SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 55
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Amalan Penggunaan TMK

       Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

 Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik:

                 Satu Kajian Kes




                       Oleh


                Cheah Chee Keong
                  Linda Liang
                  Salmiah Said
                 Siti Hajar Man




Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

                       2010




                                                     1
ABSTRAK

       Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selari

dengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” tanpa

mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yang

sewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuan

mengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong dan

penghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk

kajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan

TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru

mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalan

penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada

penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh                  pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran

digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang

masih pada peringkat “Entry”dan “Adoptation” Kajian mendapati faktor sokongan dari
                                           .

pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK

dalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan

penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli.




                                                                                        2
ABSTRACT



       Education in the 21st century, requires educators       to utilize Information and

Communication Technology (ICT) in their teaching and learning process. The concept of

"Education For All" regardless of race or nation, especially for the indigenous people

should be given due attention in terms of implementation of the use of ICT in the

classroom. This study aims to investigate the perceptions of teachers towards the use of

ICT in teaching and learning, the level of ICT usage among teachers as well as the driving

and hampering factors in the use of ICT for teaching and learning. This is a qualitative

exploration and descriptive study to explore the basic practices of ICT by teachers in

indigenous schools. The findings showed that teachers have positive perceptions about the

effectiveness of using computers to assist teaching and learning. In addition, the study

shows the practice of using computers in teaching and learning process is focused on the

usage of interactive CD-ROM materials that is supplied by the Ministry of Education. The

production of digital learning materials is limited due to the level of knowledge and skills

of teachers who are still at the "Entry" and "Adoptation” stage. The study found that

support from the school administration is the key factor in promoting the usage of ICT in

teaching and learning. Electricity supply is also a major factor why the usage of ICT

cannot be fully implemented in the indigenous schools.




                                                                                          3
BAB 1

                                     Pengenalan



       Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat

bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di sekolah

bukanlah satu perkara baru.   Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan

diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta

projek sekolah bestari (Lee, 2000). Sehingga kini, amalan pelaksanaan TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran berdepan dengan cabaran-cabaran dan halangan terutama di

sekolah pedalaman dan sekolah orang asli.



       Dalam konteks pendidikan orang asli, Seksyen 17 Akta 134 dalam Perlembagaan

Malaysia menjelaskan perincian hak-hak keistimewaan peruntukan pendidikan untuk

anak-anak orang asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia.

Konsep “Pendidikan untuk Semua”tidak meminggirkan pendidikan untuk golongan ini

termasuklah dari aspek pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.



       Memandangkan penggunaan komputer amat bermanfaat, ia sememangnya sesuai

digunakan untuk membantu pembelajaran murid-murid sekolah orang asli terutama

mereka yang kurang minat terhadap alam persekolahan.




                                                                                  4
Latar Belakang Kajian

       Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalah

sebahagian besarnya bermula di sekolah. Arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) ialah

proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) perlu mengaplikasikan TMK seperti

penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah.              Hal ini selaras dengan program

pembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysia

dalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajaran

telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-

guru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dan

dibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003).

       Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntut

perubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklumat

dan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputusan

terhadap masalah yang diberi (Salmiah Said, 2008). Inisiatif untuk mengintegrasikan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlaku

perubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007).

Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara

tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua

peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan

penilaian selepas sesi p & p.




                                                                                     5
Kajian ini cuba meninjau tahap amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) dalam p & p di sebuah sekolah orang asli, di Grik, Perak. Skop kajian ini juga

cuba meninjau faktor-faktor yang mendorong tenaga pengajar dalam menggunakan

kelengkapan TMK dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dan

kelengkapan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




Pernyataan Masalah

       Pembestarian sekolah merupakan satu agenda pendidikan negara. Pelaksanaan

TMK bermula dengan projek sekolah bestari pada tahun 1999-2002. Terdapat sekolah

orang asli di pedalaman seperti SK Chini dan SK Runchang telah dilengkapi dengan

komputer dan talian internet (Wahid Hashim, 2006).      Namun persoalannya sekarang,

apakah kita masih ditahap melengkapkan sekolah dengan komputer? Apakah bekalan

komputer    ini   dimaksimumkan    penggunaannya     dalam   proses   pengajaran   dan

pembelajaran? Banyak pelaburan untuk mengintegrasikan TMK dalam pendidikan namun

menghasilkan impak yang sedikit (Loveless, 1995; Willis, 1996) termasuklah di Malaysia

(Tan Soon Yin, 2000). Pelaburan dalam usaha mengintegrasikan TMK di sekolah-sekolah

Malaysia belum menjangkau peringkat projek rintis (Gan, 1997).



       Keberkesanan Pelaksanaan TMK di peringkat sekolah rendah masih belum

mencapai tahap yang optimum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (IAB,

2009). Data-data deskriptif menunjukkan min penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah sederhana (2.76). Adakah amalan TMK berada pada tahap yang

sama di sekolah orang asli?



                                                                                    6
Di samping itu, tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah juga

merupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. Seseorang guru itu

perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam

mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan

kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan, 1991).            Untuk

memastikan hal ini berlaku, kajian ini turut meninjau tahap kemahiran TMK dalam

kalangan guru di sekolah rendah orang asli.



       Persepsi penggunaan TMK sebagai alat membantu pembelajaran dalam kalangan

guru adalah pada tahap sederhana (IAB, 2008). Inovasi ini adalah sesuatu yang baru bagi

sebahagian guru dalam konteks tertentu (Tan Soon Yin, 2000). Satu faktor guru yang

terlibat ialah persepsi guru tentang kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di sinilah kepentingan persepsi guru diambil kira dalam melihat integrasi TMK dalam p &

p di sekolah.



       Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor pendorong

pelaksanaan integrasi TMK dalam p & p manakala sebahagian mengkaji faktor halangan.

Kesuntukan masa mengggunakan TMK oleh guru-guru menjadi penghalang manakala

sikap positif, keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK mendorong pelaksanaannya

dalam p & p (IAB, 2008).       Zaini Ahmad (2006) pula mendapati faktor-faktor yang

menyokong pelaksanaan TMK ialah kesedaran terhadap kepentingan TMK, kerjasama

antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendekatan TMK kepada guru

dan insentif kepada guru. Walaupun dasar Kementerian Pelajaran mewujudkan integrasi




                                                                                     7
TMK di sekolah namun penerimaan setiap sekolah terhadapnya adalah berbeza (Zamri

Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad, 2006).



       Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, kajian ini meninjau amalan TMK dalam

p & p di sekolah orang asli yang mempunyai budaya tersendiri.



Objektif Kajian

       Objektif kajian adalah :

       1.3.1 mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p

       1.3.2 mengenal pasti tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di

              kelas.

       1.3.2 mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang atau menyokong amalan

              penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid

              sekolah orang asli.



Soalan Kajian

       Berikut adalah soalan kajian:

       1.4.1 Apakah persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p?

       1.4.2 Apakah tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas?

       1.4.3 Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan

              pembelajaran ?

       1.4.4 Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan

              pembelajaran?




                                                                                   8
Signifikan Kajian

       Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelan

tindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan TMK dilaksanakan

sepenuhnya bagi sekolah-sekolah orang asli di luar bandar.

       Di samping itu, dapatan kajian membolehkan strategi dirangka untuk mengatasi

masalah   pelaksanaan TMK di peringkat sekolah.       Hal ini membolehkan guru-guru

mengenalpasti halangan-halangan umum yang terpendam dan mencari jalan mengatasinya

melalui pendekatan inovasi yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.



       Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelaksanaan dasar ”Pendidikan

Untuk Semua” (EFA) yang melibatkan murid-murid orang asli.         Justeru dapatannya

menambah data-data bagi merungkai permasalahan tentang pelaksanaan TMK untuk

sekolah orang asli yang berdepan dengan cabaran budaya masyarakat         yang kurang

menggalakkan pendidikan.



       Data-data yang didapati akan dapat membantu pihak kurikulum untuk membuat

penambahbaikan dari aspek perisian p & p dan kurikulum yang sedia ada.



Batasan Kajian

       Terdapat beberapa batasan kepada kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes

tentang amalan penggunaan TMK di sebuah sekolah orang asli. Responden kajian adalah



                                                                                   9
spesifik dan tidak boleh digunakan untuk digeneralisasikan dari aspek penggunaan TMK

oleh guru di semua sekolah di Malaysia.



Definisi Operasi

       Amalan TMK

              Amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) ialah tahap amalan

       penggunaan komputer dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang

       berkesan.



       Sekolah Orang Asli

              Merujuk kepada sekolah yang diguna oleh murid-murid sekolah dalam

       kalangan masyarakat orang asli di kawasan RPS Banun.



Rumusan

       Amalan TMK dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya sejauhmana guru-guru di Sekolah

Orang Asli menjadikan TMK sebagai satu amalan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Adakah adanya halangan-halangan yang menyebabkan guru-guru tidak

dapat menjadikan ianya satu amalan yang berterusan. Justeru itu, kajian ini dijalankan

untuk melihat tahap amalan TMK dalam kalangan guru-guru di Sekolah Orang Asli

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




                                                                                   10
BAB 2

                                TINJAUAN KAJIAN



       Dasar Penyata Razak (1965) menjelaskan bahawa Sistem Pelajaran Kebangsaan

meliputi pembelajaran di peringkat rendah dan menengah       memberi peluang kepada

semua kanak-kanak untuk belajar mengikut kecenderungan dan kemampuan mereka.

Keadaan ini tidak terkecuali dengan kanak-kanak orang asli. Justeru, Dasar Penggunaan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi sekolah orang asli dalam usaha

kerajaan memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus

perdana yang pantas.



       Bab ini mengutarakan perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan    pendidikan

orang asli dan hubungan dengan amalan TMK,          peranan dan faedah TMK dalam

pengajaran dan      pembelajaran, tahap pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran dan faktor mendorong dan penghalang penggunaan TMK dalam pengajaran

dan pembelajaran.



Pendidikan Untuk Orang Asli (EFA)

       Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008), berkaitan usaha merapatkan jurang

pendidikan telah menyarankan program serta projek infrastruktur dan TMK luar bandar.

Tujuannya supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal dalam kalangan kanak-

kanak khususnya murid-murid luar bandar, orang asli dan Penan.




                                                                                  11
Pelancaran Kelas Dewasa bagi ibu bapa murid orang asli pada tahun 2008

merupakan wahana membasmi keciciran anak-anak golongan ini.              Mereka yang

menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikan

yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain (Basir Baharom,

2008).    Dengan menguasai kemahiran 2M, ibu bapa ini dapat membantu anak-anak

mereka ke arah perubahan mentaliti sejajar dengan masyarakat berpengetahuan. Masalah

jurang pendidikan orang asli dengan bangsa lain seharusnya dapat dikurangkan dengan

penempatan ramai guru-guru siswazah di kawasan pedalaman.



         Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan

Haslinda Abdullah (2007), pula mengkaji pengetahuan TMK dalam kalangan belia orang

asli termasuklah kefahaman, penggunaan, dorongan, halangan dan persepsi terhadap

penggunaan TMK. Dapatan menunjukkan halangan besar yang dihadapi ialah masalah

kewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempatan

mereka.



         Hasil kajian tersebut menimbulkan persoalan sama ada masalah yang sama dialami

oleh sekolah orang asli? Apakah guru di sekolah orang asli dapat mengintegrasikan TMK

dalam p & p? Masih kurang kajian yang meninjau permasalahan ini dalam konteks guru

yang mengajar di sekolah orang asli.




                                                                                    12
Peranan dan Faedah TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

       Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam melihat

pengintegrasian dan amalan pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Bagaimana amalan TMK akan mengubah keadaan dalam bilik darjah dan

juga mempengaruhi cara pelajar belajar dan guru mengajar? Persoalannya, apa yang akan

berlaku kepada pelajar dan guru-guru sekiranya mereka mempunyai keupayaan capaian

tanpa had kepada penggunaan komputer pada setiap masa ?



