan
Pelajar. Sempurnakan bahagian-bahagian penting berkaitan dengan jumlah
kehadiran, jumlah hari bersekolah dan kedatangan kelas.
3.5. Rekod kedatangan hendaklah diisi sebelum waktu rehat (masa ke dua) dan
hendaklah sentiasa berada di pejabat selepas waktu rehat.
3.6. Pelajar tidak dibenarkan mengisi Buku Rekod Kedatangan.
3.7. Sekiranya guru bercuti atau tidak hadir ke sekolah mintalah pertolongan
rakan sejawat atau GPK HEM mengisi buku tersebut.
3.8. Pelajar ponteng sekolah:-
3.8.1. Pelajar yang tidak hadir 3 (tiga) hari berturut-turut tanpa sebarang
kenyataan dikira ponteng.
3.8.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berselang seli tanpa
sebarang kenyataan selama SATU PERTIGA dari jumlah hari
persekolahan bulan berkenaan, dikira ponteng sekolah.
4.0 Pengawasan Bilik Darjah
4.1. Pelantikan Ketua tingkatan dan Penolongnya serta Penubuhan
Jawatankuasa Kelas.
4.2. Menentukan bilangan kerusi/ meja pelajar mencukupi untuk kelasnya.
4.3. Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain
dijaga dengan baik.
4.4. Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga sempurna oleh
pelajar-pelajar.
4.5. Menentukan jadual waktu tingkatan, jadual giliran bertugas dan kenyataan
lain digantung.
4.6. Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung di dalam kelas.
4.7. Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan sekolah.
4.8. Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan
sepenuhnya.
4.9. Memeriksa dan menentukan keseragaman dan kesihatan pelajar-pelajar
seperti:
4.9.1. Rambut
4.9.2. Kuku
4.9.3. Pakaian
4.9.4. Gigi
4.9.5. Kasut
4.9.6. Lencana nama
5.0 AM
5.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang pemilihan
nama pelajar ( Peperiksaan PMR dan SPM ), kegiatan Ko-kurikulum dan
sebarang arahan sekolah.
5.2. Mewujudkan suasana harmoni supaya tersemai rasa hormat antara pelajar
dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
5.3. Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku yang
baik.
5.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar dan kegiatan luar
mereka.
5.5. Mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar.
5.6. Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong Kanan
( HEM )/ Guru Bimbingan dan Kerjaya.
5.7. Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar-pelajar yang
lembam, miskin, menghadapi masalah keluarga dan sebagainya.
5.8. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh pengetua dari
masa ke masa.
3. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN
Senarai Tugas
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit
sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit
setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan
lampu serta kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke
hospital/ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar
yang memohon.
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa
rehat dan masa pertukaran guru.
9. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi
harta benda sekolah.
11. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan- persatuan unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu/persekolahan dalam Buku laporan Bertugas, antara perkara yang
dicatat ialah :-
12.1. kedatangan pelajar , guru dan staff sokongan
12.2. pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
12.3. lawatan-lawatan/pelawat
12.4. ucapan/pengumuman dalam perhimpunan.
12.5. laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan
kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat
diambil.
14. Perhimpunan
14.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan
14.2. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk
guru telah disediakan
14.3. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
4. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN
Senarai Tugas
1. Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia.
2. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik
dalam peperiksaan PMR dan SPM.
3. Membincangkan hal-hal yang berikut:-
3.1. Rancangan Pelajaran.
3.2. Buku Teks
3.3. Sukatan Pelajaran dan huraian
3.4. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran
3.5. Peperiksaan dan penilaian.
3.6. Bahan Alat Bantu Mengajar
3.7. Pemulihan
3.8. Kerja Latihan
3.9. Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan
Jangka Pendek.
3.10. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.
4. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat
bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunanya.
5. Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.
5. JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH
Senarai Tugas
1. Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan Majalah Sekolah..
2. Menentukan dasar mengenai percetakan kandungan dan aspek-aspek lain
Majalah Sekolah.
3. Menentukan mutu dan bentuk majalah.
4. Merancang jadual kerja dari awal tahun sehingga Majalah Sekolah diterbitkan
dan diedarkan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan.
6. Mengurus segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata alu-aluan
kepada individu tertentu.
7. Mengumpul, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan
pelajar.
8. Mengumpul atau menyunting segala rekod, laporan aktiviti dan kegiatan
sekolah untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
9. Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan.
10. Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan
dalam majalah.
11. Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak dan
bertanggungjawab menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi
sehingga sempurna.
6. GURU RUMAH SUKAN
Senarai Tugas
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan
pelajar).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga
dan permainan.
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan
peringkat sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Kanan
Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan
rekod.
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada
Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
7. GURU PERMAINAN
Senarai Tugas
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/tingkatan/sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar
sekolah.
9. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang
disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan
baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan
daerah/negeri/, wakil daerah/negeri dan negara).
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.
8. GURU PENASIHAT PERSATUAN /KELAB
Senarai Tugas
1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab.
2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam
perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya
kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai.
8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab.
10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum
tentang perkembangan persatuan/kelab.
12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti
Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.
13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar
sekolah
14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
15. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.
16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan
kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

