SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 109
Konsep Kesusasteraan
 Fungsi Kesusasteraan
 Ciri Kesusasteraan
 Jenis dan Bentuk Kesusasteraan
 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Konsep
Kesusasteraan
1. Hashim Awang,kesusasteraan ialah bentuk ciptaan
seni yang disampaikan melalui bahasa.
2. Perkataan Kesusasteraan
terbentuk daripada perkataan
Sanskrit, iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku
indah.
3. Kamus Dewan, ialah hasil seni
(karya tulisan) dalam bentuk prosa
atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu.
4.J.S Badudu, Sastera harus ditinjau dari dua
segi iaitu bahasa dan isi.
5. Sastera juga ialah semua karya
yang memuatkan perasaan
kemanusiaan yang mendalam dan
kebenaran moral dengan sentuhan
keikhlasan, keterbukaan dan keluasan
pandangan yang dinukilkan dalam
bentuk yang mempersonakan.
6. Istilah kesusasteraan yang
digunakan dalam Bahasa Melayu
berasal daripada bahasa Sanskrit,
iaitu Sastra
Unsur-unsur dalam
Kesusasteraan
(a) Isi Kandungan sastera yang
berupa fikiran, perasaan, pengalaman,
idea, semangat, keyakinan,
kepercayaan dan lain-lain.
(b) Ekspresi dan ungkapan- ekspresi
ialah keupayaan untuk mengeluarkan
sesuatu dalam diri manusia.
(c) Bentuk – Jika tiada bentuk dan pola
yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua
perkara tadi dapat disampaikan kepada
orang lain. – Bentuk pengungkapan
sastera ada bermacam-macam,
misalnya ada ungkapan dalam suara
yang disertai bunyi-bunyian.
(d) Bahasa- medium pengungkapan
bentuk sastera itu tadi ialah bahasa.
Bahasa ialah bahan utama untuk
mewujudkan ungkapan peribadi dalam
suatu bentuk sastera yang indah.
Fungsi Kesusasteraan
Fungsi
Kesusasteraan
Kesusasteraan
Berfungsi
Sebagai Alat
Pendidikan
- Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya
kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur
pendidikan atau pengajaran.
- Pengalaman para pengarang diterjemahkan melalui
kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum
di dalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi,
politik, sosiologi dan agama.
- Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi
dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral
atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.
Kesusasteraan
Berfungsi
Memberi
Kepuasan
Estetik.
- Bernard Bosanquet menyatakan bahawa
estetik adalah falsafah keindahan yang
sudah bermula sejak zaman Greek, yang
dimulai oleh Socrates.
- Di dalam ensiklopedia
internet Wikipedia mengatakan estetik
merupakan kajian deria atau nilai deria -
emosi, ataupun timbangan sentimen dan
cita rasa.
- Dapat dibuat kesimpulan bahawa
kepuasan estetik adalah satu bentuk
perasaan indah yang muncul sama ada
dalam diri penulis ataupun pembaca.
Ciri
Kesusasteraan
(a) Keindahan
(b) Mencerminkan
pengalaman
( c) Pengalaman Seni
(d) Karya Seni
keutuhan
keseimbanga
n
keselarasan
Penekanan
Ciri kesusasteraan
(a) Keindahan
 Merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan serta dapat menyerlahkan
keindahan sesebuah hasil karya itu.
 Keindahan itu juga bergantung pada kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan
atau struktur ayat sehingga menjadi sesuatu yang bulat dan utuh.
 Hasil karya dikatakan indah jika organisasi unsur-unsur yang terkandung dalamnya tadi
memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau
penekanan sesuatu unsur.
 Demikian juga bentuk novel akan berbeza ciri keindahannya dengan bentuk puisi
kerana unsur-unsur yang terkandung dalam novel dan puisi adalah berbeza.
 Begitu juga unsur-unsur yang membentuk drama dan esei adalah berbeza.
 Kesimpulannya, unsur-unsur yang berbeza tadi mempunyai cara tersendiri dalam
membentuk kesatuan yang utuh bagi memperlihatkan keindahannya.
Ciri kesusasteraan
Merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia
yang digambarkan secara realiti.
Disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada kegiatan fikiran,
tetapi juga perasaan dan imaginasi.
Realiti pula ialah sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh
kesedaran manusia, sama ada di dalam atau di luar dirinya.
Perkara (realiti) sedemikian dialami melalui pancaindera seseorang
secara sedar dan hasil tindak balas terhadap fikiran, perasaan dan
imaginasi, maka timbullah perkara yang disebut pengalaman.
Dalam peristiwa sastera, pengalaman itu diungkapkan
melalui bahasa.
Peristiwa sastera bermaksud kegiatan membaca atau
mendengar karya-karya sastera, mencipta atau mengkritik
karya-karya sastera.
Pengalaman pengkarya itu hanya dapat diungkapkan
dan dikongsikan oleh orang lain jika direalisasikan dalam
bentuk bahasa.
Bahasa merupakan peranti yang dapat meneruskan
fikiran, perasaan dan imaginasi pengkarya sehingga
membolehkan pembaca dapat memikirkan , merasakan
dan mengimaginasikan seperti yang dialami oleh
pengkarya tersebut.
Ciri Kesusasteraan
Ciri kesusasteraan
Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai
fikiran dan perasaan pengkarya.
Pembaca harus sedar akan nilai-nilai lain yang terkandung dalam karya
sastera, iaitu nilai-nilai yang berhubungan dengan cara pengkarya
menyampaikan pengalaman biasanya itu.
Nilai sastera bukan hanya terletak pada perkara yang disampaikan oleh
pengkarya tetapi juga kepada cara atau bentuk penyampaiannya.
Karya sastera bukan setakat memberikan kepuasan kepada pembaca
dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui gagasan
dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai-nilai seni yang
mengagumkan pembaca.
Ciri kesusasteraan
(d) Karya Seni
 Ada tiga perkara yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera, iaitu sifat
fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.
 Fiksyen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan
pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti.
 Nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan sejelas-
jelasnya dan mendalam. Sastera sebagai karya seni harus mempunyai ciri-ciri yang berikut
:
a) Keutuhan – Sesuatu karya sastera seperti puisi dan prosa haruslah utuh, iaitu setiap
bahagian atau unsur yang ada padanya menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati
pengkarya.
b) Keseimbangan – unsur-unsur atau bahagian-bahagian karya sastera, baik dari segi
