SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

1. Pendahuluan



   Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (venakular) ke lingua franca ke

   bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di ruang sejarah

   Negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses pembinaan bangsa di dalam

   rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan. Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu

   merupakan bahasa pengantar sekolah rendah dan sekolah menengah melayu. Pada

   tahun 1970 pula dijadikan bahasa pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada

   tahun 1983 disempurnakan di peringkat universiti (IPTA).



          Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di

   persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa       menghadapi pelbagai

   cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini

   memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu

   dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa

   antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad

   ke 19 Masihi, apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini.

   Malahan    Bahasa Melayu telah      menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan

   antarabangsa. Kegemilangan Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila

   Bahasa Melayu dijadikan      bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat

   pemerintahan seluruh rantau berkenaan.




                                        [1]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

2.   CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU

     Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks memperkembangkan Bahasa Melayu

     terbahagi kepada lima perkara utama iaitu:



     2.1 Bidang Pendidikan

     Setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar

     Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, Bahasa Melayu telah

     menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta

     IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris

     sebagai   bahasa   pengantar   .Sehubungan    itu,pengiftirafan    Institusi   Pendidikan

     Swasta(IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat

     melalui Seksyen 16 Akta 1996.Oleh sebab IPS merupakan sebagian daripada sistem

     pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa

     penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis

     kebangsaan atau memohon kecualian mengikut Seksyen 17 Akta uberkenaan.Dengan

     perkataan lain IPS mempunyai kebebasan seluas- luasnya dalam menentukan

     penggunaan bahasa penghantar.Kelonggaran inilah yang              merendahkan martabat

     Bahasa Melayu sekaligus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar

     pendidikan kebangsaan.



     Pada tahun 2003 pula, penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan

     Sains di dalam semua peringkat.Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan

     pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki



                                           [2]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

kelemahan atau ,meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.Langkah ini bukan

sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan, penguasaan Bahasa

Inggeris pelajar . Malah dikuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-

dua matapelajaran itu.Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan

mata-mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam

bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan pada waktu yang sama murid

dan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam Bahasa Inggeris.

Dalam hubungan dengan nasib dan masa depan Bahasa Melayu yang diberi fungsi

sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu pengurangan peranan-

peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan

melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung

pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada

fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang

kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang

ilmu,pemikiran,teknologi,ekonomi,undang-undang dan sebagainya.




2.2 Bidang Teknologi Maklumat(ICT)



 Pada masa kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah

mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat.

Kita sedia maklum, bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa dominant bagi bahasa

teknologi maklumat. Oleh yang demikian , penekanan terhadap ict pada era globalisasi



                                     [3]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan

tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa

Inggeris mengiringi kelahiran pertama internat dunia di Amerika Syarikat.Cabaran

kepada bahasa melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh

memperkembangkannya menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber ekonomi, bahasa

sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk

membuka pintu gerbang ilmu,mencari mutiara maklumat dan menaiki mahligai

pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa kemodenan , sekaligus

peningkatan taraf hidup.



2.3 Bidang Media Masa dan Eletronik



Kebelakangan ini, beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan

penggunaan bahasa Melayu di mana pengaruh media elektronik telah merosakkan

penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan

sebagainya. Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada kerosakan

penggunaan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat iaitu

penggunaan telefon bimbit.Untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada

rakan-rakan mereka . Mereka menggunakan bahasa ringkas. Menurut Prof. Dr Hashim

Hj.Musa kerosakan Bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut

peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan

sebagainya.




                                      [4]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

Suatu masa dulu kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premis

perniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis peniagaan

mereka.Kita juga pernah melancarkan operasi kesalahan ejaan dan tatabahasa pada

papan tanda premis perniagaan,lebuhraya dan sebagainya dan mencadangkan ditukar

kesalahan tersebut.



