SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
Cabaran Penjagaan Tak Formal di Malaysia: Satu Tinjauan
oleh
Fatimah Abdullah, Mohd Suhaimi Mohamad & Siti Hajar Abu Bakar
Abstrak
Isu penjagaan akan menjadi semakin penting pada masa akan datang berikutan daripada perubahan yang melanda institusi keluarga,  keadaan ekonomi semasa dan juga perubahan taraf kesihatan penduduk.  Keluarga di kebanyakan tempat sedang mengalami perubahan baik dari segi struktur mahupun organisasi berikutan peningkatan umur perkahwinan atau kecenderungan untuk membujang, jangkahayat yang meningkat, bilangan anak yang sedikit, penglibatan wanita dalam pekerjaan formal, dan perceraian yang meningkat. Kos hidup yang meningkat menjadi faktor utama ahli keluarga khususnya  pasangan suami isteri atau ibu bapa keluar bekerja bagi memenuhi keperluan asas keluarga. Peningkatan tahap kesihatan bermakna semakin ramai orang yang dapat hidup sehingga usia tua tetapi memerlukan penjagaan.  Selain itu peningkatan pelbagai penyakit kronik dan kurang upaya turut memerukan penjagaan yang rapi dan berpanjangan. Kebanyakan mereka terpaksa ditinggalkan kepada penjaga atau menjaga diri sendiri. Para penjaga itu pula kebanyakannya mungkin terlalu muda atau terlalu tua atau dari kalangan pembantu rumah warga asing.  Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan mereka tidak terlatih terutamanya dalam menjaga pesakit atau orang kurang upaya.  Ramai di antara mereka juga berhadapan dengan masalah ekonomi terutamanya dalam menyediakan keperluan asas dan rawatan untuk pesakit di bawah jagaan mereka.  Sehubungan dengan huraian di atas, kertas kerja ini akan menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh penjaga tak formal.  Data yang dibentangkan dalam kertas ini didasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilakukan di beberapa tempat di Malaysia mengenai penjagaan tak formal dalam keluarga (Fatimah et el. 2009, Siti Hajar et al 2010 dan Mohamad 2010). Hasil kajian menunjukkan sokongan sosial, nilai dan hubungan kekeluargaan serta persekitaran tempat tinggal mempengaruhi penjagaan tak formal yang secara langsung bergantung pada tahap keperluan penjagaan yang berbeza.
kata kunci: keluarga, penjaga, penjagaan tak formal, sokongan sosial
PENGENALAN
Di Malaysia, sebahagian besar daripada peranan penjagaan disediakan oleh keluarga, dan ini biasanya dilakukan oleh anak perempuan, isteri, ibu, menantu perempuan, ibu saudara, nenek atau adik-beradik perempuan. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan fungsi keluarga dalam mensosialisasi anak-anak dan menyediakan penjagaan untuk ahli keluarga yang masih kecil, tua dan kurang upaya.  Isu penjagaan akan menjadi semakin penting pada masa akan datang apabila bilangan orang yang memerlukan penjagaan semakin meningkat sedangkan pusat-pusat jagaan formal tidak mencukupi.  Selain itu dalam kes-kes tertentu, membawa keluar klien atau pesakit dari pusat penjagaan formal adalah digalakkan terutamanya bagi pesakit mental kerana para pesakit berkenaan dijangka dapat pulih/sembuh dengan lebih baik jika mereka berada dalam keluarga dan komuniti.  Sehubungan itu, tidak hairanlah jika Akta Kesihatan Mental 2001 telah digubal dengan tujuan membawa pesakit keluar daripada institusi dan tinggal bersama keluarga dan komuniti agar mereka dapat pulih dengan lebih baik dan pada masa yang sama menyesuaikan diri dengan komuniti di mana mereka berada. Persoalannya ialah siapa yang akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka?
Sehubungan dengan huraian di atas, kertas kerja ini akan menyentuh mengenai cabaran penjagaan tak formal, khususnya cabaran yang dihadapi oleh penjaga dalam menyediakan penjagaan untuk ahli keluarga mereka yang memerlukan penjagaan khas.  Penulis beranggapan bahawa kebanyakan masyarakat malah pihak berkuasa juga seringkali melihat bahawa penjagaan untuk ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya adalah tanggung-jawab keluarga (sepenuhnya), justeru pandai-pandailah ahli keluarga mengatur dan menyediakan penjagaan untuk ahli-ahlinya.  Sebenarnya isu berkaitan dengan penjagan bukan semata-mata melibatkan penjagaan fizikal dan si penjaga perlu ada kekuatan fizikal, akan tetapi isu penjagaan juga sebenarnya melibatkan hal-hal ekonomi/kewangan, pengetahuan (tentang penyakit tertentu), kekuatan mental di samping keupayaan penjaga untuk mengatur dan menguruskan peranannya agar tidak berkonflik dengan perananya yang lain di samping memberi manafaat kepada kedua pihak.  Justeru, penulis berpendapat bahawa isu ini perlu diberikan perhatian yang serius.  Selain itu dengan meningkatnya proses perbandaran dan pemodenan, longgarnya jalinan hubungan sosial antara keluarga dan komuniti, di samping peningkatan kos hidup, maka isu berkaitan dengan penjagaan sudah pasti menjadi semakin penting bukan sahaja masa kini tetapi masa akan datang.
Berkait dengan itu kertas ini akan menyentuh mengenai cabaran yang dihadapai oleh penjaga dan penjagaan tak formal.  Data yang disentuh adalah didasarkan kepada beberapa kajian yang pernah penulis lakukan.  Penemuan kajian-kajian berkenaan melihat pola yang agak sama yakni kebanyakan penjaga adalah daripada golongan berpendapatan rendah, tidak berpendidikan tinggi, sekaligus kurang maklumat berkaitan dengan penyakit yang ditanggung oleh orang yang mereka jaga. Para penjaga itu pula kebanyakannya mungkin terlalu muda atau terlalu tua atau dari kalangan pembantu rumah warga asing.  Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan mereka tidak terlatih terutamanya dalam bidang jagarawatan (nursing).  Selain itu ramai di antara mereka juga berhadapan dengan masalah ekonomi terutamanya dalam menyediakan keperluan asas dan rawatan untuk pesakit di bawah jagaan mereka.  Justeru, ramai yang perlu menggabungkan peranan sebagai penjaga dan peranan produktif yang lain dan hal ini boleh menimbulkan konflik dan stres kepada penjaga dan menjejaskan pula kualiti penjagaan.