ukuran atau pemberatannya harus seimbang dengan fungsinya. Contohnya, peristiwa
yang kurang penting dalam persembahan sebuah novel harus lebih pendek daripada
peristiwa yang panjang.
Ciri kesusasteraan
c) Keselarasan – hubungan antara satu unsur atau
bahagian karya sastera dengan unsur atau bahagian lain
harus ada keselarasan, iaitu unsur atau bahagian itu
menjadi dasar atau asas bagi mengukuhkan unsur atau
bahagian lain.
d) Penekanan - unsur atau bahagian yang penting harus
mendapat penekanan yang lebih berbanding unsur atau
bahagian yang kurang penting. Unsur yang penting itu
mungkin digambarkan secara saksama dan mendalam
oleh pengkarya, manakala yang kurang penting pula
mungkin diberikan gambaran skematik sahaja.
*** Hasil karya sastera bukan hanya mementingkan ungkapan yang indah, malah
karya sastera yang bermutu juga menitikberatkan bentuk, isi, ekspresi dan bahasa.
Ciri-ciri sastera yang selanjutny dapat disenaraikan seperti yang berikut :
a) Sastera ialah seni dan bukan ilmu
b) Sastera ialah satu komunikasi
c) Sastera mempunyai keteraturan
d) Sastera ialah alat hiburan
e) Sastera ialah karya yang berintegrasi
f) Sastera merupakan ekspresi pengkarya
Jenis Dan Bentuk
Kesusateraan
Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat
digolongkan kepada tiga ketegori utama, iaitu:
i. Kesusasteraan Melayu Tradisional,
ii. Kesusasteraan Melayu Klasik,
iii. Kesusasteraan Melayu Moden.
i. Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional)
- Klasik bermaksud serius dan tinggi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-
ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa.
- Bentuk sastera yang masih kekal dan sentiasa subur dalam kalangan
masyarakat Melayu
- Berbeza dengan istilah sastera lama kerana perkataan lama bersifat sementara,
apabila yang baharu datang maka yang lama akan hilang.
- Ia bersifat tradisi secara secara turun-temurun dan lebih sesuai digunakan
keranamerangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri.
- Disampaikan melalui bahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.
Sejarah kesusasteraan Melayu Klasik
i. Peringkat awal.
- Menerima pengaruh Hindu dan Buddha kerana masyarakat Melayu telah
menerima kepercayaan Buddha sebelum abad ke-7 lagi.
- Buktinya, kesan tapak kuil dan batu bersurat – bahasa Melayu Kuno.
- Semasa kerajaan Melayu Sriwijaya muncul, telah dihasilkan karya-karya dalam
bahasa sanskrit – Jatatamala.
- Pada abad ke-13-14 muncul cerita-cerita epik dan tokoh agama.
ii. Pengaruh Islam.
-Mengalami ledakan perkembangan, abad ke14-16.
-Muncul tulisan jawi.
-Istana jadi pusat perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik setelah
Agama Islam bertapak di istana-istana menggantikan Buddha.
-Mereka yang pandai menulis bekerja di istana menghasilkan karya-karya
baharu dan hikayat.
-Pusat penyalinan dan penerbitan muncul apabila keperluan terhadap karya
bertambah.
Kesusasteraan
Melayu Klasik
Sastera
Lisan
(rakyat)
Sastera
Tulisan
(istana)
Sastera
Lisan
(rakyat)
Sastera Lisan (Rakyat)
-Bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan
imaginatif pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai
pandangan dunia (world view) masyarakat itu sendiri (yang hidup
berkelompok dan primitif).
-“Rakyat” merujuk kepada orang biasa atau masyarakat desa yang hidup
secara kolektif dalam sebuah keluarga yang besar. Mereka saling
berkongsi suka duka, kesusahan, bekerjasama, serta bersama-sama
dalam urusan dunia dan akhirat.
-Masyarakat ini kurang hubungannya dengan masyarakat luar.
-Berpegang teguh pada corak budaya lama/tradisional.
-Sastera ini diinspirasikan melalui bentuk lisan oleh masyarakat ini.
Ciri
Sastera
Lisan
(Rakyat)
Penyebaran
dan diwariskan
secara lisan
Bersifat
tradisional
Wujud dalam
variasi yang
berbeza-beza
Bersifat
anonimi
Menjadi hak
milik bersama
Bentuk
rumus atau
pola dengan
plot yang
lebih kurang
sama.
Mempunyai
fungsi
tertentu
Penulisan
bersifat
sederhana,
spontan dan
agak kasar
Sastera
Rakyat (Lisan)
Naratif
Mitos
Lagenda
Bukan Naratif Puisi Rakyat
Naratif
a. Mitos
- Cerita yang dianggap benar-benar terjadi
- Dianggap suci
- Mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
bentuk muka bumi, gejala alam dan sebagainya.
- Tokoh yang terlibat pula terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh
dewa yang terjadi pada masa dahulu.
Ciri-cirinya:
- Dianggap benar-benar terjadi.
- Peristiwa yang aneh, tetapi penting.
- Dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat.
- Latar belakang berlaku pada zaman lampau
- Tokoh yang terlibat ialah tuhan atau dewa-dewa.
Jenis-jenis mitos dalam sastera Melayu:
i. Mitos asal usul
- Berlaku pada masa lampau.
- Dianggap keramat.
- Mempengaruhi kehidupan masyarakat melayu.
- Kemukakan cara pemikiran yang mistik dan bersangkut paut dengan sesuatu
rahsia dan magis.
- Seperti, asal usul kejadian alam, asal kejadia bentuk-bentuk khas binatang dan
asal kejadian bentuk topografi (kisah Tasik Cini)
ii. Mitos Institusi sosial/budaya.
- mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu.
- Contohnya, mitos kedatangan islam, adat berandam dan semah pantai.
iii. Mitos Politik.
- cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan.
- Contohnya, mitos keturunan raja-raja Melayu, mitos penubuhan sesebuah
kerajaan seperti Pasai, Melaka dan Samudera.
b. Lagenda.
- Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku.
- Tidak dianggap suci.
- Mengalami tokok tambah daripada cerita sejarah sebenar.
Ciri-ciri Lagenda:
- Sejenis komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan kisah-kisah
- Masa tidak semestinya masa lampau, tetapi mesti ada hubung kaitnya dengan
masa silam.
- Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan, bentuk bumi.
- Ada kaitan dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap
keramatnya seperti Perigi Hang Tuah.
- Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa.
- Dianggap sebagai sejarah kolektif.
- Bersifat universal
- Dipercayai benar-benar berlaku.
Jenis-jenis:
i. Legenda keagamaan.
- Cerita mengenai orang alim dan penyebar agama.
- Tokoh tersebut memang wujud dan jadi perbualan masyarakat hingga menjadi
supernatural.
- Contohnya, makam Habib Noh.
ii. Legenda alam ghaib/memorat.
- Dianggap benar-benar terjadi.
- Berfungsi meneguhkan kebenaran sesuatu kepercayaan.
