SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 21
1
1.0 HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan: …………………………………………………………….
Nama : …………………………………………………………….
Tarikh : …………………………….............................................
2
2.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-
Nya, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Berkat usaha dan
tawakal saya sendiri, saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini pada
tarikh yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah
Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS), ustaz Amran bin Abdul Rahman
kerana beliau banyak memberikan penerangan dalam proses menyiapkan
tugasan ini. terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya dari kelas PISMP
1.01 kerana banyak membantu. Kami saling berkongsi pendapat dan
bekerjasama mencari maklumat seterusnya melaksanakan slot pertama seminar
TITAS. Tanpa kerjasama yang utuh, kami tidak akan dapat mencapai apa yang
kami hajatkan.
Apa yang paling penting ialah setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu dan
bapa saya kerana banyak memberikan kata-kata semangat selama saya berada
di IPG Kampus Pendidikan Islam ini. Syukur alhamdulillah kerana mereka masih
di sisi saya.
3
3.0 LAPORAN TUGASAN
AJK MAKLUMAT
Sebelum menjalankan tugasan ini, kami telah membahagikan ahli kelas kepada
beberapa jawatankuasa iaitu jawatankuasa maklumat, jawatankuasa cetakan,
jawatankuasa kertas kerja dan jawatankuasa bahan pembentangan.
Jawatankuasa yang perlu bergerak terlebih dahulu iaitu jawatankuasa
maklumat.Mereka telah bertungkus-lumus mencari maklumat selaras dengan
kehendak soalan yang menyentuh isu ketamadunan di Malaysia. Menerusi
laman internet serta buku, jurnal dan surat khabar, kami mengumpul, menapis
serta memilih maklumat yang relevan dan lengkas berdasarkan skop tugasan.
Di samping itu, jika terdapat maklumat yang kami tidak faham, kami akan
merujuknya kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Amran. Ada sesetengah
fakta yang diterima dan ada juga fakta yang palsu.Kita juga serba tahu bahawa
maklumat di internet kebanyakannya adalah menyeleweng dan salah
memandangkan kita tidak tahu asal usul sumber serta penulisnya. Jadi, buku,
jurnal dan risalah menjadi wadah yang tepat untuk kita mencari maklumat-
maklumat yang sahih memandangkan ia adalah suatu kajian dan telah diteliti
dan ditapis oleh penulis serta pihak yang bertanggungjawab.
Setelah kami meneliti, menapis serta menyusun maklumat yang betul,
Kami memberikannya kepada jawatankuasa bahan pembentangan.Mereka
bertanggungjawab untuk mengolah maklumat tersebut dalam bentuk grafik
dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.Ini bagi memudahkan para
mahasiswa untuk memahami isi dengan lebih mudah.
4
AJK BAHAN PEMBENTANGAN
Setelah kami menerima bahan daripada jawatankuasa maklumat, kami terus
memahami serta menganalisis maklumat untuk diringkaskan.Hakikatnya
maklumat yang diberikan adalah banyak dan kami telah membahagikan
maklumat-maklumat tersebut kepada setiap ahli jawatankuasa untuk
meringkaskannya.
Kemudian, kami membuat draft berdasarkan maklumat tersebut
menggunakan Microsoft PowerPoint.Ia mengambil masa dua hari untuk
menyiapkan draft tersebut. Maklumat-maklumat tersebut diolah dalam bentuk
grafik yang menarik serta bersahaja. Seterusnya, kami menghias slide tersebut
mengikut kreativiti kami bagi menarik minat para mahasiswa untuk membacanya.
Walaupun agak bersahaja, namun ia tetap cantik dan diterima oleh semua
orang.
Antara halangan yang kami terpaksa tempuhi adalah masa yang diberikan
untuk menyiapkan bahan adalah terlalu singkat memandangkan ada
jawatankuasa yang lain sedang menunggu bahan kami untuk mereka membuat
laporan tugasan bagi setiap jawatankuasa. Selain itu, bagi memenuhi gaya yang
santai dan bersahaja, kami agak sukar untuk menemui latar belakang slaid untuk
disesuaikan dengan isi pembentangan. Malah kami juga masih tidak mahir
dalam membina powerpoint yang menarik.
Namun begitu, kami yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Antara
faedah yang kami peroleh sepanjang menyiapkan slaid ini adalah kerjasama
antara ahli-ahli jawatankuasa serta jawatankuasa yang lain dapat dibentuk. Bulat
air kerana bentuknya, bulat manusia kerana muafakat.Kerjasama antara kami
sangat penting kerana setiap ahli mempunyai peranannya sendiri.Jika seseorang
ahli itu sambil lewa, maka tugasan ini tidak dapat disiapkan atau mungkin
mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Di samping itu, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan kami dalam
subjek ini. Sebelum ini, kami tidak menyedari tentang cara bagi membentuk
5
perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Berdasarkan dapatan
maklumat kami, salah satu alat perpaduan di Malaysia ialah sistem pendidikan
kebangsaan yang telah diselaraskan oleh pihak kementerian untuk semua kaum
tanpa bangsa, agama dan budaya. Malah, kami juga dapat menambah
kemahiran kami dalam menggunakan perisian powerpoint. Sebenarnya ada
banyak cara yang kami masih belum menerokainya. Setelah mendapat tunjuk
ajar dari sahabat-sahabat yang lain, akhirnya kami dapat melakukannya dengan
baik.
AJK BAHAN CETAKAN
Setelah kami mendapat slaid dari jawatankuasa bahan pembentangan, kami
terus mengira bilangan pelajar bagi setiap kelas.Tugas kami tidak banyak.Hanya
memfotostat dan mengutip duit RM5 bagi setiap orang.Kemudian, sebelum
seminar dijalankan, kami memastikan semua pelajar mendapat bahan cetakan
tersebut.Alhamdulillah, semuanya mencukupi.
AJK DOKUMENTASI
Alhamdulillah, seminar ini berjalan dengan lancar.Jadi pada kali ini, adalah
menjadi kewajipan kumpulan kami untuk mendokumentasikan segala perjalanan
gerak kerja kelas kami. Bagi mendokumentasikannya, kami telah memerhatikan
gerak kerja jawatankuasa lain sebelum seminar itu bermula lagi. Kami telah
menghasilkan timeline berdasarkan apa yang telah mereka lakukan. Bermula
dari mencari maklumat sehinggalah bahan pembentangan dicetak dan diedarkan
kepada semua orang.Ia merupakan suatu komitmen dan pemerhatian yang
tinggi kerana dokumentasi adalah bukti bagi setiap ahli jawatankuasa melakukan
tugas mereka.
Setelah kami mendapat butiran-butiran tugas, kami menghasilkan dua
laporan iaitu laporan perjalanan gerak kerja dan laporan seminar. Kemudian,
6
kami memberikannya kepada setiap ahli kelas dalam bentuk softcopy untuk
diletakkan dalam kerja kursus.
7
4.0 LAPORAN SEMINAR
SLOT 1
Slot pertama telah membincangkan satu persoalan yang sering berlegar dalam
minda masyarakat pada hari ini terutamanya golongan pendidik iaitu „Bagaimana
hubungan mesra dan persefahaman sejagat dapat diwujudkan dalam kalangan
rakyat Malaysia,‟ yang disampaikan oleh saudara Mohd Fikri Bin Mat Arit dari
kuliah PISMP 1.01.
Kupasan yang mendalam berkaitan tajuk dari sudut faktor, cara, kesan
dan peranan guru dalam pembentukan semangat perpaduan khususnya kepada
murid-murid di sekolah oleh pembentang berjaya membuatkan para guru pelatih
berfikir sejenak akan peranan seorang guru yang bukan tertumpu di ruang
lingkup bilik darjah semata-mata namun kami juga perlu „turun padang‟ ke dalam
masyarakat supaya hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
yang harmoni melalui pembinaan ukhuwah antara kaum tercapai.
Slot yang mengambil masa selama 1 jam, bermula seawal pukul 8.30 pagi
dan berakhir pada pukul 9.30 pagi ini turut mengetengahkan isu-isu semasa
yang disebabkan kurangnya nilai kejiranan dalam diri setiap individu. Tidak dapat
dinafikan gejala sosial yang kian meruncing berpunca daripada sikap masyarakat
yang mementingkan diri sendiri daripada mengambil peduli hal orang lain.
Sebagai contoh, apabila melihat anak jiran yang lengkap berpakaian seragam
sekolah pergi melepak bersama rakan-rakannya, pasti kita hanya berlalu pergi
tanpa sempat menegur mereka.Mungkin disebabkan sikap kita inilah, mereka
berasa tindakan yang dilakukan mereka seperti „kutu rayau‟ adalah betul kerana
tiada siapa yang menasihatkan.
Selain itu, pembentang juga bijak menghuraikan cara yang yang perlu
diambil oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah perpaduan kaum.
Mengambil inspirasi daripada sirah Rasulullah s.a.w yang berupaya
8
membangunkan sebuah negara Madinah walaupun terdiri daripada masyarakat
yang berbilang bangsa, agama mahupun budaya membuka mata kami bahawa
tidak mustahil, perpaduan juga mampu diwujudkan dalam kalangan rakyat
Malaysia.Bertempat di Dewan Idris Al-Marbawi, secara keseluruhannya, slot
pertama berjalan dengan lancar.Pembentang juga dapat menjawab persoalan
yang dilontarkan oleh para pendengar dengan baik dan bijak memperlihatkan
kewibawaan beliau.
SLOT 2
Bermula pada jam 10.00 pagi bersambungnya slot yang dibentangkan oleh Syed
Zahed wakil dari kelas PISMP 1.06.Tajuk yang dibentangkan ialah
Pembudayaan Ilmu Membina Jati Diri Ketamadunan Dalam Menghadapi
Pergolakan Dunia Dan Cabaran Global.
Kaedah bercerita telah digunakan untuk menarik perhatian penonton. Slot
yang dibentangkan lebih kepada kisah-kisah yang berkisarkan tentang
pembinaan jati diri. Antara pengisian slot ke-2 juga ialah membicarakan tentang
definisi ilmu, daripada siapakah ilmu boleh diperoleh dan cara untuk
mendapatkannya serta kepentingan ilmu kepada seseorang. Slot ke-2 juga diisi
dengan pertunjukan video yang mendedahkan kepada pelatih guru tentang
cabaran-cabaran keruntuhan moral yang akan dihadapi sebagai seorang
