SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 20
Created by
PN. SITI MARIAH BINTI AWANG
   Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat
    penting apabila menggunakan perkakas elektrik.

   Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang
    keselamatan diri, alat perkakas akan
    mengakibatkan kemalangan diri, kemusnahan
    harta benda malah kehilangan nyawa.

   Kemalangan dapat dielakkan dengan mematuhi
    peraturan keselamatan & mematuhi arahan yang
    ditetapkan di samping mempunyai sikap
    bertanggungjawab.
   Semua pekerja dan majikan dalam bidang
    kejuruteraan perlu mematuhi peraturan
    keselamatan dan mereka dilindungi oleh
    undang-undang iaitu di bawah Akta Keselamatan
    dan Kesihatan Pekerjaan 1994/ Occupational
    Safety and Health Administration (OSHA).

   Terdapat 3 kategori keselamatan yang perlu
    diberi perhatian, iaitu:
       1) Keselamatan diri,
       2) Keselamatan bengkel dan persekitaran
       3) Keselamatan alat dan perkakas elektrik
A. Cara berpakaian
•Memakai pakaian bengkel/pakaian yang sesuai dengan kerja yang
hendak dijalankan.
•Memakai kasut yang berpenebat dan bertumit rendah.
•Tidak memakai barang kemas seperti rantai leher, gelang
tangan, cincin dll.
•Tidak memakai tali leher.
                               B. Sikap
• Sentiasa mematuhi arahan guru atau penyelia.
• Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja.
• Memastikan ruang kerja bersih.
• Melaporkan sebarang kerosakan.
• Menggunakan alat yang betul bagi setiap kerja yang dijalankan dan
memastikan anda
   mengetahui cara menggunakan alat tersebut.
• Melaporkan kepada guru atau penyelia dengan segera sekiranya
berlaku kemalangan.
C. Keadaan fizikal diri
•   Sihat tubuh badan.
•   Tidak mengantuk.
•   Penglihatan jelas.
•   Pendengaran jelas.
   Bengkel merupakan tempat bagi pelajar
    melakukan kerja-kerja amali. Beberapa
    peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan oleh
    pelajar, antaranya:

    Memastikan susunatur semua peralatan &
    perabot sentiasa kemas & selamat supaya tidak
    menghalang laluan terutama laluan kecemasan.
    Pelajar perlu mengemas semula peralatan &
    perabot yang telah digunakan bagi memastikan
    susun atur yang selamat pada setiap masa.

    Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan
    yang baik.

    Memastikan bengkel mendapat pencahayaan
    yang mencukupi.

    Memastikan persekitaran yang bersih. Pelajar
    perlu membersihkan ruang kerja setiap kali
    selesai menjalankan amali.

    Tidak membuat bising supaya semua arahan guru atau
    penyelia dapat didengar dengan jelas.

    Mengenal pasti kedudukan alat pemadam kebakaran
    supaya mudah dicapai semasa kebakaran.

    Memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan.

    Melengkapkan diri dengn latihan kebakaran. Setiap pelajar
    perlu menjalani latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2
    kali setahun.

    Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas.
    Laporkan kepada guru sekiranya kandungan peti
    pertolongan cemas tidak lengkap atau rosak.
   Kebanyakan alat dan perkakas menggunakan
    tenaga elektrik untuk berkendali.

   Oleh itu, alat dan perkakas elektrik hendaklah
    sentiasa dalam keadaan baik serta dilengkapi
    dengan ciri keselamatan yang ditetapkan oleh
    Suruhanjaya Tenaga (ST).

   Antara ciri keselamatan alat dan perkakas adalah
    mempunyai penebatan dan sambungan
    pembumian yang baik serta menggunakan
    peranti pelindung.
   Penebatan ialah kaedah melindungi, menyalut atau
    mengasingkan pengalir dengan menggunakan
    penebat untuk menghalang pengaliran arus.

   Bahan yang digunakan sebagai penebat mestilah
    mempunyai rintangan yang sangat tinggi, contohnya
    getah, polivinil klorida dan bakelit.

   Alat dan perkakas elektrik yang mempunyai
    penebatan yang baik dapat melindungi pengguna
    daripada tersentuh bahagian logam yang
    mengalirkan arus elektrik pada alat tersebut jika
    berlaku kerosakan.
   Pembumian ialah satu kaedah menyambungkan
    bahagian logam dalam pemasangan elektrik kepada
    jisim bumi.

