SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Downloaden Sie, um offline zu lesen
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM
MENANGANI MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA
KANAK-KANAK AUTISTIK
SITI HODIJAH BINTI ZAMAKSHSHARI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
dijah8326@yahoo.com

ABSTRAK
Kertas konseptual ini membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan
bahasa dan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak autistik.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas
terhadap kanak-kanak autistik turut dibincangkan bersama. Sehubungan dengan itu, diharapkan
dengan adanya aktiviti seperti terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar dan
membina kolaborasi antara guru-guru dengan pihak ibu bapa dapat membantu kanak-kanak autistik
ini meningkatkan kemahiran bertutur mereka.

ABSTRACT
This conceptual paper discusses about the characteristic and the causes of speech and language
problems among autistic children. Teaching and learning strategies that can be implemented by
special education teachers also been discussed. In short, it is hoped with the therapeutic riding
activities, music therapy, study tour and collaboration between teachers and parents will help autistic
children in improving their speaking skills.
Kata kunci : strategi pengajaran dan pembelajaran guru, masalah pertuturan dan bahasa, kanak-kanak
autistik

PENGENALAN
Kanak-kanak autistik merupakan golongan kanak-kanak yang menghidap autisme.
Menurut Razhiyah (2008), autisme berasal dari perkataan “autos” yang memberi makna diri
sendiri manakala perkataan “isme” pula bermaksud suatu aliran. Autisme bermaksud
kecacatan mental seumur hidup yang disebabkan oleh kegagalan fungsi otak (Zharulnizam
Shah 2010) manakala menurut Yayasan Autisma Indonesia (2008), autisme adalah gangguan
perkembangan kompleks yang gejalanya muncul sebelum seseorang kanak-kanak itu berusia
tiga tahun. Selain itu, White,et. al. (2012) mentakrifkan autisme sebagai ketidakupayaan
dalam kemahiran sosial dan komunikasi serta mempunyai minat dan aktiviti yang terhad.
Sehubungan dengan itu, kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak yang mengalami kecacatan
mental yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam kemahiran sosial, komunikasi dan
mempunyai minat dan aktiviti yang terhad.
PERNYATAAN MASALAH

1
Kajian mengenai kanak-kanak autistik ini telah dipelopori oleh Leo Kanner pada tahun 1943
(White, et.al. 2012). Beliau telah menjalankan kajian ke atas sebelas orang kanak-kanak yang
mempunyai masalah perkembangan bahasa yang lewat, mempunyai keupayaan intelektual
normal, tidak mempunyai masalah sistem saraf dan terdiri dari golongan yang berada. Hasil
kajian mendapati autisme terjadi adalah disebabkan oleh masalah biologi. Acap kali kanakkanak ini dilabelkan sebagai kanak-kanak yang menghidap skizofrenia, lemah minda, bodoh
dan lembap sebelum kajian ini dilakukan. Sehubungan dengan itu, terdapat perbezaan di
antara kanak-kanak yang menghidap autisme dengan kanak-kanak yang penyakit skizofrenia.
Kanak-kanak autistik sering menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam
perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkahlaku (Ministry Of Education British
Columbia 2000). Kenyataan ini disokong oleh kajian lepas menyatakan bahawa tiga
ketidakupayaan utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan komunikasi sosial,
ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Hal ini mengakibatkan
mereka tidak dapat memberikan tindak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti bunyibunyian atau objek yang mereka lihat. Walaupun begitu, tidak semua kanak-kanak autistik
mengalami ketiga-tiga ketidakupayaan ini.
Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar. Namun, kecacatan
mental yang dihadapi menyebabkan mereka sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat
yang diperoleh. Mereka juga dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam
komunikasi (Ganz, Kaylor, Bourgeoia dan Hadden, 2008) dan juga tidak mampu
mempamerkan emosi mereka kepada individu sekeliling mereka. Kenyataan ini disokong
oleh kajian-kajian lepas menyatakan bahawa kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan
cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi dan
seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak
autistik menghadapi masalah pertuturan dan bahasa. Ekoran daripada masalah ini, mereka
sering berdepan dengan masalah tingkahlaku bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka
terhadap orang di sekelilingnya (Mancil dan Boman 2010).
Sehubungan dengan itu, pendidikan dan pendekatan yang sesuai perlu diberikan
kepada mereka. Hal ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas memainkan peranan
penting dalam membantu kanak-kanak ini menangani ketidakupayaan mereka. Oleh hal
sedemikian, guru-guru perlu merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
agar dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak autistik dalam menangani masalah mereka.
OBJEKTIF PENULISAN
I.
II.
III.

Membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa
Membincangkan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan
kanak-kanak autistik
Membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran guru terhadap kanak-kanak
autistik bermasalah pertuturan dan bahasa.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

