SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
1.0 PENGENALAN KRAF
Seni kraf melambangkan kebudayaan atau identiti sesebuah masyarakat, ia juga merupakan
warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang sejak dahulu kala. Jelaslah bahawa seni
kraf dihasilkan oleh manusia yang bertamadun dan ia juga berkembang mengikut peredaran
zaman.Hasil ciptaan kraf tradisional adalah kaya dengan unsur-unsur budaya dan mempunyai
keunikan yang tersendiri.
Seni kraf merupakan satu kerja hasil kerja tangan yang sangat halus, dan indah.Ia
terzahir daripada bentuk,gaya, sifat, garisan, gerak dan warnanya yang menarik.Kebiasaannya
barang-barang kraf digunakan untuk kegunaan harian dan upacara adat resam atau upacara
keagamaan pada suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang.Warisan seni kraf yang masih lagi
terpelihara sehingga kini seperti batik,tenunan,ukiran,anyaman,tekat,tembikar,wau, gasing dan
perhiasan diri.
2.0 IDENTITI KRAF
Seni kraf mempunyai hubungan dengan adat resam atau nilai sosial.Justeru itu ia berkait rapat
dan ini telah menjadikan hak dan nilai kepunyaan disebabkan penerimaan sesebuah kraftangan
dalam sesebuah sistem. Selain daripada itu, ia juga merupakan simbolik atau indentiti yang
tersendiri seperti simbol kerjasama dan rukun tetangga sesama masyarakat pada suatu ketika
dahulu.
Nilai-nilai kesenian dan kebudayaan yang terdapat pada sesebuah bangsa
menunjukkan suatu titik permulaan dimana tingginya nilai budaya itu berkembang ke tahap
yang lebih tinggi. Kebudayaan yang terpancar melalui seni kraftangan inilah mengukirkan
keberadaan sesebuah bangsa yang bertamadun. Pengukuran kebudayaan dapat dinilai melalui
gagasan pemikiran, material budaya dan pengucapan. Seni kraf adalah aspek material budaya
yang cukup signifikan bagi mengangkat nilai-nilai keluhuran sesebuah bangsa. Teknologi dan
kreativiti yang terdapat pada senireka kraftangan adalah suatu ukuran untuk menentukan tahap
tamadun bangsa.
Seni kraf menjadi warisan kesenian yang berharga.Semoga ia terus terpelira supaya
tidak lenyap di telan zaman. Seni kraf yang ada sekarang ini supaya dapat memupuk minat
generasi muda terhadap warisan kesenian yang menjadi lambang kebanggaan dan identiti
sesebuah kaum.
3.0 SEJARAH KRAF NUSANTARA
Seni kraf boleh ditakrifkan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja
tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun.
Kebudayaan awal di Malaysia adalah dikenali sebagai kebudayaan zaman Mesolitik.
Suatu ketika dahulu nenek moyang orang Melanesia dan Polinesia di kawasan pasifik masih
tinggal tertutup di gua-gua batu bagi melindungi diri dari ancaman bahaya. Pada zaman ini
mereka mengamalkan cara hidup seperti berburu dan mengumpul untuk meneruskan
kehidupan. Terdapat peninggalan sejarah berbentuk artifak seperti serpihan tembikar,
perkakas hiasan seperti gelang, cincin, sisir batu, tempat memasak dari tanah yang dikeraskan
melalui proses pembakaran. Menurut (Peter Bellwood:2000) kebudayaan Hoabinhian ini
dikatakan nenek moyang orang Melayu “moden”.
Pada zaman Mesolitik, konsep kebudayaan seperti memburu dan menggumpul sangat
mempengaruhi bentuk kraftangan Melayu. Menurut (Abdul Halim Nasir:1987,33),konsep
kraftangan bagi masyarakat pemburu dan pengumpul dapat dikategorikan dalam bentuk
kebudayaan fizikal, dimana setiap barangan kraf yang dibuat bertujuan untuk memerdekakan
diri dari kesusahan dan untuk meneruskan kehidupan. Kesan dari peninggalan kebudayaan
fizikal ,masyarakat Mesolitik pada zaman itu telah meninggalkan kesan artifak seperti kapak
batu dan tombak batu di lenggong Perak.
Kebudayaan fizikal sentiasa berubah mengikuti peredaran zaman dan juga pengaruh.
Pengaruh dimensi waktu menjadikan manusia Homo Sapiens yang sebelumnya tinggal tertutup
di gua-gua mula hidup bebas di kawasan lembah, paya-paya, dan pesisir sungai. Corak
kehidupan mereka juga mula berubah.Mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan,
meramu makanan dan mereka juga memiliki masa lapang yang lebih panjang. Perubahan cara
hidup mereka telah mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan.
Waktu lapang yang lebih panjang menjadikan mereka mempunyai naluri estetik yang
mula muncul dalam kehidupan mereka. Jika sebelum ini barangan kraf yang mereka hasilkan
lebih ke arah fungsi fizikal untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka mula melihat fungsi
dan nilai estetik. Sejak dari itu mereka mula menghias peralatan harian.Serpihan seramik yang
bercorak yang ditemukan di Gua Cha di Kelantan maka jelaslah ianya terbukti.
Dalam dunia terbuka, cabaran di alam terbuka juga memunculkan kekaguman mereka
terhadap fenomena alam. Unsur daripada kejadian alam semulajadi seperti banjir, petir, hujan
dan sebagainya telah mewujudkan kekaguman sehingga membawa mereka kepada
kepercayaan.Kesan daripada prinsip dan kepercayaan yang diamalkan oleh mereka maka
terbentuklah hasil kraf yang dihasilkan oleh mereka. Hasil kraf yang mereka hasilkan selain
memiliki fungsi fizikal dan fungsi estetik mereka juga menyerapkan unsur-unsur
kepercayaan.Bukti tersebut telah ditinggalkan dari peninggalan zaman Neolitik seperti “batu
lintar” cincin, lukisan gua dan sebagainya.
Penemuan peralatan zaman Neolitik menandakan bukti tentang kesedaran estetik
dalam penciptaan kraftangan Melayu. Kehalusan seni kraf dapat dikatakan sebagai
bermulanya kesedaran nilai dan estetik.Penemuan barang perhiasan telah ditemukan yang
dibuat dengan tujuan estetik seperti tembikar berukir yang dihias dengan kulit siput, kulit
kerang, keratan buluh dan kayu berukir.Dalam nilai estetik terdapat penggunaan bahan alam
semulajadi sebagai unsur hias masih berterusan hingga kini.Penggunaan bahan alam masih
diamalkan oleh seniman tembikar Sayong juga Pulau Tiga.
Peredaran zaman telah membuatkan manusia terus berkembang dari segi teknologi
dan juga cara hidup.Peredaran masa sejarah yang cukup panjang telah mempengaruhi
perkembangan kraf di Malaysia. Hasil kraftangan merupakan hasil budaya yang tidak lepas
dari struktur sosial budaya dan agama masyarakat.Malaysia telah melalui beberapa pengaruh
sosial budaya, politik dan agama sebagai masyarakat yang bertamadun. Kesan daripada
pengaruh-pengaruh tersebut secara tidak langsung telah mencorakkan bentuk dan fungsi
kraftangan Malaysia.
Perubahan ketara telah berlaku dalam perkembangan kraf di Malaysia setelah
masuknya zaman beragama di Malaysia zaman “Periode Hindu”. Menurut (Abdul Halim
Nasir:33) “Periode Hindu” bermula sejak abad ke-1 hingga abad ke-14. Sepanjang pengaruh
“Periode Hindu” unsur-unsur kebudayaan Hindu telah meresap dan menjadi sebati dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Pengaruh Hindu ini memberi impak yang sangat mendalam
terhadap sosial budaya masyarakat Melayu setempat. Unsur-unsur kebudayaan Hindu seperti
bahasa, kesusasteraan, agama, kepercayaan, sihir, busana, arsitektur dan kriya telah
mempengaruhi kebudayaan Melayu di rantau ini.
Pengaruh dari kebudayaan Hindu terus meresap dalam kehidupan masyarakat Melayu
di rantau ini. Hal itu juga telah mempengaruhi perkembangan seni kraftangan di Malaysia.
Selain bentuk kebudayaan fisik, pengaruh Hindu juga meninggalkan pengaruh sosial kepada
kebudayaan di Malaysia. Pengaruh yang paling ketara terhadap struktur sosial masyarakat
Melayu adalah sistem feodal. Sistem tersebut telah mempengaruhi struktur sosial masyarakat
Melayu. Dalam sistem feodal, struktur sosial masyarakat Melayu dipisah-pisah mengikut status
sosial masyarakat. Secara tradisional masyarakat Melayu dipisahkan kepada dua kelompok.
Keturunan bangsawan yang tinggal di istana terdiri dari golongan raja dan pentadbir istana
manakala golongan rakyat biasa yang tinggal di kampung-kampung, pesisir sungai dan pesisir
hutan (Siti zainon Ismail: 13).
Pada peringkat awal perkembangan kraf di Malaysia adalah sebagai bentuk kerja
sambilan sekadar untuk mengisi masa lapang..Kegiatan seperti mengukir, menenun,
menganyam dan membatik dilakukan pada waktu lapang.Sebagai contoh bagi masyarakat
petani,pada waktu yang lapang diisi dengan kegiatan berseni dan penyediaan keperluan fizikal
keluarga, seperti pembuatan alat-alat pertanian, memperbaiki rumah dan sebagainya. Tidak
terkecuali juga dengan masyarakat nelayan, musim tengkujuh digunakan untuk hiburan dan
memperbaiki peralatan perikanan mereka seperti perahu, jaring sebagainya.
Menurut (Muhamad Afandi Yahya:103) kegemilangan kraftangan bermula semenjak
golongan istana atau sultan mengangkat darjat seniman kraf senagai seniman istana atau
dengan kata lain menjadi pelindung yang menghidupkan kesenian tersebut. Kegemilangan
kraftangan ini dibuktikan dengan mengangkat kraftangan sebagai simbol status sebuah
pemerintahan.Contohnya seorang raja yang tidak mempunyai istana yang indah dengan
penerapan seni ukirnya dianggap sebagai raja yang belum sempurna dan kurang martabatnya.
Statusnya juga dianggap lebih rendah dari raja yang mempunyai istana yang berukir.(Abdul
Halim Nasir:36).
Peranan institusi istana pada masa itu telah mengangkat seni rakyat masuk ke dalam
istana. Ia merupakan titik permulaan bagi kegemilangan kraftangan di Malaysia.Sejak itu
kraftangan bukan lagi dianggap kerja masa lapang malah ia menjadi kepentingan kepada
istana. Hasil kraftangan yang berkonsepken simbol dan budaya masyarakat Melayu mendapat
tempat yang istimewa dalam istana. Seniman kraf yang berbakat yang memiliki kemampauan
seni dan kemahiran tangan yang tinggi diangkat menjadi “seniman diraja”. Zaman Kesultanan
Melayu merupakan awal kepada penglompokan perkampungan seni di Malaysia.Kesan
