SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
PENGENALAN
Ada 3 cara untuk mencapainya:
 Amalkan cara hidup yang baik seperti pemakanan, penjagaan kebersihan dan
kesihatan ( Emosi, mental dan fizikal- mulut & diri )
 Gunakan perkhidmatan kesihatan mulut dengan bijak
 Buat keputusan secara kolektif dan secara individu untuk meningkatkan kesihatan
mulut dan persekitaran.
Sedikit pengenalan pada gigi kita:
Mengenali set gigi manusia serta peringkat pertumbuhan:
Terdapat 2 set gigi iaitu – i) Set gigi susu (20 Batang)
ii) set gigi kekal (32 batang)
Gigi susu yang terawal muncul pada umur 6 bulan dan terakhir 24 bulan
Gigi kekal yang terawal muncul pada umur 6 tahun dan terakhir pada 21 tahun
Gigi kekal boleh dan perlu dikekalkan seumur hidup kerana kepentingan fungsinya.
Skop Manual ini meliputi aspek-aspek :
i) Fungsi gigi.
ii) Penyakit pergigian dan masalahnya.
■ Plak gigi ■ Penyakit gusi ■ Trauma
■ Karies gigi ■ Barah mulut ■ Maloklusi
iii) Amalan kebersihan diri dan mulut.
■ Gigi dan mulut ■ Telinga ■ Tangan
■ Rambut ■ Hidung ■ Kuku
■ Mata ■ Badan ■ Kaki
iv) Pemakanan secara sihat.
■ Nikmati pelbagai jenis makanan
■ Pilih makanan yang banyak mengandungi bijirin dan kekacang
■ Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
■ Pilih makanan yang mengandungi kurang garam
■ Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
■ Imbangkan makanan yang di makan dengan aktiviti fizikal
■ Banyakkan minum air kosong
■ Makanlah makanan yang bersih dan selamat
■ Kurangkan pengambilan gula
v) Amalan cara hidup sihat.
■ Jangan mula merokok
■ Mari bersenam
■ Kekalkan berat badan unggul
■ Terapkan kehidupan yang bermaruah dan sihat
Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti. Penyakit mulut yang
utama seperti karies gigi , penyakit gusi dan kanser mulut merupakan penyakit gaya hidup.
Menjaga kesihatan mulut sebagai satu cara hidup sihat adalah jauh lebih baik daripada
memulihkan kesihatan dengan merawat penyakit.
KANDUNGAN CERAMAH
1) PENGENALAN
Definisi Kesihatan : Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai keadaan fizikal, mental
dan sosial yang tidak berpenyakit serta berada di dalam keadaan yang sejahtera.
Definisi Kesihatan Pergigian : Aktiviti atau perlakuan memelihara kegigian,
struktur-struktur penyokong gigi dan struktur mulut agar berada didalam keadaan
yang membolehkannya berfungsi sebagai satu unit dengan baik dan tidak
menjejaskan kualiti hidup individu.
2) FUNGSI GIGI
Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti. Set gigi yang
berfungsi adalah penting untuk:
 Mengunyah makananan dengan sempurna bagi memudahkan penghadaman
 Pertuturan yang jelas dan terang.
 Menyerikan senyuman dan paras rupa.
3) PENYAKIT PERGIGIAN DAN MASALAHNYA
Masalah pergigian yang biasa di Malaysia adalah karies gigi dan penyakit gusi.
Menjaga kesihatan mulut sebagai satu cara hidup sihat adalah jauh lebih baik
daripada memulihkan kesihatan dengan merawat penyakit.
 Plak gigi
- Merupakan punca utama kejadian karies gigi dan penyakit gusi.
- Plak adalah campuran air liur, sisa makanan dan bakteria yang melekit di
permukaan gigi.
- Plak yang dibiarkan akan mengeras membentuk karang gigi (kalkulus).
 Karies gigi
- Plak yang mengandungi bakteria bertindak dengan gula dan akan
menghasilkan asid.
- Asid akan melemahkan gigi dan mengakibatkan gigi berlubang.
Air liur ( bakteria ) + Sisa makanan = PLAK
Plak ( bakteria ) + Makanan bergula = ASID
Asid + gigi = KARIES GIGI
 Penyakit gusi ( Gingivitis )
- Berpunca daripada kuman yang menghasilkan toksin.
- Gusi menjadi merah , bengkak dan mudah berdarah.
- Lama-kelamaan akibatnya gigi akan menjadi longgar dan perlu dicabut.
- Kurangnya pengambilan Vitamin C serta berlakunya perubahan hormon
terutama ketika remaja.
 Barah mulut
- Barah mulut adalah satu keadaan dimana sel-sel dari bahagian mulut
tumbuh secara tidak teratur / luarbiasa dan tidak terkawal.
- Penyakit malignant yang meliputi bibir , lantai mulut, bahagian dalam pipi,
lidah dan gusi.
- Barah mulut adalah ke enam tertinggi di dunia. Kadar pengidap lelaki dan
perempuan adalah sama.
- Di Malaysia merupakan barah kelima tertinggi semenjak 1967, 150 – 200
kes barah mulut dikesan setiap tahun.
- Penyakit ini mudah dikesan tetapi kebiasaanya dikesan apabila sudah
terlewat menyebabkan sering disalah tafsir sebagai penyakit bagi golongan
pertengahan umur.
- Berkait rapat dengan tabiat makan sirih, pinang, mengunyah tembakau,
minum alkohol dan merokok.
- Barah mulut seperti barah-barah yang lain memberikan kesan yang begitu
mendalam terhadap kualiti kehidupan individu kerana ianya menganggu
fungsi seseorang untuk makan,bercakap, bernafas, menelan dan
mengakibatkan kesakitan.
- Tanda-tanda barah ialah perubahan warna tisu mukosa iaitu tompok
merah dan putih, ulser yang tidak pulih dalam masa 2 minggu ( tidak
merasa sakit dan mudah berdarah ), bengkak, sakit serta ada benjolan
atau ketumbuhan, perubahan deria rasa, kebas dan pedih.
- Barah mulut boleh dicegah dengan dengan amalan cara hidup sihat
seperti:
• Kurangkan / berhenti daripada tabiat berisiko seperti merokok, makan
sirih dan pinang, minum alkohol dan sebagainya.
• Berkumur selepas mengunyah sirih pinang.
• Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
• Mendapatkan pemeriksaan mulut daripada anggota kesihatan pergigian
secara berkala.
• Dapatkan bantuan profesional seperti kaunseling untuk berhenti dari
melakukan aktiviti berisiko.
Plak ( bakteria ) + Sisa makanan = TOKSIN
Toksin + Gusi = PENYAKIT GUSI
 Kemalangan melibatkan mulut dan gigi (Trauma)
- Biasanya ia terjadi di rumah, sekolah, padang permainan, jalanraya, pusat
membeli-belah, stesyen bas, pusat rekreasi / riadah, panggung wayang,
litar lumba, sungai, kolam renang dan sebagainya.
- Antara kemalangan / kecederaan yang biasa terjadi ialah gigi patah, gigi
tercabut dan kecederaan pada tisu mulut, kepala dan leher.
- Antara aktiviti yang kerap terjadinya kemalangan / kecederaan seperti
bersukan, berkenderaan, bermain, berenang, berbasikal, memanjat,
berasak-asak, bergaduh, berjoging dan sebagainya.
- Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan / kecederaan, gunalah alat
pelindung mulut terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak serta pakailah
pelindung kepala ( topi keledar ) ketika di jalanraya.
- Sekiranya berlaku kemalangan, apa yang perlu kita lakukan ialah :
• Gigi tercabut – bersihkan gigi yang tercabut dengan air lalu ( air paip )
dengan cermat dan lembut. Simpan gigi yang tercabut didalam bekas
yang berisi susu segar atau air liur. Bawa pesakit ke klinik bersama gigi
dengan secepat mungkin.
• Gigi patah - dapatkan rawatan pergigian di klinik berhampiran dengan
tampalan sewarna atau rawatan yang bersesuaian seperti rawatan
akar atau ‘ Crown dan Bridge ’. Jika boleh, bawa bersama serpihan gigi
yang patah.
• Kecederaan pada tisu mulut - Hentikan pendarahan menggunakan kain
yang bersih dan bawa segera ke klinik pergigian yang berdekatan /
bahagian kecemasan ( hospital ).
 Gigi tidak teratur ( maloklusi )
- Masalah ini merupakan satu keadaan gigi yang tidak teratur dari segi
susunan atau gigitan seperti jongang dan gigi berlapis.
- Ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
• Bilangan gigi yang lebih atau kurang
• Kehilangan gigi susu terlalu awal.
• Keturunan ( saiz tulang rahang dan gigi ).
• Tabiat menghisap jari dan menggigit pensel.
- Keadaan ini mengakibatkan :
• Gigi sukar diberus dengan berkesan.
- makanan mudah melekat dan mengakibatkan karies.
- Plak mudah terkumpul dan akibatnya masalah pergigian akan wujud.
• Bermasalah untuk mengunyah dengan sempurna.
• Penampilan diri terjejas.
4) AMALAN KEBERSIHAN DIRI DAN MULUT
Amalan kebersihan diri dan mulut adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat
penting untuk kebersihan dan kesihatan. Amalan ini merupakan benteng yang
paling kuat untuk menghindari jangkitan penyakit. Sumber penyakit seperti bakteria
dan virus mudah membiak dalam persekitaran atau badan yang kotor dan tidak
terurus. Amalan kebersihan diri dan mulut haruslah diamalkan setiap masa di
mana - mana sahaja.
 Gigi dan mulut
- Pemilihan berus gigi :
• Pilih berus gigi yang lembut dan selesa digunakan .
• Pilih saiz berus gigi yang lebih kecil jika sukar untuk memberus gigi
belakang.
• Beli berus gigi mengikut peringkat umur / keadaan pengguna dan
penyakit ( tidak semestinya mahal ).
- Penjagaan berus gigi :
• Bersihkan berus gigi selepas digunakan dan simpan ditempat yang
kering.
• Berus gigi boleh digantung atau disimpan didalam bekas yang bersih
