SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
TUGASAN 1 – REFLEKSI ( 5 UNIT )
KRP 3013 – KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH
                   RENDAH


           KUMPULAN UPSI A03( A112PJJ )


                        PENSYARAH
            ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF




         NAMA                     NO. ID      NO. TELEFON



 NURHAFIZAH BINTI AJLAN        D20102040807   019-7166070

     801204-14-5448                            019-5173776




                      REFLEKSI UNIT 11
TAJUK : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM


A. RINGKASAN UNIT




Unit ini menerangkan tentang jenis-jenis dan proses pentaksiran yang digunakan sebagai
penilaian di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kini, Malaysia sedang
mengalami transformasi pendidikan secara besar-besaran di mana Kurikulum Sekolah
Rendah ( KSSR ) telah diperkenalkan di mana Pentaksiran Berasaskan Sekolah dicipta
bagi menilai perkembangan prestasi murid-murid bermula daripada Tahun 1 ( 2011 ) dan
Tahun 2 ( 2012 ). Beberapa instrumen pemantauan dan dokumen standard penilaian
diedarkan kepada semua guru yang terlibat sebagai rujukan atau panduan untuk guru
menilai setiap murid di dalam bilik darjah. Dokumen standard tersebut dihasilkan
berlandaskan kepada sistem ‘banding’ di mana murid-murid mestilah mencapai tahap
‘band’ yang ditentukan di dalam dokumen tersebut melalui hasil kerja murid-murid mahu
pun perkembangan fizikal yang ditunjukkan. Lembaran-lembaran kerja atau aktiviti yang
dibuat merupakan ‘eviden’ atau bukti kepada kemahiran yang telah dikuasai oleh murid
tersebut. Perkara-perkara tersebut amat penting bagi melengkapkan dokumentasi
perkembangan murid-murid secara individu sehingga tamat persekolahan di peringkat
sekolah rendah.

Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru iaitu pentaksiran
autentik dan portfolio. Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang kurang memberi
penekanan kepada penggunaan kertas malah boleh diperolehi melalui pemerhatian
seperti latiham amali atau praktikal.

Manakala pentaksiran berportfoli merupakan satu bentuk pentaksiaran kepada koleksi
hasil kerja murid yang releven dengan pbjektif matapelajaran. Ianya digunakan sebagai
rekod atau dokumentasi kepada pencapaian murid di dalam pembelajaran.

Penilaian pula merupakan proses mendapatkan maklumat diikuti dengan memeberi nilai
prestasi kepada maklumat tersebut. Terdapat banyak perbezaan di anatara penilaian di
dalam KBSR dan KSSR. Antaranya ialah penilaian KBSR lebih bersifat formatif dan
sumatif dan bersifat ‘exam-oriented’ iaituberfokus kepada ujian bulanan ( formatif ) dan
ujian rasmi seperti UPSR ( sumatif ). Tetapi, di dalam KSSR, pendidikan lebih bersifat
‘mastery learning’ di mana standard kompetensi murid-murid telah ditentukan dan disasar
agar mencapai standard tersebut dan ianya bersifat ansur maju iaitu proses
perkembangan prestasi bermula daripada ‘band 1’ sehingga ‘band 7. Ini menunjukkan
bahawa penilaian di dalam KSSR lebih berfokus dan bersifat individu yang mana ianya
membantu guru-guru mengenal murid-murid dan mengenalpasti potensi diri murid itu
sendiri.




B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT


1. Pentaksiran – Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat
dan memberi nilai kepada maklumat tersebut.

2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )

   -   Pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan perancangan,
       pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laoran oleh guru yang membabitkan
       pihak ibu bapa, murid, guru dan organisasi luar.

3. Standard Prestasi

   -   Satu penyataan generik tentang aras pencapaian pelajaran dalam sesuatu mata
       pelajaran yang ditulis secara holistic ( band )
C. PANDANGAN/KOMENTAR



Pada pandangan saya, kewujudan KSSR merupakan satu perubahan yang amat baik
kerana elemen penilaian bersifat holistic amat diberi penekanan dan perkembangan
prestasi murid dapat diberi perhatian dengan lebih serius dan spesifik. Ini kerana,
sistem KSSR menekankan kepada kemahiran menaakul yang tinggi dan memberi
peluan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis.

Namun, sistem dokumentasi secara ‘online’ bagi PBS sedikit sebanyak memberi impak
atau kesan yang boleh menganggu proses penilaian yang dijalankan. Sebagai contoh,
sistem sppbs yang meminta guru-guru mengisi maklumat penilaian perkembangan
murid-murid pada setiap bulan memerlukan masa yang panjang berikutan kesesakan
sistem sppbs itu sendiri di dalam sistem ‘online’. Dalam masa yang sama, guru-guru
juga perlu melengkapkan dokumentasi untuk diletakkan di dalam fail peribadi murid itu
sendiri.