2.4 Bidang Sosial



Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa

ibunda . Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam

diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan

terkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak

mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim

dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan

bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang

oleh penuturnya.Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa

inggeris yang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau

digugat.Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia

mereka yang amat tebal terhadap bahasa inggeri menggugat bahasa melayu sebagai

bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Faktor lain

yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia

timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa melayu untuk menjadi

bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim Musa: 1996)



                                    [5]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101




2.5 Bidang Politik



Apa sudah terjadi kepada bahasa Melayu ?Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai

tinggi kerajaan , ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran

televisyen , mesyuarat, hatta sesame mereka di mana-mana pun.Pada masa kepimpinan

mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Hussain Onn apa lagi Tun Abdul Razak dan

Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi . Jarang sekali kita

mendengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris.Para cendikiawan Melayu (lebih

50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres

iaitu Kongres Bahasa dan pendidikan Melayu,Kongres Agenda Melayu. Kongres

Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu,

akan tetapi terdapat di antara kongres itu hanya dua hari setelah resolusi yang

dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet.




3.PENDEKATAN         MEMARTABATKAN             DAN     MEMANTAPKAN           BAHASA

MELAYU PADA MASA HADAPAN.



Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu

,DBP haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu

di luar Negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat

dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah



                                      [6]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek

pengajaran dan pembelajaran      bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama

antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/ Asia

Tenggara.



Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu di

Benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di

peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan , penyelidikan,

penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan

Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif. DBP menjadikan bahasa

Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun

2020 bukanlah satu yang mustahil . Kita memerlukan keazaman yang tinggi daripada

pemimpin pentadbiran negara.



Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan

tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain,kini menggalas satu lagi peranan

baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa ini.Justeru, guru perlu kratif dan

inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluan

pelajar, dalam ,masa yang sama guru juga bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa

kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa

Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan keyakinan terhadap bahasa

Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam

kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan



                                     [7]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati

oleh para pelajar. Dengan itu,bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran

dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembejaran bahasa melayu

kursusnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang

terbaik dan menggunakan bahasa Melayu yang standard.Keadaan ini memerlukan guru

menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks ini guru perlu mendalami

ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa.Dengan

pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,para guru bahasa Melayu

akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan

yang memerlukan bantuan.Justeru,dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajib

dan guru bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk

mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu

ke peringkat yang lebih tinggi.



Berdasarkan pelbagai Akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,jelaslah bahawa dalam

memartabatkan bahasa Melayu telah diletakkan ditahap yang tinggi sesuai dengan

kedudukannya sebagai bahasa rasmi.Tetapi martabat bahasa Melayu kelihatan terhakis

dengan wujudnya Akta Pendidikan 1996.Peruntukan dalam Akta berkenaan jelas

menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dikesampingkan. Dalam hal ini, Abdullah

Ayob(1998)Pro.Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM)menyatakan bahawa

para siswa tempatan perlu mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana



                                     [8]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapara banyak

tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.Abdullah menyatakan langkah ini perlu bagi

memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selama-

lamanya.Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng dan

menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS sperti yang dilakukan

sebelum ini.IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata

untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil

tempat.Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan selama ini telah banyak

membawa kemajuan kepada pembanggunan negara dan dapat menerapkan perpaduan

dikalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada

kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Di samping

itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda .

sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebail dalam diri

penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur.

Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak

mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim

dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan

bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang



Sesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin maju, maka keperluan dalam

penggunaan teknologi maklumat semakin tinggi. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu

perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai



                                    [9]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini,

benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologi

maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap dan

pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan

teknologi maklumat, sebaliknya patut bersepadu dengannya. Dengan cara ini, bahasa

Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat pelbagai

bidang dalam dunia serba teknikal ini.Untuk menghadapi cabaran baru dalam era

teknologi maklumat dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi

bahasa sumber ilmu,bahasa sumber pemodenan,bahasa sumber maklumat,bahasa

sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi,lebih-lebih lagi bahasa sumber

kewangan.Untuk berbuat demikian,lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam

teknologi maklumat perlu dihasilkan.Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya

lebih banyak pengarang, penyelidik , guru , penerbit dan institusi penyelidikan.Selain

itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak

generasi muda yang membesar di hadapan komputer internet, pangkalan data dan

portal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasa

kebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka,Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.Dengan

kata lain,semua pencinta dan penjuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara

aktif.



Cabaran Bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satu

cabaran yang amat besar. Oleh yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin



                                     [10]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa bangga

dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa

kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak

menggunakan bahasa Inggeris. Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugat

oleh bahasa Inggeris.



Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu dan

memperluaskan penggunaannya ialah dengan memperkenalkannya pada peringkat

antarabangsa. Ia selaras dengan usaha dilakukan negara Eropah dan Asia dengan

menggunakan bahasa rasmi tuan rumah        pada persidangan yang dianjurkan tanpa

menjejaskan kelancaran majlis berkenaan. Sidang dianjurkan itu tetap berjalan seperti

biasa tanpa sebarang masalah kerana wakil negara asing boleh menggunakan alat

bantuan penterjemahan bagi mendengar mesej disampaikan negara tuan rumah. Malah

terdapat juga ucapan dasar pemimpin negara tertentu pada Perhimpunan Agung

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang        disampaikan menggunakan bahasa

kebangsaan mereka, dan ia berlangsung dengan lancar tanpa mendapatkan bantahan

atau menjejaskan perjalanan forum antarabangsa itu. Menyedari hakikat itu, cadangan

yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa

acara peringkat antarabangsa dianjurkan di Malaysia mungkin dikendalikan

menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bukan sesuatu yang janggal, malah ia selari

dengan amalan negara lain sama ada di rantau ini mahupun rantau lain. Malah Presiden

Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, menyampaikan ucapan dasar pada Sidang




                                    [11]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam bahasa Indonesia tanpa sebarang

masalah walaupun dihadiri pemimpin pelbagai negara.



Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang digunakan di negara ini adalah antara

bahasa yang difahami oleh sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara atau ASEAN

termasuk Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa negara serantau

ini.Seperti negara lain,pelaksanaannya dijangka tidak mendatangkan masalah besar

dengan syarat kemudahan dan keperluan logistik disediakan. Ini termasuk menyediakan

penterjemah yang berkemahiran tinggi dalam bahasa asing yang sering digunakan pada

peringkat antarabangsa meliputi bahasa Inggeris, Perancis,Arab,China, India dan

Sepanyol.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majmuk bahasa Melayu adalah

bahasa kebangsaan yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi dan sudah semestinya

ia mampu menjadi bahasa pengantara rasmi pada majlis kerajaan dan swasta.Kita

berharap cadangan yang dikemukan Muhyiddin Yassin akan mula dilaksanakan olek

Kementerian dan jabatan kerajaan serta agensi di bawahnya dengan segera agar

menjadi contoh kepada sektor swasta ketika menganjurkan seminar,persidangan dan

mesyuarat sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Selaras dengan itu,

adalah wajar menteri dan pegawai tinggi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa

kebangsaan pada siding media dan majlis rasmi yang dihadiri mereka bagi menyokong

usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.



Cabaran Bahasa Melayu apabila berdepan dengan teknologi maklumat ™, internet,

ruang siber dan globalisasi dan liberalisasi ialah pendulum di seluruh dunia telah



                                    [12]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

berayun-ayun ke arah mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasa

dunia. Jawapannya ialah terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan

kekretivitian kita menggunakan bahasa Melayu.,yang sudah mempunyai kekuatan dan

status bahasa ke empat besarnya di dunia.



Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat asasi yang membolehkannya

dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat ini bukan penganugerahan daripada kuasa

Tuhan,tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi ,politik

dan lain-lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbukti

pada peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadi

bahasa perdagangan dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang

bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua

rakyat bertekad untuk memperkembangannya dalam menghadapi arus globalisasi dan

liberalisasi.



Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalam

memartabatkan dan memantapkan bahasa Melayu diperingkat yang lebih tinggi

.Antaranya:

        1.Pertama Jemaah Menteri para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih

        kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan

        mesyuarat-mesyuarat rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa

        menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan.



                                     [13]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

2.Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasa

kebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam

menjayakan gagasan 1 Malaysia.



3.Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong

usaha memartabatkan bahasa Melayu kursusnya oleh pihak swasta yang masih

jauh ke belakang dalam usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan.Malah

Jemaah Menteri menyarankan supaya para pemimpin berani menggunakan

bahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum-forum dan

konvensyen.



4.Kabinet mengambil perhatian bahawa walaupun terdapat beberapa kerat

sahaja warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalam

negeri   pengucap   langsung    memilih    berucap   dalam   bahasa   Inggeris

mengetepikan sahaja bahasa Melayu.



