SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 
Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 
A. Objektif 
Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 
1. Menerangkan konsep rangkaian. 
2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar. 
3. Menyatakan kegunaan rangkaian. 
4. Membuat ilustrasi model rangkaian. 
B. Kandungan Pengajaran 
1.1 Perkembangan Rangkaian. 
1.2 Maksud Rangkaian. 
1.3 Kegunaan Rangkaian. 
1.4 Jenis Rangkaian. 
1.5 Jenis Senibina Rangkaian. 
1.6 Jenis Topologi. 
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi. 
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 
1.1 Perkembangan Rangkaian 
Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu 
ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. 
Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan 
Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan 
mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga 
membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance 
Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah 
dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian. 
Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik 
(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada 
ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari 
emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai 
dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London 
merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada 
tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan 
sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian 
antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama 
kalinya di Sussex University. 
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah 
emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 
100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian 
atau Network. 
Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups 
pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom 
telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling 
berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)). 
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi 
yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah 
jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan 
Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian 
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, 
Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup 
USENET. 
Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai 
Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan 
semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang 
bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, 
bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan 
menjadi 10000 buah lebih komputer. 
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan 
memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih 
pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). 
Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah 
komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana 
Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) 
yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau 
World WideWeb. 
Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 
buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). 
Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 
3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam 
pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang 
pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. 
Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan. 
1.2 Maksud Rangkaian 
Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi 
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi 
secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian 
telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared). 
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rajah 1.1 
1.3 Kegunaan Rangkaian 
1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan 
salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail 
muzik dan dokumen. 
2. Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, 
modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain. 
3. Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer membenarkan pengguna 
mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa 
akaun. 
4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang 
rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan 
(server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini 
menjimatkan masa pemasangan perisian. 
5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera 
(instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk 
menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian 
kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan 
sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG). 
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
1.4 Jenis Rangkaian 
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN) 
Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung 
bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, 
seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau 
lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer 
berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar. 
Rangkaian Kawasan Setempat 
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN) 
MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan 
rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa buah 
sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN 
termasuk gabungan suara, data, imej dan video. 
Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN 
menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau 
seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian 
khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya. 
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rangkaian Kawasan Metropolitan 
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN) 
WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk 
menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, 
negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang 
paling besar dan terkenal ialah Internet. 
Rangkaian Kawasan Luas 
Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network – PAN) 
PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat 
komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa 
meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, 
pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port 
FireWire, infrared dan bluetooth 
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
PAN – Rangkaian Kawasan Peribadi 
Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) 
VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan 
akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. 
Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan 
oleh bank dan syarikat berskala besar. 
Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) 
7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) 
WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk 
berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia 
menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics 
Engineers, IEEE 
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) 
WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX) 
WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali 
dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer. 
WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu; 
1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit 
2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah. 
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rangkaian WiMax 
1.5 Jenis Senibina Rangkaian 
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang 
merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, 
perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar 
atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu: 
 Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server) 
Pengguna – ke – Pelayan (Client – to – Server) 
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk 
melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan 
akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari 
segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain. Pelayan biasanya 
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah 
komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer 
pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh 
membuat kerja – kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam 
komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang 
dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari 
komputer pengguna atas fail yang disimpannya. 
Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) 
adalah seperti berikut: 
I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan 
II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan. 
III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah 
komputer pelayan. 
IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin 
keberkesanan sistem 
V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan. 
 Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer) 
Rakan - ke - Rakan (Peer – to – Peer) 
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian 
bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya 
mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk 
komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer 
pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber 
lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, 
menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. 
10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak 
menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi 
data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet. 
Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut: 
I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber. 
II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat 
III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer 
IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di 
dalam mengirim, menerima dan memproses fail. 
1.6 Jenis Topologi 
Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada 
rangkaian setempat (LAN). 
Rajah 1.6 Jenis Topologi 
Topologi utama ialah: 
• Topologi Bintang (Star Topology) 
• Topologi Cecincin (Ring Topology) 
• Topologi Bas (Bus Topology) 
• Topologi Hybrid (Hybrid Topology) 
11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
TOPOLOGI BINTANG 
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke 
satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. 
Rajah 1.7 Topologi Bintang 
 Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab. 
 Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan 
lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D. 
TOPOLOGI CINCIN 
Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang 
lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. 
Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui 
akan menerima setiap paket data. 
Rajah 1.8 Topologi Cincin 
12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
 Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam) 
 Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan 
lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar. 
TOPOLOGI BAS 
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri 
dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang 
menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan. 
Rajah 1.9 Topologi Bas 
 Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas. 
 Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas. 
TOPOLOGI HYBRID 
Rajah 1.10 Topologi Hybrid 
13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
 Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN. 
 Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh 
pengguna di dalam rangkaian. 
 Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server). 
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi 
INTRANET 
Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran 
dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk 
memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan 
perkongsian data seluruh kakitangan organisasi. 
Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, 
WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya 
termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai 
terus dari luar dan dalam. 
Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi 
EKSTRANET 
Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem 
telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi 
perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. 
Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan 
kepada pengguna di luar syarikat. 
14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi 
INTERNET 
Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh 
diakses oleh orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang 
disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan 
sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui 
satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet. 
Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet 
15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitarKesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitarHazlee Gapal
 