Secara kesimpulannya, sistem penilaian yang terdapat di dalam KSSR adalah amat
baik walau pun terdapat sedikit kekangan atau halangan dalam proses melaksanakan
penilaian tersebut.




                              REFLEKSI UNIT 9
TAJUK : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini menerangkan tentang kepelbagaian bahan pengajaran dan pembelajaran
yangtelah disediakan untuk guru dalam membantu melicinkan proses pengajaran dam
pembelajaran di dalam bilik darjah di mana bahan-bahan tersebut mempunyai rasional
yang tersendiri. Terdapat beberap kategori bahan pengajaran dan pembelajaran yang
diberikan iaitu bahan bercetak, CD ROM/DVD ROM, internet dan bahan siaran daripada
radio dan televisyen.

Setiap jenis bahan pengajaran tersebut mempunyai rasional yang berbeza. Dengan
menggunakan bahan bercetak seperti surat khabar, majalah dan buku teks, murid-
murid dapat meningkatkan keupayaan membaca dan menganalisis apa yang telah
dibaca supaya mendapat pembacaan bermakna. Bahan CD ROM, DVD ROM pula
berupaya menarik minat murid-murid. Ini kerana, menurut teori perkembangan kognitif
Piaget, pada tahap umur tertentu, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Menurut beliau,
pembelajaran akan lebih berkesan jika sesuatu pengetahuan, kemahiran atau pun nilai
yang disampaikan itu adalah dalam bentuk konkrit atau yang reality dan boleh dilihat
oleh murid.

Sejajar dengan kepentingan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, beberapa garis panduan diwujudkan bagi menghasilkan bahan yang
bermutu. A ntaranya ialah pemilihan bahan yang bersesuain dengan objektif
pengajaran/pembelajaran, praktikal digunakan ( mudah dibawa/disimpan ), menarik
minat murid tanpa mengganggu pfokus murid-murid, mudah dibina/diperbaiki, maujud,
bersifat pelbagai dan juga selaras dengan nilai serta budaya yang ada.

Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran ini juga melibatkan beberapa pihak
yang penting seperti pihak sekolah, panitia matapelajaran, guru Pusat Sumber Sekolah,
guru mata pelajaran dan turut tidak dilupakan ialah guru kelas di sekolah.
Ini bagi menjamin ketelusan dan kebolehpercayaan bahan tersebut dalam membantu
guru-guru di dalam bilik darjah dan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.




B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT
1. Bahan pengajaran
- bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk

2. Bahan pembelajaran
- bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran

3. Bahan bercetak
- bahan yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran contohnya ialah
modul, buku teks, buku latihan dan aktiviti, buku sumber, buku rujukan dan sebagainya.




C. PANDANGAN/KOMENTAR




Pada pandangan saya, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah amat
baik kerana ianya amat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ia juga merupakan satu pendekatan atau kaedah untuk memudahkan murid-murid
membuat generalisasi dan menjana idea yang diperolehi dengan bantuan isi kandunag
dan gambarajah yang terdapat di dalam CD ROM/DVD ROM yang lebih bersifat konkrit
dan sterusnya bersifat animasi yang mampu menarik minat murid-murid.

Apa yang diperlukan ialah pengurusan stok bahan pengajaran dan pembelajaran yang
diedarkan agar ianya dapat digunakan oleh setiap lapisan tenaga pengajar di sekolah.
Pengurusan stok yang bersifat sistematik amat diperlukan bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.
REFLEKSI UNIT 2
TAJUK : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini membincangkan tentang perkembangan kurikulum sekolah rendah yang
bermula daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. Setiap kurikulum yang ada
mempunyai perbezaanya tersendiri.

Antara perbezaan di antara KLSR, KBSR dan KSSR ialah daripada segi reka bentuknya
di mana KBSR berasaskan kepada 3 M iaitu membaca, menulis, mengira, manakala
KLSR pula berasaskan kepada hafalan dan KSSR pula berasaskan kepada 6 tunjang
iaitu komunikasi, kerohanian, kemanusiaan, perkembangan fizikan dan estetika, Sains
dan Teknologi, Ketrampilan Diri dan modular serta kemahiran menaakul.

