SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
1
1.0 Pendahuluan
Pergilah ke mana sahaja pasti ramai yang mengetahui Negara Malaysia sebagai sebuah
Negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum tetapi masih mampu
mempertahankan perpaduan dalam kalangan masyarakatnya. Di situlah uniknya
Malaysia. Mengulas tentang kemajmukan masyarakat, Berghe (1967) telah
menyenaraikan ciri-ciri masyarakat majmuk iaitu:
a. Tidak ada penyesuaian nilai di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain
b. Tidak wujud keseragaman dari segi kebudayaan
c. Selalu berlaku konflik dan penentangan antara kelompok yang ada
d. Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa otonomi mengikut bahagian sistem social
mereka.
e. Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang ekonomi sebagai factor asas
untuk berlakunya interaksi.
f. Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu.1
Kemajmukan masyarakat Malaysia boleh dilihat dalam pola bahasa, kebudayaan dan
agamanya serta struktur ekonomi. Selain itu, sebagai masyarakat majmuk ‘budaya politik’
masyarakat semenanjung Malaysia juga berpecah mengikut garis ras, tradisi dan lain-lain
sentiment. Tiap-tiap komuniti pula akan beusaha menjaga, memupuk serta
memperkuatkan kepentingan kaum masing-masing. Jika diteliti terdapat tiga kaum utama
di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.2
Kaum-kaum ini masing-masing
mempunyai adat dan budaya tersendiri. Berfokus kepada kaum Cina, kaum Cina
merupakan kaum yang berasal dari Negara China dan terdiri daripada beberapa subetnik
yang lebih khusus seperti Hokkian, Kanton, Hakka, Teociu, Hailam dan lain-lain.3
Tiga kawasan asal orang Cina ialah Kwantung, Fuchien dan Kwangsai. Tiap-tiap
wilayah ini pula dipecahkan kepada daerah yang lebih kecil hingga ke peringkat
kampung. Setiap suku kaum pula mempunyai aktiviti ekonomi yang berbeza. Sebagai
1
Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publications & Distributors,
Kuala Lumpur, 1994, hlm. 55
2
Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 57
3
J. Cushman & W.Gungwu, Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara, Pustaka Utama Graiti, Jakarta,
1991, hlm. 12
2
contoh, ramai orang Hokkien menceburi bidang perniagaan hingga kepada import-
eksport, orang Hakka melombong dan orang Teochew bertani serta menjadi nelayan.4
Seterusnya, menjawab persoalan mudah iaitu siapakah orang Cina dalam konteks
yang lebih khusus bukanlah semudah mencari jawapannya. Sememangnya di mana sahaja
mereka tinggal, mereka tetap dilabel sebagai orang Cina tetapi isi label itu yakni ciri-ciri
mereka sebagai orang Cina adalah berbeza dari satu daerah dengan daerah yang lain.
Orang-orang Cina sememangnya memiliki persamaan tradisi budaya tetapi rincian tradisi
ini berbeza dalam banyak cara, bergantung kepada di mana mereka tinggal. Satu-satunya
persamaan budaya mereka ialah kesemua orang Cina menyambut Tahun Baru Cina
namun cara sambutan tersebut tetap berbeza.5
Bagaimana orang Cina menjadi sebahagian
daripada masyarakat majmuk di Malaysia, sejarah kedatangan mereka dan kesan
kedatangan mereka akan dibincangkan pada topik-topik seterusnya.
4
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 2002,
hlm. 172
5
J. Cushman & W.Gungwu, Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara, hlm. 188
3
2.0 Sejarah Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Dikatakan bahawa kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu bermula sejak zaman
kerajaan Melaka lagi.6
Melaka merupakan pusat perdagangan pada ketika itu.
Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari India, Timur
Tengah, Eropah, termasuklah China.7
Hal ini membuktikan kerajaan Melaka dan Negara
China sememangnya mempunyai hubungan diplomatik sehingga membolehkan kaum
Cina berhijrah ke Tanah Melayu walaupun pada awalnya penghijrahan tersebut hanya
melibatkan sebilangan kecil sahaja. Penghijarahan masuk secara besar-besaran berlaku
selepas pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan
Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Di peringkat ini, mereka berkumpul di kawasan
perlombongan Lukut dan Sungai Ujong. Mereka juga turut berhijrah ke Johor semasa
pemerintahan Temenggong Ibrahim (1829-1862) untuk mengusahakan ladang-ladang di
Kelian Pauh iaitu Taiping.8
Hong Pek Koon dalam bukunya yang bertajuk Chinese
Politics in Malaysia mengatakan bahawa terdapat tiga fasa perbezaan penghijrahan orang
Cina:
“One can discern three distinct phases in the pattern on Chinese immigration and
settlement in Malaya: 1) the earliest period, from the beginning of fifteenth century to
the founding af the Straits Settlements by British, which saw the establishment of the
Baba community, 2) from the advent of mass immigration in the 1820s onwards, when
the Laukeh community emerged and flourished and 3) from the 1900s to the outbreak