dengan kepala berus menghala keatas.
• Jika bulu berus gigi sudah kembang, ia perlu ditukar sekurang –
kurangnya 3 bulan sekali.
• Elakkan berkongsi berus gigi dan jangan simpan berus gigi ahli keluarga
didalam satu bekas kerana cara ini boleh menyebarkan bakteria dari
satu mulut ke satu mulut ahli keluarga melalui berus gigi .
- Pemilihan dan penggunaan ubat gigi :
• Pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida kerana ia berfungsi untuk
menguatkan gigi.
• Jangan guna ubat gigi secara berlebihan ( hanya 1/3 daripada
permukaan berus gigi ).
• Memberus gigi sekurang-kurangnya selama 3 minit bagi membolehkan
fluorida meresap kedalam permukaan gigi.
- Teknik pembersihan gigi yang betul :
• Memberus gigi dengan cara yang betul iaitu jangan berus gigi terlalu
kuat. Gigi akan haus dan jadi ngilu serta sensitif khususnya semasa
minum air sejuk dan panas.
• Lihat cermin ketika memberus gigi dan pastikan semua permukaan gigi
diberus.
• Pastikan memberus permukaan atas lidah kerana lidah memerangkap
sisa- sisa makanan.
- Penggunaan floss pergigian.
• Rupanya seakan-akan benang / tali halus dan terdapat 2 jenis flos iaitu
jenis berlilin dan tidak berlilin.
• Ia sangat efektif untuk menyingkirkan plak di bahagian interproksimal
gigi atau kawasan yang tidak boleh dibersihkan oleh berus gigi.
- Berkumur.
• Kumur mulut setiap kali selepas makan jika berada diluar rumah /
sekolah.
• Boleh juga menggunakan cecair kumuran yang disyorkan. ( jika perlu )
- Waktu memberus gigi :
• Waktu yang digalakkan ialah setiap kali selepas makan dan sebelum
tidur.
- Pemeriksaan pergigian :
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya
setahun sekali.
• Pemeriksaan awal dapat mengesan sebarang masalah pergigian di
peringkat awal untuk rawatan yang berkesan.
• Khidmat nasihat dan tunjukajar mengenai penjagaan kesihatan
pergigian akan diberikan.
- Rawatan pergigian :
• Rawatan pergigian akan dijalankan sekiranya pesakit perlu mendapat
rawatan pergigian.
• Terdapat pelbagai rawatan disediakan diklinik pergigian seperti:
i) Rawatan pencegahan
- tunjuk ajar cara penjagaan kesihatan mulut, profilaksis dan
pengapan fisur.
ii)Rawatan tampalan
- membuat tampalan pada gigi yang berkaries / berlubang.
iii)Rawatan penskaleran
- membuang karang gigi yang keras.
iv)Rawatan cabutan
- mengeluarkan gigi yang tidak dapat diselamatkan lagi.
v) Rawatan gigi palsu
- menggantikan gigi yang telah dicabut.
vi)Rawatan orthodontik
- menyusun semula gigi yang tidak teratur atau jongang.
vii)Rawatan endodontik
- rawatan salur akar pada gigi yang tercedera pulpanya dan tidak
boleh ditampal dengan cara biasa.
viii)Rawatan periodontik
- merawat gusi yang bermasalah
ix) Pembedahan mulut
- kes kecederaan akibat kemalangan akan dirujuk kepada pakar
pembedahan pergigian.
 Rambut
- Rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih dan kemas.
- Rambut yang tidak dijaga akan menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak
menarik, kemas dan sihat.
- Kepala memerangkap debu, kotoran dan kuman yang ada diudara. Minyak
dari kulit kepala membantu rambut memerangkap benda-benda itu. Ini
menyebabkan rambut kotor, tidak sihat dan berkutu.
- Jika berkutu, guna ubat kutu yang boleh diperolehi di klinik atau hospital
berdekatan.
- Kuman akan membiak dan mendatangkan penyakit kulit di kepala.
- Rambut mestilah dicuci sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan
menggunakan pencuci rambut ( syampu ).
- Rambut terlalu berminyak mesti dicuci dengan lebih kerap atau sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu.
- Semasa membilas rambut, gunakan air yang banyak supaya rambut
benar-
benar bersih.
- Keringkan rambut dengan tuala yang bersih.
- Rambut perlu disikat supaya ia kelihatan lebih kemas.
 Mata
- Mata hendaklah dibersihkan dengan air yang banyak.
- Penyakit boleh berjangkit jika kita lalai atau membiarkan mata kita kotor.
- Jangan menggosok mata dengan tangan atau tuala yang kotor apabila
mata dimasuki sampah atau habuk.
- Jika ada benda asing memasuki mata, hembus mata dan kerdipkan dalam
air bersih.
- Adakala remaja mengalami sakit mata, antara tanda-tandanya ialah :
• Mata merah dan berair.
• Pedih dan silau apabila terkena cahaya matahari.
• Gatal dibahagian kelopak mata.
• Banyak tahi mata.
- Rawatannya ialah :
• Bersihkan kelopak mata dengan menekan kapas dan air suam.
• Elakkan dari melihat cahaya matahari atau cahaya terang.
• Elakkan dari mendekati orang lain.
• Pakai cermin mata gelap dan dapatkan rawatan di klinik atau hospital
yang berdekatan.
 Telinga
- Bersihkan telinga ketika mandi.
- Basahkan sehelai tuala dan bersihkan telinga, cuping telinga dan bahagian
belakang telinga. Dengan ini akan dapat menghilangkan debu dan kuman
daripada telinga.
- Jika telinga di masuki air, gunakan putik kapas yang bersih untuk
mengeringkannya. Guna putik kapas baru bagi setiap telinga.
- Adakala remaja mengalami telinga bernanah, antara tanda-tandanya
ialah :
• Telinga berasa sakit.
• Keluar nanah atau lelehan dari dalam telinga.
• Lelehan berbau busuk.
• Demam.
- Jika berlaku tanda-tanda telinga bernanah, segeralah keklinik atau hospital
yang berhampiran.
 Hidung
- Udara masuk kedalam paru-paru melalui lubang hidung.
- Apabila udara disedut melalui lubang hidung, habuk, kekotoran dan kuman
akan terperangkap pada bulu hidung.
- Oleh itu, hidung mestilah dibersihkan selalu untuk membuang habuk,
kotoran dan kuman.
 Badan
- Kita harus mandi tiap-tiap hari supaya kotoran dan peluh dapat
dibersihkan.
- Jika amalan ini tidak diendahkan, kuman akan menghinggap pada badan
kita dan membiak serta menyebabkan badan kita berbau busuk dan
mudah
mendapat penyakit kulit.
- Mandi dengan air yang bersih dan gunakan sabun.
- Gosok dengan berhati-hati keseluruh badan supaya semua daki dan
kotoran dapat dibersihkan.
- Selepas mandi, lap badan dengan tuala yang bersih. Jangan berkongsi
tuala dengan orang lain.
- Pakai pakaian yang bersih. Pakaian haruslah ditukar sekurang-kurangnya
sekali setiap hari. Pakaian yang kotor mudah dijangkiti kuman yang boleh
menyebabkan penyakit kulit.
 Tangan
- Amalan ini sangat penting bagi mencegah penyakit.
- Tangan yang tidak dicuci membawa kuman-kuman yang menghinggap
pada kulit, celah-celah jari dan dibawah kuku.
- Dengan mencuci tangan menggunakan sabun, kita boleh menyekat
penyakit seperti taun, demam kepialu, jangkitan cacing dan keracunan
makanan dari merebak.
- Kita mesti mencuci tangan pada masa-masa tertentu seperti berikut :
• Sebelum dan selepas makan.
• Sebelum menyedia dan menghidang makanan.
- Bagi memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman
yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut :
i) Sabunkan tangan secukupnya.
ii)Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari.
iii)Gosok setiap jari dan celah jari.
iv)Gosok kuku di tapak tangan.
v) Gosok di bahagian belakang kedua-dua tangan.
vi)Basuh dengan air bersih secukupnya.
vii)Keringkan tangan dengan kain bersih.
 Kuku
- Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh mengumpul kotoran dan
menjadi tempat pembiakan kuman.
- Penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor seperti jangkitan cacing,
jangkitan kuku, penyakit kulit dan keracunan makanan.
- Oleh itu, kuku mestilah dipotong supaya pendek dan bersih.
- Gunakan pengetip kuku yang tajam untuk memotong kuku tangan dan
kuku
kaki.
- Berhati-hati semasa memotong kuku untuk mengelakkan kecederaan pada
jari.
 Kaki
- Kasut atau selipar hendaklah selalu dipakai apabila kita keluar dari rumah.
- Kasut akan melindungi kaki dari luka atau cedera. Ia juga boleh melindungi
dari jangkitan cacing kerawit yang masuk melalui kulit kaki.
- Jika memakai sarung kaki, pastikan ia harus ditukar setiap hari dan
dibasuh.
5) PEMAKANAN SECARA SIHAT
Punca masalah kesihatan bukan dari makanan tetapi tabiat makan seseorang.
Tubuh badan memerlukan pelbagai zat makanan untuk memelihara kesihatan.
Bagi remaja, nutrien amat diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan
tubuh badan.
 Nikmati pelbagai jenis makanan.
- Makanan memberi kita tenaga dan zat-zat lain yang diperlukan untuk
pertumbuhan, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar.
- Tubuh memerlukan pelbagai jenis zat seperti karbohidrat, lemak, protein,
vitamin, mineral dan fiber dari makanan.
i) Karbohidrat
- untuk memberi tenaga kepada tubuh.
ii)Protein
- untuk membina sel-sel dalam tubuh, pembentukan sel darah
merah
serta pertumbuhan gigi dan tulang.
iii)Vitamin dan Mineral
- untuk menjauhkan penyakit.
iv)Serat