pendidik. Para pelatih guru didedahkan dengan isu-isu sosial agar sentiasa
menyiapkan diri sebagai seorang pendidik anak-anak bangsa.Semasa sesi
pembentangan berlangsung terdapat kelemahan yang dapat dilihat antaranya
ialah penyampaian yang meleret dan power point yang kurang menarik.
Pembentang juga menekankan tentang kepentingan dan faedah menuntut
ilmu kepada seorang guru serta menekankan pembudayaan ilmu dalam
kehidupan.Kaedah dan objektif yang disampaikan adalah sangat berkesan dan
memberi kesedaran kepada semua guru pelatih.Kesimpulannya, seminar seperti
ini haruslah diteruskan agar dapat member pendedahan tentang pembudayaan
9
ilmu membina jati diri ketamadunan dalam menghadapi pergolakan dunia dan
cabaran global bagi melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan mental dan
fizikal dalam menghadapi cabaran yang mencabar dalam arus kemodenan yang
semakin meminggirkan nilai-nilai moral. Ini sekali gus dapat membina sebuah
negara yang bertamadun dari segala aspek.
SLOT 3
Slot yang ketiga pula ialah slot khas yang dikendalikan oleh Dr Hamid dari
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Dalam kalamnya membahaskan tentang
salasilah keluarga Rasulullah S.A.W iaitu Allamah Sayyid Murtadha, penulis kitab
“Fadhail al-Khamsah min As-Shihhah As-Sittah”, mengatakan: Hadis tentang
bahawa Nabi Shallallahu „alaihi wasallam dilahirkan dari perkahwinan dan bukan
dari hasil perzinaan
Dalam Thabaqat Al-Kubra Ibnu Saad, jilid 1, bahagian 1: 31, dzikr
ummahat Rasulillah Shallallahu „alaihi wasallam, disebutkan: Imam Ali bin
Husein (sa) berkata bahawa Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya aku dilahirkan dari perkahwinan, aku tidak pernah dilahirkan dari
perzinaan sejak dari Adam. Aku belum pernah sedikit pun tersentuh oleh
perzinaan kaum jahiliyah, aku belum pernah dilahirkan kecuali dari kesucian
perkahwinan.”
Malah Dr Hamid juga menegaskan sesungguhnya Rasulullah mempunyai
akhlak yang sangat mulia.Antara akhlak yang baginda tunjuk sebagai pedoman
kepada kita semua adalah jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W.
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Malah, setiap kali
pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda S.A.W. menyinsing lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur.Saidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada
di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga."Jika mendengar azan,
10
beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah
selesai sembahyang.
Dr Hamid juga ada menyentuh mengenai isu semasa, politik dan juga isu
syiah.Banyak perkara yang kami belum tahu mengenai asal-usul syiah, ciri-ciri
golongan syiah serta perkara kesesatan yang dilakukan oleh mereka.
SLOT 4
Seminar Tamadun Islam dan Tamadun Asia diteruskan dengan slot
pembentangan yang ke empat. Pembentangan ini disampaikan oleh Ilyas bin
Mohd Zainol dari kelas PISMP 1.08. Beliau menyampaikan pembentangan yang
bertajuk „generasi muda dan isu-isu peradaban‟. Slot beliu diadakan pada jam
11.30 sehingga 12.30 tengah hari.
Dalam pembentangan tersebut, beliau menerangkan asas tamadun
terlebih dahulu iaitu definisi tamadun dan peradaban. Beliau menerangkan
definisi tamadun dari sudut bahasa iaitu bahasa tamil, bahasa inggeris, latin, dan
jerman. Seterusnya beliau menyampaikan definisi tamadun menurut pandangan
para sarjana dalam bidang material dan spiritual.
Slot beliau diteruskan lagi dengan penyampaian yang menyentuh
mengenai peranan golongan muda sebagai generasi yang menentukan hala tuju
negara. Antara peranan generasi muda yang difokuskan oleh beliau adalah
generasi muda adalah aset kepada ummah, sebagai penerus tradisi dan
warisan, serta ketamadunan.
Selain itu, beliau juga menyenaraikan isu-isu peradaban yang berlaku
masa kini dan cara mengatasinya. Antara masalah yang berlaku dan
menjejaskan peradaban adalah sambutan hari kekasih, kejadian jenayah, serta
krisis akhlak dan moral.Beliau berpendapat bahawa punca masalah yang
dihadapi kini adalah kurangnya ilmu agama.
11
Akhirnya beliau mengatakan bahawa ilmu agama adalah asas yang
menyelesaikan masalah dan isu peradaban yang berlaku.Beliau juga
menayangkan video kebejatan moral yang berlaku masa kini. Secara
konklusinya, beliau menyeru rakan-rakan yang lain agar sentiasa berpegang
kepada agama Islam yang syumul ini.
SLOT 5
Pada slot kali ini, suatu forum telah diadakan. Antara panelis forum ialah
Saudara Afnan dan Saudara Ezuwan Zailani serta dipengerusikan oleh Saudara
Zaini. Isu yang dibincangkan pada petang itu ialah “ Sejauh manakah Islam
dapat membangun seiring dengan arus globalisasi dalam aspek ekonomi dan
pentadbiran” Forum ini berlangsung secara santai namun isi-isinya sangat padat
dan bermaklumat.
Secara keseluruhannya, para panelis membincangkan bahawa
pembangunan bertolak dari falsafah dan konsep yang merujuk kepada persoalan
asas dalam hidup. Dalam konteks umat Islam asas yang paling fundamental
ialah akidah atau iman. Asas ini menegaskan bahawa manusia sebagai
pemegang amanah Allah bertanggungjawab untuk memakmurkan alam dan
mengurusnya dengan cara yang paling baik dan saksama. Allah tidak suka
perbuatan merosakkan alam, tempat penghunian manusia dan makhluk Allah
yang lain dari generasi ke generasi. Kehadiran manusia di dunia ini adalah untuk
penyembahan dan ubudiah diri kepada Allah. Asas Iman, Islam dan Ihsan
melatari segala gerak kerja pembangunan.
Selain itu, syariat adalah asas pembangunan yang
berikutnya.Pengembangan ekonomi mesti merujuk kepada asas-asas yang
syarie dan halal.Segala akad-akad yang fasid serta muamalat yang berunsur
gharar dan qimar tidak boleh menjadi amalan dalam membangun
ekonomi.Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil, tidak menindas, atau
melalui kaedah yang zalim dan haram.
12
Saudara Afnan turut menegaskan di akhir kalamnya bahawa masa depan
negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan ekonomi
yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi
pasaran global. Ia juga bergantung kepada sistem pentadbiran dan pengurusan
negara dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campur tangan politik
yang tidak wajar dan berkepentingan .Sistem dan budaya yang bebas dari
amalan korupsi, kronisme dan nepotisme di samping penyalahgunaan
perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan parti tertentu.
MAJLIS PENUTUPAN
Majlis Penutupan Seminar TITAS bermula sekitar pukul 3.30 minit petang
bertempat di Dewan Abdul Jalil. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran
semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2013. Walaupun pada hari
berlangsungnya seminar tersebut turut berlangsung acara olahraga di padang
kampus, namun komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sangatlah
memberangsangkan.
Majlis penutupan ini dimulakan dengan bacaan doa yang di ketuai oleh
saudara Mohd Asarudin bin Che Razak dan diteruskan dengan mendengar
ucapan dari pengarah program iaitu saudara Mohd Iqbal Arief bin Mohd Sufri dari
kuliah PISMP 1.08 pengkhususan Bahasa Arab. Alhamdulillah, majlis berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang. Majlis diteruskan dengan ucapan
perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Ahmad Zaidi selaku ketua
Jabatan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam. Dalam ucapannya beliau
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta kerana dapat
memberikan komitmen yang baik walaupun hari sukan sedang meriah dijalankan
di padang.
Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada 4 orang
penceramah yang telah menyampaikan ceramah sepanjang seminar
berlangsung iaitu Dr Abdul Hamid bin Sulaiman dari Jabatan Bahasa Arab,
13
saudara Mohd Fikri bin Mat Arit dari kuliah PISP 1.01, saudara Syed Mohd Zahid
bin Syed dari kuliah PISMP 1.06, dan saudara Mohd Ilyas Zainol dari kuliah
PISMP 1.08. Diharapkan majlis ataupun program seperti ini akan dapat
menambahkan sedikit sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan tentang
perkembangan tamadun dunia seterusnya dapat melahirkan mahasiswa guru
yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif.
14
5.0 REFLEKSI :
AHMAD AMZAR BIN MAT SAID
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, saya
memanjatkan syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun terpaksa
menempuhi pelbagai cabaran dan halangan dalam menyiapkannya. Namun
begitu, berkat usaha dan kesabaran, tugasan ini akhirnya dapat juga disiapkan
dan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, bagi saya
tugasan ini bukanlah satu beban kepada saya, namun ia adalah satu cabaran
sebagai seorang pelajar yang harus saya lalui. Bak kata pepatah, “bersusah-
susah dahulu bersenang-senang kemudian”
Melalui tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini, memang
tidak dinafikan bahawa pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang
saya perolehi. Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain diberi tempoh
selama dua minggu untuk tugasan ini. Kami diarahkan untuk membuat satu
seminar TITAS di Dewan Idris Al-marbawi. Sebelum bermulanya seminar
tersebut, ketua kelas saya PISMP 1.01, iaitu saudara Nur Muhamad Faiz telah
membahagikan tugas kami masing-masing. Saya diberi tugas sebagai
jawatakuasa bahan cetakan. Ahli jawatankuasa bahan cetakan seramai empat
orang iaitu saya, saudara Hakimullah, saudari Hidayah dan saudari Masyitah.
