1. Akil Baligh
Adakah para remaja tahu apakah Akil Baligh? Akil baligh adalah satu peringkat
dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke
seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan
'sekunder'. Ia disebabkan oleh bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.
Lelaki:
• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar
(testis).
• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut
serta suara yang lebih garau.
• Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.
Perempuan:
• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari.
• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta
punggung membesar.
• Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil
baligh.
Bilakah saya akan mencapai akil baligh?
Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Ada yang
mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil
baligh awal adalah :
• Nutrisi yang lebih baik.
• Stres.
2. • Bahan kimia di dalam makanan.
Ramai yang tidak sedar akan perubahan pada diri mereka setelah mereka mencapai
tahap akil baligh. Akil baligh bukan saja mengubah seseorang dari segi fizikal, malah
cara pemikiran mereka juga akan berubah. Mereka akan menjadi lebih matang.
Apabila anak remaja anda mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah
kepada pengaruh-pengaruh luar untuk membantu mereka mengekalkan kehidupan
sosial mereka. Oleh itu, kita haruslah bijak memilih pengaruh2 itu untuk kehidupan
yang lebih baik. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi kami dan
kami sedia membantu
3. Akil Baligh
Intro
Akil baligh akan dialami apabila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan
tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan
seksual.
Definisinya
Akil baligh merupakan satu peringkat dalam hidup anda yang berubah dari seorang
kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks Primer dan
Sekunder yang disebabkan bahan kimia yang dipanggil hormon.
Bagi lelaki:-
•Ciri primer - perubahan pada zakar (penis) dan buah zakar (testis).
•Ciri sekundar - pertumbuhan misai dan janggut, bulu ketiak dan bulu pada
kemaluan serta suara menjadi garau.
Bagi perempuan:-
•Ciri primer - perubahan pada faraj (vagina) dan ovari.
•Ciri sekunder - perubahan pada payudara dan punggung membesar.
Bilakah akil baligh berlaku ?
Akil baligh berlaku antara 9-16 tahun. Ada yang mengalami perubahan awal, dan
disebabkan oleh:-
nutrisi yang baik, stres atau bahan kimia didalam makanan.
Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya ?
4. Ia bukan satu yang tidak baik, malah tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang
mengalami perubahan awal mungkin disebabkan kerana terdedah kepada gejala
gejala sosial yang agak awal untuk mereka.