- untuk melawaskan saluran najis.
- untuk mencegah sembelit, penyakit usus dan buasir.
- Pilihlah makanan harian daripada gabungan makanan berasaskan Piramid
Makanan.
- Aras 1 :
• Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian
- makan lebih banyak dari kumpulan ini.
- Aras 2 :
• Sayur-sayuran dan buah-buahan
- makan banyak dari kumpulan ini.
- Aras 3 :
• Ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan hasil tenusu.
- makan sederhana dari kumpulan ini.
- Aras 4 :
• Minyak, lemak, garam dan gula.
- makan sedikit dari kumpulan ini.
 Pilih makanan yang banyak mengandungi bijirin dan kekacang.
- Sumber tenaga utama haruslah diambil berasaskan bijirin.
- Kacang kering dan kekacang adalah sumber serat dan protein yang baik.
 Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat
yang baik.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu di makan pada setiap kali makan.
 Pilih makanan yang mengandungi kurang garam.
- Kurangkan makan makanan segera dan diproses.
- Gunakan garam secara sederhana.
- Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi banyak garam dan
monosodium glutamat ( MSG ).
 Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Kurangkan pengambilan makanan bergoreng.
- Pilih makanan yang rendah lemak.
- Pilih makanan yang rendah kolesterol.
 Imbangkan makanan yang dimakan dengan aktiviti fizikal.
- Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan kita.
- Jika berlebihan berat badan, tingkatkan aktiviti fizikal dan kurangkan
pengambilan makanan.
 Banyakkan minum air kosong.
- Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari.
- Kurangkan minum minuman manis dan berkarbonat.
 Makanlah makanan yang bersih dan selamat.
- Pilihlah makanan yang bersih dan selamat.
- Makan hanya di premis yang bersih.
- Amalkan cara penyediaan, penyimpanan dan penyajian makanan yang
bersih.
 Kurangkan pengambilan gula.
- Pengambilan gula dalam makanan dan minuman yang berlebihan boleh
mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan seperti karies gigi,
kegemukan dan diabetis.
- Kurangkan pengambilan gula di dalam minuman teh atau kopi.
- Kurangkan makanan manis seperti kek, aiskrim, coklat, gula-gula, kuih-
muih dan bijirin bersira.
- Kurangkan pengambilan minuman manis dan bergas ( berkarbonat ).
6) AMALAN CARA HIDUP SIHAT
Remaja sihat terdiri daripada remaja yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial
dan kerohanian. Remaja yang sihat mengamalkan gaya hidup yang sihat.
 Jangan mula merokok.
- Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada
kematian.
- Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang mana 200 daripadanya
adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser.
- Merokok boleh mengakibatkan barah paru-paru, barah perut, barah
pankreas, barah kolon, barah payu dara, barah serviks, penyakit salur
darah, keguguran serta janin cacat dan sebagainya.
- Merokok juga memberi kesan buruk kepada kesihatan pergigian seperti
nafas berbau, gigi berwarna kuning, penyakit gusi, bibir menjadi hitam,
kanser mulut, dan sebagainya.
- Kesan merokok kepada remaja seperti :
• Kelihatan selekeh dan tidak sopan.
• Mendorong melakukan kegiatan yang tidak baik seperti menghidu gam,
menagih dadah dan minum minuman yang memabukkan.
• Dilabelkan sebagai remaja bermasalah dan nakal.
• Mengidap pelbagai jenis penyakit.
• Membazirkan wang.
- Bilangan dan peratus perokok remaja di Malaysia bagi tahun 2000 :
• Lelaki remaja berumur <18 tahun ( 0.52 juta )
• Wanita remaja berumur <18 tahun ( 0.14 juta )
- Laporan statistik di Malaysia bagi tahun 1998 :
• 3.5 juta perokok -> berisiko kematian 3 kali ganda berbanding bukan
perokok.
• 11% dari 3,500,000 juta perokok adalah pelajar.
• 45 – 50 remaja mula menghisap rokok setiap hari.
• 350,000 remaja di bawah 20 tahun berisiko mati awal.
• perokok remaja menghadapi risiko 50% akibat racun tembakau ->1/2
daripada mereka meninggal sebelum umur 50 tahun.
• Semua penghisap dadah adalah perokok.
- Terdapat beberapa faedah sekiranya remaja tidak merokok seperti :
• Berketerampilan, segak, matang dan disegani.
• Cemerlang dalam pelajaran.
• Ceria dan mempunyai ramai kawan.
• Sihat, cergas dan berstamina.
• Gigi lebih putih.
• Menjimatkan wang.
 Mari bersenam.
- Senaman amat penting dalam mengawal berat badan, membantu
menghindar penyakit serta menyihatkan tubuh badan.
- Remaja boleh melakukan apa jua senaman yang diminati umpamanya
berjoging, berbasikal, bola sepak, badminton, bola keranjang, berjalan
dengan cepat, berenang dan sebagainya.
- Antara langkah berjaga-jaga sebelum dan semasa bersenam ialah :
• Dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam jika remaja menghidap
penyakit tertentu seperti asma, masalah jantung atau buah pinggang.
• Selalu lakukan ‘warm-up’ dan ‘cool-down’ yang mencukupi sebelum dan
selepas bersenam.
• Pakailah kasut yang sesuai untuk bersenam.
• Pakaian mestilah longgar dan selesa.
• Jangan bersenam selepas makan. Tunggu sehingga 2 jam selepas
makan. Ini kerana dalam tempoh 2 jam selepas makan utama, proses
penghadaman masih berjalan. Darah diperlukan untuk tujuan
penghadaman. Jika terusbersenam, darah terpaksa dibahagikan untuk
proses penghadaman dan bersenam. Akibatnya remaja akan
mengalami semput, sakit perut atau muntah.
• Jangan bersenam di bawah cuaca terlalu panas. Panas yang keterlaluan
boleh mengakibatkan remaja pitam atau tidak sedarkan diri.
Bersenamlah semasa cuaca redup atau di tempat yang teduh.
• Jangan lakukan senaman semasa tercedera atau demam. Jumpalah
doktor dengan segera.
• Lakukan senaman dengan penuh keseronokan. Dengan ini remaja akan
berasa relaks dan puas.
• Minum air dengan banyak selepas bersenam bagi menggantikan cecair
badan yang hilang semasa bersenam.
 Kekalkan berat badan unggul
- Berat badan unggul amat penting untuk mengurangkan risiko beberapa
penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetis, kegemukan dan
sebagainya.
- Berat badan yang unggul akan membuatkan seseorang remaja itu :
• Berketerampilan, segak dan cantik.
• Sihat, cergas dan bertenaga.
• Aktif dan langsing.
- Ukuran indeks jisim badan ( rujuk Lampiran A ).
- Jika indeks jisim badan seseorang remaja berada lebih daripada tahap
berat badan unggul, maka remaja ini boleh memilih cara mengawal berat
badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat digabung dengan
senaman yang teratur.
- Amalan pemakanan yang disarankan untuk remaja yang berlebihan berat
badan ialah :
• Makan makanan berdasarkan piramid makanan.
• Lebihkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Kurangkan makanan yang berlemak, bergoreng dan berkalori tinggi.
• Kurangkan pengambilan gula dalam makanan seperti minuman
berkarbonat, kordial, kek, gula-gula, jem, ais krim dan sebagainya.
• Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan daripada makan snek di
antara masa makan.
- Amalan senaman yang disarankan untuk remaja yang berlebihan berat
badan ialah :
• Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Contoh senaman
ialah berjalan laju, joging, berbasikal, senamrobik atau bermain
badminton.
• Mulakan senaman secara perlahan mengikut keupayaan diri dan jika
seseorang itu mengalami sesak nafas semasa bersenam bermakna dia
telah melakukan senaman melebihi had keupayaan.
• Bersenamlah sekurang-kurangnya selama 15 hingga 20 minit.
 Terapkan kehidupan yang bermaruah dan sihat.
- Remaja mungkin menghadapi tekanan untuk memilih antara peraturan ibu
bapa dengan kemahuan sendiri. Oleh itu jadilah remaja bermaruah serta
menerapkan gaya hidup sihat. Amalan ini boleh membantu remaja :
• Hormatilah orang-orang yang lebih tua.
• Hindari dari pengaruh rokok, dadah, arak, seks rambang ( yang boleh
menjurus kepada jangkitan HIV/AIDS ).
• Dekati diri dengan ajaran agama.
• Pilih rakan sebaya yang berakhlak baik.
• Menabung untuk masa depan.
• Hormati dan sayangi diri serta tubuh badan sendiri.
7) PENUTUP
Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman
remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh
peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu
lengkapkan diri untuk menjadi pelapis generasi akan datang kerana remaja masa kini
merupakan harapan negara. Remaja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial
adalah prasyarat untuk mencapai matlamat wawasan 2020.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)
Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)
Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)Adila Dila
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitfiro HAR
 