Kami dipertanggungjawabkan untuk mengumpul bahan-bahan dari setiap AJK
dan mencetak semula sebanyak 220 untuk diedarkan kepada setiap kelas.
Bagi slot pertama seminar TITAS pada kali ini, ianya diuruskan oleh kelas
kami sendiri. Tajuk yang dibentangkan pada pagi itu ialah “Malaysia sebuah
negara yang berbilang kaum”. Namun sebenarnya saya tidak dapat
menghadirkan diri saya pada slot pertama kerana saya turut terlibat dengan
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Saya mengambil acara yang berlangsung
pada pagi tersebut. Walaupun begitu, saya tidak mengambil kesempatan untuk
lari daripada tanggungjawab seorang pelajar. Saya tetap bertanyakan rakan-
15
rakan yang lain tentang slot pertama. Saya mengumpul maklumat dan isi-isi
penting daripada mereka. Mengenai tajuk “Malaysia sebuah negara yang
berbilang kaum”, banyak isi yang dapat saya perolehi. Antaranya ialah mengenai
proses membentuk perpaduan dalam kelangan masyarakat Malaysia yang hidup
aman dan damai walaupun berlainan agama,bangsa dan bahasa. Antara
maklumat penting yang saya perolehi ialah faktor,cara dan kesan perpaduan
dalam kalangan rakyat malaysia.
Saya juga berasa sangat gembira kerana tugasan berbentuk seminar ini
memberi saya pelbagai ilmu mengenai proses ataupun sejarah tamadun Islam
dan asia dan perkembangan tamadun sejak dari zaman Rasulullah S.A.W.
Sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak, ilmu yang saya
peroleh dalam setiap slot seminar pada kali ini sangat berguna untuk saya
aplikasikan ketika berada di medan perjuangan sebenar nanti. Menghayati nilai-
nilai ketamadunan dan peradaban manusia merupakan roh dalam setiap
pembangunan bagi sesebuah negara. Sebagai seorang guru, saya harus
memperlengkapkan diri saya dengan ilmu yang banyak. Jika tidak bagaimana
saya mahu mendidik anak-anak bangsa andai diri sendiri tidak berilmu. Ia seperti
”ketam mengajar anaknya berjalan”.
Oleh itu, penting bagi seorang guru untuk menghayati sejarah
ketamadunan yang telah termaktub dalam lipatan sejarah bagi mewujudkan
kesedaran tentang beratnya amanah yang dipikul demi mendidik anak bangsa
agar berjaya menjadi warga yang berguna dan mengembalikan generasi unggul
seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ilmuan-ilmuan
islam yang lain.
Pendidik yang berkualiti perlu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan kerana pendidik akan menjadi rujukan apabila berada di lapangan
masyarakat kelak. Sudah ramai pemimpin negara ini yang telah memberikan
penekanan tentang ilmu dan matlamat yang harus ada dalam mengejar
kejayaan. Atas kesedaran inilah saya berasa seminar TITAS yang dianjurkan
16
memberikan saya seribu satu ilmu pengetahuan terutama dalam lima slot yang
dibincangkan. Saya paling tertarik dengan slot bersama penceramah jemputan
iaitu bersama Dr. Abdul Hamid yang membincangkan mengenai tajuk ”peranan
memahami maqasid assyariyyah dalam pembinaan tamadun ummah”. Beliau
ada menyatakan banyak sejarah-sejarah hebat suatu ketika dahulu yang mana
kita tidak didedahkan dan kurang dihayati oleh golongan pendidik pada hari ini.
saya berasa cukup terasa dengan kata-kata beliau. Ianya kena dengan diri saya
yang kurang memberikan penghayatan tentang sejarah-sejarah tamadun Islam.
Kini, saya sedar pembudayaan dan penguasaan ilmu amat penting bagi seorang
pendidik kerana pendidik adalah kanvas dan arkitek bagi seseorang individu.
Firman Allah S.W.T. ”nescaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
agama(dari kalangan kamu) beberapa darjat dan ingatlah, Allah Maha mendalam
pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.(surah Al-Mujadalah, ayat
11). Ianya memang kena bagi kita yang mana sebagai seorang bakal guru.
Pada hari ini kita dapat menyaksikan gejala sosial semakin berleluasa,
tidak kira di kalangan kanak-kanak mahupu dewasa. Kadang-kadang ianya
berlaku di depan mata kita sendiri seperti kes pembuangan bayi,
penyalahgunaan dadah, merokok, buli, seks bebas dan sebagainya. Adakah kita
sebagai pendidik mahu melihat saja perkara seperti itu berlaku di kalangan anak
didik kita suatu hari nanti? Apakah tidak ada orang lain yang boleh membendung
gejala-gejala tersebut? Seperti yang kita tahu, tugas guru lah untuk mementuk
anak-anak bangsa selepas ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu sebagai pendidik,
saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain agar mempunyai
kesedaran yang tinggi dan perlu memikirkan inisiatif yang terbaik bagi
membendung permasalahan ini.
Dalam forum pada seminar ini, panelis membentangkan bagaimana
semasa zaman pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid yang meletakkan ilmu
sebagai tunjang dalam pembinaan tamadun bangsa. Oleh itu,setiap pendidik
17
perlu mencurahkan segala ilmu yang ada di dada kepada generasi muda agar
masa depan negara terjamin dan Wawasan 2020 yang dilaungkan oleh
pemimpin negara kita akan terlaksana dengan jayanya. Seperti kata pepatah,
”pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara”.
Dalam usaha untuk memaksimumkan kefahaman terhadap tugasan yang
diberikan, saya juga mengambil inisiatif untuk bertanya dan berkolaborasi
sesama pensyarah terutama dengan pensyarah bagi matapelajaran TITAS ini
iaitu ustaz Amran bin Abdul Rahman, yang juga merangkap pensyarah
pembimbing kami untuk kerja kursus ini. Saya juga turut berbincang dengan
rakan-rakan yang lain jika menghadapi sebarang masalah dan persoalan
tambahan agar tugasan yang disiapkan memenuhi kriteria pemarkahan yang
cemerlang. Saya berasa amat bersyukur kerana rakan-rakan tidak jemu dan
tidak kedekut untuk membantu saya. Kami saling bertukar-tukar pendapat dan
berkongsi ilmu yang ada. Alhamdulillah berkat kerjasama antara kami, saya
akhirnya dapat menambah kefahaman saya terhadap tugasan ini seterusnya
membantu saya untuk menyiapkannya dengan jayanya.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya mengalami banyak kekangan
masa kerana masalah jadual yang sangat padat hampir setiap hari dan tekanan
untuk menyiapkan tugasan lain dalam masa yang sama. Bukannya satu tugasan
dalam satu minggu tetapi hampir empat tugasan yang perlu dihantar dalam satu
minggu. Dalam tempoh itu juga saya juga terlibat mewakili IPG dalam kejohanan
olahraga jemputan di IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ilmu khas dan
IPG Kampus Teknik. Selain itu saya juga terlibat dalam kejohanan futsal piala YB
Dun Serdang. Oleh itu, saya harus bijak dan matang untuk menguruskan masa
dan merancang jadual antara aktiviti-aktiviti lain dengan tugasan-tugasan yang
diberikan untuk mendapatkan hasil tugasan yang terbaik dan memuaskan.
Seperti yang kita ssudah pun tahu, masa itu emas. Ia sangat berharga seakan-
akan emas dan merupakan aset penting dalam hidup seseorang individu.
Pengurusan masa yang berkesan mampu mencorakkan masa depan yang
gemilang. Allah merakamkan kepentingan mematuhi masa dalam firmanya surah
18
al-asr ayat 1-3 yang bermaksud ” Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-
benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat
menasihati supaya menetapi kesabaran”. maka,kita sebagai umat islam
semestinya perlu mengikut apa yang termaktub dalam kalam suci tuhan iaitu Al-
Quran.
Secara kesimpulannya, tugasan ini amat penting diberikan kepada semua
pelatih guru kerana tugasan ini memberi ruang dan peluang kepada semua
pelatih guru untuk mengusai dengan lebih mendalam mengenai tamadun Islam
dan tamadun asia. Ia memberikan pengalaman baru kepada guru pelatih
bagaimana untuk menguruskan sesuatu program seperti ini. Justeru itu, semua
pelatih guru hendaklah menggunakan sehabis baik tenaga dan kudrat yang ada
dalam menyelesaikan tugasan ini demi kepentingan masa hadapan kita sebagai
seorang bakal guru. Pengalaman yang saya dapat setelah menyiapkan tugasan
ini ternyata berbaloi dan mengajar saya suatu erti kepuasan setelah
melaksanakan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh kerana kepuasan
itu bukannya terletak pada kejayaan tetapi kepuasan terletak pada usaha yang
kita lakukan. Ilmu yang saya perolehi akan saya pastikan tersemat kukuh di
ingatan saya seterusnya diaplikasikan untuk tugasan-tugasan lain pada masa
akan datang, insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
19
6.0 BIBLIOGRAFI:
A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa
Malaysia. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ismail bin Syed Mustapa, & Ahmad Subki bin Maskon. (2010).
Budaya dan Pembelajaran. Puchong, Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Zulhilmi Paidi, & Rohani Ab. Ghani. (2003). Masyarakat di Malaysia.
Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Cikgu Anelyza. (2009).Kepentingan Perpaduan. Dicapai pada 25 Februari
2013, daripada http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-
perpaduan.html
Dr Nor Raudah Hj Siren. (2011). Satu Malaysia Satu Ummah. Dicapai
pada 25 Februari 2013, daripada
http://ummatanwasatan.net/2011/02/satu-malaysia-satu-ummah-
bhg-1/
Fisya. (2011).Kepentingan dan Usaha Wujudkan Perpaduan dalam
Masyarakat Majmuk. Dicapai pada 25 Februari 2013, daripada
http://afisya88.blogspot.com/2011/08/kepentingan-usaha-
wujudkan-perpaduan.html
20
Zainafsiah. (2011).Perpaduan Kaum di Malaysia. Dicapai pada 25
Februari 2013, daripada
http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perpaduan-kaum-di-
malaysia.html
21
LAMPIRAN