daripada zaman kegemilangan pemerintahan raja Melayu sehingga kini masih lagi wujud
tempat-tempat perkembangan kraf atau industry kraf.Contohnya seperti di Perak terdapat
perkampungan kraftangan (masyarakat kraf) berpusat di Kuala Kangsar, di Kelantan berpusat
di Penambang dan beberapa lokasi kraf yang ada kaitan dengan istana di negeri-negeri yang
lain di Malaysia.
Golongan seniman yang telah diangkat sebagai seniman istana pekerjaan kraftangan
yang dilakukan dikaitkan dengan patron-client. Seniman ini sepenuhnya mengabdikan diri
kepada raja untuk melakukan kerja-kerja kraf. Kehidupan mereka tergantung pada bayaran
yang diberikan oleh raja bagi setiap karya yang disiapkan. (Md. Din Jusoh:71). Kedudukan
seniman kraf mendapat tempat yang istimewa di dalam istana, kehidupan mereka lebih
terjamin, mereka senantiasa diberi bantuan oleh raja dan atau bangsawan istana. Mereka juga
mendapat tempat tinggal di sekitar istana atau “perkampungan seni”.
Perkampungan kraf yang wujud di zaman kesultanan ini telah mempengaruhi
kraftangan di zaman kesultanan Melayu. Sultan juga sebagai petron kepada seniman kraf,
secara tidak langsung juga mempengaruhi bentuk dan mutu hasil kraftangan.Ketika ini konsep
golongan bangsawan sebagai “tuan” telah menyebabkan seniman kraf menaburkan segala
kemampuan yang dimiliki untuk menaikkan nama “tuannya”. Kraf juga telah diangkat sebagai
simbol status kepada raja oleh itu peranan seniman kraf semakin besar maka tercetuslah
zaman kegemilangan kraf di Malaysia.
Sebagai pengkarya seni yang lebih mengutamakan nilai seni dan simbol status
kraftangan istana,pengkarya tidak hanya menekankan aspek estetiknya sahaja tetapi juga
menekankan aspek makna yang tersirat di sebalik hasil karya yang diciptakan. Hubungan
petron-client yang wujud antara raja dan seniman kraf,bermaksud semua hasil karya seniman
kraf yang diciptakan menjadi mutlak hak raja. Seniman yang menghasilkan corak dan motif
yang dibuat bermakna tidak boleh ditiru oleh rakyat biasa maka kraftangan yang terdapat pada
istana atau golongan bangsawan tidak dapat dijumpai di lingkungan rakyat biasa. Penerapan
unsur-unsur makna yang tersirat dalam hasil kraftangan juga itu mempengaruhi bentuk visual
karyanya. Penciptaan karya kraf, secara tidak langsung dikaitkan dengan nilai-nilai yang hidup
dalam masyarakat golongan bangsawan.
Golongan biasa terus melakukan kerja kraftangan sebagai aktiviti mengisi masa lapang
mereka walaupun ciri kraftangan mereka berbeza dengan kraftangan golongan bangsawan.
Kewujudan kraftangan rakyat biasa tidak banyak berubah seperti bubu, dinding buluh, jala,
batik, ukiran kayu dan sebagainya berkembang mengikut fungsi kegunaan.Jika terdapat unsur
hiasan pada kraftangan ia merupakan perkembangan naluri estetik dan keparcayaan seniman
kraf. Perbezaan kelompok budaya masyarakat Melayu dari pengaruh Hindu ini banyak
memberi impak terhadap perkembangan kraftangan di Malaysia.
Dua darjat yang berbeza ini telah mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan di
Malaysia. Dua kelompok kraftangan mula wujud di Malaysia.Hasil kraftangan golongan
bangsawanan bukan sahaja terkenal dengan kehalusan dan ketelitian tetapi memiliki nilai
makna dan falsafah disebalik hasil kraftangan. Kraftangan seperti ukiran kayu, tenunan
songket, ukiran logam menjadi simbol golongan bangsawan.Hasil kraftangan istana diangkat
sebagai simbol status yang termasyhur manakala kraftangan golongan rakyat biasa masih
kasar dan lebih mementingkan pada fungsi gunaan.
Pada awal abad ke-12 di pantai timur dan abad ke 13 di pantai barat Semenanjung
Malaysia, setelah kemasukkan ajaran Islam pengaruh ajaran Hindu di Malaysia mula tehakis.
Islam menjadi pengaruh yang kuat selepas pengaruh Hindu. Agama Islam mula menjadi
pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu di Malaysia. Ajaran Islam mula merasap Islam ke
dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga akhirnya menyingkirkan sedikit demi sedikit
pengaruh Hindu. Sejak kemunculan Islam perubahan pegangan hidup ini telah mengubah
struktur sosial dan gaya hidup masyarakat Melayu Malaysia. Pengaruh Islam yang begitu luas
dan mendalam dalam kehidupan masyarakat mengakibatkan segala aktiviti masyarakat
dikaitkan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Menurut (Abdul Halim Nasir:34) kesan dari pengaruh agama Islam ini telah mengubah
bentuk dan konsep kraftangan di Malaysia. Secara konseptual, nilai-nilai keislaman diterapkan
dalam hasil kraftangan. Motif-motif fauna digantikan dengan motif-motif tumbuh-tumbuhan atau
stilisasi serta ukiran kaligrafi Islam. Sejak dari itu hasil karya yang dikaitkan dengan Islam dan
kepercayaan mendapat tempat yang istimewa. Kebanyakan seniman kraf mula mencurahkan
kemahiran krafnya pada istana, masjid dan surau dalam bentuk ibadat.
Kemunculan pengaruh revolusi industri di Eropah mendorong berlakunya penjajahan
oleh negara-negara yang lebih maju terhadap dunia ketiga. Malaysia juga tidak terkecuali dari
pengaruh tersebut. Penjajahan Inggeris selama 48 tahun terhadap Malaysia tidak memberi
perubahan terhadap kewujudan seni kraf di Malaysia. Semasa zaman penjajahan,
perkembangan kraf bagi golongan Istana ibarat “hidup segan mati tak mau.”Keadaan ini
berbeza dengan perkembangan kraf golongan rakyat biasa.Namun demikian perkembangan
kraf golongan rakyat biasa tetap berkembang mengikut keperluan fungsi fizikal.
Sejak kemunculan awal penjajahan Inggeris, tiada usaha-usaha secara nyata yang
dilakukan pentadbir Inggeris di Malaysia untuk meningkatkan perkembangan kraf. Dari sudut
lain pula berkurangnya kekuasaan institusi istana dalam pemerintahan juga membatasi
perkembangan kraf di Malaysia. Keadaan telah berubah menyebabkan institusi istana tidak
lagi memiliki kuasa penuh terhadap seniman kraf seperti hubungan petron-client pada zaman
kesultanan seperti sebelum ini.Ramai seniman kraf istana meninggalkan pekerjaannya karena
tidak mendapat jaminan ekonomi dari institusi istana. Akhirnya tidak ada perkembangan yang
bermakna dalam perkembangan kraf di Malaysia.
Perkembangan kraf di Malaysia terjejas kerana hadirnya perkembangan pengaruh
penjajahan khususnya Inggeris dalam pola kehidupan masyarakat Melayu. Kesan daripada
penjajahan Inggeris mampu mengubah pemikiran juga mengubah pola hidup masyarakat
Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu mula mengagungkan cara hidup barat atau
kebudayaan popular menyebabkan masyarakat Melayu di Malaysia membelakangi cara hidup
tradisional. Pengaruh Inggeris ini mula meresap ke dalam kehidupan Melayu. Masyarakat
Melayu mula menggunakan peralatan yang berasaskan sains dan teknologi menjadi pilihan
bagi golongan elit dalam kehidupan harian. Kesenian tradisi mula tergugat dan mula tersisih
dalam kehidupan masyarakat.
Permintaan terhadap hasil kraftangan mula berkurangan,akibatnya seniman kraf di
Malaysia lebih berhasrat meninggalkan pekerjaan sebagai seniman kraf. Kini hidup mereka
cenderung untuk kembali bertani atau menjadi nelayan. Terdapat juga di kalangan mereka
berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan untuk menyara hidup.
Menurut (Mustafa Muhammad:96), pengaruh penjajahan memperlihatkan satu pergerakan
kearah “zaman kegelapan” dalam perkembangan seni kraf di Malaysia. Generasi muda
beranggapan seni kraf ini tidak menjanjikan masa depan yang cerah dan tidak
menguntungkan.Generasi muda lebih berminat untuk berhijrah ke kota demi mencari
pekerjaan.Kesan daripada itu juga mengakibatkan ketidakseimbangan antara penduduk dan
pekerjaan. Akibat daripada itu juga tanah-tanah pertanian dan perikanan menghadapi masalah
kekurangan pekerja.
Menurut (Mustafa Muhammad: 96),menyedari hakikat tersebut, pemerintahan Inggris di
Tanah Melayu mengharapkan kependudukan dan budaya hidup masyarakat Melayu tidak
diganggu. Masyarakat Melayu seharusnya dikekalkan di desa-desa dan mengamalkan cara
hidup bertani, bertukang atau nelayan. Pada tahun 1916 R.O. Winsted memperkenalkan
kursus baru dalam sekolah vernakular Melayu. Kursus tersebut adalah kursus pertanian dan
pertukangan yang juga melibatkan seni kraf. Sasaran dari sekolah vernakular Melayu ini untuk
memenuhi asas sosial masyarakat Melayu di desa.
Semenjak kursus pertanian dan pertukangan itu diperkenalkan seni kraf mendapat
nafas baru yang menyegarkan. Pelajar sekolah vernakular Melayu yang mendapat perestasi
yang baik, juga mendapat peluang untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih
tinggi. Demi mencapai tujuan pendidikan sekolah vernakular Melayu ketingkat yang lebih tinggi,
kemudian diperkenalkan kursus-kursus pertanian dan pertukangan melalui pusat-pusat
pengajian tingggi. Pusat pendidikan tinggi yang diwujudkan adalah Perguruan Sultan Idris
Traning Collage (SITC), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Institut Teknologi Mara (ITM),
dan sebagainya.
Pada ma situ peranan pentadbiran Inggeris telah memainkan peranan penting dalam
perkembangan seni kraf di Malaysia sangat besar sekali setelah kursus pertanian dan
pertukangan di pusat pengajian tinggi dibuka. Peranan pemerintah Inggeris dapat dikatakan
sebagai tunas ke arah perkembangan baru dalam seni kraf di Malaysia untuk jangka masa
yang panjang. Namun demikian kesan fizikal dari peranan tersebut tidak dapat dilihat dalam
jangka masa yang singkat.
Kraftangan di Malaysia semakin menunjukkan perkembangan yang positif setelah
kemerdekaan.Kaum Melayu mula mempunyai kesedaran tentang semangat nasionalisma dan
jatidiri bangsa Melayu. Kesenian mereka mula berunsurkan kebangsaan dan menunjukkan