2
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autistik Bermasalah Pertuturan Dan Bahasa
Anggaran kanak-kanak autistik yang tidak boleh bertutur langsung atau mempunyai
kebolehan bertutur yang minimum di Amerika Syarikat adalah dua puluh lima peratus
sehingga enam puluh satu peratus (Schlosser dan Wendt 2008). Hal ini menunjukkan kanakkanak autistik berdepan dengan masalah komunikasi yang serius. Gejala autisme di kalangan
kanak-kanak boleh dikesan pada usia 1 ½ tahun sehingga 3 tahun (Zharulnizam Shah 2010).
Antara simptom-simptom yang boleh dilihat adalah tiada tindak balas apabila nama mereka
dipanggil dan perkembangan pemerolehan pertuturan yang lewat (Paul 2009). Kesannya,
kanak-kanak autistik dilihat seperti terperangkap di dalam dunianya sendiri seolah-olah
komunikasi adalah tidak penting.
Lambat memulakan pertuturan merupakan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah
pertuturan (Kasran 2003). Hal ini disebabkan oleh perkembangan mereka yang lewat
daripada kanak-kanak yang normal. Sebagai contoh, pada usia kanak-kanak setahun, mereka
seharusnya sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan seperti ‘mama’ dan
‘papa’. Namun, kanak-kanak autistik masih tidak dapat menyebut perkataan ini. Selain itu,
kanak-kanak autistik juga didapati tidak menggerakkan mata dan kepala mereka ke arah
bunyi yang diberikan seolah-olah mereka kelihatan seperti orang pekak. Mereka juga tidak
memberikan sebarang respon apabila nama mereka dipanggil dan mereka juga dilihat terlalu
diam berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka.
Selain itu, ketiadaan ‘babbling’, gerak laku dan isyarat pertuturan dapat dilihat
daripada kanak-kanak autistik (Bregman dan Higdon, 2012). Hal ini disebabkan oleh
kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus di dalam otak
kanak-kanak autistik. Sistem saraf amyglada mempunyai hubungkait dengan deria kulit dan
otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor manakala saraf
hippocampus pula berperanan merangsang pembelajaran dan memori seseorang individu
(Morris 2005). Kerosakan kedua-dua saraf ini mengakibatkan kegagalan menyimpan
maklumat terbaru di dalam memori serta menyebabkan tiada ‘babbling’, gerak laku, isyarat
dan pertuturan di kalangan kanak-kanak autistik. Rajah 1 di bawah menunjukkan kedudukan
saraf amyglada dan hippocampus di dalam otak manusia.

Rajah 1 : Gambar saraf Amygdala dan Hippocampus (Alfath 2009)

3
Kelainan dalam pertuturan juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistik
bermasalah pertuturan dan bahasa (Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering
menunjukkan perbezaan yang berikut seperti ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan
bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik
tidak seperti biasa, pic suara yang terhad dan nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten
dengan makna yang ditekankan secara lisan. Mereka juga gagal menunjukkan isyarat bukan
lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya,
sering kali timbul salah faham di kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini.
Ada sesetengah kanak-kanak autistik mengalami ekolalia iaitu sering mengulangi
percakapan yang didengar (Ministry of Education British Columbia 2000). Ekolalia
bermaksud mengajuk atau mengulangi percakapan orang lain (Zharulnizam Shah 2010).
Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta, ekolalia lewat dan ekolalia ringan.
Ekolalia serta merta (immediate echolalia) bermaksud pengulangan yang tepat dan serta
merta apabila sesuatu perkataan disebut manakala ekolalia lewat (delayed echolalia)
bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut.
Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera
tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan. Namun pada
hakikatnya kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang komunikasi
semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan.
Kanak-kanak autistik juga kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya
untuk berinteraksi dengannya. Ketiadaan ‘eye contact’ ketika berkomunikasi menyebabkan
mereka tidak berupaya mengikuti perbualan rakan sebayanya (Ministry of Education British
Columbia 2000). Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami ekspresi orang lain
dan sering memberikan tindak balas yang salah. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu,
mereka lebih gemar menarik tangan orang dewasa daripada menunjuk barang yang diingini.
Namun begitu, sesetengah kanak-kanak autistik boleh menyebut sesuatu perkataan, frasa atau
ayat namun tidak berupaya mengaplikasikannya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya sedar dan
peka tentang keganjilan yang berlaku kepada anak mereka dari peringkat awal lagi.
Pengesanan awal membolehkan kanak-kanak autistik ini diberi rawatan intervensi bagi
meminimumkan ketidakupayaan mereka.
Punca-Punca Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-Kanak Autistik
Menurut Zharulnizam Shah (2010), statistik pada tahun 2010 menunjukkan kadar rakyat
Malaysia yang menghidap autisme adalah seramai 47000 orang . Gejala autisme ini empat
kali ganda lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki (Cohen 2011) berbanding kanakkanak perempuan tanpa mengira kaum, bangsa, taraf sosial dan ekonomi keluarga. Namun
begitu, kajian oleh National Autism Society of Malaysia (2011) mendapati bilangan kanakkanak autistik ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas. Tambahan, kajian
oleh Cohen (2011) menunjukkan kadar kelahiran bayi autistik kini adalah satu nisbah seratus
sepuluh kelahiran. Oleh itu, pengenalpastian terhadap punca-punca masalah pertuturan di
kalangan kanak-kanak autistik perlu dikaji agar langkah-langkah pencegahan dan rawatan
yang sewajarnya dapat diberikan.