       Integrasi TMK dalam p & p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk

memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.             Penggunaan teknologi mesti

digabungjalin bersama kaedah pengajaran (Pisapan, 1994).           Kebolehan-kebolehan

mengguna, mengurus dan memahami TMK penting dikuasai oleh murid semasa proses

pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen, 1996).       Peranan TMK boleh

dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yang

membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard,

1992; Abdul Rahim Saad, 2000).. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi

dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah.

Integrasi TMK dalam p & p memberikan peluang kepada guru memperkenalkan

pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah

sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg, 2001). Murid

dapat menguasai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan,

pangkalan data dan pembentangan menggunakan alat-alat teknologi.




                                                                                   13
Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru

melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Heinich (1993)

menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran

yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan

guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini

disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di

sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Penggunaan internet dapat

menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid seperti portal pendidikan

(Zalina Yahya, 2001), penggunaan emel dan chat room yang membolehkan pertukaran

idea dan fikiran sesama sendiri atau dengan guru dan murid sekolah lain.



       Maurer (1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005)

menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang

bersesuaian (Mauer, 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna

melalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-mana

aplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik

(Fisher, 1994).



       Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar menunjukkan 50%

pelajar sekolah menengah rendah mengatakan teknologi media menjadikan sesuatu subjek

itu penting (Cox, 1997). 75% pula berpendapat multimedia meningkatkan minat belajar

manakala 50% mengakui multimedia membantu pemahaman yang lebih mendalam subjek




                                                                                 14
yang dipelajari.   Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik & Kulik,

1991; Toh, 1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002). Unsur

interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah

mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut

gaya pembelajaran meraka (Alessi & Trollip, 2001).          TMK menjadikan bidang

pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar (Lili

Nurliyana Abdullah, 1996).



       Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media

yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang

pendidikan.



Tahap Evolusi Amalan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

       Model “Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et al, 1991) telah menggariskan

lima tahap evolusi amalan TMK guru-guru dalam bilik darjah: Entry, Adoption,

Adaptation, Appropriation dan Invention.



       Pada tahap Entry dan Adoptation, guru berada pada peringkat membiasakan diri

dan mempelajari kemahiran baru penggunaan teknologi tersebut serta menggunakannya

untuk menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran cara tradisional. Tahap

Adaptation,berlaku apabila tekonolgi baru tersebut cuba diintegrasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan sumbangan pelajar




                                                                                    15
dengan penggunaan perisian-perisian seperti pemprosesan kata, Hamparan Elektronik dan

grafik.



          Aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berkumpulan seperti bekerjasama,

berteraskan projek dan merentasi mata pelajaran menjadi fokus dalam               tahap

Appropriation. Sementara pada tahap Invertion, guru dan pelajar membuat penemuan

terbaru cara teknologi tersebut dapat digunakan untuk menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran.



          Bagi Heppel (1993), Tahap Topicality merupakan tahap permulaan dimana TMK

itu sendiri menjadi kandungan pembelajaran. Guru dan pelajar belajar menggunakan

teknologi baru tersebut, dengan membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan

perisian. Tahap kedua Surrogacy, dimana teknologi mengambil alih peranan guru sebagai

media penyampaian maklumat dan tahap Progression, TMK digunakan sebagai alat

penerokaan maklumat baru dan akhir sekali tahap Pedagogical Change, TMK sebagai

agen perubahan dan penentuan dalam aspek apa yang dipelajari dan bagaimana ia pelajari.



Faktor pendorong dan penghalang integrasi TMK dalam P & P

          Integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cabaran

kepada guru-guru didalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini. Terdapat

faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.




                                                                                     16
Menurut Abdul Wahab Ismail Gani;Kamaliah Hj. Siarap;Hasrina Mustafa (2006),

dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan

Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang menyatakan majoriti

responden iaitu 41.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong

mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. Seterusnya

diikuti 30.4% (49 orang) didorong oleh faktor minat, 18% (29 orang) didorong oleh faktor

persekitaran, 6.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. Hasil kajian keatas guru pelatih

yang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et. al. (2000) juga mendapati faktor personaliti

mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer. Ini

menjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan peranan yang tidak kurang

pentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



         Zulkifli dan Raja Maznah(1994), mengatakan sikap terhadap komputer adalah

salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan

komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kazlauskas(1995), pula mendapati

faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah.

Dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah

bermula daripada sikap guru terhadap komputer dan juga tahap pengetahuan mereka

tentang peri pentingnya integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



         Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktif

kepada pihak sekolah, untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p khususnya

semasa     Program   PPSMI.     Ini   memudahkan     guru    dan   mendorong     mereka




                                                                                       17
mengintergrasikan komputer dalam p&p. Lucas (1986), menyatakan bahawa sokongan

daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber

organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan

penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi.



       Penggunaan komputer     dapat menarik     perhatian dan pada masa yang sama

“menakut-nakutkan” guru-guru. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikan

pembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai guru

mendapati    sukar   untuk    mengintegrasikan    TMK     di   dalam    bilik   darjah

(Jasmy,Arif,Shahidah & Rosnani, 2001).



       Kajian oleh Rosnah Mansor (2002), terhadap 53 orang guru sebagai responden di 5

buah sekolah di kawasan Terengganu menunjukkan guru-guru kurang kemahiran dan

kurang latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam penggunaan Media Teknologi

Pendidikan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan

sekolah dari segi memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Media Teknologi

Pendidikan



       Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et.al.(2006), terhadap guru-

guru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang, didapati faktor utama yang menghalang

responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28.6% (46 orang). Ini diikuti 14.9%

(24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk menggunakannya, 10.6% (17 orang)




                                                                                   18
disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya, 9.3% (15 orang) disebabkan tidak

pandai menggunakannya, 8.7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan

dan 5.6% (9 orang) tidak berminat untuk menggunakannya.



       Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999), menggariskan beberapa faktor

penghalang kepada integrasi TMK iaitu:

       i.      Media tidak memberi simulasi perhubungan antara guru dengan pelajar.

       ii.     Masa tidak mencukupi

       iii.    Tidak ada elaun untuk penggunaan Media

       iv.     Tidak terlibat dalam proses pembinaan koswer yang disediakan

       v.      Jadual waktu terlampau padat

       vi.     Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan baik

       vii.    Penggunaan media tidak mengurangkan beban kerja guru

       viii.   Peralatan di bilik sumber tidak mencukupi

       ix.     Kemahiran merancang, memilih, menggunakan media instruksi

       x.      Tidak berpeluang untuk mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan

       xi.     Tidak ada arahan khusus untuk menggunakan Teknologi Pendidikan

       xii.    Tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan daripada Pusat

               Sumber Negeri

       xiii.   Kurang pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat

               sekolah

       xiv.    Tidak ada program khas mengenai media

       xv.     Tidak ada pemantauan tetap daripada Jabatan Pelajaran Negeri




                                                                                      19
Rumusannya, bagi menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan guru, pentadbiran dan juga

kementerian. Faktor penghalang integrasi TMK, perlu diberi perhatian dalam menjayakan

wawasan Negara.



Rumusan

       Dasar pendidikan untuk semua dalam PIPP, menggariskan pendidikan mesti diberi

kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan tempat tinggal. Justeru

itu, pendidikan untuk orang asli tidak boleh diabaikan begitu sahaja, ianya harus setanding

dengan pendidikan kaum lain. Amalan TMK yang mampu membuka minda murid-murid

telah terbukti memberi kesan positif dalam proses p&p, wajar diberi perhatian yang yang

serius oleh semua guru, tanpa mengira di mana mereka mengajar. Atas sebab ini, kajian

ini dijalankan untuk mengetahui ditahap manakah amalan TMK telah dilaksanakan oleh

guru-guru di sekolah kajian.




                                                                                        20
BAB 3
                                     METODOLOGI


       Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian, persampelan, instrumen,

pentadbiran data dan analisis data



Rekabentuk Kajian

       Kajian ini adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara

asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli.



Persampelan Kajian

       Bagi tujuan ini, kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengan

sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd. Najib, 2003). Walau

bagaimanapun kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakili

bilangan populasi sebenar kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi.

Responden merupakan guru sekolah rendah yang mengajar pelbagai mata pelajaran dari

sekolah RPS di bawah Projek Jaringan Utara. Guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini

adalah SK RPS Banun.



Instrumen

       Soal selidik

              Item soal selidik ini dibina oleh kumpulan pengkaji sendiri. Ianya terbahagi

       kepada 3 bahagian utama. Bahagian A          mengenai latarbelakang responden,

       Bahagian B tentang penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran,



                                                                                       21
Bahagian C berkaitan pengetahuan penggunaan komputer. Soal selidik ini telah

      diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap item sebelum kajian sebenar

      dijalankan.



      Temu bual

               Bentuk temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur. Merriam (1998)

      menjelaskan pemerolehan data daripada teknik temu bual perlu dilakukan sebaik-

      baiknya secara tidak berstruktur dan dalam keadaan tidak formal. Soalan-soalan

      juga perlu berbentuk soalan terbuka, fleksibel, boleh diteroka dan lebih menjurus

      kepada bentuk perbualan.

               Pasukan pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama 3 orang responden

      secara lisan (dirakam dan ditranskrip). Ini memandangkan temu bual secara lisan

      yang dirakamkan dan ditranskripkan adalah yang terbaik (Colby and Kohlberg,

      1987).



Pentadbiran Data

      Soal selidik

               Pengkaji tidak mengedarkan soal selidik akibat masalah logistik.

      Sebaliknya, pensyarah yang pergi ke sekolah orang asli untuk program KIA 2M

      telah diberi taklimat bagaimana untuk mengedarkan soal selidik.       Guru-guru

      pelbagai mata pelajaran diminta mengisi soal selidik.




                                                                                    22
Temubual

                Tiga orang guru telah dipilih untuk menghadiri sesi temu bual bersama

       dengan pengkaji dalam melihat faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang

       amalan TMK di sekolah mereka. Temubual dijalankan secara informal dan tidak

       berstruktur. Setiap temubual berlangsung di antara 1 hingga 2 jam. Temubual ini

       direkod dan transkrip dijalankan.



Analisis Data

       Soal selidik

       Soal selidik dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus.

       Temu bual

                Transkrip rakaman audio disediakan       Maklumat yang diterima akan

       dianalisis mengikut tema seperti persepsi amalan TMK, tahap amalan TMK dan

       faktor pendorong serta penghalang pelaksanaan integrasi TMK dalam pengajaran

       dan pembelajaran di sekolah kajian.



Rumusan

       Bab ini telah mengemukakan reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif

menggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif berdasarkan temu bual. Persampelan

kajian adalah persampelan bertujuan. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temu

bual tidak berstruktur. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif sementara data temu

bual menemukan jawapan bagi persoalan faktor pendorong/penghalang kepada amalan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.




                                                                                        23
BAB 4

                                   ANALISIS DATA


       Bab ini membentangkan dapatan kajian berdasarkan latar belakang sekolah, latar

belakang responden, dapatan soal selidik dan dapatan temu bual. Data kajian telah

diperolehi melalui:



Soal-Selidik Guru

       Soal-selidik telah diedarkan secara rawak kepada 20 orang guru yang mengajar di

tiga buah sekolah di bawah rancangan penempatan semula (RPS) Orang Asli. Dari 20

soal-selidik yang diedarkan,pengkaji hanya menerima kembali 11 borang sahaja. Selain

soalan-soalan mengenai latar belakang literasi komputer ,guru-guru juga ditanya mengenai

faktor-faktor yang menghalang dan menggalakkan penggunaan TMK di sekolah mereka.

Walaupun bilangan responden adalah rendah, namun ia telah dapat di dilengkapi dengan

jawapan-jawapan yang diterima dalam proses temubual yang dijalankan selepas itu.



Temu-bual

       Sesi temubual telah dilaksanakan dengan 3 orang guru yang telah dipilih dari

senarai responden soal-selidik di atas. Dalam sesi temubual ini guru-guru telah digalakkan

memberi respon mereka kepada faktor-faktor penghalang dan pendorong yang dihadapi

semasa menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Bagaimana amalan penggunaan TMK dijalankan di sekolah dan dalam matapelajaran

masing-masing. Semua sesi temubual telah dirakamkan dan ditranskripkan sebagai

Temubual1, Temubual2 dan Temubual3 untuk rujukan.