of World War II, when political groupings took shape and political activities
prolifersted.”9
6
Mohamad Idris Saleh, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 56
7
Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976,
hlm. 7
8
Mohamad Idris Saleh, (et.al,), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 57
9
Heng Pek Koon, Chinese Politics in Malaysia, Oxford University Press, New York, 1988, hlm. 9
4
Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan orang Cina ke Tanah
Melayu iaitu:
a. Kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup di China memaksa mereka untuk keluar
berhijrah. Di samping itu, ramai petani kehilangan tanah kerana gagal membayar
cukai yang tinggi.
b. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa
sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang pemerintahan
Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan
Boxer dab Revolusi Cina.
c. Dasar ekonomi penjajah untuk mengaut kekayaan dan pertambahan permintaan bijih
timah di Eropah mendorong British untuk mengimport buruh luar.
d. Tarikan untuk mencari rezeki dan kekayaan di Negara asing menjadi factor
penghijrahan orang Cina. Perkembangan perusahan bijih timah pertengahan abad ke-
19 dan perusahaan getah pada abad ke-20 di Tanah Melayu menambahkan minat
orang Cina untuk berhijrah.10
Orang Inggeris beranggapan bahawa orang Cina mempunyai semangat bekerja yang
kuat dan berdaya usaha ekoran itu, orang Inggeris menggalakkan kedatangan mereka ke
Tanah Melayu. Selain terlibat dalam aktiviti perdagangan, orang Cina juga turut bekerja
di sektor pertanian. Mereka mengerjakan kebun-kebun lada hitam, gambir, buah pala,
bunga cengkih, kelapa, tembakau, ubi kayu dan sirih.11
Bagaimana pula orang Cina boleh sampai ke Tanah Melayu? Dikatakan bahawa
mereka yang datang ke Tanah Melayu adalah menggunakan biaya sendiri. Apabila
permintaan buruh bertambah, galakan diberi untuk menarik lebih ramai kemasukan
pendatang. Sebelum British camput tangan, pemerintah-pemerintah Melayu
sememangnya membawa masuk buruh-buruh Cina untuk melombong. Kapitan12
dilantik
untuk mengendalikannya. Manakala di Johor pula menggunakan system Kangcu untuk
menggalakkan pertanian. Sultan Johor mengeluarkan surat kepada pemodal Cina untuk
mengusahakan tanaman lada dan gambir.13
10
Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 57
11
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 171
12
Kapitan juga dikenali sebagai ketua kongsi gelap
13
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 174
5
Satu lagi sistem yang menggalakkan kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu ialah
sistem kredit tiket. Berdasarkan sistem ini sinkeh14
diberi hutang tambang pelayaran.
Untuk membayar hutang tersebut buruh Cina perlu bekerja dengan broker buruh sehingga
hutang dan faedahnya selesai dibayar. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak dapat
bertahan lama kerana broker-broker mahu mengaut keuntungan lebih dengan
mengenakan bayaran tinggi kepada majikan.15
Sistem ini kemudiannya diharamkan pada
tahun 1914 namun tidak menyekat kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu apabila
majikan-majikan mula menghantar agen-agen ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
Biasanya orang yang dipilih ialah mandur. Mandur akan balik ke kampung halaman
untuk mencari pekerja. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh majikan tetapi semua
urusan perkejaan akan dikontrakkan. Buruh yang masuk melalui sistem ini dikenali
sebagai buruh kontrak.
Nisbah jantina penghijrah menjadi tidak seimbang apabila kebanyakannya adalah
lelaki dewasa. Hal ini menimbulkan beberapa masalah sosial. Keadaan ini menyebabkan
ramai buruh pulang ke China. Kerajaan telah mengeluarkan Peraturan Sekatan
Penghijrahan yang mula dikuatkuasakan pada tahun 1933. Kemasukan pendatang Cina
lelaki disekat tetapi membenarkan pendatang wanita. Hal ini telah mendorong kemasukan
penghijrah wanita dan antara tahun 1930-1938 dianggarkan 190 ribu penghijrah wanita
Cina membanjiri Tanah Melayu.16
Kedatangan wanita Cina telah mendorong orang Cina
berkeluarga dan mewujudkan kehidupan yang lebih baik. Selepas tahun 1930, kerajaan
British melaksanakan dasar imigrasi yang lebih ketat. Kesannya kemasukan penghijrah ke
Tanah Melayu berkurang dengan banyak.
14
Sinkeh adalah nama lain bagi orang Cina yang dibawah masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Tiket Kredit
15
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 175
16
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 176
6
3.0 Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
3.1 Sosial
Semasa British menjajah Tanah Melayu mereka telah membawa masuk masyarakat
cina ke negeri Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan negeri-negeri
selat pada tahun 1826.17
Hal ini kerana, kepentingan kaum ini kepada British, disebabkan