Selain daripada itu, jika dilihat pada aspek sukatan pelajaran, KLSR lebih menekankan
kepada peperiksaan di mana sukatannya bersifat static, KBSR pula menggunakan
sukatan dan huraian sukatan pelajaran sebagai rujukan kepada guru. Namun, di dalam
KSSR, aspek dokumen standard kandungan menjadi penekanan dan penting untuk
diberi perhatian untuk melihat perkembangan prestasi murid-murid.

Jika dilihat daripada segi kemahiran berfikir pula, KLSR menekankan kurang
menekankan pemikiran yang bersifat ‘complicated’ dan kurang berkembang kerana
lebih berpusat kepada guru, KBSR pula menekankan kepada elemen kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis kerana aktiviti yang dijalankan berpusatkan murid di mana
murid-murid perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu
permasalahan dan ianya dapat menguji minda murid-murid. KSSR pula menekankan
kepada elemen kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan teknologi maklumat ICT
secara eksplisit. Ini sejajar dengan perkembangan global dan pesat yang berlaku di
dunia yang memerlukan murid-murid lebih bersedia untuk memajukan sistem
pendidikan di Malaysia.
B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT

1. Kurikiulum standard
- kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standard
pembelajaran dan sebagainya.

2. Standard kandungan
- pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

3. Standard pembelajaran
- satu penetapan criteria atau petunjuk ( indicator ) pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan




C. PANDANGAN/KOMENTAR

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah merasai sistem
KBSR dan KSSR, saya berpendapat bahawa sistem KSSR merupakan satu sistem
yang telah dipermudahkan kerana terdapat integrasi elemen-elemen seperti
keusahawanan, kreativiti, Sains dan Teknologi yang mana ianya merupakan
penggabungjalinan yang amat ideal. Aktiviti yang dijalankan lebih bersifat focus dan
spesifik di mana setiap murid mempunyai indicator tersendiri yang mana ianya
merupakan item penting bagi mendapatkan laporan prestasi perkembangan murid-
murid pada setiap bulan seterusnya pada tahun akhir alam persekolahan peringkat
sekolah rendah. Laporan ini merupakan satu penilaian buat murid-murid yang amat
penting sebagai landasan atau ‘bench mark’ kepada guru di peringkat sekolah
menengah.

Selain daripada itu, KSSR masih menekankan aspek berpusatkan murid di mana guru
masih merupakan seorang fasilitator kepada murid-murid dengan hanya memberi
bimbingan yang sewajarnya dan apa yang lebih penting, murid-murid mencuba untuk
menjayakan proses pembelajaran tersebut.
REFLEKSI UNIT 7
A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini membincangkan tentang konsep dan proses pengajaran dan pembelajaran ,
proses serta mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan di sekolah rendah.

Konsep pengajaran dan pembelajaran itu sendiri menunjukkan bahawa ianya saling
berhubung kait di anatara satu sama lain. Perubahan persepsi bahawa guru merupakan
medium utama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu konsep
yang tidak sesuai kerana di dalam sistem pendidikan yang baru iaitu KSSR, ditekankan
bahawa guru hanyalah fasilitator dan pembimbing kepada murid-murid. Fasilitator
bermaksud pembantu atau pemudah cara kepada sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung.

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai teori yang boleh
diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian di bilik darjah. Sebagai
contoh, teori Behaviourisme, Kognitif dan tidak lupa juga teori Konstruktivisme.
Di dalam teori behaviourisme, ia menekankan kepada penguasaan isi pelajaran melalui
proses pelaziman dan penggunaan motivasi ekstrensik. Bagi teori Konstruktivisme pula,
ia menekankan kepada murid-murid agar focus kepada proses pembinaan ilmu
pengetahuan di mana proses inkuiri yang tinggi diperlukan bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.

Selain daripada itu, proses pembelajaran itu sendiri berkait rapat dengan pengalam
sedia ada yang ada pada murid-murid dan ianya penting untuk dihubgkait dengan
proses pembelajaran yang baru agar dapat membuat satu generalisasi atau menjana
inde/konsep baru terhadap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Pemindahan dan
transformasi maklumat akan menggalakkan pemikiran yang kritis dan meningkatkan
kemahiran menaakul bagi murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Bersesuaian dengan teori Howard Gardner yang telah memperkenalkan Teori
Kepelbagaian Kecerdasan di mana beliau menyangkal sama sekali akan pendapat
bahawa faktor kecerdasan murid sebagai penentu kejayaan aktiviti pembelajaran murid.
B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT

1. Kaedah kelas
- Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawal
pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas.

2. Konstruktivisme
- teori yang menekankan aspek inkuiri dan penemuan di mana memerlukan daya fikir
yang tinggi dan pembelajaran adalah berasaskan inkuiri penemuan/meneroka.




