SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
Downloaden Sie, um offline zu lesen
ATIKAN, 1(1) 2011


                         BAHAROM MOHAMAD



   Teknologi Komunikasi dan
   Maklumat dalam Program
 Pendidikan Khas Aliran Teknik
   dan Vokasional di Malaysia


ABSTRAK: Kajian ini bertujuan meninjau sejauhmana penerimaan dan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru Sekolah Pendidikan
Khas. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor), Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), dan Sekolah Menengah Teknik
Batu Pahat (Johor). Sampel kajian ini melibatkan 55 orang guru, 117 pelajar, dan
borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dalam kaedah tinjauan
ini. Data dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for
Social Science 11.3 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min, peratusan, dan
sisihan piawai. Keputusan menunjukkan bahawa guru menerima dan menggunakan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran; manakala pelajar adalah
sebaliknya. Melalui ujian ANOVA, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pelajar di setiap sekolah berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan komputer
dalam proses pembelajaran. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk
meningkatkan penerimaan dan penggunaan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia. Antaranya ialah guru
sepatutnya sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai
kursus tentang penggunaan komputer agar dapat mempelbagaikan teknik
pengajaran.

KATA KUNCI: Teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan vokasional, guru dan
murid, serta penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




Baharom Mohamad ialah Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
UMS (Universiti Malaysia Sabah), Beg Berkunci, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat
emel beliau adalah: baharom@ums.edu.my


                                          41
BAHAROM MOHAMAD


                          PENDAHULUAN

Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication
Technology) atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”,
khususnya dalam pendidikan, bukan lagi merupakan sesuatu yang asing
di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama
dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar,
cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan
sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah
dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku
merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademik
pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan
ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yang
berlaku di sekolah pendidikan khas. Analisis pendidikan khas merujuk
pada kegiatan yang menjelaskan unsur-unsur dalam pendidikan khas,
termasuklah peristilahan, doktrin, atau ajaran.
    Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidik
pelajar khas. Ini kerana pendekatan penerimaan pembelajaran mereka
amat berbeza dengan pelajar biasa. Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajar
khas ini menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang. Mereka
menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa, dan sebagainya.
Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian
berbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Justeru itu,
pengenalan ICT kepada pelajar khas merupakan satu idea yang perlu
dipertimbangkan terlebih dahulu, kerana ICT memerlukan pelajar yang
menguasai dan berkemahiran dalam menggunakannya. Oleh itu, tahap
pelajar khas yang sederhana dalam pencapaian akademik dibimbangi akan
menyebabkan mereka takut dan tidak berminat menguasai ICT. Ini akan
menjadi satu kerugian jika ICT tidak diaplikasi dalam pendidikan kerana
banyak kelebihan boleh digunakan melaluinya.
    Berdasarkan kepada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd Arif
Hj Ismail dan Norsiati Razali @ Mohd Ghazali (2003) ke atas sebuah sekolah
bestari di daerah Kuantan, Negeri Pahang, Malaysia didapati bahawa
penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari
atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Oleh itu,
tahap penggunaan komputer di Sekolah Pendidikan Khas menjadi persoalan
yang boleh dikaji, ekoran daripada kajian yang telah dijalankan di sekolah
bestari kerana perlaksanaan di kedua-dua sekolah adalah berbeza.

                                   42
ATIKAN, 1(1) 2011


              PERNYATAAN MASALAH, TUJUAN,
                 DAN OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat pelbagai persoalan timbul berhubung penerimaan dan
penggunaan komputer di kalangan pelajar dan guru pendidikan khas dan
ini boleh menjejaskan pencapaian pelajar pendidikan khas dan merugikan
banyak pihak, terutamanya pelajar pendidikan khas itu sendiri. Justeru
itu, satu tinjauan akan dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas Aliran Teknik
dan Vokasional yang mana kajian akan mengkaji keperluan penggunaan
komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar cacat
pendengaran. Teknologi ICT yang difokuskan ialah penggunaan alat bahan
bantu mengajar (ABBM) dalam proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran)
yang mana merangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide. Kajian
ini seterusnya akan menjawab beberapa persoalan yang timbul terhadap
tahap penerimaan guru dan pelajar jika komputer diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keperluan
penggunaan ICT dalam proses P&P di Sekolah Pendidikan Khas. Selain itu,
hasil daripada kajian juga diharapkan dapat menarik minat pihak NGO (Non
Governmental Organization atau pertubuhan bukan kerajaan), swasta, dan
pihak terlibat dalam melibatkan diri membantu Sekolah Pendidikan Khas
dalam memenuhi keperluan penggunaan ICT di sekolah. Ia seterusnya
akan memberi kelebihan kepada pelajar Sekolah Pendidikan Khas dalam
membantu mereka berjaya dalam pendidikan, seiring dengan matlamat
pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) yang merangka program
pembangunan secara menyeluruh dalam menaik-taraf kemudahan ICT di
semua peringkat sekolah.
    Kajian ini mempunyai beberapa objektif. Objektif-objektifnya adalah
seperti berikut: (1) Mengenal pasti tahap penerimaan guru terhadap
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
Sekolah Pendidikan Khas; (2) Mengenal pasti penggunaan komputer
dalam proses pengajaran oleh guru Pendidikan Khas; (3) Mengenal pasti
penerimaan pelajar Pendidikan Khas terhadap penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas;
(4) Mengkaji sejauh mana penggunaan komputer oleh pelajar Pendidikan
Khas di dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan (5) Mengenal
pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan
penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang
mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil
mata pelajaran komputer.

                                      43
BAHAROM MOHAMAD


PERSOALAN KAJIAN, HIPOTESIS, SKOP, DAN BATASAN
                   KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa persoalan kajian yang telah dibincangkan.
Persoalan-persoalan kajian ini adalah seperti berikut: (1) Sejauh manakah
penerimaan guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran
di Sekolah Pendidikan Khas?; (2) Sejauh manakah guru pendidikan khas
menggunakan komputer dalam pengurusan tugas yang melibatkan proses
pengajaran dan pembelajaran?; (3) Sejauh manakah penerimaan pelajar
terhadap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran di Sekolah
Pendidikan Khas?; (4) Sejauh manakah penggunaan komputer membantu
pelajar pendidikan khas dalam proses pembelajaran yang dijalankan?;
dan (5) Adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan
penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas yang mengambil mata
pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran
komputer?
   Hipotesis kajian adalah H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap penerimaan dan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan
khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak
mengambil mata pelajaran komputer.
   Skop kajian adalah tertumpu kepada beberapa perkara berikut: (1)
Penggunaan ICT yang dikaji adalah penggunaan komputer dalam proses
P&P meliputi pembelajaran dalam kelas sahaja; dan (2) Pelajar pendidikan
khas yang diambil sebagai responden hanya pelajar cacat pendengaran.
   Sekolah-sekolah yang dipilih bagi kajian ini adalah Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat (Johor), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional Shah Alam (Selangor).

  KEPENTINGAN KAJIAN, KERANGKA KONSEPTUAL,
           DAN KAJIAN LITERATUR

Hasil daripada kajian yang dijalankan diharapkan akan memberikan satu
idea dalam melakukan pembaharuan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas, kerana ianya
amat diperlukan sejajar dengan peningkatan arus pembangunan negara,
malah ia akan memberi kelebihan kepada pelajar dalam mencapai
keputusan akademik yang cemerlang. Selain itu, dapatan kajian ini juga
boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran guru sekolah pendidikan khas dari segi keperluan ICT.

