SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
1
1.0 Pengenalan
Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang meniup. Begitulah juga dengan kemunculan
hadis-hadis palsu pada hari ini.Hadis-hadis ini tidaklah tersebar dengan sendiri jika tiada orang
yang menyebarkannya.Ada beberapa golongan yang sengaja menyebarkannya demi memuaskan
nafsu mereka dan menyempurnakan kebodohan mereka.Penyebaran hadis palsu ini tidak terjadi
pada zaman sahabat kerana para sahabat merupakan orang terpilih untuk mendampingi
Rasulullah SAW.Justeru, kemunculan hadis-hadis palsu adalah bermula selepas berlalunya
zaman para sahabat. Dr. Umar Falatah berkata tentang sejarah kemunculan hadis-hadis palsu
bahawa:
“Kitab-kitab sejarah yang sangat memberi perhatian terhadap setiap kejadian, abik yang besar
mahupun yang kecil, tidak pernah tercatat di dalamnya sebuah kejadian tertentu yang boleh kita
jadikan kayu pengukur untuk menentukan sejak bilankah munculnya hadis-hadis palsu ini.
Paling tidak, semua kitab terseburt hanya memberikan gambaran secara umum bahawa
sebilangan sahabat yang berumur panjang, juga para tabi‟in mula tidak menerima semua hadis
yang mereka dengar” (Al-Wadh‟u fil Hadits)
Buktinya Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah ada berkata bahawa:
“Para ulama hadis tadi tidak bertanya tentang sanad, tetapi apabila terjadi fitnah, mereka
berkata, „sebutkan kepada kami nama rawi-rawimu, bila dilihat yang menyampaikan adalah
seorang Ahli sunnah maka hadisnya diterima, tetapi apabila yang menyampaikan adalah ahli
bida‟ah maka hadisnya ditolak”. (Muqaddimah Shahih Muslim)
2
Jelas di sini bahawa tidak tercatat dengan jelas dalam sejarah tentang tarikh dengan tepat yang
menyatakan kemunculan hadis-hadis palsu ini.Secara umumnya, fenomenan pemalsuan hadis
mula merebak pada sepertiga akhir abad pertama hijriah.1
1
Muslimah, Hadis Dhaif dan Maudhu’ Seputar Ramadhan, 2011
http://muslimah.or.id/ramadhan/hadits-dhaif-dan-maudhu-seputar-ramadhan-bag-3-sejarah-dan-ciri-ciri-hadits-
dhaif.html
3
2.0 Definisi Hadis Dhaif
Hadis sahih adalah hadis yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh perawi yang adil,
sempurna kekuatan inagatan (dhabit) dari awal hingga akhir sanad, tana ada sebarang
percanggahan (syaz) dan juga kecacatan (illah).Hadis Hassan pula ialah hadis yang sanadnya
bersambung dari awal hingga akhir, disampaikan oleh pelapor yang adil, kekuatan ingtannya
(dhabit) kurang sedikit daripada ingatan pelapor hadis sahih, tanpa ada sebarang syaz dan juga
illah.Manakala hadis dhaif bermaksud hadis yang lemah. Menurut sarjana hadis, hadis dhaif
tidak menepati ciri-ciri hadis sahih dan hadis Hassan. Namun, hadis dhaif boleh dinaikkan taraf
sekiranya ada hadis lain yang boleh menguatkannya. Secara umum hadis dhaif terbahagi kepada
tiga iaitu:
2.1 Hadis yang kedhaifannya boleh ditampung dengan muafakat para ulama kerana
dikuatkan oleh kemasyurannya yang dating daripada riwayat lain ataupun ia disokong
oleh sokongan yang diterima terutamanya jika perawinya adalah seorang yang lemah
hafazan atau kedhaifannya disebabkan diriwayatkan secara mursal2
atau tidak diketahui
keadilan perawinya, maka hadis ini naik tarafnya ke peringkat hadis hasan li gharih3
.
Maka jadilah ia hadis yang diterima pakai untuk dibuat sebagai hujah sehingga di dalam
hukum hakam.
2.2 Hadis yang kedhaifannya tidak boleh ditampung walaupun jalan-jalan
periwayatannya adalah banyak. Ia dinamakan hadis waahi (bersangatan dhaif). Hal ini
disebabkan perawinya seorang fasik atau dituduh sebagai pembohong.
2
mursal bermaksud gugur sahabat nadi di dalam sanad
3
Hadis menjadi kuat disebabkan ada sokongan hadis lain
4
2.3 Hadis waahi tersebut mempunyai sokongan dari riwayat-riwayat yang lain, maka
tarafnya naik kepada peringkat yang lebih tinggi melebihi martabat hadis munkar4
. Pada
ketika ini diharuskan beramal dengannya di dalam soal-soal fadhilah (kelebihan) amalan-
amalan, namun tidak boleh diamalkan di dalam soal akidah dan hukum
hakam.Sesetengah ulama juga menyatakan bahawa tidak boleh dijadikan hadis ini tidak
boleh dijadikan rujukan untuk pentafsiran al-Quran.
4
Hadis yang sangat lemah dan hadis yang tiada asal
5
3.0 Penggunaan Hadis Dhaif Sebagai Rujukan Hukum dan Amalan
3.1 Pendapat pertama
Tidak boleh beramal dengannya semata-mata samada pada hukum-hakam atau amalan dan
kelebihan seseorang atau sesuatu.Ini adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki.Sesetengah karangan
memasukkan Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyah di dalam golongan pertama ini.
Demikian itu adalah kesilapan besar yang akan dinyatakan sebab-sebabnya dalam tajuk ulasan
pendapat yang pertama.5
3.2 Pendapat kedua
Boleh beramal dalam semua keadaan apabila tidak didapati hadis yang lain pada sesuatu bab
melainkan hanya hadis dhaif. Ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah
dan Imam Abu Daud.6
3.3 Pendapat ketiga
Boleh beramal dengan hadis dhaif pada amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi
dengan beberapa syarat.Ini adalah pendapat jumhur ulama‟. Di antaranya Amirul Mukminin Fil
Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz
Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam
Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh
Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau „Qawaid Al-Tahdis‟ yang ertinya:
“Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. 7
5
Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum, Utusan Publications: Kuala Lumpur, 2005, hlm 154
6
Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum,hlm 154
7
Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum,hlm 155
6
4.0 Ulasan
4.1 Pendapat Pertama
Terdapat kemusykilan memasukkan namaImam Bukhari dalam golongan pertama kerana telah
diketahui bahawa Imam Bukhari telah memuatkan hadis-hadis dhaif di dalam kitabnya Al-
Adabul Mufrad. Oleh itu, bagaimana boleh diterima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan
Imam Bukhari tidak membenarkan beramal dengan hadis dhaif.
Imam Bukhari memasukkan hadis-hadis dhaif dalam kitab sahihnya sebagai penerangan bagi
sesuatu tajuk ataupun sebagai hadis Mutaba‟ah8
.Dalam mukqaddimah kitab Sahih Muslim, Imam
Muslim ada menyatakan bahawa hadis dhaif tidak boleh beramal pada fadhail amal,
menggemarkan dan menakutkan sesuatu perkara adalah hanya sebagai syarat untuk memuatkan
hadis-hadis sahih di dalam kitab sahihnya. Oleh itu, memasukkan beliau di dalam golongan
pertama ini adalah suatu kesilapan.Selain itu, Imam Muslim ada memuatkan hadis-hadis yang
diriwayat oleh Ibnu Ishaq yang dituduh dengan dhaif oleh sesetengah muhaddithin.Riwayat Ibnu
Ishaq tersebut dimuatkan oleh Imam Muslim dalam sahih beliau sebagai hadith Mutaba‟ah.Ini
menunjukkan bahawa beliau beramal dengan hadis-hadis dhaif dalam fadhail, menggemar dan
menakuti sesuatu perkara itu. Tambahan pula, untuk beramal dengan hadis-hadis Ibnu Ishaq ini,
sesetengah para muhaddithin meletakkan beberapa syarat, itupun tidak dapat dipenuhi oleh
mereka, sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Zahid Kaustari dalam „Maqalatnya‟ pada
kisah Khalid bin Walid r.a.
Ibnu Taimiyah ada memasukkan hadis dhaif di dalam kitabnya, untuk menggemarkan
beramal walaupun beliau menolak pendapat yang mengatakan boleh beramal dengan hadis
8
hadis yang dijadikan sokongan bagi hadis-hadis sahih
7
dhaif.Begitu juga dengan Ibnu Jauzi turut memasukkan hadis dhaif di dalam kitabnya.Sesetengah
ulama menerangkan maksud sebenar perkataan Ibnu Arabi yang mengatakan tidak boleh beramal
dengan hadis dhaif ialah hadis yang bersangatan dhaif bukan semata-mata dhaif kerana beliau
ada memasukkan hadis dhaif di dalam kitabnya Syarah Tirmizi.
4.2 Pendapat Kedua
Imam Ahmad Bin Hambal ada mengatakan bahawa: “Hadis dhaif lebih disukai di sisiku
daripada pendapat Mujtahid”.Ucapan Imam Ahmad bin Hambal tersebut telah ditafsirkan oleh
Ibnu Taimiyah dengan berkata: “Sesungguhnya perkataan kami bahawa hadis dhaif itu lebih baik
daripada pendapat imam mujtahid bukan bermaksud dhaif yang matruk9
tetapi maksudnya dhaif
hasan”.
Maksud sebenar perkataan Ibnu Taimiyyah yang menafsirkan ucapan Imam Ahmad Bin
Hambal itu, difahami dengan meneliti perkataan Ibnu Qaiyim yang merupakan murid kepada
Ibnu Taimiyyah di mana beliau menyebut bukanlah maksud hadis dhaif di sisi Imam Ahmad itu
hadith yang batil, hadith munkar dan hadith yang terdapat perawi yang ditohmah sebagai
pendusta sehingga tidak harus berpegang dan beramal dengannya bahkan hadis dhaif tersebut di
sisi Imam Ahmad adalah saudara bagi sahih dan satu bahagian daripada hadith hasan.
Keterangan Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyim terhadap ucapan Imam Ahmad itu adalah
mengenai hadis dhaif yang di gunakan di dalam hukum-hukum fiqah di sisinya adalah hadis-
hadis dhaif yang mana diterima pakai oleh imam-imam mujtahid yang lain bukan ia
menggunakan hadis dhaif yang tidak diakui, seperti yang telah dijelaskan oleh Ibnu Qaiyim.
9
dhaif matruk adalah dhaif yang perawinya dituduh berbohong
8
4.3 Pendapat Ketiga
Para ulama dari kalangan muhaddithin dan fuqaha‟ dan selain mereka itu berkata: “Harus
dan sunat beramal dengan hadis dhaif pada fadhail amalan pada menggemarkan dan menakuti
terhadap sesuatu selama hadis itu bukan mauduk”. Walau bagaimanapun hukum-hukum seperti
halal-haram, jual-beli, nikah, talak dan lain-lain lagi tidak boleh beramal dengannya melainkan
dengan hadis sahih dan hadis hasan kecuali melakukan ihtiyat (berhati-hati) pada perkara
tersebut. Apabila ada hadis dhaif mengenai makruh setengah jualan atau pernikahan maka
disunatkan menjauhinya tetapi ia bukan wajib. Maksudnya disunatkan beramal dengan hadis
dhaif iaitu beramal dengan cara meninggalkan atau menjauhi larangan yang difahami daripada
hadis dhaif itu. Syeikh Ibnu Hibban di dalam kitabnya meriwayatkan secara marfuk daripada
Jabir:
Ertinya: “Barangsiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu
fadhilat lalu ia beramal dengan keimanan serta mengharapkan pahalanya maka Allah
memberikan kepadanya yang demikian itu sekalipun sebenarnya bukan begitu”.
Dengan itu penerimaan hadis daif yang diperkuatkan dengan sokongan dan riwayat yang lain di
dalam perkara menggemarkan, menakutkan, peradaban, sejarah, kisah tauladan dan
seumpamanya adalah diperbolehkan. Atas sebab inilah, Imam Al-Munziri mengumpulkan hadis-
hadis tersebut dalam kitabnya. Perkara ini adalah ijmak para ulama seperti yang dinukilkan
Imam Nawawi,Imam Ramli dan lainnya.Bahkan Imam Nawawi menukilkan daripada ulama
bahawa beramal dengan hadis tersebut adalah disunatkan.