- Merupakan pengalaman peribadi seseorang, tetapi mempunyai unsur
tradisional, misalnya pengalaman pergi ke alam ghaib.
iii. Lagenda Perseorangan.
- Mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap bener-benar terjadi.
- Latar tempat dan masa menjadi pembentuk suasanan.
- Kiraan dan unit masa bersamaan dengan masa sebenar.
Contoh :
• Tokoh kepimpinan : Hang Tuah, Tok Perak.
• Tokoh agama : Sheikh Omar Bashyir, Pawang Langkat.
• Tokoh Perniagaan/harta : Si Tanggang, Awang Tunggal.
• Ketokohan/ahli dalam perbagai bidang : Puteri Sa’adong, Mahsuri.
iv. Lagenda Tempat.
- Cerita mengenai asal sesuatu tempat.
- Nama tempat kadangkala ada kaitan dengan nama tokoh atau binatang.
- Contoh :
Berunsur historiografi :
- Peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan.
- Contohnya, Pekan Langgar (Kedah), dinamakan sempena pelanggaran Siam.
Berunsur tokoh istimewa.
- Tokoh istimewa menjadi pengasas sesuatu tempat.
- Nama tempat diambil sempena nama tokoh yang mempunyai sifat luar biasa.
- Contohnya, Kampung Tok Pasai, nama berasal daripada seorang tokoh bernama
Tok Pasai.
• Berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi.
- Contohnya, Batu Gajah sempena bentuk batu yang berupa gajah.
v. Legenda Tokoh.
- Cerita Mahsuri
- Dianggap benar, kerana ruang dan masa yang berkaitan.
- Terdapat bukti kesahihan, iaitu kubur Mahsuri yang bterletak di Pulau Langkawi.
- Leenda ini menceritakan seorang wanita dituduh melakukan pebuatan sumbang
dengan lelaki lain semasa ketiadaan suaminya.
- Sebagai balasan dia dihukum sula.
- Tetapi dengan kuasa Allah, berlaku perkara aneh kepadanya sebagai bukti dia
tidak bersalah. Darah yang keluar daripada lukanya dikatakan berwarna putih
melambangkan dia suci daripada melakukan maksiat.
- Akibat perbuatan berburu-buru dan dengki para pemimpin serta orang
kampung, Mahsuri telah melafazkan sumpahan bahawa pulau itu akan “padang
jarak padang terukur” selama tujuh keturunan sebelum menghembuskan nafas
yang terakhir.
c. Cerita Rakyat
- Berbentuk prosa.
- Dianggap tidak benar.
- Sebagai hiburan.
- Mengandungi nilai moral dan sindiran.
Jenis-jenis cerita rakyat :
i. Cerita binatang – cerita yang bersifat menghibur dan mendidik.
Ciri-ciri:
- Ditokohi oleh binatang.
- Binatang bersifat dan bertingkah laku seperti manusia.
- Binatang yang menjadi tokoh biasanya bersaiz kecil tetapi cerdik.
- Lawannya binatang yang besar, tetapi kurang akalnya dan dianggap
bodoh.
- Contohnya, cerita Sang Kancil dan Sang Buaya.
ii. Cerita lipur lara – bermaksud cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara
seperti Tok Selampit, Awan Belanga dan Awang Batil
Ciri-ciri :
- Dituturkan dan diturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain.
- Berlaku tokok tambah.
- Milik bersama masyarakat.
- Sebagau hiburan dan pendidikan.
- Menggambarkan sistem masyarakat orang Melayu.
- Mengandungi ciri tempatan.
- Mengandungi puisi.
- Tema biasanya tentang peperangan, percintaan dan pengembaraan.
- Terdapat amanat atau panduan, iaitu baik dibalas baik, kebenaran akan terbukti
akhirnya, nilai budi, mungkir janji dan sebagainya.
- Mengandungi plot kronologi, iaitu sebelum, semasa dan sesudah.
- Watak utama sama ada menusia biasa, dewa dewi, wira atau wirawati,
-Terdapat unsur magis dan kesaktian.
- Latar tempatnya di istana, dunia, kayangan atau alam ghaib.
Antara contoh cerita penglipur lara :
-Hikayat Malim Dewa.
-Hikayat Malim Deman.
-Hikayat Anggun Cik Tunggal.
iii. Cerita Jenaka – cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan ketawa orang
mendengarnya.
Ciri-ciri :
- Ada unsur kebetulan.
- Kelucuan yang ditimbulkan adalah daripada jalan cerita itu sendiri.
- Ada permainan kata-kata yang lucu.
- Sifat-sifat watak bodoh seperti Pak Pandir, bodoh sial seperti Lebai Malang dan
Kaduk, dan pintar seperti Pak belalang.
Contoh cerita jenaka :
- Pak Belalang, Pak Kaduk.
iv. Cerita teladan
- Cerita yang mempunyai unsur deduktif dan memberikan pengajaran dan unsur
moral.
- Cerita ini ditujuhkan kepada kanak-kanak.
- Cerita dianggap benar dan ditokohi oleh menusia yang mengalami suka duka.
Ciri-ciri :
- Tokohnya manusia biasa.
- Tokoh mempunyai perwatakan yang sangat baik, murni dan jujur.
- Selalunya anak bongsu atau anak tunggal.
- Mendapat pertolongan daripada kuasa sakti seperti binatang, dewa atau pari-
pari.
- Tokoh akan dapat keluar daripada kesengsaraannya pada akhir cerita.
Contoh :
- Bawang Putih Bawang Merah.
- Batu Belah Batu Bertangkup.
Bukan
Naratif
Puisi Rakyat
-Muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk tulisan.
-Pancaran masyarakat Melayu lama yang menggambarkan masyarakat yang
statik, adat, peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi.
-Mempunyai kalimat yang tidak bebas, iaitu setiap jenis sudah terikat dengan
bentuk dan pola tertentu.
-Mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu.
-Merupakan perenggan berangkap.
-Merupakan ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusiayang terjelma dan
tersusun dalam kata dan bahasa.
-Penggunaan bahasanya padat dan mempunyai makna yang mendalam dan
berkesan.
-Penghasilannya memerlukan perasaan yang sensitif, pemilihan diksi, rima dan
suku kata tertentu.
Jenis Dan
Bentuk Puisi
Rakyat
1. Pantun
- Karangan berangkap, terbentuk secara berpasangan ( 2-16 baris ).
- Bilangan suku kata setiap baris antara 8 – 12 perkataan.
- Tiap-tiap rangkap ada unit pembayang dan rima ( a-b-a-b ).
- Ada yang wujud dalam rima syair ( a-a-a-a ).
Jenis-jenis pantun :
- pantun nasihat, pantun adat, pantun kanak-kanak, pantun agama,
pantun kiasan, dll.
2. Syair.
- Mempunyai 4 baris serangkap
- Rima akhir ( a-a-a-a )
- Tema bentuk naratif : syair romantis, syair sejarah, syair
keagamaan, syair kiasan
- Tema syair bukan naratif : syair nasihat, syair agama
3. Gurindam
- Puisi yang tidak berbentuk.
Gurindam terikat
- Terdiri daripada 2 baris serangkap dan mengandungi 3-6 patah perkataan
dalam sebris.
- Memerlukan rangkap lain untuk melengkapkan ideanya.
Gurindam tidak terikat
- Selalunya tidak berpasangan dan tidak berangkap atau terus menerus.
- Jika berangkap pun, jumlah baris dalam serangkap itu tidak tetap jumlahnya.
- Berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup.
4. Seloka
