SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
BAB I

                                MANUSIA DAN ILMU

OBJEKTIF
  Membincangkan definisi ilmu dan falsafah menurut sarjana Islam dan Barat.
  Menjelaskan klasifikasi dan falsafah ilmu yang merangkumi epistemologi,
  ontologi, dan aksiologi.
  Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah dan ilmu dalam tamadun manusia.
  Membincangkan budaya ilmu dari sudut konsep dan pengaplikasiannya dalam
  kehidupan manusia.

PENDAHULUAN
Manusia merupakan makhluk berakal yang dijadikan Tuhan danterdiri daripada dua
unsur, jasad dan roh atau fizikal dan spiritual pada satu masa1 Menurut al-Quran (al-
Baqarah, 2: 30), kejadian Nabi Adam sebagai manusia pertama telah dibekalkan
dengan ilmu untuk membantunya melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi
dengan diajar oleh Allah untuk mengetahui nama segala benda.Imam al-Ghazali
(1986: 51) menjelaskan bahawa akal yang dimiliki oleh manusia berfungsi
membezakan antara manusia dengan makhluk lain. Daripada akal inilah manusia
dapat membangun dan memperkembangkan potensi diri serta alam seluruhnya
menurut apa yang direncanakannya.

DEFINISI ILMU
Persoalan berkaitan definisi ilmu sememangnya mendapat perhatian yang meluas di
kalangan ilmuwan sama ada Muslim mahupun non-Muslim. Antara persoalan yang
penting tentang ilmu ialah apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Apakah ada
sesuatu yang bukan ilmu? Apakah ilmu sama dengan maklumat? Menurut Wan
Mohd Nor Wan Daud (1997: 35), soalan-soalan ini perlu ditanya dan dijawab dengan
betul kerana kesilapan memahami pengertian ilmu akan menghasilkan usaha yang sia-
sia, merugikan, dan merosakkan. Wan Mohd Nor menambah bahawa ilmu walaupun
susah ditakrifkan, tetapi maknanya tidak begitu susah untuk difahami.
     Umumnya istilah ilmu dalam Kamus Inggeris disebut sebagai „knowledge‟2dan
„science‟3yang diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai tahu, pengetahuan, dan
kepandaian.4Secara etimologinya, kata ilmu berasal daripada bahasa Arab “alima,
ya‟lamu, ilman”5.Justeru, ilmu adalah kata benda abstrak daripada kata kerja “alima”
yang meletakkannya antara “alim” (yang mengetahui) dan ma‟lum (yang diketahui).
Dengan kata lain, ilmu adalah penghubung antara yang tahu (subjek) dan yang
diketahui (objek). Memandangkan kita membincangkan tentang ilmu manusia, maka
jika objek (yang diketahui)itu bersifat terhad dan tidak sempurna, maka dengan
sendirinya iamengertikan ilmu manusia juga bersifat tidak sempurna.




    1
       Baca seterusnya dalam S.M.N. Al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the
Human Soul, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990, hlm. 1.
    2
      Oxford Advanced Learner’s Dictionary, Oxford University Press, New York, 2005, ed. ke-7,
hlm. 854, 1357.
    3
      Maan Z. Madina, Arabic-English Dictionary, Pocket Books, New York, 1973, hlm. 450.
    4
      Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 657.
    5
      Lihat al-Munjid fi al-Lughah wa’l-A‘lam, hlm. 526-527.
2


    Dalam membahaskan definisi ilmu terdapat berbagai pendapat daripada kalangan
sarjana. Pendapat tokoh-tokoh falsafah mengenai ilmu secara umum ialah seperti
berikut;
1. Plato [427-347S.M]: Ilmu adalah pemberian hak jasmani dan rohani dari segenap
    segi yang membawa kepada kesempurnaan.
2. Aristotle [384-322 S.M]: Ilmu adalah persiapan akal untuk menerima sokongan
    luar.
3. Herbert Spencer [1820-1903]: Ilmu adalah menyediakan manusia menjalani hidup
    yang sempurna, kuat tubuh badan, sempurna akhlak dan teratur fikirannya.
4. J.J Rousseau [1712-1804]: Penerimaan ilmu adalah untuk menciptakan manusia
    yang sempurna dalam pelbagai urusan hidup serta berusaha mengatasi segala
    kesulitan mengenainya.
5. Immanuel Kant [1724-1804]: Ilmu bertujuan untuk menyampaikan manusia
    kepada taraf kesempurnaan yang semaksima mungkin.
6. Albert Einstein [1879-1955], menegaskan hubungan antara ilmu dengan agama
    lalu mengatakan “ilmu tanpa agama adalah buta, dan agama tanpa ilmu adalah
    lumpuh”.
7. F. Frobel seorang pendidik Barat mengatakan “ilmu hendaknya memimpin
    manusia untuk mengenal siapa dirinya, alam sekeliling, juga kepercayaan terhadap
    keEsaan Tuhan untuk mengangkat manusia kepada kehidupan yang suci dan
    murni”.
8. Imam Ghazali mengatakan: “sesungguhnya ilmu adalah untuk mendekatkan diri
    dengan Allah S.W.T”.
9. Jujun S. Suriasumantri mengatakan bahawa ilmu merupakan kumpulan ilmu
    pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu dengan
    yang lainnya. Beliau juga menambah bahawa ilmu merupakan salah satu daripada
    pemikiran manusia dalam menjawab pertanyaan.
   Frank Rosenthal menyenaraikan sebanyak 15 takrifanilmu yang dipetik daripada
107 definisi.Sebahagian besar daripada takrifan tersebut diambil daripada golongan
Ahli Kalam seperti Abu al-Hasan al-Ash‟ari, al-Juwayni, al-Ghazali dan Ibn Hazm.
Antara takrifan tersebut ialah:
1. Ilmu sebagai proses mengetahui dan sebagai sifat yang membolehkan seseorang
   itu mengetahui.
2. Ilmu adalah kognisi (makrifah) contohnya takrifan al-Baqilani bahawa: “ilmu
   adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut hakikatnya yang sebenar”.
3. Ilmu adalah proses atau mencari persepsi mental.
4. Ilmu adalah suatu rupa bentuk (surah). Contohnya takrifan Ibn Sab‟in bahawa
   ilmu adalah perkara yang menerangkan kebenaran dan memberikan maklumat
   tanpa tertinggal apa-apa yang perlu diselidiki.
    S.M. Naquib Al-Attas (1975: 154) pula mentakrifkan ilmu sebagai ketibaan
sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri
seseorang.Kebenaran sesuatu ilmu itu adalah apabila merujuk kepada Allah sebagai
sumber asal segala ilmu.Takrifan tersebut menunjukkan bahawa autoriti ilmu adalah
di bawah kekuasaan Allah sebagai sumber sebenar ilmu.Allah S.W.T selaku Pencipta
sekalian alam bersifat Maha luas ilmu pengetahuan-Nya.Dialah Yang Maha
Mengetahui hakikat segala ilmu dan juga makna sesuatu yang dikurniakan kepada
sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya.
    Penjelasan di atas menunjukkan bahawa konsep ilmu menekankan makna
kebenaran dan bukannya kepalsuan kepada jiwa seseorang.Ilmu yang benar itu
menyuluh kebenaran sebagai kebenaran dan menyuluh kebatilan sebagai kebatilan
3


dan dengannya juga manusia dapat membezakan antara yang benar dan batil.Segala
fakta dan maklumat yang banyak itu tidaklah bererti dan bernilai sekiranya tidak
mempunyai nilai kebenaran.Justeru, jika takrifan ilmu dipersempitkan maknanya
kepada pengetahuan tentang maklumat semata-mata maka ia adalah takrifan yang
boleh dipertikaikan kebenarannya.
    Ilmu juga merupakan suatu sistem yang menghasilkan kebenaran dan salah satu
daripada usaha manusia untuk memperadabkan dirinya (memajukan tingkat
kehidupan manusia daripada aspek jasmani dan rohani).Ilmu juga meliputi
pengetahuan dan cara yang dikembangkan oleh manusia untuk mencapai tujuan
tersebut.

ILMU DARI PERSPEKTIF FALSAFAH
Dari segi falsafah, ilmu merupakan kumpulan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri
tertentu yang membezakan ilmu daripada yang lain. Menurut Jujun Suriasumantri
(1993: 3), ciri-ciri keilmuan ini didasarkan pada tiga jawapan yang diberikan kepada
tiga persoalan pokok, iaitu: apakah yang ingin kita ketahui?bagaimanakah kita
memperolehi pengetahuan?dan apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita?Persoalan
pertama merujuk kepada teori ontologi (teori wujud), manakala persoalan kedua
merujuk kepada epistemologi (teori ilmu), dan persoalan ketiga pula merujuk kepada
aksiologi (teori nilai).
    Dari sudut falsafah, ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia
dalam menjawab persoalan-persoalan di atas.Untuk menghargai ilmu menurut
kewajarannya yang sebenar, hakikat sesuatu ilmu mestilah diketahui dengan
sebenarnya. Pengertian yang mendalam terhadap hakikat ilmu bukan sahaja akan
mengikat seseorang terhadap ilmu malahan juga membuka matanya terhadap pelbagai
kekurangannya.

KONSEP ILMU MENURUT BARAT
Kalangan masyarakat Barat yang telah melepaskan diri daripada ikatan ajaran Kristian
melihat bahawa ilmu hanya merupakan kegiatan bersifat akal semata-mata.Berpunca
daripada aktiviti akal yang berfikir inilah lahirnya ilmu.Akal manusia inilah yang
menyimpan segala maklumat serta pengalaman insan, kemudian memprosesnya dan
seterusnya menganalisis.David Hume (dalam Titus et. al, 1984: 81) menyebut bahawa
akal dan kekuatan atau daya-daya serta sifat-sifat kehidupan mental tidak lain adalah
asosiasi idea-idea dan pengalaman. Akal adalah istilah untuk sejumlah pengalaman,
idea keinginan yang menempati perhatian dan kehidupan seseorang.Akal juga
merupakan suatu kemasan pengalaman atau kumpulan rasa inderawi.
     Masyarakat Barat menerima akal sebagai satu-satunya sumber ilmu yang
tertinggi.Oleh itu, mereka berpegang kepada konsep rasional sebagai ukuran dalam
menerima atau menolak sesuatu ilmu.Apabila sesuatu perkara itu dianggap sebagai
rasional dan dapat diterima akal, maka ia diterima sebagai ilmu. Manakala sesuatu
yang tidak rasional dan akal menolaknya, maka ia tidak boleh diterima dan tidak
dianggap sebagai ilmu. Konsep ini membawa kepada penerimaan dalam sains yang
hanya diterima apabila dapat dibuktikan oleh bukti-bukti saintifik (empirikal).Apabila
kaedah saintifik tidak boleh membuktikannya, maka ia dianggap tidak wujud. Justeru,
ilmu pada pandangan Barat hanya berkisar pada perolehan manusia dengan akal yang
dimilikinya.Akal pula menerima maklumat daripada lima pancaindera (penglihatan,
pendengaran, rasa, hiduan, dan sentuhan). Memandangkan pancaindera manusia itu
bersifat serba kekurangan lalu konsep ilmu menurut masyarakat Barat dilihat tidak
mampu untuk membimbing manusia menuju kepada kesejahteraan.Hal ini demikian
kerana manusia terdiri daripada jasad dan roh yang masing-masing mempunyai
4


kaedah dan pendekatan tersendiri dalam memahaminya.Apabila kaedah yang bersifat
fizikal digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang bersifat kerohanian, maka
ternyata ia menyalahi dan begitulah sebaliknya.
     Dalam menjelaskan tentang sumber ilmu, John Hospers (1988: 41-47)
menyebutkan tujuh sumber ilmu yang terdiri daripada persepsi (tanggapan),
introspeksi (menilik diri), memori (ingatan), alasan atau keterangan (reason),
kepercayaan (faith), intuisi (ilham), dan testimoni (perakuan).Kesemua pernyataan
sumber ilmu tersebut boleh dipertikaikan kebenarannya.Justeru,Barat kelihatannya
berpegang kepada sumber ilmu yang boleh dipertikaikan kebenarannya.Turut dapat
dirumus daripadanya bahawa konsep ilmu menurut Barat hanya bersifat luaran dan
berdasarkan cerapan indera serta akal manusia semata-mata.Iajuga tiada hubungan
dengan alam ghaib atau wahyu yang sepatutnya diletakkan sebagai sumber pertama
bagi keilmuan manusia.
     Konsep ilmu menurut ajaran Kristian terkandung dalam teks Bible yang
mempercayai bahawa tafsiran bagi pohon yang buahnya dimakan oleh Adam a.s. ialah
pohon ilmu yang ditegah oleh Allah daripada Adam menghampirinya ataupun
memakan sesuatu daripada buahnya. Old Testament menyebut:
    “And the Lord God commanded the man, “you are free to eat from any tree in the garden; but
    you must not eat from the tree of the knowledge of good and evil, for when you eat of it you will
    surely die”. [Genesis 2:15-17].
    Pesanan tersebut telah diabaikan oleh Adam danatas pujukan isterinya yang
diperdaya oleh ular (syaitan), maka mereka berdua memakan buah larangan pokok
ilmu tersebut.Justeru, selepas memakan buah larangan pokok ilmu tersebut, Adam a.s
memperolehi ilmu yang tidak diketahui sebelumnya.Adam dan Hawa tidak
mengetahui hakikat keduanya tidak berpakaian dan tidak mempunyai rasa
malu.Ungkapan tersebut bermaksud nilai moral hanya diketahui oleh Adam setelah
memakan buah daripada pohon ilmu tersebut.Atas tafsiran bahawa akal mengarahkan
kepada kejahatan maka gereja mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang
mempelajari ilmu sains dan menghukumnya dengan hukuman yang berat.Sehubungan
dengan itu, A. Nadwi menyebut:
    “Between 1481 and 1801 the inquisition punished three hundered and forty thousand person,
    nearly thirty two thousand of who were burnt alive including the great scientist Bruno”.6
   Galileo juga menerima nasib yang serupa dan akhirnya mati dalam penjara.7Nasib
ilmuwan lain yang turut dihukum bakar hidup-hidup oleh gereja antaranya Micheal
Servetus, Adam Duff, George van Parris, Martin Cellarius, Ludwig Hoetzer, Lelio
Cocinus, Faustus Socinus, Giorgo Blandrata, Geogry Pauli dan Francis David.
    Keadaan pada zaman itu dan sebelumnya agak berbeza di sebelah Timur
(masyarakat Islam).Negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaan Muslim
menunjukkan perkembangan ilmu yang maju dan mereka menikmati hasil kemajuan
ilmu pengetahuan tersebut.Thomas Arnold dan Alfred Guillaume (1965: 9) dalam
Legacy of Islam menulis:
    “Cordoba in the tenth century was the most civilized city in Europe, the wonder and admiration
    of the world, a Vienna among Balkan states. Travellers from the north heard with something
    like fear of the city which contained 70 libraries and 900 public baths; yet whenever the rulers of

    6
     Giordano Bruno (1548-1600) adalah ahli falsafah Itali yang digelar "the Nolan", dan pemikir
hebat mengenai Renaissance. Kesannya, pihak gereja telah menjatuhkan hukuman dibakar hidup-
hidup pada tahun 1600 M kerana menyebarkan fahamannya yang dianggap berbahaya. Lihat Ali
Nadwi, Islam and the World, S.H. M. Ashraf, Lahore, 1967, p. 126-127.
    7
      Ibid.
5


    Leon, Navarre or Barcelona needed such things as a surgeon, an architect, a dressmaker or a
    singing-master, it was to Cordoba that they applied. Queen Tota of Navarre, for instance,
    brought her son Sancho the Fat to be cured of his corpulence. She was referred to a famous
    Jewish physician; and not only was the treatment successful, but the government made use of the
    doctor to negotiate with the Queen an important treaty”.
    Jeosoef Sou`yb dalam tulisannya berkenaan kisah ini menyebut: “Don Sancho
sendiri di Navarre makin menderita sejenis penyakit yang amat berat disebabkan
kegemukan tubuhnya yang berlebih-lebihan. Memandangkan para tabib dalam
wilayah Kristian tidak mampu mengubatinya maka Raja Navarre, Don Garcia II,
meminta bantuan tabib istana daripada Khalifah Abdulrahman III di
Cordoba.Historian‟s History of the World (vol X, hlm. 45) mencatat peristiwa yang amat
bersejarah ini dengan ungkapan:
    “As no Christian leech could be found skilful enough to effect the change, and as the physicians
    of Cordova were renowned over all the Eroupe, he wrote to Abd al-Rahman III for permission
    to visit that capital. It was readily granted: Sancho was courteously received and magnificently
    entertained by the Caliph: by the juice of certain herbs in a short time he was effectually rif of his
    cumbrous mass of flesh, and restored time he was lightness and agility”.
    Bersandarkan alasan untuk mencapai kemajuan inilah maka masyarakat Barat
memilih untuk membelakangi arahan gereja dan mendatangi negeri-negeri yang
berada di bawah kekuasaan Muslim khususnya Sepanyol dan Sicily dengan tujuan
menuntut ilmu.

KONSEP ILMU MENURUT ISLAM
Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia disepadukan bertujuan
membolehkan orang berilmu – para sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan dan
ulama mengembangkan dirinya, masyarakatnya dan alam sekitarnya sebagai usaha
pengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanahnya sebagai
khalifah.Aplikasi ilmu itu pula hendaklah sesuai dengan kehendak Allah sebagaimana
ditegaskan dalam ayat-Nya [al-Baqarah: 269] yang bermaksud:
      “Ia memberi hikmat kebijaksanaan [ilmu yang berguna] kepada sesiapa yang
      dikehendaki-Nya (menurut aturan yangditentukan-Nya). Dan sesiapa yang
      diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang
      banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan)
      melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”.
     Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan yang tertinggi ialah mengenal Allah
dengan sebenar-benar pengenalan yang membawa kepada keyakinan dan mampu
meletakkan manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai dan
kedudukannya.Kesimpulannya pengertian berilmu pengetahuan ialah mencari
keredaan Allah kerana tiada keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki melainkan
terletak dalam keredaan Allah jua.