5.Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dihjadikan sebagai

saluran perpaduan dan komunikasi agar Gagasan 1 Malaysia lebih mudah

dijayakan bersama oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia.



6.Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan

Komunikasi dan Kebudayaan diarah supaya mengusul semua isu yang




                               [14]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

            dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina

            Negara Bangsa ini dapat dijayakan sepenuhnya.



4.   KESIMPULAN/PENUTUP

     Masa depan dan survival Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap

     bangga dan komitmen kita untuk memperjuangkannya.Penggunaan Bahasa Melayu

     dalam konteks pengajian tinggi adalah penting selaras dengan hasrat       kita untuk

     menjadi dan mengekalkannya sebagai bahasa ilmu tinggi yang setanding dengan

     bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai

     bahasa ilmu ini akan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi merentasi

     pelbagai bidang dalam IPT. Ia penting agar penggunaan Bahasa Melayu Tinggi tidak

     hanya dimonopoli oleh mereka yang berada dalam bidang Bahasa Melayu dan

     kesusasteraan Melayu sahaja,tetapi meliputi bidang- bidang lain termasuk sains tulen.

     Ini pastinya akan memberikan perubahan dan impak yang besar terhadap kedudukan

     Bahasa Melayu itu sendiri sebagai ilmu yang berwibawa.



     Akademik Pengajian Melayu dan resolusi Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dunia

     pada 2009 di Johor Bahru, anjuran Akademi Pengajian Melayu , Fakulti Bahasa

     UPSI,DBP dan Yayasan Warisan Johor, yang mencadangkan satu secretariat atau

     jawatankuasa kebangsaan bersama mengantarabangsa BM di dunia. APM kini

     memfokuskan pengantarabangsaan BM di China dan Thailand. Adalah difahamkan

     bahawa terdapat 160 Pusat Pengajian Melayu dan Indonesia di dunia. APM tidak

     mampu untuk merealisasikan usaha ini secara sendirian . USM sudah ada hubungan



                                         [15]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

yang mantap dengan universiti-universiti di German, dan secara bersama dapat

diperluaskan keseluruhan Eropah, Rusia, dan lain-lain wilayah. SPESBAM juga perlu

bekerjasama dengan IPTA/IPTS di Indonesia dan Brunei untuk memperluaskan

peranan BM sebagai bahasa antarabangsa.



Bertitik tolak daripada dapatan Kajian Penggunaan Bahasa di IPTA itu. Kementerian

telah mengambil daya usaha menyediakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa

Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT yang akan disaksikan pelancarannya tidak lama

lagi. Untuk makluman semua, pelan tindakan ini mempunyai EMPAT STRATEGI

iaitu Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Pembelajaran dan Pengajaran,Mengukuhkan

Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan penerbitan, Meningkatkan Pengiktirafan

Akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai Disiplin ilmu dan Meningkatkan

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.



Berasaskan empat strategi yang dikenal pasti itu, KPT telah menyenaraikan 25 inisiatif

strategik bagi IPT menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan. Ia termasuklah

meningkatkan usaha menambah bilangan artikel berindeks dalam Bahasa Melayu dan

menambah bilangan penerbitan buku akademik dalam Bahasa Melayu. Selain itu, satu

lagi pendekatan penting yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan

‘jurnal tempatan’ berbahasa Melayu berkualiti sehingga dapat diindekskan dalam

Scopus dan ISI. Jika misalnya kita boleh menetapkan 100 buah jurnal tempatan dalam

pelbagai bidang ilmu diindekskan melalui Scopus dan 50         buah pula dalam ISI




                                     [16]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

    menjelang tahun 2015, kita sebenarnya telah membuktikan bahawa kita serius untuk

    memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan diiktiraf global.



    Selain memperkukuhkan Bahasa Melayu dalam konteks Pembelajaran dan Pengajaran

    serta Penyelidikan,Pelan Tindakan ini juga mengambil kira soal pengiktirafan,

    pembangunan dan kemajuan karier ahli-ahli akademik. Antara lain Pelan Tindakan ini

    mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu

    sebagai kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat, mewujudkan anugerah kepada ahli

    akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa

    Melayu dan menambah kategori anugerah baharu iaitu Anugerah Penterjemah Karya

    Ilmu dalam Bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah

    Akademik Negara (AAN) pada masa akan datang.