perkembangan yang menggalakkan. Pengaruh “budaya popular” walaupun pada peringkat
awal kemerdekaan masih lagi mempangaruhi masyrakat Malaysia, namun usaha-usaha positif
telah mula dilakukan oleh pentadbiran baru kerajaan Malaysia untuk mengekalkan warisan dan
budaya masyarakat Melayu.
Seni kraf mula dimartabatkan dan diangkat sebagai warisan yang berharga.Usaha
kerajaan untuk memajukan dan merealisasikan seni kraf sebagai sebuah industry. Kuasa
tersebut diserahkan kepada Rural and Industrial Development Authority atau RIDA pada tahun
1958. Rancangan Malaysia Pertama dilancarkan pada tahun 1966 Majelis Amanah Rakyat
atau MARA telah mengambil alih tugas RIDA. MARA didirikankan bertujuan untuk
menggalakkan masyarakat Melayu ikut serta dalam bidang perniagaan. Hasil usaha itu juga
bidang seni kraf telah dipilih untuk dijadikan industri moden.Kebanyakkan seniman kraf di
Malaysia terdiri dari masyarakat Melayu itu sendiri. Bagi menjaga standard kualiti kraf dan juga
kebajikan seniman kraf, Handicraft Development Centre telah ditubuhkan pada tahun
1967.Tujuan tersebut adalah untuk memberikan khidmat nasihat berbentuk latihan, teknikal,
dan keuangan kepada pengusaha dan seniman kraf. Hasil daripada usaha tersebut maka
akhirnya seni kraf di Malaysia berubah status dari cottage industry menjadi industri modern.
Aabilakraf berkembang menjadi industri moden. Seni kraf Melayu mulai beroperasi
kembali oleh masyarakat Melayu.Jenis-jenis kraftangan seperti ukiran, tenunan, batik, dan
sebagainya yang satu masa dulu hampir dilupakan oleh masyarakatnya sendiri, mulai diberikan
nafas baru. Seni kraf mula dianggap bermakna dan boleh mendatangkan keuntungan. Kini
seni kraf tidak lagi dipandang sebagai kegiatan waktu lapang atau sebagai kegiatan yang
berkaitan dengan minat malah ia dapat membina masa depan Negara.
Demi memartabatkan seni kraf pihak kerajaan juga telah menubuhkan Lembaga
Kraftangan Malaysia atau LKM yang sepenuhnya bergerak dalam usaha memajukan seni kraf
di Malaysia. Pada tahun 1979 LKM diganti dengan nama baru sebagai Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia atau PKKM untuk memperkukuh kedudukan industri kraf di Malaysia,
pada tahun 1973 kerajaan Malaysia menubuhkan Lembaga Kraftangan Malaysia atau LKM
yang sepenuhnya bergerak dalam usaha memajukan seni kraf di Malaysia. Pada tahun 1979
LKM diganti dengan nama baru dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
atau PKKM. Pengurusan PKKM tersebut sepenuhnya dikelola oleh Kementerian
Pembangunan Usahawan Malaysia. Matlamat PKKM bertujuan untuk membangun dan
mempromosikan industri seni kraf di Malaysia. PKKM pada awalnya telah berpusat di Kuala
Lumpur, setelah itu PKKM terus berkembang menjadi cawangan-cawangan kecil di setiap
negeri di Malaysia.
Hasrat PKKM Kementerian Pembangunan Usahawan untuk mencapai impianya,
ia juga telah mengantar pelatihnya untuk mendalami bidang-bidang seni kraf yang berkaitan
keluar negeri. Pelatih-pelati ini akan dihantar ke negara-negara yang menjadi pilihan seperti
Jepun, Indonesia, Thailand dan Korea. Setelah tamat pengajian pelatih ini akan dilantik sebagai
tenaga pengajar di cawangan PKKM di tiap negeri. Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf
di Malaysia dapat dikategorikan dalam dua kelompok makna yang berbeza yaitu “seni kraf” dan
“kraf seni”. Kelompok “seni kraf” lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan
keindahan dalam aspek formal manakala kelompok “kraf seni” lebih berorientasikan pada seni
murni yang mengarah ada aspek content dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan
sebagainya. Sebagai contoh dalam ukiran kayu ada istilah “ukiran kayu” dan “ukiran kayu
halus”. “Ukiran kayu” adalah karya ukiran yang lebih berorientasikan pada produk dan nilai
estetiknya lebih bersifat formal, manakala “ukiran kayu halus” lebih berorientasikan pada
perasaan yang mengarah pada emosi dan ekspresi.
4.0 CIRI-CIRI KRAF NUSANTARA MENGIKUT ZAMAN
Zaman Awal
• Fungsi Fizikal – lebih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan
(untuk memerdekakan diri).
• Fungsi Non Fizikal – Lebih berorientasikan kekekaguman dan kepercayaan (animisma).
• Identiti masih kabur serta lebih cenderung berorientasikan pada teori fungsi.
Zaman Beraja
a) Zaman Pengaruh Hindu
• Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan.
• Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorientasikan pada konsep ketuanan (konsep
Dewaraja) dan ajaran agama Hindu.
• Identiti kraf mula dapat dikategorikan pada dua kelompok iaitu kraf yang berorientasikan
pada fungsi fizikal dan kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Hindu
(falsafah dan pemikiran Melayu).
• Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama lebih “halus” dibandingkan kraf
yang berorientasikan fungsi fizikal.
b) Zaman Islam (Kesultanan)
• Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan.
• Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorintasikan pada konsep kepercayaan agama
islam dan konsep ketuanan (konsep Dewaraja) dan sedikit kepercayaan agama Hindu.
• Identiti kraf mula berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang
berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada ajaran Islam dan kraf
yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam. (Falsafah dan Pemikiran agama Hindu
makin berkurangan setelah dan diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan
budaya melayu setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan
masyarakat Melayu).
• Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan Hindu Islam lebih “halus”
dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal.
Zaman Penjajahan
• Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan.
• Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorintasikan pada konsep kepercayaan agama
islam dan konsep ketuanan (konsep Dewaraja) dan sedikit kepercayaan agama Hindu.
• Identiti kraf mula berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang
berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada ajaran Islam dan kraf
yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam. (Falsafah dan Pemikiran agama Hindu
makin berkurangan setelah dan diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan
budaya melayu setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan
masyarakat Melayu).
• Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan Hindu Islam lebih “halus”
dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal.
Zaman Selepas Kemerdekaan
• Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan
juga sebagai nilai komersial.
• Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorintasikan pada konsep kepercayaan agama
islam dan konsep ketuanan (konsep Dewaraja),sedikit kepercayaan agama Hindu juga
berkonsepkan idea bebas.
• Identiti kraf mula berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang
berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada ajaran Islam dan kraf
yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam. (Falsafah dan Pemikiran agama Hindu
makin berkurangan setelah dan diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan
budaya melayu setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan
masyarakat Melayu).
• Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan Hindu Islam lebih “halus”
dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal.
• Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf di Malaysia dapat dikategorikan dalam dua
kelompok makna yang berbeza yaitu “seni kraf” dan “kraf seni”. Kelompok “seni kraf”
lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan keindahan dalam aspek
formal manakala kelompok “kraf seni” lebih berorientasikan pada seni murni yang
mengarah ada aspek content dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan
sebagainya. Sebagai contoh dalam ukiran kayu ada istilah “ukiran kayu” dan “ukiran
kayu halus”. “Ukiran kayu” adalah karya ukiran yang lebih berorientasikan pada produk
dan nilai estetiknya lebih bersifat formal, manakala “ukiran kayu halus” lebih
berorientasikan pada perasaan yang mengarah pada emosi dan ekspresi
5.0 NILAI-NILAI INTELEKTUAL DI SEBALIK KRAF TRADISIONAL
5.1 Ukiran Kayu
Menurut dewan bahasa seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores, dan
memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang
perhiasan dan lain-lain.
Ukiran kayu merupakan seni pertukangan tangan atau dikenali sebagi kraftangan yang
menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu,
memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan
menggunakan pemahat dan pisau wali.
Seni ukiran ini sangat terkenal sejak dahulu lagi kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis
kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai
untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Seni ukiran ini bukan sinonim dengan
masyarakat Melayu sahaja bahkan kepada masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang
Asli juga di rantau ini.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajaciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajacayth
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Seni arca
Seni arcaSeni arca
Seni arcamradzi
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Konsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranKonsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranAzhar Hj Zakaria
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Identiti korporat
Identiti korporatIdentiti korporat
Identiti korporatilaazmil2
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seniMuhammad Ismail
 