4
Antara punca kanak-kanak autistik menghadapi masalah bertutur adalah disebabkan
oleh faktor genetik (Ministry of Education British Columbia 2000). Hal ini terjadi
disebabkan oleh kehadiran beberapa gen yang berpisah dan berinteraksi antara satu sama lain
(Bregman dan Higdon, 2012) sehingga menyebabkan proses penularan genetik menjadi
kompleks. Pihak saintis sedang berusaha mengkaji untuk mengenal pasti gen mana yang
terlibat dan bagaimana gen tersebut terlibat. Menurut Razhiyah (2008), kebarangkalian
pasangan kembar seiras untuk menghadapi autisme atau masalah interaksi sosial dan
kefahaman bahasa adalah tinggi sekiranya pasangannya mengidap autisme.
Selain itu, jangkitan virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil turut menyumbang
kepada punca seorang kanak-kanak menghidap autisme. Jangkitan virus seperti Rubella,
Toxo, Herpes, pemakanan yang tidak berzat, keracunan makanan boleh mempengaruhi
pertumbuhan sel otak dan seterusnya mengganggu fungsi otak bayi. Hal ini menyebabkan
aspek komunikasi, pemahaman dan interaksi terganggu.
Faktor pencernaan didapati menjadi punca terjadinya autisme di kalangan kanakkanak. Kajian mendapati lebih 60 peratus kanak-kanak autistik menghadapi masalah
pencernaan (Jamila K.A. Mohamed 2005). Makanan yang dimakan oleh bayi seperti susu
daripada haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh. Kesannya
protein tidak dapat ditukar kepada asid amino yang dibuang dan badan terus menyerap
protein. Akibatnya sel-sel otak menjadi rosak dan seterusnya mengganggu fungsi otak yang
melibatkan aspek kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Terhadap Kanak-Kanak Autistik
Bermasalah Pertuturan Dan Bahasa.
Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan termasuklah
kanak-kanak autistik. Kanak-kanak autistik merupakan kanak-kanak kategori bermasalah
pembelajaran dan memerlukan pembelajaran yang sesuai agar keperluannya dapat dipenuhi.
Kanak-kanak autistik tidak sesuai mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana kerana
kandungan pelajarannya tidak memenuhi keperluan mereka serta penggunaan bahasa lisan
sebagai dominan dalam arahan (Carnahan 2006). Hal ini disokong oleh kajian- kajian lepas
menyatakan kanak-kanak autistik mempunyai kelemahan dalam bahasa lisan (Carnahan
2006). Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, koperatif, masteri dan
pemusatan murid dan bahan boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak ini (Mok Soon Sang
2007).
Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap
kanak-kanak autistik. Pengajaran berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik. Penggunaan simbol-simbol grafik yang
menarik bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak ini mengingat malah menyokong
pemahaman mereka (Valiquette, Sutton dan Ska, 2010). Dengan ini, mereka boleh
mengulangi rakaman suara yang telah didengari sambil menyebut sesuatu perkataan, frasa
atau ayat secara berulang-ulang sehingga mereka memperoleh kefahaman. Guru-guru juga
boleh memberikan latihan seperti menekan butang bagi setiap jawapan yang betul sebagai
peneguhan terhadap apa yang telah dipelajari.
5
Seterusnya, strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif pula menekankan
pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil untuk memudahkan proses pemantauan dilakukan. Antara kebaikan
penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru-guru dapat memberi laluan
dan galakan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di samping menambahkan perbendaharaan
kata. Guru-guru juga boleh menggunakan bahan-bahan visual (Anonymous 2005) semasa
proses pengajaran dan pembelajaran seperti Picture Exchange Communication System
(PECS) (Carnahan 2006). PECS amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak autistik yang
tidak bertutur atau mempunyai kebolehan bertutur yang minimum (Roa dan Gagie, 2006)
PECS merupakan satu program yang mengandungi enam fasa yang berperanan untuk
membangunkan kemahiran bertutur kanak-kanak bagi membolehkan mereka berkomunikasi
(Spence-Cochran dan Pearl, 2012). Setiap fasa yang dijalankan perlu dilakukan mengikut
urutan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah
perbendaharaan kata kanak-kanak autistik di samping tingkahlaku yang tidak diingini turut
berkurangan. Hal ini menunjukkan bahawa program ini amat sesuai digunakan oleh guruguru di dalam bilik darjah bagi membantu mereka menangani masalah pertuturan dan bahasa.
Sesetengah kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan
mereka sendiri dan memerlukan satu sistem komunikasi yang berkait dengan pengalaman,
persekitaran dan interaksi mereka dengan orang dewasa (Light dan Drager, 2007). Hal ini
menunjukkan kanak-kanak autistik memerlukan pengajaran secara individu. Oleh itu, strategi
pengajaran dan pembelajaran masteri amat sesuai digunakan kerana menekankan
pembelajaran secara individu. Kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran
pertuturan mereka secara automatik (Ministry of Education British Columbia 2000) seperti
kanak-kanak tipikal yang lain tetapi dapat membentuk satu bentuk komunikasi mereka
sendiri. Biasanya, mereka akan menggunakan pergerakan tubuh badan dan ekspresi sebagai
medium komunikasi. Oleh itu, guru-guru perlu memahami dan mempunyai pengetahuan
tentang bentuk komunikasi kanak-kanak ini. Aktiviti-aktiviti seperti memandang muka guru
semasa guru mengajar, memandang satu kedudukan (tidak memerlukan bertentang mata) dan
meletakkan tangan pada tempat yang diarahkan serta memberi pujian dapat membantu
mereka membentuk kemahiran bertutur secara tidak langsung.
Di samping itu, strategi pemusatan murid dan bahan juga boleh digunakan oleh guruguru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik. Murid-murid digalakkan bergerak aktif
dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang
membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan
skrip sosial sebagai bahan pengajaran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila kanakkanak autistik yang diajar menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakan dan
pengukuhan, interaksi mereka dengan rakan sebaya dan orang dewasa didapati meningkat
secara tidak langsung (Ganz, Kaylor, Bourgeois dan Hadden, 2008) selain dapat
menggalakkan pertuturan.
RUMUSAN DAN CADANGAN
6
Walaupun kanak-kanak autistik mengalami kecacatan mental seumur hidup mereka, namun
mereka merupakan individu yang unik dan istimewa. Ibu bapa khasnya amat mengharapkan
anak mereka belajar untuk bertutur (Paul, 2009). Di sinilah peranan guru-guru dikatakan
penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksana
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan
mereka. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru adalah melaksanakan terapi
berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar dari kawasan sekolah serta
membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa.
Terapi berkuda adalah satu bentuk rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak
dengan keperluan khas menggunakan kuda. Menurut Macauley dan Gutierrez (2004), terapi
berkuda merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja atau
pertuturan yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda banyak mempengaruhi
pergerakan kanak-kanak.Semasa kanak-kanak autistik menunggang kuda, pergerakan kuda
dikatakan dapat membantu mereka terutama dalam membetulkan masalah saraf yang
dihadapi. Kajian lepas turut mendapati pertuturan kanak-kanak yang mendapat rawatan terapi
berkuda adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mendapat rawatan biasa. Sehubungan
dengan itu, guru-guru bolehlah mengambil inisiatif dengan mengadakan kolaborasi dengan
pemilik ladang kuda dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan bagi membantu
kanak-kanak autistik khasnya bagi meningkatkan kemahiran pertuturan mereka.
Selain itu, terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak autistik yang mengalami
masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk memulih,
memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi kanakkanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka menangani
masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulang-ulang dapat
membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna sesuatu perkataan dan
seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan diri mereka juga dapat
dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka turut diajar untuk bergaul
dengan rakan-rakan sebaya mereka melalui pergerakan muzik.
Lawatan sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh membina
minda kanak-kanak autistik. Lawatan ke zoo atau taman burung membolehkan murid
mengenal haiwan-haiwan tersebut secara dekat. Ini memberikan satu ilmu baru kepada
murid-murid khasnya kanak-kanak autistik. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk
berinteraksi di samping menambah perbendaharaan kata mereka. Contohnya guru boleh
mengajar dan membantu murid menyebut nama binatang yang dilihat. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengatasi masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak
autistik.
Kolaborasi dengan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membantu
kanak-kanak autistik ini dalam menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang
berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa di rumah
menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang menerima
7
pendidikan di sekolah sahaja. Bukan sahaja dapat meningkatkan potensi perkembangan
mereka malah turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Hal ini jelas
menunjukkan kolaborasi antara guru-guru dan ibu bapa memberi impak yang besar terhadap
kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu membina
hubungan yang baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanak-kanak ini terus terjamin.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Kertas ini telah membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan
bahasa dan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak
autistik. Selain itu, kertas ini juga telah membincangkan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanakkanak autistik. Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi
membantu kanak-kanak autistik menangani ketidakupayaan mereka. Oleh itu, strategi yang
sesuai perlu dilaksanakan agar masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi dapat
diminimumkan.
RUJUKAN
Alfath.
2009.
Power
of
Mind
11(Otak).
http://www.vazarebh.blogspot.com/2009/11/power.of.mind.ii.otak.html [28 Ogos 2012].
Anonymous. 2005. Visual strategies leverage autism’s strengths to improve lives. ProQuest
Educational Journals 35 (4) : 34 – 35.
Bregman, J. D. dan Higdon, C. 2012. Definitions and clinical characteristics of Autism
Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism
Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 13 – 45. New
York : Routledge.
Carnahan, C.R. 2006. Photovoice : engaging children with autism and their teachers.
ProQuest Education Journals 39 (2) : 44 – 50.
Cohen, S. 2011. Commentary on providing services to students with Autism Spectrum
Disorders. Journal of Visual Impairment & Blindness : 325 -329.
Ganz, J.B., Kaylor, M., Bourgeois, B. dan Hadden, K. 2008. The impact of social scripts and
visual cues on verbal communication in three children with autism spectrum
disorders. ProQuest Educational Journals 23 (2) : 79 – 94.
Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran lisan : kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

