SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


 Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Terhadap Pencapaian
                   Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan

                 Farah Mohamad Zain, Hanafi Atan, Noorizdayantie Samar,
                          Omar Majid & Zuraidah Abd Rahman
                               Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
                                      Universiti Sains Malaysia
                                     casarina_84@yahoo.com


                                              Abstrak

Kajian ini mengkaji kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi terhadap pencapaian pelajar
yang berlainan lokus kawalan dalam pembelajaran fizik atas talian (online learning). Pembangunan
bahan pembelajaran adalah berdasarkan Model Rekabentuk Allesi & Trollip manakala pembangunan
bahan pula berasaskan Model Adegan Pengajaran Gagne, Briggs & Wager. Dua sistem pembelajaran
atas talian dibangunkan dan setiap satu mempunyai mod maklum balas yang berbeza iaitu Maklum
Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF).
Pembolehubah bebas ialah dua jenis maklum balas iaitu KCR dan EF manakala pembolehubah
bersandar pula ialah skor min pencapaian. Pembolehubah moderator ialah lokus kawalan dalaman dan
juga lokus kawalan luaran. Kajian ini menggunakan Matapelajaran Tingkatan 4 Fizik yang bertajuk
“Understanding lenses”. Sampel kajian seramai 88 orang pelajar. Kajian ini merumuskan bahawa
maklum balas EF adalah jenis maklum balas yang paling berguna kepada pelajar yang berbeza lokus
kawalan dalaman mempelajari Fizik berbanding dengan maklum balas KCR. Kepada pelajar berlokus
kawalan luaran, EF adalah maklum balas yang paling berkesan dan begitu juga bagi pelajar berlokus
kawalan dalaman. Oleh yang demikian, pertimbangan perlu diberikan kepada ciri pelajar ketika memilih
jenis maklum balas dalam mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran. Data mengenai kesan
maklum balas yang berbeza terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan akan
dibentangkan.


Pengenalan
Kertas ini mengkaji satu paradigma baru untuk pendidikan iaitu interaksi bersemuka dengan agen dalam
persekitaran pembelajaran atas talian yang interaktif. Menurut Lester,2000 agen pedagogi ialah watak-
watak bebas yang tampak hidup dalam persekitaran pembelajaran dan berinteraksi secara bersemuka.
Agen boleh menunjukkan bagaimana cara untuk melakukan sesuatu perkara (Rickel & Johnson, 1997).
Ia boleh menggunakan gerakan, pandangan dan gerak isyarat untuk menarik perhatian pelajar (Lester et
al. 1999; Noma & Badler, 1997; Rickel & Johnson, 1997). Agen pedagogi bertindak sebagai pengajar dan
berkomunikasi dengan pelajar untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Salah satu peranan
utama seorang pengajar adalah untuk menyediakan maklum balas mengenai tindakan seseorang pelajar.
Selain daripada memberikan maklum balas non-verbal, agen juga boleh memberikan maklum balas
verbal untuk mempengaruhi pelajar. Kajian ini melibatkan pembangunan agen yang akan memberikan
maklum balas verbal iaitu Teacher Rina. Teacher Rina memberikan jawapan kepada setiap persoalan
yang diberikan kepadanya. Teacher Rina juga memberikan soalan sebagai latihan untuk menguji
kefahaman pelajar di akhir pembelajaran. Terdapat dua jenis maklum balas yang dikaji iaitu Maklum
Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF).

Persoalan Kajian
S1     Adakah pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi memperoleh
       pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas
       EF oleh agen pedagogi?

S2     Dengan menggunakan pembelajaran atas talian, adakah pelajar berlokus kawalan berbeza akan
       memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan?

       S2a: Adakah pelajar yang berlokus kawalan dalaman memperoleh pencapaian yang lebih baik
            secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan luaran?
       S2b: Adakah pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas EF oleh agen
            pedagogi memperoleh pencapaian lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus
            kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi?
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



         S2c: Adakah pelajar berlokus kawalan luaran yang menerima maklum balas EF oleh agen
              pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar
              berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi?

Hipotesis Kajian
Berdasarkan soalan kajian, hipotesis berikut dibina pada aras signifikan 0.05.

H1       Pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi akan memperoleh pencapaian
         yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh
         agen pedagogi.

H2       Dengan menggunakan pembelajaran atas talian, pelajar berlokus kawalan berbeza akan
         memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan.