Alam remaja
Alam remajaAlam remaja
Alam remajaawangyie
 
Bahaya Rokok
Bahaya Rokok Bahaya Rokok
Bahaya Rokok HCY 7102
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitStrategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitMuhammad Nasrullah
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Ahmad NazRi
 
Amalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remajaAmalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remajamimoo zibang
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrinmothy
 
Panduan pemakanan kanak kanak
Panduan pemakanan kanak kanakPanduan pemakanan kanak kanak
Panduan pemakanan kanak kanakSarah Jasad
 

Was ist angesagt? (20)

Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)
Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)
Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)
 
Kaedah epidemiologi
Kaedah epidemiologiKaedah epidemiologi
Kaedah epidemiologi
 
Kebersihan diri
Kebersihan diriKebersihan diri
Kebersihan diri
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
KONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATANKONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATAN
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkit
 
Alam remaja
Alam remajaAlam remaja
Alam remaja
 
Bahaya Rokok
Bahaya Rokok Bahaya Rokok
Bahaya Rokok
 
Kesihatan diri
Kesihatan diriKesihatan diri
Kesihatan diri
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitStrategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
 
KESIHATAN AWAM
KESIHATAN AWAMKESIHATAN AWAM
KESIHATAN AWAM
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013
 
Klinik berhenti merokok
Klinik berhenti merokokKlinik berhenti merokok
Klinik berhenti merokok
 
Proses sistem percernaan berlaku
Proses sistem percernaan berlakuProses sistem percernaan berlaku
Proses sistem percernaan berlaku
 
Amalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remajaAmalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remaja
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
3 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-43 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-4
 
Panduan pemakanan kanak kanak
Panduan pemakanan kanak kanakPanduan pemakanan kanak kanak
Panduan pemakanan kanak kanak
 

Andere mochten auch

KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAKOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAMuhammad Nasrullah
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan RemajaPertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan Remajawahyusrisayekti
 
Presentation peers.pptx
Presentation peers.pptxPresentation peers.pptx
Presentation peers.pptxSintek Errer
 
5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatan5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatanRozek DiTag
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  LelakiCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja LelakiHCY 7102
 
Kesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasKesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasAzreen Aj
 
Prosedur bersenam
Prosedur bersenamProsedur bersenam
Prosedur bersenamZICCHUA
 
Membentuk budaya korporat tanggungjawab bersama
Membentuk budaya korporat tanggungjawab bersamaMembentuk budaya korporat tanggungjawab bersama
Membentuk budaya korporat tanggungjawab bersamaLee Oi Wah
 
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAHKESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAHChow Peng Yue
 
Cara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diriCara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diriBEELIM
 
Presentasi Kebersihan Diri
Presentasi Kebersihan DiriPresentasi Kebersihan Diri
Presentasi Kebersihan DiriKusuma Wijayanti
 

Andere mochten auch (15)

KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAKOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan RemajaPertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Presentation peers.pptx
Presentation peers.pptxPresentation peers.pptx
Presentation peers.pptx
 
5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatan5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatan
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  LelakiCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
 
Modul Program Promosi Kesihatan
Modul Program Promosi Kesihatan Modul Program Promosi Kesihatan
Modul Program Promosi Kesihatan
 
Kesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasKesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emas
 
Prosedur bersenam
Prosedur bersenamProsedur bersenam
Prosedur bersenam
 
Alam remaja
Alam remajaAlam remaja
Alam remaja
 
Membentuk budaya korporat tanggungjawab bersama
Membentuk budaya korporat tanggungjawab bersamaMembentuk budaya korporat tanggungjawab bersama
Membentuk budaya korporat tanggungjawab bersama
 
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAHKESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
 
Cara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diriCara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diri
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Presentasi Kebersihan Diri
Presentasi Kebersihan DiriPresentasi Kebersihan Diri
Presentasi Kebersihan Diri
 

Ähnlich wie Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Penyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remaja
Penyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remajaPenyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remaja
Penyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remajaLaras Septyan
 
Makalah penyakit gigi
Makalah penyakit gigiMakalah penyakit gigi
Makalah penyakit gigiWarnet Raha
 
Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01
Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01
Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01A Budi Pakdije
 
Yuk berkenalan dengan Gigi...
Yuk berkenalan dengan Gigi...Yuk berkenalan dengan Gigi...
Yuk berkenalan dengan Gigi...Uji Mujilestari
 
Kesehatan gigi & mulut
Kesehatan gigi & mulutKesehatan gigi & mulut
Kesehatan gigi & mulutAndry Ferdian
 
Doktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptx
Doktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptxDoktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptx
Doktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptxKhairineAlia1
 
Buku Panduan Dokter Gigi cilik.docx
Buku Panduan Dokter Gigi cilik.docxBuku Panduan Dokter Gigi cilik.docx
Buku Panduan Dokter Gigi cilik.docxekaindriani13
 
Safety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulut
Safety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulutSafety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulut
Safety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulutRifki Fadli
 
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulutPenyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulutyantinikitashb
 
materi dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptx
materi dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptxmateri dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptx
materi dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptxiwansetiawan219729
 
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulutPenyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulutyantinikitashb
 
Makalah kebersihan gigi dan mulut
Makalah kebersihan gigi dan mulutMakalah kebersihan gigi dan mulut
Makalah kebersihan gigi dan mulutTiara Ramadhania
 
Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan devakijp
 
Panduan bagi kader guru SD dalam UKGS
Panduan bagi kader  guru SD dalam UKGSPanduan bagi kader  guru SD dalam UKGS
Panduan bagi kader guru SD dalam UKGSasih gahayu
 
Preventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptx
Preventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptxPreventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptx
Preventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptxgeriatribersahaja
 
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3) Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3) halim_gigi
 
Pemeliharaan kes.gimul lansia
Pemeliharaan kes.gimul lansiaPemeliharaan kes.gimul lansia
Pemeliharaan kes.gimul lansiawahyuni majid
 

Ähnlich wie Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja (20)

Penyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remaja
Penyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remajaPenyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remaja
Penyuluhan kesehatan gigi & mulut utk remaja
 
Makalah penyakit gigi
Makalah penyakit gigiMakalah penyakit gigi
Makalah penyakit gigi
 
Gigi
GigiGigi
Gigi
 
Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01
Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01
Pendidikankesihatanpergigian1 3dr-nurhalimahmad-120407075431-phpapp01
 
Yuk berkenalan dengan Gigi...
Yuk berkenalan dengan Gigi...Yuk berkenalan dengan Gigi...
Yuk berkenalan dengan Gigi...
 