Secara khusus kertas kerja ini akan menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh penjaga tak formal khususnya mereka yang menjaga pesakit yang mengidap penyakit-penyakit kronik dan sakit mental sahaja (dan tidak termasuk penjagaan untuk bayi dan kanak-kanak pra sekolah).  Kertas ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian; bahagian pertama adalah mengenai siapa dan apakah penjagaan tak formal; kedua, mengapa isu penjagaan menjadi semakin penting; ketiga, cabaran yang dihadapi oleh penjaga dan penjagaan tak formal; keempat ialah mengenai cadangan tentang perlunya peraturan khusus atau akta bagi melindungi penjaga dan penjagaan tak fomal agar kedua-dua pihak (penjaga dan orang yang dijaga) mendapat faedah dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa. Data yang dibentangkan dalam kertas ini didasarkan kepada kajian-kajian yang telah penulis lakukan di beberapa tempat di Malaysia mengenai penjagaan tak formal dalam keluarga (Fatimah et el. 2009, Siti Hajar et al 2010 dan Mohamad 2010). Hasil kajian menunjukkan sokongan sosial, nilai dan hubungan kekeluargaan serta persekitaran tempat tinggal mempengaruhi pola penjagaan tidak formal yang secara langsung pula bergantung pada tahap keperluan penjagaan yang berbeza.
PENJAGA DAN PENJAGAAN TAK FORMAL
Kebanyakan individu akan melaksanakan peranan sebagai penjaga sepanjang hayatnya.  Peranan itu dipelajari secara tidak langsung melalui proses sosialisasi yang diberikan oleh ibu bapa dan sedikit sebanyak melalui pendidikan formal di sekolah.  Peranan sebagai penjaga berubah-ubah mengikut perubahan status umur, jantina dan taraf perkahwinan. Dalam konteks umur, kanak-kanak dan remaja biasanya tidak diberikan peranan utama sebagai penjaga sebaliknya hanya membantu ibu menjaga adik-adik yang lebih kecil apabila ibu sibuk dengan tugas lain.  Walau bagaimanapun apabila mereka mencapai usia dewasa, peranan sebagai penjaga mula bertambah atau meningkat.  Peranan ini lebih jelas terutamanya bagi wanita apabila mereka berkahwin dan mempunyai anak.  Kebanyakan budaya dalam masyarakat mengharapkan agar mereka boleh menjaga hal ehwal suami (seperti menyediakan makan dan lain-lain keperluan suami) di samping menguruskan rumah tangga dan menjaga anak.  Peranan itu makin meningkat apabila bilangan anak bertambah, lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil, belum bersekolah atau masih di peringkat sekolah rendah dan menengah.  Pada masa yang sama juga ramai di antara wanita dalam kumpulan umur ini mempunyai pekerjaan tetap di luar rumah.  Sehubungan itu beban peranan yang terpaksa mereka tanggung juga agak berat dan ada kalanya boleh menyebabkan stres dan konflik.  Kajian-kajian yang ada mendapati bahawa wanita dalam pertengahan usia lazimnya berhadapan dengan masalah tambahan yakni menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur pula.  Tidak hairanlah ada pengkaji yang menyebut bahawa wanita di pertengahan usia merupakan kumpulan atau “generasi sandwich” kerana mereka dihimpit oleh peranan dalam keluarga sendiri, peranan dalam pekerjaan yang diceburi dan peranan terhadap ibu bapa yang sudah tua.
Lazimnya kaum lelaki tidak banyak berhadapan dengan tekanan dalam melaksanakan peranan sebagai penjaga.  Ini kerana budaya dalam masyarakat lebih mengutamakan peranan mereka dalam ruang publik yakni keluar mencari kerja dan membawa balik pendapatan atau upah bagi menyara keluarga.  Justeru jangkaan daripada masyarakat berhubung dengan peranan kaum lelaki sebagai penjaga tidaklah setinggi jangkaan yang dikenakan terhadap wanita.  Sehubungan itu tidak hairanlah jika ramai wanita berbanding lelaki yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja sama ada untuk menjaga anak-anak yang masih kecil, ahli keluarga yang sakit dan kurang upaya atau ibu bapa yang telah tua dan sakit.
Berdasarkan kepada senario yang dikemukakan itu, setiap ahli keluarga dijangka dapat melaksanakan peranan sebagai penjaga, akan tetapi jangkaan itu lebih tinggi bagi kaum wanita.  Hal ini mungkin ada kaitannya dengan sifat mereka yang lemah lembut, pengasih dan penyayang, perihatin serta penyabar.  Malah sifat-sifat itu jugalah yang telah disemai melalui proses sosialisasi sejak mereka kecil lagi.  Juga, tidak hairanlah jika ramai di anatara wanita yang sanggup berkorban demi memenuhi keperluan orang lain (yang dikasihi dan dijaganya). Walaupun dalam agama (Islam) anak lelaki mempunyai tanggung-jawab yang besar terhadap ibu bapa, lebih lagi semasa mereka sudah tua, akan tetapi apa yang berlaku ialah kebanyakan yang menjaga ibu bapa yang tua ialah anak perempuan.
