1. Adam luangkan sedikit masa Adam untuk membuat tutorial tentang sedikit teknik fotografi yang perlu dikuasai
untuk kursus Photography Communication. Sila ambil perhatian bahawa Adam bukanlah seorang yang pakar dalam
bidang fotografi dan masih merangkak mencari ilmu. Jadi, sebarang kesilapan daripada segi konsep atau teknikal
harap dimaafkan dan teguran amatlah dialu-alukan.
1. Limited Depth of Field
Apa? Teknik ini memerlukan anda menajamkan gambar yang difokus dan gambar dibelakang akan kabur.
Bagaimana? Gunakan apperture yang tinggi f3.6-f1.8 dan nilai shutter mestilah diubah sehingga mendapat nilai
seimbang di meter.
Contoh?
Aperture: F/3.5, Shutter: 1/500
2. Extended Depth of Field
Apa? Teknik ini akan menjadikan gambar anda tajam sama ada objek yang di fokus atau gambar latarbelakang.
Bagaimana? Gunakan apperture yang paling rendah f22-f36 dan nilai shutter diubah sehingga mendapat nilai
seimbang di meter. Perhatian; nilai shutter akan menjadi lebih kecil, anda perlukan tripod dan timer shutter release
bagi memastikan tiada kesan shaking dalam gambar.
Contoh?
2. Aperture: F/22, Shutter: 1/12
3. Panning
Apa? Teknik yang digunakan untuk memegunkan objek yang sedang bergerak. Hanya objek yang difokus akan
sharp dan latar belakang akan kabur.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter seperti 1/80 atau 1/120 bergantung kepada kelajuan objek. Ada tiga langkah
yang perlu dituruti untuk mendapat hasil yang menarik.
1. Fokus objek yang sedang bergerak dari jauh.
2. Tekan separuh butang shutter dan ikut objek itu bergerak ke titik tengah.
3. Apabila objek sampai ke titik tengah, tekan shutter dan lajakkan kamera untuk hasil yang ekstrem.
Contoh?
3. Shutter: 1/80
4. Slow Shutter Speed
Apa? Teknik ini akan ‘menangkap cahaya’ dengan kadar yang lebih. Hal ini akan menjadikan sebarang objek
bergerak seolah-olah tidak kelihatan dan menjadi satu garisan yang menarik. Contohnya air yang mengalir, lampu
kereta yang bergerak, kilat yang memancar dan sebagainya. Perhatian; nilai shutter akan menjadi lebih kecil, anda
perlukan tripod dan timer shutter release bagi memastikan tiada kesan shaking dalam gambar.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter yang kecil seperti 30″ kerana anda perlu untuk ‘menangkap cahaya’ lebih lama.
Shutter: 30 secs, Apperture: F28
5. Fast Shutter Speed
Apa? Teknik ini akan memegunkan objek bergerak yang difokus.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter yang tinggi seperti 1/1000. Objek yang bergerak seperti orang melompat akan
menjadi pegun di udara.
4. 6. Portrait
Apa? Sekadar portrait.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter seperti 1/15 sudah memadai dan nilai aperture mestilah diubah sehingga
mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?
5. 7. Landscape
Apa? Abadikan pemandangan menarik sekitar anda dalam bentuk gambar.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter seperti 1/15 sudah memadai dan nilai aperture mestilah diubah sehingga
mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?