                                                                                       24
Latar belakang Sekolah

       Sekolah Kebangsaan RPS Banun merupakan salah sebuah sekolah yang dibina di

bawah rancangan pengumpulan semula (RPS) orang asli. Sekolah ini terletak lebih kurang

62 km dari pekan Gerik, Perak. Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan jalan

utama, Leburaya Timur-Barat merupakan satu kelebihan dari segi logistik. Dari aspek

kemudahan infrastruktur TMK, sekolah ini dilengkapi dengan sebuah Makmal Komputer

dan bekalan Komputer Riba (Laptop) beserta dengan LCD (Liquid Crystal Display)

Projektor di bawah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI).



       Buat masa sekarang, pihak sekolah mempunyai seramai 15 orang guru yang

mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan sama ada di bawah Program Diploma Perguruan

Malaysia (KDPM) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kebanyakan murid

SK RPS Banun terdiri daripada suku Jahai. Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan

Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor.



Latar belakang responden

       Responden soal-selidik kajian merupakan 11 orang guru yang sedang mengajar di

tiga buah sekolah yang terlibat dalam program Jaringan Utara Institut Perguruan Sultan

Abdul Halim (IPSAH). Program ini merupakan satu program khas IPSAH yang bertujuan

untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan serentak untuk meningkatkan kualiti

pembelajaran murid di sekolah Orang Asli (ipsah 2006). Kesemua responden telah melalui

latihan perguruan asas sama ada program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)




                                                                                   25
ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) anjuran Kementerian Pelajaran

Malaysia dengan pengalaman mengajar antara 1 hingga 8 tahun. Responden mengajar

pelbagai matapelajaran teras dan wajib seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,

Matematik , Bahasa Arab, Muzik, Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan,Sivik dan Al-Quran. Sebanyak 55% dari keseluruhan responden merupakan

guru-guru yang terlibat dengan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan

Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)



       Ketiga-tiga responden bagi sesi temu bual adalah guru-guru yang berkelayakan

program KPLI dan terlibat dengan pengajaran beberapa mata pelajaran teras seperti

Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. 2 orang

responden adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Ketiga-tiga orang guru ini

dipilih sebagai lanjutan daripada penglibatan mereka dalam sesi soal-selidik. Guru-guru

lain tidak dapat ditemubual kerana masalah logistik dan faktor kekekangan masa.

       Jadual 4.1
       Kelayakan responden

      Kelayakan           Peratus
      Tertinggi
      Diploma               36%
      Ijazah                64%




                                                                                    26
Dapatan Data

       Dapatan data dari soal-selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Ms-

Excel. Jawapan yang diberikan dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan

peratus.



       Dari 20 borang soal-selidik yang diberikan, pengkaji hanya berjaya mendapat

kembali 11 borang soal-selidik yang lengkap diisikan. Analisis yang dijalankan

menunjukkan bahawa hampir 82% daripada responden mempunyai kemahiran pada tahap

“Agak Mahir” dan ke atas dalam aspek penggunaan komputer. Mereka juga mempunyai

kemahiran dan pengalaman menggunakan perisian-perisian automasi pejabat seperti Ms-

Words dan Ms-Power Point. Responden-responden juga mempunyai keupayaan untuk

mengendalikan elemen multimedia seperti mencari dan menyimpan bahan-bahan digital

dalam format imej, audio dan video dari Internet serta mempunyai kemampuan untuk

melakukan pautan bahan-bahan tersebut dalam perisian automasi pejabat Ms-Office.

Malah 64% daripada responden mampu menggunakan kemudahan email sebagai saluran

berkomunikasi dan 36% memberi respon positif mengenai aspek pengetahuan asas dalam

penyelenggaraan sebuah unit komputer.

   Jadual 4.2:
   Pengetahuan Penggunaan Perisian Automasi Pejabat Ms-Office


                     Perisian           Peratus
                     Ms-Words           73%
                     Ms-Power Point     73%
                     Ms-Excel           64%




                                                                                   27
Apakah persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p?

       Dari analisis data yang diperolehi, guru-guru mempunyai persepsi yang positif

tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan

pembelajaran dan sebagai menjimatkan masa.



                                     9%

                           36%                          Negatif
                                                        Positif

                                       55%              T.Menjawap




              Rajah 4.1 : Penggunaan Komputer Menjimatkan Masa



       Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkan

pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaran

yang seterusnya.

   ”Sebenarnya banyak mendatangkan faedah.benda ini boleh juga apa orang kata
   meransangkan pembelajaran budak.”(Temubual 2, 03)

   ”Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu, komputer cikgu,
   memang excited nak pi”(Temubual 1,05)


   Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibat

keberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Jadual 4.3). Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan ini

dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak

membosankan. Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajaran


                                                                                 28
dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila

elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi TMK

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas lebih

bermakna (63%).

      Jadual 4.3:
      Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P

                  Pernyataan         Bil. Peratus
                  Tidak menjawap 2          18%
                  Tidak Berkesan     2      18%
                  Berkesan           7      64%


      Jadual 4.4:
      Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P

      Pesepsi                            Tidak      Agak     Setuju   Sangat
                                         Setuju     Setuju            Setuju
      Pelajaran Menarik                     -         9%      18%      55%
      pelajaran jelas                       -        27%      36%       18%
      pelajaran senang difahami            9%        18%      27%       27%
      pelajaran lebih bermakna              -         9%      36%       27%
      Pelajaran              lebih          -         9%      9%        64%
      menyeronokkan



      Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilihat

sebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia.

      “ ada CD dia..Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat
       dia
      pick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri..”
                                                  (Temu-bual 2 , 01)




                                                                                     29
Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi, imej dan audio menjadikan

pelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran.

   ” Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.”
   ( Temu-bual1, 05)

   ” Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring.. kadang-kala
   kalau kita nyanyi sendiri..dia boring”.
    (Temu-bual 2 , 01)


       Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagai

alat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilangan

kelas yang banyak, kerana bahan tersebut boleh diulang pakai.

       “Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara.. kita relek sikit la...”
       (Temubual 1, 05)

       “Lagi pun,kalau ada banyak kelas, boleh ulang-ulang..”
       (Temubual 2, 01)




Apakah tahap amalan            penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?


       Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

lokasi kajian adalah rendah. Peratus pelaksanaan       pada tahap “Kerap” berada dalam

lingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap ”Kadang-kala” adalah 18% untuk

satu tempoh masa seminggu. Tahap “Jarang” pula adalah pada 64% dari keseluruhan

responden. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini.



       Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan               penggunaan

TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian, dilaksanakan secara


                                                                                       30
rawak dan atas inisiatif guru masing-masing. Ia dilaksanakan bergantung kepada waktu

lapang guru dan juga minat belajar pelajar.          Kalau dirasakan pelajar tidak dapat

menumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran, maka mereka dibawa masuk

ke makmal komputer .



       “Hari biasa pun guna, bergantung kepada budak, kalau kita tengok,budak itu
       kalau kita panggil pun, tak beri perhatian, masuk dalam ini la.”
       (Temubual 2,04)

       “Waktu BM, tengok kalau ada free… ”
       (Temubual 1 ,01)

       ”Tengok la budak, minggu ini saya dah buat.”
       (Temubual 2,04)


       Dengan kata lain, tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmal

komputer di sekolah kajian. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses pengajaran

dan pembelajaran. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari dan

dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar tetapi pelajar-

pelajar tahun lain.

       “ Kadang-kala saya buat sebelah petang, tapi dalam masa P&P saya juga la.
       ramai bukan takat darjah satu, darjah tiga.. join juga”
        (Temubual 2, 01)


       Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih

tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan oleh

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen multimedia yang digunakan dalam CD-

ROM Interaktif, dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman




                                                                                          31
pelajar, terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai peluang

untuk keluar dari kawasan penempatan mereka.


       “Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.”
       (Temubual01,05)

       “Ada CD, boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...”
       (Temubual01,06)


       Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teks

dilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusun

dalam aspek penyampaiannya.

       “Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu.. Vokal, cara
       berkomunikasi. semua telah diajar dalam itu. Semua kandungan CD Bahasa
       Arab itu,dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun.”
       (Temubual02,03)


       Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaan

amalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila bahan ini

tidak dibekalkan.

       “Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… ”
       (Temubual02, 01)


       Selain dari penggunaan CD-ROM           Interaktif , perisian persembahan juga

digunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas. Namun tahap penggunaannya adalah

terhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja.


       ”Pembentangan... Kalau subjek lain ada juga. Macam BI,...... saya tengok dia
       orang guna la..”
       (Temubual02,01)




                                                                                  32
Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantung

kepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. Oleh kerana,

guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khusus

dalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai, maka guru hanya akan

menggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja.

       “Ya   la    power      point,   tapi    kurang     ada    masa     nak       buat”
       (Temubual 01,05)

       ”Kalau buat bahan sendiri, Tak reti”
       (Temubual01,05)

       “Senang saja, dengan slide.. tapi tak pernah buat sendiri.. Guna mana yang
       diberi”
       (Temubual01,05)


       Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar, tidak wujud

satu jadual waktu    rasmi untuk kelas literasi komputer. Guru-guru matapelajaran

bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputer

yang betul, dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan penggunaan

aplikasi komputer.

       “Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer. Masing-masing
       mengajar..... “
       (Temubual01,05)

       ”Mula-mula taiplah panjang-panjang, tak erti nak bawah turun, sekarang dah
       boleh la..”
       (Temubual01,05)




                                                                                      33
Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran ?


       Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siap

terpasang dengan kemudahan LCD. Pada          masa yang sama, di bawah pelaksanaan

program PPSMI, pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba yang

boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan ini

sememangnya     menggalakan     amalan   penggunaan    TMK     dalam    pengajaran   dan

pembelajaran. Namun, pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokong

pelaksanaan amalan ini secara khusus. Ianya berkait rapat dengan kewujudan elemen

multimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekalan

CD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks.



       Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokong

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Elemen

multimedia seperti audio, imej, dan animasi menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan. Pelajar-pelajar lebih terangsang dan

akan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya. Bahan multimedia

yang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar, terutama sekali untuk

pelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasan

penempatan mereka. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi

kandungan yang ingin dipersembahkan.

       “Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu komputer, cikgu
       memang excited nak pi”
       (Temubual 01,05)



                                                                                      34
“Ada CD,boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...”
       (Temubual01,06)


       Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajar

Orang Asli yang     cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsur

hiburan.   Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej serta

animasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami isi

kandungan yang disampaikan.

       “Dia lebih kepada hiburan… ”(Temubual02,01)

       “Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up...”
       (Temubual02, 01)

       “Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring…
       (Temubual02, 01)


       Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan dan

bersesuaian, menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan oleh

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannya

dalam kelas. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, penggunaan CD-

ROM “Mutiara” dalam sesi mengenali abjad. Begitu juga untuk matapelajaran Bahasa

Arab, CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyian

sebagai latihan pengukuhan pembelajaran. (Temubual 02,02)



       Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran,

dan cara susunan bahan pengajaran tersebut; pengenalan, penggunaan dan pengukuhan,

memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut.



                                                                                 35
“ Semua kandungan CD Bahasa Arab itu, dia ada lima slot. Lagu last sekali dia
       letak. Tersusun. Dia ABM, lengkaplah..”
       (Temubual02,03)


       “Dia ada, mula-mula cara memperkenalkan benda, lepas tu.cara sebut..cara
       komunikasi, penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhan
       nyanyi.”
       (Temubual02, 03)


       Kandungan CD-ROM         yang    meliputi elemen interaktif juga menggalakkan

penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak hanya

menjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah mereka

menjadi “penggerak”kepada proses pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan langsung

ini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna.


       ” Bukan software, CD, CD.... CD Interaktif. Datang tu, budak akan klik “A”dia
       akan keluar… .”
       (Temubual01, 01)


Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran?

       Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan

bekalan LCD, namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Salah satu faktor utama yang menghalang

pelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secara

berterusan ke premis sekolah. Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan pada

sebelah malam sahaja. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator

untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada




                                                                                     36
bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di

makmal komputer.