Penjagaan yang dilakukan dalam keluarga selalu dikategorikan sebagai penjagaan tak formal dan lazimnya disediakan oleh ahli-ahli dalam jaringan sosial yang kebanyakannya tidak terlatih (contohnya keluarga dan rakan) dan tugasan itu tidak melibatkan apa-apa bantuan atau ganjaran kewangan (Walker et al. 1995). Penjagaan itu disediakan tanpa bayaran; lazimnya atas rasa kasih sayang atau belas kasihan dan tanggung-jawab (Ungerson 1995). Penjagaan tak formal berpunca daripada ikatan yang diasaskan kepada hubungan emosi seseorang.  Kebanyakan penjaga tak formal bekerja dalam ruang lingkup keluarga (di rumah mereka atau rumah klien yang yang memerlukan jagaan).  Khidmat itu lazimnya disedia dan diberikan dalam persekitaran komuniti.  Mereka kebanyakannya tinggal bersama atau berdekatan dengan orang yang dijaga.  Penjaga tak formal memainkan peranan penting dalam penjagaan jangka panjang anggota keluarga; terutamanya selepas pesakit didiscaj daripada institusi penjagaan (atau hospital).  Tugas mereka adalah berbagai; daripada menyediakan bantuan peribadi (seperti mandi, mengenakan pakaian dan keperluan tandas), bantuan praktikal (seperti mengurus kerja rumah, masak, menjaga keselamatan, mambawa untuk berjumpa doktor), sokongan emosi (memberi semangat dan rasa dilindungi) hinggalah menemani pesakit.
Sebaliknya, penjagaan formal selalu dikaitkan dengan penjagaan di institusi yang diurus, dibiaya, disedia dan disampaikan oleh sektor awam atau negara.  Lazimnya ia disediakan oleh penjaga professional, dibayar dan terlatih (Timonen 2009; Walker et al. 1995). Kebanyakan penjaga formal bekerja di institusi; walaupun terdapat tren di mana semakin ramai penjaga formal bekerja di rumah atau dalam latar komuniti.  Mereka merupakan pembantu kepada pesakit yang mengidap sakit kronik dan memerlukan penjagaan jangka panjang daripada institusi penjagaan.  Penjaga formal lazimnya tidak tinggal bersama orang yang dijaga; akan tetapi kini terdapat para migran yang menjadi penjaga dan mereka ini tinggal bersama dengan pesakit dan pola ini semakin bertambah di kebanyakan negara maju (Timonen 2009).
Dikotomi/pembahagian yang jelas antara penjagaan formal dan tak formal selalunya sukar. Walau bagaimanapun perbincangan dalam kertas ini akan  menggunakan definisi yang dikemuka oleh Alcock et al. (2002: 166) tentang penjagaan tak formal iaitu, “….. penyediaan penjagaan yang tidak berbayar kepada mereka yang memerlukan penjagaan khusus untuk jangkamasa yang panjang yang merasakan adanya ikatan emosi dan/atau ikatan tanggungjawab terhadap individu yang dia jaga”.
Perbezaan di antara penjaga tak formal dengan penjaga formal secara tidak langsung telah meninggalkan kesan penting kepada kesejahteraan penjaga, kualiti penjagaan dan individu yang dijaga.  Sebagaimana yang dinyatakan di atas, hal ini mempunyai kaitan dengan pelbagai status dan peranan yang diisi dan perlu dilaksanakan oleh penjaga.  Seorang penjaga wanita yang berusia empat puluhan biasanya menduduki beberapa status, antaranya sebagai anak perempuan, adik atau kakak, isteri, menantu perempuan, ibu, pekerja, ahli komuniti dan lain-lain lagi. Bagi setiap satu status yang diisi itu dia perlu melaksanakan peranan yang berkaitan iaitu taat setia kepada kedua ibu bapanya (dan ibu bapa mertuanya) yakni dengan membantu mereka apabila diperlukan, dia juga perlu melaksanakan peranannya sebagi isteri dengan menguruskan keperluan suaminya di samping melaksanakan urusan rumah tangga.  Sebagai ibu, dia perlu mengasuh dan mendidik anak-anaknya, menyedia makan minum mereka, menemani mereka dan menguruskan keperluan fizikal dan emosional anak-anak.  Jika wanita bekerja di luar rumah, dia perlu melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai pekerja dan patuh kepada peraturan yang berkaitan dengan pekerjaannya.  Majikan dan dunia pekerjaannya tidak akan mengambilkira atau mengambil tahu sama ada dia mempunyai tanggung-jawab atau peranan lain (dalam keluarga) yang lebih penting atau sama penting dengan peranan pekerjaannya.  Selain itu, wanita berkenaan juga mungkin terlibat dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah anaknya di samping menjadi ahli dalam komuniti di mana keluarganya tinggal, oleh hal yang demikian dia perlu berhubung dengan pihak sekolah dan guru serta ahli komuniti bagi memenuhi kewajipan atau tanggung-jawabnya dalam latar tersebut.
Lazimnya setiap peranan mempunyai peraturan atau ketetapan sendiri berkaitan dengan apa yang patut dilakukan dan sebaliknya.  Adakalanya peranan-peranan itu saling melengkapi dan berharmoni antara satu sama lain tetapi ada juga yang berkonflik disebabkan oleh jangkaan yang berbeza, tuntutan yang lebih dan tekanan yang berat. Hal ini pula mempunyai kaitan dengan sumber-sumber seperti masa yang terhad, keupayaan/tenaga yang terbatas, kekangan dari segi ekonomi/kewangan, pengetahuan yang terbatas atau sebab-sebab sosial, budaya dan psikologikal yang lain.
Kepelbagaian status dan peranan yang diisi dan perlu dilaksanakan oleh wanita berkenaan menyebabkan dia mungkin berhadapan dengan stress dan konflik.  Situasi tersebut mungkin bertambah rumit jika dia terpaksa menjaga ahli keluarga yang kurang upaya (sama ada sakit atau tua) dan dia pula tidak mendapat pertolongan daripada orang lain (baik ahli keluarga mahupun jiran tetangga). Keadaan menjadi lebih teruk lagi jika dia berhadapan dengan masalah kewangan (sama ada kerana tidak bekerja, menjadi ibu tunggal atau pendapatan suami tidak mencukupi) atau dikenakan stigma oleh masayarakat (kerana menjaga pesakit hiv/aids atau pesakit mental).