More Related Content

What's hot

Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Roshaniza Mohd Shariff Roshaniza
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahKertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahPensil Dan Pemadam
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelasWan Ikram
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Jamalludin Llud Lee
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Sheila Choo
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruIrene Linda Lawan
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMChon Seong Hoo
 
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)Nurul Umiera Sazali
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokkopimis
 
Laporan perkhemahan
Laporan perkhemahanLaporan perkhemahan
Laporan perkhemahanamira ali
 

What's hot (20)

Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
 
Borang dg44
Borang dg44Borang dg44
Borang dg44
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahKertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelas
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
 
Sistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan deweySistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan dewey
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
 
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokk
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Laporan perkhemahan
Laporan perkhemahanLaporan perkhemahan
Laporan perkhemahan
 
PLC
PLCPLC
PLC
 

Similar to Senarai tugas guru biasa

Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasDocuments.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasFrancis Jessius
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)sarah marissa
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)sarah marissa
 
Guru mata pelajaran
Guru mata pelajaranGuru mata pelajaran
Guru mata pelajaran金玉 林
 
Guru bertugas harian
Guru bertugas harianGuru bertugas harian
Guru bertugas hariannorbaity
 
(35)bidang tugas guru matapelajaran
(35)bidang tugas guru matapelajaran(35)bidang tugas guru matapelajaran
(35)bidang tugas guru matapelajaranAzmil Pablo
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpmmelrance
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxInaAwatifAwalina
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahgschong83
 
Fail meja-pss-untuk-gpm-version-3.doc
Fail meja-pss-untuk-gpm-version-3.docFail meja-pss-untuk-gpm-version-3.doc
Fail meja-pss-untuk-gpm-version-3.docRozeman Abdullah
 
Senarai tugas gb
Senarai tugas gbSenarai tugas gb
Senarai tugas gbtabur
 
Fail Meja PPM PPKI
Fail Meja PPM PPKIFail Meja PPM PPKI
Fail Meja PPM PPKIAnum Aksan
 
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxBuku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxANANTHIAPMANOGARANMo
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015Fakhriah siti
 

Similar to Senarai tugas guru biasa (20)

Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasDocuments.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)
 
Guru mata pelajaran
Guru mata pelajaranGuru mata pelajaran
Guru mata pelajaran
 
Guru bertugas harian
Guru bertugas harianGuru bertugas harian
Guru bertugas harian
 
(35)bidang tugas guru matapelajaran
(35)bidang tugas guru matapelajaran(35)bidang tugas guru matapelajaran
(35)bidang tugas guru matapelajaran
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpm
 
Skt Lyda
Skt LydaSkt Lyda
Skt Lyda
 
2014 plan copy
2014 plan   copy2014 plan   copy
2014 plan copy
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
 
Bidang tugas2013
Bidang tugas2013Bidang tugas2013
Bidang tugas2013
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolah
 
Fail Kuasa PSS
Fail Kuasa PSSFail Kuasa PSS
Fail Kuasa PSS
 
Fail meja-pss-untuk-gpm-version-3.doc
Fail meja-pss-untuk-gpm-version-3.docFail meja-pss-untuk-gpm-version-3.doc
Fail meja-pss-untuk-gpm-version-3.doc
 
Tugas guru
Tugas guruTugas guru
Tugas guru
 
Senarai tugas gb
Senarai tugas gbSenarai tugas gb
Senarai tugas gb
 
Fail Meja PPM PPKI
Fail Meja PPM PPKIFail Meja PPM PPKI
Fail Meja PPM PPKI
 
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxBuku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
 
Perancangan program transisi
Perancangan program transisiPerancangan program transisi
Perancangan program transisi
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (14)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Senarai tugas guru biasa