KLASIFIKASI ILMU
Terdapat berbagai istilah yang digunakan oleh ulama dalam pembahagian ilmu.
Namun demikian jika dilihat secara terperinci dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu: ilmu naqli (ilmu fardu ain/ilmu wahyu) dan ilmu aqli (ilmu fardu
kifayah/perolehan akal).
1. Ilmu Naqli [Wahyu]
Ilmu Naqli adalah ilmu yang berdasarkan al-Quran dan Sunah yang biasanya dikenali
sebagai ilmu wahyu.Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim (fardu ain) ini
mengandungi ajaran-ajaran berkaitan akidah, syariah, dan akhlak yang tidak
6


akanmampu dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah daripada
Allah. Justeru, ilmu ini bersifat mutlak, paling tinggi tahapnya serta berada di luar
jangkauan fikiran dan cerapan pancaindera manusia.
     Ilmu inilah yang menjadi santapan rohani manusia dan pedoman yang bernilai
abadi.Kesejagatannya merentasi perbezaan segala bangsa dan sempadan negara.Ilmu
inilah yang boleh memimpin manusia ke tahap mengenal Tuhan dengan sebenar-
benar pengenalan (makrifatullah) melalui tanda-tanda kewujudan ciptaan Allah yang
menggambarkan kekuasaan-Nya.Ringkasnya, ilmu inilah yang membawa manusia
mengenal Tuhan melalui perantaraan nas daripada al-Quran dan Sunah Rasul.
2. Ilmu Aqli [Perolehan Akal]
Jenis ilmu yang kedua ialah ilmu aqli atau sering dinamakan ilmu fardu kifayah.Ia
adalah ilmu yang diperolehi melalui akal manusia. Ilmu ini mencakupi ilmu
kemasyarakatan, ilmu sains tabii, ilmu sains fizik, ilmu sains gunaan, ilmu sains
kemanusiaan termasuk ekonomi pentadbiran dan sebagainya.
    Ilmu ini diperlukan bagi menjamin kesempurnaan hidup.Manusia memerlukan
pengetahuan tentang alam fizikal dan masyarakatnya untuk membolehkannya
menghayati pemberian Ilahi dan menjalankan fungsinya dengan penuh ketaatan
sebagai pentadbir yang mewakili Allah di atas muka bumi (khalifah Allah).
    Kewajipan menuntut ilmu hanya terbatas kepada segolongan manusia. Jika
terdapat segolongan umat Islam yang mempelajarinya, maka terlepaslah
tanggungjawab umat Islam lain. Sebaliknya jika tiada sesiapa yang mempelajari ilmu
fardu kifayah tersebut, maka hukumnya bertukar menjadi fardu ain pula.Ini
menunjukkan bahawa mereka yang mempelajari ilmu fardu kifayah tidak terlepas
daripada menguasai dan memahami tuntutan ilmu fardu ain.Bahkan setiap Muslim
yang berilmu dalam bidang yang diceburi mestilah juga memahami ilmu-ilmu Islam
lain yang menjadi asas kepada setiap individu Muslim. Sebagai contoh setiap saintis
Muslimtidak terkecuali daripada mentaati dan melaksanakan segala tuntutan agama
samaada dalam melakukan perkara yang disuruh mahupun meninggalkan perkara
yang dilarang. Namun, apa yang berlaku pada zaman moden ini ialah kedapatan ahli
sains yang jahil tentang agama, malah sebahagian mereka menyebarkan ilmu tanpa
sebarang tapisan atau rujukan kepada agama terlebih dahulu.
    Masyarakat Islam dewasa ini kebanyakannya keliru dalam memahami konsep
pembahagian ilmu.Pada tanggapan mereka dengan mempelajari dan mempraktikkan
ilmu fardu ain sahaja tanpa menghiraukan ilmu fardu kifayah telah mencukupi bagi
mereka untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.Pemahaman mereka dalam
mempraktikkan ilmu fardu ain juga kelihatan agak pasif. Jika seseorang Muslim itu
memahami dengan sesungguhnya tuntutan rukun iman dan rukun Islam dalam
konteks ilmu fardu ain, mereka akan melihat bahawa ilmu fardu ain juga mempunyai
kaitan yang rapat dalam membentuk ilmu fardu kifayah. Sebagai contoh, salah satu
kewajipan dalam rukun Islam adalah solatlima waktu. Melakukan solat mestilah
dengan menutup aurat dan mengikut syarat-syarat tertentu.Oleh itu, usaha dan kerja
mencari pakaian bagi menutup aurat hukumnya wajib.Hal ini demikian kerana solat
tidak dikira sah kecuali dengan menutup aurat.Justeru, usaha bekerja mencari rezeki
yang dikategorikan sebagai fardu kifayah juga menjadi suatu kewajipan dalam
membantu agar terlaksana fardu ain.Ringkasnya, fardu ain tidak akan sempurna
kecuali dengan tertunainya fardu kifayah.
    Ini bermakna setiap Muslim harus sentiasa berusaha dengan mengaitkan
kesepaduan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah sebagai tanggungjawab terhadap
agama.Di sini dapat dipastikan bahawa ilmu secara umumnya adalah wajib dituntut
oleh semua umat Islam tanpa pengecualian.Pembahagian tersebut tidaklah terbatas
kepada masa dan tempat.Malah pembahagian harus dilihat dalam rangka
7


kemaslahatan umat itu sendiri.Misalnya jika sesebuah daerah hanya mempunyai
beberapa orang doktor atau jurutera sedangkan kemaslahatan umat tidak mencukupi,
maka ilmu kedoktoran dan kejuruteraan dengan sendirinya bertukar menjadi ilmu
fardu ain bagi penduduk daerah tersebut.
     Pembahagian ilmu dalam Islam juga dapat dikelaskan menurut hierarkinya.Ada
ilmu yang diturunkan oleh Allah melalui para Nabi dan Rasul-Nya yang dipanggil
ilmu naqli.Selain itu, ada ilmu yang dihasilkan oleh usaha manusia yang dipanggil ilmu
aqli atau kasbi.Ilmu yang ditanzilkan bersifat mutlak benar manakala ilmu manusia
pula bersifat relatif yang diperolehi daripada akal dan pancaindera sama ada menerusi
pengalaman mahupun intuisi.
     Dalam sejarah, manusia pertama yang ditanzilkan kepadanya ilmu adalah Nabi
Adam a.s. yang telah dilengkapkan dengan segala yang diperlukan bagi kehidupan
duniawi, iaitu ilmu sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memakmurkan bumi.
Begitulah selanjutnya para Nabi dan Rasul yang dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang
ditanzilkan oleh Allah.Dalam historiografi ilmu Islam, tidak dinafikan bahawa Allah
dari masa ke masa telah mentanzilkan ilmu termasuk sains dan teknologi kepada para
utusan-Nya.Ilmu yang ditanzilkan ini merupakan ilmu hakiki yang dapat
dikembangkan oleh akal manusia.Ia sesuai dengan alam yang diciptakan oleh Allah.
Hukum alam yang tidak berubah bersama dengan fenomenanya tetap akan serasi
dengan apa yang ditanzilkan oleh Allah. Kosmos atau tabii adalah jalan kedua dalam
memberikan ilmu selain wahyu Allah yang merupakanbuku yang dibaca (kitab al-
tadwin wa ayat maqru‟ah), sementara alam pula adalah kitab yang dapat dilihat (kitabal-
takwini wa ayat manzurah).
     Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada empat kelompok, iaitu; (1) ilmu
teoritikal dan praktikal, (2) Ilmu mendatang (huduri) dan ilmu pemerolehan (husuli),
(3) ilmu keagamaan (shari‟yyah) dan ilmu intelektual („aqliyyah), dan (4) ilmu fardu ain
dan fardu kifayah. Al-Ghazali turut membahagikan ilmu kepada ilmu terpuji
(mahmud) dan ilmu terkeji (madhmum), dan ilmu yang harus dipelajari(mubah).
Mulla Sadra pula mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu keduniaan dan ilmu
keakhiratan.Walau bagaimanapun, untuk perbincangan ini, jenis-jenis ilmu
diklasifikasikan mengikut alat pencapai ilmu.
1. Ilmu Wahyu
Ilmu Wahyu ialah ilmu-ilmu agama yang berteraskan wahyu daripada Allah.Ia
mewakili ilmu-ilmu seperti al-Quran, tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengannya seperti ilmu Kalam dan ilmu Tasawuf.Ilmu-ilmu ini juga dikenali sebagai
ilmu syariah, ilmu agama, revealed knowledge dan ilmu naqli [ilmu yang bersumberkan
nas-nas Al-Quran ataupun Sunah]. Ilmu-ilmu ini mempunyai taraf Fardu ain kerana
mengandungi ajaran mengenai akidah, syariah dan akhlak yang tidak dapat dicapai
melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah daripada Allah.
     Kebenaran-kebenaran yang terkandung di dalamnya merupakan kebenaran-
kebenaran yang bersifat mutlak, paling tinggi dan kadang kala di luar jangkauan
fikiran, akal dan pancaindera.Ilmu ini mengisi keperluan rohani manusia dengan tepat
dan secukupnya di samping memberikan panduan-panduan yang bernilai abadi dan
sejagat untuk kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan ketatanegaraan.Ilmu ini
membawa manusia mengenali tanda-tanda kewujudan dan kekuasaam Allah melalui
Kitab Allah dan Sunah Rasul untuk membolehkan manusia berfungsi sebagai hamba
Allah di dunia dengan sebaik-baiknya.
     Namun, untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat,
ilmu naqli sahaja tidak mencukupi meskipun ia merupakan ilmu yang paling tinggi
pada pandangan Islam. Manusia memerlukan pengetahuan yang terperinci tentang
alam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan untuk menggunakan segala
8


potensi yang ada sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang akan membangunkan
diri, alam sekitar dan masyarakatnya serta membentuk sejarah sesuai dengan tuntutan
akidah tauhid dan syariat Allah.
2. Ilmu Ilham
Ilmu ini yang turut dikenali dengan namailmu ladunni bersifat lebih menjurus kepada
kehendak ilmu wahyu, berbanding ilmu aqli. Ilmu ini tidak dapat dimiliki oleh semua
orang. Biasanya ia diberikan kepada orang-orang yang hatinya benar-benar hampir
dengan Tuhan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
   “Lalu mereka mendapati seorang daripada hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniai
   rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajar sejenis ilmu [yakni ilmu Ladunni] dari sisi
   Kami”.[Surah al-Kahfi 18: 65].
    Mengikut ayat ini, ilmu Ladunni ialah satu kurniaan atau anugerah yang dianggap
rahmat daripada Allah.Ilmu ini dianugerahkan melalui jalan ilham.Manusia seperti kita
sepatutnya mencontohi kehidupan dan peri laku mereka, baik dari sudut kerohanian
mahupun keduniaan. Kita juga perlu mengambil iktibar daripada proses perjalanan
kehidupan kerohanian mereka ke arah pembersihan jiwa, diri, dan hati demi
mendekati Allah. Yang terpenting ialah bagaimana mereka mengintegrasikan
kehidupan kerohanian dengan kehidupan keduniaan untuk mendapat kebahagiaan di
dunia dan akhirat.Ilmu kashf [terbuka mata hati] dan juga ilmu rasional ialah ilmu yang
berdasarkan daya kekuatan akal, penerapan pancaindera dan pengumpulan maklumat
secara rasional yang melibatkan fikiran logik [mantiq].Iabersifat terbatas kepada
pengetahuan yang hanya dapat dialami oleh pancaindera, yang dapat diukur dan
disukat [boleh diberi kuantiti] dan boleh dianalisis dengan menggunakan kaedah-
kaedah logik.
    Dalam bidang-bidang ilmu perolehan (acquired knowledge) dan ilmu-ilmu
duniawi, proses penafsiran, eksperimen dan pemerhatian akan menghasilkan pelbagai
hukum atau teori. Ilmu ini amat berguna dan sesuai untuk mendapatkan ilmu dan
maklumat alam lahiriah dan kuantitatif.Akan tetapi kaedah-kaedah yang berdasarkan
ilmu rasional atau kaedah-kaedah saintifik tidak boleh digunakan untuk mengkaji
alam rohaniah, jauh sekali daripada mengkaji sifat-sifat Tuhan.Alam rohaniah tidak
dapat dialami dengan pancaindera, tidak dapat diberikan kuantiti dan tidak tertakluk
kepada hukum-hakam dan teori-teori apa jua ilmu dunia.
    Dalam penafsiran tabii dan sains fizikal, akal mungkin boleh melanjutkan proses
penafsiran sehingga menyentuh aspek ketuhanan dengan syarat kepercayaan dan
keimanan tentang agama telah sedia ada dalam diri seseorang ilmuan.
3. Ilmu Empirikal
Ilmu empirikal ialah ilmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera
lahir.Fakta-fakta yang ditanggapi oleh pancaindera haruslah dibawa ke arah
memahami kehendak-kehendak wahyu.Akal pula berfungsi sebagai alat untuk
merumuskan dan membuat kesimpulan berdasarkan penggunaan pancaindera.Asas
ilmu empirikal terletak pada keupayaan pancaindera, manakala ilmu rasional terletak
pada keupayaan aktiviti akal.Kedua-duanya mestilah disepadukan dengan ilmu
wahyu.Ini bermakna ilmu emperikal dan rasional tidak harus meminggirkan elemen-
elemen wahyu khususnya ketika membuat sesuatu penafsiran dalam sebarang
penemuan.
    Ilmu empirikal dan rasional penting untuk menanggapi fenomena-fenomena alam
dan semesta, kerana itu akan menyingkap jiwa manusia kepada keagungan Ilahi.
Dasar-dasar ilmu empirikal dan rasional yang seharusnya dimaklumi ialah penggunaan
semaksimum mungkin akal dan indera untuk menguatkan kepercayaan beragama,
9


keyakinan kewujudan Tuhan dan seterusnya mengarifi keagungan Tuhan semesta
alam, Pencipta segala makhluk.

EPISTEMOLOGI, ONTOLOGI, DAN AKSIOLOGI DALAM ISLAM
Persoalan ilmu dalam falsafah dilihat daripada tiga bidang ilmu, iaitu epistemologi,
ontologi, dan aksiologi.
1.      Epistemologi
Epistemologi dari sudut bahasa adalah berasal daripada gabungan dua perkataan
Yunani, iaitu episteme yang bermaksud ilmu dan logos yang bermaksud sains atau kajian
(Titus, Smith dan Nolan, 1984: 187; Ahmad Sunawari Long, 2008: 127).Epistemologi
adalah sebahagian daripada perbahasan utama dalam falsafah sebagaimana
diungkapkan dalam kamus The Lexicon Webster Dictionary (1985: 331) sebagai “The
theory or study of the origin, nature, methods, and limits of knowledge.”Justeru, epistemologi
secara ringkasnya boleh difahami sebagai sains atau kajian secara falsafah yang
berkaitan tentang ilmu atau lebih ringkas lagi disebut teori ilmu.
         Skop perbincangan epistemologi amat luas dan merangkumi aspek yang
berkaitan dengan sifat ilmu, bagaimana menjustifikasi ilmu yang diperolehi dan
mentafsir bentuk ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu, dan batasan justifikasi
yang boleh dibuat (Ahmad Sunawari Long, 2008: 127). Menurut Webster‟s New
Explorer Desk Encyclopedia (2003: 400), satu persoalan utama dalam epistemologi ialah
adakah semua pengetahuan diperolehi daripada pengalaman? Satu lagi persoalan
yang berkaitan ialah adakah kepercayaan (beliefs) yang tidak dapat disahkan (verified)
atau dipalsukan (falsified) oleh pengalaman boleh dianggap sebagai pengetahuan?
Para failasuf telah sekian lama membincangkan persoalan adakah pengetahuan
merupakan sejenis kepercayaan.Dalam hal ini, Plato mengkategorikan pengetahuan
sebagai kepercayaan sebenar yang telah dibuktikan (justified true belief). Bertolak
daripada pernyataan tersebut maka bermulanya kebanyakan perbincangan
epistemologi pada zaman moden.
         Dalam bentuk persoalan secara epistemologi, antara yang sering bermain
dalam fikiran seorang ahli epistemologi ialah : Apakah itu ilmu? Apakah kriteria atau
sifat sesuatu ilmu?Bagaimanakah seseorang itu mengetahui sesuatu?Berapa banyakkah
ilmu yang boleh manusia kuasai?Adakah ilmu sesuatu yang mungkin?Apakah sumber
ilmu bagi seseorang?Adakah ilmu yang diperoleh bersifat mutlak atau relatif?
Persoalan yang lebih penting ialah: Bagaimana seseorang itu tahu bahawa ia
mengetahui sesuatu? Persoalan lain ialah dalam keadaan manakah kita boleh katakan
seseorang itu mengetahui? Adakah kesemua ilmu tentang hakikat alam ini
bersumberkan pengalaman pancaindera atau adakah seseorang itu mempunyai suatu
ilmu yang bebas daripada pengalaman pancaindera? Sekiranya pancaindera itu
melahirkan beberapa kemungkinan, bagaimanakah mungkin kita memperolehi
keyakinan atau ketepatan yang mutlak seperti yang dicapai dalam bidang matematik
dan logik? (Ahmad Sunawari Long, 2008: 127).
         Asas ilmu ialah tahu dan kebenaran. Oleh itu, ilmu menurut seorang
epistemologis boleh difahami sebagai kepercayaan yang benar yang boleh dibuktikan.
Definisi sebegini melibatkan tiga perkara; pertama, mengetahui sesuatu bermakna
seseorang itu mesti mempercayainya; kedua, kepercayaannya mestilah betul dan
benar; dan ketiganya, kepercayaan tersebut mestilah disertakan dengan alasan atau
boleh dibuat justifikasi. Aspek yang terakhir ini perlu memenuhi beberapa kriteria
lain seperti memerlukan unsur sukarela dan pendalilan secara kemas (Ahmad
Sunawari Long, 2008: 128).
10


