SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 4
Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang Bodoh

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan
melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jernih
dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu
menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih.
Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke
arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tiba
terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh.

Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!”

Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu
berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara
meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu.
Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah
belakangnya.

Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?”

Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh
bergerak. Berat sungguh batang kayu ini,"

Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan
tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya.
Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera
menangkapnya.

Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?"

Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku."

Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas
budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat
jahat dibalas jahat. "

Buaya : "Aku tidak peduli."

Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau
tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke
bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya.

Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda
lain."

Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat."

Kerbau : "Apakah syaratnya?"


                                         1
Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas
baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini.Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali,
aku akan bebaskan kau."

Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-
sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu.
Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya
pada saji.

Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?"

Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat. Di rumah, aku digunakan untuk
menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata,
aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh
mencuri lauk. Aku lindungi. Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak,
tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai. Itulah sebabnya aku
berkata berbuat baik dibalas jahat. "

Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut.

Buaya : ."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?"

Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati
supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata
kerbau dalam hatinya.

Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah
daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya berlubang. Tetapi kasut itu
bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu hanyut
bersama-sama .

Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya. Kasut, betul atau tidak
berbuat baik dibalas baik?"

Kasut : “Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.”

Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan
itu.

Kasut lalu bercerita.

Kasut : “Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh tuanku. Setiap hari aku
dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, aku disimpan di tempat selamat. Aku
juga hanya dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuanku pergi
ke tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk,
aku tidak disayangi lagi. Badanku tidak dikilatkan lagi. Aku dibaling ke tepi tangga
selepas digunakan. Apabila malam, aku ditinggalkan di halaman rumah. Aku
dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, aku menjadi tempat

                                          2
persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk
dan koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai. Itulah sebabnya aku hanyut ke sini.”

Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air.

Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi.
Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. "

Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang
seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau.
Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata
kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan bengis.

Kancil : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?"

Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga
untuk mengadili kami."

Kancil : “Mengapa?”

Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat."

Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"

Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang
menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya
menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya.

Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian
asalnya."

Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh
menimpa belakang aku."

Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?"

Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu
itu."

Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena
tindih."

Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk
dekat batang pokok.

Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas
belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat
batang kayu itu?"

Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil.

                                         3
Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat? Cuba lagi,
seperti engkau mula-mula kena tindih. Kuat lagi, kuat lagi”

Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba
mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya
sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat.
Kerbau pula menunggu arahan kancil.

Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?"

Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu.
Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku."

Kancil : "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?"

Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak
mengangkat batang kayu itu.

Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu."

Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati."

Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati.
Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima
balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik."

Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar
kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan
sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu
berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.

Buaya : "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau."

Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan
terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah
menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan
perbuatan jahatnya itu.




                                          4

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
Azy Shazela
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
zahorien
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
CheJamil
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
Zalina Razali
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Tembuakar Corp
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Huiping Lu
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
dimidur
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
Nor Zura
 
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
Arlida Ab Hamid
 

Was ist angesagt? (20)

Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Teks bercerita bm
Teks bercerita bmTeks bercerita bm
Teks bercerita bm
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
Pengenalan komsas
Pengenalan komsasPengenalan komsas
Pengenalan komsas
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Pakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajaPakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri raja
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
 
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 

Ähnlich wie Skrip (kisah dan teladan)

Sang kerbau
Sang kerbauSang kerbau
Sang kerbau
zahorien
 
Tutorial dan isl sdp minggu 3
Tutorial  dan isl sdp minggu 3Tutorial  dan isl sdp minggu 3
Tutorial dan isl sdp minggu 3
Izzat Najmi
 
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
Xiao Yao
 
Burung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketamBurung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketam
Wan Ndi
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
mrfuji
 

Ähnlich wie Skrip (kisah dan teladan) (20)

Skrip cerita
Skrip ceritaSkrip cerita
Skrip cerita
 
Sang kerbau
Sang kerbauSang kerbau
Sang kerbau
 
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggrisKancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
 
Tutorial dan isl sdp minggu 3
Tutorial  dan isl sdp minggu 3Tutorial  dan isl sdp minggu 3
Tutorial dan isl sdp minggu 3
 
Cerita anak 2
Cerita anak 2 Cerita anak 2
Cerita anak 2
 
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
 
Anak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuAnak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipu
 
Burung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketamBurung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketam
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
 
Rusa
RusaRusa
Rusa
 
Sungai yang tenang (hudan hidayat)
Sungai yang tenang (hudan hidayat)Sungai yang tenang (hudan hidayat)
Sungai yang tenang (hudan hidayat)
 
Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2
 
Cerita anak bergambar
Cerita anak bergambarCerita anak bergambar
Cerita anak bergambar
 