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...
Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...
Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...Ali Murfi
 
35 pembelajaranbahasaarab
35 pembelajaranbahasaarab35 pembelajaranbahasaarab
35 pembelajaranbahasaarabIrul Huda
 
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua Een Pahlefi
 
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | word
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | wordSkipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | word
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | wordEen Pahlefi
 
Proposal rkb al muslimun
Proposal rkb al muslimunProposal rkb al muslimun
Proposal rkb al muslimunAli Setiawan
 
Proses Pengolahan Migas dan Petrokim
Proses Pengolahan Migas dan PetrokimProses Pengolahan Migas dan Petrokim
Proses Pengolahan Migas dan PetrokimlombkTBK
 
Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )meysulvia
 
Modul media pembelajaran rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran   rosdiana pgmiModul media pembelajaran   rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran rosdiana pgmiross_diana
 
Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)Erika Wati
 
Bab i promosi jabatan revisi baru
Bab i promosi jabatan revisi baruBab i promosi jabatan revisi baru
Bab i promosi jabatan revisi baruuhamka
 
Modul pembelajaran berbasis web/wbsite
Modul pembelajaran berbasis web/wbsiteModul pembelajaran berbasis web/wbsite
Modul pembelajaran berbasis web/wbsitetiawatiana
 
Laporan outbond PIO ellenoor tasya
Laporan outbond PIO ellenoor tasyaLaporan outbond PIO ellenoor tasya
Laporan outbond PIO ellenoor tasyaellenoortasya
 
modul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITE
modul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITEmodul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITE
modul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITEHARIANIHARIANI2
 

Was ist angesagt? (20)

Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...
Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...
Laporan Survey Perencanaan Sistem Kependidikan Islam di MA WAHID HASYIM, Yogy...
 