       “Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah tak
       ada.”
       (Temubual01, 01)

       “Tulah nak senang macam ini la... Masalah generator. Kalau ada memang kami
       guna.”
       (Temubual02, 01)


       Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yang

panjang, dari sebulan hingga ke beberapa bulan. Keadaan ini tidak merangsangkan guru-

guru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK.

       “Nak harap makmal, dah berapa bulan tak buka. Selepas cuti tak buka langsung.
       Tak ada minyak.”
       (Temubual02, 06)


       Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik, guru-guru juga menghadapi masalah

ketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Guru-guru

banyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-sama

dengan buku teks sahaja.       Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yang

dibekalkan itu berkaitan dan sesuai.

          “Bahan CD yang sesuai, related tak banyak..”
           (Temubual 01,05)


       Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan, kemungkinan besar amalan

penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku.

       “Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… Kita
       guna macam tu saja la...”
       (Temubual02, 01)




                                                                                    37
Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai, guru-guru memerlukan

pengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspek

pengetahuan pedagogi kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical

Content Knowledge Shulman (1999)), merupakan satu proses dimana kandungan dan

pedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu topik,

masalah atau isu boleh disusun, dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dan

kemampuan pelajar serta dilaksanakan. Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam

hal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan

juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila

dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang

bersesuaian, guru menjawap: “ reti”
                             tak   .(Temubual01, 05) Dapatan ini disokong oleh data

permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 44% responden memohon kursus yang

berkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon            kursus yang

berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan




                                                      Pedagogi
                                  11%                 Kandungan
                            11%                       Perisian
                                            44%       Persembahan
                                                      Pengaturcaraan

                              33%                     Penyelenggaran
                                                      Komputer


                     Rajah 4.2 : Permohonan Kursus




                                                                                  38
Ketiadaan capaian Internet menghalang usaha-usaha mendapatkan bahan-bahan

pengajaran digital dan maklumat yang bersesuaian. Walaupun pelaporan telah dibuat

namun pemasangan kemudahan ini masih belum dapat dipastikan. Untuk itu, guru-guru

terpaksa bergantung kepada buku panduan dan bahan pengajaran yang sedia ada di

sekolah.

      “Untuk access jurnal dan bahan eletronik, susah nak cari maklumat kat sini”.
      (Temubual02 02)

      Kat sini, susah nak dapat internet..tak boleh cari bahan pun..
      harap ka buku panduan sahaja la...
      (Temubual 02 03)

       Guru-guru juga menghadapi halangan-halangan teknikal semasa melaksanakan

amalan penggunaan TMK dalam kelas. Pemasangan peralatan LCD dan pemeriksaan unit

komputer perlu dilakukan lebih awal sebelum sesi pengajaran dapat dijalankan. Tempoh

masa 1 waktu pengajaran (30 minit), yang diperuntukkan dalam jadul waktu rasmi, adalah

tidak mencukupi. Proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat kesukaran

penggunaan bahan media pengajaran seperti CD-ROM, yang memerlukan lebih masa

untuk disediagunakan. Ini menyebabkan banyak masa terbuang.

       “Kalau setengah jam tu tak sempatla..Nak buka pun dah berjam-jam.. budak tanya
       mana cikgu,mana cikgu, budak tak tahu kah?”
       (Temubual 01,05)

       Lagi pun Guna laptop dan pasang LCD buang masa..
       (Temubual 01,06)




                                                                                     39
Tiada jadual waktu rasmi untuk pengajaran kemahiran Literasi Komputer

disediakan, setiap guru, masing-masing bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar

dengan kemahiran penggunaan komputer

       Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer, Masing-masing mengajar.
       (Temubual 01,05)


       Berdepan dengan keadaan ini,guru lebih rela menggunakan bahan-bahan media

berunsurkan tradisional seperti radio kaset kalau ada bahan media pengajaran yang sesuai


       “ kalau ada kaset..lagi senang ka..kaset kita boleh guna dengan hak yang bateri
       itu.”
       (Temubual2,01)


       Semasa menggunakan CD-ROM dalam kelas, guru juga menghadapi masalah

bahan CD-ROM yang tidak dapat digunakan akibat masalah-masalah teknikal.


       “Ada CD yang tak nak run..”
       (Temubual 01,05)


       Penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam

kawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi

masing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak kementerian hanya

terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja.


       ” ada, Subjek Bahasa Melayu tak ada laptop”
        Tak
       (Temubual1 01)


       “Sekarang ini, yang kerajaan bagi, guru Matematik , Sains dan Bahasa Inggeris.
       Kami tak ada peruntukan,”
       (Temubual02, 03)




                                                                                      40
Rumusan

       Dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan utama

perlaksanaan TMK kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah, khususnya Sekolah Orang

Asli. Faktor utama yang dikenalpasti ialah faktor sumber tenaga elektrik serta talian

Internet yang tidak dapat dibekalkan ke makmal komputer secara berterusan. Guru-guru

memberi respon yang positif terhadap keberkesanan penggunaan TMK semasa proses

p&p dan menjelaskan murid-murid juga turut berminat menggunakan komputer.




                                                                                  41
BAB 5

                           RUMUSAN DAN CADANGAN


       Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p.

Selain itu , kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p di

dalam kelas. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p juga

dikaji. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua,2006) dan

membuat transkrip bagi pengumpulan data temubual.



Perbincangan Dapatan

       Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p

              Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif

       tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran

       dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa,

       dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan

       tidak membosankan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas

       dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi

       pengajaran dan pembelajaran. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu

       lebih bermakna. Hasil dapatan ini, dapat disokong oleh Maurer(1993), Fisher

       (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan

       kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut

       Lili Nurliyana Abdullah (1996), TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih

       seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.




                                                                                       42
Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik, 1991;

Toh,1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002,         yang

mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian

pelajar dan mengurangkan masa pengajaran.       Unsur interaktif membolehkan

pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat,

memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya

pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001).



Tahap amalan          penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


       Hasil dapatan kajian, menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan

pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh          pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital

adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang

masih pada peringkat “Entry” dan “Adoptation” seperti mana yang digariskan

dalam Model “Apple Classrooms of Tomorrow”(Dwyer et.al,1991). Pada masa

yang sama, kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran dan

pembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakan

teknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan

perisian tertentu.   Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang di

sarankan oleh Heppel (1993).




                                                                           43
Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.

       Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahan

infrastruktur yang agak lengkap, seperti kemudahan makmal komputer, LCD,

komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian

Pelajaran. Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK

dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. Tahap penggunaan ini adalah

tidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. Hasil kajian

ini, adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktor

kemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.       Abdul Wahab Ismail Gani et. al (2006),

menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utama

mereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik.

Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994), sikap terhadap komputer menjadi

faktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Bagi Kazlauskas

(1995), faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan

guru semasa proses p&p berjalan.



       Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir          dan

organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROM

multimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Sumber-sumber

pengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebih

terangsang    untuk melakukan integrasi TMK dalam sesi pengajaran dan


                                                                             44
pembelajaran. Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkan

pembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolah

menyukarkan usaha amalan tersebut.       Dapatan ini, adalah selaras dengan

pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak

organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang

mencukupi    mempunyai    perkaitan   dengan   kejayaan   untuk   melaksanakan

penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kesimpulannya

pendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkan

oleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh

pihak organisasi.



Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p

       Dapatan kajian mendapati, bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan

penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Bekalan elektrik hanya dibekalkan

mengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama.

Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan

bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada bekalan

petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di

makmal komputer. Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi seperti

pembelian bekalan elektrik , amat penting dalam menjayakan penggunaan TMK

dalam p&p (Lucas ,1986)




                                                                            45
Hasil kajian juga mendapati, faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam

perisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan

pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan

jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan

bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap,”Tak reti” Dapatan
                                                                   .

ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 33%

memohon      kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian

persembahan. Dapatan kajian ini, selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip Abd

Manap (1999), yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalah

tidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan, tidak ada pendedahan

penggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaan

Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah.



       Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahan

komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja,

kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing.

Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhad

kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Menurut Williams

et al (2000), guru-guru yang menggunakan komputer di rumah         mempunyai

kecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. Ini kerana guru-

guru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan dan

pembinaan media pengajaran yang sesuai.. Ketiadaan capaian yang berterusan

tidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut.




                                                                              46
Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia

     sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah

     Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam

     pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan

     oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja

     mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke-

     21.



Cadangan Penambahbaikan

     Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK.

            Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK, seperti komputer dan

     capaian Internet, tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen

     TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun ini merupakan langkah

     pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.

     Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam

     kajian (Williams et al, 2000), Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999).

     Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer

     di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada

     bila-bila masa, terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal

     Komputer. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera

     dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian.




                                                                                47
Penglibatan Pihak Pentadbiran

       Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam       mengalakkan amalan

penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-

guru. Perana ini penting,terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yang

kondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidak

langsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidak

keseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkan

kemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Pihak pentadbir juga perlu

boleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka. Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalam

penulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak guru

penyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yang

boleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka.



Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content
Knowledge )

       Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek Pengetahuan

Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasian

elemen TMK, agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menarik. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategi

aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Semua ini berserta

dengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-guru

merancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supaya

satu keadaan atau situasi pembelajaran yang lebih berorientasikan pelajar dapat


                                                                            48
diwujudkan. Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemen

TMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedah

dalam mempelbagai teknik penyampaian. Contohnya guru menggunakan sebutan

perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan dan

latihan pengkukuhan dalam kelas. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelas

yang lain. Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaian

maklumat pengajaran.



Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan

       Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan, terutama

sekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK           sentiasa berada dalam

kedaaan yang terbaik untuk digunakan. Masalah-masalah teknikal seperti

kerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD

(Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Guru-guru

perlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkan

masalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikat

lantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi       agar ianya dapat memberi

perkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan. Dalam

keadaan ini, jika dibenarkan,seorang juruteknik Makmal Komputer boleh

disediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains di

sekolah-sekolah. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahan

TMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya.




                                                                            49
Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid

       Crystal Display) , capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan.

              Selain dari itu, penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak

       kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian

       dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Perkara ini serba sedikit akan dapat

       mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan

       berkaitan. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesra-

       pengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Ini adalah

       untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan

       akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru-guru.



Kesimpulan

       Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam proses

p&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Walaupun faktor

sokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningkatkan

amalan TMK dalam bilik darjah. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspek

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perlu

dititikberatkan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagaimana

kemahiran, kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. Perancangan dan aplikasi amalan TMK

yang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas. Pada masa yang sama, sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sekolah

dan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan.




                                                                                     50
Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran yang

bersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untuk

menggunakan TMK. Perkhidmatan sokongan teknikal setempat         juga penting dalam

mengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.

Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalam

proses p&p.




                                                                                  51
Rujukan



Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan
      pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di
      Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21
      September 2001.


Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006), Penggunaan
      Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah
      Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1
      &2

Alessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and Development.
        Massachusetts: Allyn & Bacon.

Che Rogayah Seman (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang
      Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. Tesis
      Sarjana Pendidikan, USM (tidak diterbitkan)

Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000,
      Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-
      Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan.. Mc Graw Hill, Malaysia.

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia.

Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard
       Issue Scoring Manual. Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1.

Cox M.J (1997). The Effects of Information Technology on Students’Motivation: Final
       report. NCET.ISBN 1871984289

Dasar Penyata Razak (1965)


Dwyer, D. C., Ringstaff, C. & Sandholtz, J. H. (1991) Changes in Teachers’Beliefs and
      Practices in Technology-rich Classrooms, Educational Leadership, 48(8), pp. 45-52.

Fisher. S. (1994). Authoring Multimedia. Boston. Academic Press.Inc


                                                                                      52
Harrison, C., Youngman, M., Bailey, M., Fisher, T., Phillips, R. & Restorick, J. (1998)
       Multimedia Portables for Teachers Pilot. Coventry: British Educational
       Communications and Technology Agency.

Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing
       a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.

Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the
      progression and evolution of education computing against a background of
      change, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229-
      238.

Jasmy, Arif, Shahidah & Rosnani, 2001


Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking.
       Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.