Dongenganak anak
Dongenganak anakDongenganak anak
Dongenganak anak
 
Kumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakKumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anak
 
Fabel 1
Fabel 1Fabel 1
Fabel 1
 
Rusa yang bongkak
Rusa yang bongkakRusa yang bongkak
Rusa yang bongkak
 
Dongeng Kancil dan Buaya.docx
Dongeng Kancil dan Buaya.docxDongeng Kancil dan Buaya.docx
Dongeng Kancil dan Buaya.docx
 
Kumpulan cerita dongeng anak 2
Kumpulan cerita dongeng anak 2Kumpulan cerita dongeng anak 2
Kumpulan cerita dongeng anak 2
 
presentasi dongeng anak indonesia
presentasi dongeng anak indonesiapresentasi dongeng anak indonesia
presentasi dongeng anak indonesia
 

Mehr von lizapandi

Rancangan pengajaran harian
Rancangan  pengajaran harianRancangan  pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
lizapandi
 
Status upsr skaar
Status upsr skaarStatus upsr skaar
Status upsr skaar
lizapandi
 
Rph pembentangan
Rph pembentanganRph pembentangan
Rph pembentangan
lizapandi
 
Rph ternakan rusa
Rph ternakan rusaRph ternakan rusa
Rph ternakan rusa
lizapandi
 
Rph ternakan rusa
Rph ternakan rusaRph ternakan rusa
Rph ternakan rusa
lizapandi
 
Ternakan rusa
Ternakan rusaTernakan rusa
Ternakan rusa
lizapandi
 
Rph ternakan rusa
Rph ternakan rusaRph ternakan rusa
Rph ternakan rusa
lizapandi
 
Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2
lizapandi
 
Rph bm tahun 4 dan refleksi
Rph bm tahun 4 dan refleksiRph bm tahun 4 dan refleksi
Rph bm tahun 4 dan refleksi
lizapandi
 
Lembaran kerja (kisah dan teladan)
Lembaran kerja (kisah dan teladan)Lembaran kerja (kisah dan teladan)
Lembaran kerja (kisah dan teladan)
lizapandi
 
RPH BM TAHUN 5
RPH BM TAHUN 5RPH BM TAHUN 5
RPH BM TAHUN 5
lizapandi
 

Mehr von lizapandi (12)

Rancangan pengajaran harian
Rancangan  pengajaran harianRancangan  pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Status upsr skaar
Status upsr skaarStatus upsr skaar
Status upsr skaar
 
Rph pembentangan
Rph pembentanganRph pembentangan
Rph pembentangan
 
Rph ternakan rusa
Rph ternakan rusaRph ternakan rusa
Rph ternakan rusa
 
Rph ternakan rusa
Rph ternakan rusaRph ternakan rusa
Rph ternakan rusa
 
Ternakan rusa
Ternakan rusaTernakan rusa
Ternakan rusa
 
Rph ternakan rusa
Rph ternakan rusaRph ternakan rusa
Rph ternakan rusa
 
Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2
 
Rph bm tahun 4 dan refleksi
Rph bm tahun 4 dan refleksiRph bm tahun 4 dan refleksi
Rph bm tahun 4 dan refleksi
 
Lembaran kerja (kisah dan teladan)
Lembaran kerja (kisah dan teladan)Lembaran kerja (kisah dan teladan)
Lembaran kerja (kisah dan teladan)
 
RPH BM TAHUN 5
RPH BM TAHUN 5RPH BM TAHUN 5
RPH BM TAHUN 5
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 

Skrip (kisah dan teladan)

  • 1. Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang Bodoh Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jernih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!” Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya. Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?” Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya. Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?" Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku." Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. " Buaya : "Aku tidak peduli." Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain." Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat." Kerbau : "Apakah syaratnya?" 1
  • 2. Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini.Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau." Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama- sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji. Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat. Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi. Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai. Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat. " Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut. Buaya : ."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?" Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya berlubang. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu hanyut bersama-sama . Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya. Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" Kasut : “Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.” Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan itu. Kasut lalu bercerita. Kasut : “Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh tuanku. Setiap hari aku dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, aku disimpan di tempat selamat. Aku juga hanya dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuanku pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk, aku tidak disayangi lagi. Badanku tidak dikilatkan lagi. Aku dibaling ke tepi tangga selepas digunakan. Apabila malam, aku ditinggalkan di halaman rumah. Aku dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, aku menjadi tempat 2
  • 3. persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai. Itulah sebabnya aku hanyut ke sini.” Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi. Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. " Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan bengis. Kancil : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami." Kancil : “Mengapa?” Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat." Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya." Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku." Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu." Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih." Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok. Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. 3
  • 4. Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat? Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih. Kuat lagi, kuat lagi” Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil. Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?" Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku." Kancil : "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu itu. Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu." Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati." Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik." Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. Buaya : "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau." Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu. 4