                                   44
ATIKAN, 1(1) 2011


   Kerangka konsep bagi kajian ini ditunjukkan dalam rajah di bawah ini:

                                   Proses Pengajaran &
                                      Pembelajaran


                                                 Aplikasi ICT




                Dalam Kelas                                     Luar Kelas




               Internet, Power                                  Nota dalam
               Point/flash, CD,                                   Talian
                    Video




                                            Pelajar



                              Rajah 1.1. Kerangka Konsep
  (Diadaptasi dan diubahsuai daripada carta alir aplikasi ICT oleh pensyarah dan pelajar
         dalam Hawa Rahmat, Rohaida Mashudi & Noor Watee Rahman, 2005)

    Pendidikan merupakan satu proses pembelajaran yang telah lama
dijalankan sejak dahulu lagi. Pendidikan, satu masa dahulu, adalah
pendidikan secara tidak formal dimana tidak memerlukan institusi sebagai
tempat untuk menimba ilmu. Namun begitu, peredaran zaman telah pun
menaiktara an pendidikan di Malaysia. Telah wujud banyak sekolah-
sekolah serta pusat pengajian tinggi untuk memberi ilmu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
sedikit-sebanyak telah memberi implikasi kepada kurikulum, pendidik,
serta institusi pendidikan itu sendiri.
    Mengenai Pendidikan Khas. Di Malaysia, pendidikan khas dikelaskan
kepada mereka yang mempunyai kecacatan seperti cacat penglihatan
(buta), cacat penglihatan (pekak), dan lain-lain. Falsafah Pendidikan Khas
menegaskan mengenai kepentingan setiap orang kanak-kanak yang
mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu-individu. Oleh

                                            45
BAHAROM MOHAMAD


itu, pendekatan pembelajaran bagi setiap pelajar pendidikan khas adalah
berbeza-beza dan mengikut kesesuaian mereka.
    Mengenai Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional. Terdapat
dua jenis kategori sekolah di bawah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan
Vokasional, iaitu Sekolah Khas dan Sekolah Program Pendidikan Khas
Integrasi. Program integrasi (pelajar-pelajar menyesuaikan diri ke dalam
sistem persekolahan yang tidak menyediakan ruang dan kemudahan
untuk pengubahsuaian) dijalankan dengan kerjasama Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah harian yang mana sekolah ini dikategorikan sebagai
Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Terdapat enam buah sekolah
di bawah kategori sekolah ini, iaitu: Sekolah Menengah Vokasional (EAT)
Azizah, Johor Bharu; Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah; Sekolah
Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Vokasional
Bagan Serai, Perak; Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan; dan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah.
    Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (SMPKP
Pulau Pinang), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura
Kulai (Johor), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah
Alam (SMPKV Shah Alam) pula merupakan antara contoh Sekolah Khas.
    Mengenai Pelajar Cacat Pendengaran (Pekak). Kajian yang dijalankan
adalah melibatkan pelajar cacat pendengaran dari aliran teknik dan
vokasional sekolah pendidikan khas. Berdasarkan kepada pernyataan
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) bahawa kanak-kanak pekak boleh
dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana
dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. Di dalam
Sistem Pendidikan Khas, pelajar-pelajar dengan keperluan khas dalam
kategori masalah pendengaran telah menggunakan Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pendengaran dimana murid-murid ini dilatih daripada
segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid-murid
biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh bahasa isyarat. Program
ini disediakan di dua tempat, iaitu di sekolah khas dan juga di sekolah biasa
(program integrasi).
    Mengenai Penggunaan ICT dalam Program Pendidikan Khas. Menurut
Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian
menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-
pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan
bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran membaca, menulis,
dan mengira. Penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik
minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan,
terdapat kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi, malah

                                     46
ATIKAN, 1(1) 2011


pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui
gambar-gambar dan tayangan secara langsung (Plamen & Rodgers, 2003).
    Mengenai Penerimaan Guru dan Pelajar Terhadap Penggunaan ICT
dalam Program Pendidikan Khas. Menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantu
guru mencapai objektif pedagoginya, malah ia memberi peluang kepada
pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan daripada
pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan
komputer di kalangan guru dan pelajar pendidikan khas. Ia turut dinyatakan
oleh Zoraini Wati Abas (1995) di mana sikap positif yang diterapkan oleh
pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah
merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran
sekolah di masa akan datang. Melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh
pentadbir sekolah, ia akan mempengaruhi sikap semua kakitangan sekolah.
    Peranan guru pendidikan khas akan menentukan minat pelajar terhadap
penggunaan komputer kerana guru banyak mencorak keperibadian
pelajar, lebih-lebih lagi pelajar khas. Oleh itu, penanaman sikap yang positif
di kalangan guru dan pelajar pendidikan khas amat penting dalam menarik
minat mereka untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

              METODOLOGI, LOKASI, POPULASI,
                  DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan terhadap penggunaan
ICT (Information and Communication Technology) di Sekolah Aliran Teknik
dan Vokasional Pendidikan Khas. Kajian ini melibatkan pengumpulan
maklumat dan data-data, menjadual data-data, membuat interpretasi,
membuat perbandingan, dan merumus generalisasi yang mana semua ini
merupakan ciri-ciri satu kaedah tinjauan. Kaedah yang dijalankan adalah
secara kuantitatif.
    Lokasi kajian yang akan dilakukan adalah di Sekolah Pendidikan Khas
Aliran Teknik dan Vokasional yang terdapat di Malaysia, iaitu Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai, Johor; Sekolah
Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; dan Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional Shah Alam, Selangor.
    Populasi bagi kajian ini adalah guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah
Pendidikan Khas. Responden utama kajian ini adalah pelajar-pelajar dan
guru-guru. Bilangan populasi dan sampel guru yang terlibat dalam kajian
adalah ditunjukkan dalam jadual di bawah ini:

                                       47
BAHAROM MOHAMAD


                                        Jadual 3.1.
                             Populasi dan Sampel Kajian (Guru)

                           Tempat                                 Populasi   Sampel
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura, Kulai
                                                                       30      28
(Johor)
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor                               2       2
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor        35      25
                    Jumlah Keseluruhan                                 67      55

   Jumlah taburan populasi dan sampel adalah berbeza bagi setiap
sekolah, seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah ini:

                                      Jadual 3.2.
                          Populasi dan Sampel Kajian (Pelajar)

                           Tempat                                Populasi Sampel
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai,
                                                                   40       40
Johor.
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor.                          17       17
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor.   90       62
                    Jumlah Keseluruhan                             147      119



 INSTRUMEN KAJIAN, SOAL SELIDIK, PENGUMPULAN
      DATA, DAN KAEDAH PENGANALISIS DATA

Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik. Dalam kajian ini,
segala jawapan responden akan diukur dengan menggunakan skala Likert.
Skala Likert yan digunakan dalam kajian ini adalah melibatkan lima pilihan.
Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada skala Likert yang
mempunyai pemberatan seperti dalam jadual di bawah ini:

                                      Jadual 3.3.
                                 Pemberatan Skala Likert

                      Pemberat                                    Skor
 Sangat Setuju (SS)                                                5
 Setuju (S)                                                        4
 Tidak Pasti (TP)                                                  3
 Tidak Setuju (TS)                                                 2
 Sangat Tidak Setuju (STS)                                         1



                                            48
ATIKAN, 1(1) 2011


   Terdapat dua (2) set borang soal selidik, iaitu borang soal selidik untuk
guru dan borang soal selidik untuk pelajar. Skala Likert pada jadual 3.3.
digunakan untuk menjawab persoalan item berkenaan penerimaan pelajar
dan guru terhadap penggunaan komputer. Bagi menjawab persoalan
kajian, melibatkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru
dan pelajar pendidikan khas, skala Likert yang diadaptasi daripada Mahat
Ibrahim (1996) yang membahagikan skala pengukuran seperti jadual di
bawah ini, telah digunakan.

                                  Jadual 3.4.
                               Skala Pengukuran

        Pilihan        Skala                      Penerangan
                                Menggunakannya dalam setiap kali pengajaran dan
Sangat Kerap (SK)        [5]
                                pembelajaran.
Kerap (K)               [4]     Menggunakan sekali sahaja dalam setiap minggu.
                                Menggunakan sekali sahaja dalam setiap dua
Sederhana Kerap (KK)     [3]
                                minggu.
Kadang-kadang (SS)       [2]    Menggunakan sekali sahaja dalam tempoh sebulan.
                                Tidak pernah menggunakannya dalam pengajaran
Tidak Pernah (TP)        [1]
                                dan pembelajaran.

    Skala pengukuran ini digunakan untuk menjawab bahagian B untuk
soal selidik bagi guru dan pelajar, iaitu berkenaan penggunaan komputer
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    Soal selidik set A dikhususkan untuk guru dan ia mempunyai empat
bahagian, iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bagi bahagian A, ia mengandungi
soalan berkaitan latar belakang pendidikan tenaga pengajar, seperti:
jantina, tempoh berkhidmat, umur, dan lain-lain. Bagi bahagian B, ia
mengandungi soalan yang akan menjawab kepada persoalan kajian
pertama, iaitu penerimaan guru tehadap penggunaan komputer dalam
P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Bagi bahagian C, ia mengandungi
soalan berkaitan tahap penggunaan komputer oleh guru-guru dalam
menjalankan tugas di sekolah pendidikan khas. Bagi bahagian D pula, ia
mengandungi cadangan yang bagi membantu pengaplikasian komputer
dalam P&P.
    Soal selidik set B pula dikhususkan untuk pelajar yang mana ia
mempunyai empat bahagian, iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bagi bahagian A,
soalan yang dikemukan adalah bertujuan memperoleh maklumat tentang
faktor demografi responden. Ini termasuk jantina, sekolah, dan kursus
yang diambil. Bagi bahagian B pula, ia bertujuan meninjau penerimaan