35 pembelajaranbahasaarab
35 pembelajaranbahasaarab35 pembelajaranbahasaarab
35 pembelajaranbahasaarab
 
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua
 
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | word
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | wordSkipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | word
Skipsi e-learning berbasis web pada smk bina banua | word
 
Proposal rkb al muslimun
Proposal rkb al muslimunProposal rkb al muslimun
Proposal rkb al muslimun
 
Depan
DepanDepan
Depan
 
Proses Pengolahan Migas dan Petrokim
Proses Pengolahan Migas dan PetrokimProses Pengolahan Migas dan Petrokim
Proses Pengolahan Migas dan Petrokim
 
Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )
 
Karya Tulis Tugas Akhir D-IV
Karya Tulis Tugas Akhir D-IVKarya Tulis Tugas Akhir D-IV
Karya Tulis Tugas Akhir D-IV
 
pembuatan yogurt
pembuatan yogurtpembuatan yogurt
pembuatan yogurt
 
Modul media pembelajaran rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran   rosdiana pgmiModul media pembelajaran   rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran rosdiana pgmi
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i%2 c iv
Bab i%2 c ivBab i%2 c iv
Bab i%2 c iv
 
Cover n pengantar
Cover n pengantarCover n pengantar
Cover n pengantar
 
Gaya kepemimpinan kepsek
Gaya kepemimpinan kepsekGaya kepemimpinan kepsek
Gaya kepemimpinan kepsek
 
Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)Tik tugas microsoft word (erikawati)
Tik tugas microsoft word (erikawati)
 
Bab i promosi jabatan revisi baru
Bab i promosi jabatan revisi baruBab i promosi jabatan revisi baru
Bab i promosi jabatan revisi baru
 
Modul pembelajaran berbasis web/wbsite
Modul pembelajaran berbasis web/wbsiteModul pembelajaran berbasis web/wbsite
Modul pembelajaran berbasis web/wbsite
 
Laporan outbond PIO ellenoor tasya
Laporan outbond PIO ellenoor tasyaLaporan outbond PIO ellenoor tasya
Laporan outbond PIO ellenoor tasya
 
modul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITE
modul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITEmodul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITE
modul PEMBELAJARAN BERBASIS WEB/WEBSITE
 

Andere mochten auch

Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-bigdeera zahrin
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanFlorida Hunay
 
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsTITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsPang Shuen
 
Sayangi alam sekitar powerpoint
Sayangi alam sekitar powerpointSayangi alam sekitar powerpoint
Sayangi alam sekitar powerpointsyamimi9184
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarRosdi Ramli
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)Haslinda Jamaluddin
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titasalkepuloh
 

Andere mochten auch (19)

Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Penghargaan titas
Penghargaan titasPenghargaan titas
Penghargaan titas
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
 
Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Statistik Asas
Statistik AsasStatistik Asas
Statistik Asas
 
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsTITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
 
Titas ppg
Titas ppgTitas ppg
Titas ppg
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Sayangi alam sekitar powerpoint
Sayangi alam sekitar powerpointSayangi alam sekitar powerpoint
Sayangi alam sekitar powerpoint
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Statistik (Bab 1)
Statistik (Bab 1) Statistik (Bab 1)
Statistik (Bab 1)
 
Bab 1 titas
Bab 1 titasBab 1 titas
Bab 1 titas
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 

Ähnlich wie Esaimen titas complete

LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 1.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI   PMM 1.docxLAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI   PMM 1.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 1.docxpujiastuti121
 
1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docx
1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docx1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docx
1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docxAnggraeniRatnaWinant
 
Lpj dad 2014 IMM Kabupaten Tangerang
Lpj dad 2014 IMM Kabupaten TangerangLpj dad 2014 IMM Kabupaten Tangerang
Lpj dad 2014 IMM Kabupaten Tangerangjoko adipurnomo
 
Kertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawasKertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawastati hidayatie
 
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxZukét Printing
 
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdfMakalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdfZukét Printing
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docxLAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docxpujiastuti121
 
TOR Super camp 2021.pdf
TOR Super camp 2021.pdfTOR Super camp 2021.pdf
TOR Super camp 2021.pdfekieki
 
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)yatitarbiyah
 

Ähnlich wie Esaimen titas complete (20)

LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 1.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI   PMM 1.docxLAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI   PMM 1.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 1.docx
 
1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docx
1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docx1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docx
1. Resume Guru Belajar Seri Pendidikan Inklusif - Bimtek.docx
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Lpj dad 2014 IMM Kabupaten Tangerang
Lpj dad 2014 IMM Kabupaten TangerangLpj dad 2014 IMM Kabupaten Tangerang
Lpj dad 2014 IMM Kabupaten Tangerang
 
Kertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawasKertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawas
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Makalah ICT.pdf
Makalah ICT.pdfMakalah ICT.pdf
Makalah ICT.pdf
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
 
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdfMakalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
Makalah Studi Pendidikan Al-Qur'an UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
 
Tugas Makalah
Tugas MakalahTugas Makalah
Tugas Makalah
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docxLAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docx
LAPORAN PENGEMBANGAN DIRI PELATIHAN MANDIRI PMM 6.docx
 
TOR Super camp 2021.pdf
TOR Super camp 2021.pdfTOR Super camp 2021.pdf
TOR Super camp 2021.pdf
 