C. PENDAPAT/KOMENTAR


Pada pendapat saya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu bergantung
kepada jenis aktiviti yang dijalankan, dan kaedah pembelajaran yang digunakan di
dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kadangkala kaedah kumpulan lebih sesuai
berbanding kaedah individu kerana melalu kaedah kumpulan, murid-murid dapat
berinteraksi di antara satu sama lain di dalam kumpulan dan sekaligus ianya dapat
membina nilai sahsiah yang tinggi iaitu sikap kerjasama sesama ahli kumpulan tersebut.

Ini membuktikan bahawa kewujudan sistem/kurikulum yang terkini amat baik dan patut
diteruskan bagi mendapat impak pengajaran dan pembelajaran yang positif dan
optimum.




                              REFLEKSI UNIT 4
TAJUK : ORGANISASI KURIKULM SEKOLAH RENDAH

A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini menerangkan tentang tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan
peringkat rendah serta cara-cara bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan
KSSR dilakukan.

Sebagaimana yang kita ketahui, pembentukan sesebuah kurikulum itu memakan masa
yang lama. Sebagai contoh, di dalam seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, mengatakan
bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh masa
selama 6 tahun. Kenyataan yang termaktub di dalam akta tersebut membuktikan
bahawa pembentukan kurikulum memerlukan masa dan organisasi tertentu bagi
melancarkan perjalanan pembentukannya. Ianya boleh diorganisasikan mengikut
penyusunan vertical yang mana ianya melibatkan urutan serta kesinambungan dan
penyusunan secara horizontal melibatkan liputan, skop dan imbangan.

Tidak lupa juga, aspek-aspek penting yang turut diberi perhatian yang serius dalam
pelaksanaan KBSR dan KSSR. Sebagai contoh, fokus utama adalah kepada 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira dan tambahan kemahiran berdasarkan KSSR iaitu
kemahiran menaakul menjadikan fokus utama kurikulum iaitu 4M.

Secara ringkasnya, KSSR diorganisasikan berdasarkan 3 bentuk modul iaitu Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Selain daripada berfokus kepada subjek teras atau wajib iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, subjek-subjek elektif seperti
Kemahiran Hidup, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya.

Setiap subjek teras dan elektif mempunyai pemberatan yang sama dan hanya berbeza
daripada segi peruntukkan masa yang diberikan.




B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT
1. Mata Pelajaran teras
- mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan

2. Mata pelajaran wajib
- mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah

3. Mata pelajaran elektif
- Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah

4. Modul
- mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti intuk dikuasai
oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap.




C. PANDANGAN/KOMENTAR



Pada pendapat saya, setiap subjek mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kita
tidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek teras dan wajib malah subjek elektif
juga harus diberi penekanan yang serius. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran
Malaysia akan melaksanakan satu dasar yang baru iaitu meletakkan subjek Sejarah
sebagai salah satu syarat untuk lulus SPM. Secara rasionalnya, ianya amat baik kerana
secara tidak langsung ia akan menjadikan murid-murid semakin berminat untuk
mempelajari sejarah atau asal usul yang berkaitan dengan isi kandungan pendidikan di
Malaysia.

Subjek elektif juga penting untuk membantu pembentukan sahsiah murid-murid sejajar
dengan isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid-murid yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana subjek
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam amat menekankan pembentukan sahsiah mahu
pun akhlak yang tinggi bagi memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan
pendidikan di dalam mahu pun di luar bilik darjah.
BIBLIOGRAFI

Sufean Hussin. ( 2004 ) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di

      Malaysia ( Edisi Kedua ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

     Pustaka.



Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1980 ). Laporan

      Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

      Pelajaran Kebangsaan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

      Pustaka.



Bahagian Perkembangan Kurikulum ( 2010 ). KSSR: Kurikulum

      Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian

      Pelajaran Malaysia.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaranmarziana80
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendahBadriyatun Kamar
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsLiza Ahmad
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSRPanduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSRNorfazida Mardi
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 

Was ist angesagt? (20)

Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
RPH BM THN 2 (2019)
RPH BM THN 2  (2019)RPH BM THN 2  (2019)
RPH BM THN 2 (2019)
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Rubrik
RubrikRubrik
Rubrik
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSRPanduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 

Ähnlich wie Refleksi kurikulum final

Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)cikgumacholah
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)cikgumacholah
 
Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3TING Hua
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Hemah Naidu
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3Rosell Roseliana Rusli
 
Soalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbsSoalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbsAzmin Hawa
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolahJimmy Siow
 

Ähnlich wie Refleksi kurikulum final (20)

Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
 
Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Cth mythesis
Cth mythesisCth mythesis
Cth mythesis
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
 
Pengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBSPengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBS
 
Soalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbsSoalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbs
 
soalan lazim pbs
soalan lazim pbssoalan lazim pbs
soalan lazim pbs
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Garis panduan pbd
Garis panduan pbdGaris panduan pbd
Garis panduan pbd
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolah
 
SWOT.docx
SWOT.docxSWOT.docx
SWOT.docx
 

Mehr von Nurhafizah Ajlan (20)

Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Assignment 2 literature final
Assignment 2 literature finalAssignment 2 literature final
Assignment 2 literature final
 
Asignment 1 literature edited
Asignment 1 literature   editedAsignment 1 literature   edited
Asignment 1 literature edited
 
Assigmnt 1 n 2 final checking
Assigmnt 1 n 2   final checkingAssigmnt 1 n 2   final checking
Assigmnt 1 n 2 final checking
 
Assigmnt 1 n 2 final submission
Assigmnt 1 n 2   final submissionAssigmnt 1 n 2   final submission
Assigmnt 1 n 2 final submission
 
Assigmnt 1 n 2 final
Assigmnt 1 n 2   finalAssigmnt 1 n 2   final
Assigmnt 1 n 2 final
 
Borang markah pergerakan kreatif daerah
Borang markah pergerakan kreatif   daerahBorang markah pergerakan kreatif   daerah
Borang markah pergerakan kreatif daerah
 
Ritma final
Ritma finalRitma final
Ritma final
 
Konsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasiKonsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasi
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Grammar 2 final
Grammar 2 finalGrammar 2 final
Grammar 2 final
 
Asgnmnt koku final
Asgnmnt koku finalAsgnmnt koku final
Asgnmnt koku final
 
Analisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia finalAnalisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia final
 
Peers pj final
Peers pj finalPeers pj final
Peers pj final
 
Tgfu final
Tgfu finalTgfu final
Tgfu final
 
Myself
MyselfMyself
Myself
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Reading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 finalReading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 final
 
Asgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading finalAsgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading final
 