Kesehatan gigi & mulut
Kesehatan gigi & mulutKesehatan gigi & mulut
Kesehatan gigi & mulut
 
Doktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptx
Doktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptxDoktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptx
Doktor muda ceramah sekolah rendah kkm.pptx
 
Buku Panduan Dokter Gigi cilik.docx
Buku Panduan Dokter Gigi cilik.docxBuku Panduan Dokter Gigi cilik.docx
Buku Panduan Dokter Gigi cilik.docx
 
Safety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulut
Safety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulutSafety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulut
Safety meeting penyuluhan kesehatan gigi mulut
 
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulutPenyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulut
 
materi dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptx
materi dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptxmateri dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptx
materi dokcil GIGI drg. Dian Sita R.pptx
 
Makalah penyakit gigi
Makalah penyakit gigiMakalah penyakit gigi
Makalah penyakit gigi
 
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulutPenyuluhan kesehatan-gigi-mulut
Penyuluhan kesehatan-gigi-mulut
 
Materi kesgilut 2018
Materi kesgilut 2018Materi kesgilut 2018
Materi kesgilut 2018
 
Makalah kebersihan gigi dan mulut
Makalah kebersihan gigi dan mulutMakalah kebersihan gigi dan mulut
Makalah kebersihan gigi dan mulut
 
Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan
 
Panduan bagi kader guru SD dalam UKGS
Panduan bagi kader  guru SD dalam UKGSPanduan bagi kader  guru SD dalam UKGS
Panduan bagi kader guru SD dalam UKGS
 
Preventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptx
Preventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptxPreventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptx
Preventip Dentistri Lansia-1 PDF.pptx
 
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3) Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
 
Pemeliharaan kes.gimul lansia
Pemeliharaan kes.gimul lansiaPemeliharaan kes.gimul lansia
Pemeliharaan kes.gimul lansia
 

Mehr von Syafiq Ali

Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)
Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)
Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)Syafiq Ali
 
Senyuman Manis Menawan Hati
Senyuman Manis Menawan HatiSenyuman Manis Menawan Hati
Senyuman Manis Menawan HatiSyafiq Ali
 
Taklimat ServQual
Taklimat ServQualTaklimat ServQual
Taklimat ServQualSyafiq Ali
 
Taklimat Pendaftaran OKU
Taklimat Pendaftaran OKUTaklimat Pendaftaran OKU
Taklimat Pendaftaran OKUSyafiq Ali
 
Oral Healthcare for Children with Special Needs
Oral Healthcare  for Children with Special NeedsOral Healthcare  for Children with Special Needs
Oral Healthcare for Children with Special NeedsSyafiq Ali
 
Management of People With Special Needs 2012
Management of People With Special Needs 2012Management of People With Special Needs 2012
Management of People With Special Needs 2012Syafiq Ali
 
Common Medical Problems in Special Needs People
Common Medical Problems in Special Needs PeopleCommon Medical Problems in Special Needs People
Common Medical Problems in Special Needs PeopleSyafiq Ali
 
An Introduction to Special Needs Dentisty
An Introduction to Special Needs DentistyAn Introduction to Special Needs Dentisty
An Introduction to Special Needs DentistySyafiq Ali
 
Pengurusan Sample MERS-COV
Pengurusan Sample MERS-COVPengurusan Sample MERS-COV
Pengurusan Sample MERS-COVSyafiq Ali
 
Paediatrics mers cov
Paediatrics mers covPaediatrics mers cov
Paediatrics mers covSyafiq Ali
 
Management MERS-COV 12 july 2013
Management MERS-COV 12 july 2013Management MERS-COV 12 july 2013
Management MERS-COV 12 july 2013Syafiq Ali
 
Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013
Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013
Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013Syafiq Ali
 
Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar
Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsarDr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar
Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsarSyafiq Ali
 
Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013
Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013
Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013Syafiq Ali
 
Slide Ceramah LNPT Jun 2013
Slide Ceramah LNPT Jun 2013Slide Ceramah LNPT Jun 2013
Slide Ceramah LNPT Jun 2013Syafiq Ali
 
Anomali Pergigian
Anomali PergigianAnomali Pergigian
Anomali PergigianSyafiq Ali
 
Bengkel kik hospital tapah
Bengkel kik hospital tapahBengkel kik hospital tapah
Bengkel kik hospital tapahSyafiq Ali
 
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Syafiq Ali
 

Mehr von Syafiq Ali (20)

Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)
Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)
Dentistry post pandemic Covid-19 (BM)
 
Senyuman Manis Menawan Hati
Senyuman Manis Menawan HatiSenyuman Manis Menawan Hati
Senyuman Manis Menawan Hati
 
Taklimat ServQual
Taklimat ServQualTaklimat ServQual
Taklimat ServQual
 
Taklimat Pendaftaran OKU
Taklimat Pendaftaran OKUTaklimat Pendaftaran OKU
Taklimat Pendaftaran OKU
 
Oral Healthcare for Children with Special Needs
Oral Healthcare  for Children with Special NeedsOral Healthcare  for Children with Special Needs
Oral Healthcare for Children with Special Needs
 
Management of People With Special Needs 2012
Management of People With Special Needs 2012Management of People With Special Needs 2012
Management of People With Special Needs 2012
 
Common Medical Problems in Special Needs People
Common Medical Problems in Special Needs PeopleCommon Medical Problems in Special Needs People
Common Medical Problems in Special Needs People
 
An Introduction to Special Needs Dentisty
An Introduction to Special Needs DentistyAn Introduction to Special Needs Dentisty
An Introduction to Special Needs Dentisty
 
Pengurusan Sample MERS-COV
Pengurusan Sample MERS-COVPengurusan Sample MERS-COV
Pengurusan Sample MERS-COV
 
Paediatrics mers cov
Paediatrics mers covPaediatrics mers cov
Paediatrics mers cov
 
Management MERS-COV 12 july 2013
Management MERS-COV 12 july 2013Management MERS-COV 12 july 2013
Management MERS-COV 12 july 2013
 
Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013
Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013
Dr chongck mers cov media briefing (pkp's slide) 5 july 2013
 
Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar
Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsarDr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar
Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar
 
Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013
Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013
Slaid Ceramah PPC/APC Jun 2013
 
Slide Ceramah LNPT Jun 2013
Slide Ceramah LNPT Jun 2013Slide Ceramah LNPT Jun 2013
Slide Ceramah LNPT Jun 2013
 
Anomali Pergigian
Anomali PergigianAnomali Pergigian
Anomali Pergigian
 
Manual KIK
Manual KIKManual KIK
Manual KIK
 
Nota kik 2013
Nota kik 2013Nota kik 2013
Nota kik 2013
 
Bengkel kik hospital tapah
Bengkel kik hospital tapahBengkel kik hospital tapah
Bengkel kik hospital tapah
 