Cara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografiCara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografiAni Amboche
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalmunnianwar
 
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Mcc Goh
 

Was ist angesagt? (20)

Projek kajian seni visual 2013
Projek kajian seni visual 2013Projek kajian seni visual 2013
Projek kajian seni visual 2013
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Imbangan
ImbanganImbangan
Imbangan
 
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajaciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Seni arca
Seni arcaSeni arca
Seni arca
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Penegasan
PenegasanPenegasan
Penegasan
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Konsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranKonsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaran
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Identiti korporat
Identiti korporatIdentiti korporat
Identiti korporat
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 
Cara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografiCara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografi
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 

Andere mochten auch (20)

SMH e_Skills
SMH e_SkillsSMH e_Skills
SMH e_Skills
 
USB Certificate
USB CertificateUSB Certificate
USB Certificate
 
Cartilla corregida 161109
Cartilla corregida 161109Cartilla corregida 161109
Cartilla corregida 161109
 
I Magenes HistóRicas Entrada
I Magenes HistóRicas EntradaI Magenes HistóRicas Entrada
I Magenes HistóRicas Entrada
 
Suiza
SuizaSuiza
Suiza
 
Mapa de-progreso-democracia-y-desarrollo
Mapa de-progreso-democracia-y-desarrolloMapa de-progreso-democracia-y-desarrollo
Mapa de-progreso-democracia-y-desarrollo
 
Multiclick cadastro completo
Multiclick cadastro completoMulticlick cadastro completo
Multiclick cadastro completo
 
Thursday SMH
Thursday SMHThursday SMH
Thursday SMH
 
TMDE CERTIFICATE
TMDE CERTIFICATETMDE CERTIFICATE
TMDE CERTIFICATE
 
005 atos
005 atos005 atos
005 atos
 
introducao ao direito
introducao ao direitointroducao ao direito
introducao ao direito
 
IntervencióN Smh Cong. Int. Nuevo Periodismo V2.0
IntervencióN Smh Cong. Int. Nuevo Periodismo  V2.0IntervencióN Smh Cong. Int. Nuevo Periodismo  V2.0
IntervencióN Smh Cong. Int. Nuevo Periodismo V2.0
 
Lingüística Aplicada como medio de Reflexión en Estudiantes
Lingüística Aplicada como medio de Reflexión en EstudiantesLingüística Aplicada como medio de Reflexión en Estudiantes
Lingüística Aplicada como medio de Reflexión en Estudiantes
 
