Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK
1. ANALISIS JURNAL
NAMA: NURUL HUDA BINTI MOHD SUHAIMI
NO MATRIKS: M20102000971
PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN)
2. Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-
pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih
dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai
pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan
pembelajaran berlangsung secara berterusan.
Oleh sebab e-pembelajaran ini ialah sistem pembelajaran yang
menggunakan internet sebagai saluran atau teknologi portal yang
menggabungkan sistem data dengan sistem maklumat yang lain,
(Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi
dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar
dan menarik.
3. Sejauh mana kesedaran terhadap konsep e-
pembelajaran dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran?
Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan
yang signifikan antara kefahaman terhadap e-
pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran
arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik?
Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-
pembelajaran dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran?
4. Tinjauan deskriptif.
Sejumlah 119 borang soal selidik telah berjaya
dikumpulkan daripada ahli akademik di 15 pusat
pengajian Universiti Sains Malaysia.
Analisis kuantitatif menggunakan program
SPSS.
5. Kesedaran Tentang Konsep e-Pembelajaran
K1: Kaedah pembelajaran
baru khusus untuk para
pelajar.
K5: Membolehkan pembelajaran
dilaksanakan dengan lebih K2: Usaha sejajar dengan
mudah, tanpa batasan jarak & perkembangan ICT.
lebih ramai pelajar.
K3: Memerlukan
K4: Dikendalikan
komitmen yang lebih
menerusi komputer &
dalam pengajaran
Internet
pembelajaran.
6. Tahap kesedaran pada konsep kedua adalah
tertinggi.
Ahli akademik sedar tentang konsep e-pembelajaran
yang mana ICT dimajukan sebagai alat utama bagi
membolehkan ahli akademik melibatkan pelajar
dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah.
Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat
tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli
akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif
dalam persekitaran pendidikan yang baru.
7. Majoriti tidak bersetuju dengan konsep ketiga.
Ahli akademik masih ragu-ragu untuk menerima e-
pembelajaran dengan sepenuhnya.
Masalah: tidak mendapat maklumat yang cukup,
tidak disediakan fasiliti yang baik & kurang
berpengetahuan untuk menggunakan sistem e-
pembelajaran.
Ahli akademik berpendapat memberikan komitmen
yang lebih pada e-pembelajaran ini akan merugikan
masa dan tenaga.
8. Kefahaman e-Pembelajaran VS Kesediaan Pembelajaran
Arahan Kendiri
Ahli akademik mampu merancang strategi dan kaedah
pembelajaran mereka secara bersendirian dan pada
masa yang sama selesa dalam persekitaran pembelajaran
berstruktur mengikut pilihan mereka.
Ia disebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai
seorang ahli akademik yang menuntut mereka untuk
bijak menentukan kaedah dan persekitaran
pembelajaran agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan
kepada pelajar.
9. Terdapat hubungan yang sederhana antara
kedua-dua pembolehubah.
Faktor pelaksanaan e-pembelajaran: mempunyai
kemudahan komputer & ia tidak hanya
bergantung kepada kesediaan pembelajaran
arahan kendiri ahli akademik sahaja.
Ahli akademik turut mempengaruhi dan
menggalakkan pelajar bermotivasi ketika
pembelajaran, seharusnya mempunyai
kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang
tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran.
10. Penerimaan Terhadap Tanggungjawab e-Pembelajaran
T1: Menggunakan sepenuhnya kaedah
e-pembelajaran di dalam kuliah
T2: Memuatnaik nota-nota kuliah ke
laman web e-pembelajaran dari semasa
ke semasa
T3: Mengikuti latihan-latihan yang
berkaitan dengan e-pembelajaran
T4: Menggalakkan para pelajar
menggunakan e-pembelajaran
11. Majoriti bersetuju dengan tanggungjawab
pertama & keempat.
Penerimaan ini bergantung kepada tahap insiatif dan
motivasi individu untuk belajar.
Tahap penerimaan tanggungjawab kedua &
ketiga adalah pada tahap sederhana.
Ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab
yang perlu dilakukan merupakan satu tugas
tambahan atau beban yang mengganggu rutin harian
mereka terutamanya dalam mengikuti latihan yang
disediakan.
12. Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan e-pembelajaran
Faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi
Mempunyai kemahiran dalam bidang ICT &
perkomputeran
Sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT
13. Ahli akademik di USM sudah mempunyai
kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
Kesan penggunaan dan kemampuan pelajar
dalam mengoptimakan kelebihan teknologi IPT
di Malaysia amat menggalakkan.
Jika situasi seperti ini berterusan, e-
pembelajaran akan menjadi antara pemangkin
utama kepada sistem pendidikan di Malaysia
pada tahun akan datang.