                                      49
BAHAROM MOHAMAD


responden terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di sekolah pendidikan khas. Bagi bahagian
C, ia adalah bagi mengetahui tahap penggunaan komputer di kalangan
responden. Manakala bahagian D pula, ia merupakan cadangan yang diisi
oleh responden bagi mengetahui keperluan penggunaan komputer dalam
proses pembelajaran mereka.
    Dalam kajian ini terdapat dua jenis sumber dalam pengumpulan data,
iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer merupakan
sumber asal sesuatu maklumat; dan dalam kajian ini sumber primer
merupakan soal selidik yang dijalankan di sekolah pendidikan khas. Sumber
sekunder merupakan maklumat yang diperolehi daripada buku, jurnal,
laporan, artikel, dan kajian-kajian yang lepas.
    Data-data yang dikumpul dianalisis mengikut turutan soalan secara
kuantitatif. Analisis data akan dilakukan dengan bantuan perisian Statistical
Packages for Social Science (SPSS) versi 13.0. Kaedah analisis data yang
telah digunakan ialah kaedah statistik deskriptif. Kaedah peratusan dan
skor min digunakan bagi menjawab soalan-soalan. Bagi soalan di bahagian
A, data telah dianalisis menggunakan format peratusan. Ia perlu bagi
mengumpul dan menganalisis data mengenai maklumat peribadi dan
mencari peratusan bagi jawapan untuk setiap item soalan. Jawapan itu
kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan
penganalisisan. Bagi soalan di bahagian B, C, dan D pula, kaedah statistik
deskriptif seperti pengukuran menggunakan skor min telah digunakan
bagi menganalisis data.
    Bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan terhadap
penerimaan dan penggunaan komputer di kalangan pelajar pendidikan
khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak
mengambil mata pelajaran komputer, pengkaji menggunakan ujian ANOVA
sehala dan penetapan nilai nisbah F sebagai aras signifikan.
    Responden yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar-
pelajar pendidikan khas di tiga buah Sekolah Pendidikan Khas, iaitu: (1)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor; (2)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai, Johor;
dan (3) Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor yang merupakan
sekolah integrasi. Data yang digunakan dalam bahagian ini adalah data
yang diambil menggunakan cara soal selidik. Setiap soal selidik yang telah
dijawab responden dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science 11.3 for Windows (SPSS). Data berbentuk skor min dan sisihan
piawai ditunjukkan dalam bentuk jadual.


                                     50
ATIKAN, 1(1) 2011


   Mengenai Set Soal Selidik Guru. Responden terdiri daripada guru-
guru di ketiga-tiga buah sekolah yang dikaji, iaitu seramai 55 orang. Latar
belakang responden yang dikaji adalah merujuk kepada umur, kelayakan
akademik, pengalaman mengajar, pemilikan komputer peribadi, dan
kemudahan komputer di sekolah.
   Mengenai Set Soal Selidik Pelajar. Responden terdiri daripada pelajar-
pelajar pendidikan khas, iaitu seramai 117 orang pelajar. Latar belakang
responden hanya melibatkan item-item nama sekolah, jantina, dan kursus
yang diambil oleh pelajar. Responden-responden ini diambil secara rawak
di ketiga-tiga buah sekolah ini. Setiap sekolah tersebut menyediakan
kursus yang berbeza bagi pelajar-pelajar pendidikan khas.

           ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian seperti yang terdapat
dalam borang soal selidik. Kesemua bahagian B dan C dianalisis bagi
mendapatkan keputusan berbentuk statistik deskriptif. Analisis deskriptif
digunakan untuk menganalisis item-item dengan jawapan yang berskala
Likert. Keputusan penganalisisan menerangkan skor min setiap item dan
sisihan piawai bagi setiap item. Jawapan kepada persoalan kajian adalah
ditentukan oleh purata min skor yang dapat ditafsirkan nilainya dengan
merujuk kepada tafsiran skor min.
    Mengenai Set Soal Selidik Guru. Soal selidik untuk guru mempunyai
30 soalan yang menggunakan item skala Likert. Terdapat tiga bahagian,
iaitu bahagian A, B, dan C. Bahagian B mengandungi 14 item, manakala
bahagian C mengandungi 16 item.
    Pertama, Analisis Penerimaan Penggunaan Komputer oleh Guru
Pendidikan Khas. Merujuk kepada soal selidik, item-item yang dibina
adalah bagi menjawab persoalan kajian yang berkaitan dengan penerimaan
guru-guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Analisis yang telah dijalankan bertujuan
mencari nilai skor min dan sisihan piawai, seperti yang ditunjukkan pada
jadual di bawah ini:




                                      51
BAHAROM MOHAMAD


                                      Jadual 4.1.
     Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penerimaan Guru Pendidikan Khas Terhadap
          Penggunaan Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

                             Item                           Min     Sisihan Piawai
Saya suka menggunakan komputer di dalam
                                                            3.00        1.018
pengajaran.
Saya berminat untuk mendalami penggunaan
                                                            3.55        0.538
komputer.
Saya sedia mengikuti kursus komputer supaya dapat
                                                            3.49        0.791
diaplikasikan dalam pengajaran.
Saya sentiasa mengikuti perkembangan penggunaan
                                                            2.22        1.487
komputer dalam pendidikan.
Saya sentiasa menyelesaikan sebarang masalah berkaitan
aplikasi penggunaan komputer di dalam pengajaran dan        1.04        1.440
pembelajaran.
Saya kerap menggunakan komputer semasa proses
                                                            1.91        1.266
pengajaran.
Penggunaan komputer membantu saya mengajar dengan
                                                            2.82        1.263
lebih sistematik.
Penggunaan komputer meyakinkan saya untuk mengajar.         2.80        1.253
Penggunaan komputer menarik minat pelajar mengikuti
                                                            3.15        0.911
pengajaran.
Penggunaan komputer boleh menghilangkan rasa bosan
                                                            3.22        0.738
semasa mengajar.
Penggunaan komputer membolehkan saya mempelbagaikan
                                                            3.13        0.818
kaedah pengajaran.
Penggunaan komputer dalam pengajaran membolehkan saya
                                                            2.95        1.044
dapat menjimatkan masa.
Penggunaan komputer dalam pengajaran membolehkan saya
                                                            2.80        1.253
dapat menjimatkan tenaga.
Penggunaan komputer banyak memudahkankan kerja-kerja
                                                            3.15        0.780
saya semasa mengajar.
           Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan          2.80        1.043

   Kedua, Analisis Tahap Penggunaan Komputer oleh Guru Pendidikan
Khas. Bahagian C dalam borang soal selidik mempunyai 16 item yang
berkaitan dengan tahap penggunaan komputer oleh guru pendidikan khas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis yang dijalankan
adalah untuk mencari nilai min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan
kajian yang kedua seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah ini:




                                        52
ATIKAN, 1(1) 2011


                                      Jadual 4.2.
  Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penggunaan Komputer oleh Guru Pendidikan Khas
                     Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

                           Item                           Min     Sisihan Piawai
Membina alat bahan bantu mengajar.                        2.13         1.667
Membuat persembahan pengajaran di dalam kelas.            1.84         1.537
Membuat penyediaan pengajaran yang saya jalankan
                                                          2.44         1.358
dalam kelas.
Membuat slaid Power Point dalam pengajaran dan
                                                          2.15         1.471
pembelajaran.
Membuat soalan latihan kepada pelajar.                    3.16         1.316
Menyediakan kertas soalan ujian peperiksaan.              3.31         1.200
Membuat kerja-kerja harian saya.                          3.13         1.203
Menyiapkan tugasan yang diberikan.                        3.31         0.940
Mencari bahan pengajaran melalui internet.                2.53         1.501
Menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan data.          2.29         1.524
Membuat urusan pentadbiran sekolah.                       2.82         1.415
Menyimpan data berkaitan biodata pelajar.                 2.69         1.464
Menyimpan data berkaitan penilaian pelajar.               2.95         1.420
Menggalakkan pelajar menyiapkan tugasan dengan
                                                          2.09         1.469
komputer.
Menyediakan nota dan bahan pengajaran.                    2.96         1.247
Menyimpan maklumat-maklumat sulit.                        2.36         1.704
        Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan           2.64         1.402

    Mengenai Set Soal Selidik Pelajar. Soal selidik untuk pelajar mempunyai
23 soalan yang menggunakan item skala Likert. Terdapat tiga bahagian, iaitu
bahagian A, B, dan C. Bahagian A meliputi latar belakang responden terdiri
daripada 3 item, bahagian B mengandungi 10 item, manakala bahagian
C mengandungi 10 item. Soal selidik ini dibina mengikut tahap pelajar
pendidikan khas dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
    Pertama, Analisis Penerimaan Komputer oleh Pelajar Pendidikan
Khas. Bahagian B mempunyai 10 item yang berkaitan dengan penerimaan
pelajar pendidikan khas terhadap penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Taburan analisis skor min dan sisihan piawai
bagi penerimaan pelajar pendidikan khas terhadap penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan pada jadual di
bawah ini:




                                         53
BAHAROM MOHAMAD


                                      Jadual 4.3.
    Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penerimaan Pelajar Pendidikan Khas Terhadap
         Penggunaan Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

                           Item                              Min      Sisihan Piawai
Minat untuk belajar.                                         2.66          1.334
Tidak megantuk dalam kelas.                                  1.78          1.320
Boleh faham dengan baik.                                     2.71          1.371
Jelas dengan penerangan guru.                                2.17          1.422
Yakin untuk belajar.                                         2.44          1.494
Bersemangat untuk belajar.                                   2.43          1.392
Juga akan menggunakan komputer untuk siapkan kerja
                                                             2.44          1.417
sekolah.
Suka dengan apa yang cikgu ajar.                             2.53          1.399
Tidak cepat bosan dalam kelas.                               1.41          1.445
Senang terima apa yang cikgu ajar.                           2.43          1.295
         Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan             2.30          1.389

   Kedua, Analisis Penggunaan Komputer oleh Pelajar Pendidikan Khas.
Bahagian C mempunyai 10 item yang berkaitan dengan penggunaan
komputer oleh pelajar pendidikan khas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Analisis yang telah dijalankan adalah bagi mencari nilai
min dan skor piawai bagi setiap item dan keseluruhan item seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah ini:

                                     Jadual 4.4.
 Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penggunaan Komputer oleh Pelajar Pendidikan Khas
                     Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

                    Item                            Min             Sisihan Piawai
Menaip dengan komputer.                             2.03                 1.383
Membuat kerja sekolah dengan komputer.              2.18                 1.483
Mencari maklumat melalui internet.                  1.84                 1.408
Menggunakan perisian Microsoft Office.                1.70                 1.334
Menggunakan Microsoft Power Point.                  2.09                 1.489
Menggunakan Microsoft Excell.                       1.83                 1.341
Menyimpan data menggunakan komputer.                2.43                 1.422
Membuat animasi/grafik.                              1.73                  1.271
Membuat pengiraan dengan komputer.                  1.82                 1.381
Membuat latihan dengan komputer.                    2.50                 1.297
  Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan           2.02                 1.381




                                        54
ATIKAN, 1(1) 2011


    Ketiga, Perbezaan Terhadap Penerimaan dan Penggunaan Komputer
di Kalangan Pelajar Pendidikan Khas yang Mengambil Mata Pelajaran
Komputer dengan Pelajar yang Tidak Mengambil Mata Pelajaran
Komputer. Analisis telah dijalankan bagi menjawab persoalan kajian
kelima, iaitu mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan
terhadap penerimaan dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar
pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar
yang tidak mengambil mata pelajaran komputer. Kaedah yang sesuai
dijalankan untuk menjawab persoalan ini adalah dengan menggunakan
ujian ANOVA sehala. Keputusan bagi analisis yang dijalankan ditunjukkan
pada jadual di bawah ini:

                                  Jadual 4.5.
                  Perbezaan Skor Min antara Ketiga-tiga Sekolah

                                         Ujian ANOVA Sehala
     Tajuk
                                         Mean Square    Nisbah F    Sig
  Penerimaan     Antara kumpulan             0.477       0.988     0.375
                 Dalam Kumpulan             0.483
  Penggunaan     Antara kumpulan             1.945        3.346    0.039
                 Dalam Kumpulan              0.581

   Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan terhadap penerimaan
dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang
mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil
mata pelajaran komputer. Statistik yang signifikan antara penerimaan
komputer oleh pelajar pendidikan khas di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di ketiga-tiga sekolah dari aspek penggunaan, terdapat
perbezaan yang signifikan. Maka dengan ini pengkaji perlu menerima
hipotesis awal yang dibina pada awal kajian.
   Data berkaitan demografi responden dianalisis bagi tujuan data
sokongan sahaja. Data-data ini dianalisis bagi melihat peratusan bagi setiap
item. Bagi melihat penerimaan guru terhadap penggunaan komputer
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, skor min keseluruhan
menunjukkan nilai yang paling tinggi, iaitu 3.99. Ini membuktikan bahawa
guru memang menerima penggunaan komputer semasa proses P&P
(Pengajaran dan Pembelajaran). Begitu juga dengan tahap penggunaan
komputer di dalam pengajaran yang mana penggunaannya adalah berada
pada tahap tinggi berdasarkan nilai skor min keseluruhan yang diperolehi.



                                          55
BAHAROM MOHAMAD


    Sementara itu, pelajar pendidikan khas tidak menerima dan
menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan nilai skor min keseluruhan yang didapati, iaitu pada tahap
sederhana. Walau bagaimanapun, penerimaan dan penggunaan komputer
di semua lokasi kajian adalah sama berdasarkan analisis yang didapati.

      PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan
khas mempunyai kesedaran tentang kepentingan penggunaan komputer
dan ini menyebabkan mereka mengikuti kursus komputer. Ini seterusnya
membolehkan penggunaan komputer dalam pengajaran berlaku dengan
berkesan dan ia memberikan kelebihan kepada guru-guru, kerana ia dapat
menarik minat pelajar untuk belajar.
   Kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa guru-guru mempunyai
sikap dan penerimaan yang tinggi terhadap penggunaan komputer dalam
pengajaran. Selain itu, pengkaji mendapati guru-guru menggunakan
komputer pada tahap yang tinggi dalam melibatkan pengurusan dan
tugas-tugas guru. Namun begitu, masih terdapat segelintir guru yang
kurang menyedari tentang pentingnya penggunaan komputer dalam
perlaksanaan tugas harian mereka, seperti pengajaran dan pengurusan
tugas dimana mereka masih menggunakan teknik pengajaran tradisional.
   Kajian ini juga mendapati pelajar pendidikan khas kurang menerima
penggunaan komputer semasa pembelajaran di dalam kelas kerana
penerimaan mereka terhadap teknologi ICT (Information and
Communication Technology) masih baru. Oleh itu, guru memainkan
peranan penting dalam memupuk sikap positif pelajar supaya penerimaan
mereka terhadap penggunaan komputer adalah pada tahap tinggi seperti
guru mereka. Kajian ini juga menunjukkan pelajar jarang menggunakan
komputer dalam pengajaran dan pelajaran mereka, kerana mereka kurang
didedahkan dengan penggunaan komputer di sekolah.
   Kajian ini menunjukkan tahap penerimaan dan penggunaan oleh pelajar
pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan
pelajar yang tidak mengambil matapelajaran komputer adalah sama.
Walaupun sistem yang digunakan oleh setiap sekolah adalah berbeza,
namun ia tidak mempengaruhi pelajar pendidikan khas dalam menerima
dan menggunakan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran.
   Dapat dirumuskan di sini bahawa strategi pengajaran merupakan
antara faktor dalam menentukan kecemerlangan pelajar pendidikan khas,
kerana peranan guru pendidikan khas amat penting dalam menentukan

                                 56
ATIKAN, 1(1) 2011


keberkesanan penggunaan komputer. Dengan pendedahan yang
berterusan ke arah membudayakan penggunaan komputer, ia banyak
memberi kelebihan kepada pelajar pendidikan khas dalam bersaing dengan
pelajar biasa. Ini adalah bertujuan mengelakkan pelajar pendidikan khas
ketinggalan ICT, memandangkan perkembangannya yang terlampau pesat.
Oleh sebab itu, peranan pihak sekolah amat penting dalam menyediakan
kemudahan komputer di sekolah.
   Pengkaji telah memberikan beberapa cadangan berdasarkan kepada
rumusan dan perbincangan yang telah dibuat. Antaranya ialah guru
sepatutnya sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini
serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat
mempelbagaikan teknik pengajaran. Selain itu, pihak sekolah perlu
menyediakan kursus berkaitan penggunaan komputer secara berjadual
sepanjang tahun, memperbanyakkan bekalan komputer, dan melantik
pakar komputer di sekolah. Di samping itu, KPM (Kementerian Pelajaran
Malaysia) boleh mewujudkan latihan tentang kemahiran komputer
dalam waktu persekolahan untuk guru pendidikan khas dan mewujudkan
kerjasama dengan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) dalam membina
perisian-perisian kandungan pembelajaran untuk kegunaan semua
pelajar.




                               Bibliografi

Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad & Kamaliah Ahmad. (2005). “Aplikasi Pengajaran dan
   Pembelajaran Komputer untuk Pelajar Berkeperluan Khas”. Prosiding ICT Education.
   Putra Jaya, Malaysia: Universiti Multimedia.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala
   Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Effandi Zakaria. (2004). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. Pahang, Malaysia: PTS
   Professional Publishing Sdn. Bhd.
Hawa Rahmat, Rohaida Mashudi & Noor Watee Rahman (2005). “Keberkesanan Pengajaran
   dan Pembelajaran Melalui ICT di Peringkat Universiti”. Dapatan Penyelidikan Tidak
   Diterbitkan. Putra Jaya, Malaysia: Pusat Pengajian Teras dan Pendidikan Lanjutan
   (FoSEE), Universiti Multimedia.
Mahat Ibrahim. (1996). “Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran
   Matematik di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat, Johor: Satu
   Kajian”. Tesis Sarjana Teknologi Pendidikan Tidak Diterbitkan. Johor: UTM [Universiti
   Teknologi Malaysia].