    Beberapa langkah dan strategi yang akan kita laksanakan ke arah memartabatkan

    Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi ialah :

    -Pertama, mewajibkan semua kursus wajib universiti dikendalikan Tamadunan dalam

    Bahasa Melayu seperti Kursus Kenegaraan Malaysia,Tamadun Islam dan Tamadun

    Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain-lain;

-   Kedua, meletakkan sasaran 30% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu

    bagi gugusan sains pada 2020. Dalam tempoh yang sama juga, kementerian juga

    meletakkan sasaran 70% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi

    gugusan sains social dan kemanusiaan;

    Ketiga, mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa mengambil Kursus Bahasa Melayu

    Komunikasi;



                                         [17]
[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

Keempat,menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris atau

bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu melalui Unit Terjemahan yang ditubuhkan pada

setiap IPT dan

Kelima,mengenai pasti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) ,Universiti

Kebangsaan Malaysia sebagai focul point – yang bakal mewujudkan hubungan dengan

intitusi luar negara seperti jabatan-jabatan pengajian Melayu dalam usaha menentukan

strategi bagi memantapkan pengajian Bahasa Melayu.



Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan yang akan mempertahankannya

atau tidak adalah kehendak kita sendiri dalam usaha kita membina, tidak perlu ada

usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi sia-sia.Bahasa Melayu

perlu terus dipertahankan agar tidak pupus.Bahasa Melayu perlu terus dikembangkan

supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan bangsa kita.




                                     [18]

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Nas Hafizah Nasrullah
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanDemolish Wolf
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuayuakira
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083Inbmy
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 

Was ist angesagt? (20)

Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayu
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 

Andere mochten auch

CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmuCikgu Naza Zaza
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039NOR_IZA
 
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001N S
 
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayusyahmimi91
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sasteraAyah Ma
 
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa MelayuPowerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayucikgufatinaupsi
 
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...Norafsah Awang Kati
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusiaizzall
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaian1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaianskselatpulau
 

Andere mochten auch (20)

CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
 
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
 
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001
 
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sastera
 
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa MelayuPowerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
 
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
Strategi Pembelajaran Inkuiri
Strategi Pembelajaran InkuiriStrategi Pembelajaran Inkuiri
Strategi Pembelajaran Inkuiri
 
Model Pembelajaran Inquiry
Model Pembelajaran InquiryModel Pembelajaran Inquiry
Model Pembelajaran Inquiry
 
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaian1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaian
 

Ähnlich wie MASA HADAPAN BAHASA MELAYU

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuKelvin WC
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Muhammad Amirul
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraYahya Othman
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...Rozaiman Makmun
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOzaidinajihah05
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiamidihanafi
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 

Ähnlich wie MASA HADAPAN BAHASA MELAYU (20)

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
 
Ucapan perasmian
Ucapan perasmianUcapan perasmian
Ucapan perasmian
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semulaPenggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCO
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 

Mehr von CIKGU NAZARINANAWAWI

Mehr von CIKGU NAZARINANAWAWI (11)

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
Kajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANUKajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANU
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012
 