- Sejenis puisi bebas sama ada berangkap atau tidak.
- Dalam bentuk berangkap, jumlah kata dalam sebaris dan
rima akhirnya.
- Memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan idea.
- Bentuknya hampir sama dengan gurindam dan talibun.
- Mengandungi unsur sindiran secara serius atau berjenaka.
5. Teka-teki berpuisi
- Ungkapan lisan tradisional yang mengandungi satu atau
lebih unsur yang perlu diteka.
- Fungsinya sebagai bahan hiburan, uji ketajaman akal,
merendahkan kecerdikan orang lain.
- Tema bertumpu kepada persekitaran masyarakat.
6. Peribahasa berangkap
- Ungkapan bahasa paling kurang 2 kerat.
- Tidak semestinya sama rima tetapi mempunyai hubungan
yang seimbang ( 1 perbandingan, 1 pelengkap )
- Menjadi pegangan dan panduan kepada masyarakat
7. Terombo
- Sejenis puisi bebas.
- Keindahan bergantung kepada aspek pengulangannya.
- Mengandungi norma-norma adat dalam majlis tertentu.
- Banyak mengungkapkan kepelbagaian adat.
8. Talibun
- Puisi bebas yang berada dalam cerita lipur lara.
- Dikenali juga sebagai bahasa berirama.
- Bentuknya tidak tetap.
- Penceritaan tentang sesuatu objek atau aspek dalam cerita secara
terperinci.
- Isi dan tema pelbagai dan luas.
- Antaranya ialah pemerian tentang benda-benda, pakaian, perasaan dan
sebagainya.
9. Terasul
- Mirip dengan talibun, tetapi bezanya terasul ini khusus
mengenai adat, menyatakan salasilah dan digunakan pada
masa memasang adat kebesaran, kenduri dan penjamuan
tetamu.
Sastera
Tulisan
(Istana)
Jenis dan
Bentuk
Sastera
Lisan
Kesusasteraan
Melayu Moden
Perkembangan
Kesusasteraan
Melayu
Kebudayaan Melayu
 Merupakan tamadun sesuatu masyarakat
yang diwarisi daripada satu generasi
kepada generasi yang berikutnya.
 Boleh ditakrifkan sebagai cara hidup
kumpulan manusia atau masyarakat
Melayu.
 Budaya Melayu meliputi hal-hal tentang
bahasa,agama,kesenian,adat,peraturan
dan sebagainya.
Konsep Budaya
 Budaya merupakan satu proses
perkembangan sahsiah,akal,semangat
dan usaha manusia dalam satu kelompok.
 Budaya ialah tamadun atau
peradaban,kemajuan fikiran atau akal
budi, iaitu cara berfikir,berkelakuan dan
sebagainya.
 Budaya merupakan keseluruhan hidup
manusia yang kompleks yang dipraktikkan
dalam sesuatu masyarakat secara
pembelajaran dan warisan.
 Budaya dalam bahasa Inggeris disebut “culture”.
 Dalam bahasa Mandarin pula disebut “wen hua”.
 Dalam bahasa Arab disebut “thaqafah”.
Budaya dapat diertikan sebagai segala kegiatan manusia
yang bersangkutan budi dan akal.
Fungsi Kebudayaan
Melayu
Merapatkan
jurang perbezaan
antara kaum.
Melambangkan
identiti sesebuah
negara.
Memupuk nilai-nilai
kebangsaan.
Menjadi amalan
pada peringkat
rasmi dan tertinggi
Ciri-ciri Kebudayaan
Melayu
Mengalami
perubahan yang
pesat selaras
dengan
perkembangan
masyarakat.
Contoh:
Kedatangan Islam
di Tanah Melayu
telah menyebabkan
budaya Hindu dan
Buddha terpinggir.
Bersifat
dinamik
Dianggap sebagai
unsur konservatisme
dalam kebudayaan.
Contoh: Jika
kebudayaan dari
luar sesuai dengan
budaya setempat,
ia akan diterima
dan sebaliknya.
Menerima
dan
menolak
unsur
tertentu
Diwarisi dari satu
generasi kepada
satu generasi.
Contoh: Adat
perkahwinan.
Hanya ada sedikit
perubahan akibat
peredaran
zaman.
Kebudayaan
diwarisi Setiap budaya
mengalami
perubahan dan
kesinambungan.
Contoh: Seni bina
rumah yang
dahulunya hanya
sederhana tetapi
pada zaman ini
berbagai-bagai
bentuk seni bina
terbentuk.
Proses
kesinambungan
Perkembangan Kebudayaan
Melayu
 Sebelum kedatangan Islam:
 Budaya Hindu dan Buddha diamalkan di Tanah
Melayu.
 Budaya ini tersebar luas dan diamalkan sehingga
kedatangan Islam.
 Selepas kedatangan Islam, budaya Hindu dan
Budhha semakin terpinggir.
 Selepas kedatangan Islam:
 Pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih digunakan dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran.
 Contohnya: Penggunaan sistem beraja dalam pentadbiran, sistem kasta,
seni ukir dan lain-lain.
 Sistem sosial masyarakat Melayu adalah seperti berikut:
Pemerintah
Bendahara,
Temenggung,
Laksamana,Syahbandar
Rakyat biasa, peniaga,petani,
hamba( hamba tawanan,hamba
berhutang)
Undang-undang dan
Peraturan
 Barang perhiasan diraja seperti emas hanya boleh
digunakan oleh keluarga diraja melainkan dengan
seseorang itu dianugerahkan oleh raja, maka
bolehlah dia memakainya.
 Rakyat tidak dibenarkan memakai payung yang
berwarna kuning kerana ia khusus untuk keluarga
diraja.
 Orang Melayu menganggap raja amat mulia dan
berdaulat.
Jenis dan Bentuk Budaya
Melayu
Nilai dan etika
kepercayaan
Adat istiadat
Pantang
larang
Kesenian
Melayu
Fungsi Kesenian
Melayu
Medium
Hiburan
Media
untuk
Pendidikan
Kesenian
diperlukan
dalam
upacara ritual
dan agama
Lambang
Identiti
Bangsa
Seni Tari
 Perlakuan yang bersifat teknikal dan ada kalanya agak
kompleks.
 Tarian memperlihatkan gerak-geri, lenggang-lenggok dan
pergerakan jari.
 Terdapat juga tarian yang mengandungi intelek dan mesej
yang perlu ditafsirkan.
 Selalunya diiringi dengan alat muzik.
 Dalam masyarakat tertentu, seni tari berhubung drapat
dengan ritual.
Makyung
Tarian kuda kepang
Tarian Mak Inang
Tarian zapin
Tarian ronggeng
Boria
Seni Suara
 Merujuk kepada bidang nyanyian.
 Sesuatu lagu biasanya diiringi oleh beberapa alat muzik.
 Dalam masyarakat Melayu tradisi, nyanyian dilakukan untuk
mendodoikan bayi, di samping menghiburkan hati setelah
penat bekerja.
Dondang Sayang
dendang sayang
“dondang sayang, cik adik sayang, cik abang sayang, abang
mat sayang”
Dikir barat
dikir karut
Seni Kraf Tangan
 Merupakan hasil kerja tangan yang memerlukan daya
kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan.
 Ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa untuk
maksud yang sama.
 Biasanya dikaitkan dengan industri desa.
 Seni kraf tangan ini semakin meningkat hingga dapat
dieksport ke luar negara.
Seni tembikar
 Tembikar sayung (labu tanah)
Tenunan kain songket
 Songket
sungkit
Anyaman kelarai
Peralatan bunyi- bunyian
 Masyarakat Melayu mempunyai alat- alat
bunyian untuk hiburan dan tujuan yang
tertentu.
 Kebanyakan alat muzik dihasilkan untuk
mengiringi sesuatu persembahan seperti
tarian atau nyanyian.
Canang Gendang
Geduk/
beduk
Gong /
tawak
Jidur Kompang
Rebab Angklung
Perkembangan
Kebudayaan dan
Keseniaan Melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

pengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptxpengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptxAnibintiMisran
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanNur Az
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Mok Ming yan
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melakafiro HAR
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuNur Fazlin Mohd Naim
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 

Was ist angesagt? (20)

pengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptxpengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptx
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - Pendidikan
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
tamadun awal manusia ting 4
tamadun awal manusia ting 4tamadun awal manusia ting 4
tamadun awal manusia ting 4
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 

Andere mochten auch

Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuTeori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuMelisa Amirullah
 
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUTajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUNuha
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuPuteri Pak Abu
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Reefear Ajang
 

Andere mochten auch (7)

Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Contoh soalan TITAS
Contoh soalan TITASContoh soalan TITAS
Contoh soalan TITAS
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuTeori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
 
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUTajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
 

Ähnlich wie Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu

Ähnlich wie Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu (20)

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Hbml4203
Hbml4203Hbml4203
Hbml4203
 
Bahas indonesia
Bahas indonesiaBahas indonesia
Bahas indonesia
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sastera
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 
Ilmu budaya dasar
Ilmu budaya dasarIlmu budaya dasar
Ilmu budaya dasar
 
hakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisihakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisi
 
Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140
 
Perkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra IndonesiaPerkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra Indonesia
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
 
kajian stilistika
kajian stilistika kajian stilistika
kajian stilistika
 
Pengertian karya sastra
Pengertian karya sastraPengertian karya sastra
Pengertian karya sastra
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
 
Makalah pengenalan puisi
Makalah pengenalan puisiMakalah pengenalan puisi
Makalah pengenalan puisi
 
Sastera
SasteraSastera
Sastera
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta new
 
Kritik sastra
Kritik sastraKritik sastra
Kritik sastra
 
Hakikat sastra indonesia kelompok 5 untuk soffan
Hakikat sastra indonesia kelompok 5 untuk soffanHakikat sastra indonesia kelompok 5 untuk soffan
Hakikat sastra indonesia kelompok 5 untuk soffan
 
Kritik sastra
Kritik sastraKritik sastra
Kritik sastra
 

Mehr von Jessyca Ungat

Perkembangan semasa kelab sukan profesional
Perkembangan semasa kelab sukan profesionalPerkembangan semasa kelab sukan profesional
Perkembangan semasa kelab sukan profesionalJessyca Ungat
 
Sekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaSekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaJessyca Ungat
 
Pusat sukan luar negara
Pusat sukan luar negaraPusat sukan luar negara
Pusat sukan luar negaraJessyca Ungat
 
Pusat sukan di malaysia
Pusat sukan di malaysiaPusat sukan di malaysia
Pusat sukan di malaysiaJessyca Ungat
 
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeriPertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeriJessyca Ungat
 
Perbadanan kompleks dan stadium sukan
Perbadanan kompleks dan stadium sukanPerbadanan kompleks dan stadium sukan
Perbadanan kompleks dan stadium sukanJessyca Ungat
 
Pertubuhan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan kebangsaan dan negeriPertubuhan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan kebangsaan dan negeriJessyca Ungat
 
Majlis sukan negara dan negeri
Majlis sukan negara dan negeriMajlis sukan negara dan negeri
Majlis sukan negara dan negeriJessyca Ungat
 
Majlis olimpik malaysia
Majlis olimpik malaysiaMajlis olimpik malaysia
Majlis olimpik malaysiaJessyca Ungat
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaJessyca Ungat
 
Aktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi namaAktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi namaJessyca Ungat
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)Jessyca Ungat
 

Mehr von Jessyca Ungat (20)

Perkembangan semasa kelab sukan profesional
Perkembangan semasa kelab sukan profesionalPerkembangan semasa kelab sukan profesional
Perkembangan semasa kelab sukan profesional
 
Sekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaSekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysia
 
Pusat sukan luar negara
Pusat sukan luar negaraPusat sukan luar negara
Pusat sukan luar negara
 
Pusat sukan di malaysia
Pusat sukan di malaysiaPusat sukan di malaysia
Pusat sukan di malaysia
 
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeriPertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
 
Perbadanan kompleks dan stadium sukan
Perbadanan kompleks dan stadium sukanPerbadanan kompleks dan stadium sukan
Perbadanan kompleks dan stadium sukan
 
Pertubuhan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan kebangsaan dan negeriPertubuhan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan kebangsaan dan negeri
 
Majlis sukan negara dan negeri
Majlis sukan negara dan negeriMajlis sukan negara dan negeri
Majlis sukan negara dan negeri
 
Majlis olimpik malaysia
Majlis olimpik malaysiaMajlis olimpik malaysia
Majlis olimpik malaysia
 
Lari jarak jauh
Lari jarak jauhLari jarak jauh
Lari jarak jauh
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak Sederhana
 
Aktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi namaAktiviti frasa sendi nama
Aktiviti frasa sendi nama
 
Ragam ayat
Ragam ayatRagam ayat
Ragam ayat
 
Jenis jenis ayat
Jenis jenis ayatJenis jenis ayat
Jenis jenis ayat
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)Golongan kata(kata kerja)
Golongan kata(kata kerja)
 
Frasa sendi nama
Frasa sendi namaFrasa sendi nama
Frasa sendi nama
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 