         H2a: Pelajar yang berlokus kawalan dalaman akan memperoleh skor min pencapaian yang lebih
              tinggi secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan luaran.

         H2b: Pelajar berlokus kawalan dalaman (LKD) yang menerima maklum balas EF oleh agen
              pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar
              berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi.

         H2c: Pelajar berlokus kawalan luaran (LKL) yang menerima maklum balas EF oleh agen
              pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar
              berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi.

Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimental kuasi dengan faktorial 2 X 2 untuk mengukur
pencapaian pelajar dalam pembelajaran atas talian. Kesan pembolehubah bebas iaitu maklum balas
KCR dan maklumbalas EF terhadap pencapaian pelajar akan dikaji. Pembolehubah moderator iaitu lokus
kawalan dalaman (LKD) dan lokus kawalan luaran (LKL) juga mempengaruhi dapatan kajian.

Pensampelan
Sampel yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini adalah daripada dua buah sekolah teknik di Pulau
Pinang iaitu Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMTTARP) dan Sekolah Menengah
Teknik Batu Lanchang (SMTBL). Hanya 88 pelajar yang digunakan sebagai sampel dalam kajian ini.
Purata umur pelajar adalah antara 16-17 tahun. Subjek dalam kajian ini ialah Fizik Tingkatan 4, Bab 5
iaitu Kanta dan Alat Optik.

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, empat instrumen digunakan untuk mengumpul data. Instrumen-instrumen ini ialah
praujian, pascaujian, Soal Selidik Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek (Intellectual Academic
Responsibility, IAR) dan Soal Selidik Literasi Komputer. Ujian soal selidik IAR digunakan untuk mengukur
tahap lokus kawalan pelajar. Markah seseorang pelajar yang sama atau melebihi min dianggap sebagai
pelajar berlokus kawalan dalaman, manakala pelajar yang mendapat markah kurang daripada min
dikategorikan sebagai pelajar yang berlokus kawalan luaran. Ujian ini diterjemahkan kepada Bahasa
Malaysia oleh penyelidik projek Inspire USM (Maznah & Ng, 1985)

Prosedur Kajian
Fasa 1 – Program Praujian
Program ini dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra
dan juga di Sekolah Menegah Teknik Batu Lanchang. Pelajar perlu menjawab dua soal selidik iaitu Soal
Selidik Literasi Komputer dan Soal Selidik Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek (IAR). Pelajar
diberi masa selama setengah jam untuk menjawab Praujian dan 15 minit untuk soal selidik IAR. Program
Praujian ini dijalankan sebelum pelajar didedahkan kepada agen pedagogi (pembelajaran atas talian). Ini
adalah untuk melihat sejauh mana peningkatan pelajar sebelum didedahkan dengan agen pedagogi dan
selepas menggunakan agen pedagogi.

Fasa 2 – Rawatan Kajian
Rawatan kajian dijalankan di dua buah makmal di USM iaitu Makmal Komputer Pusat Pengajian Sains
Komputer (PPSK). Seramai 88 pelajar di bawa ke USM kerana bilangan komputer di sekolah tidak
                                                                44
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

mencukupi untuk menampung bilangan pelajar. Pelajar ini seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan I yang menerima mod Knowledge of Correct Response (KCR) dan kumpulan II yang
menerima mod Elaborated Feedback (EF). Oleh kerana bilangan pelajar yang agak ramai, maka pelajar
ini dibahagikan kepada dua makmal di mana setiap makmal memuatkan lebih kurang 50 pelajar. Pelajar
diberikan taklimat terlebih dahulu oleh ketua projek dan dibantu oleh beberapa fasilitator dan seterusnya
pelajar diberi arahan bagaimana untuk berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada agen pedagogi. Sesi
rawatan dijalankan selama sejam.

Fasa 3 – Program Pascaujian
Fasa ini dijalankan sejurus selepas Fasa 2. Pelajar diberikan Pascaujian untuk menguji kefahaman
pelajar selepas melalui pembelajaran dengan agen pedagogi.

Dapatan Kajian
Data yang dikumpul daripada kajian ini dianalisis menggunakan sofwer Statistical Packages for the
Social Sciences (SPSS versi 11.0) pada aras keertian 0.05 (p<0.05).