Segelintir masyarakat masih mempertikaikan orang-orang sufi kerana beramal dengan
hadis dhaif, walaupun disepakati oleh para ulama hadis bahawa hadis dhaif sunat diamalkan. Di
9
kalangan ulamasufi pula tidak kurang ramainya yang terdiri daripada ulama besar dalam bidang
hadis. Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi seperti Imam Ghazali tidak
terdapat di dalam sanadnya perawi yang pendusta. Inilah pendirian yang diambil oleh ulama
tasawuf.10
5.0 Syarat-syarat Beramal dengan Hadith Dhaif
5.1 Kedhaifan hadis tersebut tidak bersangatan. Hadis yang bersangatan dhaif ialah
perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama.
5.2 Sesuatu hadis dhaif itu termasuk di dalam asal (al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias)
yang umum.
5.3 Tidak mengiktikadkan datang daripada nabi s.a.w ketika beramal dengannya supaya
tidak disandarkan kepada baginda s.a.w dengan apa yang tidak dikatakan”.11
10
Husin bin. Abdul Kadir (et.al), Penerangan berkenaan hadis dhaif, 2010
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/606006006084117
11
Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum, hlm 156-158
10
6.0 Hukum Meriwayatkan Hadith Dhaif
Ulama mengharuskan mempermudahkan pada sanad hadis dhaif untuk meriwayatkannya dan
beramal dengannya tanpa menyatakan kedhaifannya.Oleh itu, hadis dhaif boleh diterima pakai di
dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan, menakutkan, peradaban, kisah
tauladan bukan di dalam perkara akidah seperti sifat Allah dan hukum seperti halal dan
haram.Ibnu Abdul Barri ada menyatakan bahawa hadis yang berkaitan dengan fadhilat maka
kami tidak perlukan orang (perawi) yang layak untuk dijadikan hujah (tidak semestinya perawi
itu thiqah). Ibnu Mahdi pula menyebutkan dalam kitabnya Al-madkhal: “Apabila kami
meriwayatkan daripada nabi saw tentang halal haram dan hukum-hakam maka kami
mengetatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijal
(nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal yang
berkaitan dengan ganjaran pahala dan siksa maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya dan
kami bertolak ansur”.
7.0 Cara Meriwayatkan Hadis Dhaif
Walaupun hukum meriwayatkan hadis dhaif adalah harus namun perlu diingat bahawa tidak
harus menggunakan perkataan yang menunjukkan kepastian (sidgah jazam) seperti “sabda
Rasulullah saw” ketika meriwayatkan hadis dhaif ini kerana untuk mengelakkan daripada
menisbahkan kepada Rasulullah saw apa yang tidak disabdakan oleh baginda bahkan hendaklah
digunakan kalimah yang menunjukkan ketidakpastian (tamridh), seperti “diriwayatkan atau
dikatakan bahawa nabi saw pernah bersabda” dan seumpamanya.12
12
Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum, hlm 159-165
11
8.0 Kesimpulan
Persoalan beramal dengan hadis dhaif menjadi perbincangan sejak dahulu hingga kini dan
kebanyakan penulis dalam bidang hadis pada masa kini mempunyai dua pandangan
berbeza.Pertama ialah pandangan yang menyokong boleh beramal dengan hadis dhaif tetapi
memberikan syarat tertentu untuk beramal.Kedua, pandangan yang mengatakan bahawa tidak
boleh beramal dengan hadis dhaif.Namun begitu jika dilihat pada kajian ulama hadis lain
terhadap sikap ahli hadis silam seperti Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-
Tirmidzi dan lain-lain, didapati bahawa sememangnya mereka juga menggunakan hadis-hadis
dhaif sama ada dalam hukum atau fadhail amal tetapi dengan syarat-syarat tertentu.Menerima
pakai hadis dhaif dalam segala jenis amalan seperti soal adab, kisah tauladan, nasihat-nasihat dan
seumpamanya adalah dibolehkan.Perkara ini disepakai oleh ulama Muhaddithin.Imam Nawawi
menukilkan pandangan ulama pandangan ulama bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan
beramal dengan hadis dhaif.Penerimaan hadis dhaif dalam perkara-perkara tersebut adalah
disyaratkan jangan terlalu kuat kedhaifannya dan jangan pula hadis tersebut bercanggah dengan
hadis yang sahih.Hadis dhaif perlu mematuhi kaedah di sisi ulama hadis yang berlandaskan
pentashihan dan pendhaifan hadis.Jangan pula mengambil sikap terlalu mudah menolak hadis
dhaif sedangkan ulama-ulama yang mu‟tabar telah mengambil pendirian dan sikap yang
sederhana mengenai menerima dan beramal denga hadis dhaif.
12
9.0 Bibliografi
Abd.Latif Muda & Rosmawati Ali.Pengantar Usul Fiqh. Pustaka Salam: Kuala Lumpur. 2012
Abdullah Nasih Ulwan. Fiqh dan Sumber-sumbernya. Pustaka Salam: Kuala Lumpur. 1988
Abdul Wahab Khalaf. Kaidah-kaidah Hulum Islam. Penerbit Risalah: Bandung. 1985
Abdul Wahab Khalaf. Sumber-sumber Hukum Islam. Penerbit Risalah: Bandung. 1954
Ariffin Omar & Zaini Nasohah.Hadith daif: ciri-ciri dan hukum. Utusan Publications: Kuala
Lumpur. 2005
Hassan bin Hj. Salleh. Sejarah Perundangan Islam. Pustaka Aman Press: Kelantan Malaysia.
1973
Husin bn. Abdul Kadir,Penerangan berkenaan hadis dhaif,2001
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/606006006084117
O.K Rahmat. Sumber dan Prinsip Hulum Islam. Penerbit Universiti Sains Malaysia: Pulau
Pinang. 1988
Muslimah, Hadis Dhaif dan Maudhu‟ Seputar Ramadhan, 2011
http://muslimah.or.id/ramadhan/hadits-dhaif-dan-maudhu-seputar-ramadhan-bag-3-sejarah-dan-
ciri-ciri-hadits-dhaif.html
Yahya Mukhtar. Dasar-dasar Pembinaan Humum Fiqh Islam. Penerbit PT. Al-Maarif: Bandung.
1983