Kürzlich hochgeladen

Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 

Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu

  • 1.
  • 2. Konsep Kesusasteraan  Fungsi Kesusasteraan  Ciri Kesusasteraan  Jenis dan Bentuk Kesusasteraan  Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu
  • 3. Konsep Kesusasteraan 1. Hashim Awang,kesusasteraan ialah bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. 2. Perkataan Kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. 3. Kamus Dewan, ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. 4.J.S Badudu, Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi. 5. Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan. 6. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu Sastra
  • 4. Unsur-unsur dalam Kesusasteraan (a) Isi Kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain. (b) Ekspresi dan ungkapan- ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia. (c) Bentuk – Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain. – Bentuk pengungkapan sastera ada bermacam-macam, misalnya ada ungkapan dalam suara yang disertai bunyi-bunyian. (d) Bahasa- medium pengungkapan bentuk sastera itu tadi ialah bahasa. Bahasa ialah bahan utama untuk mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.
  • 5. Fungsi Kesusasteraan Fungsi Kesusasteraan Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan - Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan atau pengajaran. - Pengalaman para pengarang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum di dalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. - Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik. - Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai oleh Socrates. - Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. - Dapat dibuat kesimpulan bahawa kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca.
  • 6. Ciri Kesusasteraan (a) Keindahan (b) Mencerminkan pengalaman ( c) Pengalaman Seni (d) Karya Seni keutuhan keseimbanga n keselarasan Penekanan
  • 7. Ciri kesusasteraan (a) Keindahan  Merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan serta dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu.  Keindahan itu juga bergantung pada kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan atau struktur ayat sehingga menjadi sesuatu yang bulat dan utuh.  Hasil karya dikatakan indah jika organisasi unsur-unsur yang terkandung dalamnya tadi memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau penekanan sesuatu unsur.  Demikian juga bentuk novel akan berbeza ciri keindahannya dengan bentuk puisi kerana unsur-unsur yang terkandung dalam novel dan puisi adalah berbeza.  Begitu juga unsur-unsur yang membentuk drama dan esei adalah berbeza.  Kesimpulannya, unsur-unsur yang berbeza tadi mempunyai cara tersendiri dalam membentuk kesatuan yang utuh bagi memperlihatkan keindahannya.
  • 8. Ciri kesusasteraan Merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. Disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada kegiatan fikiran, tetapi juga perasaan dan imaginasi. Realiti pula ialah sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia, sama ada di dalam atau di luar dirinya. Perkara (realiti) sedemikian dialami melalui pancaindera seseorang secara sedar dan hasil tindak balas terhadap fikiran, perasaan dan imaginasi, maka timbullah perkara yang disebut pengalaman.
  • 9. Dalam peristiwa sastera, pengalaman itu diungkapkan melalui bahasa. Peristiwa sastera bermaksud kegiatan membaca atau mendengar karya-karya sastera, mencipta atau mengkritik karya-karya sastera. Pengalaman pengkarya itu hanya dapat diungkapkan dan dikongsikan oleh orang lain jika direalisasikan dalam bentuk bahasa. Bahasa merupakan peranti yang dapat meneruskan fikiran, perasaan dan imaginasi pengkarya sehingga membolehkan pembaca dapat memikirkan , merasakan dan mengimaginasikan seperti yang dialami oleh pengkarya tersebut. Ciri Kesusasteraan
  • 10. Ciri kesusasteraan Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya. Pembaca harus sedar akan nilai-nilai lain yang terkandung dalam karya sastera, iaitu nilai-nilai yang berhubungan dengan cara pengkarya menyampaikan pengalaman biasanya itu. Nilai sastera bukan hanya terletak pada perkara yang disampaikan oleh pengkarya tetapi juga kepada cara atau bentuk penyampaiannya. Karya sastera bukan setakat memberikan kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui gagasan dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai-nilai seni yang mengagumkan pembaca.
  • 11. Ciri kesusasteraan (d) Karya Seni  Ada tiga perkara yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera, iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.  Fiksyen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti.  Nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan sejelas- jelasnya dan mendalam. Sastera sebagai karya seni harus mempunyai ciri-ciri yang berikut : a) Keutuhan – Sesuatu karya sastera seperti puisi dan prosa haruslah utuh, iaitu setiap bahagian atau unsur yang ada padanya menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati pengkarya. b) Keseimbangan – unsur-unsur atau bahagian-bahagian karya sastera, baik dari segi ukuran atau pemberatannya harus seimbang dengan fungsinya. Contohnya, peristiwa yang kurang penting dalam persembahan sebuah novel harus lebih pendek daripada peristiwa yang panjang.
  • 12. Ciri kesusasteraan c) Keselarasan – hubungan antara satu unsur atau bahagian karya sastera dengan unsur atau bahagian lain harus ada keselarasan, iaitu unsur atau bahagian itu menjadi dasar atau asas bagi mengukuhkan unsur atau bahagian lain. d) Penekanan - unsur atau bahagian yang penting harus mendapat penekanan yang lebih berbanding unsur atau bahagian yang kurang penting. Unsur yang penting itu mungkin digambarkan secara saksama dan mendalam oleh pengkarya, manakala yang kurang penting pula mungkin diberikan gambaran skematik sahaja.
  • 13. *** Hasil karya sastera bukan hanya mementingkan ungkapan yang indah, malah karya sastera yang bermutu juga menitikberatkan bentuk, isi, ekspresi dan bahasa. Ciri-ciri sastera yang selanjutny dapat disenaraikan seperti yang berikut : a) Sastera ialah seni dan bukan ilmu b) Sastera ialah satu komunikasi c) Sastera mempunyai keteraturan d) Sastera ialah alat hiburan e) Sastera ialah karya yang berintegrasi f) Sastera merupakan ekspresi pengkarya
  • 15. Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat digolongkan kepada tiga ketegori utama, iaitu: i. Kesusasteraan Melayu Tradisional, ii. Kesusasteraan Melayu Klasik, iii. Kesusasteraan Melayu Moden.
  • 16. i. Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional) - Klasik bermaksud serius dan tinggi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri- ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa. - Bentuk sastera yang masih kekal dan sentiasa subur dalam kalangan masyarakat Melayu - Berbeza dengan istilah sastera lama kerana perkataan lama bersifat sementara, apabila yang baharu datang maka yang lama akan hilang. - Ia bersifat tradisi secara secara turun-temurun dan lebih sesuai digunakan keranamerangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri. - Disampaikan melalui bahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.
  • 17. Sejarah kesusasteraan Melayu Klasik i. Peringkat awal. - Menerima pengaruh Hindu dan Buddha kerana masyarakat Melayu telah menerima kepercayaan Buddha sebelum abad ke-7 lagi. - Buktinya, kesan tapak kuil dan batu bersurat – bahasa Melayu Kuno. - Semasa kerajaan Melayu Sriwijaya muncul, telah dihasilkan karya-karya dalam bahasa sanskrit – Jatatamala. - Pada abad ke-13-14 muncul cerita-cerita epik dan tokoh agama.