        Dalam kehidupan seharian manusia terdapat pelbagai penggunaan atau
maksud tahu yang digunakan. Adakalanya seseorang mendakwa „tahu‟ apabila dia
biasa dengan sesuatu atau seseorang. Umpamanya A mengatakan: “Ayah saya
mengenali atau „tahu‟ Encik Ahmad”. Kadangkala seseorang dikatakan „tahu‟ tentang
sesuatu dalam erti kata dia mempunyai kemampuan dan kemahiran melakukannya.
Umpamanya B mengatakan saya tahu bermain bola. Akhirnya juga didapati
seseorang dikatakan „tahu‟ berdasarkan tahap pengetahuannya. Sebagai contoh C
mengatakan: “Everest adalah gunung tertinggi di dunia”. Penggunaan bentuk ketiga
ini adalah bentuk yang hendak dikaji oleh seorang epistemologis yang melibatkan
persoalan bagaimana, tahap ilmu pengetahuan, dan kesahihan ilmu seseorang
terhadap kepercayaannya. Bentuk ketiga ini juga menimbulkan persoalan apakah asas
yang digunakan oleh seseorang dalam mempercayai apa yang diketahuinya? Atau
sejauh manakah kepercayaan yang dipegangnya adalah benar? Melalui pancaindera,
intelek atau kedua-duanya sekali? (Ahmad Sunawari Long, 2008, 128-129).
        Syed Muhamad Dawilah al-Edrus (1993: 21) menjelaskan bahawa dalam ilmu
falsafah, pada dasarnya asas pengkajian terbahagi kepada tiga teori: Teori Ontologi
(Teori Wujud), Teori Epistemologi (Teori Ilmu), dan Teori Aksiologi (Teori Nilai).
Dalam menjelaskan hubungan antara ketiga-tiga teori tersebut, Suriasumantri (1995:
105) menegaskan bahawa setiap jenis pengetahuan mempunyai ciri-ciri yang spesifik
mengenai apa (ontologi), bagaimana(epistemologi), dan untuk apa (aksiologi)
pengetahuan tersebut disusun. Ketiga-tiga asas ini saling berkaitan. Jika kita ingin
membicarakan epistemologi ilmu, maka hal ini harus dikaitkan dengan ontologi dan
aksiologi ilmu.
     Epistemologi Islam bukanlah semata-mata persoalan yang bersifat falsafah,
malahan ia merupakan tindak balas terhadap persoalan-persoalan kehidupan,
kemasyarakatan dan kenegaraan yang merangkumi seluruh kehidupan keduniaan dan
keakhiratan (Azhar Hj Md Aros, 2001: 277-278).Epistemologi Islam menekankan
pengalaman dan realiti secara keseluruhannya dan menganjurkan pelbagai cara dan
kaedah untuk mempelajari dan mengkaji alam tabii. Konsep ilmu dalam Islam
menggabungkan hampir setiap bentuk ilmu yang bermula daripada semata-mata
pencerapan hinggalah kepada metafizik.Justeru itu, Islam menjadikan wahyu dan akal,
pencerapan dan intuisi, tradisi dan spekulasi teori sebagai punca ilmu.Meskipun
terdapat pelbagai medium untuk mempelajari alam tabii, namun kebenaran wahyu
tetap menjadi tonggak utama dalam tamadun Islam (Fadzlullah Shuib, 2007: 9).
        Di samping sifat kepelbagaian kaedah pencarian dan pencapaian ilmu,
epsitemologi Islam juga menekankan interaksi antara pelbagai cabang ilmu.Segala
bentuk ilmu adalah saling berkaitan dan bertautan dengan wahyu.Islam bukan sekadar
mewajibkan pencarian ilmu malah menjadikannya sebagai suatu urusan ibadah yang
tertinggi.Urusan ilmu amat akrab dengan nilai Islam yang lain seperti kepimpinan
(khilafah dan imamah), amanah, adil, dan kepentingan umum (istislah).
        Sehubungan itu kita boleh meninjau keunikan epistemologi Islam yang
meletakkan sains intelek (merangkumi sains, falsafah, dan teknologi) sejajar dengan
sains transmisi (sains wahyu) sebagai kefarduan dan menjadi tanggungjawab secara
kolektif (fardu kifayah) kepada umat Islam untuk menguasai berbagai bidang sains
dan teknologi.Manakala ilmu wahyu pula menjadi tanggungjawab kepada setiap
individu Muslim untuk mempelajarinya secara fardu ain. Dengan perkataan lain,
urusan ilmu menjadi ibadah, amanah, dan perjuangan umat Islam seluruhnya.
Keutamaan terhadap kepelbagaian dan saling berinteraksi ini memberikan satu ciri
yang sangat unik kepada epistemologi Islam yang menunjukkan bahawa ia adalah
untuk (Fadzlullah Shuib, 2007: 9-11);
11


     1. Memastikan agar tiada satu pun bentuk ilmu atau kaedah ke arah pengetahuan
        dijadikan satu-satunya kriteria untuk mencapai kebenaran.
     2. Memastikan supaya dalam menuntut sesuatu ilmu menerusi sesuatu kaedah
        itu tidak pula menafikan keabsahan penggunaan kaedah lain.
2.      Aksiologi
Aksiologi berasal daripada perkataan Inggeris axiology yang bermaksud sains nilai,
teori, dan sistem nilai.Istilah aksiologi terdiri daripada dua suku kata Greek, iaitu axios
[harga atau nilai] dan logos [logik atau teori] yang membawa maksud teori
nilai.Kemajuan sains membolehkan manusia mengukur secara objektif dan tepat
tentang nilai seperti jangka suhu mengukur haba.
     Apakah yang dikatakan nilai?Nilai ialah satu unsur yang dapat mencerminkan
perlakuan manusia. Dalam Islam, nilai ilmu dan pemikiran merupakan unsur
terpenting yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia. Nilai juga digambarkan
sebagai sesuatu yang tersirat yang dinyatakan secara lisan.Nilai ditunjukkan dengan
kenyataan-kenyataan seperti betul, salah atau memuaskan.
     Aksiologi mempunyai berbagai-bagai faedah.Ia menggerakkan maklumat dan
pengetahuan baru mengenai dunia seharian dan membentuk kerangka rujukan yang
membolehkan kita melihat diri, persekitaran, hubungan sesama makhuk dan Tuhan
dengan cara baru. Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah aksiologi
menyumbangkan pengetahuan serta maklumat yang objektif dan bebas daripada
mana-mana pengamatan pengkaji.Pelbagai pencapaian dalam bidang teknologi dan
sains telah diketahui oleh semua.Kita hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan
produk-produk zaman saintifik seperti automobil, kapal terbang, elektrik, televisyen
dan lain-lain lagi. Sumbangan teknologi moden tidak semuanya positif. Sebagai
contoh, kuasa atom di samping untuk tujuan sumber tenaga dan keamanan telah
menjadi ancaman kepada kemusnahan.Industri yang menyumbangkan kemakmuran
kepada Barat melahirkan hujan asid dan produk-produk yang mengancam alam
sekitar dan udara.
     Aksiologi Islam menentukan gerak, tindakan dan tingkah laku manusia di bawah
nilai-nilai Islam pada sebarang masa dan tempat berdasarkan konsep suruhan
melakukan perkara makruf dan larangan melakukan perkara munkar (al-amr bi al-
ma‟ruf dan al-nahy „an al-munkar).
     Dalam Islam terdapat lima nilai yang dipertanggungjawabkan ke atas manusia
sama ada dalam hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesama manusia, atau
hubungan dengan alam sekitar, iaitu:
     1. Fardu atau wajib [Nilai ini menjadi suatu kemestian dan dikira amat baik
         untuk dilaksanakan]
     2. Sunat [Nilai ini amat digalakkan dan dikira sebagai suatu kebaikan]
     3. Harus [Nilai ini dikira seimbang antara melakukan atau meninggalkannya]
     4. Makruh [Nilai ini dibenci dan merupakan sebahagian daripada keburukan]
     5. Haram [Nilai ini adalah dilarang dan dikira sebagai yang terburuk].
     Nilai-nilai Islam mendasari nilai-nilai lain seperti nilai moral dan etika, nilai
estetika, nilai instrumental, nilai tradisi, nilai intrinsik dan ekstrinsik, nilai sosial dan
nilai budaya.
     Aksiologi juga dikaitkan dengan konsep memahami nilai kebergunaan ilmu.
Dalam kata lain, iabermaksud dasar penggunaan dan aplikasi ilmu yang menghasilkan
nilai tertentu.Ilmu seperti yang diketahui umum bersifat neutral (berkecuali). Ilmuwan
itulah yang mencorakkan ilmu yang ada padanya sama ada menjurus arah nilai
kebaikan atau sebaliknya. Ilmu diibaratkan sebagai sebilah pedang yang mempunyai
dua mata, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan untuk tujuan sebaliknya. Pedang itu
12


sendiri tidak berupaya untuk bertindak.Manusia yang menguasai pedang itulah yang
menentukan kegunaannya.Pendeknya, pengamal ilmu itulah yang mencorakkan ilmu
untuk kebaikan dan keindahan hidup serta keharmoniannya ataupun
mencorakkannya dengan kekacauan dan kemusnahan kepada alam seluruhnya. Ilmu
yang berada pada diri orang Mukmin lagi bertakwa akan mencorakkan nilai
kesejahteraan sementara ilmu yang berada pada orang musyrik akan mencorakkannya
kepada nilai kehancuran.
3.       Ontologi
Perkataan ontologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu onto yang bererti sesuatu
yang wujud manakala perkataan logi atau logos pula bererti ilmu pengetahuan yang
logik (Runes, 1976).Oleh itu, ontologi bermaksud menjelaskan sesuatu perkataan atau
ilmu pengetahuan mengenai hakikat atau sifat sesuatu benda, kenyataan atau hakikat
sesuatu yang wujud secara abstrak.Dengan itu, ontologi adalah suatu bidang ilmu
semantik, teori kewujudan, ilmu tentang hakikat benda dan ilmu tentang prinsip
dasar. Persoalan ontologi ilmu yang diteliti dalam penulisan ini adalah untuk
menjelaskan perkataan ilmu dari segi semantik (etimologi dan terminologi),
kepelbagaian maksud perkataan ilmu yang berulangan sebanyak 750 kali dalam al-
Quran; perkataan yang sinonim (seerti) dengan ilmu seperti perkataan makrifah
(pengetahuan), hikmah (kebijaksanaan), fikr (pemikiran), ulul al-bab (ahli ilmu), dan ulul
al-absar (pemerhati atau pengkaji).
         Persoalan ontologi ilmu ini adalah untuk menjawab tiga persoalan utama, iaitu
pertama apa yang diteliti oleh sesuatu ilmu? Untuk menjawab persoalan ini maka
perlu menjelaskan konsep falsafah ilmu dari segi semantik dan teori falsafah
ilmu.Kedua, bagaimana hakikatnyasesuatu ilmu itu wujud?Untuk menjawab persoalan
ini maka perlu menjelaskan teori falsafah ilmu pengetahuan.Ketiga, bagaimana
hubungan ilmu dengan tanggapan melalui fikiran dan pancaindera manusia yang
menghasilkan pengetahuan?Untuk menjawab persoalan ini maka perlu ada penelitian
secara ilmiah dan saintifik (Jujun, 1994). Oleh itu, penjelasan tentang ontologi dalam
bahagian ini dapat memberikan kita pengertian ilmu secara semantik, etimologi,
terminologi, dan pengertian ilmu dalam al-Quran yang terdapat 77 bentuk dan dalam
750 perkataan (Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad, 2012: 7-8).

SEJARAH PERKEMBANGAN FALSAFAH DAN ILMU
Dari segi sejarah, Phytagoras (580-500 S.M.) adalah orang yang pertama
menggunakan perkataan falsafah dan beliau sendiri dikenali sebagai wise man oleh
masyarakat Yunani. Phytagoras menjadikan falsafah sebagai suatu cara hidup dan
asas dalam melatih generasi muda Yunani untuk menjadi manusia yang betul-betul
berfalsafah. Beliau menggabungkan bidang perubatan (untuk menyucikan badan)
dengan bidang muzik (untuk menyucikan roh).
        Khusus dalam bidang perubatan, Phytagoras memberi perhatian utama
kepada pemakanan dan keserasian terhadap beberapa jenis makanan dan minuman.
Beliau juga menekankan latihan mental yang mengutamakan latihan membangunkan
minda. Antara aktiviti yang perlu diikuti oleh muridnya ialah mengingati semula apa
yang dibuat atau diperkatakan pada setiap pagi sebelum kuliah bermula (Luce 1992,
34). Murid Phytagoras juga diajar pelajaran agama dan peraturan supaya dapat hidup
berdasarkan undang-undang alam. Apa yang ditekankan oleh Phytagoras ialah
pencarian hikmah dan bukan pencapaian hikmah atau ilmu. Phytagoras menyatakan
bahawa hikmah pada dirinya bermaksud mengetahui yang dirinya jahil. Oleh itu,
dirinya tidak sepatutnya dipanggil sebagai wise man tetapi sebagai pencinta hikmah
(Ewing, 1968: 13).
13


         Walaupun Phytagoras diiktiraf sebagai pelopor perkataan falsafah, ungkapan
ahli falsafah atau falsafah hanya menjadi lebih bermakna seterlah dipopularkan oleh
dua ahli falsafah Yunani terkenal, iaitu Plato (427-347 S.M.) dan Aristotle (384-322
S.M.). Ringkasnya, sejarah perkembangan falsafah dunia dibahagikan kepada empat
peringkat utama, iaitu Zaman Awal, Zaman Pertengahan, Zaman Moden, dan Zaman
Kontemporari. Walaupun falsafah dibezakan dengan zaman-zaman tersebut, namun
dari segi sifatnya ia tetap sama, iaitu menggunakan akal dalam mencari kebenaran
(Ahmad Sunawari Long, 2008: 42-105).
Peringkat Pertama: Falsafah Zaman Awal (Ancient Philosophy)
Peringkat awal perkembangan falsafah diiktiraf bermula lebih kurang pada abad ke-6
S.M. di Yunani. Ia tidak menafikan wujudnya falsafah yang lebih awal seperti di India
dan China. Namun, kerana falsafah Yunani bersifat rasional dan sistematik tanpa
dikaitkan dengan agama berbanding kedua-dua falsafah Timur tersebut yang bersifat
intuitif dan mistik, maka ia dianggap tapak bermulanya falsafah dunia. Pada peringkat
ini, falsafah dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan, iaitu bermula dengan
falsafah Yunani (Milesians School-Aristotle), falsafah Yunani-Rom, dan falsafah
zaman Neoplatonisme. Pada peringkat ini juga terdapat tiga isu utama- iaitu hakikat
dan perubahan, akal, etika – yang menjadi persoalan pokok dalam falsafah Yunani
yang menjadi asas kepada corak dan pembentukan pemikiran terkemudian. Sifat
utama falsafah pada peringkat ini cuba memahami secara rasional dunia alam semula
jadi.
Peringkat Kedua: Falsafah Zaman Pertengahan
Falsafah Zaman Pertengahan dirujuk kepada abad ke-4 M, iaitu selepas kejatuhan
Empayar Rom dan penutupan Academy di Athens oleh Justinian I pada 529 M dan
seterusnya berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Falsafah peringkat ini penting dalam
sejarah perkembangan falsafah Barat kerana ia adalah kemuncak kepada pertemuan
antara falsafah Yunani dan agama. Ahli falsafah pada zaman ini mewakili tiga
kelompok utama dunia, iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian yang kesemuanya terdedah
kepada karya Plato, Aristotle, dan Neoplatonis yang mempengaruhi dalam mentafsir
agama.
        Golongan yang mewakili ketiga-tiga agama tersebut berhadapan dengan
dilemma utama, iaitu sama ada mengutamakan agama atau mengutamakan falsafah
atau mengharmonikan antara kedua-duanya. Namun, kebanyakan mereka telah
memilih jalan ketiga dengan membina teori Dua Kebenaran yang menganggap
falsafah dan agama atau akal dan wahyu kedua-duanya sebagai pembawa kebenaran.
Teori ini didakwa oleh mereka sebagai telah berjaya menyelamatkan agama,
menjadikannya disanjung dan mempunyai nilai yang rasional. Merasionalkan agama
bukan bermakna memusnahkannya, tetapi sebaliknya menggalakkan supaya
masyarakat memberi perhatian yang lebih kepadanya. Teori Dua Kebenaran juga
menampakkan nilai sejagat dalam al-Quran dan kitab agama lain. Falsafah Zaman
Pertengahan boleh dibahagikan kepada tiga zaman utama, iaitu zaman paderi, zaman
skolastik (keseronokan hasil renungan akal terhadap sesuatu perkara), dan zaman
kebangkitan pemikiran Averoisme.
Peringkat Ketiga: Falsafah Zaman Moden
Falsafah Zaman Moden bermula di Barat khasnya di Benua Eropah pada abad ke-17
Masihi dengan kemunculan aliran rasionalisme. Ahli falsafah rasionalis menyatakan
bahawa kebenaran adalah bersumberkan kepada ketaakulan, ia juga lebih agung dan
wujud secara bebas daripada pengalaman pancaindera dan ilmu pengetahuan adalah
bersifat a priori. Falsafah moden dimulakan dengan Rene Descartes (1596-1650 M)
walaupun dari segi zaman, beliau adalah seangkatan dengan Francis Bacon, namun,
14


dari segi corak falsafahnya ia amat berlainan. Beliau digelar sebagai bapa falsafah
moden kerana usahanya yang bersungguh-sungguh mencari suatu kaedah dalam
seluruh cabang penyelidikan mengenai manusia dan juga usahanya memperkenalkan
banyak konsep dan hujah yang boleh dijadikan asas dalam falsafah. Beliau telah
mengubah corak pemikiran tradisi skolastik dan gerakan kemanusiaan pada zaman
Renaissance. Beliau juga melakukan reformasi secara radikal dalam bidang intelektual
yang menghasilkan perspektif baru dalam falsafah dan akhirnya aliran skolastik
ditolak oleh masyarakat.
        Falsafah moden mempunyai tiga ciri utama, iaitu bersifat rasional (dengan
menjadikan akal sebagai autoriti tertinggi dalam mencapai ilmu pengetahuan), bersifat
naturalistik (menjelaskan fenomena luaran dan dalaman alam tanpa andaian bersifat
luar biasa), dan bersifat saintifik serta berkaitan dengan ilmu yang menyentuh
persoalan metafizik (Thilly, 1975: 280-282). Ahli falsafah bernama Russel (1991: 481)
menambah dua ciri lagi, iaitu bersifat individualistik (keyakinan terhadap ilmu
berdasarkan keyakinan kewujudan diri sendiri), dan bersifat subjektif (kewujudan ilmu
berdasarkan persepsi individu).
Peringkat Keempat: Falsafah Zaman Kontemporari (Abad 18, 19 dan 20 M)
Falsafah pada abad ke-18 ialah falsafah Empirisme setelah falsafah Rasionalisme
Continental mendapat tentangan daripada ahli falsafah Empiris British yang
mendakwa tidak ada ilmu bersifat a priori sebaliknya ia mesti bersifat a posteriori, dan
teori kewujudan ilmu secara lahiriah hendaklah ditolak. Antara tokoh aliran ini ialah
John Locke (1632-1704), George Berkeley (1685-1753) dan David Hume (1711-
1776). Abad ini juga dikenali sebagai Zaman Pengajaran bagi falsafah Barat.
        Falsafah pada abad ke-19 ialah falsafah Romantisme dan Pasca Kantianisme.
Kemunculan gerakan Romantisme adalah akibat daripada reaksi terhadap falsafah
rasionalisme, empirisme serta pengaruh pemikiran golongan libertaria dan egalitaria
Revolusi Perancis. Di samping itu, kemunculannya didorong oleh perasaan marah
dan simpati terhadap peperangan berbentuk keagamaan dan perang saudara di negara
Perancis, England, dan Jerman. Akibatnya timbul gerakan yang ingin kembali kepada
alam tabii dan kebaikan semulajadi dalam diri manusia, menghargai kepahlawanan
individu, memuliakan pancaindera, emosi mengutamakan akal dan intelek, idea
primitif dan nasionalistik, kekaguman terhadap binatang dan lanskap. Pada abad ke-
19 juga, falsafah Barat diwarnai falsafah Pasca Kantianisme yang menggambarkan
reaksi kepada pemikiran Immanuel Kant (1724-1804)- pelopor falsafah Idealisme.
Kant melalui falsafahnya menekankan kepada kebebasan memilih dan doktrin realiti
kepada hakikat tertingginya adalah berbentuk spiritual dengan menganggap alam tabii
sebagai cermin roh. Pemikiran Kant telah membuka pemikiran baru di Barat sama
ada dalam bentuk persetujuan atau pertentangan dengan ideanya. Antaranya, falsafah
realisme oleh Johann Friedrich Herbart (1776-1841), idealisme mutlak oleh George
William Hegel (1770-1831), pesimisme oleh Arthur Schpenhauer (1788-1860) dan
positivisme oleh Auguste Comte (1798-1857).
        Falsafah pada abad ke-20 ialah falsafah Pragmatisme walaupun pada zahirnya
tidak boleh dilabelkan dengan nama tertentu. Hal ini demikian kerana pada ketika itu
tidak dapat dibezakan dengan jelas antara satu kumpulan falsafah dengan kumpulan
yang lain- sebahagian ahli falsafah menganut fahaman kumpulannya dan pada masa
yang sama menerima juga aliran lain. Jika dilihat dalam konteks arus pemikiran,
falsafah ketika itu boleh dibahagikan kepada tiga aliran utama, iaitu;
    1. Pendukung falsafah Neo-Kantianisme dan Neo-Hegelisme seperti Ernst
        Cassirer (1874-1945) dan Paul Nartorp (1854-1924).
15


   2. Aliran pragmatisme pimpinan Charles S. Pierce (1839-1914), William James
      (1842-1910) dan John Dewey (1859-1952). Aliran ini adalah yang paling
      menonjol pada abad ke-20 berbanding dua aliran yang lain.
   3. Golongan realis, iaitu mereka yang mengutamakan sains dan yakin bahawa
      falsafah tidak membawa apa-apa kebenaran dan gagal menunjukkan sebarang
      jalan bagi mencapainya.

BUDAYA ILMU: KONSEP DAN PENGAPLIKASIANNYA
Konsep dan frasa “budaya ilmu” mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Prof. Dr.
Wan Mohd Nor Wan Daud menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, prasyarat
dan perlaksanaan di Malaysia. Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudan
suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak
langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di
mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentu dan
diputus serta dilaksana berdasarkan ilmu pengetahuan (Zaini Ujang, 2009: ix; Wan
Mohd Nor Wan Daud, 1997: 34).
        Dalam semua tamadun, apatah lagi tamadun Islam, budaya ilmu menjadi teras
kemajuan dan jati diri. Menerusi budaya ilmu, program dan aktiviti berkaitan ilmu
seperti pendidikan, penggubalan dasar, atur cara majlis, gaya, cara hidup, dan
sebagainya mestilah berteraskan kefahaman dan martabat ilmu yang dianggap suatu
keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di semua peringkat.
Budaya ilmu sama sekali tidak boleh terhad kepada usaha keilmuan yang dilakukan
oleh segolongan kecil ahli masyarakat sahajam apatah lagi sekiranya dibebankan
hanya kepada golongan mahasiswa dan pensyarah dalam konteks pembinaan
masyarakat berpendidikan tinggi di kampus. Namun begitu, disebabkan kualiti ilmu
itu tidak terbatas sifatnya, maka pengkhususan ilmu amat diperlukan berdasarkan
teras dan paksi yang sama untuk mewujudkan kesatuan ilmu. Hal ini demikian kerana
hakikatnya suatu ilmu adalah saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
        Ringkasnya, dalam sesebuah masyarakat yang mendukung budaya ilmu yang
subur dan mantap, maka tingkah laku masyarakat di seluruh peringkat dan lapisan –
tanpa mengenal usia, kerjaya, harta, dan status sosial – akan berteraskan pengajian
dan penghayatan ilmu. Olehitu, kepentingan dan pertimbangan lain, apatah lagi jika
pertimbangan tersebut berasaskan sentimen dan dimensi sempit kelompok politik,
status sosial, percaturan ekonomi, sentimen kesukuan atau mazhab sama sekali tidak
boleh menjadi asas utama dalam sistem nilai. Justeru, menerusi sistem nilai yang
berteraskan budaya ilmu ini, maka akan terhasil keharmonian, keberkatan, dan
kesejahteraan kerana nilai kebenaran dan keadilan menjadi tonggak dan asas
masyarakat tersebut (Zaini Ujang, 2009: x).
        Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1997: 2-4), masih terdapat salah faham
tentang ilmu dan peranannya di kalangan kita. Ada kalangan berpendapat yang kita
sangat perlukan hari ini bukanlah budaya ilmu, tetapi perkara lain yang mengikut
mereka adalah lebih asas. Ada yang menyuarakan bahawa perkara terpenting yang
diperlukan oleh masyarakat kita hari ini adalah iman dan amalan keagamaan, dan ada
juga yang menyatakan kekuatan ekonomi; manakala sebahagian lain pula
menyarankan perpaduan atau semangat kebangsaan. Kita tidak menafikan peri-
pentingnya perkara-perkara tersebut, tetapi perkara-perkara ini hanyalah hasil atau
akibat hal yang lebih asas, iaitu ilmu. Iman atau amalan keagamaan, jika tidak
didasarkan kepada ilmu yang luas dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di atas
pasir atau sekuat sarang labah-labah; datang ribut tumbanglah ia. Jika iman atau
agama didasarkan kepada ilmu, bukan sahaja akan mengukuhkan peribadi orang
berkenaan, malah akan memberi kesejahteraan kepada manusia dan alam.
16


         Justeru itu, Allah S.W.T dalam al-Quran menegaskan bahawa hanya orang
yang berilmu supaya mentaati Allah dengan sebaik-baiknya. Nabi Muhammad s.a.w.
juga telah menggariskan pendirian ini apabila baginda menyatakan bahawa seseorang
yang berilmu agama lebih kuat menentang syaitan daripada seribu orang yang
beribadat (tanpa ilmu yang cukup). Para sahabat seperti Muaz bin Jabal memahami
penekanan ini yang terbukti dalam kata-katanya, “Ilmu adalah ketua bagi amalan
manakala amalan menjadi pengikutnya.”
         Kepentingan budaya ilmu dan pengaruhnya terhadap ketamadunan manusia
boleh disandarkan kepada hasil kajian Profesor Paul Kenedy dari Universiti Yale,
Amerika Syarikat, dalam bukunya The Rise and Fall of the Great Powers: Economic Change
and Military Conflict from 1500-2000. Hasil kajian terhadap faktor-faktor penting
kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar dari abad ke-16 hingga abad ke-20
Masihi, seperti kerajaan Islam Turki (Uthmaniyyah), kerajaan Mughal di India, Dinasti
Ming di China, kerajaan Jepun, Rusia dan negara-negara Eropah mendapati bahawa
dua faktor utama yang saling berkaitan ialah kewibawaan sistem dan kuasa ekonomi,
dan kekuatan teknologi ketenteraan. Namun, masih boleh disimpulkan daripada
analisis tersebut bahawa faktor yang menjadi dasar bagi kedua-dua „faktor akibat‟
masih lagi tertumpu kepada sikap terhadap ilmu dan penghayatan budaya ilmu.
         Dalam menggarap konsep dan merencanakan perlaksanaan budaya ilmu, Wan
Mohd Nor Wan Daud (1988: 6-14) mencadangkan beberapa aspek dan gagasan
untuk menyuburkan budaya ilmu (Zaini Ujang, 2009: 26-27). Antaranya ialah:
    (1)      Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya sistem nilai
             (aksiologi), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah sistem
             sosial serta individu di dalamnya.
    (2)      Dalam sistem nilai perlu ada kecintaan terhadap ilmu serta kegigihan
             menimba, menyebar dan mengamalkannya yang dianggap sebagai
             idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca dan pendorong bagi
             mencetuskan segala kebaikan yang lain.
    (3)      Pembinaan budaya ilmu dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah
             berasaskan tiga perkara utama, iaitu konsep Tuhan, manusia, dan alam
             semesta.
    (4)      Budaya ilmu terbukti wujud apabila ilmu merupakan perkara penting yang
             mahu disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang sekalipun
             semasa akhir hayatnya.
    (5)      Ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses pencapaian
             ilmu, antara lainnya memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang
             banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.
    (6)      Ganjaran bagi setiap usaha ke arah mencari dan menyebarkan ilmu adalah
             berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan.
    (7)      Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan
             status sebagai „the highest good‟ kebaikan mutlak martabat tertinggi
             dalam sistem nilai bagi individu dan masyarakat.
    (8)      Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur
             hidup (life long learning) , dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat
             menyeluruh dan bersepadu.
    (9)      Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli
             masyarakat untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun
             betapa rendah taraf sosio ekonominya.
    (10) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia.
             Justeru, setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan ilmuwan.
17


    (11)     Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan
             penyebaran ilmu pengetahuan.
    Untuk membolehkan budaya ilmu menyerap dalam minda, jiwa, dan amalan warga
universiti, maka lima pelan tindakan perlu dilakukan (Zaini Ujang, 2009: 43-44);
    (1)      Menjadikan nilai ilmu sebagai aspek tertinggi dalam pemikiran, minda,
             kehidupan dan warga kerja universiti, termasuklah mahasiswa, staf
             akademik dan staf sokongan.
    (2)      Meletakkan golongan ilmuwan pada martabat dan kedudukan yang
             sewajarnya dari segi penghormatan, peranan, dan tanggungjawab.
    (3)      Memastikan seluruh warga universiti turut terlibat dalam proses
             peningkatan dan penghayatan ilmu.
    (4)      Menjadikan program akademik seperti kuliah, tutorial, makmal dan kerja
             lapangan sebagai majlis ilmu yang diberkati Ilahi.
    (5)      Menghargai bukan tujuan untuk pendewaan dan penyuburan sifat
             sombong, ego, dan bangga diri, sebaliknya sebagai insentif dan
             penghormatan ilmu untuk diteladani orang lain.

PENUTUP
Islam menekankan pentingnya diintegrasikan ilmu dunia dengan ilmu akhirat, begitu
juga nilai-nilai keduniaan dan keagamaan. Islam menganggap kehidupan di dunia
sebagai persediaan untuk menuju akhirat dan gunanya agar dunia ini dijadikan sebagai
jambatan emas ke alam akhirat manakala ahirat itu sendiri sebagai matlamat utama dan
terakhir. Penegasan bahawa wahyu itu sebagai sumber utama ilmu dalam Islam
merupakan satu ironi agar umatnya betul-betul mendalami dan mengambil pengertian
yang jauh tentang hakikat bahawa Al-Quran dan Sunah itu merupakan khazanah ilmu
yang tidak terbilang, disamping sebagai petunjuk dan rahmat untuk sekalian alam.

BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim.
Ahmad Sunawari Long. 2008. ed. ke-2. Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti
    Kebangsaan Malaysia.
Al-Ajurri, Abi Bakr bin al-Husayn bin Abdullah. T.th. Akhlaq al-Ulama. Madinah: Dar
    al-Da‟wah.
Ali Nadwi. 1967. Islam and the World. Lahore: S.H. M. Ashraf.
Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A„lam. 1975. Beirut: Dar al-Masyriq.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1975. Islam and Secularism. Kuala Lumpur:
    ABIM.
____________________________. 1990. The Nature of Man and the Psychology of the
    Human Soul. Kuala Lumpur: ISTAC.
Azhar Hj Mad Aros et. al. 2001.TITAS 1. Kuala Lumpur: Fajar Bakti,
Fadzlullah Hj Shuib. 2007. Syari‟ah Sains dan Teknologi. Ed. Muhammad Sabri Sahrir
    & Mohd Puzhi Usop. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication.
Al-Ghazali, Abu Hamid. Sharaf al-„aql wa mahiyatih. 1986. ed. Mustafa Abdul Qadir
    „Ata. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.
H. Aboebakar Atjeh. 1970. Toleransi Nabi Muhammad dan Sahabat-sahabatnya.Semarang:
    C.V.Ramdhani.
Ha‟iri Yazdi. 1992. The Principles of Epistemology in Islamic Philosophy, Knowledge by Presence.
    New York: State University of New York.
Harold H. Titus, et.al. 1984. Persoalan-persoalan Filsafat, terj. H.M. Rasjidi. Jakarta:
    Bulan Bintang.
18


Harun Nasution. 1982. Akal dan Wahyu dalam Islam. Jakarta: Penerbit Universitas
    Indonesia.
Ibn „Abd al-Barr al-Qurtubi. 1968. Jami„ bayan al-„ilm wa fadlih. 2 juzuk. Madinah: al-
    Maktabah al-Salafiyyah.
Ibn Majah. T.th. Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Qudamah al-Maqdisi. 1978. Mukhtasar Minhaj al-Qasidin. taklik Syu„aib al-Arna‟ut
    & Abdul Qadir al-Arna‟ut. Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.
Ibrahim Abu Bakar. 1990. Konsep Kerasulan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
    Pustaka.
John Hospers. 1988.An Introduction to Philosophical Analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Jujun S. Suriasumantri. 1993. Ilmu dalam Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
    Pustaka.
Kamus Dewan. 1998. Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Longman Dictionary Contemporary English. 1991. London: Longman Group UK Limited.
Maan Z. Madina. 1973. Arabic-English Dictionary. New York: Pocket Books.
Minerva Kamus Dwibahasa. 1999. Seremban: Minerva Publications.
Muhsin al-Kashani. 1983. al-Mahajjat al-Bayda‟ fi Tahdhib al-Ihya‟. komentar Ali Akbar
    al-Ghifari. Beirut: Mu‟asasah al-A‟lami lil Matbu„at.
Ramli Awang. 1997. Tasawwur Rabbani menurut Al-Quran dan Al-Sunah. Kuala Lumpur:
    Al-Hidayah Publishers.
Thomas Arnold & Alfred Guillaume.1965. Legacy of Islam. Oxford: Oxford
    University Press.
W. K. Hartman. 1987.Astronomy the Cosmic Journey. California: Wadsworth Publishing
   Company.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 1997. Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan
   Bahasa dan Pustaka.
Wan Zailan Kamaruddin. 1997. Hakikat Kenabian menurut al-Quran.Kuala Lumpur:
   Berita Publishing Sdn. Bhd.
Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad. 2012. Falsafah Ilmu Dalam al-Quran: Ontologi,
   Epistemologi, dan Aksiologi. Johor Bahru: Penerbit UTM Press Universiti
   Teknologi Malaysia.
Yusuf al-Qaradawi. 1996. Keutamaan Ilmu dan Kemuliaan Para Ulama‟, terj. M. Junaid al-
   Hashim. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Zaini Ujang. 2009. Memperkasa Budaya Ilmu: Konsep dan Amalan. Skudai: Penerbit
   UTM Press.
Zaini Ujang. 2009. Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan. Ed. ke-
   2. Skudai: Penerbit UTM Press.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunairenahmad
 
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia surrenderyourthrone
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirfiro HAR
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratDaniel Hoo Ting Chiang
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alAs Nuurien Najma
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorzakwan azhar
 

Was ist angesagt? (20)

Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
 
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
 
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi KonvensionalPerbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut al
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)
Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)
Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
 

Andere mochten auch

A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022   sains teknologi dan manusiaA intro uici 2022   sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusiaAbdul Khaliq
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuAbdul Khaliq
 
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam PaperAbdul Khaliq
 
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)Abdul Khaliq
 
Sains dan teknologi dalam Islam
Sains dan teknologi dalam IslamSains dan teknologi dalam Islam
Sains dan teknologi dalam IslamIndahNurRizki19
 
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)Abdul Khaliq
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperAbdul Khaliq
 
UICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islamUICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islamAbdul Khaliq
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
Konsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamKonsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamDen Besut
 
Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik
Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantikKertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik
Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantikErlinamohamad
 
20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updated
20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updated20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updated
20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updateddtrb
 
Pembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya IlmuPembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya Ilmuzana liyaa
 
Disiplin disiplin sains-sosial
Disiplin disiplin sains-sosialDisiplin disiplin sains-sosial
Disiplin disiplin sains-sosialFatin Halid
 
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektifNorlaily Kakly
 

Andere mochten auch (20)

A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022   sains teknologi dan manusiaA intro uici 2022   sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
 
Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211
 
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
 
Cabang-cabang Falsafah
Cabang-cabang FalsafahCabang-cabang Falsafah
Cabang-cabang Falsafah
 
Sains dan teknologi dalam Islam
Sains dan teknologi dalam IslamSains dan teknologi dalam Islam
Sains dan teknologi dalam Islam
 
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
 
Spe Bab1
Spe Bab1Spe Bab1
Spe Bab1
 
UICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islamUICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islam
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Konsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamKonsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islam
 
Ilmu
IlmuIlmu
Ilmu
 
Manusia dan teknologi
Manusia dan teknologiManusia dan teknologi
Manusia dan teknologi
 
Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik
Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantikKertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik
Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik
 
20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updated
20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updated20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updated
20111101151326 final hbmt4403_jan2010_updated
 
Pembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya IlmuPembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya Ilmu
 
Disiplin disiplin sains-sosial
Disiplin disiplin sains-sosialDisiplin disiplin sains-sosial
Disiplin disiplin sains-sosial
 
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
26866747 soalan-pengenalan-ilmu-usul-fiqh-soalan-objektif
 

Ähnlich wie Ilmu Manusia dan Perkembangan Tamadun

Islam dalam pandangan epistimologi
Islam dalam pandangan epistimologiIslam dalam pandangan epistimologi
Islam dalam pandangan epistimologiM fazrul
 
Raden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docx
Raden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docxRaden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docx
Raden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docxRadenMuhammadRidaAlR
 
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_SKelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_SAyuRatnaSari14
 
Falsafah kesatuan ilmu
Falsafah kesatuan ilmuFalsafah kesatuan ilmu
Falsafah kesatuan ilmuAhmadAudiyas
 
makalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdfmakalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdfhspanggalih
 
Epistemologi makna & kebenaran ok
Epistemologi makna & kebenaran okEpistemologi makna & kebenaran ok
Epistemologi makna & kebenaran okRizal Fahmi
 
Kelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_s
Kelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_sKelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_s
Kelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_slilisnurkhafida
 
TUGAS AKHIR KEL 13.pdf
TUGAS AKHIR KEL 13.pdfTUGAS AKHIR KEL 13.pdf
TUGAS AKHIR KEL 13.pdfregistaannisa
 
E p i s t e m o l o g i
E p i s t e m o l o g i E p i s t e m o l o g i
E p i s t e m o l o g i Erta Erta
 
0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)
0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)
0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)Erta Erta
 
Hubungan ilmu, agama dn filsafat
Hubungan ilmu, agama dn filsafatHubungan ilmu, agama dn filsafat
Hubungan ilmu, agama dn filsafatSusi Yanti
 
KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...
KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...
KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...DeffaNovitasari
 
PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdf
PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdfPENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdf
PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdfRizkyAmelia88
 
PPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptx
PPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptxPPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptx
PPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptx22D082MuhammadIlham
 
FKI-Muhamad Husni M (2205056063).docx
FKI-Muhamad Husni M (2205056063).docxFKI-Muhamad Husni M (2205056063).docx
FKI-Muhamad Husni M (2205056063).docxMuhamadHusniMubarok1
 

Ähnlich wie Ilmu Manusia dan Perkembangan Tamadun (20)

Bab 01 manusia & ilmu
Bab 01 manusia & ilmuBab 01 manusia & ilmu
Bab 01 manusia & ilmu
 
Islam dalam pandangan epistimologi
Islam dalam pandangan epistimologiIslam dalam pandangan epistimologi
Islam dalam pandangan epistimologi
 
Raden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docx
Raden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docxRaden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docx
Raden Muhammad Rida Al Rasjid - Artikel FKI.docx
 
KELOMPOK 12_PFI_S
KELOMPOK 12_PFI_SKELOMPOK 12_PFI_S
KELOMPOK 12_PFI_S
 
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_SKelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
 
Falsafah kesatuan ilmu
Falsafah kesatuan ilmuFalsafah kesatuan ilmu
Falsafah kesatuan ilmu
 
makalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdfmakalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdf
 
Epistemologi makna & kebenaran ok
Epistemologi makna & kebenaran okEpistemologi makna & kebenaran ok
Epistemologi makna & kebenaran ok
 
Kelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_s
Kelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_sKelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_s
Kelompok 7 rangkuman seluruh ppt pengantar filsafat ilmu_s
 
TUGAS AKHIR KEL 13.pdf
TUGAS AKHIR KEL 13.pdfTUGAS AKHIR KEL 13.pdf
TUGAS AKHIR KEL 13.pdf
 
E p i s t e m o l o g i
E p i s t e m o l o g i E p i s t e m o l o g i
E p i s t e m o l o g i
 
0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)
0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)
0 kajian kritis terhadap epistemologi sains modern (makalah)
 
Hubungan ilmu, agama dn filsafat
Hubungan ilmu, agama dn filsafatHubungan ilmu, agama dn filsafat
Hubungan ilmu, agama dn filsafat
 
Modul 11 kb 1
Modul 11 kb 1Modul 11 kb 1
Modul 11 kb 1
 
filsafat
filsafatfilsafat
filsafat
 
KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...
KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...
KELOMPOK 3_SLIDE SHARE_MATERI KULIAH PENGANTAR ILMU FILSAFAT_KELAS S_UNTAG SU...
 
Bbm nota
Bbm notaBbm nota
Bbm nota
 
PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdf
PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdfPENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdf
PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 12.pdf
 
PPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptx
PPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptxPPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptx
PPT RASIONALITAS ILMU FILSAFAT.pptx
 
FKI-Muhamad Husni M (2205056063).docx
FKI-Muhamad Husni M (2205056063).docxFKI-Muhamad Husni M (2205056063).docx
FKI-Muhamad Husni M (2205056063).docx
 

Mehr von Abdul Khaliq

SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperSCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperAbdul Khaliq
 
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMSCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMAbdul Khaliq
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperAbdul Khaliq
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)Abdul Khaliq
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleAbdul Khaliq
 
Soalan orienteering
Soalan orienteeringSoalan orienteering
Soalan orienteeringAbdul Khaliq
 
Orienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraOrienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraAbdul Khaliq
 
orienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangorienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangAbdul Khaliq
 
orienteering - cerun
orienteering - cerunorienteering - cerun
orienteering - cerunAbdul Khaliq
 
orenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunorenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunAbdul Khaliq
 
Orienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikOrienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikAbdul Khaliq
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)Abdul Khaliq
 
Computational mathematic
Computational mathematicComputational mathematic
Computational mathematicAbdul Khaliq
 
UICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmuUICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmuAbdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 

Mehr von Abdul Khaliq (18)

SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperSCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
 
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMSCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
 
Soalan orienteering
Soalan orienteeringSoalan orienteering
Soalan orienteering
 
Orienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraOrienteering - titik utara
Orienteering - titik utara
 
orienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangorienteering - saling pandang
orienteering - saling pandang
 
orienteering - cerun
orienteering - cerunorienteering - cerun
orienteering - cerun
 
orenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunorenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerun
 
Orienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikOrienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatik
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
 
Computational mathematic
Computational mathematicComputational mathematic
Computational mathematic
 
UICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmuUICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmu
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
 

Ilmu Manusia dan Perkembangan Tamadun

  • 1. BAB I MANUSIA DAN ILMU OBJEKTIF Membincangkan definisi ilmu dan falsafah menurut sarjana Islam dan Barat. Menjelaskan klasifikasi dan falsafah ilmu yang merangkumi epistemologi, ontologi, dan aksiologi. Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah dan ilmu dalam tamadun manusia. Membincangkan budaya ilmu dari sudut konsep dan pengaplikasiannya dalam kehidupan manusia. PENDAHULUAN Manusia merupakan makhluk berakal yang dijadikan Tuhan danterdiri daripada dua unsur, jasad dan roh atau fizikal dan spiritual pada satu masa1 Menurut al-Quran (al- Baqarah, 2: 30), kejadian Nabi Adam sebagai manusia pertama telah dibekalkan dengan ilmu untuk membantunya melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi dengan diajar oleh Allah untuk mengetahui nama segala benda.Imam al-Ghazali (1986: 51) menjelaskan bahawa akal yang dimiliki oleh manusia berfungsi membezakan antara manusia dengan makhluk lain. Daripada akal inilah manusia dapat membangun dan memperkembangkan potensi diri serta alam seluruhnya menurut apa yang direncanakannya. DEFINISI ILMU Persoalan berkaitan definisi ilmu sememangnya mendapat perhatian yang meluas di kalangan ilmuwan sama ada Muslim mahupun non-Muslim. Antara persoalan yang penting tentang ilmu ialah apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Apakah ada sesuatu yang bukan ilmu? Apakah ilmu sama dengan maklumat? Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1997: 35), soalan-soalan ini perlu ditanya dan dijawab dengan betul kerana kesilapan memahami pengertian ilmu akan menghasilkan usaha yang sia- sia, merugikan, dan merosakkan. Wan Mohd Nor menambah bahawa ilmu walaupun susah ditakrifkan, tetapi maknanya tidak begitu susah untuk difahami. Umumnya istilah ilmu dalam Kamus Inggeris disebut sebagai „knowledge‟2dan „science‟3yang diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai tahu, pengetahuan, dan kepandaian.4Secara etimologinya, kata ilmu berasal daripada bahasa Arab “alima, ya‟lamu, ilman”5.Justeru, ilmu adalah kata benda abstrak daripada kata kerja “alima” yang meletakkannya antara “alim” (yang mengetahui) dan ma‟lum (yang diketahui). Dengan kata lain, ilmu adalah penghubung antara yang tahu (subjek) dan yang diketahui (objek). Memandangkan kita membincangkan tentang ilmu manusia, maka jika objek (yang diketahui)itu bersifat terhad dan tidak sempurna, maka dengan sendirinya iamengertikan ilmu manusia juga bersifat tidak sempurna. 1 Baca seterusnya dalam S.M.N. Al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990, hlm. 1. 2 Oxford Advanced Learner’s Dictionary, Oxford University Press, New York, 2005, ed. ke-7, hlm. 854, 1357. 3 Maan Z. Madina, Arabic-English Dictionary, Pocket Books, New York, 1973, hlm. 450. 4 Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 657. 5 Lihat al-Munjid fi al-Lughah wa’l-A‘lam, hlm. 526-527.
  • 2. 2 Dalam membahaskan definisi ilmu terdapat berbagai pendapat daripada kalangan sarjana. Pendapat tokoh-tokoh falsafah mengenai ilmu secara umum ialah seperti berikut; 1. Plato [427-347S.M]: Ilmu adalah pemberian hak jasmani dan rohani dari segenap segi yang membawa kepada kesempurnaan. 2. Aristotle [384-322 S.M]: Ilmu adalah persiapan akal untuk menerima sokongan luar. 3. Herbert Spencer [1820-1903]: Ilmu adalah menyediakan manusia menjalani hidup yang sempurna, kuat tubuh badan, sempurna akhlak dan teratur fikirannya. 4. J.J Rousseau [1712-1804]: Penerimaan ilmu adalah untuk menciptakan manusia yang sempurna dalam pelbagai urusan hidup serta berusaha mengatasi segala kesulitan mengenainya. 5. Immanuel Kant [1724-1804]: Ilmu bertujuan untuk menyampaikan manusia kepada taraf kesempurnaan yang semaksima mungkin. 6. Albert Einstein [1879-1955], menegaskan hubungan antara ilmu dengan agama lalu mengatakan “ilmu tanpa agama adalah buta, dan agama tanpa ilmu adalah lumpuh”. 7. F. Frobel seorang pendidik Barat mengatakan “ilmu hendaknya memimpin manusia untuk mengenal siapa dirinya, alam sekeliling, juga kepercayaan terhadap keEsaan Tuhan untuk mengangkat manusia kepada kehidupan yang suci dan murni”. 8. Imam Ghazali mengatakan: “sesungguhnya ilmu adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T”. 9. Jujun S. Suriasumantri mengatakan bahawa ilmu merupakan kumpulan ilmu pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu dengan yang lainnya. Beliau juga menambah bahawa ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab pertanyaan. Frank Rosenthal menyenaraikan sebanyak 15 takrifanilmu yang dipetik daripada 107 definisi.Sebahagian besar daripada takrifan tersebut diambil daripada golongan Ahli Kalam seperti Abu al-Hasan al-Ash‟ari, al-Juwayni, al-Ghazali dan Ibn Hazm. Antara takrifan tersebut ialah: 1. Ilmu sebagai proses mengetahui dan sebagai sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui. 2. Ilmu adalah kognisi (makrifah) contohnya takrifan al-Baqilani bahawa: “ilmu adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut hakikatnya yang sebenar”. 3. Ilmu adalah proses atau mencari persepsi mental. 4. Ilmu adalah suatu rupa bentuk (surah). Contohnya takrifan Ibn Sab‟in bahawa ilmu adalah perkara yang menerangkan kebenaran dan memberikan maklumat tanpa tertinggal apa-apa yang perlu diselidiki. S.M. Naquib Al-Attas (1975: 154) pula mentakrifkan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang.Kebenaran sesuatu ilmu itu adalah apabila merujuk kepada Allah sebagai sumber asal segala ilmu.Takrifan tersebut menunjukkan bahawa autoriti ilmu adalah di bawah kekuasaan Allah sebagai sumber sebenar ilmu.Allah S.W.T selaku Pencipta sekalian alam bersifat Maha luas ilmu pengetahuan-Nya.Dialah Yang Maha Mengetahui hakikat segala ilmu dan juga makna sesuatu yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa konsep ilmu menekankan makna kebenaran dan bukannya kepalsuan kepada jiwa seseorang.Ilmu yang benar itu menyuluh kebenaran sebagai kebenaran dan menyuluh kebatilan sebagai kebatilan
  • 3. 3 dan dengannya juga manusia dapat membezakan antara yang benar dan batil.Segala fakta dan maklumat yang banyak itu tidaklah bererti dan bernilai sekiranya tidak mempunyai nilai kebenaran.Justeru, jika takrifan ilmu dipersempitkan maknanya kepada pengetahuan tentang maklumat semata-mata maka ia adalah takrifan yang boleh dipertikaikan kebenarannya. Ilmu juga merupakan suatu sistem yang menghasilkan kebenaran dan salah satu daripada usaha manusia untuk memperadabkan dirinya (memajukan tingkat kehidupan manusia daripada aspek jasmani dan rohani).Ilmu juga meliputi pengetahuan dan cara yang dikembangkan oleh manusia untuk mencapai tujuan tersebut. ILMU DARI PERSPEKTIF FALSAFAH Dari segi falsafah, ilmu merupakan kumpulan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu daripada yang lain. Menurut Jujun Suriasumantri (1993: 3), ciri-ciri keilmuan ini didasarkan pada tiga jawapan yang diberikan kepada tiga persoalan pokok, iaitu: apakah yang ingin kita ketahui?bagaimanakah kita memperolehi pengetahuan?dan apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita?Persoalan pertama merujuk kepada teori ontologi (teori wujud), manakala persoalan kedua merujuk kepada epistemologi (teori ilmu), dan persoalan ketiga pula merujuk kepada aksiologi (teori nilai). Dari sudut falsafah, ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab persoalan-persoalan di atas.Untuk menghargai ilmu menurut kewajarannya yang sebenar, hakikat sesuatu ilmu mestilah diketahui dengan sebenarnya. Pengertian yang mendalam terhadap hakikat ilmu bukan sahaja akan mengikat seseorang terhadap ilmu malahan juga membuka matanya terhadap pelbagai kekurangannya. KONSEP ILMU MENURUT BARAT Kalangan masyarakat Barat yang telah melepaskan diri daripada ikatan ajaran Kristian melihat bahawa ilmu hanya merupakan kegiatan bersifat akal semata-mata.Berpunca daripada aktiviti akal yang berfikir inilah lahirnya ilmu.Akal manusia inilah yang menyimpan segala maklumat serta pengalaman insan, kemudian memprosesnya dan seterusnya menganalisis.David Hume (dalam Titus et. al, 1984: 81) menyebut bahawa akal dan kekuatan atau daya-daya serta sifat-sifat kehidupan mental tidak lain adalah asosiasi idea-idea dan pengalaman. Akal adalah istilah untuk sejumlah pengalaman, idea keinginan yang menempati perhatian dan kehidupan seseorang.Akal juga merupakan suatu kemasan pengalaman atau kumpulan rasa inderawi. Masyarakat Barat menerima akal sebagai satu-satunya sumber ilmu yang tertinggi.Oleh itu, mereka berpegang kepada konsep rasional sebagai ukuran dalam menerima atau menolak sesuatu ilmu.Apabila sesuatu perkara itu dianggap sebagai rasional dan dapat diterima akal, maka ia diterima sebagai ilmu. Manakala sesuatu yang tidak rasional dan akal menolaknya, maka ia tidak boleh diterima dan tidak dianggap sebagai ilmu. Konsep ini membawa kepada penerimaan dalam sains yang hanya diterima apabila dapat dibuktikan oleh bukti-bukti saintifik (empirikal).Apabila kaedah saintifik tidak boleh membuktikannya, maka ia dianggap tidak wujud. Justeru, ilmu pada pandangan Barat hanya berkisar pada perolehan manusia dengan akal yang dimilikinya.Akal pula menerima maklumat daripada lima pancaindera (penglihatan, pendengaran, rasa, hiduan, dan sentuhan). Memandangkan pancaindera manusia itu bersifat serba kekurangan lalu konsep ilmu menurut masyarakat Barat dilihat tidak mampu untuk membimbing manusia menuju kepada kesejahteraan.Hal ini demikian kerana manusia terdiri daripada jasad dan roh yang masing-masing mempunyai
  • 4. 4 kaedah dan pendekatan tersendiri dalam memahaminya.Apabila kaedah yang bersifat fizikal digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang bersifat kerohanian, maka ternyata ia menyalahi dan begitulah sebaliknya. Dalam menjelaskan tentang sumber ilmu, John Hospers (1988: 41-47) menyebutkan tujuh sumber ilmu yang terdiri daripada persepsi (tanggapan), introspeksi (menilik diri), memori (ingatan), alasan atau keterangan (reason), kepercayaan (faith), intuisi (ilham), dan testimoni (perakuan).Kesemua pernyataan sumber ilmu tersebut boleh dipertikaikan kebenarannya.Justeru,Barat kelihatannya berpegang kepada sumber ilmu yang boleh dipertikaikan kebenarannya.Turut dapat dirumus daripadanya bahawa konsep ilmu menurut Barat hanya bersifat luaran dan berdasarkan cerapan indera serta akal manusia semata-mata.Iajuga tiada hubungan dengan alam ghaib atau wahyu yang sepatutnya diletakkan sebagai sumber pertama bagi keilmuan manusia. Konsep ilmu menurut ajaran Kristian terkandung dalam teks Bible yang mempercayai bahawa tafsiran bagi pohon yang buahnya dimakan oleh Adam a.s. ialah pohon ilmu yang ditegah oleh Allah daripada Adam menghampirinya ataupun memakan sesuatu daripada buahnya. Old Testament menyebut: “And the Lord God commanded the man, “you are free to eat from any tree in the garden; but you must not eat from the tree of the knowledge of good and evil, for when you eat of it you will surely die”. [Genesis 2:15-17]. Pesanan tersebut telah diabaikan oleh Adam danatas pujukan isterinya yang diperdaya oleh ular (syaitan), maka mereka berdua memakan buah larangan pokok ilmu tersebut.Justeru, selepas memakan buah larangan pokok ilmu tersebut, Adam a.s memperolehi ilmu yang tidak diketahui sebelumnya.Adam dan Hawa tidak mengetahui hakikat keduanya tidak berpakaian dan tidak mempunyai rasa malu.Ungkapan tersebut bermaksud nilai moral hanya diketahui oleh Adam setelah memakan buah daripada pohon ilmu tersebut.Atas tafsiran bahawa akal mengarahkan kepada kejahatan maka gereja mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu sains dan menghukumnya dengan hukuman yang berat.Sehubungan dengan itu, A. Nadwi menyebut: “Between 1481 and 1801 the inquisition punished three hundered and forty thousand person, nearly thirty two thousand of who were burnt alive including the great scientist Bruno”.6 Galileo juga menerima nasib yang serupa dan akhirnya mati dalam penjara.7Nasib ilmuwan lain yang turut dihukum bakar hidup-hidup oleh gereja antaranya Micheal Servetus, Adam Duff, George van Parris, Martin Cellarius, Ludwig Hoetzer, Lelio Cocinus, Faustus Socinus, Giorgo Blandrata, Geogry Pauli dan Francis David. Keadaan pada zaman itu dan sebelumnya agak berbeza di sebelah Timur (masyarakat Islam).Negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaan Muslim menunjukkan perkembangan ilmu yang maju dan mereka menikmati hasil kemajuan ilmu pengetahuan tersebut.Thomas Arnold dan Alfred Guillaume (1965: 9) dalam Legacy of Islam menulis: “Cordoba in the tenth century was the most civilized city in Europe, the wonder and admiration of the world, a Vienna among Balkan states. Travellers from the north heard with something like fear of the city which contained 70 libraries and 900 public baths; yet whenever the rulers of 6 Giordano Bruno (1548-1600) adalah ahli falsafah Itali yang digelar "the Nolan", dan pemikir hebat mengenai Renaissance. Kesannya, pihak gereja telah menjatuhkan hukuman dibakar hidup- hidup pada tahun 1600 M kerana menyebarkan fahamannya yang dianggap berbahaya. Lihat Ali Nadwi, Islam and the World, S.H. M. Ashraf, Lahore, 1967, p. 126-127. 7 Ibid.
  • 5. 5 Leon, Navarre or Barcelona needed such things as a surgeon, an architect, a dressmaker or a singing-master, it was to Cordoba that they applied. Queen Tota of Navarre, for instance, brought her son Sancho the Fat to be cured of his corpulence. She was referred to a famous Jewish physician; and not only was the treatment successful, but the government made use of the doctor to negotiate with the Queen an important treaty”. Jeosoef Sou`yb dalam tulisannya berkenaan kisah ini menyebut: “Don Sancho sendiri di Navarre makin menderita sejenis penyakit yang amat berat disebabkan kegemukan tubuhnya yang berlebih-lebihan. Memandangkan para tabib dalam wilayah Kristian tidak mampu mengubatinya maka Raja Navarre, Don Garcia II, meminta bantuan tabib istana daripada Khalifah Abdulrahman III di Cordoba.Historian‟s History of the World (vol X, hlm. 45) mencatat peristiwa yang amat bersejarah ini dengan ungkapan: “As no Christian leech could be found skilful enough to effect the change, and as the physicians of Cordova were renowned over all the Eroupe, he wrote to Abd al-Rahman III for permission to visit that capital. It was readily granted: Sancho was courteously received and magnificently entertained by the Caliph: by the juice of certain herbs in a short time he was effectually rif of his cumbrous mass of flesh, and restored time he was lightness and agility”. Bersandarkan alasan untuk mencapai kemajuan inilah maka masyarakat Barat memilih untuk membelakangi arahan gereja dan mendatangi negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaan Muslim khususnya Sepanyol dan Sicily dengan tujuan menuntut ilmu. KONSEP ILMU MENURUT ISLAM Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia disepadukan bertujuan membolehkan orang berilmu – para sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan dan ulama mengembangkan dirinya, masyarakatnya dan alam sekitarnya sebagai usaha pengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanahnya sebagai khalifah.Aplikasi ilmu itu pula hendaklah sesuai dengan kehendak Allah sebagaimana ditegaskan dalam ayat-Nya [al-Baqarah: 269] yang bermaksud: “Ia memberi hikmat kebijaksanaan [ilmu yang berguna] kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yangditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”. Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan yang tertinggi ialah mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan yang membawa kepada keyakinan dan mampu meletakkan manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai dan kedudukannya.Kesimpulannya pengertian berilmu pengetahuan ialah mencari keredaan Allah kerana tiada keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki melainkan terletak dalam keredaan Allah jua. KLASIFIKASI ILMU Terdapat berbagai istilah yang digunakan oleh ulama dalam pembahagian ilmu. Namun demikian jika dilihat secara terperinci dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: ilmu naqli (ilmu fardu ain/ilmu wahyu) dan ilmu aqli (ilmu fardu kifayah/perolehan akal). 1. Ilmu Naqli [Wahyu] Ilmu Naqli adalah ilmu yang berdasarkan al-Quran dan Sunah yang biasanya dikenali sebagai ilmu wahyu.Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim (fardu ain) ini mengandungi ajaran-ajaran berkaitan akidah, syariah, dan akhlak yang tidak
  • 6. 6 akanmampu dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah daripada Allah. Justeru, ilmu ini bersifat mutlak, paling tinggi tahapnya serta berada di luar jangkauan fikiran dan cerapan pancaindera manusia. Ilmu inilah yang menjadi santapan rohani manusia dan pedoman yang bernilai abadi.Kesejagatannya merentasi perbezaan segala bangsa dan sempadan negara.Ilmu inilah yang boleh memimpin manusia ke tahap mengenal Tuhan dengan sebenar- benar pengenalan (makrifatullah) melalui tanda-tanda kewujudan ciptaan Allah yang menggambarkan kekuasaan-Nya.Ringkasnya, ilmu inilah yang membawa manusia mengenal Tuhan melalui perantaraan nas daripada al-Quran dan Sunah Rasul. 2. Ilmu Aqli [Perolehan Akal] Jenis ilmu yang kedua ialah ilmu aqli atau sering dinamakan ilmu fardu kifayah.Ia adalah ilmu yang diperolehi melalui akal manusia. Ilmu ini mencakupi ilmu kemasyarakatan, ilmu sains tabii, ilmu sains fizik, ilmu sains gunaan, ilmu sains kemanusiaan termasuk ekonomi pentadbiran dan sebagainya. Ilmu ini diperlukan bagi menjamin kesempurnaan hidup.Manusia memerlukan pengetahuan tentang alam fizikal dan masyarakatnya untuk membolehkannya menghayati pemberian Ilahi dan menjalankan fungsinya dengan penuh ketaatan sebagai pentadbir yang mewakili Allah di atas muka bumi (khalifah Allah). Kewajipan menuntut ilmu hanya terbatas kepada segolongan manusia. Jika terdapat segolongan umat Islam yang mempelajarinya, maka terlepaslah tanggungjawab umat Islam lain. Sebaliknya jika tiada sesiapa yang mempelajari ilmu fardu kifayah tersebut, maka hukumnya bertukar menjadi fardu ain pula.Ini menunjukkan bahawa mereka yang mempelajari ilmu fardu kifayah tidak terlepas daripada menguasai dan memahami tuntutan ilmu fardu ain.Bahkan setiap Muslim yang berilmu dalam bidang yang diceburi mestilah juga memahami ilmu-ilmu Islam lain yang menjadi asas kepada setiap individu Muslim. Sebagai contoh setiap saintis Muslimtidak terkecuali daripada mentaati dan melaksanakan segala tuntutan agama samaada dalam melakukan perkara yang disuruh mahupun meninggalkan perkara yang dilarang. Namun, apa yang berlaku pada zaman moden ini ialah kedapatan ahli sains yang jahil tentang agama, malah sebahagian mereka menyebarkan ilmu tanpa sebarang tapisan atau rujukan kepada agama terlebih dahulu. Masyarakat Islam dewasa ini kebanyakannya keliru dalam memahami konsep pembahagian ilmu.Pada tanggapan mereka dengan mempelajari dan mempraktikkan ilmu fardu ain sahaja tanpa menghiraukan ilmu fardu kifayah telah mencukupi bagi mereka untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.Pemahaman mereka dalam mempraktikkan ilmu fardu ain juga kelihatan agak pasif. Jika seseorang Muslim itu memahami dengan sesungguhnya tuntutan rukun iman dan rukun Islam dalam konteks ilmu fardu ain, mereka akan melihat bahawa ilmu fardu ain juga mempunyai kaitan yang rapat dalam membentuk ilmu fardu kifayah. Sebagai contoh, salah satu kewajipan dalam rukun Islam adalah solatlima waktu. Melakukan solat mestilah dengan menutup aurat dan mengikut syarat-syarat tertentu.Oleh itu, usaha dan kerja mencari pakaian bagi menutup aurat hukumnya wajib.Hal ini demikian kerana solat tidak dikira sah kecuali dengan menutup aurat.Justeru, usaha bekerja mencari rezeki yang dikategorikan sebagai fardu kifayah juga menjadi suatu kewajipan dalam membantu agar terlaksana fardu ain.Ringkasnya, fardu ain tidak akan sempurna kecuali dengan tertunainya fardu kifayah. Ini bermakna setiap Muslim harus sentiasa berusaha dengan mengaitkan kesepaduan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah sebagai tanggungjawab terhadap agama.Di sini dapat dipastikan bahawa ilmu secara umumnya adalah wajib dituntut oleh semua umat Islam tanpa pengecualian.Pembahagian tersebut tidaklah terbatas kepada masa dan tempat.Malah pembahagian harus dilihat dalam rangka