   Tujuan asas pembumian adalah untuk melindungi
    pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila
    berlaku aliran arus di mana-mana bahagian logam
    yang terdapat pada perkakas elektrik atau sistem
    pendawaian.

   Suatu sistem pembumian yang baik adalah apabila
    litar pengguna dapat diputuskan oleh pemutus litar
    arus baki ketika berlakunya kebocoran arus ke bumi.
   Peranti pelindung ialah peranti yang bertindak
    memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus
    yang mengalir dalam litar.

   Fius dan pemutus litar ialah dua jenis peranti
    pelindung yang digunakan untuk melindungi litar
    pengguna dan perkakas elektrik.

   Nilai kadaran arus peranti pelindung yang
    dilengkapkan bergantung kepada kuantiti arus
    yang digunakan oleh alat dan perkakas elektrik
    tersebut.
   Selain itu, penggunaan alat dan perkakas
    elektrik yang mempunyai tanda kelulusan
    SIRIM dapat menjamin ciri keselamatan
    tambahan.

   Lazimnya, barangan elektrik yang mendapat
    kelulusan SIRIM telah dikawal kualitinya dan
    ciri keselamatan pada alat dan perkakas
    elektrik telah mematuhi piawaian yang telah
    ditetapkan.
   Kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada
    keadaan mangsa dan kerosakan atau
    kemusnahan di tempat kejadian kemalangan
    itu.
   Terdapat 4 kesan kemalangan elektrik
    1) Renjatan Elektrik
    2) Lecur
    3) Kebakaran
    4) Letupan
   Berlaku disebabkan oleh pengaliran arus
    elektrik dengan kadar tertentu ke dalam
    tubuh mangsa secara tidak sengaja.
   Punca renjatan elektrik
    1) penebatan kurang baik
    2) pembumian kurang sempurna
    3) penggunaan pemutus litar arus baki yang
       rosak
   Kesan renjatan elektrik (3 peringkat)
    Kadaran arus       Kesannya
    1mA                Renjatan ringan
    10 mA              Renjatan yang kuat
                       sehingga menyebabkan
                       lecur dan kehilangan
                       kawalan otot
    100 mA dan lebih   Renjatan yang mungkin
                       boleh menyebabkan
                       kematian
   Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam
    tubuh mangsa.
   Lecur terbahagi kepada tiga tahap:

       1) Tahap pertama-menampakkan tanda
          kemerah-merahan pada kulit.

       2) Tahap kedua-kulit menggelembung
         dan mengandungi cecair.

       3) Tahap ketiga-lecur hingga ke bahagian
         dalam tubuh yang menyebabkan kegagalan
         otot berfungsi.
   Berpunca daripada pelbagai sebab antaranya
    akibat pengaliran arus elektrik berlebihan.
   Di Malaysia, kebakaran dibahagikan kepada 4
    kelas iaitu A, B, C dan D.
       KELAS                      PUNCA
         A     Bahan pepejal berunsur organik – kayu,
               kertas, kain dll.
         B     Bahan cecair – minyak, petrol, diesel,
               turpentin dll atau pepejal mudah cair.
         C     Gas – metana, butana dll.
         D     Bahan logam.
   Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik
    turut digolongkan dalam pelbagai kelas bergantung pada
    di mana pendawaian atau pemasangan elektrik dibuat atau
    jenis bahan yang digunakan.

   Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik
    disebabkan oleh:
        i) kerosakan penebatan kabel yang boleh
           menyebabkan litar pintas.
        ii) kerosakan sistem pembumian.
        iii) kegagalan peranti pelindung untuk
            berfungsi seperti penggunaan kadar fius
           yang melebihi had, beban berlebihan dll.
        iv)percikan bunga api.
         v)kerosakan penangkap kilat.
   Terjadi akibat kemalangan elektrik kerap kali
    berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup
    dan neutral.
   Letupan yang kuat boleh menyebabkan
    kebakaran.
   Kebakaran yang besar dan tidak dapat dikawal
    mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan
    kemusnahan harta benda.
   Antara komponen yang terdapat di bengkel ada
    yang boleh meletup jika disambung ke bekalan
    kuasa dengan kekutuban yang salah, contohnya
    pemuat elektrolit.