Pemasangan sistem rangkaian komputer
Pemasangan sistem rangkaian komputerPemasangan sistem rangkaian komputer
Pemasangan sistem rangkaian komputernurnabila28
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OSKumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OSwebkvks2015
 
Pengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalanPengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalanNor Syazwani
 
Sistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrikSistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrikAhmad Amir
 
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4Shahril Majid
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerharalhaj
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR diddy98
 
Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2
Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2
Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2Ganesh Selvan
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2Mohd Hafiz Wazini
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranAsmawi Abdullah
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderharalhaj
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITCkg Nizam
 
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranSMK Kuala Penyu
 

Was ist angesagt? (20)

Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitarKesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
 
Pemasangan sistem rangkaian komputer
Pemasangan sistem rangkaian komputerPemasangan sistem rangkaian komputer
Pemasangan sistem rangkaian komputer
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
 
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OSKumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
 
Pengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalanPengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalan
 
Sistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrikSistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrik
 
Topologi rangkaian
Topologi rangkaianTopologi rangkaian
Topologi rangkaian
 
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primer
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR
 
Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2
Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2
Keamanaan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia2
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunder
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 
Program utiliti
Program utilitiProgram utiliti
Program utiliti
 
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
 

Andere mochten auch

Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer roiamah71
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaMis Sem
 
System building management
System building managementSystem building management
System building managementDaus Jai
 
Bab 6 pengenalan database
Bab 6   pengenalan databaseBab 6   pengenalan database
Bab 6 pengenalan databaseSii Frc
 
Topik 1 pengenalan kepada rangkaian
Topik 1   pengenalan kepada rangkaianTopik 1   pengenalan kepada rangkaian
Topik 1 pengenalan kepada rangkaianChamp14n
 
Topik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTopik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTAN KEW
 
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014eiosmas
 
Management Information Systems - Chapter 2
Management Information Systems - Chapter 2Management Information Systems - Chapter 2
Management Information Systems - Chapter 2Joel Briza
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2SK Sungai Embak
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3SK Sungai Embak
 
Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5
Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5
Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5Haikal Kasin
 
2.3.1 sistem pengoperasian
2.3.1 sistem pengoperasian2.3.1 sistem pengoperasian
2.3.1 sistem pengoperasianSuriyana Ahmad
 
Dasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentationDasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentationkhaihay
 
Pengertian data dan maklumat
Pengertian data dan maklumatPengertian data dan maklumat
Pengertian data dan maklumatmohdfirdaus360
 
3.1.4 rangkaian seni bina
3.1.4 rangkaian seni bina3.1.4 rangkaian seni bina
3.1.4 rangkaian seni binamasitaomar72
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1SK Sungai Embak
 

Andere mochten auch (20)

Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha Malaysia
 
System building management
System building managementSystem building management
System building management
 
Bab 6 pengenalan database
Bab 6   pengenalan databaseBab 6   pengenalan database
Bab 6 pengenalan database
 
Topik 1 pengenalan kepada rangkaian
Topik 1   pengenalan kepada rangkaianTopik 1   pengenalan kepada rangkaian
Topik 1 pengenalan kepada rangkaian
 
Topik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTopik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagang
 
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
Sesi 1 pengenalan KiDT kepada sekolah rintis 2014
 
Pengertian data base
Pengertian data basePengertian data base
Pengertian data base
 
Chapter 15 managing global systems MIS
Chapter 15 managing global systems MISChapter 15 managing global systems MIS
Chapter 15 managing global systems MIS
 
Management Information Systems - Chapter 2
Management Information Systems - Chapter 2Management Information Systems - Chapter 2
Management Information Systems - Chapter 2
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
 
2.1.3 perwakilan data
2.1.3   perwakilan data2.1.3   perwakilan data
2.1.3 perwakilan data
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
 
Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5
Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5
Peperiksaan akhir tahun tmk tahun 5
 