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahakhmal ali
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahAmin El Amin
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh completeAngah Rahim
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanNajid Jamal
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 

Was ist angesagt? (20)

Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Sunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.presentSunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.present
 
Definisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalamDefinisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalam
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Apakah maksud ilmu Fiqh?
Apakah maksud ilmu Fiqh?Apakah maksud ilmu Fiqh?
Apakah maksud ilmu Fiqh?
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 

Ähnlich wie OPTIMASIHADIS

Hadis dha
Hadis dhaHadis dha
Hadis dhajaafarz
 
Memacak pelepah tamar di atas kubur
Memacak pelepah tamar di atas kuburMemacak pelepah tamar di atas kubur
Memacak pelepah tamar di atas kuburR&R Darulkautsar
 
Hadits ahad
Hadits ahadHadits ahad
Hadits ahadLtfltf
 
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nyaPembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nyaHolong Marina Ops
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordUmantiq Smakt
 
Makalah ilmu tentang para rawi fix
Makalah ilmu tentang para rawi   fixMakalah ilmu tentang para rawi   fix
Makalah ilmu tentang para rawi fixKinza_com
 
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan KualitasnyaKlasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan KualitasnyaAbdul Fauzan
 
Makalah nanti malem uy...................................
Makalah nanti malem uy...................................Makalah nanti malem uy...................................
Makalah nanti malem uy...................................Thak Lagie Chama Chama
 
Polemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbihPolemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbihMuhsin Hariyanto
 
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis""Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"Kaminorsabir Kamin
 
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana..."Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...Kaminorsabir Kamin
 
Hadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalahHadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalahA Budi Pakdije
 