  • 1. SENARAI TUGAS GURU BIASA/GURU PENOLONG 1. GURU BIASA Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru. Senarai Tugas 1.0 Tugas Mengajar 1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang ditetapkan. 1.2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. 1.3. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. 1.4. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan. 1.5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan. 1.6. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya pada masa yang dikehendaki. 1.7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar. 1.8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan. 1.9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia. 1.10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang di- keluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan/PPD. 1.11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/ Sains Pertanian dan mengawasi penggunaan peralatan. 1.12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
  • 2. 1.13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 1.15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 1.16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. 1.17. Membantu menguruskan Bank Soalan. 2.0 Pentadbiran bilik darjah: 2.1 Menyimpan daftar kelas. 2.2 Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah. 2.3 Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga. 2.4 Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman, Peperiksaan Luaran, MSSJ, Majalah Sekolah, projek sekolah, derma PIBG dan lain-lain pungutan). 2.5 Kad 001/Fail peribadi pelajar. 2.6 Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan. 2.7 Buku Pelaporan Kokurikulum. 2.8 Penyediaan surat-surat akuan sijil. 3.0 Peperiksaan Dalaman: 3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan). 3.2 Pengawasan peperiksaan. 3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip. 3.4 Penggredan markah 3.5 Penganalisisan keputusan.
  • 3. 4.0 Peperiksaan Luaran: 4.1 Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar. 4.2 Kutipan-kutipan yuran. 4.3 Pengawasan peperiksaan. 5.0 Penjagaan Disiplin: 5.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya. 5.2 Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga. 5.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar. 5.4 Menasihati dan menunjuk ajar. 5.5 Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah. 6.0 Pentadbiran Sekolah: 6.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran. 6.2 Jadual Waktu. 6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal, bengkel, bilik ERT, bilik Pendidikan Seni, bilik Sukan, bilik rawatan, Pusat Sumber dan lain-lain. 6.4 Buku-buku teks. 6.5 Biasiswa dan kebajikan. 6.6 Perpustakaan. 6.7 Bimbingan dan kerjaya. 7.0 Aktiviti-aktiviti Ko-kurikulum: 7.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturan- peraturan yang telah ditetapkan. 7.2 Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap aktiviti ko-kurikulum.
  • 4. 8.0 Tugas-tugas Separa Profesional: 8.1 Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan pelajar-pelajar. 8.2 Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat, permainan-permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolah- sekolah dan sebagainya). 8.3 MSSD, MSSJ, MSSM, PSKPPJ. 8.4 Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesional yang diselenggarakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah. 8.5 Projek-projek pembangunan sekolah. 8.6 Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas. 8.7 PIBG. 8.8 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan profesion dari masa ke masa. 9.0 Tugas-tugas Bukan Profesion: 9.1 Penjagaan bangunan sekolah. 9.2 Pembersihan dan keceriaan sekolah. 9.3 Penyeliaan kerja-kerja pekerja am yang berkenaan. 9.4 Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan. 9.5 Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya perlu). 9.6 Pengurusan sekolah. 9.7 Mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah. 9.8 Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar. 10.0 Tugas-tugas lain: Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa 2. GURU TINGKATAN Senarai Tugas 1.0 Kebajikan Dan Disiplin Pelajar
  • 5. 1.1. Menjaga kebajikan dan tingkah laku setiap pelajar dalam tingkatan jagaannya. Harus mengenali setiap pelajar dalam pengawasannya dan berusaha untuk membantu mereka dalam apa jua bentuk dan cara yang boleh memajukan kedudukan akademik, kokurikulum, perwatakan, kelakuan, personaliti dan sahsiah mereka. 1.2. Menanamkan semangat kerjasama dan sepunya dalam diri pelajar, menghormati guru-guru, menyayangi rakan dan sekolah secara keseluruhannya. 1.3. Memastikan pelajarnya berdisiplin di dalam dan di luar kelas. 1.4. Menjaga keselamatan pelajar di kelasnya. 2.0 Kebersihan Dan Keceriaan Kelas 2.1. Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. 2.2. Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas berada dalam keadaan baik. Apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan kepada pihak pentadbiran. 2.3. Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas dilengkapkan dengan jadual waktu kelas, senarai buku teks, senarai jenis-jenis yuran, jadual tugasan, kata hikmat, pekeliling sekolah, peraturan kecemasan, maklumat-maklumat terkini dan guntingan dari akhbar dan majalah dapat membantu ke arah matlamat tersebut. Galakan pelajar mewujudkan sudut mata pelajaran di papan kenyataan kelas tersebut. 2.4. Galakan pelajar mewujudkan sudut bacaan kelas. 2.5. Pastikan kelas dalam jagaannya sentiasa ceria dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 3.0 Jadual Kedatangan Kelas ( Dokumen Rasmi Kementerian Pendidikan) 3.1. Buku tersebut adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan sentiasa di audit oleh Juruaudit Kementerian. Oleh itu, segala butir kewangan, kedatangan dan peribadi pelajar hendaklah sempurna, kemas dan lengkap. 3.2. Nama pelajar hendaklah mengikut ejaan di dalam Kad Pengenalan atau Surat Beranak . 3.3. Pastikan alamat pelajar lengkap. 3.4. Pada setiap bulan Guru Tingkatan hendaklah menutup Buku Kedatangan Pelajar. Sempurnakan bahagian-bahagian penting berkaitan dengan jumlah kehadiran, jumlah hari bersekolah dan kedatangan kelas. 3.5. Rekod kedatangan hendaklah diisi sebelum waktu rehat (masa ke dua) dan hendaklah sentiasa berada di pejabat selepas waktu rehat.