Refleksi kurikulum final

  • 1. TUGASAN 1 – REFLEKSI ( 5 UNIT ) KRP 3013 – KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH KUMPULAN UPSI A03( A112PJJ ) PENSYARAH ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF NAMA NO. ID NO. TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807 019-7166070 801204-14-5448 019-5173776 REFLEKSI UNIT 11
  • 2. TAJUK : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM A. RINGKASAN UNIT Unit ini menerangkan tentang jenis-jenis dan proses pentaksiran yang digunakan sebagai penilaian di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kini, Malaysia sedang mengalami transformasi pendidikan secara besar-besaran di mana Kurikulum Sekolah Rendah ( KSSR ) telah diperkenalkan di mana Pentaksiran Berasaskan Sekolah dicipta bagi menilai perkembangan prestasi murid-murid bermula daripada Tahun 1 ( 2011 ) dan Tahun 2 ( 2012 ). Beberapa instrumen pemantauan dan dokumen standard penilaian diedarkan kepada semua guru yang terlibat sebagai rujukan atau panduan untuk guru menilai setiap murid di dalam bilik darjah. Dokumen standard tersebut dihasilkan berlandaskan kepada sistem ‘banding’ di mana murid-murid mestilah mencapai tahap ‘band’ yang ditentukan di dalam dokumen tersebut melalui hasil kerja murid-murid mahu pun perkembangan fizikal yang ditunjukkan. Lembaran-lembaran kerja atau aktiviti yang dibuat merupakan ‘eviden’ atau bukti kepada kemahiran yang telah dikuasai oleh murid tersebut. Perkara-perkara tersebut amat penting bagi melengkapkan dokumentasi perkembangan murid-murid secara individu sehingga tamat persekolahan di peringkat sekolah rendah. Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru iaitu pentaksiran autentik dan portfolio. Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas malah boleh diperolehi melalui pemerhatian seperti latiham amali atau praktikal. Manakala pentaksiran berportfoli merupakan satu bentuk pentaksiaran kepada koleksi hasil kerja murid yang releven dengan pbjektif matapelajaran. Ianya digunakan sebagai rekod atau dokumentasi kepada pencapaian murid di dalam pembelajaran. Penilaian pula merupakan proses mendapatkan maklumat diikuti dengan memeberi nilai prestasi kepada maklumat tersebut. Terdapat banyak perbezaan di anatara penilaian di dalam KBSR dan KSSR. Antaranya ialah penilaian KBSR lebih bersifat formatif dan sumatif dan bersifat ‘exam-oriented’ iaituberfokus kepada ujian bulanan ( formatif ) dan ujian rasmi seperti UPSR ( sumatif ). Tetapi, di dalam KSSR, pendidikan lebih bersifat ‘mastery learning’ di mana standard kompetensi murid-murid telah ditentukan dan disasar
  • 3. agar mencapai standard tersebut dan ianya bersifat ansur maju iaitu proses perkembangan prestasi bermula daripada ‘band 1’ sehingga ‘band 7. Ini menunjukkan bahawa penilaian di dalam KSSR lebih berfokus dan bersifat individu yang mana ianya membantu guru-guru mengenal murid-murid dan mengenalpasti potensi diri murid itu sendiri. B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT 1. Pentaksiran – Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat dan memberi nilai kepada maklumat tersebut. 2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) - Pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laoran oleh guru yang membabitkan pihak ibu bapa, murid, guru dan organisasi luar. 3. Standard Prestasi - Satu penyataan generik tentang aras pencapaian pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang ditulis secara holistic ( band )
  • 4. C. PANDANGAN/KOMENTAR Pada pandangan saya, kewujudan KSSR merupakan satu perubahan yang amat baik kerana elemen penilaian bersifat holistic amat diberi penekanan dan perkembangan prestasi murid dapat diberi perhatian dengan lebih serius dan spesifik. Ini kerana, sistem KSSR menekankan kepada kemahiran menaakul yang tinggi dan memberi peluan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis. Namun, sistem dokumentasi secara ‘online’ bagi PBS sedikit sebanyak memberi impak atau kesan yang boleh menganggu proses penilaian yang dijalankan. Sebagai contoh, sistem sppbs yang meminta guru-guru mengisi maklumat penilaian perkembangan murid-murid pada setiap bulan memerlukan masa yang panjang berikutan kesesakan sistem sppbs itu sendiri di dalam sistem ‘online’. Dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu melengkapkan dokumentasi untuk diletakkan di dalam fail peribadi murid itu sendiri. Secara kesimpulannya, sistem penilaian yang terdapat di dalam KSSR adalah amat baik walau pun terdapat sedikit kekangan atau halangan dalam proses melaksanakan penilaian tersebut. REFLEKSI UNIT 9
  • 5. TAJUK : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN A. RINGKASAN ISI UNIT Unit ini menerangkan tentang kepelbagaian bahan pengajaran dan pembelajaran yangtelah disediakan untuk guru dalam membantu melicinkan proses pengajaran dam pembelajaran di dalam bilik darjah di mana bahan-bahan tersebut mempunyai rasional yang tersendiri. Terdapat beberap kategori bahan pengajaran dan pembelajaran yang diberikan iaitu bahan bercetak, CD ROM/DVD ROM, internet dan bahan siaran daripada radio dan televisyen. Setiap jenis bahan pengajaran tersebut mempunyai rasional yang berbeza. Dengan menggunakan bahan bercetak seperti surat khabar, majalah dan buku teks, murid- murid dapat meningkatkan keupayaan membaca dan menganalisis apa yang telah dibaca supaya mendapat pembacaan bermakna. Bahan CD ROM, DVD ROM pula berupaya menarik minat murid-murid. Ini kerana, menurut teori perkembangan kognitif Piaget, pada tahap umur tertentu, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Menurut beliau, pembelajaran akan lebih berkesan jika sesuatu pengetahuan, kemahiran atau pun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentuk konkrit atau yang reality dan boleh dilihat oleh murid. Sejajar dengan kepentingan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, beberapa garis panduan diwujudkan bagi menghasilkan bahan yang bermutu. A ntaranya ialah pemilihan bahan yang bersesuain dengan objektif pengajaran/pembelajaran, praktikal digunakan ( mudah dibawa/disimpan ), menarik minat murid tanpa mengganggu pfokus murid-murid, mudah dibina/diperbaiki, maujud, bersifat pelbagai dan juga selaras dengan nilai serta budaya yang ada. Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran ini juga melibatkan beberapa pihak yang penting seperti pihak sekolah, panitia matapelajaran, guru Pusat Sumber Sekolah, guru mata pelajaran dan turut tidak dilupakan ialah guru kelas di sekolah. Ini bagi menjamin ketelusan dan kebolehpercayaan bahan tersebut dalam membantu guru-guru di dalam bilik darjah dan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT
  • 6. 1. Bahan pengajaran - bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk 2. Bahan pembelajaran - bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran 3. Bahan bercetak - bahan yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran contohnya ialah modul, buku teks, buku latihan dan aktiviti, buku sumber, buku rujukan dan sebagainya. C. PANDANGAN/KOMENTAR Pada pandangan saya, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik kerana ianya amat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan satu pendekatan atau kaedah untuk memudahkan murid-murid membuat generalisasi dan menjana idea yang diperolehi dengan bantuan isi kandunag dan gambarajah yang terdapat di dalam CD ROM/DVD ROM yang lebih bersifat konkrit dan sterusnya bersifat animasi yang mampu menarik minat murid-murid. Apa yang diperlukan ialah pengurusan stok bahan pengajaran dan pembelajaran yang diedarkan agar ianya dapat digunakan oleh setiap lapisan tenaga pengajar di sekolah. Pengurusan stok yang bersifat sistematik amat diperlukan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.
  • 7. REFLEKSI UNIT 2 TAJUK : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR A. RINGKASAN ISI UNIT Unit ini membincangkan tentang perkembangan kurikulum sekolah rendah yang bermula daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. Setiap kurikulum yang ada mempunyai perbezaanya tersendiri. Antara perbezaan di antara KLSR, KBSR dan KSSR ialah daripada segi reka bentuknya di mana KBSR berasaskan kepada 3 M iaitu membaca, menulis, mengira, manakala KLSR pula berasaskan kepada hafalan dan KSSR pula berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, kemanusiaan, perkembangan fizikan dan estetika, Sains dan Teknologi, Ketrampilan Diri dan modular serta kemahiran menaakul. Selain daripada itu, jika dilihat pada aspek sukatan pelajaran, KLSR lebih menekankan kepada peperiksaan di mana sukatannya bersifat static, KBSR pula menggunakan sukatan dan huraian sukatan pelajaran sebagai rujukan kepada guru. Namun, di dalam KSSR, aspek dokumen standard kandungan menjadi penekanan dan penting untuk diberi perhatian untuk melihat perkembangan prestasi murid-murid. Jika dilihat daripada segi kemahiran berfikir pula, KLSR menekankan kurang menekankan pemikiran yang bersifat ‘complicated’ dan kurang berkembang kerana lebih berpusat kepada guru, KBSR pula menekankan kepada elemen kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kerana aktiviti yang dijalankan berpusatkan murid di mana murid-murid perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan dan ianya dapat menguji minda murid-murid. KSSR pula menekankan kepada elemen kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan teknologi maklumat ICT secara eksplisit. Ini sejajar dengan perkembangan global dan pesat yang berlaku di dunia yang memerlukan murid-murid lebih bersedia untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia.
  • 8. B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT 1. Kurikiulum standard - kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standard pembelajaran dan sebagainya. 2. Standard kandungan - pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 3. Standard pembelajaran - satu penetapan criteria atau petunjuk ( indicator ) pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan C. PANDANGAN/KOMENTAR Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah merasai sistem KBSR dan KSSR, saya berpendapat bahawa sistem KSSR merupakan satu sistem yang telah dipermudahkan kerana terdapat integrasi elemen-elemen seperti keusahawanan, kreativiti, Sains dan Teknologi yang mana ianya merupakan penggabungjalinan yang amat ideal. Aktiviti yang dijalankan lebih bersifat focus dan spesifik di mana setiap murid mempunyai indicator tersendiri yang mana ianya merupakan item penting bagi mendapatkan laporan prestasi perkembangan murid- murid pada setiap bulan seterusnya pada tahun akhir alam persekolahan peringkat sekolah rendah. Laporan ini merupakan satu penilaian buat murid-murid yang amat penting sebagai landasan atau ‘bench mark’ kepada guru di peringkat sekolah menengah. Selain daripada itu, KSSR masih menekankan aspek berpusatkan murid di mana guru masih merupakan seorang fasilitator kepada murid-murid dengan hanya memberi bimbingan yang sewajarnya dan apa yang lebih penting, murid-murid mencuba untuk menjayakan proses pembelajaran tersebut.