Dalam konteks kehidupan masakini, kebanyakan penjaga yang merupakan golongan  wanita (walaupun ada juga lelaki) berada dalam lingkungan usia limapuluhan, ramai yang tidak mempunyai pendidikan formal.  Oleh  itu jika mereka bekerja pun pendapatan yang diterima tidaklah mencukupi untuk menanggung perbelanjaan keluarga.  Jika mereka tinggal di luar bandar, dan anak-anak mereka yang dewasa pula berhijrah ke bandar, maka mereka terpaksa melaksanakan peranan sebagai penjaga secara berseorangan.  Bagi yang tinggal di bandar pun mereka mungkin berhadapan dengan masalah yang sama kerana hubungan sosial dalam masyarakat bandar agak terbatas memandangkan kebanyakan orang sibuk dengan urusan sendiri sementara sanak saudara keluarga luas pula tinggal berjauhan dan tidak mungkin dapat membantu dalam masa kecemasan atau sepanjang masa.
MENGAPA ISU PENJAGAAN PENTING
Sehingga kini tidak banyak perhatian yang diberikan berhubung dengan isu penjagaan tak formal di Malaysia.  Jikalau adapun tumpuan lebih diberikan kepada hal-hal yang berkaitan dengan penjagaan anak-anak pra sekolah atau anak-anak yang bersekolah apabila ibu mereka keluar bekerja.  Isu berkaitan dengan penjagaan untuk ahli keluarga yang kurang upaya (kerana sakit atau tua dan uzur) kurang diberi perhatian. Hal ini tentunya mempunyai kaitan dengan pandangan bahawa tugas itu merupakan sebahagian daripada peranan keluarga, lalu ia dilihat sebagai urusan peribadi keluarga masing-masing, jadi pandai-pandailah mereka mengaturnya. Hakikatnya ialah keluarga di Malaysia, malah di negara lain juga tidak homogenus; dari segi ekonomi ada keluarga kaya, sederhana dan miskin; dari segi strukturnya ada keluarga luas, keluarga nuklear, keluarga ibu/bapa tunggal dan keluarga bercampur.  Malah bilangan individu yang tinggal bersendirian kerana tidak berkahwin, tidak ada anak dan pasangan telah meninggal atau berpisah juga semakin bertambah. Selain itu, keluarga di bandar berhadapan dengan masalah yang berbeza berbanding dengan keluarga di desa. Tegasnya, walau apapun situasi yang dihadapi oleh keluarga, kebanyakannya berhadapan dengan masalah untuk menyediakan penjagaan untuk ahli-ahlinya akibat kekangan yang mereka hadapi.
Sungguhpun senario semasa di Malaysia menunjukkan bahawa tahap kesihatan penduduknya semakin baik dan ini diperlihatkan melalui peningkatan jangkahayat yakni 61.6 tahun bagi lelaki dan 65.6 tahun bagi wanita pada tahun 1970 kepada 71.6 tahun bagi lelaki dan 76.4 tahun bagi wanita pada tahun 2008 (http://www.kpwkm.gov.my).  Walau bagaimanapun, laporan  Banci 2000 mendapati kira-kira tujuh peratus daripada 1.4 juta warga tua di negara ini yang berumur 60 tahun ke atas tinggal bersendirian. Mereka berkemungkinan menghadapi pelbagai masalah kesihatan, sosial dan psikologikal.  Dijangkakan 72 peratus warga tua di bandar (seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya) akan tinggal bersama anak-anak menjelang 2020 tetapi  kebanyakan anak mereka keluar bekerja.  Situasi ini boleh menyebabkan ibubapa berhadapan dengan situasi kemurungan, di samping hal-hal  berkaitan dengan keselamatan diri.  Sebahagian  daripada mereka ini pula memerlukan penjagaan khusus kerana uzur, kurang upaya dan kemungkinan mengidap sakit kronik.  Malah bilangan penduduk yang mengidap sakit kronik seperti strok, kanser, buah pinggang, diabetis, hiv/aids atau masalah mental seperti skizofrenia juga memerlukan penjagaan sepenuh masa tanpa mengira usia.
Selain itu, dianggarkan juga terdapat lebih kurang 28 juta penduduk negara ini adalah OKU, akan tetapi bilangan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia hanyalah kira-kira 10 peratus daripada jumlah tersebut. Warga OKU terdiri daripada pelbagai kumpulan umur dan jantina Mereka dikategorikan sebagai kurang upaya pendengaran, penglihatan, fizikal, cerebral palsy, masalah pembelajaran dan kecacatan lain.  Sebahagian besar daripada mereka ini khususnya dalam kategori cerebral palsy dan masalah pembelajaran memerlukan penjagaan sepanjang masa terutamanya pada usia awal.
Isu penjagaan akan menjadi bertambah penting pada masa kini dan masa depan bukan sahaja kerana bilangan pesakit kronik bertambah tetapi juga disebabkan oleh perubahan yang berlaku kepada institusi keluarga dan penglibatan wanita dalam pekerjaan formal di luar rumah serta juga perubahan ekonomi semasa (Fatimah at el 2011) .  Pemisahan keluarga nuklear daripada keluarga luas khususnya akibat migrasi dan pekerjaan menyebabkan sanak saudara keluarga luas terutamanya wanita dewasa seperti ibu, ibu mertua, ibu saudara, adik beradik perempuan dan sepupu perempuan tidak lagi dapat menawarkah khidmat sebagai penjaga.  Selain itu, penglibatan wanita yang semakin ramai dalam tenaga kerja di luar rumah menyebabkan masa yang mereka ada untuk menawarkan khidmat sebagai penjaga semakin berkurangan. Ini turut mempengaruhi peningkatan bilangan pembantu rumah warga asing yang diambil bekerja (termasuk menjadi penjaga tak formal) (Siti Hajar et al 2011).  Peningkatan umur perkahwinan dan bilangan anak yang semakin sedikit bagi setiap keluarga turut meninggalkan implikasi yang penting kepada pola penjagaan tak formal, apabila wanita (dan lelaki) mungkin tidak mempunyai anak untuk menjaga mereka jika sakit atau pada usia tua nanti  kerana mereka tidak pernah berkahwin atau tidak mempunyai anak.  Jikalaupun mereka mempunyai anak, bilangannya tidak ramai dan sebahagian besarnya berhijrah ke tempat lain malah ke luar negara untuk merebut peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan  yang lebih tinggi.  Selain itu perubahan ekonomi menyebabkan beban untuk menanggung mereka yang sakit semakin bertambah.  Apabila  kos rawatan meningkat, ramai pesakit akan dikeluarkan daripada institusi jagaan dan kembali kepada keluarga untuk dijaga oleh ahli keluarga di rumah sendiri.  Tidak ramai ahli keluarga yang mampu mengambil pembantu warga asing sebagai penjaga, jikalaupun ada mereka sebenarnya tidak terlatih dalam bidang jagarawatan (nursing) dan boleh menjadi seperti penjaga  profesional (profesional carer).