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
 

Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

  • 1.
  • 2. PENGENALAN Ada 3 cara untuk mencapainya:  Amalkan cara hidup yang baik seperti pemakanan, penjagaan kebersihan dan kesihatan ( Emosi, mental dan fizikal- mulut & diri )  Gunakan perkhidmatan kesihatan mulut dengan bijak  Buat keputusan secara kolektif dan secara individu untuk meningkatkan kesihatan mulut dan persekitaran. Sedikit pengenalan pada gigi kita: Mengenali set gigi manusia serta peringkat pertumbuhan: Terdapat 2 set gigi iaitu – i) Set gigi susu (20 Batang) ii) set gigi kekal (32 batang) Gigi susu yang terawal muncul pada umur 6 bulan dan terakhir 24 bulan Gigi kekal yang terawal muncul pada umur 6 tahun dan terakhir pada 21 tahun Gigi kekal boleh dan perlu dikekalkan seumur hidup kerana kepentingan fungsinya. Skop Manual ini meliputi aspek-aspek : i) Fungsi gigi. ii) Penyakit pergigian dan masalahnya. ■ Plak gigi ■ Penyakit gusi ■ Trauma ■ Karies gigi ■ Barah mulut ■ Maloklusi iii) Amalan kebersihan diri dan mulut. ■ Gigi dan mulut ■ Telinga ■ Tangan ■ Rambut ■ Hidung ■ Kuku ■ Mata ■ Badan ■ Kaki iv) Pemakanan secara sihat. ■ Nikmati pelbagai jenis makanan ■ Pilih makanan yang banyak mengandungi bijirin dan kekacang ■ Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran ■ Pilih makanan yang mengandungi kurang garam ■ Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol ■ Imbangkan makanan yang di makan dengan aktiviti fizikal ■ Banyakkan minum air kosong ■ Makanlah makanan yang bersih dan selamat ■ Kurangkan pengambilan gula v) Amalan cara hidup sihat. ■ Jangan mula merokok ■ Mari bersenam ■ Kekalkan berat badan unggul ■ Terapkan kehidupan yang bermaruah dan sihat Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti. Penyakit mulut yang utama seperti karies gigi , penyakit gusi dan kanser mulut merupakan penyakit gaya hidup. Menjaga kesihatan mulut sebagai satu cara hidup sihat adalah jauh lebih baik daripada memulihkan kesihatan dengan merawat penyakit.
  • 3. KANDUNGAN CERAMAH 1) PENGENALAN Definisi Kesihatan : Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai keadaan fizikal, mental dan sosial yang tidak berpenyakit serta berada di dalam keadaan yang sejahtera. Definisi Kesihatan Pergigian : Aktiviti atau perlakuan memelihara kegigian, struktur-struktur penyokong gigi dan struktur mulut agar berada didalam keadaan yang membolehkannya berfungsi sebagai satu unit dengan baik dan tidak menjejaskan kualiti hidup individu. 2) FUNGSI GIGI Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti. Set gigi yang berfungsi adalah penting untuk:  Mengunyah makananan dengan sempurna bagi memudahkan penghadaman  Pertuturan yang jelas dan terang.  Menyerikan senyuman dan paras rupa. 3) PENYAKIT PERGIGIAN DAN MASALAHNYA Masalah pergigian yang biasa di Malaysia adalah karies gigi dan penyakit gusi. Menjaga kesihatan mulut sebagai satu cara hidup sihat adalah jauh lebih baik daripada memulihkan kesihatan dengan merawat penyakit.  Plak gigi - Merupakan punca utama kejadian karies gigi dan penyakit gusi. - Plak adalah campuran air liur, sisa makanan dan bakteria yang melekit di permukaan gigi. - Plak yang dibiarkan akan mengeras membentuk karang gigi (kalkulus).  Karies gigi - Plak yang mengandungi bakteria bertindak dengan gula dan akan menghasilkan asid. - Asid akan melemahkan gigi dan mengakibatkan gigi berlubang. Air liur ( bakteria ) + Sisa makanan = PLAK Plak ( bakteria ) + Makanan bergula = ASID Asid + gigi = KARIES GIGI
  • 4.  Penyakit gusi ( Gingivitis ) - Berpunca daripada kuman yang menghasilkan toksin. - Gusi menjadi merah , bengkak dan mudah berdarah. - Lama-kelamaan akibatnya gigi akan menjadi longgar dan perlu dicabut. - Kurangnya pengambilan Vitamin C serta berlakunya perubahan hormon terutama ketika remaja.  Barah mulut - Barah mulut adalah satu keadaan dimana sel-sel dari bahagian mulut tumbuh secara tidak teratur / luarbiasa dan tidak terkawal. - Penyakit malignant yang meliputi bibir , lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. - Barah mulut adalah ke enam tertinggi di dunia. Kadar pengidap lelaki dan perempuan adalah sama. - Di Malaysia merupakan barah kelima tertinggi semenjak 1967, 150 – 200 kes barah mulut dikesan setiap tahun. - Penyakit ini mudah dikesan tetapi kebiasaanya dikesan apabila sudah terlewat menyebabkan sering disalah tafsir sebagai penyakit bagi golongan pertengahan umur. - Berkait rapat dengan tabiat makan sirih, pinang, mengunyah tembakau, minum alkohol dan merokok. - Barah mulut seperti barah-barah yang lain memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap kualiti kehidupan individu kerana ianya menganggu fungsi seseorang untuk makan,bercakap, bernafas, menelan dan mengakibatkan kesakitan. - Tanda-tanda barah ialah perubahan warna tisu mukosa iaitu tompok merah dan putih, ulser yang tidak pulih dalam masa 2 minggu ( tidak merasa sakit dan mudah berdarah ), bengkak, sakit serta ada benjolan atau ketumbuhan, perubahan deria rasa, kebas dan pedih. - Barah mulut boleh dicegah dengan dengan amalan cara hidup sihat seperti: • Kurangkan / berhenti daripada tabiat berisiko seperti merokok, makan sirih dan pinang, minum alkohol dan sebagainya. • Berkumur selepas mengunyah sirih pinang. • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri. • Mendapatkan pemeriksaan mulut daripada anggota kesihatan pergigian secara berkala. • Dapatkan bantuan profesional seperti kaunseling untuk berhenti dari melakukan aktiviti berisiko. Plak ( bakteria ) + Sisa makanan = TOKSIN Toksin + Gusi = PENYAKIT GUSI
  • 5.  Kemalangan melibatkan mulut dan gigi (Trauma) - Biasanya ia terjadi di rumah, sekolah, padang permainan, jalanraya, pusat membeli-belah, stesyen bas, pusat rekreasi / riadah, panggung wayang, litar lumba, sungai, kolam renang dan sebagainya. - Antara kemalangan / kecederaan yang biasa terjadi ialah gigi patah, gigi tercabut dan kecederaan pada tisu mulut, kepala dan leher. - Antara aktiviti yang kerap terjadinya kemalangan / kecederaan seperti bersukan, berkenderaan, bermain, berenang, berbasikal, memanjat, berasak-asak, bergaduh, berjoging dan sebagainya. - Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan / kecederaan, gunalah alat pelindung mulut terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak serta pakailah pelindung kepala ( topi keledar ) ketika di jalanraya. - Sekiranya berlaku kemalangan, apa yang perlu kita lakukan ialah : • Gigi tercabut – bersihkan gigi yang tercabut dengan air lalu ( air paip ) dengan cermat dan lembut. Simpan gigi yang tercabut didalam bekas yang berisi susu segar atau air liur. Bawa pesakit ke klinik bersama gigi dengan secepat mungkin. • Gigi patah - dapatkan rawatan pergigian di klinik berhampiran dengan tampalan sewarna atau rawatan yang bersesuaian seperti rawatan akar atau ‘ Crown dan Bridge ’. Jika boleh, bawa bersama serpihan gigi yang patah. • Kecederaan pada tisu mulut - Hentikan pendarahan menggunakan kain yang bersih dan bawa segera ke klinik pergigian yang berdekatan / bahagian kecemasan ( hospital ).  Gigi tidak teratur ( maloklusi ) - Masalah ini merupakan satu keadaan gigi yang tidak teratur dari segi susunan atau gigitan seperti jongang dan gigi berlapis. - Ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti : • Bilangan gigi yang lebih atau kurang • Kehilangan gigi susu terlalu awal. • Keturunan ( saiz tulang rahang dan gigi ). • Tabiat menghisap jari dan menggigit pensel. - Keadaan ini mengakibatkan : • Gigi sukar diberus dengan berkesan. - makanan mudah melekat dan mengakibatkan karies. - Plak mudah terkumpul dan akibatnya masalah pergigian akan wujud. • Bermasalah untuk mengunyah dengan sempurna. • Penampilan diri terjejas.