mereka sudah selesa berada di Tanah Melayu maka secara tidak langsung mereka tidak lagi
berminat untuk pulang ke Tanah Air mereka. Justeru hal ini menyebabkan penduduk Tanah
Melayu menjadi menajdi masyarakat majmuk.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu jelas menunjukkan proses
pembentukan masyarakat majmuk telah bermula. Justeru, pihak kerajaan telah melaksanakan
pelbagai langkah agar tiada seorang pun yang akan tercicir. Seterusnya, kerajaan
memperkenalkan pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pelajaran
Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan merupakan
agenda utama untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan.18
Dasar ini juga berdasarkan tiga prinsip penting yang telah ditetapkan dalam Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971. Prinsip yang telah ditetapkan oleh kongres ialah Dasar
Kebudayaan harus berteraskan kepada kebudayaan rakyat rantau ini, unsur-unsur kebudayaan
lain yang sesuai dan wajar boleh diterapkan, tetapi unsur Islam merupakan unsur yang
terpenting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.19
17
Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 56
18
Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 183
19
Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 182-183
7
3.2 Pendidikan
Seterusnya, dalam sektor pendidikan pula sebelum kedatangan masyarakat cina atau
sebelum Tanah Melayu merdeka penduduk Tanah Melayu hanya belajar di sekolah-sekolah
pondok. Namun, pada abad ke19 British telah membawa masuk golongan imigran ke Tanah
Melayu menyebabkan sistem pendidikan berubah. Justeru, apabila golongan imigran tiba di
Tanah Melayu mereka telah menubuhkan sekolah, seperti masyarakt Cina mereka telah
membina sekolah pertama di Melaka pada tahun 1815.20
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu menyebabkan kerajaan
memperkenalkan satu lagi dasar khusus untuk pendidikan iaitu Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan diperkenalkan kerana kerajaan menyedari bahawa pentingnya
diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengantikan sistem pendidikan
penjajah bagi memenuhi kehendak Negara.21
Sekolah jenis vernakular yang telah lama wujud
tetap diteruskan namun ia akan menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran.
Hal ini kerana, melalui perkara 152 yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia
mengatakan bahawa bahawa Melayu merupakan bahasa rasmi, manakala bahasa ibunda
keturunan lain dijamin kebebasan penggunaannya.
3.3 Ekonomi
Sebelum kemasukan Cina ke Tanah Melayu ekonomi masyarakat melayu hanya
tertumpu di kawasan pertanian dan bekerja sebagai nelayan atau dengan istilah lain ekonomi
sara hidup. Chai Hon Chan mengatakan bahawa:
“The malays, therefore, could not be regarded as an available source of labour supply. When
they worked it was for themselves, on their on land, and very few could be persuaded to
accept employment as agricultural labourers or on public work”22
Namun, pada sekitar abad ke19 setelah British membawa masuk masyarkat Cina ke Tanah
Melayu ekonomi Tanah Melayu berubah secara mendadak. Hal ini kerana, british
menggalakan kedatangan imigran cina ke tanah melayu kerana berpendapat bahawa orang
cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya saing dan bersifat keusahawanan.
Justeru, kemasukan imigran cina ini telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu
20
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, hlm. 212
21
Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 184
22
Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, Oxford University Press, New Work, 1967,
hlm. 102
8
pada zaman dahulu. Perubahan ekonomi hasil daripada kemasukan buruh-buruh dari cina
yang telah mempelopori ekonomi sehingga kesannya pada hari ini kita dapat lihat bahawa
kejayaan yang kita kecapi menunjukkan bagaimana interaksi budaya dan kesepaduan antara
dua bangsa yang berbeza mampu memberikan impak yang positif ia bukan hanya tertumpu
kepada ekonomi dan sosial. Malah politik juga telah berkembang hasil daripada imigran ini.
Jelaslah bahawa, imigran cina telah membawa impak keatas sosiobudaya masyarakat melayu
pada abad ke-19. Oleh itu, idea british untuk membawa imigran cina merupakan pencetus
kepada perubahan dan perkembangan ekonomi di tanah melayu.
Tambahan pula, british telah memperkenalkan dasar pemerintahan yang bersifat liberal telah
menggalakkan kemasukan cina ke tanah melayu23
. Dasar liberal yang diperkenalkan telah
membawa kepada perubahan yang drastik dari segi pertambahan bilangan penduduk cina di
tanah melayu. Pertambahan bilangan penduduk hasil daripada mekanisma yang dirangka
khusus oleh british dalam menyediakan pelbagai kemudahan bagi menggalakkan kemasukan
rakyat cina ke tanah melayu. Sebagai contoh, menyediakan kemudahan subsidi tambang dan
memperkenalkan udang-undang dan peraturan imigrasi di tanah melayu24
. Justeru, kaedah ini
telah membawa kepada buruh-buruh cina untuk datang ke tanah melayu. Faktor-faktor lain
juga telah menyebabkan british berjaya mengubah sistem ekonomi daripada sistem sara diri
kepada sistem komersial.
3.4 Sistem Politik
Peralihan yang telah dicapai semenjak kedatangan rakyat cina ke tanah melayu turut
mengubah sistem politik di tanah melayu. Sistem politik merupakan salah satu wadah dalam
menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan masyarakat yang berlainan latar belakang
dan meraka telah cuba sedikit sebanyak untuk bersuara mengenai hak-hak dalam berpolitik.
Hal ini demikian kerana, semenjak british mengambil alih tampuk pemerintahan di tanah
melayu. Rakyat cina yang bermastautin di tanah melayu menyuarakan untuk terus kekal
berada supaya mereka dapat terus hidup dalam keadaan yang cukup selesa dan mempunyai
penempatan yang menjamin kelestrian hidup bersama. Rakyat cina berhasrat untuk terus
kekal dan menjanjikan taat setia kepada Negara25
.
23
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963, hlm. 171
24
Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, hlm. 103
25
Nik Hasna Nik Mahmood (terj.), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Bahru, 1997, hlm. 155
9
Disamping itu, orang cina telah bergiat aktif dalam sistem pentadbiran di tanah
melayu. Sebahagian daripada mereka mencuba menjawat jawatan dalam pentadbiran dalam
mengurus dan menyelia setiap tempat yang dibahagikan oleh british. Dengan asimilasi yang
berlaku kepada mereka di tanah melayu. Pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam sistem
pentadbiran berani menyuarakan dan tampil kehadapan untuk menyampaikan hasrat bagi
mewakili kaum mereka. Kejayaan sistem pentadbiran yang dirangka oleh british khususnya
mempunyai maksud disebalik kemasukan buruh-buruh cina ini. Hal ini demikian kerana,
british ingin rakyat cina yang berimigran ke tanah melayu seharusnya terus kekal supaya
dapat memberikan keuntungan ekonomi khususnya kepada pihak british. Justeru, dengan
adanya meraka yang bergiat dalam sistem politik telah melebarkan sayap meraka di seluruh
tanah melayu. Bahkan, meraka juga telah ramai melahirkan golongan intelek dalam kalangan
rakyat cina. Golongan intelek inilah yang Berjaya mengekalkan rakyat cina untuk terus
berada di tanah melayu.
10
4.0 Kesimpulan
Natijahnya, kedatangan imigran ke Tanah Melayu menyebabkan berlaku perubahan
besar dalam kalangan corak masyarakat. Hal ini adalah disebabkan oleh penjajahan British
yang ingin mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu sehingga membawa kepada
kemasukan buruh Cina dan India yang seterusnya telah memberi kesan menyeluruh di Tanah
Melayu khususnya dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Sistem Kredit Tiket
dan sistem kontrak yang diperkenalkan menyebabkan lambakan kemasukan buruh Cina ke
Tanah Melayu. Di samping itu, lambakan buruh Cina ini telah menggugat kedudukan orang
Melayu khususnya dalam bidang ekonomi namun hal ini tidak menjadi kudis kepada pihak
British malah Brtish sengaja mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dengan
mengasingkan tempat tinggal mereka. Orang Melayu dibiarkan tinggal di kawasan kampung,
orang-orang Cina ditempatkan di kawasan bandar dan kawasan perlombongan, manakala
orang India pula ditempatkan di kawasan pertanian, ladang-ladang dan estet-estet. Hal ini
menyebabkan orang Melayu tertindas dan dinafikan hak mereka sebagai penduduk tempatan
di Tanah Melayu. Walaupun kedatangan imigran ini menyebaban pelbagai kesan bruruk
seperti masalah setinggan, perkauman, kongsi gelap dan sebagainya namun kedatangan
mereka telah memajukan sektor ekonomi di Tanah Melayu dan secara tidak langsung
mewujudkan masyarakat majmuk yang masih kekal pada hari ini.
11
5.0 Bibliografi
Chai Hon Chan. The Development of British Malaya 1896-1909. Oxford University Press:
New Work. 1967
Heng Pek Koon. Chinese Politics in Malaysi. Oxford University Press: New York. 1988
J. Cushman & W.Gungwu. Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara. Pustaka
Utama Graiti: Jakarta, 1991
J. Kennedy. History of Malaya. Macmillan and Co LTD: Hong Kong. 1962
Joginder Singh Jessy. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur. 1976.
K.G Tregonning. A History of Modern Malaya. Eastern University Press LTL: London. 1964
Mohamad Idris Saleh. (et.al). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan
Publications & Distributors: Kuala Lumpur. 1994
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Utusan Publications & Distributors: Kuala
Lumpur. 2002
Nik Hasna Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Universiti Teknologi
Malaysia: Johor Bahru. 1997
Othman Shariff. (terj.). Latar Belakang dan Sejarah Masyarakat Moden. Penerbitan Adabi:
Kuala Lumpur. 1979

