1. Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) – Blogger (link blog
diletakkan di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu
topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran
dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan
menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan
memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi
penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki
memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan
khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan
topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah
bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan
aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook,
Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan
berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian 10
Senireka blog serta daya tarikan 10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam
blog seperti video, animasi dan sebagainya 10
JUMLAH 30