SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
Bahagian Dua: Ayat 
5 
BAB 2 
AYAT TANYA 
Ayat tanya digunakan untuk bertujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya yang digunakan 
untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu 
pertanyaan merupakan penjelasan. 
Ayat contoh: 
Mereka pelajar sekolah ini? 
Jawapan: Ya, pelajar tersebut murid sekolah ini. 
2.1 Kesalahan Lazim 
(a) Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan “kata tanya” tetapi mestilah 
ada tanda tanya (?). 
Ayat contoh: 
(i) Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja? 
(ii) Nama bapa saudara awak ialah Kamaruddin bin Ishak? 
(b) Penegas “kah” tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya 
Ayat contoh: 
(i) Semalam awak tidak hadir, mengapakah? 
(ii) Awak akan melancong ke sana, bilakah? 
Ayat yang betul: 
(i) Semalam awak tidak hadir, mengapa? 
(ii) Mengapakah awak tidak hadir semalam? 
(iii) Awak akan melancong ke sana, bila? 
(iv) Bilakah awak akan melancong ke sana?
Bahagian Dua: Ayat 
6 
(c) Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat tanya. 
(tukar dengan menyebut “fungsinya”) 
Ayat yang salah: 
(i) Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak. 
(ii) Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut. 
(iii) Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang. 
(iv) Kami tidak tahu bagaimana anda terjatuh ke dalam longkang itu. 
Ayat yang betul: 
(i) Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak. 
(ii) Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut. 
(iii) Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang. 
(iv) Kami tidak tahu punca anda terjatuh ke dalam longkang itu. 
(d) Kata tanya “apa” tidak boleh digunakan untuk manusia dan “siapa” tidak boleh 
digunakan untuk binatang. 
Ayat yang salah: 
(i) Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang menjadi doktor itu? 
(ii) Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu? 
Ayat yang betul: 
(i) Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu? 
(ii) Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu? 
(e) Jika kata tanya diletakkan di hadapan ayat, partikal -kah mesti diletakkan. 
Ayat yang salah: 
(i) Mengapa awak tidur di lantai? 
(ii) Bila awak tiba di sini?
Bahagian Dua: Ayat 
7 
Ayat yang betul: 
(i) Mengapakah awak tidur di lantai? 
(ii) Bilakah awak tiba di sini? 
2.2 Rumus 
2.2.1 Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis: 
(i) Ayat tanya tanpa kata tanya 
(ii) Ayat tanya dengan unsur tanya 
2.2.2 Ayat tanya tanpa kata tanya 
Ayat tanya tanpa kata tanya terbentuk dengan mengekalkan bentuk ayat penyata dan 
dengan menggunakan intonasi menaik pada akhir. Dalam tulisan, nada tanya ini 
dilambangkan oleh tanda tanya(?). 
Ayat contoh: 
(i) Kanak-kanak itu sudah pulang? 
(ii) Bola di tepi padang bola kamu? 
(iii) Pelajar itu masih menangis? 
Ayat jenis ini boleh disertai partikel-kah, tetapi partikel ini tidak boleh diletakkan pada 
hujung ayat. Hal ini demikian kerana tugas partikel -kah adalah untuk menegaskan 
predikat. Apabila predikat diberikan penegasan, maka kedudukan predikat mesti 
berada di hadapan seperti 1(b). 
1 (a) *Azim sudah makankah? 
1 (b) Sudah makankah Azim? 
Ayat pasif pula dapat dijadikan ayat tanya pasif dalam bentuk susunan biasa atau 
susunan songsang.
Bahagian Dua: Ayat 
8 
Ayat contoh: 
1 Buku itu diambil oleh Azam. (ayat pasif kata ganti nama diri ketiga) 
2 Buku ini akan dibawa oleh Azam? (ayat tanya pasif susunan biasa) 
3 Akan dibawa oleh Azam buku ini? (ayat tanya pasif susunan songsang) 
4 Basikal itu akan saya ambil. (ayat pasif kata ganti diri pertama) 
5 Basikal itu akan kamu ambil? (ayat tanya pasif susunan biasa) 
6 Akan kamu ambilkan basikal itu? (ayat tanya pasif susunan songsang) 
Ayat tanya pasif susunan biasa 
Subjek 
(penderita) 
Kata bantu Predikat 
Buku ini akan dibawa oleh Azmi? 
Ayat tanya pasif susunan songsang 
Predikat Subjek 
Kata bantu Frasa Kerja Subjek 
Akan dibawa oleh 
Azmi 
buku ini? 
2.2.3 Ayat Tanya dengan Unsur Tanya 
Ayat tanya dengan unsur tanya iaitu ayat tanya yang mempunyai unsur seperti apa, siapa, 
mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Ayat-ayat ini ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu: 
(a) Ayat tanya dengan kata tanya. 
(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. 
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi tanya. 
2.2.4 Ayat Tanya dengan Kata Tanya 
Ayat tanya yang mempunyai unsur tanya ialah ayat tanya yang mempunyai unsur 
tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Kata tanya ini 
menduduki unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:
Bahagian Dua: Ayat 
9 
1 Pertandingan drama itu bila? 
2 Pelajaran kamu bagaimana? 
3 Bilangan pelajar kelas ini berapa? 
4 Adik menangis mengapa? 
Subjek Predikat 
Pertandingan drama itu bila? 
Pelajaran kamu bagaimana? 
Ayat tanya di atas boleh dijadikan susunan songsang. Namun begitu, dalam tulisan, kata 
tanya ini perlu menerima partikel -kah, jika tidak, ayat itu tidak gramatis. 
Ayat contoh: 
1 (a) *Bila pertandingan drama itu? 
1 (b) Bilakah pertandingan drama? 
2 (a) *Bagaimana pelajaran kamu? 
2 (b) Bagaimanakah pelajaran kamu? 
3 (a) *Berapa bilangan pelajar kelas ini? 
3 (b) Berapakah bilangan pelajar kelas ini? 
4 (a) *Mengapa adik menangis? 
4 (b) Mengapakah adik menangis? 
Subjek Predikat 
Bilakah pertandingan drama itu? 
Mengapakah adik menangis? 
2.2.5 Ayat Tanya dengan Ganti Nama Diri Tanya 
Ayat tanya yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana. 
Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat. Oleh itu, 
kata ganti nama diri tanya boleh menjadi inti frasa nama. Apabila ayat ini mengalami 
pendepanan predikat, partikel-kah diperlukan pada kata tanya tersebut. Contoh: 
(1) Benda itu apa? 
(2) Apakah benda itu? 
(3) Orang tua itu siapa?
Bahagian Dua: Ayat 
10 
(4) Siapakah orang tua itu? 
(5) Hadiah itu mana? 
(6) Manakah hadiah itu? 
Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dalam struktur ayat relatif, apabila 
disongsangkan perlu menerima partikel -kah. Ketiadaan partikel -kah menyebabkan 
ayat tersebut tidak gramatis. Jika ayat di bawah tidak diletakkan partikel -kah pada kata 
tanya tersebut, ayat itu tidak gramatis kerana tiada subjek. Contoh: 
1(a) Yang dicari siapa? 
1(b) Siapakah yang dicari? 
1(c) *Siapa yang dicari? 
2.2.6 Ayat Tanya Sendi Nama 
Ayat tanya jenis ini mengandungi kata sendi nama dan diikuti oleh kata tanya untuk 
membentuk frasa sendi nama tanya. Antara contoh frasa sendi nama tanya ialah di 
mana, dari mana, ke mana, sejak bila, dengan siapa, seperti mana untuk siapa dan 
sebagainya. Dalam ayat susunan biasa, frasa sendi tanya menerima partikel -kah. 
Ketiadaan partikel -kah menyebabkan ayat itu tidak gramatis, contohnya: 
1 (a) Awak tinggal di mana? 
2 (b) Di manakah awak tinggal? 
3 (c) *Di mana awak tinggal? 
2.2.7 Ayat Tanya Berdasarkan Jawapan yang Dikehendaki 
Berdasarkan jawapan yang dikehendaki, ayat tanya dapat dibahagikan kepada dua 
jenis, iaitu: 
2.2.7.1 Ayat Tanya Tertutup 
Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang dapat dijawab dengan kata ya, tidak, tidak 
tahu atau bukan. Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan intonasi 
menaik pada akhir ayat, atau dengan menambahkan kata tanya dalam ayat. Contoh:
Bahagian Dua: Ayat 
11 
1 (a) Air itu panas. (ayat penyata) 
1 (b) Air itu panas? (ayat tanya tertutup) 
1 (c) Adakah air itu panas? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya) 
Ya, air itu panas. (jawapan) 
2 (a) Dia abang Faiz. (ayat penyata) 
2 (b) Dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup) 
2 (c) Adakah dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya) 
Bukan, dia bukan abang Faiz. (Jawapan) 
Perhatian bahawa jika jawapan bagi ayat tanya adalah bukan atau tidak, kata nafi 
bukan dan tidak itu diulang. 
2.2.7.2 Ayat Tanya Terbuka 
Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan yang berupa penjelasan dan penerangan. 
Ayat jenis ini ditandai oleh adanya kata tanya seperti bagaimana, bila, berapa, siapa, 
mana, apa, dan kenapa. Frasa sendi nama tanya seperti yang mana, di mana, sejak 
bila dan sebagainya. Kedudukan kata tanya boleh dipindahkan sama ada di hadapan 
atau di akhir ayat. Ayat tanya jenis ini boleh disertai dengan partikel -kah dalam ayat 
songsang. Contohnya: 
1 Siti membeli apa? 
Siti membeli sayur. 
2 Bapa Hani siapa? 
Bapa Hani pegawai tentera. 
3 Dari manakah lelaki itu berasal? 
Lelaki itu berasal dari Pahang.
Bahagian Dua: Ayat 
12 
2.3 Latihan Pengukuhan 
2.3.1 Mengenal Pasti Kesalahan 
Gariskan perkataan dan frasa yang salah dalam ayat yang berikut. 
1. Syuhada telah pergi ke bandarkah? 
2. Bila ayah akan menjahit baju kebaya itu untuk adik? 
3. Mengapa adik tidak makan apa-apa semalam? 
4. Kamu berasal dari manakah? 
5. Apa nama pengawas itu? 
6. Bila ayah akan pulang? 
7. Binatang peliharaan awak bernama siapa? 
8. Sejak bila dia tidak hadir? 
9. Dari mana pemuda itu? 
10. Mengkaji sejarah Melakakah Ahmad. 
2.3.2 Membetulkan Kesalahan dalam Ayat 
Tulis semula ayat tanya di bawah dengan struktur yang betul. 
1. Bila majlis pertunangan adik kamu? 
________________________________________ 
2. Pukul berapa kamu pergi ke sekolah? 
_________________________________________ 
3. Kamu bangun setiap pagi pukul berapakah? 
_________________________________________ 
4. Di mana bola-bola itu kamu simpan? 
_________________________________________ 
5. Mereka pergi ke sekolahkah? 
_________________________________________
Bahagian Dua: Ayat 
13 
2.3.3 Memilih Ayat yang Betul / Salah 
Tandakan (√) jika ayat tersebut betul dan tandakan (X) jika ayat tersebut salah. 
Bil Ayat Betul/Salah 
1 Mengapa mereka bergaduh pagi tadi? 
2 Awak balik ke asrama bila? 
3 Sudah berkahwin perempuan yang cantik itu? 
4 Pukul berapa kakak bangun pagi itu? 
5 Yang dibaca oleh Ali apakah? 
6 Siapakah nama pelajar perempuan yang pandai itu? 
7 Sejak bila dia tidak hadir? 
8 Siapa nama kucing itu.

Weitere Àhnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
firo HAR
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
HT Hong
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
azimahmb
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
bunikshah
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
firo HAR
 

Was ist angesagt? (20)

Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
3. tatabahasa
3. tatabahasa3. tatabahasa
3. tatabahasa
 
Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Bentuk kata
Bentuk kataBentuk kata
Bentuk kata
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 

Ähnlich wie Bab 2-ayat-tanya

Soal bind smk 3
Soal bind smk 3Soal bind smk 3
Soal bind smk 3
heri baskoro
 
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang carubanPretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Eko Tri Budiyanto
 
Aktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi namaAktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi nama
Jessyca Ungat
 
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Subaidah Sudin
 
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Subaidah Sudin
 
Last minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayuLast minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayu
timothy yonglk
 

Ähnlich wie Bab 2-ayat-tanya (18)

Jenis jenis ayat
Jenis jenis ayatJenis jenis ayat
Jenis jenis ayat
 
Soal bind smk 3
Soal bind smk 3Soal bind smk 3
Soal bind smk 3
 
SOAL & JAWABAN UN BAHASA INDONESIA
SOAL & JAWABAN UN BAHASA INDONESIA SOAL & JAWABAN UN BAHASA INDONESIA
SOAL & JAWABAN UN BAHASA INDONESIA
 
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang carubanPretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
 
Aktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi namaAktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi nama
 
Jenis-jenis ayat bahasa melayu
Jenis-jenis  ayat bahasa melayuJenis-jenis  ayat bahasa melayu
Jenis-jenis ayat bahasa melayu
 
Ayat tanya
Ayat tanyaAyat tanya
Ayat tanya
 
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
 
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11Teknik menjawab bahasa malaysia 11
Teknik menjawab bahasa malaysia 11
 
Last minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayuLast minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayu
 
Sistem dan aplikasi bahasa
Sistem dan aplikasi bahasaSistem dan aplikasi bahasa
Sistem dan aplikasi bahasa
 
Kata tanya
Kata tanyaKata tanya
Kata tanya
 
Title title - PENULISAN SOAL AKM-SRI SUGIARTI.pptx
Title title - PENULISAN SOAL AKM-SRI SUGIARTI.pptxTitle title - PENULISAN SOAL AKM-SRI SUGIARTI.pptx
Title title - PENULISAN SOAL AKM-SRI SUGIARTI.pptx
 
Bahasaindonesiamandiri
BahasaindonesiamandiriBahasaindonesiamandiri
Bahasaindonesiamandiri
 
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.pptTATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 
PPT Kalimat Baku dan Kalimat Efektif.pptx
PPT Kalimat Baku dan Kalimat Efektif.pptxPPT Kalimat Baku dan Kalimat Efektif.pptx
PPT Kalimat Baku dan Kalimat Efektif.pptx
 
Kalimat dan Kalimat Efektif.docx
Kalimat dan Kalimat Efektif.docxKalimat dan Kalimat Efektif.docx
Kalimat dan Kalimat Efektif.docx
 

KĂŒrzlich hochgeladen

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

KĂŒrzlich hochgeladen (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 

Bab 2-ayat-tanya

  • 1. Bahagian Dua: Ayat 5 BAB 2 AYAT TANYA Ayat tanya digunakan untuk bertujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu pertanyaan merupakan penjelasan. Ayat contoh: Mereka pelajar sekolah ini? Jawapan: Ya, pelajar tersebut murid sekolah ini. 2.1 Kesalahan Lazim (a) Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan “kata tanya” tetapi mestilah ada tanda tanya (?). Ayat contoh: (i) Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja? (ii) Nama bapa saudara awak ialah Kamaruddin bin Ishak? (b) Penegas “kah” tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya Ayat contoh: (i) Semalam awak tidak hadir, mengapakah? (ii) Awak akan melancong ke sana, bilakah? Ayat yang betul: (i) Semalam awak tidak hadir, mengapa? (ii) Mengapakah awak tidak hadir semalam? (iii) Awak akan melancong ke sana, bila? (iv) Bilakah awak akan melancong ke sana?
  • 2. Bahagian Dua: Ayat 6 (c) Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat tanya. (tukar dengan menyebut “fungsinya”) Ayat yang salah: (i) Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak. (ii) Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut. (iii) Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang. (iv) Kami tidak tahu bagaimana anda terjatuh ke dalam longkang itu. Ayat yang betul: (i) Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak. (ii) Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut. (iii) Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang. (iv) Kami tidak tahu punca anda terjatuh ke dalam longkang itu. (d) Kata tanya “apa” tidak boleh digunakan untuk manusia dan “siapa” tidak boleh digunakan untuk binatang. Ayat yang salah: (i) Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang menjadi doktor itu? (ii) Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu? Ayat yang betul: (i) Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu? (ii) Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu? (e) Jika kata tanya diletakkan di hadapan ayat, partikal -kah mesti diletakkan. Ayat yang salah: (i) Mengapa awak tidur di lantai? (ii) Bila awak tiba di sini?
  • 3. Bahagian Dua: Ayat 7 Ayat yang betul: (i) Mengapakah awak tidur di lantai? (ii) Bilakah awak tiba di sini? 2.2 Rumus 2.2.1 Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis: (i) Ayat tanya tanpa kata tanya (ii) Ayat tanya dengan unsur tanya 2.2.2 Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya terbentuk dengan mengekalkan bentuk ayat penyata dan dengan menggunakan intonasi menaik pada akhir. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda tanya(?). Ayat contoh: (i) Kanak-kanak itu sudah pulang? (ii) Bola di tepi padang bola kamu? (iii) Pelajar itu masih menangis? Ayat jenis ini boleh disertai partikel-kah, tetapi partikel ini tidak boleh diletakkan pada hujung ayat. Hal ini demikian kerana tugas partikel -kah adalah untuk menegaskan predikat. Apabila predikat diberikan penegasan, maka kedudukan predikat mesti berada di hadapan seperti 1(b). 1 (a) *Azim sudah makankah? 1 (b) Sudah makankah Azim? Ayat pasif pula dapat dijadikan ayat tanya pasif dalam bentuk susunan biasa atau susunan songsang.
  • 4. Bahagian Dua: Ayat 8 Ayat contoh: 1 Buku itu diambil oleh Azam. (ayat pasif kata ganti nama diri ketiga) 2 Buku ini akan dibawa oleh Azam? (ayat tanya pasif susunan biasa) 3 Akan dibawa oleh Azam buku ini? (ayat tanya pasif susunan songsang) 4 Basikal itu akan saya ambil. (ayat pasif kata ganti diri pertama) 5 Basikal itu akan kamu ambil? (ayat tanya pasif susunan biasa) 6 Akan kamu ambilkan basikal itu? (ayat tanya pasif susunan songsang) Ayat tanya pasif susunan biasa Subjek (penderita) Kata bantu Predikat Buku ini akan dibawa oleh Azmi? Ayat tanya pasif susunan songsang Predikat Subjek Kata bantu Frasa Kerja Subjek Akan dibawa oleh Azmi buku ini? 2.2.3 Ayat Tanya dengan Unsur Tanya Ayat tanya dengan unsur tanya iaitu ayat tanya yang mempunyai unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Ayat-ayat ini ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu: (a) Ayat tanya dengan kata tanya. (b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. (c) Ayat tanya dengan frasa sendi tanya. 2.2.4 Ayat Tanya dengan Kata Tanya Ayat tanya yang mempunyai unsur tanya ialah ayat tanya yang mempunyai unsur tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Kata tanya ini menduduki unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:
  • 5. Bahagian Dua: Ayat 9 1 Pertandingan drama itu bila? 2 Pelajaran kamu bagaimana? 3 Bilangan pelajar kelas ini berapa? 4 Adik menangis mengapa? Subjek Predikat Pertandingan drama itu bila? Pelajaran kamu bagaimana? Ayat tanya di atas boleh dijadikan susunan songsang. Namun begitu, dalam tulisan, kata tanya ini perlu menerima partikel -kah, jika tidak, ayat itu tidak gramatis. Ayat contoh: 1 (a) *Bila pertandingan drama itu? 1 (b) Bilakah pertandingan drama? 2 (a) *Bagaimana pelajaran kamu? 2 (b) Bagaimanakah pelajaran kamu? 3 (a) *Berapa bilangan pelajar kelas ini? 3 (b) Berapakah bilangan pelajar kelas ini? 4 (a) *Mengapa adik menangis? 4 (b) Mengapakah adik menangis? Subjek Predikat Bilakah pertandingan drama itu? Mengapakah adik menangis? 2.2.5 Ayat Tanya dengan Ganti Nama Diri Tanya Ayat tanya yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat. Oleh itu, kata ganti nama diri tanya boleh menjadi inti frasa nama. Apabila ayat ini mengalami pendepanan predikat, partikel-kah diperlukan pada kata tanya tersebut. Contoh: (1) Benda itu apa? (2) Apakah benda itu? (3) Orang tua itu siapa?
  • 6. Bahagian Dua: Ayat 10 (4) Siapakah orang tua itu? (5) Hadiah itu mana? (6) Manakah hadiah itu? Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dalam struktur ayat relatif, apabila disongsangkan perlu menerima partikel -kah. Ketiadaan partikel -kah menyebabkan ayat tersebut tidak gramatis. Jika ayat di bawah tidak diletakkan partikel -kah pada kata tanya tersebut, ayat itu tidak gramatis kerana tiada subjek. Contoh: 1(a) Yang dicari siapa? 1(b) Siapakah yang dicari? 1(c) *Siapa yang dicari? 2.2.6 Ayat Tanya Sendi Nama Ayat tanya jenis ini mengandungi kata sendi nama dan diikuti oleh kata tanya untuk membentuk frasa sendi nama tanya. Antara contoh frasa sendi nama tanya ialah di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, dengan siapa, seperti mana untuk siapa dan sebagainya. Dalam ayat susunan biasa, frasa sendi tanya menerima partikel -kah. Ketiadaan partikel -kah menyebabkan ayat itu tidak gramatis, contohnya: 1 (a) Awak tinggal di mana? 2 (b) Di manakah awak tinggal? 3 (c) *Di mana awak tinggal? 2.2.7 Ayat Tanya Berdasarkan Jawapan yang Dikehendaki Berdasarkan jawapan yang dikehendaki, ayat tanya dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: 2.2.7.1 Ayat Tanya Tertutup Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang dapat dijawab dengan kata ya, tidak, tidak tahu atau bukan. Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan intonasi menaik pada akhir ayat, atau dengan menambahkan kata tanya dalam ayat. Contoh:
  • 7. Bahagian Dua: Ayat 11 1 (a) Air itu panas. (ayat penyata) 1 (b) Air itu panas? (ayat tanya tertutup) 1 (c) Adakah air itu panas? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya) Ya, air itu panas. (jawapan) 2 (a) Dia abang Faiz. (ayat penyata) 2 (b) Dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup) 2 (c) Adakah dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya) Bukan, dia bukan abang Faiz. (Jawapan) Perhatian bahawa jika jawapan bagi ayat tanya adalah bukan atau tidak, kata nafi bukan dan tidak itu diulang. 2.2.7.2 Ayat Tanya Terbuka Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan yang berupa penjelasan dan penerangan. Ayat jenis ini ditandai oleh adanya kata tanya seperti bagaimana, bila, berapa, siapa, mana, apa, dan kenapa. Frasa sendi nama tanya seperti yang mana, di mana, sejak bila dan sebagainya. Kedudukan kata tanya boleh dipindahkan sama ada di hadapan atau di akhir ayat. Ayat tanya jenis ini boleh disertai dengan partikel -kah dalam ayat songsang. Contohnya: 1 Siti membeli apa? Siti membeli sayur. 2 Bapa Hani siapa? Bapa Hani pegawai tentera. 3 Dari manakah lelaki itu berasal? Lelaki itu berasal dari Pahang.
  • 8. Bahagian Dua: Ayat 12 2.3 Latihan Pengukuhan 2.3.1 Mengenal Pasti Kesalahan Gariskan perkataan dan frasa yang salah dalam ayat yang berikut. 1. Syuhada telah pergi ke bandarkah? 2. Bila ayah akan menjahit baju kebaya itu untuk adik? 3. Mengapa adik tidak makan apa-apa semalam? 4. Kamu berasal dari manakah? 5. Apa nama pengawas itu? 6. Bila ayah akan pulang? 7. Binatang peliharaan awak bernama siapa? 8. Sejak bila dia tidak hadir? 9. Dari mana pemuda itu? 10. Mengkaji sejarah Melakakah Ahmad. 2.3.2 Membetulkan Kesalahan dalam Ayat Tulis semula ayat tanya di bawah dengan struktur yang betul. 1. Bila majlis pertunangan adik kamu? ________________________________________ 2. Pukul berapa kamu pergi ke sekolah? _________________________________________ 3. Kamu bangun setiap pagi pukul berapakah? _________________________________________ 4. Di mana bola-bola itu kamu simpan? _________________________________________ 5. Mereka pergi ke sekolahkah? _________________________________________
  • 9. Bahagian Dua: Ayat 13 2.3.3 Memilih Ayat yang Betul / Salah Tandakan (√) jika ayat tersebut betul dan tandakan (X) jika ayat tersebut salah. Bil Ayat Betul/Salah 1 Mengapa mereka bergaduh pagi tadi? 2 Awak balik ke asrama bila? 3 Sudah berkahwin perempuan yang cantik itu? 4 Pukul berapa kakak bangun pagi itu? 5 Yang dibaca oleh Ali apakah? 6 Siapakah nama pelajar perempuan yang pandai itu? 7 Sejak bila dia tidak hadir? 8 Siapa nama kucing itu.