3. Untuk perhatian:
TUAN HAJI FAUZI BIN SALLEH
Disediakan oleh :
NOORHANIDA BINTI MD FADILAH
920311026120
PISMP BAHASA MELAYU 1 (SJKC)
AMBILAN JANUARI 2012
5. ISI KANDUNGAN
1. Konsep
2. Objektif
3. Prinsip
4. Tatacara penggunaan internet
5. Etika
6. Rukun etika
7. Isu etika
8. Ciri profesionalisme
9. Kod etika
10. Kod etika profesionalisme
11. Kesalahan penggunaan internet
6. KONSEP ETIKA
• Merupakan panduan moral terhadap
penggunaan komputer dan sistem maklumat
• Standard atau piawai yang menentukan sama
ada sesuatu tindakan itu baik atau buruk
berkaitan dengan komputer.
7. OBJEKTIF
1.Mengetahui masalah moral dan isu etika
komputer.
2.Memahami prinsip etika komputer.
3.Memahami etika profesional Teknologi
Maklumat.
4.Mengetahui fungsi kod etika profesional.
5.Keperluan etika komputer.
8. PRINSIP
Keseimbangan Kebaikan yang dibawa Teknologi
Maklumat mestilah lebih baik daripada
risiko dan keburukan
Keizinan termaklum Mereka yang menerima kesan teknologi
maklumat mesti faham dan menerima risiko
yang akan dihadapi
9. Keadilan Manfaat dan keburukan
mestilah diterima oleh
pengguna secara adil
Meminimumkan TM mesti dilaksanakan dengan
risiko mengelak risiko yang tidak
berkaitan dan diminimumkan
agar manfaat yang diterima
lebih daripada risiko
10. TATACARA PENGGUNAAN
INTERNET
(a)Hak Akses Pengguna
• Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu
kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk
membantu melicinkan pentadbiran atau
memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.
•Pengguna harus mengambil maklum bahawa
semua aset ICT dibawah kawalannya (termasuk
maklumat) adalah hak milik Kerajaan.
11. (b)Privasi Pengguna
•Setiap pengguna hendaklah menghormati
privasi pengguna lain dengan tidak
menimbulkan sebarang gangguan seperti
mencapai fail, memecah kata laluan,
memasuki sistem komputer dan mengubah
komponen perisian tanpa kebenaran
12. (c) Mengenal pasti Identiti Pengguna
• Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan
mengesahkan identiti pengguna yang
berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan
komunikasi dan transaksi maklumat melalui
Internet.
• Ini bertujuan untuk melindungi maklumat
Kerajaan daripada sebarang bentuk
penyalahgunaan.
13. d) Memilih Laman
• Laman yang dilayari hendaklah hanya yang
berkaitan dengan bidang kerja dan terhad
untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
(e) Pengesahan Maklumat
• Bahan yang diperoleh dari internet perlulah
ditentukan ketepatan dan kesahihannya.
• Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet
hendaklah juga dinyatakan.
14. (f) Muat Naik Bahan (Upload)
• Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet
hendaklah disemak dan mendapat pengesahan
daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.
(g) Muat Turun Bahan (Download)
• Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas
bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar
dan di bawah hak cipta terpelihara.
• Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet
hendaklah digunakan untuk tujuan yang
dibenarkan oleh jabatan sahaja.
15. (h) Perbincangan Awam
• Hanya kakitangan JPN yang mendapat
kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan
menggunakan kemudahan ini. Kandungan
perbincangan awam seperti newsgroup dan
bulletin board mestilah mendapat
pengesahan daripada Ketua Jabatan. Perlu
diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi
melambangkan imej Jabatan.
• Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah
bertindak dengan bijaksana, jelas dan
berupaya mengekalkan konsistensi
keutuhan maklumat berkenaan.
16. ETIKA
• Etika komputer umumnya ialah satu bidang
tentang penggunaan komputer yang betul
(panduan)
• Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan
maklumat, harta intelek dan capaian adalah
antara isu/dilema yang membabitkan etika
penggunaan komputer dalam era maklumat.
(Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu
etika/natijah)
17. RUKUN ETIKA
1. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
18. 6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber daripada
komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain
untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem
yang dibangunkan.
19. ISU ETIKA
1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek
sosial pengkomputeran.
2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam
dalam komputer berbanding dengan mereka yang
sememangnya dalam bidang pengkomputeran.
3. Kurang arif tentang undang-undang siber.
4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila
berlaku isu berkaitan dengan etika komputer.
5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan
dan kuasa yang ada pada komputer.
20. CIRI PROFESIONALISME
1. Harus ada pekhidmatan penting dalam
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan
negara.
2. Menggunakan banyak keupayaan dan
kebolehan intelek semasa menjalankan
tugas.
3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu
bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu
dalam jangka masa tertentu.
21. 4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan
tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan
profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi
dengan tidak mementingkan keuntungan wang
(gaji) semasa menjalankan tugas.
6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus
dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan
profesion itu.
22. KOD ETIKA
1. Inspirasi dan panduan.
2. Pencegahan dan disiplin.
3. Memelihara maruah profesion.
4. Memelihara keharmonian.
5. Sokongan.
23. Kesalahan Penggunaan
Internet
• Menyalur sebarang bahan haram, lucah, megancam, menekan,
mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan
benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
• Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan
dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran
undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
• Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu,
organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
• Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram
seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantau dan
lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.