  • 7. 7 kemaslahatan umat itu sendiri.Misalnya jika sesebuah daerah hanya mempunyai beberapa orang doktor atau jurutera sedangkan kemaslahatan umat tidak mencukupi, maka ilmu kedoktoran dan kejuruteraan dengan sendirinya bertukar menjadi ilmu fardu ain bagi penduduk daerah tersebut. Pembahagian ilmu dalam Islam juga dapat dikelaskan menurut hierarkinya.Ada ilmu yang diturunkan oleh Allah melalui para Nabi dan Rasul-Nya yang dipanggil ilmu naqli.Selain itu, ada ilmu yang dihasilkan oleh usaha manusia yang dipanggil ilmu aqli atau kasbi.Ilmu yang ditanzilkan bersifat mutlak benar manakala ilmu manusia pula bersifat relatif yang diperolehi daripada akal dan pancaindera sama ada menerusi pengalaman mahupun intuisi. Dalam sejarah, manusia pertama yang ditanzilkan kepadanya ilmu adalah Nabi Adam a.s. yang telah dilengkapkan dengan segala yang diperlukan bagi kehidupan duniawi, iaitu ilmu sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memakmurkan bumi. Begitulah selanjutnya para Nabi dan Rasul yang dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang ditanzilkan oleh Allah.Dalam historiografi ilmu Islam, tidak dinafikan bahawa Allah dari masa ke masa telah mentanzilkan ilmu termasuk sains dan teknologi kepada para utusan-Nya.Ilmu yang ditanzilkan ini merupakan ilmu hakiki yang dapat dikembangkan oleh akal manusia.Ia sesuai dengan alam yang diciptakan oleh Allah. Hukum alam yang tidak berubah bersama dengan fenomenanya tetap akan serasi dengan apa yang ditanzilkan oleh Allah. Kosmos atau tabii adalah jalan kedua dalam memberikan ilmu selain wahyu Allah yang merupakanbuku yang dibaca (kitab al- tadwin wa ayat maqru‟ah), sementara alam pula adalah kitab yang dapat dilihat (kitabal- takwini wa ayat manzurah). Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada empat kelompok, iaitu; (1) ilmu teoritikal dan praktikal, (2) Ilmu mendatang (huduri) dan ilmu pemerolehan (husuli), (3) ilmu keagamaan (shari‟yyah) dan ilmu intelektual („aqliyyah), dan (4) ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Al-Ghazali turut membahagikan ilmu kepada ilmu terpuji (mahmud) dan ilmu terkeji (madhmum), dan ilmu yang harus dipelajari(mubah). Mulla Sadra pula mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan.Walau bagaimanapun, untuk perbincangan ini, jenis-jenis ilmu diklasifikasikan mengikut alat pencapai ilmu. 1. Ilmu Wahyu Ilmu Wahyu ialah ilmu-ilmu agama yang berteraskan wahyu daripada Allah.Ia mewakili ilmu-ilmu seperti al-Quran, tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya seperti ilmu Kalam dan ilmu Tasawuf.Ilmu-ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu syariah, ilmu agama, revealed knowledge dan ilmu naqli [ilmu yang bersumberkan nas-nas Al-Quran ataupun Sunah]. Ilmu-ilmu ini mempunyai taraf Fardu ain kerana mengandungi ajaran mengenai akidah, syariah dan akhlak yang tidak dapat dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah daripada Allah. Kebenaran-kebenaran yang terkandung di dalamnya merupakan kebenaran- kebenaran yang bersifat mutlak, paling tinggi dan kadang kala di luar jangkauan fikiran, akal dan pancaindera.Ilmu ini mengisi keperluan rohani manusia dengan tepat dan secukupnya di samping memberikan panduan-panduan yang bernilai abadi dan sejagat untuk kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan ketatanegaraan.Ilmu ini membawa manusia mengenali tanda-tanda kewujudan dan kekuasaam Allah melalui Kitab Allah dan Sunah Rasul untuk membolehkan manusia berfungsi sebagai hamba Allah di dunia dengan sebaik-baiknya. Namun, untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat, ilmu naqli sahaja tidak mencukupi meskipun ia merupakan ilmu yang paling tinggi pada pandangan Islam. Manusia memerlukan pengetahuan yang terperinci tentang alam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan untuk menggunakan segala
  • 8. 8 potensi yang ada sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang akan membangunkan diri, alam sekitar dan masyarakatnya serta membentuk sejarah sesuai dengan tuntutan akidah tauhid dan syariat Allah. 2. Ilmu Ilham Ilmu ini yang turut dikenali dengan namailmu ladunni bersifat lebih menjurus kepada kehendak ilmu wahyu, berbanding ilmu aqli. Ilmu ini tidak dapat dimiliki oleh semua orang. Biasanya ia diberikan kepada orang-orang yang hatinya benar-benar hampir dengan Tuhan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Lalu mereka mendapati seorang daripada hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniai rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajar sejenis ilmu [yakni ilmu Ladunni] dari sisi Kami”.[Surah al-Kahfi 18: 65]. Mengikut ayat ini, ilmu Ladunni ialah satu kurniaan atau anugerah yang dianggap rahmat daripada Allah.Ilmu ini dianugerahkan melalui jalan ilham.Manusia seperti kita sepatutnya mencontohi kehidupan dan peri laku mereka, baik dari sudut kerohanian mahupun keduniaan. Kita juga perlu mengambil iktibar daripada proses perjalanan kehidupan kerohanian mereka ke arah pembersihan jiwa, diri, dan hati demi mendekati Allah. Yang terpenting ialah bagaimana mereka mengintegrasikan kehidupan kerohanian dengan kehidupan keduniaan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ilmu kashf [terbuka mata hati] dan juga ilmu rasional ialah ilmu yang berdasarkan daya kekuatan akal, penerapan pancaindera dan pengumpulan maklumat secara rasional yang melibatkan fikiran logik [mantiq].Iabersifat terbatas kepada pengetahuan yang hanya dapat dialami oleh pancaindera, yang dapat diukur dan disukat [boleh diberi kuantiti] dan boleh dianalisis dengan menggunakan kaedah- kaedah logik. Dalam bidang-bidang ilmu perolehan (acquired knowledge) dan ilmu-ilmu duniawi, proses penafsiran, eksperimen dan pemerhatian akan menghasilkan pelbagai hukum atau teori. Ilmu ini amat berguna dan sesuai untuk mendapatkan ilmu dan maklumat alam lahiriah dan kuantitatif.Akan tetapi kaedah-kaedah yang berdasarkan ilmu rasional atau kaedah-kaedah saintifik tidak boleh digunakan untuk mengkaji alam rohaniah, jauh sekali daripada mengkaji sifat-sifat Tuhan.Alam rohaniah tidak dapat dialami dengan pancaindera, tidak dapat diberikan kuantiti dan tidak tertakluk kepada hukum-hakam dan teori-teori apa jua ilmu dunia. Dalam penafsiran tabii dan sains fizikal, akal mungkin boleh melanjutkan proses penafsiran sehingga menyentuh aspek ketuhanan dengan syarat kepercayaan dan keimanan tentang agama telah sedia ada dalam diri seseorang ilmuan. 3. Ilmu Empirikal Ilmu empirikal ialah ilmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera lahir.Fakta-fakta yang ditanggapi oleh pancaindera haruslah dibawa ke arah memahami kehendak-kehendak wahyu.Akal pula berfungsi sebagai alat untuk merumuskan dan membuat kesimpulan berdasarkan penggunaan pancaindera.Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pancaindera, manakala ilmu rasional terletak pada keupayaan aktiviti akal.Kedua-duanya mestilah disepadukan dengan ilmu wahyu.Ini bermakna ilmu emperikal dan rasional tidak harus meminggirkan elemen- elemen wahyu khususnya ketika membuat sesuatu penafsiran dalam sebarang penemuan. Ilmu empirikal dan rasional penting untuk menanggapi fenomena-fenomena alam dan semesta, kerana itu akan menyingkap jiwa manusia kepada keagungan Ilahi. Dasar-dasar ilmu empirikal dan rasional yang seharusnya dimaklumi ialah penggunaan semaksimum mungkin akal dan indera untuk menguatkan kepercayaan beragama,
  • 9. 9 keyakinan kewujudan Tuhan dan seterusnya mengarifi keagungan Tuhan semesta alam, Pencipta segala makhluk. EPISTEMOLOGI, ONTOLOGI, DAN AKSIOLOGI DALAM ISLAM Persoalan ilmu dalam falsafah dilihat daripada tiga bidang ilmu, iaitu epistemologi, ontologi, dan aksiologi. 1. Epistemologi Epistemologi dari sudut bahasa adalah berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani, iaitu episteme yang bermaksud ilmu dan logos yang bermaksud sains atau kajian (Titus, Smith dan Nolan, 1984: 187; Ahmad Sunawari Long, 2008: 127).Epistemologi adalah sebahagian daripada perbahasan utama dalam falsafah sebagaimana diungkapkan dalam kamus The Lexicon Webster Dictionary (1985: 331) sebagai “The theory or study of the origin, nature, methods, and limits of knowledge.”Justeru, epistemologi secara ringkasnya boleh difahami sebagai sains atau kajian secara falsafah yang berkaitan tentang ilmu atau lebih ringkas lagi disebut teori ilmu. Skop perbincangan epistemologi amat luas dan merangkumi aspek yang berkaitan dengan sifat ilmu, bagaimana menjustifikasi ilmu yang diperolehi dan mentafsir bentuk ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu, dan batasan justifikasi yang boleh dibuat (Ahmad Sunawari Long, 2008: 127). Menurut Webster‟s New Explorer Desk Encyclopedia (2003: 400), satu persoalan utama dalam epistemologi ialah adakah semua pengetahuan diperolehi daripada pengalaman? Satu lagi persoalan yang berkaitan ialah adakah kepercayaan (beliefs) yang tidak dapat disahkan (verified) atau dipalsukan (falsified) oleh pengalaman boleh dianggap sebagai pengetahuan? Para failasuf telah sekian lama membincangkan persoalan adakah pengetahuan merupakan sejenis kepercayaan.Dalam hal ini, Plato mengkategorikan pengetahuan sebagai kepercayaan sebenar yang telah dibuktikan (justified true belief). Bertolak daripada pernyataan tersebut maka bermulanya kebanyakan perbincangan epistemologi pada zaman moden. Dalam bentuk persoalan secara epistemologi, antara yang sering bermain dalam fikiran seorang ahli epistemologi ialah : Apakah itu ilmu? Apakah kriteria atau sifat sesuatu ilmu?Bagaimanakah seseorang itu mengetahui sesuatu?Berapa banyakkah ilmu yang boleh manusia kuasai?Adakah ilmu sesuatu yang mungkin?Apakah sumber ilmu bagi seseorang?Adakah ilmu yang diperoleh bersifat mutlak atau relatif? Persoalan yang lebih penting ialah: Bagaimana seseorang itu tahu bahawa ia mengetahui sesuatu? Persoalan lain ialah dalam keadaan manakah kita boleh katakan seseorang itu mengetahui? Adakah kesemua ilmu tentang hakikat alam ini bersumberkan pengalaman pancaindera atau adakah seseorang itu mempunyai suatu ilmu yang bebas daripada pengalaman pancaindera? Sekiranya pancaindera itu melahirkan beberapa kemungkinan, bagaimanakah mungkin kita memperolehi keyakinan atau ketepatan yang mutlak seperti yang dicapai dalam bidang matematik dan logik? (Ahmad Sunawari Long, 2008: 127). Asas ilmu ialah tahu dan kebenaran. Oleh itu, ilmu menurut seorang epistemologis boleh difahami sebagai kepercayaan yang benar yang boleh dibuktikan. Definisi sebegini melibatkan tiga perkara; pertama, mengetahui sesuatu bermakna seseorang itu mesti mempercayainya; kedua, kepercayaannya mestilah betul dan benar; dan ketiganya, kepercayaan tersebut mestilah disertakan dengan alasan atau boleh dibuat justifikasi. Aspek yang terakhir ini perlu memenuhi beberapa kriteria lain seperti memerlukan unsur sukarela dan pendalilan secara kemas (Ahmad Sunawari Long, 2008: 128).
  • 10. 10 Dalam kehidupan seharian manusia terdapat pelbagai penggunaan atau maksud tahu yang digunakan. Adakalanya seseorang mendakwa „tahu‟ apabila dia biasa dengan sesuatu atau seseorang. Umpamanya A mengatakan: “Ayah saya mengenali atau „tahu‟ Encik Ahmad”. Kadangkala seseorang dikatakan „tahu‟ tentang sesuatu dalam erti kata dia mempunyai kemampuan dan kemahiran melakukannya. Umpamanya B mengatakan saya tahu bermain bola. Akhirnya juga didapati seseorang dikatakan „tahu‟ berdasarkan tahap pengetahuannya. Sebagai contoh C mengatakan: “Everest adalah gunung tertinggi di dunia”. Penggunaan bentuk ketiga ini adalah bentuk yang hendak dikaji oleh seorang epistemologis yang melibatkan persoalan bagaimana, tahap ilmu pengetahuan, dan kesahihan ilmu seseorang terhadap kepercayaannya. Bentuk ketiga ini juga menimbulkan persoalan apakah asas yang digunakan oleh seseorang dalam mempercayai apa yang diketahuinya? Atau sejauh manakah kepercayaan yang dipegangnya adalah benar? Melalui pancaindera, intelek atau kedua-duanya sekali? (Ahmad Sunawari Long, 2008, 128-129). Syed Muhamad Dawilah al-Edrus (1993: 21) menjelaskan bahawa dalam ilmu falsafah, pada dasarnya asas pengkajian terbahagi kepada tiga teori: Teori Ontologi (Teori Wujud), Teori Epistemologi (Teori Ilmu), dan Teori Aksiologi (Teori Nilai). Dalam menjelaskan hubungan antara ketiga-tiga teori tersebut, Suriasumantri (1995: 105) menegaskan bahawa setiap jenis pengetahuan mempunyai ciri-ciri yang spesifik mengenai apa (ontologi), bagaimana(epistemologi), dan untuk apa (aksiologi) pengetahuan tersebut disusun. Ketiga-tiga asas ini saling berkaitan. Jika kita ingin membicarakan epistemologi ilmu, maka hal ini harus dikaitkan dengan ontologi dan aksiologi ilmu. Epistemologi Islam bukanlah semata-mata persoalan yang bersifat falsafah, malahan ia merupakan tindak balas terhadap persoalan-persoalan kehidupan, kemasyarakatan dan kenegaraan yang merangkumi seluruh kehidupan keduniaan dan keakhiratan (Azhar Hj Md Aros, 2001: 277-278).Epistemologi Islam menekankan pengalaman dan realiti secara keseluruhannya dan menganjurkan pelbagai cara dan kaedah untuk mempelajari dan mengkaji alam tabii. Konsep ilmu dalam Islam menggabungkan hampir setiap bentuk ilmu yang bermula daripada semata-mata pencerapan hinggalah kepada metafizik.Justeru itu, Islam menjadikan wahyu dan akal, pencerapan dan intuisi, tradisi dan spekulasi teori sebagai punca ilmu.Meskipun terdapat pelbagai medium untuk mempelajari alam tabii, namun kebenaran wahyu tetap menjadi tonggak utama dalam tamadun Islam (Fadzlullah Shuib, 2007: 9). Di samping sifat kepelbagaian kaedah pencarian dan pencapaian ilmu, epsitemologi Islam juga menekankan interaksi antara pelbagai cabang ilmu.Segala bentuk ilmu adalah saling berkaitan dan bertautan dengan wahyu.Islam bukan sekadar mewajibkan pencarian ilmu malah menjadikannya sebagai suatu urusan ibadah yang tertinggi.Urusan ilmu amat akrab dengan nilai Islam yang lain seperti kepimpinan (khilafah dan imamah), amanah, adil, dan kepentingan umum (istislah). Sehubungan itu kita boleh meninjau keunikan epistemologi Islam yang meletakkan sains intelek (merangkumi sains, falsafah, dan teknologi) sejajar dengan sains transmisi (sains wahyu) sebagai kefarduan dan menjadi tanggungjawab secara kolektif (fardu kifayah) kepada umat Islam untuk menguasai berbagai bidang sains dan teknologi.Manakala ilmu wahyu pula menjadi tanggungjawab kepada setiap individu Muslim untuk mempelajarinya secara fardu ain. Dengan perkataan lain, urusan ilmu menjadi ibadah, amanah, dan perjuangan umat Islam seluruhnya. Keutamaan terhadap kepelbagaian dan saling berinteraksi ini memberikan satu ciri yang sangat unik kepada epistemologi Islam yang menunjukkan bahawa ia adalah untuk (Fadzlullah Shuib, 2007: 9-11);
  • 11. 11 1. Memastikan agar tiada satu pun bentuk ilmu atau kaedah ke arah pengetahuan dijadikan satu-satunya kriteria untuk mencapai kebenaran. 2. Memastikan supaya dalam menuntut sesuatu ilmu menerusi sesuatu kaedah itu tidak pula menafikan keabsahan penggunaan kaedah lain. 2. Aksiologi Aksiologi berasal daripada perkataan Inggeris axiology yang bermaksud sains nilai, teori, dan sistem nilai.Istilah aksiologi terdiri daripada dua suku kata Greek, iaitu axios [harga atau nilai] dan logos [logik atau teori] yang membawa maksud teori nilai.Kemajuan sains membolehkan manusia mengukur secara objektif dan tepat tentang nilai seperti jangka suhu mengukur haba. Apakah yang dikatakan nilai?Nilai ialah satu unsur yang dapat mencerminkan perlakuan manusia. Dalam Islam, nilai ilmu dan pemikiran merupakan unsur terpenting yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia. Nilai juga digambarkan sebagai sesuatu yang tersirat yang dinyatakan secara lisan.Nilai ditunjukkan dengan kenyataan-kenyataan seperti betul, salah atau memuaskan. Aksiologi mempunyai berbagai-bagai faedah.Ia menggerakkan maklumat dan pengetahuan baru mengenai dunia seharian dan membentuk kerangka rujukan yang membolehkan kita melihat diri, persekitaran, hubungan sesama makhuk dan Tuhan dengan cara baru. Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah aksiologi menyumbangkan pengetahuan serta maklumat yang objektif dan bebas daripada mana-mana pengamatan pengkaji.Pelbagai pencapaian dalam bidang teknologi dan sains telah diketahui oleh semua.Kita hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan produk-produk zaman saintifik seperti automobil, kapal terbang, elektrik, televisyen dan lain-lain lagi. Sumbangan teknologi moden tidak semuanya positif. Sebagai contoh, kuasa atom di samping untuk tujuan sumber tenaga dan keamanan telah menjadi ancaman kepada kemusnahan.Industri yang menyumbangkan kemakmuran kepada Barat melahirkan hujan asid dan produk-produk yang mengancam alam sekitar dan udara. Aksiologi Islam menentukan gerak, tindakan dan tingkah laku manusia di bawah nilai-nilai Islam pada sebarang masa dan tempat berdasarkan konsep suruhan melakukan perkara makruf dan larangan melakukan perkara munkar (al-amr bi al- ma‟ruf dan al-nahy „an al-munkar). Dalam Islam terdapat lima nilai yang dipertanggungjawabkan ke atas manusia sama ada dalam hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesama manusia, atau hubungan dengan alam sekitar, iaitu: 1. Fardu atau wajib [Nilai ini menjadi suatu kemestian dan dikira amat baik untuk dilaksanakan] 2. Sunat [Nilai ini amat digalakkan dan dikira sebagai suatu kebaikan] 3. Harus [Nilai ini dikira seimbang antara melakukan atau meninggalkannya] 4. Makruh [Nilai ini dibenci dan merupakan sebahagian daripada keburukan] 5. Haram [Nilai ini adalah dilarang dan dikira sebagai yang terburuk]. Nilai-nilai Islam mendasari nilai-nilai lain seperti nilai moral dan etika, nilai estetika, nilai instrumental, nilai tradisi, nilai intrinsik dan ekstrinsik, nilai sosial dan nilai budaya. Aksiologi juga dikaitkan dengan konsep memahami nilai kebergunaan ilmu. Dalam kata lain, iabermaksud dasar penggunaan dan aplikasi ilmu yang menghasilkan nilai tertentu.Ilmu seperti yang diketahui umum bersifat neutral (berkecuali). Ilmuwan itulah yang mencorakkan ilmu yang ada padanya sama ada menjurus arah nilai kebaikan atau sebaliknya. Ilmu diibaratkan sebagai sebilah pedang yang mempunyai dua mata, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan untuk tujuan sebaliknya. Pedang itu
  • 12. 12 sendiri tidak berupaya untuk bertindak.Manusia yang menguasai pedang itulah yang menentukan kegunaannya.Pendeknya, pengamal ilmu itulah yang mencorakkan ilmu untuk kebaikan dan keindahan hidup serta keharmoniannya ataupun mencorakkannya dengan kekacauan dan kemusnahan kepada alam seluruhnya. Ilmu yang berada pada diri orang Mukmin lagi bertakwa akan mencorakkan nilai kesejahteraan sementara ilmu yang berada pada orang musyrik akan mencorakkannya kepada nilai kehancuran. 3. Ontologi Perkataan ontologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu onto yang bererti sesuatu yang wujud manakala perkataan logi atau logos pula bererti ilmu pengetahuan yang logik (Runes, 1976).Oleh itu, ontologi bermaksud menjelaskan sesuatu perkataan atau ilmu pengetahuan mengenai hakikat atau sifat sesuatu benda, kenyataan atau hakikat sesuatu yang wujud secara abstrak.Dengan itu, ontologi adalah suatu bidang ilmu semantik, teori kewujudan, ilmu tentang hakikat benda dan ilmu tentang prinsip dasar. Persoalan ontologi ilmu yang diteliti dalam penulisan ini adalah untuk menjelaskan perkataan ilmu dari segi semantik (etimologi dan terminologi), kepelbagaian maksud perkataan ilmu yang berulangan sebanyak 750 kali dalam al- Quran; perkataan yang sinonim (seerti) dengan ilmu seperti perkataan makrifah (pengetahuan), hikmah (kebijaksanaan), fikr (pemikiran), ulul al-bab (ahli ilmu), dan ulul al-absar (pemerhati atau pengkaji). Persoalan ontologi ilmu ini adalah untuk menjawab tiga persoalan utama, iaitu pertama apa yang diteliti oleh sesuatu ilmu? Untuk menjawab persoalan ini maka perlu menjelaskan konsep falsafah ilmu dari segi semantik dan teori falsafah ilmu.Kedua, bagaimana hakikatnyasesuatu ilmu itu wujud?Untuk menjawab persoalan ini maka perlu menjelaskan teori falsafah ilmu pengetahuan.Ketiga, bagaimana hubungan ilmu dengan tanggapan melalui fikiran dan pancaindera manusia yang menghasilkan pengetahuan?Untuk menjawab persoalan ini maka perlu ada penelitian secara ilmiah dan saintifik (Jujun, 1994). Oleh itu, penjelasan tentang ontologi dalam bahagian ini dapat memberikan kita pengertian ilmu secara semantik, etimologi, terminologi, dan pengertian ilmu dalam al-Quran yang terdapat 77 bentuk dan dalam 750 perkataan (Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad, 2012: 7-8). SEJARAH PERKEMBANGAN FALSAFAH DAN ILMU Dari segi sejarah, Phytagoras (580-500 S.M.) adalah orang yang pertama menggunakan perkataan falsafah dan beliau sendiri dikenali sebagai wise man oleh masyarakat Yunani. Phytagoras menjadikan falsafah sebagai suatu cara hidup dan asas dalam melatih generasi muda Yunani untuk menjadi manusia yang betul-betul berfalsafah. Beliau menggabungkan bidang perubatan (untuk menyucikan badan) dengan bidang muzik (untuk menyucikan roh). Khusus dalam bidang perubatan, Phytagoras memberi perhatian utama kepada pemakanan dan keserasian terhadap beberapa jenis makanan dan minuman. Beliau juga menekankan latihan mental yang mengutamakan latihan membangunkan minda. Antara aktiviti yang perlu diikuti oleh muridnya ialah mengingati semula apa yang dibuat atau diperkatakan pada setiap pagi sebelum kuliah bermula (Luce 1992, 34). Murid Phytagoras juga diajar pelajaran agama dan peraturan supaya dapat hidup berdasarkan undang-undang alam. Apa yang ditekankan oleh Phytagoras ialah pencarian hikmah dan bukan pencapaian hikmah atau ilmu. Phytagoras menyatakan bahawa hikmah pada dirinya bermaksud mengetahui yang dirinya jahil. Oleh itu, dirinya tidak sepatutnya dipanggil sebagai wise man tetapi sebagai pencinta hikmah (Ewing, 1968: 13).