Edward De Bono
 Edward De Bono Edward De Bono
Edward De Bono
 

MASA HADAPAN BAHASA MELAYU

  • 1. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 1. Pendahuluan Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (venakular) ke lingua franca ke bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di ruang sejarah Negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses pembinaan bangsa di dalam rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan. Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar sekolah rendah dan sekolah menengah melayu. Pada tahun 1970 pula dijadikan bahasa pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada tahun 1983 disempurnakan di peringkat universiti (IPTA). Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad ke 19 Masihi, apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini. Malahan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan antarabangsa. Kegemilangan Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan. [1]
  • 2. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 2. CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks memperkembangkan Bahasa Melayu terbahagi kepada lima perkara utama iaitu: 2.1 Bidang Pendidikan Setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar .Sehubungan itu,pengiftirafan Institusi Pendidikan Swasta(IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996.Oleh sebab IPS merupakan sebagian daripada sistem pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut Seksyen 17 Akta uberkenaan.Dengan perkataan lain IPS mempunyai kebebasan seluas- luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar.Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat Bahasa Melayu sekaligus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan. Pada tahun 2003 pula, penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di dalam semua peringkat.Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki [2]
  • 3. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 kelemahan atau ,meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.Langkah ini bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan, penguasaan Bahasa Inggeris pelajar . Malah dikuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua- dua matapelajaran itu.Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan pada waktu yang sama murid dan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam Bahasa Inggeris. Dalam hubungan dengan nasib dan masa depan Bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu pengurangan peranan- peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu,pemikiran,teknologi,ekonomi,undang-undang dan sebagainya. 2.2 Bidang Teknologi Maklumat(ICT) Pada masa kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Kita sedia maklum, bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa dominant bagi bahasa teknologi maklumat. Oleh yang demikian , penekanan terhadap ict pada era globalisasi [3]
  • 4. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internat dunia di Amerika Syarikat.Cabaran kepada bahasa melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangkannya menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber ekonomi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu,mencari mutiara maklumat dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa kemodenan , sekaligus peningkatan taraf hidup. 2.3 Bidang Media Masa dan Eletronik Kebelakangan ini, beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu di mana pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada kerosakan penggunaan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat iaitu penggunaan telefon bimbit.Untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada rakan-rakan mereka . Mereka menggunakan bahasa ringkas. Menurut Prof. Dr Hashim Hj.Musa kerosakan Bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya. [4]
  • 5. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 Suatu masa dulu kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premis perniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis peniagaan mereka.Kita juga pernah melancarkan operasi kesalahan ejaan dan tatabahasa pada papan tanda premis perniagaan,lebuhraya dan sebagainya dan mencadangkan ditukar kesalahan tersebut. 2.4 Bidang Sosial Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda . Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya.Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa inggeris yang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat.Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa inggeri menggugat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim Musa: 1996) [5]
  • 6. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 2.5 Bidang Politik Apa sudah terjadi kepada bahasa Melayu ?Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan , ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran televisyen , mesyuarat, hatta sesame mereka di mana-mana pun.Pada masa kepimpinan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Hussain Onn apa lagi Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi . Jarang sekali kita mendengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris.Para cendikiawan Melayu (lebih 50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres iaitu Kongres Bahasa dan pendidikan Melayu,Kongres Agenda Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu, akan tetapi terdapat di antara kongres itu hanya dua hari setelah resolusi yang dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet. 3.PENDEKATAN MEMARTABATKAN DAN MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU PADA MASA HADAPAN. Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu ,DBP haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar Negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah [6]
  • 7. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/ Asia Tenggara. Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu di Benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan , penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif. DBP menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah satu yang mustahil . Kita memerlukan keazaman yang tinggi daripada pemimpin pentadbiran negara. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain,kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa ini.Justeru, guru perlu kratif dan inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar, dalam ,masa yang sama guru juga bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan [7]