Kazlauskas, E.J., 1995, Innovation, Information and Teacher Education. Technology and
      Teacher Education Annual: Technology Diffusion. Association for the
      Advancement              of          Computing           in          Education,
      http://www.coe.uh.edu/insite/elec_oub/html.

Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). IAB, 24 –27 November 2008.


Kulik,C. , & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updated
       analysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94

Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British
        Journal of Educational Technology, 23, 164-171.

Lili Nurliyana Abdullah (1996).Multimedia in Education Arming Our Students for
      Future. Seminar What is?, Serdang, Selangor. Universiti Putra Malaysia.

Lucas, H., 1986, Information Systems Concept for Management, New York: McGraw Hill.


Maurer, H. (1993). Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Proceeding of ED-
      Media 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia, Orlando,
      Florida. June, 23-26.




                                                                                    53
Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning

       environment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.


Merriam, S. B. (1988). Case study research in education: A qualitative approach. San
      Francisco: Jossey-Bass.

Mohd Sarif Abd Manap (1999). Faktor-faktor Penghalang Terhadap Pendifusion
      Teknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di Pantai
      Timur Semenanjung Malaysia. Abstrak. Di muat turun daripada
      http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:
      Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and
        learning. Singapore: Prentice Hall.

Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the
      digital age. U.S.A: McGraw-Hill.

Rosnah Mansor .(2002. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media Teknologi
      Pendidikan. Abstrak. Di muat turun daripada
      http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content

Sandholtz J. H., Ringstaff, C., Dwyer, D. C. (1997). Teaching with technology: creating
      student-centered classrooms. New York: Teachers College, Columbia University.

Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan Haslinda
        Abdullah (2007)

Schaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta,
     K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography
     schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat
     turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.

Shulman, L. S. (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform, in J. Leach
      & B. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. London: Paul Chapman.

Strauss, A. & Corbin, J. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and procedures
        for developing grounded theory. Thousand Oaks: Sage.




                                                                                        54
Thomas, A. & Pettigrew, N. with Cotton, D. & Tovey, P. (1999) The Use of Multimedia
      Portables in Supporting the Achievement of the National Professional
      Qualification for Headship: an evaluation. Research Report RR92. London: DfEE.

Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaraN
      Sains dan Matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains
      dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. Daerah Seberang Perai pada 19
      Jun 1999

Toh, S.C. (1998). Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Kertas
      kerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and Mathematics
      Education, Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang pada 22
      Oktober 1998.

Tuldoziecki, G. & Herzig,B.(2002).Computer and Internet im Unterricht. Dalam
      Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool
      in Geography schooling in Germany and at the University of Education
      Heidelberg. Dimuat turun daripada
      http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.

Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Teachers and ICT:
       current use and future needs, British Journal of Educational Technology, 31, pp.
       307-320.

Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Integrating
       Information and Communications Technology in Professional Practice: an analysis
       of teachers’needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottish
       schools, Journal of Information Technology for Teacher Education,Vol 9, No. 2
       2000. pp 167-183

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan
       Malaysia.




                                                                                     55

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)ELena LuLia
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraEdreygonAlexander
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Power point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatifPower point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatifmiahanni
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan KebangsaanArthur Jupong
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasRosilawati Razali
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...Mohd Suhaimin Isnen
 
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUMGKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUMPISMPBM20622AinNajwa
 

Was ist angesagt? (20)

Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Power point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatifPower point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatif
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khas
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUMGKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
GKKO1062 : DASAR UTAMA KOKURIKULUM
 

Ähnlich wie SEKOLAH ORANG ASLI TMK

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Samsul Hamdan
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...Setiawan Wibowo
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranJerry Makawimbang
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02fidera94
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPRain_Ain
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 

Ähnlich wie SEKOLAH ORANG ASLI TMK (20)

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Awie
AwieAwie
Awie
 

Mehr von Mohd Sohaimi Ismail

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docx
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docxBORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docx
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docxMohd Sohaimi Ismail
 
latihan psv tahun 3 April 2022.docx
latihan psv tahun 3 April 2022.docxlatihan psv tahun 3 April 2022.docx
latihan psv tahun 3 April 2022.docxMohd Sohaimi Ismail
 
WELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGES
WELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGESWELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGES
WELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGESMohd Sohaimi Ismail
 
Lampiran f b orang pengadil badminton
Lampiran f b orang pengadil badmintonLampiran f b orang pengadil badminton
Lampiran f b orang pengadil badmintonMohd Sohaimi Ismail
 
Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)
Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)
Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)Mohd Sohaimi Ismail
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapMohd Sohaimi Ismail
 
Prakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulisPrakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulisMohd Sohaimi Ismail
 

Mehr von Mohd Sohaimi Ismail (11)

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docx
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docxBORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docx
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN GUBAHAN.docx
 
Bulan Bahasa 2022.doc
Bulan Bahasa 2022.docBulan Bahasa 2022.doc
Bulan Bahasa 2022.doc
 
jawatankuasa sambutan 2023.pdf
jawatankuasa sambutan 2023.pdfjawatankuasa sambutan 2023.pdf
jawatankuasa sambutan 2023.pdf
 
lakaran kotak bakery.docx
lakaran kotak bakery.docxlakaran kotak bakery.docx
lakaran kotak bakery.docx
 
latihan psv tahun 3 April 2022.docx
latihan psv tahun 3 April 2022.docxlatihan psv tahun 3 April 2022.docx
latihan psv tahun 3 April 2022.docx
 
WELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGES
WELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGESWELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGES
WELCOME LET'S SHARE OUR KNOWLEDGES
 
Lampiran f b orang pengadil badminton
Lampiran f b orang pengadil badmintonLampiran f b orang pengadil badminton
Lampiran f b orang pengadil badminton
 
Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)
Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)
Soalan sejarah akhir tahun 4 (skka)
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
 
Prakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulisPrakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulis
 
Modul kedap membaca edit
Modul kedap membaca editModul kedap membaca edit
Modul kedap membaca edit
 