8
Kasran, S. 2003. Autisme : Konsep yang sedang berkembang. Jurnal Kedokter Trisakti Vol
22 (1) : 24 – 30.
Light, J. dan Drager. K. 2007. AAC Technologies for young children with complex
communication needs: state of science and future research directions. Augmentative
And Alternative Communication 23 (3) : 204 – 216.
Macauley, B.L. dan Gutierrez, K.M. 2004. The effectiveness of hippotherapy for children
with language – learning disabilities. ProQuest Educational Journals 25 (4) : 205 –
217.
Mancil, G.R dan Boman, M. 2010. Functional communication training in the classroom : A
guide for success. Preventing School Failure 54 (4) : 238 – 246.
Ministry of Education British Columbia. 2000. Teaching students with autism : a resource
guide for schools.
Mok Soon Sang. 2007. Ilmu pendidikan untuk KPLI (komponen 1 & 2) Sekolah Rendah
psikologi pendidikan & pedagogi. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Morris, N. 2000. Tubuhmu Yang Hebat. Terj. Anggia Prasetyaputri. Indonesia : Penerbit
Erlangga.
National Autism Society of Malaysia. 2006. What is Autism. http://www.nasom.com.my. [17
Disember 2011].
Paul, R. 2009. Talk to me : issues in acquiring spoken language for young children with
autism spectrum disorders. ProQuest Health and Medical Complete 14 (14) : 10 – 13.
Razhiyah, K. A. 2008. Apa itu autisme?. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
Roa, S.M. dan Gagie B. 2006. Learning through seeing and doing: visual supports for
children with autism. ProQuest Education Journals 38 (6) : 26 – 33.
Schlosser, R.W. dan Wendt, O. 2008. Effects of augmentative and alternative communication
intervention on speech production in children with autism : a systematic review.
ProQuest Health and Medical Complete 17 (3) : 212 – 230.
Spence – Cochran, K. dan Pearl, C. 2012. Assistive technology to support people with
Autism Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with
Autism Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 295 –
311. New York : Routledge.