Perbandingan Skor Min Pencapaian Pelajar Dalam Kedua-Dua Kumpulan Maklum Balas
Suatu siri analisis ujian-t dijalankan untuk menentukan kesan perbandingan kedua-dua mod olahan
terhadap skor min pencapaian. Perbandingan dua hala dilakukan di antara kumpulan KCR dan EF.
Keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

             Jadual 1: Ujian-t skor min pencapaian pelajar dalam kedua-dua mod olahan

          Mod               N       Min (µ)      Sisihan            Nilai-t            df            Sig. 2-ekor
         olahan                                 Piawai (σ)

        Mod KCR            45        16.11         8.975            -4.235           69.296            0.000*
         Mod EF            43        27.09        14.566


Signifikan *p , 0.05

Skor min pencapaian kumpulan yang menggunakan mod KCR dan mod EF dibandingkan. Terdapat
perbezaan signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR (µ = 16.11,       σ = 8.975) dan mod
EF (µ = 27.09, σ = 14.566; t (69.296 = -4.235, p = 0.000). Maka, daripada dapatan ini, hipotesis 1
disokong. Hal ini menunjukkan bahawa maklum balas EF iaitu maklum balas yang memberikan
penerangan merupakan satu bantuan yang penting bagi pembelajaran dibandingkan dengan maklum
balas KCR. Hasil ini konsisten dengan hasil kajian Fong (1996)

Perbandingan Skor Min Pencapaian Di Antara Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan Bagi Kedua-
Dua Mod Olahan
Dengan menggunakan setiap mod olahan secara berasingan, skor min pencapaian pelajar menurut
klasifikasi LKD-LKL dibandingkan menggunakan satu siri analisis ujian-t. Keputusan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.

              Jadual 2: Ujian-t skor min pencapaian di antara pelajar LKD dengan LKL

Pembolehubah           N         Min (µ)       Sisihan         Nilai-t          df               Sig 2-ekor
                                               Piawai (σ)
LKD                        49       23.57        13.844            1.689              86               0.095
LKL                        39       18.85        11.946
LKD
Mod KCR                    25       17.60         9.367           -3.373             38.078            0.002*
Mod EF                     24       29.79        15.143
LKL
Mod KCR                    20       14.25         8.315           -2.654              37               0.012*
Mod EF                     19       23.68        13.421
Jumlah kes                 88
Signifikan *p < 0.05

                                                   45
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Skor min pencapaian di antara pelajar LKL dan LKD dibandingkan (Jadual 2). Tiada perbezaan yang
signifikan dalam skor min pencapaian bagi pelajar LKD (µ = 23.57, σ = 13.844) dan pelajar LKL (µ =
18.85, σ = 11.946; t(86) = 1.689, p = 0.095). Maka, dapatan ini menunjukkan bahawa hipotesis 2a ditolak.
Akan tetapi, skor min pencapaian (µ) pelajar berlokus kawalan dalaman (µ=23.57) didapati lebih tinggi
daripada pelajar berlokus kawalan luaran (µ=18.85). Walaupun tiada perbezaan yang signifikan, tetapi
secara amnya pelajar berlokus kawalan dalaman memperoleh pencapaian yang lebih tinggi daripada
pelajar berlokus kawalan luaran tanpa mengira olahan mod. Dapatan kajian ini konsisten dengan
penemuan (Fong, 2000) terhadap hubungan antara lokus kawalan dan pencapaian akademik.

Skor min pencapaian pelajar LKD dalam kumpulan KCR dan EF dibandingkan. Terdapat perbezaan
signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR (µ = 17.60, σ = 9.367) dan mod EF (µ = 29.79, σ =
15.143; t(38.078) = -3.373, p = 0.002). Dapatan ini menunjukkan bahawa hipotesis 2b disokong. Terdapat
beberapa sebab yang mungkin untuk hasil ini. Antaranya ialah pelajar berlokus kawalan dalaman
cenderung untuk mencapai prestasi yang tinggi. Dengan menggunakan maklum balas EF, pelajar LKD
lebih mudah meningkatkan prestasi kerana setiap jawapan diberikan bersama dengan penerangan.

Skor min pencapaian pelajar LKL dalam kumpulan KCR dan EF dibandingkan. Terdapat perbezaan
signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR (µ = 14.25, σ = 8.315) dan mod EF (µ = 23.68, σ =
8.315; t(37) = -2.654, p = 0.012). Maka, hipotesis 2c disokong. Satu faktor yang mungkin bagi pelajar LKL
memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam kumpulan EF ialah melalui pembelajaran secara
elaboratif. Dengan memberikan penerangan yang lebih jelas dapat membantu pelajar LKL untuk lebih
memahami dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.

Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa mod EF yang diberikan secara elaboratif dapat membantu
meningkatkan pencapaian pelajar berbanding mod KCR. Ini disokong oleh hipotesis yang diutarakan.
Namun begitu, pelajar LKD tidak menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada
pelajar LKL. Tetapi, daripada min pencapaian pelajar menunjukkan pelajar LKD lebih tinggi berbanding
LKL. Bagi pelajar LKD, mod EF menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding mod KCR. Begitu
juga dengan pelajar LKL di mana mod EF menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding mod KCR.
Ini mungkin kerana pencapaian pelajar LKL telah meningkat dan hampir sama dengan pelajar LKD
kerana menggunakan maklum balas EF. Oleh itu, daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa pelajar
yang berlokus kawalan luaran juga akan menunjukkan prestasi yang baik jika pembelajaran secara
elaboratif diberikan.

Rujukan
Fong, S. F. (1996). Effect of different levels of feedback using multimedia computer-based learning on the
         learning gain of students with different cognitive styles. Unpublished Degree of Master, Universiti
         Sains Malaysia.
Fong, S. F. (2000). Kesan animasi terhadap pembelajaran pengetahuan prosedur meiosis di kalangan
         pelajar pelbagai profil psikologi. Universiti Sains Malaysia.
J. C Lester, Voerman, J. L., Towns, S. G., & Callaway, C. B. (1999). Deictic believability: Coordinating
         gesture, locomotion, and speech in lifelike pedagogical agents. Applied Artificial Intelligence, 13,
         383 – 414.
Lester, J. C. (2000). Animated pedagogical agents; face-to-face interaction in interactive learning
         environments. International Journal of Artificial Intelligence in Education, 11, 47 – 78.
Maznah, I., & Ng, W. K. (1985). Relationship of locus of control, cognitive style, anxiety and academic
         achievement of a group of Malaysian Primary School Children. Psychology Report, 57, 1127 –
         1134.
Noma, T., and badler, N. I. (1997). A virtual human presenter. In proceeding of the IJCAI workshop on
         animated interface agents: making them intelligent, 45 – 51.
Rickel, J., and Johnson, W. L. (1997). Integrating pedagogical capabilities in a virtual environment agent.
         In Proceeding of the First International Conference on Autonomous Agents. ACM Press.




                                                                46
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

LAMPIRAN

              Gambarajah 1: Maklum Balas dengan Pengetahuan Respon yang Betul (KCR)




    Pelajar : A long-sighted person                      Pelajar : A short-sighted person
    Agen : Good! Your answer is correct                  Agen      : Sorry, your answer is wrong! The
                                                         correct answer is Y.


              Gambarajah 2: Maklum Balas dengan Penghuraian (EF)




    Pelajar : A long-sighted person                      Pelajar : A short-sighted person
    Agen : Good! Your answer is correct. Long-           Agen : Your answer is wrong. A short-
    sightedness is when a person cannot see near         sightedness is when a person cannot see
    objects clearly and they are said to suffer from     distant objects clearly and they are said to suffer
    hypermetropia.                                       from myopia.




                                                 47

More Related Content

What's hot

Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Norhaizah Mohideen
 
19 31 sharifah et al.ukm
19 31 sharifah et al.ukm19 31 sharifah et al.ukm
19 31 sharifah et al.ukm
Shell Raz
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
MaslizaOthman
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Suzana Che Harun
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
Loreta Long
 

What's hot (18)

Kesukaran item bm
Kesukaran item bmKesukaran item bm
Kesukaran item bm
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
Kpt6043
Kpt6043Kpt6043
Kpt6043
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
 
19 31 sharifah et al.ukm
19 31 sharifah et al.ukm19 31 sharifah et al.ukm
19 31 sharifah et al.ukm
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
1 karim
1 karim1 karim
1 karim
 
Kajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolahKajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolah
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
cabis
cabiscabis
cabis
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Analisis kuantitatif
Analisis kuantitatifAnalisis kuantitatif
Analisis kuantitatif
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015
Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015
Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015
 

Viewers also liked

Artikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi MobileArtikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi Mobile
mahnikpt6043
 
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriKPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
Husniyah Rashid
 
Analisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranAnalisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaran
Mahmudah Bakar
 
Устами младенца
Устами младенцаУстами младенца
Устами младенца
NatVikPoh
 
Catalogo m audio_2009
Catalogo m audio_2009Catalogo m audio_2009
Catalogo m audio_2009
spotdeejay
 
e2i Club in Simple English
e2i Club in Simple Englishe2i Club in Simple English
e2i Club in Simple English
Ben Lee
 