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuMohammad Yaqin
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
Asas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masaAsas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masaSharifahNurAbu
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuNur Fazlin Mohd Naim
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanmunnianwar
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMasyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMyong Dae Lee
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuEst
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaCik Nurul Afiqah
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.shafikah zakaria
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cinadila teen
 

Was ist angesagt? (20)

Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Asas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masaAsas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masa
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMasyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum India
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cina
 

Andere mochten auch

(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...Nurul Atikah
 
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam SejarahHubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam SejarahWanBK Leo
 
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5cik noorlyda
 

Andere mochten auch (7)

13 mei 69
13 mei 6913 mei 69
13 mei 69
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
 
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam SejarahHubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
 
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab6
 Sejarah Tingkatan 2: Bab6 Sejarah Tingkatan 2: Bab6
Sejarah Tingkatan 2: Bab6
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 

Ähnlich wie Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikNoredatul Gabo
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik Stephanie Unsil
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kinimurni mohamat
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Yen Way Way
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliaisyamafiza
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayuLiana Hasmey
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01jasfida
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)Stylist Girl
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptctwa1
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Peristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meiPeristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meijass388
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfAnisFikriyah2
 

Ähnlich wie Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu (20)

Ctu
CtuCtu
Ctu
 
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahanZaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
 
Peristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meiPeristiwa 13 mei
Peristiwa 13 mei
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 

Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu

  • 1. 1 1.0 Pendahuluan Pergilah ke mana sahaja pasti ramai yang mengetahui Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum tetapi masih mampu mempertahankan perpaduan dalam kalangan masyarakatnya. Di situlah uniknya Malaysia. Mengulas tentang kemajmukan masyarakat, Berghe (1967) telah menyenaraikan ciri-ciri masyarakat majmuk iaitu: a. Tidak ada penyesuaian nilai di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain b. Tidak wujud keseragaman dari segi kebudayaan c. Selalu berlaku konflik dan penentangan antara kelompok yang ada d. Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa otonomi mengikut bahagian sistem social mereka. e. Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang ekonomi sebagai factor asas untuk berlakunya interaksi. f. Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu.1 Kemajmukan masyarakat Malaysia boleh dilihat dalam pola bahasa, kebudayaan dan agamanya serta struktur ekonomi. Selain itu, sebagai masyarakat majmuk ‘budaya politik’ masyarakat semenanjung Malaysia juga berpecah mengikut garis ras, tradisi dan lain-lain sentiment. Tiap-tiap komuniti pula akan beusaha menjaga, memupuk serta memperkuatkan kepentingan kaum masing-masing. Jika diteliti terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.2 Kaum-kaum ini masing-masing mempunyai adat dan budaya tersendiri. Berfokus kepada kaum Cina, kaum Cina merupakan kaum yang berasal dari Negara China dan terdiri daripada beberapa subetnik yang lebih khusus seperti Hokkian, Kanton, Hakka, Teociu, Hailam dan lain-lain.3 Tiga kawasan asal orang Cina ialah Kwantung, Fuchien dan Kwangsai. Tiap-tiap wilayah ini pula dipecahkan kepada daerah yang lebih kecil hingga ke peringkat kampung. Setiap suku kaum pula mempunyai aktiviti ekonomi yang berbeza. Sebagai 1 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 55 2 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 57 3 J. Cushman & W.Gungwu, Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara, Pustaka Utama Graiti, Jakarta, 1991, hlm. 12
  • 2. 2 contoh, ramai orang Hokkien menceburi bidang perniagaan hingga kepada import- eksport, orang Hakka melombong dan orang Teochew bertani serta menjadi nelayan.4 Seterusnya, menjawab persoalan mudah iaitu siapakah orang Cina dalam konteks yang lebih khusus bukanlah semudah mencari jawapannya. Sememangnya di mana sahaja mereka tinggal, mereka tetap dilabel sebagai orang Cina tetapi isi label itu yakni ciri-ciri mereka sebagai orang Cina adalah berbeza dari satu daerah dengan daerah yang lain. Orang-orang Cina sememangnya memiliki persamaan tradisi budaya tetapi rincian tradisi ini berbeza dalam banyak cara, bergantung kepada di mana mereka tinggal. Satu-satunya persamaan budaya mereka ialah kesemua orang Cina menyambut Tahun Baru Cina namun cara sambutan tersebut tetap berbeza.5 Bagaimana orang Cina menjadi sebahagian daripada masyarakat majmuk di Malaysia, sejarah kedatangan mereka dan kesan kedatangan mereka akan dibincangkan pada topik-topik seterusnya. 4 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 172 5 J. Cushman & W.Gungwu, Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara, hlm. 188
  • 3. 3 2.0 Sejarah Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu Dikatakan bahawa kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu bermula sejak zaman kerajaan Melaka lagi.6 Melaka merupakan pusat perdagangan pada ketika itu. Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari India, Timur Tengah, Eropah, termasuklah China.7 Hal ini membuktikan kerajaan Melaka dan Negara China sememangnya mempunyai hubungan diplomatik sehingga membolehkan kaum Cina berhijrah ke Tanah Melayu walaupun pada awalnya penghijrahan tersebut hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja. Penghijarahan masuk secara besar-besaran berlaku selepas pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Di peringkat ini, mereka berkumpul di kawasan perlombongan Lukut dan Sungai Ujong. Mereka juga turut berhijrah ke Johor semasa pemerintahan Temenggong Ibrahim (1829-1862) untuk mengusahakan ladang-ladang di Kelian Pauh iaitu Taiping.8 Hong Pek Koon dalam bukunya yang bertajuk Chinese Politics in Malaysia mengatakan bahawa terdapat tiga fasa perbezaan penghijrahan orang Cina: “One can discern three distinct phases in the pattern on Chinese immigration and settlement in Malaya: 1) the earliest period, from the beginning of fifteenth century to the founding af the Straits Settlements by British, which saw the establishment of the Baba community, 2) from the advent of mass immigration in the 1820s onwards, when the Laukeh community emerged and flourished and 3) from the 1900s to the outbreak of World War II, when political groupings took shape and political activities prolifersted.”9 6 Mohamad Idris Saleh, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 56 7 Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 7 8 Mohamad Idris Saleh, (et.al,), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 57 9 Heng Pek Koon, Chinese Politics in Malaysia, Oxford University Press, New York, 1988, hlm. 9
  • 4. 4 Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu iaitu: a. Kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup di China memaksa mereka untuk keluar berhijrah. Di samping itu, ramai petani kehilangan tanah kerana gagal membayar cukai yang tinggi. b. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Boxer dab Revolusi Cina. c. Dasar ekonomi penjajah untuk mengaut kekayaan dan pertambahan permintaan bijih timah di Eropah mendorong British untuk mengimport buruh luar. d. Tarikan untuk mencari rezeki dan kekayaan di Negara asing menjadi factor penghijrahan orang Cina. Perkembangan perusahan bijih timah pertengahan abad ke- 19 dan perusahaan getah pada abad ke-20 di Tanah Melayu menambahkan minat orang Cina untuk berhijrah.10 Orang Inggeris beranggapan bahawa orang Cina mempunyai semangat bekerja yang kuat dan berdaya usaha ekoran itu, orang Inggeris menggalakkan kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Selain terlibat dalam aktiviti perdagangan, orang Cina juga turut bekerja di sektor pertanian. Mereka mengerjakan kebun-kebun lada hitam, gambir, buah pala, bunga cengkih, kelapa, tembakau, ubi kayu dan sirih.11 Bagaimana pula orang Cina boleh sampai ke Tanah Melayu? Dikatakan bahawa mereka yang datang ke Tanah Melayu adalah menggunakan biaya sendiri. Apabila permintaan buruh bertambah, galakan diberi untuk menarik lebih ramai kemasukan pendatang. Sebelum British camput tangan, pemerintah-pemerintah Melayu sememangnya membawa masuk buruh-buruh Cina untuk melombong. Kapitan12 dilantik untuk mengendalikannya. Manakala di Johor pula menggunakan system Kangcu untuk menggalakkan pertanian. Sultan Johor mengeluarkan surat kepada pemodal Cina untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir.13 10 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 57 11 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 171 12 Kapitan juga dikenali sebagai ketua kongsi gelap 13 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 174
  • 5. 5 Satu lagi sistem yang menggalakkan kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu ialah sistem kredit tiket. Berdasarkan sistem ini sinkeh14 diberi hutang tambang pelayaran. Untuk membayar hutang tersebut buruh Cina perlu bekerja dengan broker buruh sehingga hutang dan faedahnya selesai dibayar. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak dapat bertahan lama kerana broker-broker mahu mengaut keuntungan lebih dengan mengenakan bayaran tinggi kepada majikan.15 Sistem ini kemudiannya diharamkan pada tahun 1914 namun tidak menyekat kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu apabila majikan-majikan mula menghantar agen-agen ke China untuk mendapatkan tenaga buruh. Biasanya orang yang dipilih ialah mandur. Mandur akan balik ke kampung halaman untuk mencari pekerja. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh majikan tetapi semua urusan perkejaan akan dikontrakkan. Buruh yang masuk melalui sistem ini dikenali sebagai buruh kontrak. Nisbah jantina penghijrah menjadi tidak seimbang apabila kebanyakannya adalah lelaki dewasa. Hal ini menimbulkan beberapa masalah sosial. Keadaan ini menyebabkan ramai buruh pulang ke China. Kerajaan telah mengeluarkan Peraturan Sekatan Penghijrahan yang mula dikuatkuasakan pada tahun 1933. Kemasukan pendatang Cina lelaki disekat tetapi membenarkan pendatang wanita. Hal ini telah mendorong kemasukan penghijrah wanita dan antara tahun 1930-1938 dianggarkan 190 ribu penghijrah wanita Cina membanjiri Tanah Melayu.16 Kedatangan wanita Cina telah mendorong orang Cina berkeluarga dan mewujudkan kehidupan yang lebih baik. Selepas tahun 1930, kerajaan British melaksanakan dasar imigrasi yang lebih ketat. Kesannya kemasukan penghijrah ke Tanah Melayu berkurang dengan banyak. 14 Sinkeh adalah nama lain bagi orang Cina yang dibawah masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Tiket Kredit 15 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 175 16 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 176
  • 6. 6 3.0 Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu 3.1 Sosial Semasa British menjajah Tanah Melayu mereka telah membawa masuk masyarakat cina ke negeri Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan negeri-negeri selat pada tahun 1826.17 Hal ini kerana, kepentingan kaum ini kepada British, disebabkan mereka sudah selesa berada di Tanah Melayu maka secara tidak langsung mereka tidak lagi berminat untuk pulang ke Tanah Air mereka. Justeru hal ini menyebabkan penduduk Tanah Melayu menjadi menajdi masyarakat majmuk. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu jelas menunjukkan proses pembentukan masyarakat majmuk telah bermula. Justeru, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah agar tiada seorang pun yang akan tercicir. Seterusnya, kerajaan memperkenalkan pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan merupakan agenda utama untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan.18 Dasar ini juga berdasarkan tiga prinsip penting yang telah ditetapkan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Prinsip yang telah ditetapkan oleh kongres ialah Dasar Kebudayaan harus berteraskan kepada kebudayaan rakyat rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterapkan, tetapi unsur Islam merupakan unsur yang terpenting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.19 17 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 56 18 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 183 19 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 182-183
  • 7. 7 3.2 Pendidikan Seterusnya, dalam sektor pendidikan pula sebelum kedatangan masyarakat cina atau sebelum Tanah Melayu merdeka penduduk Tanah Melayu hanya belajar di sekolah-sekolah pondok. Namun, pada abad ke19 British telah membawa masuk golongan imigran ke Tanah Melayu menyebabkan sistem pendidikan berubah. Justeru, apabila golongan imigran tiba di Tanah Melayu mereka telah menubuhkan sekolah, seperti masyarakt Cina mereka telah membina sekolah pertama di Melaka pada tahun 1815.20 Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu menyebabkan kerajaan memperkenalkan satu lagi dasar khusus untuk pendidikan iaitu Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar Pelajaran Kebangsaan diperkenalkan kerana kerajaan menyedari bahawa pentingnya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak Negara.21 Sekolah jenis vernakular yang telah lama wujud tetap diteruskan namun ia akan menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran. Hal ini kerana, melalui perkara 152 yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa bahawa Melayu merupakan bahasa rasmi, manakala bahasa ibunda keturunan lain dijamin kebebasan penggunaannya. 3.3 Ekonomi Sebelum kemasukan Cina ke Tanah Melayu ekonomi masyarakat melayu hanya tertumpu di kawasan pertanian dan bekerja sebagai nelayan atau dengan istilah lain ekonomi sara hidup. Chai Hon Chan mengatakan bahawa: “The malays, therefore, could not be regarded as an available source of labour supply. When they worked it was for themselves, on their on land, and very few could be persuaded to accept employment as agricultural labourers or on public work”22 Namun, pada sekitar abad ke19 setelah British membawa masuk masyarkat Cina ke Tanah Melayu ekonomi Tanah Melayu berubah secara mendadak. Hal ini kerana, british menggalakan kedatangan imigran cina ke tanah melayu kerana berpendapat bahawa orang cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya saing dan bersifat keusahawanan. Justeru, kemasukan imigran cina ini telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu 20 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, hlm. 212 21 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 184 22 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, Oxford University Press, New Work, 1967, hlm. 102