9
Valiquette, C., Sutton, A., dan Ska, B. 2010. A graphic symbol tool for the evaluation of
communication, satisfaction and priorities of individuals with intellectual disability.
Sagepub.Co.Uk / Journalspermissions. Nav 26 (3) : 303-319.
White, et.al. 2012. Autism Spectrum Disorders : Historical, legislative and current
perspectives. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism Spectrum
Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 3 – 11. New York :
Routledge.
Yayasan Autisma Indonesia. 2008. Apa yang perlu kita ketahui tentang autisme.
http://www.autisme.or.id. [16 Disember 2011].
Zharulnizam Shah, Z.A. 2010. Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan Khas. Cheras :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

10

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
Eni Ghazali
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
Nur Kareena
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
ardiya_izwani
 
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Shimah Hassan
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Nur Kareena
 

Was ist angesagt? (20)

Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakMasalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
Seminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah PembelajaranSeminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah Pembelajaran
 
Masalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikal
 
pendidikan khas
 pendidikan khas pendidikan khas
pendidikan khas
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
 
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhd
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Analisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiaAnalisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksia
 
P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita? Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
 

Ähnlich wie 119

Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptxTugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
sharinamazilan
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Hasmah Hamid
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
GabanSiam
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
Rosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
Rosida Ida
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
Adilah Said
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
cikgusuepkhas
 

Ähnlich wie 119 (20)

Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptxTugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
1
11
1
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Asgmt linguistik qistina
Asgmt linguistik qistinaAsgmt linguistik qistina
Asgmt linguistik qistina
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
 