Mama open
Mama openMama open
Mama open
man wan
 

Viewers also liked (20)

.Chinese national school in malaysia/
.Chinese national school in malaysia/.Chinese national school in malaysia/
.Chinese national school in malaysia/
 
Artikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi MobileArtikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi Mobile
 
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriKPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
 
Jurnal bahindoadengsaputra(5215083411)
Jurnal bahindoadengsaputra(5215083411)Jurnal bahindoadengsaputra(5215083411)
Jurnal bahindoadengsaputra(5215083411)
 
Effect of concept mapping instructional strategy on junior secondary school s...
Effect of concept mapping instructional strategy on junior secondary school s...Effect of concept mapping instructional strategy on junior secondary school s...
Effect of concept mapping instructional strategy on junior secondary school s...
 
Complete
CompleteComplete
Complete
 
Analisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranAnalisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaran
 
Proposal skripsi adeng saputra
Proposal skripsi adeng saputraProposal skripsi adeng saputra
Proposal skripsi adeng saputra
 
Устами младенца
Устами младенцаУстами младенца
Устами младенца
 
Catalogo m audio_2009
Catalogo m audio_2009Catalogo m audio_2009
Catalogo m audio_2009
 
Presentatie iSense display advertising
Presentatie iSense display advertisingPresentatie iSense display advertising
Presentatie iSense display advertising
 
e2i Club in Simple English
e2i Club in Simple Englishe2i Club in Simple English
e2i Club in Simple English
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
Bof a, preguntas
Bof a, preguntasBof a, preguntas
Bof a, preguntas
 
Infographic E2Ma campagne Module
Infographic E2Ma campagne ModuleInfographic E2Ma campagne Module
Infographic E2Ma campagne Module
 
Sonoco, preguntas
Sonoco, preguntasSonoco, preguntas
Sonoco, preguntas
 
Content Crusaders: Building a League of Content Creators @fajrmuhammad
Content Crusaders: Building a League of Content Creators @fajrmuhammadContent Crusaders: Building a League of Content Creators @fajrmuhammad
Content Crusaders: Building a League of Content Creators @fajrmuhammad
 
Word press 101
Word press 101Word press 101
Word press 101
 
Art of Blogging: Creating a Unique Blogging Voice
Art of Blogging: Creating a Unique Blogging VoiceArt of Blogging: Creating a Unique Blogging Voice
Art of Blogging: Creating a Unique Blogging Voice
 
Mama open
Mama openMama open
Mama open
 

Similar to (Artikel37)

Similar to (Artikel37) (20)

Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Aktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 JurnalAktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 Jurnal
 
Pembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalPembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnal
 
The adoption of blended learning among malaysian academicians
The adoption of blended learning among malaysian academiciansThe adoption of blended learning among malaysian academicians
The adoption of blended learning among malaysian academicians
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 

(Artikel37)