Ähnlich wie OPTIMASIHADIS (20)

Hadis dha
Hadis dhaHadis dha
Hadis dha
 
"139 Faedah Hadith"
"139 Faedah Hadith""139 Faedah Hadith"
"139 Faedah Hadith"
 
Memacak pelepah tamar di atas kubur
Memacak pelepah tamar di atas kuburMemacak pelepah tamar di atas kubur
Memacak pelepah tamar di atas kubur
 
makalah hadist Dhaif serta pembagiannya
makalah hadist Dhaif serta pembagiannyamakalah hadist Dhaif serta pembagiannya
makalah hadist Dhaif serta pembagiannya
 
Hadits ahad
Hadits ahadHadits ahad
Hadits ahad
 
"91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith""91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith"
 
Hadits Maudlu
Hadits MaudluHadits Maudlu
Hadits Maudlu
 
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nyaPembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-word
 
Makalah ilmu tentang para rawi fix
Makalah ilmu tentang para rawi   fixMakalah ilmu tentang para rawi   fix
Makalah ilmu tentang para rawi fix
 
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan KualitasnyaKlasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
 
Makalah nanti malem uy...................................
Makalah nanti malem uy...................................Makalah nanti malem uy...................................
Makalah nanti malem uy...................................
 
Hadis dhaif
Hadis dhaifHadis dhaif
Hadis dhaif
 
Polemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbihPolemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbih
 
TUGAS HADIS TEMATIK Ayu Muliana. SM V MD-D FDK UINSU 2019
TUGAS HADIS TEMATIK Ayu Muliana. SM V MD-D FDK UINSU 2019TUGAS HADIS TEMATIK Ayu Muliana. SM V MD-D FDK UINSU 2019
TUGAS HADIS TEMATIK Ayu Muliana. SM V MD-D FDK UINSU 2019
 
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis""Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
 
Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'
 
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana..."Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
 
Hadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalahHadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalah
 
Hadist Dhaif - Ulumul Hadis
Hadist Dhaif - Ulumul HadisHadist Dhaif - Ulumul Hadis
Hadist Dhaif - Ulumul Hadis
 

Kürzlich hochgeladen

Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxdanangpamungkas11
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 