  • 6. 3.6. Pelajar tidak dibenarkan mengisi Buku Rekod Kedatangan. 3.7. Sekiranya guru bercuti atau tidak hadir ke sekolah mintalah pertolongan rakan sejawat atau GPK HEM mengisi buku tersebut. 3.8. Pelajar ponteng sekolah:- 3.8.1. Pelajar yang tidak hadir 3 (tiga) hari berturut-turut tanpa sebarang kenyataan dikira ponteng. 3.8.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berselang seli tanpa sebarang kenyataan selama SATU PERTIGA dari jumlah hari persekolahan bulan berkenaan, dikira ponteng sekolah. 4.0 Pengawasan Bilik Darjah 4.1. Pelantikan Ketua tingkatan dan Penolongnya serta Penubuhan Jawatankuasa Kelas. 4.2. Menentukan bilangan kerusi/ meja pelajar mencukupi untuk kelasnya. 4.3. Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan baik. 4.4. Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga sempurna oleh pelajar-pelajar. 4.5. Menentukan jadual waktu tingkatan, jadual giliran bertugas dan kenyataan lain digantung. 4.6. Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung di dalam kelas. 4.7. Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan sekolah. 4.8. Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan sepenuhnya. 4.9. Memeriksa dan menentukan keseragaman dan kesihatan pelajar-pelajar seperti: 4.9.1. Rambut 4.9.2. Kuku 4.9.3. Pakaian 4.9.4. Gigi 4.9.5. Kasut 4.9.6. Lencana nama 5.0 AM 5.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang pemilihan nama pelajar ( Peperiksaan PMR dan SPM ), kegiatan Ko-kurikulum dan sebarang arahan sekolah.
  • 7. 5.2. Mewujudkan suasana harmoni supaya tersemai rasa hormat antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. 5.3. Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku yang baik. 5.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar dan kegiatan luar mereka. 5.5. Mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar. 5.6. Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong Kanan ( HEM )/ Guru Bimbingan dan Kerjaya. 5.7. Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar-pelajar yang lembam, miskin, menghadapi masalah keluarga dan sebagainya. 5.8. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke masa. 3. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN Senarai Tugas 1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir. 2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan lampu serta kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu. 4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah. 7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon. 8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 9. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi harta benda sekolah.
  • 8. 11. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan- persatuan unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. 12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu/persekolahan dalam Buku laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah :- 12.1. kedatangan pelajar , guru dan staff sokongan 12.2. pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit. 12.3. lawatan-lawatan/pelawat 12.4. ucapan/pengumuman dalam perhimpunan. 12.5. laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan. 13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil. 14. Perhimpunan 14.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan 14.2. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan 14.3. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas. 4. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN Senarai Tugas 1. Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia. 2. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR dan SPM. 3. Membincangkan hal-hal yang berikut:- 3.1. Rancangan Pelajaran. 3.2. Buku Teks 3.3. Sukatan Pelajaran dan huraian 3.4. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran 3.5. Peperiksaan dan penilaian. 3.6. Bahan Alat Bantu Mengajar 3.7. Pemulihan 3.8. Kerja Latihan 3.9. Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan Jangka Pendek. 3.10. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran. 4. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunanya. 5. Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.
  • 9. 5. JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH Senarai Tugas 1. Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan Majalah Sekolah.. 2. Menentukan dasar mengenai percetakan kandungan dan aspek-aspek lain Majalah Sekolah. 3. Menentukan mutu dan bentuk majalah. 4. Merancang jadual kerja dari awal tahun sehingga Majalah Sekolah diterbitkan dan diedarkan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan. 6. Mengurus segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata alu-aluan kepada individu tertentu. 7. Mengumpul, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan pelajar. 8. Mengumpul atau menyunting segala rekod, laporan aktiviti dan kegiatan sekolah untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. 9. Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan. 10. Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam majalah. 11. Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak dan bertanggungjawab menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi sehingga sempurna. 6. GURU RUMAH SUKAN Senarai Tugas 1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar). 2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. 3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan. 4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan. 5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
  • 10. 6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah. 7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod. 8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. 7. GURU PERMAINAN Senarai Tugas 1. Membentuk jawatankuasa. 2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. 3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar. 4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. 5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. 6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/tingkatan/sekolah. 7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. 8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah. 9. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. 10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. 11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. 12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. 13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
  • 11. 14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya. 15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri/, wakil daerah/negeri dan negara). 16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. 8. GURU PENASIHAT PERSATUAN /KELAB Senarai Tugas 1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab. 2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah. 3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai. 8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan. 9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab. 10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. 11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab. 12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain. 13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah 14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
  • 12. 15. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli. 16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.