SEKOLAH ORANG ASLI TMK

  • 1. Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik: Satu Kajian Kes Oleh Cheah Chee Keong Linda Liang Salmiah Said Siti Hajar Man Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010 1
  • 2. ABSTRAK Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” tanpa mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong dan penghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk kajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat “Entry”dan “Adoptation” Kajian mendapati faktor sokongan dari . pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli. 2
  • 3. ABSTRACT Education in the 21st century, requires educators to utilize Information and Communication Technology (ICT) in their teaching and learning process. The concept of "Education For All" regardless of race or nation, especially for the indigenous people should be given due attention in terms of implementation of the use of ICT in the classroom. This study aims to investigate the perceptions of teachers towards the use of ICT in teaching and learning, the level of ICT usage among teachers as well as the driving and hampering factors in the use of ICT for teaching and learning. This is a qualitative exploration and descriptive study to explore the basic practices of ICT by teachers in indigenous schools. The findings showed that teachers have positive perceptions about the effectiveness of using computers to assist teaching and learning. In addition, the study shows the practice of using computers in teaching and learning process is focused on the usage of interactive CD-ROM materials that is supplied by the Ministry of Education. The production of digital learning materials is limited due to the level of knowledge and skills of teachers who are still at the "Entry" and "Adoptation” stage. The study found that support from the school administration is the key factor in promoting the usage of ICT in teaching and learning. Electricity supply is also a major factor why the usage of ICT cannot be fully implemented in the indigenous schools. 3
  • 4. BAB 1 Pengenalan Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di sekolah bukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta projek sekolah bestari (Lee, 2000). Sehingga kini, amalan pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berdepan dengan cabaran-cabaran dan halangan terutama di sekolah pedalaman dan sekolah orang asli. Dalam konteks pendidikan orang asli, Seksyen 17 Akta 134 dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan perincian hak-hak keistimewaan peruntukan pendidikan untuk anak-anak orang asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Konsep “Pendidikan untuk Semua”tidak meminggirkan pendidikan untuk golongan ini termasuklah dari aspek pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan penggunaan komputer amat bermanfaat, ia sememangnya sesuai digunakan untuk membantu pembelajaran murid-murid sekolah orang asli terutama mereka yang kurang minat terhadap alam persekolahan. 4
  • 5. Latar Belakang Kajian Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalah sebahagian besarnya bermula di sekolah. Arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) ialah proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) perlu mengaplikasikan TMK seperti penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Hal ini selaras dengan program pembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajaran telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada guru- guru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dan dibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003). Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntut perubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklumat dan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputusan terhadap masalah yang diberi (Salmiah Said, 2008). Inisiatif untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlaku perubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007). Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi p & p. 5
  • 6. Kajian ini cuba meninjau tahap amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p & p di sebuah sekolah orang asli, di Grik, Perak. Skop kajian ini juga cuba meninjau faktor-faktor yang mendorong tenaga pengajar dalam menggunakan kelengkapan TMK dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dan kelengkapan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan Masalah Pembestarian sekolah merupakan satu agenda pendidikan negara. Pelaksanaan TMK bermula dengan projek sekolah bestari pada tahun 1999-2002. Terdapat sekolah orang asli di pedalaman seperti SK Chini dan SK Runchang telah dilengkapi dengan komputer dan talian internet (Wahid Hashim, 2006). Namun persoalannya sekarang, apakah kita masih ditahap melengkapkan sekolah dengan komputer? Apakah bekalan komputer ini dimaksimumkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Banyak pelaburan untuk mengintegrasikan TMK dalam pendidikan namun menghasilkan impak yang sedikit (Loveless, 1995; Willis, 1996) termasuklah di Malaysia (Tan Soon Yin, 2000). Pelaburan dalam usaha mengintegrasikan TMK di sekolah-sekolah Malaysia belum menjangkau peringkat projek rintis (Gan, 1997). Keberkesanan Pelaksanaan TMK di peringkat sekolah rendah masih belum mencapai tahap yang optimum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (IAB, 2009). Data-data deskriptif menunjukkan min penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sederhana (2.76). Adakah amalan TMK berada pada tahap yang sama di sekolah orang asli? 6
  • 7. Di samping itu, tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah juga merupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan, 1991). Untuk memastikan hal ini berlaku, kajian ini turut meninjau tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru di sekolah rendah orang asli. Persepsi penggunaan TMK sebagai alat membantu pembelajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana (IAB, 2008). Inovasi ini adalah sesuatu yang baru bagi sebahagian guru dalam konteks tertentu (Tan Soon Yin, 2000). Satu faktor guru yang terlibat ialah persepsi guru tentang kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah kepentingan persepsi guru diambil kira dalam melihat integrasi TMK dalam p & p di sekolah. Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor pendorong pelaksanaan integrasi TMK dalam p & p manakala sebahagian mengkaji faktor halangan. Kesuntukan masa mengggunakan TMK oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK mendorong pelaksanaannya dalam p & p (IAB, 2008). Zaini Ahmad (2006) pula mendapati faktor-faktor yang menyokong pelaksanaan TMK ialah kesedaran terhadap kepentingan TMK, kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendekatan TMK kepada guru dan insentif kepada guru. Walaupun dasar Kementerian Pelajaran mewujudkan integrasi 7
  • 8. TMK di sekolah namun penerimaan setiap sekolah terhadapnya adalah berbeza (Zamri Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad, 2006). Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, kajian ini meninjau amalan TMK dalam p & p di sekolah orang asli yang mempunyai budaya tersendiri. Objektif Kajian Objektif kajian adalah : 1.3.1 mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p 1.3.2 mengenal pasti tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. 1.3.2 mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang atau menyokong amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah orang asli. Soalan Kajian Berikut adalah soalan kajian: 1.4.1 Apakah persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p? 1.4.2 Apakah tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas? 1.4.3 Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ? 1.4.4 Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? 8
  • 9. Signifikan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelan tindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan TMK dilaksanakan sepenuhnya bagi sekolah-sekolah orang asli di luar bandar. Di samping itu, dapatan kajian membolehkan strategi dirangka untuk mengatasi masalah pelaksanaan TMK di peringkat sekolah. Hal ini membolehkan guru-guru mengenalpasti halangan-halangan umum yang terpendam dan mencari jalan mengatasinya melalui pendekatan inovasi yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan. Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelaksanaan dasar ”Pendidikan Untuk Semua” (EFA) yang melibatkan murid-murid orang asli. Justeru dapatannya menambah data-data bagi merungkai permasalahan tentang pelaksanaan TMK untuk sekolah orang asli yang berdepan dengan cabaran budaya masyarakat yang kurang menggalakkan pendidikan. Data-data yang didapati akan dapat membantu pihak kurikulum untuk membuat penambahbaikan dari aspek perisian p & p dan kurikulum yang sedia ada. Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kepada kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes tentang amalan penggunaan TMK di sebuah sekolah orang asli. Responden kajian adalah 9
  • 10. spesifik dan tidak boleh digunakan untuk digeneralisasikan dari aspek penggunaan TMK oleh guru di semua sekolah di Malaysia. Definisi Operasi Amalan TMK Amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) ialah tahap amalan penggunaan komputer dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sekolah Orang Asli Merujuk kepada sekolah yang diguna oleh murid-murid sekolah dalam kalangan masyarakat orang asli di kawasan RPS Banun. Rumusan Amalan TMK dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya sejauhmana guru-guru di Sekolah Orang Asli menjadikan TMK sebagai satu amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adakah adanya halangan-halangan yang menyebabkan guru-guru tidak dapat menjadikan ianya satu amalan yang berterusan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap amalan TMK dalam kalangan guru-guru di Sekolah Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 10
  • 11. BAB 2 TINJAUAN KAJIAN Dasar Penyata Razak (1965) menjelaskan bahawa Sistem Pelajaran Kebangsaan meliputi pembelajaran di peringkat rendah dan menengah memberi peluang kepada semua kanak-kanak untuk belajar mengikut kecenderungan dan kemampuan mereka. Keadaan ini tidak terkecuali dengan kanak-kanak orang asli. Justeru, Dasar Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi sekolah orang asli dalam usaha kerajaan memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. Bab ini mengutarakan perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan orang asli dan hubungan dengan amalan TMK, peranan dan faedah TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, tahap pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor mendorong dan penghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Untuk Orang Asli (EFA) Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008), berkaitan usaha merapatkan jurang pendidikan telah menyarankan program serta projek infrastruktur dan TMK luar bandar. Tujuannya supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal dalam kalangan kanak- kanak khususnya murid-murid luar bandar, orang asli dan Penan. 11
  • 12. Pelancaran Kelas Dewasa bagi ibu bapa murid orang asli pada tahun 2008 merupakan wahana membasmi keciciran anak-anak golongan ini. Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikan yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain (Basir Baharom, 2008). Dengan menguasai kemahiran 2M, ibu bapa ini dapat membantu anak-anak mereka ke arah perubahan mentaliti sejajar dengan masyarakat berpengetahuan. Masalah jurang pendidikan orang asli dengan bangsa lain seharusnya dapat dikurangkan dengan penempatan ramai guru-guru siswazah di kawasan pedalaman. Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007), pula mengkaji pengetahuan TMK dalam kalangan belia orang asli termasuklah kefahaman, penggunaan, dorongan, halangan dan persepsi terhadap penggunaan TMK. Dapatan menunjukkan halangan besar yang dihadapi ialah masalah kewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempatan mereka. Hasil kajian tersebut menimbulkan persoalan sama ada masalah yang sama dialami oleh sekolah orang asli? Apakah guru di sekolah orang asli dapat mengintegrasikan TMK dalam p & p? Masih kurang kajian yang meninjau permasalahan ini dalam konteks guru yang mengajar di sekolah orang asli. 12
  • 13. Peranan dan Faedah TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam melihat pengintegrasian dan amalan pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana amalan TMK akan mengubah keadaan dalam bilik darjah dan juga mempengaruhi cara pelajar belajar dan guru mengajar? Persoalannya, apa yang akan berlaku kepada pelajar dan guru-guru sekiranya mereka mempunyai keupayaan capaian tanpa had kepada penggunaan komputer pada setiap masa ? Integrasi TMK dalam p & p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran (Pisapan, 1994). Kebolehan-kebolehan mengguna, mengurus dan memahami TMK penting dikuasai oleh murid semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen, 1996). Peranan TMK boleh dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard, 1992; Abdul Rahim Saad, 2000).. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Integrasi TMK dalam p & p memberikan peluang kepada guru memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg, 2001). Murid dapat menguasai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan menggunakan alat-alat teknologi. 13
  • 14. Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid seperti portal pendidikan (Zalina Yahya, 2001), penggunaan emel dan chat room yang membolehkan pertukaran idea dan fikiran sesama sendiri atau dengan guru dan murid sekolah lain. Maurer (1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang bersesuaian (Mauer, 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna melalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-mana aplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik (Fisher, 1994). Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar menunjukkan 50% pelajar sekolah menengah rendah mengatakan teknologi media menjadikan sesuatu subjek itu penting (Cox, 1997). 75% pula berpendapat multimedia meningkatkan minat belajar manakala 50% mengakui multimedia membantu pemahaman yang lebih mendalam subjek 14
  • 15. yang dipelajari. Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik & Kulik, 1991; Toh, 1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002). Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran meraka (Alessi & Trollip, 2001). TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar (Lili Nurliyana Abdullah, 1996). Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. Tahap Evolusi Amalan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Model “Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et al, 1991) telah menggariskan lima tahap evolusi amalan TMK guru-guru dalam bilik darjah: Entry, Adoption, Adaptation, Appropriation dan Invention. Pada tahap Entry dan Adoptation, guru berada pada peringkat membiasakan diri dan mempelajari kemahiran baru penggunaan teknologi tersebut serta menggunakannya untuk menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran cara tradisional. Tahap Adaptation,berlaku apabila tekonolgi baru tersebut cuba diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan sumbangan pelajar 15
  • 16. dengan penggunaan perisian-perisian seperti pemprosesan kata, Hamparan Elektronik dan grafik. Aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berkumpulan seperti bekerjasama, berteraskan projek dan merentasi mata pelajaran menjadi fokus dalam tahap Appropriation. Sementara pada tahap Invertion, guru dan pelajar membuat penemuan terbaru cara teknologi tersebut dapat digunakan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi Heppel (1993), Tahap Topicality merupakan tahap permulaan dimana TMK itu sendiri menjadi kandungan pembelajaran. Guru dan pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut, dengan membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian. Tahap kedua Surrogacy, dimana teknologi mengambil alih peranan guru sebagai media penyampaian maklumat dan tahap Progression, TMK digunakan sebagai alat penerokaan maklumat baru dan akhir sekali tahap Pedagogical Change, TMK sebagai agen perubahan dan penentuan dalam aspek apa yang dipelajari dan bagaimana ia pelajari. Faktor pendorong dan penghalang integrasi TMK dalam P & P Integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cabaran kepada guru-guru didalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini. Terdapat faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 16
  • 17. Menurut Abdul Wahab Ismail Gani;Kamaliah Hj. Siarap;Hasrina Mustafa (2006), dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang menyatakan majoriti responden iaitu 41.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. Seterusnya diikuti 30.4% (49 orang) didorong oleh faktor minat, 18% (29 orang) didorong oleh faktor persekitaran, 6.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. Hasil kajian keatas guru pelatih yang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et. al. (2000) juga mendapati faktor personaliti mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer. Ini menjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Zulkifli dan Raja Maznah(1994), mengatakan sikap terhadap komputer adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kazlauskas(1995), pula mendapati faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah. Dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah bermula daripada sikap guru terhadap komputer dan juga tahap pengetahuan mereka tentang peri pentingnya integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktif kepada pihak sekolah, untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p khususnya semasa Program PPSMI. Ini memudahkan guru dan mendorong mereka 17
  • 18. mengintergrasikan komputer dalam p&p. Lucas (1986), menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Penggunaan komputer dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama “menakut-nakutkan” guru-guru. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai guru mendapati sukar untuk mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah (Jasmy,Arif,Shahidah & Rosnani, 2001). Kajian oleh Rosnah Mansor (2002), terhadap 53 orang guru sebagai responden di 5 buah sekolah di kawasan Terengganu menunjukkan guru-guru kurang kemahiran dan kurang latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam penggunaan Media Teknologi Pendidikan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan sekolah dari segi memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Media Teknologi Pendidikan Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et.al.(2006), terhadap guru- guru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang, didapati faktor utama yang menghalang responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ialah disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28.6% (46 orang). Ini diikuti 14.9% (24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk menggunakannya, 10.6% (17 orang) 18