OPTIMASIHADIS

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang meniup. Begitulah juga dengan kemunculan hadis-hadis palsu pada hari ini.Hadis-hadis ini tidaklah tersebar dengan sendiri jika tiada orang yang menyebarkannya.Ada beberapa golongan yang sengaja menyebarkannya demi memuaskan nafsu mereka dan menyempurnakan kebodohan mereka.Penyebaran hadis palsu ini tidak terjadi pada zaman sahabat kerana para sahabat merupakan orang terpilih untuk mendampingi Rasulullah SAW.Justeru, kemunculan hadis-hadis palsu adalah bermula selepas berlalunya zaman para sahabat. Dr. Umar Falatah berkata tentang sejarah kemunculan hadis-hadis palsu bahawa: “Kitab-kitab sejarah yang sangat memberi perhatian terhadap setiap kejadian, abik yang besar mahupun yang kecil, tidak pernah tercatat di dalamnya sebuah kejadian tertentu yang boleh kita jadikan kayu pengukur untuk menentukan sejak bilankah munculnya hadis-hadis palsu ini. Paling tidak, semua kitab terseburt hanya memberikan gambaran secara umum bahawa sebilangan sahabat yang berumur panjang, juga para tabi‟in mula tidak menerima semua hadis yang mereka dengar” (Al-Wadh‟u fil Hadits) Buktinya Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah ada berkata bahawa: “Para ulama hadis tadi tidak bertanya tentang sanad, tetapi apabila terjadi fitnah, mereka berkata, „sebutkan kepada kami nama rawi-rawimu, bila dilihat yang menyampaikan adalah seorang Ahli sunnah maka hadisnya diterima, tetapi apabila yang menyampaikan adalah ahli bida‟ah maka hadisnya ditolak”. (Muqaddimah Shahih Muslim)
  • 2. 2 Jelas di sini bahawa tidak tercatat dengan jelas dalam sejarah tentang tarikh dengan tepat yang menyatakan kemunculan hadis-hadis palsu ini.Secara umumnya, fenomenan pemalsuan hadis mula merebak pada sepertiga akhir abad pertama hijriah.1 1 Muslimah, Hadis Dhaif dan Maudhu’ Seputar Ramadhan, 2011 http://muslimah.or.id/ramadhan/hadits-dhaif-dan-maudhu-seputar-ramadhan-bag-3-sejarah-dan-ciri-ciri-hadits- dhaif.html
  • 3. 3 2.0 Definisi Hadis Dhaif Hadis sahih adalah hadis yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh perawi yang adil, sempurna kekuatan inagatan (dhabit) dari awal hingga akhir sanad, tana ada sebarang percanggahan (syaz) dan juga kecacatan (illah).Hadis Hassan pula ialah hadis yang sanadnya bersambung dari awal hingga akhir, disampaikan oleh pelapor yang adil, kekuatan ingtannya (dhabit) kurang sedikit daripada ingatan pelapor hadis sahih, tanpa ada sebarang syaz dan juga illah.Manakala hadis dhaif bermaksud hadis yang lemah. Menurut sarjana hadis, hadis dhaif tidak menepati ciri-ciri hadis sahih dan hadis Hassan. Namun, hadis dhaif boleh dinaikkan taraf sekiranya ada hadis lain yang boleh menguatkannya. Secara umum hadis dhaif terbahagi kepada tiga iaitu: 2.1 Hadis yang kedhaifannya boleh ditampung dengan muafakat para ulama kerana dikuatkan oleh kemasyurannya yang dating daripada riwayat lain ataupun ia disokong oleh sokongan yang diterima terutamanya jika perawinya adalah seorang yang lemah hafazan atau kedhaifannya disebabkan diriwayatkan secara mursal2 atau tidak diketahui keadilan perawinya, maka hadis ini naik tarafnya ke peringkat hadis hasan li gharih3 . Maka jadilah ia hadis yang diterima pakai untuk dibuat sebagai hujah sehingga di dalam hukum hakam. 2.2 Hadis yang kedhaifannya tidak boleh ditampung walaupun jalan-jalan periwayatannya adalah banyak. Ia dinamakan hadis waahi (bersangatan dhaif). Hal ini disebabkan perawinya seorang fasik atau dituduh sebagai pembohong. 2 mursal bermaksud gugur sahabat nadi di dalam sanad 3 Hadis menjadi kuat disebabkan ada sokongan hadis lain
  • 4. 4 2.3 Hadis waahi tersebut mempunyai sokongan dari riwayat-riwayat yang lain, maka tarafnya naik kepada peringkat yang lebih tinggi melebihi martabat hadis munkar4 . Pada ketika ini diharuskan beramal dengannya di dalam soal-soal fadhilah (kelebihan) amalan- amalan, namun tidak boleh diamalkan di dalam soal akidah dan hukum hakam.Sesetengah ulama juga menyatakan bahawa tidak boleh dijadikan hadis ini tidak boleh dijadikan rujukan untuk pentafsiran al-Quran. 4 Hadis yang sangat lemah dan hadis yang tiada asal
  • 5. 5 3.0 Penggunaan Hadis Dhaif Sebagai Rujukan Hukum dan Amalan 3.1 Pendapat pertama Tidak boleh beramal dengannya semata-mata samada pada hukum-hakam atau amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu.Ini adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki.Sesetengah karangan memasukkan Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyah di dalam golongan pertama ini. Demikian itu adalah kesilapan besar yang akan dinyatakan sebab-sebabnya dalam tajuk ulasan pendapat yang pertama.5 3.2 Pendapat kedua Boleh beramal dalam semua keadaan apabila tidak didapati hadis yang lain pada sesuatu bab melainkan hanya hadis dhaif. Ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Daud.6 3.3 Pendapat ketiga Boleh beramal dengan hadis dhaif pada amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat.Ini adalah pendapat jumhur ulama‟. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau „Qawaid Al-Tahdis‟ yang ertinya: “Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. 7 5 Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum, Utusan Publications: Kuala Lumpur, 2005, hlm 154 6 Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum,hlm 154 7 Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum,hlm 155