                                           57
BAHAROM MOHAMAD


Mohd Arif Hj Ismail & Norsiati Razali @ Mohd Ghazali. (2003). “Aplikasi Teknologi Maklumat
   dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektif Mata Pelajaran Kimia
   SPM” dalam Jurnal Pendidikan UKM, Jil.3, Bil.1 [April]. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM
   [Universiti Kebangsaan Malaysia], ms.7-11.
Plamen, Miltenoff & Judith Rodgers. (2003). “Teaching with Technology : Multimedia and
   Interactivity in Social Science Education” dalam ProQuest Education Journals, 10(2),
   pp.34.
Tan Ai Goh. (1998). “Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan
   Convent Kajang” dalam Jurnal Pendidikan Tiga, 1(2), pp.1-5.
Zoraini Wati Abas. (1995). “Going Global on the Internet: What’s in it for the Educator”.
   Proceeding on the Educomp 94 Vision for Teaching and Learning. Kuala Lumpur:
   Malaysian Council for Computer in Education 2.




                                           58

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasanEna Ros
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...MuhammadZulaziziMohd
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikanamirsmkt
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikanAlinLin10
 

Was ist angesagt? (19)

Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikan
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 

Andere mochten auch

Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Ena Ros
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasLaling Honey
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasAnjini Anjni
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation webvincentraj74
 
Kertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICNKertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICNsiewtingyeo
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaSuziana Kamaruddin
 
Analisis jurnal pendidikan
Analisis  jurnal pendidikanAnalisis  jurnal pendidikan
Analisis jurnal pendidikanleonypurba
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Ena Ros
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Cekgu Kay
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCoordy Nation
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanTan Tyng
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Zalina Razali
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 

Andere mochten auch (20)

Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation web
 
Kertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICNKertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICN
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Analisis jurnal pendidikan
Analisis  jurnal pendidikanAnalisis  jurnal pendidikan
Analisis jurnal pendidikan
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabila
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Kertas kerja inovasi 3 p
Kertas kerja inovasi  3 pKertas kerja inovasi  3 p
Kertas kerja inovasi 3 p
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 

Ähnlich wie 03.baharom.atikan.jun .11

03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauantengkunini
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIrma Gurlz
 
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIKShalina Mustaffa
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpNurul Atiyah
 
Teknologi PDP Matematik
Teknologi PDP MatematikTeknologi PDP Matematik
Teknologi PDP Matematikikhwankmk92
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikErmahijra Kalam
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP Izawati Saat
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 

Ähnlich wie 03.baharom.atikan.jun .11 (20)

03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
 
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdp
 
Teknologi PDP Matematik
Teknologi PDP MatematikTeknologi PDP Matematik
Teknologi PDP Matematik
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP Matematik
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 

Mehr von Ena Ros

Rph ikan
Rph ikanRph ikan
Rph ikanEna Ros
 
Presentation
PresentationPresentation
PresentationEna Ros
 
Papan cerita
Papan ceritaPapan cerita
Papan ceritaEna Ros
 
Persediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianPersediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianEna Ros
 
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt60432012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043Ena Ros
 
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt60432012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043Ena Ros
 
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt60432012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043Ena Ros
 
Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Ena Ros
 
Matapelajaran
MatapelajaranMatapelajaran
MatapelajaranEna Ros
 
60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmud60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmudEna Ros
 

Mehr von Ena Ros (10)

Rph ikan
Rph ikanRph ikan
Rph ikan
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Papan cerita
Papan ceritaPapan cerita
Papan cerita
 
Persediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianPersediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harian
 
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt60432012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
 
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt60432012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
 
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt60432012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
 
Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010
 
Matapelajaran
MatapelajaranMatapelajaran
Matapelajaran
 
60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmud60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmud
 