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
 

Esaimen titas complete

  • 1. 1 1.0 HALAMAN PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan: ……………………………………………………………. Nama : ……………………………………………………………. Tarikh : …………………………….............................................
  • 2. 2 2.0 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan- Nya, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Berkat usaha dan tawakal saya sendiri, saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS), ustaz Amran bin Abdul Rahman kerana beliau banyak memberikan penerangan dalam proses menyiapkan tugasan ini. terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya dari kelas PISMP 1.01 kerana banyak membantu. Kami saling berkongsi pendapat dan bekerjasama mencari maklumat seterusnya melaksanakan slot pertama seminar TITAS. Tanpa kerjasama yang utuh, kami tidak akan dapat mencapai apa yang kami hajatkan. Apa yang paling penting ialah setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu dan bapa saya kerana banyak memberikan kata-kata semangat selama saya berada di IPG Kampus Pendidikan Islam ini. Syukur alhamdulillah kerana mereka masih di sisi saya.
  • 3. 3 3.0 LAPORAN TUGASAN AJK MAKLUMAT Sebelum menjalankan tugasan ini, kami telah membahagikan ahli kelas kepada beberapa jawatankuasa iaitu jawatankuasa maklumat, jawatankuasa cetakan, jawatankuasa kertas kerja dan jawatankuasa bahan pembentangan. Jawatankuasa yang perlu bergerak terlebih dahulu iaitu jawatankuasa maklumat.Mereka telah bertungkus-lumus mencari maklumat selaras dengan kehendak soalan yang menyentuh isu ketamadunan di Malaysia. Menerusi laman internet serta buku, jurnal dan surat khabar, kami mengumpul, menapis serta memilih maklumat yang relevan dan lengkas berdasarkan skop tugasan. Di samping itu, jika terdapat maklumat yang kami tidak faham, kami akan merujuknya kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Amran. Ada sesetengah fakta yang diterima dan ada juga fakta yang palsu.Kita juga serba tahu bahawa maklumat di internet kebanyakannya adalah menyeleweng dan salah memandangkan kita tidak tahu asal usul sumber serta penulisnya. Jadi, buku, jurnal dan risalah menjadi wadah yang tepat untuk kita mencari maklumat- maklumat yang sahih memandangkan ia adalah suatu kajian dan telah diteliti dan ditapis oleh penulis serta pihak yang bertanggungjawab. Setelah kami meneliti, menapis serta menyusun maklumat yang betul, Kami memberikannya kepada jawatankuasa bahan pembentangan.Mereka bertanggungjawab untuk mengolah maklumat tersebut dalam bentuk grafik dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.Ini bagi memudahkan para mahasiswa untuk memahami isi dengan lebih mudah.
  • 4. 4 AJK BAHAN PEMBENTANGAN Setelah kami menerima bahan daripada jawatankuasa maklumat, kami terus memahami serta menganalisis maklumat untuk diringkaskan.Hakikatnya maklumat yang diberikan adalah banyak dan kami telah membahagikan maklumat-maklumat tersebut kepada setiap ahli jawatankuasa untuk meringkaskannya. Kemudian, kami membuat draft berdasarkan maklumat tersebut menggunakan Microsoft PowerPoint.Ia mengambil masa dua hari untuk menyiapkan draft tersebut. Maklumat-maklumat tersebut diolah dalam bentuk grafik yang menarik serta bersahaja. Seterusnya, kami menghias slide tersebut mengikut kreativiti kami bagi menarik minat para mahasiswa untuk membacanya. Walaupun agak bersahaja, namun ia tetap cantik dan diterima oleh semua orang. Antara halangan yang kami terpaksa tempuhi adalah masa yang diberikan untuk menyiapkan bahan adalah terlalu singkat memandangkan ada jawatankuasa yang lain sedang menunggu bahan kami untuk mereka membuat laporan tugasan bagi setiap jawatankuasa. Selain itu, bagi memenuhi gaya yang santai dan bersahaja, kami agak sukar untuk menemui latar belakang slaid untuk disesuaikan dengan isi pembentangan. Malah kami juga masih tidak mahir dalam membina powerpoint yang menarik. Namun begitu, kami yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Antara faedah yang kami peroleh sepanjang menyiapkan slaid ini adalah kerjasama antara ahli-ahli jawatankuasa serta jawatankuasa yang lain dapat dibentuk. Bulat air kerana bentuknya, bulat manusia kerana muafakat.Kerjasama antara kami sangat penting kerana setiap ahli mempunyai peranannya sendiri.Jika seseorang ahli itu sambil lewa, maka tugasan ini tidak dapat disiapkan atau mungkin mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Di samping itu, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan kami dalam subjek ini. Sebelum ini, kami tidak menyedari tentang cara bagi membentuk
  • 5. 5 perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Berdasarkan dapatan maklumat kami, salah satu alat perpaduan di Malaysia ialah sistem pendidikan kebangsaan yang telah diselaraskan oleh pihak kementerian untuk semua kaum tanpa bangsa, agama dan budaya. Malah, kami juga dapat menambah kemahiran kami dalam menggunakan perisian powerpoint. Sebenarnya ada banyak cara yang kami masih belum menerokainya. Setelah mendapat tunjuk ajar dari sahabat-sahabat yang lain, akhirnya kami dapat melakukannya dengan baik. AJK BAHAN CETAKAN Setelah kami mendapat slaid dari jawatankuasa bahan pembentangan, kami terus mengira bilangan pelajar bagi setiap kelas.Tugas kami tidak banyak.Hanya memfotostat dan mengutip duit RM5 bagi setiap orang.Kemudian, sebelum seminar dijalankan, kami memastikan semua pelajar mendapat bahan cetakan tersebut.Alhamdulillah, semuanya mencukupi. AJK DOKUMENTASI Alhamdulillah, seminar ini berjalan dengan lancar.Jadi pada kali ini, adalah menjadi kewajipan kumpulan kami untuk mendokumentasikan segala perjalanan gerak kerja kelas kami. Bagi mendokumentasikannya, kami telah memerhatikan gerak kerja jawatankuasa lain sebelum seminar itu bermula lagi. Kami telah menghasilkan timeline berdasarkan apa yang telah mereka lakukan. Bermula dari mencari maklumat sehinggalah bahan pembentangan dicetak dan diedarkan kepada semua orang.Ia merupakan suatu komitmen dan pemerhatian yang tinggi kerana dokumentasi adalah bukti bagi setiap ahli jawatankuasa melakukan tugas mereka. Setelah kami mendapat butiran-butiran tugas, kami menghasilkan dua laporan iaitu laporan perjalanan gerak kerja dan laporan seminar. Kemudian,
  • 6. 6 kami memberikannya kepada setiap ahli kelas dalam bentuk softcopy untuk diletakkan dalam kerja kursus.
  • 7. 7 4.0 LAPORAN SEMINAR SLOT 1 Slot pertama telah membincangkan satu persoalan yang sering berlegar dalam minda masyarakat pada hari ini terutamanya golongan pendidik iaitu „Bagaimana hubungan mesra dan persefahaman sejagat dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat Malaysia,‟ yang disampaikan oleh saudara Mohd Fikri Bin Mat Arit dari kuliah PISMP 1.01. Kupasan yang mendalam berkaitan tajuk dari sudut faktor, cara, kesan dan peranan guru dalam pembentukan semangat perpaduan khususnya kepada murid-murid di sekolah oleh pembentang berjaya membuatkan para guru pelatih berfikir sejenak akan peranan seorang guru yang bukan tertumpu di ruang lingkup bilik darjah semata-mata namun kami juga perlu „turun padang‟ ke dalam masyarakat supaya hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni melalui pembinaan ukhuwah antara kaum tercapai. Slot yang mengambil masa selama 1 jam, bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi ini turut mengetengahkan isu-isu semasa yang disebabkan kurangnya nilai kejiranan dalam diri setiap individu. Tidak dapat dinafikan gejala sosial yang kian meruncing berpunca daripada sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri daripada mengambil peduli hal orang lain. Sebagai contoh, apabila melihat anak jiran yang lengkap berpakaian seragam sekolah pergi melepak bersama rakan-rakannya, pasti kita hanya berlalu pergi tanpa sempat menegur mereka.Mungkin disebabkan sikap kita inilah, mereka berasa tindakan yang dilakukan mereka seperti „kutu rayau‟ adalah betul kerana tiada siapa yang menasihatkan. Selain itu, pembentang juga bijak menghuraikan cara yang yang perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah perpaduan kaum. Mengambil inspirasi daripada sirah Rasulullah s.a.w yang berupaya
  • 8. 8 membangunkan sebuah negara Madinah walaupun terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa, agama mahupun budaya membuka mata kami bahawa tidak mustahil, perpaduan juga mampu diwujudkan dalam kalangan rakyat Malaysia.Bertempat di Dewan Idris Al-Marbawi, secara keseluruhannya, slot pertama berjalan dengan lancar.Pembentang juga dapat menjawab persoalan yang dilontarkan oleh para pendengar dengan baik dan bijak memperlihatkan kewibawaan beliau. SLOT 2 Bermula pada jam 10.00 pagi bersambungnya slot yang dibentangkan oleh Syed Zahed wakil dari kelas PISMP 1.06.Tajuk yang dibentangkan ialah Pembudayaan Ilmu Membina Jati Diri Ketamadunan Dalam Menghadapi Pergolakan Dunia Dan Cabaran Global. Kaedah bercerita telah digunakan untuk menarik perhatian penonton. Slot yang dibentangkan lebih kepada kisah-kisah yang berkisarkan tentang pembinaan jati diri. Antara pengisian slot ke-2 juga ialah membicarakan tentang definisi ilmu, daripada siapakah ilmu boleh diperoleh dan cara untuk mendapatkannya serta kepentingan ilmu kepada seseorang. Slot ke-2 juga diisi dengan pertunjukan video yang mendedahkan kepada pelatih guru tentang cabaran-cabaran keruntuhan moral yang akan dihadapi sebagai seorang pendidik. Para pelatih guru didedahkan dengan isu-isu sosial agar sentiasa menyiapkan diri sebagai seorang pendidik anak-anak bangsa.Semasa sesi pembentangan berlangsung terdapat kelemahan yang dapat dilihat antaranya ialah penyampaian yang meleret dan power point yang kurang menarik. Pembentang juga menekankan tentang kepentingan dan faedah menuntut ilmu kepada seorang guru serta menekankan pembudayaan ilmu dalam kehidupan.Kaedah dan objektif yang disampaikan adalah sangat berkesan dan memberi kesedaran kepada semua guru pelatih.Kesimpulannya, seminar seperti ini haruslah diteruskan agar dapat member pendedahan tentang pembudayaan