  • 18. ii. Pengaruh Islam. -Mengalami ledakan perkembangan, abad ke14-16. -Muncul tulisan jawi. -Istana jadi pusat perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik setelah Agama Islam bertapak di istana-istana menggantikan Buddha. -Mereka yang pandai menulis bekerja di istana menghasilkan karya-karya baharu dan hikayat. -Pusat penyalinan dan penerbitan muncul apabila keperluan terhadap karya bertambah.
  • 21. Sastera Lisan (Rakyat) -Bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginatif pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai pandangan dunia (world view) masyarakat itu sendiri (yang hidup berkelompok dan primitif). -“Rakyat” merujuk kepada orang biasa atau masyarakat desa yang hidup secara kolektif dalam sebuah keluarga yang besar. Mereka saling berkongsi suka duka, kesusahan, bekerjasama, serta bersama-sama dalam urusan dunia dan akhirat. -Masyarakat ini kurang hubungannya dengan masyarakat luar. -Berpegang teguh pada corak budaya lama/tradisional. -Sastera ini diinspirasikan melalui bentuk lisan oleh masyarakat ini.
  • 22. Ciri Sastera Lisan (Rakyat) Penyebaran dan diwariskan secara lisan Bersifat tradisional Wujud dalam variasi yang berbeza-beza Bersifat anonimi Menjadi hak milik bersama Bentuk rumus atau pola dengan plot yang lebih kurang sama. Mempunyai fungsi tertentu Penulisan bersifat sederhana, spontan dan agak kasar
  • 25. a. Mitos - Cerita yang dianggap benar-benar terjadi - Dianggap suci - Mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bentuk muka bumi, gejala alam dan sebagainya. - Tokoh yang terlibat pula terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa yang terjadi pada masa dahulu. Ciri-cirinya: - Dianggap benar-benar terjadi. - Peristiwa yang aneh, tetapi penting. - Dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat. - Latar belakang berlaku pada zaman lampau - Tokoh yang terlibat ialah tuhan atau dewa-dewa.
  • 26. Jenis-jenis mitos dalam sastera Melayu: i. Mitos asal usul - Berlaku pada masa lampau. - Dianggap keramat. - Mempengaruhi kehidupan masyarakat melayu. - Kemukakan cara pemikiran yang mistik dan bersangkut paut dengan sesuatu rahsia dan magis. - Seperti, asal usul kejadian alam, asal kejadia bentuk-bentuk khas binatang dan asal kejadian bentuk topografi (kisah Tasik Cini) ii. Mitos Institusi sosial/budaya. - mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu. - Contohnya, mitos kedatangan islam, adat berandam dan semah pantai. iii. Mitos Politik. - cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan. - Contohnya, mitos keturunan raja-raja Melayu, mitos penubuhan sesebuah kerajaan seperti Pasai, Melaka dan Samudera.
  • 27. b. Lagenda. - Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku. - Tidak dianggap suci. - Mengalami tokok tambah daripada cerita sejarah sebenar. Ciri-ciri Lagenda: - Sejenis komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan kisah-kisah - Masa tidak semestinya masa lampau, tetapi mesti ada hubung kaitnya dengan masa silam. - Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan, bentuk bumi. - Ada kaitan dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramatnya seperti Perigi Hang Tuah. - Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa. - Dianggap sebagai sejarah kolektif. - Bersifat universal - Dipercayai benar-benar berlaku.
  • 28. Jenis-jenis: i. Legenda keagamaan. - Cerita mengenai orang alim dan penyebar agama. - Tokoh tersebut memang wujud dan jadi perbualan masyarakat hingga menjadi supernatural. - Contohnya, makam Habib Noh. ii. Legenda alam ghaib/memorat. - Dianggap benar-benar terjadi. - Berfungsi meneguhkan kebenaran sesuatu kepercayaan. - Merupakan pengalaman peribadi seseorang, tetapi mempunyai unsur tradisional, misalnya pengalaman pergi ke alam ghaib.
  • 29. iii. Lagenda Perseorangan. - Mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap bener-benar terjadi. - Latar tempat dan masa menjadi pembentuk suasanan. - Kiraan dan unit masa bersamaan dengan masa sebenar. Contoh : • Tokoh kepimpinan : Hang Tuah, Tok Perak. • Tokoh agama : Sheikh Omar Bashyir, Pawang Langkat. • Tokoh Perniagaan/harta : Si Tanggang, Awang Tunggal. • Ketokohan/ahli dalam perbagai bidang : Puteri Sa’adong, Mahsuri.
  • 30. iv. Lagenda Tempat. - Cerita mengenai asal sesuatu tempat. - Nama tempat kadangkala ada kaitan dengan nama tokoh atau binatang. - Contoh : Berunsur historiografi : - Peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan. - Contohnya, Pekan Langgar (Kedah), dinamakan sempena pelanggaran Siam. Berunsur tokoh istimewa. - Tokoh istimewa menjadi pengasas sesuatu tempat. - Nama tempat diambil sempena nama tokoh yang mempunyai sifat luar biasa. - Contohnya, Kampung Tok Pasai, nama berasal daripada seorang tokoh bernama Tok Pasai. • Berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi. - Contohnya, Batu Gajah sempena bentuk batu yang berupa gajah.
  • 31. v. Legenda Tokoh. - Cerita Mahsuri - Dianggap benar, kerana ruang dan masa yang berkaitan. - Terdapat bukti kesahihan, iaitu kubur Mahsuri yang bterletak di Pulau Langkawi. - Leenda ini menceritakan seorang wanita dituduh melakukan pebuatan sumbang dengan lelaki lain semasa ketiadaan suaminya. - Sebagai balasan dia dihukum sula. - Tetapi dengan kuasa Allah, berlaku perkara aneh kepadanya sebagai bukti dia tidak bersalah. Darah yang keluar daripada lukanya dikatakan berwarna putih melambangkan dia suci daripada melakukan maksiat. - Akibat perbuatan berburu-buru dan dengki para pemimpin serta orang kampung, Mahsuri telah melafazkan sumpahan bahawa pulau itu akan “padang jarak padang terukur” selama tujuh keturunan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
  • 32. c. Cerita Rakyat - Berbentuk prosa. - Dianggap tidak benar. - Sebagai hiburan. - Mengandungi nilai moral dan sindiran.
  • 33. Jenis-jenis cerita rakyat : i. Cerita binatang – cerita yang bersifat menghibur dan mendidik. Ciri-ciri: - Ditokohi oleh binatang. - Binatang bersifat dan bertingkah laku seperti manusia. - Binatang yang menjadi tokoh biasanya bersaiz kecil tetapi cerdik. - Lawannya binatang yang besar, tetapi kurang akalnya dan dianggap bodoh. - Contohnya, cerita Sang Kancil dan Sang Buaya.
  • 34. ii. Cerita lipur lara – bermaksud cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awan Belanga dan Awang Batil Ciri-ciri : - Dituturkan dan diturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain. - Berlaku tokok tambah. - Milik bersama masyarakat. - Sebagau hiburan dan pendidikan. - Menggambarkan sistem masyarakat orang Melayu. - Mengandungi ciri tempatan. - Mengandungi puisi. - Tema biasanya tentang peperangan, percintaan dan pengembaraan. - Terdapat amanat atau panduan, iaitu baik dibalas baik, kebenaran akan terbukti akhirnya, nilai budi, mungkir janji dan sebagainya. - Mengandungi plot kronologi, iaitu sebelum, semasa dan sesudah. - Watak utama sama ada menusia biasa, dewa dewi, wira atau wirawati,
  • 35. -Terdapat unsur magis dan kesaktian. - Latar tempatnya di istana, dunia, kayangan atau alam ghaib. Antara contoh cerita penglipur lara : -Hikayat Malim Dewa. -Hikayat Malim Deman. -Hikayat Anggun Cik Tunggal.
  • 36. iii. Cerita Jenaka – cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan ketawa orang mendengarnya. Ciri-ciri : - Ada unsur kebetulan. - Kelucuan yang ditimbulkan adalah daripada jalan cerita itu sendiri. - Ada permainan kata-kata yang lucu. - Sifat-sifat watak bodoh seperti Pak Pandir, bodoh sial seperti Lebai Malang dan Kaduk, dan pintar seperti Pak belalang. Contoh cerita jenaka : - Pak Belalang, Pak Kaduk.
  • 37. iv. Cerita teladan - Cerita yang mempunyai unsur deduktif dan memberikan pengajaran dan unsur moral. - Cerita ini ditujuhkan kepada kanak-kanak. - Cerita dianggap benar dan ditokohi oleh menusia yang mengalami suka duka. Ciri-ciri : - Tokohnya manusia biasa. - Tokoh mempunyai perwatakan yang sangat baik, murni dan jujur. - Selalunya anak bongsu atau anak tunggal. - Mendapat pertolongan daripada kuasa sakti seperti binatang, dewa atau pari- pari. - Tokoh akan dapat keluar daripada kesengsaraannya pada akhir cerita. Contoh : - Bawang Putih Bawang Merah. - Batu Belah Batu Bertangkup.
  • 39. Puisi Rakyat -Muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk tulisan. -Pancaran masyarakat Melayu lama yang menggambarkan masyarakat yang statik, adat, peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi. -Mempunyai kalimat yang tidak bebas, iaitu setiap jenis sudah terikat dengan bentuk dan pola tertentu. -Mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu. -Merupakan perenggan berangkap. -Merupakan ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusiayang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa. -Penggunaan bahasanya padat dan mempunyai makna yang mendalam dan berkesan. -Penghasilannya memerlukan perasaan yang sensitif, pemilihan diksi, rima dan suku kata tertentu.
  • 41. 1. Pantun - Karangan berangkap, terbentuk secara berpasangan ( 2-16 baris ). - Bilangan suku kata setiap baris antara 8 – 12 perkataan. - Tiap-tiap rangkap ada unit pembayang dan rima ( a-b-a-b ). - Ada yang wujud dalam rima syair ( a-a-a-a ). Jenis-jenis pantun : - pantun nasihat, pantun adat, pantun kanak-kanak, pantun agama, pantun kiasan, dll.
  • 42. 2. Syair. - Mempunyai 4 baris serangkap - Rima akhir ( a-a-a-a ) - Tema bentuk naratif : syair romantis, syair sejarah, syair keagamaan, syair kiasan - Tema syair bukan naratif : syair nasihat, syair agama
  • 43. 3. Gurindam - Puisi yang tidak berbentuk. Gurindam terikat - Terdiri daripada 2 baris serangkap dan mengandungi 3-6 patah perkataan dalam sebris. - Memerlukan rangkap lain untuk melengkapkan ideanya. Gurindam tidak terikat - Selalunya tidak berpasangan dan tidak berangkap atau terus menerus. - Jika berangkap pun, jumlah baris dalam serangkap itu tidak tetap jumlahnya. - Berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup.
  • 44. 4. Seloka - Sejenis puisi bebas sama ada berangkap atau tidak. - Dalam bentuk berangkap, jumlah kata dalam sebaris dan rima akhirnya. - Memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan idea. - Bentuknya hampir sama dengan gurindam dan talibun. - Mengandungi unsur sindiran secara serius atau berjenaka.
  • 45. 5. Teka-teki berpuisi - Ungkapan lisan tradisional yang mengandungi satu atau lebih unsur yang perlu diteka. - Fungsinya sebagai bahan hiburan, uji ketajaman akal, merendahkan kecerdikan orang lain. - Tema bertumpu kepada persekitaran masyarakat.
  • 46. 6. Peribahasa berangkap - Ungkapan bahasa paling kurang 2 kerat. - Tidak semestinya sama rima tetapi mempunyai hubungan yang seimbang ( 1 perbandingan, 1 pelengkap ) - Menjadi pegangan dan panduan kepada masyarakat
  • 47. 7. Terombo - Sejenis puisi bebas. - Keindahan bergantung kepada aspek pengulangannya. - Mengandungi norma-norma adat dalam majlis tertentu. - Banyak mengungkapkan kepelbagaian adat.
  • 48. 8. Talibun - Puisi bebas yang berada dalam cerita lipur lara. - Dikenali juga sebagai bahasa berirama. - Bentuknya tidak tetap. - Penceritaan tentang sesuatu objek atau aspek dalam cerita secara terperinci. - Isi dan tema pelbagai dan luas. - Antaranya ialah pemerian tentang benda-benda, pakaian, perasaan dan sebagainya.
  • 49. 9. Terasul - Mirip dengan talibun, tetapi bezanya terasul ini khusus mengenai adat, menyatakan salasilah dan digunakan pada masa memasang adat kebesaran, kenduri dan penjamuan tetamu.
  • 51.
  • 53.
  • 54.
  • 55.
  • 56.
  • 57.
  • 58.
  • 60.
  • 61.
  • 62.
  • 64.
  • 65.
  • 66.
  • 67.
  • 68.
  • 69. Kebudayaan Melayu  Merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya.  Boleh ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat Melayu.  Budaya Melayu meliputi hal-hal tentang bahasa,agama,kesenian,adat,peraturan dan sebagainya.
  • 70. Konsep Budaya  Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah,akal,semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok.  Budaya ialah tamadun atau peradaban,kemajuan fikiran atau akal budi, iaitu cara berfikir,berkelakuan dan sebagainya.  Budaya merupakan keseluruhan hidup manusia yang kompleks yang dipraktikkan dalam sesuatu masyarakat secara pembelajaran dan warisan.
  • 71.  Budaya dalam bahasa Inggeris disebut “culture”.  Dalam bahasa Mandarin pula disebut “wen hua”.  Dalam bahasa Arab disebut “thaqafah”. Budaya dapat diertikan sebagai segala kegiatan manusia yang bersangkutan budi dan akal.
  • 72. Fungsi Kebudayaan Melayu Merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Melambangkan identiti sesebuah negara. Memupuk nilai-nilai kebangsaan. Menjadi amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi
  • 73. Ciri-ciri Kebudayaan Melayu Mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat. Contoh: Kedatangan Islam di Tanah Melayu telah menyebabkan budaya Hindu dan Buddha terpinggir. Bersifat dinamik Dianggap sebagai unsur konservatisme dalam kebudayaan. Contoh: Jika kebudayaan dari luar sesuai dengan budaya setempat, ia akan diterima dan sebaliknya. Menerima dan menolak unsur tertentu
  • 74. Diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi. Contoh: Adat perkahwinan. Hanya ada sedikit perubahan akibat peredaran zaman. Kebudayaan diwarisi Setiap budaya mengalami perubahan dan kesinambungan. Contoh: Seni bina rumah yang dahulunya hanya sederhana tetapi pada zaman ini berbagai-bagai bentuk seni bina terbentuk. Proses kesinambungan
  • 75. Perkembangan Kebudayaan Melayu  Sebelum kedatangan Islam:  Budaya Hindu dan Buddha diamalkan di Tanah Melayu.  Budaya ini tersebar luas dan diamalkan sehingga kedatangan Islam.  Selepas kedatangan Islam, budaya Hindu dan Budhha semakin terpinggir.
  • 76.  Selepas kedatangan Islam:  Pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih digunakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.  Contohnya: Penggunaan sistem beraja dalam pentadbiran, sistem kasta, seni ukir dan lain-lain.  Sistem sosial masyarakat Melayu adalah seperti berikut:
  • 78. Undang-undang dan Peraturan  Barang perhiasan diraja seperti emas hanya boleh digunakan oleh keluarga diraja melainkan dengan seseorang itu dianugerahkan oleh raja, maka bolehlah dia memakainya.  Rakyat tidak dibenarkan memakai payung yang berwarna kuning kerana ia khusus untuk keluarga diraja.  Orang Melayu menganggap raja amat mulia dan berdaulat.
  • 79. Jenis dan Bentuk Budaya Melayu Nilai dan etika kepercayaan Adat istiadat Pantang larang
  • 81.
  • 82.
  • 83.
  • 85.
  • 86. Seni Tari  Perlakuan yang bersifat teknikal dan ada kalanya agak kompleks.  Tarian memperlihatkan gerak-geri, lenggang-lenggok dan pergerakan jari.  Terdapat juga tarian yang mengandungi intelek dan mesej yang perlu ditafsirkan.  Selalunya diiringi dengan alat muzik.  Dalam masyarakat tertentu, seni tari berhubung drapat dengan ritual.
  • 92. Boria
  • 93. Seni Suara  Merujuk kepada bidang nyanyian.  Sesuatu lagu biasanya diiringi oleh beberapa alat muzik.  Dalam masyarakat Melayu tradisi, nyanyian dilakukan untuk mendodoikan bayi, di samping menghiburkan hati setelah penat bekerja.
  • 95. “dondang sayang, cik adik sayang, cik abang sayang, abang mat sayang”
  • 97. Seni Kraf Tangan  Merupakan hasil kerja tangan yang memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan.  Ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa untuk maksud yang sama.  Biasanya dikaitkan dengan industri desa.  Seni kraf tangan ini semakin meningkat hingga dapat dieksport ke luar negara.
  • 98. Seni tembikar  Tembikar sayung (labu tanah)
  • 99. Tenunan kain songket  Songket sungkit
  • 101. Peralatan bunyi- bunyian  Masyarakat Melayu mempunyai alat- alat bunyian untuk hiburan dan tujuan yang tertentu.  Kebanyakan alat muzik dihasilkan untuk mengiringi sesuatu persembahan seperti tarian atau nyanyian.