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Eek 101

Keselamatan am-1
Keselamatan am-1Keselamatan am-1
Keselamatan am-1Cgunick
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah PencegahanAsas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah PencegahanNorrazman Zaiha Zainol
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfTs Norazah Abdullah
 
Dokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatanDokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatanZurida Shoheh
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Acik Fai Rusz
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Acik Fai Rusz
 
Esei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuEsei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuSy Asyikin
 

Ähnlich wie Eek 101 (10)

Elektrikal mant.
Elektrikal mant.Elektrikal mant.
Elektrikal mant.
 
Keselamatan am-1
Keselamatan am-1Keselamatan am-1
Keselamatan am-1
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah PencegahanAsas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
 
Dokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatanDokumentasi keselamatan
Dokumentasi keselamatan
 
Definisi elektrik
Definisi elektrikDefinisi elektrik
Definisi elektrik
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)
 
sistem pendawaian
sistem pendawaiansistem pendawaian
sistem pendawaian
 
Esei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuEsei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik aku
 

Eek 101

  • 1. Created by PN. SITI MARIAH BINTI AWANG
  • 2. Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat penting apabila menggunakan perkakas elektrik.  Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang keselamatan diri, alat perkakas akan mengakibatkan kemalangan diri, kemusnahan harta benda malah kehilangan nyawa.  Kemalangan dapat dielakkan dengan mematuhi peraturan keselamatan & mematuhi arahan yang ditetapkan di samping mempunyai sikap bertanggungjawab.
  • 3. Semua pekerja dan majikan dalam bidang kejuruteraan perlu mematuhi peraturan keselamatan dan mereka dilindungi oleh undang-undang iaitu di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994/ Occupational Safety and Health Administration (OSHA).  Terdapat 3 kategori keselamatan yang perlu diberi perhatian, iaitu: 1) Keselamatan diri, 2) Keselamatan bengkel dan persekitaran 3) Keselamatan alat dan perkakas elektrik
  • 4. A. Cara berpakaian •Memakai pakaian bengkel/pakaian yang sesuai dengan kerja yang hendak dijalankan. •Memakai kasut yang berpenebat dan bertumit rendah. •Tidak memakai barang kemas seperti rantai leher, gelang tangan, cincin dll. •Tidak memakai tali leher. B. Sikap • Sentiasa mematuhi arahan guru atau penyelia. • Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja. • Memastikan ruang kerja bersih. • Melaporkan sebarang kerosakan. • Menggunakan alat yang betul bagi setiap kerja yang dijalankan dan memastikan anda mengetahui cara menggunakan alat tersebut. • Melaporkan kepada guru atau penyelia dengan segera sekiranya berlaku kemalangan.
  • 5. C. Keadaan fizikal diri • Sihat tubuh badan. • Tidak mengantuk. • Penglihatan jelas. • Pendengaran jelas.
  • 6. Bengkel merupakan tempat bagi pelajar melakukan kerja-kerja amali. Beberapa peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan oleh pelajar, antaranya:
  • 7. Memastikan susunatur semua peralatan & perabot sentiasa kemas & selamat supaya tidak menghalang laluan terutama laluan kecemasan. Pelajar perlu mengemas semula peralatan & perabot yang telah digunakan bagi memastikan susun atur yang selamat pada setiap masa.  Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan yang baik.  Memastikan bengkel mendapat pencahayaan yang mencukupi.  Memastikan persekitaran yang bersih. Pelajar perlu membersihkan ruang kerja setiap kali selesai menjalankan amali.
  • 8. Tidak membuat bising supaya semua arahan guru atau penyelia dapat didengar dengan jelas.  Mengenal pasti kedudukan alat pemadam kebakaran supaya mudah dicapai semasa kebakaran.  Memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan.  Melengkapkan diri dengn latihan kebakaran. Setiap pelajar perlu menjalani latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.  Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas. Laporkan kepada guru sekiranya kandungan peti pertolongan cemas tidak lengkap atau rosak.