  • 6. 4) AMALAN KEBERSIHAN DIRI DAN MULUT Amalan kebersihan diri dan mulut adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan kesihatan. Amalan ini merupakan benteng yang paling kuat untuk menghindari jangkitan penyakit. Sumber penyakit seperti bakteria dan virus mudah membiak dalam persekitaran atau badan yang kotor dan tidak terurus. Amalan kebersihan diri dan mulut haruslah diamalkan setiap masa di mana - mana sahaja.  Gigi dan mulut - Pemilihan berus gigi : • Pilih berus gigi yang lembut dan selesa digunakan . • Pilih saiz berus gigi yang lebih kecil jika sukar untuk memberus gigi belakang. • Beli berus gigi mengikut peringkat umur / keadaan pengguna dan penyakit ( tidak semestinya mahal ). - Penjagaan berus gigi : • Bersihkan berus gigi selepas digunakan dan simpan ditempat yang kering. • Berus gigi boleh digantung atau disimpan didalam bekas yang bersih dengan kepala berus menghala keatas. • Jika bulu berus gigi sudah kembang, ia perlu ditukar sekurang – kurangnya 3 bulan sekali. • Elakkan berkongsi berus gigi dan jangan simpan berus gigi ahli keluarga didalam satu bekas kerana cara ini boleh menyebarkan bakteria dari satu mulut ke satu mulut ahli keluarga melalui berus gigi . - Pemilihan dan penggunaan ubat gigi : • Pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida kerana ia berfungsi untuk menguatkan gigi. • Jangan guna ubat gigi secara berlebihan ( hanya 1/3 daripada permukaan berus gigi ). • Memberus gigi sekurang-kurangnya selama 3 minit bagi membolehkan fluorida meresap kedalam permukaan gigi. - Teknik pembersihan gigi yang betul : • Memberus gigi dengan cara yang betul iaitu jangan berus gigi terlalu kuat. Gigi akan haus dan jadi ngilu serta sensitif khususnya semasa minum air sejuk dan panas. • Lihat cermin ketika memberus gigi dan pastikan semua permukaan gigi diberus. • Pastikan memberus permukaan atas lidah kerana lidah memerangkap sisa- sisa makanan.
  • 7. - Penggunaan floss pergigian. • Rupanya seakan-akan benang / tali halus dan terdapat 2 jenis flos iaitu jenis berlilin dan tidak berlilin. • Ia sangat efektif untuk menyingkirkan plak di bahagian interproksimal gigi atau kawasan yang tidak boleh dibersihkan oleh berus gigi. - Berkumur. • Kumur mulut setiap kali selepas makan jika berada diluar rumah / sekolah. • Boleh juga menggunakan cecair kumuran yang disyorkan. ( jika perlu ) - Waktu memberus gigi : • Waktu yang digalakkan ialah setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. - Pemeriksaan pergigian : • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali. • Pemeriksaan awal dapat mengesan sebarang masalah pergigian di peringkat awal untuk rawatan yang berkesan. • Khidmat nasihat dan tunjukajar mengenai penjagaan kesihatan pergigian akan diberikan. - Rawatan pergigian : • Rawatan pergigian akan dijalankan sekiranya pesakit perlu mendapat rawatan pergigian. • Terdapat pelbagai rawatan disediakan diklinik pergigian seperti: i) Rawatan pencegahan - tunjuk ajar cara penjagaan kesihatan mulut, profilaksis dan pengapan fisur. ii)Rawatan tampalan - membuat tampalan pada gigi yang berkaries / berlubang. iii)Rawatan penskaleran - membuang karang gigi yang keras. iv)Rawatan cabutan - mengeluarkan gigi yang tidak dapat diselamatkan lagi. v) Rawatan gigi palsu - menggantikan gigi yang telah dicabut. vi)Rawatan orthodontik - menyusun semula gigi yang tidak teratur atau jongang. vii)Rawatan endodontik - rawatan salur akar pada gigi yang tercedera pulpanya dan tidak boleh ditampal dengan cara biasa. viii)Rawatan periodontik - merawat gusi yang bermasalah ix) Pembedahan mulut - kes kecederaan akibat kemalangan akan dirujuk kepada pakar pembedahan pergigian.
  • 8.  Rambut - Rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih dan kemas. - Rambut yang tidak dijaga akan menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak menarik, kemas dan sihat. - Kepala memerangkap debu, kotoran dan kuman yang ada diudara. Minyak dari kulit kepala membantu rambut memerangkap benda-benda itu. Ini menyebabkan rambut kotor, tidak sihat dan berkutu. - Jika berkutu, guna ubat kutu yang boleh diperolehi di klinik atau hospital berdekatan. - Kuman akan membiak dan mendatangkan penyakit kulit di kepala. - Rambut mestilah dicuci sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan menggunakan pencuci rambut ( syampu ). - Rambut terlalu berminyak mesti dicuci dengan lebih kerap atau sekurang- kurangnya tiga kali seminggu. - Semasa membilas rambut, gunakan air yang banyak supaya rambut benar- benar bersih. - Keringkan rambut dengan tuala yang bersih. - Rambut perlu disikat supaya ia kelihatan lebih kemas.  Mata - Mata hendaklah dibersihkan dengan air yang banyak. - Penyakit boleh berjangkit jika kita lalai atau membiarkan mata kita kotor. - Jangan menggosok mata dengan tangan atau tuala yang kotor apabila mata dimasuki sampah atau habuk. - Jika ada benda asing memasuki mata, hembus mata dan kerdipkan dalam air bersih. - Adakala remaja mengalami sakit mata, antara tanda-tandanya ialah : • Mata merah dan berair. • Pedih dan silau apabila terkena cahaya matahari. • Gatal dibahagian kelopak mata. • Banyak tahi mata. - Rawatannya ialah : • Bersihkan kelopak mata dengan menekan kapas dan air suam. • Elakkan dari melihat cahaya matahari atau cahaya terang. • Elakkan dari mendekati orang lain. • Pakai cermin mata gelap dan dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
  • 9.  Telinga - Bersihkan telinga ketika mandi. - Basahkan sehelai tuala dan bersihkan telinga, cuping telinga dan bahagian belakang telinga. Dengan ini akan dapat menghilangkan debu dan kuman daripada telinga. - Jika telinga di masuki air, gunakan putik kapas yang bersih untuk mengeringkannya. Guna putik kapas baru bagi setiap telinga. - Adakala remaja mengalami telinga bernanah, antara tanda-tandanya ialah : • Telinga berasa sakit. • Keluar nanah atau lelehan dari dalam telinga. • Lelehan berbau busuk. • Demam. - Jika berlaku tanda-tanda telinga bernanah, segeralah keklinik atau hospital yang berhampiran.  Hidung - Udara masuk kedalam paru-paru melalui lubang hidung. - Apabila udara disedut melalui lubang hidung, habuk, kekotoran dan kuman akan terperangkap pada bulu hidung. - Oleh itu, hidung mestilah dibersihkan selalu untuk membuang habuk, kotoran dan kuman.  Badan - Kita harus mandi tiap-tiap hari supaya kotoran dan peluh dapat dibersihkan. - Jika amalan ini tidak diendahkan, kuman akan menghinggap pada badan kita dan membiak serta menyebabkan badan kita berbau busuk dan mudah mendapat penyakit kulit. - Mandi dengan air yang bersih dan gunakan sabun. - Gosok dengan berhati-hati keseluruh badan supaya semua daki dan kotoran dapat dibersihkan. - Selepas mandi, lap badan dengan tuala yang bersih. Jangan berkongsi tuala dengan orang lain. - Pakai pakaian yang bersih. Pakaian haruslah ditukar sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Pakaian yang kotor mudah dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan penyakit kulit.  Tangan - Amalan ini sangat penting bagi mencegah penyakit. - Tangan yang tidak dicuci membawa kuman-kuman yang menghinggap pada kulit, celah-celah jari dan dibawah kuku. - Dengan mencuci tangan menggunakan sabun, kita boleh menyekat penyakit seperti taun, demam kepialu, jangkitan cacing dan keracunan makanan dari merebak. - Kita mesti mencuci tangan pada masa-masa tertentu seperti berikut : • Sebelum dan selepas makan. • Sebelum menyedia dan menghidang makanan.
  • 10. - Bagi memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut : i) Sabunkan tangan secukupnya. ii)Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari. iii)Gosok setiap jari dan celah jari. iv)Gosok kuku di tapak tangan. v) Gosok di bahagian belakang kedua-dua tangan. vi)Basuh dengan air bersih secukupnya. vii)Keringkan tangan dengan kain bersih.  Kuku - Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh mengumpul kotoran dan menjadi tempat pembiakan kuman. - Penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor seperti jangkitan cacing, jangkitan kuku, penyakit kulit dan keracunan makanan. - Oleh itu, kuku mestilah dipotong supaya pendek dan bersih. - Gunakan pengetip kuku yang tajam untuk memotong kuku tangan dan kuku kaki. - Berhati-hati semasa memotong kuku untuk mengelakkan kecederaan pada jari.  Kaki - Kasut atau selipar hendaklah selalu dipakai apabila kita keluar dari rumah. - Kasut akan melindungi kaki dari luka atau cedera. Ia juga boleh melindungi dari jangkitan cacing kerawit yang masuk melalui kulit kaki. - Jika memakai sarung kaki, pastikan ia harus ditukar setiap hari dan dibasuh. 5) PEMAKANAN SECARA SIHAT Punca masalah kesihatan bukan dari makanan tetapi tabiat makan seseorang. Tubuh badan memerlukan pelbagai zat makanan untuk memelihara kesihatan. Bagi remaja, nutrien amat diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan.  Nikmati pelbagai jenis makanan. - Makanan memberi kita tenaga dan zat-zat lain yang diperlukan untuk pertumbuhan, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. - Tubuh memerlukan pelbagai jenis zat seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan fiber dari makanan. i) Karbohidrat - untuk memberi tenaga kepada tubuh. ii)Protein - untuk membina sel-sel dalam tubuh, pembentukan sel darah merah serta pertumbuhan gigi dan tulang. iii)Vitamin dan Mineral - untuk menjauhkan penyakit. iv)Serat - untuk melawaskan saluran najis. - untuk mencegah sembelit, penyakit usus dan buasir.
