SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Isnin, 29 Jun 2009



PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN

Periodisasi latihan

Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa latihan dan
bahagian-bahagian kecil bertujuan untuk :-

a) Memudahkan penyediaan program latihan

b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat

c) Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking) yang betul dan tepat
semasa fasa pertandingan utama.

d) Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik

e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan dibahagikan kepada;

i. Fasa-fasa latihan

ii. Latihan mingguan

iii. Latihan harian

iv. Sessi latihan Fasa-fasa latihan

Fasa-fasa Latihan

Satu kalendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa
pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan kepada
sub fasa.

a) Fasa Persediaan

Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan program latihan yang
dijalankan.Kekurangan tumpuan pada fasa ini menjejaskan persediaan fasa-fasa berikutnya,
terutamanya fasa pertandingan. Fasa persediaan dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu:

i. Persediaan Umum

Memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek
daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlit menjalani latihan
pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan oleh sesuatu jenis sukan yang diceburi.

ii. Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensity latihan adalah sederhana
antara 40% hingga 70%.
iii. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara enam
hingga 14 minggu.

iv. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek, latihan jeda jarak
jauh dan latihan bebanan bagi adaptasi anatornical dan hipertropi otot dicadangkaii.

v. Ujian pra-kecergasan diperlukan

b) Persediaan Khusus

i. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen fizik, yang lebih dominan dalam
sesuatu sukan.

ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan seperti acara 5000
meter dalam olahraga, kayak jarak jauh dan renang jarak jauh, sementara intensiti latihan
ditingkatkan sehingga 90%.

iii. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80% bagi sukan-sukan yang
berasaskan kekuatan dan kelajuan, yakni sukan yang sistem tenaga anaerobik adalah lebih dominan
seperti bola sepak, hoki, bola baling serta acara-acara pecut dalam olahraga sementara intensiti
latihan boleh ditingkaikan sehingga 95%.

iv. Bergantung kepada masa yang diperunrukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga 10
minggu.

v. Bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan LSD, latihan
fart!ek, latihan jeda jarak jauh diteruskan disamping latihan bebanan yang memberi tumpuan
kepada daya tahan otot perlu diaplikasikan. Bagi sukan-sukan yang berasaskan kelajuan dan
kekuatan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan jeda jarak sederhana, latihan jeda jarak dekat,
latihan pecutan berulang, latihan litar dan latihan bebanan bagi meningkatkan kekuatan
dicadangkan.

Fasa Pertandingan

Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua sub fasa iaitu:-

a. Prapertandingan

i. Fasa ini memberikan penekanan khusus kepada komponen fizikal yang terdapat dalam sesuatu
sukan yang dilatih. Latihan bagi meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan dilakukan dalam
situasi permainan kecil atau melalui simulasi permainan.

ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan, sementara intensiti bergantung
kcpada keperluan sebenar sukan. Bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan
adalah sederhana antara 60% hingga 70%, sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan sehingga
100%.

iii. Selain daripada latihan khusus seperti dinyatakan, kaedah-kaedah seperti latihan pecutan
berulang, latihan jeda jarak dekat, latihan tekanan dan latihan pliometrik masih boleh diteruskan
bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan.
iv. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga
lapan minggu

v. Ujian pasca-kecergasan diperlukan.

b. Pertandingan

i. Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan
yang diceburi. 'Tapering off” ubahsuai isipadu dan intensiti lazimnya penurunan isipadu dan intensiti
amat diperlukan pada fasa ini bagi memastikan atlit berada pada prestasi puncak terutamanya pada
hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau
melalui ujiai masa/jarak/ketinggian.

ii. Bagi semua sukan isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-kurangnya sama dengan keperluan
sebenar sukan tersebut.

iii. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk mengekalkan daya tahan otot bagi sukan
berasaskan daya tahan dan latihan bebanan untuk pengekalan kuasa bagi sukan berasaskan kelajuan
dan kekuatan boleh diteruskan.

iv. Jangkamasa fasa ini bergantung kepada format pertandingan.

c. Fasa Transisi

i. Mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10 minggu bertujuan untuk pemulihan fisiologi dan
psikologi seperti rawatan kecederaan da mengatasi kebosanan. Namun, jangka masa fasa ini masih
bergantung kepada format pertandingan.

ii. Rehat aktif adalah amat digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan pcnurunan kecergasan fizikal
yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal perlu dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga
60° kemampuan maksimum.

iii. Bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program seterusnya merancang sesi
latihan yang akan datang.