Sehubungan dengan huraian itu usaha mengupayakan ahli keluarga dan ahli komuniti untuk menjalankan peranan sebagai penjaga perlu diberi perhatian yang serius.  Pada masa yang sama hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan penjaga dan orang yang dijaga juga perlu diberikan perhatian yang sama.  Hal ini akan disentuh dalam bahagian keempat  kertas ini.
CABARAN PENJAGA DAN PENJAGAAN TAK FORMAL
Sebagaimana yang telah dinyatakan lebih awal, kebanyakan penjaga dan penjagaan tak formal berlaku dalam latar tempat tinggal penjaga atau mereka yang dijaga.  Kebanyakan penjaga pula adalah wanita dewasa (walau pun ada juga lelaki tetapi bilangannya tidak ramai), tidak bekerja atau telah berhenti kerja dan masih mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga sendiri (yakni mempunyai suami dan anak-anak di samping ibu bapa yang telah tua).  Cabaran yang dihadapi oleh para penjaga berkenaan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yakni yang berkaitan dengan menjaga (seperti kekuatan fizikal, keupayaan ekonomi, tahap pendidikan/pengetahuan dan jalinan hubungan sosial penjaga dengan orang lain), ciri-ciri orang yang dijaga (termasuk penyakit yang dihidapi, kekuatan fizikal dan mental pesakit, keupayaan kewangan pesakit, aspek psikologi dan emosi pesakit) serta sokongan sosial dalam keluarga dan di luar keluarga.
,[object Object]
Jadual 1 memaparkan latar belakang penjaga khususnya dari segi umur, jantina, tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan, status perkahwinan, hubungan dengan orang yang dijaga.  Lebih  66 peratus daripada penjaga adalah wanita dan lebih separuh daripada kesemua penjaga berusia 50 tahun ke atas, malah ada yang berusia lebih 70 tahun.  Kebanyakan mereka menjaga ahli keluarga yang rapat yakni ibu bapa dan/atau anak. Jadual 5. Profil Penjaga
Profil PenjagaFatimah (2009)Siti Hajar (2010)Mohamad (2010)1. Jantina (%)Lelaki39.325.742.9Perempuan 66.774.357.12. Umur (%)<201.61.10.620-293.314.31.830-391.637.77.640-496.617.111.550-5920.28.630.260-6934.414.127.7>7026.21.120.63. Status Perkahwinan (%) Bujang9.813.78.4Berkahwin63.981.272.7Janda/Duda18.05.114.3Bercerai 6.604.5Berpisah1.6004. Tahap Pendidikan (%)Tidak bersekolah311.43.9Sekolah rendah5911.457.1Sekolah menengah rendah2811.40Sekolah menengah1056.628.6Kolej/universiti06.810.45. Pekerjaan (%)Bekerja37.752.659.1Tidak bekerja/surirumah62.346.840.9Bersara 00.606. Pendapatan (%)Tiada2.648.52.5<RM1003.31.81.2RM100-49919.73.647.8RM500-99932.819.719.3RM100-14996.616.611.6RM1500-19998.25.48.7>RM20004.92.48.97. Hubungan dengan pesakit (%)Pasangan (suami/isteri)6.626.911.0Anak045.765.6Ibubapa65.527.40Adikberadik9.809.7Menantu0011.7Mertua000      Lain-lain18.100
,[object Object]
Dengan tahap pendidikan yang agak rendah itu maka tidak hairanlah jika sebahagian besar daripada penjaga tidak bekerja atau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan memperoleh pendapatan kurang daripada RM1000 sebulan (yakni sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, wang bulanan yang diberikan oleh anak-anak, dan pencen suami). Kajian juga mendapati bahawa para penjaga bukan sahaja berhadapan dengan masalah ekonomi tetapi keletihan yang berpanjangan, kehilangan “privacy”, takut/cemas, sedih, dukacita, terbatasnya kebebasan, isolasi sosial, bimbang dan merasa bersalah.
Sungguhpun ada di antara penjaga yang mampu menggabungkan peranan sebagai penjaga dengan peranan sebagai pekerja sepenuh masa tetapi ramai yang terpaksa mengimbangi kedua-dua peranan tersebut.  Mereka ini berhadapan dengan masalah penting yakni menyesuaikan peranan sebagai penjaga dengan pola atau peraturan dalam pekerjaan formal. Tegasnya menjadi penjaga sepenuh masa mempunyai bebannya sendiri. Selain  daripada gagguan terhadap kerja dan seterusnya ia boleh pula menjejaskan situasi kewangan penjaga jika mereka tinggal bersama dengan klien atau orang yang dijaga.
Keadaan ini memperlihatkan ruang lingkup mengenai tanggung-jawab penjagaan.  Selain daripada kesan yang bakal menimpa masa depan para penjaga ia juga meninggalkan kesan kepada keadaan kewangan ahli lain dalam isirumah di mana penjaga tinggal.  Tegasnya mereka mungkin sama ada akan berhenti kerja atau bertukar kepada keja separuh masa/sambilan, atau kerja-kerja tertentu sahaja disebabkan oleh tuntutan dalam peranan sebagai penjaga menyebabkan keupayaan memperoleh pendapatan sebagaimana biasa akan menurun dan paras pendapatan akan berkurangan.  Implikasinya ramai para penjaga akhirnya akan tergolong dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah   (Evandrou and Winter 1989). Disebabkan pendapatn yang rendah, ramai di  antara mereka perlu bergantung kepada sumber pendapatan sokongan.  Akan tetapi kebanyakan sokongan kewangan awam hanya membantu mengurangkan sebahagian daripada beban itu sahaja.  Ia tidaklah pula mengimbangi kedudukan kewangan dengan secukupnya, malah hal tersebut juga tidak mengambil kira kos tambahan yang terbit daripada peranan sebagai penjaga  (Baldwin and Parker 1991).
Ciri-ciri orang yang dijaga