  • 6. 6 4.0 Ulasan 4.1 Pendapat Pertama Terdapat kemusykilan memasukkan namaImam Bukhari dalam golongan pertama kerana telah diketahui bahawa Imam Bukhari telah memuatkan hadis-hadis dhaif di dalam kitabnya Al- Adabul Mufrad. Oleh itu, bagaimana boleh diterima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Imam Bukhari tidak membenarkan beramal dengan hadis dhaif. Imam Bukhari memasukkan hadis-hadis dhaif dalam kitab sahihnya sebagai penerangan bagi sesuatu tajuk ataupun sebagai hadis Mutaba‟ah8 .Dalam mukqaddimah kitab Sahih Muslim, Imam Muslim ada menyatakan bahawa hadis dhaif tidak boleh beramal pada fadhail amal, menggemarkan dan menakutkan sesuatu perkara adalah hanya sebagai syarat untuk memuatkan hadis-hadis sahih di dalam kitab sahihnya. Oleh itu, memasukkan beliau di dalam golongan pertama ini adalah suatu kesilapan.Selain itu, Imam Muslim ada memuatkan hadis-hadis yang diriwayat oleh Ibnu Ishaq yang dituduh dengan dhaif oleh sesetengah muhaddithin.Riwayat Ibnu Ishaq tersebut dimuatkan oleh Imam Muslim dalam sahih beliau sebagai hadith Mutaba‟ah.Ini menunjukkan bahawa beliau beramal dengan hadis-hadis dhaif dalam fadhail, menggemar dan menakuti sesuatu perkara itu. Tambahan pula, untuk beramal dengan hadis-hadis Ibnu Ishaq ini, sesetengah para muhaddithin meletakkan beberapa syarat, itupun tidak dapat dipenuhi oleh mereka, sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Zahid Kaustari dalam „Maqalatnya‟ pada kisah Khalid bin Walid r.a. Ibnu Taimiyah ada memasukkan hadis dhaif di dalam kitabnya, untuk menggemarkan beramal walaupun beliau menolak pendapat yang mengatakan boleh beramal dengan hadis 8 hadis yang dijadikan sokongan bagi hadis-hadis sahih
  • 7. 7 dhaif.Begitu juga dengan Ibnu Jauzi turut memasukkan hadis dhaif di dalam kitabnya.Sesetengah ulama menerangkan maksud sebenar perkataan Ibnu Arabi yang mengatakan tidak boleh beramal dengan hadis dhaif ialah hadis yang bersangatan dhaif bukan semata-mata dhaif kerana beliau ada memasukkan hadis dhaif di dalam kitabnya Syarah Tirmizi. 4.2 Pendapat Kedua Imam Ahmad Bin Hambal ada mengatakan bahawa: “Hadis dhaif lebih disukai di sisiku daripada pendapat Mujtahid”.Ucapan Imam Ahmad bin Hambal tersebut telah ditafsirkan oleh Ibnu Taimiyah dengan berkata: “Sesungguhnya perkataan kami bahawa hadis dhaif itu lebih baik daripada pendapat imam mujtahid bukan bermaksud dhaif yang matruk9 tetapi maksudnya dhaif hasan”. Maksud sebenar perkataan Ibnu Taimiyyah yang menafsirkan ucapan Imam Ahmad Bin Hambal itu, difahami dengan meneliti perkataan Ibnu Qaiyim yang merupakan murid kepada Ibnu Taimiyyah di mana beliau menyebut bukanlah maksud hadis dhaif di sisi Imam Ahmad itu hadith yang batil, hadith munkar dan hadith yang terdapat perawi yang ditohmah sebagai pendusta sehingga tidak harus berpegang dan beramal dengannya bahkan hadis dhaif tersebut di sisi Imam Ahmad adalah saudara bagi sahih dan satu bahagian daripada hadith hasan. Keterangan Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyim terhadap ucapan Imam Ahmad itu adalah mengenai hadis dhaif yang di gunakan di dalam hukum-hukum fiqah di sisinya adalah hadis- hadis dhaif yang mana diterima pakai oleh imam-imam mujtahid yang lain bukan ia menggunakan hadis dhaif yang tidak diakui, seperti yang telah dijelaskan oleh Ibnu Qaiyim. 9 dhaif matruk adalah dhaif yang perawinya dituduh berbohong
  • 8. 8 4.3 Pendapat Ketiga Para ulama dari kalangan muhaddithin dan fuqaha‟ dan selain mereka itu berkata: “Harus dan sunat beramal dengan hadis dhaif pada fadhail amalan pada menggemarkan dan menakuti terhadap sesuatu selama hadis itu bukan mauduk”. Walau bagaimanapun hukum-hukum seperti halal-haram, jual-beli, nikah, talak dan lain-lain lagi tidak boleh beramal dengannya melainkan dengan hadis sahih dan hadis hasan kecuali melakukan ihtiyat (berhati-hati) pada perkara tersebut. Apabila ada hadis dhaif mengenai makruh setengah jualan atau pernikahan maka disunatkan menjauhinya tetapi ia bukan wajib. Maksudnya disunatkan beramal dengan hadis dhaif iaitu beramal dengan cara meninggalkan atau menjauhi larangan yang difahami daripada hadis dhaif itu. Syeikh Ibnu Hibban di dalam kitabnya meriwayatkan secara marfuk daripada Jabir: Ertinya: “Barangsiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat lalu ia beramal dengan keimanan serta mengharapkan pahalanya maka Allah memberikan kepadanya yang demikian itu sekalipun sebenarnya bukan begitu”. Dengan itu penerimaan hadis daif yang diperkuatkan dengan sokongan dan riwayat yang lain di dalam perkara menggemarkan, menakutkan, peradaban, sejarah, kisah tauladan dan seumpamanya adalah diperbolehkan. Atas sebab inilah, Imam Al-Munziri mengumpulkan hadis- hadis tersebut dalam kitabnya. Perkara ini adalah ijmak para ulama seperti yang dinukilkan Imam Nawawi,Imam Ramli dan lainnya.Bahkan Imam Nawawi menukilkan daripada ulama bahawa beramal dengan hadis tersebut adalah disunatkan. Segelintir masyarakat masih mempertikaikan orang-orang sufi kerana beramal dengan hadis dhaif, walaupun disepakati oleh para ulama hadis bahawa hadis dhaif sunat diamalkan. Di