Persediaan untuk pertandingan

Perancangan yang sistematik dan saintifik dapat membantu atlit bersedia dari aspek fizikal.mental,
teknikal dan taktikal. Secara umum, program latihan disediakan oleh jurulatih untuk
memperkembangkan dan meningkatkan potensi dan prestasi atlit ke tahap optimum. Komponen-
komponen ini adalah satu keperluan dalam program latihan kerana komponen ini saling berkait
antara satu sama lain.

i. Persediaan Fizikal

Aspek yang penting dalam sesuatu program latihan bertujuan untuk meningkatkan potensi atlit serta
memperkembangkan keupayaan biomotor atlit ke tahap optimum.

ii. Persediaan Teknikal
Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran

iii. Persediaan Taktikal

Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan. Penguasaan teknik yang
baik dapat menentukan kejayaan sesuatu perancangan atau strategi (taktikal).

iv. Persediaan Psikologi

Persediaan atlit dari segi psikologi melibatkan kemahiran seperti penetapan matlamat, mengawal
kebimbangan, motivasi, imageri dan simulasi.Persediaan mental atlit untuk pertandingan adalah
satu prosedur saintifik dan sistematik yang membolehkan atlit membawa bersamanya persediaan
fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi sesuatu pertandingan.

More Related Content

What's hot (20)

3 persediaan untuk pertandingan
3 persediaan untuk pertandingan3 persediaan untuk pertandingan
3 persediaan untuk pertandingan
 
Latihan Litar
Latihan LitarLatihan Litar
Latihan Litar
 
2 pemboleh ubah periodisasi
2 pemboleh ubah periodisasi2 pemboleh ubah periodisasi
2 pemboleh ubah periodisasi
 
Kertas kerja 4x200 m
Kertas kerja 4x200 mKertas kerja 4x200 m
Kertas kerja 4x200 m
 
6 prinsip prinsip latihan
6 prinsip prinsip latihan6 prinsip prinsip latihan
6 prinsip prinsip latihan
 
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
Periodisasi
PeriodisasiPeriodisasi
Periodisasi
 
Prinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip LatihanPrinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip Latihan
 
3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Intensiti
IntensitiIntensiti
Intensiti
 
New Latihan Litar
New Latihan LitarNew Latihan Litar
New Latihan Litar
 
Latihan litar
Latihan litarLatihan litar
Latihan litar
 
Program eskul sma darma
Program eskul sma darmaProgram eskul sma darma
Program eskul sma darma
 
Qgj3053 prinsip latihan
Qgj3053 prinsip latihanQgj3053 prinsip latihan
Qgj3053 prinsip latihan
 
Persediaan fizikal
Persediaan fizikalPersediaan fizikal
Persediaan fizikal
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Jenis2 latihan
Jenis2 latihanJenis2 latihan
Jenis2 latihan
 
Prinsip-prinsip Latihan
Prinsip-prinsip LatihanPrinsip-prinsip Latihan
Prinsip-prinsip Latihan
 
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 

Similar to Program latihan sukan untuk pencapaian prestasi terbaik

7.8 PROGRAM LATIHAN.pdf
7.8 PROGRAM LATIHAN.pdf7.8 PROGRAM LATIHAN.pdf
7.8 PROGRAM LATIHAN.pdfDiana Jipmon
 
Periodization-1 whatistraining(BM).pdf
Periodization-1 whatistraining(BM).pdfPeriodization-1 whatistraining(BM).pdf
Periodization-1 whatistraining(BM).pdfDarwisChinAbdullah
 
Dr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdf
Dr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdfDr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdf
Dr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdfMuhammadJulistiaDina
 
perencanaan-program-latihan-sepakbola.pptx
perencanaan-program-latihan-sepakbola.pptxperencanaan-program-latihan-sepakbola.pptx
perencanaan-program-latihan-sepakbola.pptxzain616758
 
Tugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikTugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikporja_b
 
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01Mohd Rowa
 
TATAP TAHAP LATIHAN.pptx
TATAP TAHAP LATIHAN.pptxTATAP TAHAP LATIHAN.pptx
TATAP TAHAP LATIHAN.pptxYogaTama16
 
Rancangan tahunan
Rancangan tahunanRancangan tahunan
Rancangan tahunanSaba Alias
 
Periodisasi adalahPERIODISASI.docx
Periodisasi adalahPERIODISASI.docxPeriodisasi adalahPERIODISASI.docx
Periodisasi adalahPERIODISASI.docxMOHDFAISALBINSOONMoe
 
General fitness training
General fitness trainingGeneral fitness training
General fitness trainingMohamadSofiudin
 
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptxSains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptxMano Jayaram
 
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02Janetthy Chai
 
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdfTEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdfdonisetyawan7
 
Latihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.pptLatihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.pptAmdiJenis
 
Kelesuan & pemulihan
Kelesuan & pemulihanKelesuan & pemulihan
Kelesuan & pemulihanSaba Alias
 
Prinsip latihan
Prinsip latihanPrinsip latihan
Prinsip latihanSaba Alias
 

Similar to Program latihan sukan untuk pencapaian prestasi terbaik (19)

7.8 PROGRAM LATIHAN.pdf
7.8 PROGRAM LATIHAN.pdf7.8 PROGRAM LATIHAN.pdf
7.8 PROGRAM LATIHAN.pdf
 
Periodization-1 whatistraining(BM).pdf
Periodization-1 whatistraining(BM).pdfPeriodization-1 whatistraining(BM).pdf
Periodization-1 whatistraining(BM).pdf
 
chegu abbas - Latihan fartlek
chegu abbas - Latihan fartlekchegu abbas - Latihan fartlek
chegu abbas - Latihan fartlek
 
Dr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdf
Dr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdfDr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdf
Dr. Johansyah Lubis, M.Pd ( Penyusunan Program Latihan ).pdf
 
perencanaan-program-latihan-sepakbola.pptx
perencanaan-program-latihan-sepakbola.pptxperencanaan-program-latihan-sepakbola.pptx
perencanaan-program-latihan-sepakbola.pptx
 
Tugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikTugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorik
 
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
 
TATAP TAHAP LATIHAN.pptx
TATAP TAHAP LATIHAN.pptxTATAP TAHAP LATIHAN.pptx
TATAP TAHAP LATIHAN.pptx
 
Rancangan tahunan
Rancangan tahunanRancangan tahunan
Rancangan tahunan
 
Periodisasi adalahPERIODISASI.docx
Periodisasi adalahPERIODISASI.docxPeriodisasi adalahPERIODISASI.docx
Periodisasi adalahPERIODISASI.docx
 
General fitness training
General fitness trainingGeneral fitness training
General fitness training
 
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptxSains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
 
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
 
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdfTEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
 
Latihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.pptLatihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.ppt
 
Kelesuan & pemulihan
Kelesuan & pemulihanKelesuan & pemulihan
Kelesuan & pemulihan
 
Prinsip latihan
Prinsip latihanPrinsip latihan
Prinsip latihan
 
chegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litarchegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litar
 
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdfBab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdf
 

Program latihan sukan untuk pencapaian prestasi terbaik

  • 1. Isnin, 29 Jun 2009 PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN Periodisasi latihan Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa latihan dan bahagian-bahagian kecil bertujuan untuk :- a) Memudahkan penyediaan program latihan b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat c) Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking) yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. d) Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan dibahagikan kepada; i. Fasa-fasa latihan ii. Latihan mingguan iii. Latihan harian iv. Sessi latihan Fasa-fasa latihan Fasa-fasa Latihan Satu kalendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan kepada sub fasa. a) Fasa Persediaan Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan program latihan yang dijalankan.Kekurangan tumpuan pada fasa ini menjejaskan persediaan fasa-fasa berikutnya, terutamanya fasa pertandingan. Fasa persediaan dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu: i. Persediaan Umum Memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlit menjalani latihan pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan oleh sesuatu jenis sukan yang diceburi. ii. Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensity latihan adalah sederhana antara 40% hingga 70%.
  • 2. iii. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara enam hingga 14 minggu. iv. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek, latihan jeda jarak jauh dan latihan bebanan bagi adaptasi anatornical dan hipertropi otot dicadangkaii. v. Ujian pra-kecergasan diperlukan b) Persediaan Khusus i. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen fizik, yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan seperti acara 5000 meter dalam olahraga, kayak jarak jauh dan renang jarak jauh, sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%. iii. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan, yakni sukan yang sistem tenaga anaerobik adalah lebih dominan seperti bola sepak, hoki, bola baling serta acara-acara pecut dalam olahraga sementara intensiti latihan boleh ditingkaikan sehingga 95%. iv. Bergantung kepada masa yang diperunrukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga 10 minggu. v. Bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan LSD, latihan fart!ek, latihan jeda jarak jauh diteruskan disamping latihan bebanan yang memberi tumpuan kepada daya tahan otot perlu diaplikasikan. Bagi sukan-sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan jeda jarak sederhana, latihan jeda jarak dekat, latihan pecutan berulang, latihan litar dan latihan bebanan bagi meningkatkan kekuatan dicadangkan. Fasa Pertandingan Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua sub fasa iaitu:- a. Prapertandingan i. Fasa ini memberikan penekanan khusus kepada komponen fizikal yang terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih. Latihan bagi meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan dilakukan dalam situasi permainan kecil atau melalui simulasi permainan. ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan, sementara intensiti bergantung kcpada keperluan sebenar sukan. Bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah sederhana antara 60% hingga 70%, sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan sehingga 100%. iii. Selain daripada latihan khusus seperti dinyatakan, kaedah-kaedah seperti latihan pecutan berulang, latihan jeda jarak dekat, latihan tekanan dan latihan pliometrik masih boleh diteruskan bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan.
  • 3. iv. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga lapan minggu v. Ujian pasca-kecergasan diperlukan. b. Pertandingan i. Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. 'Tapering off” ubahsuai isipadu dan intensiti lazimnya penurunan isipadu dan intensiti amat diperlukan pada fasa ini bagi memastikan atlit berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujiai masa/jarak/ketinggian. ii. Bagi semua sukan isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-kurangnya sama dengan keperluan sebenar sukan tersebut. iii. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk mengekalkan daya tahan otot bagi sukan berasaskan daya tahan dan latihan bebanan untuk pengekalan kuasa bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan. iv. Jangkamasa fasa ini bergantung kepada format pertandingan. c. Fasa Transisi i. Mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10 minggu bertujuan untuk pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan da mengatasi kebosanan. Namun, jangka masa fasa ini masih bergantung kepada format pertandingan. ii. Rehat aktif adalah amat digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan pcnurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal perlu dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60° kemampuan maksimum. iii. Bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program seterusnya merancang sesi latihan yang akan datang. Persediaan untuk pertandingan Perancangan yang sistematik dan saintifik dapat membantu atlit bersedia dari aspek fizikal.mental, teknikal dan taktikal. Secara umum, program latihan disediakan oleh jurulatih untuk memperkembangkan dan meningkatkan potensi dan prestasi atlit ke tahap optimum. Komponen- komponen ini adalah satu keperluan dalam program latihan kerana komponen ini saling berkait antara satu sama lain. i. Persediaan Fizikal Aspek yang penting dalam sesuatu program latihan bertujuan untuk meningkatkan potensi atlit serta memperkembangkan keupayaan biomotor atlit ke tahap optimum. ii. Persediaan Teknikal
  • 4. Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran iii. Persediaan Taktikal Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan. Penguasaan teknik yang baik dapat menentukan kejayaan sesuatu perancangan atau strategi (taktikal). iv. Persediaan Psikologi Persediaan atlit dari segi psikologi melibatkan kemahiran seperti penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri dan simulasi.Persediaan mental atlit untuk pertandingan adalah satu prosedur saintifik dan sistematik yang membolehkan atlit membawa bersamanya persediaan fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi sesuatu pertandingan.