  • 1. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan Farah Mohamad Zain, Hanafi Atan, Noorizdayantie Samar, Omar Majid & Zuraidah Abd Rahman Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia casarina_84@yahoo.com Abstrak Kajian ini mengkaji kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi terhadap pencapaian pelajar yang berlainan lokus kawalan dalam pembelajaran fizik atas talian (online learning). Pembangunan bahan pembelajaran adalah berdasarkan Model Rekabentuk Allesi & Trollip manakala pembangunan bahan pula berasaskan Model Adegan Pengajaran Gagne, Briggs & Wager. Dua sistem pembelajaran atas talian dibangunkan dan setiap satu mempunyai mod maklum balas yang berbeza iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF). Pembolehubah bebas ialah dua jenis maklum balas iaitu KCR dan EF manakala pembolehubah bersandar pula ialah skor min pencapaian. Pembolehubah moderator ialah lokus kawalan dalaman dan juga lokus kawalan luaran. Kajian ini menggunakan Matapelajaran Tingkatan 4 Fizik yang bertajuk “Understanding lenses”. Sampel kajian seramai 88 orang pelajar. Kajian ini merumuskan bahawa maklum balas EF adalah jenis maklum balas yang paling berguna kepada pelajar yang berbeza lokus kawalan dalaman mempelajari Fizik berbanding dengan maklum balas KCR. Kepada pelajar berlokus kawalan luaran, EF adalah maklum balas yang paling berkesan dan begitu juga bagi pelajar berlokus kawalan dalaman. Oleh yang demikian, pertimbangan perlu diberikan kepada ciri pelajar ketika memilih jenis maklum balas dalam mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran. Data mengenai kesan maklum balas yang berbeza terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan akan dibentangkan. Pengenalan Kertas ini mengkaji satu paradigma baru untuk pendidikan iaitu interaksi bersemuka dengan agen dalam persekitaran pembelajaran atas talian yang interaktif. Menurut Lester,2000 agen pedagogi ialah watak- watak bebas yang tampak hidup dalam persekitaran pembelajaran dan berinteraksi secara bersemuka. Agen boleh menunjukkan bagaimana cara untuk melakukan sesuatu perkara (Rickel & Johnson, 1997). Ia boleh menggunakan gerakan, pandangan dan gerak isyarat untuk menarik perhatian pelajar (Lester et al. 1999; Noma & Badler, 1997; Rickel & Johnson, 1997). Agen pedagogi bertindak sebagai pengajar dan berkomunikasi dengan pelajar untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Salah satu peranan utama seorang pengajar adalah untuk menyediakan maklum balas mengenai tindakan seseorang pelajar. Selain daripada memberikan maklum balas non-verbal, agen juga boleh memberikan maklum balas verbal untuk mempengaruhi pelajar. Kajian ini melibatkan pembangunan agen yang akan memberikan maklum balas verbal iaitu Teacher Rina. Teacher Rina memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang diberikan kepadanya. Teacher Rina juga memberikan soalan sebagai latihan untuk menguji kefahaman pelajar di akhir pembelajaran. Terdapat dua jenis maklum balas yang dikaji iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF). Persoalan Kajian S1 Adakah pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi? S2 Dengan menggunakan pembelajaran atas talian, adakah pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan? S2a: Adakah pelajar yang berlokus kawalan dalaman memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan luaran? S2b: Adakah pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi?
  • 2. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention S2c: Adakah pelajar berlokus kawalan luaran yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi? Hipotesis Kajian Berdasarkan soalan kajian, hipotesis berikut dibina pada aras signifikan 0.05. H1 Pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi akan memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi. H2 Dengan menggunakan pembelajaran atas talian, pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan. H2a: Pelajar yang berlokus kawalan dalaman akan memperoleh skor min pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan luaran. H2b: Pelajar berlokus kawalan dalaman (LKD) yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi. H2c: Pelajar berlokus kawalan luaran (LKL) yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi. Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimental kuasi dengan faktorial 2 X 2 untuk mengukur pencapaian pelajar dalam pembelajaran atas talian. Kesan pembolehubah bebas iaitu maklum balas KCR dan maklumbalas EF terhadap pencapaian pelajar akan dikaji. Pembolehubah moderator iaitu lokus kawalan dalaman (LKD) dan lokus kawalan luaran (LKL) juga mempengaruhi dapatan kajian. Pensampelan Sampel yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini adalah daripada dua buah sekolah teknik di Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMTTARP) dan Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang (SMTBL). Hanya 88 pelajar yang digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Purata umur pelajar adalah antara 16-17 tahun. Subjek dalam kajian ini ialah Fizik Tingkatan 4, Bab 5 iaitu Kanta dan Alat Optik. Instrumen Kajian Dalam kajian ini, empat instrumen digunakan untuk mengumpul data. Instrumen-instrumen ini ialah praujian, pascaujian, Soal Selidik Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek (Intellectual Academic Responsibility, IAR) dan Soal Selidik Literasi Komputer. Ujian soal selidik IAR digunakan untuk mengukur tahap lokus kawalan pelajar. Markah seseorang pelajar yang sama atau melebihi min dianggap sebagai pelajar berlokus kawalan dalaman, manakala pelajar yang mendapat markah kurang daripada min dikategorikan sebagai pelajar yang berlokus kawalan luaran. Ujian ini diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh penyelidik projek Inspire USM (Maznah & Ng, 1985) Prosedur Kajian Fasa 1 – Program Praujian Program ini dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra dan juga di Sekolah Menegah Teknik Batu Lanchang. Pelajar perlu menjawab dua soal selidik iaitu Soal Selidik Literasi Komputer dan Soal Selidik Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek (IAR). Pelajar diberi masa selama setengah jam untuk menjawab Praujian dan 15 minit untuk soal selidik IAR. Program Praujian ini dijalankan sebelum pelajar didedahkan kepada agen pedagogi (pembelajaran atas talian). Ini adalah untuk melihat sejauh mana peningkatan pelajar sebelum didedahkan dengan agen pedagogi dan selepas menggunakan agen pedagogi. Fasa 2 – Rawatan Kajian Rawatan kajian dijalankan di dua buah makmal di USM iaitu Makmal Komputer Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK). Seramai 88 pelajar di bawa ke USM kerana bilangan komputer di sekolah tidak 44
  • 3. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention mencukupi untuk menampung bilangan pelajar. Pelajar ini seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan I yang menerima mod Knowledge of Correct Response (KCR) dan kumpulan II yang menerima mod Elaborated Feedback (EF). Oleh kerana bilangan pelajar yang agak ramai, maka pelajar ini dibahagikan kepada dua makmal di mana setiap makmal memuatkan lebih kurang 50 pelajar. Pelajar diberikan taklimat terlebih dahulu oleh ketua projek dan dibantu oleh beberapa fasilitator dan seterusnya pelajar diberi arahan bagaimana untuk berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada agen pedagogi. Sesi rawatan dijalankan selama sejam. Fasa 3 – Program Pascaujian Fasa ini dijalankan sejurus selepas Fasa 2. Pelajar diberikan Pascaujian untuk menguji kefahaman pelajar selepas melalui pembelajaran dengan agen pedagogi. Dapatan Kajian Data yang dikumpul daripada kajian ini dianalisis menggunakan sofwer Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS versi 11.0) pada aras keertian 0.05 (p<0.05). Perbandingan Skor Min Pencapaian Pelajar Dalam Kedua-Dua Kumpulan Maklum Balas Suatu siri analisis ujian-t dijalankan untuk menentukan kesan perbandingan kedua-dua mod olahan terhadap skor min pencapaian. Perbandingan dua hala dilakukan di antara kumpulan KCR dan EF. Keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Ujian-t skor min pencapaian pelajar dalam kedua-dua mod olahan Mod N Min (µ) Sisihan Nilai-t df Sig. 2-ekor olahan Piawai (σ) Mod KCR 45 16.11 8.975 -4.235 69.296 0.000* Mod EF 43 27.09 14.566 Signifikan *p , 0.05 Skor min pencapaian kumpulan yang menggunakan mod KCR dan mod EF dibandingkan. Terdapat perbezaan signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR (µ = 16.11, σ = 8.975) dan mod EF (µ = 27.09, σ = 14.566; t (69.296 = -4.235, p = 0.000). Maka, daripada dapatan ini, hipotesis 1 disokong. Hal ini menunjukkan bahawa maklum balas EF iaitu maklum balas yang memberikan penerangan merupakan satu bantuan yang penting bagi pembelajaran dibandingkan dengan maklum balas KCR. Hasil ini konsisten dengan hasil kajian Fong (1996) Perbandingan Skor Min Pencapaian Di Antara Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan Bagi Kedua- Dua Mod Olahan Dengan menggunakan setiap mod olahan secara berasingan, skor min pencapaian pelajar menurut klasifikasi LKD-LKL dibandingkan menggunakan satu siri analisis ujian-t. Keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Ujian-t skor min pencapaian di antara pelajar LKD dengan LKL Pembolehubah N Min (µ) Sisihan Nilai-t df Sig 2-ekor Piawai (σ) LKD 49 23.57 13.844 1.689 86 0.095 LKL 39 18.85 11.946 LKD Mod KCR 25 17.60 9.367 -3.373 38.078 0.002* Mod EF 24 29.79 15.143 LKL Mod KCR 20 14.25 8.315 -2.654 37 0.012* Mod EF 19 23.68 13.421 Jumlah kes 88 Signifikan *p < 0.05 45