  • 19. disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya, 9.3% (15 orang) disebabkan tidak pandai menggunakannya, 8.7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan dan 5.6% (9 orang) tidak berminat untuk menggunakannya. Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999), menggariskan beberapa faktor penghalang kepada integrasi TMK iaitu: i. Media tidak memberi simulasi perhubungan antara guru dengan pelajar. ii. Masa tidak mencukupi iii. Tidak ada elaun untuk penggunaan Media iv. Tidak terlibat dalam proses pembinaan koswer yang disediakan v. Jadual waktu terlampau padat vi. Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan baik vii. Penggunaan media tidak mengurangkan beban kerja guru viii. Peralatan di bilik sumber tidak mencukupi ix. Kemahiran merancang, memilih, menggunakan media instruksi x. Tidak berpeluang untuk mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan xi. Tidak ada arahan khusus untuk menggunakan Teknologi Pendidikan xii. Tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan daripada Pusat Sumber Negeri xiii. Kurang pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah xiv. Tidak ada program khas mengenai media xv. Tidak ada pemantauan tetap daripada Jabatan Pelajaran Negeri 19
  • 20. Rumusannya, bagi menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan guru, pentadbiran dan juga kementerian. Faktor penghalang integrasi TMK, perlu diberi perhatian dalam menjayakan wawasan Negara. Rumusan Dasar pendidikan untuk semua dalam PIPP, menggariskan pendidikan mesti diberi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan tempat tinggal. Justeru itu, pendidikan untuk orang asli tidak boleh diabaikan begitu sahaja, ianya harus setanding dengan pendidikan kaum lain. Amalan TMK yang mampu membuka minda murid-murid telah terbukti memberi kesan positif dalam proses p&p, wajar diberi perhatian yang yang serius oleh semua guru, tanpa mengira di mana mereka mengajar. Atas sebab ini, kajian ini dijalankan untuk mengetahui ditahap manakah amalan TMK telah dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah kajian. 20
  • 21. BAB 3 METODOLOGI Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian, persampelan, instrumen, pentadbiran data dan analisis data Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Persampelan Kajian Bagi tujuan ini, kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd. Najib, 2003). Walau bagaimanapun kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakili bilangan populasi sebenar kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi. Responden merupakan guru sekolah rendah yang mengajar pelbagai mata pelajaran dari sekolah RPS di bawah Projek Jaringan Utara. Guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SK RPS Banun. Instrumen Soal selidik Item soal selidik ini dibina oleh kumpulan pengkaji sendiri. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian utama. Bahagian A mengenai latarbelakang responden, Bahagian B tentang penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, 21
  • 22. Bahagian C berkaitan pengetahuan penggunaan komputer. Soal selidik ini telah diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap item sebelum kajian sebenar dijalankan. Temu bual Bentuk temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur. Merriam (1998) menjelaskan pemerolehan data daripada teknik temu bual perlu dilakukan sebaik- baiknya secara tidak berstruktur dan dalam keadaan tidak formal. Soalan-soalan juga perlu berbentuk soalan terbuka, fleksibel, boleh diteroka dan lebih menjurus kepada bentuk perbualan. Pasukan pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama 3 orang responden secara lisan (dirakam dan ditranskrip). Ini memandangkan temu bual secara lisan yang dirakamkan dan ditranskripkan adalah yang terbaik (Colby and Kohlberg, 1987). Pentadbiran Data Soal selidik Pengkaji tidak mengedarkan soal selidik akibat masalah logistik. Sebaliknya, pensyarah yang pergi ke sekolah orang asli untuk program KIA 2M telah diberi taklimat bagaimana untuk mengedarkan soal selidik. Guru-guru pelbagai mata pelajaran diminta mengisi soal selidik. 22
  • 23. Temubual Tiga orang guru telah dipilih untuk menghadiri sesi temu bual bersama dengan pengkaji dalam melihat faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang amalan TMK di sekolah mereka. Temubual dijalankan secara informal dan tidak berstruktur. Setiap temubual berlangsung di antara 1 hingga 2 jam. Temubual ini direkod dan transkrip dijalankan. Analisis Data Soal selidik Soal selidik dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus. Temu bual Transkrip rakaman audio disediakan Maklumat yang diterima akan dianalisis mengikut tema seperti persepsi amalan TMK, tahap amalan TMK dan faktor pendorong serta penghalang pelaksanaan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kajian. Rumusan Bab ini telah mengemukakan reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif berdasarkan temu bual. Persampelan kajian adalah persampelan bertujuan. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif sementara data temu bual menemukan jawapan bagi persoalan faktor pendorong/penghalang kepada amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 23
  • 24. BAB 4 ANALISIS DATA Bab ini membentangkan dapatan kajian berdasarkan latar belakang sekolah, latar belakang responden, dapatan soal selidik dan dapatan temu bual. Data kajian telah diperolehi melalui: Soal-Selidik Guru Soal-selidik telah diedarkan secara rawak kepada 20 orang guru yang mengajar di tiga buah sekolah di bawah rancangan penempatan semula (RPS) Orang Asli. Dari 20 soal-selidik yang diedarkan,pengkaji hanya menerima kembali 11 borang sahaja. Selain soalan-soalan mengenai latar belakang literasi komputer ,guru-guru juga ditanya mengenai faktor-faktor yang menghalang dan menggalakkan penggunaan TMK di sekolah mereka. Walaupun bilangan responden adalah rendah, namun ia telah dapat di dilengkapi dengan jawapan-jawapan yang diterima dalam proses temubual yang dijalankan selepas itu. Temu-bual Sesi temubual telah dilaksanakan dengan 3 orang guru yang telah dipilih dari senarai responden soal-selidik di atas. Dalam sesi temubual ini guru-guru telah digalakkan memberi respon mereka kepada faktor-faktor penghalang dan pendorong yang dihadapi semasa menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Bagaimana amalan penggunaan TMK dijalankan di sekolah dan dalam matapelajaran masing-masing. Semua sesi temubual telah dirakamkan dan ditranskripkan sebagai Temubual1, Temubual2 dan Temubual3 untuk rujukan. 24
  • 25. Latar belakang Sekolah Sekolah Kebangsaan RPS Banun merupakan salah sebuah sekolah yang dibina di bawah rancangan pengumpulan semula (RPS) orang asli. Sekolah ini terletak lebih kurang 62 km dari pekan Gerik, Perak. Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan jalan utama, Leburaya Timur-Barat merupakan satu kelebihan dari segi logistik. Dari aspek kemudahan infrastruktur TMK, sekolah ini dilengkapi dengan sebuah Makmal Komputer dan bekalan Komputer Riba (Laptop) beserta dengan LCD (Liquid Crystal Display) Projektor di bawah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Buat masa sekarang, pihak sekolah mempunyai seramai 15 orang guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan sama ada di bawah Program Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kebanyakan murid SK RPS Banun terdiri daripada suku Jahai. Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Latar belakang responden Responden soal-selidik kajian merupakan 11 orang guru yang sedang mengajar di tiga buah sekolah yang terlibat dalam program Jaringan Utara Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Program ini merupakan satu program khas IPSAH yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan serentak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah Orang Asli (ipsah 2006). Kesemua responden telah melalui latihan perguruan asas sama ada program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) 25
  • 26. ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pengalaman mengajar antara 1 hingga 8 tahun. Responden mengajar pelbagai matapelajaran teras dan wajib seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik , Bahasa Arab, Muzik, Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,Sivik dan Al-Quran. Sebanyak 55% dari keseluruhan responden merupakan guru-guru yang terlibat dengan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Ketiga-tiga responden bagi sesi temu bual adalah guru-guru yang berkelayakan program KPLI dan terlibat dengan pengajaran beberapa mata pelajaran teras seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. 2 orang responden adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Ketiga-tiga orang guru ini dipilih sebagai lanjutan daripada penglibatan mereka dalam sesi soal-selidik. Guru-guru lain tidak dapat ditemubual kerana masalah logistik dan faktor kekekangan masa. Jadual 4.1 Kelayakan responden Kelayakan Peratus Tertinggi Diploma 36% Ijazah 64% 26
  • 27. Dapatan Data Dapatan data dari soal-selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Ms- Excel. Jawapan yang diberikan dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus. Dari 20 borang soal-selidik yang diberikan, pengkaji hanya berjaya mendapat kembali 11 borang soal-selidik yang lengkap diisikan. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir 82% daripada responden mempunyai kemahiran pada tahap “Agak Mahir” dan ke atas dalam aspek penggunaan komputer. Mereka juga mempunyai kemahiran dan pengalaman menggunakan perisian-perisian automasi pejabat seperti Ms- Words dan Ms-Power Point. Responden-responden juga mempunyai keupayaan untuk mengendalikan elemen multimedia seperti mencari dan menyimpan bahan-bahan digital dalam format imej, audio dan video dari Internet serta mempunyai kemampuan untuk melakukan pautan bahan-bahan tersebut dalam perisian automasi pejabat Ms-Office. Malah 64% daripada responden mampu menggunakan kemudahan email sebagai saluran berkomunikasi dan 36% memberi respon positif mengenai aspek pengetahuan asas dalam penyelenggaraan sebuah unit komputer. Jadual 4.2: Pengetahuan Penggunaan Perisian Automasi Pejabat Ms-Office Perisian Peratus Ms-Words 73% Ms-Power Point 73% Ms-Excel 64% 27
  • 28. Apakah persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p? Dari analisis data yang diperolehi, guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai menjimatkan masa. 9% 36% Negatif Positif 55% T.Menjawap Rajah 4.1 : Penggunaan Komputer Menjimatkan Masa Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkan pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaran yang seterusnya. ”Sebenarnya banyak mendatangkan faedah.benda ini boleh juga apa orang kata meransangkan pembelajaran budak.”(Temubual 2, 03) ”Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu, komputer cikgu, memang excited nak pi”(Temubual 1,05) Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibat keberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jadual 4.3). Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan ini dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajaran 28
  • 29. dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas lebih bermakna (63%). Jadual 4.3: Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P Pernyataan Bil. Peratus Tidak menjawap 2 18% Tidak Berkesan 2 18% Berkesan 7 64% Jadual 4.4: Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P Pesepsi Tidak Agak Setuju Sangat Setuju Setuju Setuju Pelajaran Menarik - 9% 18% 55% pelajaran jelas - 27% 36% 18% pelajaran senang difahami 9% 18% 27% 27% pelajaran lebih bermakna - 9% 36% 27% Pelajaran lebih - 9% 9% 64% menyeronokkan Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilihat sebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia. “ ada CD dia..Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat dia pick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri..” (Temu-bual 2 , 01) 29
  • 30. Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi, imej dan audio menjadikan pelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran. ” Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.” ( Temu-bual1, 05) ” Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring.. kadang-kala kalau kita nyanyi sendiri..dia boring”. (Temu-bual 2 , 01) Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagai alat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilangan kelas yang banyak, kerana bahan tersebut boleh diulang pakai. “Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara.. kita relek sikit la...” (Temubual 1, 05) “Lagi pun,kalau ada banyak kelas, boleh ulang-ulang..” (Temubual 2, 01) Apakah tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian adalah rendah. Peratus pelaksanaan pada tahap “Kerap” berada dalam lingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap ”Kadang-kala” adalah 18% untuk satu tempoh masa seminggu. Tahap “Jarang” pula adalah pada 64% dari keseluruhan responden. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini. Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian, dilaksanakan secara 30
  • 31. rawak dan atas inisiatif guru masing-masing. Ia dilaksanakan bergantung kepada waktu lapang guru dan juga minat belajar pelajar. Kalau dirasakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran, maka mereka dibawa masuk ke makmal komputer . “Hari biasa pun guna, bergantung kepada budak, kalau kita tengok,budak itu kalau kita panggil pun, tak beri perhatian, masuk dalam ini la.” (Temubual 2,04) “Waktu BM, tengok kalau ada free… ” (Temubual 1 ,01) ”Tengok la budak, minggu ini saya dah buat.” (Temubual 2,04) Dengan kata lain, tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmal komputer di sekolah kajian. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari dan dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar tetapi pelajar- pelajar tahun lain. “ Kadang-kala saya buat sebelah petang, tapi dalam masa P&P saya juga la. ramai bukan takat darjah satu, darjah tiga.. join juga” (Temubual 2, 01) Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen multimedia yang digunakan dalam CD- ROM Interaktif, dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman 31
  • 32. pelajar, terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. “Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.” (Temubual01,05) “Ada CD, boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...” (Temubual01,06) Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teks dilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusun dalam aspek penyampaiannya. “Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu.. Vokal, cara berkomunikasi. semua telah diajar dalam itu. Semua kandungan CD Bahasa Arab itu,dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun.” (Temubual02,03) Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaan amalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila bahan ini tidak dibekalkan. “Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… ” (Temubual02, 01) Selain dari penggunaan CD-ROM Interaktif , perisian persembahan juga digunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas. Namun tahap penggunaannya adalah terhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja. ”Pembentangan... Kalau subjek lain ada juga. Macam BI,...... saya tengok dia orang guna la..” (Temubual02,01) 32
  • 33. Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantung kepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. Oleh kerana, guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khusus dalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai, maka guru hanya akan menggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja. “Ya la power point, tapi kurang ada masa nak buat” (Temubual 01,05) ”Kalau buat bahan sendiri, Tak reti” (Temubual01,05) “Senang saja, dengan slide.. tapi tak pernah buat sendiri.. Guna mana yang diberi” (Temubual01,05) Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar, tidak wujud satu jadual waktu rasmi untuk kelas literasi komputer. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputer yang betul, dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan penggunaan aplikasi komputer. “Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer. Masing-masing mengajar..... “ (Temubual01,05) ”Mula-mula taiplah panjang-panjang, tak erti nak bawah turun, sekarang dah boleh la..” (Temubual01,05) 33
  • 34. Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran ? Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siap terpasang dengan kemudahan LCD. Pada masa yang sama, di bawah pelaksanaan program PPSMI, pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba yang boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan ini sememangnya menggalakan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokong pelaksanaan amalan ini secara khusus. Ianya berkait rapat dengan kewujudan elemen multimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekalan CD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks. Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Elemen multimedia seperti audio, imej, dan animasi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan. Pelajar-pelajar lebih terangsang dan akan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya. Bahan multimedia yang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar, terutama sekali untuk pelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi kandungan yang ingin dipersembahkan. “Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu komputer, cikgu memang excited nak pi” (Temubual 01,05) 34
  • 35. “Ada CD,boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...” (Temubual01,06) Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajar Orang Asli yang cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsur hiburan. Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej serta animasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami isi kandungan yang disampaikan. “Dia lebih kepada hiburan… ”(Temubual02,01) “Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up...” (Temubual02, 01) “Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring… (Temubual02, 01) Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan dan bersesuaian, menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannya dalam kelas. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, penggunaan CD- ROM “Mutiara” dalam sesi mengenali abjad. Begitu juga untuk matapelajaran Bahasa Arab, CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyian sebagai latihan pengukuhan pembelajaran. (Temubual 02,02) Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran, dan cara susunan bahan pengajaran tersebut; pengenalan, penggunaan dan pengukuhan, memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut. 35