119

  • 1. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA KANAK-KANAK AUTISTIK SITI HODIJAH BINTI ZAMAKSHSHARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dijah8326@yahoo.com ABSTRAK Kertas konseptual ini membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa dan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak autistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik turut dibincangkan bersama. Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan adanya aktiviti seperti terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar dan membina kolaborasi antara guru-guru dengan pihak ibu bapa dapat membantu kanak-kanak autistik ini meningkatkan kemahiran bertutur mereka. ABSTRACT This conceptual paper discusses about the characteristic and the causes of speech and language problems among autistic children. Teaching and learning strategies that can be implemented by special education teachers also been discussed. In short, it is hoped with the therapeutic riding activities, music therapy, study tour and collaboration between teachers and parents will help autistic children in improving their speaking skills. Kata kunci : strategi pengajaran dan pembelajaran guru, masalah pertuturan dan bahasa, kanak-kanak autistik PENGENALAN Kanak-kanak autistik merupakan golongan kanak-kanak yang menghidap autisme. Menurut Razhiyah (2008), autisme berasal dari perkataan “autos” yang memberi makna diri sendiri manakala perkataan “isme” pula bermaksud suatu aliran. Autisme bermaksud kecacatan mental seumur hidup yang disebabkan oleh kegagalan fungsi otak (Zharulnizam Shah 2010) manakala menurut Yayasan Autisma Indonesia (2008), autisme adalah gangguan perkembangan kompleks yang gejalanya muncul sebelum seseorang kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Selain itu, White,et. al. (2012) mentakrifkan autisme sebagai ketidakupayaan dalam kemahiran sosial dan komunikasi serta mempunyai minat dan aktiviti yang terhad. Sehubungan dengan itu, kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam kemahiran sosial, komunikasi dan mempunyai minat dan aktiviti yang terhad. PERNYATAAN MASALAH 1
  • 2. Kajian mengenai kanak-kanak autistik ini telah dipelopori oleh Leo Kanner pada tahun 1943 (White, et.al. 2012). Beliau telah menjalankan kajian ke atas sebelas orang kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan bahasa yang lewat, mempunyai keupayaan intelektual normal, tidak mempunyai masalah sistem saraf dan terdiri dari golongan yang berada. Hasil kajian mendapati autisme terjadi adalah disebabkan oleh masalah biologi. Acap kali kanakkanak ini dilabelkan sebagai kanak-kanak yang menghidap skizofrenia, lemah minda, bodoh dan lembap sebelum kajian ini dilakukan. Sehubungan dengan itu, terdapat perbezaan di antara kanak-kanak yang menghidap autisme dengan kanak-kanak yang penyakit skizofrenia. Kanak-kanak autistik sering menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkahlaku (Ministry Of Education British Columbia 2000). Kenyataan ini disokong oleh kajian lepas menyatakan bahawa tiga ketidakupayaan utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Hal ini mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan tindak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti bunyibunyian atau objek yang mereka lihat. Walaupun begitu, tidak semua kanak-kanak autistik mengalami ketiga-tiga ketidakupayaan ini. Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar. Namun, kecacatan mental yang dihadapi menyebabkan mereka sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang diperoleh. Mereka juga dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi (Ganz, Kaylor, Bourgeoia dan Hadden, 2008) dan juga tidak mampu mempamerkan emosi mereka kepada individu sekeliling mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian-kajian lepas menyatakan bahawa kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi dan seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak autistik menghadapi masalah pertuturan dan bahasa. Ekoran daripada masalah ini, mereka sering berdepan dengan masalah tingkahlaku bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap orang di sekelilingnya (Mancil dan Boman 2010). Sehubungan dengan itu, pendidikan dan pendekatan yang sesuai perlu diberikan kepada mereka. Hal ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak ini menangani ketidakupayaan mereka. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak autistik dalam menangani masalah mereka. OBJEKTIF PENULISAN I. II. III. Membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa Membincangkan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak autistik Membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran guru terhadap kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa. DAPATAN DAN PERBINCANGAN 2
  • 3. Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autistik Bermasalah Pertuturan Dan Bahasa Anggaran kanak-kanak autistik yang tidak boleh bertutur langsung atau mempunyai kebolehan bertutur yang minimum di Amerika Syarikat adalah dua puluh lima peratus sehingga enam puluh satu peratus (Schlosser dan Wendt 2008). Hal ini menunjukkan kanakkanak autistik berdepan dengan masalah komunikasi yang serius. Gejala autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan pada usia 1 ½ tahun sehingga 3 tahun (Zharulnizam Shah 2010). Antara simptom-simptom yang boleh dilihat adalah tiada tindak balas apabila nama mereka dipanggil dan perkembangan pemerolehan pertuturan yang lewat (Paul 2009). Kesannya, kanak-kanak autistik dilihat seperti terperangkap di dalam dunianya sendiri seolah-olah komunikasi adalah tidak penting. Lambat memulakan pertuturan merupakan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan (Kasran 2003). Hal ini disebabkan oleh perkembangan mereka yang lewat daripada kanak-kanak yang normal. Sebagai contoh, pada usia kanak-kanak setahun, mereka seharusnya sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan seperti ‘mama’ dan ‘papa’. Namun, kanak-kanak autistik masih tidak dapat menyebut perkataan ini. Selain itu, kanak-kanak autistik juga didapati tidak menggerakkan mata dan kepala mereka ke arah bunyi yang diberikan seolah-olah mereka kelihatan seperti orang pekak. Mereka juga tidak memberikan sebarang respon apabila nama mereka dipanggil dan mereka juga dilihat terlalu diam berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Selain itu, ketiadaan ‘babbling’, gerak laku dan isyarat pertuturan dapat dilihat daripada kanak-kanak autistik (Bregman dan Higdon, 2012). Hal ini disebabkan oleh kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus di dalam otak kanak-kanak autistik. Sistem saraf amyglada mempunyai hubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor manakala saraf hippocampus pula berperanan merangsang pembelajaran dan memori seseorang individu (Morris 2005). Kerosakan kedua-dua saraf ini mengakibatkan kegagalan menyimpan maklumat terbaru di dalam memori serta menyebabkan tiada ‘babbling’, gerak laku, isyarat dan pertuturan di kalangan kanak-kanak autistik. Rajah 1 di bawah menunjukkan kedudukan saraf amyglada dan hippocampus di dalam otak manusia. Rajah 1 : Gambar saraf Amygdala dan Hippocampus (Alfath 2009) 3