  • 11. - Pilihlah makanan harian daripada gabungan makanan berasaskan Piramid Makanan. - Aras 1 : • Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian - makan lebih banyak dari kumpulan ini. - Aras 2 : • Sayur-sayuran dan buah-buahan - makan banyak dari kumpulan ini. - Aras 3 : • Ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan hasil tenusu. - makan sederhana dari kumpulan ini. - Aras 4 : • Minyak, lemak, garam dan gula. - makan sedikit dari kumpulan ini.  Pilih makanan yang banyak mengandungi bijirin dan kekacang. - Sumber tenaga utama haruslah diambil berasaskan bijirin. - Kacang kering dan kekacang adalah sumber serat dan protein yang baik.  Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik. - Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu di makan pada setiap kali makan.  Pilih makanan yang mengandungi kurang garam. - Kurangkan makan makanan segera dan diproses. - Gunakan garam secara sederhana. - Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi banyak garam dan monosodium glutamat ( MSG ).  Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. - Kurangkan pengambilan makanan bergoreng. - Pilih makanan yang rendah lemak. - Pilih makanan yang rendah kolesterol.  Imbangkan makanan yang dimakan dengan aktiviti fizikal. - Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan kita. - Jika berlebihan berat badan, tingkatkan aktiviti fizikal dan kurangkan pengambilan makanan.  Banyakkan minum air kosong. - Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. - Kurangkan minum minuman manis dan berkarbonat.  Makanlah makanan yang bersih dan selamat. - Pilihlah makanan yang bersih dan selamat. - Makan hanya di premis yang bersih. - Amalkan cara penyediaan, penyimpanan dan penyajian makanan yang bersih.
  • 12.  Kurangkan pengambilan gula. - Pengambilan gula dalam makanan dan minuman yang berlebihan boleh mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan seperti karies gigi, kegemukan dan diabetis. - Kurangkan pengambilan gula di dalam minuman teh atau kopi. - Kurangkan makanan manis seperti kek, aiskrim, coklat, gula-gula, kuih- muih dan bijirin bersira. - Kurangkan pengambilan minuman manis dan bergas ( berkarbonat ). 6) AMALAN CARA HIDUP SIHAT Remaja sihat terdiri daripada remaja yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Remaja yang sihat mengamalkan gaya hidup yang sihat.  Jangan mula merokok. - Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. - Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser. - Merokok boleh mengakibatkan barah paru-paru, barah perut, barah pankreas, barah kolon, barah payu dara, barah serviks, penyakit salur darah, keguguran serta janin cacat dan sebagainya. - Merokok juga memberi kesan buruk kepada kesihatan pergigian seperti nafas berbau, gigi berwarna kuning, penyakit gusi, bibir menjadi hitam, kanser mulut, dan sebagainya. - Kesan merokok kepada remaja seperti : • Kelihatan selekeh dan tidak sopan. • Mendorong melakukan kegiatan yang tidak baik seperti menghidu gam, menagih dadah dan minum minuman yang memabukkan. • Dilabelkan sebagai remaja bermasalah dan nakal. • Mengidap pelbagai jenis penyakit. • Membazirkan wang. - Bilangan dan peratus perokok remaja di Malaysia bagi tahun 2000 : • Lelaki remaja berumur <18 tahun ( 0.52 juta ) • Wanita remaja berumur <18 tahun ( 0.14 juta ) - Laporan statistik di Malaysia bagi tahun 1998 : • 3.5 juta perokok -> berisiko kematian 3 kali ganda berbanding bukan perokok. • 11% dari 3,500,000 juta perokok adalah pelajar. • 45 – 50 remaja mula menghisap rokok setiap hari. • 350,000 remaja di bawah 20 tahun berisiko mati awal. • perokok remaja menghadapi risiko 50% akibat racun tembakau ->1/2 daripada mereka meninggal sebelum umur 50 tahun. • Semua penghisap dadah adalah perokok.
  • 13. - Terdapat beberapa faedah sekiranya remaja tidak merokok seperti : • Berketerampilan, segak, matang dan disegani. • Cemerlang dalam pelajaran. • Ceria dan mempunyai ramai kawan. • Sihat, cergas dan berstamina. • Gigi lebih putih. • Menjimatkan wang.  Mari bersenam. - Senaman amat penting dalam mengawal berat badan, membantu menghindar penyakit serta menyihatkan tubuh badan. - Remaja boleh melakukan apa jua senaman yang diminati umpamanya berjoging, berbasikal, bola sepak, badminton, bola keranjang, berjalan dengan cepat, berenang dan sebagainya. - Antara langkah berjaga-jaga sebelum dan semasa bersenam ialah : • Dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam jika remaja menghidap penyakit tertentu seperti asma, masalah jantung atau buah pinggang. • Selalu lakukan ‘warm-up’ dan ‘cool-down’ yang mencukupi sebelum dan selepas bersenam. • Pakailah kasut yang sesuai untuk bersenam. • Pakaian mestilah longgar dan selesa. • Jangan bersenam selepas makan. Tunggu sehingga 2 jam selepas makan. Ini kerana dalam tempoh 2 jam selepas makan utama, proses penghadaman masih berjalan. Darah diperlukan untuk tujuan penghadaman. Jika terusbersenam, darah terpaksa dibahagikan untuk proses penghadaman dan bersenam. Akibatnya remaja akan mengalami semput, sakit perut atau muntah. • Jangan bersenam di bawah cuaca terlalu panas. Panas yang keterlaluan boleh mengakibatkan remaja pitam atau tidak sedarkan diri. Bersenamlah semasa cuaca redup atau di tempat yang teduh. • Jangan lakukan senaman semasa tercedera atau demam. Jumpalah doktor dengan segera. • Lakukan senaman dengan penuh keseronokan. Dengan ini remaja akan berasa relaks dan puas. • Minum air dengan banyak selepas bersenam bagi menggantikan cecair badan yang hilang semasa bersenam.  Kekalkan berat badan unggul - Berat badan unggul amat penting untuk mengurangkan risiko beberapa penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetis, kegemukan dan sebagainya. - Berat badan yang unggul akan membuatkan seseorang remaja itu : • Berketerampilan, segak dan cantik. • Sihat, cergas dan bertenaga. • Aktif dan langsing.
  • 14. - Ukuran indeks jisim badan ( rujuk Lampiran A ). - Jika indeks jisim badan seseorang remaja berada lebih daripada tahap berat badan unggul, maka remaja ini boleh memilih cara mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat digabung dengan senaman yang teratur. - Amalan pemakanan yang disarankan untuk remaja yang berlebihan berat badan ialah : • Makan makanan berdasarkan piramid makanan. • Lebihkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. • Kurangkan makanan yang berlemak, bergoreng dan berkalori tinggi. • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan seperti minuman berkarbonat, kordial, kek, gula-gula, jem, ais krim dan sebagainya. • Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan daripada makan snek di antara masa makan. - Amalan senaman yang disarankan untuk remaja yang berlebihan berat badan ialah : • Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Contoh senaman ialah berjalan laju, joging, berbasikal, senamrobik atau bermain badminton. • Mulakan senaman secara perlahan mengikut keupayaan diri dan jika seseorang itu mengalami sesak nafas semasa bersenam bermakna dia telah melakukan senaman melebihi had keupayaan. • Bersenamlah sekurang-kurangnya selama 15 hingga 20 minit.  Terapkan kehidupan yang bermaruah dan sihat. - Remaja mungkin menghadapi tekanan untuk memilih antara peraturan ibu bapa dengan kemahuan sendiri. Oleh itu jadilah remaja bermaruah serta menerapkan gaya hidup sihat. Amalan ini boleh membantu remaja : • Hormatilah orang-orang yang lebih tua. • Hindari dari pengaruh rokok, dadah, arak, seks rambang ( yang boleh menjurus kepada jangkitan HIV/AIDS ). • Dekati diri dengan ajaran agama. • Pilih rakan sebaya yang berakhlak baik. • Menabung untuk masa depan. • Hormati dan sayangi diri serta tubuh badan sendiri. 7) PENUTUP Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu lengkapkan diri untuk menjadi pelapis generasi akan datang kerana remaja masa kini merupakan harapan negara. Remaja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial adalah prasyarat untuk mencapai matlamat wawasan 2020.