2. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembentukan negara
bangsa Eropah.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.67-71)
Perang Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789
menyebabkan munculnya idea tentang hak rakyat,kerajaan
berperlembagaan dan negara bangsa moden.
Bangsa Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi
menggantikan bentuk negara feudal.
Nasionalisme Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria,Rusia dan
Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
Deklerasi Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prinsip
penentuan negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan
bangsa.
P Perang Dunia Pertama mengakibatkan empayar Austria-Hungary dan
Turki dibahagikan dan muncullah negara-negara baru.
Satu Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah satu
pemerintahan.
Halau Mereka menghalau orang Austria dari bumi Itali.
Undur Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Rom dan Itali
disatukan.
Bismarck Tindakan Otto von Bismarck yang menggunakan real politik serta politik
darah dan besi untuk menyatukan Jerman.
3. Huraikan usaha-usaha pembentukan negara bangsa Itali
pada abad ke-19.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68)
Satu Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah di
bawah sebuah pemerintahan.
Halau Mereka mahu menghalau orang Austria dari bumi Itali.
Camilio Count Camilio Benso berusaha menyatukan Itali
menggunakan amalan real politik.
Bekerjasama Beliau bekerjasama dengan Napoleon menentang dan
mengalahkan Austria.
Pungutan Beliau mengadakan pungutan suara dan memperolehi
sokongan rakyat untuk menyatukan Itali.
Venetia Venetia dipulangkan oleh Prusia kepada Itali sebagai
balasan kerana Itali membantunya mengalahkan
Austria.
Rom Rom dan Itali disatukan apabila Perancis
mengundurkan tenteranya dari Rom.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan
real politik?
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68)
• Amalan mewajarkan apa sahaja cara untuk
mencapai matlamat politik.
• Cara yang biasa digunakan ialah tipu helah,
kekerasan bersenjata dan peperangan.
5. Senaraikan negara bangsa baru yang muncul di
Eropah hasil Deklerasi Empat Belas Perkara
Woodrow Wilson.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68)
• Czechoslovakia
• Estonia
• Finland
• Latvia
• Lithuania
• Poland
• Yugoslavia
6. Sebutkan amalan real politik dan”politik
darah dan besi” yang digunakan oleh Otto
von Bismarck untuk menyatukan negara
Jerman.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.69)
• Tipu helah
• Pemalsuan dokumen
• Provokasi
• Penipuan
• Ugutan
• Isu membenci kuasa asing
7. Mengapakah usaha pembinaan negara
Islam di Madinah berbeza daripada
pembinaan negara bangsa di Eropah?
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71)
• Pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah
realpolitik atau politik darah dan besi.
• Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam.
• Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan
kerajaan Islam.
• Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah.
• Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi,musyawarah
dan permuafakatan.
• Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara
pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan
mengikut sistem politik masyarakat Melayu
tradisional?
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms 65)
• Sesebuah kerajaan bererti negeri dengan segala
jajahan takluknya.
• Kemunculan kerajaan disebabkan adanya raja.
• Negeri bererti kawasan.
• Sempadan kerajaan ditentukan melalui
kesetiaan rakyat terhadap raja.
• Kerajaan yang kuat akan menakluk/menaungi
kerajaan yang lemah.
9. Nyatakan ciri-ciri bangsa Malaysia.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66-67)
• Sekumpulan manusia yang menjadi
warganegara Malaysia.
• Bangsa Malaysia lahir apabila terbentuknya
negara Malaysia.
• Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
• Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa
kebangsaan,pengamalan kebudayaan dan
Rukun Negara.
10. Apakah perubahan yang berlaku terhadap konsep
kerajaan dan negeri masyarakat Melayu setelah
British campurtangan di Semenanjung Tanah
Melayu?
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66)
• Setiap kerajaan Melayu dirujuk sebagai negeri.
• British menetapkan sempadan bagi setiap negeri.
• Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri.
• Malayan Union diperkenalkan untuk membina negara
dan bangsa yang moden.
• Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan
semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
• Kemerdekaan menjadikan Tanah Melayu sebagai
sebuah negara.
• Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan
Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara
11. Berikan alasan yang menunjukkan bahawa
pembentukan negara Malaysia adalah sesuatu
yang unik.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71)
• Dibentuk kerana kebijaksanaan pemimpin.
• Tidak melibatkan pertumpahan darah.
• Kemerdekaan dicapai melalui rundingan.
• Melalui proses pakatan murni dan tolak ansur
antara kaum.
12. Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah
pengaruh dalam Kesultanan Melayu
Melaka?
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.75)
• Kawasan tempat tinggal rakyat.
• Sempadannya diterima umum.
• Kawasan yang rakyatnya menerima dan
memperakui pemerintahan seseorang raja.
13. Nyatakan keadaan-keadaan yang
menunjukkan kedaulatan Kesultanan
Melayu Melaka.
(Ruj:Buku Teks Tingkatan Lima ms.76)
• Mempunyai hak mutlak terhadap rakyat.
• Kekuasaan yang dimiliki oleh negara dan perintah.
• Pemerintah boleh menggunakan kuasa untuk
menggubal undang-undang.
• Pemerintah boleh menguatkuasakan undang-undang.
• Kekuasaan itu tidak boleh dihadkan oleh mana –mana
pihak.
• Bebas daripada campurtangan kuasa asing.
• Raja mempunyai kuasa memerintah.
14. Berikan alat-alat yang menjadi lambang
kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu
Melaka.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 76)
• Alat regalia.
• Nobat.
• Warna.
• Bahasa.
• Undang-undang.
• Protokol.
• Adat istiadat istana.
15. Apakah tanda ketaatan rakyat kepada raja
yang memerintah pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.78)
• Bersedia mempertahankan negara.
• Menghadiri adat istiadat kerajaan.
• Mengadakan gotong-royong.
• Kerahan tenaga.
16. Apakah persamaan kandungan antara Undang- Undang Tubuh
Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri
Terengganu 1911?
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82 dan 84-85)
Pemerintahan Mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.
Sultan Sultan dibantu oleh Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Menteri.
MB Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat
Kerajaan dan Jemaah Menteri.
Lantik Menteri Besar dilantik oleh Sultan.
Jemaah Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri.
Naib Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar
dengan perkenan Sultan.
Jemaah Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu,Islam dan rakyat
negeri.
Taat Menteri mesti mengangkat sumpah kepada Raja dan kerajaan.
Pewaris Pewaris takhta mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki
dan waris Sultan.
Serah Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa
lain.
Melayu Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat.
Islam sebagai agama negeri.
17. Huraikan perkembangan Sistem Jemaah Menteri
yang dilaksanakan di Kelantan pada abad ke-19.
(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82-84)
Mula Sistem Jemaah Menteri mula diamalkan di Kelantan sejak
pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
Pembesar Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu
pentadbiran.
Lapan Sultan Muhammad II membentuk lapan Jemaah Menteri untuk
melicinkan pentadbiran.
Empat Setiap Jemaah Menteri dianggotai oleh empat orang pembesar.
Tugas Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-
masing.
Singkir Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat
dalam perebutan kuasa.
Ganti Baginda menggantikan kerabat diraja dengan golongan
pembesar.
Gelaran Pembesar-pembesar diberi gelaran Nik dan Wan.
Taat Golongan pembesar memberikan taat setia kepada baginda.