  • 8. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu,bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembejaran bahasa melayu kursusnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan bahasa Melayu yang standard.Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa.Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,para guru bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.Justeru,dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajib dan guru bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Berdasarkan pelbagai Akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,jelaslah bahawa dalam memartabatkan bahasa Melayu telah diletakkan ditahap yang tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi.Tetapi martabat bahasa Melayu kelihatan terhakis dengan wujudnya Akta Pendidikan 1996.Peruntukan dalam Akta berkenaan jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dikesampingkan. Dalam hal ini, Abdullah Ayob(1998)Pro.Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM)menyatakan bahawa para siswa tempatan perlu mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana [8]
  • 9. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapara banyak tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.Abdullah menyatakan langkah ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selama- lamanya.Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS sperti yang dilakukan sebelum ini.IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil tempat.Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan selama ini telah banyak membawa kemajuan kepada pembanggunan negara dan dapat menerapkan perpaduan dikalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda . sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebail dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang Sesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin maju, maka keperluan dalam penggunaan teknologi maklumat semakin tinggi. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai [9]
  • 10. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya patut bersepadu dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.Untuk menghadapi cabaran baru dalam era teknologi maklumat dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber pemodenan,bahasa sumber maklumat,bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi,lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan.Untuk berbuat demikian,lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu dihasilkan.Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih banyak pengarang, penyelidik , guru , penerbit dan institusi penyelidikan.Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di hadapan komputer internet, pangkalan data dan portal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.Dengan kata lain,semua pencinta dan penjuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif. Cabaran Bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satu cabaran yang amat besar. Oleh yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin [10]
  • 11. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris. Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperluaskan penggunaannya ialah dengan memperkenalkannya pada peringkat antarabangsa. Ia selaras dengan usaha dilakukan negara Eropah dan Asia dengan menggunakan bahasa rasmi tuan rumah pada persidangan yang dianjurkan tanpa menjejaskan kelancaran majlis berkenaan. Sidang dianjurkan itu tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah kerana wakil negara asing boleh menggunakan alat bantuan penterjemahan bagi mendengar mesej disampaikan negara tuan rumah. Malah terdapat juga ucapan dasar pemimpin negara tertentu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang disampaikan menggunakan bahasa kebangsaan mereka, dan ia berlangsung dengan lancar tanpa mendapatkan bantahan atau menjejaskan perjalanan forum antarabangsa itu. Menyedari hakikat itu, cadangan yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa acara peringkat antarabangsa dianjurkan di Malaysia mungkin dikendalikan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bukan sesuatu yang janggal, malah ia selari dengan amalan negara lain sama ada di rantau ini mahupun rantau lain. Malah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, menyampaikan ucapan dasar pada Sidang [11]
  • 12. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam bahasa Indonesia tanpa sebarang masalah walaupun dihadiri pemimpin pelbagai negara. Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang digunakan di negara ini adalah antara bahasa yang difahami oleh sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara atau ASEAN termasuk Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa negara serantau ini.Seperti negara lain,pelaksanaannya dijangka tidak mendatangkan masalah besar dengan syarat kemudahan dan keperluan logistik disediakan. Ini termasuk menyediakan penterjemah yang berkemahiran tinggi dalam bahasa asing yang sering digunakan pada peringkat antarabangsa meliputi bahasa Inggeris, Perancis,Arab,China, India dan Sepanyol.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majmuk bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi dan sudah semestinya ia mampu menjadi bahasa pengantara rasmi pada majlis kerajaan dan swasta.Kita berharap cadangan yang dikemukan Muhyiddin Yassin akan mula dilaksanakan olek Kementerian dan jabatan kerajaan serta agensi di bawahnya dengan segera agar menjadi contoh kepada sektor swasta ketika menganjurkan seminar,persidangan dan mesyuarat sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Selaras dengan itu, adalah wajar menteri dan pegawai tinggi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan pada siding media dan majlis rasmi yang dihadiri mereka bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. Cabaran Bahasa Melayu apabila berdepan dengan teknologi maklumat ™, internet, ruang siber dan globalisasi dan liberalisasi ialah pendulum di seluruh dunia telah [12]
  • 13. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 berayun-ayun ke arah mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasa dunia. Jawapannya ialah terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekretivitian kita menggunakan bahasa Melayu.,yang sudah mempunyai kekuatan dan status bahasa ke empat besarnya di dunia. Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat ini bukan penganugerahan daripada kuasa Tuhan,tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi ,politik dan lain-lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perdagangan dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangannya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalam memartabatkan dan memantapkan bahasa Melayu diperingkat yang lebih tinggi .Antaranya: 1.Pertama Jemaah Menteri para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan. [13]