2.3.1 sistem pengoperasian
2.3.1 sistem pengoperasian2.3.1 sistem pengoperasian
2.3.1 sistem pengoperasian
 
Dasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentationDasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentation
 
Pengertian data dan maklumat
Pengertian data dan maklumatPengertian data dan maklumat
Pengertian data dan maklumat
 
3.1.4 rangkaian seni bina
3.1.4 rangkaian seni bina3.1.4 rangkaian seni bina
3.1.4 rangkaian seni bina
 
Asas Komunikasi
Asas KomunikasiAsas Komunikasi
Asas Komunikasi
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
 

Ähnlich wie NETWORKING

My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputertaryati
 
Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)miyatun
 
My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputerparawalisaja
 
TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9ariska dwi
 
Bab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputerBab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputerDanastri Lintang
 
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9DyanSetyowati
 
tugas Power point
tugas Power point tugas Power point
tugas Power point poerbae
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6nanda9c
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6nanda9c
 

Ähnlich wie NETWORKING (20)

POWER POINT SAYA
POWER POINT SAYAPOWER POINT SAYA
POWER POINT SAYA
 
My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputer
 
Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputer
 
TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9
 
MATERI TIK KELAS 9 BAB 5
MATERI TIK KELAS 9 BAB 5MATERI TIK KELAS 9 BAB 5
MATERI TIK KELAS 9 BAB 5
 
Bab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputerBab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputer
 
TIK BAB 5 KELAS 9
TIK BAB 5 KELAS 9TIK BAB 5 KELAS 9
TIK BAB 5 KELAS 9
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
Internet
InternetInternet
Internet
 
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
Tik bab 4
Tik bab 4Tik bab 4
Tik bab 4
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
tugas Power point
tugas Power point tugas Power point
tugas Power point
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6
 
Jaringan Komputer
Jaringan KomputerJaringan Komputer
Jaringan Komputer
 

Kürzlich hochgeladen

PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTINAFITRIYAH
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 

Kürzlich hochgeladen (20)

PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 

NETWORKING

  • 1. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menerangkan konsep rangkaian. 2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar. 3. Menyatakan kegunaan rangkaian. 4. Membuat ilustrasi model rangkaian. B. Kandungan Pengajaran 1.1 Perkembangan Rangkaian. 1.2 Maksud Rangkaian. 1.3 Kegunaan Rangkaian. 1.4 Jenis Rangkaian. 1.5 Jenis Senibina Rangkaian. 1.6 Jenis Topologi. 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi. 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 2. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 1.1 Perkembangan Rangkaian Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian. Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik (emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University. Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network. Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)). Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian 2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 3. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET. Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan menjadi 10000 buah lebih komputer. Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb. Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan. 1.2 Maksud Rangkaian Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared). 3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 4. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rajah 1.1 1.3 Kegunaan Rangkaian 1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen. 2. Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain. 3. Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun. 4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan perisian. 5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG). 4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 5. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1.4 Jenis Rangkaian Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN) Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar. Rangkaian Kawasan Setempat Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN) MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video. Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya. 5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 6. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rangkaian Kawasan Metropolitan Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN) WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet. Rangkaian Kawasan Luas Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network – PAN) PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan bluetooth 6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 7. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PAN – Rangkaian Kawasan Peribadi Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar. Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) 7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 8. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX) WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer. WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu; 1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit 2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah. 8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 9. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rangkaian WiMax 1.5 Jenis Senibina Rangkaian Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:  Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server) Pengguna – ke – Pelayan (Client – to – Server) Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain. Pelayan biasanya 9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 10. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja – kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya. Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) adalah seperti berikut: I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan. III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan. IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.  Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer) Rakan - ke - Rakan (Peer – to – Peer) Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. 10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 11. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet. Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut: I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber. II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail. 1.6 Jenis Topologi Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN). Rajah 1.6 Jenis Topologi Topologi utama ialah: • Topologi Bintang (Star Topology) • Topologi Cecincin (Ring Topology) • Topologi Bas (Bus Topology) • Topologi Hybrid (Hybrid Topology) 11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 12. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 TOPOLOGI BINTANG Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. Rajah 1.7 Topologi Bintang  Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.  Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D. TOPOLOGI CINCIN Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data. Rajah 1.8 Topologi Cincin 12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 13. KURSUS TMK TAHUN 5 2014  Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)  Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar. TOPOLOGI BAS Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan. Rajah 1.9 Topologi Bas  Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.  Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas. TOPOLOGI HYBRID Rajah 1.10 Topologi Hybrid 13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 14. KURSUS TMK TAHUN 5 2014  Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.  Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.  Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server). 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi INTRANET Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi. Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam. Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi EKSTRANET Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat. 14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 15. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi INTERNET Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet. Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet 15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET