SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
PROFESION PERGURUAN


1.   Konsep kerjaya profesional

      Jacques (2003), sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf
profesional jika penjawatnya mempunyai autonomi profesional;
bertanggung jawab; berorganisasi;        adil; berpendidikan;
berkemahiran;      berperaturan diri; bebas; terbuka; nutral;
akauntabel dan terpelajar.

      Lieberman pula, sesuatu profesion bertaraf profesional
ialah, memberi      perkhidmatan penting dan mempunyai
matlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta kebolehan
intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya;
mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas
dalam tempoh masa tertentu; mementingkan mutu serta
dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan
wang atau saraan semata-mata; pakar dalam bidang masing-
masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan
tanggung jawabnya; mempunyai organisasi yang berkuasa
menentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutu
perkhidmatan ahli-ahlinya; dan mempunyai etika perkhidmatan
yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu (Amir
Hassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin, 1996).

     Menurut Kizlik (2000), sesuatu kerjaya yang bertaraf
profesional perlu boleh memberi perkhidmatan kepada
masyarakat; boleh membuat keputusan ke atas pelanggan;
mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu; mempunyai
ketinggian pengetahuan; kemahiran dan tingkahlaku yang tidak
dipunyai oleh non-profesional;       mempunyai organisasi
profesionalnya sendiri; mempunyai standard kriteria untuk
dipenuhi oleh ahli baru; mempunyai program bagi penyediaan
ahli baru; dipercayai dengan yakin oleh pihak awam; dan
mempunyai autoriti dalam amalannya.
14

      Musgrave (1972), pula menganggap bahawa sesuatu
kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya
tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk faedah pelanggan.

      Flexner (1915), kerjaya profesional adalah dirujuk kepada
enam ciri. Pertama adalah berkait dengan penglibatan operasi
intelektual di dalam tugasnya. Kedua adalah berkait dengan
keilmuan yang dipunyai dan dipraktikkan. Ketiga adalah
kejelasan matlamat yang praktikal. Keempat merujuk kepada
kemahiran yang berasas kepada ilmu. Kelima adalah
berorientasikan kepada keperluan masyarakat. Keenam ialah
tidak untuk kepentingan diri sendiri dengan mengenepikan
kepentingan sosial.


2.   Profesionalisme

     Socket dalam Hawke & Hawke (2002), profesionalisme
adalah amalan berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalam
masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan masa
kini yang mendesak kepada peningkatan kualiti dalam semua
bidang perkhidmatan sosial (Wan Mohd. Zahid, 1993).

      Hammond, Wise & Klein (1999), profesion yang memberi
khidmat kepada orang awam perlu kepada kawalan kualiti. Ini
kerana orang awam yang mendapat perkhidmatan jarang
mengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu
profesion tersebut. Perkhidmatan yang tidak sesuai yang
diberikan akan membawa akibat buruk kepada pelanggan.


3.   Mekanisme Pengekalan Kualiti Profesionalisme

      Antara yang biasa digunakan ialah sistem akreditasi,
perlesenan dan pensijilan lanjutan (Hammond, Wise & Klein,
1999). Contohnya Di Amerika Syarikat, National Board of
15

Medical Examiners Examination adalah peperiksaan bagi
bidang perubatan manakala Architecture Registration Exam
ialah bagi bidang seni bina untuk jaminan kualiti profesion
masing-masing.

      Mempunyai badan profesionalnya masing-masing, badan
ini biasanya telah menetapkan standard kompetensinya sendiri
bagi menjaga standard profesion mereka selaras dengan tahap
profesionalismenya (Amir Hassan Dawi, 2002; Kizlik, 2000;
Sufean Hussin; 1996).



4.   Perguruan sebagai kerjaya bertaraf profesional

     Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf profesional
(Jacques, 2003; Sachs, 2003; Menteri Pendidikan, 2000;
BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar,
2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahman
dan Zakaria, 2001; Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein
1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan Mohd Zahid, 1997;
Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984).

5. Hujah bahawa guru adalah profesional

     Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion
perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’
dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik
adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri
Pendidikan, 2000).

      Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyak
kriteria yang menunjukkan bahawa perguruan adalah bertaraf
profesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras dengan
apa yang digariskan oleh Lieberman.
16

     Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi,
mampu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pendidik
profesional yang cekap; dengan menggunakan sumber-sumber
yang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; Sufean
Hussin, 1996).

      Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yang
ditentukan oleh badan penilai yang mempunyai autoriti serta
mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagai
contoh Di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA)
adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggian
martabat profesion perguruan (Elliot, 2002).

      Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod
etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam
perkhidmatan yang     bermatlamatkan aspirasi dan kehendak
negara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada
penetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry of
Education, 1982).

     Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan
     guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
     dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
     serta menjunjung warisan kebudayaan negara,
     menjamin perkembangan individu dan memelihara
     suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
     progresif dan berdisiplin.

                  (Malaysia Ministry of Education, 1982)
17




                      THE IDEAL MALAYSIAN TEACHER

             Taking into consideration our social and cultural milieu in which
     national unity and social cohesiveness is of prime importance, we believe
     that the ideal Malaysian teacher is one who

           is noble in character
           has deep moral and religious conviction
           is human, yet progressive and scientific in outlook
           upholds the aspirations of the nation
           cherishes the national cultural heritage
           has a positive attitude towards learning, the school and
           society; and, being endowed with these attributes
           promotes the all-round development of the child
           is loyal to his profession; and
           ensures the preservation of a united, democtaric and progressive
            and diciplined society.




      Mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-
tanduk ahli-ahli. Kesatuan Guru-guru Melayu Bersatu
(KGGMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(KPPK) adalah antara badan yang terlibat dalam hal yang
berkaitan di negara ini. Terdapat empat puluh lapan buah
persatuan guru di negara ini yang boleh disertai oleh guru-guru
(Menteri Pendidikan , 2000). Selain daripada itu Suruhanjaya
Perkhidmatan Perguruan (SPP) adalah suruhanjaya bebas yang
bertindak sebagai badan mengawal kemasukan dalam profesion
perguruan.


5.   Ciri-ciri Perguruan Sebagai Kerjaya Profesional

     Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggap
sebagai kerjaya profesional iaitu pengetahuan guru tentang
18

perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yang
bukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan
tertentu atau perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan;
dan martabat atau status ekonomi yang kukuh (Ornstein, 1995;
Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut adalah kesemuanya
dipunyai oleh guru.


     Robert & Joanne (2001), yang menjadikan guru sebagai
profesion ialah “the range of demands placed on educators, the
numbers of people involved in the enterprise, and the public‟s
common knowledge of life in classroom combine to make
teaching what might be called people profession”



6    Perkembangan kriteria profesional keguruan

      Beberapa dekad yang lalu, profesion perguruan di negara
ini adalah profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam
masyarakat (Ibrahim Bajunid, 2000; Hasnah & Shamsudin,
2000; Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000; Robiah Sidin, 1998;
Sufean Hussin, 1996). Ibu bapa menghantar anak-anak mereka
untuk dididik oleh guru dengan penuh harapan dan keyakinan
yang tinggi dengan kata-kata antara lain seperti berikut.


     ‘Please educate my child and make him/her a
     person. Treat my child like your own. Do what
     you will with my child, punish when necessary in
     any way that does not involve blinding the child
     or breaking his bones‟

                              (Ibrahim Bajunid, 2000)
19

      Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba
mengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadi
yang diterima oleh masyarakat. Di dalam bilik darjah, peranan
guru adalah seperti ‘sage on stage‟ (Ibrahim Bajunid, 2000).
Pengikhtirafan tentang kriteria guru adalah bersifat tempatan
oleh masyarakat setempat. Maksudnya tiadalah tersurat dengan
rasmi akan kriteria bagi seseorang guru di peringkat kebangsaan.

      Semenjak tahun 1980, hala tuju profesion perguruan
adalah berasaskan syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada
tahun 1979 (Ratnavadivel, 2000).

      Mulai 1982 pula, kriteria guru di negara ini adalah dengan
rasminya ditetap berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Di peringkat pra perkhidmatan lagi, bakal-bakal guru dididik ke
arah menepati hasrat FPG (Malaysia Ministry of Education,
1982).
     Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan
     guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
     dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
     serta menjunjung warisan kebudayaan negara,
     menjamin perkembangan individu dan memelihara
     suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
     progresif dan berdisiplin.

                   (Malaysia Ministry of Education, 1982)



       Othman Lebar (2002), profesion perguruan sedang
bergerak kearah pragmatisme dan konstruktivisme. Oleh yang
demikian kriteria tradisional guru iaitu ‘sage on stage‟ jelas
sudah tidak sesuai lagi, sebaliknya guru adalah „the guide by the
side‟ (Othman Lebar, 2002; Ibrahim Bajunid, 2000). Atau
kriteria tradisional „teacher as a rational autonomous agent‟
20

yang ala Platonik diganti dengan kriteria baru yang lebih
memberi penekanan kepada „standards driven professional
development’ (Elliot, 2002).

       Bagi tujuan ini banyak saranan telah diajukan oleh para
sarjana. Umpamanya, semasa dalam perkhidmatan, seseorang
guru akan melalui proses on the job training (Eraut, 1994).
Konsep ini adalah selaras dengan konsep pendidikan sepanjang
hayat.

      Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan
United Kingdom, soal profesionalisme guru dalam profesion
perguruan adalah sangat dititikberatkan. Di Minnesota, Amerika
Syarikat, sebuah badan profesional bagi profesion perguruan
iaitu Minnesota Board of Teacher (MBOT) adalah bertanggung
jawab memastikan pengeluaran lesen guru. Di Scotland, United
Kingdom pula, Quality Assurance Agency for Higher Education
(QAAHE) ialah sebuah badan professional yang bertanggung
jawab sama seperti MBOT.


7.   Cabaran guru sekolah dalam abad ke-21
      Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya,
adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan
perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi
(Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz
Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah
agen perubahan.


Cabaran dalam bilik darjah

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para
pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera
otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.
21



Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam
abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan,
termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.

Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan
berasaskan sekolah (PKBS);          penilaian hasil pembelajaran
(learning outcomes);       pelaksanaan penanda aras (bench
marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-
line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam
abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology is
poised to revolutionize teaching, learning and assessment‟.


Cabaran di sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan
bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan
ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu
ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani
(Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan
bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi
kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru
termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti
ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan
Mohd. Zahid, 1997).

      Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus
meningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yang
terus meningkat. Untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000,
didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan
2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami
pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1%
dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini,
22

pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar
8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolah
dan guru-guru, kerana masalah kemudahan prasarana adalah
tidak mencukupi.

     Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi
sekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas, yang
bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain
masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan
boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah displin,
masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah
pembelajaran.

      Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin
hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar
dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8%
dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali;
0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang
sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi
angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang
terlibat   keseluruhannya adalah pada angka yang besar.
Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

      Selain daripada itu kemudahan-kemudahan yang masih
belum lengkap sepenuhnya. Sebagai contoh, daripada 1645
buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340
sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang
ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada
bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber
dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini
menunjukkan perlunya kreativiti dan ketrampilan guru di dalam
menyerap segala kekurangan sebagai tersebut.
23

      Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993),
pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan
teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang
terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti
perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem
teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).


Cabaran dalam sistem pendidikan

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membangunkan
sistem  pendidikan      berkualiti bertaraf dunia  bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.

      Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke
semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas
kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai
yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contoh pengenalan mata
pelajaran vokasional (MPV).


Cabaran dalam masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan.
Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat
global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi
rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru
(Ramlan, 2002).

Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada
masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980).
24

      Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam
bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-
penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian
penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas
dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang
demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima
sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk
mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion
bagi kepentingan masyarakat.

      Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan
pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan
dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai;
penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan
belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian
Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid,
1994).


Cabaran berasaskan Wawasan 2020

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti
berikut :
     ‘Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi
     sebuah negara yang bersatu padu, dengan
     masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan
     diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang
     utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
     masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak
     ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya,
     progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai
     ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas
     serta mempunyai daya ketahanan.’
25

              (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia
                                    Melangkah Ke Hadapan)


      Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi
yang jauh ke hadapan, tanggung jawabnya adalah bersifat
futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan
hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa
peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang
disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan
negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000;
Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin,
1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

      Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara
adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan
psikomotor serta penerapan       nilai dan asas moral bagi
membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang
dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan
inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping
perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru
adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus
kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada
dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu
guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik,
analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.


Cabaran globalisasi

      Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21,
salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran
pendidikan secara global (global educational experties) selain
daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi
Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa
(international character) yang perlu ada pada guru kerana ini
26

adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.
Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.

      Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah
selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut
cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat
adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa
Inggeris.




      Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan
Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai
ilmu (mua‟lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab
(mu‟addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi
kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah
dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannnya serta nilai dan
keperibadiannya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaIrwan Nazarudin
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah1077imran
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 

Was ist angesagt? (20)

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
profesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruanprofesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruan
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Pendidikan masa kini
Pendidikan masa kiniPendidikan masa kini
Pendidikan masa kini
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 

Ähnlich wie GURU PROFESIONAL

profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2muhammad
 
Presentasi Prakfisdas.pptx
Presentasi Prakfisdas.pptxPresentasi Prakfisdas.pptx
Presentasi Prakfisdas.pptxKhaidarRabbani1
 
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanLaluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanMunirah Muni
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guruNor Aminah
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 
Penerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniPenerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniHannah nurul
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 
27 article text-94-1-10-20191015
27 article text-94-1-10-2019101527 article text-94-1-10-20191015
27 article text-94-1-10-20191015Alfat6
 
Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435Zonierdiansyah
 
Etika profesionalisme guru
Etika profesionalisme guruEtika profesionalisme guru
Etika profesionalisme gurukingzkurtz777
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 

Ähnlich wie GURU PROFESIONAL (20)

profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Presentasi Prakfisdas.pptx
Presentasi Prakfisdas.pptxPresentasi Prakfisdas.pptx
Presentasi Prakfisdas.pptx
 
Tugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei IlmiahTugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei Ilmiah
 
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanLaluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
 
KUALITI GURU
KUALITI GURUKUALITI GURU
KUALITI GURU
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Penerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniPenerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai Murni
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
27 article text-94-1-10-20191015
27 article text-94-1-10-2019101527 article text-94-1-10-20191015
27 article text-94-1-10-20191015
 
Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435
 
Profesi Keguruan
Profesi KeguruanProfesi Keguruan
Profesi Keguruan
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Etika profesionalisme guru
Etika profesionalisme guruEtika profesionalisme guru
Etika profesionalisme guru
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 

Mehr von Azizi Ahmad

Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020Azizi Ahmad
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiAzizi Ahmad
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari PecutContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari PecutAzizi Ahmad
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum OlahragaContoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum OlahragaAzizi Ahmad
 
MPU3071 Olahraga
MPU3071 OlahragaMPU3071 Olahraga
MPU3071 OlahragaAzizi Ahmad
 
Leading Millenials
Leading MillenialsLeading Millenials
Leading MillenialsAzizi Ahmad
 
Leading Followers
Leading FollowersLeading Followers
Leading FollowersAzizi Ahmad
 
Leading Change and Others
Leading Change and OthersLeading Change and Others
Leading Change and OthersAzizi Ahmad
 
Personality Plus
Personality PlusPersonality Plus
Personality PlusAzizi Ahmad
 
Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6Azizi Ahmad
 
Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4Azizi Ahmad
 
Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2Azizi Ahmad
 
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah Azizi Ahmad
 
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga Azizi Ahmad
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiAzizi Ahmad
 

Mehr von Azizi Ahmad (20)

Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari PecutContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum OlahragaContoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga
 
MPU3071 Olahraga
MPU3071 OlahragaMPU3071 Olahraga
MPU3071 Olahraga
 
Leading Millenials
Leading MillenialsLeading Millenials
Leading Millenials
 
Leading Followers
Leading FollowersLeading Followers
Leading Followers
 
Leading Culture
Leading CultureLeading Culture
Leading Culture
 
Leading Change and Others
Leading Change and OthersLeading Change and Others
Leading Change and Others
 
Leading Self
Leading SelfLeading Self
Leading Self
 
Personality Plus
Personality PlusPersonality Plus
Personality Plus
 
Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6
 
Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4
 
Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2
 
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
 
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
 
Lompat Tinggi
Lompat TinggiLompat Tinggi
Lompat Tinggi
 
Lompat Jauh
Lompat JauhLompat Jauh
Lompat Jauh
 
Lari Pecut
Lari PecutLari Pecut
Lari Pecut
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-ganti
 

Kürzlich hochgeladen

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxdanangpamungkas11
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 

GURU PROFESIONAL

  • 1. PROFESION PERGURUAN 1. Konsep kerjaya profesional Jacques (2003), sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf profesional jika penjawatnya mempunyai autonomi profesional; bertanggung jawab; berorganisasi; adil; berpendidikan; berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; nutral; akauntabel dan terpelajar. Lieberman pula, sesuatu profesion bertaraf profesional ialah, memberi perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya; mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu; mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan wang atau saraan semata-mata; pakar dalam bidang masing- masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggung jawabnya; mempunyai organisasi yang berkuasa menentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutu perkhidmatan ahli-ahlinya; dan mempunyai etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu (Amir Hassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin, 1996). Menurut Kizlik (2000), sesuatu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh memberi perkhidmatan kepada masyarakat; boleh membuat keputusan ke atas pelanggan; mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu; mempunyai ketinggian pengetahuan; kemahiran dan tingkahlaku yang tidak dipunyai oleh non-profesional; mempunyai organisasi profesionalnya sendiri; mempunyai standard kriteria untuk dipenuhi oleh ahli baru; mempunyai program bagi penyediaan ahli baru; dipercayai dengan yakin oleh pihak awam; dan mempunyai autoriti dalam amalannya.
  • 2. 14 Musgrave (1972), pula menganggap bahawa sesuatu kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk faedah pelanggan. Flexner (1915), kerjaya profesional adalah dirujuk kepada enam ciri. Pertama adalah berkait dengan penglibatan operasi intelektual di dalam tugasnya. Kedua adalah berkait dengan keilmuan yang dipunyai dan dipraktikkan. Ketiga adalah kejelasan matlamat yang praktikal. Keempat merujuk kepada kemahiran yang berasas kepada ilmu. Kelima adalah berorientasikan kepada keperluan masyarakat. Keenam ialah tidak untuk kepentingan diri sendiri dengan mengenepikan kepentingan sosial. 2. Profesionalisme Socket dalam Hawke & Hawke (2002), profesionalisme adalah amalan berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan masa kini yang mendesak kepada peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan sosial (Wan Mohd. Zahid, 1993). Hammond, Wise & Klein (1999), profesion yang memberi khidmat kepada orang awam perlu kepada kawalan kualiti. Ini kerana orang awam yang mendapat perkhidmatan jarang mengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu profesion tersebut. Perkhidmatan yang tidak sesuai yang diberikan akan membawa akibat buruk kepada pelanggan. 3. Mekanisme Pengekalan Kualiti Profesionalisme Antara yang biasa digunakan ialah sistem akreditasi, perlesenan dan pensijilan lanjutan (Hammond, Wise & Klein, 1999). Contohnya Di Amerika Syarikat, National Board of
  • 3. 15 Medical Examiners Examination adalah peperiksaan bagi bidang perubatan manakala Architecture Registration Exam ialah bagi bidang seni bina untuk jaminan kualiti profesion masing-masing. Mempunyai badan profesionalnya masing-masing, badan ini biasanya telah menetapkan standard kompetensinya sendiri bagi menjaga standard profesion mereka selaras dengan tahap profesionalismenya (Amir Hassan Dawi, 2002; Kizlik, 2000; Sufean Hussin; 1996). 4. Perguruan sebagai kerjaya bertaraf profesional Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf profesional (Jacques, 2003; Sachs, 2003; Menteri Pendidikan, 2000; BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar, 2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahman dan Zakaria, 2001; Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein 1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan Mohd Zahid, 1997; Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984). 5. Hujah bahawa guru adalah profesional Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyak kriteria yang menunjukkan bahawa perguruan adalah bertaraf profesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras dengan apa yang digariskan oleh Lieberman.
  • 4. 16 Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi, mampu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pendidik profesional yang cekap; dengan menggunakan sumber-sumber yang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; Sufean Hussin, 1996). Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yang ditentukan oleh badan penilai yang mempunyai autoriti serta mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagai contoh Di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA) adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggian martabat profesion perguruan (Elliot, 2002). Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam perkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendak negara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada penetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry of Education, 1982). Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Malaysia Ministry of Education, 1982)
  • 5. 17 THE IDEAL MALAYSIAN TEACHER Taking into consideration our social and cultural milieu in which national unity and social cohesiveness is of prime importance, we believe that the ideal Malaysian teacher is one who  is noble in character  has deep moral and religious conviction  is human, yet progressive and scientific in outlook  upholds the aspirations of the nation  cherishes the national cultural heritage  has a positive attitude towards learning, the school and  society; and, being endowed with these attributes  promotes the all-round development of the child  is loyal to his profession; and  ensures the preservation of a united, democtaric and progressive and diciplined society. Mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak- tanduk ahli-ahli. Kesatuan Guru-guru Melayu Bersatu (KGGMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) adalah antara badan yang terlibat dalam hal yang berkaitan di negara ini. Terdapat empat puluh lapan buah persatuan guru di negara ini yang boleh disertai oleh guru-guru (Menteri Pendidikan , 2000). Selain daripada itu Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) adalah suruhanjaya bebas yang bertindak sebagai badan mengawal kemasukan dalam profesion perguruan. 5. Ciri-ciri Perguruan Sebagai Kerjaya Profesional Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggap sebagai kerjaya profesional iaitu pengetahuan guru tentang