  • 4. Kelainan dalam pertuturan juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa (Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering menunjukkan perbezaan yang berikut seperti ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic suara yang terhad dan nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan. Mereka juga gagal menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah faham di kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini. Ada sesetengah kanak-kanak autistik mengalami ekolalia iaitu sering mengulangi percakapan yang didengar (Ministry of Education British Columbia 2000). Ekolalia bermaksud mengajuk atau mengulangi percakapan orang lain (Zharulnizam Shah 2010). Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta, ekolalia lewat dan ekolalia ringan. Ekolalia serta merta (immediate echolalia) bermaksud pengulangan yang tepat dan serta merta apabila sesuatu perkataan disebut manakala ekolalia lewat (delayed echolalia) bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut. Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan. Namun pada hakikatnya kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang komunikasi semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan. Kanak-kanak autistik juga kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya untuk berinteraksi dengannya. Ketiadaan ‘eye contact’ ketika berkomunikasi menyebabkan mereka tidak berupaya mengikuti perbualan rakan sebayanya (Ministry of Education British Columbia 2000). Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami ekspresi orang lain dan sering memberikan tindak balas yang salah. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu, mereka lebih gemar menarik tangan orang dewasa daripada menunjuk barang yang diingini. Namun begitu, sesetengah kanak-kanak autistik boleh menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat namun tidak berupaya mengaplikasikannya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya sedar dan peka tentang keganjilan yang berlaku kepada anak mereka dari peringkat awal lagi. Pengesanan awal membolehkan kanak-kanak autistik ini diberi rawatan intervensi bagi meminimumkan ketidakupayaan mereka. Punca-Punca Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-Kanak Autistik Menurut Zharulnizam Shah (2010), statistik pada tahun 2010 menunjukkan kadar rakyat Malaysia yang menghidap autisme adalah seramai 47000 orang . Gejala autisme ini empat kali ganda lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki (Cohen 2011) berbanding kanakkanak perempuan tanpa mengira kaum, bangsa, taraf sosial dan ekonomi keluarga. Namun begitu, kajian oleh National Autism Society of Malaysia (2011) mendapati bilangan kanakkanak autistik ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas. Tambahan, kajian oleh Cohen (2011) menunjukkan kadar kelahiran bayi autistik kini adalah satu nisbah seratus sepuluh kelahiran. Oleh itu, pengenalpastian terhadap punca-punca masalah pertuturan di kalangan kanak-kanak autistik perlu dikaji agar langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang sewajarnya dapat diberikan. 4
  • 5. Antara punca kanak-kanak autistik menghadapi masalah bertutur adalah disebabkan oleh faktor genetik (Ministry of Education British Columbia 2000). Hal ini terjadi disebabkan oleh kehadiran beberapa gen yang berpisah dan berinteraksi antara satu sama lain (Bregman dan Higdon, 2012) sehingga menyebabkan proses penularan genetik menjadi kompleks. Pihak saintis sedang berusaha mengkaji untuk mengenal pasti gen mana yang terlibat dan bagaimana gen tersebut terlibat. Menurut Razhiyah (2008), kebarangkalian pasangan kembar seiras untuk menghadapi autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa adalah tinggi sekiranya pasangannya mengidap autisme. Selain itu, jangkitan virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil turut menyumbang kepada punca seorang kanak-kanak menghidap autisme. Jangkitan virus seperti Rubella, Toxo, Herpes, pemakanan yang tidak berzat, keracunan makanan boleh mempengaruhi pertumbuhan sel otak dan seterusnya mengganggu fungsi otak bayi. Hal ini menyebabkan aspek komunikasi, pemahaman dan interaksi terganggu. Faktor pencernaan didapati menjadi punca terjadinya autisme di kalangan kanakkanak. Kajian mendapati lebih 60 peratus kanak-kanak autistik menghadapi masalah pencernaan (Jamila K.A. Mohamed 2005). Makanan yang dimakan oleh bayi seperti susu daripada haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh. Kesannya protein tidak dapat ditukar kepada asid amino yang dibuang dan badan terus menyerap protein. Akibatnya sel-sel otak menjadi rosak dan seterusnya mengganggu fungsi otak yang melibatkan aspek kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Terhadap Kanak-Kanak Autistik Bermasalah Pertuturan Dan Bahasa. Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan termasuklah kanak-kanak autistik. Kanak-kanak autistik merupakan kanak-kanak kategori bermasalah pembelajaran dan memerlukan pembelajaran yang sesuai agar keperluannya dapat dipenuhi. Kanak-kanak autistik tidak sesuai mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana kerana kandungan pelajarannya tidak memenuhi keperluan mereka serta penggunaan bahasa lisan sebagai dominan dalam arahan (Carnahan 2006). Hal ini disokong oleh kajian- kajian lepas menyatakan kanak-kanak autistik mempunyai kelemahan dalam bahasa lisan (Carnahan 2006). Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, koperatif, masteri dan pemusatan murid dan bahan boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak ini (Mok Soon Sang 2007). Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanak-kanak autistik. Pengajaran berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak ini mengingat malah menyokong pemahaman mereka (Valiquette, Sutton dan Ska, 2010). Dengan ini, mereka boleh mengulangi rakaman suara yang telah didengari sambil menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat secara berulang-ulang sehingga mereka memperoleh kefahaman. Guru-guru juga boleh memberikan latihan seperti menekan butang bagi setiap jawapan yang betul sebagai peneguhan terhadap apa yang telah dipelajari. 5
  • 6. Seterusnya, strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif pula menekankan pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan proses pemantauan dilakukan. Antara kebaikan penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru-guru dapat memberi laluan dan galakan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di samping menambahkan perbendaharaan kata. Guru-guru juga boleh menggunakan bahan-bahan visual (Anonymous 2005) semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti Picture Exchange Communication System (PECS) (Carnahan 2006). PECS amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak autistik yang tidak bertutur atau mempunyai kebolehan bertutur yang minimum (Roa dan Gagie, 2006) PECS merupakan satu program yang mengandungi enam fasa yang berperanan untuk membangunkan kemahiran bertutur kanak-kanak bagi membolehkan mereka berkomunikasi (Spence-Cochran dan Pearl, 2012). Setiap fasa yang dijalankan perlu dilakukan mengikut urutan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah perbendaharaan kata kanak-kanak autistik di samping tingkahlaku yang tidak diingini turut berkurangan. Hal ini menunjukkan bahawa program ini amat sesuai digunakan oleh guruguru di dalam bilik darjah bagi membantu mereka menangani masalah pertuturan dan bahasa. Sesetengah kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka sendiri dan memerlukan satu sistem komunikasi yang berkait dengan pengalaman, persekitaran dan interaksi mereka dengan orang dewasa (Light dan Drager, 2007). Hal ini menunjukkan kanak-kanak autistik memerlukan pengajaran secara individu. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran masteri amat sesuai digunakan kerana menekankan pembelajaran secara individu. Kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka secara automatik (Ministry of Education British Columbia 2000) seperti kanak-kanak tipikal yang lain tetapi dapat membentuk satu bentuk komunikasi mereka sendiri. Biasanya, mereka akan menggunakan pergerakan tubuh badan dan ekspresi sebagai medium komunikasi. Oleh itu, guru-guru perlu memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bentuk komunikasi kanak-kanak ini. Aktiviti-aktiviti seperti memandang muka guru semasa guru mengajar, memandang satu kedudukan (tidak memerlukan bertentang mata) dan meletakkan tangan pada tempat yang diarahkan serta memberi pujian dapat membantu mereka membentuk kemahiran bertutur secara tidak langsung. Di samping itu, strategi pemusatan murid dan bahan juga boleh digunakan oleh guruguru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik. Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan skrip sosial sebagai bahan pengajaran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila kanakkanak autistik yang diajar menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakan dan pengukuhan, interaksi mereka dengan rakan sebaya dan orang dewasa didapati meningkat secara tidak langsung (Ganz, Kaylor, Bourgeois dan Hadden, 2008) selain dapat menggalakkan pertuturan. RUMUSAN DAN CADANGAN 6