  • 36. “ Semua kandungan CD Bahasa Arab itu, dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun. Dia ABM, lengkaplah..” (Temubual02,03) “Dia ada, mula-mula cara memperkenalkan benda, lepas tu.cara sebut..cara komunikasi, penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhan nyanyi.” (Temubual02, 03) Kandungan CD-ROM yang meliputi elemen interaktif juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak hanya menjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah mereka menjadi “penggerak”kepada proses pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan langsung ini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna. ” Bukan software, CD, CD.... CD Interaktif. Datang tu, budak akan klik “A”dia akan keluar… .” (Temubual01, 01) Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran? Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan bekalan LCD, namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Salah satu faktor utama yang menghalang pelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secara berterusan ke premis sekolah. Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan pada sebelah malam sahaja. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada 36
  • 37. bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer. “Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah tak ada.” (Temubual01, 01) “Tulah nak senang macam ini la... Masalah generator. Kalau ada memang kami guna.” (Temubual02, 01) Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yang panjang, dari sebulan hingga ke beberapa bulan. Keadaan ini tidak merangsangkan guru- guru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK. “Nak harap makmal, dah berapa bulan tak buka. Selepas cuti tak buka langsung. Tak ada minyak.” (Temubual02, 06) Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik, guru-guru juga menghadapi masalah ketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Guru-guru banyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-sama dengan buku teks sahaja. Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yang dibekalkan itu berkaitan dan sesuai. “Bahan CD yang sesuai, related tak banyak..” (Temubual 01,05) Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan, kemungkinan besar amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. “Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… Kita guna macam tu saja la...” (Temubual02, 01) 37
  • 38. Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai, guru-guru memerlukan pengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspek pengetahuan pedagogi kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge Shulman (1999)), merupakan satu proses dimana kandungan dan pedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu topik, masalah atau isu boleh disusun, dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dan kemampuan pelajar serta dilaksanakan. Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam hal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap: “ reti” tak .(Temubual01, 05) Dapatan ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 44% responden memohon kursus yang berkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan Pedagogi 11% Kandungan 11% Perisian 44% Persembahan Pengaturcaraan 33% Penyelenggaran Komputer Rajah 4.2 : Permohonan Kursus 38
  • 39. Ketiadaan capaian Internet menghalang usaha-usaha mendapatkan bahan-bahan pengajaran digital dan maklumat yang bersesuaian. Walaupun pelaporan telah dibuat namun pemasangan kemudahan ini masih belum dapat dipastikan. Untuk itu, guru-guru terpaksa bergantung kepada buku panduan dan bahan pengajaran yang sedia ada di sekolah. “Untuk access jurnal dan bahan eletronik, susah nak cari maklumat kat sini”. (Temubual02 02) Kat sini, susah nak dapat internet..tak boleh cari bahan pun.. harap ka buku panduan sahaja la... (Temubual 02 03) Guru-guru juga menghadapi halangan-halangan teknikal semasa melaksanakan amalan penggunaan TMK dalam kelas. Pemasangan peralatan LCD dan pemeriksaan unit komputer perlu dilakukan lebih awal sebelum sesi pengajaran dapat dijalankan. Tempoh masa 1 waktu pengajaran (30 minit), yang diperuntukkan dalam jadul waktu rasmi, adalah tidak mencukupi. Proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat kesukaran penggunaan bahan media pengajaran seperti CD-ROM, yang memerlukan lebih masa untuk disediagunakan. Ini menyebabkan banyak masa terbuang. “Kalau setengah jam tu tak sempatla..Nak buka pun dah berjam-jam.. budak tanya mana cikgu,mana cikgu, budak tak tahu kah?” (Temubual 01,05) Lagi pun Guna laptop dan pasang LCD buang masa.. (Temubual 01,06) 39
  • 40. Tiada jadual waktu rasmi untuk pengajaran kemahiran Literasi Komputer disediakan, setiap guru, masing-masing bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran penggunaan komputer Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer, Masing-masing mengajar. (Temubual 01,05) Berdepan dengan keadaan ini,guru lebih rela menggunakan bahan-bahan media berunsurkan tradisional seperti radio kaset kalau ada bahan media pengajaran yang sesuai “ kalau ada kaset..lagi senang ka..kaset kita boleh guna dengan hak yang bateri itu.” (Temubual2,01) Semasa menggunakan CD-ROM dalam kelas, guru juga menghadapi masalah bahan CD-ROM yang tidak dapat digunakan akibat masalah-masalah teknikal. “Ada CD yang tak nak run..” (Temubual 01,05) Penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. ” ada, Subjek Bahasa Melayu tak ada laptop” Tak (Temubual1 01) “Sekarang ini, yang kerajaan bagi, guru Matematik , Sains dan Bahasa Inggeris. Kami tak ada peruntukan,” (Temubual02, 03) 40
  • 41. Rumusan Dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan utama perlaksanaan TMK kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah, khususnya Sekolah Orang Asli. Faktor utama yang dikenalpasti ialah faktor sumber tenaga elektrik serta talian Internet yang tidak dapat dibekalkan ke makmal komputer secara berterusan. Guru-guru memberi respon yang positif terhadap keberkesanan penggunaan TMK semasa proses p&p dan menjelaskan murid-murid juga turut berminat menggunakan komputer. 41
  • 42. BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p. Selain itu , kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p di dalam kelas. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p juga dikaji. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua,2006) dan membuat transkrip bagi pengumpulan data temubual. Perbincangan Dapatan Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa, dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Hasil dapatan ini, dapat disokong oleh Maurer(1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lili Nurliyana Abdullah (1996), TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. 42
  • 43. Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik, 1991; Toh,1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002, yang mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran. Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001). Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian, menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat “Entry” dan “Adoptation” seperti mana yang digariskan dalam Model “Apple Classrooms of Tomorrow”(Dwyer et.al,1991). Pada masa yang sama, kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian tertentu. Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang di sarankan oleh Heppel (1993). 43
  • 44. Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak lengkap, seperti kemudahan makmal komputer, LCD, komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. Tahap penggunaan ini adalah tidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. Hasil kajian ini, adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktor kemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Abdul Wahab Ismail Gani et. al (2006), menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utama mereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik. Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994), sikap terhadap komputer menjadi faktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Bagi Kazlauskas (1995), faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan guru semasa proses p&p berjalan. Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROM multimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebih terangsang untuk melakukan integrasi TMK dalam sesi pengajaran dan 44
  • 45. pembelajaran. Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkan pembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolah menyukarkan usaha amalan tersebut. Dapatan ini, adalah selaras dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kesimpulannya pendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkan oleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh pihak organisasi. Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p Dapatan kajian mendapati, bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Bekalan elektrik hanya dibekalkan mengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer. Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi seperti pembelian bekalan elektrik , amat penting dalam menjayakan penggunaan TMK dalam p&p (Lucas ,1986) 45
  • 46. Hasil kajian juga mendapati, faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam perisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap,”Tak reti” Dapatan . ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan. Dapatan kajian ini, selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip Abd Manap (1999), yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalah tidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan, tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah. Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Menurut Williams et al (2000), guru-guru yang menggunakan komputer di rumah mempunyai kecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. Ini kerana guru- guru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan dan pembinaan media pengajaran yang sesuai.. Ketiadaan capaian yang berterusan tidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut. 46
  • 47. Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke- 21. Cadangan Penambahbaikan Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK. Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK, seperti komputer dan capaian Internet, tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun ini merupakan langkah pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam kajian (Williams et al, 2000), Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999). Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal Komputer. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian. 47
  • 48. Penglibatan Pihak Pentadbiran Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam mengalakkan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru- guru. Perana ini penting,terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yang kondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidak langsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidak keseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Pihak pentadbir juga perlu boleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalam penulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak guru penyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yang boleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka. Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasian elemen TMK, agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Semua ini berserta dengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-guru merancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supaya satu keadaan atau situasi pembelajaran yang lebih berorientasikan pelajar dapat 48
  • 49. diwujudkan. Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemen TMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedah dalam mempelbagai teknik penyampaian. Contohnya guru menggunakan sebutan perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan dan latihan pengkukuhan dalam kelas. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelas yang lain. Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaian maklumat pengajaran. Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan, terutama sekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK sentiasa berada dalam kedaaan yang terbaik untuk digunakan. Masalah-masalah teknikal seperti kerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD (Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Guru-guru perlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkan masalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikat lantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi agar ianya dapat memberi perkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan. Dalam keadaan ini, jika dibenarkan,seorang juruteknik Makmal Komputer boleh disediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains di sekolah-sekolah. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahan TMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya. 49
  • 50. Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid Crystal Display) , capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan. Selain dari itu, penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Perkara ini serba sedikit akan dapat mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan berkaitan. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesra- pengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru-guru. Kesimpulan Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam proses p&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Walaupun faktor sokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningkatkan amalan TMK dalam bilik darjah. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perlu dititikberatkan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagaimana kemahiran, kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. Perancangan dan aplikasi amalan TMK yang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pada masa yang sama, sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sekolah dan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan. 50
  • 51. Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran yang bersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untuk menggunakan TMK. Perkhidmatan sokongan teknikal setempat juga penting dalam mengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalam proses p&p. 51
  • 52. Rujukan Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001. Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 &2 Alessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and Development. Massachusetts: Allyn & Bacon. Che Rogayah Seman (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. Tesis Sarjana Pendidikan, USM (tidak diterbitkan) Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000, Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran- Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan.. Mc Graw Hill, Malaysia. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia. Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard Issue Scoring Manual. Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1. Cox M.J (1997). The Effects of Information Technology on Students’Motivation: Final report. NCET.ISBN 1871984289 Dasar Penyata Razak (1965) Dwyer, D. C., Ringstaff, C. & Sandholtz, J. H. (1991) Changes in Teachers’Beliefs and Practices in Technology-rich Classrooms, Educational Leadership, 48(8), pp. 45-52. Fisher. S. (1994). Authoring Multimedia. Boston. Academic Press.Inc 52
  • 53. Harrison, C., Youngman, M., Bailey, M., Fisher, T., Phillips, R. & Restorick, J. (1998) Multimedia Portables for Teachers Pilot. Coventry: British Educational Communications and Technology Agency. Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman. Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the progression and evolution of education computing against a background of change, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229- 238. Jasmy, Arif, Shahidah & Rosnani, 2001 Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Kazlauskas, E.J., 1995, Innovation, Information and Teacher Education. Technology and Teacher Education Annual: Technology Diffusion. Association for the Advancement of Computing in Education, http://www.coe.uh.edu/insite/elec_oub/html. Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). IAB, 24 –27 November 2008. Kulik,C. , & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updated analysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94 Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal of Educational Technology, 23, 164-171. Lili Nurliyana Abdullah (1996).Multimedia in Education Arming Our Students for Future. Seminar What is?, Serdang, Selangor. Universiti Putra Malaysia. Lucas, H., 1986, Information Systems Concept for Management, New York: McGraw Hill. Maurer, H. (1993). Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Proceeding of ED- Media 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia, Orlando, Florida. June, 23-26. 53
  • 54. Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning environment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27. Merriam, S. B. (1988). Case study research in education: A qualitative approach. San Francisco: Jossey-Bass. Mohd Sarif Abd Manap (1999). Faktor-faktor Penghalang Terhadap Pendifusion Teknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Abstrak. Di muat turun daripada http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and learning. Singapore: Prentice Hall. Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age. U.S.A: McGraw-Hill. Rosnah Mansor .(2002. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media Teknologi Pendidikan. Abstrak. Di muat turun daripada http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Sandholtz J. H., Ringstaff, C., Dwyer, D. C. (1997). Teaching with technology: creating student-centered classrooms. New York: Teachers College, Columbia University. Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007) Schaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf. Shulman, L. S. (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform, in J. Leach & B. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. London: Paul Chapman. Strauss, A. & Corbin, J. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and procedures for developing grounded theory. Thousand Oaks: Sage. 54
  • 55. Thomas, A. & Pettigrew, N. with Cotton, D. & Tovey, P. (1999) The Use of Multimedia Portables in Supporting the Achievement of the National Professional Qualification for Headship: an evaluation. Research Report RR92. London: DfEE. Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaraN Sains dan Matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. Daerah Seberang Perai pada 19 Jun 1999 Toh, S.C. (1998). Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Kertas kerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and Mathematics Education, Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang pada 22 Oktober 1998. Tuldoziecki, G. & Herzig,B.(2002).Computer and Internet im Unterricht. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf. Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Teachers and ICT: current use and future needs, British Journal of Educational Technology, 31, pp. 307-320. Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Integrating Information and Communications Technology in Professional Practice: an analysis of teachers’needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottish schools, Journal of Information Technology for Teacher Education,Vol 9, No. 2 2000. pp 167-183 Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia. 55