  • 9. Kebanyakan alat dan perkakas menggunakan tenaga elektrik untuk berkendali.  Oleh itu, alat dan perkakas elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik serta dilengkapi dengan ciri keselamatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).  Antara ciri keselamatan alat dan perkakas adalah mempunyai penebatan dan sambungan pembumian yang baik serta menggunakan peranti pelindung.
  • 10. Penebatan ialah kaedah melindungi, menyalut atau mengasingkan pengalir dengan menggunakan penebat untuk menghalang pengaliran arus.  Bahan yang digunakan sebagai penebat mestilah mempunyai rintangan yang sangat tinggi, contohnya getah, polivinil klorida dan bakelit.  Alat dan perkakas elektrik yang mempunyai penebatan yang baik dapat melindungi pengguna daripada tersentuh bahagian logam yang mengalirkan arus elektrik pada alat tersebut jika berlaku kerosakan.
  • 11. Pembumian ialah satu kaedah menyambungkan bahagian logam dalam pemasangan elektrik kepada jisim bumi.  Tujuan asas pembumian adalah untuk melindungi pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku aliran arus di mana-mana bahagian logam yang terdapat pada perkakas elektrik atau sistem pendawaian.  Suatu sistem pembumian yang baik adalah apabila litar pengguna dapat diputuskan oleh pemutus litar arus baki ketika berlakunya kebocoran arus ke bumi.
  • 12. Peranti pelindung ialah peranti yang bertindak memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus yang mengalir dalam litar.  Fius dan pemutus litar ialah dua jenis peranti pelindung yang digunakan untuk melindungi litar pengguna dan perkakas elektrik.  Nilai kadaran arus peranti pelindung yang dilengkapkan bergantung kepada kuantiti arus yang digunakan oleh alat dan perkakas elektrik tersebut.
  • 13. Selain itu, penggunaan alat dan perkakas elektrik yang mempunyai tanda kelulusan SIRIM dapat menjamin ciri keselamatan tambahan.  Lazimnya, barangan elektrik yang mendapat kelulusan SIRIM telah dikawal kualitinya dan ciri keselamatan pada alat dan perkakas elektrik telah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
  • 14. Kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada keadaan mangsa dan kerosakan atau kemusnahan di tempat kejadian kemalangan itu.  Terdapat 4 kesan kemalangan elektrik 1) Renjatan Elektrik 2) Lecur 3) Kebakaran 4) Letupan
  • 15. Berlaku disebabkan oleh pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu ke dalam tubuh mangsa secara tidak sengaja.  Punca renjatan elektrik 1) penebatan kurang baik 2) pembumian kurang sempurna 3) penggunaan pemutus litar arus baki yang rosak
  • 16. Kesan renjatan elektrik (3 peringkat) Kadaran arus Kesannya 1mA Renjatan ringan 10 mA Renjatan yang kuat sehingga menyebabkan lecur dan kehilangan kawalan otot 100 mA dan lebih Renjatan yang mungkin boleh menyebabkan kematian
  • 17. Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa.  Lecur terbahagi kepada tiga tahap: 1) Tahap pertama-menampakkan tanda kemerah-merahan pada kulit. 2) Tahap kedua-kulit menggelembung dan mengandungi cecair. 3) Tahap ketiga-lecur hingga ke bahagian dalam tubuh yang menyebabkan kegagalan otot berfungsi.
  • 18. Berpunca daripada pelbagai sebab antaranya akibat pengaliran arus elektrik berlebihan.  Di Malaysia, kebakaran dibahagikan kepada 4 kelas iaitu A, B, C dan D. KELAS PUNCA A Bahan pepejal berunsur organik – kayu, kertas, kain dll. B Bahan cecair – minyak, petrol, diesel, turpentin dll atau pepejal mudah cair. C Gas – metana, butana dll. D Bahan logam.
  • 19. Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik turut digolongkan dalam pelbagai kelas bergantung pada di mana pendawaian atau pemasangan elektrik dibuat atau jenis bahan yang digunakan.  Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik disebabkan oleh: i) kerosakan penebatan kabel yang boleh menyebabkan litar pintas. ii) kerosakan sistem pembumian. iii) kegagalan peranti pelindung untuk berfungsi seperti penggunaan kadar fius yang melebihi had, beban berlebihan dll. iv)percikan bunga api. v)kerosakan penangkap kilat.
  • 20. Terjadi akibat kemalangan elektrik kerap kali berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup dan neutral.  Letupan yang kuat boleh menyebabkan kebakaran.  Kebakaran yang besar dan tidak dapat dikawal mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.  Antara komponen yang terdapat di bengkel ada yang boleh meletup jika disambung ke bekalan kuasa dengan kekutuban yang salah, contohnya pemuat elektrolit.