  • 8. 8 pada zaman dahulu. Perubahan ekonomi hasil daripada kemasukan buruh-buruh dari cina yang telah mempelopori ekonomi sehingga kesannya pada hari ini kita dapat lihat bahawa kejayaan yang kita kecapi menunjukkan bagaimana interaksi budaya dan kesepaduan antara dua bangsa yang berbeza mampu memberikan impak yang positif ia bukan hanya tertumpu kepada ekonomi dan sosial. Malah politik juga telah berkembang hasil daripada imigran ini. Jelaslah bahawa, imigran cina telah membawa impak keatas sosiobudaya masyarakat melayu pada abad ke-19. Oleh itu, idea british untuk membawa imigran cina merupakan pencetus kepada perubahan dan perkembangan ekonomi di tanah melayu. Tambahan pula, british telah memperkenalkan dasar pemerintahan yang bersifat liberal telah menggalakkan kemasukan cina ke tanah melayu23 . Dasar liberal yang diperkenalkan telah membawa kepada perubahan yang drastik dari segi pertambahan bilangan penduduk cina di tanah melayu. Pertambahan bilangan penduduk hasil daripada mekanisma yang dirangka khusus oleh british dalam menyediakan pelbagai kemudahan bagi menggalakkan kemasukan rakyat cina ke tanah melayu. Sebagai contoh, menyediakan kemudahan subsidi tambang dan memperkenalkan udang-undang dan peraturan imigrasi di tanah melayu24 . Justeru, kaedah ini telah membawa kepada buruh-buruh cina untuk datang ke tanah melayu. Faktor-faktor lain juga telah menyebabkan british berjaya mengubah sistem ekonomi daripada sistem sara diri kepada sistem komersial. 3.4 Sistem Politik Peralihan yang telah dicapai semenjak kedatangan rakyat cina ke tanah melayu turut mengubah sistem politik di tanah melayu. Sistem politik merupakan salah satu wadah dalam menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan masyarakat yang berlainan latar belakang dan meraka telah cuba sedikit sebanyak untuk bersuara mengenai hak-hak dalam berpolitik. Hal ini demikian kerana, semenjak british mengambil alih tampuk pemerintahan di tanah melayu. Rakyat cina yang bermastautin di tanah melayu menyuarakan untuk terus kekal berada supaya mereka dapat terus hidup dalam keadaan yang cukup selesa dan mempunyai penempatan yang menjamin kelestrian hidup bersama. Rakyat cina berhasrat untuk terus kekal dan menjanjikan taat setia kepada Negara25 . 23 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963, hlm. 171 24 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, hlm. 103 25 Nik Hasna Nik Mahmood (terj.), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, 1997, hlm. 155
  • 9. 9 Disamping itu, orang cina telah bergiat aktif dalam sistem pentadbiran di tanah melayu. Sebahagian daripada mereka mencuba menjawat jawatan dalam pentadbiran dalam mengurus dan menyelia setiap tempat yang dibahagikan oleh british. Dengan asimilasi yang berlaku kepada mereka di tanah melayu. Pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam sistem pentadbiran berani menyuarakan dan tampil kehadapan untuk menyampaikan hasrat bagi mewakili kaum mereka. Kejayaan sistem pentadbiran yang dirangka oleh british khususnya mempunyai maksud disebalik kemasukan buruh-buruh cina ini. Hal ini demikian kerana, british ingin rakyat cina yang berimigran ke tanah melayu seharusnya terus kekal supaya dapat memberikan keuntungan ekonomi khususnya kepada pihak british. Justeru, dengan adanya meraka yang bergiat dalam sistem politik telah melebarkan sayap meraka di seluruh tanah melayu. Bahkan, meraka juga telah ramai melahirkan golongan intelek dalam kalangan rakyat cina. Golongan intelek inilah yang Berjaya mengekalkan rakyat cina untuk terus berada di tanah melayu.
  • 10. 10 4.0 Kesimpulan Natijahnya, kedatangan imigran ke Tanah Melayu menyebabkan berlaku perubahan besar dalam kalangan corak masyarakat. Hal ini adalah disebabkan oleh penjajahan British yang ingin mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu sehingga membawa kepada kemasukan buruh Cina dan India yang seterusnya telah memberi kesan menyeluruh di Tanah Melayu khususnya dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Sistem Kredit Tiket dan sistem kontrak yang diperkenalkan menyebabkan lambakan kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu. Di samping itu, lambakan buruh Cina ini telah menggugat kedudukan orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi namun hal ini tidak menjadi kudis kepada pihak British malah Brtish sengaja mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dengan mengasingkan tempat tinggal mereka. Orang Melayu dibiarkan tinggal di kawasan kampung, orang-orang Cina ditempatkan di kawasan bandar dan kawasan perlombongan, manakala orang India pula ditempatkan di kawasan pertanian, ladang-ladang dan estet-estet. Hal ini menyebabkan orang Melayu tertindas dan dinafikan hak mereka sebagai penduduk tempatan di Tanah Melayu. Walaupun kedatangan imigran ini menyebaban pelbagai kesan bruruk seperti masalah setinggan, perkauman, kongsi gelap dan sebagainya namun kedatangan mereka telah memajukan sektor ekonomi di Tanah Melayu dan secara tidak langsung mewujudkan masyarakat majmuk yang masih kekal pada hari ini.
  • 11. 11 5.0 Bibliografi Chai Hon Chan. The Development of British Malaya 1896-1909. Oxford University Press: New Work. 1967 Heng Pek Koon. Chinese Politics in Malaysi. Oxford University Press: New York. 1988 J. Cushman & W.Gungwu. Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara. Pustaka Utama Graiti: Jakarta, 1991 J. Kennedy. History of Malaya. Macmillan and Co LTD: Hong Kong. 1962 Joginder Singh Jessy. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 1976. K.G Tregonning. A History of Modern Malaya. Eastern University Press LTL: London. 1964 Mohamad Idris Saleh. (et.al). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan Publications & Distributors: Kuala Lumpur. 1994 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Utusan Publications & Distributors: Kuala Lumpur. 2002 Nik Hasna Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Universiti Teknologi Malaysia: Johor Bahru. 1997 Othman Shariff. (terj.). Latar Belakang dan Sejarah Masyarakat Moden. Penerbitan Adabi: Kuala Lumpur. 1979