  • 7. Walaupun kanak-kanak autistik mengalami kecacatan mental seumur hidup mereka, namun mereka merupakan individu yang unik dan istimewa. Ibu bapa khasnya amat mengharapkan anak mereka belajar untuk bertutur (Paul, 2009). Di sinilah peranan guru-guru dikatakan penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksana strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru adalah melaksanakan terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar dari kawasan sekolah serta membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa. Terapi berkuda adalah satu bentuk rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak dengan keperluan khas menggunakan kuda. Menurut Macauley dan Gutierrez (2004), terapi berkuda merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja atau pertuturan yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda banyak mempengaruhi pergerakan kanak-kanak.Semasa kanak-kanak autistik menunggang kuda, pergerakan kuda dikatakan dapat membantu mereka terutama dalam membetulkan masalah saraf yang dihadapi. Kajian lepas turut mendapati pertuturan kanak-kanak yang mendapat rawatan terapi berkuda adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mendapat rawatan biasa. Sehubungan dengan itu, guru-guru bolehlah mengambil inisiatif dengan mengadakan kolaborasi dengan pemilik ladang kuda dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan bagi membantu kanak-kanak autistik khasnya bagi meningkatkan kemahiran pertuturan mereka. Selain itu, terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak autistik yang mengalami masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk memulih, memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi kanakkanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka menangani masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulang-ulang dapat membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna sesuatu perkataan dan seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan diri mereka juga dapat dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka turut diajar untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka melalui pergerakan muzik. Lawatan sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh membina minda kanak-kanak autistik. Lawatan ke zoo atau taman burung membolehkan murid mengenal haiwan-haiwan tersebut secara dekat. Ini memberikan satu ilmu baru kepada murid-murid khasnya kanak-kanak autistik. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk berinteraksi di samping menambah perbendaharaan kata mereka. Contohnya guru boleh mengajar dan membantu murid menyebut nama binatang yang dilihat. Hal ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak autistik. Kolaborasi dengan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak autistik ini dalam menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa di rumah menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang menerima 7
  • 8. pendidikan di sekolah sahaja. Bukan sahaja dapat meningkatkan potensi perkembangan mereka malah turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan kolaborasi antara guru-guru dan ibu bapa memberi impak yang besar terhadap kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu membina hubungan yang baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanak-kanak ini terus terjamin. RUMUSAN DAN PENUTUP Kertas ini telah membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa dan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak autistik. Selain itu, kertas ini juga telah membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanakkanak autistik. Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi membantu kanak-kanak autistik menangani ketidakupayaan mereka. Oleh itu, strategi yang sesuai perlu dilaksanakan agar masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi dapat diminimumkan. RUJUKAN Alfath. 2009. Power of Mind 11(Otak). http://www.vazarebh.blogspot.com/2009/11/power.of.mind.ii.otak.html [28 Ogos 2012]. Anonymous. 2005. Visual strategies leverage autism’s strengths to improve lives. ProQuest Educational Journals 35 (4) : 34 – 35. Bregman, J. D. dan Higdon, C. 2012. Definitions and clinical characteristics of Autism Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 13 – 45. New York : Routledge. Carnahan, C.R. 2006. Photovoice : engaging children with autism and their teachers. ProQuest Education Journals 39 (2) : 44 – 50. Cohen, S. 2011. Commentary on providing services to students with Autism Spectrum Disorders. Journal of Visual Impairment & Blindness : 325 -329. Ganz, J.B., Kaylor, M., Bourgeois, B. dan Hadden, K. 2008. The impact of social scripts and visual cues on verbal communication in three children with autism spectrum disorders. ProQuest Educational Journals 23 (2) : 79 – 94. Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran lisan : kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 8
  • 9. Kasran, S. 2003. Autisme : Konsep yang sedang berkembang. Jurnal Kedokter Trisakti Vol 22 (1) : 24 – 30. Light, J. dan Drager. K. 2007. AAC Technologies for young children with complex communication needs: state of science and future research directions. Augmentative And Alternative Communication 23 (3) : 204 – 216. Macauley, B.L. dan Gutierrez, K.M. 2004. The effectiveness of hippotherapy for children with language – learning disabilities. ProQuest Educational Journals 25 (4) : 205 – 217. Mancil, G.R dan Boman, M. 2010. Functional communication training in the classroom : A guide for success. Preventing School Failure 54 (4) : 238 – 246. Ministry of Education British Columbia. 2000. Teaching students with autism : a resource guide for schools. Mok Soon Sang. 2007. Ilmu pendidikan untuk KPLI (komponen 1 & 2) Sekolah Rendah psikologi pendidikan & pedagogi. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Morris, N. 2000. Tubuhmu Yang Hebat. Terj. Anggia Prasetyaputri. Indonesia : Penerbit Erlangga. National Autism Society of Malaysia. 2006. What is Autism. http://www.nasom.com.my. [17 Disember 2011]. Paul, R. 2009. Talk to me : issues in acquiring spoken language for young children with autism spectrum disorders. ProQuest Health and Medical Complete 14 (14) : 10 – 13. Razhiyah, K. A. 2008. Apa itu autisme?. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Roa, S.M. dan Gagie B. 2006. Learning through seeing and doing: visual supports for children with autism. ProQuest Education Journals 38 (6) : 26 – 33. Schlosser, R.W. dan Wendt, O. 2008. Effects of augmentative and alternative communication intervention on speech production in children with autism : a systematic review. ProQuest Health and Medical Complete 17 (3) : 212 – 230. Spence – Cochran, K. dan Pearl, C. 2012. Assistive technology to support people with Autism Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 295 – 311. New York : Routledge. 9
  • 10. Valiquette, C., Sutton, A., dan Ska, B. 2010. A graphic symbol tool for the evaluation of communication, satisfaction and priorities of individuals with intellectual disability. Sagepub.Co.Uk / Journalspermissions. Nav 26 (3) : 303-319. White, et.al. 2012. Autism Spectrum Disorders : Historical, legislative and current perspectives. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 3 – 11. New York : Routledge. Yayasan Autisma Indonesia. 2008. Apa yang perlu kita ketahui tentang autisme. http://www.autisme.or.id. [16 Disember 2011]. Zharulnizam Shah, Z.A. 2010. Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan Khas. Cheras : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 10