Kajian oleh Fatimah et al (2009) dan Mohamad (2010) adalah mengenai penjagaan pesakit mental dalam keluarga dan komuniti sementara kajian oleh Siti Hajar et al (2010) adalah mengenai penjagaan tak formal untuk pesakit kronik.
Menjaga pesakit mental agak mencabar bagi kebanyakan penjaga yang ditemui.  Ini kerana penjaga perlu faham mengenai perubahan “mood” pesakit dengan mengenalpasti tanda-tanda yang ditujukkan oleh pesakit melalui tindak tanduk sehariannya.  Kemurungan tiba-tiba, atau perlakuan yang agresif perlu ditangani dengan bijak supaya tidak menjadi ancaman kepada penjaga dan ahli keluarga yang tinggal bersama.  Oleh itu penjaga biasanya tidak boleh meninggalkan pesakit bersendirian tanpa diselia atau diperhatikan oleh orang lain.
Hal-hal berkaitan dengan pengambilan ubat dan dos ubatan yang perlu diambil juga perlu difahami dengan baik oleh penjaga.  Ini kerana selain daripada keengganan pesakit untuk mengambil ubat, kesalahan dos yang diberi atau pertukaran ubat boleh mempengaruhi mood pesakit dan boleh menjejaskan hubungan pesakit dengan penjaga dan sekaligus mengganggu mood atau emosi penjaga juga.
Tidak hairanlah jika pesakit (mental) dikurung di atas loteng, atau di pondok kecil di belakang rumah agar penjaga tidak diganggu sepanjang masa dan boleh melaksanakan urusan lain dalam rumah tangga.  Ini kerana jika pesakit mula agresif, dia mungkin akan mengancam penjaga dan orang lain juga dengan bernda-benda yang merbahaya seperti pisau, parang dan lain-lain yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya.
Bagi penjaga yang menjaga pesakit kronik yang lain tekanan yang ditimbulkan oleh pesakit tidaklah sehebat yang ditimbulkan oleh pesakit mental.  Walau bagaimanapun pesakit juga turut mengalami kemurungan, enggan mengambil ubat, tidak mahu mendapatkan rawatan susulan dan pelbagai kerenah lain, lebih-lebih lagi jika pesakita telah lanjut usia.
Sokongan sosial dalam keluarga dan komuniti
Berdasarkan data yang diperoleh daripada kajian di Ipoh dan Pendang, didapati bahawa sokongan dalam keluarga dan komuniti berbeza-beza.  Penubuhan pusat psikososial di klinik perubatan tempatan (Klinik Kg Simee Ipoh dan Klinik Keluarga di Pendang) yang menyediakan aktiviti khas untuk pesakit didapati sangat efektif dalam membantu proses pemulihan pesakit.  Walau bagaimanapun seperti yang telah dinyatakan di atas, kekangan kewangan antara lain menjadi penghalang kepada penjaga dan keluarga untuk menghantar ahli keluarga mereka yang sakit mendapat rawatan pemulihan.
Sebahagian besar daripada ahli komuniti memandang serong kepada pesakit mental dan keluarga mereka.  Walau pun ada yang telah mendekati pesakit dengan mengambil mereka berkerja (seperti membersih halaman dan seumpamanya) tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.  Malah ada yang menghina mereka dan keluarga dengan melabelkan mereka sebagai “gila”, “terkena sumpahan” dan diberi minuman berupa teh yang sebenarnya adalah air kencing.
Sokongan daripada ahli keluarga dan dan komuniti agak terhad.  Penghijrahan anak-anak keluar dari kampung asal dan sikap jiran tetangga yang kurang mengambil berat akan keperluan jiran yang lain jelas kelihatan.  Ini kerana daripada kajian yang dilakukan, penjaga yang mengidap penyakit diabetis misalnya terpaksa mengurus diri sendiri di samping menjaga anak yang sakit mental.  Disebabkan ketidakupayaannya dia tidak dapat menguruskan rumahnya dengan baik menyebabkan rumah penuh dengan sampah sarap dan timbunan pakaian yang tidak dicuci.
Kajian oleh Siti Hajar et al (2010) mendapati bahawa tekanan sosial, fizikal dan emosi meninggalkan kesan yang sama banyaknya kepada penjaga.  Sungguhpun kebanyakan penjaga mahukan lebih banyak maklumat, bantuan praktikal dan sokongan emosi, keinginan mereka yang utama ialah agar komuniti sedar atau mengiktiraf keperluan mereka dan sebolehnya membantu keperluan-keperluan para penjaga berkenaan.  Apa yang diinginkan oleh penjaga antaranya seperti pengiktirafan terhadap sumbangan khidmat mereka, perkhidmatan khus mengikut keperluan semasa, perkhidmatan yang membayangkan kesedaran keperluan berdasarkan latar belakang etnik, budaya dan agama yang berbeza, peluang untuk berehat, bantuan praktikal, seseorang untuk meluahkan perasaan/bercakap tentang keperluan emosi, maklumat tentang faedah dan perkhidmatan, serta mengenai keadaan orang yang dijaga, pendapatan yang mencakupi kos jagaan, peluang untuk meneroka alternatif lain kepada jagaan dalam keluarga; kesemuanya itu kelihatan sangat “demanding” dan sangat sukar ntuk dipenuhi. Melihat kepada keperluan penjaga, didapati kesemua mereka memerlukan skongan daripada sektor penjagaan formal dan tak formal.  Justeru, cara yang paling baik untuk membantu para penjaga memenuhi keperluan mereka adalah dengan mencadangkan perkongsian bijak antara sektor penjagaan formal dan tak formal dalam meneruskan tanggungjawab menyediakan penjagaan.  PERLUNYA SOKONGAN SOSIAL DAN AKTA BERKAITAN PENJAGAAN
,[object Object]
Di  United Kingdom, Akta National Health Service and Community Care 1990 menghendaki pihak berkuasa tempatan merencanakan pakej perkhidmatan bagi memenuhi keperluan penjaga.  Salah satu daripadanya ialah Care Support Programmes yang di dalamnya mengandungi;
penjagaan alternatif kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Makalah Kesehatan Reproduksi Konsep Gender
Makalah Kesehatan Reproduksi Konsep GenderMakalah Kesehatan Reproduksi Konsep Gender
Makalah Kesehatan Reproduksi Konsep GenderShafa Nabilah Eka Puteri

Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaUbaidillah Muhammad

Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnalcamry1414

Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...csdp123

Was ist angesagt? (6)

Makalah Kesehatan Reproduksi Konsep Gender
Makalah Kesehatan Reproduksi Konsep GenderMakalah Kesehatan Reproduksi Konsep Gender
Makalah Kesehatan Reproduksi Konsep Gender

Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya

Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal

Utk blog
Utk blogUtk blog
Utk blog

Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...

Jateng bebas pasung di 2012
Jateng bebas pasung di 2012Jateng bebas pasung di 2012
Jateng bebas pasung di 2012

Ähnlich wie Cabaran Penjagaan Tak Formal

review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara

grandparenting
grandparentinggrandparenting
grandparentingAin Nazri

Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Ahmad Fahmi

Definisi keluarga
Definisi keluargaDefinisi keluarga
Definisi keluargaKopi Ais

Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8Aan Saja

Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8Aan Saja

Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Cikgu Sivam sivam

Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi pjj_kemenkes

Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik KebidananCara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidananpjj_kemenkes

Askep keluarga tahap perkembangan 2.pptx
Askep keluarga tahap perkembangan 2.pptxAskep keluarga tahap perkembangan 2.pptx
Askep keluarga tahap perkembangan 2.pptxIksanKhoironi

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri

BeSafe-Kehamilan Remaja.pdf
BeSafe-Kehamilan Remaja.pdfBeSafe-Kehamilan Remaja.pdf
BeSafe-Kehamilan Remaja.pdfssuserc23bd5

Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin

Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdfPencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdfariecahyono2

Ähnlich wie Cabaran Penjagaan Tak Formal (20)

Asg2
Asg2Asg2
Asg2

Aborsi
AborsiAborsi
Aborsi

review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga

grandparenting
grandparentinggrandparenting
grandparenting

Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5

Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)

Sosbud 3
Sosbud 3Sosbud 3
Sosbud 3

Definisi keluarga
Definisi keluargaDefinisi keluarga
Definisi keluarga

Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8

Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8
Kesehatan reproduksi tentang status kesehtan wanita kelompok 8

Asg3
Asg3Asg3
Asg3

Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)

Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi
Elemen-elemen Pelayanan Kesehatan Reproduksi

Isu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayiIsu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayi

Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik KebidananCara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan
Cara Pendekatan Sosial Budaya dalam Praktik Kebidanan

Askep keluarga tahap perkembangan 2.pptx
Askep keluarga tahap perkembangan 2.pptxAskep keluarga tahap perkembangan 2.pptx
Askep keluarga tahap perkembangan 2.pptx

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi

BeSafe-Kehamilan Remaja.pdf
BeSafe-Kehamilan Remaja.pdfBeSafe-Kehamilan Remaja.pdf
BeSafe-Kehamilan Remaja.pdf

Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin

Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdfPencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf

Cabaran Penjagaan Tak Formal

• 1.
• 2.
• 3. Dengan tahap pendidikan yang agak rendah itu maka tidak hairanlah jika sebahagian besar daripada penjaga tidak bekerja atau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan memperoleh pendapatan kurang daripada RM1000 sebulan (yakni sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, wang bulanan yang diberikan oleh anak-anak, dan pencen suami). Kajian juga mendapati bahawa para penjaga bukan sahaja berhadapan dengan masalah ekonomi tetapi keletihan yang berpanjangan, kehilangan “privacy”, takut/cemas, sedih, dukacita, terbatasnya kebebasan, isolasi sosial, bimbang dan merasa bersalah.
• 4. Sungguhpun ada di antara penjaga yang mampu menggabungkan peranan sebagai penjaga dengan peranan sebagai pekerja sepenuh masa tetapi ramai yang terpaksa mengimbangi kedua-dua peranan tersebut. Mereka ini berhadapan dengan masalah penting yakni menyesuaikan peranan sebagai penjaga dengan pola atau peraturan dalam pekerjaan formal. Tegasnya menjadi penjaga sepenuh masa mempunyai bebannya sendiri. Selain daripada gagguan terhadap kerja dan seterusnya ia boleh pula menjejaskan situasi kewangan penjaga jika mereka tinggal bersama dengan klien atau orang yang dijaga.
• 5. Keadaan ini memperlihatkan ruang lingkup mengenai tanggung-jawab penjagaan. Selain daripada kesan yang bakal menimpa masa depan para penjaga ia juga meninggalkan kesan kepada keadaan kewangan ahli lain dalam isirumah di mana penjaga tinggal. Tegasnya mereka mungkin sama ada akan berhenti kerja atau bertukar kepada keja separuh masa/sambilan, atau kerja-kerja tertentu sahaja disebabkan oleh tuntutan dalam peranan sebagai penjaga menyebabkan keupayaan memperoleh pendapatan sebagaimana biasa akan menurun dan paras pendapatan akan berkurangan. Implikasinya ramai para penjaga akhirnya akan tergolong dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (Evandrou and Winter 1989). Disebabkan pendapatn yang rendah, ramai di antara mereka perlu bergantung kepada sumber pendapatan sokongan. Akan tetapi kebanyakan sokongan kewangan awam hanya membantu mengurangkan sebahagian daripada beban itu sahaja. Ia tidaklah pula mengimbangi kedudukan kewangan dengan secukupnya, malah hal tersebut juga tidak mengambil kira kos tambahan yang terbit daripada peranan sebagai penjaga (Baldwin and Parker 1991).
• 7. Kajian oleh Fatimah et al (2009) dan Mohamad (2010) adalah mengenai penjagaan pesakit mental dalam keluarga dan komuniti sementara kajian oleh Siti Hajar et al (2010) adalah mengenai penjagaan tak formal untuk pesakit kronik.
• 8. Menjaga pesakit mental agak mencabar bagi kebanyakan penjaga yang ditemui. Ini kerana penjaga perlu faham mengenai perubahan “mood” pesakit dengan mengenalpasti tanda-tanda yang ditujukkan oleh pesakit melalui tindak tanduk sehariannya. Kemurungan tiba-tiba, atau perlakuan yang agresif perlu ditangani dengan bijak supaya tidak menjadi ancaman kepada penjaga dan ahli keluarga yang tinggal bersama. Oleh itu penjaga biasanya tidak boleh meninggalkan pesakit bersendirian tanpa diselia atau diperhatikan oleh orang lain.
• 9. Hal-hal berkaitan dengan pengambilan ubat dan dos ubatan yang perlu diambil juga perlu difahami dengan baik oleh penjaga. Ini kerana selain daripada keengganan pesakit untuk mengambil ubat, kesalahan dos yang diberi atau pertukaran ubat boleh mempengaruhi mood pesakit dan boleh menjejaskan hubungan pesakit dengan penjaga dan sekaligus mengganggu mood atau emosi penjaga juga.
• 10. Tidak hairanlah jika pesakit (mental) dikurung di atas loteng, atau di pondok kecil di belakang rumah agar penjaga tidak diganggu sepanjang masa dan boleh melaksanakan urusan lain dalam rumah tangga. Ini kerana jika pesakit mula agresif, dia mungkin akan mengancam penjaga dan orang lain juga dengan bernda-benda yang merbahaya seperti pisau, parang dan lain-lain yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya.
• 11. Bagi penjaga yang menjaga pesakit kronik yang lain tekanan yang ditimbulkan oleh pesakit tidaklah sehebat yang ditimbulkan oleh pesakit mental. Walau bagaimanapun pesakit juga turut mengalami kemurungan, enggan mengambil ubat, tidak mahu mendapatkan rawatan susulan dan pelbagai kerenah lain, lebih-lebih lagi jika pesakita telah lanjut usia.
• 12. Sokongan sosial dalam keluarga dan komuniti
• 13. Berdasarkan data yang diperoleh daripada kajian di Ipoh dan Pendang, didapati bahawa sokongan dalam keluarga dan komuniti berbeza-beza. Penubuhan pusat psikososial di klinik perubatan tempatan (Klinik Kg Simee Ipoh dan Klinik Keluarga di Pendang) yang menyediakan aktiviti khas untuk pesakit didapati sangat efektif dalam membantu proses pemulihan pesakit. Walau bagaimanapun seperti yang telah dinyatakan di atas, kekangan kewangan antara lain menjadi penghalang kepada penjaga dan keluarga untuk menghantar ahli keluarga mereka yang sakit mendapat rawatan pemulihan.
• 14. Sebahagian besar daripada ahli komuniti memandang serong kepada pesakit mental dan keluarga mereka. Walau pun ada yang telah mendekati pesakit dengan mengambil mereka berkerja (seperti membersih halaman dan seumpamanya) tetapi tidak ramai yang berbuat demikian. Malah ada yang menghina mereka dan keluarga dengan melabelkan mereka sebagai “gila”, “terkena sumpahan” dan diberi minuman berupa teh yang sebenarnya adalah air kencing.
• 15. Sokongan daripada ahli keluarga dan dan komuniti agak terhad. Penghijrahan anak-anak keluar dari kampung asal dan sikap jiran tetangga yang kurang mengambil berat akan keperluan jiran yang lain jelas kelihatan. Ini kerana daripada kajian yang dilakukan, penjaga yang mengidap penyakit diabetis misalnya terpaksa mengurus diri sendiri di samping menjaga anak yang sakit mental. Disebabkan ketidakupayaannya dia tidak dapat menguruskan rumahnya dengan baik menyebabkan rumah penuh dengan sampah sarap dan timbunan pakaian yang tidak dicuci.
• 16.
• 17. Di United Kingdom, Akta National Health Service and Community Care 1990 menghendaki pihak berkuasa tempatan merencanakan pakej perkhidmatan bagi memenuhi keperluan penjaga. Salah satu daripadanya ialah Care Support Programmes yang di dalamnya mengandungi;
• 18. penjagaan alternatif kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah
• 19. penjagaan alternatif kepada mereka yang memerlukan penjagaan bukan di rumah
• 20. maklumat dan nasihat kepada penjaga mengenai perkhidmatan, faedah serta bagaimana menagani situasi penjagaan, dan
• 21.
• 22. Perjanjian khusus perlu mencakupi keperluan penjaga untuk keluarga (misalnya Family Leave, Compassionate Leave) di setiap tempat kerja.
• 23. Kollaborasi antara pekerja dan organisasi sukarela dalam menyediakan pelbagai skim sokongan di tempat kerja; sama ada melalui bantuan kewangan secara langsung atau bantuan teknikal.
• 24. Peluang untuk bekerja secara separuh masaatau berkongsi kerja (job sharing) tanpa kehilangan kerja, senioriti atau kadar upah.
• 25. Aturan kerja yang anjal bagi pekerja yang pada masa yang sama menjadi penjaga. Ini membolehkan penjaga mendapat masa rehat/cuti tanpa menyebabkan kehilangan/kekurangan upah atau ancaman diberhentikan kerja.
• 26.