  • 9. 9 kalangan ulamasufi pula tidak kurang ramainya yang terdiri daripada ulama besar dalam bidang hadis. Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi seperti Imam Ghazali tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang pendusta. Inilah pendirian yang diambil oleh ulama tasawuf.10 5.0 Syarat-syarat Beramal dengan Hadith Dhaif 5.1 Kedhaifan hadis tersebut tidak bersangatan. Hadis yang bersangatan dhaif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama. 5.2 Sesuatu hadis dhaif itu termasuk di dalam asal (al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias) yang umum. 5.3 Tidak mengiktikadkan datang daripada nabi s.a.w ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda s.a.w dengan apa yang tidak dikatakan”.11 10 Husin bin. Abdul Kadir (et.al), Penerangan berkenaan hadis dhaif, 2010 https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/606006006084117 11 Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum, hlm 156-158
  • 10. 10 6.0 Hukum Meriwayatkan Hadith Dhaif Ulama mengharuskan mempermudahkan pada sanad hadis dhaif untuk meriwayatkannya dan beramal dengannya tanpa menyatakan kedhaifannya.Oleh itu, hadis dhaif boleh diterima pakai di dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan, menakutkan, peradaban, kisah tauladan bukan di dalam perkara akidah seperti sifat Allah dan hukum seperti halal dan haram.Ibnu Abdul Barri ada menyatakan bahawa hadis yang berkaitan dengan fadhilat maka kami tidak perlukan orang (perawi) yang layak untuk dijadikan hujah (tidak semestinya perawi itu thiqah). Ibnu Mahdi pula menyebutkan dalam kitabnya Al-madkhal: “Apabila kami meriwayatkan daripada nabi saw tentang halal haram dan hukum-hakam maka kami mengetatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijal (nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal yang berkaitan dengan ganjaran pahala dan siksa maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya dan kami bertolak ansur”. 7.0 Cara Meriwayatkan Hadis Dhaif Walaupun hukum meriwayatkan hadis dhaif adalah harus namun perlu diingat bahawa tidak harus menggunakan perkataan yang menunjukkan kepastian (sidgah jazam) seperti “sabda Rasulullah saw” ketika meriwayatkan hadis dhaif ini kerana untuk mengelakkan daripada menisbahkan kepada Rasulullah saw apa yang tidak disabdakan oleh baginda bahkan hendaklah digunakan kalimah yang menunjukkan ketidakpastian (tamridh), seperti “diriwayatkan atau dikatakan bahawa nabi saw pernah bersabda” dan seumpamanya.12 12 Ariffin Omar & Zaini Nasohah, Hadith daif: ciri-ciri dan hukum, hlm 159-165
  • 11. 11 8.0 Kesimpulan Persoalan beramal dengan hadis dhaif menjadi perbincangan sejak dahulu hingga kini dan kebanyakan penulis dalam bidang hadis pada masa kini mempunyai dua pandangan berbeza.Pertama ialah pandangan yang menyokong boleh beramal dengan hadis dhaif tetapi memberikan syarat tertentu untuk beramal.Kedua, pandangan yang mengatakan bahawa tidak boleh beramal dengan hadis dhaif.Namun begitu jika dilihat pada kajian ulama hadis lain terhadap sikap ahli hadis silam seperti Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al- Tirmidzi dan lain-lain, didapati bahawa sememangnya mereka juga menggunakan hadis-hadis dhaif sama ada dalam hukum atau fadhail amal tetapi dengan syarat-syarat tertentu.Menerima pakai hadis dhaif dalam segala jenis amalan seperti soal adab, kisah tauladan, nasihat-nasihat dan seumpamanya adalah dibolehkan.Perkara ini disepakai oleh ulama Muhaddithin.Imam Nawawi menukilkan pandangan ulama pandangan ulama bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadis dhaif.Penerimaan hadis dhaif dalam perkara-perkara tersebut adalah disyaratkan jangan terlalu kuat kedhaifannya dan jangan pula hadis tersebut bercanggah dengan hadis yang sahih.Hadis dhaif perlu mematuhi kaedah di sisi ulama hadis yang berlandaskan pentashihan dan pendhaifan hadis.Jangan pula mengambil sikap terlalu mudah menolak hadis dhaif sedangkan ulama-ulama yang mu‟tabar telah mengambil pendirian dan sikap yang sederhana mengenai menerima dan beramal denga hadis dhaif.
  • 12. 12 9.0 Bibliografi Abd.Latif Muda & Rosmawati Ali.Pengantar Usul Fiqh. Pustaka Salam: Kuala Lumpur. 2012 Abdullah Nasih Ulwan. Fiqh dan Sumber-sumbernya. Pustaka Salam: Kuala Lumpur. 1988 Abdul Wahab Khalaf. Kaidah-kaidah Hulum Islam. Penerbit Risalah: Bandung. 1985 Abdul Wahab Khalaf. Sumber-sumber Hukum Islam. Penerbit Risalah: Bandung. 1954 Ariffin Omar & Zaini Nasohah.Hadith daif: ciri-ciri dan hukum. Utusan Publications: Kuala Lumpur. 2005 Hassan bin Hj. Salleh. Sejarah Perundangan Islam. Pustaka Aman Press: Kelantan Malaysia. 1973 Husin bn. Abdul Kadir,Penerangan berkenaan hadis dhaif,2001 https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/606006006084117 O.K Rahmat. Sumber dan Prinsip Hulum Islam. Penerbit Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang. 1988 Muslimah, Hadis Dhaif dan Maudhu‟ Seputar Ramadhan, 2011 http://muslimah.or.id/ramadhan/hadits-dhaif-dan-maudhu-seputar-ramadhan-bag-3-sejarah-dan- ciri-ciri-hadits-dhaif.html Yahya Mukhtar. Dasar-dasar Pembinaan Humum Fiqh Islam. Penerbit PT. Al-Maarif: Bandung. 1983