03.baharom.atikan.jun .11

  • 1. ATIKAN, 1(1) 2011 BAHAROM MOHAMAD Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia ABSTRAK: Kajian ini bertujuan meninjau sejauhmana penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru Sekolah Pendidikan Khas. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), dan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Johor). Sampel kajian ini melibatkan 55 orang guru, 117 pelajar, dan borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dalam kaedah tinjauan ini. Data dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min, peratusan, dan sisihan piawai. Keputusan menunjukkan bahawa guru menerima dan menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran; manakala pelajar adalah sebaliknya. Melalui ujian ANOVA, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar di setiap sekolah berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan komputer dalam proses pembelajaran. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan penerimaan dan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia. Antaranya ialah guru sepatutnya sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat mempelbagaikan teknik pengajaran. KATA KUNCI: Teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan vokasional, guru dan murid, serta penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Baharom Mohamad ialah Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Beg Berkunci, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel beliau adalah: baharom@ums.edu.my 41
  • 2. BAHAROM MOHAMAD PENDAHULUAN Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya dalam pendidikan, bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yang berlaku di sekolah pendidikan khas. Analisis pendidikan khas merujuk pada kegiatan yang menjelaskan unsur-unsur dalam pendidikan khas, termasuklah peristilahan, doktrin, atau ajaran. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidik pelajar khas. Ini kerana pendekatan penerimaan pembelajaran mereka amat berbeza dengan pelajar biasa. Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajar khas ini menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang. Mereka menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa, dan sebagainya. Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian berbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Justeru itu, pengenalan ICT kepada pelajar khas merupakan satu idea yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu, kerana ICT memerlukan pelajar yang menguasai dan berkemahiran dalam menggunakannya. Oleh itu, tahap pelajar khas yang sederhana dalam pencapaian akademik dibimbangi akan menyebabkan mereka takut dan tidak berminat menguasai ICT. Ini akan menjadi satu kerugian jika ICT tidak diaplikasi dalam pendidikan kerana banyak kelebihan boleh digunakan melaluinya. Berdasarkan kepada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd Arif Hj Ismail dan Norsiati Razali @ Mohd Ghazali (2003) ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan, Negeri Pahang, Malaysia didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Oleh itu, tahap penggunaan komputer di Sekolah Pendidikan Khas menjadi persoalan yang boleh dikaji, ekoran daripada kajian yang telah dijalankan di sekolah bestari kerana perlaksanaan di kedua-dua sekolah adalah berbeza. 42
  • 3. ATIKAN, 1(1) 2011 PERNYATAAN MASALAH, TUJUAN, DAN OBJEKTIF KAJIAN Terdapat pelbagai persoalan timbul berhubung penerimaan dan penggunaan komputer di kalangan pelajar dan guru pendidikan khas dan ini boleh menjejaskan pencapaian pelajar pendidikan khas dan merugikan banyak pihak, terutamanya pelajar pendidikan khas itu sendiri. Justeru itu, satu tinjauan akan dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional yang mana kajian akan mengkaji keperluan penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar cacat pendengaran. Teknologi ICT yang difokuskan ialah penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) yang mana merangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide. Kajian ini seterusnya akan menjawab beberapa persoalan yang timbul terhadap tahap penerimaan guru dan pelajar jika komputer diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keperluan penggunaan ICT dalam proses P&P di Sekolah Pendidikan Khas. Selain itu, hasil daripada kajian juga diharapkan dapat menarik minat pihak NGO (Non Governmental Organization atau pertubuhan bukan kerajaan), swasta, dan pihak terlibat dalam melibatkan diri membantu Sekolah Pendidikan Khas dalam memenuhi keperluan penggunaan ICT di sekolah. Ia seterusnya akan memberi kelebihan kepada pelajar Sekolah Pendidikan Khas dalam membantu mereka berjaya dalam pendidikan, seiring dengan matlamat pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) yang merangka program pembangunan secara menyeluruh dalam menaik-taraf kemudahan ICT di semua peringkat sekolah. Kajian ini mempunyai beberapa objektif. Objektif-objektifnya adalah seperti berikut: (1) Mengenal pasti tahap penerimaan guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas; (2) Mengenal pasti penggunaan komputer dalam proses pengajaran oleh guru Pendidikan Khas; (3) Mengenal pasti penerimaan pelajar Pendidikan Khas terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas; (4) Mengkaji sejauh mana penggunaan komputer oleh pelajar Pendidikan Khas di dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan (5) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer. 43
  • 4. BAHAROM MOHAMAD PERSOALAN KAJIAN, HIPOTESIS, SKOP, DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa persoalan kajian yang telah dibincangkan. Persoalan-persoalan kajian ini adalah seperti berikut: (1) Sejauh manakah penerimaan guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran di Sekolah Pendidikan Khas?; (2) Sejauh manakah guru pendidikan khas menggunakan komputer dalam pengurusan tugas yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran?; (3) Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas?; (4) Sejauh manakah penggunaan komputer membantu pelajar pendidikan khas dalam proses pembelajaran yang dijalankan?; dan (5) Adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer? Hipotesis kajian adalah H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer. Skop kajian adalah tertumpu kepada beberapa perkara berikut: (1) Penggunaan ICT yang dikaji adalah penggunaan komputer dalam proses P&P meliputi pembelajaran dalam kelas sahaja; dan (2) Pelajar pendidikan khas yang diambil sebagai responden hanya pelajar cacat pendengaran. Sekolah-sekolah yang dipilih bagi kajian ini adalah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Johor), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor). KEPENTINGAN KAJIAN, KERANGKA KONSEPTUAL, DAN KAJIAN LITERATUR Hasil daripada kajian yang dijalankan diharapkan akan memberikan satu idea dalam melakukan pembaharuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas, kerana ianya amat diperlukan sejajar dengan peningkatan arus pembangunan negara, malah ia akan memberi kelebihan kepada pelajar dalam mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Selain itu, dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru sekolah pendidikan khas dari segi keperluan ICT. 44
  • 5. ATIKAN, 1(1) 2011 Kerangka konsep bagi kajian ini ditunjukkan dalam rajah di bawah ini: Proses Pengajaran & Pembelajaran Aplikasi ICT Dalam Kelas Luar Kelas Internet, Power Nota dalam Point/flash, CD, Talian Video Pelajar Rajah 1.1. Kerangka Konsep (Diadaptasi dan diubahsuai daripada carta alir aplikasi ICT oleh pensyarah dan pelajar dalam Hawa Rahmat, Rohaida Mashudi & Noor Watee Rahman, 2005) Pendidikan merupakan satu proses pembelajaran yang telah lama dijalankan sejak dahulu lagi. Pendidikan, satu masa dahulu, adalah pendidikan secara tidak formal dimana tidak memerlukan institusi sebagai tempat untuk menimba ilmu. Namun begitu, peredaran zaman telah pun menaiktara an pendidikan di Malaysia. Telah wujud banyak sekolah- sekolah serta pusat pengajian tinggi untuk memberi ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sedikit-sebanyak telah memberi implikasi kepada kurikulum, pendidik, serta institusi pendidikan itu sendiri. Mengenai Pendidikan Khas. Di Malaysia, pendidikan khas dikelaskan kepada mereka yang mempunyai kecacatan seperti cacat penglihatan (buta), cacat penglihatan (pekak), dan lain-lain. Falsafah Pendidikan Khas menegaskan mengenai kepentingan setiap orang kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu-individu. Oleh 45
  • 6. BAHAROM MOHAMAD itu, pendekatan pembelajaran bagi setiap pelajar pendidikan khas adalah berbeza-beza dan mengikut kesesuaian mereka. Mengenai Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional. Terdapat dua jenis kategori sekolah di bawah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional, iaitu Sekolah Khas dan Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Program integrasi (pelajar-pelajar menyesuaikan diri ke dalam sistem persekolahan yang tidak menyediakan ruang dan kemudahan untuk pengubahsuaian) dijalankan dengan kerjasama Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah harian yang mana sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Terdapat enam buah sekolah di bawah kategori sekolah ini, iaitu: Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Bharu; Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah; Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak; Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan; dan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (SMPKP Pulau Pinang), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKV Shah Alam) pula merupakan antara contoh Sekolah Khas. Mengenai Pelajar Cacat Pendengaran (Pekak). Kajian yang dijalankan adalah melibatkan pelajar cacat pendengaran dari aliran teknik dan vokasional sekolah pendidikan khas. Berdasarkan kepada pernyataan Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) bahawa kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. Di dalam Sistem Pendidikan Khas, pelajar-pelajar dengan keperluan khas dalam kategori masalah pendengaran telah menggunakan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dimana murid-murid ini dilatih daripada segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid-murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh bahasa isyarat. Program ini disediakan di dua tempat, iaitu di sekolah khas dan juga di sekolah biasa (program integrasi). Mengenai Penggunaan ICT dalam Program Pendidikan Khas. Menurut Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar- pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan, terdapat kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi, malah 46