  • 4. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Skor min pencapaian di antara pelajar LKL dan LKD dibandingkan (Jadual 2). Tiada perbezaan yang signifikan dalam skor min pencapaian bagi pelajar LKD (µ = 23.57, σ = 13.844) dan pelajar LKL (µ = 18.85, σ = 11.946; t(86) = 1.689, p = 0.095). Maka, dapatan ini menunjukkan bahawa hipotesis 2a ditolak. Akan tetapi, skor min pencapaian (µ) pelajar berlokus kawalan dalaman (µ=23.57) didapati lebih tinggi daripada pelajar berlokus kawalan luaran (µ=18.85). Walaupun tiada perbezaan yang signifikan, tetapi secara amnya pelajar berlokus kawalan dalaman memperoleh pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar berlokus kawalan luaran tanpa mengira olahan mod. Dapatan kajian ini konsisten dengan penemuan (Fong, 2000) terhadap hubungan antara lokus kawalan dan pencapaian akademik. Skor min pencapaian pelajar LKD dalam kumpulan KCR dan EF dibandingkan. Terdapat perbezaan signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR (µ = 17.60, σ = 9.367) dan mod EF (µ = 29.79, σ = 15.143; t(38.078) = -3.373, p = 0.002). Dapatan ini menunjukkan bahawa hipotesis 2b disokong. Terdapat beberapa sebab yang mungkin untuk hasil ini. Antaranya ialah pelajar berlokus kawalan dalaman cenderung untuk mencapai prestasi yang tinggi. Dengan menggunakan maklum balas EF, pelajar LKD lebih mudah meningkatkan prestasi kerana setiap jawapan diberikan bersama dengan penerangan. Skor min pencapaian pelajar LKL dalam kumpulan KCR dan EF dibandingkan. Terdapat perbezaan signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR (µ = 14.25, σ = 8.315) dan mod EF (µ = 23.68, σ = 8.315; t(37) = -2.654, p = 0.012). Maka, hipotesis 2c disokong. Satu faktor yang mungkin bagi pelajar LKL memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam kumpulan EF ialah melalui pembelajaran secara elaboratif. Dengan memberikan penerangan yang lebih jelas dapat membantu pelajar LKL untuk lebih memahami dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Kesimpulan Dapatan kajian menunjukkan bahawa mod EF yang diberikan secara elaboratif dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar berbanding mod KCR. Ini disokong oleh hipotesis yang diutarakan. Namun begitu, pelajar LKD tidak menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar LKL. Tetapi, daripada min pencapaian pelajar menunjukkan pelajar LKD lebih tinggi berbanding LKL. Bagi pelajar LKD, mod EF menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding mod KCR. Begitu juga dengan pelajar LKL di mana mod EF menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding mod KCR. Ini mungkin kerana pencapaian pelajar LKL telah meningkat dan hampir sama dengan pelajar LKD kerana menggunakan maklum balas EF. Oleh itu, daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa pelajar yang berlokus kawalan luaran juga akan menunjukkan prestasi yang baik jika pembelajaran secara elaboratif diberikan. Rujukan Fong, S. F. (1996). Effect of different levels of feedback using multimedia computer-based learning on the learning gain of students with different cognitive styles. Unpublished Degree of Master, Universiti Sains Malaysia. Fong, S. F. (2000). Kesan animasi terhadap pembelajaran pengetahuan prosedur meiosis di kalangan pelajar pelbagai profil psikologi. Universiti Sains Malaysia. J. C Lester, Voerman, J. L., Towns, S. G., & Callaway, C. B. (1999). Deictic believability: Coordinating gesture, locomotion, and speech in lifelike pedagogical agents. Applied Artificial Intelligence, 13, 383 – 414. Lester, J. C. (2000). Animated pedagogical agents; face-to-face interaction in interactive learning environments. International Journal of Artificial Intelligence in Education, 11, 47 – 78. Maznah, I., & Ng, W. K. (1985). Relationship of locus of control, cognitive style, anxiety and academic achievement of a group of Malaysian Primary School Children. Psychology Report, 57, 1127 – 1134. Noma, T., and badler, N. I. (1997). A virtual human presenter. In proceeding of the IJCAI workshop on animated interface agents: making them intelligent, 45 – 51. Rickel, J., and Johnson, W. L. (1997). Integrating pedagogical capabilities in a virtual environment agent. In Proceeding of the First International Conference on Autonomous Agents. ACM Press. 46
  • 5. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention LAMPIRAN Gambarajah 1: Maklum Balas dengan Pengetahuan Respon yang Betul (KCR) Pelajar : A long-sighted person Pelajar : A short-sighted person Agen : Good! Your answer is correct Agen : Sorry, your answer is wrong! The correct answer is Y. Gambarajah 2: Maklum Balas dengan Penghuraian (EF) Pelajar : A long-sighted person Pelajar : A short-sighted person Agen : Good! Your answer is correct. Long- Agen : Your answer is wrong. A short- sightedness is when a person cannot see near sightedness is when a person cannot see objects clearly and they are said to suffer from distant objects clearly and they are said to suffer hypermetropia. from myopia. 47