  • 9. REFLEKSI UNIT 7 A. RINGKASAN ISI UNIT Unit ini membincangkan tentang konsep dan proses pengajaran dan pembelajaran , proses serta mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan di sekolah rendah. Konsep pengajaran dan pembelajaran itu sendiri menunjukkan bahawa ianya saling berhubung kait di anatara satu sama lain. Perubahan persepsi bahawa guru merupakan medium utama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu konsep yang tidak sesuai kerana di dalam sistem pendidikan yang baru iaitu KSSR, ditekankan bahawa guru hanyalah fasilitator dan pembimbing kepada murid-murid. Fasilitator bermaksud pembantu atau pemudah cara kepada sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai teori yang boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian di bilik darjah. Sebagai contoh, teori Behaviourisme, Kognitif dan tidak lupa juga teori Konstruktivisme. Di dalam teori behaviourisme, ia menekankan kepada penguasaan isi pelajaran melalui proses pelaziman dan penggunaan motivasi ekstrensik. Bagi teori Konstruktivisme pula, ia menekankan kepada murid-murid agar focus kepada proses pembinaan ilmu pengetahuan di mana proses inkuiri yang tinggi diperlukan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan. Selain daripada itu, proses pembelajaran itu sendiri berkait rapat dengan pengalam sedia ada yang ada pada murid-murid dan ianya penting untuk dihubgkait dengan proses pembelajaran yang baru agar dapat membuat satu generalisasi atau menjana inde/konsep baru terhadap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Pemindahan dan transformasi maklumat akan menggalakkan pemikiran yang kritis dan meningkatkan kemahiran menaakul bagi murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bersesuaian dengan teori Howard Gardner yang telah memperkenalkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan di mana beliau menyangkal sama sekali akan pendapat bahawa faktor kecerdasan murid sebagai penentu kejayaan aktiviti pembelajaran murid.
  • 10. B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT 1. Kaedah kelas - Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. 2. Konstruktivisme - teori yang menekankan aspek inkuiri dan penemuan di mana memerlukan daya fikir yang tinggi dan pembelajaran adalah berasaskan inkuiri penemuan/meneroka. C. PENDAPAT/KOMENTAR Pada pendapat saya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan, dan kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kadangkala kaedah kumpulan lebih sesuai berbanding kaedah individu kerana melalu kaedah kumpulan, murid-murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain di dalam kumpulan dan sekaligus ianya dapat membina nilai sahsiah yang tinggi iaitu sikap kerjasama sesama ahli kumpulan tersebut. Ini membuktikan bahawa kewujudan sistem/kurikulum yang terkini amat baik dan patut diteruskan bagi mendapat impak pengajaran dan pembelajaran yang positif dan optimum. REFLEKSI UNIT 4
  • 11. TAJUK : ORGANISASI KURIKULM SEKOLAH RENDAH A. RINGKASAN ISI UNIT Unit ini menerangkan tentang tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah serta cara-cara bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR dilakukan. Sebagaimana yang kita ketahui, pembentukan sesebuah kurikulum itu memakan masa yang lama. Sebagai contoh, di dalam seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, mengatakan bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh masa selama 6 tahun. Kenyataan yang termaktub di dalam akta tersebut membuktikan bahawa pembentukan kurikulum memerlukan masa dan organisasi tertentu bagi melancarkan perjalanan pembentukannya. Ianya boleh diorganisasikan mengikut penyusunan vertical yang mana ianya melibatkan urutan serta kesinambungan dan penyusunan secara horizontal melibatkan liputan, skop dan imbangan. Tidak lupa juga, aspek-aspek penting yang turut diberi perhatian yang serius dalam pelaksanaan KBSR dan KSSR. Sebagai contoh, fokus utama adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan tambahan kemahiran berdasarkan KSSR iaitu kemahiran menaakul menjadikan fokus utama kurikulum iaitu 4M. Secara ringkasnya, KSSR diorganisasikan berdasarkan 3 bentuk modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Selain daripada berfokus kepada subjek teras atau wajib iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, subjek-subjek elektif seperti Kemahiran Hidup, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya. Setiap subjek teras dan elektif mempunyai pemberatan yang sama dan hanya berbeza daripada segi peruntukkan masa yang diberikan. B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT
  • 12. 1. Mata Pelajaran teras - mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan 2. Mata pelajaran wajib - mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah 3. Mata pelajaran elektif - Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah 4. Modul - mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti intuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap. C. PANDANGAN/KOMENTAR Pada pendapat saya, setiap subjek mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek teras dan wajib malah subjek elektif juga harus diberi penekanan yang serius. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan satu dasar yang baru iaitu meletakkan subjek Sejarah sebagai salah satu syarat untuk lulus SPM. Secara rasionalnya, ianya amat baik kerana secara tidak langsung ia akan menjadikan murid-murid semakin berminat untuk mempelajari sejarah atau asal usul yang berkaitan dengan isi kandungan pendidikan di Malaysia. Subjek elektif juga penting untuk membantu pembentukan sahsiah murid-murid sejajar dengan isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid-murid yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam amat menekankan pembentukan sahsiah mahu pun akhlak yang tinggi bagi memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan pendidikan di dalam mahu pun di luar bilik darjah.
  • 13. BIBLIOGRAFI Sufean Hussin. ( 2004 ) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia ( Edisi Kedua ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1980 ). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Perkembangan Kurikulum ( 2010 ). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.