  • 14. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 2.Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia. 3.Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu kursusnya oleh pihak swasta yang masih jauh ke belakang dalam usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan.Malah Jemaah Menteri menyarankan supaya para pemimpin berani menggunakan bahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum-forum dan konvensyen. 4.Kabinet mengambil perhatian bahawa walaupun terdapat beberapa kerat sahaja warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalam negeri pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggeris mengetepikan sahaja bahasa Melayu. 5.Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dihjadikan sebagai saluran perpaduan dan komunikasi agar Gagasan 1 Malaysia lebih mudah dijayakan bersama oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia. 6.Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diarah supaya mengusul semua isu yang [14]
  • 15. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina Negara Bangsa ini dapat dijayakan sepenuhnya. 4. KESIMPULAN/PENUTUP Masa depan dan survival Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap bangga dan komitmen kita untuk memperjuangkannya.Penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks pengajian tinggi adalah penting selaras dengan hasrat kita untuk menjadi dan mengekalkannya sebagai bahasa ilmu tinggi yang setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini akan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi merentasi pelbagai bidang dalam IPT. Ia penting agar penggunaan Bahasa Melayu Tinggi tidak hanya dimonopoli oleh mereka yang berada dalam bidang Bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu sahaja,tetapi meliputi bidang- bidang lain termasuk sains tulen. Ini pastinya akan memberikan perubahan dan impak yang besar terhadap kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai ilmu yang berwibawa. Akademik Pengajian Melayu dan resolusi Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dunia pada 2009 di Johor Bahru, anjuran Akademi Pengajian Melayu , Fakulti Bahasa UPSI,DBP dan Yayasan Warisan Johor, yang mencadangkan satu secretariat atau jawatankuasa kebangsaan bersama mengantarabangsa BM di dunia. APM kini memfokuskan pengantarabangsaan BM di China dan Thailand. Adalah difahamkan bahawa terdapat 160 Pusat Pengajian Melayu dan Indonesia di dunia. APM tidak mampu untuk merealisasikan usaha ini secara sendirian . USM sudah ada hubungan [15]
  • 16. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 yang mantap dengan universiti-universiti di German, dan secara bersama dapat diperluaskan keseluruhan Eropah, Rusia, dan lain-lain wilayah. SPESBAM juga perlu bekerjasama dengan IPTA/IPTS di Indonesia dan Brunei untuk memperluaskan peranan BM sebagai bahasa antarabangsa. Bertitik tolak daripada dapatan Kajian Penggunaan Bahasa di IPTA itu. Kementerian telah mengambil daya usaha menyediakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT yang akan disaksikan pelancarannya tidak lama lagi. Untuk makluman semua, pelan tindakan ini mempunyai EMPAT STRATEGI iaitu Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Pembelajaran dan Pengajaran,Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan penerbitan, Meningkatkan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai Disiplin ilmu dan Meningkatkan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. Berasaskan empat strategi yang dikenal pasti itu, KPT telah menyenaraikan 25 inisiatif strategik bagi IPT menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan. Ia termasuklah meningkatkan usaha menambah bilangan artikel berindeks dalam Bahasa Melayu dan menambah bilangan penerbitan buku akademik dalam Bahasa Melayu. Selain itu, satu lagi pendekatan penting yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan ‘jurnal tempatan’ berbahasa Melayu berkualiti sehingga dapat diindekskan dalam Scopus dan ISI. Jika misalnya kita boleh menetapkan 100 buah jurnal tempatan dalam pelbagai bidang ilmu diindekskan melalui Scopus dan 50 buah pula dalam ISI [16]
  • 17. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 menjelang tahun 2015, kita sebenarnya telah membuktikan bahawa kita serius untuk memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan diiktiraf global. Selain memperkukuhkan Bahasa Melayu dalam konteks Pembelajaran dan Pengajaran serta Penyelidikan,Pelan Tindakan ini juga mengambil kira soal pengiktirafan, pembangunan dan kemajuan karier ahli-ahli akademik. Antara lain Pelan Tindakan ini mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu sebagai kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat, mewujudkan anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa Melayu dan menambah kategori anugerah baharu iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam Bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) pada masa akan datang. Beberapa langkah dan strategi yang akan kita laksanakan ke arah memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi ialah : -Pertama, mewajibkan semua kursus wajib universiti dikendalikan Tamadunan dalam Bahasa Melayu seperti Kursus Kenegaraan Malaysia,Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain-lain; - Kedua, meletakkan sasaran 30% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains pada 2020. Dalam tempoh yang sama juga, kementerian juga meletakkan sasaran 70% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains social dan kemanusiaan; Ketiga, mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa mengambil Kursus Bahasa Melayu Komunikasi; [17]
  • 18. [MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 Keempat,menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu melalui Unit Terjemahan yang ditubuhkan pada setiap IPT dan Kelima,mengenai pasti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) ,Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai focul point – yang bakal mewujudkan hubungan dengan intitusi luar negara seperti jabatan-jabatan pengajian Melayu dalam usaha menentukan strategi bagi memantapkan pengajian Bahasa Melayu. Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan yang akan mempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri dalam usaha kita membina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi sia-sia.Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus.Bahasa Melayu perlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan bangsa kita. [18]