  • 6. 18 perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yang bukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan tertentu atau perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan; dan martabat atau status ekonomi yang kukuh (Ornstein, 1995; Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut adalah kesemuanya dipunyai oleh guru. Robert & Joanne (2001), yang menjadikan guru sebagai profesion ialah “the range of demands placed on educators, the numbers of people involved in the enterprise, and the public‟s common knowledge of life in classroom combine to make teaching what might be called people profession” 6 Perkembangan kriteria profesional keguruan Beberapa dekad yang lalu, profesion perguruan di negara ini adalah profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam masyarakat (Ibrahim Bajunid, 2000; Hasnah & Shamsudin, 2000; Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996). Ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk dididik oleh guru dengan penuh harapan dan keyakinan yang tinggi dengan kata-kata antara lain seperti berikut. ‘Please educate my child and make him/her a person. Treat my child like your own. Do what you will with my child, punish when necessary in any way that does not involve blinding the child or breaking his bones‟ (Ibrahim Bajunid, 2000)
  • 7. 19 Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat. Di dalam bilik darjah, peranan guru adalah seperti ‘sage on stage‟ (Ibrahim Bajunid, 2000). Pengikhtirafan tentang kriteria guru adalah bersifat tempatan oleh masyarakat setempat. Maksudnya tiadalah tersurat dengan rasmi akan kriteria bagi seseorang guru di peringkat kebangsaan. Semenjak tahun 1980, hala tuju profesion perguruan adalah berasaskan syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 1979 (Ratnavadivel, 2000). Mulai 1982 pula, kriteria guru di negara ini adalah dengan rasminya ditetap berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Di peringkat pra perkhidmatan lagi, bakal-bakal guru dididik ke arah menepati hasrat FPG (Malaysia Ministry of Education, 1982). Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Malaysia Ministry of Education, 1982) Othman Lebar (2002), profesion perguruan sedang bergerak kearah pragmatisme dan konstruktivisme. Oleh yang demikian kriteria tradisional guru iaitu ‘sage on stage‟ jelas sudah tidak sesuai lagi, sebaliknya guru adalah „the guide by the side‟ (Othman Lebar, 2002; Ibrahim Bajunid, 2000). Atau kriteria tradisional „teacher as a rational autonomous agent‟
  • 8. 20 yang ala Platonik diganti dengan kriteria baru yang lebih memberi penekanan kepada „standards driven professional development’ (Elliot, 2002). Bagi tujuan ini banyak saranan telah diajukan oleh para sarjana. Umpamanya, semasa dalam perkhidmatan, seseorang guru akan melalui proses on the job training (Eraut, 1994). Konsep ini adalah selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, soal profesionalisme guru dalam profesion perguruan adalah sangat dititikberatkan. Di Minnesota, Amerika Syarikat, sebuah badan profesional bagi profesion perguruan iaitu Minnesota Board of Teacher (MBOT) adalah bertanggung jawab memastikan pengeluaran lesen guru. Di Scotland, United Kingdom pula, Quality Assurance Agency for Higher Education (QAAHE) ialah sebuah badan professional yang bertanggung jawab sama seperti MBOT. 7. Cabaran guru sekolah dalam abad ke-21 Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Cabaran dalam bilik darjah Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.
  • 9. 21 Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on- line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment‟. Cabaran di sekolah Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997). Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat. Untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini,
  • 10. 22 pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru, kerana masalah kemudahan prasarana adalah tidak mencukupi. Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas, yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah displin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan. Selain daripada itu kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya. Sebagai contoh, daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti dan ketrampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan sebagai tersebut.
  • 11. 23 Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Cabaran dalam sistem pendidikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contoh pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV). Cabaran dalam masyarakat Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980).
  • 12. 24 Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan- penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat. Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Cabaran berasaskan Wawasan 2020 Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut : ‘Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.’
  • 13. 25 (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan) Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggung jawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993). Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni. Cabaran globalisasi Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini
  • 14. 26 adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai ilmu (mua‟lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (mu‟addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannnya serta nilai dan keperibadiannya.