Slideshare
SlideshareSlideshare
Slideshare
 
Aliquote tasi 2015
Aliquote tasi 2015Aliquote tasi 2015
Aliquote tasi 2015
 
Cap7 2
Cap7 2Cap7 2
Cap7 2
 
Ok _________florinda ebook
Ok  _________florinda ebookOk  _________florinda ebook
Ok _________florinda ebook
 
Per 28 nov
Per 28 novPer 28 nov
Per 28 nov
 
Commendation Letter from SHELL - Kayode Onasile
Commendation Letter from SHELL - Kayode OnasileCommendation Letter from SHELL - Kayode Onasile
Commendation Letter from SHELL - Kayode Onasile
 
A FILOSOFIA E SUA HISTÓRIA
A FILOSOFIA E SUA HISTÓRIAA FILOSOFIA E SUA HISTÓRIA
A FILOSOFIA E SUA HISTÓRIA
 

Ähnlich wie Kraf Ukiran

Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Fairuz Alwi
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Norafsah Awang Kati
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalArifahAzlanShah2
 
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENImuhammad
 
Recka, alfarobi,ninda, sinta, havida
Recka, alfarobi,ninda, sinta, havidaRecka, alfarobi,ninda, sinta, havida
Recka, alfarobi,ninda, sinta, havidaLaksmana Recka
 
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaaEvolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaaPiong Chin
 
Hasil Kebudayaan Praaksara Tingkat Lanjut
Hasil Kebudayaan Praaksara Tingkat LanjutHasil Kebudayaan Praaksara Tingkat Lanjut
Hasil Kebudayaan Praaksara Tingkat LanjutChristina Dwi Rahayu
 
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONALUkiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONALmuhammad
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103 miza7272
 
Xii bab 3 semester 2
Xii bab 3 semester 2Xii bab 3 semester 2
Xii bab 3 semester 2arman02091996
 
BAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptx
BAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptxBAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptx
BAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptxAvinaashChandran
 
Pembelajaran sejarah kelas X semester 1
Pembelajaran sejarah kelas X semester 1Pembelajaran sejarah kelas X semester 1
Pembelajaran sejarah kelas X semester 1Umi Rosyidah
 
Tradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan dan
Tradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan danTradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan dan
Tradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan danmaranathatesa
 

Ähnlich wie Kraf Ukiran (20)

Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
 
Recka, alfarobi,ninda, sinta, havida
Recka, alfarobi,ninda, sinta, havidaRecka, alfarobi,ninda, sinta, havida
Recka, alfarobi,ninda, sinta, havida
 
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaaEvolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
 
Hasil Kebudayaan Praaksara Tingkat Lanjut
Hasil Kebudayaan Praaksara Tingkat LanjutHasil Kebudayaan Praaksara Tingkat Lanjut
Hasil Kebudayaan Praaksara Tingkat Lanjut
 
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONALUkiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
 
Kalpataru no 11 majalah arkeologi
Kalpataru no 11   majalah arkeologiKalpataru no 11   majalah arkeologi
Kalpataru no 11 majalah arkeologi
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Budaya Melayu
Budaya MelayuBudaya Melayu
Budaya Melayu
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103
 
Seni catan-cina
Seni catan-cinaSeni catan-cina
Seni catan-cina
 
Xii bab 3 semester 2
Xii bab 3 semester 2Xii bab 3 semester 2
Xii bab 3 semester 2
 
Artikel ski
Artikel skiArtikel ski
Artikel ski
 
BAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptx
BAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptxBAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptx
BAB 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN.docx.pptx
 
Pembelajaran sejarah kelas X semester 1
Pembelajaran sejarah kelas X semester 1Pembelajaran sejarah kelas X semester 1
Pembelajaran sejarah kelas X semester 1
 
Tradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan dan
Tradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan danTradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan dan
Tradisi sejarah masyarakat indonesia sebelum mengenal tulisan dan
 
Seni Rupa Tradisional
Seni Rupa TradisionalSeni Rupa Tradisional
Seni Rupa Tradisional
 

Kürzlich hochgeladen

MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Kürzlich hochgeladen (20)

MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Kraf Ukiran

  • 1. 1.0 PENGENALAN KRAF Seni kraf melambangkan kebudayaan atau identiti sesebuah masyarakat, ia juga merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang sejak dahulu kala. Jelaslah bahawa seni kraf dihasilkan oleh manusia yang bertamadun dan ia juga berkembang mengikut peredaran zaman.Hasil ciptaan kraf tradisional adalah kaya dengan unsur-unsur budaya dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Seni kraf merupakan satu kerja hasil kerja tangan yang sangat halus, dan indah.Ia terzahir daripada bentuk,gaya, sifat, garisan, gerak dan warnanya yang menarik.Kebiasaannya barang-barang kraf digunakan untuk kegunaan harian dan upacara adat resam atau upacara keagamaan pada suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang.Warisan seni kraf yang masih lagi terpelihara sehingga kini seperti batik,tenunan,ukiran,anyaman,tekat,tembikar,wau, gasing dan perhiasan diri. 2.0 IDENTITI KRAF Seni kraf mempunyai hubungan dengan adat resam atau nilai sosial.Justeru itu ia berkait rapat dan ini telah menjadikan hak dan nilai kepunyaan disebabkan penerimaan sesebuah kraftangan dalam sesebuah sistem. Selain daripada itu, ia juga merupakan simbolik atau indentiti yang tersendiri seperti simbol kerjasama dan rukun tetangga sesama masyarakat pada suatu ketika dahulu. Nilai-nilai kesenian dan kebudayaan yang terdapat pada sesebuah bangsa menunjukkan suatu titik permulaan dimana tingginya nilai budaya itu berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Kebudayaan yang terpancar melalui seni kraftangan inilah mengukirkan keberadaan sesebuah bangsa yang bertamadun. Pengukuran kebudayaan dapat dinilai melalui gagasan pemikiran, material budaya dan pengucapan. Seni kraf adalah aspek material budaya yang cukup signifikan bagi mengangkat nilai-nilai keluhuran sesebuah bangsa. Teknologi dan kreativiti yang terdapat pada senireka kraftangan adalah suatu ukuran untuk menentukan tahap tamadun bangsa. Seni kraf menjadi warisan kesenian yang berharga.Semoga ia terus terpelira supaya tidak lenyap di telan zaman. Seni kraf yang ada sekarang ini supaya dapat memupuk minat
  • 2. generasi muda terhadap warisan kesenian yang menjadi lambang kebanggaan dan identiti sesebuah kaum. 3.0 SEJARAH KRAF NUSANTARA Seni kraf boleh ditakrifkan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun. Kebudayaan awal di Malaysia adalah dikenali sebagai kebudayaan zaman Mesolitik. Suatu ketika dahulu nenek moyang orang Melanesia dan Polinesia di kawasan pasifik masih tinggal tertutup di gua-gua batu bagi melindungi diri dari ancaman bahaya. Pada zaman ini mereka mengamalkan cara hidup seperti berburu dan mengumpul untuk meneruskan kehidupan. Terdapat peninggalan sejarah berbentuk artifak seperti serpihan tembikar, perkakas hiasan seperti gelang, cincin, sisir batu, tempat memasak dari tanah yang dikeraskan melalui proses pembakaran. Menurut (Peter Bellwood:2000) kebudayaan Hoabinhian ini dikatakan nenek moyang orang Melayu “moden”. Pada zaman Mesolitik, konsep kebudayaan seperti memburu dan menggumpul sangat mempengaruhi bentuk kraftangan Melayu. Menurut (Abdul Halim Nasir:1987,33),konsep kraftangan bagi masyarakat pemburu dan pengumpul dapat dikategorikan dalam bentuk kebudayaan fizikal, dimana setiap barangan kraf yang dibuat bertujuan untuk memerdekakan diri dari kesusahan dan untuk meneruskan kehidupan. Kesan dari peninggalan kebudayaan fizikal ,masyarakat Mesolitik pada zaman itu telah meninggalkan kesan artifak seperti kapak batu dan tombak batu di lenggong Perak. Kebudayaan fizikal sentiasa berubah mengikuti peredaran zaman dan juga pengaruh. Pengaruh dimensi waktu menjadikan manusia Homo Sapiens yang sebelumnya tinggal tertutup di gua-gua mula hidup bebas di kawasan lembah, paya-paya, dan pesisir sungai. Corak kehidupan mereka juga mula berubah.Mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, meramu makanan dan mereka juga memiliki masa lapang yang lebih panjang. Perubahan cara hidup mereka telah mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan. Waktu lapang yang lebih panjang menjadikan mereka mempunyai naluri estetik yang mula muncul dalam kehidupan mereka. Jika sebelum ini barangan kraf yang mereka hasilkan lebih ke arah fungsi fizikal untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka mula melihat fungsi dan nilai estetik. Sejak dari itu mereka mula menghias peralatan harian.Serpihan seramik yang bercorak yang ditemukan di Gua Cha di Kelantan maka jelaslah ianya terbukti.
  • 3. Dalam dunia terbuka, cabaran di alam terbuka juga memunculkan kekaguman mereka terhadap fenomena alam. Unsur daripada kejadian alam semulajadi seperti banjir, petir, hujan dan sebagainya telah mewujudkan kekaguman sehingga membawa mereka kepada kepercayaan.Kesan daripada prinsip dan kepercayaan yang diamalkan oleh mereka maka terbentuklah hasil kraf yang dihasilkan oleh mereka. Hasil kraf yang mereka hasilkan selain memiliki fungsi fizikal dan fungsi estetik mereka juga menyerapkan unsur-unsur kepercayaan.Bukti tersebut telah ditinggalkan dari peninggalan zaman Neolitik seperti “batu lintar” cincin, lukisan gua dan sebagainya. Penemuan peralatan zaman Neolitik menandakan bukti tentang kesedaran estetik dalam penciptaan kraftangan Melayu. Kehalusan seni kraf dapat dikatakan sebagai bermulanya kesedaran nilai dan estetik.Penemuan barang perhiasan telah ditemukan yang dibuat dengan tujuan estetik seperti tembikar berukir yang dihias dengan kulit siput, kulit kerang, keratan buluh dan kayu berukir.Dalam nilai estetik terdapat penggunaan bahan alam semulajadi sebagai unsur hias masih berterusan hingga kini.Penggunaan bahan alam masih diamalkan oleh seniman tembikar Sayong juga Pulau Tiga. Peredaran zaman telah membuatkan manusia terus berkembang dari segi teknologi dan juga cara hidup.Peredaran masa sejarah yang cukup panjang telah mempengaruhi perkembangan kraf di Malaysia. Hasil kraftangan merupakan hasil budaya yang tidak lepas dari struktur sosial budaya dan agama masyarakat.Malaysia telah melalui beberapa pengaruh sosial budaya, politik dan agama sebagai masyarakat yang bertamadun. Kesan daripada pengaruh-pengaruh tersebut secara tidak langsung telah mencorakkan bentuk dan fungsi kraftangan Malaysia. Perubahan ketara telah berlaku dalam perkembangan kraf di Malaysia setelah masuknya zaman beragama di Malaysia zaman “Periode Hindu”. Menurut (Abdul Halim Nasir:33) “Periode Hindu” bermula sejak abad ke-1 hingga abad ke-14. Sepanjang pengaruh “Periode Hindu” unsur-unsur kebudayaan Hindu telah meresap dan menjadi sebati dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Pengaruh Hindu ini memberi impak yang sangat mendalam terhadap sosial budaya masyarakat Melayu setempat. Unsur-unsur kebudayaan Hindu seperti bahasa, kesusasteraan, agama, kepercayaan, sihir, busana, arsitektur dan kriya telah mempengaruhi kebudayaan Melayu di rantau ini. Pengaruh dari kebudayaan Hindu terus meresap dalam kehidupan masyarakat Melayu di rantau ini. Hal itu juga telah mempengaruhi perkembangan seni kraftangan di Malaysia. Selain bentuk kebudayaan fisik, pengaruh Hindu juga meninggalkan pengaruh sosial kepada
  • 4. kebudayaan di Malaysia. Pengaruh yang paling ketara terhadap struktur sosial masyarakat Melayu adalah sistem feodal. Sistem tersebut telah mempengaruhi struktur sosial masyarakat Melayu. Dalam sistem feodal, struktur sosial masyarakat Melayu dipisah-pisah mengikut status sosial masyarakat. Secara tradisional masyarakat Melayu dipisahkan kepada dua kelompok. Keturunan bangsawan yang tinggal di istana terdiri dari golongan raja dan pentadbir istana manakala golongan rakyat biasa yang tinggal di kampung-kampung, pesisir sungai dan pesisir hutan (Siti zainon Ismail: 13). Pada peringkat awal perkembangan kraf di Malaysia adalah sebagai bentuk kerja sambilan sekadar untuk mengisi masa lapang..Kegiatan seperti mengukir, menenun, menganyam dan membatik dilakukan pada waktu lapang.Sebagai contoh bagi masyarakat petani,pada waktu yang lapang diisi dengan kegiatan berseni dan penyediaan keperluan fizikal keluarga, seperti pembuatan alat-alat pertanian, memperbaiki rumah dan sebagainya. Tidak terkecuali juga dengan masyarakat nelayan, musim tengkujuh digunakan untuk hiburan dan memperbaiki peralatan perikanan mereka seperti perahu, jaring sebagainya. Menurut (Muhamad Afandi Yahya:103) kegemilangan kraftangan bermula semenjak golongan istana atau sultan mengangkat darjat seniman kraf senagai seniman istana atau dengan kata lain menjadi pelindung yang menghidupkan kesenian tersebut. Kegemilangan kraftangan ini dibuktikan dengan mengangkat kraftangan sebagai simbol status sebuah pemerintahan.Contohnya seorang raja yang tidak mempunyai istana yang indah dengan penerapan seni ukirnya dianggap sebagai raja yang belum sempurna dan kurang martabatnya. Statusnya juga dianggap lebih rendah dari raja yang mempunyai istana yang berukir.(Abdul Halim Nasir:36). Peranan institusi istana pada masa itu telah mengangkat seni rakyat masuk ke dalam istana. Ia merupakan titik permulaan bagi kegemilangan kraftangan di Malaysia.Sejak itu kraftangan bukan lagi dianggap kerja masa lapang malah ia menjadi kepentingan kepada istana. Hasil kraftangan yang berkonsepken simbol dan budaya masyarakat Melayu mendapat tempat yang istimewa dalam istana. Seniman kraf yang berbakat yang memiliki kemampauan seni dan kemahiran tangan yang tinggi diangkat menjadi “seniman diraja”. Zaman Kesultanan Melayu merupakan awal kepada penglompokan perkampungan seni di Malaysia.Kesan daripada zaman kegemilangan pemerintahan raja Melayu sehingga kini masih lagi wujud tempat-tempat perkembangan kraf atau industry kraf.Contohnya seperti di Perak terdapat perkampungan kraftangan (masyarakat kraf) berpusat di Kuala Kangsar, di Kelantan berpusat
