Kaedah perlaksanaan latih tubi yang betul untuk m3
1. Kaedah Perlaksanaan Latih Tubi Yang Betul
Pertama
lebihkan membuat latihan daripada membaca.
Kedua
dapatkan soalan-soalan lepas. Soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam setiap
subjek.
Ketiga
buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan, kita akan nampak soalan
bagaimana yang bakal keluar nanti.
DICATAT OLEH NOOR MAZWAN ABDULLAH DI 8:14 PTG 0 ULASAN
LABEL: TEKNIK BELAJAR MATEM ATIK
Berapa lamakah masa yang perlu diperuntukkan untuk belajar matematik?
Tempoh masa yang diambil untuk belajar matematik adalah bergantung kepada tahap kemampuan anda tetapi
adalah disarankan bahawa ianya dapat dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sehari dan perlu dilakukan setiap hari.
Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar. Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan
mewujudkan kumpulan belajar matematik.
DICATAT OLEH NOOR MAZWAN ABDULLAH DI 8:02 PTG 0 ULASAN
LABEL: TEKNIK BELAJAR MATEM ATIK
Bagaimana ingin menjadi bijak dan berjaya dalam Matematik?
1. Pertama, kalau hendak pandai matematik, kita kena suka kepada matapelajaran tu. Bagaimana kalau kita
memang tak suka? Caranya, mula-mula buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita seperti berlakon yang kita
sukakan subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tidak perlu terus mula dengan menjawab 100
soalan. Bukannya apa, dikhuatiri berlaku kejutan pada diri dan selepas tu terus jadi benci dan akhirnya berhenti.
2. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang
anda perlu buat latihan untuk menguasainya, dan bukan sekadar membaca. Ada di kalangan pelajar yang belajar
matematik dengan hanya membaca sahaja. Kaedah sebegitu adalah satu kaedah pembelajaran yang salah. Saya
sendiri berjaya menguasai matematik kerana banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya
menjadi semakin cekap.
2. 3. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin dalam menjawab soalan. Walaupun anda faham
topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri
untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda
ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu
iaitu cuba latih diri anda menjawab dengan secepat mungkin.
4. Anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima
yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat
sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi,
menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin
kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat
mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5. Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda
ambil kisah tidak kisah sahaja, sukar untuk anda kuasai subjek ini.
Semoga berjaya. Insya’ALLAH.
DICATAT OLEH NOOR MAZWAN ABDULLAH DI 5:29 PTG 3 ULASAN
LABEL: TEKNIK BELAJAR MATEM ATIK
Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Mata Pelajaran Lain
Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah
matematik dapat membantu anda untuk:
1. lebih memahami topik-topik dalam matematik
2. lebih mengingati fomula matematik.
3. Meningkatkan tahap teknik menjawab anda.
Tips: Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.
DICATAT OLEH NOOR MAZWAN ABDULLAH DI 4:21 PTG 0 ULASAN
LABEL: TEKNIK BELAJAR MATEM ATIK
Teknik Belajar Matematik - Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif
3. Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;
• Mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk
meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
• Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan
berbanding belajar sendiri.
• Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu secara bersendirian sebelum kelas matematik bermula.
• Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berada bersama guru.
• Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang anda tidak tahu. Cara sebegini akan lebih
mendekatkan anda dengan guru. Ini akan lebih memotivasikan anda untuk berjaya dalam mata pelajaran
matematik.
DICATAT OLEH NOOR MAZWAN ABDULLAH DI 4:11 PTG 0 ULASAN
LABEL: TEKNIK BELAJAR MATEM ATIK
Catatan TerbaruLaman utama
Langgan: Catatan (Atom)
CARI BLOG INI
Search
powered by
PENGIKUT
LENCANA FACEBOOK
Noor Mazwan Abdullah
4. dikwanz@yahoo.com
ISI KANDUNGAN BLOG
Formula PMR (2)
Koleksi Soalan Percubaan PMR (2)
Kuiz Matematik (2)
Latihan Ulangkaji (12)
Nota Matematik Tingkatan 1 (8)
Nota Matematik Tingkatan 2 (9)
Nota Matematik Tingkatan 3 (7)
Persediaan Pelajar (3)
Renungan (4)
Simbol Arithmetik PMR (1)
Skima Jawapan Percubaan PMR (2)
Teknik Belajar Matematik (5)
Teknik Menjawab PMR (3)
Video Matematik (7)
BERAPA LAMA LAGI?
PAUTAN MATEMATIK
Koleksi Soalan Moz@c
Bank Soalan Matematik (Ambrose)
Penyelesaian Masalah Matematik
Soalan Matematik PMR (Cikgu Ruhaifi)
PAUTAN MATA PELAJARAN LAIN
5. Seni itu Indah
Mari Belajar Bahasa Melayu
KALENDAR
Takwim Peperiksaan
Kalendar Persekolahan 2011
Jadual Pembayaran Gaji 2011
PORTAL PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Cikgu.Net
mySchoolNet (KPM)
Portal Pendidikan Utusan
Web Sekolah Berita Harian
SUMBER INFORMASI TERKINI
Berita Harian
Bernama
Harian Metro
Kosmo
Malaysiakini
New Straits Times
Sinar
The Star
Utusan Malaysia
KALENDAR MASIHI
MASA ITU EMAS
6. PANDUAN WAKTU SOLAT
AL-QURAN
(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi
penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.
Surah Hud ayat 95
Powered by WaktuSolat.net
HADITH MUSLIM
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bangkit dari tidurnya, janganlah dia mencelupkan
tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya terlebih dahulu sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di
manakah tangannya diletakkan ketika tidur.
(Riwayat Muslim, #416)
Powered by WaktuSolat.net
AKUARIUM
ALANGKAH INDAHNYA ALAM