  • 9. 9 ilmu membina jati diri ketamadunan dalam menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global bagi melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran yang mencabar dalam arus kemodenan yang semakin meminggirkan nilai-nilai moral. Ini sekali gus dapat membina sebuah negara yang bertamadun dari segala aspek. SLOT 3 Slot yang ketiga pula ialah slot khas yang dikendalikan oleh Dr Hamid dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Dalam kalamnya membahaskan tentang salasilah keluarga Rasulullah S.A.W iaitu Allamah Sayyid Murtadha, penulis kitab “Fadhail al-Khamsah min As-Shihhah As-Sittah”, mengatakan: Hadis tentang bahawa Nabi Shallallahu „alaihi wasallam dilahirkan dari perkahwinan dan bukan dari hasil perzinaan Dalam Thabaqat Al-Kubra Ibnu Saad, jilid 1, bahagian 1: 31, dzikr ummahat Rasulillah Shallallahu „alaihi wasallam, disebutkan: Imam Ali bin Husein (sa) berkata bahawa Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya aku dilahirkan dari perkahwinan, aku tidak pernah dilahirkan dari perzinaan sejak dari Adam. Aku belum pernah sedikit pun tersentuh oleh perzinaan kaum jahiliyah, aku belum pernah dilahirkan kecuali dari kesucian perkahwinan.” Malah Dr Hamid juga menegaskan sesungguhnya Rasulullah mempunyai akhlak yang sangat mulia.Antara akhlak yang baginda tunjuk sebagai pedoman kepada kita semua adalah jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W. menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Malah, setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda S.A.W. menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.Saidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga."Jika mendengar azan,
  • 10. 10 beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang. Dr Hamid juga ada menyentuh mengenai isu semasa, politik dan juga isu syiah.Banyak perkara yang kami belum tahu mengenai asal-usul syiah, ciri-ciri golongan syiah serta perkara kesesatan yang dilakukan oleh mereka. SLOT 4 Seminar Tamadun Islam dan Tamadun Asia diteruskan dengan slot pembentangan yang ke empat. Pembentangan ini disampaikan oleh Ilyas bin Mohd Zainol dari kelas PISMP 1.08. Beliau menyampaikan pembentangan yang bertajuk „generasi muda dan isu-isu peradaban‟. Slot beliu diadakan pada jam 11.30 sehingga 12.30 tengah hari. Dalam pembentangan tersebut, beliau menerangkan asas tamadun terlebih dahulu iaitu definisi tamadun dan peradaban. Beliau menerangkan definisi tamadun dari sudut bahasa iaitu bahasa tamil, bahasa inggeris, latin, dan jerman. Seterusnya beliau menyampaikan definisi tamadun menurut pandangan para sarjana dalam bidang material dan spiritual. Slot beliau diteruskan lagi dengan penyampaian yang menyentuh mengenai peranan golongan muda sebagai generasi yang menentukan hala tuju negara. Antara peranan generasi muda yang difokuskan oleh beliau adalah generasi muda adalah aset kepada ummah, sebagai penerus tradisi dan warisan, serta ketamadunan. Selain itu, beliau juga menyenaraikan isu-isu peradaban yang berlaku masa kini dan cara mengatasinya. Antara masalah yang berlaku dan menjejaskan peradaban adalah sambutan hari kekasih, kejadian jenayah, serta krisis akhlak dan moral.Beliau berpendapat bahawa punca masalah yang dihadapi kini adalah kurangnya ilmu agama.
  • 11. 11 Akhirnya beliau mengatakan bahawa ilmu agama adalah asas yang menyelesaikan masalah dan isu peradaban yang berlaku.Beliau juga menayangkan video kebejatan moral yang berlaku masa kini. Secara konklusinya, beliau menyeru rakan-rakan yang lain agar sentiasa berpegang kepada agama Islam yang syumul ini. SLOT 5 Pada slot kali ini, suatu forum telah diadakan. Antara panelis forum ialah Saudara Afnan dan Saudara Ezuwan Zailani serta dipengerusikan oleh Saudara Zaini. Isu yang dibincangkan pada petang itu ialah “ Sejauh manakah Islam dapat membangun seiring dengan arus globalisasi dalam aspek ekonomi dan pentadbiran” Forum ini berlangsung secara santai namun isi-isinya sangat padat dan bermaklumat. Secara keseluruhannya, para panelis membincangkan bahawa pembangunan bertolak dari falsafah dan konsep yang merujuk kepada persoalan asas dalam hidup. Dalam konteks umat Islam asas yang paling fundamental ialah akidah atau iman. Asas ini menegaskan bahawa manusia sebagai pemegang amanah Allah bertanggungjawab untuk memakmurkan alam dan mengurusnya dengan cara yang paling baik dan saksama. Allah tidak suka perbuatan merosakkan alam, tempat penghunian manusia dan makhluk Allah yang lain dari generasi ke generasi. Kehadiran manusia di dunia ini adalah untuk penyembahan dan ubudiah diri kepada Allah. Asas Iman, Islam dan Ihsan melatari segala gerak kerja pembangunan. Selain itu, syariat adalah asas pembangunan yang berikutnya.Pengembangan ekonomi mesti merujuk kepada asas-asas yang syarie dan halal.Segala akad-akad yang fasid serta muamalat yang berunsur gharar dan qimar tidak boleh menjadi amalan dalam membangun ekonomi.Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil, tidak menindas, atau melalui kaedah yang zalim dan haram.
  • 12. 12 Saudara Afnan turut menegaskan di akhir kalamnya bahawa masa depan negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi pasaran global. Ia juga bergantung kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campur tangan politik yang tidak wajar dan berkepentingan .Sistem dan budaya yang bebas dari amalan korupsi, kronisme dan nepotisme di samping penyalahgunaan perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan parti tertentu. MAJLIS PENUTUPAN Majlis Penutupan Seminar TITAS bermula sekitar pukul 3.30 minit petang bertempat di Dewan Abdul Jalil. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2013. Walaupun pada hari berlangsungnya seminar tersebut turut berlangsung acara olahraga di padang kampus, namun komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sangatlah memberangsangkan. Majlis penutupan ini dimulakan dengan bacaan doa yang di ketuai oleh saudara Mohd Asarudin bin Che Razak dan diteruskan dengan mendengar ucapan dari pengarah program iaitu saudara Mohd Iqbal Arief bin Mohd Sufri dari kuliah PISMP 1.08 pengkhususan Bahasa Arab. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Ahmad Zaidi selaku ketua Jabatan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam. Dalam ucapannya beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta kerana dapat memberikan komitmen yang baik walaupun hari sukan sedang meriah dijalankan di padang. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada 4 orang penceramah yang telah menyampaikan ceramah sepanjang seminar berlangsung iaitu Dr Abdul Hamid bin Sulaiman dari Jabatan Bahasa Arab,
  • 13. 13 saudara Mohd Fikri bin Mat Arit dari kuliah PISP 1.01, saudara Syed Mohd Zahid bin Syed dari kuliah PISMP 1.06, dan saudara Mohd Ilyas Zainol dari kuliah PISMP 1.08. Diharapkan majlis ataupun program seperti ini akan dapat menambahkan sedikit sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan tentang perkembangan tamadun dunia seterusnya dapat melahirkan mahasiswa guru yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif.
  • 14. 14 5.0 REFLEKSI : AHMAD AMZAR BIN MAT SAID Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, saya memanjatkan syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dan halangan dalam menyiapkannya. Namun begitu, berkat usaha dan kesabaran, tugasan ini akhirnya dapat juga disiapkan dan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, bagi saya tugasan ini bukanlah satu beban kepada saya, namun ia adalah satu cabaran sebagai seorang pelajar yang harus saya lalui. Bak kata pepatah, “bersusah- susah dahulu bersenang-senang kemudian” Melalui tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini, memang tidak dinafikan bahawa pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi. Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain diberi tempoh selama dua minggu untuk tugasan ini. Kami diarahkan untuk membuat satu seminar TITAS di Dewan Idris Al-marbawi. Sebelum bermulanya seminar tersebut, ketua kelas saya PISMP 1.01, iaitu saudara Nur Muhamad Faiz telah membahagikan tugas kami masing-masing. Saya diberi tugas sebagai jawatakuasa bahan cetakan. Ahli jawatankuasa bahan cetakan seramai empat orang iaitu saya, saudara Hakimullah, saudari Hidayah dan saudari Masyitah. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengumpul bahan-bahan dari setiap AJK dan mencetak semula sebanyak 220 untuk diedarkan kepada setiap kelas. Bagi slot pertama seminar TITAS pada kali ini, ianya diuruskan oleh kelas kami sendiri. Tajuk yang dibentangkan pada pagi itu ialah “Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum”. Namun sebenarnya saya tidak dapat menghadirkan diri saya pada slot pertama kerana saya turut terlibat dengan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Saya mengambil acara yang berlangsung pada pagi tersebut. Walaupun begitu, saya tidak mengambil kesempatan untuk lari daripada tanggungjawab seorang pelajar. Saya tetap bertanyakan rakan-