  • 5. di Penambang dan beberapa lokasi kraf yang ada kaitan dengan istana di negeri-negeri yang lain di Malaysia. Golongan seniman yang telah diangkat sebagai seniman istana pekerjaan kraftangan yang dilakukan dikaitkan dengan patron-client. Seniman ini sepenuhnya mengabdikan diri kepada raja untuk melakukan kerja-kerja kraf. Kehidupan mereka tergantung pada bayaran yang diberikan oleh raja bagi setiap karya yang disiapkan. (Md. Din Jusoh:71). Kedudukan seniman kraf mendapat tempat yang istimewa di dalam istana, kehidupan mereka lebih terjamin, mereka senantiasa diberi bantuan oleh raja dan atau bangsawan istana. Mereka juga mendapat tempat tinggal di sekitar istana atau “perkampungan seni”. Perkampungan kraf yang wujud di zaman kesultanan ini telah mempengaruhi kraftangan di zaman kesultanan Melayu. Sultan juga sebagai petron kepada seniman kraf, secara tidak langsung juga mempengaruhi bentuk dan mutu hasil kraftangan.Ketika ini konsep golongan bangsawan sebagai “tuan” telah menyebabkan seniman kraf menaburkan segala kemampuan yang dimiliki untuk menaikkan nama “tuannya”. Kraf juga telah diangkat sebagai simbol status kepada raja oleh itu peranan seniman kraf semakin besar maka tercetuslah zaman kegemilangan kraf di Malaysia. Sebagai pengkarya seni yang lebih mengutamakan nilai seni dan simbol status kraftangan istana,pengkarya tidak hanya menekankan aspek estetiknya sahaja tetapi juga menekankan aspek makna yang tersirat di sebalik hasil karya yang diciptakan. Hubungan petron-client yang wujud antara raja dan seniman kraf,bermaksud semua hasil karya seniman kraf yang diciptakan menjadi mutlak hak raja. Seniman yang menghasilkan corak dan motif yang dibuat bermakna tidak boleh ditiru oleh rakyat biasa maka kraftangan yang terdapat pada istana atau golongan bangsawan tidak dapat dijumpai di lingkungan rakyat biasa. Penerapan unsur-unsur makna yang tersirat dalam hasil kraftangan juga itu mempengaruhi bentuk visual karyanya. Penciptaan karya kraf, secara tidak langsung dikaitkan dengan nilai-nilai yang hidup dalam masyarakat golongan bangsawan. Golongan biasa terus melakukan kerja kraftangan sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka walaupun ciri kraftangan mereka berbeza dengan kraftangan golongan bangsawan. Kewujudan kraftangan rakyat biasa tidak banyak berubah seperti bubu, dinding buluh, jala, batik, ukiran kayu dan sebagainya berkembang mengikut fungsi kegunaan.Jika terdapat unsur hiasan pada kraftangan ia merupakan perkembangan naluri estetik dan keparcayaan seniman kraf. Perbezaan kelompok budaya masyarakat Melayu dari pengaruh Hindu ini banyak memberi impak terhadap perkembangan kraftangan di Malaysia.
  • 6. Dua darjat yang berbeza ini telah mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan di Malaysia. Dua kelompok kraftangan mula wujud di Malaysia.Hasil kraftangan golongan bangsawanan bukan sahaja terkenal dengan kehalusan dan ketelitian tetapi memiliki nilai makna dan falsafah disebalik hasil kraftangan. Kraftangan seperti ukiran kayu, tenunan songket, ukiran logam menjadi simbol golongan bangsawan.Hasil kraftangan istana diangkat sebagai simbol status yang termasyhur manakala kraftangan golongan rakyat biasa masih kasar dan lebih mementingkan pada fungsi gunaan. Pada awal abad ke-12 di pantai timur dan abad ke 13 di pantai barat Semenanjung Malaysia, setelah kemasukkan ajaran Islam pengaruh ajaran Hindu di Malaysia mula tehakis. Islam menjadi pengaruh yang kuat selepas pengaruh Hindu. Agama Islam mula menjadi pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu di Malaysia. Ajaran Islam mula merasap Islam ke dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga akhirnya menyingkirkan sedikit demi sedikit pengaruh Hindu. Sejak kemunculan Islam perubahan pegangan hidup ini telah mengubah struktur sosial dan gaya hidup masyarakat Melayu Malaysia. Pengaruh Islam yang begitu luas dan mendalam dalam kehidupan masyarakat mengakibatkan segala aktiviti masyarakat dikaitkan dengan prinsip dan ajaran Islam. Menurut (Abdul Halim Nasir:34) kesan dari pengaruh agama Islam ini telah mengubah bentuk dan konsep kraftangan di Malaysia. Secara konseptual, nilai-nilai keislaman diterapkan dalam hasil kraftangan. Motif-motif fauna digantikan dengan motif-motif tumbuh-tumbuhan atau stilisasi serta ukiran kaligrafi Islam. Sejak dari itu hasil karya yang dikaitkan dengan Islam dan kepercayaan mendapat tempat yang istimewa. Kebanyakan seniman kraf mula mencurahkan kemahiran krafnya pada istana, masjid dan surau dalam bentuk ibadat. Kemunculan pengaruh revolusi industri di Eropah mendorong berlakunya penjajahan oleh negara-negara yang lebih maju terhadap dunia ketiga. Malaysia juga tidak terkecuali dari pengaruh tersebut. Penjajahan Inggeris selama 48 tahun terhadap Malaysia tidak memberi perubahan terhadap kewujudan seni kraf di Malaysia. Semasa zaman penjajahan, perkembangan kraf bagi golongan Istana ibarat “hidup segan mati tak mau.”Keadaan ini berbeza dengan perkembangan kraf golongan rakyat biasa.Namun demikian perkembangan kraf golongan rakyat biasa tetap berkembang mengikut keperluan fungsi fizikal. Sejak kemunculan awal penjajahan Inggeris, tiada usaha-usaha secara nyata yang dilakukan pentadbir Inggeris di Malaysia untuk meningkatkan perkembangan kraf. Dari sudut lain pula berkurangnya kekuasaan institusi istana dalam pemerintahan juga membatasi perkembangan kraf di Malaysia. Keadaan telah berubah menyebabkan institusi istana tidak
  • 7. lagi memiliki kuasa penuh terhadap seniman kraf seperti hubungan petron-client pada zaman kesultanan seperti sebelum ini.Ramai seniman kraf istana meninggalkan pekerjaannya karena tidak mendapat jaminan ekonomi dari institusi istana. Akhirnya tidak ada perkembangan yang bermakna dalam perkembangan kraf di Malaysia. Perkembangan kraf di Malaysia terjejas kerana hadirnya perkembangan pengaruh penjajahan khususnya Inggeris dalam pola kehidupan masyarakat Melayu. Kesan daripada penjajahan Inggeris mampu mengubah pemikiran juga mengubah pola hidup masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu mula mengagungkan cara hidup barat atau kebudayaan popular menyebabkan masyarakat Melayu di Malaysia membelakangi cara hidup tradisional. Pengaruh Inggeris ini mula meresap ke dalam kehidupan Melayu. Masyarakat Melayu mula menggunakan peralatan yang berasaskan sains dan teknologi menjadi pilihan bagi golongan elit dalam kehidupan harian. Kesenian tradisi mula tergugat dan mula tersisih dalam kehidupan masyarakat. Permintaan terhadap hasil kraftangan mula berkurangan,akibatnya seniman kraf di Malaysia lebih berhasrat meninggalkan pekerjaan sebagai seniman kraf. Kini hidup mereka cenderung untuk kembali bertani atau menjadi nelayan. Terdapat juga di kalangan mereka berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan untuk menyara hidup. Menurut (Mustafa Muhammad:96), pengaruh penjajahan memperlihatkan satu pergerakan kearah “zaman kegelapan” dalam perkembangan seni kraf di Malaysia. Generasi muda beranggapan seni kraf ini tidak menjanjikan masa depan yang cerah dan tidak menguntungkan.Generasi muda lebih berminat untuk berhijrah ke kota demi mencari pekerjaan.Kesan daripada itu juga mengakibatkan ketidakseimbangan antara penduduk dan pekerjaan. Akibat daripada itu juga tanah-tanah pertanian dan perikanan menghadapi masalah kekurangan pekerja. Menurut (Mustafa Muhammad: 96),menyedari hakikat tersebut, pemerintahan Inggris di Tanah Melayu mengharapkan kependudukan dan budaya hidup masyarakat Melayu tidak diganggu. Masyarakat Melayu seharusnya dikekalkan di desa-desa dan mengamalkan cara hidup bertani, bertukang atau nelayan. Pada tahun 1916 R.O. Winsted memperkenalkan kursus baru dalam sekolah vernakular Melayu. Kursus tersebut adalah kursus pertanian dan pertukangan yang juga melibatkan seni kraf. Sasaran dari sekolah vernakular Melayu ini untuk memenuhi asas sosial masyarakat Melayu di desa. Semenjak kursus pertanian dan pertukangan itu diperkenalkan seni kraf mendapat nafas baru yang menyegarkan. Pelajar sekolah vernakular Melayu yang mendapat perestasi