  • 7. ATIKAN, 1(1) 2011 pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui gambar-gambar dan tayangan secara langsung (Plamen & Rodgers, 2003). Mengenai Penerimaan Guru dan Pelajar Terhadap Penggunaan ICT dalam Program Pendidikan Khas. Menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagoginya, malah ia memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan daripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputer di kalangan guru dan pelajar pendidikan khas. Ia turut dinyatakan oleh Zoraini Wati Abas (1995) di mana sikap positif yang diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah di masa akan datang. Melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh pentadbir sekolah, ia akan mempengaruhi sikap semua kakitangan sekolah. Peranan guru pendidikan khas akan menentukan minat pelajar terhadap penggunaan komputer kerana guru banyak mencorak keperibadian pelajar, lebih-lebih lagi pelajar khas. Oleh itu, penanaman sikap yang positif di kalangan guru dan pelajar pendidikan khas amat penting dalam menarik minat mereka untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. METODOLOGI, LOKASI, POPULASI, DAN SAMPEL KAJIAN Kajian yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan terhadap penggunaan ICT (Information and Communication Technology) di Sekolah Aliran Teknik dan Vokasional Pendidikan Khas. Kajian ini melibatkan pengumpulan maklumat dan data-data, menjadual data-data, membuat interpretasi, membuat perbandingan, dan merumus generalisasi yang mana semua ini merupakan ciri-ciri satu kaedah tinjauan. Kaedah yang dijalankan adalah secara kuantitatif. Lokasi kajian yang akan dilakukan adalah di Sekolah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional yang terdapat di Malaysia, iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai, Johor; Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor. Populasi bagi kajian ini adalah guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Pendidikan Khas. Responden utama kajian ini adalah pelajar-pelajar dan guru-guru. Bilangan populasi dan sampel guru yang terlibat dalam kajian adalah ditunjukkan dalam jadual di bawah ini: 47
  • 8. BAHAROM MOHAMAD Jadual 3.1. Populasi dan Sampel Kajian (Guru) Tempat Populasi Sampel Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura, Kulai 30 28 (Johor) Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor 2 2 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor 35 25 Jumlah Keseluruhan 67 55 Jumlah taburan populasi dan sampel adalah berbeza bagi setiap sekolah, seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah ini: Jadual 3.2. Populasi dan Sampel Kajian (Pelajar) Tempat Populasi Sampel Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai, 40 40 Johor. Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. 17 17 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor. 90 62 Jumlah Keseluruhan 147 119 INSTRUMEN KAJIAN, SOAL SELIDIK, PENGUMPULAN DATA, DAN KAEDAH PENGANALISIS DATA Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik. Dalam kajian ini, segala jawapan responden akan diukur dengan menggunakan skala Likert. Skala Likert yan digunakan dalam kajian ini adalah melibatkan lima pilihan. Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada skala Likert yang mempunyai pemberatan seperti dalam jadual di bawah ini: Jadual 3.3. Pemberatan Skala Likert Pemberat Skor Sangat Setuju (SS) 5 Setuju (S) 4 Tidak Pasti (TP) 3 Tidak Setuju (TS) 2 Sangat Tidak Setuju (STS) 1 48
  • 9. ATIKAN, 1(1) 2011 Terdapat dua (2) set borang soal selidik, iaitu borang soal selidik untuk guru dan borang soal selidik untuk pelajar. Skala Likert pada jadual 3.3. digunakan untuk menjawab persoalan item berkenaan penerimaan pelajar dan guru terhadap penggunaan komputer. Bagi menjawab persoalan kajian, melibatkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru dan pelajar pendidikan khas, skala Likert yang diadaptasi daripada Mahat Ibrahim (1996) yang membahagikan skala pengukuran seperti jadual di bawah ini, telah digunakan. Jadual 3.4. Skala Pengukuran Pilihan Skala Penerangan Menggunakannya dalam setiap kali pengajaran dan Sangat Kerap (SK) [5] pembelajaran. Kerap (K) [4] Menggunakan sekali sahaja dalam setiap minggu. Menggunakan sekali sahaja dalam setiap dua Sederhana Kerap (KK) [3] minggu. Kadang-kadang (SS) [2] Menggunakan sekali sahaja dalam tempoh sebulan. Tidak pernah menggunakannya dalam pengajaran Tidak Pernah (TP) [1] dan pembelajaran. Skala pengukuran ini digunakan untuk menjawab bahagian B untuk soal selidik bagi guru dan pelajar, iaitu berkenaan penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik set A dikhususkan untuk guru dan ia mempunyai empat bahagian, iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bagi bahagian A, ia mengandungi soalan berkaitan latar belakang pendidikan tenaga pengajar, seperti: jantina, tempoh berkhidmat, umur, dan lain-lain. Bagi bahagian B, ia mengandungi soalan yang akan menjawab kepada persoalan kajian pertama, iaitu penerimaan guru tehadap penggunaan komputer dalam P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Bagi bahagian C, ia mengandungi soalan berkaitan tahap penggunaan komputer oleh guru-guru dalam menjalankan tugas di sekolah pendidikan khas. Bagi bahagian D pula, ia mengandungi cadangan yang bagi membantu pengaplikasian komputer dalam P&P. Soal selidik set B pula dikhususkan untuk pelajar yang mana ia mempunyai empat bahagian, iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bagi bahagian A, soalan yang dikemukan adalah bertujuan memperoleh maklumat tentang faktor demografi responden. Ini termasuk jantina, sekolah, dan kursus yang diambil. Bagi bahagian B pula, ia bertujuan meninjau penerimaan 49
  • 10. BAHAROM MOHAMAD responden terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah pendidikan khas. Bagi bahagian C, ia adalah bagi mengetahui tahap penggunaan komputer di kalangan responden. Manakala bahagian D pula, ia merupakan cadangan yang diisi oleh responden bagi mengetahui keperluan penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mereka. Dalam kajian ini terdapat dua jenis sumber dalam pengumpulan data, iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer merupakan sumber asal sesuatu maklumat; dan dalam kajian ini sumber primer merupakan soal selidik yang dijalankan di sekolah pendidikan khas. Sumber sekunder merupakan maklumat yang diperolehi daripada buku, jurnal, laporan, artikel, dan kajian-kajian yang lepas. Data-data yang dikumpul dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif. Analisis data akan dilakukan dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 13.0. Kaedah analisis data yang telah digunakan ialah kaedah statistik deskriptif. Kaedah peratusan dan skor min digunakan bagi menjawab soalan-soalan. Bagi soalan di bahagian A, data telah dianalisis menggunakan format peratusan. Ia perlu bagi mengumpul dan menganalisis data mengenai maklumat peribadi dan mencari peratusan bagi jawapan untuk setiap item soalan. Jawapan itu kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan penganalisisan. Bagi soalan di bahagian B, C, dan D pula, kaedah statistik deskriptif seperti pengukuran menggunakan skor min telah digunakan bagi menganalisis data. Bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer di kalangan pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer, pengkaji menggunakan ujian ANOVA sehala dan penetapan nilai nisbah F sebagai aras signifikan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar- pelajar pendidikan khas di tiga buah Sekolah Pendidikan Khas, iaitu: (1) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor; (2) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai, Johor; dan (3) Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor yang merupakan sekolah integrasi. Data yang digunakan dalam bahagian ini adalah data yang diambil menggunakan cara soal selidik. Setiap soal selidik yang telah dijawab responden dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS). Data berbentuk skor min dan sisihan piawai ditunjukkan dalam bentuk jadual. 50
  • 11. ATIKAN, 1(1) 2011 Mengenai Set Soal Selidik Guru. Responden terdiri daripada guru- guru di ketiga-tiga buah sekolah yang dikaji, iaitu seramai 55 orang. Latar belakang responden yang dikaji adalah merujuk kepada umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar, pemilikan komputer peribadi, dan kemudahan komputer di sekolah. Mengenai Set Soal Selidik Pelajar. Responden terdiri daripada pelajar- pelajar pendidikan khas, iaitu seramai 117 orang pelajar. Latar belakang responden hanya melibatkan item-item nama sekolah, jantina, dan kursus yang diambil oleh pelajar. Responden-responden ini diambil secara rawak di ketiga-tiga buah sekolah ini. Setiap sekolah tersebut menyediakan kursus yang berbeza bagi pelajar-pelajar pendidikan khas. ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian seperti yang terdapat dalam borang soal selidik. Kesemua bahagian B dan C dianalisis bagi mendapatkan keputusan berbentuk statistik deskriptif. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis item-item dengan jawapan yang berskala Likert. Keputusan penganalisisan menerangkan skor min setiap item dan sisihan piawai bagi setiap item. Jawapan kepada persoalan kajian adalah ditentukan oleh purata min skor yang dapat ditafsirkan nilainya dengan merujuk kepada tafsiran skor min. Mengenai Set Soal Selidik Guru. Soal selidik untuk guru mempunyai 30 soalan yang menggunakan item skala Likert. Terdapat tiga bahagian, iaitu bahagian A, B, dan C. Bahagian B mengandungi 14 item, manakala bahagian C mengandungi 16 item. Pertama, Analisis Penerimaan Penggunaan Komputer oleh Guru Pendidikan Khas. Merujuk kepada soal selidik, item-item yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian yang berkaitan dengan penerimaan guru-guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis yang telah dijalankan bertujuan mencari nilai skor min dan sisihan piawai, seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah ini: 51
  • 12. BAHAROM MOHAMAD Jadual 4.1. Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penerimaan Guru Pendidikan Khas Terhadap Penggunaan Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Item Min Sisihan Piawai Saya suka menggunakan komputer di dalam 3.00 1.018 pengajaran. Saya berminat untuk mendalami penggunaan 3.55 0.538 komputer. Saya sedia mengikuti kursus komputer supaya dapat 3.49 0.791 diaplikasikan dalam pengajaran. Saya sentiasa mengikuti perkembangan penggunaan 2.22 1.487 komputer dalam pendidikan. Saya sentiasa menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aplikasi penggunaan komputer di dalam pengajaran dan 1.04 1.440 pembelajaran. Saya kerap menggunakan komputer semasa proses 1.91 1.266 pengajaran. Penggunaan komputer membantu saya mengajar dengan 2.82 1.263 lebih sistematik. Penggunaan komputer meyakinkan saya untuk mengajar. 2.80 1.253 Penggunaan komputer menarik minat pelajar mengikuti 3.15 0.911 pengajaran. Penggunaan komputer boleh menghilangkan rasa bosan 3.22 0.738 semasa mengajar. Penggunaan komputer membolehkan saya mempelbagaikan 3.13 0.818 kaedah pengajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran membolehkan saya 2.95 1.044 dapat menjimatkan masa. Penggunaan komputer dalam pengajaran membolehkan saya 2.80 1.253 dapat menjimatkan tenaga. Penggunaan komputer banyak memudahkankan kerja-kerja 3.15 0.780 saya semasa mengajar. Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 2.80 1.043 Kedua, Analisis Tahap Penggunaan Komputer oleh Guru Pendidikan Khas. Bahagian C dalam borang soal selidik mempunyai 16 item yang berkaitan dengan tahap penggunaan komputer oleh guru pendidikan khas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis yang dijalankan adalah untuk mencari nilai min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian yang kedua seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah ini: 52
  • 13. ATIKAN, 1(1) 2011 Jadual 4.2. Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penggunaan Komputer oleh Guru Pendidikan Khas Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Item Min Sisihan Piawai Membina alat bahan bantu mengajar. 2.13 1.667 Membuat persembahan pengajaran di dalam kelas. 1.84 1.537 Membuat penyediaan pengajaran yang saya jalankan 2.44 1.358 dalam kelas. Membuat slaid Power Point dalam pengajaran dan 2.15 1.471 pembelajaran. Membuat soalan latihan kepada pelajar. 3.16 1.316 Menyediakan kertas soalan ujian peperiksaan. 3.31 1.200 Membuat kerja-kerja harian saya. 3.13 1.203 Menyiapkan tugasan yang diberikan. 3.31 0.940 Mencari bahan pengajaran melalui internet. 2.53 1.501 Menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan data. 2.29 1.524 Membuat urusan pentadbiran sekolah. 2.82 1.415 Menyimpan data berkaitan biodata pelajar. 2.69 1.464 Menyimpan data berkaitan penilaian pelajar. 2.95 1.420 Menggalakkan pelajar menyiapkan tugasan dengan 2.09 1.469 komputer. Menyediakan nota dan bahan pengajaran. 2.96 1.247 Menyimpan maklumat-maklumat sulit. 2.36 1.704 Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 2.64 1.402 Mengenai Set Soal Selidik Pelajar. Soal selidik untuk pelajar mempunyai 23 soalan yang menggunakan item skala Likert. Terdapat tiga bahagian, iaitu bahagian A, B, dan C. Bahagian A meliputi latar belakang responden terdiri daripada 3 item, bahagian B mengandungi 10 item, manakala bahagian C mengandungi 10 item. Soal selidik ini dibina mengikut tahap pelajar pendidikan khas dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Pertama, Analisis Penerimaan Komputer oleh Pelajar Pendidikan Khas. Bahagian B mempunyai 10 item yang berkaitan dengan penerimaan pelajar pendidikan khas terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Taburan analisis skor min dan sisihan piawai bagi penerimaan pelajar pendidikan khas terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan pada jadual di bawah ini: 53
  • 14. BAHAROM MOHAMAD Jadual 4.3. Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penerimaan Pelajar Pendidikan Khas Terhadap Penggunaan Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Item Min Sisihan Piawai Minat untuk belajar. 2.66 1.334 Tidak megantuk dalam kelas. 1.78 1.320 Boleh faham dengan baik. 2.71 1.371 Jelas dengan penerangan guru. 2.17 1.422 Yakin untuk belajar. 2.44 1.494 Bersemangat untuk belajar. 2.43 1.392 Juga akan menggunakan komputer untuk siapkan kerja 2.44 1.417 sekolah. Suka dengan apa yang cikgu ajar. 2.53 1.399 Tidak cepat bosan dalam kelas. 1.41 1.445 Senang terima apa yang cikgu ajar. 2.43 1.295 Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 2.30 1.389 Kedua, Analisis Penggunaan Komputer oleh Pelajar Pendidikan Khas. Bahagian C mempunyai 10 item yang berkaitan dengan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis yang telah dijalankan adalah bagi mencari nilai min dan skor piawai bagi setiap item dan keseluruhan item seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah ini: Jadual 4.4. Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penggunaan Komputer oleh Pelajar Pendidikan Khas Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Item Min Sisihan Piawai Menaip dengan komputer. 2.03 1.383 Membuat kerja sekolah dengan komputer. 2.18 1.483 Mencari maklumat melalui internet. 1.84 1.408 Menggunakan perisian Microsoft Office. 1.70 1.334 Menggunakan Microsoft Power Point. 2.09 1.489 Menggunakan Microsoft Excell. 1.83 1.341 Menyimpan data menggunakan komputer. 2.43 1.422 Membuat animasi/grafik. 1.73 1.271 Membuat pengiraan dengan komputer. 1.82 1.381 Membuat latihan dengan komputer. 2.50 1.297 Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 2.02 1.381 54
  • 15. ATIKAN, 1(1) 2011 Ketiga, Perbezaan Terhadap Penerimaan dan Penggunaan Komputer di Kalangan Pelajar Pendidikan Khas yang Mengambil Mata Pelajaran Komputer dengan Pelajar yang Tidak Mengambil Mata Pelajaran Komputer. Analisis telah dijalankan bagi menjawab persoalan kajian kelima, iaitu mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer. Kaedah yang sesuai dijalankan untuk menjawab persoalan ini adalah dengan menggunakan ujian ANOVA sehala. Keputusan bagi analisis yang dijalankan ditunjukkan pada jadual di bawah ini: Jadual 4.5. Perbezaan Skor Min antara Ketiga-tiga Sekolah Ujian ANOVA Sehala Tajuk Mean Square Nisbah F Sig Penerimaan Antara kumpulan 0.477 0.988 0.375 Dalam Kumpulan 0.483 Penggunaan Antara kumpulan 1.945 3.346 0.039 Dalam Kumpulan 0.581 Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer. Statistik yang signifikan antara penerimaan komputer oleh pelajar pendidikan khas di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di ketiga-tiga sekolah dari aspek penggunaan, terdapat perbezaan yang signifikan. Maka dengan ini pengkaji perlu menerima hipotesis awal yang dibina pada awal kajian. Data berkaitan demografi responden dianalisis bagi tujuan data sokongan sahaja. Data-data ini dianalisis bagi melihat peratusan bagi setiap item. Bagi melihat penerimaan guru terhadap penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran, skor min keseluruhan menunjukkan nilai yang paling tinggi, iaitu 3.99. Ini membuktikan bahawa guru memang menerima penggunaan komputer semasa proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Begitu juga dengan tahap penggunaan komputer di dalam pengajaran yang mana penggunaannya adalah berada pada tahap tinggi berdasarkan nilai skor min keseluruhan yang diperolehi. 55
  • 16. BAHAROM MOHAMAD Sementara itu, pelajar pendidikan khas tidak menerima dan menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai skor min keseluruhan yang didapati, iaitu pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, penerimaan dan penggunaan komputer di semua lokasi kajian adalah sama berdasarkan analisis yang didapati. PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan khas mempunyai kesedaran tentang kepentingan penggunaan komputer dan ini menyebabkan mereka mengikuti kursus komputer. Ini seterusnya membolehkan penggunaan komputer dalam pengajaran berlaku dengan berkesan dan ia memberikan kelebihan kepada guru-guru, kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa guru-guru mempunyai sikap dan penerimaan yang tinggi terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran. Selain itu, pengkaji mendapati guru-guru menggunakan komputer pada tahap yang tinggi dalam melibatkan pengurusan dan tugas-tugas guru. Namun begitu, masih terdapat segelintir guru yang kurang menyedari tentang pentingnya penggunaan komputer dalam perlaksanaan tugas harian mereka, seperti pengajaran dan pengurusan tugas dimana mereka masih menggunakan teknik pengajaran tradisional. Kajian ini juga mendapati pelajar pendidikan khas kurang menerima penggunaan komputer semasa pembelajaran di dalam kelas kerana penerimaan mereka terhadap teknologi ICT (Information and Communication Technology) masih baru. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam memupuk sikap positif pelajar supaya penerimaan mereka terhadap penggunaan komputer adalah pada tahap tinggi seperti guru mereka. Kajian ini juga menunjukkan pelajar jarang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pelajaran mereka, kerana mereka kurang didedahkan dengan penggunaan komputer di sekolah. Kajian ini menunjukkan tahap penerimaan dan penggunaan oleh pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil matapelajaran komputer adalah sama. Walaupun sistem yang digunakan oleh setiap sekolah adalah berbeza, namun ia tidak mempengaruhi pelajar pendidikan khas dalam menerima dan menggunakan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapat dirumuskan di sini bahawa strategi pengajaran merupakan antara faktor dalam menentukan kecemerlangan pelajar pendidikan khas, kerana peranan guru pendidikan khas amat penting dalam menentukan 56
  • 17. ATIKAN, 1(1) 2011 keberkesanan penggunaan komputer. Dengan pendedahan yang berterusan ke arah membudayakan penggunaan komputer, ia banyak memberi kelebihan kepada pelajar pendidikan khas dalam bersaing dengan pelajar biasa. Ini adalah bertujuan mengelakkan pelajar pendidikan khas ketinggalan ICT, memandangkan perkembangannya yang terlampau pesat. Oleh sebab itu, peranan pihak sekolah amat penting dalam menyediakan kemudahan komputer di sekolah. Pengkaji telah memberikan beberapa cadangan berdasarkan kepada rumusan dan perbincangan yang telah dibuat. Antaranya ialah guru sepatutnya sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat mempelbagaikan teknik pengajaran. Selain itu, pihak sekolah perlu menyediakan kursus berkaitan penggunaan komputer secara berjadual sepanjang tahun, memperbanyakkan bekalan komputer, dan melantik pakar komputer di sekolah. Di samping itu, KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) boleh mewujudkan latihan tentang kemahiran komputer dalam waktu persekolahan untuk guru pendidikan khas dan mewujudkan kerjasama dengan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) dalam membina perisian-perisian kandungan pembelajaran untuk kegunaan semua pelajar. Bibliografi Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad & Kamaliah Ahmad. (2005). “Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran Komputer untuk Pelajar Berkeperluan Khas”. Prosiding ICT Education. Putra Jaya, Malaysia: Universiti Multimedia. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Effandi Zakaria. (2004). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. Pahang, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Hawa Rahmat, Rohaida Mashudi & Noor Watee Rahman (2005). “Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui ICT di Peringkat Universiti”. Dapatan Penyelidikan Tidak Diterbitkan. Putra Jaya, Malaysia: Pusat Pengajian Teras dan Pendidikan Lanjutan (FoSEE), Universiti Multimedia. Mahat Ibrahim. (1996). “Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Matematik di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat, Johor: Satu Kajian”. Tesis Sarjana Teknologi Pendidikan Tidak Diterbitkan. Johor: UTM [Universiti Teknologi Malaysia]. 57
  • 18. BAHAROM MOHAMAD Mohd Arif Hj Ismail & Norsiati Razali @ Mohd Ghazali. (2003). “Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektif Mata Pelajaran Kimia SPM” dalam Jurnal Pendidikan UKM, Jil.3, Bil.1 [April]. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], ms.7-11. Plamen, Miltenoff & Judith Rodgers. (2003). “Teaching with Technology : Multimedia and Interactivity in Social Science Education” dalam ProQuest Education Journals, 10(2), pp.34. Tan Ai Goh. (1998). “Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Convent Kajang” dalam Jurnal Pendidikan Tiga, 1(2), pp.1-5. Zoraini Wati Abas. (1995). “Going Global on the Internet: What’s in it for the Educator”. Proceeding on the Educomp 94 Vision for Teaching and Learning. Kuala Lumpur: Malaysian Council for Computer in Education 2. 58