  • 15. 15 rakan yang lain tentang slot pertama. Saya mengumpul maklumat dan isi-isi penting daripada mereka. Mengenai tajuk “Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum”, banyak isi yang dapat saya perolehi. Antaranya ialah mengenai proses membentuk perpaduan dalam kelangan masyarakat Malaysia yang hidup aman dan damai walaupun berlainan agama,bangsa dan bahasa. Antara maklumat penting yang saya perolehi ialah faktor,cara dan kesan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia. Saya juga berasa sangat gembira kerana tugasan berbentuk seminar ini memberi saya pelbagai ilmu mengenai proses ataupun sejarah tamadun Islam dan asia dan perkembangan tamadun sejak dari zaman Rasulullah S.A.W. Sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak, ilmu yang saya peroleh dalam setiap slot seminar pada kali ini sangat berguna untuk saya aplikasikan ketika berada di medan perjuangan sebenar nanti. Menghayati nilai- nilai ketamadunan dan peradaban manusia merupakan roh dalam setiap pembangunan bagi sesebuah negara. Sebagai seorang guru, saya harus memperlengkapkan diri saya dengan ilmu yang banyak. Jika tidak bagaimana saya mahu mendidik anak-anak bangsa andai diri sendiri tidak berilmu. Ia seperti ”ketam mengajar anaknya berjalan”. Oleh itu, penting bagi seorang guru untuk menghayati sejarah ketamadunan yang telah termaktub dalam lipatan sejarah bagi mewujudkan kesedaran tentang beratnya amanah yang dipikul demi mendidik anak bangsa agar berjaya menjadi warga yang berguna dan mengembalikan generasi unggul seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ilmuan-ilmuan islam yang lain. Pendidik yang berkualiti perlu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan kerana pendidik akan menjadi rujukan apabila berada di lapangan masyarakat kelak. Sudah ramai pemimpin negara ini yang telah memberikan penekanan tentang ilmu dan matlamat yang harus ada dalam mengejar kejayaan. Atas kesedaran inilah saya berasa seminar TITAS yang dianjurkan
  • 16. 16 memberikan saya seribu satu ilmu pengetahuan terutama dalam lima slot yang dibincangkan. Saya paling tertarik dengan slot bersama penceramah jemputan iaitu bersama Dr. Abdul Hamid yang membincangkan mengenai tajuk ”peranan memahami maqasid assyariyyah dalam pembinaan tamadun ummah”. Beliau ada menyatakan banyak sejarah-sejarah hebat suatu ketika dahulu yang mana kita tidak didedahkan dan kurang dihayati oleh golongan pendidik pada hari ini. saya berasa cukup terasa dengan kata-kata beliau. Ianya kena dengan diri saya yang kurang memberikan penghayatan tentang sejarah-sejarah tamadun Islam. Kini, saya sedar pembudayaan dan penguasaan ilmu amat penting bagi seorang pendidik kerana pendidik adalah kanvas dan arkitek bagi seseorang individu. Firman Allah S.W.T. ”nescaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama(dari kalangan kamu) beberapa darjat dan ingatlah, Allah Maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.(surah Al-Mujadalah, ayat 11). Ianya memang kena bagi kita yang mana sebagai seorang bakal guru. Pada hari ini kita dapat menyaksikan gejala sosial semakin berleluasa, tidak kira di kalangan kanak-kanak mahupu dewasa. Kadang-kadang ianya berlaku di depan mata kita sendiri seperti kes pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, merokok, buli, seks bebas dan sebagainya. Adakah kita sebagai pendidik mahu melihat saja perkara seperti itu berlaku di kalangan anak didik kita suatu hari nanti? Apakah tidak ada orang lain yang boleh membendung gejala-gejala tersebut? Seperti yang kita tahu, tugas guru lah untuk mementuk anak-anak bangsa selepas ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu sebagai pendidik, saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain agar mempunyai kesedaran yang tinggi dan perlu memikirkan inisiatif yang terbaik bagi membendung permasalahan ini. Dalam forum pada seminar ini, panelis membentangkan bagaimana semasa zaman pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid yang meletakkan ilmu sebagai tunjang dalam pembinaan tamadun bangsa. Oleh itu,setiap pendidik
  • 17. 17 perlu mencurahkan segala ilmu yang ada di dada kepada generasi muda agar masa depan negara terjamin dan Wawasan 2020 yang dilaungkan oleh pemimpin negara kita akan terlaksana dengan jayanya. Seperti kata pepatah, ”pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara”. Dalam usaha untuk memaksimumkan kefahaman terhadap tugasan yang diberikan, saya juga mengambil inisiatif untuk bertanya dan berkolaborasi sesama pensyarah terutama dengan pensyarah bagi matapelajaran TITAS ini iaitu ustaz Amran bin Abdul Rahman, yang juga merangkap pensyarah pembimbing kami untuk kerja kursus ini. Saya juga turut berbincang dengan rakan-rakan yang lain jika menghadapi sebarang masalah dan persoalan tambahan agar tugasan yang disiapkan memenuhi kriteria pemarkahan yang cemerlang. Saya berasa amat bersyukur kerana rakan-rakan tidak jemu dan tidak kedekut untuk membantu saya. Kami saling bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu yang ada. Alhamdulillah berkat kerjasama antara kami, saya akhirnya dapat menambah kefahaman saya terhadap tugasan ini seterusnya membantu saya untuk menyiapkannya dengan jayanya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya mengalami banyak kekangan masa kerana masalah jadual yang sangat padat hampir setiap hari dan tekanan untuk menyiapkan tugasan lain dalam masa yang sama. Bukannya satu tugasan dalam satu minggu tetapi hampir empat tugasan yang perlu dihantar dalam satu minggu. Dalam tempoh itu juga saya juga terlibat mewakili IPG dalam kejohanan olahraga jemputan di IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ilmu khas dan IPG Kampus Teknik. Selain itu saya juga terlibat dalam kejohanan futsal piala YB Dun Serdang. Oleh itu, saya harus bijak dan matang untuk menguruskan masa dan merancang jadual antara aktiviti-aktiviti lain dengan tugasan-tugasan yang diberikan untuk mendapatkan hasil tugasan yang terbaik dan memuaskan. Seperti yang kita ssudah pun tahu, masa itu emas. Ia sangat berharga seakan- akan emas dan merupakan aset penting dalam hidup seseorang individu. Pengurusan masa yang berkesan mampu mencorakkan masa depan yang gemilang. Allah merakamkan kepentingan mematuhi masa dalam firmanya surah
  • 18. 18 al-asr ayat 1-3 yang bermaksud ” Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar- benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”. maka,kita sebagai umat islam semestinya perlu mengikut apa yang termaktub dalam kalam suci tuhan iaitu Al- Quran. Secara kesimpulannya, tugasan ini amat penting diberikan kepada semua pelatih guru kerana tugasan ini memberi ruang dan peluang kepada semua pelatih guru untuk mengusai dengan lebih mendalam mengenai tamadun Islam dan tamadun asia. Ia memberikan pengalaman baru kepada guru pelatih bagaimana untuk menguruskan sesuatu program seperti ini. Justeru itu, semua pelatih guru hendaklah menggunakan sehabis baik tenaga dan kudrat yang ada dalam menyelesaikan tugasan ini demi kepentingan masa hadapan kita sebagai seorang bakal guru. Pengalaman yang saya dapat setelah menyiapkan tugasan ini ternyata berbaloi dan mengajar saya suatu erti kepuasan setelah melaksanakan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh kerana kepuasan itu bukannya terletak pada kejayaan tetapi kepuasan terletak pada usaha yang kita lakukan. Ilmu yang saya perolehi akan saya pastikan tersemat kukuh di ingatan saya seterusnya diaplikasikan untuk tugasan-tugasan lain pada masa akan datang, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
  • 19. 19 6.0 BIBLIOGRAFI: A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Ismail bin Syed Mustapa, & Ahmad Subki bin Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zulhilmi Paidi, & Rohani Ab. Ghani. (2003). Masyarakat di Malaysia. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Cikgu Anelyza. (2009).Kepentingan Perpaduan. Dicapai pada 25 Februari 2013, daripada http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan- perpaduan.html Dr Nor Raudah Hj Siren. (2011). Satu Malaysia Satu Ummah. Dicapai pada 25 Februari 2013, daripada http://ummatanwasatan.net/2011/02/satu-malaysia-satu-ummah- bhg-1/ Fisya. (2011).Kepentingan dan Usaha Wujudkan Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk. Dicapai pada 25 Februari 2013, daripada http://afisya88.blogspot.com/2011/08/kepentingan-usaha- wujudkan-perpaduan.html
  • 20. 20 Zainafsiah. (2011).Perpaduan Kaum di Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2013, daripada http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perpaduan-kaum-di- malaysia.html