  • 8. yang baik, juga mendapat peluang untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Demi mencapai tujuan pendidikan sekolah vernakular Melayu ketingkat yang lebih tinggi, kemudian diperkenalkan kursus-kursus pertanian dan pertukangan melalui pusat-pusat pengajian tingggi. Pusat pendidikan tinggi yang diwujudkan adalah Perguruan Sultan Idris Traning Collage (SITC), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Institut Teknologi Mara (ITM), dan sebagainya. Pada ma situ peranan pentadbiran Inggeris telah memainkan peranan penting dalam perkembangan seni kraf di Malaysia sangat besar sekali setelah kursus pertanian dan pertukangan di pusat pengajian tinggi dibuka. Peranan pemerintah Inggeris dapat dikatakan sebagai tunas ke arah perkembangan baru dalam seni kraf di Malaysia untuk jangka masa yang panjang. Namun demikian kesan fizikal dari peranan tersebut tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat. Kraftangan di Malaysia semakin menunjukkan perkembangan yang positif setelah kemerdekaan.Kaum Melayu mula mempunyai kesedaran tentang semangat nasionalisma dan jatidiri bangsa Melayu. Kesenian mereka mula berunsurkan kebangsaan dan menunjukkan perkembangan yang menggalakkan. Pengaruh “budaya popular” walaupun pada peringkat awal kemerdekaan masih lagi mempangaruhi masyrakat Malaysia, namun usaha-usaha positif telah mula dilakukan oleh pentadbiran baru kerajaan Malaysia untuk mengekalkan warisan dan budaya masyarakat Melayu. Seni kraf mula dimartabatkan dan diangkat sebagai warisan yang berharga.Usaha kerajaan untuk memajukan dan merealisasikan seni kraf sebagai sebuah industry. Kuasa tersebut diserahkan kepada Rural and Industrial Development Authority atau RIDA pada tahun 1958. Rancangan Malaysia Pertama dilancarkan pada tahun 1966 Majelis Amanah Rakyat atau MARA telah mengambil alih tugas RIDA. MARA didirikankan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu ikut serta dalam bidang perniagaan. Hasil usaha itu juga bidang seni kraf telah dipilih untuk dijadikan industri moden.Kebanyakkan seniman kraf di Malaysia terdiri dari masyarakat Melayu itu sendiri. Bagi menjaga standard kualiti kraf dan juga kebajikan seniman kraf, Handicraft Development Centre telah ditubuhkan pada tahun 1967.Tujuan tersebut adalah untuk memberikan khidmat nasihat berbentuk latihan, teknikal, dan keuangan kepada pengusaha dan seniman kraf. Hasil daripada usaha tersebut maka akhirnya seni kraf di Malaysia berubah status dari cottage industry menjadi industri modern. Aabilakraf berkembang menjadi industri moden. Seni kraf Melayu mulai beroperasi kembali oleh masyarakat Melayu.Jenis-jenis kraftangan seperti ukiran, tenunan, batik, dan
  • 9. sebagainya yang satu masa dulu hampir dilupakan oleh masyarakatnya sendiri, mulai diberikan nafas baru. Seni kraf mula dianggap bermakna dan boleh mendatangkan keuntungan. Kini seni kraf tidak lagi dipandang sebagai kegiatan waktu lapang atau sebagai kegiatan yang berkaitan dengan minat malah ia dapat membina masa depan Negara. Demi memartabatkan seni kraf pihak kerajaan juga telah menubuhkan Lembaga Kraftangan Malaysia atau LKM yang sepenuhnya bergerak dalam usaha memajukan seni kraf di Malaysia. Pada tahun 1979 LKM diganti dengan nama baru sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau PKKM untuk memperkukuh kedudukan industri kraf di Malaysia, pada tahun 1973 kerajaan Malaysia menubuhkan Lembaga Kraftangan Malaysia atau LKM yang sepenuhnya bergerak dalam usaha memajukan seni kraf di Malaysia. Pada tahun 1979 LKM diganti dengan nama baru dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau PKKM. Pengurusan PKKM tersebut sepenuhnya dikelola oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. Matlamat PKKM bertujuan untuk membangun dan mempromosikan industri seni kraf di Malaysia. PKKM pada awalnya telah berpusat di Kuala Lumpur, setelah itu PKKM terus berkembang menjadi cawangan-cawangan kecil di setiap negeri di Malaysia. Hasrat PKKM Kementerian Pembangunan Usahawan untuk mencapai impianya, ia juga telah mengantar pelatihnya untuk mendalami bidang-bidang seni kraf yang berkaitan keluar negeri. Pelatih-pelati ini akan dihantar ke negara-negara yang menjadi pilihan seperti Jepun, Indonesia, Thailand dan Korea. Setelah tamat pengajian pelatih ini akan dilantik sebagai tenaga pengajar di cawangan PKKM di tiap negeri. Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf di Malaysia dapat dikategorikan dalam dua kelompok makna yang berbeza yaitu “seni kraf” dan “kraf seni”. Kelompok “seni kraf” lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan keindahan dalam aspek formal manakala kelompok “kraf seni” lebih berorientasikan pada seni murni yang mengarah ada aspek content dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan sebagainya. Sebagai contoh dalam ukiran kayu ada istilah “ukiran kayu” dan “ukiran kayu halus”. “Ukiran kayu” adalah karya ukiran yang lebih berorientasikan pada produk dan nilai estetiknya lebih bersifat formal, manakala “ukiran kayu halus” lebih berorientasikan pada perasaan yang mengarah pada emosi dan ekspresi.
  • 10. 4.0 CIRI-CIRI KRAF NUSANTARA MENGIKUT ZAMAN Zaman Awal • Fungsi Fizikal – lebih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan (untuk memerdekakan diri). • Fungsi Non Fizikal – Lebih berorientasikan kekekaguman dan kepercayaan (animisma). • Identiti masih kabur serta lebih cenderung berorientasikan pada teori fungsi. Zaman Beraja a) Zaman Pengaruh Hindu • Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan. • Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorientasikan pada konsep ketuanan (konsep Dewaraja) dan ajaran agama Hindu. • Identiti kraf mula dapat dikategorikan pada dua kelompok iaitu kraf yang berorientasikan pada fungsi fizikal dan kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Hindu (falsafah dan pemikiran Melayu). • Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama lebih “halus” dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal. b) Zaman Islam (Kesultanan) • Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan. • Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorintasikan pada konsep kepercayaan agama islam dan konsep ketuanan (konsep Dewaraja) dan sedikit kepercayaan agama Hindu. • Identiti kraf mula berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada ajaran Islam dan kraf yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam. (Falsafah dan Pemikiran agama Hindu makin berkurangan setelah dan diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan budaya melayu setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan masyarakat Melayu). • Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan Hindu Islam lebih “halus” dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal.
  • 11. Zaman Penjajahan • Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan. • Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorintasikan pada konsep kepercayaan agama islam dan konsep ketuanan (konsep Dewaraja) dan sedikit kepercayaan agama Hindu. • Identiti kraf mula berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada ajaran Islam dan kraf yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam. (Falsafah dan Pemikiran agama Hindu makin berkurangan setelah dan diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan budaya melayu setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan masyarakat Melayu). • Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan Hindu Islam lebih “halus” dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal. Zaman Selepas Kemerdekaan • Fungsi Fizikal – masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan juga sebagai nilai komersial. • Fungsi Non Fizikal – Nilai estetik lebih berorintasikan pada konsep kepercayaan agama islam dan konsep ketuanan (konsep Dewaraja),sedikit kepercayaan agama Hindu juga berkonsepkan idea bebas. • Identiti kraf mula berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada ajaran Islam dan kraf yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam. (Falsafah dan Pemikiran agama Hindu makin berkurangan setelah dan diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan budaya melayu setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan masyarakat Melayu). • Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan Hindu Islam lebih “halus” dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal. • Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf di Malaysia dapat dikategorikan dalam dua kelompok makna yang berbeza yaitu “seni kraf” dan “kraf seni”. Kelompok “seni kraf” lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan keindahan dalam aspek formal manakala kelompok “kraf seni” lebih berorientasikan pada seni murni yang mengarah ada aspek content dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan sebagainya. Sebagai contoh dalam ukiran kayu ada istilah “ukiran kayu” dan “ukiran
  • 12. kayu halus”. “Ukiran kayu” adalah karya ukiran yang lebih berorientasikan pada produk dan nilai estetiknya lebih bersifat formal, manakala “ukiran kayu halus” lebih berorientasikan pada perasaan yang mengarah pada emosi dan ekspresi 5.0 NILAI-NILAI INTELEKTUAL DI SEBALIK KRAF TRADISIONAL 5.1 Ukiran Kayu Menurut dewan bahasa seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain. Ukiran kayu merupakan seni pertukangan tangan atau dikenali sebagi kraftangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali. Seni ukiran ini sangat terkenal sejak dahulu lagi kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Seni ukiran ini bukan sinonim dengan
  • 13. masyarakat Melayu sahaja bahkan kepada masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli juga di rantau ini.