  • 13. 13 Walaupun Phytagoras diiktiraf sebagai pelopor perkataan falsafah, ungkapan ahli falsafah atau falsafah hanya menjadi lebih bermakna seterlah dipopularkan oleh dua ahli falsafah Yunani terkenal, iaitu Plato (427-347 S.M.) dan Aristotle (384-322 S.M.). Ringkasnya, sejarah perkembangan falsafah dunia dibahagikan kepada empat peringkat utama, iaitu Zaman Awal, Zaman Pertengahan, Zaman Moden, dan Zaman Kontemporari. Walaupun falsafah dibezakan dengan zaman-zaman tersebut, namun dari segi sifatnya ia tetap sama, iaitu menggunakan akal dalam mencari kebenaran (Ahmad Sunawari Long, 2008: 42-105). Peringkat Pertama: Falsafah Zaman Awal (Ancient Philosophy) Peringkat awal perkembangan falsafah diiktiraf bermula lebih kurang pada abad ke-6 S.M. di Yunani. Ia tidak menafikan wujudnya falsafah yang lebih awal seperti di India dan China. Namun, kerana falsafah Yunani bersifat rasional dan sistematik tanpa dikaitkan dengan agama berbanding kedua-dua falsafah Timur tersebut yang bersifat intuitif dan mistik, maka ia dianggap tapak bermulanya falsafah dunia. Pada peringkat ini, falsafah dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan, iaitu bermula dengan falsafah Yunani (Milesians School-Aristotle), falsafah Yunani-Rom, dan falsafah zaman Neoplatonisme. Pada peringkat ini juga terdapat tiga isu utama- iaitu hakikat dan perubahan, akal, etika – yang menjadi persoalan pokok dalam falsafah Yunani yang menjadi asas kepada corak dan pembentukan pemikiran terkemudian. Sifat utama falsafah pada peringkat ini cuba memahami secara rasional dunia alam semula jadi. Peringkat Kedua: Falsafah Zaman Pertengahan Falsafah Zaman Pertengahan dirujuk kepada abad ke-4 M, iaitu selepas kejatuhan Empayar Rom dan penutupan Academy di Athens oleh Justinian I pada 529 M dan seterusnya berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Falsafah peringkat ini penting dalam sejarah perkembangan falsafah Barat kerana ia adalah kemuncak kepada pertemuan antara falsafah Yunani dan agama. Ahli falsafah pada zaman ini mewakili tiga kelompok utama dunia, iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian yang kesemuanya terdedah kepada karya Plato, Aristotle, dan Neoplatonis yang mempengaruhi dalam mentafsir agama. Golongan yang mewakili ketiga-tiga agama tersebut berhadapan dengan dilemma utama, iaitu sama ada mengutamakan agama atau mengutamakan falsafah atau mengharmonikan antara kedua-duanya. Namun, kebanyakan mereka telah memilih jalan ketiga dengan membina teori Dua Kebenaran yang menganggap falsafah dan agama atau akal dan wahyu kedua-duanya sebagai pembawa kebenaran. Teori ini didakwa oleh mereka sebagai telah berjaya menyelamatkan agama, menjadikannya disanjung dan mempunyai nilai yang rasional. Merasionalkan agama bukan bermakna memusnahkannya, tetapi sebaliknya menggalakkan supaya masyarakat memberi perhatian yang lebih kepadanya. Teori Dua Kebenaran juga menampakkan nilai sejagat dalam al-Quran dan kitab agama lain. Falsafah Zaman Pertengahan boleh dibahagikan kepada tiga zaman utama, iaitu zaman paderi, zaman skolastik (keseronokan hasil renungan akal terhadap sesuatu perkara), dan zaman kebangkitan pemikiran Averoisme. Peringkat Ketiga: Falsafah Zaman Moden Falsafah Zaman Moden bermula di Barat khasnya di Benua Eropah pada abad ke-17 Masihi dengan kemunculan aliran rasionalisme. Ahli falsafah rasionalis menyatakan bahawa kebenaran adalah bersumberkan kepada ketaakulan, ia juga lebih agung dan wujud secara bebas daripada pengalaman pancaindera dan ilmu pengetahuan adalah bersifat a priori. Falsafah moden dimulakan dengan Rene Descartes (1596-1650 M) walaupun dari segi zaman, beliau adalah seangkatan dengan Francis Bacon, namun,
  • 14. 14 dari segi corak falsafahnya ia amat berlainan. Beliau digelar sebagai bapa falsafah moden kerana usahanya yang bersungguh-sungguh mencari suatu kaedah dalam seluruh cabang penyelidikan mengenai manusia dan juga usahanya memperkenalkan banyak konsep dan hujah yang boleh dijadikan asas dalam falsafah. Beliau telah mengubah corak pemikiran tradisi skolastik dan gerakan kemanusiaan pada zaman Renaissance. Beliau juga melakukan reformasi secara radikal dalam bidang intelektual yang menghasilkan perspektif baru dalam falsafah dan akhirnya aliran skolastik ditolak oleh masyarakat. Falsafah moden mempunyai tiga ciri utama, iaitu bersifat rasional (dengan menjadikan akal sebagai autoriti tertinggi dalam mencapai ilmu pengetahuan), bersifat naturalistik (menjelaskan fenomena luaran dan dalaman alam tanpa andaian bersifat luar biasa), dan bersifat saintifik serta berkaitan dengan ilmu yang menyentuh persoalan metafizik (Thilly, 1975: 280-282). Ahli falsafah bernama Russel (1991: 481) menambah dua ciri lagi, iaitu bersifat individualistik (keyakinan terhadap ilmu berdasarkan keyakinan kewujudan diri sendiri), dan bersifat subjektif (kewujudan ilmu berdasarkan persepsi individu). Peringkat Keempat: Falsafah Zaman Kontemporari (Abad 18, 19 dan 20 M) Falsafah pada abad ke-18 ialah falsafah Empirisme setelah falsafah Rasionalisme Continental mendapat tentangan daripada ahli falsafah Empiris British yang mendakwa tidak ada ilmu bersifat a priori sebaliknya ia mesti bersifat a posteriori, dan teori kewujudan ilmu secara lahiriah hendaklah ditolak. Antara tokoh aliran ini ialah John Locke (1632-1704), George Berkeley (1685-1753) dan David Hume (1711- 1776). Abad ini juga dikenali sebagai Zaman Pengajaran bagi falsafah Barat. Falsafah pada abad ke-19 ialah falsafah Romantisme dan Pasca Kantianisme. Kemunculan gerakan Romantisme adalah akibat daripada reaksi terhadap falsafah rasionalisme, empirisme serta pengaruh pemikiran golongan libertaria dan egalitaria Revolusi Perancis. Di samping itu, kemunculannya didorong oleh perasaan marah dan simpati terhadap peperangan berbentuk keagamaan dan perang saudara di negara Perancis, England, dan Jerman. Akibatnya timbul gerakan yang ingin kembali kepada alam tabii dan kebaikan semulajadi dalam diri manusia, menghargai kepahlawanan individu, memuliakan pancaindera, emosi mengutamakan akal dan intelek, idea primitif dan nasionalistik, kekaguman terhadap binatang dan lanskap. Pada abad ke- 19 juga, falsafah Barat diwarnai falsafah Pasca Kantianisme yang menggambarkan reaksi kepada pemikiran Immanuel Kant (1724-1804)- pelopor falsafah Idealisme. Kant melalui falsafahnya menekankan kepada kebebasan memilih dan doktrin realiti kepada hakikat tertingginya adalah berbentuk spiritual dengan menganggap alam tabii sebagai cermin roh. Pemikiran Kant telah membuka pemikiran baru di Barat sama ada dalam bentuk persetujuan atau pertentangan dengan ideanya. Antaranya, falsafah realisme oleh Johann Friedrich Herbart (1776-1841), idealisme mutlak oleh George William Hegel (1770-1831), pesimisme oleh Arthur Schpenhauer (1788-1860) dan positivisme oleh Auguste Comte (1798-1857). Falsafah pada abad ke-20 ialah falsafah Pragmatisme walaupun pada zahirnya tidak boleh dilabelkan dengan nama tertentu. Hal ini demikian kerana pada ketika itu tidak dapat dibezakan dengan jelas antara satu kumpulan falsafah dengan kumpulan yang lain- sebahagian ahli falsafah menganut fahaman kumpulannya dan pada masa yang sama menerima juga aliran lain. Jika dilihat dalam konteks arus pemikiran, falsafah ketika itu boleh dibahagikan kepada tiga aliran utama, iaitu; 1. Pendukung falsafah Neo-Kantianisme dan Neo-Hegelisme seperti Ernst Cassirer (1874-1945) dan Paul Nartorp (1854-1924).
  • 15. 15 2. Aliran pragmatisme pimpinan Charles S. Pierce (1839-1914), William James (1842-1910) dan John Dewey (1859-1952). Aliran ini adalah yang paling menonjol pada abad ke-20 berbanding dua aliran yang lain. 3. Golongan realis, iaitu mereka yang mengutamakan sains dan yakin bahawa falsafah tidak membawa apa-apa kebenaran dan gagal menunjukkan sebarang jalan bagi mencapainya. BUDAYA ILMU: KONSEP DAN PENGAPLIKASIANNYA Konsep dan frasa “budaya ilmu” mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, prasyarat dan perlaksanaan di Malaysia. Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentu dan diputus serta dilaksana berdasarkan ilmu pengetahuan (Zaini Ujang, 2009: ix; Wan Mohd Nor Wan Daud, 1997: 34). Dalam semua tamadun, apatah lagi tamadun Islam, budaya ilmu menjadi teras kemajuan dan jati diri. Menerusi budaya ilmu, program dan aktiviti berkaitan ilmu seperti pendidikan, penggubalan dasar, atur cara majlis, gaya, cara hidup, dan sebagainya mestilah berteraskan kefahaman dan martabat ilmu yang dianggap suatu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di semua peringkat. Budaya ilmu sama sekali tidak boleh terhad kepada usaha keilmuan yang dilakukan oleh segolongan kecil ahli masyarakat sahajam apatah lagi sekiranya dibebankan hanya kepada golongan mahasiswa dan pensyarah dalam konteks pembinaan masyarakat berpendidikan tinggi di kampus. Namun begitu, disebabkan kualiti ilmu itu tidak terbatas sifatnya, maka pengkhususan ilmu amat diperlukan berdasarkan teras dan paksi yang sama untuk mewujudkan kesatuan ilmu. Hal ini demikian kerana hakikatnya suatu ilmu adalah saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Ringkasnya, dalam sesebuah masyarakat yang mendukung budaya ilmu yang subur dan mantap, maka tingkah laku masyarakat di seluruh peringkat dan lapisan – tanpa mengenal usia, kerjaya, harta, dan status sosial – akan berteraskan pengajian dan penghayatan ilmu. Olehitu, kepentingan dan pertimbangan lain, apatah lagi jika pertimbangan tersebut berasaskan sentimen dan dimensi sempit kelompok politik, status sosial, percaturan ekonomi, sentimen kesukuan atau mazhab sama sekali tidak boleh menjadi asas utama dalam sistem nilai. Justeru, menerusi sistem nilai yang berteraskan budaya ilmu ini, maka akan terhasil keharmonian, keberkatan, dan kesejahteraan kerana nilai kebenaran dan keadilan menjadi tonggak dan asas masyarakat tersebut (Zaini Ujang, 2009: x). Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1997: 2-4), masih terdapat salah faham tentang ilmu dan peranannya di kalangan kita. Ada kalangan berpendapat yang kita sangat perlukan hari ini bukanlah budaya ilmu, tetapi perkara lain yang mengikut mereka adalah lebih asas. Ada yang menyuarakan bahawa perkara terpenting yang diperlukan oleh masyarakat kita hari ini adalah iman dan amalan keagamaan, dan ada juga yang menyatakan kekuatan ekonomi; manakala sebahagian lain pula menyarankan perpaduan atau semangat kebangsaan. Kita tidak menafikan peri- pentingnya perkara-perkara tersebut, tetapi perkara-perkara ini hanyalah hasil atau akibat hal yang lebih asas, iaitu ilmu. Iman atau amalan keagamaan, jika tidak didasarkan kepada ilmu yang luas dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di atas pasir atau sekuat sarang labah-labah; datang ribut tumbanglah ia. Jika iman atau agama didasarkan kepada ilmu, bukan sahaja akan mengukuhkan peribadi orang berkenaan, malah akan memberi kesejahteraan kepada manusia dan alam.
  • 16. 16 Justeru itu, Allah S.W.T dalam al-Quran menegaskan bahawa hanya orang yang berilmu supaya mentaati Allah dengan sebaik-baiknya. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah menggariskan pendirian ini apabila baginda menyatakan bahawa seseorang yang berilmu agama lebih kuat menentang syaitan daripada seribu orang yang beribadat (tanpa ilmu yang cukup). Para sahabat seperti Muaz bin Jabal memahami penekanan ini yang terbukti dalam kata-katanya, “Ilmu adalah ketua bagi amalan manakala amalan menjadi pengikutnya.” Kepentingan budaya ilmu dan pengaruhnya terhadap ketamadunan manusia boleh disandarkan kepada hasil kajian Profesor Paul Kenedy dari Universiti Yale, Amerika Syarikat, dalam bukunya The Rise and Fall of the Great Powers: Economic Change and Military Conflict from 1500-2000. Hasil kajian terhadap faktor-faktor penting kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar dari abad ke-16 hingga abad ke-20 Masihi, seperti kerajaan Islam Turki (Uthmaniyyah), kerajaan Mughal di India, Dinasti Ming di China, kerajaan Jepun, Rusia dan negara-negara Eropah mendapati bahawa dua faktor utama yang saling berkaitan ialah kewibawaan sistem dan kuasa ekonomi, dan kekuatan teknologi ketenteraan. Namun, masih boleh disimpulkan daripada analisis tersebut bahawa faktor yang menjadi dasar bagi kedua-dua „faktor akibat‟ masih lagi tertumpu kepada sikap terhadap ilmu dan penghayatan budaya ilmu. Dalam menggarap konsep dan merencanakan perlaksanaan budaya ilmu, Wan Mohd Nor Wan Daud (1988: 6-14) mencadangkan beberapa aspek dan gagasan untuk menyuburkan budaya ilmu (Zaini Ujang, 2009: 26-27). Antaranya ialah: (1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya sistem nilai (aksiologi), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial serta individu di dalamnya. (2) Dalam sistem nilai perlu ada kecintaan terhadap ilmu serta kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya yang dianggap sebagai idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca dan pendorong bagi mencetuskan segala kebaikan yang lain. (3) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga perkara utama, iaitu konsep Tuhan, manusia, dan alam semesta. (4) Budaya ilmu terbukti wujud apabila ilmu merupakan perkara penting yang mahu disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang sekalipun semasa akhir hayatnya. (5) Ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses pencapaian ilmu, antara lainnya memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani. (6) Ganjaran bagi setiap usaha ke arah mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan. (7) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan status sebagai „the highest good‟ kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam sistem nilai bagi individu dan masyarakat. (8) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup (life long learning) , dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh dan bersepadu. (9) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli masyarakat untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa rendah taraf sosio ekonominya. (10) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru, setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan ilmuwan.
  • 17. 17 (11) Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran ilmu pengetahuan. Untuk membolehkan budaya ilmu menyerap dalam minda, jiwa, dan amalan warga universiti, maka lima pelan tindakan perlu dilakukan (Zaini Ujang, 2009: 43-44); (1) Menjadikan nilai ilmu sebagai aspek tertinggi dalam pemikiran, minda, kehidupan dan warga kerja universiti, termasuklah mahasiswa, staf akademik dan staf sokongan. (2) Meletakkan golongan ilmuwan pada martabat dan kedudukan yang sewajarnya dari segi penghormatan, peranan, dan tanggungjawab. (3) Memastikan seluruh warga universiti turut terlibat dalam proses peningkatan dan penghayatan ilmu. (4) Menjadikan program akademik seperti kuliah, tutorial, makmal dan kerja lapangan sebagai majlis ilmu yang diberkati Ilahi. (5) Menghargai bukan tujuan untuk pendewaan dan penyuburan sifat sombong, ego, dan bangga diri, sebaliknya sebagai insentif dan penghormatan ilmu untuk diteladani orang lain. PENUTUP Islam menekankan pentingnya diintegrasikan ilmu dunia dengan ilmu akhirat, begitu juga nilai-nilai keduniaan dan keagamaan. Islam menganggap kehidupan di dunia sebagai persediaan untuk menuju akhirat dan gunanya agar dunia ini dijadikan sebagai jambatan emas ke alam akhirat manakala ahirat itu sendiri sebagai matlamat utama dan terakhir. Penegasan bahawa wahyu itu sebagai sumber utama ilmu dalam Islam merupakan satu ironi agar umatnya betul-betul mendalami dan mengambil pengertian yang jauh tentang hakikat bahawa Al-Quran dan Sunah itu merupakan khazanah ilmu yang tidak terbilang, disamping sebagai petunjuk dan rahmat untuk sekalian alam. BIBLIOGRAFI Al-Quran al-Karim. Ahmad Sunawari Long. 2008. ed. ke-2. Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Ajurri, Abi Bakr bin al-Husayn bin Abdullah. T.th. Akhlaq al-Ulama. Madinah: Dar al-Da‟wah. Ali Nadwi. 1967. Islam and the World. Lahore: S.H. M. Ashraf. Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A„lam. 1975. Beirut: Dar al-Masyriq. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1975. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM. ____________________________. 1990. The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul. Kuala Lumpur: ISTAC. Azhar Hj Mad Aros et. al. 2001.TITAS 1. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, Fadzlullah Hj Shuib. 2007. Syari‟ah Sains dan Teknologi. Ed. Muhammad Sabri Sahrir & Mohd Puzhi Usop. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication. Al-Ghazali, Abu Hamid. Sharaf al-„aql wa mahiyatih. 1986. ed. Mustafa Abdul Qadir „Ata. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah. H. Aboebakar Atjeh. 1970. Toleransi Nabi Muhammad dan Sahabat-sahabatnya.Semarang: C.V.Ramdhani. Ha‟iri Yazdi. 1992. The Principles of Epistemology in Islamic Philosophy, Knowledge by Presence. New York: State University of New York. Harold H. Titus, et.al. 1984. Persoalan-persoalan Filsafat, terj. H.M. Rasjidi. Jakarta: Bulan Bintang.
  • 18. 18 Harun Nasution. 1982. Akal dan Wahyu dalam Islam. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia. Ibn „Abd al-Barr al-Qurtubi. 1968. Jami„ bayan al-„ilm wa fadlih. 2 juzuk. Madinah: al- Maktabah al-Salafiyyah. Ibn Majah. T.th. Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-Fikr. Ibn Qudamah al-Maqdisi. 1978. Mukhtasar Minhaj al-Qasidin. taklik Syu„aib al-Arna‟ut & Abdul Qadir al-Arna‟ut. Kaherah: Maktabah Dar al-Turath. Ibrahim Abu Bakar. 1990. Konsep Kerasulan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. John Hospers. 1988.An Introduction to Philosophical Analysis. New Jersey: Prentice Hall. Jujun S. Suriasumantri. 1993. Ilmu dalam Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. 1998. Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Longman Dictionary Contemporary English. 1991. London: Longman Group UK Limited. Maan Z. Madina. 1973. Arabic-English Dictionary. New York: Pocket Books. Minerva Kamus Dwibahasa. 1999. Seremban: Minerva Publications. Muhsin al-Kashani. 1983. al-Mahajjat al-Bayda‟ fi Tahdhib al-Ihya‟. komentar Ali Akbar al-Ghifari. Beirut: Mu‟asasah al-A‟lami lil Matbu„at. Ramli Awang. 1997. Tasawwur Rabbani menurut Al-Quran dan Al-Sunah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Thomas Arnold & Alfred Guillaume.1965. Legacy of Islam. Oxford: Oxford University Press. W. K. Hartman. 1987.Astronomy the Cosmic Journey. California: Wadsworth Publishing Company. Wan Mohd Nor Wan Daud. 1997. Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Zailan Kamaruddin. 1997. Hakikat Kenabian menurut al-Quran.Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad. 2012. Falsafah Ilmu Dalam al-Quran: Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi. Johor Bahru: Penerbit UTM Press Universiti Teknologi Malaysia. Yusuf al-Qaradawi. 1996. Keutamaan Ilmu dan Kemuliaan Para Ulama‟, terj. M. Junaid al- Hashim. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Zaini Ujang. 2009. Memperkasa Budaya Ilmu: Konsep dan Amalan. Skudai: Penerbit UTM Press. Zaini Ujang. 2009. Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan. Ed. ke- 2. Skudai: Penerbit UTM Press.